The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-05-01 20:18:12

malaysia_2017

malaysia_2017

Pelan ini akan menjadi blueprint kesejahteraan rakyat bandar dan panduan RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
dalam perancangan dan pelaksanaan oleh semua agensi kerajaan dan pihak yang
terlibat dengan pembangunan dan perkhidmatan bandar pada peringkat nasional
dan tempatan. PIKRB yang sedang dalam proses akhir pembangunannya ini
dijangkakan akan dilancarkan pada tahun 2017 oleh YAB Perdana Menteri. Pelan
ini akan diguna pakai bagi tempoh lima tahun iaitu mulai tahun 2017 hingga 2022.

KPKT telah mengadakan bengkel, townhall dan mesyuarat wakil pelbagai agensi
kerajaan, exco kerajaan negeri, pemimpin tempatan, datuk bandar / yang dipertua
pihak berkuasa tempatan (PBT), Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP), Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP), badan pengurusan bersama (JMB), wakil pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan media bagi mendapatkan pandangan, cadangan serta
input dalam membangunkan PIKRB. Antara bengkel, townhall dan mesyuarat yang
telah diadakan ialah:

i. Bengkel Perancangan Strategik PIKRB telah diadakan pada 5 hingga 7
September 2016 bertempat di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Pahang.

ii. Sesi Townhall Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat Bandar: Aspirasi TSNo.
dan Bengkel PIKRB pada 6 Oktober 2016 bertempat di Pusat Persidangan
Antarabangsa Putrajaya (PICC)

iii. Mesyuarat Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat Bandar bersama Exco
Kerajaan Negeri pada 3 hingga 6 November 2016 bertempat di Resort
World, Langkawi, Kedah.

Karnival KPKT 2016

Karnival KPKT 2016 yang bertemakan “Bandar Mampan, Komuniti Sejahtera” telah
berlangsung pada 3 dan 4 Disember 2016, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri
Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Karnival yang julung kali dianjurkan oleh KPKT ini diadakan bagi meraikan
gabungan empat sambutan rasmi tahunan KPKT, iaitu:

• Sambutan Hari Habitat Sedunia;
• Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia;
• Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan; dan
• Sambutan Hari Tandas Sedunia.

MALAYSIA 301

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Penganjuran karnival yang mengaplikasikan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) ini, dijayakan dengan penglibatan bahagian dan jabatan di bawah KPKT
dan agensi-agensi lain antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),
Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Malaysian Enviromental NGOs (MENGO)
dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pelbagai aktiviti yang mengalakkan penyertaan kekeluargaan dari pelbagai
peringkat umur telah dilaksanakan sepanjang dua hari karnival ini bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai fungsi dan perkhidmatan
yang disediakan oleh KPKT. Antara aktiviti tersebut ialah ialah pameran oleh
bahagian dan jabatan di bawah KPKT, agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta,
Urban Picnic, City Hunt, KL Car Free Morning, Habitat Moment, aktiviti Place
Making, demonstrasi oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM), Food Truck Fest, gerai jualan Peserta AZAM Bandar,
Pengucapan Awam, Program Upscaling dan pembukaan konti Radio JKT.

Semasa majlis perasmian karnival, YB Menteri turut melancarkan Rancangan
Fizikal Negara ketiga dan Dasar Perbandaran Negara kedua serta menyampaikan
beberapa anugerah, seperti yang berikut:

• Anugerah Bandar Mampan (MURNInets) 2015;
• Anugerah Pelaksana Kejiranan Hijau 2016;
• Anugerah Bandar Bersih;
• Anugerah Industrial Zero Waste Best Practice 2016; dan
• Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia.

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA
JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK (JPP) NEGERI SELANGOR
YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan
Kerajaan Tempatan) telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah
Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)
Negeri Selangor bagi Penggal Kedua Tahun 2017 pada 10 Januari 2017 di Hotel
Sama-sama, Sepang, Selangor.

302 MALAYSIA

2017

Pada majlis ini, YB Menteri telah menyampaikan watikah pelantikan kepada 232 RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
orang Pengerusi JPP dan 218 orang Setiausaha JPP Negeri Selangor yang telah
dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2017 hingga
31 Disember 2018 bagi Fasa 1 dan 15 Januari 2017 hingga 31 Disember 2018 bagi
Fasa 2.

Daripada jumlah tersebut, seramai 183 orang Pengerusi dan 140 orang Setiausaha
JPP telah dilantik semula, manakala seramai 49 orang pengerusi dan 78 orang
setiausaha merupakan Anggota JPP yang baharu dilantik bagi penggal kedua
tahun 2017 hingga 2018.

KPKT telah memutuskan supaya Ujian Penilaian Pra-Pelantikan bagi Pengerusi dan
Setiausaha JPP dibuat di semua negeri sebagai syarat pelantikan semula anggota
JPP bagi penggal kedua. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman
mengenai JPP meliputi garis panduan penubuhan JPP dalam kawasan PBT dan
gerak kerja JPP

Mesyuarat Majlis Perumahan Negara

Majlis Perumahan Negara (MPN) Siri 5 Bilangan 1 Tahun 2017 yang dipengerusikan
oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia)
pada 2 Mac 2017 telah membincangkan dan memutuskan perkara-perkara yang
berikut:

• Status Pelaksanaan Program 1 Juta Rumah Mampu
Milik

Pelaksanaan Program 1 Juta Rumah Mampu Milik (RMM) adalah bagi tempoh
lima tahun iaitu hingga tahun 2018. Sehingga 31 Disember 2016, sebanyak
20.7 peratus daripada sasaran 1 juta RMM telah berjaya disiapkan manakala
21.7 peratus adalah dalam fasa pembinaan dan 41.3 peratus adalah dalam
fasa perancangan.

MPN berperanan untuk mengeratkan kerjasama antara agensi-agensi
pelaksana pembangunan dalam usaha merealisasikan matlamat menyediakan
1 juta RMM. MPN juga menjadi platform yang ideal bagi merangka strategi
dan pelan tindakan secara inovatif, menyelaras aspek perundangan dan
mekanisme harga hartanah serta memastikan penyediaan rumah dengan
lebih cekap dan cepat yang boleh menjana pembangunan industri perumahan
secara menyeluruh.

MALAYSIA 303

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN • Kertas Pemakluman: Rangka Kerja Perundangan
Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara

Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara merupakan agensi khas
bagi melaksanakan urusan pengurusan dan penyelenggaraan perumahan
awam telah diputuskan oleh YAB Perdana Menteri pada Mesyuarat MPN Siri 3
Bilangan 1 Tahun 2015.

Rangka Kerja Perundangan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam
Negara yang dibentang ini mengambil kira fungsi Perbadanan seperti yang
berikut:
• mencadang dan melaksanakan polisi berkenaan dengan perumahan

awam;
• menggalakkan kesejahteraan masyarakat dalam perumahan awam;
• mengawal dan memantau kualiti, permintaan dan penawaran perumahan

awam;
• mencadangkan kepada Menteri mengenai strategi, arah, polisi, undang-

undang dan tindakan-tindakan yang berkenaan dengan perumahan
awam; dan
• membangunkan program bantuan kepada orang yang layak membeli
dan/atau memajak perumahan awam.

Satu Jawatankuasa Pelaksanaan Bersama akan ditubuhkan bagi tujuan
membantu Perbadanan dalam pengurusan proses kelulusan dan permohonan,
memberi bantuan berkaitan dengan pembangunan perumahan awam di dalam
negeri dan menyelaras peranan semua entiti kerajaan untuk memudahkan
dan mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan pembangunan perumahan
awam yang dicadangkan.

• Kertas Pemakluman: Kajian Semula Dasar Perumahan
Negara (DRN 2.0) Bagi Tempoh 2018-2022

Dasar Perumahan Negara (DRN) merupakan satu panduan yang menjadi asas
perancangan dan pembangunan sektor perumahan oleh semua kementerian,
jabatan dan agensi yang berkaitan pada peringkat persekutuan, negeri dan
tempatan serta pihak swasta. DRN sedia ada mula diterbitkan pada tahun
2013 untuk tempoh pemakaian selama lima tahun iaitu hingga tahun 2017.
Sepanjang pemakaian DRN versi pertama sebagai rujukan pembangunan
perumahan di negara ini, beberapa ruang penambahbaikan atau penyesuaian
semula telah dikenal pasti berdasarkan kepada enam isu utama yang sering
menjadi kekangan dalam sektor pembangunan perumahan iaitu:

• ketidakmampuan membeli rumah yang semakin kritikal;
• mismatch antara penawaran dan permintaan mengikut lokasi;
• bilangan agensi yang terlibat dalam penyediaan rumah;
• pola pemilikan dan kependudukan kurang seimbang;
• pengurusan dan penyelenggaraan perumahan sedia ada; dan
• ketiadaan sistem pendaftaran stok dan pembeli rumah secara bersepadu

setiap lokasi.

