34 TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI Yang berikut ialah beberapa ciri penyedia makanan yang sihat (rujuk Rajah 2.7): Rajah 2.7: Ciri-ciri penyedia makanan yang sihat Apakah yang perlu anda elakkan ketika anda menyediakan makanan untuk mencegah keracunan makanan? Yang berikut disenaraikan perkara yang perlu dielakkan ketika penyediaan makanan (AÊaisah Senin & Norrani Eksan, 2012): (a) Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan; (b) Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa menyediakan makanan; (c) Batuk ataupun bersin ke arah makanan; (d) Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas semasa menghidangkan makanan; (e) Menjilat jari semasa menyediakan makanan; (f) Menggaru kepala semasa menyediakan makanan; (g) Menghembus udara ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang digunakan untuk makanan dan minuman; (h) Merasa makanan dengan jari ataupun sudu yang tidak dibasuh; (i) Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 35 (j) Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk membungkus makanan; dan (k) Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah, retak atau rosak. PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN KLINIKAL Sekarang, mari kita beralih pula ke subtopik yang membincangkan pemeriksaan fizikal dan klinikal. Terdapat dua peringkat pemeriksaan fizikal dan klinikal di Malaysia, iaitu: (a) Peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja; dan (b) Peringkat dewasa. Mari kita melihat perbezaan antara kedua-dua peringkat ini dengan lebih lanjut dalam subtopik selanjutnya. 2.3.1 Peringkat Bayi, Kanak-kanak dan Remaja Sebahagian daripada anda mungkin pernah menghantar anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik ataupun di hospital. Masihkah anda ingat apakah tujuannya? Terdapat beberapa jenis pemeriksaan fizikal yang perlu dibuat daripada peringkat bayi dan kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Tujuannya ialah memantau status kesihatan dan perkembangan tumbesaran seseorang kanak-kanak. Berdasarkan Program Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak di bawah tujuh tahun perlu datang ke klinik ataupun hospital untuk melalui pemeriksaan fizikal dan klinikal secara berkala. Perkembangan kanak-kanak perlu dipantau berdasarkan pertumbuhan badan dari segi berat dan ketinggian serta kemahiran asas mereka seperti bercakap, bermain, merangkak, berdiri dan berjalan. Segala perkembangan ini dipantau berdasarkan panduan dalam kad perkembangan kanak-kanak. Selain itu, suntikan imunisasi di klinik dan di hospital kerajaan juga turut diberi kepada bayi secara percuma. 2.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
36 TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI Apakah kepentingan pemeriksaan fizikal bagi bayi? Skop pemeriksaan fizikal bagi peringkat bayi adalah amat penting untuk mengesan kecacatan awal. Pengesanan kecacatan awal yang dikenal pasti akan mempercepatkan rawatan dan pemulihan. Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, masalah kecacatan anak yang telah dapat dikenal pasti boleh dirujuk ke pusat pemulihan dalam komuniti untuk proses penjagaan khas dan pemulihan. Bagi skop peringkat kanak-kanak dan remaja pula yang telah memasuki alam persekolahan, pemeriksaan kesihatan mereka akan dilakukan oleh pasukan kesihatan sekolah dari pejabat kesihatan yang berdekatan dengan sekolah. Sekarang, mari kita membayangkan diri kita sebagai seorang kanak-kanak yang sedang belajar di sekolah rendah. Apakah pemeriksaan kesihatan yang akan kita lalui? Kita akan menjalani pemeriksaan penglihatan, pendengaran, masalah kudis, kebersihan mulut dan kedudukan testis sama ada telah turun dan berada di dalam kantungnya atau belum (untuk kanak-kanak lelaki). Pengesanan awal ini akan dapat membantu kanak-kanak bermasalah dirujuk kepada pakar untuk rawatan lanjut ataupun pendidikan khas diperlukan. 2.3.2 Peringkat Dewasa Sekarang, mari kita beralih pula pada pemeriksaan fizikal dan klinikal bagi peringkat dewasa. Pertamanya, kita perlu mengetahui tujuan utama pemeriksaan ini. Tujuan utama pemeriksaan kesihatan bagi peringkat dewasa adalah mengenal pasti sesuatu penyakit pada peringkat awal. Pemeriksaan biasanya meliputi tekanan darah, tahap glukosa dalam darah, tahap kolesterol, indeks jisim badan, kanser serviks dan kanser payudara. Pemeriksaan ini dapat membantu mengesan penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Pengesanan awal juga akan dapat membantu mengenal pasti rawatan awal yang sesuai terhadap sesuatu penyakit. Jadual 2.3 meringkaskan jenis pemeriksaan, kebaikan dan peralatan yang diperlukan untuk melakukannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 37 Jadual 2.3: Jenis Pemeriksaan, Kebaikan dan Peralatan Ujian Jenis Pemeriksaan Kebaikan Peralatan Ujian Tekanan darah Dapat mengesan dengan lebih awal tanda tekanan darah tinggi. Sphigmomanometer Glukosa darah Dapat mengesan tahap glukosa dalam darah dan membantu sebagai amaran untuk mengawal pengambilan gula ataupun sama ada memerlukan rawatan awal. Glukometer dan strip Kolesterol Dapat mengesan tahap kolesterol darah dan kesedaran kepada seseorang untuk mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman. Accutrend dan strip Pengesanan barah pangkal rahim Dapat mengesan awal sel kanser di pangkal rahim dan dirawat awal. Sudip dan mikroskop Penglihatan Dapat mengesan awal masalah penglihatan (rabun dekat ataupun jauh). Carta Snellen Pendengaran Dapat mengesan awal masalah pendengaran dan membuat rujukan pakar untuk rawatan. Audiometer Berat badan/ indeks jisim tubuh (BMI – body mass index) Dapat mengetahui tahap BMI dan membantu mengawal pemakanan serta kecergasan fizikal. Alat timbang, body meter, penimbang dan kalkulator Anda boleh melakukan pemeriksaan ini di klinik dan hospital kerana pemeriksaan ini merupakan pemeriksaan kesihatan yang kerap digunakan untuk peringkat dewasa. SEMAK KENDIRI 2.3 1. Senaraikan jenis makanan yang baik untuk kesihatan. 2. Senaraikan jenis pemeriksaan fizikal dan peralatan yang sering digunakan bagi tujuan ini. Di manakah pemeriksaan ini boleh diperoleh? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
38 TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI • Amalan asas kebersihan diri adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita. • Antara amalan tersebut ialah kebersihan diri, kebersihan pakaian dan kebersihan peralatan. • Amalan kesihatan yang baik dapat memastikan tubuh serta persekitaran jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit. • Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi, terutamanya teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera. • Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Asas pengambilan makanan adalah berpandukan prinsip piramid makanan. • Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan. • Langkah-langkah penyediaan makanan perlulah diikuti supaya tidak berlaku keracunan makanan. • Pemeriksaan fizikal dan klinikal adalah penting mengikut peringkat umur. Kita perlu mengetahui jenis pemeriksaan fizikal dan klinikal serta tujuannya. • Antaranya ialah pemeriksaan fizikal semasa bayi (untuk mengesan sebarang kecacatan awal), pemeriksaan kesihatan bagi kanak-kanak dan remaja serta pemeriksaan kesihatan bagi orang dewasa (untuk mengenal pasti tekanan darah, paras glukos dalam darah, tahap kolesterol dan sebagainya). AKTIVITI 2.3 Bagaimanakah keputusan pemeriksaan boleh membantu kerajaan membentuk dasar berkaitan dengan langkah kerajaan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia? Bincangkan dengan rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 39 Amalan kesihatan Cara hidup sihat Kebersihan Kesihatan Pemakanan yang sihat Pemeriksaan kesihatan AÊaisah Senin, & Norrani Eksan. (2012). Penyediaan makanan yang selamat. Dicapai dari http://www.myhealth.gov.my/penyediaan-makanan-yangselamat/ Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi kesihatan keluarga. