4.4.2.2 Anggaran Perbelanjaan Mengikut Bilangan OKU
Anggaran perbelanjaan yang lazim dibelanjakan mengikut bilangan OKU dalam jagaan
dirumuskan seperti Rajah 4-20 di bawah.
Rajah 4-20: Anggaran perbelanjaan mengikut bilangan OKU dijaga
Nota: Penjaga yang menjaga seorang OKU = 1731
Penjaga yang menjaga dua orang OKU = 231
Penjaga yang menjaga sekurang-kurangnya tiga orang OKU = 42
Hasil analisis mendapati 34.9% daripada 1,731 penjaga yang menjaga seorang OKU
membelanjakan antara RM 200 hingga RM 400 sebulan. Bagi penjaga dua orang OKU, kadar
perbelanjaan yang disuarakan oleh majoriti adalah RM 400 ke atas manakala bagi penjaga yang
menanggung tiga atau lebih OKU pula, lazimnya mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM 600
sebulan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
96
4.4.3 Keperluan Bantuan Pendidikan/Latihan
Bantuan/sokongan berbentuk pendidikan atau latihan adalah bantuan ketiga (65%) paling
dikehendaki oleh penjaga OKU. Hasil kajian mendapati kumpulan yang paling memerlukan
sokongan ini ialah penjaga OKU pembelajaran (97.1%) dan pelbagai (82%). Hasil analisis
mendapati 77.2% penjaga yang bekerja dalam sektor awam dan 68.6% dalam sektor swasta
menginginkan pendidikan berkaitan penjagaan OKU.
Penjaga yang bekerja mempunyai masa yang terhad untuk menghadiri sesi latihan cara
pengendalian OKU kerana perlu memberikan komitmen terhadap kerjaya mereka pada hari-hari
bekerja. Mereka hanya mampu memperuntukkan waktu pada hujung minggu untuk memantau
OKU. Rajah 4-21 di bawah menerangkan tentang keperluan dan jenis latihan yang diperlukan
penjaga dengan lebih jelas mengikut kategori OKU.
Rajah 4-21: Jenis pendidikan/latihan diperlukan mengikut kategori OKU
Nota: Terdapat penjaga yang tidak menyatakan pendidikan atau latihan diperlukan secara spesifik. Oleh itu, hanya
1,393 respon tepat dapat direkodkan.
Hasil analisis mendapati kursus menangani tekanan adalah kursus yang paling banyak
diperlukan (478 maklum balas) terutama oleh penjaga OKU mental (92.3% daripada 65
penjaga). Penjaga OKU mental memerlukan sokongan terapi minda atau emosi bagi
mengurus kesihatan mental OKU yang dijaga. Mereka memerlukan khidmat ahli terapi
psikologi untuk OKU yang dijaga dalam membantu mengurangkan depresi, halusinasi atau
perkara yang berkaitan kecelaruan minda yang dialami oleh OKU tersebut.
Di samping itu, terdapat juga penjaga yang ingin mengetahui teknik komunikasi atau pertuturan
yang berkesan dan mereka terdiri daripada 83.3% (30 daripada 36) penjaga OKU pertuturan dan
41.2% (358 daripada 868) penjaga OKU pembelajaran. Kaedah atau terapi pertuturan dan
pembelajaran amat diharapkan oleh penjaga OKU pembelajaran terutama untuk peringkat awal
usia OKU dan mereka mengharapkan sokongan ini tidak terhenti pada usia tertentu sahaja.
Pendidikan/latihan mengenai kaedah terapi dan pembelajaran ini diharap dapat diteruskan
seiring peningkatan usia OKU.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
97
Hasil kajian mendapati bantuan fisioterapi atau terapi pemulihan cara kerja amat
diperlukan oleh penjaga OKU fizikal dan pembelajaran yang mana khidmat jurupulih
anggota dapat membantu untuk menguatkan dan memulihkan anggota OKU yang
mengalami kecederaan akibat kemalangan atau sejak kelahiran. Memandangkan kos terapi
yang agak mahal, masa menunggu yang lama bagi mendapatkan khidmat terapi di hospital
kerajaan dan kekurangan maklumat tentang lain-lain khidmat terapi, maka penjaga OKU
menginginkan latihan atau bengkel khas bagi membolehkan mereka mempelajari kaedah-kaedah
terapi mudah yang boleh dilakukan di rumah untuk OKU yang dijaga khususnya bagi penjaga
OKU fizikal (96.1% daripada 285 penjaga).
Selain itu, terdapat 30 penjaga OKU fizikal dan OKU pelbagai menyatakan mereka
memerlukan latihan cara-cara mengendalikan penukaran tiub makanan yang betul pada
OKU terlantar. Pada masa sekarang, mereka bergantung pada bantuan khidmat jururawat
untuk datang ke rumah kerana mereka kurang mahir untuk melakukannya.
Dalam usaha pemberian perkhidmatan sokongan dan latihan-latihan berkaitan fisioterapi, terapi
cara kerja atau terapi pertuturan, mereka yang mempunyai kelayakan khas diperlukan. Akan
tetapi, jumlah ahli terapi cara kerja dan ahli terapi pertuturan di Malaysia masih kurang
berdasarkan penyelidikan yang dijalankan dan laporan yang disiarkan dalam akhbar Malaymail
pada 12 Julai 2016 dan akhbar The Star pada 18 September 2016.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi menambah
bilangan ahli terapi berkaitan bagi kemudahan penjaga OKU berikutan pertambahan bilangan
OKU mengikut tahun. Selain itu, kerjasama daripada pihak pengurusan hospital awam, hospital
swasta dan NGO amatlah penting dalam menyediakan pendidikan percuma menerusi seminar,
kursus atau kempen bagi memberikan maklumat dan kemahiran yang bertepatan agar penjaga-
penjaga OKU mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam penjagaan OKU.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
98
4.4.4 Keperluan Bantuan Kesihatan
Secara keseluruhannya, terdapat 2,123 maklum balas berkaitan keperluan bantuan kesihatan
dikelaskan mengikut lima bentuk bantuan. Bantuan berbentuk pemberian suplemen tambahan
termasuk susu khas bagi meningkatkan kesihatan fizikal khususnya bagi penjaga dalam kategori
warga emas adalah paling tinggi, iaitu 781 maklum balas.
Rajah 4-22: Bentuk sokongan kesihatan diperlukan mengikut kategori OKU
Berdasarkan Rajah 4-22 di atas, didapati 26.6% penjaga OKU pembelajaran dan 21% penjaga
OKU fizikal dan mental masing-masing menyatakan mereka memerlukan sokongan kesihatan
emosi, iaitu khidmat kaunseling bagi berkongsi masalah yang dihadapi dalam penjagaan OKU.
Seterusnya, bentuk bantuan kesihatan kedua tertinggi adalah berkaitan bantuan rawatan bagi
penyakit yang dihadapi oleh penjaga seperti penyakit jantung dan tulang. Penjaga juga
mengharapkan agar mereka diberi keistimewaan semasa mendapatkan rawatan di hospital atau
klinik seperti lorong khas dan waktu menunggu yang singkat memandangkan kadang kala
mereka terpaksa berbahagi masa untuk menjaga OKU dan mereka juga berharap mendapat
diskaun untuk kos perubatan mereka.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
99
4.4.5 Keperluan Bantuan Peralatan Fizikal
Kajian mendapati alat bantu pergerakan seperti kerusi roda, tongkat dan sebagainya adalah
peralatan yang paling banyak dikehendaki oleh penjaga, iaitu 420 maklum balas telah
direkodkan. Rajah 4-23 di bawah menunjukkan jenis-jenis kemudahan peralatan fizikal yang
diperlukan oleh penjaga bagi kemudahan OKU dengan lebih terperinci.
Rajah 4-23: Bentuk bantuan peralatan fizikal diperlukan mengikut kategori OKU
Dalam menilai tahap kritikal sesuatu keperluan penjaga, pemboleh ubah kumpulan
pendapatan digunakan untuk mengukur penjaga kategori OKU yang benar-benar kritikal
memerlukan bantuan. Hasil mendapati majoriti penjaga (656 orang) adalah daripada
kumpulan pendapatan RM 1,500 dan ke bawah.
Keputusan juga menunjukkan 61.2% daripada 325 penjaga OKU fizikal yang berpendapatan RM
1,500 ke bawah memerlukan alat pergerakan seperti kerusi roda dan kereta sorong khas untuk
kemudahan pergerakan OKU yang dijaga.
Peningkatan inflasi juga menyebabkan harga sesebuah alat bantu pergerakan dijangkakan akan
meningkat. Respon terhadap keperluan alat bantu pergerakan yang tinggi menguatkan lagi
alasan bahawa bantuan ini perlu diberikan perhatian lebih.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
100
4.4.6 Keperluan Bantuan Khidmat Kumpulan Sokongan
Dalam kajian ini, hanya 26% penjaga tidak formal memerlukan khidmat kumpulan sokongan.
Secara keseluruhannya, 60.2% daripada 611 penjaga yang memerlukan bantuan ini mengalami
tekanan akibat penjagaan OKU. Bantuan daripada kumpulan sokongan dirasakan amat penting
bagi penjaga OKU mental. Analisis keperluan mengikut status pekerjaan mendapati penjaga
yang bekerja dan mengalami tekanan memerlukan khidmat kumpulan sokongan seperti
ditunjukkan dalam Jadual 4-4.
Jadual 4-4: Kumpulan penjaga yang memerlukan khidmat kumpulan sokongan
KATEGORI OKU DIJAGA
PERKARA Fizikal JUMLAH
Pembelajaran RESPON
Mental
Pelbagai
Pendengaran
Penglihatan
Pertuturan
STATUS PEKERJAAN & 64 239 22 25 37 32 11 430 (70.4%)
KEADAAN PENJAGA
Bekerja
• Rasa tertekan/stres 33 133 17 14 24 18 4 243
• Tidak mengalami tekanan 31 106 5 11 13 14 7 187
Tidak bekerja 29 98 17 14 12 6 5 181 (29.6%)
• Rasa tertekan/stres 16 72 11 11 8 2 5 125
• Tidak mengalami tekanan 13 26 6 3 4 4 0 56
JUMLAH 93 337 39 39 49 38 16 611
Rajah 4-24 menunjukkan kumpulan penjaga yang memerlukan khidmat kumpulan sokongan
mengikut umur OKU dijaga. Secara ringkas, penjaga kepada OKU pembelajaran berumur 0
hingga 14 tahun paling memerlukan khidmat kumpulan sokongan (173 maklum balas).
Penjaga kepada OKU berumur 45 tahun ke atas turut menyatakan keperluan yang tinggi (102
maklum balas) terhadap khidmat kumpulan sokongan.
Rajah 4-24: Keperluan kumpulan sokongan oleh penjaga mengikut umur OKU yang dijaga
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
101
4.4.7 Keperluan Bantuan Khidmat Penjagaan Sementara
Berdasarkan hasil temu bual, terdapat segelintir penjaga tidak formal, iaitu 11% memerlukan
bantuan penjagaan sementara. Mereka yang menginginkan bantuan ini terdiri daripada 153
penjaga yang bekerja dan 93 penjaga yang tidak bekerja.
Jadual 4-5 menunjukkan keperluan penjagaan sementara lebih diperlukan oleh penjaga yang
bekerja dalam kategori umur antara 36 hingga 55 tahun. Kumpulan penjaga ini berada di fasa
pengukuhan kerjaya mereka yang memerlukan komitmen terhadap urusan pekerjaan berada di
tahap tinggi. Oleh itu, masa mereka untuk penjagaan OKU adalah terhad dan menjadi kerisauan
bagi kumpulan ini.
Selain itu, terdapat 68 orang penjaga yang berumur 56 tahun ke atas turut berharap akan bantuan
penjagaan sementara. Di antara sebab-sebab yang dinyatakan adalah mereka memerlukan
masa rehat semasa menjaga OKU memandangkan tahap keupayaan fizikal mereka semakin
berkurangan dan mereka memerlukan bantuan orang lain untuk menjaga OKU agar mereka
dapat melakukan aktiviti bermasyarakat dan menghadiri majlis keagamaan.
Jadual 4-5: Kumpulan penjaga yang memerlukan khidmat penjagaan sementara
KATEGORI OKU DIJAGA
ITEM Fizikal JUMLAH
Pembelajaran RESPON
Mental
Pelbagai
Pendengaran
Penglihatan
Pertuturan
STATUS PEKERJAAN & UMUR 44 59 12 14 11 9 4 153 (62.2%)
PENJAGA 2 52
2 87
Bekerja 0 14
0 93 (37.8%)
• Penjaga berumur 18-35 tahun 10 28 1 7 4 0 0 13
0 26
• Penjaga berumur 36-55 tahun 25 31 11 6 66 0 54
1 93 4 246
• Penjaga berumur 56 tahun ke atas 9 0 0 6 4 11
Tidak bekerja 40 16 16
• Penjaga berumur 18-35 tahun 540103
• Penjaga berumur 36-55 tahun 13 6 1 2 0 4
• Penjaga berumur 56 tahun ke atas 22 6 15 3 4 4
JUMLAH 84 75 28 20 15 20
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
102
4.4.8 Analisis Keperluan Mengikut Kumpulan Sasar
Kumpulan Pendapatan RM 3,000 ke bawah
Perincian bantuan ini tertumpu pada penjaga berpendapatan RM 3,000 ke bawah sebulan yang
mewakili 72.9% daripada penjaga tidak formal yang ditemu bual dalam kajian ini. Keutamaan
keperluan atau bantuan yang diperlukan oleh penjaga OKU adalah berbeza-beza bagi
sesetengah kategori OKU yang dijaga.
