The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Aplikasi Pemetaan Jenayah Dalam Kalangan Juvana Di Semenanjung Malaysia Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (2016)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-20 21:01:58

Kajian Aplikasi Pemetaan Jenayah Dalam Kalangan Juvana Di Semenanjung Malaysia Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (2016)

Kajian Aplikasi Pemetaan Jenayah Dalam Kalangan Juvana Di Semenanjung Malaysia Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (2016)

seperti di Lampiran A. Temu bual telah dijalankan tanpa penggunaan perakam suara seperti
mana yang telah disyaratkan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Temu bual komuniti pula telah melibatkan dua (2) komuniti di kawasan kelabu
berdasarkan kepada alamat suspek. Jadual 3.4 menunjukkan butiran lokaliti temu bual komuniti.

Jadual 3.4: Bilangan Responden Temu bual Komuniti

Komuniti Bilangan Responden

Gombak 9 orang

Sungai Petani 23 orang

3.3.2.1 Instrumen Kajian Sosial

Kajian ini menggunakan dua set soalan temu bual sebagai instrumen dalam pengumpulan
data. Kesemua soalan untuk temu bual pesalah juvana dan komuniti dibina oleh penyelidik
selaras dengan objektif kajian. Kedua-dua set soalan temu bual ini telah disahkan oleh Institut
Sosial Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia. Sila rujuk Lampiran B untuk butiran terperinci
soalan temu bual.

3.3.2.2 Sumber Data Sosial

Pengumpulan data sosial bermula dengan mendapatkan kebenaran Jabatan Penjara
Malaysia dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM), Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan temu bual dengan pesalah juvana (bawah 18 tahun)
dan pesalah muda (18 hingga 21 tahun) di Sekolah Henry Gurney Melaka dan Sekolah Integriti
Sungai Petani.

Manakala, bagi menjalankan temu bual komuniti di kawasan kelabu, pihak penyelidik
telah mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di kedua-dua
lokaliti kawasan kajian. Pemerhatian lapangan di komuniti pula dilakukan dengan pemerhatian
visual dan rakaman foto-foto seperti keadaan persekitaran dan infrastruktur.

54

3.4 REKABENTUK PANGKALAN DATA
Pangkalan data GIS dibangunkan bagi membentuk data repository bagi menjalankan

analisis berbentuk spatial berkaitan dengan lokasi kawasan titik panas jenayah dan perkaitannya
dengan faktor-faktor persekitaran yang menyebabkan sesuatu jenayah terjadi dan cenderung di
sesuatu kawasan secara spesifik.

Pangkalan data ini berpusat kepada lokasi kejadian jenayah, alamat tempat tinggal suspek
atau OKT (Orang Kena Tuduh) dan juga data sokongan seperti data sempadan mukim yang
diperolehi daripada Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MAcGDI), data populasi dan
purata pendapatan yang diterbitkan daripada data banci yang disediakan oleh Jabatan
Perangkaan bagi tahun 2010 dan juga data-data point of interest (POI) seperti taburan sekolah
dan taman perumahan. Pembangunan pangkalan data dan analisis GIS disasarkan untuk
menyediakan maklumat sasaran lokasi yang tempat bagi menjalankan temu bual komuniti serta
program intervensi jenayah juvana yang dicadangkan bersesuaian dengan jenis jenayah.

Analisis spatial statistic hubungan bilangan kejadian jenayah di sesuatu lokasi telah
dijalankan berdasarkan kepada data koordinat titik lokasi kejadian jenayah dan koordinat titik
alamat suspek. Rujuk Rajah 3.4 bagi memahami data model pangkalan data jenayah juvana yang
telah dibangunkan.

55

Rajah 3.4: Data Model untuk Rekabentuk Pangkalan Data GIS

3.5 ANALISIS DATA

3.5.1 Data GIS

Data GIS diproses menggunakan perisian ArcGIS untuk menghasilkan pemetaan umum,
analisis titik panas, dan analisis geometri. Data dianalisis secara kuantitatif melalui beberapa cara
termasuklah analisis deskriptif yang memaparkan taburan data berbentuk lokasi, analisis titik
pusat dan arah taburan yang menghuraikan tentang kepadatan titik data yang terbabit serta
statistik profil suspek pesalah juvana. Data juga dianalisis secara relatif kepada taburan data
lokasi untuk mencari kawasan titik panas berdasarkan data lokasi jenayah dan kawasan kelabu
berdasarkan data alamat suspek. Rajah 3.5 menunjukkan proses analisis data alamat suspek dan

56

lokasi jenayah untuk menghasilkan kawasan kelabu dan titik panas. Analisis kawasan kelabu dan
titik panas dijalankan dalam dua peringkat. Pada peringkat pertaman analisis dijalankan secara
umum dalam skala Semenanjung Malaysia dan peringkat kedua dalam skala negeri yang terpilih
secara spesifik.