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Selamat membaca topik baharu ini berkenaan pendidikan kesihatan keluarga. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan kesihatan keluarga? Anda akan mengetahui jawapannya dalam bahagian pertama topik yang akan menghuraikan definisi, matlamat dan objektif pendidikan kesihatan keluarga. Kemudian, anda akan mempelajari dua pendekatan dan empat teknik dalam pendidikan kesihatan keluarga, di samping membezakan tiga kandungan utama dalam pendidikan ini. Akhirnya, anda akan mempelajari lapan fokus utama dalam kesihatan diri dan keluarga berdasarkan kandungan kedua pendidikan kesihatan keluarga, iaitu kesihatan diri dan keluarga. Sudahkah anda bersedia? Mari kita mulakan topik baharu ini! Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan definisi, matlamat dan objektif pendidikan kesihatan keluarga; 2. Mengenal pasti dua pendekatan dan empat teknik pendidikan kesihatan keluarga; 3. Membezakan tiga kandungan utama dalam pendidikan kesihatan keluarga; dan 4. Mengenal pasti lapan fokus utama kesihatan diri dan keluarga. HASIL PEMBELAJARAN Topik 3 Pendidikan Kesihatan Keluarga Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 41 KONSEP PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Anda tentu sedar bahawa institusi keluarga ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika institusi keluarga ini tidak teguh, maka lemahlah sesebuah negara. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa keluarga yang sihat ialah tonggak kepada pembangunan insan sesebuah negara. Menyedari hakikat itu, kerajaan kita melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan „Program Kempen Cara Hidup Sihat‰ untuk mempromosikan keluarga sihat sejak tahun 2001. Pernahkah anda terdengar tentang kempen ini? Bagaimanakah pula dengan objektifnya? Objektif kempen tersebut ialah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai aspek kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental atau rohani. Penghayatan kepada nilai dan norma yang terkandung dalam amalan pendidikan kesihatan keluarga mampu melahirkan warga sekolah yang sihat seperti diilustrasikan dalam Rajah 3.1. Rajah 3.1: Kebersihan di sekolah Sumber: Berita Harian, 13 Ogos 2007 3.1 AKTIVITI 3.1 Apakah kepentingan institusi keluarga dalam penjagaan kesihatan? Bincangkan dengan rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
42 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 3.1.1 Definisi Pendidikan Kesihatan Keluarga Sekarang, mari kita pelajari dahulu maksud pendidikan kesihatan keluarga. Tahukah anda definisi pendidikan kesihatan keluarga adalah berkait dengan definisi pendidikan kesihatan? Terdapat beberapa definisi berkenaan pendidikan kesihatan yang diutarakan oleh beberapa orang pakar. Yang berikut ialah tiga definisi pendidikan kesihatan yang popular. Pendidikan kesihatan ialah gabungan sebarang pengalaman belajar yang direka bentuk untuk memudahkan penyesuaian tingkah laku yang kondusif secara sukarela terhadap kesihatan. (Green, 1980) Promosi kesihatan ialah proses yang membolehkan seseorang meningkatkan kawalan dan kesihatan mereka. Untuk mencapai tahap kesejahteraan fizikal, mental dan sosial yang lengkap, individu atau kumpulan seharusnya dapat mengenal pasti dan merealisasikan aspirasi, untuk memenuhi keperluan dan perubahan atau berhadapan dengan persekitaran. Oleh itu, kesihatan dilihat sebagai sumber kehidupan seharian, bukanlah sebagai objektif hidup. Kesihatan ialah konsep positif yang menekankan sumber sosial dan peribadi serta keupayaan fizikal. Oleh itu, promosi kesihatan bukan hanya tanggungjawab sektor kesihatan tetapi melampaui gaya hidup kesihatan hingga kesejahteraan. (Ottawa Charter for Health Promotion, 1986) Promosi kesihatan ialah tindakan sosial, pendidikan dan politik yang meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan, memupuk gaya hidup sihat dan tindakan masyarakat dalam menyokong kesihatan dan memberi kekuatan kepada orang untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka dalam membentuk persekitaran, sistem dan polisi yang kondusif untuk kesihatan dan kesejahteraan. (World Health Organization, 1994) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 43 Daripada ketiga-tiga definisi tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pendidikan kesihatan ialah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti. Apakah tujuan pendidikan ini? Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya. Bagaimanakah pula tujuannya dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga? Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi pendidikan ini dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan seharian. Pendek kata, pendidikan kesihatan keluarga melibatkan usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi kesejahteraan mereka. Tahukah anda apakah elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga? Yang berikut ialah beberapa elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga (KKM, 2001): (a) Mengamalkan nilai moral dan agama; (b) Mengamalkan amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti senaman ataupun aktiviti fizikal; (c) Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan keluarga; (d) Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang; (e) Berkongsi masa lapang; (f) Memupuk sokongan sosial; (g) Mempunyai pendapatan yang mencukupi; dan (h) Mempunyai keselamatan emosi. Tahukah anda dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat ialah satu aset untuk kehidupan seharian? Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat dari aspek kesihatan sahaja tetapi perlu melihat dari aspek ekonomi dan sosial. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
44 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 3.1.2 Matlamat Sekarang kita beralih pula ke matlamat pendidikan kesihatan keluarga. Tahukah anda apakah matlamatnya? Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah meningkatkan pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat menuju ataupun mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Apakah pula yang dimaksudkan dengan keluarga sihat? Keluarga sihat ditakrifkan sebagai keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian ahlinya (KKM, 2001). Keperluan asas ini, jika dipenuhi mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang sihat dan cergas pada masa akan datang. 3.1.3 Objektif Akhirnya, mari kita mempelajari apakah objektif pendidikan kesihatan keluarga. Antara objektif pendidikan kesihatan keluarga ialah: (a) Mengubah tingkah laku kesihatan dari aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat; (b) Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro, iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat menjadi sihat dan negara pun sihat; (c) Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta atau Pertubuhan bukan Bukan Kerajaan (NGO − Non-Governmental Organisation); dan (d) Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta cara mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki (Cottrell, Girvan & Mckenzie, 2002). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 45 PENDEKATAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Mari kita mempelajari pula pendekatan pendidikan kesihatan keluarga. Pertamanya, apakah maksudnya? Pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merujuk bagaimana usaha untuk mengubah tingkah laku atau penyampaian sesuatu maklumat, sikap atau kemahiran itu dilakukan. 