Rajah 4.31: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Curi Van, Lori dan Jentera Berat
berdasarkan Alamat Suspek Juvana
97
Rajah 4.32: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Mendatangkan Cedera
berdasarkan Alamat Suspek Juvana
98
Rajah 4.33: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Pecah Rumah Curi berdasarkan
Alamat Suspek Juvana
99
Rajah 4.34: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Pecah Rumah Malam
berdasarkan Alamat Suspek Juvana
100
Rajah 4.35: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Rogol berdasarkan Alamat
Suspek Juvana
101
Rajah 4.36: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Samun Berkawan Bersenjata Api
berdasarkan Alamat Suspek Juvana
102
Rajah 4.37: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Samun Berkawan Tanpa Senjata
Api berdasarkan Alamat Suspek Juvana
103
Rajah 4.38: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Samun Bersenjata Api
berdasarkan Alamat Suspek Juvana
104
Rajah 4.39: Sekolah yang berada dalam Lokaliti Jenayah Samun Tanpa Senjata Api
berdasarkan Alamat Suspek Juvana
105
4.2.4 Hubungkait Bilangan Jenayah (Kawasan Kelabu) dengan Kawasan
Padat Penduduk
Salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan jenayah juvana adalah kepadatan
penduduk.Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Harries (2006).
Menurut analisis yang dijalankan menggunakan data alamat suspek juvana bagi
mendapatkan latarbelakang kewangan kawasan di mana suspek berasal.Analisis hubungkait ini
dijalankan di kawasan-kawasan negeri yang dikenal pasti sebagai negeri kawasan kelabu iaitu
Johor, WPKL, Kedah dan Kelantan.
Analisis mendapati kebanyakan kawasan kelabu berlaku dikawasan padat penduduk.
Jadual 4.7 menunjukkan hasil analisis perkaitan kepadatan penduduk dengan kawasan kelabu
berdasarkan alamat suspek juvana. Peta bagi analisis ini boleh dirujuk pada Rajah 4.40, 4.41, 4.42
dan 4.43.
Jadual 4.7: Hubungan Kepadatan Penduduk dengan Taburan Kawasan Kelabu
No Negeri Kawasan Kelabu (Mukim) Kepadatan Penduduk
(per km2)
1 Johor Plentong (Masai) 1442
2 WPKL Bandar Kuala Lumpur, 5919
Setapak, 9747
Kuala Lumpur 5488
3 Kedah Guar Kepayang 232
Padang Pusing 248
4 Kelantan Kota Bahru 9325
Kota 2339
Wakaf Baru 1639
107
Rajah 4.40: Hubungan Kepadatan Penduduk di Johor Bahru
dengan Taburan Kawasan Kelabu
Rajah 4.41: Hubungan Kepadatan Penduduk di WPKL
dengan Taburan Kawasan Kelabu
108
Rajah 4.42: Hubungan Kepadatan Penduduk di Kedah
dengan Taburan Kawasan Kelabu
Rajah 4.43: Hubungan Kepadatan Penduduk di Kelantan
dengan Taburan Kawasan Kelabu
109
4.2.5 Hubungkait Bilangan Jenayah (Kawasan Kelabu) dengan Kawasan
Berpendapatan Rendah
Kesempitan hidup juga salah satu faktor yang menyumbang kejadian jenayah. Pemetaan titik
panas dengan purata kadar pendapat per kapita telah dilakukan di dua lokasi kawasan kelabu iaitu
Daerah Johor Bahru dan negeri Kelantan.
Analisis mendapati kawasan kelabu jenayah juvana terdapat di kawasan berpurata
pendapatan diantara RM 500 hingga RM 1499. Peta bagi hasil analisis hubungan ini boleh dirujuk
pada Rajah 4.44 dan 4.45.
Rajah 4.44: Hubungan Purata Pendapatan Penduduk di Johor Bahru dengan Taburan Titik
Panas
110
Rajah 4.45: Hubungan Purata Pendapatan Penduduk di Kelantan dengan Taburan Titik
Panas
.3 ANALISIS DATA SOSIAL
Kajian sosial menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual dengan pesalah juvana dan
komuniti untuk mengumpul data. Pemilihan responden pesalah juvana dan lokasi temu bual
bersama komuniti adalah berdasarkan kepada lima negeri yang telah dikenal pasti melalui dapatan
analisis GIS yang menghasilkan kawasan titik panas dan kawasan kelabu. Negeri-negeri tersebut
ialah Selangor, WPKL, Kelantan, Kedah dan Johor.
Pesalah juvana yang telah ditemu bual secara individu terlibat dengan pelbagai kesalahan
jenayah termasuk jenayah kekerasan dan juga jenayah harta benda. Mereka adalah pesalah juvana
yang ditempatkan di Sekolah Integriti Sungai Petani, Kedah dan Sekolah Henry Gurney, Melaka.
111
Seramai 49 orang responden telah ditemu bual bagi meneroka faktor-faktor penyumbang kepada
jenayah juvana. Responden ini terdiri daripada 34 orang juvana lelaki dan 15 orang juvana
perempuan daripada pelbagai bangsa.
Manakala temu bual dengan komuniti telah dijalankan di Gombak dan Sungai Petani
menggunakan kaedah temu bual secara perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion).
Secara amnya, perbincangan yang dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat secara khusus
tentang kegiatan jenayah juvana di kawasan tersebut, program-program kanak-kanak dan remaja
yang telah dijalankan serta untuk mendapatkan maklum balas masyarakat setempat tentang
penempatan semula pesalah juvana dalam komuniti.
4.3.1 Profil Responden Kajian
4.3.1.1 Pesalah Juvana
Pesalah juvana yang menjadi responden kajian adalah terdiri dari 15 orang pelajar Sekolah
Henry Gurney di peringkat pertama dan tambahan 20 orang pelajar lagi untuk peringkat kedua. Ini
menjadikan jumlah keseluruhan pelajar Sekolah Henry Gurney adalah seramai 35 orang dan 14
orang pelajar Sekolah Integriti Sungai Petani.Responden kajian dipilih dan disediakan oleh pihak
penjara berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:
i. Jenis jenayah hanya melibatkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda;
ii. Responden adalah berasal dari lima negeri yang dikenal pasti melalui dapatan
analisis GIS;
iii. Jantina terdiri daripada lelaki dan perempuan; dan
iv. Umur responden adalah di bawah 21 tahun.
Walau bagaimanapun, sebahagian responden yang ditemu bual tidak memenuhi kriteria yang
telah ditetapkan kerana responden dengan kesemua kriteria yang dikehendaki tidak mencukupi.
Responden adalah terdiri daripada 34 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Mereka yang terlibat
dengan jenayah di bawah 18 tahun adalah seramai 16 orang manakala pesalah juvana yang berada
di antara 18 hingga 21 tahun adalah seramai 33 orang. Majoriti responden adalah berbangsa Melayu
iaitu seramai 39 orang. Manakala responden lain adalah terdiri daripada bangsa Cina (seorang), India
(7 orang) dan lain-lain bangsa (2 orang).
112
Majoriti responden pesalah juvana berasal dari negeri Kedah iaitu seramai 10 orang. Ini
diikuti dengan negeri Kelantan seramai 7 orang, Johor seramai 6 orang manakala Selangor dan WPKL
masing-masing terdiri daripada 4 orang juvana. Responden pesalah juvana dari lain-lain negeri
berjumlah 18 orang. Untuk tujuan analisis seterusnya, setiap responden dilabelkan sebagai R1
hingga R49. Butiran profil demografi responden pesalah juvana adalah seperti dalam Jadual 4.8.