Rajah 3.5: Kaedah Analisis Kawasan Kelabu dan Titik Panas
3.5.2 Data Sosial

Data temu bual pesalah juvana dan pesalah muda dianalisis menggunakan kaedah analisis
kualitatif iaitu Analisis Perbandingan Konstan (Constant Comparative Analysis) secara manual
untuk menghasilkan tema-tema berkaitan faktor-faktor yang berkaitan dengan kejadian jenayah
juvana. Manakala data pemerhatian pula dianalisis berdasarkan kepada foto yang dirakam
semasa menjalankan temu bual komuniti dan melalui aplikasi Google Streetview secara atas
talian.

57

3.6 KESIMPULAN

Bab ini membincangkan metodologi kajian untuk data GIS yang melibatkan lokasi jenayah
dan alamat suspek serta kaedah temu bual pesalah juvana dan komuniti berdasarkan kepada
taburan data GIS.

Rajah 3.6 menunjukkan rumusan metodologi daripada kedua-dua bidang dan bagaimana
cadangan intervensi dibangunkan.

Data GIS Data Sosial
Geokod Alamat Temu Bual Pesalah Juvana
Perolehan Data Sokongan Temu Bual Komuniti
Analisis Kawasan Kelabu dan Titik Transkripsi Data Temu Bual
Panas
Analisis Spatial Analisis Kualitatif

Cadangan Intervensi
Rajah 3.6: Rumusan Metodologi Kajian

58

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan hasil kajian GIS dan kajian sosial jenayah juvana. Data kajian GIS
dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif yang menumpukan pada analisis spatial manakala
data kajian sosial dianalisis menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik temu bual dan
perbincangan kumpulan fokus. Dapatan daripada kedua-dua bahagian ini dipersembahkan dalam dua
seksyen yang berbeza untuk menjawab semua objektif kajian yang telah ditetapkan.

4.2 ANALISIS DATA GIS

Beberapa analisis GIS telah dijalankan bagi memproses data-data spatial dan data jenayah
juvana. Analisis data GIS ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu eksplorasi analisis data
spatial, analisis kluster, analisis kejiranan dan analisis hubungan.

Di dalam eksplorasi analisis data spatial, beberapa jenis analisis telah dijalankan seperti
corak taburan data alamat suspek juvana, corak taburan data lokasi kejadian jenayah, kadar
jenayah berbanding populasi, titik pusat dan arah taburan alamat suspek dan titik pusat dan arah
taburan lokasi kejadian jenayah.

Manakala di dalam analisis kluster, kawasan kelabu dan titik panas telah dikenal pasti.
Kedua-dua kawasan ini juga dibandingkan untuk mencari perbezaan taburan antara keduanya.

Dalam analisis kejiranan, jarak perjalanan pesalah juvana daripada alamat tempat tinggal
ke lokasi kejadian jenayah telah dikira. Selain itu, sekolah yang berada dalam kejiranan yang
mengandungi alamat suspek yang banyak juga dikenal pasti melalui analisis ini.

Hubungan antara taburan kawasan kelabu dengan kepadatan penduduk dan purata
pendapatan (kawasan miskin) turut dianalisis di dalam bahagian ini.

59

4.2.1 Ekplorasi Analisis Data Spatial

Eksplorasi analisis data spatial dijalankan ke atas data alamat suspek juvana dan data
lokasi jenayah untuk menghuraikan dan menggambarkan taburan data spatial. Di dalam
peringkat ini, data dianalisis dari segi statistik jenayah, kadar jenayah bagi setiap 100,000
populasi kanak-kanak dan titik pusat serta arah taburan data alamat suspek juvana juvana dan
lokasi jenayah juvana.

Objektif analisis ini adalah untuk mengenal pasti corak dan hubungan taburan data secara
spatial di seluruh Semenanjung Malaysia. Dari analisis ini, didapati lima (5) negeri dengan
kepadatan data (alamat suspek juvana dan lokasi kejadian jenayah) tertinggi iaitu Selangor,
Johor, Kelantan, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Pemilihan lima (5)
negeri ini berdasarkan kepadatan data mengikut zon (Utara, Tengah, Timur dan Selatan),
bilangan jenayah, kawasan kelabu dan titik panas di dalam setiap zon. Untuk zon Tengah, dua (2)
negeri iaitu Selangor dan WPKL telah dipilih berdasarkan kepada banyaknya data alamat suspek
juvana dan lokasi kejadian jenayah di kedua-dua negeri tersebut. Hasil daripada analisis ini
adalah untuk menjawab beberapa persoalan berikut:

i. Corak taburan data suspek juvana
ii. Bilangan taburan data suspek juvana mengikut negeri
iii. Bilangan taburan lokasi jenayah juvana mengikut negeri
iv. Kadar jenayah juvana (lokasi jenayah) bagi setiap 100,000 populasi kanak-kanak
v. Arah taburan dan titik pusat data alamat suspek juvana juvana dan lokasi jenayah

juvana di Selangor, Johor, Kelantan, Kedah dan WPKL

60

4.2.1.1 Corak Taburan Data Alamat Suspek Juvana

Rajah 4.1 menunjukkan hasil daripada analisis corak taburan alamat suspek juvana
juvana. Data yang digunakan adalah data individual yang mana setiap titik di dalam peta mewakili
alamat suspek juvana juvana dari tahun 2010 hingga 2014.