Rajah 4-25: Tiga bantuan utama diperlukan mengikut kategori penjaga OKU
Majoriti penjaga memerlukan bantuan maklumat atau sumber rujukan dan kewangan dengan
peratusan melebihi 80% bagi setiap kategori OKU dijaga. Selain itu, bantuan latihan atau kursus
berkaitan penjagaan dan pendidikan OKU juga menjadi keperluan penting terutamanya bagi
penjaga OKU pendengaran (79.9%) dan OKU penglihatan (72.1%) di samping peratusan
penjaga bagi lain-lain kategori OKU adalah sekitar 50% hingga 67.6%.
Analisis lanjut mendapati penjaga yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500
khususnya yang berada di Kelantan (73.9%), Terengganu (72%), Sabah (68.1%), Kedah
(59.8%) dan Perlis (56.4%) memerlukan bantuan maklumat dan sumber rujukan berkaitan
OKU. Lokasi penempatan penjaga kebanyakannya di kawasan luar bandar didapati
menyukarkan mereka untuk keluar untuk mendapatkan bantuan informasi untuk OKU dan tiada
kemudahan untuk mengakses internet di kawasan mereka.
Berpandukan pada pendapatan isi rumah bulanan penengah untuk 2016 bagi kumpulan terendah
40% (B40) iaitu RM 3,000, maka dalam kajian ini, kumpulan penjaga OKU dengan pendapatan
di bawah garis pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia seperti di Kelantan, Kedah,
Sabah, Perlis, Terengganu dan lain-lain yang dianggap tergolong dalam kumpulan B40 perlu
dibantu khususnya dalam pencapaian maklumat dan keperluan mereka dari aspek kewangan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
103
Tanggungan Penjaga Mengikut Kumpulan Pendapatan
Mengikut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, purata saiz isi rumah pada 2019 adalah empat
orang. Hasil kajian menunjukkan kumpulan penjaga berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah
dengan tiga hingga empat orang anak mewakili 35.2% manakala penjaga yang berpendapatan
RM 3,000 hingga RM 6,000 dengan jumlah tanggungan yang serupa adalah 41.5%.
Berdasarkan Rajah 4-26 di bawah, didapati tiada perbezaan yang signifikan dalam bilangan
tanggungan dengan kumpulan pendapatan penjaga.
Rajah 4-26: Jumlah tanggungan penjaga mengikut kumpulan pendapatan
Hasil kajian mendapati 42% daripada penjaga OKU (kumpulan umur 46 tahun ke atas) yang
ditemui akan tergolong dalam kumpulan warga emas apabila mereka akan mencecah usia 60
tahun atau lebih. Oleh yang demikian, bantuan kesihatan seharusnya diambil kira dalam
memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan mereka pada tahap baik memandangkan tenaga
dan kekuatan fizikal mereka akan semakin berkurangan dan usaha mengambil alih tugas
menjaga OKU perlu dirancang sebaik-baiknya.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
104
4.4.9 Profil Pemetaan Keperluan Bantuan bagi Penjaga Tidak Formal Mengikut Negeri
Secara keseluruhannya, bantuan utama yang diperlukan mengikut negeri masih berkisar tentang
maklumat atau sumber rujukan, kewangan dan khidmat latihan atau kursus berkaitan penjagaan
OKU dan terapi. Profil pemetaan keperluan bantuan yang diperlukan oleh penjaga mengikut
kategori OKU yang dijaga bagi setiap negeri dapat diringkaskan seperti Rajah 4-27 di bawah.
Bagi negeri-negeri yang tidak dinyatakan dalam rajah di bawah, keperluan mengikut kategori
OKU yang terperinci dapat dirujuk dalam Lampiran 7.
Rajah 4-27: Bantuan/sokongan utama yang dikehendaki penjaga tidak formal mengikut negeri
Hasil menunjukkan penjaga OKU di semua negeri dan Wilayah Persekutuan memerlukan lebih
memerlukan bantuan/sokongan sumber rujukan. OKU pertuturan merupakan kategori OKU yang
penjaganya memerlukan sokongan yang tinggi hampir di lima negeri diikuti penjaga OKU
pelbagai di tiga negeri.
Bagi penjaga OKU mental pula, sokongan yang ketara diperlukan di dua negeri, iaitu Pulau
Pinang dan Pahang yang juga tidak mempunyai hospital khusus bagi penyakit mental selain
daripada Jabatan Psikatrik di hospital negeri. Penjaga mungkin tidak sedar akan bantuan yang
boleh diperolehi melalui perkhidmatan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).
MENTARI merupakan sebuah pusat kesihatan mental masyarakat atas inisiatif KKM.
Rajah 4-27 di atas juga menunjukkan bahawa perlunya kaedah dan saluran yang lebih sistematik
diwujudkan sebagai rujukan fakta profil bantuan sebelum menghulurkan bantuan kepada penjaga
OKU. Ini adalah amat penting dalam memastikan sumber yang terhad dapat digunakan sebaik
mungkin dan penyampaiannya tepat kepada golongan sasar.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
105
ANALISIS KEPERLUAN PENJAGA FORMAL
Secara keseluruhannya, tiga bantuan/sokongan yang diperlukan penjaga formal di pusat jagaan
OKU seperti berikut:
1. 88% (188 maklum balas) - Latihan/Kursus spesifik penjagaan OKU
2. 59% (125 maklum balas) - Kewangan
3. 48% (103 maklum balas) - Kesihatan (fizikal dan emosi)
Rajah 4-28: Jenis bantuan/sokongan yang diperlukan oleh penjaga formal
Rajah 4-28 menggambarkan keperluan bantuan latihan atau kursus merupakan perkara paling
penting dan amat diperlukan oleh majoriti pusat jagaan khususnya untuk meningkatkan tahap
kompetensi mereka dalam mengurus OKU dan hal-hal pengurusan pentadbiran pusat jagaan.
4.5.1 Keperluan Bantuan Pendidikan/Latihan/Kursus
Rajah 4-29 di bawah menunjukkan pecahan keperluan bantuan latihan atau kursus mengikut
tempoh beroperasi dan kategori pusat. Secara amnya, pusat jagaan yang beroperasi lebih
daripada 20 tahun didapati lebih banyak memerlukan latihan dan kursus berkaitan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
106
Rajah 4-29: Keperluan latihan mengikut tempoh operasi bagi pusat jagaan OKU
Hasil analisis mengikut tempoh beroperasi mendapati 88.2% daripada pusat jagaan yang
beroperasi kurang daripada sepuluh tahun amat mengharapkan latihan atau kursus lanjutan
dalam pengurusan OKU. Dari segi komposisi bilangan penghuni/pelatih yang dijaga pula,
didapati 38.8% daripada 188 pusat yang memerlukan bantuan ini adalah pusat yang menjaga
lebih daripada 40 orang.
Rajah 4-30: Jenis latihan diperlukan mengikut kategori pusat jagaan OKU
Rajah 4-30 menunjukkan latihan yang paling banyak dikehendaki oleh pusat jagaan OKU ialah
yang berkaitan dengan penjagaan intensif untuk OKU, iaitu sebanyak 129 daripada 288 maklum
balas direkodkan. Latihan berbentuk kursus motivasi/kaunseling dan terapi lebih diperlukan oleh
pusat jagaan seliaan NGO dan swasta.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
107
4.5.2 Keperluan Bantuan Dana/Kewangan
Hasil kajian menunjukkan 125 pusat jagaan memerlukan bantuan kewangan tambahan bagi
melancarkan pengendalian operasi pengurusan. Berdasarkan jumlah itu, 116 pusat menerima
bantuan JKM. Majoriti pusat yang menerima bantuan ini adalah pusat yang menjaga lebih
daripada 40 orang pelatih OKU.
Rajah 4-31: Jenis perbelanjaan yang memerlukan kewangan tambahan
Berdasarkan Rajah 4-31 di atas, kewangan tambahan yang diperlukan ingin digunakan untuk tiga
tujuan utama seperti berikut:
● 71.2%: Pembelian peralatan khas/mainan untuk anak OKU
● 67.2%: Pendidikan atau mendapatkan perkhidmatan terapi daripada pihak
luar/swasta
● 66.4%: Perbelanjaan harian yang meliputi penyediaan makanan harian dan
perbelanjaan pengangkutan
*Nota: Peratusan adalah berdasarkan jumlah keseluruhan 356 maklum balas
Analisis bagi anggaran keperluan kewangan tambahan yang diperlukan mengikut kategori
pusat jagaan OKU dirumuskan seperti berikut:
● Pusat PDK: RM 1,000 hingga RM 5,000
● Pusat jagaan NGO: RM 5,000 hingga RM 20,000
● Pusat jagaan swasta: RM 10,000 hingga RM 30,000
● Pusat jagaan persendirian: RM 5,000 hingga RM 15,000
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
108
4.5.3 Keperluan Bantuan Kesihatan
Kajian ini merekodkan seramai 125 petugas di pusat jagaan OKU memerlukan
bantuan/sokongan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan berada pada tahap terbaik bagi
membolehkan mereka mengurus OKU. Keperluan bantuan ini diperlukan oleh 36% pusat jagaan
yang menjaga lebih daripada 40 orang penghuni/pelatih. Pusat jagaan yang memerlukan
bantuan ini majoritinya mempunyai bilangan petugas antara satu hingga sepuluh orang petugas.
Rajah 4-32: Jenis sokongan kesihatan yang diperlukan oleh penjaga formal
Rajah 4-32 menunjukkan tujuh jenis bantuan/sokongan kesihatan yang diperlukan. Bantuan
pemeriksaan kesihatan secara berkala didapati paling banyak disuarakan oleh petugas yang
ditemui. Mereka berharap pemeriksaan berkala dari aspek kesihatan fizikal dan mental dapat
dijalankan di pusat jagaan bagi kemudahan mereka pada masa hadapan.
4.5.4 Keperluan Bantuan Kemudahan Bangunan
Kemudahan bangunan yang dimaksudkan ialah dari segi pemilikan premis tetap dan bantuan
selenggara kediaman pusat jagaan. Pemantauan sesuatu kemudahan adalah penting bagi
memastikan bangunan yang bakal diguna sebagai pusat jagaan adalah selesa dan luas untuk
menampung jumlah penghuni/pelatih sesebuah pusat jagaan OKU.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
109
Rajah 4-33: Keperluan bantuan kemudahan bangunan oleh penjaga formal
Rajah 4-33 menunjukkan bantuan kemudahan bangunan ini dikehendaki oleh empat kategori
pusat jagaan kecuali pusat jagaan persendirian. Hasil analisis mendapati 30% pusat jagaan yang
menjaga lebih daripada 40 orang penghuni/pelatih memerlukan bantuan ini. Keperluan ini juga
dikehendaki oleh 18.5% (30 maklum balas) pusat kerana pusat PDK tersebut benar-benar
memerlukan kemudahan bangunan yang lebih kondusif bagi menampung penghuni/pelatih yang
semakin bertambah setiap tahun.
4.5.5 Keperluan Bantuan Peralatan Pusat/Pengajaran
Hasil kajian mendapati hanya 26 maklum balas daripada empat kategori pusat jagaan OKU
memerlukan keperluan peralatan kecuali pusat jagaan swasta. Kebanyakan pusat yang
memerlukan kemudahan ini adalah kategori PDK (23 maklum balas). Ini menandakan bahawa
peralatan sedia ada yang terdapat di pusat jagaan khususnya di pusat PDK masih tidak
mencukupi. Berbeza dengan pusat jagaan swasta, yuran tinggi yang dikenakan membolehkan
pusat jagaan swasta mempunyai modal bagi mendapat peralatan secukupnya.
Rajah 4-34: Keperluan bantuan peralatan pusat/pengajaran oleh penjaga formal
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
110
Hasil temu bual mendapati punca masalah ini wujud disebabkan oleh kekurangan sumber
kewangan dan bantuan peralatan daripada agensi-agensi berkaitan. Antara peralatan atau
kemudahan penjagaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
● Peralatan fisioterapi
● Alat bantu belajar
● Peralatan bantu gerak
Analisis mendalam mendapati 20.6% pusat jagaan yang beroperasi kurang daripada 10 tahun
menginginkan keperluan ini dan 21.4% adalah pusat jagaan yang menjaga lebih daripada 40
orang penghuni/pelatih.
4.5.6 Keperluan Bantuan Kenaikan Elaun/Gaji Penyelia/Petugas
Keperluan kenaikan elaun atau gaji petugas telah dinyatakan oleh 21 wakil pusat jagaan OKU
yang ditemui dan pecahan maklum balas mengikut kategori pusat jagaan adalah seperti Rajah
4-35 di bawah.
Rajah 4-35: Keperluan kenaikan elaun/gaji oleh penjaga formal
Keputusan kajian menunjukkan permintaan kenaikan elaun disuarakan oleh 8% daripada 162
pusat PDK yang terlibat dalam kajian ini. Mereka memohon kenaikan elaun petugas kerana
elaun yang diterima sekarang tidak mencukupi, iaitu hanya sebanyak RM 800 sebulan bagi
petugas (di bawah gaji minimum) dan RM 1,200 sebulan bagi penyelia.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
111
4.5.7 Keperluan Bantuan Pengangkutan
Dalam kajian ini, bantuan pengangkutan merupakan bantuan yang dirasakan kritikal dan
penting bagi sesetengah pusat jagaan OKU. Mereka memerlukan kenderaan/pengangkutan
sendiri bagi tujuan mengambil dan menghantar pelatih OKU ke pusat jagaan. Selain itu,
bantuan pengangkutan diperlukan untuk tujuan membawa penghuni/pelatih ke hospital/klinik
bagi mendapatkan rawatan atau penggunaan oleh pihak pengurusan bagi urusan yang
melibatkan pergerakan jarak jauh.