Kajian Semula Dasar Perumahan Negara (DRN 2.0) Bagi Tempoh 2018-
2022 yang sedang giat diusahakan ini memfokuskan pada aspek geospatial,
ekonomi dan kesejahteraan sosial.

304 MALAYSIA

2017

Hari Landskap Negara 2017 RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

Taman Tasik Kamunting, Perak telah menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari
Landskap Negara 2017 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dari 31 Mac
hingga 2 April 2017 dengan tema “Gerakan Rakan Taman untuk Kesejahteraan
Penduduk Bandar”. Majlis perasmian Hari Landskap Negara 2017 Peringkat
Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin
Abdul Kadir (Menteri Besar Perak) dan disambut oleh lebih daripada 100 Rakan
Taman secara serentak di seluruh negara dengan penglibatan kira-kira 10,000
orang peserta.

Antara aktiviti yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Landskap
Negara 2017 ialah:

• Gotong-royong oleh 100 Rakan Taman dengan penglibatan kira-kira 10,000
orang peserta di seluruh negara;

• Perkongsian pengalaman Rakan Taman;
• Bengkel awam;
• Ceramah agama;
• Penanaman pokok;
• Pertandingan mewarna, melukis dan ukiran;
• Sukan rakyat dan senamrobik;
• Pertandingan melukis mural dan reka bentuk landskap;
• Persembahan kebudayaan dan pemuzik jalanan;
• Pemeriksaan kesihatan; dan
• Pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan jualan produk.

Program Rakan Taman

Program Rakan Taman dilaksanakan untuk memupuk semangat kesukarelawan
dalam kalangan masyarakat bagi memelihara, menyelenggara dan mengawasi
taman awam, taman kejiranan dan kawasan hijau yang digunakan oleh orang
awam untuk rekreasi.

Melalui Rakan Taman, komuniti dapat bersama-sama membantu pihak berkuasa
tempatan (PBT) untuk menjaga kebersihan dan keindahan kawasan kejiranan.
Komuniti digalakkan bergotong-royong menyelenggara landskap lembut dan
landskap kejur, menanam pokok, mengadakan aktiviti kebun komuniti dan
bersama-sama berkongsi idea bagi memperindahkan landskap sedia ada dan
meningkatkan keceriaan kawasan sekitar.

Komuniti juga digalakkan mengadakan aktiviti rekreasi seperti senamrobik
dan sukan rakyat bagi merapatkan interaksi sosial dan perpaduan kaum bagi
meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Dari tahun 2014
hingga 2016 sebanyak 207 Rakan Taman telah diwujudkan di seluruh negara.

Pra-Pelancaran Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9)

Pada 26 April 2017, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Perdana
Menteri Malaysia) telah menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Forum Bandar
Sedunia ke-9 (9th Session of The World Urban Forum, WUF9) di Pejabat Perdana
Menteri, Putrajaya.

MALAYSIA 305

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN WUF9 akan berlangsung pada 7 hingga 13 Februari 2018 bertempat di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kuala Lumpur merupakan bandar kedua di benua Asia yang akan menjadi tuan
rumah kepada forum tersebut selepas Nanjing, China pada tahun 2008. Forum
yang bertemakan Implementing the New Urban Agenda ini bakal mengumpulkan
pelbagai pakar daripada setiap sektor perbandaran di seluruh dunia.

Penganjuran WUF ini dijangka akan menarik jumlah penyertaan seramai 25,000
peserta malah, forum ini juga akan disertai pelbagai pihak dari pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), organisasi berasaskan komuniti, profesional, institusi
penyelidikan dan akademik, profesional, sektor swasta, institusi pembangunan
kewangan, media dan badan-badan antarabangsa lain sama ada pada peringkat
antarabangsa, nasional dan serantau.

Tujuan utama penganjuran WUF adalah untuk menyokong dan meningkatkan
kesedaran mengenai pembangunan perbandaran yang mampan serta perkongsian
pengetahuan kolektif ke atas perbandaran yang mampan melalui debat terbuka,
pertukaran pengalaman dan amalan terbaik.

Selain itu, forum itu juga bertujuan untuk menjalin kerjasama di dalam dan di
antara kawasan-kawasan yang berbeza ke arah kemajuan dan pelaksanaan
Agenda Habitat.

Kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada WUF9 ini akan
mencerminkan komitmen negara kepada dunia di dalam aspek pembangunan
bandar yang mampan dan sejahtera. Perkara ini juga selari dengan aspirasi negara
dalam melaksanakan Sustainable Development Goals (SDG), Conference of the
Parties 21 (COP21) - Paris Agreement dan yang terbaharu adalah penerimaan
New Urban Agenda (NUA) yang telah dipersetujui semasa Persidangan ke-3
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perumahan dan Pembangunan
Bandar Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Oktober 2016.

306 MALAYSIA

2017

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-26 RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-26 telah diadakan pada 26
April 2017 bertempat di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya dan dipengerusikan
oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia).

Sebanyak 12 kertas kerja telah dibincangkan dalam MPFN kali ini yang mana satu
kertas untuk mendapatkan kelulusan, lima kertas untuk mendapat nasihat, empat
kertas untuk mendapatkan persetujuan dan dua kertas untuk makluman.

MPFN yang ditubuhkan pada tahun 2003 merupakan forum perundingan yang
tertinggi berkaitan perancangan bandar dan desa, antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri. Majlis ini berperanan dalam menasihati Kerajaan Persekutuan
atau kerajaan mana-mana negeri mengenai perkara yang berhubungan dengan
perancangan bandar dan desa.

MPFN diwujudkan adalah untuk menyelaras semua dasar dan aktiviti berkaitan
perancangan bandar dan desa bagi memastikan penggunaan sumber dan
pembangunan yang lebih seimbang dan mampan pada peringkat negeri dan
negara.

Dalam perutusan YAB Perdana Menteri semasa mesyuarat, beliau mengingatkan
semua ahli mesyuarat bahawa berdasarkan Garis Panduan Penyediaan
Rancangan Malaysia ke-11, 2016-2020: Prospek Ekonomi, Teras Strategik dan
Penyediaan Projek, semua kementerian dan kerajaan negeri perlu membuat
perancangan secara komprehensif dan mengambil kira pandangan pemegang
taruh (stakeholders). Bagi projek fizikal, perancangan kementerian hendaklah
selaras dengan Rancangan Fizikal negara yang merumuskan dasar dan strategi
pembangunan fizikal negara serta menterjemah objektif pembangunan negara
dalam bentuk spatial agar penggunaan tanah dan sumber asli dioptimumkan
untuk mencapai pembangunan mampan. Projek fizikal juga perlu selaras dengan
Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan yang merumuskan cadangan
berkenaan pemajuan dan penggunaan tanah pada kedua-dua peringkat negeri
dan tempatan.

YAB Perdana Menteri berharap keputusan mesyuarat pada kali ini akan memberi
impak secara terus dalam merancang dan membangunkan negara ini di samping
memastikan keperluan dan kehendak pelbagai lapisan masyarakat dipenuhi.

Program Perumahan Rakyat (PPR)

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk
penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi
golongan berpendapatan rendah. Unit-unit PPR ditawarkan kepada rakyat sama
ada secara sewaan pada kadar serendah RM124.00 sebulan ataupun dijual pada
harga serendah RM35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000.00
di Sabah dan Sarawak. Kadar sewaan dan harga jualan ini adalah jauh lebih
rendah daripada harga pasaran perumahan semasa, mengambil kira kemampuan
golongan sasar. Secara puratanya, Kerajaan Pusat melalui KPKT memperuntukkan
subsidi lebih daripada RM100,000.00 untuk setiap unit PPR yang dibina.

Skim Sewa untuk Milik (Rent-to-Own, RTO) bagi PPR juga telah diluluskan oleh
Jemaah Menteri pada 3 Ogos 2016. RTO akan ditawarkan kepada pemohon

MALAYSIA 307

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN atau bakal pembeli yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana
institusi kewangan atau unbankable. Buat masa ini, RTO adalah khusus untuk
pembelian rumah PPR Gua Musang, Kelantan (1,000 unit), PPR Lembah Subang 2,
Selangor (1,580 unit), PPR Kampung Hassan, Selangor (300 unit) dan PPR Ladang
Siliau, Port Dickson (300 unit) dan mana-mana PPR yang akan diputuskan untuk
dijual oleh kementerian.