2010 2011 2012

2013 2014

Rajah 4.1: Taburan Jenayah Juvana mengikut Alamat Suspek Juvana 2010 hingga 2014

Daripada Rajah 4.1 di atas, dapat diperhatikan secara visual peningkatan kepadatan titik
yang mewakili alamat suspek juvana juvana dari tahun ke tahun. Manakala Rajah 4.2
menunjukkan penggabungan bilangan data alamat suspek juvana juvana dari tahun 2010 hingga
2014 mengikut negeri.

61

Rajah 4.2: Gabungan Bilangan Data Alamat Suspek Juvana untuk setiap Negeri

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2, didapati bahawa Selangor mencatat bilangan
tertinggi iaitu sebanyak 7717 suspek juvana yang mewakili pelbagai kes jenayah indeks
sepanjang 2010 hingga 2014. Manakala Perlis mencatat bilangan yang paling rendah iaitu 919
kes alamat suspek juvana juvana.

4.2.1.2 Corak Taburan Data Lokasi Kejadian Jenayah Juvana

Rajah 4.3 menunjukkan gabungan bilangan lokasi kejadian jenayah. Pemetaan lokasi
kejadian jenayah juvana dari 2011 hingga 2014 menunjukkan Selangor mencatat bilangan yang
tertinggi iaitu 4057 kes, diikuti oleh Johor sebanyak 3030 kes dan WPKL sebanyak 2177 kes.
Manakala negeri Perlis mencatat bilangan paling rendah iaitu sebanyak 117 kes.

Bilangan
Jenayah Juvana

Rajah 4.3: Gabungan Bilangan Jenayah Juvana (Lokasi Jenayah) bagi setiap Negeri
62

4.2.1.3 Kadar Kejadian Jenayah Juvana

Rajah 4.4 menunjukkan kadar kejadian jenayah juvana bagi setiap 100,000 populasi
kanak-kanak untuk setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Daripada rajah tersebut, didapati
Selangor masih mencatat kadar tertinggi iaitu 3679 bagi setiap 100,000 populasi kanak-kanak,
diikuti WPKL (889 bagi setiap 100,000 populasi kanak-kanak) dan Perak (773 bagi setiap
100,000 populasi kanak-kanak).

Kadar
Jenayah

Rajah 4.4: Kadar Jenayah Juvana (Lokasi Jenayah) bagi setiap 100,000 Populasi Kanak-
Kanak

4.2.1.4 Titik Pusat dan Arah Taburan Data Alamat suspek juvana Juvana

Selain daripada melihat bilangan dan kadar jenayah di setiap negeri, analisis GIS juga
dapat menunjukkan titik pusat kepadatan jenayah juvana dan arah taburan alamat suspek juvana
juvana. Tujuan analisis ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri taburan alamat suspek juvana
juvana mengikut tahun sama ada bentuknya adalah berkelompok, berserakan di sekitar titik
pusat atau mempunyai bentuk elips di dalam sesuatu arah kecondongan yang tertentu. Rajah 4.5
hingga Rajah 4.9 menunjukkan hasil analisis titik pusat dan arah taburan data alamat suspek
juvana juvana bagi tahun 2010 hingga 2014.

63

Rajah 4.5: Titik Pusat dan Arah Taburan Alamat Suspek Juvana 2010
Titik pusat dan arah taburan alamat suspek juvana juvana tahun 2010 (Rajah 4.5)
menunjukkan Selangor dan WPKL berpusat di kawasan tengah, Kedah memanjang Utara Selatan
di sepanjang Pantai Barat Kedah, Kelantan berpusat di Utara Kelantan (Kota Bahru) dan Johor
berpusat di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Rajah 4.6: Titik Pusat dan Arah Taburan Alamat Suspek Juvana 2011
Titik pusat dan arah taburan alamat suspek juvana juvana tahun 2011 (Rajah 4.6)
menunjukkan corak yang sama seperti tahun 2010.

64

Rajah 4.7: Titik Pusat dan Arah Taburan Alamat Suspek Juvana 2012
Rajah 4.7 menunjukkan pertambahan bilangan data alamat suspek juvana juvana di
kesemua lima (5) negeri yang menyebabkan terdapat sedikit perubahan dari segi corak arah
taburan dan lokasi titik pusat alamat suspek juvana juvana bagi tahun 2012.

Rajah 4.8: Titik Pusat dan Arah Taburan (Alamat suspek juvana) Jenayah Juvana 2013
65

Rajah 4.8 dan Rajah 4.9 menunjukkan perubahan corak arah taburan di Selangor dan
WPKL daripada berbentuk elips (berserakan) kepada bentuk hampir bulat yang menunjukkan
corak taburan berubah kepada berkelompok.

Rajah 4.9: Titik Pusat dan Arah Taburan Alamat Suspek Juvana 2014
Jadual 4.1 menunjukkan perubahan lokasi titik pusat alamat suspek juvana juvana dari
tahun 2010 hingga 2014. Manakala Rajah 4.10 menunjukkan perubahan kedudukan titik pusat
ini secara visual.