3.2.1 Pendekatan Pendidikan Kesihatan Keluarga Merentasi Kurikulum Antara pendekatan pendidikan kesihatan keluarga yang boleh dilakukan adalah dengan cara pendekatannya merentasi kurikulum. Pendekatan cara ini adalah kerana amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa mata pelajaran Pendidikan Kesihatan atau Pendidikan Jasmani diajar tetapi perlu juga diamalkan dengan warga sekolah dan ahli keluarga di rumah. Pendek kata, sekolah dan rumah umpama tempat untuk menanam benih amalan cara hidup sihat dalam kalangan pelajar. Di sekolah, pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab ke arah mencapai status kesihatan yang positif. Bagaimanakah pula ketika di rumah? Di rumah, mereka mempunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang lain untuk memastikan suasana rumah adalah sihat. Mereka bukan setakat mempelajari setiap ilmu yang berkaitan dengan kesihatan semata-mata untuk lulus tetapi perlu mengamalkan apa-apa yang dipelajari di sekolah dan di rumah. Nilai ini juga perlu dipupuk melalui sokongan sosial, misalnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) serta persekitaran yang sihat dan kondusif ke arah melahirkan warga sekolah yang sihat. Jika dilihat dengan lebih terperinci, skop pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan kesihatan keluarga secara tidak langsung, disentuh juga dalam mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sains. Pendek kata, PdP pendidikan kesihatan keluarga perlu dilihat secara holistik dalam membina jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar. Rajah 3.2 menunjukkan dua pendekatan dalam pendidikan kesihatan keluarga merentasi kurikulum. 3.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
46 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Rajah 3.2: Dua pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merentasi kurikulum Mari kita lihat kedua-dua pendekatan ini dengan lebih lanjut seperti yang berikut: (a) Pendekatan Integrasi Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik PdP dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga. Pendekatan ini selaras dengan matlamat pendidikan negara, iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum (Mok Soon Sang, 2004). Kita harus ingat bahawa pelajar memiliki latar belakang yang pelbagai dari segi kumpulan etnik, taraf sosioekonomi, sekolah bandar ataupun luar bandar, kebolehcapaian kepada kemudahan seperti Internet serta prasarana sekolah yang kondusif kepada PdP. Dengan mengambil kira perkara ini dalam PdP, guru hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dan mengubah suai PdP dengan keadaan setempat dan keadaan semasa. Tindakan yang diambil bermakna pendekatan yang kita gunakan tidak statik tetapi dinamik. (b) Pendekatan Bersepadu Bagaimanakah pula dengan pendekatan bersepadu? Pendekatan bersepadu menggabungkan pelbagai kaedah dan cara untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan, sikap yang positif dan kemahiran. Anda juga harus sedar bahawa pendidikan kesihatan keluarga adalah berkisar tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Oleh itu, dari aspek PdP, perkara ini mestilah diambil kira. Pelajar hendaklah didedahkan dengan pengalaman seperti tingkah laku kesihatan yang diingini ataupun positif. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 47 Setiap pengalaman ini pula didedahkan dari aspek PdP supaya pelajar dapat membuat penilaian berdasarkan tahap jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) masing-masing. Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, terdapat PdP yang bersepadu dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Apakah yang dimaksudkan dengan PBSS? PBSS ialah program kesihatan secara bersepadu yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran dan KKM sejak 1996. Matlamat utama PBSS ialah melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Apakah kandungan PBSS? PBSS merangkumi pelbagai topik kesihatan seperti penjagaan kesihatan diri, program pencegahan denggi, pencegahan Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS − acquired immune deficiency syndrome) serta amalan cara hidup sihat yang diajar secara bersepadu di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan bersepadu menjadikan kesihatan sebagai satu aspek yang tidak diasingkan tetapi diterapkan dalam PdP di sekolah. PdP secara bersepadu akan melibatkan kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pendekatan bersepadu juga melibatkan aspek kesihatan disentuh dalam mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu. Setiap pelajar mempunyai minat untuk belajar sama ada secara individu atau berkumpulan. Guru yang dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran juga dapat memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menunjukkan bakat dan memperkembangkan potensi masing-masing. 3.2.2 Tumpuan kepada Teknik Sekarang kita beralih pula kepada teknik dalam pendidikan kesihatan keluarga. Teknik pengajaran yang digunakan bagi PdP pendidikan kesihatan keluarga bergantung pada beberapa faktor. Faktor ini termasuklah kemampuan pelajar untuk memahami apa-apa yang diajar, kemudahan alat bantu mengajar yang sedia ada dan latar belakang keluarga. Kepelbagaian teknik dapat meningkatkan daya penerimaan pelajar. Jadual 3.1 menunjukkan kepada anda beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pendidikan kesihatan keluarga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
48 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Jadual 3.1: Teknik yang Digunakan dalam Pendidikan Kesihatan Keluarga Teknik Keterangan Penerokaan • Pelajar mempelajari melalui penerokaan kajian kes, pencarian di Internet, perpustakaan dan mendapatkan maklumat dari hospital dan klinik. • Proses pembelajaran melalui penerokaan akan memupuk pembelajaran inkuiri seseorang pelajar. Maknanya, mereka akan mencari, membentuk dan menguji andaian mereka. • Teknik penerokaan menjadikan pelajar bebas mendapatkan maklumat. Guru bertindak sebagai fasilitator. • Teknik ini memberi peluang kepada pelajar melakukan sesuatu dengan kreativiti mereka, selain daya intelek. Selain itu, teknik ini dapat juga memupuk semangat kerjasama dengan orang lain dan menghargai ilmu yang dicari oleh mereka. Lawatan • Contohnya, lawatan ke klinik ataupun hospital. • Lawatan ini memberi peluang kepada seseorang pengalaman sebenar. Misalnya, pengalaman melawat pesakit di wad akan memberi pengalaman baharu berkenaan penderitaan seseorang apabila menghidap sesuatu penyakit. Projek • Membuat projek seperti sudut pendidikan kesihatan di sekolah. • Kemahiran yang diperlukan dalam kalangan pelajar ialah mengumpul bahan, mengolah bahan dan memupuk kreativiti untuk mempersembahkan bahan tersebut. Penggunaan alat ataupun bahan multimedia • Contohnya, penggunaan poster, risalah, rakaman video dan lain-lain yang berkaitan dengan kesihatan. 3.2.3 Kefahaman Diri dan Orang Lain Tahukah anda pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat berfokuskan diri sendiri tetapi pendidikan ini juga perlu fokus kepada orang lain. Dalam pendidikan kesihatan keluarga, seseorang itu perlu melihat diri beliau dikelilingi oleh individu ataupun kumpulan lain. Misalnya, bagi seorang pelajar di sekolah menengah, dia berperanan sebagai pelajar biasa ataupun pengawas di sekolah dan sebagai abang ataupun kakak di rumah. Kita sedia maklum bahawa pendidikan kesihatan keluarga melibatkan interaksi kita dan bersosial dengan orang lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 49 Bagi negara kita pula, masyarakat adalah berbilang kaum dengan sistem kepercayaan masing-masing. Oleh itu, pemahaman kita terhadap orang lain adalah sangat penting dalam konteks proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Maka, pemahaman ini dapat mengelak sikap etnosentrisme dalam kalangan pelajar dan guru, iaitu satu sikap menilai yang percaya bahawa golongan ataupun budaya etnik sendiri lebih unggul daripada golongan ataupun budaya orang lain. Kesimpulannya, pendidikan kesihatan keluarga menjurus pada pemahaman kita terhadap budaya orang lain. Oleh itu, pendidikan ini dapat memperkayakan lagi pengetahuan kita tentang diri kita sebagai rakyat Malaysia. KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Tahukah anda apakah kandungan pendidikan kesihatan keluarga? Mari kita tinjau apakah kandungan pendidikan kesihatan keluarga tersebut seperti dalam Rajah 3.3. Rajah 3.3: Kandungan pendidikan kesihatan keluarga Berdasarkan Rajah 3.3, terdapat tiga kandungan utama dalam pendidikan kesihatan keluarga. Mari kita lihat ketiga-tiga kandungan ini dengan lebih terperinci. 3.3 SEMAK KENDIRI 3.1 Huraikan pendekatan bersepadu dan integrasi dalam pendidikan kesihatan keluarga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
