BANTUAN DAN SOKONGAN SEDIA ADA BAGI PENJAGA
Maklumat tentang bantuan/sokongan sedia ada untuk penjaga OKU yang telah disediakan oleh
pihak berkaitan diperolehi menerusi kaedah temu bual berdepan, penyelidikan sumber sekunder
dan sesi FGD.
BANTUAN/SOKONGAN DI PERINGKAT PERSEKUTUAN
KEMENTERIAN JENIS BANTUAN/SOKONGAN
/JABATAN/ AGENSI
BANTUAN WANG TUNAI BANTUAN PROGRAM / FASILITI
KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN ● Bantuan Penjagaan OKU Terlantar ● Khidmat Kaunseling.
WANITA, KELUARGA (BPT) dengan kadar RM 350 sebulan Perkhidmatan yang diberikan adalah bersifat
DAN MASYARAKAT
seorang. Tempoh kaji semula selama menyeluruh yang mana tidak tertumpu kepada
12 bulan. OKU sahaja sebagai klien, tetapi melibatkan
keluarga, komuniti setempat, Badan Bukan
Kriteria Kelayakan Khusus Kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan sebagai
pemangkin dalam membangunkan komuniti
- Warganegara dan/atau pemastautin OKU.
tetap di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh ● Kemudahan Perlindungan Insurans
masa/ memberikan penjagaan rapi
kepada OKU terlantar/ kronik yang Pelan Takaful Berkelompok OKU menyediakan
memerlukan pengawasan dan perlindungan dan manfaat takaful khusus untuk
OKU yang berdaftar dengan JKM yang belajar
penjagaan;
di kelas-kelas PDK secara berkelompok di
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak bawah satu perjanjian Pelan Takaful Keluarga
melebihi RM 3,000; ATAU
Berkelompok. Ia bertujuan untuk membantu
- Mana-mana kes yang berkeperluan keluarga atau OKU sendiri sekiranya berlaku
layak dipertimbangkan dengan
sebarang malapetaka kepada dirinya dan juga
kelulusan KPWKM.
sebagai persediaan diri.
● Jabatan Kebajikan ● Pemberian geran kepada pusat PDK ● Program Khidmat Bantu di Rumah (Home
Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan Help Services)
(PSK) OKU. Aktiviti oleh Sukarelawan Kebajikan termasuk
KEMENTERIAN Geran kepada pusat PDK: pemberian latihan praktikal tentang teknik-
KESIHATAN MALAYSIA teknik penjagaan kepada ibu bapa atau
● Jabatan Kerja Sosial - Elaun penyelia (RM 1,200 penjaga OKU selain khidmat bantuan kepada
sebulan), petugas (RM 800 OKU seperti menyediakan makanan dan
Perubatan sebulan) dan pembayaran KWSP minuman, pembersihan diri (memandikan,
& SOCSO memotong kuku), rakan berbual, mengemas
atau membersihkan tempat tinggal dan
- Sewaan (maksimum RM 3,000) persekitaran dan lain-lain (mengikut
- Utiliti (maksimum RM 1,000) keperluan).
- Menjalankan program/aktiviti (RM
● Memberikan maklumat dan khidmat nasihat
30,000) berkaitan sumber-sumber dalam komuniti.
Geran kepada PSK OKU:
● Merujuk penjaga yang berkelayakan untuk
- Sagu hati sukarelawan mendapatkan pelbagai bentuk bantuan
- Rangsum daripada agensi kerajaan dan NGO.
- Pentadbiran
- Pembaikan ● Memberikan terapi sokongan kepada penjaga
yang mengalami tekanan emosi.
Bantuan kewangan jangka pendek
kepada penjaga yang berstatus
sosioekonomi rendah.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
47
KEMENTERIAN BANTUAN WANG TUNAI JENIS BANTUAN/SOKONGAN
/JABATAN/ AGENSI
BANTUAN PROGRAM / FASILITI
● Bahagian
Pembangunan ● Perkhidmatan Kesihatan di Pusat PDK.
Kesihatan Keluarga - Memberi tunjuk ajar kepada petugas PDK
Sektor Kesihatan OKU mengenai teknik penjagaan am dan fizikal
OKU, menyediakan menu sihat, memberi
KEMENTERIAN nasihat mengenai penyediaan makanan sihat
PENDIDIKAN MALAYSIA dan mengajar aktiviti fizikal yang selamat.
● Latihan Kepada Penjaga Dan Keluarga OKU.
Latihan diberikan kepada anggota kesihatan
serta penjaga di institusi dan di rumah dengan
kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO.
Tiada ● Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD).
Menyokong keluarga pesakit melalui latihan
jagaan pesakit di rumah supaya perawatan dan
penjagaan dapat diteruskan oleh penjaga
selepas tempoh tertentu.
● Modul, Latihan dan Teknik Pengurusan.
Terdapat manual atau panduan yang sedia ada
bagi meningkatkan pengetahuan anggota
kesihatan, pendidikan dan kebajikan yang
mengendali kanak-kanak kurang upaya sama
ada di institusi atau pun penjaga di rumah.
● Bayaran Insentif Mengajar Kanak- ● Perkhidmatan sokongan daripada pegawai
kanak Cacat (BIMKC) diberikan bidang khusus disediakan di Pusat
kepada guru Pendidikan Khas yang Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dengan
mengajar Murid Berkeperluan Khas penyediaan khidmat konsultansi kepada ibu
(MBK) sepenuh masa dengan kadar bapa/penjaga. Perkhidmatan konsultasi adalah
RM 250.00 setiap bulan dengan mengikut bidang khusus iaitu Peripatetik,
kelayakan khusus. Audiologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi
Carakerja dan Psikologi bagi menyokong
● Bayaran Insentif Pembantu pendidikan MBK secara menyeluruh. Terdapat
Pengurusan Murid (BIPPM) kepada 12 buah 3PK di seluruh Malaysia yang
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) beroperasi di Sekolah Pendidikan Khas dan
yang berkhidmat di Sekolah satu beroperasi di Bahagian Pendidikan Khas.
Pendidikan Khas dan yang terlibat
dalam Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) di sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dengan kadar RM 200.00
setiap bulan dengan kelayakan
khusus.
● Bantuan wang tunai kepada MBK
untuk meringankan tanggungan
penjaga (tidak langsung).
1. Pemberian Elaun Murid Khas
dengan kadar RM 150.00 setiap
bulan.
2. Bayaran makanan asrama
dikecualikan ke atas MBK di
asrama Sekolah Pendidikan
Khas (SPK).
3. Program Rancangan Makanan
Tambahan diberikan kepada
semua MBK di sekolah rendah.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
48
KEMENTERIAN BANTUAN WANG TUNAI JENIS BANTUAN/SOKONGAN
/JABATAN/ AGENSI BANTUAN PROGRAM / FASILITI
JABATAN
PERKHIDMATAN ● Pencen terbitan. ● Waktu bekerja fleksibel pegawai Perkhidmatan
AWAM Awam yang mempunyai anak-anak kurang
- Kerajaan melalui JPA menyediakan upaya.
LEMBAGA HASIL pencen terbitan kepada OKU, anak
DALAM NEGERI penjawat awam yang telah meninggal Dalam melaksanakan kemudahan ini, Ketua
dunia. Pencen ini diberikan Jabatan boleh memberi kebenaran kepada
sepanjang hayat kanak-kanak pegawai berkenaan untuk menggunakan
berkenaan. masa-masa tertentu dalam waktu bekerja biasa
mengikut kesesuaian. Seterusnya, pegawai
berkenaan perlu memastikan masa-masa yang
digunakan itu diganti semula bagi tujuan
menyelesaikan tugas hakikinya seperti
termaktub dalam surat JPA(S) 1619 Klt.11(29)
bertarikh 30 Ogos 2004.
● Kemudahan pelepasan cukai pendapatan
- 1-Peralatan sokongan khas
- Tuntutan sehingga RM 6,000 adalah
dibenarkan ke atas pembelian peralatan
sokongan khas bagi individu kelainan upaya
(OKU) sama ada untuk diri sendiri, pasangan,
anak dan ibu bapa, yang mana mereka perlulah
berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
- Antara alat sokongan asas yang dibenarkan
adalah mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki
palsu dan alat pendengaran, tetapi tidak
termasuk cermin mata dan kanta lekap.
Tiada 2-Pasangan OKU
Pelepasan tambahan sebanyak RM 3,500
diberikan kepada individu yang mempunyai
pasangan (suami atau isteri) yang merupakan
OKU yang disahkan.
3-Anak OKU
Jika mempunyai/menjaga anak/anak-anak
OKU (sebarang umur), maka boleh ibu atau
bapa boleh menuntut pelepasan sebanyak RM
6,000 bagi setiap orang anak tersebut.
Jika mempunyai/menjaga anak/anak-anak OKU
berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan
memenuhi syarat-syarat yang berikut:
o mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa
(seperti diploma, ijazah sarjana muda) di
universiti, kolej atau institut pelajaran lain
yang serupa dengannya di Malaysia;
o mengikuti kursus sepenuh masa di luar
Malaysia di peringkat ijazah (termasuk ijazah
di peringkat sarjana atau kedoktoran) atau
yang setaraf;
o berkhidmat di bawah satu ikatan bagi
memperoleh kelayakan perdagangan atau
profesion di Malaysia;
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
49
KEMENTERIAN BANTUAN WANG TUNAI JENIS BANTUAN/SOKONGAN
/JABATAN/ AGENSI BANTUAN PROGRAM / FASILITI
o kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf
oleh kerajaan.
Maka, ibu atau bapa boleh menuntut pelepasan
tambahan sebanyak RM 8,000 ke atas setiap
orang anak.
Faedah Orang Tanggungan di bawah
Skim Bencana Pekerjaan
Orang tanggungan layak menerima
faedah ini sekiranya penjaga terlibat
meninggal dunia akibat bencana
pekerjaan.
PERTUBUHAN Pencen Penakat di bawah Skim Tiada
KESELAMATAN SOSIAL Keilatan
(PERKESO) Orang tanggungan layak menerima
faedah ini sekiranya penjaga terlibat
KTM BERHAD meninggal dunia akibat sebarang sebab
yang tidak berkaitan dengan pekerjaan
dengan syarat dan kelayakan tertentu.
Sekiranya orang tanggungan adalah
anak OKU/terencat mental atau menjadi
tidak berupaya secara fizikal dan tidak
berupaya menanggung dirinya sendiri,
individu berkenaan layak menerima
faedah selama tidak berupaya menyara
kehidupannya.
Tiada • Pemberian diskaun tiket kepada seorang
pengiring atau penjaga OKU dengan syarat
OKU tersebut berdaftar dengan JKM. OKU
berkenaan memerlukan orang lain untuk
bantuan pergerakannya dan tiket perlu dibeli
di kaunter tiket sahaja.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
50
BANTUAN/SOKONGAN DI PERINGKAT NEGERI
NEGERI JENIS BANTUAN/SOKONGAN
SELANGOR BANTUAN PROGRAM / FASILITI
BANTUAN WANG TUNAI
SUK Selangor - Bahagian ● Bantuan kewangan “one-off” RM 500 ● Program Rintis Shadow Teacher atau
Exco Kesihatan, Kebajikan, untuk setiap permohonan yang Cikgu Anis yang mana pengasuh dan
Pemberdayaan Wanita dan diluluskan kepada penjaga yang guru di taska diberikan peluang
Keluarga mempunyai anak OKU yang berdaftar menerima latihan pendidikan kanak-
dengan JKM dan tidak melebihi RM kanak berkeperluan khas
5,000 setahun.
