LAPORAN KAJIAN
KAJIAN APLIKASI PEMETAAN JENAYAH DALAM
KALANGAN JUVANA DI SEMENANJUNG MALAYSIA
MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)
Disediakan oleh:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Disediakan untuk:
INSTITUT SOSIAL MALAYSIA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA
DAN MASYARAKAT
14 JANUARI 2016
KUMPULAN PENYELIDIK
ii
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdullilah dipanjangkan ke hadrat Ilahi, dengan rahmat dan keizinan-Nya
para perunding telah berjaya menyiap dan melaporkan dapatan kajian ini yang bertajuk “Kajian
Aplikasi Pemetaan Jenayah Dalam Kalangan Juvana Di Semenanjung Malaysia Menggunakan
Sistem Maklumat Geografi (GIS)”. Berkat sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak, maka kajian
ini dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin dan jayanya.
Perunding juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan didahulukan dengan
ucapan ribuan terima kasih kepada Institut Sosial Malaysia yang sudi melantik kami sebagai
perunding untuk menjalankan kajian ini.
Kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pembekal data terutamanya pihak
Polis Diraja Malaysia, Pusat Instruktur Data Geospatial Negara dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Setinggi penghargaan diucapkan juga kepada para peserta bengkel “Bengkel Kebangsaan
Pemurnian Cadangan Program Intervensi dan Pencegahan Jenayah” di Hotel Putra KL pada 6
Januari 2016 di atas sumbangan idea, komen dan cadangan.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Mesyuarat Laporan
Kajian ini di atas sumbangan komen dan cadangan yang membina semasa pembentangan
Laporan Awal, Laporan Interim dan Laporan Akhir.
iii
ISI KANDUNGAN
1.1 BAB 1 1
1.2 PENDAHULUAN 1
1.3 PENGENALAN 1
1.4 LATAR BELAKANG KAJIAN 2
1.5 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN 3
SKOP KAJIAN 4
2.1 DEFINISI ISTILAH 4
2.2
2.3 BAB 2 6
2.4 TINJAUAN LITERATUR
2.4.1 PENGENALAN 6
2.4.3 AKTA KANAK-KANAK 2001 6
2.4.4 JUVANA DAN JENAYAH 8
2.4.5 TEORI BERKAITAN JENAYAH 9
2.4.6 Teori Corak Jenayah 9
2.4.7 Teori Jenayah Aktiviti Rutin 11
Teori Pencegahan Jenayah Situasi 11
2.5 Teori Penyimpangan Budaya 11
2.5.1 Teori Jarak Mobiliti Manusia 12
2.5.2 Teori Risiko-Keperluan-Responsif (RKR) 12
2.6 FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN JENAYAH
2.6.1 JUVANA 17
2.6.2 Faktor Sosial 17
Faktor Geografi Dan Fizikal 17
2.7 GIS DALAM PEMETAAN JENAYAH 19
2.7.1 Pengenalan Kepada GIS 19
2.7.2 Aplikasi GIS Dalam Kajian Aplikasi Pemetaan Jenayah 20
PROGRAM INTERVENSI DAN PENCEGAHAN JENAYAH
2.7.3 JUVANA 22
2.8 Falsafah Program Intervensi 22
Jenis-Jenis Intervensi dan Keberkesanan 23
3.1 Program Intervensi Berasaskan Restorasi Keadilan
3.2 Juvana 28
3.3 KESIMPULAN 30
3.3.1
3.3.1.1 BAB 3 31
3.3.1.2 METODOLOGI KAJIAN 31
3.3.1.3 PENGENALAN 31
REKABENTUK KAJIAN 31
PENGUMPULAN DATA 49
Pengumpulan Data GIS 49
Sumber Data GIS 50
Pra-Pemprosesan Data 51
Profil Data Suspek Juvana 52
iv
3.3.2.1 Instrumen Kajian Sosial 54
3.3.2.2 Sumber Data Sosial 54
3.4 REKABENTUK PANGKALAN DATA 55
3.5 ANALISIS DATA 56
3.5.1 Data GIS 56
3.5.2 Data Sosial 57
3.6 KESIMPULAN 58
4.1 BAB 4 59
4.2 59
4.2.1 HASIL KAJIAN 59
4.2.1.1 59
4.2.1.2 PENGENALAN 60
4.2.1.3 61
ANALISIS DATA GIS 62
4.2.1.4 Ekplorasi Analisis Data Spatial 63
4.2.1.5 Corak Taburan Data Alamat Suspek Juvana 63
4.2.2
4.2.2.1 Corak Taburan Data Lokasi Kejadian Jenayah Juvana 68
4.2.2.2 71
Kadar Kejadian Jenayah Juvana 71
4.2.2.3 Titik Pusat dan Arah Taburan Data Alamat suspek juvana 75
4.2.3 Juvana
4.2.3.1 Titik Pusat dan Arah Taburan Data Lokasi Kejadian 83
4.2.3.2 Jenayah 87
87
4.2.4 Analisis Kluster 90
Kawasan Kelabu Berdasarkan Alamat Suspek Juvana
4.2.5 107
4.3 Titik Panas Berdasarkan Lokasi Kejadian Jenayah
4.3.1 Perbandingan Hasil Analisis Kluster bagi Kawasan 110
4.3.1.2 Kelabu dengan Titik Panas 111
4.3.2 112
4.3.2.1 Analisis Kejiranan 114
4.3.2.2 115
3) Jarak Perjalanan Pesalah Juvana 115
4) 130
5) Kes Jenayah Juvana dengan Sekolah 133
4.4 Hubungkait Bilangan Jenayah (Kawasan Kelabu) dengan 135
4.5 Kawasan Padat Penduduk 135
Hubungkait Bilangan Jenayah (Kawasan Kelabu) dengan 137
Kawasan Berpendapatan Rendah 140
ANALISIS DATA SOSIAL
Profil Responden Kajian
Komuniti
Faktor-faktor Penyumbang Jenayah Juvana
Perspektif Juvana
Perspektif Komuniti
Peranan Sekolah
Faktor Kendiri
Pemilikan motosikal
PENYESALAN DIRI DAN PENERIMAAN KOMUNITI
KESIMPULAN
v
5.1 BAB 5 141
CADANGAN INTERVENSI PENCEGAHAN JENAYAH DAN
5.2 PEMBANGUNAN SISTEM GIS 141
5.3 141
PENGENALAN
5.3.1 PEMEGANG TARUH DAN FALSAFAH PROGRAM 141
INTERVENSI PENCEGAHAN JENAYAH JUVANA 142
5.3.1
5.3.2 CADANGAN INTERVENSI PENCEGAHAN JENAYAH 143
5.4.3 Intervensi Pencegahan Jenayah Berdasarkan Kawasan
Kelabu (Alamat Suspek) Dan Kawasan Titik Panas 144
Intervensi Pencegahan Jenayah Berdasarkan Kawasan 157
Kelabu (Alamat Suspek) 162
Cadangan Sistem GIS Jenayah Juvana 165
165
Cadangan Sistem Web GIS Jenayah Juvana 165
165
BAB 6
165
KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN 167
6.1 PENGENALAN 168
6.2 KESIMPULAN 168
Memetakan jenayah juvana menggunakan GIS yang 169
170
6.2.1 relevan
6.3 BATASAN KAJIAN
6.2.2 Merangka Cadangan Aplikasi GIS Bagi Mengesan Dan
Menangani Jenayah Dalam Kalangan Juvana Di Malaysia
Merangka Program Intervensi Dan Pencegahan Jenayah
Juvana Yang Bersesuaian Dan Bertepatan Dengan Jenis
6.2.3 Jenayah Serta Lokaliti (Kawasan)
6.4 CADANGAN KAJIAN
SENARAI BIBLIOGRAFI
vi
SENARAI RAJAH
Nama Rajah Muka surat
2
Rajah 1.1: Jumlah Kes Jenayah Juvana dari Tahun 2010 hingga 2014
Rajah 2.1: Penurunan Kadar Jenayah di Austria selepas Pelaksanaan 10
Program Pencegahan Jenayah 19
Rajah 2.2: Komponen-Komponen yang Membentuk Suatu Sistem GIS 31
47
Rajah 3.1: Rekabentuk Kajian 52
56
Rajah 3.2 : Carta Alir Metodologi Kajian 57
58
Rajah 3.3: Langkah Pemprosesan Dua Data PDRM
61
Rajah 3.4: Data Model untuk Rekabentuk Pangkalan Data GIS
62
Rajah 3.5: Kaedah Analisis Kawasan Kelabu dan Titik Panas
62
Rajah 3.6: Rumusan Metodologi Kajian
Rajah 4.1: Taburan Jenayah Juvana mengikut Alamat Suspek Juvana 2010 63
hingga 2014 64
Rajah 4.2: Gabungan Bilangan Data Alamat Suspek Juvana untuk setiap 64
Negeri 65
Rajah 4.3: Gabungan Bilangan Jenayah Juvana (Lokasi Jenayah) bagi
setiap Negeri 65
Rajah 4.4: Kadar Jenayah Juvana (Lokasi Jenayah) bagi setiap 100,000 66
Populasi Kanak-Kanak
Rajah 4.5: Titik Pusat dan Arah Taburan Alamat Suspek Juvana 2010 68
69
Rajah 4.6: Titik Pusat dan Arah Taburan Alamat Suspek Juvana 2011 69
70
Rajah 4.7: Titik Pusat dan Arah Taburan Alamat Suspek Juvana 2012 71
Rajah 4.8: Titik Pusat dan Arah Taburan (Alamat suspek juvana) Jenayah 72
Juvana 2013
Rajah 4.9: Titik Pusat dan Arah Taburan Alamat Suspek Juvana 2014 73
Rajah 4.10: PeralihanTitik Pusat Alamat Suspek Juvana daripada 2010
hingga 2014 84
Rajah 4.11: Titik Pusat dan Arah Taburan (Lokasi Jenayah) Juvana 2012 85
Rajah 4.12: Titik Pusat dan Arah Taburan (Lokasi Jenayah) Juvana 2013 86
Rajah 4.13: Titik Pusat dan Arah Taburan (Lokasi Jenayah) Juvana 2014 86
Rajah 4.14: PeralihanTitik Pusat Lokasi Jenayah dari 2010 hingga 2014 87
89
Rajah 4.15: Aliran Kerja dalam mengenal pasti Kawasan Titik Panas 90
Rajah 4.16: Taburan Kawasan Kelabu (Alamat Suspek Juvana) di
Semenanjung Malaysia
Rajah 4.17: Perbandingan Kawasan Kelabu dan Titik Panas Jenayah
Juvana
Rajah 4.18: Pemetaan Kawasan Kelabu dan Titik Panas Lokasi Jenayah di
Kedah
Rajah 4.19: Pemetaan Kawasan Kelabu dan Titik Panas Lokasi Jenayah di
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Rajah 4.20: Pemetaan Kawasan kelabu dan Titik Panas Lokasi Jenayah di
Johor.