Rajah 4-36: Keperluan bantuan pengangkutan oleh penjaga formal
Rajah 4-36 di atas menunjukkan keperluan bantuan pengangkutan hanya diperlukan oleh 16
pusat jagaan dalam tiga kategori pusat jagaan OKU sahaja. Keperluan berkenaan pengangkutan
ini adalah paling tinggi disuarakan oleh pusat PDK kerana pusat jagaan ini mempunyai jumlah
penghuni/pelatih yang ramai di samping mengelola pergerakan penghuni/pelatih yang tinggal
jauh dari pusat.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
112
ANALISIS JURANG DALAM KAJIAN SISTEM SOKONGAN PENJAGA OKU
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, terdapat beberapa jurang, kelemahan dan
permasalahan yang wujud yang melibatkan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak NGO,
swasta dan masyarakat dalam membantu kumpulan penjaga OKU. Perkara-perkara ini
diperincikan dalam Jadual 4-6 di bawah dan menjadi asas cadangan-cadangan dan pelan
tindakan yang dikemukakan.
Jadual 4-6: Perincian jurang/permasalahan yang wujud berdasarkan dapatan kajian
ISU UTAMA ANALISIS JURANG/ PERMASALAHAN RANCANGAN
PENAMBAHBAIKAN
1. Kefahaman • Kefahaman atau penakrifan • Penentuan taraf sebagai • Penyemakan semula
dan tentang OKU dilihat dari sudut OKU tidak dilihat dari aspek
Penerimaan tahap ketidakupayaan. kesihatan/perubatan definisi/kefahaman takrifan
OKU dan terlebih dahulu. OKU dari aspek kesihatan
Penjaga • Hanya 8.3% daripada 2,333
OKU penjaga tidak formal seperti yang diamalkan di
mendapat bantuan kewangan kebanyakan negara luar.
selain daripada JKM. Ini
menunjukkan masih ramai • Pengurusan bantuan
yang tidak tahu siapa dan apa
keperluan penjaga OKU. perbelanjaan/peruntukan • Kefahaman dan penerimaan
OKU lebih ditekankan atas masyarakat yang menyeluruh.
• Terdapat 20.4% penjaga tidak
formal merasa tersisih dasar kepentingan ‘OKU diterima sebagai
daripada masyarakat kerana ‘kebajikan’. Bantuan sebahagian daripada
mempunyai ahli OKU. kesihatan hanya diberi kehidupan sejagat’ bukan
• Terdapat penjaga tidak mahu sebagai sokongan. sebagai ‘tambahan masalah
didekati kerana enggan identiti Sebahagian besar OKU kehidupan’. Penerimaan
keluarga OKU diketahui
umum disebabkan status/ lebih memerlukan bantuan sepenuh oleh masyarakat
berprofil tinggi (hasil tinjauan). kesihatan khusus (OKU dalam memberi sokongan
mental, autism, pelbagai). sosial dan moral akan
• Tiada sebaran maklumat
berkaitan penjaga OKU memberi kesan yang besar
dijalankan pada peringkat terhadap penjaga OKU.
Kementerian/Jabatan. • Kewajaran dan
keseragaman agihan
bantuan/sokongan yang • Pelaksanaan Program
kurang jelas. Asas Kesedaran Komuniti yang
keutamaan bantuan OKU menyeluruh
berubah mengikut keadaan
dan situasi. • Meningkatkan kesedaran
dalaman (peringkat
pelaksana/penyedia
perkhidmatan)
HASIL: Perbezaan yang
ketara kerana kefahaman
dan penerimaan masyarakat
adalah pada tahap rendah
dan hal ini mempengaruhi
dan memberi impak ke atas
pengurusan bantuan OKU
dan penjaga secara tidak
langsung.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
113
ISU UTAMA ANALISIS JURANG/ PERMASALAHAN RANCANGAN
PENAMBAHBAIKAN
• Menurut WHO, anggaran • Pada masa sekarang • Data yang dikumpul
OKU yang terdapat di pendaftaran OKU/penjaga sewajarnya mencerminkan
sesebuah negara adalah 15% OKU tidak diwajibkan. populasi OKU sebenar
mengikut bangsa dan kategori
daripada populasi penduduk. • Sebab-sebab OKU tidak OKU yang ada di Malaysia
Analisis mendapati OKU berdaftar dengan JKM dan (20%-30% pangkalan data
berdaftar di Malaysia isu yang sering diutarakan OKU).
sehingga Jun 2019 hanya adalah:
sekitar 2%. • Penjaga OKU yang berhak
dibantu perlu berdaftar.
• Data OKU berdaftar sedia ada • Ibu bapa/penjaga OKU tiada Penjaga OKU yang layak akan
lebih cenderung pada OKU kesedaran untuk diberi pengiktirafan.
fizikal dan OKU pembelajaran mendaftarkan OKU dengan
dan 61% yang terdiri daripada • Meningkatkan pendaftaran
2. Pendaftaran JKM. OKU
OKU dan
Penjaga bangsa Melayu mungkin tidak • Tiada dokumen pengenalan • Mewujudkan pengiktirafan
OKU mencerminkan keadaan diri/ bukan warganegara. dan pendaftaran penjaga
sebenar. OKU
• Kebimbangan tentang isu
• Terdapat 18 daripada 213 perlindungan diri/ insurans
pusat jagaan OKU yang OKU.
terlibat dalam kajian
menerima, menjaga atau
melatih OKU tidak berdaftar. HASIL: Perbezaan yang
ketara kerana masih ramai
OKU belum berdaftar dan
pengenalpastian penjaga
OKU masih belum ada.
3. Data dan • Maklumat OKU/penjaga OKU • Pengurusan bantuan OKU • Melaksanakan penyelarasan
Maklumat sedia ada adalah terasing kebanyakan dikendalikan di data setempat/berpusat untuk
OKU/ mengikut Kementerian/ peringkat persekutuan mengelakkan pertindanan
Penjaga Jabatan/Agensi (berlaku (kementerian/jabatan) dan data.
OKU pertindanan data). kerajaan negeri tiada
pangkalan data OKU/ • Agihan bantuan/sokongan
• Kesukaran bagi pihak penjaga OKU yang rasmi. kepada penjaga akan lebih
berkepentingan untuk jelas, telus dan sistematik
membuat rujukan sebab • OKU/penjaga OKU tidak untuk mengelakkan
depositori data yang terasing. memaklumkan/ mengemas pertindanan agihan
kini data di JKM. bantuan/sokongan.
• Data OKU berdaftar yang
diterima daripada JKM tidak • Pengemaskinian data OKU • Membangunkan pangkalan
dikemas kini contohnya tidak dibuat secara berkala. data bersepadu.
nombor telefon.
HASIL: Perbezaan yang
• Maklumat penjaga yang ketara yang mana data
didaftarkan kadang kala penjaga OKU masih belum
bukanlah penjaga sebenar. ada secara spesifik.
Hal ini dikenal pasti ketika
proses pengumpulan data
dibuat.
• Ketiadaan data dan maklumat
lengkap tentang penjaga
OKU menyukarkan pihak
penyedia bantuan (kerajaan
negeri, NGO, pihak swasta)
mengenal pasti tahap
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
114
ISU UTAMA ANALISIS JURANG/ PERMASALAHAN RANCANGAN
keperluan sebenar penjaga PENAMBAHBAIKAN
OKU.
• Hanya terdapat Akta OKU. • Masih belum ada • Pelan perancangan bagi
Dasar/Akta bagi Penjaga pelaksanaan Mekanisme
• Tiada perancangan OKU dan tumpuan Sistem Sokongan Penjaga
berstruktur dan menyeluruh bantuan/sokongan hanya OKU yang tersusun dan
untuk membantu penjaga diberikan kepada OKU. bersasar.
OKU pada peringkat kerajaan
negeri kecuali Selangor dan • Hala tuju dan strategi untuk • Mewujudkan dasar/akta
P.Pinang (bantuan membantu penjaga OKU penjaga OKU.
4. Hala tuju kewangan). Bantuan yang masih dalam perancangan. • Menggubal Pelan Strategik
Pengurusan hendak disalurkan bergantung HASIL: Perbezaan yang
Penjaga Penjaga OKU.
OKU sepenuhnya pada peruntukan
kerajaan negeri atau lain-lain
ketara yang mana
pihak berkepentingan.
perancangan strategik
penjaga OKU masih pada
peringkat awal.
• Tiada kerjasama antara pihak • Hubungan, peranan dan • Penglibatan kesemua agensi
yang terlibat dalam skop pelaksanaan tugas dirancang secara holistik,
pelaksanaan pengurusan antara NGO, Swasta dalam jelas dengan perincian bidang
OKU dan penjaga. mengendalikan pengurusan
penjaga OKU belum kuasa, peranan dan fungsi
diketengahkan. masing-masing yang
• Kurang kerjasama daripada berpandukan Perancangan
agensi-agensi penyedia • Tiada penyelarasan untuk
mendapatkan kerjasama Strategik Penjaga OKU.
perkhidmatan dalam memberi dan sokongan padu
sokongan bantuan kepada daripada semua pihak yang • Terdapat satu badan yang
5. Penyelarasan terlibat.
Akauntabiliti Pusat-pusat Jagaan OKU boleh mewakili semua NGO
dan yang memerlukan bantuan • Tiada kesatuan yang OKU dalam mengenal pasti
Kerjasama akibat kurang tahap menyatukan kesemua NGO keperluan OKU dan penjaga
antara pihak OKU dan penyertaan NGO
Kementerian, kesedaran dalam hal lain kurang menonjol dalam serta memastikan mereka
Kerajaan berkaitan OKU. isu-isu berkaitan OKU. mendapat hak-hak
Negeri, NGO, • Maklumat kadangkala tidak HASIL: Penyelarasan sedia sewajarnya.
Swasta, dan sampai ke pihak pelaksana ada perlu ditingkatkan untuk
Komuniti dan dibuat secara dalaman mendapatkan kerjasama dan • Meningkatkan kualiti tadbir
dan kadangkala terasing. sokongan padu daripada urus perkhidmatan
semua pihak yang terlibat. bantuan/sokongan bersepadu
• NGO bergerak secara penjaga OKU.
‘sendirian’ dengan agenda
tersendiri untuk mencapai • Menyelaraskan penglibatan
matlamat masing-masing. bersepadu kumpulan
sokongan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
115
ISU UTAMA ANALISIS JURANG/ PERMASALAHAN RANCANGAN
PENAMBAHBAIKAN
• Majoriti penjaga tidak formal • Pusat rujukan bagi • Penyediaan direktori
tidak tahu sumber-sumber bantuan/sokongan yang maklumat tentang
yang ada bagi mendapatkan sedia ada terhad di pengurusan OKU dan
bantuan kewangan dan bukan JKMN/JKMD yang sukar pengendalian kesihatan dan
kewangan seperti program/ dicapai semua bantuan OKU yang lengkap.
bengkel kemahiran OKU/penjaga OKU. • Saluran maklumat yang jelas
penjagaan, kaedah terapi cara
kerja yang mudah yang boleh • Kaedah penyampaian dan boleh dicapai oleh mana-
perkongsian informasi, panduan/ manual mana pihak dan peringkat.
dipelajari, tentang penjagaan,
pengalaman dan lain-lain.
pengurusan kesihatan OKU • Penglibatan yang menyeluruh
• Pihak NGO dan swasta tidak tidak efisien. daripada semua pihak dalam
tahu sumber rujukan bagi menyediakan maklumat
mendapatkan maklumat • Tiada laman sesawang khas (NGO, swasta, universiti dan
keperluan OKU dan penjaga atau buku panduan yang
yang tepat dan bantuan sukar mudah untuk dirujuk oleh sebagainya)
disalurkan. Maklumat tentang penjaga bagi hal berkaitan
6. Maklumat kemudahan-kemudahan penjagaan dan khidmat
Rujukan sedia ada untuk penjaga/ OKU penyedia bantuan daripada
bagi OKU juga tidak lengkap dan agensi lain. • Menyediakan direktori khas
dan Penjaga setempat. dan manual maklumat
OKU bantuan penjaga OKU.
• Saluran dan sebaran
maklumat yang disediakan
lebih tertumpu pada peringkat
pengurusan OKU di HASIL: Perbezaan yang
Kementerian. sedikit ketara kerana
• Penyediaan maklumat yang maklumat OKU yang ada
tersendiri oleh mana-mana tidak tersebar dengan lebih
pihak. luas untuk diguna oleh
penjaga OKU amnya.
• Urusan permohonan bantuan • Penyelarasan keperluan • Penilaian keperluan bantuan
dilaksanakan mengikut pusat bantuan OKU dan penjaga dilaksanakan oleh kumpulan
masing-masing. OKU dilaksanakan mengikut pakar yang akan mengambil
pusat masing-masing. kira profil penjaga OKU,
• Bantuan/sokongan sedia ada kriteria/faktor kelayakan,
untuk penjaga OKU amat • Tiada keseragaman dalam senarai lengkap sumber
kurang berbanding OKU. menilai dan memantau bantuan dan permohonan
7. Penyelarasan keperluan, dan akan dipantau
Keperluan • Bantuan/sokongan yang keperluan bantuan. menerusi sistem automasi
Bantuan keperluan bantuan untuk
Penjaga OKU disediakan oleh pihak NGO • Profil penjaga, kriteria menyelaraskan permohonan
lebih kepada penjaga OKU kelayakan, senarai lengkap keperluan penjaga OKU.
yang mendaftarkan anak bantuan dan sumber
mereka di pusat jagaan bantuan masih belum
kelolaan NGO tersebut. lengkap.