● Bantuan subsidi yuran Pendidikan
Anak Istimewa Selangor (Didik AnIS)
RM 200 sebulan untuk meringankan
beban penjaga.
● Peruntukan diberikan kepada badan-
badan kebajikan atau persatuan yang
ingin melaksanakan aktiviti untuk
komuniti OKU mengikut terma dan
syarat tertentu.
Lembaga Zakat Selangor • Bayaran yuran terapi autisme (kurang Tiada maklumat
(LZS) RM 1,000 sebulan) kepada penjaga • Perkhidmatan transit van OKU untuk
berpendapatan isi rumah RM 3,000 ke
Majlis Bandaraya Petaling bawah dan menetap di Selangor sahaja. menghantar OKU ke hospital ataupun
Jaya (MBPJ) Tiada maklumat klinik bagi yang tiada
P.PINANG kenderaan/pengangkutan.
Bahagian Perancang
Ekonomi Negeri Pejabat • Memberi bantuan kewangan sebanyak • Bantuan-bantuan lain kepada
SUK P.Pinang RM 450 setahun kepada penjaga OKU OKU/penjaga OKU adalah ditentukan
Majlis Perbandaran yang berpendapatan RM 1,200 ke oleh Pejabat YB Exco Kebajikan dan
P.Pinang, Majlis bawah. Masyarakat Penyayang.
Perbandaran Seberang
Perai Tiada maklumat • Pemberian stiker letak kereta percuma
PAHANG kepada OKU dan penjaga OKU.
Kerajaan Negeri Pahang
(SUK Pahang) • Peruntukan diberikan kepada badan- Tiada maklumat
badan kebajikan atau persatuan Tiada maklumat
Yayasan Pahang (termasuk institusi penjagaan OKU/
NGO) yang ingin melaksanakan aktiviti
SABAH untuk komuniti OKU mengikut terma
Pejabat Setiausaha dan syarat tertentu.
Persekutuan Sabah
• Biasiswa pelajaran diberikan kepada
anak OKU sama ada di sekolah rendah
atau sekolah menengah untuk
keluarga/penjaga berpendapatan
rendah mengikut terma dan syarat
tertentu.
Tiada maklumat • Kemudahan kuarters kepada penjawat
awam yang mempunyai anak OKU.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
51
NEGERI JENIS BANTUAN/SOKONGAN
SARAWAK BANTUAN PROGRAM / FASILITI
BANTUAN WANG TUNAI
Jabatan Agama Islam
Sarawak • Menyediakan sesi khidmat nasihat atau
mengadakan ziarah ke rumah OKU
yang mempunyai masalah dari segi
kekeluargaan yang beragama Islam
• Memberi sokongan moral atau
membantu menyediakan sesi
kaunseling kepada keluarga yang
Tiada maklumat memerlukan
• Memberi sumbangan dari segi
barangan harian kepada keluarga OKU
yang hidup susah.
• Membantu menyelesaikan
permasalahan dari segi kekeluargaan
bagi yang beragama Islam
Majlis Bandaraya Kuching Tiada maklumat • Pihak PBT menyediakan kemudahan
Selatan pelekat kereta untuk penjaga OKU
untuk membolehkan mereka meletak
kenderaan di tempat yang disediakan.
Pihak Kerajaan Negeri Peruntukan diberikan kepada badan- Tiada maklumat
• PERAK badan kebajikan atau persatuan
• PERLIS (termasuk institusi penjagaan OKU/NGO)
• KELANTAN yang ingin melaksanakan aktiviti untuk
• TERENGGANU komuniti OKU mengikut terma dan syarat
• JOHOR tertentu.
• N. SEMBILAN
• MELAKA
Nota: JKM peringkat negeri menyediakan bantuan dan perkhidmatan serupa yang dilaksanakan di ibu pejabat
• (seperti dinyatakan di bahagian Bantuan Sedia Ada di Peringkat Persekutuan).
• Bagi kebanyakan kerajaan negeri (SUK Negeri, PSUPS), tiada peruntukan khas bagi membantu penjaga
OKU. Peruntukan diberikan kepada badan-badan kebajikan atau persatuan (termasuk institusi penjagaan
OKU dan NGO) yang ingin melaksanakan aktiviti untuk komuniti OKU mengikut terma dan syarat tertentu.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
52
BANTUAN/SOKONGAN PIHAK NGO/SWASTA/KOMUNITI
PERSATUAN/ PERTUBUHAN BANTUAN WANG JENIS BANTUAN/SOKONGAN
TUNAI
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia BANTUAN PROGRAM / FASILITI
(MAB) Khairat kematian:
Kompleks MAB, Jalan Tebing, Off Jalan Bantuan RM 500 ● Bantuan Barangan:
Tun Sambathan 4, 50470, WP Kuala kepada penjaga Donation-in-Kind: Barangan seperti tepung, gula,
Lumpur. bagi OKU ayam dan barangan harian yang lain.
penglihatan yang
Persatuan Penyakit Jarang Jumpa meninggal dunia. ● Bantuan Khidmat Nasihat:
Malaysia (PPJJM) Pegawai CBR akan berkongsi kepakaran dan
No. 7, 2nd Floor, Bangunan Sultan Perkhidmatan khidmat nasihat dengan penjaga melalui program-
Salahuddin Abdul Aziz Shah, No. 16 sukarelawan program kesedaran yang dijalankan oleh
Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, kepada penjaga persatuan di sekolah khas.
Selangor. untuk membantu
kakitangan OKU di ● Pemberian risalah maklumat kepada penjaga.
pejabat PPJJM
(RM ● Menyediakan maklumat kepada penjaga tentang
1,500/sebulan). penyakit yang menyebabkan tiada upaya.
● Menyediakan servis pemudah cara (liason
service) kepada penjaga bagi mendapatkan
bantuan elaun dan pekerjaan daripada JKM, KPM
dan SOCSO.
● Menyediakan aktiviti sosial kepada penjaga
● Memberi bantuan mencari peralatan yang
diperlukan oleh OKU.
United Voice- Self-Advocacy Society Tiada • Menjalankan program latihan advokasi diri dan
of Persons with Learning Disabilities Tiada program kesedaran bagi penjaga OKU
pembelajaran.
603, Jalan 17/12, Seksyen 17, 46400,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. ● Menyediakan Penjagaan Sementara (Respite
Care) dari 9 pagi hingga 4 petang
Pertubuhan Orang-Orang
Bermasalah Pembelajaran ● Menyediakan maklumat dan kemahiran yang
Dayspring, Selangor penting kepada penjaga.
No 4 Solok Limau, Taman Meru, 41050 ● Menjalankan aktiviti sosial seperti outings, bengkel
Klang, Selangor Darul Ehsan. kemahiran supaya adanya interaksi antara
penjaga dan ahli keluarga.
Pertubuhan Keluarga Orang Tiada ● Menyediakan Penjagaan Sementara (Respite
Bermasalah Pembelajaran Care) dari Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 4
(PERKOBP) petang).
No: 4, Jalan BK1/9A, Bandar Kinrara 1, ● Memberikan bantuan sokongan moral kepada
47180, Puchong, Selangor Darul penjaga seperti perbincangan.
Ehsan.
● Membantu penjaga mendapatkan bantuan jika
mereka tidak berjaya dalam permohonan yang
telah dibuat.
● Menyediakan maklumat rujukan berkaitan bantuan
yang disediakan oleh pihak lain kepada penjaga.
Persatuan Kebangsaan Autisme Tiada ● Khidmat nasihat dan konsultasi keluarga
Malaysia (NASOM) ● Program latihan, bengkel, seminar kepada
Pacific Place Commercial Center, Unit penjaga.
B-2-3, B-3-3, Jalan PJU 1A/4, Ara ● Bantuan subsidi geran kepada penjaga yang
Damansara, 47301 Petaling Jaya,
Selangor. berpendapatan rendah.
● Kumpulan sokongan ibu bapa di setiap pusat
intervensi NASOM.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
53
PERSATUAN/ PERTUBUHAN BANTUAN WANG JENIS BANTUAN/SOKONGAN
TUNAI
Autism Initiatives Malaysia (AIM), BANTUAN PROGRAM / FASILITI
K.Lumpur Tiada
● Khidmat kaunseling kepada penjaga individu
Persatuan Keluarga Autisme Tiada autisme.
Universiti Putra Malaysia
(PEKAUPM) ● Khidmat rujukan (service coordinator) bagi
Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia, mendapatkan bantuan yang diperlukan oleh
Seri Kembangan, Selangor. penjaga.
● Menyediakan maklumat dan program bagi
mengenali dan memahami autisme (contoh
Program Terapi Cara Kerja untuk Autisme) kepada
ahli dan masyarakat.
Persatuan Sindrom Down Malaysia Tiada ● Pemberian latihan tertentu untuk menambah baik
(PSDM) dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
JKR 2807 (87), Lingkungan U-Thant, mengajar, mengurus, melatih anak-anak dan
55000 Kuala Lumpur. sebagainya.
Persatuan Sindrom Down Negeri Tiada ● Kumpulan sokongan secara berkala biasanya
Johor Tiada perjumpaan bulanan dibuat dengan ibu bapa
Tiada penjaga OKU.
Jalan Indah 10/8, Taman Bukit Indah,
81200 Johor Bahru, Johor. ● Khidmat nasihat kepada penjaga oleh doktor yang
Limbs For Life Prostheses Centre datang melawat bagi berkaitan hal-hal perubatan.
(Projek kebajikan oleh Persatuan
Buddha Bandar Utama), Selangor ● Menyediakan kursus kemahiran dan aktiviti
advokasi seperti hari keluarga kepada penjaga
No. 3, Jalan BU 3/1, Bandar Utama, OKU.
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Challenges Foundation, Selangor ● Menyediakan sokongan moral, taklimat/motivasi
berbentuk keagamaan (support group).
Bangunan Secita 4A, Jalan SS5D/6,
Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, ● Memberi informasi berkenaan bantuan yang layak
Selangor. diterima oleh penjaga.
Taiwan Buddhist Tzu-Chi ● Menyediakan pengangkutan ke hospital, JKM,
Foundation Malaysia SOCSO dan lain-lain serta penterjemahan bahasa
jika perlu.
KL & Selangor Branch Tiada
KL Tzu-Chi Jing Si Hall, No. 359, Jalan ● Membuat lawatan berkala ke rumah bagi memberi
Kepong, 52000 Kuala Lumpur. sokongan rohani dengan berkongsi pengalaman
keluarga OKU lain dan merapatkan hubungan
dalam kalangan ahli keluarga.
● Menyelaraskan lawatan ahli perubatan (TIMA) ke
rumah untuk memberi informasi berkaitan OKU.
● Melibatkan penjaga dalam aktiviti yang
dikendalikan oleh pertubuhan ini.
Pusat Jagaan Cerdik Istimewa Tiada ● Sokongan kepada penjaga formal: Pemberian
latihan, bengkel, ceramah, perbincangan terbuka
Blok D, Residensi Bistaria, Taman bersama ahli psikologi supaya mereka boleh
Ukay Bistari, 68000 Ampang Jaya, mengurus emosi dan peningkatan kemahiran
Selangor. penjagaan OKU.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
54
PERSATUAN/ PERTUBUHAN BANTUAN WANG JENIS BANTUAN/SOKONGAN
TUNAI
BANTUAN PROGRAM / FASILITI
● Sokongan kepada penjaga tidak formal: Program
kesedaran agar penjaga dapat menerima keadaan
anak-anak mereka secara positif.