Rajah 4.21: Pemetaan Kawasan kelabu dan Titik Panas Lokasi Jenayah di
Kelantan
Rajah 4.22: Jarak Perjalanan Suspek 2010 - 2014
Rajah 4.23: Jarak Perjalanan Suspek yang tinggal di Petaling Jaya
vii
Rajah 4.24: Jarak Perjalanan Suspek Kecurian Motosikal 90
91
Rajah 4.25: Jarak Perjalanan Suspek Pembunuhan
93
Rajah 4.26: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Bunuh
berdasarkan Alamat Suspek Juvana 94
Rajah 4.27: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi Motokar
berdasarkan Alamat Suspek Juvana 95
Rajah 4.28: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi
berdasarkan Alamat Suspek Juvana 96
Rajah 4.29: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi Motosikal
berdasarkan Alamat Suspek Juvana 97
Rajah 4.30: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi Ragut
berdasarkan Alamat Suspek Juvana 98
Rajah 4.31: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi Van, Lori
dan Jentera Berat berdasarkan Alamat Suspek Juvana 99
Rajah 4.32: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Mendatangkan
Cedera berdasarkan Alamat Suspek Juvana 100
Rajah 4.33: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Pecah Rumah
Curi berdasarkan Alamat Suspek Juvana 101
Rajah 4.34: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Pecah Rumah
Malam berdasarkan Alamat Suspek Juvana 102
Rajah 4.35: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Rogol 103
berdasarkan Alamat Suspek Juvana
Rajah 4.36: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Samun 104
Berkawan Bersenjata Api berdasarkan Alamat Suspek Juvana
Rajah 4.37: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Samun 105
Berkawan Tanpa Senjata Api berdasarkan Alamat Suspek Juvana
Rajah 4.38: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Samun 106
Bersenjata Api berdasarkan Alamat Suspek Juvana
Rajah 4.39: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Samun Tanpa 108
Senjata Api berdasarkan Alamat Suspek Juvana
Rajah 4.40: Hubungan Kepadatan Penduduk di Johor Bahru dengan 108
Taburan Kawasan Kelabu
Rajah 4.41: Hubungan Kepadatan Penduduk di WPKL dengan Taburan 109
Kawasan Kelabu
Rajah 4.42: Hubungan Kepadatan Penduduk di Kedah dengan Taburan 109
Kawasan Kelabu
Rajah 4.43: Hubungan Kepadatan Penduduk di Kelantan dengan Taburan 110
Kawasan Kelabu
Rajah 4.44: Hubungan Purata Pendapatan Penduduk di Johor Bahru 111
dengan Taburan Titik Panas 141
Rajah 4.45: Hubungan Purata Pendapatan Penduduk di Kelantan dengan 142
Taburan Titik Panas 159
160
Rajah 5.1: Pemegang Taruh Intervensi Pencegahan Jenayah Juvana 161
Rajah 5.2: Prinsip Intervensi Pencegahan Jenayah Juvana 163
164
Rajah 5.3: Peringkat Pembangunan Sistem
Rajah 5.4: Cadangan Data Model GIS Jenayah Juvana
Rajah 5.5: Cadangan Rekabentuk Konseptual Persekitaran Desktop-
based GIS Jenayah Juvana
Rajah 5.6: Cadangan Rekabentuk Konseptual Persekitaran Web-based
GIS Jenayah Juvana
Rajah 5.7: Cadangan Senibina Sistem Web-based Jenayah Juvana
viii
SENARAI JADUAL
Nama Jadual Muka surat
Jadual 1.1: Jadual Terma Rujukan dan Objektif Kajian 3
Jadual 2.1: Risiko Utama / Faktor Keperluan dan Risiko Kecil / Faktor
Keperluan 13
14
Jadual 2.2: Model RKR untuk Pesalah dan Pemulihan
Jadual 2.3: Program yang Telah Terbukti dan Berpotensi Untuk 23
Dilaksanakan 50
Jadual 3.1: Senarai Data GIS 52
53
Jadual 3.2 : Profil Suspek Juvana 54
Jadual 3.3: Bilangan Responden Temu Bual Juvana 67
70
Jadual 3.4: Bilangan Responden Temu Bual Komuniti
Jadual 4.1: Lokasi Titik Pusat Alamat Suspek Juvana 2010 - 2014 73
Jadual 4.2: Senarai Titik Pusat Lokasi Kejadian Jenayah 2012 - 2014 77
Jadual 4.3: Senarai Kawasan Kelabu (Alamat Suspek Juvana) bagi
setiap Kes Jenayah Juvana 88
Jadual 4.4: Senarai Titik Panas (Lokasi Kejadian) bagi setiap Kes 92
Jenayah Juvana
Jadual 4.5: Analisis Deskriptif Jarak Perjalanan Suspek Juvana 107
daripada Alamat Suspek Juvana ke Lokasi Kejadian Jenayah 113
Jadual 4.6: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah 114
Jadual 4.7: Hubungan Kepadatan Penduduk dengan Taburan Kawasan 115
Kelabu
Jadual 4.8: Profil Demografi Responden Pesalah Juvana 144
145
Jadual 4.9: Profil Kategori Jenayah Responden Pesalah Juvana 147
Jadual 4.10: Profil Responden Komuniti 149
Jadual 5.1: Cadangan Intervensi Pencegahan Jenayah untuk Institusi 150
Keluarga 151
Jadual 5.2: Cadangan Intervensi Pencegahan Jenayah untuk Komuniti 152
Jadual 5.3: Cadangan Intervensi Pencegahan Jenayah untuk Sekolah 156
Jadual 5.4: Cadangan Intervensi Pencegahan Jenayah (Fizikal dan 157
Infrastruktur) 158
Jadual 5.5: Cadangan Intervensi untuk Pesalah Juvana 166
Jadual 5.6: Cadangan Intervensi untuk Kepolisan
Jadual 5.7: Cadangan Intervensi untuk Polisi
Jadual 5.8: Cadangan Intervensi untuk Pemerkasaan Pelaksanaan
Polisi
Jadual 5.9: Teknik Pemetaan Analisis Titik Panas
Jadual 5.10: Senarai Perisian Desktop GIS
Jadual 6.1: Senarai Kawasan Kelabu dan Kawasan Titik Panas Jenayah
ix
SENARAI SINGKATAN
GIS Geographic Information System
ISM Institut Sosial Malaysia
JPP Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
KM Kilometer
MaCGDI Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure
MCPF Malaysia Crime Prevention Foundation
MyGDI Malaysia Geospatial Data Infrastructure
OKT Orang Kena Tuduh
PDRM Polis Diraja Malaysia
PLKN Program Latihan Khidmat Negara
POI Point Of Interest
RKJ Restorasi Keadilan Juvana
RKR Risiko-Keperluan-Responsif
RM Ringgit Malaysia
SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
SK Sekolah Kebangsaan
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SRJC Sekolah Rendah Jenis Cina
WHO World Health Organization
WPKL Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
x
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Isu jenayah dalam kalangan juvana adalah satu masalah yang semakin merisaukan serta
menarik perhatian pihak berwajib dalam menangani masalah ini secara holistik. Pelbagai langkah
telah diambil namun jenayah juvana masih kekal menjadi penyumbang kepada peningkatan
indeks jenayah di Malaysia. Jika masalah ini tidak dibendung, ia boleh memberi kesan kepada
pembangunan sosial, modal insan dan kesejahteraan negara.
Jenayah secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu jenayah indeks dan jenayah
bukan indeks. Jenayah indeks terdiri daripada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
Contoh jenayah kekerasan adalah samun bersenjata, bunuh dan rogol. Manakala, contoh jenayah
harta benda pula ialah pecah rumah, ragut dan curi. Jenayah bukan indeks merupakan jenayah
tanpa kekerasan dan tidak dapat dikesan. Jenayah ini termasuklah rasuah, pemalsuan kredit dan
sebagainya.
Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan
berlakunya jenayah juvana ialah kemiskinan, taraf ekonomi, taraf pendidikan, teknologi,
pengaruh rakan sebaya serta cetek pengetahuan agama. Hasil kajian ini juga menunjukkan
jenayah juvana tidak berlaku secara rawak di seluruh landskap geografi. Sebaliknya, kegiatan
jenayah mempamerkan beberapa corak spatial berdasarkan ciri-ciri tertentu. Mengenalpasti
lokasi dan memahami corak spatial jenayah juvana di Malaysia adalah sangat penting untuk pihak
yang bertanggung jawab menangani masalah jenayah juvana. Penggunaan teknologi Sistem
Maklumat Geografi (GIS) dapat membantu dalam menentukan lokasi kejadian jenayah. Di
samping itu, GIS juga dapat menentukan faktor-faktor geografi seperti infrastruktur, faktor
persekitaran dan hubung kait antara kawasan kelabu (kawasan di mana terdapat ramainya
suspek juvana tinggal) dengan kawasan kemiskinan dan kawasan padat penduduk.
1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Jenayah juvana di Malaysia menunjukkan peningkatan yang agak ketara dari tahun ke
tahun. Rajah 1.1 menunjukkan jumlah kes yang dilaporkan pada tahun 2010 hingga 2014 iaitu
sebanyak 5,125, 5142, 6184, 7816 dan 10,931 kes masing-masing (Bernama, 2014 dan The Star,
2014). Keadaan ini jelas selari dengan kebimbangan yang dinyatakan oleh Naib Pengerusi
Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mengenai peningkatan
trend juvana yang terlibat dengan kes jenayah (The Star, 2014).
Bilangan Kes 12000 10931 Jumlah Kes
10000 7816
6184
8000 5125 5142
6000
4000 2010 2011 2012 2013 2014
2000 Tahun
0
Rajah 1.1: Jumlah Kes Jenayah Juvana dari Tahun 2010 hingga 2014
Sumber: The Star (2014) dan Bernama (2014)
Walaupun pelbagai kajian jenayah juvana telah dijalankan (Jamri Bin Awang Besar et. al,
1998, Hasan Bahorm et. al, 2003 dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, 2004) dan pelbagai
program pencegahan dan intervensi telah dicadang dan dilaksanakan, jumlah kes bagi tempoh
berkenaan masih lagi menunjukkan peningkatan. Selain itu, kebanyakan daripada kajian-kajian
yang telah dijalankan lebih tertumpu kepada faktor-faktor sosial yang mempengaruhi jenayah
juvana sahaja. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menggabungkan faktor geografi dan sosial
dalam menghasilkan program pencegahan dan intervensi yang lebih fokus kepada punca sebenar
masalah jenayah juvana dengan menggunakan sistem GIS. Dalam konteks ini, penggunaan
teknologi GIS dapat membantu mengenal pasti lokasi titik panas kejadian jenayah dan lokasi
kawasan kelabu. Teknologi GIS juga boleh menentukan faktor-faktor fizikal dan infrastruktur
sesuatu kawasan yang boleh menyumbang kepada kejadian jenayah juvana.
2
1.3 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengaplikasikan teknologi GIS dalam pemetaan jenayah
juvana bagi membantu penguatkuasaan undang-undang dan pelaksanaan Juvenile Restorative
Justice / Diversion Programme melalui cadangan program pencegahan dan intervensi yang
holistik. Bagi mencapai tujuan kajian ini, objektif-objektif berikut telah ditentukan:
i. Memetakan insiden jenayah juvana di Semenanjung Malaysia menggunakan
teknologi GIS.
ii. Menghasilkan peta titik panas jenayah juvana di Semenanjung Malaysia.
iii. Menganalisis secara kualitatif dan kuantitatif hubungan jenayah juvana dengan
faktor persekitaran.
iv. Merangka program intervensi dan pencegahan jenayah juvana yang bersesuaian
dan bertepatan dengan jenis jenayah serta lokaliti (kawasan).
v. Merangka cadangan pembangunan sistem GIS jenayah juvana bagi tujuan
pemetaan dan analisis jenayah dalam kalangan juvana di Semenanjung Malaysia.
Jadual 1.1 menunjukkan objektif-objektif kajian yang bersesuaian dengan terma rujukan
yang telah ditetapkan.