Penyediaan rumah di bawah PPR merupakan salah satu daripada kaedah untuk
mencapai sasaran satu juta rumah mampu milik (RMM) seperti yang telah
dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bagi tempoh Julai 2016 hingga April
2017, KPKT telah melaksanakan beberapa majlis pra-pelancaran, pecah tanah dan
penyerahan kunci PPR, antaranya ialah:

Pecah Tanah PPR Seri
Iskandar, Perak

Majlis Pecah Tanah Program
Perumahan Rakyat (PPR) Seri
Iskandar, Perak telah disempurnakan
oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry
bin Abdul Kadir (Menteri Besar Perak)
pada 22 Ogos 2016.

Projek PPR Seri Iskandar ini dibina
di atas tapak seluas 10 ekar dengan
kos sebanyak RM15.6 juta. Projek ini
terdiri daripada 99 unit rumah teres
tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasaan 700 kaki persegi yang turut dilengkapi
dengan kelengkapan asas seperti lampu dan kipas.

Penyerahan Kunci Rumah
Kekal Banjir (RKB) di PPR
Gua Musang, Kelantan

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar Omar
(Menteri Kesejahteraan Bandar
Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
telah merasmikan Majlis Penyerahan
Kunci Rumah Kekal Banjir (RKB) di
PPR Gua Musang, Kelantan pada 9
September 2016.

PPR Gua Musang ini menyediakan
1,000 unit rumah jenis kediaman
rumah pangsa lima tingkat yang telah siap dibina dan sedia didiami. PPR ini
merupakan PPR yang pertama yang melaksanakan Skim Sewa untuk Milik (RTO).

Dalam majlis ini, seramai 31 buah keluarga mangsa banjir telah menerima kunci
RKB di PPR Gua Musang. Dengan usaha ini, kerajaan berharap mereka akan
menjalani kehidupan harian yang lebih selesa dan sejahtera.

308 MALAYSIA

2017

Perasmian PPR Batu Sapi, RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Sandakan, Sabah

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak (Perdana Menteri Malaysia) telah
menyempurnakan majlis perasmian
PPR Batu Sapi, Sandakan, Sabah pada
3 Mac 2017. YAB Perdana Menteri telah
menyerahkan kunci kepada 10 orang
pemohon yang berjaya. YAB Perdana
Menteri juga mengumumkan bahawa
PPR ini diberi Skim Sewa untuk Milik
(RTO).

PPR Batu Sapi yang telah siap bina pada Oktober 2015 dengan kos sebanyak
RM32 juta ini, mempunyai 180 unit kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan termasuk masjid dan dewan. PPR ini turut menyediakan lima unit
kediaman yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Pra-pelancaran PPR
Kamunting, Perak

Majlis Pra-pelancaran PPR Kamunting
telah disempurnakan oleh YAB Dato’
Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul
Kadir (Menteri Besar Perak) semasa
Sambutan Hari Landskap Negara 2017
Peringkat Kebangsaan pada 2 April
2017.

PPR Kamunting ini akan dibina di
atas tanah seluar 26.52 ekar dengan
peruntukan berjumlah RM39 juta dan
kerja-kerja pembinaan yang dijangka selesai pada 2019. PPR ini akan menyediakan
sebanyak 260 unit rumah yang dilengkapi dengan tadika, surau, bilik komuniti dan
padang permainan. Setiap unit PPR ini adalah berkeluasan 700 kaki persegi dan
mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur.

Penyerahan Kunci PPR
Taman Siliau Jaya, Port
Dickson, Negeri Sembilan

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad
bin Haji Hasan (Menteri Besar Negeri
Sembilan) telah menyempurnakan
Majlis Penyerahan Kunci PPR Taman
Siliau Jaya, Port Dickson, Negeri
Sembilan pada 13 April 2017.

Projek PPR Taman Siliau Jaya ini telah
dibina di atas tapak seluas 20 ekar
dengan kos sebanyak RM17.6 juta. Projek ini terdiri daripada 150 unit rumah

MALAYSIA 309

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN teres berkeluasan 700 kaki persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
asas seperti dewan serbaguna, surau, tadika dan taman permainan.

PPR Siliau Jaya ini merupakan salah satu projek yang telah diluluskan pelaksanaan
Skim Sewa untuk Milik (Rent-to-Own, RTO) bagi pemilikannya. Seramai 106
pemohon telah ditawarkan Skim RTO dan menerima kunci unit masing-masing,
manakala bakinya akan melalui proses pembiayaan daripada institusi kewangan
tempatan.

Pecah Tanah PPR Bukit
Nanas, Kuala Nerus,
Terengganu

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak (Perdana Menteri Malaysia) telah
menyempurnakan Majlis Pecah Tanah
PPR Bukit Nanas, Tepoh, Kuala Nerus
pada 15 April 2017.

PPR Bukit Nanas yang akan dibina
dengan kos pembangunan sebanyak
RM83.475 juta ini akan menyediakan
500 unit rumah pangsa lima tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan surau,
taska, tadika, taman permainan, kedai serta dewan orang ramai. PPR ini dibina di
atas tapak seluas 17.4 ekar dan dijangka siap pada awal tahun 2020.

Penyerahan Kunci PPR
Tehel, Melaka

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak (Perdana Menteri Malaysia) telah
menyempurnakan Majlis Penyerahan
Kunci PPR Tehel, Melaka pada 21 April
2017.

PPR Tehel ini dibangunkan dengan
kos sebanyak RM80 juta di atas tapak
seluas 10 ekar dan telah disiapkan pada
29 Julai 2016. PPR ini mempunyai 500
unit rumah pangsa yang dilengkapi dengan kemudahan surau, dewan serbaguna,
tadika, kedai, gerai, gelanggang futsal, gelanggang takraw dan taman permainan.

310 MALAYSIA

2017

JABATAN DAN AGENSI RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

PLAN Malaysia (Jabatan Perancangan Bandar Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Aras 23 dan 24, No. 51, Persiaran Perdana,
dan Desa) Presint 4, 62100 Putrajaya.
Jalan Cenderasari, 50646, Kuala Lumpur. No. Telefon : 03-8891 4501
No. Telefon : 03-2265 0600 No. Faks : 03-8891 3190
No. Faks : 03-2265 0601 Laman Web : jpspn.kpkt.gov.my
Laman Web : www.townplan.gov.my

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya. Pembersihan Awam (SWCorp)
No. Telefon : 03-8892 7600 Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone Jalan
No. Faks : 03-8888 0025 Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Laman Web : www.bomba.gov.my No. Telefon : 03-8312 4000
No. Faks : 03-8312 4003
Laman Web : www.swcorp.gov.my

Jabatan Kerajaan Tempatan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata
Aras 25 - 29, No. 51, Persiaran Perdana, Presint (TPPS)
4, 62100 Putrajaya. Aras 3 dan 4, No. 51, Persiaran Perdana,
No. Telefon : 03-8891 3001 Presint 4, 62100 Putrajaya.
No. Faks : 03-8891 3090 No. Telefon : 03-8891 4778
Laman Web : jkt.kpkt.gov.my No. Faks : 03-8891 3087

Jabatan Perumahan Negara Institut Latihan Kesejahteraan Bandar,
Aras 30-38, No. 51, Persiaran Perdana, Presint
4, 62100 Putrajaya. Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No. Telefon : 03-8891 4001 KM 48, Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya
No. Faks : 03-8891 4088. Karak, Berjaya Hills, 28750 Bukit Tinggi,
Laman Web : ehome.kpkt.gov.my Pahang.
No. Telefon : 09-222 9000 / 9001.
Jabatan Landskap Negara No. Faks : 09 – 222 9014
Permata IGB Jalan Kampar, Laman Web : ikpkt.kpkt.gov.my
Lumpur.
No. Telefon : 03 – 4047 0000 50400 Kuala
No. Faks : 03-4045 2415
Laman Web : jln.kpkt.gov.my

MALAYSIA 311

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
MALAYSIA

YB Brig Jen Khairy

bin Jamaluddin
Menteri

YB Datuk Seri
Saravanan a/l

Murugan
Timbalan Menteri

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Menara KBS,

No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,

62570 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8871 3333 / 3000

No. Faks : 03-8888 8770

Laman Web : www. kbs.gov.my

312 MALAYSIA

2017

PENGENALAN RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun
1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat yang bertanggungjawab mengenai belia. Pada tahun 1964, Bahagian
Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Ekoran
daripada perkembangan pesat dalam kegiatan belia secara berpersatuan,
Bahagian Belia dan Bahagian Sukan telah ditubuhkan di bawah kementerian ini
bertujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut. Kementerian
Belia dan Sukan diwujudkan pada 15 Mei 1964, bersempena Hari Belia Negara.
Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan nama Kementerian
Belia dan Sukan telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Portfolio ini kekal sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah
dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan itu, nama Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan
Sukan (KBS) hingga sekarang. KBS telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar
kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan belia dan sukan.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

MyCorps : Misi Kesukarelawanan Dan Kemanusiaan Belia
Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

MyCorps @ Timur Tengah merupakan misi MyCorps yang keempat selepas misi
percubaan (pilot project) pada tahun 2015, Misi I Kemboja dan Misi II Kemboja
pada tahun 2016. Program kesukarelawanan antarabangsa ini merupakan inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan
Negara untuk merealisasikan usaha kerajaan membangunkan nilai positif dalam
kalangan belia Malaysia melalui platform kesukarelawanan dan kemanusiaan.