Lovely Disabled Home Tiada ● Bantuan kaunseling dan program bual bicara
berkaitan pengurusan emosi, penjagaan OKU dan
No. 1, Jalan SS 2/5, 47300 Petaling peluang pekerjaan OKU.
Jaya, Selangor.
● Aktiviti perjumpaan atau lawatan setahun sekali.
Hatching Education Sdn Bhd Tiada ● Latihan/bengkel kepada penjaga/keluarga OKU.
● Khidmat kaunseling.
Unit A01-1, Plaza Kelana Jaya, Jalan ● Perkhidmatan psikologi.
SS7/13A, Petaling Jaya, 47301 ● Program penjagaan kanak-kanak dari pukul 8.00
Selangor.
pagi hingga 5.30 petang untuk ibu bapa yang
Persatuan Untuk Insan Bermasalah Tiada bekerja.
Intelek /Sekolah Semangat Maju ● Program lawatan luar bersama penjaga OKU dan
OKU sendiri.
Lot 6110, Lorong Tawas 29, Kampung ● Membantu penjaga OKU memohon bantuan
Tawas, 30040 Ipoh, Perak. daripada JKM.
● Kumpulan sokongan ibu bapa melalui PIBG dan
Eden Handicap Service Centre Bhd Tiada seminar.
Tiada
No. CO-9-GF, Kompleks Masyarakat ● Menyediakan khidmat penjagaan sementara bagi
Penyayang, Jalan Utama, 10450 ibu bapa/penjaga yang ingin pergi bercuti.
George Town , P.Pinang.
● Menggalakkan penyertaan ibu bapa/penjaga OKU
Asia Community Service dalam program intervensi awal.
C0-23-UP, Caring Society Complex, ● Memberi latihan kepada ibu bapa/penjaga OKU.
Jalan Utama, 10450 P.Pinang. ● Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
● Menyediakan khidmat penjagaan sementara bagi
St Nicholas Home Tiada
Tiada ibu bapa/penjaga yang ingin berehat.
4, Jalan Bagan Jermal, 10250, Tiada ● Menyediakan bengkel/latihan khas kepada penjaga
P.Pinang.
Sabah Cheshire Home And Services OKU penglihatan (merujuk kepada ibu bapa dan
KM 5, Off Jalan Tuaran, Likas, 88100 pusat jagaan).
Kota Kinabalu, Sabah.
● Pemberian latihan penjagaan khusus untuk penjaga.
Association of Churches in Sarawak ● Pemeriksaan kesihatan menyeluruh secara percuma
2701, Lorong 10, Jalan Stampin, ke atas penjaga.
93350 Kuching, Sarawak.
● Bantuan kepada penjaga dari segi rohani dan emosi.
Nota:
Persatuan/Pertubuhan yang dinyatakan di atas mewakili beberapa NGO mengikut kategori OKU dan badan
keagamaan di negeri-negeri tertentu sahaja
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
55
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
56
3 METODOLOGI KAJIAN
SAMPEL KAJIAN
Responden kajian adalah penjaga OKU berdaftar di Malaysia, iaitu penjaga formal di pusat
jagaan terpilih yang terdiri daripada pengetua/ penyelia/ petugas dan penjaga tidak formal iaitu
mereka yang menjaga OKU di rumah sendiri atau di kediaman OKU yang lazimnya dijaga oleh
ahli keluarga dan saudara mara terdekat.
Kajian ini memberi fokus pada keperluan bantuan/sokongan yang diperlukan oleh komuniti
penjaga yang menjaga tujuh kategori OKU iaitu:
1. OKU pendengaran;
2. OKU penglihatan;
3. OKU pertuturan;
4. OKU fizikal;
5. OKU pembelajaran;
6. OKU mental; dan
7. OKU pelbagai.
3.1.1 Reka Bentuk Pensampelan dan Saiz Sampel
Rangka pensampelan kajian yang berdasarkan informasi yang diperoleh daripada JKM dan
Portal MaNIS bagi tempoh 2010 hingga 2019. Statistik populasi OKU adalah seramai 542,918
orang berdasarkan Portal MaNIS (laman web dikemas kini setakat 20 April 2019).
Reka bentuk pensampelan kuota berstrata telah digunakan, iaitu mengikut pecahan (peratus)
sebenar kategori OKU dan merangkumi 13 negeri dan dua wilayah. Bagi kajian ini, bilangan
responden untuk penjaga tidak formal adalah 2,500 orang dengan tahap keyakinan 95% dan
anggaran ralat margin adalah 2.5% yang mana jumlah tersebut dapat menggambarkan populasi
sebenar (542,918). Bagi penjaga formal, 250 pusat jagaan OKU telah dipilih sebagai sampel
dengan tahap keyakinan 95% dan ralat margin 5%.
Sejumlah 526,555 data OKU berdaftar diterima dan setelah proses penyisihan dilakukan, hanya
7,286 data sebagai rangka pensampelan yang telah digunakan. Data yang digunakan sebagai
rangka pensampelan ini mengandungi maklumat OKU berdaftar yang tidak bekerja dan maklumat
pekerjaan penjaga OKU tidak diketahui.
Merujuk pada hasil proses pengumpulan data, bilangan penjaga tidak formal yang berjaya
dikumpulkan adalah 93% daripada saiz sampel sasaran (2,333 daripada 2,500 responden).
Antara cabaran yang dihadapi semasa proses pengumpulan data adalah seperti berikut:
• Nombor telefon penjaga OKU berdaftar sudah tidak aktif;
• Penjaga OKU berdaftar tidak mahu ditemu bual; dan
• Penjaga OKU berdaftar tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
57
Rajah 3-1 menunjukkan taburan populasi OKU berdaftar mengikut jantina manakala Rajah 3-2
menunjukkan populasi OKU berdaftar mengikut kategori OKU.
Rajah 3-1: Taburan OKU berdaftar mengikut jantina
(Sumber: JKM, 2019)
Rajah 3-2: Populasi OKU berdaftar mengikut kategori OKU
(Sumber: JKM, 2019)
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
58
Jadual 3-1: Taburan OKU dan pusat jagaan berdaftar mengikut negeri (2010 -2019)
OKU BERDAFTAR PUSAT JAGAAN BERDAFTAR
PERSEN-
NEGERI Lelaki Perempuan JUMLAH JUMLAH
TSH PDK NGO SWASTA
DIRIAN 93
54
Johor 41,129 21,561 62,690 2 73 8 11 - 47
17,110 48,311 1 42 12 1 - 26
Kedah 31,201 14,036 39,445 - 45 - - 3 52
8,470 25,128 - 18 5 - 4 59
Kelantan 25,409 8,687 24,849 1 44 6 - 5 50
11,437 32,539 - 52 8 - - 44
Melaka 16,658 11,466 32,735 - 25 9 - 1 8
17,379 49,833 - 41 3 - - 99
N.Sembilan 16,162 2,383 6,907 - 9 - - - 49
30,319 86,682 2 56 23 19 3 36
Pahang 21,102 9,057 26,277 1 47 2 - - 58
11,839 34,382 - 37 - - - 21
P.Pinang 21,269 13,019 35,630 - 55 7 - 2 3
12,704 35,923 - 14 11 - -
Perak 32,454 1,587 - 2 1 - - 711
524
Perlis 4,524 542,918 7 560 95 31 18
189,991
Selangor 56,363
Terengganu 17,220
Sabah 22,543
Sarawak 22,611
WP K.Lumpur 23,219
WP Labuan 1,063
Jumlah 352,927
keseluruhan
(Sumber: JKM, 2019)
Kajian ini menyasarkan 250 pusat jagaan OKU (36% daripada 701 pusat jagaan OKU berdaftar);
iaitu TSH (7), pusat PDK (193), pusat jagaan kelolaan NGO (33), pusat jagaan swasta (11), dan
pusat jagaan persendirian (6). Pusat jagaan OKU terbahagi kepada dua kategori iaitu pusat
jagaan harian dan pusat jagaan berkediaman (tinggal di pusat jagaan). Takrifan kategori pusat
jagaan mengikut Akta Pusat Jagaan 1993 adalah seperti berikut.
i. Pusat Jagaan Harian: Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih diterima
untuk jagaan selama suatu tempoh berterusan yang melebihi tiga jam sehari antara
matahari terbit hingga matahari terbenam, dan selama sekurang-kurangnya tiga hari
seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang
dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara
kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di
premis itu.
ii. Pusat Jagaan Berkediaman: Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih
diterima untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada untuk upah atau
selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar,
seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam
menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu.
Takrif “saudara” bagi konteks di atas adalah penjaga di sisi undang-undang bagi orang
yang berkenaan, atau seseorang yang, sama ada melalui pertalian darah, persemendaan
atau pengangkatan di sisi undang-undang adalah menjadi penjaga kepada orang yang
berkenaan seperti bapa, ibu, anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara,
ibu saudara, atau anak saudara.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
59
3.1.2 Taburan Sampel Penjaga Tidak Formal Mengikut Negeri dan Kategori OKU
Jadual 3-2 menunjukkan taburan responden penjaga tidak formal di setiap negeri mengikut
kategori OKU. Penjaga OKU bagi kategori fizikal dan pembelajaran mewakili 64.6%, iaitu 26.3%
daripada kategori fizikal dan 38.3% daripada kategori OKU pembelajaran. Bilangan penjaga OKU
paling ramai ditemu bual adalah dari Selangor (25.2%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(12.3%) dan Johor (9.9%).
Jadual 3-2: Taburan sampel penjaga tidak formal mengikut kategori OKU dan negeri
KATEGORI OKU
NEGERI Fizikal JUMLAH
Pembelajaran SEBENAR
SAMPEL
Mental
Pendengaran
Penglihatan
Pertuturan
Pelbagai
Johor 60 110 12 15 18 2 13 230 (9.9%)
Kedah 49 20 7 5 10 7 4 102 (4.4%)
Kelantan 41 56 14 12 7 7 5 142 (6.1%)
Melaka 17 26 14 5 12 6 4 84 (3.6%)
Negeri Sembilan 64 99 8 5 16 5 15 212 (9.1%)
Pahang 10 44 14 5 8 5 5 91 (3.9%)
Perak 15 27 12 5 10 4 4 77 (3.3%)
Perlis 10 12 14 5 8 2 4 55 (2.4%)
Pulau Pinang 17 9 10 5 14 5 3 63 (2.7%)
Sabah 16 12 12 9 8 2 10 69 (3.0%)
Sarawak 10 30 5 6 8 2 5 66 (2.8%)
Selangor 125 254 31 95 46 7 30 588 (25.2%)
Terengganu 56 65 11 16 22 5 11 186 (8.0%)
WP Kuala Lumpur 111 103 11 28 11 6 18 288 (12.3%)
WP Labuan 6 9 4 4 4 2 4 33 (1.4%)
WP Putrajaya 6 18 5 3 6 5 4 47 (2.0%)
Jumlah keseluruhan 613 894 184 223 208 72 139 100%
(26.3%) (38.3%) (7.9%) (9.6%) (8.9%) (3.1%) (6.0%) (2,333)
Bilangan OKU yang dijaga oleh penjaga tidak formal adalah seperti berikut:
● 86.7% (2,023 responden) menjaga seorang OKU;
● 11.1% (259 responden) menjaga dua orang OKU; dan
● 2.2% (51 responden) menjaga tiga OKU atau lebih.