Jadual 4.8: Profil Demografi Responden Pesalah Juvana
Kriteria Butiran Kekerapan Peratusan
Jantina Lelaki 34 69.4
Umur Semasa Perempuan 15 30.6
Bawah 18 tahun 16 23.6
Bangsa 18 – 21 tahun 33 67.4
39 79.6
Negeri Asal Melayu 1 2.0
Cina 7 14.4
India 2 4.0
6 12.2
Lain-lain 10 20.4
Johor 7 14.3
Kedah 4 8.2
4 8.2
Kelantan 18 36.7
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Selangor
Lain-lain negeri
Responden yang telah ditemu bual terlibat dengan dua kategori jenayah iaitu jenayah
kekerasan dan jenayah harta benda. Bagi jenayah kekerasan 16 orang terlibat dengan jenayah samun,
4 orang jenayah bunuh dan 7 orang jenayah rogol. Bagi kategori jenayah harta benda, seramai 4
orang responden terlibat dengan jenayah curi. Selebihnya terlibat dengan jenayah dadah dan lain-
lain seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.9
113
Jadual 4.9: Profil Kategori Jenayah Responden Pesalah Juvana
Kategori Jenayah Butiran Kekerapan Peratusan
8.16
Jenayah kekerasan Bunuh 4 14.29
4.08
Rogol 7 10.20
6.12
Samun berkawan dengan senjata api 2 12.24
6.12
Samun berkawan tanpa senjata api 5 4.08
4.08
Samun bersenjata api 3 22.45
2.04
Samun tanpa senjata api 6 2.04
2.04
Mendatangkan cedera 3 2.04
Jenayah harta benda Curi 2
Curi motosikal 2
Dadah Dadah 11
Lain-lain Sembunyi kelahiran 1
Buang bayi 1
Liwat 1
Pecah Amanah 1
4.3.1.2 Komuniti
Dua komuniti telah ditemu bual secara perbincangan kumpulan fokus iaitu seramai 23 orang
penduduk di Sungai Petani, Kedah dan sembilan orang penduduk Gombak, Selangor seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4.10.
Jadual 4.10: Profil Responden Komuniti
Kriteria Butiran Sungai Petani Gombak
Jantina Lelaki Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan
Umur Perempuan 18 78.3 6 66.7
Bawah 40 tahun 5 21.7 3 33.3
41 hingga 60 tahun 3 13.0 2 22.2
61 tahun ke atas 14 60.9 4 44.5
6 26.1 3 33.3
114
4.3.2 Faktor-faktor Penyumbang Jenayah Juvana
4.3.2.1 Perspektif Juvana
Berdasarkan temu bual dengan 49 orang pesalah juvana yang telah dijalankan, sembilan
faktor telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada jenayah juvana. Faktor-faktor berkenaan
adalah seperti berikut:
1) Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan adalah tunjang kepada kesejahteraan masyarakat. Responden-
responden yang telah ditemu bual mempunyai latarbelakang kekeluargaan yang kurang mesra
dengan ibu bapa dan keluarga.Ini jelas digambarkan oleh R1 dan R13 seperti contoh di bawah:
“Bapa sangat sibuk. Jarang berjumpa dengan bapa kerana bapa pergi kerja awal dan balik
kerja lewat. Bapak busy, sebulan 3 atau 4 kali jumpa”.
(R1, Lelaki, Cina, Johor, Jenayah Samun Berkumpulan)
“Saya lebih rapat dengan mak tiri berbanding mak kandung sebab mak kandung saya suka
membebel... apa yang saya buat semua tak kena”.
(R13, Lelaki, Melayu, Pahang, Jenayah Dadah)
Kebanyakan daripada responden ini, turut mempunyai struktur keluarga yang tidak kukuh
disebabkan oleh masalah seperti perceraian ibu bapa, kematian salah seorang atau kedua ibu bapa.
Berikut adalah perkongsian oleh beberapa orang responden mengenai struktur keluarga mereka:
“Bapa saya sudah 3 kali berkahwin (dan bercerai). Saya tinggal dengan ayah dan datuk
sekarang”.
(R1, Lelaki, Cina, Johor Bahru, Jenayah Samun Berkumpulan)
115
“Mak ayah saya bercerai. Saya duduk dengan nenek sebab saya tak suka dengan ayah baru.
Ayah kandung saya hisap dadah tapi dah bebas. Ayah tiri saya baik, dia selalu beri nasihat pada
saya. Tapi saya tak suka dia”.
(R35, Perempuan, India, Johor, Jenayah Samun Bersenjata Berkumpulan)
“Saya duduk dengan datuk dan nenek. Mak saya dah meninggal dunia. Ayah saya sakit mental”.
(R8, Lelaki, Melayu, Perak, Jenayah Mendatangkan Cedera)
Terdapat juga kes di mana responden berlatar belakang yang sangat kronik. R18 contohnya
adalah anak luar nikah di mana ibu kandung adalah penagih dadah. Responden adalah anak sulung
dan ibunya mempunyai seorang lagi anak. Responden mengatakan dia dan adiknya ‘dijual’ oleh ibu
kandungnya dengan harga RM800 kepada keluarga angkat. Bak kata pepatah Melayu ‘sudah jatuh
ditimpa tangga’, nasib responden tidak berubah. Beberapa tahun yang lalu beliau dihalau oleh
keluarga angkat. Sejak itu, R18 duduk merempat di sekitar bandar dan mencuri untuk makan. Adik
kandung responden yang dibela juga bermasalah sosial dan tidak terkawal.
“Mak ayah angkat ada anak kandung sendiri... 2 orang... Saya selalu diburukkan, dituduh oleh
anak kandung (mereka)... (kalau apa-apa kes) ibu ayah angkat tak percaya saya... Masa saya
umur 13 tahun saya kena halau ibu angkat sebab mereka (adik beradik angkat) tuduh saya”.
(R18, Lelaki, Negeri Sembilan, Jenayah Samun)
Faktor ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja memberi impak kepada kualiti keibu bapaan
terhadap anak-anak. Ini menjadi lebih runcing bagi responden yang tiada ibu atau bapa disebabkan
kematian atau perceraian. Contoh dapat dilihat pada R23 yang datang dari keluarga ibu tunggal. Sejak
kematian ayah, responden melalui fasa tidak stabil. Pada mulanya dia dihantar tinggal dengan
neneknya dan kemudian ke Asrama Anak Yatim kerana ibunya sibuk bekerja. Berikut adalah petikan
dari R23:
“Nenek jaga saya dari baby hingga umur 10 tahun... Lepas tu mama ambik.. kata nak jaga... tapi
mama hantar saya ke asrama anak yatim ... mama ‘kurung’ saya di asrama sampai 3
tahun...mama sibuk dengan bisnes.. lepas saya keluar (dari asrama)... saya nak bebas.. nenek
faham kenapa saya macam ni”.
(R23, Perempuan, Kuala Lumpur, Jenayah Dadah)
116
Terdapat dalam kalangan responden yang merasakan ibu bapa mereka tidak menunjukkan
contoh yang baik seperti tabiat suka berjudi dan mengamalkan sikap pilih kasih di antara anak-anak.
Sebagai contoh:
“Ayah main judi, kedekut, ada perempuan lain sejak saya 10 tahun. Ayah pernah bawak
perempuan balik rumah. Ayah nak kahwin lain. Mak beri...(saya cakap / marah pada mak) mak
ni, ayah baling kerusi (pada mak) semua, mak masih sayang ayah”.
(R21, Perempuan, Melayu, Selangor, Jenayah Curi Motor)
“Mak selalu lebihkan abang..banding-bandingkan kami. Saya rasa saya tempat mak lepaskan
marah”.
(R28, Perempuan, Melayu, Kedah, Jenayah Mencuri)
Dapatan kajian juga menemui pengaruh negatif ahli keluarga kepada responden. Cerita dari
R22 adalah contoh paling relevan dalam menerangkan pengaruh negatif ahli keluarga. R22 yang
pernah ditangkap dan dihukum 5 kali sebelum ini semua atas kes dadah mengatakan:
“Saya kena tangkap di rumah pakcik.. ada 8 orang masa tu kena tangkap.. abang kandung.. pak
sedara.. boyfriend saya.. kawan lain 4 orang... Dalam keluarga ada 4 orang terlibat dadah... adik
mak dulu jual dadah.. kakak ipar jual dadah”.
(R22, Perempuan, Kedah, Jenayah Dadah)
R22 turut menceritakan bagaimana dia mula berjinak-jinak dengan dadah seperti berikut:
“(Mula) hisap umur 13 tahun.. (jual) pun 13 tahun... (diperkenalkan pada dadah) sepupu (dia)
umur 14 tahun.. heroin... sepupu belanja”...
(R22, Perempuan, Kedah, Jenayah Dadah)
2) Tahap Ekonomi Keluarga
Kesempitan hidup disebabkan oleh peningkatan kos hidup turut mempengaruhi keterlibatan
jenayah di kalangan juvana. Ini memberi tekanan kepada golongan bawah dan juga pertengahan.
117
Rata-rata responden adalah terdiri dari keluarga susah. Sebagai contoh, seorang responden
menceritakan latar belakang pekerjaan dan gaji ibu bapanya:
“Ayah saya pesara askar, sekarang jadi tukang kebun sekolah. Mak pula berniaga depan rumah.
Gaji pun dalam RM1,000 je”.