66

Jadual 4.1: Lokasi Titik Pusat Alamat Suspek Juvana 2010 - 2014

No Data Tahun Lokasi Titik Pusat

Johor Kedah Kelantan Selangor & WPKL

1 Alamat 2010 Pandan, Kota Sarang Kg Binjai Bangsar
suspek 2011
juvana 2012 Johor Bahru Semut
2013
2 Alamat 2014 Permas Pendang Beta Kuala Lumpur
suspek
juvana Jaya, Johor Kg (Bandar)
Berangan
3 Alamat Bahru
suspek
juvana Johor Jaya Bedong Kuala Lumpur

4 Alamat (Bandar)
suspek
juvana Kempas Bedong Ketereh SS 16, Petaling Jaya
Baru
5 Alamat
suspek Kempas Gurun Ketereh SS 13, Petaling Jaya
juvana Baru

Rajah 4.10: PeralihanTitik Pusat Alamat Suspek Juvana daripada 2010 hingga 2014
67

4.2.1.5 Titik Pusat dan Arah Taburan Data Lokasi Kejadian Jenayah

Rajah 4.11, 4.12 dan 4.13 menunjukkan titik pusat dan arah taburan data lokasi kejadian
jenayah bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 masing-masing. Analisis ini dijalankan bagi data 2012
hingga 2014 sahaja kerana tidak terdapat data yang cukup untuk tahun 2010 dan 2011. Data
Kedah dan Kelantan walaupun ada untuk tahun 2012 hingga 2014, tetapi bilangannya agak
kurang untuk analisis titik pusat dan arah taburan. Oleh itu analisis titik pusat dan arah taburan
ditumpukan kepada negeri Selangor, WPKL dan Johor sahaja.

Rajah 4.11: Titik Pusat dan Arah Taburan (Lokasi Jenayah) Juvana 2012
68

Rajah 4.12: Titik Pusat dan Arah Taburan (Lokasi Jenayah) Juvana 2013

Rajah 4.13: Titik Pusat dan Arah Taburan (Lokasi Jenayah) Juvana 2014
Merujuk kepada Rajah 4.11, 4.12 dan 4.13, dapat dilihat arah taburan lokasi kejadian
jenayah juvana agak berubah bagi negeri Johor. Perubahan ini dari serakan taburan lokasi
kejadian jenayah yang berubah mengikut saiz elips. Bagi negeri Selangor dan WPKL, taburan data

69

adalah berkelompok dan saiz elips bertambah besar menunjukkan taburan lokasi kejadian
jenayah semakin luas daripada titik pusat. Senarai titik pusat lokasi kejadian jenayah ditunjukkan
dalam Jadual 4.2. Perubahan kedudukan titik pusat ini boleh dilihat secara visual di dalam Rajah
4.14.

Jadual 4.2: Senarai Titik Pusat Lokasi Kejadian Jenayah 2012 - 2014

No Data Tahun Lokasi Titik Pusat

Johor Kedah Kelantan Selangor & WPKL

1 Lokasi 2012 Kempas Alor Setar Kota Bharu Bangsar
Jenayah Skudai
Senai Alor Setar Kota Bharu Bangsar
2 Lokasi 2013
Jenayah Guar Kok Lanas Kg Kerinchi
Chempedak
3 Lokasi 2014
Jenayah

Rajah 4.14: PeralihanTitik Pusat Lokasi Jenayah dari 2010 hingga 2014
70

4.2.2 Analisis Kluster

Analisis Kluster dijalankan untuk mengenal pasti kawasan berkepadatan tinggi yang
signifikan secara statistik relatif kepada hubungan jarak antara setiap data titik. Kluster dapat
dikenal pasti dalam satu taburan data spatial apabila terdapat data-data yang berada dalam jarak
yang dekat atau apabila sekumpulan data dengan nilai attribut tinggi rendah yang sama ditemui
berdekatan antara satu sama lain.

Dalam kajian ini, analisis kluster yang dijalankan adalah untuk mencari kawasan kelabu
(kawasan berkepadatan tinggi taburan alamat suspek) dan kawasan titik panas (kawasan
berkepadatan tinggi lokasi kejadian jenayah). Hasil daripada analisis ini adalah untuk menjawab
beberapa persoalan berikut:

i. Kawasan kelabu dan taman-taman perumahan terbabit.
ii. Kawasan titik panas dan mukim-mukim terbabit.
iii. Perbandingan litupan kawasan kelabu dan kawasan titik panas.

4.2.2.1 Kawasan Kelabu Berdasarkan Alamat Suspek Juvana

Analisis kluster dijalankan ke atas data titik koordinat alamat suspek juvana bagi
mendapatkan lokasi yang mengandungi kepadatan alamat suspek juvana tertinggi dalam setiap
kategori jenayah juvana yang disenaraikan dalam indeks jenayah. Hasil daripada analisis titik
panas ini membantu penyelidik untuk menyaring komuniti yang bersesuaian untuk menjalankan
temu bual komuniti. Hasil analisis kluster ke atas data alamat suspek juvana digelar sebagai
"kawasan kelabu".

