134 TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 8.2.2 Keluarga Sekunder Sekarang, mari kita beralih pula kepada jenis keluarga kedua, iaitu keluarga sekunder. Berdasarkan Rajah 8.2, anda dapat melihat bahawa terdapat lagi dua jenis keluarga di bawah keluarga sekunder, iaitu keluarga luas dan keluarga poligami. Mari kita mempelajari dahulu maksud keluarga sekunder sebelum mempelajari maksud keluarga luas dan poligami. Berdasarkan maksud keluarga sekunder, bentuk keluarga lain selain keluarga nuklear ialah keluarga luas dan keluarga poligami. Jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua jenis keluarga ini? Terdapat kebaikan dan keburukan dalam keluarga luas. Bolehkah anda senaraikannya? Mari kita teliti kebaikan dan keburukan keluarga luas seperti yang diterangkan dalam Jadual 8.2. Keluarga sekunder merujuk bentuk keluarga lain yang selain keluarga nuklear. Keluarga luas (extended) merujuk sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri serta anak mereka, ibu bapa dan adikberadik mereka. Keluarga poligami (polygamous) pula terdiri daripada beberapa keluarga yang diketuai oleh seorang suami. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 135 Jadual 8.2: Kebaikan dan Keburukan Keluarga Luas Kebaikan Keburukan • Sokongan emosi dan sosial adalah lebih baik dalam keluarga luas. Apabila berlaku konflik dalam keluarga atau masalah kesihatan, ahli keluarga yang lain boleh membantu. Misalnya, selepas ibu bersalin. Sokongan ahli keluarga yang lain dapat meringankan beban ibu, di samping memberi sokongan emosi. Tahap kesihatan mentalnya juga dapat dipelihara. • Walaupun dari segi ekonomi, mereka kurang mewah jika berpendapatan kurang, namun dengan bilangan ahli yang ramai, mereka boleh saling membantu dan menyokong. Perasaan tertekan dapat dikurangkan. • Isu ataupun masalah dalam keluarga dapat dibincangkan bersama dan jalan penyelesaian dapat dicapai. Ikatan persaudaraan dapat dikekalkan kerana mereka sentiasa saling berhubungan. • Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, ahli keluarga lain dapat membantu menjaga kebajikan anak mereka. Ahli keluarga lain seperti datuk ataupun nenek boleh mengambil alih tugas ibu bapa untuk memberi pendidikan sosial dan kerohanian kepada anak. • Ruang privasi agak kurang antara suami isteri ataupun individu lain dalam keluarga. Mungkin akan berlaku campur tangan yang tidak sepatutnya dalam masalah peribadi seseorang. • Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, ahli keluarga yang ramai membataskan kemampuan hidup yang lebih selesa. • Ruang rumah yang terhad juga boleh membawa masalah kepada ahli keluarga ini. Masalah ini akan menimbulkan emosi yang tidak sihat dalam kalangan anak. Mereka cenderung untuk keluar dari rumah ataupun tidur di rumah rakan sebaya. Masalah ini mungkin akan membawa kepada masalah sosial negatif lain, jika anak terpengaruh dengan gaya hidup yang tidak sihat. • Ahli keluarga yang lebih berumur akan menjadi model kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mudah meniru perlakuan dan cara berkomunikasi orang lain yang lebih dewasa. Dalam keluarga luas berkemungkinan wujud perlakuan yang bertentangan dengan nilai baik dan ini mungkin akan ditiru oleh kanak-kanak. AKTIVITI 8.2 Dalam forum myINSPIRE, bincangkan peranan institusi keluarga dalam mencapai keharmonian masyarakat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
136 TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP BERKELUARGA Sekarang, mari kita bincangkan pula kebahagiaan dalam hidup berkeluarga. Tahukah anda kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga merangkumi aspek kesihatan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani? Kesejahteraan semua aspek ini akan menjadi tunjang kebahagiaan. Namun, faktor ekonomi keluarga tetap memainkan peranan yang penting. Kebahagiaan tidak datang secara sendiri tetapi memerlukan usaha oleh suami dan isteri serta semua ahli dalam keluarga. 8.3.1 Kerukunan Rumah Tangga Anda tentu bersetuju bahawa keluarga yang rukun ialah keluarga yang bahagia. Begitu juga dengan masyarakat yang hidup dalam rukun dan damai. Suasana rukun dan damai ini seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang bahagia. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan kerukunan rumah tangga? Selain itu, hubungan antara pasangan, anak dan ahli keluarga lain juga sentiasa dalam keadaan stabil. Walaupun wujud masalah, masalah dapat diselesaikan secara matang dan bersama. Apakah kepentingan kerukunan rumah tangga? Kerukunan rumah tangga adalah penting dalam membentuk keluarga yang sihat, terutamanya dari aspek mental, emosi dan sosial. Anda harus sedar bahawa situasi dalam rumah tangga akan menentukan ciri-ciri sosial anak ataupun ahli keluarga. Contohnya, masyarakat kita percaya bahawa keluarga yang rukun dan bahagia akan melahirkan anak yang berjaya dan mempunyai personaliti yang baik. Sebaliknya, jika keluarga hidup dalam keadaan tertekan dan penuh dengan konflik, ahli keluarga cenderung untuk mengalami masalah emosi, mental mahupun sosial yang kurang baik. 8.3 Kerukunan rumah tangga merujuk suatu keadaan harmoni dalam sesebuah keluarga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 137 Sebelum memasuki alam perkahwinan, pasangan akan diberi ceramah, taklimat atau kursus tentang perkahwinan. Misalnya, kursus praperkahwinan bagi masyarakat Islam (rujuk Rajah 8.3). Semua institusi agama memberi petunjuk dan ajaran yang sama tentang kerukunan rumah tangga. Proses sosialisasi dalam keluarga serta masyarakat juga turut mendedahkan pasangan tentang pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan kehidupan berumah tangga. Rajah 8.3: Kursus praperkahwinan Sumber: https://www.askwedding.com.my/news-detail.php?news=27 Selain itu, agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga turut memainkan peranan dalam menyediakan bantuan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan yang sesuai dengan perkembangan zaman sekarang. Begitu juga, jika terdapat konflik yang melanda sesuatu keluarga, agensi ini turut menyediakan bantuan kaunseling dan khidmat nasihat. Akhirnya, dalam mencapai kerukunan rumah tangga, kita tidak harus melupakan aspek kerohanian kerana aspek kerohanian merupakan inti pati yang penting dalam memelihara dan mengekalkan kerukunan rumah tangga. Sebagai seseorang yang mempunyai pegangan agama dan percaya kepada Tuhan, kita perlu kembali kepada ajaran dan panduan agama apabila berdepan dengan sebarang konflik, masalah dan isu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
138 TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 8.3.2 Memanfaatkan Masa Bersama Keluarga Pernahkah anda mendengar kempen „Promosi Keluarga Sihat‰ anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Kempen ini yang dilancarkan pada tahun 2001, memfokuskan aspek kesihatan mental dan emosi keluarga. Begitu juga dalam „Hari Kesihatan Mental‰ pada tahun 2019, apabila KKM bekerjasama dengan beberapa agensi lain turut menganjurkan program „LetÊs TALK Minda Sihat‰ untuk menggalakkan rakyat lebih terbuka berbicara mengenai kesihatan mental. Salah satu cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadi keluarga yang sihat adalah dengan memanfaatkan masa yang terluang bersama keluarga. Meluangkan dan memanfaatkan masa bersama ahli keluarga ialah salah satu aspek yang perlu diberi perhatian. Sedarkah anda bahawa banyak masalah sosial dikaitkan dengan ibu bapa yang tidak meluangkan masa untuk anak mereka? Ahli keluarga digalakkan meluangkan masa bersama untuk makan, beriadah atau bersukan (rujuk Rajah 8.4). Malah, menonton televisyen bersama juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Rajah 8.4: Beriadah bersama keluarga Sumber: https://my.theasianparent.com/4-cadangan-rekreasiyang-menarik-di-lembah-klang Tahukah anda mengapakah ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak-anak? Ibu bapa digalakkan meluangkan masa bersama-sama mereka supaya dapat berkongsi perasaan sama ada yang menggembirakan ataupun sebaliknya. Selain itu, terdapat beberapa faedah lain, jika ibu bapa dapat meluangkan masa untuk anak seperti: (a) Menyampaikan hasrat dan harapan terhadap anak; (b) Meluahkan perasaan kasih sayang; (c) Mendengar dan memahami perasaan anak; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 139 (d) Berkongsi sebarang perkembangan semasa dengan ahli keluarga; (e) Membimbing anak untuk menyelesaikan kerja sekolah; (f) Menurunkan nilai murni sosial kepada anak; (g) Mendidik anak dari aspek kerohanian; (h) Memerhati dan memahami sikap ataupun personaliti anak; (i) Mempamerkan kemahiran hidup bersosial yang sepatutnya seperti bersopan-santun, saling membantu dan saling menghormati; dan (j) Merapatkan hubungan dengan anak dan ahli keluarga yang lain. Bagi anak pula, mereka mendapat banyak manfaat dengan cara: (a) Dapat meluahkan perasaan; (b) Dapat berkongsi masalah ataupun kemusykilan; (c) Lebih memahami sikap ataupun personaliti ibu bapa; (d) Dapat mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan ibu bapa; (e) Dapat berkomunikasi dengan lebih terbuka dan positif; (f) Dapat membina harga diri dan keyakinan diri yang positif; (g) Melalui komunikasi positif, dapat membentuk ciri-ciri asertif; dan (h) Dapat mempelajari nilai sosial dan kerohanian. 8.3.3 Kebajikan Anggota Keluarga Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita membincangkan kebajikan anggota keluarga. Pada zaman ibu bapa kita sebelum ini, kebajikan keluarga adalah pada tahap asas dan minimum yang mampu disediakan oleh ketua keluarga. Antara perkara yang paling asas ialah tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan sekolah dan kerohanian. Namun, perubahan pada masa kini menyebabkan perubahan dalam keperluan yang dianggap sebagai kebajikan keluarga. Sekarang ini, kediaman yang selesa sahaja mungkin tidak mencukupi. Keluarga sekarang kebanyakannya memerlukan hiburan. Tidak salah jika dikatakan bahawa hiburan dan keseronokan boleh dianggap sebagai sebahagian dari aspek kebajikan, Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