*Perincian bilangan OKU yang dijaga boleh dirujuk pada Lampiran 6.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
60
3.1.3 Taburan Penjaga Formal mengikut Kategori Pusat Jagaan
Kajian ini telah berjaya mengumpul data daripada 213 pusat jagaan OKU berdaftar yang meliputi
162 pusat PDK, 27 pusat jagaan NGO, 13 pusat jagaan swasta, empat pusat jagaan persendirian
dan tujuh TSH.
Taburan pusat jagaan OKU terlibat mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3-3. Didapati 21%
(45) pusat jagaan OKU tersebut telah beroperasi antara enam hingga 10 tahun, manakala 22%
(46) pusat jagaan OKU telah beroperasi lebih daripada 25 tahun.
Jadual 3-3: Taburan sampel penjaga formal/pusat jagaan OKU mengikut negeri
KATEGORI PUSAT JAGAAN OKU JUMLAH
NEGERI SEBENAR
PERSENDIRIAN SAMPEL
TSH PDK NGO SWASTA
Johor 2 11 3 0 0 16 (7.5%)
Kedah 1 26 3 0 0 30 (14.1%)
Kelantan 0 13 0 0 1 14 (6.6%)
Melaka 0 1 3 0 0 4 (1.9%)
Negeri Sembilan 1 33 0 0 3 37 (17.4%)
Pahang 0 13 0 0 0 13 (6.1%)
Perak 0 19 0 0 0 19 (8.9%)
Perlis 0 4 0 0 0 4 (1.9%)
Pulau Pinang 0 6 1 0 0 7 (3.3%)
Sabah 0 2 0 0 0 2 (0.9%)
Sarawak 0 9 1 0 0 10 (4.7%)
Selangor 2 11 12 11 0 36 (16.9%)
Terengganu 1 14 0 0 0 15 (7.0%)
WP Kuala Lumpur 0 0 4 2 0 6 (2.8%)
7 162 27 13 4 213
Jumlah keseluruhan (3.3%) (76.1%) (12.7%) (6.1%) (1.9%) (100%)
Berdasarkan 213 pusat jagaan OKU yang dikenal pasti, terdapat 11% (24) yang hanya fokus
pada penjagaan satu kategori OKU sahaja yang mana 16 pusat hanya menjaga/melatih OKU
pembelajaran, lima pusat lagi fokus pada OKU pelbagai, dua pusat fokus pada OKU penglihatan
dan hanya satu pusat jagaan OKU mengambil pelatih OKU fizikal sahaja. Jika dilihat pada 24
pusat jagaan OKU khas tersebut, 15 pusat adalah pusat jagaan NGO, tujuh pusat jagaan swasta
dan dua pusat jagaan persendirian.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
61
KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT
Beberapa kaedah pengumpulan data yang telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan
maklumat terbaik daripada penjaga OKU adalah seperti berikut:
a) Temu Bual Berdepan (Face-to-face Interview)
Pengumpulan data secara temu bual bersemuka telah dijalankan di tempat kediaman penjaga
OKU dan pusat-pusat jagaan OKU di kawasan Lembah Klang, Perak, Negeri Sembilan dan
Melaka. Cabaran dihadapi ketika pengumpulan data menerusi teknik ini adalah kekangan
masa bagi pencarian lokasi responden disebabkan lokasi kediaman yang bertabur secara
rawak.
b) Temu Bual melalui Telefon (Telephone Interview)
Kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan maklum balas daripada penjaga OKU yang
berada di wilayah utara (Perlis, Kedah, P.Pinang), wilayah timur (Kelantan, Terengganu,
Pahang), wilayah selatan (Johor), Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
c) Perbincangan Kumpulan Fokus (Focus Group Discussions, FGDs)
Sesi perbincangan ini telah melibatkan pihak berkepentingan pada peringkat kementerian/
jabatan, pihak swasta, wakil kerajaan negeri, NGO dan komuniti.
Sejumlah enam sesi FGD telah dilaksanakan mengikut enam zon yang melibatkan semua negeri.
Berikut adalah antara perwakilan peserta tersebut (rujuk Lampiran 4 untuk senarai penuh):
1. Kementerian/ Jabatan/ Agensi
• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
• Jabatan Kebajikan Masyarakat
• Jabatan Pembangunan Wanita
• Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
• Kementerian Sumber Manusia
• Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
• Kementerian Kesihatan Malaysia
• Kementerian Pendidikan Malaysia
• Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
• Jabatan Perkhidmatan Awam
• Majlis Kebangsaan bagi OKU (MBOKU)
2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Dan Keluarga
• Majlis Perbandaran Muar, Johor (MPM)
• Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang (MPK)
• Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
• Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah (JKM- Sabah)
• Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUP Sabah)
• Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
62
• Kementerian Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Kanak-kanak, Sarawak (KWKPK-Sarawak)
• Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUP Sarawak)
3. NGO, Pihak Swasta dan Persendirian
• Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)
• Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia (MCD)
• Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB)
• Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
• Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI)
• Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (MASAA)
• Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM)
• Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)
• Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)
• Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA)
• Majlis Pemulihan Malaysia (MCR)
• Dual Blessing Bhd
Rajah 3-3: Gambar-gambar semasa sesi pelaksanaan FGD
d) Lawatan Penandaarasan
Lawatan penandaarasan yang merupakan sebahagian daripada skop kajian ini telah
dilaksanakan pada 16 hingga 20 September 2019 di New Zealand. Tujuannya adalah untuk
membuat perbandingan amalan terbaik bagi pelaksanaan sistem sokongan yang berkesan
untuk penjaga OKU di peringkat antarabangsa. Justifikasi mengapa negara ini menjadi
pilihan bagi tujuan perbandingan dan rujukan adalah seperti berikut:
1. Maklumat hasil penyelidikan sekunder menunjukkan New Zealand adalah antara
negara yang paling banyak menyediakan kemudahan khusus untuk penjaga OKU.
Antara bantuan/sokongan yang disediakan adalah seperti berikut:
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
63
i. Elaun penjaga OKU;
ii. Elaun OKU;
iii. Kredit cukai;
iv. Waktu kerja fleksibel;
v. Latihan dan pendidikan;
vi. Perkhidmatan jagaan sementara (respite care services); dan
vii. Kaunseling.
2. New Zealand adalah antara negara yang membangunkan Model Sistem Sokongan
bagi Penjaga OKU.
3. Kerajaan New Zealand bersama-sama 45 badan NGO berjaya membangunkan satu
model sistem sokongan dalam membantu penjaga OKU di New Zealand.
4. Terdapat Dokumen Pelan Tindakan setiap lima tahun khusus yang telah dilancarkan
oleh kerajaan New Zealand pada tahun 2008 yang meliputi rangka kerja (framework)
yang strategik untuk penjaga OKU.
5. Pada tahun 2011, New Zealand merupakan antara negara paling banyak menyediakan
kemudahan/manfaat kepada penjaga OKU (OECD, 2011).
6. Menurut Carers Alliance (2013), New Zealand adalah masyarakat yang mengiktiraf dan
menghargai keluarga dan lain-lain penjaga tidak formal. Penjaga mempunyai pilihan
dan peluang untuk melibatkan diri ke tahap yang mereka mahu dalam bidang
pekerjaan, pendidikan dan lain-lain aktiviti sosial. Hak penjaga OKU diambil kira dalam
proses membuat keputusan yang melibatkan mereka.
Hasil penyelidikan sekunder mendapati Filipina memberikan lebih fokus hanya pada kebajikan
penjaga formal (paid carers) iaitu perkhidmatan sosial khususnya pembantu di rumah. Oleh itu,
pihak perunding berpendapat Filipina kurang sesuai untuk kajian ini kerana keutamaan perlu
diberikan kepada kajian tentang penjaga tidak formal khususnya di Malaysia. Selain itu, kajian
juga mendapati negara-negara di Eropah seperti Perancis, Belanda dan Belgium adalah antara
negara-negara yang teratas dalam memberi perhatian dalam menjaga kebajikan penjaga OKU.
Namun atas faktor bahasa pengantara, berkemungkinan maklumat-maklumat yang akan
disampaikan sukar difahami dan diperoleh untuk kajian ini.
Antara kementerian dan agensi yang di lawati dalam kajian di New Zealand adalah seperti berikut:
• Ministry of Social Development (MSD) - Office for Disability Issues
• Ministry of Health (MOH NZ) - Disability Support Services
• Disabled People’s Organisations (DPOS)-Carer Matters
• SAMS (Standard & Monitoring Services)
• Research Department of Disability
o Victoria University of Wellington (Faculty of Health)
• Disability Services & Support Organisations
o Disabled Persons Assembly (DPA) NZ
o Aspire Canterbury (Disabled Persons Centre Trust)
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
64
e) Pengumpulan data sekunder
Penyelidikan sekunder melalui desktop research di internet yang menggunakan jurnal-jurnal
penyelidikan dalam dan luar negara telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan
sistem sokongan penjaga OKU bagi tujuan penandaarasan. Hasil penyelidikan sekunder ini
telah digunakan bagi cadangan proses pembangunan pelan tindakan dan mekanisme
sokongan yang komprehensif bagi penjaga OKU yang melibatkan pelbagai agensi pelaksana
di Malaysia.
Rajah 3-4: Carta aliran proses kajian
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
65
BORANG SOAL SELIDIK
Borang soal selidik berbentuk terbuka (kualitatif) dan tertutup (pilihan jawapan) direka mengikut
objektif kajian dan indikator-indikator pengukuran yang telah dikenal pasti. Sebanyak tiga set
borang soal selidik telah dibangunkan mengikut tiga kumpulan responden:
• Set 1: Borang soal selidik untuk penjaga OKU tidak formal di rumah
• Set 2: Borang soal selidik untuk penjaga OKU di pusat jagaan
• Set 3: Borang untuk peserta perbincangan kumpulan fokus
SET 1: Soal selidik penjaga tidak formal mengandungi elemen konstruk berikut.