50 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 3.3.1 Tubuh Manusia Tahukah anda badan manusia terbahagi kepada 11 sistem? Dalam setiap sistem terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.2. Jadual 3.2: Sistem Tubuh Manusia Bahagian Badan Peranan Sistem rangka • Membentuk badan, melindungi organ dalaman badan. • Bekerjasama dengan sistem otot untuk menggerakkan badan. Sistem penghadaman • Terdiri daripada organ yang memecahkan makanan kepada protein, vitamin, mineral, karbohidrat dan lemak yang diperlukan badan untuk tumbesaran, tenaga dan membaik pulih. Sistem otot • Menggerakkan anggota badan. Sistem limfatik • Merupakan sistem perlindungan badan. Menapis organisma yang menyebabkan penyakit, menghasilkan sel darah putih dan antibodi. Mengeluarkan cecair dan nutrien serta lebihan cecair supaya tidak bengkak. Sistem endokrin • Suatu bentuk komunikasi dalam badan menggunakan hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar hormon seperti hipotalamus, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, kelenjar pituitari, kelenjar parotid, kelenjar timus, pankreas dan ovari. Sistem saraf • Mengumpul, menghantar dan memproses maklumat antara otak, saraf tunjang dan saraf periferal. Sistem kardiovaskular • Mengepam dan menghantar darah dalam badan. Sistem reproduktif • Mengandungi organ reproduktif lelaki dan perempuan yang membolehkan kita memperoleh anak. Sistem perkumuhan • Keseimbangan bendalir dalam badan, perkumuhan air kencing dan keseimbangan elektrolit. Sistem respiratori • Membolehkan proses pernafasan dilakukan dengan melibatkan organ seperti paru-paru untuk membawa oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Sistem imun • Melindungi sistem badan daripada jangkitan penyakit. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 51 Sebagai sebuah sistem, setiap organ dan jaringan saling bergantung antara satu sama lain. Sistem ini mempunyai matlamat yang sama, iaitu mengekalkan keseimbangan. Selain itu, badan manusia juga terdiri daripada ciri-ciri luar yang dapat dilihat seperti kulit, muka, hidung, telinga, mata, gigi, rambut, tangan, kaki dan kuku. 3.3.2 Kesihatan Diri dan Keluarga Kita beralih pula kepada kesihatan diri dan keluarga. Anda tentu menyedari bahawa tunjang utama kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup sihat. Perubahan penyakit pada masa dahulu dengan masa kini adalah berbeza daripada penyakit berjangkit seperti malaria, kolera dan taun kepada penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan buah pinggang. Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit. Selain itu, amalan kesihatan diri dalam konteks sesebuah keluarga perlu melihat peranan setiap ahli dalam sesebuah keluarga kerana keluarga yang sihat melahirkan anak yang sihat. Tahukah anda kesihatan diri dan keluarga berfokuskan lapan perkara? Lapan perkara tersebut disenaraikan dalam Rajah 3.4. Rajah 3.4: Lapan fokus utama kesihatan diri dan keluarga Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
52 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Sekarang mari kita lihat kelapan-lapan perkara ini dengan lebih mendalam dalam huraian yang berikutnya. (a) Kebersihan Tubuh Badan Kebersihan badan meliputi penjagaan kebersihan rambut, kesihatan gigi, tangan, muka, kaki dan kulit. Anda tentu mengetahui cara kita melakukan penjagaan ini. Penjagaan kebersihan badan adalah melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi dan membasuh tangan. (b) Amalan Pemakanan yang Sihat Tahukah anda amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga memerlukan perancangan, penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang untuk keluarga? Selain itu, makanan yang sihat tidak semestinya makanan yang mahal. Misalnya, buah-buahan yang penuh berzat atau bernutrien tidak semestinya buah-buahan import seperti epal atau anggur tetapi buah-buahan tempatan seperti betik, pisang dan limau. (c) Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal Pertamanya, apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti fizikal? Aktiviti fizikal ialah sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan yang menggunakan tenaga. Aktiviti ini amat penting untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari ataupun tidak aktif seperti penyakit jantung, angin ahmar (strok), darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Kita perlu mengamalkan aktiviti bersenam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan setiap sesi sekurang-kurangnya selama 30 minit. Jika kita kesibukan di tempat kerja dan tidak dapat melakukannya jangan berputus asa. Lakukan aktiviti mudah dengan mengamalkan tabiat berjalan kaki, berkebun, mencuci kereta atau naik tangga tanpa menggunakan lif di tempat kerja (rujuk Rajah 3.5). Amalan ini juga merupakan satu bentuk senaman, malahan lebih mudah dan senang dilakukan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 53 Rajah 3.5: Naik tangga merupakan aktiviti fizikal harian yang mudah Sumber: https://www.suara.com/health/2015/02/28/155218/empat-manfaatnaik-tangga (d) Amalan Kesihatan Mental yang Baik Anda perlu sedar bahawa pengurusan stres merupakan salah satu komponen kesihatan yang amat penting. Memang sukar untuk mengelakkan stres sama ada di tempat kerja ataupun di rumah. Namun, stres perlu diurus dengan bijak. Bagaimanakah caranya untuk menangani stres? Anda boleh mengamalkan pemikiran dan sikap yang positif sebagai salah satu langkah ke arah kesihatan mental yang baik. Selain itu, stres boleh ditangani dengan teknik penyelesaian masalah yang efektif. Yang berikut ialah contoh kaedah pengurusan stres yang dinamakan „IDEAL‰ (rujuk Rajah 3.6). IDEAL dapat menjamin kesihatan mental kita agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
54 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Rajah 3.6: Kaedah IDEAL untuk mengurus masalah Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2017) http://www.myhealth.gov.my/mengurus-krisis-peribadi/ Satu lagi cara untuk mengamalkan kesihatan mental yang baik adalah dengan menangani kemarahan. Tahukah anda terdapat satu kaedah yang dipanggil Kaedah 3B yang boleh digunakan untuk menangani kemarahan? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 55 Rajah 3.7 menerangkan kepada anda kaedah ini. Rajah 3.7: Kaedah 3B untuk menangani kemarahan Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2001) (e) Tidak Merokok Katakan „Tidak‰ kepada rokok! Anda tentu biasa mendengar ungkapan ini bukan? Merokok merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan strok. Di samping itu, amalan merokok ini juga merupakan amalan yang membazirkan wang! Selain itu, merokok bukan setakat membahayakan si perokok tetapi juga orang lain di sekelilingnya. Mereka ini dinamakan perokok pasif ataupun perokok kedua. Walaupun mereka tidak merokok tetapi mereka boleh menghidu asap rokok yang dihembuskan oleh perokok. Asap dari perokok kedua atau perokok pasi juga dikenali sebagai asap tembakau alam sekitar (ETS − environmental tobacco smoke). Asap ETS ini adalah campuran dua bentuk asap yang berasal daripada tembakau yang sedang terbakar yang terdiri daripada: (i) Asap Arus Utama: Asap yang dibuang oleh perokok; dan (ii) Asap Arus Sisi: Asap dari hujung rokok, paip, cerut atau pembakaran tembakau dalam paip. Asap jenis ini mempunyai kepekatan yang lebih tinggi daripada agen penyebab kanser (karsinogen) dan lebih toksik daripada asap arus utama. Asap ini juga mempunyai zarah yang lebih kecil daripada asap arus utama. Zarah yang lebih kecil ini mudah masuk ke dalam paru-paru dan sel badan dengan lebih mudah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