140 TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN terutamanya untuk anak-anak. Contohnya, jika keluarga sebelah mempunyai perkhidmatan siaran televisyen berbayar seperti „XYZ‰, kita juga inginkan perkhidmatan yang sama, jika mampu untuk tontonan anak. Bagi dunia pendidikan pula, tidak lengkap rasanya, jika anak hanya belajar dengan menggunakan buku teks. Anak sekarang memerlukan teknologi lain seperti komputer dan Internet. Keperluan ini semua menjadi sebahagian kebajikan mereka untuk setanding dan seiring dengan kehendak pendidikan. Oleh itu, ibu bapa perlu dan kadangkala terpaksa menyediakan kemudahan sokongan ini sebagai sebahagian daripada kebajikan keluarga, terutamanya untuk anak. Jadi, apakah kebajikan yang perlu diberi perhatian dalam keluarga? Yang berikut adalah antara perkara kebajikan yang perlu diberi perhatian dalam keluarga: (a) Memberi perhatian yang secukupnya kepada ahli keluarga; (b) Mengambil berat terhadap kesihatan ahli keluarga; (c) Mengambil berat terhadap keperluan perubatan, jika terdapat ahli keluarga yang memerlukan; (d) Mengambil berat terhadap keselamatan ahli keluarga; (e) Mengambil berat terhadap keselesaan ahli keluarga; (f) Mengambil berat terhadap persekolahan anak; dan (g) Mengambil berat terhadap didikan rohaniah anak dan ahli keluarga yang lain. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dalam keluarga? Ketua keluarga, iaitu suami perlu bertanggungjawab menjaga kebajikan dalam keluarga. Beliau akan dibantu oleh isterinya. Jika kedua-dua suami isteri bekerja, sebahagian daripada tanggungjawab kebajikan anak ataupun ahli keluarga akan ditanggung oleh ahli keluarga lain. Terdapat juga antara mereka yang berkemampuan mengambil pembantu rumah untuk membantu menjaga kebajikan keluarga. Tahukah anda apakah penjagaan kebajikan yang paling asas? Penjagaan kebajikan yang paling asas ialah penyediaan tempat tinggal yang selesa dan selamat. Ruang rumah yang mencukupi diperlukan untuk memastikan ahli keluarga mendapat keselesaan bagi perkembangan sosial yang sihat, terutamanya dalam keluarga luas. Keadaan ruang rumah yang terhad adalah kurang sihat untuk perkembangan sosial dan emosi anak, terutamanya yang sedang dan telah meningkat remaja. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 141 Aspek kebajikan kedua yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan makanan. Penyediaan makanan yang cukup dan seimbang ialah keperluan asas dalam sesebuah keluarga. Pemakanan seimbang menjamin tahap kesihatan yang baik. Penyediaan makanan di rumah adalah lebih sihat dan selamat untuk ahli keluarga, terutamanya anak yang sedang membesar. Jika ibu bapa bersikap kurang menjaga kebajikan dalam pemakanan seperti membenarkan anak membeli makanan di luar, ini akan mendedahkan mereka kepada masalah keracunan makanan. Selain itu, mungkin makanan yang dibeli adalah tidak berkhasiat ataupun tidak seimbang. Hal ini mungkin boleh membawa kepada masalah lain seperti berat badan yang berlebihan (obes) ataupun kekurangan zat. Selain itu, sikap mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarga juga adalah antara kebajikan asas dalam keluarga. Hal ini adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan keluarga sentiasa terpelihara. Contohnya, ibu yang hamil perlu mendapat pemeriksaan berkala yang sepatutnya, manakala anak pula perlu mendapat suntikan imunisasi yang sepatutnya. Taraf kesihatan ahli keluarga perlu dipantau dengan mengenal pasti ataupun bertindak segera, jika terdapat tanda sesuatu penyakit. Selain itu, ibu bapa perlu bersama-sama mengajak anak menjalankan aktiviti sihat seperti beriadah untuk memupuk kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani yang sihat. Aspek kebajikan asas keempat ialah persekolahan. Persekolahan yang sempurna menjadi platform ataupun wadah untuk menjamin masa depan anak. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memastikan semua anak mereka diberi peluang untuk bersekolah. Jika tidak mampu, ibu bapa perlu berikhtiar dan meluangkan masa untuk mendapatkan bantuan persekolahan. Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk keluarga yang kurang mampu supaya dapat menyekolahkan anak mereka. Akhirnya, kebajikan asas dari segi kesihatan rohani juga perlu diberi perhatian. Kesihatan rohani ialah komponen yang penting untuk mencapai kesihatan yang menyeluruh. Ia menjadi tanggungjawab ibu bapa ataupun orang dewasa dalam keluarga untuk mendidik atau memberi pendidikan kerohanian kepada anak (rujuk Rajah 8.5). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
142 TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN Rajah 8.5: Solat berjemaah merupakan salah satu pendidikan kerohanian kepada anak Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/575890/imam-seisi-keluarga Aspek kerohanian yang positif dan utuh perlu dalam pembentukan sahsiah anak sebagai manusia yang sempurna. Anda tentu sedar bahawa didikan kerohanian di sekolah ataupun di institusi agama sahaja tidak mencukupi. Kita sebagai ibu bapa perlu memberikan bimbingan dan panduan dari aspek ini kerana kita ialah model terbaik untuk mendidik nilai rohani yang baik kepada anak kita. SEMAK KENDIRI 8.1 1. Apakah faedah-faedah yang diperoleh dengan meluangkan masa bersama ahli keluarga? 2. Apakah aspek kebajikan yang perlu diambil berat oleh ibu bapa untuk kesejahteraan keluarga? AKTIVITI 8.3 Bincangkan dengan rakan sekuliah anda mengenai cara-cara untuk kita memupuk kerukunan dalam sesebuah keluarga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 143 • Perkahwinan ialah prasyarat untuk menubuhkan sebuah keluarga baharu. • Definisi perkahwinan secara umum ialah upacara yang membolehkan seorang lelaki dan seorang perempuan tinggal bersama ataupun bersekedudukan untuk jangka masa yang lama dan mempunyai anak. • Perkahwinan sivil memerlukan pasangan mengisytiharkan perkahwinan di depan kerani ataupun pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mendaftar perkahwinan tersebut. • Dalam Islam, perkahwinan merupakan suatu akad yang menghalalkan pergaulan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan menimbulkan hak serta kewajiban antara kedua-dua mereka. • Perkahwinan Islam memerlukan proses merisik ataupun meminang, bertunang dan seterusnya bernikah. • Keluarga ialah unit paling asas dalam pembentukan sebuah masyarakat. • Terdapat dua jenis keluarga yang utama, iaitu keluarga nuklear (asas) dan keluarga sekunder. Di bawah keluarga sekunder, terdapat keluarga luas dan keluarga poligami. • Antara kebaikan keluarga nuklear ialah pasangan dapat berdikari, mempunyai privasi dan mempunyai hak untuk mengurus perbelanjaan keluarga mengikut kemampuan. • Antara kelemahan keluarga nuklear pula ialah memupuk semangat keindividuan, tiada tempat mengadu, dan tiada bantuan fizikal dan emosi. • Antara kebaikan keluarga luas ialah sokongan emosi dan sosial yang baik, saling membantu dari segi ekonomi, dan bantuan penjagaan anak. • Antara kelemahan keluarga luas pula ialah ruang privasi yang terhad, ruang rumah yang tidak selesa dan tingkah laku ikutan. • Kebahagiaan dalam hidup berkeluarga meliputi kerukunan rumah tangga, meluangkan masa bersama keluarga dan menjaga kebajikan keluarga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