Misi MyCorps @ Timur Tengah telah dilaksanakan bermula pada 4 Disember 2016
dan berakhir pada 3 Februari 2017. Seramai 44 belia telah terpilih untuk misi kali
ini yang mana 21 sukarelawan ditempatkan di Lubnan, 12 orang di Jordan dan 11
orang di Turkey. Kesemua mereka terdiri dari pelbagai kaum serta mempunyai
latar belakang pendidikan yang berbeza. Para sukarelawan ditempatkan bersama
komuniti setempat serta pelarian Syria yang memerlukan bantuan sokongan sosial
dalam konteks pembangunan komuniti, sosial dan ekonomi selama dua bulan.

Bagi pelaksanaan misi tersebut, KBS telah berkerjasama dengan dua NGO
tempatan iaitu Malaysia Aid & Humanitarian Relief (MAHAR) serta Malaysia Life
Line for Syria (MLLFS). Peluang ini juga telah memberi pengalaman yang berharga
kepada peserta MyCorps untuk bekerjasama dengan NGO-NGO antarabangsa
seperti Union of Relief and Development Association (URDA), Ghirass for Society
Development (GHIRASS), Awareness and Consolation Association (ACA), Jordan
Heshimete Charity Organisation (JHCO), Namaa Society, Bina Insan Dernegi
(BONYAN), Namaa Society For Community Development (NAMAA) dan Sama Al-
Badeya (SAMA) yang bertindak sebagai rakan pelaksana di lapangan.

MALAYSIA 313

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Sukarelawan yang terpilih telah melalui latihan pra-penempatan di Pusat Belia
Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur selama sebulan sebelum berlepas ke negara
penempatan masing-masing. Latihan ini telah dilaksanakan dengan modul-modul
latihan yang komprehensif dan bersesuaian bagi memastikan mereka benar-benar
bersedia untuk menyumbang, melaksanakan peranan yang diamanahkan serta
menghadapi cabaran semasa yang ada di negara-negara terbabit. Modul latihan
turut memberi penekanan di dalam aspek kepimpinan, kerjasama berpasukan,
motivasi, bantuan kecemasan serta sejarah dan budaya negara-negara Timur
Tengah.

Selama dua bulan di lapangan para sukarelawan telah menjalankan 57 projek
di ketiga-tiga negara antaranya membina perpustakaan, pusat pembelajaran IT
dan makmal komputer, gelanggang futsal, pusat pendidikan awal kanak-kanak
serta pusat rehabilitasi bagi mangsa peperangan. Kesemua projek ini dibiayai
dengan dana permulaan dari KBS serta kutipan derma hasil inisiatif dari para
sukarelawan sendiri yang berjumlah hampir RM200,000.00

Sepanjang pelaksanaan program MyCorps yang bermula sejak 2015, KBS telah
berjaya melahirkan ramai pemimpin sukarelawan belia yang terus bergiat aktif di
dalam bidang kesukarelawanan dan kemanusiaan. Selaras dengan hasrat YB Brig
Jen Khairy Jamaluddin semasa ucapan pada Masjlis Penutup MyCorps @ Timur
Tengah, Persatuan Alumni MyCorps telah berjaya ditubuhkan pada Februari 2017
yang lepas.

Persatuan ini memainkan peranan yang penting dalam menyelaraskan tenaga
dan kepakaran para sukarelawan untuk meneruskan usaha kemanusiaan di
dalam negara pula. Adalah menjadi harapan KBS agar platform seumpama ini
dapat diteruskan sebagai salah satu usaha untuk melahirkan belia Malaysia yang
mempunyai nilai jati diri yang tinggi, prihatin dan bertanggungjawab kepada
bangsa dan negara serta mampu berdaya saing di peringkat global.

Bootcamp : Latihan
Kemahiran Dengan Jaminan
Peluang Pekerjaan

KBS telah mengambil inisiatif
memperkenalkan program BOOTCAMP
sebagai salah satu usaha memacu
perubahan seperti yang digariskan
dalam RMK-11 yang mana pelaksanaan
TVET diterajui industri bagi memastikan
pemadanan penawaran dan permintaan
pasaran pekerjaan adalah bersesuaian
serta memenuhi standard kualiti.
Program BOOTCAMP dibangunkan
dengan kerjasama majikan dalam kalangan industri yang memerlukan tenaga
kerja bagi sesuatu bidang kemahiran yang telah dikenalpasti.

Bersama-sama Prasarana Malaysia Berhad melalui Rapidbus, KBS telah
menawarkan program BOOTCAMP Kapten Bas seperti yang dipersetujui dalam
MoU yang ditandatangni pada 16 Mei 2016. Seramai 20 orang peserta telah dipilih

314 MALAYSIA

2017

bagi mengikuti program BOOTCAMP RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Kapten Bas siri 1/2016 pada 23
Mei hingga 20 Ogos 2016. Semua
peserta telah berjaya menamatkan
latihan dan telah mula bekerja
dengan penempatan di Depoh di
Stesen Asia Jaya, Maluri, Melawati,
Shah Alam dan Cheras Selatan .
Penyertaan belia dalam program
BOOTCAMP Kapten Bas Siri Kedua
telah meningkat kepada 41 orang
peserta dan telah dilaksanakan pada
15 Ogos 2016 hingga 12 November
2016 dan kini telah bekerja dengan
syarikat RapidBus berkenaan.

DRB-Hicom dan dua anak syarikatnya iaitu POS Aviation dan Composite Technology
Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) juga telah menandatangani MoU dengan
KBS pada 24 Mei 2016 untuk memberikan komitmen untuk bekerjasama dalam
membangunkan belia serta menawarkan pekerjaan kepada anak muda Malaysia.
POS Aviation telah berminat untuk melaksanakan program BOOTCAMP bersama
KBS bagi jawatan Passenger Service Officer (PSO) dan Ramp Service Assistant (RSA)
yang mempunyai kadar turn-over yang sangat tinggi dan memberi kesan kepada
produktiviti syarikat.

Siri pertama program telah berjaya dilaksanakan pada 1 April hingga 30 Jun 2016
bertempat di KLIA, Sepang dengan penyertaan seramai 41 orang peserta (25 CSO,
16 RSA) . Pada akhir program, 39 orang peserta telah berjaya menamatkan latihan
dan 34 orang ditawarkan pekerjaan di bawah Pos Aviation dengan mendapat
penempatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Manakala siri kedua program latihan ini telah berlangsung dari 7 September
2016 hingga 2 Disember 2016. Seramai 23 orang peserta telah berjaya untuk
menamatkan latihan dengan cemerlang dan layak dianugerahkan Sijil Tamat
Latihan dan diterima bekerja oleh pihak POS Aviation.

Hari Sukan Negara (HSN)
2016

Hari Sukan Negara ialah sambutan
tahunan yang telah diisytiharkan
oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak pada setiap hari Sabtu minggu
kedua bulan Oktober setiap tahun
dan mula diperkenalkan pada tahun
2015.

Antara tujuan pelaksanaan
sambutan Hari Sukan Negara adalah
untuk menggalakkan seluruh rakyat
Malaysia mengamalkan gaya hidup

MALAYSIA 315

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN bersukan dan seterusnya memacu negara ke arah negara bersukan bersesuaian
dengan Strategi Lautan Biru Nasional.

Pada tahun 2016, Hari Sukan Negara berjaya dilaksanakan pada 8 Oktober
2016 dengan penganjuran 26,323 program dan jumlah keseluruhan penyertaan
sebanyak 7,658,899 orang. Kementerian Luar Negeri melaporkan 104 perwakilan
Malaysia di luar negara turut melaksanakan HSN 2016 dengan jumlah penyertaan
sebanyak 7,197 orang.

Sambutan telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara, melibatkan
penyertaan di peringkat Kebangsaan, Negeri, Bahagian (Sabah dan Sarawak),
Daerah, Daerah Kecil, Parlimen, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung [ JKKK / JKKK (P)] dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di seluruh
negara.