A. TANGGUNGJAWAB PENJAGAAN OKU (CAREGIVING RESPONSIBILITIES)
● Bilangan orang OKU yang dijaga dan hubungan dengan OKU
● Umur dan jantina OKU
● Kategori ketidakupayaan dan tahap ketidakupayaan OKU
● Tempoh menjaga orang OKU
● Bantuan/sokongan yang diperolehi untuk menjaga OKU
B. BANTUAN/SOKONGAN YANG DIPEROLEH (RESOURCE UTILISATION)
● Jenis-jenis bantuan/sokongan yang diterima
● Masalah yang dihadapi dalam mendapatkan bantuan/sokongan
C. PENILAIAN KEPERLUAN BANTUAN/SOKONGAN
● Tahap keperluan bantuan/sokongan yang dikehendaki dalam aspek:
- kewangan, kemudahan / bukan kewangan, sosial, kesihatan (fizikal dan mental),
maklumat dan nasihat
● Penglibatan penjaga OKU dalam persatuan/pertubuhan berkaitan OKU dijaga
● Lain-lain bantuan/sokongan yang diperlukan
D. KESEJAHTERAAN UMUM PENJAGA (GENERAL WELL-BEING)
● Tahap hubungan sosial (termasuk bersama ahli keluarga, rakan dan komuniti
setempat) dalam menjaga orang OKU
● Tahap kesihatan fizikal dan emosi
● Masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus orang OKU
● Faktor-faktor lain yang mempengaruhi keadaan penjaga
- Status kesihatan/penyakit yang dihidapi
- Isu kekeluargaan
- Penjagaan sementara
-
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
66
E. MAKLUMAT DEMOGRAFI IBU BAPA / PENJAGA DAN AHLI KELUARGA
● Umur, bangsa, pendapatan isi rumah, tahap pendidikan, pekerjaan
SET 2: Soal selidik penjaga formal mengandungi elemen konstruk berikut:
A. MAKLUMAT AM PUSAT JAGAAN DAN PEROLEHAN SUMBER
● Tahun pusat jagaan ditubuhkan
● Bilangan penghuni di pusat jagaan
● Bilangan penghuni yang tidak berdaftar dengan JKM
● Jenis bantuan/sokongan yang diperolehi daripada JKM dan lain-lain sumber
● Tahap kecukupan bantuan/sokongan yang diterima
● Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mendapatkan bantuan tambahan dan
mengurus pusat jagaan
B. KEPERLUAN BANTUAN/SOKONGAN (NEEDS OF CARE CENTRES)
● Tahap keperluan bantuan/sokongan yang dikehendaki dalam aspek:
- kewangan dan bukan kewangan seperti kemudahan/fasiliti, sosial, kesihatan (fizikal
dan mental), khidmat nasihat dan lain-lain bantuan/sokongan diperlukan
● Nisbah penjaga dan pelatih OKU
● Keadaan semasa pengurusan operasi dan kewangan pusat
● Harapan/cadangan bagi membantu pengoperasian pusat jagaan OKU pada masa
hadapan
C. MAKLUMAT DEMOGRAFI RESPONDEN
● Umur, bangsa, tahap pendidikan, status pekerjaan, tempoh pengalaman bekerja di
pusat jagaan OKU
D. PRESTASI PERKHIDMATAN PUSAT JAGAAN (CARE CENTRES PERFORMANCE
STANDARDS)
● Tahap penyediaan perkhidmatan dan kemudahan pusat penjagaan dari aspek
keterangan maklumat perkhidmatan, keselamatan, persekitaran, penyimpanan fail
peribadi OKU dan lain-lain.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
67
SET 3: Soalan bagi sesi FGD mengandungi elemen konstruk berikut:
• Bentuk bantuan/sokongan yang disediakan untuk OKU, tahap kelayakan
penerimaan bantuan dan tempoh bantuan disalurkan kepada OKU.
• Bantuan/sokongan yang disediakan khusus untuk penjaga OKU.
• Kaedah yang digunakan untuk menghebahkan maklumat tentang bantuan/sokongan
yang disediakan untuk OKU dan penjaga OKU.
• Masalah atau faktor-faktor yang menghalang pihak jabatan/organisasi/komuniti
untuk menyalurkan bantuan/sokongan kepada penjaga OKU.
• Bantuan/program-program yang boleh dilaksana di peringkat jabatan/organisasi/
komuniti untuk membantu penjaga OKU.
• Harapan dan cadangan bagi menambah baik sistem sokongan kepada penjaga
OKU.
* Borang-borang soal selidik yang digunakan boleh dirujuk pada Lampiran 1 hingga Lampiran 3.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
68
KAJIAN RINTIS
Kajian rintis telah dijalankan pada 15 hingga 31 Julai 2019 bagi tujuan memastikan instrumen
kajian mencapai kebolehpercayaan (reliability) dan kesahan (validity) yang tinggi melalui nilai
Cronbach Alpha. Kajian rintis ini dijalankan di Shah Alam, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kajian
rintis telah menggunakan 10% daripada keseluruhan 2,500 penjaga OKU, iaitu 250 penjaga tidak
formal dan 26 pusat jagaan OKU. Proses temu bual bagi setiap responden telah mengambil masa
selama lebih kurang 25 hingga 35 minit dan tempoh temu bual menjadi lebih panjang sekiranya
OKU yang dijaga meminta perhatian daripada penjaga, dan penjaga meluah rasa dengan lebih
terperinci tentang kesusahan yang dialami semasa menjaga OKU.
Rajah 3-5: Taburan sampel penjaga tidak formal bagi kajian rintis
Hasil analisis kajian rintis mendapati struktur soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada
responden adalah mudah difahami dan responden dapat menjawab dengan bantuan oleh pihak
penyelidik. Cronbach Alpha juga digunakan untuk mengukur soalan pelbagai dan latent variable
seperti perasaan stres dan keterbukaan dalam penjagaan OKU. Nilai Cronbach Alpha bagi set
soalan dalam soal selidik yang boleh dipercayai kesahan dan kebolehpercayaan pengukuran
terhadap persepsi penjaga tentang bantuan penjagaan disenaraikan dalam jadual seperti berikut:
Keperluan Bantuan Nilai Cronbach Alpha
Sokongan Sosial (Q8, Q10, Q11) 0.79
Sokongan Kewangan (Q12, Q13, Q14) 0.81
Sokongan Kesihatan (Q18, Q19, Q20) 0.83
Sokongan Maklumat (Q22 Q23) 0.79
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
69
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
70
4 HASIL DAN ANALISIS KAJIAN
PROFIL PENJAGA TIDAK FORMAL
Seiring dengan pecahan populasi kebangsaan, majoriti penjaga OKU berdaftar adalah
berbangsa Melayu (75%) dan kebanyakan mereka berusia antara 36 hingga 45 tahun (34%);
hanya 3% tergolong dalam kategori umur 18 hingga 25 tahun. Penjaga berkelayakan
STPM/SPM adalah kumpulan yang memiliki kelayakan akademik tertinggi dalam kajian ini, iaitu
sebanyak 49% daripada keseluruhan penjaga. Bagi kategori pekerjaan, sebanyak 67% penjaga
adalah golongan yang bekerja.
Berdasarkan profil demografi kajian ini, kadar penglibatan penjaga OKU muda yang berumur
antara 18 hingga 25 tahun di Malaysia masih rendah. Penglibatan penjaga yang bekerja dalam
skop penjagaan OKU adalah lebih ramai berbanding penjaga yang tidak bekerja (termasuk
pesara). Namun begitu, keutamaan keperluan sewajarnya perlu lebih ditumpukan kepada
penjaga yang tidak bekerja di samping tidak mengabaikan mereka yang bekerja.
Rajah info grafik di bawah mewakili data-data yang dibincangkan ini secara lebih terperinci.
Rajah 4-1: Carta maklumat demografi penjaga tidak formal
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
71
Rajah 4-2: Taburan bangsa penjaga OKU mengikut kategori OKU
Rajah 4-2 di atas menunjukkan dominasi bangsa penjaga OKU dalam semua kategori adalah
bangsa Melayu dan taburan kategori OKU mengikut bangsa didapati tidak jauh berbeza.
Keadaan ini jelas menunjukkan bilangan penjaga berbangsa selain Melayu yang berdaftar masih
rendah.
4.1.1 Profil OKU yang Dijaga
Majoriti OKU berdaftar dalam kajian ini adalah lelaki (69%) dan berumur lima hingga 14 tahun
dengan tahap ketidakupayaan yang berbeza-beza. Kebanyakan penjaga menguruskan OKU
yang memerlukan bantuan penjaga sepenuhnya.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
72
Rajah 4-3: Maklumat profil OKU yang dijaga oleh penjaga tidak formal
* Perincian bagi tahap ketidakupayaan OKU mengikut kumpulan umur penjaga OKU bol
Kajian Sistem Sokongan Kepada Pen
7
leh dirujuk pada Lampiran 6.
njaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
73
4.1.2 Pengkelasan Penjagaan OKU
Tahap penjagaan bergantung sepenuhnya pada tahap ketidakupayaan OKU yang dijaga sama
ada penjaga perlu meluangkan masa dan tenaga untuk menjaga sepenuh masa atau memberi
penjagaan separa. Penjagaan separa merujuk pada tindakan menghantar OKU ke sekolah/pusat
jagaan atau menggaji pembantu rumah untuk menjaga mereka.
Hasil kajian menunjukkan terdapat 1,378 (59%) daripada keseluruhan 2,333 penjaga yang
ditemui memberi penjagaan sepenuh masa di rumah. Penjagaan sepenuh masa ini dilakukan
oleh mereka yang tidak bekerja atau ahli keluarga terdekat. Sejumlah 179 (8%) penjaga dibantu
oleh pembantu rumah dan 776 (33%) menghantar OKU ke pusat jagaan atau sekolah pendidikan
khas.
33%
Rajah 4-4: Pengkelasan bentuk penjagaan mengikut kategori OKU
Rajah 4-4 di atas menerangkan pengkelasan bentuk penjagaan mengikut kategori OKU dengan
lebih lanjut. Hasil kajian menunjukkan 495 penjaga OKU fizikal menjaga mereka sepenuh masa
di rumah manakala 509 penjaga OKU pembelajaran menghantar OKU tersebut ke pusat jagaan
atau sekolah pendidikan khas. Oleh itu, keutamaan bantuan dan sokongan kepada kumpulan
penjaga yang tidak bekerja dan menjaga OKU sepenuh masa perlu diberi perhatian.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
74
4.1.3 Hubungan Penjaga dengan OKU
Hasil kajian mendapati majoriti OKU dijaga merupakan anak penjaga, iaitu mewakili 89.2%
sampel kajian. Berdasarkan peratusan tersebut, 753 penjaga mempunyai pengalaman kurang
daripada tiga tahun dalam penjagaan OKU. Kumpulan ini wajar dibantu melalui pendedahan
latihan penjagaan dan pemberian maklumat dalam mendapatkan bantuan yang diperlukan
kerana mereka adalah penjaga yang kurang berpengalaman dalam penjagaan, dan tidak begitu
arif mengenai maklumat saluran bantuan yang disediakan untuk penjaga.
Jadual 4-1: Tempoh penjagaan dan hubungan penjaga dengan OKU
HUBUNGAN PENJAGA DENGAN OKU
TEMPOH PENJAGAAN OKU ANAK IBU/BAPA ADIK- SUAMI LAIN-LAIN JUMLAH
BERADIK /ISTERI
556 (23.8%)
Sejak Kelahiran OKU 534 16 3 1 2 832 (35.7%)
279 (12.0%)
Kurang 3 tahun 753 9 6 56 8 322 (13.8%)
344 (14.7%)
3 tahun hingga 5 tahun 250 0 4 23 2
2333
5 tahun hingga 10 tahun 282 4 2 27 7 (100%)
Lebih 10 tahun 261 5 18 49 11
JUMLAH 2080 34 33 156 30
(89.2%) (1.5%) (1.4%) (6.7%) (1.3%)
Nota: Lain-lain dimaksudkan seperti nenek/datuk, ibu/bapa saudara, cucu dan saudara ipar
4.1.4 Jenis Pekerjaan dan Pendapatan Penjaga
Jadual 4-2 menunjukkan pekerja swasta adalah majoriti penjaga yang terlibat dalam kajian ini,
iaitu seramai 736 orang. Mengikut kategori pendapatan pula, penjaga yang berpendapatan
kurang daripada RM 1,500 sebulan adalah kumpulan yang tertinggi, iaitu seramai 1,056 orang.
Bagi penjaga yang bekerja sendiri pula, didapati 62.6% daripada mereka memperoleh
pendapatan kurang daripada RM 1,500 sebulan. Keadaan ini begitu membimbangkan kerana
penjaga dalam kategori ini tidak mempunyai pendapatan yang kukuh dan tidak mempunyai
perlindungan kerjaya atau manfaat-manfaat lain yang mungkin disediakan oleh majikan mereka
yang bekerja dalam sektor awam atau swasta.