144 TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN Institusi kekeluargaan Kebajikan keluarga Keluarga nuklear (asas) Keluarga luas (extended) Keluarga poligami (polygamous) Keluarga sekunder Kerukunan rumah tangga Perkahwinan Perkahwinan Islam Perkahwinan sivil Mat Saad Abd Rahman. (1993). Undang-undang keluarga Islam: Aturan perkahwinan. Petaling Jaya, Malaysia: Intel Multimedia and Publication. Mimi Kamariah Majid. (1992). Undang-undang keluarga di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: The Butterworth Group. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Selamat bertemu kembali ke topik baharu berkenaan keluarga bahagia. Saya pasti setiap individu inginkan keluarga bahagia. Namun, bagaimanakah bentuk kebahagiaan yang diinginkan dan bagaimanakah caranya untuk mencapai kebahagiaan tersebut? Konsep bahagia mungkin berbeza antara satu sama lain kerana konsep ini bersifat subjektif. Bagi sebilangan orang, mungkin kebahagiaan adalah bersifat fizikal seperti pada harta dan wang ringgit. Manakala bagi orang lain, mungkin berbentuk kasih sayang, dan kurang memikirkan soal wang ringgit dan harta kekayaan. Terdapat juga yang menganggap keharmonian sebagai asas kepada kebahagiaan sesebuah keluarga. Oleh itu, dalam topik ini, anda akan mempelajari konsep keluarga bahagia, ciriciri keluarga bahagia dan peranan serta tanggungjawab setiap ahli keluarga. Sudahkah anda bersedia? Selamat membaca. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membandingkan konsep keluarga bahagia antara perspektif Islam dengan sivil; 2. Mengenal pasti tiga ciri utama keluarga bahagia; dan 3. Membincangkan peranan, tanggungjawab dan kepentingan setiap ahli keluarga. HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Keluarga Bahagia Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
146 TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA KONSEP KELUARGA BAHAGIA Pertamanya, mari kita lihat konsep dan definisi keluarga bahagia dahulu. Sedarkah anda bahawa konsep dan definisi keluarga bahagia boleh dipandang dari beberapa perspektif? Konsep dan definisi keluarga bahagia boleh dipandang dari perspektif Islam dan dari perspektif sivil. Apakah perbezaan antara keduadua perspektif ini? Mari kita lihat dengan lebih lanjut dalam subtopik berikut. 9.1.1 Keluarga Bahagia dari Perspektif Islam Anda tentu setuju bahawa kebahagiaan ialah sesuatu yang abstrak dan kreatif. Malah, konsep kebahagiaan juga berkait rapat dengan sistem budaya, agama dan sistem kepercayaan masyarakat. Pada peringkat individu, ia berkait rapat dengan sikap, pandangan dunia, taraf sosioekonomi dan pendapat individu. Menurut perspektif Islam, keluarga bahagia adalah meliputi keseluruhan cara hidup. Nabi Muhammad SAW bersabda: Apakah yang dimaksudkan dengan „kaya hati‰ ini? Maksud kaya hati yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ialah mempunyai hati yang tenang, tenteram dan berasa cukup terhadap nikmat yang dimiliki. Jadi, kita boleh katakan bahawa kebahagiaan sebenar adalah terletak dalam hati seseorang. Maka, amatlah penting seseorang menjaga hati supaya akan terpancar sifat terpuji dalam dirinya seperti amanah, bersyukur dan berprasangka baik terhadap orang lain. Suami isteri, ibu bapa atau anak yang memiliki hati budi yang baik dan terpuji mampu menyerlah dalam perbuatan dan tindakannya dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam keluarga. Misalnya, bapa yang bertanggungjawab dan ibu yang penyayang serta anak yang berperibadi soleh dan taat kepada ibu bapa dan juga ajaran agama. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan bahawa dalam sesebuah rumah tangga, kebahagiaan hati adalah sesuatu yang amat diperlukan. Apakah pendapat anda? 9.1 Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 147 9.1.2 Keluarga Bahagia dari Perspektif Sivil Bagaimanakah pula konsep keluarga bahagia dari perspektif sivil? Kita sudah sependapat bahawa kebahagiaan ialah asas kepada keharmonian sesebuah masyarakat. Malah, kebahagiaan bukanlah setakat kemampuan untuk memenuhi keperluan asas seperti menyediakan tempat tinggal, pakaian serta keperluan makan dan minum tetapi juga lebih daripada itu. Dari sudut sivil, kebahagiaan terletak pada kemampuan sesebuah keluarga untuk mengurus sumber kebendaan yang mungkin banyak ataupun terhad. Ketidakmampuan untuk memiliki wang yang cukup mungkin boleh meletakkan seseorang itu dalam keadaan kurang mampu untuk memberi pendidikan kepada anak, makanan yang cukup atau keselesaan kepada keluarga. Walau bagaimanapun, anda tentu sedar bahawa memenuhi keperluan tersebut adalah semata-mata merupakan kebahagiaan yang berbentuk kebendaan. Kebendaan hanyalah alat dan bukannya matlamat kebahagiaan. Kita juga memerlukan kebahagiaan dalam bentuk keharmonian keluarga. Keharmonian ini melibatkan kasih sayang dan hubungan antara suami isteri serta hubungan anak dengan ibu bapa. Menghormati ibu bapa serta kasih sayang sesama keluarga adalah nilai mulia dalam setiap agama dan kepercayaan masyarakat majmuk; bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA Seterusnya, mari kita mempelajari ciri-ciri keluarga bahagia dan cara memupuk keharmonian dalam sesebuah keluarga. Terdapat tiga ciri keluarga bahagia yang utama, iaitu kepercayaan dan kebudayaan, taraf pendidikan dan sosioekonomi (rujuk Rajah 9.1). 9.2 AKTIVITI 9.1 Dalam forum myINSPIRE, bincangkan nilai-nilai kebahagiaan yang perlu ada dalam sebuah keluarga berdasarkan agama ataupun kepercayaan anda. Senaraikan nilai-nilai kebahagiaan tersebut dan cuba bandingkan jawapan anda dengan rakan-rakan sekuliah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
148 TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA Rajah 9.1: Tiga ciri keluarga bahagia Seterusnya, mari kita lihat ketiga-tiga ciri ini dengan lebih lanjut dalam subtopik berikut. 9.2.1 Kepercayaan dan Kebudayaan Ciri pertama yang akan kita bincangkan ialah kepercayaan dan kebudayaan. Kita telah membincangkan tadi bahawa asas dalam keluarga bahagia adalah keharmonian. Jadi, apakah yang boleh anda katakan tentang keharmonian? Mengapakah perlu wujud keseimbangan dalam keharmonian keluarga? Keseimbangan perlu wujud kerana kadangkala dengan harta yang banyak sekalipun, tetapi kurang aspek kerohanian, belum tentu harmoni dalam sesebuah keluarga boleh wujud; begitu juga sebaliknya. Misalnya, keluarga A memiliki harta yang banyak berbanding dengan keluarga B. Namun, keluarga B lebih bahagia walaupun tidak memiliki harta yang banyak. Hal ini demikian kerana keluarga B mengamalkan tanggungjawab dan peranan masing-masing mengikut tuntutan agama, manakala keluarga A mengalami masalah rumah tangga. Keluarga A walaupun memiliki kemampuan dari segi harta benda dan kewangan tetapi mereka kurang dari aspek kerohanian dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Akibat daripada kekurangan dari segi kerohanian dan kurang dalam pendidikan berkeluarga menyebabkan keluarga A porak peranda. Keharmonian adalah keseimbangan dalam memenuhi keperluan kebendaan dan keperluan kerohanian. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 149 Setiap agama, kepercayaan dan sistem budaya meletakkan asas nilai yang kukuh supaya rumah menjadi suatu tempat yang selesa yang merupakan asas kepada matlamat setiap orang, iaitu „Rumahku Syurgaku.‰ Bagi keluarga yang bahagia, rumah diumpamakan sebagai syurga yang penuh dengan kedamaian dan ketenangan bagi keluarga tersebut. Seterusnya, dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga dan membentuk nilai murni dalam kalangan ahli keluarga. Jadi, apakah aktiviti kerohanian dan kebudayaan yang boleh membentuk keluarga bahagia? Jadual 9.1 menerangkan kepada anda beberapa aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bagi membentuk keluarga bahagia. Jadual 9.1: Aktiviti Kerohanian dan Kebudayaan bagi Membentuk Keluarga Bahagia Aktiviti Huraian Amalan solat dalam keluarga • Solat merupakan aktiviti kerohanian yang penting. Bagi umat Islam, solat berjemaah dalam keluarga dapat memupuk rasa taat dan patuh kepada ajaran agama. Makan bersama keluarga • Makan merupakan salah satu aktiviti penting yang boleh dilakukan bersama keluarga. Rezeki dinikmati bersama ahli keluarga. Masa yang diluangkan bersama-sama keluarga semasa makan dapat mengukuhkan perhubungan sesama ahli keluarga. • Amalan makan bersama keluarga merupakan masa yang baik dan sesuai untuk memupuk komunikasi yang positif antara ahli keluarga seperti bertukar-tukar fikiran dan menyelesaikan masalah supaya dapat lebih memahami antara satu sama lain. Rekreasi bersama keluarga • Amalan rekreasi bersama keluarga ialah amalan yang sihat. Misalnya, berkelah di tepi pantai ataupun di taman rekreasi. Berehat bersama keluarga dapat menenangkan fikiran daripada tekanan kerja dan menikmati masa lapang bersama keluarga setelah penat lelah mencari rezeki. Selain itu, anak juga dapat menikmati alam sekitar dan belajar cara untuk menghargai alam sekitar. SEMAK KENDIRI 9.1 Huraikan aktiviti-aktiviti kerohanian dan kebudayaan bagi sesebuah keluarga bahagia dan kepentingannya dalam memupuk keharmonian dalam keluarga tersebut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