(R45, Lelaki, Melayu, Perak, Jenayah Samun)
Di dalam kes lain, R43 juga menyokong dapatan mengenai tahap ekonomi keluarga. Kesulitan
kewangan semasa belajar memaksanya melakukan jenayah samun bersenjata. Berikut adalah kata-
katanya:
“Saya minta ayah saya duit untuk bayar duit kolej tapi ayah tak bagi. Saya minta pinjam dengan
pensyarah pun dia tak boleh nak tolong, jadi saya terpaksa samun kedai”.
(R43, Lelaki, Melayu, Selangor, Jenayah Samun Bersenjata)
Masalah ekonomi merumitkan lagi keadaan apabila tiada sumber kewangan yang tetap.
Sebagai contoh, terdapat responden (R8) yang dipelihara oleh datuk dan nenek disebabkan oleh
ayahnya menghidapi sakit mental. Oleh kerana datuk dan nenek tidak bekerja, sumber kewangan
keluarga tersebut ditanggung oleh bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu lori. Perkara
yang sama juga boleh dilihat pada kes R39.
“Saya kadang-kadang tolong ayah menoreh getah, sekarang sakit gout. Ibu tak kerja (sebab)
sakit mental”.
(R39, Lelaki, Bumiputera, Sabah, Jenayah Bunuh)
3) Kualiti Hubungan Kejiranan
Hubungan kejiranan yang mesra adalah penting dalam melahirkan masyarakat sejahtera. Ia
juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi sesebuah masyarakat, melaluinya
juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Kualiti kejiranan yang positif dapat
menghalang perlakuan jenayah di kawasan kejiranan tersebut. Walau bagaimanapun, kualiti
kejiranan yang baik tidak menghalang responden untuk melakukan jenayah seperti yang telah
dirancang. Seperti yang dinyatakan oleh dapatan kajian GIS di dalam bahagian terdahulu, pesalah
118
juvana tidak melakukan jenayah di tempat mereka tinggal. Sebaliknya mereka memilih lokasi lain
dalam radius 25 kilometer dari tempat kediaman mereka. Temu bual dengan R43 seperti di bawah
turut menyokong perkara ini.
“Pada malam kejadian, saya memandu kereta dari Rawang ke Kelumpang. Memang niat nak
samun kedai. Tak nak buat di Rawang, sebab ramai orang kenal”.
(R43, lelaki, Melayu, Selangor, Jenayah Samun Bersenjata)
Terdapat juga kes di mana kualiti kejiranan bertanggungjawab secara langsung dalam
menyebabkan berlakunya sesuatu jenayah. Contoh yang paling ketara boleh dirujuk dari
perkongsian R4 yang ditangkap atas kes ujian positif dadah. Untuk makluman, responden ini juga
mengaku menjual pil kuda yang mudah didapatinya di sekitar kampungnya. Petikan dari R4 di bawah
menunjukkan masalah dadah adalah kritikal di kampungnya.
“Kalau petang-petang, boleh nampak orang tua duduk berbaris panjang tepi sungai... hisap”.
(R4, Lelaki, Melayu, Terengganu, Jenayah Dadah)
Seorang lagi responden yang juga ditangkap atas kes dadah menyatakan cerita yang serupa.
Petikan temu bual di bawah menunjukkan bukti kukuh betapa kuatnya pengaruh kejiranan ke atas
jenayah.
“(Tempat saya) memang banyak dadah sebab dekat dengan sempadan. ... Ada 2 tempat (taman
perumahan) yang paling banyak dadah di (tempat saya). Taman XXX dan taman XXX (nama
taman dirahsiakan di dalam laporan ini)”.
(R22, Perempuan, Melayu, Kedah, Jenayah Dadah)
R22 turut menyatakan perkara di bawah yang menambah lagi pentingnya faktor kualiti
kejiranan dalam pengaruh jenayah golongan muda.
“Sepupu cakap kalau keluar (dari Henry Gurney) nanti jangan balik (ke kampung mereka).
Sepupu suruh telefon dia... Kalau balik (kampung) tauke akan cari (sebab) tauke akan cari sapa
yang pandai jual (dadah)”.
(R22, Perempuan, Melayu, Kedah, Jenayah Dadah)
119
Begitu juga dengan R4. Apabila ditanya cadangannya untuk menyelesaikan masalah dadah di
kampungnya, berikut adalah jawapan responden:
“Payah (untuk selesaikan masalah dadah). .. Kalau keluar Henry Gurney nanti (mungkin) tak
boleh balik (kampung)”.
(R4, Lelaki, Melayu, Terengganu, Jenayah Dadah)
Perspektif negatif masyarakat terhadap keluarga yang mempunyai latar belakang jenayah
memberi kesan psikologi kepada responden. Ini ditunjukkan oleh R6:
“Kawasan kejiranan adalah kawasan kampung. Hubungan kami tak rapat. Jiran-jiran tidak
suka dengan keluarga kami sejak dahulu lagi. Jika ada kejadian kecurian atau samun di
kampung, jiran-jiran akan menuduh saya walaupun saya tidak melakukannya. Jadi baik saya
samun”.
(R6, Lelaki, Melayu, Kedah, Jenayah Pecah Rumah Siang Hari)
4) Persekitaran Infrastruktur dan Kemudahan di Kawasan Kediaman
Daripada temu bual yang telah dijalankan, responden menyatakan keadaan persekitaran
kawasan kediaman memberi ruang untuk mereka melakukan aktiviti jenayah. Contohnya R1 yang
berkongsi pengalaman bagaimana dia dan rakan-rakan merancang untuk memecah masuk sebuah
rumah,
“Kami tengok rumah yang telah ditarget dalam masa seminggu..nak tengok masa tuan rumah
ada di rumah. Selalunya kami target rumah yang kosong. Yang penting, mesti ada satu jalan
keluar masuk sahaja..mudah nak awasi. Satu group menyamun, satu lagi tengok jalan kalau
ada polis ... orang keluar masuk”.
(R1, Lelaki, Cina, Johor, Jenayah Samun Berkumpulan)
Bagi R36, kawasan yang sibuk bukan menjadi penghalang untuk beliau menyamun. Malah
kawasan ini menjadi tumpuannya untuk menyamun.
120
“Saya biasa samun. Kawasan public pun saya samun. Cuma, nak kena cepat bertindak..baru
orang tak perasan”.
(R36, Lelaki, Melayu, Pulau Pinang, Jenayah Samun)
Namun, bagi sesetengah pesalah juvana, keadaan sekeliling yang sunyi dan malap memberi
ruang untuk mereka terlibat dengan jenayah.
“Selalunya kalau nak jual dadah, saya pergi kubur. Situ sunyi, gelap”.
(R4, Lelaki, Melayu, Terengganu, Jenayah Dadah)
Perkara ini juga dilihat pada kes R3 di mana kes pergaduhan berkumpulan yang membawa
maut terjadi pada waktu malam di kawasan kedai yang lengang dan sunyi.
Pasukan pengkaji juga menemui faktor kepadatan kawasan perumahan sebagai salah satu
penyumbang kegiatan jenayah. Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) disebut sebagai lokasi
gejala tidak sihat. Contoh yang paling tepat dapat dilihat dalam kes R24. Responden ini ditangkap
atas kes dadah. Dia hanya berumur 18 tahun tetapi telah mengandung anak luar nikah dan gugur
selama 3 kali. Teman lelaki responden ini semua adalah di flat PPRT yang sama. Responden juga
mengatakan diperkenalkan kepada dadah pada umur 11 tahun oleh jiran di flat yang sama. Petikan
temu bual R24 di bawah menggambarkan keadaaan PPRT tersebut.
“Flat ni memang banyak masalah sosial... Bila ada budak perempuan baru datang (pindah),
kita orang akan ‘warn’ ‘korang baik-baik kat sini, flat ni lain sikit’. (Responden memberitahu
penemuduga) orang panggil flat ni ‘flat bohsia’.
(R24, Perempuan, Kuala Lumpur, Jenayah Dadah)
5) Rakan
Rakan sebaya didapati antara penyumbang utama penglibatan juvana dalam jenayah. Ramai
responden yang terpengaruh dengan gejala negatif melalui rakan. Petikan di bawah menggambarkan
contoh di mana responden mula terjebak melalui pengaruh rakan.
121
“Saya kawan dengan semua bangsa. Ada yang ajak ponteng sekolah, ada yang ajak gaduh. Ada
yang hisap dadah”.
(R11, Lelaki, Melayu, Kedah, Jenayah Samun)
“Saya mula mencuri komputer di sekolah menengah dengan 3 orang kawan baik saya. Lepas
habis sekolah ni pun saya masih berkawan dan mencuri dengan dorang”.