• Perancangan dan penilaian
• Tiada ‘badan perantara’ keperluan penjaga.
yang menghubungkan
kerjasama kementerian- • Mewujudkan/melantik bagi
badan bebas
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
116
ISU UTAMA ANALISIS JURANG/ PERMASALAHAN RANCANGAN
insitusi negeri-NGO-agensi PENAMBAHBAIKAN
swasta- komuniti).
menyelaras keperluan OKU
dan penjaga OKU.
HASIL: Perbezaan yang
ketara yang mana
penyelarasan keperluan
bantuan OKU dan penjaga
OKU dilaksanakan mengikut
pusat masing-masing.
• Maklum balas tentang • Kajian mengenai • Mengenal pasti tahap
masalah-masalah yang kemurungan dan kesihatan mental ibu bapa/
dihadapi oleh penjaga formal kebimbangan dalam penjaga kepada OKU dan
cenderung pada aspek emosi. kalangan ibu bapa/ penjaga faktor-faktor yang
Tekanan kewangan boleh OKU bagi konteks di mempengaruhi kesihatan
menjadi punca masalah Malaysia perlu dijalankan mental ibu bapa/penjaga
kesihatan mental. kerana kajian yang mengikut kategori OKU.
• Dapatan kajian lepas yang berpandukan konteks • Mendapatkan kerjasama
mendapati tahap kesihatan tempatan masih kurang dengan bahagian
mental/emosi ibu bapa kanak- penyelidikan di universiti-
8. Tahap kanak OKU yang rendah berbanding kajian-kajian universiti agar
Kesihatan menjadi punca penderaan yang telah dijalankan di baharu dapat penemuan
Emosi negara-negara Barat. dikongsi
Penjaga
kanak-kanak OKU (Goldman bersama.
et al., 2003; Sobsey, 1994). HASIL: Perbezaan yang • Meningkatkan
ketara kerana kajian perkhidmatan rawatan
berkaitan penjaga OKU di kesihatan dan sokongan
Malaysia masih kurang.
kesihatan.
• Menjalankan Kajian Tahap
Kesihatan Mental Ibu
Bapa/Penjaga OKU.
• Pengurusan dan pentadbiran • Penyelia tiada pengetahuan • Kepiawaian struktur
beroperasi mengikut penyelia yang baik dalam pentadbiran pusat jagaan
pusat jagaan. pengurusan pusat jagaan. OKU dipatuhi oleh semua
pusat jagaan OKU yang
• Keperluan kursus/latihan • Sukar mendapatkan berdaftar.
penjagaan OKU yang lebih petugas yang kompeten dan
intensif amat diperlukan oleh berminat dalam penjagaan • Pemantauan sistematik bagi
9. Pengurusan penjaga di pusat jagaan OKU. OKU. pengurusan pemberian geran,
bantuan, program kepada
Pusat • Kakitangan/petugas di pusat • Pemberian elaun/gaji, pusat jagaan secara telus dan
Jagaan OKU jagaan OKU tidak kompeten. saksama.
insentif dan manfaat lain
yang kurang menarik
• Pusat jagaan OKU perlu dana berbanding beban tugas • Kaji semula pematuhan
tambahan untuk membayar yang terpaksa dipikul kepiawaian struktur
khidmat profesional swasta menyebabkan
kerjaya pentadbiran pusat jagaan
kerana kekurangan ahli terapi/ sebagai petugas pusat OKU.
khidmat pakar.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
117
ISU UTAMA ANALISIS JURANG/ PERMASALAHAN RANCANGAN
PENAMBAHBAIKAN
• Kebanyakan petugas di pusat jagaan kurang diminati dan • Memantapkan latihan
jagaan OKU tidak kompeten motivasi petugas menurun. penyelia dan petugas
dan berkhidmat dalam tempoh melalui hospital/klinik
singkat. • Tiada penyelarasan
pemantauan pengurusan kesihatan.
• Terdapat 27% pusat jagaan pentadbiran pusat jagaan • Peranan kumpulan
yang mana seorang petugas OKU. sokongan dalam
menjaga lebih lima orang menyediakan bantuan
penghuni/pelatih dalam satu- tenaga pakar dan petugas
satu masa. HASIL: Perbezaan yang kompeten.
• Hanya 54% pusat jagaan OKU ketara tentang pentadbiran • Pengwujudan tugas rasmi
mempunyai petugas sukarela. pusat jagaan OKU iaitu tidak sebagai ‘Penjaga OKU’.
semua mematuhi kepiawaian
tadbir urus, penentuan • Meningkatkan kestabilan
petugas yang kompeten dan pekerjaan penjaga OKU.
kebajikan petugas.
• Kemudahan pengangkutan • Tiada maklumat yang jelas • Menyelaras keperluan
bagi OKU merupakan tentang prosedur bagi pengangkutan bagi
keperluan utama bagi mendapatkan khidmat kegunaan pusat jagaan/
sesetengah pusat jagaan sokongan pengangkutan
OKU (hasil tinjauan dan FGD). daripada JKMD. penjaga OKU.
• Kebanyakan penjaga tidak
formal membelanjakan
pendapatan mereka untuk kos
pengangkutan bagi
menghantar OKU ke pusat
jagaan atau sekolah
pendidikan khas yang terletak
jauh dari kediaman.
• Statistik menunjukkan • Cara pengurusan • Mempertimbangkan agar
bilangan pusat PDK /pengendalian bagi mewujudkan pusat PDK
meningkat saban tahun pengoperasian pusat PDK mengikut kategori OKU bagi
sejajar dengan pertambahan yang tidak selaras. pemantauan penjagaan yang
bilangan pelatih yang lebih baik.
berdaftar bagi program PDK.
Peruntukan perbelanjaan • Tiada penilaian atau • Mewujudkan identiti atau imej
sehingga 90 juta setahun oleh semakan modul seperti tersendiripusat PDK yang
kerajaan menunjukkan usaha mana yang diguna pakai mudah dikenali oleh
membantu golongan OKU oleh pusat jagaan NGO atau masyarakat.
serta ibu bapa/penjaga dalam swasta.
mendapatkan penjagaan dan
latihan sewajarnya.
• Kebanyakan pusat PDK yang • Tiada pengkhususan • Menambah baik dan
beroperasi kurang 10 tahun menyelaras modul program
penjagaan OKU mengikut PDK.
memerlukan kursus intensif kategori dan menyebabkan
untuk meningkatkan
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
118
ISU UTAMA ANALISIS JURANG/ PERMASALAHAN RANCANGAN
PENAMBAHBAIKAN
kemahiran dan kelengkapan kesukaran mengawal dan
pengajaran. menjaga pelatih.
• Kesemua pusat PDK didapati
menjaga pelbagai kategori
OKU iaitu tidak spesifik pada
kategori tertentu.
• Pihak jabatan/institusi negeri • Bantuan yang diperolehi • Menjadikan program CSR
kekurangan kakitangan untuk pusat jagaan adalah melalui pusat jagaan OKU dan
turun padang sekiranya ada aktiviti CSR yang dijalankan penjaga OKU di rumah
program tambahan berkaitan oleh segelintir GLC atau sebagai fokus utama.
OKU yang dijalankan, dan pihak swasta sahaja.
liputan kawasan program • Meningkatkan kesedaran
ziarah OKU yang besar di • Peranan wakil rakyat tidak masyarakat kepentingan bagi
samping kekangan masa diketengahkan dalam membantu komuniti yang
untuk menyelaras aktiviti mempunyai ahli OKU.
mendekati penjaga OKU. membantu keluarga OKU
atau pusat jagaan OKU di • Mempelbagaikan usaha
dalam kawasan mereka. mendapatkan
bantuan/sokongan
10. Penglibatan • Kekangan masa sukarelawan • Tiada penglibatan kewangan selain kerajaan.
Komuniti dalam memberi khidmat menyeluruh daripada
dalam penjagaan OKU sama ada di pelbagai peringkat • Penambahbaikan
Membantu pusat jagaan atau di rumah. masyarakat infrastruktur, utiliti dan
OKU dan membantu untuk kemudahan pusat jagaan
Penjaga • Pihak NGO kekurangan penjaga. OKU dan menerusi program CSR oleh
OKU kakitangan dan sukarelawan pihak GLC/swasta.
bagi menjalankan program
untuk OKU/penjaga OKU.
• Terdapat pusat jagaan OKU HASIL: Perbezaan yang
memerlukan dana tambahan sedikit ketara kerana
untuk penyelenggaraan penglibatan dan sokongan
masyarakat masih rendah
bangunan pusat, penbayaran dalam menangani isu-isu
utiliti seperti bil air, elektrik, OKU.
sewa bangunan, cukai tanah
dan sebagainya.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
119
ISU UTAMA ANALISIS JURANG/ PERMASALAHAN RANCANGAN
PENAMBAHBAIKAN
• Anggaran nilai sumbangan • Peningkatan permintaan • Anggaran nilai sumbangan
ekonomi penjagaan OKU terhadap penjagaan tidak ekonomi penjagaan OKU
adalah berdasarkan bilangan formal, dan apa yang paling yang lebih tepat untuk
OKU berdaftar iaitu 542,918 ketara pada masa ini adalah menggambarkan satu nilai
setakat April 2019, jumlah jam pengurangan penawaran sumbangan untuk
penjagaan sebulan oleh dalam menyediakan pertumbuhan KDNK dan
kedua-dua kategori penjaga penjagaan OKU. kesan dalam sosioekonomi
bekerja (66.9%-penjagaan negara.
selama lapan jam di rumah) • Meningkatnya tahap
dan tidak bekerja (33.1%-
ketidakupayaan dalam • Melaksanakan Kajian Nilai
penjagaan selama 16 jam di komuniti, iaitu berkaitan Sumbangan Ekonomi
rumah), dan anggaran kadar dengan populasi OKU yang Penjagaan OKU di Malaysia.
11. Nilai bayar sebulan penjagaan
Sumbangan OKU adalah RM 2,500. semakin meningkat dan
Ekonomi penuaan.
Penjagaan
OKU • Jumlah jam terlibat adalah • Kecenderungan lebih
175,793,040 jam sebulan dan rendah terhadap
kos jagaan sebanyak RM menyediakan penjagaan
559,635,460 sebulan. Maka, tidak formal.
secara keseluruhan,
anggaran nilai sumbangan
ekonomi penjagaan oleh HASIL: Perbezaan yang
penjaga OKU berdaftar ketara iaitu nilai sumbangan
adalah RM 6.7 billion ekonomi dipengaruhi oleh
setahun.
bilangan OKU berdaftar.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
120
Rajah 4-37 menunjukkan bahawa hanya pihak KPWKM mendapat peruntukan dana/bajet untuk
mengurus hal ehwal komuniti OKU dan dana ini disalurkan melalui JKM (peringkat Persekutuan),
JPOKU dan JKM Negeri manakala pihak KKM dan KPM termasuk agensi-agensi lain menyokong
komuniti OKU tanpa sokongan bajet khas daripada kerajaan persekutuan. Penyaluran bantuan
adalah berdasarkan data yang disimpan pada peringkat Kementerian/Jabatan masing-masing
yang mana kemungkinan berlaku pertindanan data. Pada masa yang sama, belum ada inisiatif
strategik untuk mengumpul data dan maklumat golongan komuniti penjaga, dan seterusnya
membantu atau menyokong keperluan golongan ini.
Rajah 4-37: Penglibatan pihak berkepentingan di dalam aktiviti berkaitan OKU
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
121
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
122
5 HASIL KAJIAN PENANDAARASAN DAN AMALAN TERBAIK
KAJIAN PENANDAARASAN BAGI SISTEM SOKONGAN PENJAGA OKU
Kajian penandaarasan bagi penjagaan OKU dapat ditakrifkan sebagai proses perbandingan
antara negara yang berprestasi tinggi dan berjaya dalam menyediakan sistem bantuan dan
sokongan khusus kepada penjaga OKU. Kajian penandaarasan pada peringkat antarabangsa
juga dapat mempamerkan beberapa amalan terbaik dalam pentadbiran dan pengurusan
penjagaan OKU yang boleh dipelajari dan diterapkan di Malaysia. Hasil kajian penandaarasan ini
diperoleh melalui dua pendekatan iaitu pengumpulan maklumat daripada kajian ilmiah dan
lawatan kajian ke New Zealand.
Lawatan penandaarasan adalah sebahagian daripada keperluan kajian ini. Merujuk pada
beberapa kajian ilmiah yang telah dilakukan, New Zealand merupakan salah satu daripada lima
negara teratas yang mempunyai sistem sokongan yang menyeluruh terhadap penjaga OKU dan
mempunyai populasi penduduk daripada pelbagai kumpulan etnik. Pemilihan New Zealand untuk
lawatan penandaarasan telah dipersetujui dan diluluskan oleh pihak KPWKM.
Tujuan lawatan ke beberapa agensi kerajaan di New Zealand diringkaskan seperti berikut:
1. Untuk memahami tentang dasar atau polisi semasa, rangka kerja dan program-program
yang berkaitan dalam melaksanakan sistem sokongan penjaga OKU secara lebih
mendalam menerusi perbincangan terus bersama wakil MSD dan MOH NZ.
2. Untuk mendapatkan pandangan secara terus daripada beberapa organisasi sokongan
OKU (Disability Services and Support Organizations) yang terlibat dalam aktiviti dan
program sokongan penjaga OKU di New Zealand.
3. Untuk mendapatkan input dan maklumat hasil penyelidikan oleh para penyelidik di
Universiti Victoria bagi tujuan perbandingan.