Rajah 4.15 menggambarkan aliran proses dalam analisis titik panas. Analisis ini telah
dijalankan dalam dua (2) peringkat saringan kluster iaitu pencarian kawasan kelabu dalam skala
global iaitu Semenanjung Malaysia dan hasil analisis kluster pertama ini dianalisis sekali lagi
dalam skala yang lebih kecil, iaitu dalam sesuatu negeri. Daripada hasil analisis kluster peringkat
kedua ini, taman-taman perumahan yang mengandungi kepadatan sesuatu jenis jenayah yang
tinggi dipilih sebagai calon temu bual komuniti. Contoh hasil analisis kawasan kelabu adalah
seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.16.

71

Prosedur yang sama juga dijalankan ke atas data lokasi jenayah untuk mendapatkan titik
panas bagi kejadian jenayah. Hasil analisis kluster berdasarkan data koordinat lokasi kejadian
jenayah boleh dirujuk pada Jadual 4.3.

Rajah 4.15: Aliran Kerja dalam mengenal pasti Kawasan Titik Panas

Rajah 4.16: Taburan Kawasan Kelabu (Alamat Suspek Juvana) di Semenanjung Malaysia
Hasil analisis titik panas berdasarkan alamat suspek juvana (kawasan kelabu)

diringkaskan dalam Jadual 4.3. Senarai lengkap taman perumahan yang berada dalam titik panas
setiap kes jenayah boleh dirujuk pada Lampiran C.

72

Jadual 4.3: Senarai Kawasan Kelabu (Alamat Suspek Juvana) bagi setiap Kes Jenayah

Juvana

No Kes Jenayah Jenis Jenayah Kawasan Kelabu Kawasan Kelabu

Peringkat 1 Peringkat 2 (Taman

(Negeri) Perumahan)

1 Bunuh Jenayah Selangor & WPKL 119 taman perumahan

Kekerasan sekitar Kepong,

Selayang, Batu Caves,

Gombak, Ampang

Jadual Lengkap :

Lampiran C

2 Mendatangkan Jenayah Selangor & WPKL 97 taman perumahan
cedera Kekerasan
sekitar Kepong, Bangsar,

Sentul, Selayang,

Gombak, Keramat

Jadual Lengkap :

Lampiran C

3 Rogol Jenayah Selangor & WPKL, 278 taman perumahan
Kekerasan
Kelantan, Perak sekitar Kepong, Bangsar,

Sentul, Selayang,

Gombak, Petaling Jaya

4 Samun Berkawan Jenayah Selangor & WPKL Jadual Lengkap :
Lampiran C
Bersenjata Api Kekerasan 8 taman perumahan
sekitar Serdang & Seri
Kembangan

Jadual Lengkap :
Lampiran C

73

5 Samun Berkawan Jenayah Selangor & WPKL, 84 taman perumahan
Tanpa Senjata Api Kekerasan
Johor sekitar Batu Caves,

Gombak, Cheras, Petaling

6 Samun Bersenjata Jenayah Selangor & WPKL Jadual Lengkap :
Api Kekerasan Lampiran C
14 taman perumahan
sekitar Ampang &
Keramat

Jadual Lengkap :

Lampiran C

7 Samun Tanpa Jenayah Selangor & WPKL 136 taman perumahan

Senjata Api Kekerasan sekitar Selayang,

Gombak, Kepong, Sentul,

Cheras, Ampang

8 Curi Jenayah Harta Selangor & WPKL, Jadual Lengkap :
Benda Johor, Kedah Lampiran C
191 taman perumahan
sekitar Cheras, Ampang,
Batu Caves, Gombak,
Petaling Jaya

9 Curi Motokar Jenayah Harta Selangor & WPKL Jadual Lengkap :
Benda Lampiran C
Taman Dato Senu, Sentul
& Taman P.ramlee

10 Curi Motosikal Jenayah Harta Selangor & WPKL, (Analisis Kernel Density)
Benda Melaka, Kelantan, 370 taman perumahan
Kedah sekitar Melaka, Kelantan,
Kedah, Selangor & Kuala
Lumpur

74

11 Curi Ragut Jenayah Harta Selangor & WPKL, Jadual Lengkap :
Benda Lampiran C
Melaka, Perak, 3 taman perumahan
sekitar Melaka:
Negeri Sembilan
Taman Padang Temu
Indah, Taman Padang
Temu,Taman Sinn

12 Curi Van, Lori, Jenayah Harta Selangor & WPKL (Analisis Kernel Density)
14 taman perumahan
Jentera Berat Benda sekitar Sungai Buloh dan
Tanjung Karang
Jadual Lengkap : link

(Analisis Kernel Density)

13 Pecah Rumah Curi Jenayah Harta Selangor & 15 taman perumahan

Benda WPKL,Kelantan, sekitar Cheras

Perlis, Kedah

(Analisis Kernel Density)