(R44, Lelaki, Melayu, Penang, Jenayah Samun Bersenjata)
““Saya dapat tawaran belajar di sebuah kolej di Sarawak. 2 minggu sebelum pendaftaran, saya
dan kawan-kawan nak ‘enjoy’ bersama pasangan masing-masing. Saya pergi ambil teman
wanita saya dan kami bermalam di hotel. Esoknya saya ditangkap atas tuduhan merogol teman
wanita saya”.
(R42, Lelaki, Melayu, Kedah, Jenayah Rogol)
“Saya memang tahu kawan saya buat kerja-kerja samun. Kami memang berkawan baik”.
(R40, Lelaki, India, Pulau Pinang, Jenayah Bunuh)
Faktor umur rakan juga memberi kesan dalam perilaku responden. Dapatan menunjukkan
pengaruh tidak sihat adalah lebih ketara jika responden berkawan dengan orang yang lebih dewasa.
Contohnya, R3 secara tidak langsung mengaitkan umur rakannya yang lebih dewasa dalam
keterlibatannya di dalam jenayah yang disabit. R3 terlibat di dalam kes pergaduhan berkumpulan di
mana mangsa terbunuh. Di dalam kes tersebut, responden melaporkan kawannya yang lebih dewasa
mengajak responden memukul mangsa yang dituduh mengacau isteri kawannya itu.
“Saya tidak kenal rapat dengan kawan tu. Kenal gitu-gitu aje. Mak bapak tak tahu saya kawan
dengan orang atas umur”.
(R3, Lelaki, Melayu, Selangor, Jenayah Bunuh)
Begitu juga dengan R21 dan R24 di mana teman lelakinya yang lebih tua merupakan
pengaruh negatif di dalam tingkah lakunya.
122
“Pakcik kenalkan jantan dengan saya.... Pakcik beri nombor telefon saya kepada jantan tu.
Umur dia 30 tahun.... penagih. .... Selepas sebulan kenal jadi boyfriend saya. (Responden sudah
melakukan hubungan seksual)”.
(R21, Perempuan, Melayu, Selangor, Jenayah Curi Motor)
“Saya mula hisap umur 11 tahun... (Belajar dari) jiran (berumur 30 tahun)...Saya datang rumah
dia tengok dia hisap, saya tanya ‘eh ko buat apa tu?’ Dia cakap ‘ko nak try?’.
(R24, Perempuan, Kuala Lumpur, Jenayah Dadah)
Responden mengatakan selepas beberapa kali mencuba secara percuma dan ketagih, jiran
tersebut mula meminta bayaran. Responden menceritakan:
“Kau kata free, aku mana ada duit (nak bayar)?... (Jiran cakap) ‘eh ko bayar lah apa yang ko
ada” (bermaksud seks) (Itu adalah permulaan perhubungan seks rambang dan responden
mengandung.
(R24, Perempuan, Kuala Lumpur, Jenayah Dadah)
6) Isu Sekolah dan Keciciran Pelajaran
Kebanyakan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah mereka yang tercicir daripada
sistem persekolahan. Antara punca keciciran adalah kerana ponteng secara berterusan seperti kes di
bawah.
“Saya ponteng sekolah dah 3 bulan. Lepas tu kena buang. Sekolah ada bagi surat amaran dua
kali dekat ayah. Tapi saya buang”.
(R16, Lelaki, Kelantan, Jenayah Samun Bersenjata)
123
Petikan di atas juga menunjukkan kelemahan prosedur pemberitahuan amaran kepada ibu
bapa. Beberapa responden mengaku sekolah memberi surat amaran kepada mereka untuk
disampaikan kepada ibu bapa masing-masing. Surat tersebut sebaliknya dibuang oleh responden.
“Sekolah ada bagi surat amaran tapi saya tak bagi mama... saya buang”.
(R23, Perempuan, Kuala Lumpur, Jenayah Dadah)
Terdapat responden yang berhenti kerana tidak minat belajar. R7 yang berhenti sekolah pada
umur 14 tahun menyatakan perkara tersebut.
“Saya berhenti sekolah sebab tak minat belajar. Mak bapak marah sebab nak berhenti. Sebelum
itu saya kerap ponteng sekolah. Pergi lepak-lepak di cyber cafe dengan kawan-kawan sekolah.”
(R7, Lelaki, Pulau Pinang, Jenayah Dadah)
“Saya tak minat pegi sekolah...hari pertama periksa PMR saya gaduh dengan member... lepas tu
saya terus tak ambik periksa”.
(R26, Lelaki, Kelantan, Jenayah Rogol)
Ada juga kes di mana responden putus asa dengan sekolah kerana tidak dapat menguasai
kemahiran akademik asas 3M (membaca, menulis, mengira). Ini dikongsi oleh R9 dan R2:
“.....saya berhenti sekolah masa tingkatan 3.. tak tau baca, tulis pun saya tak tau..kira pun...”.
(R9, Lelaki, Pulau Pinang, Jenayah Dadah)
“(Sebab berhenti sekolah).... saya tada minat. Saya sekolah tada pandai. (Responden mengambil
3M semasa direman di Penjara Sungai Buloh)”.
(R2, Lelaki, Selangor, Jenayah Curi)
“... saya tak gheti baca... (akan) masuk program 3M di Henry Gurney.. (berkenaan dengan upah
jual dadah) kawan saya tolong tengok (baca) buku bank saya (yang disimpan oleh towkay
dadah)... (kawan kata) adalah duit (RM50 ribu) kat situ”.
(R22, Perempuan, Kedah, Jenayah Dadah)
124
Sekali lagi faktor ekonomi keluarga juga menyumbang kepada keputusan untuk tidak
meneruskan persekolahan. Ada responden yang berhenti sekolah kerana faktor kemiskinan. Dalam
hal ini persekolahan adalah satu peluang yang agak mewah di mana kadang-kala responden perlu
beralah untuk memberi peluang kepada adik-beradik yang lain. Bukti ini dinyatakan oleh R22.
Responden ini mempunyai 13 orang adik beradik dan telah berhenti sekolah pada umur 12 tahun.
“Saya berhenti sekolah sebab nak bagi adik sekolah. Saya nak cari kerja nak tolong ibu bapa”.
(R22, Perempuan, Kedah, Jenayah Dadah)
Kajian mendapati rata-rata tingkah laku negatif responden bermula sejak mereka di bangku
sekolah lagi. Mereka sudah mula belajar merokok, mencuri, merogol termasuklah menjual dadah
semasa di alam persekolahan. Ini menunjukkan betapa pentingnya intervensi awal dilakukan semasa
mereka di alam ini. Isu ponteng sekolah menyumbang secara langsung kepada tingkah laku negatif
mereka. Terdapat responden terlibat dengan gejala tidak sihat atau terjerumus di dalam jenayah
semasa mereka ponteng sekolah. R25 di bawah menunjukkan bagaimana masanya diisi semasa
ponteng sekolah:
“Hari tu saya tak gi sekolah. Kawan-kawan lelaki yang sama-sama ponteng sekolah datang
lepak sama dekat rumah. .... Budak perempuan itu pun datang sekali. (Berlaku kejadian rogol
pada masa itu)”.
(R25, Lelaki, Kelantan, Jenayah Rogol)
Dapatan kajian menunjukkan bahawa keciciran sekolah merupakan salah titik permulaan
penting dalam mendorong gejala tidak sihat yang seterusnya membawa kepada jenayah. Responden
yang keciciran mempunyai banyak masa terluang. Ini menyebabkan mereka merasa bosan. Mereka
berkawan dengan orang yang tidak sepatutnya dan terdedah kepada perkara negatif. Petikan di
bawah menyokong kesimpulan ini.
“...bila dah tak sekolah, saya lepak di kedai makan dengan kawan”.
(R9, Lelaki, Pulau Pinang, Jenayah Dadah)
125
“Lepas berhenti sekolah saya ikut kawan-kawan pomen (foreman) motor dan lepas tu kerja
kilang”.
(R7, Lelaki, Pulau Pinang, Jenayah Dadah)
“Mula-mula saya hisap rokok, kemudian saya ponteng sekolah. Lama-lama saya ambil dadah.
Sekarang saya jual dadah. Masa saya kena tangkap, yang ada dengan saya 175 biji lagi”.
(R27, Perempuan, Kelantan, Jenayah Dadah)
Persoalan juga timbul samada wujudnya persekitaran sekolah yang kondusif untuk
pembangunan diri remaja. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua orang responden yang secara
langusung menceritakan persekitaran sekolah mereka seperti di bawah. R18 yang terlibat dalam
kumpulan gengster menceritakan bagaimana dia terlibat dalam kumpulan tersebut.