Aktiviti dan pengisian Hari Sukan Negara tidak tertumpu kepada sesuatu kategori
sukan sahaja, malah terbuka kepada semua aktiviti termasuk sukan tradisional,
sukaneka dan sukan rakyat. Oleh yang demikian, sebarang aktiviti sukan yang
dilakukan pada Hari tersebut dikira sebagai pengisian Hari Sukan Negara.

Pasukan Robotik Iktbn
Sepang Cemerlang Dalam
International Robot
Pride 2016

Pasukan Robotik IKTBN Sepang
menjadi kebanggaan negara,
khususnya kepada Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) apabila berjaya
memenangi dua pingat emas dan satu
anugerah khas IEEE-RAS Excellance
Award 2016 semasa pertandingan
International Robot PRIDE 2016 di
Universiti Hosei, Tokyo Jepun pada
17 hingga 18 Disember 2016. Pingat
emas yang diperolehi adalah dari
kategori  pertandingan Robot Dance dan kategori Universiti/Kolej. PRIDE adalah
platform terbaik belia untuk mendalami, menguasai dan merealisasikan idea dan
rekabentuk inovatif dalam lingkungan skop robotik, sensor, automasi dan sistem
pengaturcaraan. Pertandingan ini memberi fokus kepada peringkat asas dan
penggunaan kejuruteraan kreatif dan teknologi komputer terhadap penciptaan
robot sebagai produk komersial. Selain Malaysia, pertandingan ini turut disertai 36
pasukan dari pelbagai negara termasuk Jepun, Australia, India dan lain-lain negara
yang mempunyai kemajuan teknologi yang lebih tinggi. Pendedahan dan pengalaman
berkait bidang robotik kepada pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan
(ILKBS) dan IKTBN Sepang khasnya adalah persiapan awal dalam menyediakan
tenaga kerja mahir negara menghadapi Revolusi Industri 4.0.

316 MALAYSIA

2017

Program Atlet Senior RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

Melalui Transformasi Sukan Negara 2015, struktur pembangunan sukan negara
telah diberikan pendekatan yang baharu dengan memberi lebih banyak tumpuan
kepada pengkhususan tugas oleh agensi utama di bawah Kementerian Belia dan
Sukan iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Pihak MSN telah diberi tugas untuk menerajui pembangunan sukan daripada
peringkat daerah hingga ke peringkat kebangsaan yang melibatkan atlet bakat,
pelapis dan senior. Program “Kita Juara” juga telah dibentuk bagi memastikan
persiapan negara menghadapi Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dibuat
lebih awal dan hasrat negara untuk menjuarai temasya edisi ke-29 ini tercapai.

Pihak ISN pula telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan pelaksanaan
program Podium bagi persiapan atlet negara menghadapi Temasya Sukan Asia
dan Komanwel 2018 nanti di samping memperkukuhkan perkhidmatan sains dan
perubatan sukan di pelbagai peringkat.

Program Kita Juara

Satu program latihan jangka pendek
telah dirangka sebagai persiapan
kontinjen negara bagi menghadapi
temasya Sukan SEA 2017 di Kuala
Lumpur. Dengan sasaran untuk
menjadi juara keseluruhan, beberapa
pendekatan serta perubahan yang
baharu telah dirangka di samping
memperkasakan peranan Persatuan
Sukan Kebangsaan. Majlis pelancaran
program ini telah disempurnakan oleh
YB Menteri Belia dan Sukan pada 7
September 2015 dan turut dilancarkan
adalah nama program tersebut iaitu
‘Kita Juara 2017’.

Sebanyak tiga fasa latihan telah
ditetapkan di bawah program ini di
mana fasa I telah bermula pada bulan
September 2015 hingga September
2016. Fasa II pula bermula pada
bulan Oktober 2016 hingga Mac 2017
dan fasa III pada bulan April hingga
Ogos 2017. Intensiti program latihan
bagi setiap fasa latihan ini adalah
berbeza mengikut sasaran yang telah
ditetapkan. Sebanyak 38 jenis sukan
sedang menjalani latihan secara
sepenuh masa di bawah program ini.

MALAYSIA 317

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Kejuaraan Cub Prix

Kejuaraan Cub Prix (Cub Prix) merupakan siri perlumbaan motosikal peringkat
kebangsaan dan terulung negara sejak pertama kali diadakan pada tahun 1994.
Kejohanan ini telah mendapat pengiktirafan oleh Automobile Association of
Malaysia (AAM). Kejuaraan CUB Prix hanya mempertandingkan acara motosikal
kategori kapcai sahaja.

Antara objektif program ini adalah untuk membendung gejala “Mat Rempit” dan
lumba haram dalam kalangan belia di samping menyediakan platform kepada
peminat sukan bermotor dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih terjamin dan
mengurangkan risiko kecederaan.

Kejuaraan ini dilaksanakan di negeri-negeri yang telah ditetapkan oleh penganjur,
dan dilaksanakan sepanjang tahun melalui format sirkit. Antara kategori yang
dipertandingkan mengikut umur adalah seperti Kategori CP 130 - (13 - 45 tahun),
Kategori CP 150 - (13 - 45 tahun), Kategori WIRA - (13 - 17 tahun), Kategori Honda
Wave Alpha Challenge - (13 - 17 tahun) dan Kategori Yamaha 135 Super Series
Petronas - (13 - 17 tahun). Kategori Wira adalah kategori yang telah menarik
penyertaan yang paling ramai berbanding dengan kategori yang lain.

Penglibatan KBS melalui kategori Wira KBS ini mampu mencungkil lebih ramai
bakat-bakat sukan permotoran negara di samping dapat menjadi platform untuk
remaja menonjolkan bakat mereka di tempat yang betul dan selamat, bukan
dengan berlumba haram atau aktiviti tidak sihat yang lain.

318 MALAYSIA

2017

JABATAN DAN AGENSI RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

Jabatan Belia dan Sukan Negara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia
Aras 2, Menara KBS No. 27 Persiaran Malaysia (IPPBM)
Perdana,Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana,
Persekutuan, 62570 Putrajaya. Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan
No. Telefon : 03-8871 3333 Persekutuan, 62750 Putrajaya.
No. Faks : 03-8888 8723 No. Telefon : 03 – 8871 3705
Laman Web : www.jbsn.gov.my No. Faks : 03 – 8871 3342
Laman Web : www.ippbm.gov.my

Majlis Sukan Negara Pejabat Pesuruhjaya Sukan
Malaysia Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil Sri Lot G-R-1 Enterprise 4 Technology Park Malaysia
Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Bukit Jalil, 57000 Wilayah Persekutuan Kuala
No. Telefon : 03 – 8992 9600 Lumpur.
No. Faks : 03 – 8996 7708 No. Telefon : 03-8994 4800/01
Laman Web : www.nsc.gov.my No. Faks : 03-8994 4810.
Laman Web : www.pps.kbs.gov.my
Institut Sukan Negara
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Sri Petaling, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
57000 Kuala Lumpur. Unit 9 - 16, Tingkat 1,Bangunan 3C4 Menara Prisma,
No. Telefon : 03 – 8992 9600 Persiaran Perdana,Presint 3, Pusat Pentadbiran
No. Faks : 03 – 8996 8748 Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya.
Laman Web : www.isn.gov.my No. Telefon : 03-88810842/1284/1933
No. Faks : 03-88810058
Perbadanan Stadium Malaysia Laman Web : www.roy.kbs.gov.my
Aras 1, Stadium Nasional Kompleks Sukan
Negara Bukit Jalil, Sri Petaling, 57700 Kuala
Lumpur. Pejabat Agensi Anti Doping Malaysia
No. Telefon : 03 – 8992 0888 Aras 7, Menara KBS, Kementerian Belia dan
No. Faks : 03 – 8994 466 Sukan, No.27, Persiaran Perdana, Presint 4,
Laman Web : www.stadium.gov.my Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.
Pusat Belia Antarabangsa No. Telefon : 03-88713569
Jalan Yaacob Latif Bandar Tun Razak, Cheras No. Faks : 03-88810058
56000 Kuala Lumpur. Laman Web : mpbn.kbs.gov.my
No. Telefon : 03 – 9171 9204/05/07
No. Faks : 03 – 9172 3599
Laman Web : www.iyckul.org.my

MALAYSIA 319

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT

YB Dato’ Sri Rohani

binti Abdul Karim
Menteri

YB Datuk Hajah YB Senator Datin
Azizah binti Datuk Paduka Chew Mei
Seri Panglima Haji
Fun
Mohd. Dun Timbalan Menteri II
Timbalan Menteri I

Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat

No. 55, Persiaran Perdana Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62100 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8000 8000

No. Faks : 03-8323 2000

Laman Web : www.kpwkm.gov.my

320 MALAYSIA

2017

PENGENALAN RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada awal
penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan
oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian
kemudiannya telah diperluas dan ditukar namanya kepada Kementerian
Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001.
Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah
manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia
Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam
dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000 iaitu:
 
“Pewujudan sebuah kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen
kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini”
 
Selaras dengan penubuhan KPWK, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah
diletakkan di bawah kementerian ini. HAWA kemudiannya distruktur
semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
 
Pada 27 Mac 2004, fungsi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat telah dibubarkan dan telah dipindahkan ke KPWK. Sehubungan itu,
KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat (KPWKM).