150 TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 9.2.2 Taraf Pendidikan Ciri kedua yang akan kita bincangkan ialah taraf pendidikan. Keluarga yang bahagia mampu melahirkan anak yang berpendidikan dan mempunyai potensi untuk memajukan diri mereka. Tahukah anda bagaimanakah caranya? Caranya bermula sejak kecil lagi, bak kata pepatah, „melentur buluh biarlah dari rebungnya.‰ Anak kecil cergas otaknya. Oleh sebab itu, mereka memerlukan pemupukan imej kendiri, keyakinan diri dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa sejak kecil supaya dapat membesar menjadi bijak, cerdik dan pandai. Pada masa kini, memperoleh pendidikan yang sempurna bukan lagi keperluan tetapi sesuatu yang wajib diberi oleh ibu bapa kepada anaknya. Pendidikan yang sempurna akan menentukan status sosial seseorang dalam masyarakat berdasarkan kelulusan ataupun kelayakan akademik yang dicapainya. Selain itu, pendidikan juga dapat memperkasakan dan memberikan anak ilmu pengetahuan yang dapat menjadikan dirinya seseorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara amnya. 9.2.3 Sosioekonomi Akhirnya, mari kita lihat ciri ketiga keluarga bahagia, iaitu sosioekonomi. Apakah kaitan sosioekonomi dengan kebahagiaan sesebuah keluarga? Sosioekonomi berkait rapat dengan kebahagiaan sesebuah keluarga kerana keluarga yang bahagia mampu mencari, memiliki dan menggunakan harta kekayaan secara halal. Kini, boleh dikatakan hampir keseluruhan keperluan hidup memerlukan wang. Oleh itu, kita memerlukan pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup. Apakah sumber pendapatan yang boleh memenuhi keperluan hidup kita? Sumber pendapatan tersebut mungkin berbentuk gaji, keuntungan daripada perniagaan atau hasil daripada pelaburan. Siapakah yang menjadi perancang kewangan dalam sesebuah keluarga? Suami ataupun isteri boleh menjadi perancang kewangan dalam keluarganya. Beliau perlu bijak dalam mengurus hal ehwal kewangan dan bajet sesebuah keluarga supaya sentiasa cukup dan tidak membazir. Bagaimanakah caranya untuk memastikan bajet dan kewangan yang mencukupi dalam sesebuah keluarga? Salah satu cara bagi memastikan bajet dan kewangan mencukupi adalah dengan mengenal pasti perkara yang perlu diberi keutamaan. Perkara ini boleh diamalkan dengan mengenal pasti perbelanjaan berhemah dan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 151 tidak membazir serta mengelakkan sikap suka menunjukan kemewahan seperti pepatah orang Barat, Keep up with the Joneses. Ia perbandingan dengan jiran seseorang sebagai penanda aras bagi kelas sosial ataupun pengumpulan barangan material. Jika anda gagal untuk „bersaing dengan Joneses,‰ anda dilihat sebagai lebih rendah taraf dari segi status sosioekonomi ataupun kebudayaan. Amalan dalam pepatah ini perlulah dielakkan sama sekali untuk kita meneruskan amalan berjimat cermat. Maka, anak kita juga perlu dididik supaya tidak terikut-ikut budaya dan fesyen terkini yang agak membazir seperti sentiasa bertukar telefon bimbit ataupun selalu membeli pakaian berjenama. Pendek kata, soal perbelanjaan sesebuah keluarga hendaklah mengikut pepatah „ukur baju di badan sendiri.‰ Harus diingat bahawa tidak semua keluarga bernasib baik dalam memiliki harta dan sumber pendapatan yang stabil. Kemiskinan merupakan masalah universal yang masih lagi menjadi batu penghalang kepada pembangunan sesebuah negara. Anda tentu menyedari bahawa keluarga yang miskin mungkin kurang mampu dalam menyediakan pendidikan sempurna kepada anaknya. Malah, mereka juga kurang berkemampuan dari segi makan dan minum, tempat kediaman serta kebolehcapaian kepada kemudahan dan sistem kesihatan yang sempurna. Walau bagaimanapun, kita tidak harus menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk mencapai kebahagiaan. Sebaliknya, jika kita dapat menjadikan kemiskinan sebagai dorongan untuk berusaha dan berikhtiar dengan lebih gigih dalam memperbaiki taraf hidup keluarga, kita mungkin boleh mengatasinya. Kemiskinan juga tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk kita menjadi masayarakat yang hanya mengharapkan bantuan ataupun subsidi daripada kerajaan ataupun orang lain. Setiap keluarga perlu bijak membuat pilihan dan melakukan perubahan terhadap diri dan keluarga mereka. Kita perlu ingat bahawa apabila sesebuah keluarga itu mantap kedudukan ekonominya, maka kemantapan ini akan membantu menguatkan kedudukan bangsa dan negaranya juga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
152 TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA PERANAN, TANGGUNGJAWAB DAN KEPENTINGAN AHLI KELUARGA Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita lihat dahulu peranan, tanggungjawab dan kepentingan ahli keluarga. Setiap daripada kita datang daripada sebuah keluarga, tidak kira berapa besar saiznya. Terdapat keluarga yang bersaiz besar dan terdapat juga keluarga yang bersaiz kecil. Tanpa mengambil kira saiz keluarga, terdapat pelbagai ragam dan perwatakan dalam kalangan ahlinya. Walaupun terdapat pelbagai ragam, setiap ahli dalam sesebuah keluarga mempunyai peranan, tanggungjawab dan kepentingan masing-masing terhadap kesejahteraan keluarga mereka. Peranan dan tanggungjawab keluarga adalah bergantung pada peringkat perkembangan keluarga. Misalnya, semasa kecil kita berada di bawah naungan dan jagaan ibu bapa. Apabila sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, ikatan keluarga kita dengan ibu bapa dan adik-beradik yang lain tidak akan terputus. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu menyedari status diri mereka supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dalam keluarganya mengikut norma masyarakat yang berlandaskan agama, adat resam dan budaya. Kita akan membincangkan peranan, tanggungjawab dan kepentingan sebagai suami ataupun isteri, ibu bapa, anak dan masyarakat dalam subtopik yang berikutnya. Anda mungkin memegang satu ataupun lebih peranan dan tanggungjawab yang akan diperkatakan nanti. Mari kita meneruskan pembacaan. 9.3.1 Suami atau Isteri Pertamanya, mari kita lihat peranan, tanggungjawab dan kepentingan sebagai suami isteri. Secara amnya, suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap satu sama lain. Sebagai pasangan suami isteri, setiap cabaran yang pahit dan manis hendaklah dikongsi bersama. Komunikasi positif ialah asas kepada perhubungan yang mesra antara suami dengan isteri. Hubungan yang mesra dapat menjadikan peranan dan tanggungjawab antara suami dengan isteri menjadi lebih mantap kerana wujudnya persefahaman dan keterbukaan sesama mereka. Seterusnya, setiap masalah rumah tangga dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik oleh keduadua pihak. 9.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 153 Secara spesifik, suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Hubungan batin atau seksual dalam perkahwinan mestilah berdasarkan rasa hormat, persefahaman dan persetujuan. Selain itu, memupuk dan mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai, bertolak ansur dan prihatin terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan pasangan juga perlu diamalkan oleh para suami untuk kebahagiaan rumah tangganya. Bagaimanakah pula dengan isteri? Isteri mempunyai tanggungjawab menjaga suaminya dengan baik ketika sihat dan sakit. Kita tentu sedar bahawa sifat setia kepada suami ialah ajaran setiap agama. Malah, isteri juga mempunyai tanggungjawab untuk membimbing suami ke arah amalan yang baik dan menjauhi perkara yang ditegah agama. 9.3.2 Ibu bapa Apakah peranan, tanggungjawab dan kepentingan sebagai ibu bapa? Secara umumnya, kita tentu setuju bahawa bapa ialah ketua dalam sesebuah keluarga. Sebagai ketua, beliau bertanggungjawab memimpin keluarga ke arah amalan yang baik dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Selain itu, bapa juga perlu sedar bahawa tanggungjawab beliau sebagai ketua dan pemimpin keluarga bukanlah setakat mencari nafkah dan mengurus keperluan asas keluarga sahaja. Bapa perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak dan isteri. Beliau juga harus mengamalkan corak kepimpinan yang bersifat demokratik dalam keluarganya. Corak kepimpinan yang bersifat demokratik ini hendaklah berdasarkan sifat bertolak ansur dan saling hormat-menghormati. Perlu diingat bahawa corak kepimpinan bapa yang terlalu autokratik boleh membentuk anak yang suka memberontak. Oleh itu, corak kepimpinan bapa perlu bersifat demokratik kerana sifat ini amat penting dari aspek pengurusan konflik yang berlaku dalam sesebuah keluarga. Konflik ialah perkara biasa dalam keluarga kerana dalam dunia nyata, tiada keluarga yang tidak ditimpa masalah. Oleh itu, kita perlu tahu betapa pentingnya menguruskan konflik ataupun masalah tersebut dengan bijak dan berhemah. Jika konflik rumah tangga diurus dengan cara autokratik yang hanya berlandaskan pendapat dan keputusan bapa sahaja, kita percaya ini akan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak. Malah, ini boleh menyemai sifat memberontak yang mungkin akan dijelmakan dalam bentuk masalah lain dalam keluarga seperti lari dari rumah dan kemurungan. Bagaimanakah pula dengan ibu? Anda tentu pernah mendengar dan bersetuju dengan ungkapan „syurga terletak di tapak kaki ibu.‰ Ungkapan ini menunjukkan betapa besarnya peranan, tanggungjawab dan kepentingan sebagai ibu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