“Setiap sekolah ada ketua geng.... apa sekolah pun ada geng. (Masuk) geng itu adalah ‘license’.
(kalau tidak masuk geng) nanti mereka buli. .. Cikgu-cikgu pun tau di sekolah ada gengster tapi
tak boleh nak kawal”.
(R1, Lelaki, Cina, Johor, Jenayah Samun Berkumpulan)
7) Kurang Penerapan Spiritual
Konsep spritual adalah penting dalam pembetukan diri seseorang. Fahaman agama mampu
mengawal tingkah laku individu dari melakukan perkara jahat dan menggalakkannya melakukan
perkara baik. Konsep ketuhanan merupakan sistem pengawalan yang efektif kerana manusia
percaya mereka sentiasa dilihat dan diawasi. Nilai-nilai murni ini wujud di dalam semua agama.
Didikan perlu ditekankan sejak kecil. Bak kata pepatah Melayu, ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat kes di mana kurangnya penerapan nilai keagaamaan
di dalam keluarga dan diri responden. Mengunakan elemen ukuran solat sebagai tiang agama,
didapati rata-rata pesalah juvana tidak menunaikan solat. Berikut adalah beberapa contoh petikan
temu bual.
“Saya tak pernah solat sebelum ini. Masuk sini pun selepas 2,3 bulan baru solat. Itu pun tengok
kawan solat”.
126
(R38, Lelaki, Perak, Jenayah Samun)
“Saya tak tau bab agama”.
(R22, Perempuan, Kedah, Jenayah Dadah)
Kurangnya penerapan spiritual ini dapat dilihat berpunca dari kurangnya didikan dari ibu
bapa responden. Ini dapat dilihat di dalam petikan di bawah.
“Saya tak pernah tengok mak ayah saya solat”.
(R20, Perempuan, Johor, Jenayah Pecah Amanah)
“Saya tak tau mak ayah tau solat ke tak”.
(R22, Perempuan, Kedah, Jenayah Dadah)
Walau bagaimanapun, ada juga responden yang mengatakan ibu bapa mereka cukup
pengetahuan agama tetapi tiada kesan ke atas stail keibubapaan. R18, seorang anak angkat, yang
dihalau rumah pada umur 13 tahun mengatakan:
“Mak ayah (angkat) cukup solat.. siap dengan tahajud malam semua”.
(R18, Lelaki, Negeri Sembilan, Jenayah Samun)
Ada juga responden yang menyalahkan diri sendiri kerana kurang penghayatan agama dan
bukan kerana pengaruh keluarga. Perkara ini dapat dilihat pada responden Islam dan bukan Islam.
Antara contoh petikan adalah seperti berikut:
“Ibu ayah solat dan sering suruh solat. Adik beradik pun solat. Saya je tidak pernah solat”.
(R46, Lelaki, Kedah, Jenayah Rogol)
“Mak solat.. saya tak”.
(R27, Perempuan, Kelantan, Jenayah Dadah)
“Ayah dan kakak kuat agama. Mereka selalu ke kuil. Setiap 7 malam hari Selasa dan Jumaat
mereka akan ke kuil. Tapi saya tak ikut”.
(R47, Lelaki, India, Perak, Jenayah Samun)
127
“Kakak saya kuat agama. Tapi suami dia tak. Saya pun tak pergi kuil”.
(R48, Lelaki, India, Perak, Jenayah Samun Berkumpulan)
8) Faktor Teknologi Maklumat / Gajet / Media Sosial
Faktor teknologi makumat, gajet dan media sosial juga telah dikaji dalam kajian ini sebagai
salah satu faktor yang menyumbang kepada jenayah kanak-kanak. Seramai 15 responden adalah
perempuan dan 34 responden lelaki telah ditemu bual, dan didapati kebanyakannya memiliki telefon
bimbit. Terdapat responden yang mengaku melihat gambar-gambar pornografi dan bahan-bahan
lucah melalui telefon bimbit dan Facebook, manakala segelintir daripada responden pergi ke pusat
siber dengan tujuan bermain ‘game’, ‘video’ dan menonton ‘movie’. Berikut adalah beberapa contoh
petikan temu bual:
“Saya pernah tengok filem pornografi guna telefon bimbit. Suka-suka tengok ja tapi pengaruh
saya juga”.
(R25, Lelaki, Melayu, Kelantan, Jenayah Rogol)
“Saya ada juga lihat filem pornografi guna telefon bimbit. Tak ada siapa pun tahu”.
(R27, Perempuan, Melayu, Kelantan, Jenayah Dadah)
“Selalunya saya guna telefon bimbit untuk hubungi kawan.Tapi saya belajar menyamun
melalui filem-filem di televisyen”.
(R43, Lelaki, Melayu, Selangor, Jenayah Samun Bersenjata)
Terdapat juga responden yang menonton filem pornografi menggunakan media sosial seperti
Facebook dan WeChat.
“Saya guna telefon bimbit untuk hubungi kawan, dapat kenalan baru juga layari web
pornografi. Saya kenal perempuan tu pun melalui aplikasi WeChat”.
(R49, Lelaki, Pulau Pinang, Jenayah Rogol)
“Saya menonton filem pornografi guna Facebook. Mudah tengok, dan tak rasa bersalah pun”.
128
(R30, Perempuan, Melayu, Johor, Jenayah Dadah)
Walaupun pusat siber dilihat jarang dikunjungi kerana kini internet mudah diakses di mana-
mana, namun dengan adanya pusat siber ini lebih-lebih lagi di kawasan perumahan, ia dilihat
menjadi tempat anak-anak muda meluangkan masa. Ini termasuklah R33 yang menghabiskan masa
terluangnya di sana.
“Saya ke kafe siber untuk main game, video dan tonton cerita hantu”.
(R33, Perempuan, Melayu, Kuala Lumpur, Jenayah Curi Motor)
Perkembangan teknologi kepada manusia adalah satu kemudahan namun penggunaan yang
salah boleh menjurus kepada kemudaratan dan sia-sia.
9) Faktor Kendiri
Hasil temu bual juga menunjukkan masalah kendiri responden seperti tiada jati diri, degil,
tiada matlamat hidup, tidak berfikir panjang dan mudah dipengaruhi rakan turut menyumbang
kepada salah laku jenayah. Responden juga tidak pasti dengan identiti diri masing-masing seperti
mana yang dinyatakan oleh responden berikut. R39 terlalu mengikut kata hati yang marah dengan
majikannya kerana tidak menjelaskan gaji.
“Saya tak fikir baik buruk bunuh majikan saya. Asalkan saya puas hati dapat bunuh bos... saya
yang tak bayar gaji saya 2 bulan”.
(R39, Lelaki, Bumiputera, Sabah, Jenayah Bunuh)
Satu lagi contoh dapat dilihat di dalam kes di bawah. Tahap kematangan pemikiran R42 dapat
dilihat apabila dia merosakkan masa hadapannya tanpa memikir panjang.
“Saya dapat tawaran belajar di sebuah kolej di Sarawak. 2 minggu sebelum pendaftaran, saya
dan kawan-kawan nak ‘enjoy’ bersama pasangan masing-masing. Saya pergi ambil teman
wanita saya dan kami bermalam di hotel. Esoknya saya ditangkap atas tuduhan merogol teman
wanita saya”.
(R42, Lelaki, Melayu, Kedah, Jenayah Rogol)
129
Begitu juga dengan R48 yang dilihat tidak dapat membezakan perkara yang benar dan salah.
Oleh kerana hidup yang memaksa dengan pendapatan isi rumah yang lebih kurang RM1,000 sebulan,
dia mengambil upah bekerja dengan gangster sebagai kerja sambilan.
“Saya selalu kena panggil dengan bos untuk kerja part time macam bakar lori, bakar kereta.
Kadang-kadang curi kereta juga”.
(R48, Lelaki, India, Perak, Jenayah Samun Berkumpulan)
Selain itu, sikap memberontak juga dilihat dalam diri responden. Ini dipamerkan di dalam
kes R20 seperti di bawah:
“Saya susah nak dapat keluar, bila mama bagi keluar saya akan keluar lama... kalau mama bagi
sampai pukul 9 saya akan balik pukul 12 malam. Saya ni jujur. Mama cakap ‘ko ni bagusnya
jujur tapi degil’. Jadi kalau (saya) jujur (berterus-terang minta nak keluar) pun mama tak bagi,
saya akan tipu”.
(R20, Perempuan, Melayu, Johor, Jenayah Pecah Amanah)
“Lepas keluar asrama anak yatim saya nak bebas...saya lepak dengan kawan-kawan sama
minat (yang bermasalah)... (saya nak balas dendam kerana) mama ‘kurung’ saya selama 3
tahun kat asrama tu”.