Jadual 4-2: Kumpulan pendapatan mengikut jenis pekerjaan
KUMPULAN JENIS PEKERJAAN
PENDAPATAN
KERAJAAN SWASTA BEKERJA PESARA TIDAK JUMLAH
SENDIRI BEKERJA
1056 (45.7%)
RM 1,500 ke bawah 46 236 255 85 434 619 (26.5%)
RM 1,501-RM 3,000 130 247 93 34 115 294 (12.6%)
169 (7.2%)
RM 3,001-RM 4,500 89 125 19 20 41 70 (3.0%)
RM 4,501-RM 6,000 20 47 (2.0%)
RM 6,001-RM 7,500 71 60 15 3 9 78 (3.0%)
RM 7,500-RM 9,000 31 20 10 0 5
Lebih RM 9,000 7 2333
21 15 6 0 631 (100%)
JUMLAH (27.0%)
28 33 9 1
416 736 407 143
(17.8%) (31.5%) (17.4%) (6.1%)
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
75
Hasil temu bual mendapati penjaga tidak formal turut menerima pendapatan lain seperti bantuan
JKM (442 maklum balas), pusat/agensi zakat (42 maklum balas), kerajaan negeri (39 maklum
balas), pihak swasta/NGO (22 maklum balas), PERKESO (35 maklum balas) dan ahli keluarga
atau saudara-mara (82 maklum balas). Jumlah maklum balas yang sedikit ini secara tidak
langsung menunjukkan tahap kesedaran komuniti untuk membantu penjaga OKU dalam bentuk
kewangan masih pada tahap rendah.
Rajah 4-5: Sumber pendapatan lain yang diterima oleh penjaga tidak formal
Berdasarkan Rajah 4-5 di atas, taburan penerimaan pendapatan lain oleh penjaga yang bekerja
dan tidak bekerja tidak banyak berbeza. Bagi penjaga yang tidak bekerja kerana menjaga OKU
di rumah, mereka terpaksa bergantung sepenuhnya pada bantuan daripada anak-anak lain dan
saudara mara untuk menyara kehidupan.
Hanya sebahagian kecil penjaga iaitu 42 orang (13 orang daripadanya adalah peribumi Sabah
dan Sarawak) menerima bantuan daripada pusat/agensi zakat. Jenis bantuan yang diterima
adalah berbentuk wang tunai secara bulanan, bayaran yuran persekolahan dan bayaran sewa
rumah.
*Perincian bagi sumber pendapatan lain yang diterima oleh penjaga tidak formal boleh dirujuk pada Lampiran 6.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
76
PROFIL PENJAGA FORMAL
Majoriti pusat jagaan (38%) yang terlibat dalam kajian ini didapati telah beroperasi lebih daripada
20 tahun. Kajian juga merekodkan bilangan pusat jagaan yang mempunyai penghuni/pelatih
OKU antara 21 hingga 40 orang mewakili 43% daripada keseluruhan pusat jagaan yang telah
dilawati. Berdasarkan 213 pusat jagaan yang terlibat, didapati 53% menjaga/melatih antara dua
hingga empat kategori OKU.
Rajah info grafik di bawah menunjukkan maklumat penjaga formal dengan lebih terperinci.
Rajah 4-6: Carta maklumat penjaga formal/pusat jagaan OKU
4.2.1 Nisbah Penghuni/Pelatih dengan Petugas
Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya 73% pusat jagaan OKU telah mengikut syarat
yang ditetapkan oleh pihak JKM bagi penjagaan OKU yang mana seorang petugas dibenarkan
untuk menjaga satu hingga lima orang penghuni/pelatih. Hasil analisis mendalam mendapati 79%
pusat PDK terlibat dalam kajian ini telah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh JKM.
Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir pusat jagaan OKU yang tidak dapat memenuhi
piawaian yang ditetapkan disebabkan kekurangan petugas seperti yang digambarkan dalam
Rajah 4-7. Strategi rangsangan untuk menambah bilangan petugas perlu diteliti memandangkan
saban tahun jumlah OKU juga kian bertambah.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
77
Rajah 4-7: Nisbah seorang petugas dengan bilangan OKU
Penjagaan OKU di pusat jagaan turut dibantu oleh petugas tambahan atau sukarelawan. Dapatan
kajian menunjukkan 116 pusat jagaan yang dikunjungi mendapat sokongan daripada ahli
keluarga OKU atau masyarakat setempat bagi membantu menjaga penghuni/pelatih di pusat
jagaan tersebut.
Rajah 4-8: Bilangan pusat jagaan OKU yang mempunyai petugas tambahan/sukarelawan
Secara keseluruhannya, terdapat 47 buah pusat daripada 116 pusat jagaan yang mempunyai
maksimum lima orang petugas tambahan atau sukarelawan manakala 34 pusat jagaan
menyatakan mereka mempunyai lebih daripada 10 orang petugas sukarelawan. Jumlah ini
diperincikan seperti Rajah 4-8 di atas.
* Perincian nisbah petugas pusat jagaan mengikut kategori jumlah OKU boleh dirujuk pada Lampiran 8.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
78
4.2.2 Taburan Bilangan Penghuni/Pelatih di Pusat Jagaan OKU
Rajah 4-9 menunjukkan taburan bilangan penghuni/pelatih mengikut kategori pusat jagaan OKU.
Analisis mengikut kategori pusat jagaan mendapati majoriti bilangan penghuni/pelatih bagi pusat-
pusat jagaan OKU yang dikaji adalah seramai 21 hingga 40 orang.
Rajah 4-9: Taburan bilangan penghuni/pelatih mengikut kategori pusat jagaan OKU
Hasil kajian juga menunjukkan terdapat 18 pusat jagaan OKU mempunyai pelatih/penghuni yang
tidak berdaftar dengan JKM. Jumlah kesemua pelatih/penghuni tidak berdaftar bagi 18 pusat
tersebut adalah seramai 122 orang.
Antara sebab yang pelatih/penghuni OKU tidak berdaftar adalah:
● Ibu bapa/penjaga OKU tiada kesedaran untuk mendaftarkan OKU dengan JKM; dan
● Tiada dokumen pengenalan diri/bukan warganegara Malaysia.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
79
4.2.3 Kategori OKU di Pusat Jagaan OKU
Rajah 4-10 menunjukkan pusat jagaan OKU yang menyediakan penjagaan khusus untuk satu
kategori OKU sahaja terdiri daripada pusat jagaan NGO, swasta dan persendirian. Berdasarkan
162 pusat PDK dalam kajian ini, didapati 72 pusat menjaga lebih daripada empat kategori OKU
pada masa yang sama.
Rajah 4-10: Perincian bilangan kategori OKU dijaga mengikut pusat jagaan OKU
4.2.4 Sumber Kewangan Pusat Jagaan OKU
Hasil analisis mendapati terdapat tiga sumber kewangan bagi pusat jagaan OKU, iaitu menerusi
bantuan geran JKM, yuran bulanan ke atas penghuni/pelatih dan sumbangan daripada pihak luar.
Seperti yang dinyatakan pada peringkat awal analisis, 92% pusat jagaan OKU yang terlibat dalam
kajian ini telah menerima bantuan daripada JKM. Bagi pusat jagaan OKU yang tidak menerima
bantuan JKM, ini disebabkan pihak pengurusan tidak pernah membuat permohonan bantuan dan
permohonan mengambil tempoh masa yang lama untuk kelulusan. Namun begitu, terdapat
58.7% (125 buah) menyatakan mereka pernah menerima sumbangan kewangan pihak luar, iaitu
sama ada daripada individu, syarikat swasta atau ahli politik.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
80
Rajah 4-11: Sumber kewangan pusat jagaan OKU
Berdasarkan Rajah 4-11 di atas, didapati juga pusat jagaan OKU kelolaan swasta dan
persendirian yang tidak menerima bantuan atau sumbangan kewangan daripada pihak luar. Ini
menunjukkan penglibatan pihak swasta dan komuniti untuk membantu pusat-pusat jagaan OKU
masih kurang atau kewujudan pusat jagaan tersebut tidak mendapat perhatian sewajarnya. Oleh
yang demikian, penglibatan sektor korporat harus digalakkan oleh kerajaan melalui pemberian
insentif yang menarik seperti pemotongan cukai komersial bagi mana-mana syarikat yang
membiayai operasi pusat jagaan khasnya kelolaan NGO, persendirian dan swasta.
Seterusnya, hasil temu bual mendapati 59% (126) pusat jagaan OKU mengenakan bayaran ke
atas penghuni/pelatih yang mendapatkan khidmat latihan/pemulihan di pusat jagaan terbabit.
Kadar bayaran yang dikenakan oleh pusat jagaan OKU kepada penghuni/pelatih diringkaskan
seperti yang berikut:
● Pusat PDK : Maksimum RM30 sebulan
● Pusat jagaan swasta: RM 1,000 hingga RM 1,500 sebulan
● Pusat jagaan NGO: RM 50 hingga RM 500 sebulan
● Pusat jagaan persendirian: RM 250 hingga RM 1,100 sebulan
Bayaran yuran adalah penting dalam memastikan kesinambungan operasi sesuatu pusat jagaan.
Berdasarkan kajian, majoriti pusat jagaan termasuk pusat PDK yang berada di bawah
tanggungjawab JKM mengenakan yuran ke atas penghuni/pelatih. Ini disebabkan bantuan geran
yang diterima tidak mencukupi.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
81
Penerimaan Bantuan Bukan Kewangan
Bentuk bantuan bukan kewangan yang telah diterima oleh pusat jagaan OKU secara
keseluruhannya adalah dari segi pemberian makanan atau keperluan harian, pemberian
peralatan pejabat seperti komputer, pemberian pakaian khususnya di musim perayaan dan
pemberian peralatan bagi membaik pulih pusat jagaan. Selain itu, 78.3% (166) menyatakan telah
menerima sokongan sosial berbentuk program untuk OKU, sesi kaunseling untuk petugas,
pemeriksaan kesihatan dan aktiviti CSR seperti membersihkan kawasan persekitaran pusat
jagaan.
*Senarai nama penyumbang kepada pusat jagaan OKU boleh dirujuk pada Lampiran 8.
Berikut adalah antara gambar-gambar pusat jagaan OKU yang terlibat dalam kajian ini.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
82
ANALISIS PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PENJAGA OKU
4.3.1 Permasalahan Penjaga Tidak Formal
Hasil temu bual bersama 2,333 penjaga tidak formal mendapati masalah yang dihadapi penjaga
dalam menguruskan OKU meliputi aspek emosi, kewangan, kesihatan dan sosial.
Rajah 4-12: Pengkelasan permasalahan yang dihadapi oleh penjaga tidak formal
Rajah 4-12 menunjukkan pengkelasan permasalahan berdasarkan maklum balas penjaga dalam
kajian ini. Hasil kajian mendapati masalah-masalah yang berkaitan aspek emosi mewakili
peratusan yang tertinggi, iaitu 34% diikuti oleh maklum balas berkaitan kewangan sebanyak 29%.