Antara elemen penilaian dalam perbandingan penandaarasan (comparative benchmarking
approach) yang digunapakai adalah:
1. Asas pembangunan sistem sokongan penjaga OKU - Dasar/Akta Penjaga OKU;
2. Perancangan dan hala tuju pembangunan sistem sokongan penjaga OKU - Pelan
Strategik Penjaga OKU;
3. Kerangka pelaksanaan mekanisme sistem sokongan penjaga OKU;
4. Jenis sokongan/bantuan semasa dan saluran sumbangan bantuan;
5. Kaedah penyaluran bantuan; dan
6. Amalan terbaik dalam pelaksanaan sistem sokongan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
123
5.1.1 Penglibatan Kementerian/Agensi Dalam Sistem Sokongan Penjaga OKU di New
Zealand
Semasa lawatan penandaarasan ke New Zealand, satu perbincangan telah diadakan bersama
wakil daripada pihak kementerian dan agensi-agensi seperti yang tertera dalam Jadual 5-1 di
bawah.
Jadual 5-1: Kementerian dan agensi terlibat dalam lawatan penandaarasan di New Zealand
PERANAN KEMENTERIAN DAN AGENSI YANG TERLIBAT DALAM LAWATAN PENANDAARASAN
Ministry of Social Office of Disability adalah tempat tumpuan di dalam kerajaan mengenai
Development (MSD) isu-isu OKU/kecacatan.
Dept: Office of
Disability Issues Berperanan menyelaras dan melaporkan pelaksanaan Konvensyen
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak OKU, Strategi
Kerajaan Ketidakupayaan New Zealand (New Zealand Disability Strategy) dan
Pelan Tindakan OKU serta berkongsi idea dan meningkatkan
Ministry of Health pemahaman tentang isu-isu yang penting bagi golongan OKU.
(MoH)
Kumpulan Servis Sokongan Ketidakupayaan (Disability Support
Dept: Disability Services Group) adalah sebahagian daripada Perkhidmatan
Support Services Pentauliahan, Kementerian Kesihatan.
(Family and
Community Support Bertanggungjawab memantau program yang berkaitan dalam
Team) menyokong sistem OKU dan penjaga mereka terutamanya untuk
penjagaan di rumah dan sokongan masyarakat, pembangunan kanak-
Disabled Care Matters / kanak, perkhidmatan sokongan tingkah laku, pembiayaan individu,
People’s National Carer perkhidmatan harian dan program pembangunan gangguan spektrum
Organisations Learning and autisme.
(DPOs) Wellbeing Resource
Service Carer Matters menyediakan pelbagai sokongan untuk meningkatkan
kesihatan dan kesejahteraan penjaga, keluarga dan OKU melalui
SAMS (Standard & penyediaan maklumat pembelajaran semasa, berkaitan, konsisten dan
Monitoring Services) boleh diakses.
SAMS adalah platform perkongsian dengan OKU, keluarga, agensi-
agensi dan pihak berkepentingan yang lain untuk meningkatkan khidmat
masyarakat bagi orang-orang yang mempunyai kecacatan dan/atau isu-
isu kesihatan mental.
NGO Aspire Canterbury Aspire Canterbury telah menjadi sebahagian daripada masyarakat
(Disabled Persons kurang upaya Canterbury selama lebih 30 tahun. Persatuan yang terbina
Centre Trust) bukan untuk keuntungan itu menawarkan sokongan percuma, memberi
nasihat dan menyalurkan sumber bantuan yang bersesuaian.
Universiti Victoria University Melaksanakan kajian-kajian yang melibatkan OKU dan penemuan
terbaru bagi isu OKU, cabaran sokongan dan cadangan baru akan
dikongsikan kepada pihak berkaitan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
124
MAKLUMAT ASAS TENTANG PENJAGA OKU DI NEW ZEALAND
Di New Zealand, kumpulan penjaga OKU terdiri daripada pelbagai kaum dan kebanyakan rakyat
New Zealand mengambil peranan dan tanggungjawab untuk menjaga OKU yang terdiri daripada
pelbagai peringkat umur. Ciri-ciri seorang penjaga sering dikaitkan menerusi hubungan sedia ada
dengan OKU yang dijaga, jantina, pengaruh budaya kehidupan, lokasi geografi serta pelbagai
faktor lain.
Kebanyakan penjaga OKU di New Zealand adalah perempuan dewasa dalam sebuah keluarga
yang biasanya menjaga saudara-mara mereka yang lebih tua, atau anak-anak yang mempunyai
masalah kesihatan atau kecacatan. Pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 430,000 penjaga
tidak dibayar iaitu mewakili 13% daripada penduduk dewasa di negara tersebut. Merujuk pada
jumlah ini, didapati 63% adalah wanita yang berumur dalam lingkungan umur 50 hingga 54 tahun.
Kumpulan penjaga di New Zealand dibahagikan mengikut beberapa kategori:
• Ciri-ciri demografi contohnya umur, jantina, etnik dan status sosio-ekonomi; dan
• Ciri-ciri keadaan orang OKU yang dijaga.
Secara keseluruhannya, etnik penjaga umumnya mencerminkan komposisi etnik New Zealand
yang mempunyai penduduk yang tertabur lebih luas seperti taburan etnik dalam Jadual 5-2 di
bawah:
Jadual 5-2: Penjaga yang mendapat bantuan SLP mengikut kumpulan etnik
ETNIK BILANGAN PENJAGA
Maori NZ 3,280
European 2,599
Pacific People 1,431
Lain-lain 1,088
Tidak diketahui 243
JUMLAH 8,641
Impak Khidmat Penjagaan OKU Terhadap Ekonomi New Zealand
Satu kajian tentang pengiraan yang melibatkan kos buruh jika perkhidmatan penjagaan OKU
disediakan secara komersial dan bukan oleh keluarga/saudara telah dilakukan oleh Grimmond
(2014:8) yang menyatakan sumbangan nilai ekonomi penjagaan OKU di New Zealand boleh
diungkapkan sebagai:
Anggaran menunjukkan bahawa jika penjagaan tidak dibayar berpindah daripada sektor sukarela
ke sektor ekonomi pasaran, ia akan mempunyai nilai sekurang-kurangnya $ 7.3 bilion (atau 3.4%
daripada KDNK) dan mampu meningkat menjadi $ 23.3 bilion (atau 10.8% daripada KDNK).
Anggaran daripada kajian menunjukkan gaji penjaga bernilai $ 10.8 bilion (atau 5.0% daripada
KDNK).
Kos penjagaan OKU boleh dikategorikan kepada:
1. Kos yang berkaitan dengan kerja, akibat daripada keadaan pekerjaan yang berubah
setelah terlibat dalam menguruskan penjagaan OKU; dan
2. Perbelanjaan out-of-pocket, termasuk bayaran langsung bagi barangan dan kos
perkhidmatan penjagaan OKU.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
125
PELAKSANAAN SISTEM SOKONGAN PENJAGA OKU DI NEW ZEALAND
• Di New Zealand, hal ehwal dan peruntukan kewangan penjaga OKU adalah tertakluk di
bawah Kementerian Kesihatan (Ministry of Health, MOH NZ) dan Kementerian Pembangunan
Sosial (Ministry of Social Development, MSD) manakala pengurusan penjaga OKU terletak di
bawah bidang kuasa Deparment Disability Support Service, MOH NZ.
• MSD menyediakan sokongan kepada penjaga yang tidak dapat bekerja dan/atau memerlukan
sokongan pendapatan.
• MOH NZ dan Lembaga Kesihatan Daerah (Board of District Health, DHBs) memberi fokus
pada penjaga OKU yang menghadapi masalah kesihatan.
• Accident Compensation Corporation (ACC) menyediakan pampasan kepada mereka yang
memerlukan penjagaan kerana kecederaan.
• Carers Alliance (CA) adalah sebuah badan khas yang dilantik untuk:
1. Mewujudkan hala tuju dan pelan strategik;
2. Menguruskan Sistem Pangkalan Data Penjaga OKU;
3. Memantau keperluan penjaga OKU; dan
4. Menyelaras penglibatan kesemua NGO dan DPO.
Kesemua badan-badan/organisasi penjagaan OKU, pihak swasta dan komuniti akan berurusan
tentang keperluan mereka melalui CA untuk mendapatkan apa juga bentuk bantuan dan
sokongan yang diperlukan.
Penjaga OKU yang memerlukan apa-apa bantuan akan merujuk pada mana-mana badan
organisasi perkhidmatan kurang upaya atau mana-mana pihak yang akan menyalurkan
permintaan bantuan menerusi CA. Semua penjaga akan didaftar dan penilaian keperluan akan
dibuat. Seterusnya, sumber bantuan dan sokongan yang diperlukan akan dikenal pasti.
Antara keperluan yang disediakan adalah direktori maklumat, program latihan dan kesihatan,
penjagaan sementara (respite care) dan kemudahan alat bantuan OKU. Hasil lawatan penanda
aras dan mekanisme pelaksanaan sistem sokongan penjaga OKU di New Zealand dirumuskan
seperti dalam Rajah 5-1.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
126
Rajah 5-1: Mekanisme sistem sokongan kepada penjaga OKU di New Zealand
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
127
5.3.1 Dasar dan Akta Penjaga OKU di New Zealand
Dasar Family Care dibiayai dan ditadbir oleh bahagian Disability Support Services, MOH NZ dan
Lembaga Kesihatan Daerah New Zealand. Bahagian 4A Akta Kesihatan Awam Kurang Upaya
New Zealand 2000 memperuntukkan bahawa MOH NZ dan Lembaga Kesihatan Daerah New
Zealand mempunyai dasar penjagaan keluarga yang membolehkan penjaga OKU dibayar bagi
menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk ahli keluarga. Dasar juga mengehadkan segala
aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Mahkamah mengenai
pelanggaran Akta Hak Asasi Manusia 1993 yang berkaitan penjagaan keluarga. Susulan
daripada Akta ini, Funded Family Care telah dikeluarkan.
Funded Family Care ialah bantuan pembiayaan kesihatan bagi penjaga atau ahli keluarga OKU
yang lebih daripada 18 tahun dengan menyediakan sokongan penjagaan diri dan/atau
pengurusan rumah tangga. Pembayaran bagi orang yang menjaga ahli keluarga dianggap
sebagai satu keperluan utama penjaga terutamanya mereka yang menguruskan penjagaan OKU
yang berada dalam keadaan kesihatan kronik, mahupun yang mempunyai masalah kesihatan
mental.
5.3.2 Pelan Strategik Bagi Penjaga OKU di New Zealand
Pelan Strategik Penjaga OKU yang pertama telah digubal pada 2014 bagi tempoh lima tahun.
Pelan Strategik Penjaga OKU telah diperbaharui menjadi Pelan Strategik Penjaga OKU 2019-
2023. Perancangan Strategik Penjaga OKU yang terkini dirumuskan menerusi empat teras utama
seperti berikut:
Recognising - Recognising carers and their contributions
Navigating - Ensuring carers receive supports and services
Supporting - Caring for carers – supporting wellbeing and building skills
Balancing - Supporting paid work, study and other opportunities
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
128
Jadual 5-3: Tindakan strategik yang terkandung dalam Dokumen Pelan Strategik Penjaga
New Zealand
TINDAKAN STRATEGIK BAGI SETIAP TERAS
TERAS 1 : Recognising carers and their contributions
1 Memantapkan mekanisme dan perundangan penjagaan secara terperinci bagi menguruskan penjaga dan
keperluan mereka secara efisien dan efektif.
2 Membangunkan kempen nasional untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjaga seperti
mengadakan Hari Penjaga Negara.
3 Memahami keperluan penjaga secara khusus, terutamanya golongan penjaga muda, penjaga tua, orang
Maori, penjaga Pasifik, dan penjaga yang tidak dikenali dengan mewujudkan satu dana penyelidikan penjaga.
4 Meningkatkan perincian maklumat profil penjaga dengan menambah baik kaedah pengumpulan data yang
sedia ada.
5 Menggalakkan sumbangan idea dan pandangan daripada golongan penjaga muda dalam pembangunan
dasar, termasuk mewujudkan semula Lembaga Penasihat Penjaga Muda.
TERAS 2: Ensuring carers receive supports and services
6 Bekerjasama secara bersepadu dengan keluarga, OKU, badan/agensi penyediaan penjagaan, dan sektor
penyedia perkhidmatan bagi mendapat manfaat menyeluruh melalui pendekatan menguruskan OKU.
7 Mengukuhkan proses pelaksanaan dan pemantauan bagi semua aspek dalam sistem sokongan penjaga OKU
untuk pemberian bantuan yang sedia ada.
8 Mempertingkatkan penglibatan antara orang yang memerlukan penjagaan, penjaga mereka, dan memberi
sokongan sepadu kepada agensi penyedia bantuan.
9 Mengenal pasti alat Whanau berpusat dan inisiatif dalam menyediakan pendekatan responsif kepada penjaga
Māori dan Whanau.
10 Meningkatkan kualiti, akses dan ekuiti kepada perkhidmatan di seluruh New Zealand untuk membolehkan
penjaga berehat seketika (termasuk dalam Belanjawan Fleksibel New Zealand) (Disability Respite).
TERAS 3: Caring for carers – supporting wellbeing and building skills
11 Membantu penjaga mengakses maklumat yang berkaitan tentang peranan penjagaan melalui Platform
Informasi yang boleh dicapai.
12 Kemas kini Panduan Penjaga untuk memastikan ia relevan bagi kumpulan penjaga yang berbeza.
13 Memberi laluan kepada penjaga muda dan keluarga mereka dalam menyediakan kemudahan mengakses
sokongan yang mereka perlukan.