(R23, Perempuan, Kuala Lumpur, Jenayah Dadah).
4.3.2.2 Perspektif Komuniti
Dapatan daripada temu bual yang telah dijalankan bersama komuniti di Sungai Petani dan
Gombak mengesahkan data yang diperolehi daripada analisis GIS di mana antara masalah besar
dalam komuniti mereka ialah kekerapan berlakunya jenayah-jenayah seperti curi motor, ragut dan
pecah rumah yang diandaikan dilakukan oleh remaja di luar kawasan kediaman mereka. Ini jelas
dinyatakan oleh beberapa ahli komuniti di kedua-dua kawasan yang telah ditemu bual seperti
berikut:
130
“Rumah saya ada orang pecah masuk. Dalam 4 pagi. Tapi bukan orang sini. Ada yang dapat
tangkap. Suami saya yang tangkap..... dorang budak Taman Samudera. Budak lagi... dalam 20
tahun”.
(RG2, Perempuan)
“Saya ada tangkap sorang budak dalam darjah 6 atau form 1, tengah curi lori bateri lori. Bateri
yang besar tu, tak tahulah macamana dia bawak....yang banyaknya curi motor, curi bateri,
ragut, pecah rumah.... kalau makcik-makcik sapu depan rumah, dia buat-buat tanya nombor
rumah atau tanya jalan. Lepas tu dia tarik tudung, sentap rantai dekat leher”.
(RG1, Lelaki)
“Rumah saya orang masuk pukul 4 pagi. Budak kecik yang buat saya rasa sebab dia pecah
cermin saja, kecik saja laluannya. Tak mungkin orang badan macam kita boleh masuk......
rumah saya 3 kali dah kena masuk... saya pernah sergah sekali...memang budak. Bukan orang
tua. Terus dia lari....”
(RSP2, Lelaki)
“... kawasan kita ni dikenali sebagai kawasan panas jenayah juvana. Penyumbangnya bukanlah
daripada kawasan ni sebenarnya, kita ada 1 PPRT tak jauh dari sini...”.
(RSP3, Perempuan)
Walaupun dua lokasi komuniti yang telah dipilih ini berbeza dari segi kemudahan
infrastuktur contohnya seperti di Gombak mempunyai banyak kemudahan pengangkutan dan riadah
berbanding dengan kawasan di Sungai Petani, namun begitu berdasarkan temu bual dengan
komuniti di kedua-dua lokasi, perbincangan mengenai kemungkinan punca-punca yang
menyumbang kepada masalah jenayah juvana yang berlaku di kawasan mereka adalah hampir sama.
Antara punca-punya yang dinyatakan adalah seperti kawasan mereka mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi, berhampiran dengan rumah flat atau Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) serta isu keciciran pelajar daripada sistem persekolahan. Terdapat lima faktor-faktor yang
dinyatakan sebagai berpotensi dalam menyumbang kepada masalah jenayah juvana iaitu:
1) Jenis kediaman dan infrastruktur
131
Jenis kediaman di Sungai Petani dikenal pasti sebagai jenis kediaman kos rendah manakala di
Gombak pula dikenali sebagai kediaman kos sederhana. Kedudukan kawasan ini adalah berhampiran
dengan rumah flat atau juga dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Kawasan
ini digambarkan sebagai kawasan yang agak padat penduduknya, dan mempunyai jalan yang sempit.
Walau bagaimanapun, keadaan yang agak malap di waktu malam hanya dinyatakan oleh komuniti
Sungai Petani. Ini dinyatakan oleh beberapa responden komuniti seperti berikut:
“Kita ada 1 PPRT tak jauh dari sini. Jadi yang ni, sorry to say, kita bukan nak marking point kat
depa ni. Tapi daripada sinilah berlaku orang kata masalah-masalah ketagihan dadah, ketagihan
arak, masalah seksual, jenayah seksual, masalah keruntuhan moral, di kalangan anak-anak ni”.
(RSP3, Perempuan)
“Kalau ikutkan memang padat. Dari segi environment memang padat…. Dengan kereta daripada
Taman Melewar pun melimpah keluar sini… Kawasan flat yang padat, susah nak lalu. Jadinya
mereka cari kawasan yang lebih selesa untuk mereka lepak semua”.
(RG9, Lelaki)
“Kawasan ni gelap sikit. Ada lampu tapi lampu jalan malap sikit”.
(RSP15, Lelaki)
Dapatan kajian di Sungai Petani telah menyatakan masalah ketiadaan kemudahan riadah
seperti padang permainan, taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak, gelanggang permainan
seperti futsal, sepak takraw atau badminton sebagai salah satu faktor yang menyebabkan remaja
tidak boleh melakukan aktiviti yang lebih berfaedah selain daripada melepak bersama kumpulan
bermotor. Ketiadaan kemudahan ini telah menyebabkan golongan remaja berkumpul dan melepak
di taman burung dan dataran Sungai Petani yang terletak 2 ke 3 km dari taman tersebut.
“Mengikut pemerhatian saya, saya tengok remaja di sini tak ada aktiviti”.
(RSP1, Lelaki)
“Yang keduanya saya nampak kebanyakkan budak-budak remaja ni tiada aktiviti. Contohnya,
waktu dulu-dulu ada padang bola, ada ketua pemuda yang jaga… contohnya macam kat taman
132
ni, kita tak ada taman bola, takda tempat riadah apa. Cuma yang ada padang sekolah saja.
Padang sekolah pon kita tak boleh share sangat dengan budak sekolah”.
(RSP7, Lelaki)
2) Peranan ibu bapa
Dapatan kajian ini turut menunjukkan peranan ibu bapa yang agak lemah dalam membentuk
keperibadian anak-anak. Ahli-ahli komuniti turut mengalami kesukaran untuk menegur anak-anak
yang terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat disebabkan oleh sikap ibu bapa yang terlalu melindungi
kesalahan anak-anak seperti contoh berikut:
“Saya nampak ada sedikit kelemahan pada ibu bapa dan keluarga. Longgar. Semua budak-
budak ni, kalau kata, kes yang bawak motor tu, ataupun kalau kata anak dara dilari orang ke,
semua budak kalau kata 18 tahun ke bawah, patutnya di bawah tanggungjawab ibu bapa.
Jadinya sebenarnya ialah kalau kata banyak cakap budak merempit, haaa ni ikut kawan laa,
haa ini cikgu la, dia salahkan orang lain. Sikap melepaskan tanggungjawab...”.
(RG9, Lelaki)
“Tapi mak bapak ada yang tak betul jugak. Bila dia hisap rokok, lepas tu cikgu komplen, marah.
Sebab tu cikgu kadang-kadang dah malas nak ajar dah. Ajar pun macam tu juga. Ibu bapa tak
boleh terima.”
(RG5, Perempuan)
“Saya rasa kalau kita panggil ibu bapa ni pun dia xmai, sebab saya dah biasa dah. Dorang marah
kita balik bila nak berbincang masalah anak-anak depa ni”.
(RSP4, Perempuan)
“…Budak-budak umur 11, 12 tahun dah naik motor dah. Helmet tak pakai. Kita tak boleh
larang…kalau kita larang, kita marah, dia melibatkan sekali dengan orang tua depa. Jadi macam,
hah! Hang peduli apa? Aku punya pasal la, anak aku!”.
(RG2, Lelaki)
3) Peranan Sekolah
a) Keciciran dan ponteng
133
Sebahagian besar pesalah juvana yang ditemu bual adalah mereka yang keciciran sekolah
serta suka ponteng sekolah. Apabila mereka tidak berada di sekolah, ini memberi ruang dan peluang
untuk mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat yang boleh menjurus kepada aktiviti jenayah.
Ini turut di akui oleh pihak komuniti Sungai Petani dan Gombak.
“Tiap-tiap hari, Ahad hingga Khamis pukul 8.00 - 8.30 pagi budak-budak sekolah, saya tak tau
budak sekolah mana, lepak stesen minyak 1 jam, ponteng sekolah hisap rokok”.
(RSP13, Lelaki)
“Bila kita tengok balik, pengalaman bercakap dengan sekolah rendah di sini, 70% daripada
pelajar sekolah ini datang daripada kawasan PPRT. Dan daripada 70% ni la lebih kurang 30%
terlibat dengan masalah keciciran dan ponteng sekolah”.
(RSP3, Perempuan)
“Budak-budak sekolah tu kadang-kadang dia tak pergi sekolah. Dia hisap rokok. Bawah pokok.