Jadual 1.1: Jadual Terma Rujukan dan Objektif Kajian
Bil Terma Rujukan Bil. Objektif Kajian
1. Memetakan jenayah juvana i. Memetakan insiden jenayah juvana di
menggunakan GIS yang relevan. Semenanjung Malaysia menggunakan
teknologi GIS
ii. Menghasilkan peta titik panas jenayah juvana
di Semenanjung Malaysia
iii. Menganalisis secara kualitatif dan kuantitatif
hubungan jenayah juvana dengan faktor
persekitaran.
2. Merangka cadangan aplikasi GIS iv. Merangka cadangan pembangunan sistem GIS
bagi mengesan dan menangani jenayah juvana bagi tujuan pemetaan dan
jenayah dalam kalangan juvana analisis jenayah dalam kalangan juvana di
di Malaysia. Semenanjung Malaysia.
3. Merangka program intervensi v. Merangka program intervensi dan
dan pencegahan jenayah yang pencegahan jenayah juvana yang bersesuaian
bersesuaian dan bertepatan dan bertepatan dengan jenis jenayah serta
dengan jenis jenayah serta lokaliti (kawasan).
lokaliti (kawasan).
3
1.4 SKOP KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, skop berikut telah ditetapkan iaitu:
i. Data kajian terdiri daripada kejadian jenayah yang dilakukan oleh pesalah juvana
mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
ii. Temu bual dijalankan ke atas pesalah juvana dan pesalah muda (18 hingga 21
tahun) yang melakukan jenayah semasa mereka berada di bawah umur 18 tahun.
iii. Kajian ini melibatkan jenayah indeks sahaja iaitu jenayah kekerasan dan jenayah
harta benda.
iv. Kawasan kajian meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja.
1.5 DEFINISI ISTILAH
"Juvana" di dalam kajian ini merujuk kepada individu muda yang terlibat dengan jenayah.
(Merriam-Webster, 2016)
“Kanak-kanak” merujuk kepada seseorang yang di bawah umur 18 tahun (Akta Kanak-Kanak
2001).
“Kawasan Kelabu” (Grey Area) adalah hasil dari analisis kluster yang dijalankan ke atas lokasi
alamat suspek.
“Lokasi Alamat Suspek” merujuk kepada data koordinat yang digeokod daripada maklumat
alamat Orang Kena Tuduh (OKT) daripada laporan tangkapan OKT PDRM yang diterima daripada
Jabatan Siasatan Jenayah (D4) Bukit Aman.
“Lokasi Kejadian Jenayah” merujuk kepada data koordinat tempat kejadian jenayah yang
diperolehi daripada laporan Kertas Siasatan yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (D4)
Bukit Aman.
"Pesalah Juvana" merujuk kepada seseorang yang berumur 21 tahun ke bawah yang
diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani pemulihan.
“Pesalah Kanak-kanak” merujuk kepada kanak-kanak yang telah diperintahkan hukuman atas
suatu kesalahan oleh mahkamah.
4
“Pesalah Muda” ialah seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang boleh dihukum
denda atau penjara yang berumur 18 tahun atau lebih dan di bawah umur 21 tahun (Akta 593,
Seksyen 2, Kanun Prosedur Jenayah).
"Suspek Juvana" merujuk kepada suspek pesalah juvana yang berumur di antara 10 hingga 18
tahun yang berada di dalam rekod tangkapan OKT PDRM.
“Taburan Arah” (Directional Distribution) merujuk kepada arah elipsikal kawasan yang
mempunyai kecenderungan untuk berisiko berlakunya jenayah berdasarkan kepadatan sesuatu
titik yang mewakili alamat suspek atau lokasi jenayah relatif kepada titik-titik yang lain
disekitarnya.
“Titik Panas” (hotspot) adalah hasil dari analisis kluster yang dijalankan ke atas lokasi kejadian
jenayah.
"OKT" merujuk kepada istilah Orang Kena Tuduh oleh PDRM.
5
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Jenayah adalah tingkah laku yang dianggap salah kerana melanggar kepentingan sosial
dan hak awam (Ormerod, 2005). Tingkah laku jenayah boleh didefinisi berdasarkan empat tahap:
i. Mempunyai niat melakukan jenayah.
ii. Mempunyai persediaan untuk melakukan jenayah.
iii. Cuba untuk melakukan jenayah.
iv. Melakukan jenayah.
Jenayah juga boleh didefinisikan sebagai tindakan menyalahi undang-undang atau
kesalahan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang jenayah. Kebanyakan kesalahan
atau jenayah di Malaysia boleh dihukum di bawah undang-undang am (common law) atau di
bawah mana-mana Akta Parlimen (Abdul Aziz Husin, 2010). Perkataan jenayah dalam Islam
mengandungi pengertian yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik
dilakukan dan ia melibatkan dosa besar. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam
Islam, jika dilakukan ia adalah satu dosa dan dengan itu boleh ditakrifkan sebagai jenayah dan
mempunyai kesan tertentu dari segi hukuman (JAKIM, 2009).
2.2 AKTA KANAK-KANAK 2001
Akta Kanak-Kanak 2001 telah digubal khas bagi menjaga kepentingan kanak-kanak. Akta
ini telah diwartakan pada 1 Mac 2001 dan telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2002. Akta ini
diperkenalkan untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan
pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak. Akta ini adalah gabungan tiga akta
lama iaitu Akta Perlidungan Kanak-Kanak 1991, Akta Mahkamah Juvana 1947 dan Akta
Perlindungan Wanita dan Gadis 1973. Akta ini digubal bagi menyelaras semua undang-undang
yang berkaitan dengan kanak-kanak di dalam satu akta tanpa mewujudkan kekeliruan kepada
pengamal dan pelaksana undang-undang khasnya dan masyarakat amnya.
Selain daripada Akta Kanak-Kanak 2001, hal ehwal perundangan kanak-kanak di
Malaysia juga dipengaruhi oleh peraturan antarabangsa seperti Konvensyen mengenai Hak
Kanak-kanak (1989); Standard Peraturan Minimum Bagi Pentadbiran Keadilan Juvana
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (dikenali sebagai Peraturan Beijing); Peraturan Pertubuhan
6
Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Perlindungan Juvana dilucutkan kebebasan mereka (dikenali
sebagai Peraturan Havana); dan Garis Panduan Pencegahan Juvana Kenakalan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (Garis Panduan Riyadh), (Nadzirah, Gan, Ng, & Kumagai 2015).
Akta Kanak-Kanak 2001 adalah akta yang melindungi, memelihara dan memulih kanak-
kanak, dan bantuan khas selepas kelahirannya adalah bagi memastikan kanak-kanak tersebut
dapat memberikan sumbangan dalam pembentukan masyarakat madani. Akta ini melindungi
kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah daripada menerima hukuman sama seperti
pesalah dewasa. Pesalah kanak-kanak ialah seseorang yang sudah mencapai umur bagi
tanggungjawab jenayah iaitu di bawah 18 tahun sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82
Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 2, Akta Kanak-kanak 2001.
Selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2011, diwujudkan juga Dasar Perlindungan Kanak-
Kanak bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada
pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada
kesedaran dan komitmen semua pihak termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi
kanak-kanak.
Manakala, seseorang yang berumur 18 tahun ke atas dan di bawah umur 21 tahun yang
diperintahkan untuk menjalani perintah pemenjaraan oleh mahkamah dikenali sebagai pesalah
muda mengikut Seksyen 2, Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593). Seterusnya, Kanun Tatacara
Jenayah (Pindaan) 2006 (Akta A1274) dan Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 (Akta A1273) yang
telah diluluskan di Parlimen pada 18 Julai 2006 telah memperuntukan perintah khidmat
masyarakat kepada pesalah muda. Oleh yang demikian, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk merangka dan menjalankan program
Perintah Khidmat Masyarakat di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006
(Akta A1274).
7
2.3 JUVANA DAN JENAYAH
Kanak-kanak merujuk kepada seseorang yang berumur di bawah 18 tahun seperti mana
yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001. Manakala menurut Seksyen 2, Akta Penjara 1995
(Akta 537), pesalah kanak-kanak merujuk kepada banduan di bawah umur 21 tahun. Mengikut
perundangan juvana, jenayah juvana adalah jenayah yang melibatkan orang muda dan remaja
yang berumur di antara 10 hingga 18 tahun dan mengetahui akibat perlakuan jenayahnya.
Jenayah boleh dibahagi kepada pelbagai kategori umum, walau bagaimanapun, kajian ini
menfokus kepada jenayah yang disenarai dalam indeks jenayah sahaja seperti senarai dibawah.
Jenayah kekerasan
i. Bunuh
ii. Rogol
iii. Samun berkawan dengan senjata api
iv. Samun berkawan tanpa senjata api
v. Samun bersenjata api
vi. Samun tanpa senjata api
vii. Mendatangkan cedera
Jenayah harta benda
i. Curi
ii. Curi van/lori/jentera berat
iii. Curi motokar
iv. Curi motosikal
v. Curi ragut
vi. Pecah rumah siang
vii. Pecah rumah malam
8
2.4 TEORI BERKAITAN JENAYAH
Berikut adalah beberapa teori jenayah yang digunakan sebagai asas untuk membantu
menerangkan mengapa jenayah berlaku di beberapa kawasan dan tidak di kawasan lain.
2.4.1 Teori Corak Jenayah
Teori corak jenayah (Crime Pattern Theory) menyatakan pesalah selalunya akan
melakukan jenayah berdasarkan prinsip yang dipanggil ‘least effort principle’ iaitu penjenayah
akan melakukan jenayah berdasarkan lokasi yang hampir dengan mereka (Brantingham &
Brantingham, 1982). Menurut teori ini, pesalah akan mengenal pasti kawasan di mana manusia
tinggal, bekerja, membeli belah dan berhibur sebagai tempat atau nod untuk jenayah, manakala
laluan antara nod adalah peluang untuk berlakunya jenayah.
Pemetaan jenayah mendedahkan ciri-ciri maklumat geografi sesuatu jenayah seperti:
i. Di manakah pesalah tinggal?
ii. Di manakah taburan komuniti sasaran?
iii. Bagaimanakah perjalanan pesalah ke arah lokasi jenayah?
iv. Mengapakah terjadinya jenayah di satu-satu kawasan tetapi bukan kawasan yang
lain?
v. Di manakah kawasan berpotensi untuk berlakunya jenayah?
Dua kaedah digunakan untuk menganalisis pentaksiran kepadatan jenayah ialah:
i. Pentaksiran jenayah bagi setiap kawasan
ii. Penilaian pentaksiran jenayah
Setelah kawasan titik panas ditentukan berdasarkan dua kaedah ini, tindakan selanjutnya
seperti rondaan dan pembinaan fasiliti polis boleh dirancang untuk menurunkan kadar jenayah.
Menurut Chainey (2001), peranan lokasi dalam jenayah wujud bersama dengan sesuatu ciri-ciri
geografi (yang boleh dikenalpasti). Taburan jenayah tidak bersifat rawak dan sering berlaku
dalam 4 keadaan:
i. Undang-undang yang tidak dipatuhi
ii. Mangsa (dalam bentuk orang atau benda)
iii. Pesalah
iv. Spatial
9
Corak jenayah juvana tidak bersifat rawak merentasi landskap geografi, sebaliknya ia
menjurus kepada memaparkan suatu corak spatial. Sistem ‘peta-pin’ yang diamalkan secara
konvensional untuk menganalisis titik panas telah melalui proses transformasi kepada aplikasi
sistem GIS yang menawarkan kelebihan dari segi kecekapan simpanan maklumat serta
kepelbagaian analisis (Umemoto, 2003). Hasil aplikasi GIS di dalam penguatkuasaan undang-
undang dan program sosial merangkumi penyediaan maklumat spatial dan kajian pengesanan
sumber, kenalpastian titik panas jenayah, penilaian kadar keberkesanan program, penyiasatan
jenayah, pengesanan kawasan penghantaran, dan program intervensi secara spesifik
berdasarkan lokasi. GIS boleh diaplikasi di dalam keseluruhan kitar perancangan dan pembinaan
polisi termasuk kajian keperluan dan aset, rekabentuk program dan polisi, dan pengesanan
sumber dan kajian.