14 Membangun dan melaksanakan inisiatif memelihara dan mengembangkan rangkaian sosial bagi penjaga
OKU yang lebih tua.
15 Mengambil kira Kesihatan Mental dan Ketagihan (Mental Health and Addiction). Cadangan untuk keluarga
OKU dan penjaga Whanau yang memerlukan sokongan kesihatan mental dan ketagihan.
16 Mengurus pembiayaan daripada peruntukan Family Care mengikut Dasar Perubahan.
17 Mematuhi dasar yang dikemas kini bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi penjaga.
18 Mempertimbangkan bayaran/elaun bagi penjaga untuk menambah baik kesejahteraan penjaga.
TERAS 4: Supporting paid work, study and other opportunities
19 Melancarkan inisiatif CareWise Penjaga New Zealand, termasuk kerja-kerja untuk memperluaskan promosi
masa kerja yang fleksibel bagi penjaga yang bekerja.
20 Membangunkan kemahiran penjaga dan pembelajaran melalui program latihan formal dan program khusus
dalam aspek penjagaan dan kesihatan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
129
JENIS BANTUAN/SOKONGAN KEPADA PENJAGA OKU NEW ZEALAND
Maklumat jenis bantuan/sokongan kewangan dan bukan kewangan yang telah diselenggarakan
oleh pihak MSD, New Zealand dan agensi lain yang terlibat disenaraikan seperti dalam Jadual 5-
4 di bawah.
Jadual 5-4: Jenis bantuan/sokongan kewangan kepada penjaga OKU di New Zealand
KEPERLUAN SUMBER BANTUAN JENIS BANTUAN KRITERIA KELAYAKAN
Ministry of Social Bantuan Bayaran Untuk mendapatkan SLP, seseorang
Development (MSD) Kehidupan (Supported mestilah:
Living Payment (SLP))
• berumur 18 tahun atau lebih tua
jika beliau menjaga seseorang dan
tidak mempunyai tanggungan,
atau
• berumur 20 tahun atau lebih tua
jika beliau menjaga seseorang dan
mempunyai anak-anak yang di
bawah tanggungan.
SLP dibayar bagi menyokong penjaga
yang melaksanakan penjagaan tanpa
gaji.
Elaun Khas OKU Bayaran mingguan bagi OKU di bawah
penjagaan penjaga di kediaman atau di
Sokongan hospital awam selama lebih daripada
Kewangan bagi 13 minggu.
Penjaga
ACC boleh dibayar kepada penjaga
Accident Compensation Kos Penjagaan bagi secara langsung atau orang yang
menerima rawatan, atau hospital bagi
Corporation (ACC) seseorang yang cedera membiayai kos rawatan.
Ministry of Health (MOH Bantuan Subsidi Penjaga Seseorang mesti menjadi penjaga OKU
NZ) sepenuh masa tanpa dibayar gaji atas
penjagaan OKU.
Funded Family Care Dalam keadaan tertentu, seseorang itu
(FFC) layak untuk mendapatkan FFC jika:
• berumur lebih 18 tahun; dan
• menjaga ibu bapa/ahli keluarga
OKU yang lain /ahli keluarga OKU
yang tinggal bersama mereka.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
130
Jadual 5-5 menyenaraikan jenis bantuan/sokongan bukan kewangan kepada penjaga OKU di
New Zealand.
Jadual 5-5: Jenis bantuan/sokongan bukan kewangan kepada penjaga OKU di New Zealand
KEPERLUAN SUMBER JENIS KRITERIA KELAYAKAN
BANTUAN BANTUAN
Menyediakan maklumat mengenai pelbagai bantuan
Ministry of Social Panduan kewangan atau bukan kewangan untuk penjaga dan
Development Penjaga OKU bagaimana untuk mengaksesnya. Panduan ini boleh
(MSD) /Carers diakses dalam talian melalui laman sesawang Carer NZ,
NZ MSD dan MOH NZ.
Ministry of Health MyCare Bantuan perkhidmatan yang menyediakan maklumat
(MOH NZ) penjagaan atas talian dan boleh diakses oleh penjaga.
Carer NZ Time Out Guide Perkhidmatan yang menyediakan panduan dan bantuan
for Carer perancangan dan pengurusan waktu berehat penjaga.
Care Matters menyediakan perkhidmatan pembelajaran
bagi penjagaan OKU pada peringkat nasional termasuk:
Penyelarasan dan • Perkhidmatan telefon percuma
Penyediaan Care Matters carematters.org. • Bengkel/kursus penjagaan di seluruh New Zealand
Maklumat nz
• Rangkaian penjaga yang boleh menawarkan khidmat
kepimpinan kepada penjaga serantau.
Mental Health When Someone Penyediaan maklumat, panduan dan senarai
Commission You Care About perkhidmatan bantuan / sokongan bagi rakan-rakan dan
has Mental keluarga rapat penjaga yang memerlukan sokongan
Health or kesihatan dan pengurusan emosi mereka.
Addiction
Problems: A
Guide for Family,
Whānau And
Friends
Pengangkutan CCS Disability Mobility Parking Skim menyediakan kad Permit Mobiliti tempat letak
Action Permit Scheme kereta yang membolehkan penjaga menggunakan
Penilaian tempat letak kereta yang lebih luas dan lebih dekat
Keperluan dan dengan tempat tuju.
Bantuan
(Assessment & Needs Penilaian Terdapat dua jenis perkhidmatan NASC untuk kumpulan
Assistance) Assessment and Keperluan penjaga yang berbeza:
Service Penjaga
Coordination • Bagi penjaga yang menjaga OKU yang lebih muda
(NASC) (MOH (bawah 65 tahun) dengan: - fizikal, intelektual dan/atau
NZ) deria upaya yang hanya bertahan enam bulan atau -
keadaan kesihatan kronik, ada keperluan berterusan.
• Untuk penjaga yang menjaga OKU dewasa (berumur
65 tahun ke atas) dan OKU yang berumur 50 hingga 64
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
131
KEPERLUAN SUMBER JENIS KRITERIA KELAYAKAN
BANTUAN BANTUAN
tahun yang mempunyai keperluan yang sama seperti
InterRAI Respite services yang disenaraikan di atas.
Pusat/Rumah Terdapat juga perkhidmatan penilaian keperluan
Perkhidmatan terhadap penjaga yang menjaga OKU mental dan
Sokongan ketagihan dadah.
Masyarakat
Comprehensive Kelayakan penjaga untuk mendapatkan bantuan
Clinical perkhidmatan ini ditentukan melalui penilaian NASC.
Assessment for
Aged Care Penilaian NASC diperlukan bagi menentukan kelayakan
mendapat perkhidmatan ini, dan penjaga diwajibkan
mempunyai Kad Perkhidmatan Komuniti. Penilaian
dijalankan melalui InterRAI.
Menyediakan penilaian klinikal yang komprehensif bagi
keperluan perubatan, pemulihan dan sokongan penjaga
seperti keperluan perkhidmatan mobiliti dan pengurusan
diri.
Bantuan bagi Ministry of Bantuan Perkhidmatan pendidikan khas adalah percuma untuk
Kanak-Kanak Education (MOE Perkhidmatan mereka yang layak. Penilaian keperluan individu dibuat
NZ) Pembelajaran untuk menentukan kelayakan. Perkhidmatan sokongan
(Assistance for pembelajaran termasuk:
children)
• Sokongan nasihat / maklumat
• Terapi pertuturan
• Sokongan pendidikan
• Sumber kemudahan khas (contohnya alat bantuan
komunikasi)
• Khidmat fisioterapi, terapi pekerjaan dan lain-lain.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
132
PELAKSANAAN SISTEM SOKONGAN PENJAGA OKU DI PERINGKAT GLOBAL
Pelaksanaan sistem sokongan penjaga yang diamalkan di tiga buah negara maju iaitu Australia,
United Kingdom, dan Amerika Syarikat dapat disimpulkan seperti di bawah:
AUSTRALIA
• Anggaran bilangan penjaga OKU: 2.7 juta
• Peratus populasi: 11%
Pelaksanaan Semasa Sistem Sokongan Penjaga OKU Australia
1. Kerajaan Australia menyediakan elaun penjaga, makanan tambahan dan pendapatan untuk penjaga OKU
yang menjaga OKU terlantar. Elaun penjaga yang dikenali sebagai A Carer Supplement adalah bayaran
tahunan yang diperuntukkan bagi penjaga.
2. Australia menyediakan ‘Australia’s Fair Work Act (2009)’ bagi penjaga bekerja yang berhak mendapat
waktu kerja fleksi, cuti bergaji dan cuti tanpa gaji.
3. Australia tidak mempunyai sistem kredit pencen, tetapi kerajaan menyediakan pembayaran yang dikenali
sebagai Pembayaran Penjaga kepada penjaga yang belum dibayar kerana menyediakan penjagaan
sepenuh masa.
4. Jabatan Perkhidmatan Sosial menyediakan bantuan dana (Aged Care System) kepada penjaga yang
memerlukan perkhidmatan respite.
5. Penjaga yang tidak bekerja/tidak bergaji diberi kemudahan mengakses pelbagai perkhidmatan digital
seperti kaunseling, latihan penjagaan, pendidikan dan mendapat khidmat melalui pusat ‘National Carer
Gateway’.
Pengiktirafan Kerajaan Australia
• Carer Recognition Act (2010)
• Aged Care Act (1997)
• National Disability Strategy and Mental Health Strategy
• Legislation at a state and territory level
UNITED KINGDOM (UK)
• Anggaran bilangan penjaga OKU: 6.5 juta
• Peratus populasi: 10.3%
Pelaksanaan Semasa Sistem Sokongan Penjaga OKU United Kingdom
1. Elaun Penjaga diberi kepada penjaga yang tidak bekerja/tidak dibayar di UK. Penjaga tidak dibayar mesti
memenuhi kriteria tertentu untuk layak mendapat elaun penjaga.
2. Penjaga OKU layak untuk mendapatkan waktu fleksi dan pelepasan kerja. Cuti bergaji hanya tertakluk
pada kelulusan pihak majikan di UK.
3. Penjaga yang telah pencen boleh menerima ‘State Pension’ dan elaun penjaga pada masa yang sama
sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
4. Perkhidmatan ‘Respite Care’ disediakan bagi penjaga yang memerlukan.
5. Penyediaan maklumat dan latihan penjagaan disediakan oleh Badan/Persatuan di seluruh UK bagi
penjaga yang tidak bekerja/tidak berbayar.
Pengiktirafan Kerajaan United Kingdom
• Care Act (England, 2014)
• Carers Act (Scotland, 2014)
• Social Services and Well-being Act (Wales, 2014)
• Carers and Direct Payments Act (Northern Ireland, 2002)
• Employment Rights Act (1996)
• Work and Families Act (2006)
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
133
AMERIKA SYARIKAT (AS)
• Anggaran bilangan penjaga OKU: 43.5 juta
• Peratus populasi: 16.6%
Pelaksanaan Semasa Sistem Sokongan Penjaga OKU Amerika Syarikat
1. Penjaga yang tidak dibayar boleh menerima beberapa bantuan dana, elaun pendapatan atau cukai
kewangan yang boleh mengurangkan beban penjagaan. Pilihan ini terdapat dalam pelbagai program
kerajaan dan insentif cukai juga disediakan sekiranya penjaga memenuhi kriteria kelayakan tertentu.
Merujuk pada Kupuna Caregivers Acts, Hawaii , bantuan kewangan juga disediakan kepada penjaga yang
bekerja.
2. Amerika Syarikat menyediakan kemudahan perlindungan sosial dan pendapatan keselamatan tambahan
bagi penjaga yang tidak bekerja.
3. Di bawah Akta ‘National Family Caregiver Support Program and the Lifespan Respite Care 2006’,
perkhidmatan respite care disediakan bagi penjaga yang tidak bekerja dan memenuhi syarat kelayakan.
4. Penjaga OKU yang tidak bekerja layak untuk mendapat maklumat dan latihan penjagaan melalui kelolaan
badan-badan NGO seperti ‘Family Caregiver Alliance, AARP, the National Alliance for Caregiving, and the
Caregiver Action Network’. Beberapa bantuan program latihan lain disediakan adalah ‘The VA Caregiver
Support Program and the National Family Caregiver Support Program’.
Pengiktirafan Kerajaan Amerika Syarikat
• Recognize, Assist, Support and Engage (R.A.I.S.E.) Family Caregivers Act
• The Lifespan Respite Care Act of 2006
• Older Americans Act Family and Medical Leave Act Caregivers and
• Veterans Omnibus Health Services Act VA Mission Act
• The Caregiver Advise, Record, Enable (C.A.R.E.)