56 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Apabila bukan perokok bernafas daripada ETS, mereka akan menghidu bahan kimia nikotin dan toksik dengan cara yang sama seperti perokok. Semakin kerap anda menjadi perokok kedua atau perokok pasif, semakin tinggi tahap bahan kimia berbahaya ini dalam tubuh anda. Perokok pasif mungkin merupakan ahli keluarga seperti anak, isteri atau mungkin rakan pejabat. Kita semestinya tidak mahu orang terdekat dan tersayang mendapat risiko daripada rokok. Apatah lagi mereka bukannya perokok, cuma mendapat bahana daripada perokok. Kanak-kanak mudah terjejas sebagai perokok kedua dan sukar untuk menjauhkan diri daripada perokok. Kebanyakannya datang daripada perokok di rumah (ibu bapa dan orang dewasa). Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang ibu bapanya ialah perokok sering rasa sakit, jangkitan paru-paru, batuk, bersin, pendek pernafasan dan mudah mendapat jangkitan telinga. Maka, adalah lebih baik untuk tidak merokok sama sekali demi kesejahteraan semua pihak kerana terdapat banyak kebaikan, jika tidak merokok. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 57 Rajah 3.8 menunjukkan kebaikan bagi mereka yang tidak merokok. Rajah 3.8: Kebaikan tidak merokok Sumber: Risalah „Tak Nak Merokok‰ (KKM, 2003) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
58 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Rajah 3.9 menunjukkan beberapa panduan untuk berhenti merokok. Rajah 3.9: Panduan berhenti merokok Sumber: Risalah „Tak Nak Merokok‰ (KKM, 2003) Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat atau panduan berhenti merokok dari klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran. Anda juga boleh melayari laman web di www.infosihat.gov.my untuk mengetahui pelbagai maklumat kesihatan lain. Seramai 10,000 rakyat Malaysia maut setiap tahun disebabkan tabiat merokok (rujuk Rajah 3.10). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 59 Rajah 3.10: 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun berkait tabiat merokok Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/10-000-rakyat-malaysiamati-setiap-tahun-berkait-tabiat-merokok-anda-mahu-jadi-statistik-194961 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
60 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA (f) Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak Tahukah anda terdapat tiga komponen dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak? Tiga komponen tersebut ialah perancangan keluarga, kesihatan ibu hamil dan selepas bersalin serta kesihatan bayi. Mari kita lihat ketiga-tiga komponen ini dengan lebih mendalam. (i) Perancangan Keluarga Pasangan suami isteri perlu bijak mengurus dan merancang keluarga mengikut kemampuan ekonomi dan sosial. Khidmat nasihat secara profesional berkaitan dengan perancangan keluarga boleh diperoleh daripada pakar kesihatan keluarga di klinik kesihatan kerajaan, hospital kerajaan atau hospital swasta. Pada masa kini, tanggungjawab ibu bapa bukan setakat memenuhi keperluan asas tetapi memberi pendidikan dan penjagaan kesihatan yang secukupnya kepada anak. Anak berhak untuk mendapatkan pendidikan berkualiti, keselamatan, kasih sayang, penjagaan kesihatan menyeluruh dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengamalkan tingkah laku yang sihat agar menjadi ikutan kepada anak. (ii) Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin Pemeriksaan secara berkala semasa hamil amat penting. Masalah awal ataupun komplikasi semasa hamil boleh dirawat, jika dikenal pasti dengan lebih awal. Selain itu, ibu juga perlu memberitahu doktor yang merawatnya tentang latar belakang keluarga, sekiranya terdapat sejarah keluarga yang menghidap darah tinggi, penyakit jantung, asma, diabetes atau penyakit keturunan. Hal ini memudahkan doktor untuk memantau kesihatan ibu dan bayi serta memberi langkahlangkah awal pencegahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Amalan pemakanan sihat penting untuk si ibu dan bayi dalam kandungannya ketika hamil dan selepas bersalin. Begitu juga dengan sokongan suami dari segi emosi sebelum dan selepas isteri bersalin. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 61 Golongan ibu, terutamanya yang hamil buat julung-julung kali perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya berkaitan dengan penjagaan kesihatan ibu hamil dan cara bersalin. Mereka tidak harus terpengaruh dengan petua ataupun pantang larang yang boleh memudaratkan kesihatan mereka dan bayi yang dilahirkan. Selain itu, penyusuan penuh susu ibu harus diberi kepada bayi selama sekurangkurangnya enam bulan pertama. (iii) Kesihatan Bayi Akhirnya, mari kita membincangkan mengenai kesihatan bayi. Penjagaan kesihatan bayi untuk dua tahun pertama memerlukan mereka dibawa ke klinik kesihatan secara berkala untuk mendapat suntikan imunisasi dan pemeriksaan fizikal. Amalan pemakanan yang sihat, kebersihan dan pemberian imunisasi secara berkala amat penting untuk menjamin kesihatan bayi. Dalam tempoh usia satu tahun pertama, bayi amat mudah dijangkiti penyakit. Pemberian imunisasi dapat memberi mereka perlindungan daripada penyakit berjangkit seperti polio, tetanus (kancing gigi), difteria, campak, hepatitis B dan tibi seperti yang diterangkan dalam Rajah 3.11. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
62 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Rajah 3.11: Jadual vaksin imunisasi KKM terkini bayi dan kanak-kanak 2020 Sumber: https://www.mysumber.com/jadual-imunisasi-kkm.html Selain itu, setiap kali pemeriksaan dibuat, berat badan bayi akan dicatatkan. Pemeriksaan berat badan bertujuan melihat perkembangan bayi mengikut bulan. Di samping itu, doktor ataupun jururawat juga akan membuat ujian gerak balas untuk menguji gerak balas bayi terhadap rangsangan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 63 (g) Peranan Keluarga Sekarang kita beralih kembali kepada fokus utama kesihatan diri dan keluarga. Andaian umum kita terhadap sesebuah keluarga ialah bapa sebagai ketua keluarga, manakala ibu sebagai penjaga. Anak perempuan ataupun anak lelaki pula mempunyai peranan untuk mengikut apa-apa yang disuruh oleh ibu bapa. Namun, peranan ini semakin berubah dengan bertambahnya kes perceraian. Oleh itu, wujudlah beberapa istilah seperti „ibu tunggal‰ dan „bapa tunggal‰. Di samping itu, terdapat pula isu lain seperti remaja lari dari rumah kerana pelbagai faktor seperti penderaan, perpecahan rumah tangga, inginkan kebebasan atau terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Malah, pada masa kini, isu menghantar ibu bapa ke rumah orang tua sudah menjadi perkara biasa. Isu ini sering berlaku atas alasan tidak ada masa untuk menjaga mereka. Perkara ini tidak seharusnya terjadi kerana inilah masanya untuk anak berbakti dan membalas jasa ibu bapa dengan menjaga mereka ketika mereka sudah tua dan uzur. (h) Institusi Perkahwinan Sesuatu perkahwinan itu akan menjadi isu apabila tidak mengikut nilai dan norma sesebuah masyarakat. Antara isu tersebut adalah berkahwin atas dasar paksaan, kahwin lari kerana tidak dipersetujui oleh ibu bapa dan perceraian. Persoalan juga timbul seperti ingin berkahwin tetapi tidak bersedia dari segi kewangan dan emosi. Individu sama ada lelaki ataupun wanita yang semakin lewat berkahwin ataupun langsung tidak berkahwin juga merupakan salah satu isu yang kerap dibincangkan. 3.3.3 Nilai Moral dan Agama Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita membincangkan nilai moral dan agama. Pada masa kini, terdapat banyak isu seksualiti dan gender yang berkaitan dengan nilai moral dan agama. Isu ini diterangkan dalam Jadual 3.3. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