Rajah 2.1: Penurunan Kadar Jenayah di Austria selepas Pelaksanaan Program
Pencegahan Jenayah
Sumber: Rindlisbacher (2014)
Menurut Rindlisbacher (2014), perlakuan jenayah dalam kalangan remaja tidak boleh
dikatakan berpunca daripada satu sebab, sebaliknya ianya adalah kesan daripada beberapa
rantaian peristiwa. Peristiwa-peristiwa ini merupakan sebab jenayah tersebut dilakukan. Sebagai
contoh, kesempitan hidup, keciciran sekolah, rekabentuk alam sekitar dan susunan spatial yang
menggalakkan peluang untuk melakukan jenayah. Rindlishbascher juga melaporkan bahawa
dengan adanya perlaksanaan program pencegahan jenayah di Austria, bilangan jenayah tahunan
di Austria telah menurun sebanyak sepuluh (10) peratus, dan ianya kekal menurun (lihat Rajah
2.1).
10
2.4.2 Teori Tingkap Pecah
Teori tingkap pecah (Broken window theory) adalah satu teori jenayah berdasarkan
norma dan kesan isyarat gangguan bandar dan jenayah, dan tingkah laku anti-sosial. Ia
menyatakan bahawa mengekal dan memantau persekitaran bandar untuk mencegah jenayah
ringan seperti vandalisme (iaitu perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam
atau persendirian), membantu untuk mewujudkan suasana yang selamat. Teori ini telah
diperkenalkan oleh ahli sains sosial James S. Wilson dan George L. Kelling (Wilson & Kelling,
1982).
2.4.3 Teori Jenayah Aktiviti Rutin
Teori jenayah aktiviti rutin (Routine activity crime theory) yang dibangunkan dalam tahun
1996 menyatakan jenayah berlaku apabila pelaku jenayah digerakkan oleh sesuatu sasaran di
samping kekurangan kawalan pada masa dan tempat. Penjenayah memilih sasaran atau mangsa
seiring dengan aktiviti rutin seperti pergi dan balik dari kerja dan membeli-belah, dan cenderung
melakukan jenayah di sekitar mereka sahaja (Felson & Cohen, 1979).
2.4.4 Teori Pencegahan Jenayah Situasi
Teori pencegahan jenayah situasi (Situational crime prevention theory) mencadangkan
jenayah dan gangguan awam boleh dicegah melalui pengecilan ruang kepada perlakuan jenayah.
Contohnya, jika jenayah kerap berlaku di kawasan gelap, penambahan kadar kecerahan lampu
oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan kehadiran polis di kawasan berkenaan (Clarke & Felson, 1993;
Felson, 1994).
2.4.5 Teori Penyimpangan Budaya
Prinsip utama teori penyimpangan budaya (Culture deviance theory) ialah kepatuhan
kepada norma-norma budaya lazim masyarakat kelas rendah menyebabkan jenayah kelas
rendah mempunyai satu set unik nilai dan kepercayaan, yang selalunya bercanggah dengan
norma-norma sosial konvensional. Dalam konteks ini, mereka yang tinggal di lokaliti yang tidak
tersusun lebih cenderung melakukan jenayah. Teori ini dikemukakan oleh Julian Hermida
(Hermida, 1997).
11
2.4.6 Teori Jarak Mobiliti Manusia
Teori mobiliti jarak manusia (Human distance mobility theory) menyatakan mobiliti
atau pergerakan manusia mempengaruhi kelakuan jenayah mengikut spatial. Teori ini
menyatakan bahawa jenayah dilakukan oleh penjenayah di luar tempat tinggal mereka dan
kebanyakan perlakuan jenayah akan dilakukan dalam kawasan yang tidak melebihi daripada 25
km daripada tempat tinggal mereka. (Gonzales, Hidalgo, & Barabasi 2008).
2.4.7 Teori Risiko-Keperluan-Responsif (RKR)
Model Risiko-Keperluan-Responsif (RKR) yang telah dibangunkan oleh Andrews dan
Bonta pada tahun 2006 (Bonta & Andrews, 2007) merupakan suatu teori yang berpengaruh di
dalam program intervensi jenayah. Model RKR menekankan tiga prinsip utama, iaitu:
1. Prinsip Risiko
Prinsip risiko (Risk principle) menekankan program intervensi pencegahan jenayah perlu
mengambilkira faktor risiko yang mungkin menyebabkan penjenayah ulanglakuan-
jenayah atau residivisme.
2. Prinsip Keperluan
Prinsip keperluan (Need principle) menekankan program intervensi pencegahan jenayah
perlu dibangunkan berdasarkan penilaian keperluan kriminogenik (criminogenic needs).
Keperluan kriminogenik merujuk kepada sikap projenayah (procriminal) yang
merupakan faktor utama yang berkaitan secara langsung dengan kelakuan jenayah, dan
ianya adalah dinamik dan sentiasa berubah. Ia mempunyai dua kategori utama, iaitu: 1)
faktor keperluan risiko utama, dan 2) faktor keperluan risiko kecil seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.1 dan Jadual 2.2 di bawah.
3. Prinsip Responsif
Prinsip responsif menekankan program intervensi perlu dibina berdasarkan prinsip
perhubungan dengan pelanggan, dan berstruktur dengan gaya pembelajaran, motivasi,
kebolehan dan kekuatan pesalah.
12
Jadual 2.1: Risiko Utama / Faktor Keperluan dan Risiko Kecil / Faktor Keperluan
(Bonta dan Andrews, 2007)
Risiko Utama / Indikator Objektif Intervensi
Faktor Keperluan
1. Paten Personaliti Impulsif, sukakan cabaran, Membina kemahiran pengurusan
Antisosial
agresif dan mudah marah. diri dan pengurusan kemarahan.
2. Pro-sikap jenayah
Rasionalisasi untuk jenayah, Rasionalisasi tindak balas
3. Sokongan sosial
untuk jenayah sikap negatif terhadap dengan sikap pro-sosial;
4. Penyalahgunaan undang-undang. membina satu identiti pro-sosial.
dadah
Rakan-rakan jenayah, Menggantikan rakan-rakan pro-
5. Hubungan
kekeluargaan pengasingan daripada pro- jenayah dengan rakan-rakan
/perkahwinan
sosial. yang berkaitan dengan pro-
6. Sekolah/kerja
sosial.
7. Aktiviti-aktiviti
rekreasi pro-sosial Penyalahgunaan alcohol Mengurangkan penyalahgunaan
dan/atau dadah. bahan, meningkatkan alternatif
kepada penggunaan bahan.
Pemantauan dan tatatertib Mengajar kemahiran
yang tidak sesuai oleh ibu keibubapaan dengan
bapa, hubungan keluarga meningkatkan kemesraan dan
yang miskin. kasih sayang.
Prestasi yang lemah, tahap Memperbaiki kemahiran
kepuasan yang rendah. kerja/belajar, memupuk
hubungan interpersonal dalam
konteks kerja dan sekolah.
Kurang penglibatan dalam Menggalakkan penyertaan dalam
aktiviti-aktiviti rekreasi aktiviti-aktiviti rekreasi pro-
pro-sosial / percutian sosial, mengajar hobi dan sukan
pro-sosial.
13
Bukan Kriminogenik / Indikator Objektif Intervensi
Keperluan Kecil
1. Keyakinan diri Kurang keyakinan diri dan
jati diri
2. Perasaan yang Cemas, perasaan sedih
kabur tentang
kesusahan peribadi
3. Gangguan mental Skizofrenia atau penyakit
4. Kesihatan fizikal mental yang teruk
Kecacatan fizikal,
kekurangan nutrien
Jadual 2.2: Model RKR untuk Pesalah dan Pemulihan (Bonta and Andrews, 2007)
Prinsip Keterangan
Prinsip-prinsip keseluruhan: Perkhidmatan yang disediakan penuh dengan
Hormat pada orang lain. etika, dalam undang-undang, moral,
berperikemanusiaan, dan kesopanan.
Teori Menggunakan personaliti yang umum dan teori
sosial yang kognitif.
Perkhidmatan kemanusiaan. Memperkenalkan penghantaran perkhidmatan
kemanusiaan selain bergantung kepada
hukuman.
Pencegahan jenayah. Asas teori dan empirik oleh teori RKR adalah
berasaskan kepada perkhidmatan kemanusiaan
yang perlu dihebahkan seluas-luasnya bagi
memperbaiki pencegahan jenayah
menggunakan sistem keadilan. (Contoh:
perkhidmatan kesihatan mental).
RKR Memadankan tahap perkhidmatan kepada risiko
Risiko pelaku untuk mengurangkan pengulangan
kesalahan.
Keperluan Menilai keperluan kriminogenik dan
mensasarkan mereka dalam rawatan.
14
Keupayaan responsif Memaksimumkan keupayaan pelaku untuk
belajar daripada intervensi pemulihan dengan
Umum menyediakan rawatan tingkah laku kognitif dan
Spesifik merangkumi intervensi dengan gaya
pembelajaran, motivasi, kebolehan dan kekuatan
Struktur yang dinilai pesalah.
Menilai RKR
Menggunakan kaedah pembelajaran sosial
Kekuatan kognitif untuk memperngaruhi tingkah laku.
Keluasan
Menggunakan intervensi tingkah laku kognitif
Budi bicara profesional yang mengambil kira kekuatan, gaya
Penyampaian program pembelajaran, personality, motivasi, dan ciri-ciri
bio-sosial (contoh, jantina, bangsa).
Sukatan
Menggunakan kaedah yang telah disahkan dan
Amalan kakitangan: berstruktur untuk mengakses risiko, keperluan
Kemahiran-kemahiran dan keupayaan responsif.
perhubungan
Kemahiran-kemahiran Menilai kekuatan peribadi dan menggabungkan
berstruktur kekuatan ini di dalam langkah intervensi.
Menilai faktor keupayaan
responsif/keperluan/risiko dan bukan
criminogenic yang lebih spesifik yang boleh
menjadi halangan kepada perubahan pro-sosial
tetapi masih mengekalkan tumpuan kepada
faktor-faktor RNR.
Menyimpang daripada prinsip RKR atas alasan
yang tertentu.
Melibatkan kes-kes yang berisiko tinggi dan
mengurangkan keciciran daripada program-
program yang mematuhi RNR.
Menghormati, kerjasama, kakitangan penyayang
yang memberi motivasi (peringkat 1 dan 2).
Menggunakan pemodelan pro-sosial,
penggunaan penguatkuasaan dan bantahan yang
15
Organisasi wajar, penstrukturan semula kognitif, temuduga
Berasaskan komuniti motivasi (peringkat 3 hingga 6).
Kesinambungan perkhidmatan Perkhidmatan yang mematuhi RKR adalah lebih
Pengurusan berkesan apabila disampaikan kepada
masyarakat walaupun perkhidmatan kediaman
Hubungan Masyarakat atau institusi yang mematuhi RKR juga boleh
mengurangkan residivisme.
Penyediaan perkhidmatan dan pemantauan yang
berterusan.
Pengurus memilih dan melatih kakitangan
mengikut kemahiran perhubungan dan
penstrukturan mereka, memberikan penyeliaan
klinikal berdasarkan RNR, memastikan bahawa
terdapat mekanisme organisasi untuk
mengekalkan pemantauan, penilaian dan
integriti penilaian serta program.