• Act The Kupuna Caregivers Act in Hawaii
• Medicaid Consumer-Directed Care Program (also known as Cash and Counseling), available under Home-
and Community-Based Services Waiver Program
• Paid Family and Medical Leave
• Older Americans Act - National Family Caregiver Support Program
• State Caregiving Task Force Legislation
Hasil penyelidikan juga mendapati beberapa negara pada peringkat global seperti Singapura,
Australia, Amerika Syarikat, Sweden dan United Kingdom telah mempunyai struktur dan
mekanisme tersendiri bagi memperkasakan kebajikan golongan penjaga OKU. Elemen-elemen
penting untuk membangunkan sistem sokongan penjaga OKU diringkaskan seperti Jadual 5-6.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
134
Jadual 5-6: Komponen dalam sistem sokongan kepada penjaga OKU di negara-negara maju
ELEMEN SINGAPURA AUSTRALIA AMERIKA SWEDEN UNITED
UTAMA SYARIKAT KINGDOM
• Carers Act
Dasar/Akta • Advisory • Carer Act • Carer Support • Care Act
Penjaga OKU Council on the under 2014 under 2014
Disabled (1988) Swedish Social
• Disability Services Act law • Children and
Discrimination 2009 Families Act
Act 1992 2014
Pelan • Caregiver • Carers • Carers • Carers Action • Carers
Perancangan Support Action Strategic Action Plan Plan 2018-2020 Action Plan
Strategik Plan 2017 Action Plan 2018-2020 2018-2020
Penjaga OKU 2017 -2020
Peruntukan / • Ministry of • Ministry of • Ministry of • Ministry of • Department
Bajet Health Social Health Health of Health
Singapore Development and Social
(Cost sharing • Ministry of Social Care
• Ministry of among Development
Health difference
level of
Government
agencies)
Akauntabiliti • Ministry of • Dept of Social • Ministry of • Ministry of • Department
Health Services Health Health of Health
Singapore and and Social
Agency for • Ministry of • Ministry of Social Care
Integrated Care Health Development
(AIC)
Antara Jenis • Sokongan • Pembayaran • Bantuan • Elaun dan • Elaun
Sokongan / kewangan Penjaga wang tunai perlindungan penjaga dan
Bantuan yang ($200 sebulan) dan program keselamatan kredit
disediakan • Elaun Penjaga kaunseling sosial universal
kepada • Latihan untuk
penjaga • Pembayaran • Bantuan • Memberi • Hak untuk
Penjaga OKU Pelarasan segera bila bayaran kepada bekerja
• Jaringan Penjaga diperlukan penjaga dengan secara fleksi
sokongan bagi (aid and jumlah
benjaga (carer • Pembayaran attendance) pendapatan • Hak untuk
support Bantuan Anak yang setara mengambil
network) Hilang Upaya • Veteran- dengan cuti jika
Directed pendapatan berlaku
• Home-based Home and pekerja di rumah kecemasan
Respite Care Community kebajikan
Based
• Penyusunan Services
waktu kerja
fleksi
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
135
5.5.1 Penglibatan Kementerian / Jabatan yang Menguruskan Hal OKU
Hasil penyelidikan mendapati kementerian atau jabatan di kebanyakan negara yang
menguruskan hal ehwal OKU termasuk penjaga mereka adalah di bawah kelolaan pihak yang
menguruskan hal kesihatan dan sosial.
Jadual 5-7: Penglibatan kementerian/jabatan berkaitan OKU
NO NEGARA KEMENTERIAN / JABATAN YANG URUSKAN HAL BERKAITAN OKU
1 AUSTRALIA DEPARTMENT OF SOCIAL SERVICE
2 JEPUN MINISTRY OF HEALTH, LABOUR AND WELFARE
3 SWEDEN MINISTRY OF HEALTH AND SOCIAL AFFAIRS
4 SINGAPURA MINISTRY OF SOCIAL AND FAMILY DEVELOPMENT
5 THAILAND MINISTRY OF SOCIAL DEVELOPMENT AND HUMAN SECURITY
6 FILIPINA DEPARTMENT OF HEALTH
7 PERANCIS MINISTRY OF SOLIDARITY AND HEALTH
8 BELANDA MINISTRY OF HEALTH, WELFARE AND SPORT
5.5.2 Bantuan/Sokongan yang Disediakan Kepada Penjaga OKU
Apabila dikaji penyelidikan sekunder, didapati usaha untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan
penjaga OKU telah dilaksanakan di kebanyakan negara-negara luar. Secara ringkasnya, terdapat
sepuluh jenis bantuan/sokongan telah diberikan kepada penjaga OKU seperti yang dipaparkan
dalam Jadual 5-8.
Jadual 5-8: Jenis bantuan/sokongan kepada penjaga OKU mengikut negara
NEGARA Elaun Penjaga
Elaun OKU
Pengecualian cukai
Faedah tambahan
Cuti tahunan berbayar
Cuti tahunan tidak berbayar
Masa kerja fleksibel
Latihan/pendidikan
Pusat Jagaan Sementara
(Respite Care)
Kaunseling
AUSTRALIA ✓ ✓ ✓ X ✓ X* ✓ ✓ ✓ ✓
AUSTRIA X ✓ X ✓ X ✓✓✓✓✓
BELGIUM ✓** ✓ X X ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓
KANADA ✓** X ✓ ✓ ✓ ✓ X** ✓ ✓ ✓
REPUBLIK CZECH X ✓ X ✓ X X ✓✓✓✓
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
136
NEGARA Elaun Penjaga
Elaun OKU
Pengecualian cukai
Faedah tambahan
Cuti tahunan berbayar
Cuti tahunan tidak berbayar
Masa kerja fleksibel
Latihan/pendidikan
Pusat Jagaan Sementara
(Respite Care)
Kaunseling
DENMARK ✓ X X X ✓ X X** ✓ ✓ -
FINLAND
PERANCIS ✓X X X✓X✓ - - -
JERMAN
HUNGARY X ✓✓✓✓✓✓✓✓✓
IRELAND
ITALI X ✓✓✓ X ✓✓ X ✓ -
INDONESIA
JEPUN ✓ X X ✓ X ✓✓ X X ✓
KOREA
LUXEMBOURG ✓ X ✓✓ X ✓ X - ✓✓
MEXICO
MALAYSIA X✓X - - - - - - -
BELANDA
NEW ZEALAND X✓X X X - X✓X✓
NORWAY
FILIPINA X X X X ✓ X ✓✓ X X
POLAND
SINGAPURA X X X X X X X** ✓ X X
REPUBLIK SLOVAK
SLOVENIA X ✓ ✓ ✓ X ✓ X** ✓ X ✓
SEPANYOL
SWEDEN X X X X X X X✓X X
SWITZERLAND
UNITED KINGDOM X ✓✓ X X X ✓✓ X ✓
UNITED STATES
THAILAND ✓✓ X ✓✓✓✓✓✓✓
✓✓✓ X X X ✓✓✓✓
✓✓ X ✓✓ X ✓ X X X
✓✓✓ - ✓ - X✓X -
X✓X X✓X X X X X
✓✓✓ - X - ✓✓✓✓
✓✓ X - - - - - - -
X X X X ✓ X X** ✓ ✓ ✓
X ✓ X ✓✓✓ X ✓✓✓
✓✓ X ✓✓ X X ✓✓✓
X X ✓ X X X X** ✓ ✓ ✓
✓ ✓ X ✓ X X* ✓ ✓ ✓ ✓
X ✓** ✓ X X ✓ ✓ ✓** ✓** ✓**
✓✓ X - X - X ✓✓✓
Nota:
X* Cuti hanya diberikan selama beberapa hari untuk tujuan kecemasan sahaja
X** Polisi tersebut tidak dipraktikkan dalam negara tetapi hanya melalui perjanjian kolektif
✓** Dipraktikkan di sesetengah wilayah / negeri tetapi bukan di peringkat kebangsaan / persekutuan
- Maklumat tidak dijumpai
Sumber : OECD (2011)
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
137
Bantuan/Sokongan Kewangan
Jenis-jenis program bantuan kewangan yang disediakan kepada penjaga OKU yang telah
dilaksanakan di enam negara yang dikenal pasti adalah seperti Jadual 5-9.
Jadual 5-9: Bentuk bantuan kewangan kepada penjaga OKU di negara lain
BIL ENTITI YANG SOKONGAN YANG DISEDIAKAN KADAR BAYARAN
BERTANGGUNGJAWAB
Elaun Penjaga. Sehingga £ 64.60 seminggu
Penjaga boleh menerima elaun jika mereka
menjaga seseorang sekurang-kurangnya 35 jam
seminggu. Mereka akan mendapat Elaun Penjaga
secara automatik melalui Kredit Insurans
Kebangsaan pada setiap minggu. OKU yang dijaga
oleh mereka juga mendapat bantuan elaun tertentu.
United Kingdom Kredit Insurans Kebangsaan. Tiada maklumat
1 Department for Penjaga boleh mendapatkan Kredit Penjaga jika
mereka menjaga OKU sekurang-kurangnya 20 jam
Work and Pensions seminggu. Sekiranya penjaga memenuhi syarat,
Local authorities mereka juga layak mendapat elaun pencen.
Pembayaran terus. Tiada maklumat
Pembayaran terus oleh Majlis/Amanah Tempatan
untuk memenuhi keperluan OKU dan penjaga OKU.
• Bantuan kewangan daripada Kerajaan Tiada maklumat
untuk penjaga OKU di Kanada adalah
dalam bentuk kredit cukai persekutuan
dan manfaat insurans.
• Pada 2017 dan tahun-tahun percukaian
yang berikutnya, belanjawan
mencadangkan untuk menyatukan kredit
penjaga (bagi penjagaan di rumah) dan
kredit penjaga keluarga sebagai
Kanada sebahagian daripada kredit penjaga OKU
Department of baru.
Employment and Social
2 Development
Program Faedah Penjagaan Sayang. Tiada maklumat
Faedah-faedah Insurans Pekerjaan dan
perlindungan pekerjaan diberikan kepada penjaga
OKU yang layak dan yang memberi khidmat
penjagaan sekurang-kurangnya bagi tempoh lebih
daripada 28 minggu.
Kredit Penjaga. Tiada maklumat
Penjaga OKU layak mendapat Kredit Cukai OKU
yang dipindahkan ke fail cukai mereka sendiri.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
138
BIL ENTITI YANG SOKONGAN YANG DISEDIAKAN KADAR BAYARAN
BERTANGGUNGJAWAB
Nova Scotia, Kanada Program Manfaat Penjaga. $400 sebulan
Nova Scotia adalah satu-satunya wilayah di Kanada
Department of Health & yang menyediakan pendapatan bulanan atau elaun
Wellness kepada penjaga OKU.
Pembayaran Elaun Penjaga Menyediakan penjagaan harian
Bagi penjaga yang tidak bekerja. sepenuh masa kepada:
OKU yang mempunyai
kecacatan yang teruk atau
keadaan perubatan, atau
seseorang yang berusia dan
tidak berupaya.
Elaun Penjaga ($ 129.80)
dibayar setiap dua minggu
Elaun Pelarasan Penjaga. $ 10,000 bagi seorang OKU
Bagi penjaga yang menjaga kanak-kanak OKU kanak-kanak
berumur enam tahun yang didiagnosis dengan:
Australia • penyakit yang teruk;
3 Department of Human • keadaan perubatan; atau
• kecacatan utama.
Services
Elaun OKU Kanak-kanak adalah bayaran tahunan Setiap tahun penjaga boleh
untuk membantu ibu bapa dengan kos menjaga mendapat sehingga $ 1,000
kanak-kanak cacat. untuk setiap kanak-kanak yang
layak.
Elaun perubatan. Sekurang-kurangnya mereka
Bayaran tahunan bagi penggunaan peralatan akan dapat $ 157 setiap tahun.
perubatan yang penting dalam menguruskan
ketidakupayaan atau kos perubatan.
Skim Insurans Hilang Upaya Kebangsaan. Tiada maklumat
Insurans bagi penjaga yang menguruskan OKU.
Medicaid: Tertakluk pada kelayakan
Menyediakan bantuan kewangan dan Program Medicaid.
Kaunseling di 15 negeri. Elaun yang diterima boleh
digunakan untuk pelbagai perkhidmatan, termasuk
membayar upah penjagaan OKU.
4 Amerika Syarikat Program Rumah Kelolaan Pesara dan servis Tiada maklumat
komuniti yang membolehkan penjaga OKU yang tua
menguruskan penjagaan mereka termasuk
menyewa dan membayar bil pengurusan
penjagaan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
139
BIL ENTITI YANG SOKONGAN YANG DISEDIAKAN KADAR BAYARAN
BERTANGGUNGJAWAB
5 Sweden Sweden memberi elaun penjagaan dan Caj maksimum untuk bantuan di
perlindungan Keselamatan Sosial kepada penjaga. rumah, aktiviti siang hari dan
Pihak berwajib akan memberi bayaran kepada penjagaan jenis lain adalah
penjaga OKU yang telah pencen dengan jumlah SEK1,772 sebulan (2016).
pendapatan yang setara dengan pendapatan
pekerja rumah kebajikan.
Upah penjagaan diberikan kepada penjaga yang Jumlah upah adalah
memberikan penjagaan sepenuhnya kepada OKU
kritikal. berdasarkan keperluan
6 Norway penjagaan tetapi bayaran purata
adalah kr.4,600 / bulan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
140
Bantuan/Sokongan Bukan Kewangan
Jadual 5-10: Bentuk bantuan/sokongan bukan kewangan kepada penjaga OKU di negara lain
BANTUAN / NEGARA PERINCIAN
SOKONGAN • Jepun
Penjadualan • Amerika Syarikat • Jumlah jam kerja yang dikurangkan dan hari cuti penjagaan
Masa Kerja • Jerman keluarga adalah 93 hari atau lebih.
Fleksibel • New Zealand
• Ireland • Ia telah ditetapkan selama 12 minggu.
Penjagaan • Austria
Sementara • Jerman • Menyediakan tempoh sehingga enam bulan bagi kerja fleksibel.
(respite • Luxembourg • Mengehadkan jumlah pengurangan jam bekerja dalam
care) • Finland
• Kanada seminggu.
Latihan dan
Kaunseling • Denmark • Geran tahunan untuk penjagaan sementara boleh digunakan
sepanjang tahun.
• Perancis
• Negara Eropah Timur, • Elaun tertentu boleh didapati untuk membayar penjagaan
sementara sehingga empat minggu.
Jepun, Sepanyol dan
United Kingdom • Sistem insurans termasuk peruntukan untuk membiayai
penjagaan sementara sehingga empat minggu.