14 Pecah Rumah Jenayah Harta Kelantan Taman Kutan

Malam Benda Hilir,Taman Sbj Putra

(Analisis Kernel Density)

4.2.2.2 Titik Panas Berdasarkan Lokasi Kejadian Jenayah

Analisis kluster juga dijalankan ke atas data titik koordinat lokasi kejadian jenayah
bagi mendapatkan lokasi yang mengandungi kepadatan lokasi kejadian jenayah tertinggi dalam
setiap kategori jenayah juvana yang disenaraikan dalam indeks jenayah. Hasil daripada analisis
titik panas ini membantu menyerlahkan kawasan berisiko tinggi untuk berlakunya jenayah.
Jadual 4.4 menyenaraikan kawasan titik panas mengikut jenis jenayah indeks.

75

Jadual 4.4: Senarai Titik Panas (Lokasi K

No Kes Jenayah Jenis Jenayah Analisis
1 Bunuh
Titik Panas

Jenayah Bilangan data terlalu sedikit

Kekerasan

Kejadian) bagi setiap Kes Jenayah Juvana
Kernel Density (alternatif Butiran
kepada Analisis Titik Panas)
Bertumpu di Selangor & WPKL;

Mukim Batu, Setapak, Bandar Kuala
Lumpur, Setapak, Ampang, Kuala
Lumpur, Petaling Cheras, Petaling
dan sebahagian Mukim Sungai
Buloh dan Damansara.

76

2 Mendatangkan Jenayah
cedera Kekerasan

3 Rogol Jenayah
Kekerasan

4 Samun Jenayah Tidak relevan, bilangan data
Berkawan Kekerasan cuma 2 (dua).
Bersenjata Api

Mukim Batu, Setapak, Damansara,
Hulu Kelang, Bandar Kuala Lumpur,
Ampang, Kuala Lumpur, Petaling;

Sebahagian Mukim Sungai Buloh,
Kelang, Kapar, Kajang, Semenyih

Mukim Batu, Setapak, Damansara,
Hulu Kelang, Bandar Kuala Lumpur,
Ampang, Kuala Lumpur, Petaling,
Cheras, Kajang;

Sebahagian Mukim Sungai Buloh,
Kelang, Kapar, Putrajaya, Semenyih,
Telok Panglima Garang, Serendah,
Rawang, Ijok

a

77

5 Samun Jenayah Tidak relevan, bilangan data
cuma 28.
Berkawan Tanpa Kekerasan
Tiada data.
Senjata Api
Tidak relevan, jumlah data
6 Samun Jenayah kurang daripada 60

Bersenjata Api Kekerasan

7 Samun Tanpa Jenayah

Senjata Api Kekerasan

a

a

Mukim Batu, Setapak, Ampang,
Petaling, Kuala Lumpur;
Sebahagian Mukim Damansara dan
Sungai Buloh

78

8 Curi Jenayah Harta
Benda

9 Curi Motokar Jenayah Harta Analisis titik panas tidak

Benda signifikan

Mukim Batu, Setapak, Damansara,
Hulu Kelang, Bandar Kuala Lumpur,
Ampang, Kuala Lumpur, Petaling,
Cheras, Kajang;
Sebahagian Mukim Sungai Buloh,
Kelang, Putrajaya, Rawang.

k

Mukim Batu, Bandar Kuala Lumpur;
Sebahagian kecil Mukim Sungai
Buloh, Damansara, Setapak

79

10 Curi Motosikal Jenayah Harta
Benda

11 Curi Ragut Jenayah Harta
Benda

Sebahagian besar Mukim

Damansara, Petaling, Kuala

Lumpur, Bandar Kuala Lumpur,

Kelang, Batu, Putrajaya dan Bukit

Raja.

Mukim Kuala Lumpur, Petaling
Cheras; sebahagian Mukim Ampang

80

12 Curi Van, Lori, Jenayah Harta 38 data sahaja, analisis titik

Jentera Berat Benda panas tidak boleh dijalankan

13 Pecah Rumah Jenayah Harta
Curi Benda

k

Mukim Bandar Kuala Lumpur, Kuala
Lumpur, Petaling, Petaling Cheras;
Sebahagian Mukim Ampang, Sungai
Buloh, Damansara dan Cheras.
Mukim Damansara, Petaling,
Bandar Kuala Lumpur, Batu,
Setapak, Kuala Lumpur, Ampang,
Putrajaya;
Sebahagian Mukim Hulu Kelang,
Kelang, Bukit Raja dan Dengkil

81

14 Pecah Rumah Jenayah Harta

Malam Benda

Mukim Johor Bahru, Batu, Kelang,
Petaling Cheras, Setapak, Ampang;
Sebahagian Mukim Putrajaya,
Kajang, Semenyih, Jeram, Rawang,
Damansara, Sungai Buloh.