Agensi di mana program ini ditempatkan akan
mengekalkan hubungan yang positif dengan
agensi-agensi dan organisasi lain.
16
2.5 FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN JENAYAH JUVANA
Faktor-faktor yang berkaitan dengan jenayah juvana boleh dibahagikan kepada 3 faktor
utama persekitaran seperti faktor sosial, faktor geografi dan faktor fizikal.
2.5.1 Faktor Sosial
Faktor sosial seperti yang telah digariskan dalam pelbagai kajian (contoh, JAKIM (2009),
James (2008), Zainudin & Norazmah (2011), Hamidah dan Hamdan (2003)) mendapati antara
faktor-faktor sosial yang menyumbang kepada jenayah juvana adalah seperti berikut:
i. Kurang kemahiran keibubapaan.
ii. Pergaulan bebas.
iii. Kurang didikan agama.
iv. Masalah disiplin di sekolah.
v. Masalah prestasi pelajaran di sekolah.
vi. Masalah emosi disebabkan perubahan hormon (keinginan untuk mencuba
perkara baru, memberontak, dan lain-lain).
vii. Bergaul dengan kumpulan yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
viii. Kurang komunikasi dengan ibu bapa.
ix. Masalah kemiskinan.
x. Tekanan hidup di bandar.
Oleh itu, pencegahan terhadap jenayah juvana ini perlu bermula di peringkat awal dan
jenayah perlu dihindarkan sebelum ia bermula. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health
Organization) (WHO, 2002) menyatakan bahawa seorang daripada 565 juvana dijumpai mati
setiap hari di seluruh dunia disebabkan jenayah yang berlaku antara mereka. Jenayah juvana ini
dikatakan sebagai satu masalah kesihatan awam seperti yang telah diisytiharkan oleh WHO
beberapa kali dalam beberapa siri penerbitannya.
2.5.2 Faktor Geografi Dan Fizikal
Faktor geografi menghubung kait kejadian jenayah juvana dengan kedudukannya samada
di kawasan bandar atau luar bandar. Faktor geografi adalah berbeza mengikut sesuatu tempat.
Hasil akhir kajian ini menserlahkan ciri-ciri geografi yang berkaitan dengan sesuatu jenayah.
Menurut Bunn (2014), kejadian jenayah berkait rapat dengan infrastruktur persekitaran
seperti kemudahan fasiliti lampu jalan, lot-lot kosong, berhampiran dengan pusat hiburan dan
17
sebagainya. Di dalam kajian ini, bilangan insiden jenayah juvana akan dikaitkan dengan faktor-
faktor fizikal ini untuk menghasilkan satu panduan fasiliti yang membuktikan hubungkait fasiliti
seperti ketiadaan lampu jalan, lot-lot kosong, berhampiran dengan pusat hiburan dan sebagainya
dengan jumlah rekod jenayah.
Dalam sumber lain, iaitu United State Department of Justice (2006), beberapa faktor
persekitaran telah dikenal pasti berkait rapat dengan kejadian jenayah. Faktor-faktor tersebut
adalah:
i. Kepadatan populasi dan tahap urbanisasi.
ii. Kepelbagaian dalam komposisi sesebuah populasi, terutamanya populasi belia.
iii. Kestabilan populasi berkaitan dengan pergerakan residen, corak pergerakan
(commuting pattern) dan faktor transit.
iv. Mod pengangkutan dan sistem lebuhraya.
v. Taraf ekonomi, termasuk pendapatan sederhana (atau median), tahap kemiskinan
dan peluang pekerjaan.
vi. Faktor budaya dan pendidikan, rekreasi dan ciri-ciri keagamaan.
vii. Keadaan keluarga berkenaan dengan perceraian dan kesepaduan keluarga.
viii. Iklim.
ix. Keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.
x. Pengurusan dan penyiasatan penekanan penguatkuasaan undang-undang.
xi. Polisi komponen-komponen sistem keadilan jenayah (pendakwaan, kehakiman,
pemulihan dan percubaan).
xii. Reaksi masyarakat terhadap jenayah.
xiii. Amalan laporan jenayah oleh masyarakat.
18
2.6 GIS DALAM PEMETAAN JENAYAH
Sebelum pembangunan teknologi Sistem Maklumat Geografi atau Geographic Information
System (GIS) diwujudkan, analisis jenayah dilakukan lebih kepada statistik dan plotan graf secara
keseluruhan. Menurut Kamil (2007), kaedah semasa yang digunakan untuk setiap kes laporan
jenayah masih mengaplikasi kaedah statistik tradisional untuk menganalisis bilangan dan corak
jenayah di Melaka. Kamil (2007) juga menyatakan bahawa hampir tiada elemen spatial yang
diaplikasikan dalam analisis, manakala pemetaan lokasi kepadatan kes jenayah masih
menggunakan pin penanda pada peta salinan keras.
Dalam kajian yang dijalankan oleh pasukan kerja MyGDI Negeri Pulau Pinang pada tahun
2012, sistem GIS bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang didapati telah diperkenalkan.
Pembangunan sistem ini bertujuan untuk merekodkan butiran dan lokasi jenayah semasa
laporan polis serta menjalankan analisis trend dan corak taburan kes jenayah. Walau
bagaimanapun, masih tiada elemen statistik spatial yang dimasukkan ke dalam aplikasi tersebut.
Tambahan pula, sistem ini cuma digunapakai di Pulau Pinang dan pembangunan sistem berpusat
masih belum dibangunkan. Ini menunjukkan bahawa sistem pemetaan dan analisis GIS bagi
analisis jenayah di negara ini masih boleh ditambahbaik dengan elemen GIS yang lebih maju
untuk menyokong dalam membuat keputusan yang lebih strategik.
2.6.1 Pengenalan Kepada GIS
Sistem GIS adalah sistem komputer yang digunakan untuk merakam, menyimpan,
memeriksa dan memaparkan data yang berhubungan dari segi kedudukan di atas mukabumi.
Komponen yang membentuk suatu sistem GIS boleh dilihat di dalam Rajah 2.2 yang
menunjukkan penglibatan manusia daripada pelbagai organisasi, data, perisian, perkakasan serta
beberapa protokol prosedur dan metodologi dalam membentuk sesuatu sistem GIS. Data
disimpan di dalam lapisan data yang diasingkan mengikut kategori, yang biasanya mematuhi
sesuatu standard, contohnya di Malaysia, MS1759. Hubungan di antara data dihubungkaitkan
dengan lokasi yang sepunya di antara lapisan-lapisan data ini.
19
Rajah 2.2: Komponen-Komponen yang Membentuk Suatu Sistem GIS
Sistem GIS membenarkan data diurus secara geografi yang mana lokasi sesuatu objek di
mukabumi dan hubungannya dengan persekitarannya diambil kira dalam menganalisis sesuatu
fenomena. Hasil pemetaan dan analisis ini membenarkan kita mencari jawapan untuk persoalan
apa, di mana, mengapa dan bila bagi sesuatu fenomena.
2.6.2 Aplikasi GIS Dalam Kajian Aplikasi Pemetaan Jenayah
Kajian mendapati aktiviti jenayah berkait rapat dengan faktor tempat dan masa. Justeru,
pengumpulan data jenayah termasuk tempat dan masa kejadian membolehkan kawasan dan
masa tumpuan jenayah dikenalpasti. Menurut Chainey (2001), kejadian jenayah tidak berlaku
secara rawak. Ini bermaksud, setiap kejadian jenayah pasti didorong oleh faktor fizikal dan
peluang. Faktor fizikal seperti keadaan persekitaran yang sesuai, contohnya tempat yang sunyi
atau lorong yang tersorok ataupun faktor temporal (masa) seperti musim perayaan yang mana
wujudnya peluang untuk melakukan jenayah. Bagi menjawab persoalan mengapa, bagaimana dan
bila jenayah berlaku untuk tujuan intervensi, data lokasi kejadian jenayah ini dikumpul dan
dipeta bagi merangka pelan tindakan.
Berdasarkan kepadatan data individu lokasi kejadian jenayah yang telah dipetakan,
sesuatu kawasan padat jenayah akan dapat dikenalpasti. Kawasan sering berlaku jenayah ini
dipanggil sebagai “kawasan titik panas jenayah”. Kawasan titik panas ini boleh dikorelasikan
dengan data sokongan seperti jenis gunatanah, kepadatan populasi dan tepubina, taraf hidup,
taraf pendidikan dan pelbagai lagi faktor yang mengaitkan kadar kejadian jenayah.
20
Oleh yang demikian, perkongsian peta dan pangkalan data amat diperlukan bagi
mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan taburan kawasan titik panas jenayah di
sesuatu kawasan. Perkara ini boleh diatasi menerusi pemetaan sosial menggunakan teknologi
GIS. GIS berpotensi untuk membantu pihak berwajib dalam merekabentuk intervensi
pencegahan jenayah yang bersesuaian seperti mempertingkatkan rondaan, menyediakan pos
keselamatan dan meletakkan CCTV.
Sebelum tahun 2000, pihak berkuasa telah menggunakan peta pin untuk menggambarkan
lokasi kejadian jenayah dan mematuhi mana-mana corak insiden jenayah yang mungkin muncul.
Kini, dengan adanya teknologi GIS, proses pemetaan pin ini telah ditukarkan kepada sistem
pemetaan berdigit. Pelbagai jenis analisis spatial dapat dilakukan dengan memproses data primer
dan data sekunder dengan menggunakan perisian GIS. GIS adalah satu pendekatan yang
berasaskan komputer untuk mentafsir peta dan imej serta menggunakan teknik analisis spatial
untuk pelbagai aktiviti penyelesaian masalah seperti penyampaian perkhidmatan kepada
kawalan jenayah. Aplikasi teknologi GIS dalam penguatkuasaan undang-undang dan program-
program sosial termasuk menyediakan maklumat spatial dan penilaian untuk peruntukan
sumber, mengenal pasti kawasan titik panas jenayah, penilaian keberkesanan program, siasatan
jenayah, mencari tapak penyampaian perkhidmatan, dan menentukan lokasi pencegahan dan
membangun program intervensi khusus untuk juvana. Dengan kata lain, GIS boleh menjadi
teknologi yang berguna sepanjang kitaran perancangan dan penggubalan dasar, termasuk
keperluan dan aset penilaian, program dan reka bentuk dasar, peruntukan sumber, penilaian, dan
penyelidikan.
Di samping itu, pemetaan sosial bagi melihat taburan kes jenayah juvana ini juga
berupaya menyumbang maklumat yang diperlukan bagi pembangunan Juvenile Restorative
Justice/Diversion Programme yang kini dalam kajian Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Berbanding Malaysia, kaedah pemetaan sosial menggunakan GIS telah
lama digunakan di luar negara. Di England dan Wales contohnya, penggunaan GIS untuk
pemetaan jenayah telah dipraktikkan sejak 1990, di mana pihak polis dan pihak berkuasa
tempatan diberi akses kepada sistem GIS yang menyimpan dan mengumpul data-data sejarah
jenayah. Data tersebut digunakan untuk tujuan analisis pola jenayah dan rekabentuk langkah-
langkah pencegahan.
Kawasan titik panas jenayah selalunya dikaitkan dengan keadaan persekitaran seperti
ketiadaan lampu jalan, lot kosong, kawasan parkir, pusat-pusat hiburan, dan sebagainya (Bunn,
21
2014). Data temporal yang dihasilkan oleh GIS membolehkan kejadian jenayah difahami
berdasarkan corak lampau seperti waktu dan musim puncak kejadian jenayah.