Kadang-kadang pukul 9 pagi dah boleh tengok. Sebelah dewan tu, bawah pokok tu, budak-budak
sekolah hisap rokok”.
(RG7, Lelaki)
b) Isu buang sekolah
Ramai di antara penduduk komuniti yang terlibat dalam perbincangan ini mencadangkan
penambahbaikan sistem pendidikan terutamanya isu buang sekolah bagi pelajar yang bermasalah.
Mereka berpendapat bahawa membuang pelajar daripada sistem persekolahan hanya akan
memburukkan lagi masa depan pelajar berkenaan. Berikut adalah beberapa contoh yang dinyatakan
oleh komuniti berkaitan dengan isu ini.
“Saya tak setuju kalau budak-budak ni dibuang (sekolah). Saya tak setuju! Saya tak suka! Kena
selidik dulu”.
(RG2, Perempuan)
134
“Sekolah juga main peranan. Bila budak-budak ni buat hal di sekolah, terus buang. Tak bagi
peluang dah! Jadi, budak-budak ni akan jadi terus rosak. Kenapa kita tak bagi kaunseling, di
satu tempat untuk mereka. Saya cadangkan kita adakan kaunseling untuk mereka ni,
campurkan mereka dengan budak-budak yang suka pi sekolah. Kenapa nak asingkan mereka?
Hubungan guru dengan anak murid, kena macam keluarga dialah. Tak boleh pilih kasih.
Sekolah kena siasat masalah budak-budak, betul-betul. Jangan main buang sekolah ja”.
(RSP18, Perempuan)
4) Faktor Kendiri
Remaja yang sering kali terjebak dengan sebarang masalah juvana sering kali mempunyai
sikap negatif. Walaupun, komuniti mengambil berat dan menegur sikap mereka, mereka tidak dapat
menerima teguran tersebut. Ini diakui oleh komuniti:
“Peranan masyarakat ada! Tetapi budak ni dah jadi kurang ajar. Sebab apa, sebab bila kita
bagi nasihat, dia melawan, dia menjawab”.
(RSP12, Lelaki)
“Kadang-kadang budak ni kalau kita tegur cara baik tak pe. Kalau kita tegur cara kasar haa
siap! Dendam. Nanti dia baling batu la semua la”.
(RG1, Lelaki)
5) Pemilikan motosikal
Komuniti yang ditemu bual berpendapat faktor kemudahan kenderaan seperti motosikal,
telah disalah guna oleh remaja. Sebahagian dari mereka menaiki motosikal tanpa lesen. Keadaan ini
dimaklumkan oleh komuniti di Sg. Petani:
“Budak 11, 12 tahun dah naik motor. Kadang umur 7 dan 8 tahun pun dah ada naik motor dah.
Dengan helmet tak pakai, tak boleh halang”.
(RSP1, Lelaki)
Ada juga antara remaja ini yang menggunakan motosikal untuk pergi melepak dengan kawan-kawan
pada waktu lewat malam. Contohnya, di Sungai Petani, kumpulan motor ini berkumpul bermula
tengah malam sehingga pukul 6 pagi:
135
“Kalau nak tengok, malam ni jugak kita boleh tengok apa anak-anak kita buat di Dataran tu.
Pukul 2 - 3 pagi pun ada main motor. Tak tau pukul berapa nak balik tidur. Bila pulak dorang
ni nak pergi sekolah”.
(RSP7, Lelaki)
Selain itu, terdapat juga remaja yang menggunakan motosikal untuk kegiatan meragut:
“Kalau makcik-makcik yang sapu depan rumah dia buat2 tiba-tiba budak naik motor tanya
nombor rumah atau tanya jalan ke. Kadang-kadang dia tarik tudung makcik tu. Dia sentap
rantai kat leher. Dia tak kira dah”.
(RG1, Lelaki)
136
4.4 PENYESALAN DIRI DAN PENERIMAAN KOMUNITI
Temu bual dengan pesalah juvana ini juga melihat jika responden mempamerkan perasaan
penyesalan di atas jenayah yang dilakukan. Kajian juga melihat jika penahanan mereka di pusat
pemulihan tersebut telah mendatangkan faedah kepada pembangunan diri mereka. Data
menunjukkan dapatan yang agak positif mengenai elemen penyesalan diri oleh responden. Analisis
data menemui, perasaan penyesalan ini sering dikaitkan dengan ahli keluarga di mana responden
berasa bersalah kerana mengecewakan ibu bapa dan sebagainya. Ada juga yang mengaitkan dengan
peranannya kepada adik beradik. Berikut adalah beberapa contoh petikan temu bual.
“Saya menyesal sangat... (rasa) bersalah pada mak”.
(R27, Kelantan, Perempuan, Jenayah Curi)
“Saya menyesal.. (lepas ni) saya akan dengar cakap mak ayah”.
(R28, Perempuan, Kedah, Jenayah Curi)
“(Lepas keluar Henry Gurney) saya nak jaga mak dan adik-adik (saya tak tau jika ayah jaga
mereka)”.
(R21, Perempuan, Selangor, Jenayah Dadah)
“Saya rasa menyesal dengan apa yang saya dah buat. Kalaulah ada peluang, saya nak minta
maaf dengan orang yang saya samun tu....dengan tok saya.... ”.
(R16, Lelaki, Kedah, Samun)
Walau bagaimanapun, dapatan di atas tidak boleh diterima bulat-bulat kerana terdapat
kemungkinan responden tidak jujur. Mereka mungkin menyatakan penyesalan kerana itulah
jawapan yang ‘betul’ dan ‘diharapkan’ dalam situasi temu bual tersebut. Tambahan pula, ramai juga
responden yang ditemu bual pernah beberapa kali dihukum dan cuba ‘dipulihkan’ sebelum ini tetapi
masih lagi mengulang kesilapan yang sama. Dengan kata lain, penyataan penyesalan mereka masih
boleh dipertikaikan.
Namun begitu, peranan yang dimainkan oleh pusat pemulihan terutama sekali Sekolah Henry
Gurney tidak dapat dinafikan di dalam aspek lain. Kajian mendapati terdapat pelbagai perubahan
positif pada diri responden. Beberapa responden menyatakan pusat ini sebagai ‘peluang kedua’
137
kepada mereka dan mereka banyak belajar perkara yang baik. Beberapa contoh petikan adalah
seperti di bawah.
“Kelas agama di Henry Gurney sangat banyak dan bagus”.
(R28, Perempuan, Kedah, Jenayah Curi)
“(Di sini) saya mula ikut halaqah dan solat’. (Henry Gurney) banyak ubah hidup saya”.
(R26, Lelaki, Kelantan, Jenayah Rogol)
“(Henry Gurney).. saya rasa macam ada peluang kedua”.
(R25, Lelaki, Kelantan, Jenayah Rogol)
“Dulu, sayalah manusia yang paling yang kurang ajar (tak ada adab). Sekarang, saya dah
banyak berubah. Ipin (rakan di Sekolah Integriti) yang banyak tolong saya. Dulu saya tak boleh
terima bila kena tangkap, sekarang saya nampak kebaikan saya duk kat sini”.
(R45, Lelaki, Perak, Samun)
“Nasib baik saya kena tangkap, kalau saya duk kat luar tu lagi, saya tataulah apa lagi yang
boleh saya buat”.
(R15, Lelaki, Kedah, Jenayah Liwat)
Satu lagi perubahan positif yang ditemui di dalam data temu bual adalah dalam aspek
hubungan kekeluargaan. Rata-rata responden menyatakan hubungan mereka dengan ahli keluarga
bertambah baik dan mesra.
“Hubungan saya dengan mak semakin baik... Ayah pun mula solat selepas saya kena penjara”.
(R28, Perempuan, Kedah, Jenayah Curi)
“Mama selalu lawat (saya di Henry Gurney)...(baru sekarang) saya dapat rasa peluk cium
mama sejak tinggal kat sini... sebelum ni tak”.
(R23, Perempuan, Kuala Lumpur, Jenayah Dadah)
138
Bagi pihak komuniti, ada di kalangan ahli komuniti yang merasakan kemasukan semula
pesalah juvana ke dalam komuniti adalah salah satu cara untuk mengelakkan mereka terjebak
semula dengan aktiviti yang tidak sihat. Walau bagaimanapun mereka berpendapat komuniti perlu
diberikan pendedahan serta pengetahuan dalam melaksanakan program ini supaya mereka lebih
bersedia dan mampu dalam memastikan objektif program ini boleh dicapai. Berikut ialah penyataan
mereka:
“Kita kena bagi peluang kat dia. Jika kita sentiasa menghukum dia, dia tak akan jadi baik la.