• Ireland
• Insurans penjagaan jangka panjang termasuk dana tambahan
• Belanda untuk penjagaan sementara selama tiga minggu.
• Akta baru Pengasuh Keluarga 2006 memberikan sekurang-
kurangnya tiga hari sebulan untuk penjaga yang menjaga
secara berterusan.
• Pemberian insentif kewangan dalam bentuk kredit cukai untuk
keluarga yang membayar perkhidmatan penjagaan sementara.
• Majlis Perbandaran Denmark menawarkan perkhidmatan
penjagaan sementara atau penangguhan kepada mereka yang
menjaga saudara dan ia ditanggung sepenuhnya melalui dana
awam.
• Bayaran untuk penjagaan sementara selalunya melebihi nilai
elaun manfaat tunai sejagat.
• Majlis Perbandaran bertanggungjawab untuk menganjurkan
penjagaan sementara terutamanya dalam kes jagaan harian
dan jagaan sementara di rumah tetapi akses dan tahap
ketersediaan adalah berbeza-beza.
• "Caring for Carers" di Ireland telah membangunkan rangkaian
institusi sokongan yang komprehensif untuk penjaga dan
menawarkan 13 kursus latihan kemahiran yang dipanggil
"Caring in the Home".
• Menggunakan pendekatan kaunseling dan sokongan
pencegahan (Kaedah POM atau Pendekatan Pencegahan
Matelzorgers). Sebaik sahaja mendaftar dalam pelan
penjagaan kebangsaan, individu dihubungi oleh pekerja sosial
terlatih yang menjalankan lawatan ke rumah. Pekerja ini
menyediakan penjaga dengan maklumat dan wawancara
telefon lanjutan selama tiga bulan untuk mencegah terjadinya
masalah kesihatan mental di kalangan penjaga, terutama pada
tahap awal pengasuhan.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
141
BANTUAN / NEGARA PERINCIAN
SOKONGAN • Amerika Syarikat
• Program Sokongan Pengasuh Keluarga Negara termasuk
Maklumat • Perancis kumpulan sokongan dan kaunseling individu, bengkel dan kerja
dan kelompok.
Koordinasi • Jerman (Bremen)
Pusat • Austria • Pusat Maklumat dan Penyelarasan Tempatan (CLIC)
Maklumat • Australia, Sweden dan memberikan maklumat dan membantu semua topik yang
berkaitan dengan OKU, penuaan dan keperluan warga emas.
Cuti United Kingdom Bantuan disediakan secara individu dan pekerja sosial bertemu
Berbayar • Belgium dengan penjaga secara tetap. Pusat-pusat ini juga
• Jepun menghubungkan penjaga dengan kakitangan perubatan untuk
• Norway dan Sweden menangani soalan yang berkaitan dengan ketidakupayaan
• Denmark OKU.
• Pusat Perkhidmatan Sosial memberi sokongan kepada penjaga
sepanjang penjagaan dan membantu menyelaraskan sektor
perubatan dan sosial. Pusat-pusat ini sebahagiannya dibiayai
oleh NGO dan masyarakat setempat, dan menerima geran
daripada kota Bremen.
• Pusat-pusat tempatan menilai keperluan penjaga dan
membantu mereka mencari perkhidmatan yang sesuai.
• Protokol dibangunkan untuk menilai keperluan penjaga,
membantu para profesional menentukan tugas penjaga harian
dan mengenal pasti tekanan yang dihadapi oleh penjaga.
• Menyediakan cuti berbayar awam terpanjang untuk maksimum
12 bulan, yang mana majikan boleh menolak hanya atas alasan
perniagaan yang serius.
• Penjaga boleh mengambil cuti sehingga 93 hari dengan 40%
upah yang dibayar melalui insurans pekerjaan.
• Pembayaran dilakukan bersamaan dengan 100% atau 80%
daripada gaji penjaga yang bekerja.
• Bagi menggantikan upah penuh yang dibayar oleh majikan
semasa cuti penjagaan, Majlis Perbandaran membayar
sekurang-kurangnya setaraf dengan 82% daripada siling
manfaat sakit yang diberikan ke atas penjaga/pekerja.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
142
PERBANDINGAN SISTEM SOKONGAN PENJAGA OKU ANTARA NEW ZEALAND
DAN MALAYSIA
Hasil lawatan penandaarasan ke New Zealand dan penyelidikan sekunder yang telah dijalankan,
didapati beberapa komponen penting dalam membangunkan satu sistem sokongan bagi penjaga
OKU yang perlu dikenal pasti dan digubal terlebih dahulu pada peringkat dasar. Hal ini penting
supaya strategi-strategi yang dirancang adalah lebih berfokus dan mempunyai nilai impak positif
bagi kesejahteraan penjaga OKU pada masa akan datang. Perbandingan asas dalam
membangunkan sistem sokongan ini dinilai menerusi elemen-elemen utama seperti Jadual 5-11
di bawah.
Jadual 5-11: Perbandingan elemen utama dalam penyediaan sistem sokongan penjaga OKU
BIL ELEMEN UTAMA NEGARA
1 Dasar/Akta Penjaga NEW ZEALAND MALAYSIA
OKU • Belum digubal. Hanya ada AKTA
• Termaktub dalam Part 4A, NZ Public
Health and Disability Act 2000 (Family OKU 685 di bawah seksyen 3(1)
care policies)
2 Pelan Strategik bagi • Carer’s Strategic Plan 2014-2018 • Belum digubal
Penjaga OKU • Carer’s Strategic Plan 2019-2023 • Dalam perancangan
3 Mekanisme Sistem • Transformation System for New
Sokongan Penjaga Zealand Carers
4 Sumber Peruntukan • Ministry of Social Development (MSD) • KPWKM
• Ministry of Health (MOH NZ) • SUK & PSUPS
Pengelola Peruntukan/ • Ministry of Social Development (MSD)- • Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan DSS/FFC (JPOKU JKM)
5 • Ministry of Health (MOH NZ)- DHB,
ACC
• Elaun untuk penjaga • Pengecualian cukai
• Pengecualian cukai • Waktu kerja fleksi bagi penjawat
• Jam fleksibel bekerja awam
Jenis Sokongan / • Latihan untuk penjaga • Bantuan penjagaan OKU
• Perkhidmatan penjagaan (respite care) terlantar
6 Bantuan yang • Perkhidmatan kaunseling
disediakan kepada • Supported living payment (SLP) • Bantuan geran kepada pusat
Penjaga OKU • Pembiayaan kos penjagaan bagi PDK dan pusat jagaan OKU
berdaftar
penjaga dalam kecederaan
• Perkhidmatan kaunseling oleh
• Bantuan subsidi penjaga JKM dan Jabatan Kerja Sosial
• Funded family care (FFC) Perubatan
• Panduan Penjaga OKU (MyCare, Time
Out Guide for Carer,
carematters.org.nz)
• Ministry of Health (Dept: Disability • KPWKM
Support Services)
Akauntabiliti • KKM (klinik kesihatan, hospital)
• Ministry of Social Development (Dept: • KPM (Bah. Pendidikan Khas)
(Penglibatan Office of Disability Issues)
7 Kementerian & Agensi
• JKM (PDK dan TSH)
Pelaksana) • Carer’s Alliances
• JPOKU
• DPOs
• NGO
• NGOs
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
143
AMALAN TERBAIK BAGI PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN KEPADA
PENJAGA OKU
Analisis bagi amalan-amalan terbaik yang telah dilaksanakan di negara luar adalah tertumpu
pada New Zealand (NZ) iaitu negara yang dipilih bagi lawatan penandaarasan bagi kajian ini.
Terdapat beberapa elemen yang berbeza dalam pentadbiran dan pengurusan berkaitan OKU
yang dirasakan penting untuk dikaji semula oleh pihak kementerian agar sistem sokongan yang
ingin dibangunkan adalah setanding dengan negara peneraju dalam menyokong kesejahteraan
penjaga OKU.
Jadual 5-12: Amalan terbaik dalam pengurusan sistem sokongan penjaga OKU
AMALAN TERBAIK 1 Tadbir Urus yang Berkesan
Matlamat • Memastikan semua prosedur dan proses kerja pengurusan penjaga OKU dapat
dilaksanakan melalui amalan terbaik dalam urus tadbir korporat secara berterusan.
Pelaksanaan di NZ • Proses pentadbiran dan pengurusan bantuan yang khusus terhadap hal ehwal
kebajikan penjaga telah diwujudkan melalui satu sistem sokongan/ bantuan yang
sistematik dan jelas .
Keadaan di Malaysia • Pengurusan kebajikan lebih tertumpu sepenuhnya kepada OKU. Pengurusan
bantuan yang melibatkan penjaga OKU adalah hanya secara tidak langsung
terutamanya bantuan yang diberi kepada penjaga yang menguruskan OKU terlantar.
Tindakan untuk menjayakan amalan terbaik
• Menggariskan peranan, fungsi lembaga (board) dan pemain utama dalam sistem tadbir urus bagi penjaga OKU
(MKOKU, KPWKM, KKM, KPT, JKM, JPOKU, ISM, NGO);
• Mengenal pasti fungsi-fungsi pentadbiran dalaman dan mewujudkan hubungan (rapport) dengan agensi lain secara
jelas;
• Mewujudkan satu dasar/akta khas untuk penjaga OKU; dan
• Mewujudkan satu pelan perancangan strategik penjaga OKU yang mempunyai hala tuju dengan
visi/misi/teras/objektif yang jelas, difahami dan boleh melaksanakan kesemua strategi yang dirancang.
AMALAN TERBAIK 2 Komunikasi yang Menyeluruh
Matlamat
Pelaksanaan di NZ • Memastikan semua perancangan dan tindakan ke arah pembangunan sistem
Keadaan di Malaysia sokongan penjaga OKU diketahui oleh semua peringkat pengurusan yang terlibat
termasuk antara Kementerian-Kementerian di peringkat persekutuan dan negeri.
• Penyaluran maklumat yang berpusat, teratur, jelas dan berterusan (TOP-DOWN).
• Perlu penyebaran maklumat perancangan dan program berkaitan hal kebajikan
penjaga OKU kepada semua agensi yang terlibat terutamanya pada peringkat negeri.
Tindakan untuk menjayakan amalan terbaik
• Memastikan semua program, aktiviti dan perancangan yang melibatkan pengurusan, data dan maklumat OKU dan
penjaga OKU diketahui pada peringkat akar umbi bagi memudahkan setiap tugas pengurusan, pembangunan dan
juga penyelidikan berkaitan dengan penjaga OKU dilaksanakan tanpa ada banyak birokrasi dalaman; dan
• Komunikasi secara jelas dan sistematik tanpa melibatkan terlalu banyak kelulusan/kata putus pada peringkat
pengurusan dapat mempercepatkan proses kerja (JKM Persekutuan, JKM Negeri).
AMALAN TERBAIK 3 Jalinan Kerjasama antara Kumpulan Sokongan
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
144
Matlamat • Memastikan semua pelaksanaan program/aktiviti dapat dilaksanakan secara
menyeluruh dan mendapat maklum balas serta penglibatan terus daripada pihak
yang terlibat.
• NGO dan DPO ‘bersatu’ tanpa mengira kategori OKU iaitu mewakili satu entiti bagi
Pelaksanaan di NZ mendapatkan hak/bantuan yang spesifik untuk OKU/penjaga daripada pihak
kerajaan.
• Koordinasi bersepadu antara MOH NZ, MSD, Carers Alliance, NGO dan DPO.
• NGO bergerak secara ‘bersendirian’ dengan agenda tersendiri.
Keadaan di Malaysia • Perlu meningkatkan hubungan rapat (rapport) dan kerjasama antara pihak
persekutuan, negeri, swasta, NGO dan komuniti dalam melibatkan isu penjaga OKU.
Tindakan untuk menjayakan amalan terbaik
• Mengenal pasti tahap penglibatan kumpulan sokongan yang terlibat secara khusus (NGO, Swasta, Persendirian,
Agensi GLC) yang boleh dikategorikan kepada aktif/tidak aktif;
• Bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan/program yang dirancang mengikut pelan tindakan strategik yang
digubal;
• Menentukan peranan/fungsi, tugas dan deliverables bagi semua kumpulan yang terlibat; dan
• Mengenal pasti kumpulan sokongan yang boleh dikategorikan kepada:
i. Kumpulan sokongan yang terlibat terus dengan penjaga OKU;
ii. Kumpulan sokongan yang menyumbang bantuan /sokongan kepada penjaga OKU; dan
iii. Kumpulan Sokongan yang terlibat dengan pengurusan.
AMALAN TERBAIK 4 Pangkalan Data Bersepadu
Matlamat
• Memastikan semua penjaga yang dikenal pasti boleh mendaftar dan maklumat
penjaga OKU boleh dikumpul setempat serta boleh dirujuk oleh mana-mana pihak
yang berkepentingan.
Pelaksanaan di NZ • Data dikawal di Pusat Data bersepadu yang dikendalikan oleh Carers Alliance.
Keadaan di Malaysia
• Data yang terkumpul adalah data pendaftaran OKU di JKM. Belum ada data penjaga
secara khusus.
Tindakan untuk menjayakan amalan terbaik
• Penambahbaikan dalam pengumpulan data OKU yang sedia ada (MaNis Portal/ SMOKU) dengan menaik taraf
pangkalan data OKU yang lebih bersepadu dan berpusat; dan
• Penstrukturan data maklumat berkaitan penjaga yang lebih menyeluruh.
Kajian Sistem Sokongan Kepada Penjaga Orang Kurang Upaya di Malaysia
145