64 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Jadual 3.3: Isu Seksualiti dan Gender yang Berkaitan dengan Nilai Moral dan Agama Isu Huraian Seksualiti Kehamilan remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual dan sumbang mahram sering menjadi topik hangat perbincangan kesihatan seksualiti kerana menggugat nilai moral dan agama masyarakat. Gender Bertingkah laku melampaui batas, iaitu jauh daripada nilai dan norma yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai lelaki dan perempuan seperti mak nyah ataupun pondan. Keadaan ini juga boleh dipanggil disfungsi seksual, malfungsi seksual atau kecelaruan identiti gender. • Pendidikan kesihatan keluarga ialah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti. • Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah meningkatkan pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat menuju atau mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. • Antara objektif pendidikan kesihatan keluarga ialah mengubah tingkah laku kesihatan, melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro dan meningkatkan tahap literasi kesihatan. • Pendidikan kesihatan keluarga merentasi kurikulum boleh dilaksanakan melalui dua pendekatan: pendekatan integrasi dan pendekatan bersepadu. • Teknik yang digunakan dalam pendidikan kesihatan keluarga adalah melalui teknik penerokaan, lawatan, projek dan penggunaan bahan atau alat multimedia. • Kandungan pendidikan kesihatan keluarga merangkumi badan manusia, kesihatan diri dan keluarga serta nilai moral dan agama. SEMAK KENDIRI 3.2 Huraikan isu-isu sosial yang berkait dengan masalah keruntuhan rumah tangga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 65 • Tubuh badan manusia mempunyai 11 sistem utama, iaitu sistem rangka, sistem penghadaman, sistem otot, sistem limfatik, sistem endokrin, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem reproduktif, sistem perkumuhan, sistem respiratori dan sistem imun. • Kesihatan diri dan keluarga berfokuskan lapan perkara, iaitu: − Kebersihan tubuh badan; − Amalan pemakanan yang sihat; − Melakukan aktiviti senaman dan kecergasan fizikal; − Amalan kesihatan mental yang baik; − Tidak merokok; − Penjagaan kesihatan ibu dan anak; − Peranan keluarga; dan − Institusi perkahwinan. • Nilai moral dan agama berkait rapat dengan masalah kesihatan seksualiti dan gender seperti kehamilan remaja, kes rogol dan mak nyah. Cara hidup sihat Kesihatan Kesihatan diri Kesihatan keluarga Literasi kesihatan (health literacy) Pendekatan bersepadu Pendekatan integrasi Pendidikan kesihatan Penjagaan kesihatan Piramid makanan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
66 TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. (2019). Mengurus krisis peribadi. Dicapai dari http://www.myhealth.gov.my/ mengurus-krisis-peribadi/ Cottrell, R. R., Girvan, J. T., & Mckinzie, J. F. (2002). Principles and foundations of health promotion and education (Ed. ke-2). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Green, L. W. (1980). Health education planning. A diagnostic approach. Palo Alto, CA: Mayfield. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2001). Sihat sepanjang hayat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Leong, I. (2019). 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun berkait tabiat merokok. Anda mahu jadi statistik? Dicapai dari http://www.astroawani.com/beritamalaysia/10-000-rakyat-malaysia-mati-setiap-tahun-berkait-tabiatmerokok-anda-mahu-jadi-statistik-194961 Mok Soon Sang. (2004). Pengantar pendidikan teras. Subang Jaya, Malaysia: Kumpulan Budiman. Ottawa Charter for Health Promotion. (1986). Health Promotion, Vol. 1, iii−v. World Health Organization (WHO). (1994). Food, water and family health: A manual for community educators. Retrieved from https://www.who.int/ water_sanitation_health/hygiene/settings/wsh9204.pdf Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Selamat membaca Topik 4 ini yang bertajuk Anatomi Sistem Reproduktif Manusia. Sebelum kita mulakan topik baharu ini, pernahkah anda disoal oleh anak anda tentang bagaimanakah dia boleh berada di dunia ini? Apakah reaksi anda dan bagaimanakah anda menjawab soalan ini? Anda tentu sedar bahawa kanak-kanak suka bertanya kepada orang dewasa tentang bagaimana dia boleh berada di dunia ini. Ibu mungkin akan memberitahu jawapannya adalah melalui cara kelahiran (rujuk Rajah 4.1). Jika anaknya bertanya lagi, bagaimana caranya dia dilahirkan, ibu akan menunjukkan perutnya. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan sistem reproduktif lelaki; 2. Menyatakan sistem reproduktif perempuan; dan 3. Membezakan ciri-ciri akil baligh antara lelaki dengan perempuan. HASIL PEMBELAJARAN Topik 4 Anatomi Sistem Reproduktif Manusia Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
68 TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA Rajah 4.1: Ibu menerangkan cara kelahiran kepada anak Naluri ingin tahu bagaimana dirinya wujud di dunia ini sering bermain dalam pemikiran kanak-kanak. Proses ini adalah pengalaman pembelajaran yang akan membantu seseorang menjadi lebih matang dalam kehidupan. Oleh itu, dalam topik ini, kita akan membincangkan sistem reproduktif manusia. Kita akan mengenali organ dalam sistem reproduktif dan fungsinya. Selain itu, kita juga akan mempelajari perbezaan antara lelaki dengan perempuan yang mengalami proses akil baligh. Topik ini penting untuk membantu kita dalam merancang keluarga kerana kita telah memahami fungsi organ pembiakan ini. Di samping itu, kita juga dapat memahami bahagian organ yang sering dikaitkan dengan penyakit seperti kanser serviks dan kanser prostat. Saya harap anda sudah bersedia untuk memulakan topik ini. Mari kita mulakan pembelajaran kita! SISTEM REPRODUKTIF LELAKI Sebelum kita mempelajari sistem reproduktif lelaki, mari kita huraikan dahulu maksud sistem reproduktif. Bolehkah anda berikan maksudnya? 4.1 Sistem reproduktif atau sistem pembiakan merujuk organ yang diperlukan oleh manusia untuk memenuhi fungsi menghasilkan zuriat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA 69 Bagi sistem reproduktif lelaki, organ yang terlibat antaranya ialah zakar, testis, saluran uretra dan kelenjar prostat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1. Rajah 4.1: Organ reproduktif lelaki Mari kita tinjau dengan lebih lanjut lagi fungsi organ reproduktif lelaki dengan merujuk Jadual 4.1. Jadual 4.1: Organ Reproduktif Lelaki dan Fungsinya Organ Fungsi Zakar • Organ persetubuhan lelaki yang menyalurkan semen dan sperma bagi tujuan reproduksi. • Zakar juga berfungsi untuk menyalurkan air kencing keluar daripada badan lelaki. Testis • Organ yang menghasilkan sperma. • Sel dalam testis mengeluarkan hormon lelaki, iaitu testosteron. • Hormon testosteron mengembangkan sifat kejantinaan lelaki apabila meningkat baligh seperti pertumbuhan janggut, misai, bulu pada kemaluan, bentuk tubuh lelaki dan perkembangan organ jantina lelaki. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