2.7 PROGRAM INTERVENSI DAN PENCEGAHAN JENAYAH JUVANA
Intervensi merujuk kepada siri atau kumpulan aktiviti yang dibentuk untuk mencegah
dan memulihkan faktor penyebab kepada jenayah juvana (Aala, Ramos, Mendoza, Magnaye & A.
Bautista, 2013). Pemilihan intervensi merupakan isu utama di dalam polisi pencegahan dan
pemulihan jenayah juvana. Sumber yang terhad seperti kewangan dan tenaga kerja memerlukan
pihak berwajib supaya tepat dalam pemilihan pelaksanaan intervensi kepada pesalah yang paling
memerlukan (high risk offenders). Intervensi yang salah dan tidak kena dengan pesalah bukan
sahaja satu pembaziran, tetapi paling teruk akan menghasilkan kesan yang lebih buruk kepada
golongan juvana dan orang sekeliling.
2.7.1 Falsafah Program Intervensi
Berdasarkan kajian meta-analisis Lipsey (2009), falsafah utama di sebalik program
intervensi adalah seperti berikut:
i. Pelbagai bentuk kaunseling
Pendekatan kaunseling merupakan prinsip yang paling terkenal di dalam program
intervensi. Ia menekankan pembinaan hubungan peribadi di antara pesalah dengan
kaunselor yang terlatih. Antara bentuk kaunseling termasuk kaunseling individu,
kaunseling berkumpulan, kaunseling keluarga, dan kaunseling rakan sebaya.
ii. Program pembangunan kemahiran
Program-program yang dibentuk berdasarkan prinsip ini menumpukan kepada
pemberian pengetahuan, kemahiran, insentif dan sebagainya untuk membantu
golongan juvana mengawal kelakuan dan mencegah kecenderungan kelakuan
jenayah. Contoh program adalah program tingkahlaku, terapi kognitif-tingkahlaku,
latihan kemahiran sosial, pengurusan emosi, latihan akademik, dan latihan
vokasional.
iii. Perkhidmatan berpakej dan berstruktur
Program ini dilaksanakan secara berpakej merangkumi pelbagai jenis intervensi
seperti yang diterangkan di atas. Selalunya, intervensi disesuaikan (custom-made)
mengikut keperluan seseorang pesalah.
22
iv. Program pemulihan
Program pemulihan atau restoratif memfokuskan pemulihan dengan keterlibatan
pesalah, mangsa dan komuniti.
v. Pemantauan
Prinsip ini berdasarkan pemantauan ke atas pesalah juvana akan mencegah
pengulangan jenayah. Contoh program di bawah prinsip ini adalah probasi intensif
(intensive probation) dan parol.
vi. Pencegahan
Intervensi di bawah prinsip pencegahan menfokus kepada golongan muda agar tidak
melakukan jenayah. Antara contoh program adalah seperti lawatan penjara dan
pendedahan kepada kehidupan sebenar sebagai penjenayah.
vii. Disiplin
Prinsip ini bertujuan untuk menanamkan disiplin di dalam diri golongan juvana atau
golongan muda lain. Antara contoh adalah seperti latihan ketenteraan seperti
perkhidmatan nasional atau Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
2.7.2 Jenis-Jenis Intervensi dan Keberkesanan
Tiada taksonomi yang standard menunjukkan semua jenis program intervensi jenayah
juvana (Lipsey, 2009). Program intervensi selalunya dibezakan berdasarkan tujuh falsafah yang
diterangkan di atas. Ia juga boleh dilihat berdasarkan pemegang taruh yang terlibat. Tinjauan
literatur menunjukkan jenis program intervensi boleh dikategorikan seperti di Jadual 2.3.
Sesuatu intervensi dianggap berkesan berdasarkan sejauh mana ia mampu menurunkan
kadar pengulangan jenayah atau residivisme dalam kalangan pesalah juvana (Lipsey, et. al.,
2000). Kajian meta-analisis Lipsey (2009) yang melibatkan 361 kajian daripada tahun 1958
hingga 2002 merangkumi 548 sampel, menyimpulkan bahawa program yang berkesan
mempunyai tiga ciri berikut:
i. Intervensi yang bersifat terapi seperti kaunseling dan pembangunan kemahiran
adalah lebih berkesan daripada intervensi yang menekankan prinsip kawalan dan
penekanan (pemantauan, pencegahan dan disiplin).
ii. Intervensi yang fokus kepada pesalah berisiko tinggi berbanding pesalah berisiko
rendah.
iii. Perlaksanaan intervensi yang berkualiti contohnya kaunselor dan kakitangan
kebajikan yang berketrampilan, pengawasan keberkesanan program secara
berterusan, dan pembaikan dilakukan bila diperlukan.
23
Selain dari jenis program intervensi, Jadual 2.3 juga menunjukkan maklumat
keberkesanan program.
Jadual 2.3: Program yang Telah Terbukti dan Berpotensi Untuk Dilaksanakan (Andrews
et al. (1990); Lipsey (1992); Aos, Miller & Drake (2006); Blueprints; Campbell
Collaboration)
Bil. Status Jagaan Nama Program Status Berasaskan Sumber
(Custody Status) Bukti
1. Institusi Teknik Program Pilihan Aos, Miller & Drake
penggantian (Preferred) (2006)
agresi (Aggression
replacement
technique (ART))
2. Institusi Kem hidup semula Program Pilihan Aos, Miller & Drake
sebagai ganti (2006)
penjagaan yang
berpanjangan
(Boot camps in lieu
of longer custody)
3. Institusi Terapi pesalah Program Pilihan Aos, Miller & Drake
seks (Sex offender (2006)
theraphy)
4. Institusi Terapi kognitif- Terbukti (Proven) Campbell
tingkah laku Collaboration
(Cognitive-
behavioral
theraphy)
5. Institusi Fokus kepada Terbukti Andrews et al.
remaja berisiko (1990)
tinggi dan faktor
risiko dinamik
6. Institusi Penggunaan Terbukti Andrews et al.
kaedah rawatan (1990)
terbukti yang
24
sesuai untuk
individu
7. Institusi Integriti Terbukti Andrews et al.
perlaksanaan (1990), Lipsey
rawatan (fideliti) (1992)
8. Institusi Tempoh masa Terbukti Lipsey (1992)
rawatan yang
panjang
9. Institusi Program yang Terbukti Lipsey (1992)
mantap
10. Institusi Peralihan Sementara Aos, Miller & Drake
Integrasi Keluarga (2006)
(Family Integrated
Transitions (FIT))
11. Institusi Kaunseling, Terbukti Aos, Miller & Drake
Psikoterapi (2006)
12. Institusi Pendidikan Terbukti Aos, Miller & Drake
(2006)
13. Institusi Program Ubahsuai Terbukti Aos, Miller & Drake
Tingkah laku (2006)
14. Institusi Pendidikan skil Berpotensi Aos, Miller & Drake
kehidupan (2006)
15. Institusi Cabaran rimba Tidak Berkesan Aos, Miller & Drake
(Wilderness (2006)
challenge)
16. Rumah angkat Jagaan Angkat Program Pilihan Aos, Miller & Drake
Rawatan Pelbagai (2006); Blueprints
Dimesi
(Multidimensional
treatment foster
care)
17. Parol Berorientasikan Tidak Berkesan Aos, Miller & Drake
pengawasan (2006)
(Surveillance
oriented)
25
18. Parol Pengawasan Tidak Berkesan Aos, Miller & Drake
intensif (2006)
19. Percubaan Terapi Fungsi Program Pilihan Aos, Miller & Drake
(Probation) Keluarga (2006); Blueprints
20. Percubaan Terapi multi- Program Pilihan Aos, Miller & Drake
(Probation) sistemik (2006); Blueprints
(Multisystemic
theraphy)
21. Percubaan Pengawasan Tidak Berkesan Aos, Miller & Drake
(Probation) intensif (2006)
22. Percubaan Pencegahan Tidak Berkesan Aos, Miller & Drake
(Probation) (2006)
Lipsey (1992)
23. Lencongan Mahkamah remaja Program Pilihan Aos, Miller & Drake
(Diversion) (Teen court) (2006)
24. Lencongan Projek lencongan Program Pilihan Aos, Miller & Drake
(Diversion) remaja (2006)
(Adolescent
diversion project)
25. Lencongan Keadilan Program Pilihan Aos, Miller & Drake
(Diversion) pemulihan (2006)
(Restorative
justice)
26. Lencongan Mahkamah dadah Program Pilihan Aos, Miller & Drake
(Diversion) (Drug court) (2006)
27. Lencongan Program terapi Terbukti Aos, Miller & Drake
Sementara (2006); Blueprints
(Diversion) berasaskan
Blueprints
keluarga (Family-
based theraphy
program)
28. Lencongan Asas terapi
(Diversion) keluarga strategik
26
(Brief strategic
family therapy)
29. Lencongan Lencongan dengan Berpotensi Aos, Miller & Drake
(Diversion) perkhidmatan lwn (2006)
mahkamah juvana
(Diversion with
services vs. juvenile
court)
30. Lencongan Lencongan Tidak Berkesan Aos, Miller & Drake
(Diversion) dengan (2006)
perkhidmatan lwn
pembebasan
mudah (Diversion
with services vs.
Simple release)
31. Pencegahan Perkongsian Program Pilihan Aos, Miller & Drake
keluarga (2006)
jururawat-ibu
(Nurse family
partnership-
mothers)
32. Pencegahan Perkongsian Program Pilihan Aos, Miller & Drake
keluarga (2006)
jururawat-ibu
(Nurse family
partnership-
mothers)
33. Pencegahan Pra-pendidikan K Terbukti Aos, Miller & Drake
untuk kanak- (2006); Blueprints
kanak berumur
tiga-dan-empat
tahun daripada
keluarga
berpendapatan
rendah
27
Tinjauan literatur di Malaysia mencadangkan beberapa program intervensi berkenaan
jenayah juvana seperti Modul Jenayah Remaja (Juvana) (Hamidah dan Hamdan, 2003). Modul ini
bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada golongan juvana untuk
memperbaiki diri untuk pembentukan watak yang positif.
2.7.3 Program Intervensi Berasaskan Restorasi Keadilan Juvana
Restorasi Keadilan Juvana (RKJ) (Juvenile Restorative Justice) merujuk kepada program
pemulihan pesalah juvana yang memfokus kepada pembaikan kemudaratan akibat kelakuan
sesuatu jenayah dengan melibatkan pesalah, mangsa dan komuniti. Ia mempunyai tiga prinsip
(Howard Zehr, 2002) iaitu:
i. Mengenalpasti punca sebenar kelakuan jenayah supaya intervensi pemulihan
dapat dilakukan lebih tepat dan efektif. Punca ini bukan sahaja melihat diri
pesalah tersebut, tetapi juga mangsa dan komuniti sekeliling.
ii. Menjadikan pesalah bertanggung jawab sepenuhnya ke atas jenayah yang
dilakukan serta memberi peluang kepada pesalah untuk membetulkan
kesilapannya ke atas mangsa dan komuniti.
iii. Penglibatan pihak yang berkaitan terutama sekali pesalah, mangsa dan komuniti.