82

4.2.2.3 Perbandingan Hasil Analisis Kluster bagi Kawasan Kelabu dengan
Titik Panas

Salah satu daripada jangkaan kajian ini adalah intervensi berdasarkan lokasi.
Kebiasaannya, pemetaan serta pencegahan jenayah cuma dijalankan di kawasan di mana lokasi
jenayah itu berlaku iaitu dirujuk sebagai "lokasi jenayah".

Kajian ini berpendapat bahawa intervensi yang bertujuan untuk mengurangkan jenayah
juvana sepatutnya diadakan di kawasan di mana suspek atau target ini berada. Maka dengan ini,
analisis untuk pengenalpastian kawasan kelabu dan kawasan titik panas telah dijalankan di
kedua-dua data ini dan hasil daripada analisis mendapati bahawa lokasi kedua kedua subjek ini
tidak semestinya sama.

Rajah 4.17 menunjukkan pemetaan ini secara keseluruhan manakala Rajah 4.18, 4.19,
4.20, dan 4.21 menunjukkan perbandingan ini dalam skala yang lebih besar.

Rajah 4.17: Perbandingan Kawasan Kelabu dan Titik Panas Jenayah Juvana
83

Rajah 4.18: Pemetaan Kawasan Kelabu dan Titik Panas Lokasi Jenayah di Kedah

Rajah 4.18 menunjukkan kawasan titik panas lokasi jenayah dipetakan bersama dengan
kawasan kelabu juvana di negeri Kedah. Didapati bahawa Mukim Kuala Kedah dikenal pasti
sebagai titik panas lokasi jenayah manakala Mukim Guar Kepayang, Padang Pusing, Sala Besar,
Bukit Raya, Kundor, Tobiar dan Pulau Langkawi dikenal pasti sebagai kawasan kelabu atau lokasi
dimana suspek tinggal.

Manakala bagi Rajah 4.19, dimana dipetakan kawasan titik panas lokasi jenayah dengan
kawasan kelabu juvana di negeri Selangor dan WPKL. Didapati kesemua titik panas lokasi jenayah
dan kawasan kelabu adalah sepadan bagi WPKL, manakala agak berlainan sedikit dengan negeri
Selangor yang mana Kelang dikenal pasti sebagai titik panas lokasi jenayah juvana dan bukan
kawasan kelabu juvana.

Bagi pemetaan lokasi jenayah dan kawasan kelabu juvana di negeri Johor pula, didapati
Mukim Plentong dikenal pasti sebagai kawasan kelabu juvana, dan bukan titik panas lokasi
jenayah, manakala sebaliknya berlaku di Johor Bahru. Johor Bahru dikenal pasti sebagai titik
panas lokasi jenayah dan bukan kawasan kelabu juvana. Boleh dihipotesiskan disini bahawa
adalah berkemungkinan jenayah juvana yang berlaku di Johor Bahru dilakukan oleh suspek yang
tinggal di Mukim Plentong. Rajah 4.20 menunjukkan pemetaan ini.

84

Rajah 4.19: Pemetaan Kawasan Kelabu dan Titik Panas Lokasi Jenayah di Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Rajah 4.20: Pemetaan Kawasan kelabu dan Titik Panas Lokasi Jenayah di Johor.
85

Rajah 4.21: Pemetaan Kawasan kelabu dan Titik Panas Lokasi Jenayah di Kelantan
Pemetaan lokasi jenayah dan kawasan kelabu juvana di negeri Kelantan ditunjukkan

dalam Rajah 4.21. Dalam pemetaan ini, dikenal pasti bahawa kebanyakan mukim di kawasan
utara negeri Kelantan adalah kawasan kelabu juvana manakala lokasi titik panas lokasi jenayah
pula diputuskan sebagai tidak signifikan dari segi taburan lokasi kejadian jenayah juvana.

Pemetaan cross-relation kedua dua analisis ini menunjukkan kedudukan titik panas lokasi
jenayah yang dipraktikkan pada masa ini tidak semestinya mencerminkan kepadatan pesalah
juvana dalam sesuatu lokaliti. Maka, boleh disimpulkan bahawa perlunya pemetaan kawasan
kelabu juvana bagi mendapatkan sasaran komuniti yang betul dalam menjalankan intervensi
jenayah juvana.

86

4.2.3 Analisis Kejiranan

Analisis kejiranan dijalankan untuk mengkaji hubungan lokasi antara dua jenis data. Hasil
bagi analisis ini akan menjawab persoalan:

i. Jarak perjalanan suspek jenayah juvana daripada alamat suspek ke lokasi
kejadian jenayah.

ii. Untuk mengesahkan sama ada alamat yang terdapat dalam kad pengenalan
suspek masih boleh untuk digunakan sebagai data kajian (validity analysis).

iii. Mengenal pasti sekolah yang berada dalam kejiranan yang mengandungi alamat
suspek yang banyak.

4.2.3.1 Jarak Perjalanan Pesalah Juvana

Analisis untuk mengenal pasti jarak perjalanan yang diambil oleh suspek juvana telah
dijalankan dengan menghubungsuaikan kedua-dua data yang dibekalkan oleh PDRM iaitu data
alamat suspek juvana dan lokasi jenayah.