Kalau kita duk anggap dia buruk, sampai bila dia nak berubah”.
(RSP2, Lelaki)
“Sebelum kita buat program ni, kita kena kaunseling masyarakat. Kita kena ada dulu
rancangan, modul. Masyarakat kena beri kesedaran dulu. Sebba bila nama penjenayah tu kan,
minda kita mesti pikir jahat”.
(RSP4, Perempuan)
“Kami boleh terima semula pesalah ni dalam komuniti tapi kami kena dilatih”.
(RG2, Perempuan)
139
4.5 KESIMPULAN
Bab ini telah melaporkan dapatan daripada analisis GIS dan analisis data temu bual bersama
pesalah juvana dan komuniti. Dapatan analisis GIS telah mengenal pasti empat negeri yang
mempunyai kepadatan tinggi kejadian jenayah yang dinamakan sebagai kawasan titik panas iaitu
negeri Johor, Kedah, Selangor dan WPKL. Dapatan juga menunjukkan lima negeri yang berkepadatan
tinggi bagi alamat suspek jenayah yang dinamakan kawasan kelabu. Negeri-negeri berkenaan ialah
Johor, Kedah, Selangor, WPKL dan Kelantan. Analisis GIS juga mendapati mukim yang mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi juga adalah kawasan kelabu. Di samping itu, data GIS juga
menunjukkan 80% daripada suspek melakukan jenayah dalam jarak 25km dari tempat kediaman
mereka.
Dapatan temu bual bersama pesalah juvana menunjukkan kebanyakan juvana datang dari
keluarga yang berpendapatan rendah, tidak mempunya hubungan yang baik dengan ahli keluarga
dan kurang menerapkan nilai-nilai spritual. Dari aspek kendiri, mereka adalah orang mempunyai
sikap negatif. Kebanyakan mereka juga adalah tercicir dari sistem persekolahan. Ada dalam kalangan
mereka yang terlibat dengan aktiviti jenayah disebabkan oleh pengaruh rakan dan teknologi
maklumat dan gajet.
Manakala dapatan temu bual bersama komuniti turut menyokong dapatan temu bual dengan
pesalah juvana dari aspek kendiri, isu keciciran dan buang sekolah, faktor kemiskinan serta peranan
ibu bapa. Selain daripada itu, antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini ialah jenis
kediaman dan infrastruktur serta kebanyakan daripada remaja di kawasan mereka mempunyai
motosikal untuk memudahkan pergerakan mereka dan secara tidak langsung mungkin memudahkan
mereka melakukan jenayah.
140
BAB 5
CADANGAN INTERVENSI PENCEGAHAN JENAYAH DAN
PEMBANGUNAN SISTEM GIS
5.1 PENGENALAN
Kanak-kanak adalah mereka yang berada di peringkat usia yang mudah dipengaruhi oleh
persekitaran. Sekiranya golongan kanaka-kanak ini terlibat dengan masalah tingkah laku dan
dicegah dari awal, maka masalah juvana dapat dikurangkan. Bab ini mengemukakan cadangan
intervensi pencegahan jenayah juvana berdasarkan kawasan kelabu (alamat suspek) dan kawasan
titik panas (lokasi insiden jenayah), dan juga cadangan Sistem GIS Jenayah Juvana yang boleh
melakukan analisis spatial secara holistik.
5.2 PEMEGANG TARUH DAN FALSAFAH PROGRAM INTERVENSI
PENCEGAHAN JENAYAH JUVANA
Langkah-langkah intervensi perlu dijalankan dengan melibatkan para pemegang taruh atau
juga dikenali sebagai stakeholders seperti mana yang ditunjukkan oleh Rajah 5.1 di bawah. Ianya
terdiri daripada keluarga, komuniti, sekolah, agensi pelaksana dan pihak luar.
Komuniti
Keluarga Agensi
Pelaksana
Juvana
Sekolah Pihak Luar
Rajah 5.1: Pemegang Taruh Intervensi Pencegahan Jenayah Juvana
141
Sehubungan dengan itu, tujuh (7) falsafah program intervensi pencegahan jenayah juvana
telah diambilkira bagi mencapai objektif kajian ini. Rajah 5.2 di bawah menggambarkan ketujuh-
tujuh falsafah tersebut, iaitu pemantauan, pencegahan, disiplin, program restoratif, kaunseling,
pembangunan kemahiran dan pembinaan hubungan adalah tunjang dalam program ini. Manakala
cadangan program-program intervensi ditunjukkan dalam jadual-jadual yang berikutnya.
Program
Restoratif
Disiplin Kaunseling
Pencegahan
Pembangunan
Kemahiran
Pemantauan 7 Falsafah Pembinaan
Program Hubungan
Intervensi dan
Pencegahan
Jenayah Juvana
Rajah 5.2: Prinsip Intervensi Pencegahan Jenayah Juvana
5.3 CADANGAN INTERVENSI PENCEGAHAN JENAYAH
Berdasarkan dapatan kajian, cadangan intervensi pencegahan jenayah dikategorikan kepada
dua, iaitu intervensi pencegahan jenayah berdasarkan kawasan kelabu (alamat suspek) dan
intervensi pencegahan jenayah berdasarkan kawasan titik panas (lokasi kejadian jenayah).
Intervensi-intervensi ini dirangka mengikut kumpulan umur juvana (iaitu juvana yang berumur di
bawah 18 tahun, dan juvana yang berumur antara 18 hingga 21 tahun). Cadangan intervensi telah
dibincangkan bersama-sama pemegang taruh untuk mendapat maklumbalas tentang kesesuaian
program intervensi dan kebolehlaksanaan program tersebut. Pemegang taruh di sini terdiri daripada
pihak luar (seperti pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis DiRaja Malaysia
(PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Pegawai Pendidikan Negeri (PPN),
Mahkamah, dan Jabatan Peguam Negara).
142
5.3.1 Intervensi Pencegahan Jenayah Berdasarkan Kawasan Kelabu (Alamat
Suspek) Dan Kawasan Titik Panas
Berikut merupakan cadangan intervensi pencegahan jenayah yang telah direka bentuk sesuai
dengan kumpulan sasaran. Cadangan intervensi ini disesuaikan dengan dapatan analisis GIS
berdasarkan kawasan kelabu dan kawasan titik panas, dan dapatan kajian sosial.
143
5.3.1 Intervensi Pencegahan Jenayah Berdasarkan Kawasan Ke
Nota: a Program baru; bProgram sedia ada (penambahbaikan)
Jadual 5.1: Cadangan Intervensi Penceg
NAMA PROGRAM STRATEGI INSTITU
Keluarga Sejahtera dan Memperkukuhkan KANDUNGAN PROGRAM
INTERVENSI
Prihatin a institusi
Pendidikan keibubapaan
generasi milenial
kekeluargaan.
Kemahiran komunikasi
keluarga
Kaunseling keluarga
berisiko dan bermasalah
Pemantapan Rohani a Menyuburkan Lawatan Kunjungan
aspek kerohanian ke kuil/gereja/tempat
di dalam keluarga. ibadah untuk keluarga
bukan-Islam
Memperkasakan
Pendidikan Agama
elabu (Alamat Suspek) Dan Kawasan Titik Panas
gahan Jenayah untuk Institusi Keluarga
USI KELUARGA
KUMPULAN JANGKAAN HASIL AGENSI AGENSI
SASARAN PELAKSANA SOKONGAN
Ibu bapa dari latar Keluarga bahagia Lembaga Pihak media
Penduduk Dan (contohnya, TV
belakang keluarga dan prihatin Pembangunan dan media sosial
Keluarga Facebook,
yang berisiko dan Negara YouTube),
bermasalah (LPPKN)
Jawatankuasa
Ibu bapa dari latar JKM Kemajuan dan
belakang keluarga Keselamatan
Kampung (JKKK)
yang berisiko dan / Jawatankuasa
Perwakilan
bermasalah Penduduk (JPP),
Juvana ( < 18 tahun) Institusi agama
Ibu bapa dari latar Persatuan
belakang keluarga Komuniti
yang berisiko dan
bermasalah
Juvana ( < 18 tahun)
Ibu bapa dari latar Keluarga bahagia Jabatan Agama Pihak media
belakang keluarga Islam Negeri (contohnya, TV
yang berisiko dan
bermasalah Malaysian dan media sosial
Juvana ( < 18 tahun)
Consultative Facebook,
Juvana (18 ke 21 Council (Semua YouTube),
tahun)
agama selain JKKK / JPP,
Islam)
Institusi agama
Persatuan
Komuniti
144