Perincian bagi setiap pengkelasan permasalahan yang dihadapi oleh penjaga tidak formal adalah
berdasarkan beberapa pernyataan seperti Rajah 4-13 di bawah.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
83
Rajah 4-13: Masalah-masalah utama dihadapi penjaga tidak formal dalam menguruskan OKU
a) Hasil kajian mendapati penjaga tidak formal mengalami tekanan emosi, iaitu kesan akibat
penjagaan OKU menerusi analisa ke atas perkara-perkara berikut:
i. 51.6% (1,204 maklum balas) menyatakan mereka mudah rasa cepat marah,
mudah sedih dan gelisah apabila mengendalikan OKU;
ii. 46.9% (1,094 maklum balas) menyatakan mereka berasa tertekan dalam
mengurus OKU; dan
iii. 44.5% (1,038 maklum balas) mengalami kesukaran dalam memenuhi keperluan
emosi OKU yang dijaga.
Permasalahan berkaitan dengan emosi mempunyai kaitan kerisauan yang dialami terhadap
hal-hal berikut:
- Pekerjaan semasa dan akan datang (377 maklum balas). Komitmen terhadap penjagaan
OKU menyebabkan penjaga tidak formal perlu mengambil cuti kecemasan pada satu-
satu masa dan mereka merasa risau akan tanggapan majikan terhadap prestasi kerja
mereka. Di samping itu, penjaga turut memikirkan peluang-peluang kerja yang dapat
dilakukan di rumah bagi menambah pendapatan keluarga tanpa mengabaikan OKU.
- Isu perkahwinan/penceraian (108 maklum balas). Hal ini berkaitan dengan kurangnya
sokongan dan perbezaan pendapat daripada pasangan (suami/isteri) dalam menjaga
OKU. Penerimaan pasangan terhadap anak OKU yang dilahirkan dirasakan beban yang
perlu ditanggung dan ada yang memikirkan tentang penceraian sebagai salah satu cara
untuk keluar daripada masalah tersebut.
- Ketidakupayaan untuk berkomunikasi secara efektif khususnya dengan OKU pelbagai,
OKU pertuturan dan OKU pembelajaran seperti autisme kronik atau sindrom Down telah
memberi kesan emosi yang mana penjaga gagal memahami keinginan OKU dan
mengakibatkan kehendak OKU tidak dapat dipenuhi.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
84
b) Hasil maklum balas yang diberikan oleh penjaga bagi kajian ini menunjukkan aspek
kewangan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh penjaga yang berpendapatan
rendah. Analisis keseluruhannya mendapati:
i. 66.5% (1,551 maklum balas) penjaga OKU mengalami kekangan wang yang
terhad untuk membuat simpanan kewangan bagi kegunaan masa hadapan dan
waktu kecemasan; dan
ii. 56.9% (1,328 maklum balas) penjaga OKU mengalami ketidakcukupan wang bagi
perbelanjaan keperluan isi rumah.
- Kekurangan kewangan ini disebabkan oleh keperluan dan perbelanjaan yang diperlukan
oleh OKU semakin bertambah. Masalah ini lebih dirasai oleh penjaga yang terpaksa
berhenti kerja bagi menumpukan penjagaan sepenuhnya kepada OKU yang mana
secara langsung mengakibatkan pendapatan isi rumah telah berkurangan.
- Penjaga yang berpendapatan antara RM 4,500 hingga RM 6,000 sebulan juga didapati
tidak terkecuali daripada mengalami masalah ketidakcukupan kewangan. Mereka
mengadu bahawa kos penjagaan OKU adalah lebih tinggi berbanding penjagaan anak-
anak normal kerana kos perbelanjaan barangan keperluan khas seperti lampin pakai
buang, kerusi roda, tongkat tangan, alat bantuan pendengaran, kasut khas, anggota
tiruan, kos-kos pembaikan alatan dan sebagainya yang disarankan oleh pakar
perubatan terpaksa ditanggung oleh penjaga.
- Di samping itu, perbelanjaan bagi pengangkutan (kos minyak, tol) untuk menghantar
OKU ke sekolah atau pusat jagaan OKU juga mempengaruhi tahap guna pakai
pendapatan sebulan memandangkan lokasi Sekolah Pendidikan Khas atau pusat jagaan
OKU adalah jauh dari tempat tinggal.
c) Permasalahan berkaitan kesihatan penjaga dapat dilihat dari sudut yang berikut:
i. 36.9% (863 maklum balas) menyatakan tahap kesihatan mereka merosot atau
kerap sakit; dan
ii. 44.6% (1,041 maklum balas) menyatakan mereka sukar tidur malam kerana kerap
memikirkan nasib diri sendiri dan OKU terutamanya apabila penjaga sudah tiada
(meninggal dunia).
- Penjaga yang berusia yang kebanyakannya mengalami masalah kesihatan menghadapi
cabaran lebih besar dalam menjaga OKU berbanding penjaga yang muda dan sihat.
Hasil temu bual mendapati terdapat 633 penjaga tidak formal menghidapi sakit kronik
(contohnya tekanan darah tinggi, diabetis, jantung, tulang/lutut) dan 473 penjaga kerap
sakit.
- Peningkatan umur penjaga menjadikan mereka berisiko tinggi untuk mendapat penyakit
fizikal dan keterbatasan keupayaan fizikal menjejaskan penjagaan OKU di rumah. Di
samping itu, kesihatan emosi penjaga juga terganggu akibat tingkah laku OKU
pembelajaran dan OKU mental yang sukar dikawal seperti yang dilaporkan oleh penjaga
tidak formal.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
85
d) Permasalahan dihadapi penjaga daripada aspek sosial adalah seperti berikut:
i. 35.9% (839 maklum balas) menyatakan hubungan sosial bersama keluarga dan
masyarakat agak terjejas kerana penjaga mengalami kesukaran untuk membawa OKU
keluar bersama bagi melakukan aktiviti luar, bercuti atau menghadiri majlis tertentu; dan
ii. 35% (827 maklum balas) penjaga tidak formal juga dilaporkan berhadapan dengan
kesukaran mengurus tingkah laku OKU yang tidak menentu seperti mudah
meragam, agresif dan memberontak. Penjagaan OKU mental amat memerlukan emosi
mereka terjaga. Tingkah laku OKU mental dan OKU pembelajaran (autisme kritikal) yang
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi meningkatkan tekanan dalam penjagaan
terutamanya dalam kalangan ibu bapa.
e) Selain itu, terdapat masalah-masalah lain yang dihadapi oleh penjaga tidak formal yang telah
dilaporkan kepada penyelidik seperti berikut:
i. Kekurangan sokongan daripada ahli keluarga dan anak-anak (707 maklum balas). Hal
ini berlaku kerana keengganan atau kurangnya kemampuan ahli keluarga (adik-beradik
penjaga, adik-beradik OKU) untuk membantu dalam penjagaan sementara membiayai
kos perubatan OKU.
ii. Bagi penjaga tidak formal yang bekerja, terdapat 504 daripada 1,120 responden yang
menyatakan bahawa mereka kurang mendapat sokongan daripada pihak majikan
tentang isu penjagaan OKU yang menjadi tanggungjawab mereka, misalnya mereka
tidak diberikan kemudahan waktu kerja fleksibel atau elaun untuk OKU oleh pihak
majikan.
iii. Tanggapan dan penerimaan masyarakat terhadap OKU masih rendah (476 maklum
balas). Penjaga tidak formal merasa tertekan dan risau akan penerimaan masyarakat
terhadap keluarga mempunyai masalah OKU. Perkara ini dijangkakan akan memberi
impak terutama dari aspek psikologi dan kesejahteraan sesebuah keluarga dalam
jangka masa panjang.
iv. Kesukaran mengurus aktiviti harian OKU seperti mandi, makan dan berpakaian (466
maklum balas). Hasil kajian mendapati OKU fizikal dan pelbagai atau OKU yang telah
uzur/terlantar adalah golongan paling ramai yang memerlukan bantuan penjaga. Aktiviti
asas seperti menyuapkan makanan, memandikan, dan membersihkan najis menjadi
semakin mencabar dan sukar bila OKU semakin meningkat dewasa.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
86
4.3.1.1 Masalah yang Dihadapi Mengikut Status Pekerjaan Penjaga
Masalah-masalah yang dihadapi oleh penjaga tidak formal dianalisis mengikut status pekerjaan
bagi mengetahui kumpulan mana yang paling terkesan dalam penjagaan dan pengurusan OKU.
Rajah 4-14 di bawah memberikan gambaran penuh tentang masalah yang dihadapi mengikut
status pekerjaan penjaga.
Rajah 4-14: Kadar masalah penjaga tidak formal mengikut status pekerjaan
Analisis menunjukkan kumpulan penjaga yang tidak bekerja adalah paling terkesan bagi semua
aspek permasalahan berbanding penjaga yang bekerja. Perbezaan masalah yang paling ketara
antara penjaga ialah dari aspek kesihatan yang mana kadar bagi penjaga tidak bekerja adalah
dua kali ganda melebihi penjaga yang bekerja. Penjaga yang tidak bekerja menyatakan mereka
mengalami pelbagai isu kesihatan akibat penjagaan OKU, dan ada juga antara mereka mengidap
penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
87
4.3.2 Permasalahan Penjaga Formal
Rajah 4-15 di bawah menunjukkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pusat jagaan OKU
yang mewakili penjaga formal. Tiga masalah utama yang dihadapi oleh pusat jagaan OKU ialah
bahan rujukan dan maklumat yang tidak mencukupi di 133 pusat (62%), kekurangan dana
kewangan di 125 pusat (59%), dan ketiadaan latihan atau kursus profesional dalam penjagaan
OKU di 97 pusat (46%).
Rajah 4-15: Masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat jagaan OKU
Masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat jagaan OKU yang dikenal pasti adalah seperti
berikut:
a. Maklumat dan Bahan Rujukan Berkaitan OKU Tidak Mencukupi
Dapatan kajian menunjukkan 62% (133) penjaga formal yang ditemu bual dalam kajian
menyatakan bahawa bahan-bahan maklumat tentang cara penjagaan terkini mengikut
setiap kategori OKU yang dijaga masih kurang dan pusat-pusat ini amat memerlukan
bahan-bahan rujukan yang terkini.
b. Kekurangan Dana Kewangan
Kajian mendapati 92% pusat jagaan OKU menerima bantuan/geran daripada pihak
kerajaan persekutuan (JKM) dan 52.9% menyatakan ada menerima bantuan kewangan
daripada pihak kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, bagi pusat jagaan OKU yang telah
mendapat sokongan daripada kedua-dua pihak kerajaan persekutuan dan negeri,
kebanyakan pusat menyatakan peruntukan dana tersebut masih tidak mencukupi dan 59%
(125) pusat jagaan OKU yang terlibat dalam kajian ini masih lagi memerlukan dana
tambahan daripada kerajaan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
88
Berikut adalah permasalahan/cabaran yang dihadapi dalam mendapatkan sumber
kewangan tambahan bagi pusat jagaan OKU:
● 64.4% – Proses permohonan yang rumit
● 61.2% – Tempoh memproses permohonan yang mengambil masa yang lama
● 59.9% – Organisasi / Institusi penyedia bantuan tiada atau kehabisan
peruntukan/dana
c. Tiada Latihan/Kursus Profesional Berkaitan Penjagaan OKU
Hasil kajian menunjukkan 46% (97) penjaga formal yang ditemu bual menyatakan bahawa
mereka tidak diberikan latihan dan kursus secara berkala bagi memantapkan kemahiran
dan pengetahuan mereka untuk mengendalikan dan mempraktikkan terapi-terapi khusus
untuk OKU.
d. Tiada Kerjasama daripada Penjaga OKU
Kajian mendapati 22% (47) pusat jagaan OKU sukar untuk mendapatkan kerjasama
daripada ibu bapa atau penjaga. Penjaga OKU tidak mahu memberikan kerjasama dan
komitmen kepada pusat jagaan OKU terutama dalam konteks penglibatan dalam aktiviti.