70 TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA Kelenjar prostat • Kilang yang menghasilkan bendalir cair bersifat alkali. • Bendalir ini adalah sebahagian daripada komponen air mani. • Sifat alkalinya melindungi sperma daripada tindak balas asid dalam saluran air kencing dan ketika dalam faraj perempuan. Saluran uretra • Saluran yang mengalirkan air mani dan air kencing. SISTEM REPRODUKTIF PEREMPUAN Sekarang, mari kita beralih pula ke sistem reproduktif perempuan. Tahukah anda sistem reproduktif perempuan terdiri daripada organ luaran dan organ dalaman? Organ luaran terdiri daripada labia majora, labia minora, klitoris, selaput dara dan perineum. Bagaimanakah pula dengan organ dalaman? Organ dalaman sistem reproduktif perempuan ialah ovari, lapisan dinding uterus, serviks, faraj, uterus dan saluran Fallopio. Organ dalaman ini ditunjukkan dalam Rajah 4.2. Rajah 4.2: Organ reproduktif dalaman perempuan 4.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA 71 Bagaimanakah pula dengan fungsi organ reproduktif perempuan? Adakah anda tahu? Jadual 4.2 menerangkan kepada anda fungsi organ reproduktif perempuan. Jadual 4.2: Organ Reproduktif Perempuan dan Fungsinya Organ Fungsi Vulva • Vulva ialah komponen organ reproduktif perempuan yang membentuk organ kemaluan luar. • Vulva terdiri daripada vagina, klitoris, labia minora dan labia majora. Ovari • Setiap perempuan mempunyai dua ovari. • Ovari menghasilkan hormon estrogen dan sel reproduktif perempuan atau ovum. • Sel ovari turut mengeluarkan hormon progesteron. Saluran Fallopio • Saluran atau tiub Fallopio menghubungkan uterus dengan ovari. • Saluran ini menyediakan saluran perjalanan untuk pergerakan ovum yang telah disenyawakan ke uterus. • Persenyawaan atau percantuman ovum dan sperma biasanya berlaku dalam saluran Fallopio. Uterus • Tempat ovum melekat selepas disenyawakan. Janin akan membesar dalam ruang uterus. Lapisan dinding uterus • Lapisan yang terdiri daripada otot. • Lapisan ini menyediakan ruang untuk ovum yang telah disenyawakan melekat. • Semasa proses kelahiran, otot ini menguncup untuk membantu proses mengeluarkan bayi. Serviks • Serviks berfungsi sebagai leher uterus yang terletak pada bahagian bawah sekali. • Di dalamnya terletak saluran yang menyambungkan faraj dengan uterus. Faraj • Bahagian yang menyambungkan organ reproduktif dengan luar badan. • Faraj ialah organ persetubuhan perempuan. • Faraj juga ialah saluran untuk darah haid keluar. Faraj menyediakan sebahagian daripada saluran kelahiran bayi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
72 TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA AKIL BALIGH Masihkah anda ingat fasa akil baligh anda? Apakah yang berlaku ketika itu? Apakah yang boleh anda katakan tentang akil baligh? Yang berikut ialah maksudnya: Apakah ciri-ciri perubahan ini? Terdapat perbezaan ciri-ciri perubahan ini antara lelaki dengan perempuan. Ciri-ciri ini diterangkan dalam Rajah 4.3. Rajah 4.3: Perubahan semasa akil baligh 4.3 Akil baligh merujuk fasa perubahan antara zaman kanak-kanak dengan zaman remaja dan akil baligh dicirikan dengan beberapa perubahan fizikal, mental dan sosial. SEMAK KENDIRI 4.1 1. Nyatakan ciri-ciri fizikal yang membezakan antara lelaki dengan perempuan. 2. Ciri-ciri fizikal manakah yang dikaitkan dengan sistem reproduktif? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA 73 Fasa akil baligh berbeza bagi setiap individu. Terdapat sebilangan kanak-kanak akan mencapai akil baligh sebelum usia 10 tahun dan ada yang mengalaminya semasa belasan tahun. Tahap permulaan akil baligh dipengaruhi oleh kadar hormon dalam badan. Pemakanan pada zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi perkembangan ini. Pemakanan yang mencukupi dan seimbang serta taraf kesihatan yang baik mempengaruhi usia seseorang kanak-kanak apabila mencapai akil baligh. 4.3.1 Ovulasi (Pengeluaran Ovum) Anda telah mempelajari tadi bahawa ovari ialah organ dalaman reproduktif perempuan. Untuk makluman anda, apabila seseorang perempuan telah akil baligh, sel ini menjadi matang dengan bantuan hormon. Sel ovum yang telah matang akan pecah dan menolak ovumnya ke dalam umbai saluran Fallopio. Proses ini dinamakan ovulasi atau pengeluaran ovum. Proses ini berlaku dalam pertengahan pusingan haid tetapi masanya berbeza antara individu. Ovum yang dibebaskan akan bergerak ke saluran Fallopio dan bersedia untuk disenyawakan. 4.3.2 Haid Tahukah anda bahawa haid ialah petunjuk bahawa organ reproduktif perempuan telah berfungsi? Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku antara 28 dan 35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama tiga hingga enam hari. Tempoh haid ini adalah berbeza antara individu. Ovum atau sel telur akan menjadi matang di dalam ovari. Hormon progesteron akan merangsang lapisan tebal darah yang baharu supaya terbentuk semula di dalam uterus. Semasa pertengahan kitaran haid, ovum atau telur dibebaskan dari ovari ke saluran Fallopio. SEMAK KENDIRI 4.2 1. Apakah yang dimaksudkan dengan akil baligh? 2. Senaraikan perubahan fizikal lelaki dan perempuan semasa akil baligh. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
74 TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ovum akan hancur dan dikeluarkan melalui faraj. Bekalan hormon progesteron yang menyuburkan lapisan uterus akan terhenti. Lapisan dinding uterus akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Namun, sekiranya ovum disenyawakan dan janin melekat pada dinding uterus yang subur ini, haid tidak terjadi kerana kehamilan telah berlaku. Seseorang perempuan akan mengalami haid setiap bulan sehinggalah dia memasuki fasa putus haid atau menopaus. Gangguan haid seperti lewat ataupun tidak teratur akan berlaku, jika seseorang mengalami gangguan emosi atau tekanan. 4.3.3 Ihtilam Akhirnya, mari kita membincangkan tentang ihtilam. Tahukah anda apakah maksudnya? Remaja lelaki akan mengalami mimpi yang ghairah sehingga mengeluarkan sperma (disebabkan itulah keadaan mimpi dipanggil mimpi basah). Perkara ini adalah normal dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Oleh itu, mereka perlu didedahkan dengan maklumat ini supaya mereka sedar bahawa mereka sedang mengalami proses akil baligh. Ihtilam dikenal sebagai mimpi basah (wet dream). lhtilam berlaku kepada kanak-kanak lelaki dan merupakan petanda bahawa kanak-kanak lelaki ini telah menjadi remaja dan organ reproduktif mereka telah mula berfungsi. SEMAK KENDIRI 4.3 Lukiskan gambar rajah sistem reproduktif lelaki dan perempuan. Labelkan organ-organ yang berkaitan dan fungsi masing-masing. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA 75 • Sistem reproduktif atau sistem pembiakan merujuk organ yang diperlukan oleh manusia untuk memenuhi fungsi menghasilkan zuriat. • Sistem reproduktif lelaki terdiri daripada zakar, testis, kelenjar prostat dan uretra. • Sistem reproduktif perempuan terdiri daripada organ dalaman dan organ luaran. Organ dalaman ialah ovari, saluran Fallopio, uterus, lapisan dinding uterus, serviks dan faraj. Organ luaran pula ialah labia majora, labia minora, klitoris, selaput dara dan perineum. • Kedatangan haid ialah petunjuk utama akil baligh seseorang perempuan dan organ reproduktif telah berfungsi. Antara ciri akil baligh perempuan ialah payudara mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, dan jerawat mula tumbuh. • Ihtilam atau mimpi basah ialah petanda seseorang kanak-kanak lelaki telah akil baligh. Antara ciri akil baligh lelaki ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, dan tubuh berotot. Faraj Haid Ihtilam Kelenjar prostat Organ reproduktif Ovari Saluran Fallopio Sistem reproduktif Testis Uretra Uterus Zakar Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