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

2nd CBR World Congress 2016

2nd CBR World Congress 2016 telah diadakan pada 27 hingga 30 September 2016
di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh kira-kira
1,000 orang peserta tempatan dan antarabangsa. Seramai 565 orang adalah
peserta tempatan yang terdiri daripada pengurus dan pengerusi Jawatankuasa
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta NGO.

Para peserta telah dibawa melawat ke-11 buah pusat PDK terpilih di sekitar Kuala
Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka untuk melihat keistimewaan
dan keunikan PDK di Malaysia. Kongres ini telah dirasmikan oleh Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
pada 27 September 2016.

Terdapat beberapa tema yang telah diguna pakai untuk menjayakan kongres
ini. Antara tema yang dibawa oleh kongres ini ialah Empowering & Enabling yang
menggalakkan pengupayaan bukan sahaja kepada OKU malah kepada keluarga
dan masyarakat supaya OKU dapat menjadi sebahagian daripada anggota
masyarakat yang sangat penting dan tidak terpinggir dalam agenda pembangunan
negara. Ini adalah selaras dengan prinsip inklusiviti sepertimana ia terkandung
dalam RMKe-11.

MALAYSIA 321

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Majlis Pelancaran Pelan
Tindakan Orang Kurang
Upaya (OKU) 2016-2022

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah
mengadakan “Program Roadshow
Pelan Tindakan OKU 2016-2022”
Peringkat Zon Timur bertempat
di Taman Sinar Harapan Kuala
Terengganu, Bukit Besar, Kuala
Terengganu pada 10 Oktober 2016.
Objektif program ini adalah untuk
mempromosi dan menyampaikan
maklumat kepada badan-badan
kerajaan, pihak swasta, badan
bukan kerajaan serta masyarakat
berkenaan Pelan Tindakan OKU 2016 – 2022. Antara pengisian program ini adalah
ceramah Disability Equality Training, Taklimat pendaftaran OKU serta Sesi Forum –
Pelan Tindakan OKU 2016-2022. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hajah
Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Persidangan
Deinstitutionalisation
Of Children: A Paradigm
Shift

Conference On Deinstitutionalisation
Of Children: A Paradigm Shift pada
23 dan 24 November 2016 ini telah
berlangsung di Hotel Sunway Putra
Kuala Lumpur dan dirasmikan
oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul
Karim, Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Persidangan dianjurkan secara
bersama oleh KPWKM dan Yayasan
OrphanCARE, sebuah NGO yang aktif
dalam melaksanakan Pemeliharaan Berasaskan Keluarga di Malaysia. Seminar
ini bertujuan untuk menyebar luas maklumat mengenai pelaksanaan konsep
Pemeliharaan Berasaskan Keluarga di Malaysia serta untuk memahami fungsi
agensi kerajaan dan NGO bersama-sama ahli masyarakat dalam melaksanakan
PBK ini.

Hari Wanita Kebangsaan 2016

”Sepadu Usaha – Tiada Wanita Ketinggalan” diumumkan sebagai tema
sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 25 Ogos 2017.

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, YB
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu merupakan platform bagi memberi
pengiktirafan atas sumbangan wanita dalam pembangunan dan kemajuan
negara. Tema pada tahun ini adalah bertepatan dengan komitmen Malaysia

322 MALAYSIA

2017

untuk terus memperkasa wanita ke RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
arah kesaksamaan gender. Tema
pada tahun ini membawa mesej
jelas bagi memastikan setiap wanita
mencapai potensi yang paling
optimum, kerjasama dan usaha
secara bersama oleh semua pihak
adalah agenda yang paling utama.

Dengan adanya sambutan Hari
Wanita Kebangsaan ini akan dapat
memberi manfaat kepada wanita
secara khususnya dan menjadi satu
platform untuk mengintegrasikan
wanita dalam pelbagai aspek
untuk meluahkan pandangan dan
isu dalam agenda pembangunan
negara.

Hari Terbuka Kebajikan 2016

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menganjurkan Hari Terbuka Kebajikan dari 17
hingga 20 November 2016 di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP)
Bangi.

Hari terbuka itu diadakan bagi meraikan golongan sasar seperti kanak-kanak,
warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan sukarelawan. Sambutan
itu bersempena ulang tahun ke-70 JKM melibatkan kumpulan sasar diadakan di
peringkat kebangsaan, iaitu Hari Warga Emas disambut 1 Oktober setiap tahun,
Hari Kanak-Kanak Sedunia pada mana-mana Sabtu dalam bulan Oktober, Hari
OKU pada 3 Disember dan Hari Sukarelawan pada 5 Disember.

Sambutan itu turut menggalakkan hubungan antara generasi dalam melahirkan
masyarakat penyayang dan pengintegrasian peranan pelbagai sektor bagi
mempromosi kesejahteraan kanak-kanak, warga emas, OKU serta sukarelawan.

Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2016

Majlis pelancaran sambutan “Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia”, telah
diadakan di Kuching, Sarawak pada 7 November 2016. Majlis yang dirasmikan
oleh Puan Sri Jamilah Anu, isteri Ketua Menteri Sarawak itu

Beliau berucap pada majlis pelancaran, supaya KPWKM dan Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalankan gerak kerja yang lebih
agresif bagi memastikan institusi keluarga dapat diperkukuh.

Selain itu, program pendidikan kekeluargaan dan pemantapan perkahwinan
yang dilaksanakan agensi seperti LPPKN, badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar
perunding perlu diperhebat bagi memantapkan lagi institusi keluarga di negara
ini. Di samping itu, beliau turut menyeru NGO serta swasta bekerjasama melalui
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memastikan keadaan itu dapat
diperbaiki.

MALAYSIA 323

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Sambutan Hari Datuk dan Nenek buat kali pertama

Hari Datuk dan Nenek di Malaysia diisytiharkan jatuh pada Ahad pertama bulan
Oktober setiap tahun, bermula tahun 2016. Sambutan yang diadakan pada 4
Oktober 2016 itu diilhamkan bersama oleh pihak kementerian dan Persatuan
Kebajikan Usiamas Malaysia (Usiamas) itu akan menjadi acara tahunan yang bakal
disambut pada setiap Ahad minggu pertama dalam bulan Oktober.

Sasaran 30 Peratus
Wanita Pegang Jawatan
Penggubal Dasar Tahun
2016

Program Pengarah Wanita yang
diperkenalkan pada 2012 berjaya
melatih 960 wanita dalam pelbagai
bidang, kata Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB
Dato’ Sri Rohani Abdul Karim. Beliau
berkata mereka yang terlatih berusia
30 tahun ke atas kini bersedia untuk
ditempatkan di mana-mana syarikat
awam dan swasta bagi mengisi
jawatan penggubal dasar.

Pengisian jawatan itu di sektor swasta masih dalam lingkungan 16 hingga 17
peratus. Program Pengarah Wanita sangat membantu bagi mengisi jawatan
tersebut.
Sejumlah 79 daripada 930 syarikat senaraian awam mencapai kadar 30 peratus
jumlah wanita sebagai anggota lembaga pengarah sehingga September tahun
2016.

Perkembangan itu menunjukkan petanda positif dan berada di landasan yang
betul bagi mencapai bahagian Malaysia melalui ‘Kelab 30 Peratus’ yang dilancarkan
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tahun 2015. Kelab
berkenaan bertujuan untuk membantu negara mencapai sasaran meningkatkan
tiga kali ganda peratusan jumlah wanita sebagai anggota lembaga pengarah
sesebuah syarikat kepada 30 peratus menjelang tahun ini.

Di Korea Selatan dan Jepun, wanita yang mungkin lebih awal berhenti kerja akan
bekerja semula namun di Malaysia mereka yang berbuat demikian tidak akan
kembali bekerja. KPWKM akan berusaha menggalakkan wanita untuk menyertai
pasaran tenaga kerja memandangkan matlamatnya telah ditingkatkan kepada 59
peratus dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016 hingga 2020).