154 TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA Secara umumnya, peranan ibu ialah menjaga hal ehwal rumah tangga dan memberi sepenuh kasih sayang kepada anaknya. Setinggi manapun pendidikan ataupun jawatan seseorang wanita yang bergelar ibu, namun sebagai ibu, beliau tidak akan dapat lari daripada tanggungjawab menjaga keluarga seperti menyediakan susu untuk anak, makan minum, mencuci pakaian hinggalah mendodoi anak. Seseorang anak itu dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh ibunya bermula dari sebesar tapak tangan hinggalah anaknya dewasa dan beranak-pinak. Perlu diingatkan bahawa dalam arus kemodenan kini, ibu bapa yang bekerja perlu juga meluangkan masa bersama keluarga. Begitu juga dalam hal menyediakan ilmu dan ajaran agama yang secukupnya. Ibu bapa hendaklah mewujudkan suasana yang membina intelek dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan anak. Selain itu, berlaku adil kepada anak tanpa mengira gender, kemampuan akademik dan sebagainya juga perlu dititikberatkan. 9.3.3 Anak Bagaimanakah pula tanggungjawab dan peranan anak? Secara dasarnya, anak wajib menghormati dan mentaati kedua-dua ibu bapa. Jika ibu bapa sudah tua dan uzur, menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada anak untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada mereka. Janganlah sekali-kali melupakan dan mengabaikan kedua-dua ibu bapa, jika mereka masih hidup. Kita tentu mahukan anak kita menjadi anak yang taat dan tidak derhaka kepada ibu bapa; mereka mendengar nasihat dan bersopan-santun dalam pergaulan, perbuatan dan percakapan mereka. Oleh itu, komunikasi yang positif amat perlu dalam hubungan antara ibu bapa dengan anak mereka. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi positif? Komunikasi positif adalah bahagian penting dalam kemahiran komunikasi antara ibu bapa dengan anak yang mempunyai kesan yang besar terhadap perhubungan keluarga yang sihat. Komunikasi positif adalah keupayaan untuk menyampaikan mesej walaupun yang negatif dengan cara yang positif. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 155 Selain itu, kita hendaklah menjadikan ibu bapa sebagai guru dan sahabat setia dalam apa-apa jua keadaan. Amalan ini diperlukan kerana ibu bapa berperanan mengajar, mendidik dan membimbing anak, bermula dalam kandungan sehinggalah dewasa sama ada berkaitan ilmu dunia ataupun ajaran agama. Amalan ini perlu dilaksanakan sebagai teladan kepada anak untuk membentuk generasi yang terpuji pada masa akan datang. 9.3.4 Masyarakat Sebagai penutup, mari kita lihat peranan dan tanggungjawab masyarakat. Sedarkah anda bahawa jiran adalah masyarakat yang paling hampir dengan keluarga kita? Hal ini demikian kerana kita tinggal berdekatan dengan jiran tetangga berbanding dengan kaum keluarga, tidak kira di kawasan perumahan ataupun di kampung. Oleh itu, kita perlu memupuk sifat kejiranan melalui fikiran yang terbuka dan ikhlas. Selain itu, setiap keluarga perlu mengambil berat sesama jiran untuk mewujudkan persefahaman dengan cara memahami dan menghormati hak jirannya. Kita juga perlu mengamalkan sikap positif sesama jiran tetangga. Antara sikap positif yang perlu diamalkan ialah (rujuk Rajah 9.2): Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
156 TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA Rajah 9.2: Enam sikap positif sesama jiran tetangga Selain itu, setiap keluarga juga perlu bersangka baik dan menghindari perasaan syak wasangka terhadap jirannya bagi mengelakkan sebarang isu ataupun masalah sesama jiran. Di samping itu, penglibatan sesebuah keluarga dalam aktiviti kemasyarakatan ialah suatu langkah yang patut dipupuk secara bersama-sama dan berterusan. Anda tentu sedar bahawa nilai kemasyarakatan sekarang ini sudah semakin terhakis oleh unsur kemodenan seperti sifat mementingkan diri dan terlalu mengejar kekayaan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 157 • Keluarga ialah unit asas kepada sesebuah masyarakat. • Kebahagiaan keluarga ialah asas kepada keharmonian sesebuah masyarakat. • Dari perspektif Islam, keluarga bahagia meliputi keseluruhan cara hidup. Kebahagian sebenar terletak dalam hati seseorang. • Keluarga bahagia dari perspektif sivil pula merujuk kemampuan sesebuah keluarga untuk mengurus sumber kebendaan yang mungkin banyak atau terhad. • Terdapat tiga ciri utama dalam keluarga bahagia, iaitu kepercayaan dan kebudayaan, taraf pendidikan, dan sosioekonomi. • Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi ciri kepercayaan dan kebudayaan ialah amalan solat bersama, makan bersama keluarga serta rekreasi bersama keluarga. Aktiviti ini dapat memperkukuhkan jalinan mesra sesama ahli keluarga. • Dalam keluarga bahagia, pendidikan yang sempurna adalah amat penting. Keluarga yang bahagia dapat melahirkan anak yang cerdik pandai, berpendidikan tinggi dan mempunyai potensi untuk memajukan diri mereka. • Dari segi sosioekonomi pula, keluarga yang bahagia mampu mencari, memiliki dan menggunakan harta kekayaan secara halal. • Suami isteri, ibu bapa, anak dan masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membentuk keluarga yang bahagia. • Antara tanggungjawab suami ialah memberi nafkah zahir dan batin, manakala tanggungjawab isteri ialah menjaga suami ketika sihat mahupun sakit. AKTIVITI 9.2 Jelaskan mengenai kepentingan institusi keluarga terhadap pembangunan insan sesebuah negara. Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah dalam forum myINSPIRE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
158 TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA • Salah satu tanggungjawab ibu ialah menjaga hal ehwal rumah tangga, manakala tanggungjawab bapa pula ialah memimpin keluarga ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. • Tanggungjawab anak pula ialah menghormati dan taat kepada kedua-dua ibu bapanya. • Antara tanggungjawab masyarakat ialah mengambil berat sesama jiran dan menghormati hak masing-masing. Keep up with the Joneses Keluarga bahagia Kepercayaan dan kebudayaan Sosioekonomi Taraf pendidikan Mat Saad Abd Rahman. (1993). Undang-undang keluarga Islam: Aturan perkahwinan. Petaling Jaya, Malaysia: Intel Multimedia and Publication. Mimi Kamariah Majid. (1992). Undang-undang keluarga di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: The Butterworth Group. Zaleha Kamarudin, & Raihanah Abdullah. (2002). Kamus istilah undang-undang keluarga Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Zebra. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Selamat membaca topik terakhir dalam modul ini yang bertajuk Isu Kekeluargaan. Sebelum kita pergi jauh, sedarkah anda bahawa pada suatu ketika dahulu, institusi kekeluargaan ialah satu organisasi kecil dalam komuniti yang dihormati kerana keberkesanannya dalam membentuk individu yang berakhlak dan bermaruah? Masyarakat meletakkan harapan kepada institusi kekeluargaan untuk melahirkan generasi yang mampu berganding bahu dalam membangunkan negara dan mewarisi segala aspek sosial yang baik dalam kehidupan berkelompok manusia. Namun, mandat institusi kekeluargaan dilihat kian pudar. Satu demi satu gejala sosial negatif membolosi masyarakat kita kerana institusi kekeluargaan yang kian hari kian rapuh. Sesungguhnya, institusi kekeluargaan yang rapuh boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan pelbagai isu dan masalah lain seperti penderaan. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti tiga faktor utama keruntuhan rumah tangga; 2. Mengenal pasti tiga jenis penderaan; dan 3. Membezakan antara tiga jenis undang-undang kekeluargaan di Malaysia. HASIL PEMBELAJARAN Topik 10 Isu Kekeluargaan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