76 TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Rahsia remaja. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Masood Abdul Rashid, & Mohd Ariffin Siri. (1990). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. VanPutte, C., Regan, J., & Russo, A. (2010). SeeleyÊs essentials of anatomy and physiology (Ed. ke-7). New York, NY: McGraw-Hill. Wilson, K. J. W. (1992). Anatomy and physiology in health and illness. Edinburgh, Scotland: Churchill Livingstone. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Selamat meneliti Topik 5. Dalam topik baharu ini, kita akan membincangkan proses reproduktif manusia. Sebelum kita pergi jauh, cuba anda bayangkan proses reproduktif manusia terhenti? Apakah yang akan berlaku? Bagaimanakah keadaan kependudukan sesebuah negara yang proses reproduktif manusianya dikawal? Kita ada mendengar kisah negara yang penduduknya terdiri daripada lebih ramai penduduk dewasa dan warga tua tetapi kurang warga muda. Adakah ini seimbang? Bagaimanakah dengan masa depan negara tersebut? Jika digambarkan dalam bentuk model piramid, negara tersebut akan memiliki model piramid yang terbalik! Anda tentu sedar bahawa proses reproduktif manusia adalah sangat penting kerana proses ini dapat memastikan penghasilan zuriat yang berterusan. Institusi perkahwinan adalah langkah pertama ke arah penghasilan zuriat. Selain itu, proses ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kehidupan manusia. Anak yang terhasil merupakan zuriat dan pewaris kita. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan tiga proses persenyawaan; 2. Mengenal pasti tiga peringkat dalam proses kehamilan; dan 3. Menghuraikan tiga jenis penjagaan asas semasa kehamilan. HASIL PEMBELAJARAN Topik 5 Proses Reproduktif Manusia Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
78 TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA Oleh itu, melalui topik ini, anda akan mempelajari cara proses persenyawaan berlaku, peringkat kehamilan dan penjagaan asas ketika hamil. Pemahaman proses reproduktif ini akan dapat membantu kita dalam merancang sesebuah keluarga. Selain itu, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menempuh masa kehamilan dan saat melahirkan zuriat. Diharapkan topik ini dapat memberikan anda pengetahuan yang sangat berguna tentang cara kehidupan kita sebagai manusia bermula. Sudahkah anda bersedia untuk mempelajarinya? Mari kita mulakan. PERSENYAWAAN Kita mulakan topik ini dengan subtopik persenyawaan. Sebelum kita meneruskan topik, mari kita ketahui dahulu maksud persenyawaan. Proses persenyawaan ini merupakan proses awal yang berlaku dalam sistem reproduktif manusia. Tahukah anda proses persenyewaan ini terbahagi kepada tiga proses? Ketiga-tiga proses ini ditunjukkan dalam Rajah 5.1. Rajah 5.1: Proses persenyawaan 5.1 Persenyawaan ialah proses di mana sperma daripada lelaki dan ovum perempuan bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot. AKTIVITI 5.1 Dalam forum myINSPIRE, bincangkan kepentingan memahami proses reproduktif. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 79 Proses ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya; bermula dengan proses pergerakan sperma dan diikuti oleh pergerakan persenyawaan dan pembahagian sel. 5.1.1 Pergerakan Sperma Kita telah mengetahui bahawa proses pertama persenyawaan ialah pergerakan sperma. Masihkah anda ingat dari mana sperma dihasilkan? Sperma dihasilkan daripada dua testis lelaki. Sperma berbentuk seperti berudu yang amat halus. Sperma dilepaskan ke dalam faraj melalui saluran uretra. Terdapat berjuta-juta sperma yang akan bergerak menuju uterus ketika proses persenyawaan. Namun, hanya satu sperma sahaja yang mungkin berjaya menembusi dinding ovum dan bercantum dengannya di saluran Fallopio seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. Rajah 5.2: Sperma pada dinding ovum Sumber: www.fotosearch.it/thumb/LIF/LIF145/PDB01003.jpg Bukankah proses ini sesuatu yang menakjubkan dan menunjukkan betapa bertuahnya kita. Dalam berjuta-juta sperma yang berlumba, hanya kita seorang yang berjaya dihasilkan! Cuba anda renungkan. 5.1.2 Pergerakan Persenyawaan Proses kedua ialah pergerakan persenyawaan. Selepas sperma dan ovum bercantum, cantuman ini akan bergerak dari saluran Fallopio menuju ke uterus. Seterusnya, sperma akan melekat pada dinding uterus yang subur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.3. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
80 TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA Rajah 5.3: Pergerakan sperma dan ovum yang telah bercantum ke dinding uterus Sumber: www.celebritydiagnosis.com Pada ketika ini, proses pembentukan embrio pun bermula. Embrio berkembang menjadi janin dan berada di dalam uterus selama 40 minggu dan tempoh ini dikenal sebagai kehamilan. 5.1.3 Pembahagian Sel Akhirnya, mari kita lihat apakah yang akan berlaku kepada ovum dan sperma apabila mereka bertemu. Apabila sperma bertemu dengan ovum, sperma akan mengelilingi ovum untuk menembusinya. Hanya satu sperma yang akan berjaya menembusi ovum dan bercantum dengannya. Ketika inilah proses ketiga, iaitu persenyawaan akan beraku dan pembahagian sel akan bermula. Berdasarkan definisi persenyawaan yang kita telah pelajari tadi, kita telah mengetahui bahawa percantuman ovum dan sperma ini akan membentuk zigot. Kromosom akan mula terbentuk menjadi 23 pasang, setengah daripadanya datang daripada sperma dan setengah lagi daripada ovum. Sel ovum pula akan bersedia untuk pembahagian secara mitosis. Pembahagian ini akan bermula dengan dua sel. Proses pembahagian sel zigot ini akan berlaku secara berterusan dan berulang kali. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 81 Seterusnya, sel yang mengalami proses pembahagian ini akan tertanam pada dinding uterus. Malah, proses pembahagian sel juga akan membentuk rongga tembuni dan pembentukan tisu yang berbeza. Rajah 5.4 menunjukkan kepada anda bagaimana proses ketiga ini berlaku dalam sistem pembiakan wanita. Rajah 5.4: Keratan rentas uterus – Proses awal reproduktif manusia Sumber: Facts at Your Fingertips (2002) SEMAK KENDIRI 5.1 Persenyawaan ialah satu proses yang unik. Terangkan proses-proses utama persenyawaan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
82 TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA KEHAMILAN Sekarang, mari kita beralih pula ke subtopik kehamilan. Anda tentu sedar bahawa kehamilan merupakan satu fasa yang cukup menakjubkan dan mengujakan bagi bakal ibu dan bapa. Jadi, apakah yang boleh kita katakan tentang kehamilan? Tempoh kehamilan selalunya berbeza mengikut individu. Secara umumnya, dalam perubatan tempoh tersebut adalah selama 40 minggu. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai perkembangan fetus akan berlaku. Anda boleh merujuk Rajah 5.5 yang menggambarkan perkembangan fetus dari minggu ke-8 hingga ke-40. Rajah 5.5: Perkembangan fetus dari minggu ke-8 hingga ke-40 Sumber: www.marthajefferson.org/modules/pregnancy/images/develop.gif Kita akan mempelajari peringkat kehamilan ini dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya. 5.2 Kehamilan ialah satu tempoh di mana embrio di dalam rahim wanita terbentuk dan berkembang menjadi bayi sehingga kelahirannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 83 5.2.1 Peringkat dalam Proses Kehamilan Tahukah anda terdapat tiga peringkat kehamilan? Tiga peringkat ini dijelaskan dalam Rajah 5.6. Rajah 5.6: Tiga peringkat perkembangan fetus Jadual 5.1 pula menjelaskan dengan lebih lanjut ketiga-tiga peringkat ini. Jadual 5.1: Tiga Peringkat Kehamilan Peringkat Huraian Peringkat awal • Peringkat awal, iaitu trimister pertama (first trimester) kehamilan bermula daripada terbentuknya embrio sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta yang berupa gumpalan salur darah yang melekat pada lapik uterus membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan embrio akan dikeluarkan melalui tali pusat. • Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh seperti kaki serta lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah mencapai usia dua bulan, organ dalaman telah pun terbentuk. Apabila memasuki bulan ketiga, fetus telah terbentuk dengan sempurna dan mula membesar dengan cepat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)