324 MALAYSIA

2017

Hari Wanita RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Antarabangsa 2017

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa
2017 bertemakan “Berani untuk
Berubah” diadakan pada 8 Mac
2017 di perkarangan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat dengan pelbagai
acara bagi memberi pengiktirafan
terhadap peranan serta sumbangan
wanita dalam pembangunan negara.

Kemeriahan sambutan bermula
sejak jam 7 pagi lagi apabila ratusan
wanita berkumpul bagi menyertai
acara senamrobik, konvoi berbasikal dan bermotor yang berlepas pada jam 9.45
pagi. Konvoi berbasikal dan bermotosikal yang disertai kira-kira 300 wanita itu
akan berhenti di beberapa kementerian lain bagi mempromosikan produk Jabatan
Pembangunan Wanita (JPW) dan perkhidmatan JPW kepada masyarakat.

Majlis sambutan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun. Pada majlis sama,
turut diadakan sesi perkongsian ilmu bertajuk International Womens Summit oleh
duta, International Women’s Federation of Commerce and Industry Malaysia
(IWFCIM), selain perbincangan isu sama bertajuk Gender Mainstreaming oleh
wakil Nasional Council of Women’s Organisations (NCWC) Malaysia.

MALAYSIA 325

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN JABATAN DAN AGENSI

Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota

Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana, Presint Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - Nam

4, 62100 Putrajaya. Institute For The Empowerment Of Women

No. Telefon : 03-8000 8000 Malaysia (NIEW)

No. Faks : 03-8323 2045 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

Laman Web : www.jkm.gov.my dan Masyarakat

Aras 28, No. 55, Persiaran Perdana,Presint 4,

62100 Putrajaya.

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) No. Telefon : 03-8323 1109

Aras 23-25, No. 55, Persiaran Perdana, Presint No. Faks : 03-8323 2120

4, 62100 Putrajaya. Laman Web : www.niew.gov.my

No. Telefon : 03 – 8323 1000

Laman Web : www.jpw.gov.my

Institut Sosial Malaysia (ISM)

Lot PT 13856, Km 6 Lebuhraya Kuala Lumpur -

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Seremban, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.

Keluarga Negara (LPPKN) No. Telefon : 03-7985 3333

No. 12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, No. Faks : 03-7985 3300

50350 Kuala Lumpur. Laman Web : www.ism.gov.my

No. Telefon : 03-2613 7555

No. Faks : 03-2693 7250

Laman Web : www.lppkn.gov.my Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

Aras 8, Menara KPWKM, Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat,   No. 55 Persiaran Perdana,

Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8323 2451

No. Faks : 03-8323 2062

Laman Web : www.yknm.org

326 MALAYSIA

2017

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
DAN WILAYAH

YB Dato’ Sri Ismail

Sabri bin Yaakob
Menteri

YB Datuk Alexander YB Datuk Hj Ahmad

Nanta Linggi Jazlan bin Hj Yaakub
Timbalan Menteri I Timbalan Menteri II

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
No. 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.
No. Telefon : 03 8891 2000
Laman Web : www.rurallink.gov.my

MALAYSIA 327

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN PENGENALAN

Aspirasi Transformasi “Membandarkan Luar Bandar” adalah cetusan YB Dato’ Sri
Ismail Sabri bin Yaakob selepas menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah pada Julai 2015. Secara definisinya, Membandarkan Luar Bandar
membawa maksud menjadikan kawasan luar bandar yang kondusif dengan
pelbagai aksesibiliti dan kemudahan seperti yang dinikmati oleh penduduk di
bandar.

Ini termasuklah memajukan luar bandar melangkaui penyediaan infrastruktur
serta perubahan sikap dan mindset, peningkatan ilmu dan kemahiran seterusnya
dapat menjana pendapatan lebih tinggi melalui penglibatan pihak swasta, aktiviti
ekonomi, keusahawanan dan mencipta peluang pekerjaan.

Di samping itu, peningkatan kemudahan sosial dilaksanakan tanpa menjejaskan
persekitaran desa dan masyarakat yang masih berpegang teguh kepada
kepercayaan agama dan kaya dengan budaya serta nilai-nilai murni bagi
menggalakkan generasi muda untuk terus tinggal dan membina masa hadapan
di luar bandar.

#transformasiluarbandar
#membandarkanluarbandar

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
telah merasmikan Karnival Program Peningkatan Pendapatan (PPP) pada 15
Mei 2016 bertempat di Laman Kerayong, Bera, Pahang dengan menyampaikan
Mobilepreneur kepada peserta-peserta program PPP.

Sebanyak RM5 juta diperuntukkan pada tahun 2016 yang memberi manfaat
kepada 500 usahawan di seluruh negara. Manakala pada tahun 2017,
melalui Pembentangan Bajet 2017, sebanyak RM30 juta diperuntukkan yang
mensasarkan 3,000 peserta akan menerima manfaat daripada program ini.
Program Mobilepreneur yang berkonsepkan perkhidmatan bergerak di luar
bandar ini telah dilancarkan pada bulan Mei 2016 oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri
bin Yaakob. Pemberian pakej meliputi motosikal lengkap bersama rear-box (kotak
peralatan) dan latihan keusahawanan serta melibatkan 13 bidang perkhidmatan
yang berpotensi iaitu automotif, penyaman udara, elektrikal, baiki motosikal,
senggaraan bangunan, senggaraan paip, kimpalan, jahitan, fotografi, komputer,
elektronik industri, spa dan kecantikan serta gunting dan dandanan rambut.
Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan www.rurallink.gov.my.

328 MALAYSIA

2017

Majlis Penyerahan Mobilepreneur Peringkat Negeri-NEGERI RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

9 September 2016 : Giatmara, Indera Mahkota, Pahang.

15 Disember 2016 : Dewan Japerun, Sungai Udang, Melaka.

17 Januari 2017 : Dewan Perbandaran Produktiviti Malaysia (Mpc), Johor Bahru, Johor.

MALAYSIA 329

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Sambutan Perdana 50 Tahun MARA

Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah
disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak di Menara MARA, Kuala Lumpur pada 4 April 2016. Perdana Menteri
dalam majlis itu mengumumkan lima langkah persediaan untuk mengukuhkan
lagi MARA bagi menghadapi cabaran untuk 50 tahun akan datang iaitu:

»» Anak syarikat MARA akan distrukturkan semula dan diletakkan di bawah
satu syarikat dikenali sebagai MARA Corporation dengan modal berbayar
RM1.4 bilion. Ia dilaksanakan bagi membolehkan pengurusan dan
tadbir urus anak syarikat MARA lebih teratur dan kemas.

»» Penubuhan Rural Capital Berhad syarikat yang memberi khidmat
pembiayaan kewangan dan bantuan serta nasihat keusahawanan kepada
usahawan Melayu dan Bumiputera.

»» Penubuhan UniMARA yang menawarkan kursus bukan berasaskan teknikal
dan vokasional (TVET).

»» Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan diubah kepada Yayasan MARA
bagi membolehkan yayasan itu meluaskan bantuannya dan tidak hanya
tertumpu kepada pelajaran saja. Dana sebanyak RM800 juta diberikan
dan Yayasan MARA boleh menghulurkan bantuan kebajikan lain seperti
bantuan bencana alam.

»» Jalan Semarang antara Kompleks Pertama dan Medan MARA ditukar
kepada Jalan MARA sebagai simbol kewujudan 50 tahun MARA yang banyak
menyumbang kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri
Ismail Sabri Yaakob, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mansur,
Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri, pegawai-pegawai tertinggi KKLW dan
MARA, serta warga MARA.

330 MALAYSIA

2017

Karnival Peningkatan RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

Pendapatan (PPP) 2016 Dan

Penyerahan Mobilepreneur

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin

Yaakob telah merasmikan Karnival

Program Peningkatan Pendapatan (PPP)

di Laman Kerayong, Bera, Pahang pada

15 Mei 2016 dengan menyampaikan

Mobilepreneur kepada peserta-peserta

program PPP.

Program Tuisyen Rakyat@KKLW

Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat@KKLW pada 1 Jun 2016 telah
disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah di Dewan Jubli, Kuala Kangsar, Perak. Kementerian
telah mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan tahap pencapaian akademik
di kalangan pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah B40
(bawah RM3,500) di luar bandar melalui Program Tuisyen Rakyat@KKLW.

Program yang memfokuskan calon-calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini memberi tumpuan kepada
mata pelajaran teras melalui kelas bimbingan tambahan percuma yang
dilaksanakan melalui kerjasama agensi-agensi pelaksana di bawah Kementerian
seperti Yayasan Pelajaran MARA (YPM), RISDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH,
KEJORA, KEDA dan JAKOA.