160 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Oleh itu, dalam topik ini, kita akan mengenal pasti faktor yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga dan jenis penderaan yang berlaku. Topik ini akan diakhiri dengan penjelasan tentang tiga jenis undang-undang kekeluargaan yang terdapat di Malaysia. Diharapkan anda mendapat manfaat dan ilmu yang berguna daripada Topik 10 dan keseluruhan modul ini. Selamat belajar! KERUNTUHAN RUMAH TANGGA Isu pertama yang akan kita bincangkan ialah keruntuhan rumah tangga. Mari kita pelajari maksud keruntuhan rumah tangga. Apakah yang dimaksudkan dengan secara sah ataupun tidak? Anda tentu setuju bahawa terdapat banyak aspek yang perlu diteliti dalam isu keruntuhan rumah tangga ini. Kehidupan kita pada masa kini jauh berbeza daripada kehidupan masyarakat pada suatu masa dahulu. Kita hidup dalam era kerapuhan sokongan sosial. Kita sendiri memilih untuk keluar daripada lingkungan sosial yang saling menyokong. Misalnya, kita kurang berminat untuk hidup dalam keluarga yang luas. Kita lebih cenderung memilih untuk hidup dalam keluarga nuklear sahaja. Oleh itu, kerajaan telah merangka program untuk mewujudkan kembali semangat saling menyokong dalam kalangan ahli masyarakat. Contohnya, melalui „Program Kejiranan Mesra.‰ Tahukah anda, apakah faktor lain yang menyumbang kepada isu ini selain daripada ancaman perubahan sosial? Anda boleh merujuk Rajah 10.1 yang memberikan beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga. 10.1 Keruntuhan rumah tangga merujuk keadaan satu unit organisasi keluarga yang terlerai daripada ikatan sama ada secara sah ataupun tidak. Keruntuhan yang sah merujuk keruntuhan yang dimeterai oleh undangundang dengan bukti bahawa pasangan berkahwin telah bercerai. Keruntuhan yang tidak sah merujuk pasangan yang berpisah secara tidak rasmi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN 161 Rajah 10.1: Tiga faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga Mari kita membincangkan ketiga-tiga faktor ini dengan lebih terperinci dalam subtopik berikut. 10.1.1 Kurang Penghayatan terhadap Konsep Kekeluargaan Anda tentu bersetuju bahawa kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak yang memerlukan pasangan saling mempercayai, hormat-menghormati, bertolak ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa-apa jua tanggungjawab mereka. Namun, sebagai dua insan yang dilahirkan berbeza, perbezaan akan tetap wujud dan lahir pada bila-bila masa. Hanya berbekalkan ketabahan, pengetahuan dan kemahiran berinteraksi serta bertindak balas kepada setiap perubahan, sesebuah keluarga itu mampu mengekalkan perkongsian kasih sayang yang mulia ini. Apabila sesuatu keluarga dibina atas dasar cinta mengikut nafsu semata-mata dan kurang penghayatan terhadap konsep kekeluargaan, pasangan ini akan berdepan dengan kejutan kehidupan berkeluarga. Perubahan mendadak seperti pertambahan ahli keluarga, cara hidup dan komitmen akan mempengaruhi keutuhan rumah tangga yang dibina. Walaupun pasangan telah menjalani kursus praperkahwinan, ternyata kursus tersebut tidak mencukupi untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Malah, kerajaan turut mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu memperkukuhkan institusi keluarga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
162 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Kementerian berkenaan telah melaksanakan beberapa program seperti SmartStart yang mempunyai objektif untuk memberi ilmu pengetahuan, membantu pasangan membuat persiapan dari segi mental dan fizikal serta bersikap positif bagi menempuhi alam perkahwinan. Program ini juga merupakan platform ataupun wadah bagi pasangan memahami, dan mengenali diri dan pasangan. Di samping itu, sesi kaunseling dan ceramah juga telah diadakan bagi menangani isu berkaitan kekeluargaan. Walau bagaimanapun, segala rentak dan gaya adalah bergantung pada pasangan yang mengemudikan keluarga tersebut. Tahukah anda terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi tertentu untuk membantu mengurangkan masalah keruntuhan rumah tangga? Misalnya, program yang dirangka oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menjurus kepada isu menghayati peranan keluarga dalam membentuk penduduk yang bukan sahaja sihat dari aspek fizikal tetapi juga mental, emosi, sosial dan rohani. 10.1.2 Konflik Peranan dan Tanggungjawab Faktor kedua yang akan dibincangkan adalah tentang isu konflik peranan dan tanggungjawab. Sedarkah anda bahawa peranan lelaki dan wanita pada masa kini jauh berbeza berbanding dengan peranan nenek moyang kita dahulu? Secara umumnya, dalam negara yang meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, sejak dahulu lagi lelaki memainkan peranan bagi memastikan ekonomi dan sosial keluarga sentiasa sempurna. Oleh itu, lelaki perlu bekerja untuk menyara keluarga. Isteri ataupun ibu pula berperanan menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. Namun, peranan dan tanggungjawab tradisional ini semakin berubah mengikut peredaran zaman. Pada hari ini, ramai wanita bersama-sama lelaki bekerja mencari rezeki dan membantu menambah ekonomi keluarga. Malah, terdapat juga isteri yang berpendapatan lebih daripada suami mereka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN 163 Cuba anda lihat Rajah 10.2. Adakah anda rasa masalah kecil seperti ini boleh membawa kepada keretakan rumah tangga? Rajah 10.2: Contoh konflik peranan dan tanggungjawab Sumber: www.markstivers.com Jawapannya ialah berkemungkinan perkara ini boleh berlaku. Perkara ini boleh berlaku kerana pengagihan tugas dalam menguruskan rumah tangga adalah penting dan perlu dihuraikan dengan jelas. Selalunya wanita mengharapkan suami mereka akan bersama-sama membantu menguruskan hal ehwal rumah tangga. Bagi lelaki pula, dia selalu menganggap peranan itu bukannya satu kebiasaan bagi mereka dan menganggap itu tugas dan tanggungjawab isteri. Seterusnya, ini akan menimbulkan masalah dalam rumah tangga tersebut; pasangan ini tidak sehaluan dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.1 tadi. Ada kalanya wanita berdepan dengan konflik sama ada memilih untuk menjadi suri rumah tangga ataupun bekerja. Taraf pendidikan yang dimiliki wanita pada masa kini sudah semakin meningkat dan berkembang. Peningkatan taraf pendidikan ini membolehkan mereka menjawat pelbagai jawatan profesional. Desakan untuk mencari pendapatan lebih bagi menampung keperluan ekonomi keluarga juga turut mendorong wanita „melupakan‰ peranan sebagai ibu di rumah. Hal ini menyebabkan wanita mudah berasa tertekan kerana mereka perlu menanggung beban tugas di tempat kerja, memainkan peranan dalam membesarkan anak dan perlu menguruskan hal ehwal rumah tangga ketika di rumah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
164 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Keadaan akan menjadi lebih buruk, jika suami enggan ataupun kurang membantu dalam urusan rumah tangga. Tekanan yang dihadapi ini boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, masalah ini akan semakin berlanjutan dan akhirnya pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan keluarga mereka. Bilangan perceraian meningkat 0.1 peratus daripada 50,314 (2017) kepada 50,356 (2018). Menurut Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian 2019, bilangan perceraian orang Islam yang direkodkan pada tahun 2018 ialah 40,269; meningkat 1.4 peratus berbanding 39,709 (2017). Sebaliknya, perceraian orang bukan Islam menurun 4.9 peratus daripada 10,605 (2017) kepada 10,087 (2018) (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019). 10.1.3 Kemiskinan Akhirnya, mari kita meneliti faktor ketiga, iaitu kemiskinan. Kemiskinan ialah satu masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat, walaupun negara tersebut diiktiraf sebagai negara maju. Tahukah anda bagaimanakah kemiskinan ditafsirkan? Kemiskinan biasanya ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan di bawah pendapatan garis kemiskinan (PGK). Jika begitu, adakah anda mengetahui makna PGK? Pendek kata, PGK merupakan pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah bagi memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan setiap ahlinya untuk membolehkan mereka hidup dalam keadaan sihat dan aktif. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU − Economic Planning Unit), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersandarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES − Household Income and Expenditure Survey) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM − Department of Statistics Malaysia) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Sumber: https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/285 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN 165 Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan telah memperkenalkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI – Multi-Dimensional Poverty Index), pelengkap kepada PGK untuk mengukur dan memantau kemiskinan dari perspektif pelbagai dimensi yang merangkumi kesihatan, pendidikan, pendapatan dan taraf hidup. MPI ini dilihat lebih inklusif selaras dengan amalan antarabangsa. Pada masa dahulu, isu kemiskinan dilihat tertumpu di kawasan luar bandar sahaja. Namun demikian, tahukah anda bahawa kemiskinan di bandar turut berlaku? Kemiskinan di bandar berlaku apabila wujud sebilangan masyarakat yang tidak lagi mampu berlumba seiring dengan kemajuan di bandar. Penghijrahan ke bandar sering berlaku atas dasar mencari rezeki dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Namun, penghijrahan tanpa pendidikan dan kemahiran yang mencukupi akan membataskan impian seseorang untuk mendapat pekerjaan dan pendapatan yang lumayan. Pendapatan yang tidak mencukupi akan memaksa mereka melakukan kerja sampingan lain. Tindakan ini akan menjejaskan kualiti kerja dan kehidupan mereka. Bekerja dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan taraf kesihatan fizikal dan mental terjejas. Mereka turut terdedah pada pelbagai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kerana mengabaikan senaman dan membiarkan tekanan menghimpit kehidupan mereka. Selain itu, desakan kemiskinan yang memaksa ibu bapa melakukan kerja sampingan akan menyebabkan peranan keibubapaan dalam keluarga diabaikan. Keadaan ini akan memburukkan lagi gejala sosial yang negatif dalam kalangan anak. Gejala negatif sosial anak boleh menjadi salah satu punca pasangan bertegang urat dan bermasam muka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.3. Rajah 10.3: Anak menjadi mangsa akibat keruntuhan rumah tangga Sumber: www.bible.ca Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