Keperluan untuk melaksana RKJ di Malaysia adalah salaras dengan pematuhan
Konvensyen Kanan-Kanak 1989 (Convention of the Child 1989). Artikel Artikel 40(1) di dalam
dokumen konvensyen tersebut menyatakan salah satu objektif keadilan juvana adalah untuk
mengintegrasi semula dan membantu kanak-kanak untuk menjalankan peranan konstruktif di
dalam masyarakat. Artikel 37(b) juga menekan perkara yang sama dengan menyatakan
penangkapan, penahanan dan pengurungan adalah usaha yang terakhir dan pihak yang berwajib
perlu mengambil tindakan alternatif di dalam hal ehwal keadilan juvana. Artikel 40(3)(b) di
dalam konvensyen tersebut juga menekankan bahawa pihak berwajib perlulah menggunakan
alat pengukuran tertentu dalam berurusan dengan kanak-kanak yang terlibat dalam kesalahan
undang-undang tanpa mengabaikan prosiding keadilan. Konvensyen tersebut turut menyatakan
program keadilan pemulihan juvana sebagai salah satu contoh program yang bermanfaat untuk
pelbagai pihak. Berdasarkan konvensyen tersebut Malaysia disaran untuk menurut prinsip
Konvensyen Kanan-Kanak 1989, serta peraturan lain seperti Beijing Rules, Havana Rules dan
Riyadh Guidelines.
28
Antara intervensi di bawah program RKJ yang dilaksanakan di seluruh dunia adalah
seperti berikut:
i. Pesalah membayar ganti rugi berbentuk wang kepada pesalah.
ii. Perkhidmatan komuniti.
iii. Pengantara atau Mediator mangsa-pesalah: Intervensi ini melibatkan pesalah
untuk berjumpa dengan mangsa di bawah seliaan atau kawalan mediator yang
terlatih. Di dalam pertemuan ini kedua-dua pihak akan berkongsi pendapat untuk
mencapai persetujuan bagaimana pesalah boleh menebus kesalahan mereka.
Selalunya, sesi dialog memakan masa agak lama di dalam beberapa siri sebelum
kedua-dua pihak dapat bersuara dengan jujur.
Menurut tinjauan literatur, mediator mangsa-pesalah digunakan secara meluas di United
States dan di Eropah (Umbreit, Greenwood, Fercello, Jenni, 2000). Persidangan Restorative
Juvana atau Persidangan Kumpulan Keluarga adalah suatu intervensi yang melibatkan
perbincangan di antara pelbagai pihak iaitu pesalah, keluarga pesalah, mangsa, keluarga mangsa.
Di dalam perbincangan ini, kedua-dua pihak akan berbincang dari hati ke hati tentang punca dan
kesan jenayah dari perspektif pesalah, mangsa dan keluarga. Objektif intervensi ini adalah untuk
mencapai persetujuan bertulis bagaimana pesalah dapat menebus kesalahan tersebut dan
memperbaiki peranannya dalam komuniti. Dokumen persetujuan tersebut kemudian akan
dihantar kepada pihak berwajib seperti mahkamah, polis dan jabatan kebajikan masyarakat.
Berdasakan tinjauan literatur, Persidangan Restorative Juvana ini berasal dari budaya Moari di
New Zealand yang kemudiannya telah diceduk dengan jayanya di dalam perundangan keadilan
juvana di negara tersebut. Sejak itu, negara lain seperti Australia dan United States telah
mengamalkan intervensi yang serupa.
Pelaksanaan RKJ di Malaysia telah dilaksanakan bermula 2007 tetapi terhad kepada
perkhidmatan komuniti oleh pesalah juvana. Selain dari hukuman penjara juvana, mahkamah
boleh menjatuhkan hukuman perkhidmatan komuniti selama 200 jam di tempat yang ditentukan
kepada pesalah juvana. Pesalah juga boleh diperintahkan untuk membayar jaminan kewangan.
Penyeliaan program perkhidmatan komuniti diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pelaksanaan RKJ di dalam bentuk intervensi lain seperti yang dinyatakan di atas dan melibatkan
pihak mangsa belum dilaksanakan. Dengan kata lain, program RKJ di Malaysia masih boleh
ditambahbaik supaya lebih menyeluruh.
29
2.8 KESIMPULAN
Bab ini membincangkan tinjauan literatur yang merangkumi jenayah juvana, teori-teori
jenayah yang berkaitan, program intervensi dan pencegahan jenayah, dan keadilan pemulihan
juvana yang telah dikaji dan dibahas dalam kajian-kajian lepas.
30
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan metodologi kajian untuk membentuk kerangka kerja dalam
menjalankan kajian GIS dan sosial bagi menepati objektif kajian. Metodologi kajian yang
dibincangkan adalah rekabentuk kajian, pengumpulan data, dan analisis data.
Matlamat kajian ini adalah untuk menggabungkan teknik GIS dan juga kajian sosial dalam
membentuk satu cadangan intervensi perlakuan jenayah dalam kalangan juvana. Hasil analisis
GIS berkaitan taburan jenayah juvana dengan faktor persekitarannya digabung dengan hasil
temu bual dengan pesalah juvana bagi mengesah serta mencari perkaitan faktor-faktor
persekitaran yang menyumbang ke arah kecenderungan kejadian jenayah.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk kajian telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian GIS dan
bahagian sosial. Rekabentuk kajian GIS menggunakan kaedah kuantitatif berdasarkan data yang
diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Manakala rekabentuk kajian sosial
menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual di institusi pemulihan dan juga komuniti serta
pemerhatian di lokaliti kawasan kelabu.
Merujuk kepada Rajah 3.1, kajian bermula dengan perolehan data dari sumber-sumber
seperti PDRM, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara
(MaCGDI) sebagai data input bagi kajian ini. Manakala data temu bual diperlukan bagi
menjalankan kajian sosial terhadap responden yang telah dikenal pasti. Responden yang terlibat
di dalam kajian ini terdiri daripada pesalah juvana dan juga komuniti yang dikenalpasti melalui
perolehan kawasan kelabu.
Dalam kajian ini, dokumentasi kajian telah dilakukan dengan menyertakan dokumen-
dokumen seperti peta taburan alamat suspek jenayah juvana, peta taburan lokasi kejadian
jenayah, peta kawasan kelabu, peta kawasan titik panas, peta kolerasi, dokumen cadangan
program intervensi dan pencegahan jenayah juvana. Dokumen cadangan pembangunan sistem
GIS jenayah juvana juga dihasilkan sebagai output kepada objektif kajian kelima.
31
INPUT PROSES OUTPUT
SUMBER DATA KAJIAN GIS DAN DOKUMENTASI
(Data-data GIS dan SOSIAL KAJIAN
Sosial yang (Pemprosesan Data (Hasil dan Analisis
membantu kajian) Perolehan) Kajian)
Data GIS 1. Parameter kajian 1. Peta Taburan Alamat
Suspek Juvana dan Peta
1. Data Maklumat Taburan Lokasi
Jenayah Juvana Kejadian Jenayah di
2. GIS Model dan Semenanjung Malaysia
(PDRM) Analisis
2. Peta Kawasan Kelabu
2. Banci Penduduk 3. Perisian ArcGIS dan Titik Panas
1980, 1991, 2000, Jenayah Juvana
2010 (DOSM) 4. Instrumen Temu
Bual 3. Peta Kolerasi Jenayah
3. Peta Sempadan Juvana dengan
Kepadatan Penduduk
Pentadbiran 5. Pemerhatian dalam dan Purata Pendapatan
Semenanjung komuniti
4. Dokumen Cadangan
Malaysia (MaCGDI) Program Intervensi Dan
Pencegahan Jenayah
4. Data Lokasi Sekolah Juvana
Data Sosial bual 5. Dokumen Cadangan
1. Temu Pembangunan Sistem
GIS Jenayah Juvana
Responden
2. Temu Bual Komuniti
3. Pemerhatian
Rajah 3.1: Rekabentuk Kajian
32
3.2.1 Metodologi Kajian
Metodologi kajian telah dibahagikan kepada lima (5) fasa utama iaitu tinjauan literatur,
perolehan dan pengumpulan data, pemprosesan data, merekabentuk pangkalan data dan
penghasilan peta jenayah juvana, hasil dan analisis pangkalan data dan menyediakan cadangan
intervensi dan pencegahan. Rajah 3.2 menunjukkan carta alir metodologi kajian yang telah
dilaksanakan. Berikut diterangkan setiap fasa kajian yang terdapat dalam metodologi.
i. Fasa 1: Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur merupakan kajian awalan bagi memahami isu-isu dalam kajian ini dan
bagaimana untuk melaksanakan kajian ini. Oleh itu, pembacaan yang intensif, terperinci dan
mendalam harus dilakukan daripada pelbagai sumber rujukan seperti buku, majalah, jurnal,
keratan akhbar, laman sesawang dan pangkalan data sumber pembacaan dan tesis di
perpustakaan. Pemahaman terhadap isu-isu dalam kajian ini memudahkan pencapaian matlamat
kajian ini iaitu mengenal pasti potensi aplikasi GIS dalam pemetaan jenayah juvana bagi
membantu penguatkuasaan undang-undang dan pelaksanaan Juvenile Restorative Justice /
Diversion Program melalui pemetaan sosial yang holistik. Berdasarkan matlamat yang dihasilkan
maka beberapa objektif kajian telah dibina untuk menyokong matlamat kajian. Skop kajian juga
dikenalpasti untuk memastikan para penyelidik boleh fokus kepada kehendak kajian.
ii. Fasa 2: Perolehan Dan Pengumpulan Data
Proses perolehan dan pengumpulan data melibatkan dua (2) peringkat iaitu
pengumpulan data kuantitatif dan data kualitatif. Pengumpulan data kuantitatif ini meliputi
pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Pusat Infrastruktur
Data Geospatial Negara dan Jabatan Penjara Malaysia. Manakala data kualitatif pula dikumpul
menerusi pembinaan instrument temu bual pesalah juvana dan temu bual komuniti berdasarkan
dapatan analisis GIS.
33
TINJAUAN LITERATUR
• Memahami asas kajian daripada sumber literatur
• Mengenal pasti kawasan kajian di Semenanjung Malaysia
PEROLEHAN DAN PENGUMPULAN DATA
Kuantitatif Kualitatif
PEMPROSESAN DATA
Memproses Data Alamat Suspek
Juvana dan Lokasi Kejadian Jenayah
Data Spatial dan Data Data PDRM (alamat Membina Instrumen Temu
Atribut suspek dan lokasi bual
kejadian jenayah)
Data Sempadan Temu bual
Pentadbiran Geokod
responden: data
Data Lokasi Sekolah daripada Jabatan
Data Banci Penjara Malaysia
Pembangunan Pangkalan Data GIS Temu bual komuniti
berdasarkan kawasan kelabu
Eksploratori Analisis Data Spatial
Analisis Kluster
Analisis Kejiranan
Analisis Hubungan
HASIL DAN ANALISIS
Peta Taburan Alamat Suspek Juvana dan Tema-tema Temu Bual
Lokasi Kejadian Jenayah Merancang Cadangan Intervensi dan
Peta Kawasan Kelabu dan Titik Panas Pencegahan Jenayah Juvana
Jenayah Juvana
Bengkel Pemurnian Intervensi
Peta Kolerasi Jenayah Juvana dengan Pencegahan Jenayah Juvana
Kepadatan Penduduk dan Purata Pendapatan
Merangka Cadangan Pembangunan Sistem GIS Merangka Cadangan Program Intervensi dan
untuk Aplikasi Pemetaan Jenayah Juvana Pencegahan Jenayah Juvana
PENULISAN LAPORAN AKHIR
Rajah 3.2 : Carta Alir Metodologi Kajian
47
iii. Fasa 3: Merekabentuk dan Pembangunan Pangkalan Data Juvana
Pembangunan pangkalan data melibatkan proses kemasukan data, merekabentuk
pangkalan data dan penghasilan peta-peta jenayah. Merekabentuk pangkalan data merupakan
peringkat terpenting dalam proses kemasukan data, penyimpanan dan capaian data. Proses ini
harus dilakukan dengan berhati-hati untuk memastikan data disimpan secara sistematik dan
selamat bagi pelaksanan capaian data. Kebiasaannya, rekabentuk pangkalan data melibatkan tiga
(3) peringkat iaitu rekabentuk konseptual, logikal dan fizikal.