Kedua-dua data ini dihubungkan melalui nama suspek dan kedua dua koordinat tersebut
dipeta dan dihubungkan melalui garisan. Jarak antara dua titik ini dijana dan peratusan suspek
yang mengambil jarak kurang daripada 25 kilometer telah dirumuskan di dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Analisis Deskriptif Jarak Perjalanan Suspek Juvana daripada Alamat Suspek

Juvana ke Lokasi Kejadian Jenayah

Tahun Bilangan Jarak Minimum Jarak Maksimum Purata Jarak kurang 25

(km) (km) (km) km

2011 98 0.1162 516.27 35.7 89%

2012 200 0.0282 404.34 32.7 76%

2013 1742 0.0136 575.32 26.0 83%

2014 3100 0.0045 693.54 25.9 83%

Rajah 4.22 menunjukkan perjalanan pesalah daripada rumah (alamat suspek juvana) ke
lokasi kejadian bagi tahun 2011, 2012, 2013 dan 2014. Jadual 4.5 di atas merupakan rumusan
kepada pemetaan dan analisis ini.

87

Rajah 4.22: Jarak Perjalanan Suspek 2010 - 2014
Rajah 4.23 menunjukkan pemetaan mobiliti suspek yang tinggal di kawasan Petaling Jaya
ke lokasi jenayah. 85% daripada suspek mengambil jarak kurang daripada 25 kilometer
manakala selebihnya mengambil jarak berjulat diantara 26 kilometer hingga 274 kilometer.

88

Rajah 4.23: Jarak Perjalanan Suspek yang tinggal di Petaling Jaya
Rajah 4.24 dan 4.25 menunjukkan data setiap perjalanan di titik mula dan destinasi
berserta maklumat jenayah yang dilakukan.

Rajah 4.24: Jarak Perjalanan Suspek Kecurian Motosikal
89

Rajah 4.25: Jarak Perjalanan Suspek Pembunuhan

4.2.3.2 Kes Jenayah Juvana dengan Sekolah

Analisis ini dijalankan bagi menghubungkaitkan lokaliti jenayah dengan perimeter

thiessen sekolah-sekolah di negeri titik panas iaitu Johor, Kelantan, Kedah, Selangor dan WPKL.

Analisis dijalankan spesifik bagi setiap 14 jenis jenayah yang tertakluk dalam indeks jenayah dan

mengaitkannya dengan sekolah melalui proses spatial join diantara setiap lokasi kejadian jenayah

(alamat suspek juvana) yang berada di dalam sempadan poligon thiessen sekolah. Poligon

thiessen merupakan proses generasi sempadan poligon melalui data berbentuk titik dengan

mengira titik tengah antara dua titik sebagai titik yang membentuk sesuatu poligon menanda

sempadan sesuatu titik yang mewakili sekolah.

Jadual 4.6 berikut meringkaskan perkaitan tertinggi sesuatu kes jenayah dengan sekolah
berhampiran, manakala jadual penuh semua kawasan poligon thiessen sekolah yang berkait
dengan jenayah juvana boleh dilihat menerusi Lampiran D. Manakala, peta bagi analisis ini boleh
dilihat dalam Rajah 4.26 hingga 4.39.

90

Jadual 4.6: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah

No Kes Sekolah Bil. Kes

1 Bunuh SMK (P) Methodist (M), Sentul, WPKL 19

2 Curi SK Temonyong, Langkawi, Kedah 40

3 Curi Motokar SK Kemumin, Kota Bharu, Kelantan 22

4 Curi Motosikal SRJ(C) Yeang Cheng, Kota Setar, Kedah 167

5 Curi Ragut SK Nyior Chabang, Langkawi, Kedah 9

6 Curi Van, Lori, Jentera Berat SK Taman Bersatu, Kota Setar, Kedah 12

7 Mendatangkan Cedera SK Bandar Baru Sungai Lalang, Kuala Muda, 10

Kedah

8 Pecah Rumah & Curi SRJ(C) Yeang Cheng, Kota Setar, Kedah 21

9 Pecah Rumah Malam SK Bihai, Gua Musang, Kelantan 46

10 Rogol SMK Pahi, Tumpat, Kelantan 28

11 Samun Berkawan SJK(T) MasaI, Seri Alam, Johor 15

Bersenjata Api

12 Samun Berkawan Tanpa SMK (P) Methodist (M), Sentul, WPKL 71

Senjata Api

13 Samun Bersenjata Api SMK Taman Bukit Indah, Nusajaya, Johor 4

14 Samun Tanpa Senjata Api SK Taman Suria, Johor Bahru, Johor 8

91

Rajah 4.26: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Bunuh berdasarkan Alamat
Suspek Juvana

92

Rajah 4.27: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi Motokar berdasarkan
Alamat Suspek Juvana

93

Rajah 4.28: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi berdasarkan Alamat Suspek
Juvana

94

Rajah 4.29: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi Motosikal berdasarkan
Alamat Suspek Juvana

95

Rajah 4.30: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi Ragut berdasarkan Alamat
Suspek Juvana

96


Click to View FlipBook Version