166 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Apabila ibu bapa menjadi semakin sibuk, mereka tidak lagi mempunyai masa terluang yang boleh diperuntukkan untuk anak mereka seperti bertanya khabar, bersiar-siar dan bermesra bersama-sama mereka. Malah, kesibukan ini juga membataskan lagi peluang untuk ahli keluarga duduk bersemuka dan berbincang, jika berlakunya sesuatu masalah. Kemiskinan juga mungkin akan memaksa anak terjerumus ke dalam aktiviti yang kurang sihat seperti perlakuan delinkuen. Mereka mungkin melakukan kegiatan mencuri ataupun pecah rumah untuk mendapatkan apa-apa yang diinginkan tanpa perlu berusaha ataupun bersusah payah. PENDERAAN Sekarang, mari kita beralih pula ke isu penderaan. Anda tentu sedar bahawa penderaan ialah satu gejala sosial negatif yang turut melanda masyarakat kita. Penderaan boleh berlaku dalam bentuk fizikal, seksual, ekonomi, mental atau emosi. Penderaan terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang serius dan perlu ditangani kerana penderaan ini akan mempengaruhi keperibadian kanak-kanak apabila mereka dewasa kelak. Selain itu, jika isu ini tidak ditangani dengan bijak, kanak-kanak mungkin akan menganggap perlakuan mendera sebagai perkara biasa dan tidak salah dilakukan. Anggapan begini akan mendorong mereka untuk mengulangi perbuatan mendera ke atas orang lain dan apabila mereka membesar, kadangkala mereka akan menjadi seorang dewasa yang bersifat kasar dan pendendam. Tahukah anda terdapat pelbagai jenis penderaan? Tiga jenis penderaan akan dibincangkan sebentar lagi, iaitu keganasan terhadap pasangan, gangguan seksual dan sumbang mahram, dan penderaan kanak-kanak. Mari kita lihat ketiga-tiga isu ini dengan lebih lanjut dalam subtopik berikut. 10.2.1 Keganasan terhadap Pasangan Tahukah anda keganasan terhadap pasangan juga merupakan satu penderaan? Keganasan ini juga bukanlah suatu isu yang baharu. Keganasan ini bukan sahaja akan menyebabkan kecederaan fizikal malahan juga kecederaan mental. Jika isu keganasan ini dibiarkan berpanjangan berkemungkinan boleh membawa maut kepada pihak yang terlibat. Mangsa bagi isu ini selalunya membabitkan wanita. Keganasan juga tidak mengenal individu sama ada berpendidikan ataupun berpangkat tinggi kerana status ini tidak menjamin wanita tersebut tidak dikasari oleh pasangan mereka. 10.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN 167 Tahukah anda apakah faktor yang menyebabkan seseorang menjadi ganas terhadap pasangannya? Terdapat pelbagai faktor semula jadi yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ganas terhadap pasangannya. Namun, terdapat juga faktor luaran yang menyumbang kepada keganasan seperti ketagihan arak, penagihan dadah, judi atau sekadar kerana telah menemui pasangan baharu. Anda tentu boleh menghuraikan maksud keganasan fizikal. Penyalahgunaan fizikal boleh melibatkan mana-mana perbuatan ganas yang berikut: (a) Menggaru ataupun menggigit; (b) Menolak ataupun menyodok; (c) Menampar; (d) Menendang; (e) Mencekik; (f) Melemparkan benda; (g) Memaksa makan ataupun tidak memberi makan; (h) Menggunakan senjata ataupun objek yang boleh mencederakan anda secara fizikal. Contohnya, menghimpit anda ke dinding, lantai dan katil; (i) Memandu secara cuai; dan (j) Tindakan lain yang menyakiti ataupun mengancam anda. Keganasan fizikal pada dasarnya melibatkan individu yang menggunakan kekuatan fizikal terhadap seseorang yang menyebabkan ataupun boleh menyebabkan bahaya kepada dirinya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
168 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Tahukah anda terdapat juga keganasan lisan? Tahukah anda apakah maksudnya? Keganasan lisan ialah ciri utama hubungan yang menyakitkan hati secara emosi. Pelaku secara konsisten membuat kenyataan yang negatif melabel seseorang yang boleh memberi kesan yang serius terhadap harga diri dan keyakinan seseorang yang mengalami penderaan lisan. Tanda keganasan lisan termasuklah kata-kata sinis untuk memalukan seseorang. Rajah 10.4 memaparkan contoh keganasan ini. Rajah 10.4: Keganasan lisan Keganasan lisan ialah memaki hamun, melabel secara negatif, menjerit, mengkritik atau tidak memberi respons dalam hal yang berkaitan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN 169 Selain itu, terdapat juga keganasan seksual. Pernahkah anda mendengarnya? Yang berikut ialah maksud keganasan ini. Keganasan seumpama ini boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga dan nilai moral yang baik. Anak akan turut terjejas dari aspek emosi dan sosial apabila berhadapan dengan isu keganasan ini. Perkara yang anda perlu ingat ialah tingkah laku mereka yang melakukan keganasan dalam keluarga anda selalunya menjadi tanggungjawab mereka yang melakukan keganasan, bukan anda. Keganasan bukanlah suatu perkara yang baik ataupun wajar dilakukan oleh seseorang. Walau apa pun yang dikatakan, keganasan tidak boleh diterima. 10.2.2 Gangguan Seksual dan Sumbang Mahram Isu kedua dalam penderaan ialah gangguan seksual dan sumbang mahram. Pertamanya, mari kita pelajari maksud dengan gangguan seksual. Apakah bentuk gangguan yang boleh berlaku? Gangguan boleh berlaku dalam bentuk sentuhan fizikal yang tidak diingini, menunjukkan gambar ataupun memaksa menonton aksi lucah dan dengan cara mengeluarkan kata-kata lucah. Bagaimanakah pula dengan sumbang mahram? Keganasan seksual ialah perbuatan memaksa pasangan melakukan hubungan seks dan perlakuan seks yang tidak disukai oleh pasangannya. Gangguan seksual merujuk apa-apa perlakuan yang berkaitan dengan seksual tanpa kebenaran mangsa. Sumbang mahram adalah perbuatan menjalinkan hubungan seksual dengan ahli keluarga sendiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
170 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Anda tentu menyedari bahawa gangguan seksual ialah gejala sosial negatif yang bukan sahaja berlaku dalam masyarakat umum tetapi turut berlaku dalam sesebuah keluarga. Kes kanak-kanak dan remaja yang dirogol oleh ahli keluarga sendiri bukannya perkara baharu dalam masyarakat kita. Gangguan seperti ini boleh menyebabkan keretakan sesebuah keluarga. Anak yang menjadi mangsa akan lari dari rumah. Jika mangsa membuat aduan polis dan membawa masalah gangguan ke pihak atasan, pemangsa mungkin akan dihukum. Jika pemangsa ialah suami, maka keluarga akan kehilangan ketua yang sepatutnya menanggung keluarga. Keadaan akan menjadi lebih buruk, jika ibu tidak bekerja. Jika pemangsa dipenjarakan, secara tidak langsung sesebuah keluarga akan diketuai oleh ibu tunggal. Dilema seumpama ini ada kalanya menyebabkan si ibu tidak bertindak walaupun mengetahui perlakuan sumbang mahram yang berlaku dalam keluarganya. Selain itu, rasa malu dan tidak tahu tempat untuk mengadu akan menyebabkan masalah sosial ini masih berlaku dalam masyarakat. Lebih malang lagi, jika mangsa hamil. Maka, masalah lain pula akan timbul. Keluarga terpaksa menanggung anak yang dilahirkan dan mungkin masa depan mangsa akan terjejas. Pengalaman pahit yang dilalui akan menghantui fizikal, emosi dan mental mangsa, mungkin sepanjang hayatnya. Sangat menyedihkan, bukan? 10.2.3 Penderaan Kanak-kanak Akhirnya, mari kita lihat isu penderaan kanak-kanak. Kes penderaan ke atas kanak-kanak bukanlah perkara yang baharu. Kita kerap dikejutkan dengan berita seperti kanak-kanak melecur akibat dicucuh puntung rokok, koma akibat kepalanya dipukul dengan kuat dan lebam akibat dipukul. Ia perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan. Apakah yang boleh anda katakan tentang penderaan? Penderaan kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai layanan yang tidak baik terhadap mereka yang di bawah 18 tahun oleh ibu bapa, penjaga, ahli keluarga atau masyarakat sekeliling. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN 171 Kita tentu sedar bahawa penderaan boleh berlaku dalam pelbagai cara. Penderaan secara fizikal merupakan penderaan yang paling kerap berlaku. Penderaan fizikal boleh berlaku dalam bentuk perlakuan memukul, mencucuh dengan api, menggigit, menampar dan mencekik (rujuk Rajah 10.5). Penderaan fizikal mungkin boleh menyebabkan patah, kecacatan mental dan fizikal, malah boleh membawa maut. Rajah 10.5: Memukul ialah salah satu penderaan fizikal kanak-kanak Sumber: https://mypositiveparenting.org/ms/2014/04/26/kenal-pasti-tanda-tandapenderaan/ Kanak-kanak juga boleh didera secara emosi. Misalnya, sentiasa menghalang ataupun menidakkan permintaan mereka tanpa berunding. Maka, emosi mereka juga akan terganggu apabila mereka sering dijadikan sebagai bahan lawak, ejekan atau bahan ketawa. Selain itu, penderaan seksual turut berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Penderaan ini adalah antara isu masyarakat yang sering berlaku. Penderaan seksual boleh berlaku dalam bentuk rabaan, sentuhan yang tidak diingini, orang dewasa menunjukkan genital kepada kanak-kanak dan memaksa kanak-kanak melihat gambar lucah ataupun menonton cerita lucah. Penderaan seksual yang paling melampau ialah merogol kanak-kanak dan perlakuan sumbang mahram kerana penderaan ini sangat keterlaluan serta melanggar norma agama dan moral manusia. Tahukah anda bahawa pengabaian terhadap kanak-kanak juga boleh disifatkan sebagai satu bentuk penderaan? Apakah yang dimaksudkan dengan pengabaian kanak-kanak? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