Rekabentuk Konseptual menerangkan struktur pangkalan data, melibatkan semua
kehendak asas data di dalam pangkalan data utama. Rekabentuk konseptual bagi
pangkalan data diperincikan dan ditunjukkan menggunakan data model.
Rekabentuk Logikal adalah proses pertukaran daripada rekabentuk konseptual ke bentuk
logikal menjadikan rekabentuk pangkalan data lebih terperinci dan spesifik.
Rekabentuk Fizikal pula melibatkan satu proses untuk memilih struktur penyimpanan
dan proses laluan untuk mencapai semula data secara mudah. Perkara ini melibatkan
respons hardware dan perisian terhadap masa carian pengguna dan penggunaan ruang
penyimpanan fail haruslah peka dengan fungsi pangkalan data.
iv. Fasa 4: Hasil Keputusan Dan Analisis
Pada peringkat ini, hasil kajian dibahagikan kepada dua iaitu hasil kuantitatif dan
kualitatif. Hasil kuantitatif meliputi penghasilan peta-peta jenayah juvana seperti peta taburan
alamat suspek, peta taburan lokasi kejadian jenayah mengikut negeri, peta kawasan kelabu dan
peta titik panas. Manakala hasil kualitatif pula merupakan data temu bual individu juvana dan
kumpulan fokus yang telah disaring bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk kajian ini.
Hasil kajian yang telah dipersembahkan kemudiannya dianalisis melalui kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Analisis secara kuantitaif dilakukan terhadap peta-peta yang telah
dihasilkan seperti eksplorasi analisis data spatial, analisis kluster, analisis kejiranan dan analisis
kolerasi hubungan jenayah juvana dengan kadar pendapatan dan kepadatan penduduk. Manakala
analisis kualitatif pula dilakukan berdasarkan dapatan temu bual yang telah disaring untuk
mendapatkan tema-tema bagi cadangan intervensi dan pencegahan.
48
v. Fasa 5: Merangka Cadangan Intervensi dan Pencegahan
Dalam fasa ini, hasil dan analisa kajian digunakan bagi merangka cadangan bagi aplikasi
GIS untuk mengesan dan menangani jenayah juvana di Malaysia di mana perunding
mengemukakan beberapa cadangan untuk membangunkan sistem GIS untuk kegunaan
pengurusan data juvana. Manakala hasil dan analisa temu bual digunakan untuk merangka
cadangan intervensi dan pencegahan jenayah juvana di Malaysia. Kesemua cadangan dimasukkan
ke dalam laporan akhir yang disediakan.
3.3 PENGUMPULAN DATA
Data yang diperolehi untuk kajian ini adalah:
i. Data GIS : Data Tangkapan PDRM (Juvana)
: Data-data lapisan geografi
: Data dari Google Maps dan Google Streetview
ii. Data Sosial : Temu bual Responden Juvana
: Temu bual Komuniti
: Pemerhatian lapangan
3.3.1 Pengumpulan Data GIS
Data alamat suspek dan lokasi jenayah yang diperolehi daripada PDRM adalah di dalam
format Excel. Data tersebut perlu melalui proses geokod iaitu proses penentuan koordinat x dan
y bagi sesuatu data alamat untuk dimasukkan ke dalam perisian GIS. Di dalam kajian ini, perisian-
perisian berikut telah digunakan di dalam pemprosesan data:
i. ArcGIS 10.2.1
ii. Microsoft Excel
iii. Batch Geocoding (perisian sumber terbuka dari David B. Zwiefelhofer)
Data dan analisis GIS yang dijalankan menerusi taburan alamat suspek juvana dan
kawasan kelabu telah digunakan sebagai input dalam pemilihan lokasi temu bual komuniti serta
jenis jenayah berkaitan dengan sesuatu kawasan kelabu bagi menjalankan kajian sosial. GIS
menjawab persoalan "dimana" dalam penyesuaian pemilihan responden pesalah juvana dan
komuniti bagi kajian ini. Di akhir kajian ini, kedua-dua dapatan metod kajian ini telah digunakan
untuk merangka cadangan intervensi selaras dengan dapatan kajian.
49
3.3.1.1 Sumber Data GIS
Dalam merekabentuk analisis GIS, data dan jenis data yang tepat telah dikenalpasti. Jenis
data dalam konteks ini merangkumi bentuk geometri data (titik, garis, poligon), atribut data dan
juga ketepatan skala data tersebut. Ketepatan dalam hal ini merujuk kepada peringkat data
tersebut sama ada peringkat negeri (kurang tepat - skala kecil) ataupun peringkat blok
perancangan (paling tepat - skala besar). Kualiti data adalah penting dalam menentukan
ketepatan analisis yang dijalankan. Untuk kajian ini, data yang telah diperolehi ditunjukkan
dalam Jadual 3.1:
Jadual 3.1: Senarai Data GIS
No Data Pemilik Geometri Skala Atribut
Data
1 Data PDRM Titik Jenayah secara 1 Alamat Pelaku
Tangkapan individu Jenayah
Juvana Koordinat Tempat
Tinggal
(geocoding)
2 Jantina pelaku
3 Umur pelaku
4 Kesalahan
2 Data Kertas PDRM Titik Jenayah secara 1 Alamat Lokasi
Siasatan individu Kejadian Jenayah
2 Koordinat Lokasi
Kejadian Jenayah
3 Jantina pelaku
4 Umur Pelaku
5 Kesalahan
6 Tarikh Kejadian
3 Data Banci Jabatan Poligon Mukim 1 Pecahan penduduk
2010 (Data Perangkaan mengikut umur
Spatial) Malaysia 2 Pecahan penduduk
mengikut bangsa
3 Bilangan
Penduduk
50
4 Data Pusat Spatial Poligon 1 Negeri 4 Taraf pendidikan
2 Daerah 5 Pekerjaan
Sempadan Negara 3 Mukim 1 Nama
4 Jajahan 2 FID
(Data Spatial) (MaCGDI) 5 Taman 3 Luas
Perumahan 1 Jenis Jalanraya
1 Panjang
5 Infrastruktur Pusat Spatial Garisan 2 Nama Jalan
1 Nama Sekolah
Jalanraya Negara
(Data Spatial) (MaCGDI)
6 POI Sekolah Pusat Spatial Titik
Negara
(MaCGDI)
3.3.1.2 Pra-Pemprosesan Data
Data taburan jenayah memainkan peranan penting dalam membentuk analisis kajian ini.
Data taburan jenayah ini diperolehi daripada Unit Siasatan Jenayah (D4), Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman. Data tersebut merupakan repositori data tangkapan OKT yang mengandungi
maklumat spatial dalam lajur "Alamat Suspek" dengan disusuli data kertas siasatan yang
mengandungi maklumat koordinat lokasi kejadian jenayah. Oleh kerana kajian ini lebih fokus
dalam mencegah kelakuan jenayah melalui program intervensi seperti yang dikemukakan, data
alamat suspek telah diberi keutamaan dalam mencari lokasi-lokasi berisiko tinggi yang didiami
suspek-suspek juvana.
Memandangkan data tangkapan OKT tidak disertakan dengan maklumat koordinat bagi
alamat setiap suspek, maka data geocoding telah dijalankan. Setiap alamat telah diterjemahkan
dalam bentuk lokasi koordinat X, dan Y dalam sistem koordinat WGS84 yang kemudiannya di-
projectkan dalam bentuk sistem koordinat planar yang lebih tepat dalam mewakili data spatial di
Semenanjung Malaysia.
Rajah 3.3 menunjukkan data yang diperolehi daripada PDRM dan proses tapisan data
spatial serta geocoding.
51
Rajah 3.3: Langkah Pemprosesan Dua Data PDRM
Selain daripada proses geocoding dan penzahiran data PDRM kepada bentuk geometri
geografi, pembersihan data juga telah dijalankan keatas data spatial yang diperolehi daripada
MAcGDI dan Jabatan Perangkaan. Pembersihan data ini termasuklah proses generalisasi data
kepada skala yang seragam serta pembetulan topologi poligon.
3.3.1.3 Profil Data Suspek Juvana
Jadual 3.2 menunjukkan rumusan profil data suspek juvana daripada data tangkapan
OKT PDRM sepanjang 2010 - 2014. Suspek secara majoriti adalah lelaki iaitu sebanyak 96%.
Suspek juga kebanyakannya berbangsa Melayu (81%) diikuti bangsa India (15%), bangsa Cina
(3%) dan lain lain bangsa (1%). Suspek juga kebanyakannya beragama Islam (81%), manakala
baki suspek beragama Hindu (14%), Buddha (4%) dan lain lain agama (1%). 99% suspek adalah
warganegara Malaysia dan bakinya 1% terdiri daripada negara Cambodia, Thailand, Indonesia
dan Myanmar.
Jadual 3.2 : Profil Suspek Juvana (Data Alamat suspek juvana)
No Profil Bilangan
1 Jantina Lelaki Perempuan
43830 1844
2 Bangsa Melayu Cina India Lain-lain
36569 1803 6746 586
3 Agama Islam Buddha Hindu Lain-lain
36920 1798 6458 528
4 Kewarganegaraan Warganegara Bukan Warganegara
45644 30
52
3.3.2 PENGUMPULAN DATA SOSIAL
Terdapat dua jenis temu bual yang telah dijalankan dalam kajian ini. Kaedah temu bual
pertama ialah temu bual secara bersemuka (face to face interview) dengan pesalah juvana.
Instrumen temu bual untuk pesalah juvana telah dibina dengan menetapkan beberapa tema
utama dengan mendapatkan pandangan pihak-pihak berkuasa seperti polis, NGO, pihak sekolah,
rukun tetangga dan ketua kampung. Kedua ialah kaedah kumpulan fokus yang telah dijalankan
dengan pihak komuniti. Lokasi komuniti ini telah dikenalpasti berdasarkan kawasan kelabu
melalui sistem GIS. Instrumen kumpulan fokus ini telah dibina berdasarkan kepada dapatan
kajian yang telah diperoleh daripada GIS serta temu bual yang telah dijalankan bersama pesalah
juvana untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas tentang isu-isu yang berkaitan dengan
komuniti.
Temu bual dengan pesalah juvana telah diadakan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Henry
Gurney yang terletak di Telok Mas, Melaka dan Sekolah Integriti Sungai Petani. Temu bual di
Sekolah Henry Gurney Melaka telah dijalankan pada 7 Oktober 2015 dan 2 Disember 2015.
Jadual 3.3 menunjukkan bilangan responden yang ditemu bual di kedua-dua sekolah tersebut.
Jadual 3.3: Bilangan Responden Temu Bual Juvana
Sekolah Bilangan Responden
Sekolah Henry Gurney Melaka 35
Sekolah Integriti Sungai Petani 14
Kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam pemilihan responden adalah seperti berikut:
i. Mewakili setiap jenis jenayah mengikut indeks jenayah Malaysia
(2 kategori: jenayah kekerasan dan jenayah harta benda).
ii. Mewakili peringkat umur (2 kumpulan iaitu di bawah 18 tahun, dan 18 hingga 21
tahun).
iii. Jantina.
iv. Bangsa.
v. Lokasi jenayah yang dilakukan dari titik panas kawasan kelabu yang telah ditentukan
oleh GIS.
Temu bual telah dijalankan mengikut protokol dan prosedur yang telah ditetapkan oleh
pihak Sekolah Henry Gurney untuk memastikan responden adalah selesa untuk ditemu bual
53