Selain itu, masalah ini dibangkitkan juga kerana pusat jagaan tidak mendapat kerjasama
daripada masyarakat setempat yang berkemungkinan disebabkan tiada kerjasama dalam
kalangan ahli jawatankuasa itu sendiri.
e. Petugas Tidak Mencukupi dan Tidak Mahir
Didapati 19% (44) wakil pusat jagaan OKU menyatakan bilangan petugas pada masa
sekarang tidak mencukupi. Mereka berpendapat kekurangan kakitangan ini wujud
disebabkan pekerja yang bekerja sebagai petugas pusat jagaan OKU sering bertukar-
tukar akibat elaun bayaran yang rendah. Hasil temu bual juga mendapati 50% pusat
jagaan OKU tidak mempunyai petugas yang terlatih yang mana kebanyakannya adalah
petugas sukarelawan dan sukar mendapatkan petugas terlatih.
f. Pusat Jagaan OKU Kurang Kondusif
Hasil kajian mendapati 17% (36) pusat jagaan OKU menyatakan mereka menghadapi
masalah berkenaan kediaman atau bangunan pusat jagaan tersebut. Masalah ini
disebabkan perkara-perkara berikut.
● Pusat jagaan OKU terutama pusat PDK menghadapi masalah ini disebabkan
kebanyakan pusat PDK tidak mempunyai bangunan tetap/bangunan sendiri dan perlu
membayar sewa bangunan.
● Kekangan dari segi ruang pembelajaran. Peranan pusat jagaan OKU tidak hanya
melibatkan penjagaan semata-mata kerana di situ berlakunya proses pembelajaran dan
juga proses pemulihan ditambah pula dengan jumlah penghuni yang ramai.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
89
g. Peralatan Pengajaran dan Penjagaan Tidak Mencukupi
Hasil kajian mendapati 8% (18) pusat jagaan masih kekurangan peralatan bantu belajar
dan peralatan penjagaan. Punca masalah ini wujud disebabkan kekurangan dana
kewangan dan bantuan peralatan daripada agensi-agensi berkenaan. Antara peralatan
atau kemudahan diperlukan seperti peralatan fisioterapi dan peralatan bantu gerak.
h. Masalah Pengangkutan
Terdapat 8% (16) pusat jagaan menghadapi masalah pengangkutan. Penyediaan
pengangkutan adalah penting tidak kira bagi keperluan peribadi atau organisasi khususnya
di pusat jagaan. Keperluan pengangkutan ini disebabkan oleh:
● Tiada pengangkutan untuk membawa petugas.
o Sesetengah pusat jagaan OKU terutama pusat PDK terletak jauh dari tempat
tinggal penjaga/petugas. Disebabkan hal itu, pusat jagaan menghadapi
masalah untuk menghantar petugas ke pusat jagaan dan mengambil mereka
untuk pulang ke rumah. Ketiadaan kenderaan khas menyukarkan pihak
pengurusan pusat jagaan untuk menyelesaikan urusan pejabat dan aktiviti luar
di lokasi yang jauh.
● Tiada pengangkutan untuk membawa OKU.
o Aktiviti yang dijalankan oleh pusat jagaan ada melibatkan aktiviti luar yang
memerlukan kenderaan bagi membawa OKU dan juga petugas pusat jagaan.
i. Masalah Berkaitan Penghuni Pusat Jagaan OKU
Kajian menunjukkan 8% (16) pusat jagaan OKU mempunyai masalah untuk
mengendalikan OKU yang dijaga. Antara masalah yang dihadapi termasuklah:
● Menguruskan tingkah laku OKU yang sukar dikawal.
o Seperti yang dinyatakan dalam bahagian sebelum ini, terdapat pusat jagaan
yang menjaga lebih daripada satu kategori OKU. Setiap kategori OKU
mempunyai ragam yang berlainan dan ini menyumbang pada kesukaran
penjaga pusat jagaan dalam mengendalikan tingkah laku yang sukar dikawal
terutama bagi petugas yang tidak terlatih.
● Masalah dalam merapatkan hubungan antara penjaga dan OKU.
o Penjaga di pusat jagaan menghadapi cabaran dalam menjalankan tugas kerana
hubungan OKU dengan penjaga tidak rapat. Disebabkan itu, penjaga di pusat
jagaan sukar untuk menjalankan tugas-tugas penjagaan.
j. Ketidakcekapan dalam Pengurusan Pentadbiran
Terdapat enam pusat PDK yang menyatakan mereka mengalami masalah dengan sistem
pengurusan pentadbiran yang tidak cekap dan tiada kemahiran atau latihan asas dalam
pengurusan pusat PDK.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
90
ANALISIS KEPERLUAN PENJAGA TIDAK FORMAL
Secara keseluruhannya, tiga jenis bantuan/sokongan utama yang diperlukan penjaga tidak formal
adalah seperti berikut.
1. 87% (2,022 maklum balas) – Maklumat dan sumber rujukan
2. 86% (2,004 maklum balas) – Kewangan
3. 65% (1,514 maklum balas) – Pendidikan/latihan
Rajah 4-16: Jenis bantuan/sokongan yang diperlukan oleh penjaga tidak formal
Rajah 4-16 di atas menunjukkan peratusan bagi tujuh jenis bantuan/sokongan yang dikumpul
daripada 2,333 penjaga tidak formal yang terlibat dalam kajian ini.
* Perincian jenis-jenis bantuan mengikut negeri dan kategori OKU dijaga boleh dirujuk pada Lampiran 7.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
91
4.4.1 Keperluan Bantuan Informasi
Rajah 4-17 menunjukkan jenis maklumat yang paling diperlukan oleh penjaga bagi semua
kategori iaitu rujukan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan bukan kewangan yang mana
sebanyak 1,553 maklum balas direkodkan. Berdasarkan jumlah itu, majoriti maklum balas adalah
daripada penjaga OKU pembelajaran yang menjaga OKU berumur 0 hingga 14 tahun.
Rajah 4-17: Jenis maklumat/informasi diperlukan mengikut kategori OKU
4.4.2 Keperluan Bantuan Kewangan
Didapati seramai 2,004 daripada 2,333 penjaga tidak formal memaklumkan yang mereka
memerlukan bantuan kewangan. Terdapat tiga sebab utama bantuan kewangan tambahan
tersebut diperlukan iaitu:
1. Kos pengangkutan untuk menghantar dan mengambil OKU ke/dari sekolah atau pusat
jagaan yang terletak jauh dari kediaman;
2. Bayaran sesi terapi dan yuran tuisyen khas; dan
3. Pembelian barangan keperluan dan makanan khas untuk OKU.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
92
Rajah 4-18: Anggaran kewangan tambahan yang diperlukan oleh penjaga tidak formal
Berdasarkan 1,205 maklum balas, didapati 61% penjaga tidak formal memerlukan anggaran
kewangan tambahan tidak lebih RM 300 sebulan. Anggaran nilai kewangan tersebut telah
disuarakan oleh majoriti penjaga tidak formal daripada semua kategori OKU dijaga seperti
ditunjukkan dalam Rajah 4-18 di atas.
Keperluan kewangan juga dinilai menerusi analisis perbelanjaan dalam kalangan penjaga
berdasarkan setiap kategori OKU. Berdasarkan 1,622 maklum balas diterima, hasil analisis
anggaran perbelanjaan bagi menjaga seorang OKU adalah seperti Jadual 4-3 di bawah.
Jadual 4-3: Anggaran perbelanjaan (RM) mengikut kategori OKU
Kategori OKU n Purata Median Mod
RM 100
Pendengaran 137 RM 294 RM 300 RM 200
RM 500
Penglihatan 139 RM 326 RM 300 RM 200
RM 300
Pertuturan 45 RM 520 RM 500 RM 400
RM 500
Fizikal 477 RM 457 RM 400
Pembelajaran 623 RM 434 RM 400
Mental 117 RM 354 RM 320
Pelbagai 84 RM 543 RM 500
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
93
Hasil rumusan kajian mendapati terdapat perbezaan anggaran nilai perbelanjaan mengikut
kategori OKU dijaga (menerusi pengujian Anova) dan nilai-nilai tersebut dikelaskan mengikut
kumpulan penjaga seperti yang berikut:
Kumpulan Penjaga Kategori OKU Purata Anggaran perbelanjaan
1 Pendengaran, Penglihatan, Mental RM 294 – RM354
2 Pembelajaran, Fizikal RM 434 – RM 457
3 Pertuturan, Pelbagai RM 520 – RM 543
Analisis anggaran perbelanjaan bagi penjaga OKU berumur 0 hingga 14 tahun mendapati purata
anggaran perbelanjaan adalah paling tinggi bagi tiga kategori OKU seperti yang berikut:
Kategori OKU Purata Anggaran perbelanjaan
Pelbagai RM 578
Pertuturan RM 578
Fizikal RM 530
Kajian menunjukkan penjaga OKU pelbagai, OKU pertuturan dan OKU fizikal telah mengeluarkan
belanja yang tinggi bagi mendapatkan rawatan atau perkhidmatan fisioterapi, terapi cara kerja
atau terapi pertuturan untuk OKU yang ditawarkan oleh pihak swasta. Seperti yang diterangkan
sebelum ini, yuran yang dikenakan oleh pihak swasta adalah lebih mahal dan penjaga terpaksa
mengeluarkan belanja yang lebih bagi memastikan OKU dijaga dapat membuat terapi berkala
untuk pemulihan yang lebih cepat.
Hasil penyelidikan yang telah dijalankan mendapati kadar bayaran minimum bagi terapi cara
kerja, terapi pertuturan dan fisioterapi yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan swasta
adalah RM 130 dan mencecah RM 500 bagi setiap sesi mengikut jenis rawatan terapi. Oleh itu,
OKU yang memerlukan rawatan atau sesi terapi berkala memerlukan perbelanjaan tambahan
daripada ibu bapa atau penjaga OKU tersebut. Perincian jenis-jenis perbelanjaan dan anggaran
perbelanjaan mengikut kategori OKU dan kadar bayaran terapi yang dikenakan oleh pihak swasta
boleh dirujuk dalam Lampiran 7.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
94
4.4.2.1 Jenis-jenis perbelanjaan untuk OKU
Penjagaan OKU menelan kos perbelanjaan yang tinggi dan perlu diambil kira dari pelbagai aspek.
Jenis-jenis perbelanjaan OKU mengikut kategori tahap OKU dapat dilihat seperti rajah di bawah:
Rajah 4-19: Anggaran perbelanjaan mengikut kategori OKU dijaga
Berdasarkan Rajah 4-19, majoriti penjaga dalam setiap kategori OKU mengeluarkan
perbelanjaan untuk kos pengangkutan bagi tujuan menghantar OKU ke sekolah khas atau pusat
jagaan. Kos rawatan ubat-ubatan termasuk pembelian makanan khas dan vitamin kesihatan OKU
merupakan perbelanjaan kedua tertinggi ditanggung oleh penjaga bagi semua kategori OKU.
Berdasarkan rajah di atas, peratusan perbelanjaan upah penjagaan seperti nurseri dan pengasuh
adalah yang paling rendah. Perkara ini jelas membuktikan bahawa ramai penjaga memilih untuk
menjaga OKU sendiri yang berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor seperti kos upah
penjagaan yang tinggi dan ketidakpercayaan terhadap pengasuh luar.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
95