172 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Apakah kesan penderaan ke atas kanak-kanak? Anda tentu menyedari bahawa penderaan ke atas kanak-kanak meninggalkan kesan yang buruk dalam pertumbuhan serta perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial mereka. Mereka mungkin akan terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada kekurangan makanan dan taraf kesihatan yang diabaikan. Jika kanak-kanak ialah mangsa penderaan seksual, mereka akan terdedah kepada risiko kehamilan remaja, mengalami kerosakan organ pembiakan atau dijangkiti penyakit jangkitan seksual. Selain itu, apabila mereka membesar, mereka mungkin akan menjadi individu yang bersifat berdendam dan pendera. UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN Sebelum kita mengakhiri topik dan modul ini, mari kita pelajari dahulu undangundang kekeluargaan. Pertamanya, tahukah anda apakah tujuan undang-undang kekeluargaan ini diwujudkan? Undang-undang kekeluargaan diwujudkan bertujuan mencegah ataupun menghindarkan berlakunya perceraian, kelahiran status anak tidak sah taraf dan keluarga berpecah belah. Selain itu, undang-undang kekeluargaan bertujuan memastikan kesejahteraan dan kestabilan institusi kekeluargaan sentiasa terjaga. Walaupun porak-peranda dan berpecah belah dalam keluarga tidak diingini, namun isu ini tetap berlaku. Maka, dalam hal ini, undang-undang kekeluargaan akan cuba memulihkan keadaan ataupun membantu mangsa yang terlibat (Mimi Kamariah Majid, 1992). Di Malaysia, undang-undang kekeluargaan memiliki ciri-ciri tertentu berbanding dengan negara lain. Perbezaan undang-undang ini berlaku disebabkan oleh latar belakang masyarakat kita yang terdiri daripada berbilang kaum, agama, kepercayaan dan budaya. Oleh itu, salah satu ciri utama undang-undang kekeluargaan di Malaysia ialah tiada keseragaman antara satu negeri dengan negeri lain. Hanya statut tertentu yang terpakai di Semenanjung Malaysia; manakala di Sabah dan Sarawak, mereka mempunyai statut tersendiri. Pengabaian kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak tidak diberi makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna. Selain itu, aspek keselamatan ke atas mereka juga tidak diambil kira dan tiada rawatan perubatan diberi kepada mereka ketika sakit. 10.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN 173 Tahukah anda apakah masalah kekeluargaan yang disentuh oleh undang-undang kekeluargaan? Antara masalahnya termasuklah hal yang berkaitan dengan perkahwinan, pembatalan perkahwinan, perceraian, kesahtarafan, pengangkatan, penjagaan, pemberian nafkah dan pembahagian harta. Untuk makluman anda, terdapat undang-undang kekeluargaan yang berbeza untuk masyarakat Islam dan bukan Islam dan juga antara negeri. Terdapat tiga jenis undang-undang kekeluargaan di Malaysia, iaitu akta, enakmen dan ordinan (rujuk Rajah 10.6). Rajah 10.6: Tiga jenis undang-undang kekeluargaan Kita akan melihat beberapa contoh ordinan, enakmen dan akta yang diguna pakai di beberapa negeri dalam subtopik berikut. Mari kita lihat satu persatu. 10.3.1 Ordinan Dua contoh yang akan diberi ialah ordinan yang digunakan di Sarawak dan Sabah. Administration of Estates Ordinance di Sarawak adalah berkaitan dengan pembahagian harta. Harta si mati hendaklah dibahagi menurut wasiatnya ataupun menurut undang-undang yang diiktiraf. Sekiranya tidak ada adat yang terpakai, maka undang-undang Inggeris akan digunakan (Mimi Kamariah Majid, 1992). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
174 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Di Sabah pula, Interstate Succession Ordinance 1960 digunakan untuk harta pusaka tidak berwasiat. Ordinan ini tidak terpakai kepada harta pusaka manamana anak negeri ataupun orang Islam. 10.3.2 Enakmen Apakah yang dimaksudkan dengan enakmen? Enakmen meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai peruntukan yang seakan-akan sama (Mimi Kamariah Majid, 1992). Antaranya ialah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor dan Enakmen UndangUndang Keluarga Islam Negeri Sembilan. Setiap individu Islam di Malaysia boleh merujuk undang-undang kekeluargaan mengikut negeri masing-masing. 10.3.3 Akta Sebagai penutup, mari kita mempelajari tentang akta. Tahukah anda pada tarikh 1 Mac 1982, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU) dikuatkuasakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak? Statut ini terhad kepada perkahwinan, perceraian dan perkara yang berkaitan dengannya sahaja. Pada umumnya, semua orang bukan Islam tertakluk pada akta ini (Mimi Kamariah Majid, 1992). Yang berikut ialah dua contoh bagi akta di Malaysia (rujuk Jadual 10.1). Jadual 10.1: Contoh akta di Malaysia Akta Penerangan Akta Pewarisan 1971 (Peruntukan Keluarga) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia tetapi tidak termasuk harta orang Islam ataupun anak negeri di Sabah dan di Sarawak. Akta Perempuan Bersuami 1957 Akta ini membolehkan seseorang perempuan yang sudah berkahwin dan bersuami layak memegang harta dan menjual hartanya seolah-olah dia belum bersuami. Enakmen ialah suatu akta bagi mengkanun peruntukan tertentu undangundang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan berkeluarga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN 175 • Keruntuhan rumah tangga merujuk keadaan satu unit organisasi keluarga yang terlerai daripada ikatan sama ada secara sah ataupun tidak. • Terdapat tiga faktor yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga berlaku, iaitu kurang penghayatan terhadap konsep kekeluargaan, konflik peranan dan tanggungjawab, dan kemiskinan. • Terdapat tiga jenis penderaan, iaitu keganasan terhadap pasangan, gangguan seksual dan sumbang mahram, dan penderaan kanak-kanak. • Undang-undang kekeluargaan bertujuan membantu dan memulihkan keluarga dan mangsa akibat berlakunya perpecahan dalam sesebuah keluarga. • Terdapat tiga jenis undang-undang kekeluargaan di Malaysia, iaitu akta, enakmen dan ordinan. Undang-undang ini berbeza antara negeri dan juga antara masyarakat Islam dan bukan Islam. AKTIVITI 10.1 1. Apakah kesan kemiskinan ke atas kesejahteraan sesebuah keluarga? 2. Huraikan bentuk penderaan yang kerap berlaku dalam sesebuah keluarga. Apakah pendapat anda tentang peranan kerajaan, masyarakat dan agama bagi mengatasi masalah penderaan? 3. Bagaimanakah institusi kekeluargaan membentuk generasi yang sihat dari aspek mental, rohani dan sosial? Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah dalam forum myINSPIRE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
176 TOPIK 10 ISU KEKELUARGAAN Akta Enakmen Gangguan seksual Keganasan Kemiskinan Keruntuhan rumah tangga Konflik peranan dan tanggungjawab Konsep kekeluargaan Kurang penghayatan Ordinan Penderaan Statut Undang-undang kekeluargaan Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul promosi keluarga sihat. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Kesihatan Malaysia. Mimi Kamariah Majid. (1992). Undang-undang keluarga di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Butterworths Asia. Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian 2019. Dicapai dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=ckFN QUg4OHpESG1WRzZSeXRYZEJlQT09 Soalan Lazim: Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Dicapai dari https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/285 Yesican.org. (1999). Child abuse defined. Dicapai dari http://www.yesican.org/ defined.html Yesican.org. (t.t.). Domestic violence. Dicapai dari http://www.yesican.org/ DV/DV03.html Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1. E-mail your comment or feedback to [email protected] OR 2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE. Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi ) Tel No.: 03-78012140 Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)