Pelaksanaan Tuisyen Rakyat @KKLW yang bermula pada tahun 2016 adalah
berkonsepkan Community Social Responsibility (CSR) oleh agensi pelaksana iaitu
dengan menggunakan peruntukan dalaman jabatan atau agensi masing-masing.

Perincian Pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat@KKLW
Tahun 2016

SASARAN PENCAPAIAN

TAHUN PERUNTUKAN BIL. BIL. BIL. BIL.
PUSAT PELAJAR PUSAT PELAJAR

2016 6,577,150.00 400 30,000 438 22,068

MALAYSIA 331

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Transformasi Tabika KEMAS

Pelancaran Transformasi TABIKA KEMAS pada 22 Ogos 2016 oleh YB Dato’ Sri Ismail
Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah diadakan di
Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan. Transformasi TABIKA KEMAS
melibatkan penambahbaikan silibus pembelajaran Kurikulum Standard Pra
Sekolah Kebangsaan (KSPK) bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-
kanak serta menaik taraf prasarana premis TABIKA KEMAS bagi meningkatkan
kualiti dan keselamatan persekitaran pembelajaran.

KEMAS bertujuan menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama ibu bapa dalam
melahirkan modal insan berkualiti. Terdapat tiga modul baru yang diperkenalkan
dalam Transformasi ini iaitu:

• Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI)

Modul Program Pendidikan Islam (PPI) merupakan inisiatif semua pihak
termasuk ibu bapa yang mahu melihat anak mereka mengetahui mengenai
perkara asas Pendidikan Agama Islam. Program ini telah dimulakan dengan
projek rintis pada bulan April 2015 dengan melibatkan seramai 999 orang
Pemaju Masyarakat (PM) TABIKA KEMAS. Pada tahun 2016, jumlahnya terus
bertambah kepada 6,000 orang PM TABIKA KEMAS. Bermula tahun 2017
dijangka semua Kelas TABIKA KEMAS akan melaksanakan PPI ini.

• Pemupukan Semangat Patriotik

Modul Patriotik ini bertujuan untuk menyemai rasa cinta, hormat dan
penghargaan kanak-kanak kepada pemimpin serta Negara. Semangat ini perlu
disemai bermula usia empat tahun hingga enam tahun bagi mengelakkan
mereka terpengaruh dengan perkara negatif apabila dewasa kelak. Modul
ini akan membantu membentuk keyakinan diri kanak-kanak seterusnya
melahirkan pewaris bangsa yang mempunyai semangat cintakan Agama,
Bangsa dan Negara.

• Modul Keyakinan Diri

Sejajar dengan aspirasi pendidikan ke arah pembelajaran abad ke-21 untuk
melahirkan modal insan yang berdaya saing di peringkat negara dan global,
pihak KEMAS telah merangka Modul Keyakinan Diri Kanak-kanak TABIKA
KEMAS ke arah melahirkan kanak-kanak yang CERIA, CERDAS dan CERDIK.
Modul ini disepadukan berasaskan enam tunjang yang digariskan dalam
kurikulum Standard Pendidikan Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) serta enam
aspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

332 MALAYSIA

2017

Program Moh Ngeteh RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Hari Kebangsaan@KKLW

Program Moh Ngeteh Hari
Kebangsaan@KKLW pada 29
Ogos 2016 adalah program
kemuncak sempena Sambutan
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
di Kementerian. Program ini
adalah usaha berterusan pihak
Kementerian dalam memupuk
semangat nasionalisme dalam
kalangan warganya. Ianya telah
diadakan serentak seluruh negara
melibatkan 150 lokasi melalui Jabatan dan Agensi KKLW seperti KESEDAR, KEDA,
KETENGAH, INFRA, KEMAS, MARA, RISDA, KEJORA, FELCRA, JAKOA dan Pusat-pusat
Transformasi Luar Bandar (RTC).

Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Pengkalan Chepa, Kelantan.

Penganjuran ini adalah merupakan salah satu inisiatif Kementerian dalam
memupuk rasa cinta kepada Negara. Ia juga bertujuan untuk membentuk
semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sebagai bangsa
Malaysia yang berdaulat.

HALFEST 2016

HALFEST 2016 yang berlangsung
pada 31 Ogos hingga 4 September
2016 di Pusat Pameran Mines
(MIECC), Seri Kembangan, Selangor
telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri
Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

HALFEST 2016 merupakan salah satu
program pemasaran di bawah KKLW
untuk memperkenalkan potensi
industri halal kepada usahawan luar
bandar di samping menggalakkan usahawan untuk mendapatkan pensijilan halal
JAKIM. Selain itu, ianya juga merupakan platform bagi memartabatkan produk
dan perkhidmatan usahawan-usahawan luar bandar melalui perluasan kepada
akses pasaran serta peningkatan aktiviti pemasaran. Dalam usaha memberi
pendedahan, HALFEST turut menerima penyertaan daripada usahawan kecil yang
masih belum mendapat pendedahan terhadap pensijilan halal dengan syarat-
syarat tertentu.

Seramai 150 usahawan luar bandar di bawah KKLW terlibat dalam HALFEST 2016.
HALFEST merupakan wadah penghubung antara pengusaha, pemborong dan
peruncit yang berkesan dan mampu menjadi platform perniagaan halal untuk
memperagakan, mempromosikan dan mengembangkan produk dan rangkaian

MALAYSIA 333

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN perkhidmatan perniagaan. Permintaan terhadap produk halal sudah pasti
menawarkan peluang yang amat besar kepada usahawan tempatan bukan sahaja
di Malaysia malahan di luar negara.

Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat
Kebangsaan

Majlis Penyampaian ADS1M Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan
oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di MAEPS
Serdang, Selangor. Program Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M)
merupakan gabungan dua buah pertandingan besar peringkat luar bandar; iaitu
Anugerah Desa Cemerlang (ADC) yang menekankan penghakiman aspek-aspek
kemajuan pembangunan kampung; serta pertandingan Anugerah Desa Sejahtera
(ADS) yang menekankan penilaian terhadap ciri-ciri patriotisme dan kemerdekaan
yang dipertahankan pihak kampung.

Tujuan penggabungan kedua-dua pertandingan ini adalah  untuk mewujudkan
mekanisme pertandingan yang menyeluruh, sistematik dan konsisten bagi
mengiktiraf kecemerlangan dan pencapaian kampung berdasarkan kepelbagaian
demografi serta keunikan tersendiri; di samping mengelakkan pertindihan dan
kekeliruan masyarakat luar bandar  kerana sebahagian besar kriteria penilaian
kedua-dua pertandingan tersebut adalah hampir sama.
 
 Terdapat tiga objektif utama ADS1M iaitu:

i. Merealisasikan program transformasi luar bandar untuk melahirkan
masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan
berdisiplin kerja.

ii. Menyuburkan semangat 1Malaysia, patriotisme merdeka dan nilai-nilai murni
tradisi secara istiqamah di peringkat akar umbi yang merentas sempadan
kaum, agama, budaya serta geografi.

iii. Merangsang kelestarian desa yang maju, menarik dan menguntungkan serta
berpendapatan tinggi menjelang 2020.

 
 

RUMAH BINA NEGARA FELCRA SRI MAKMUR

Keprihatinan KKLW akan desakan hidup masyarakat luar bandar berikutan
peningkatan kos sara hidup yang tinggi telah mencetuskan pelaksanaan Skim
Penempatan Semula Kampung. Ini adalah salah satu transformasi luar bandar yang
dilaksanakan oleh KKLW melalui FELCRA Berhad sebagai agensi pelaksana dalam
menyediakan perumahan Generasi Kedua yang mencukupi dan meningkatkan

334 MALAYSIA

2017

pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera yang dikenali sebagai Rumah Bina RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Negara (Rumah BN).

Majlis Pelancaran Rumah BN, FELCRA Sri Makmur telah disempurnakan oleh YB
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di
Dataran Desaraya Sri Makmur, Pekan pada 20 November 2016.

Melalui skim ini belia-belia luar bandar yang kesempitan ekonomi mereka dan
masih tinggal bersama keluarga dapat dibantu untuk memiliki kehidupan yang
kondusif pada kadar mampu milik iaitu RM75,000 sebuah lengkap dengan
kemudahan asas dan premium.

50 TAHUN FELCRA

Majlis Sambutan 50 Tahun FELCRA
yang disempurnakan oleh YAB
Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Abdul Razak pada 20
Disember 2016 telah dihadiri lebih
7,000 orang warga FELCRA dari
segenap pelosok negara dan dif-
dif jemputan di Dewan Tun Abdul
Razak 1, Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC). Idea penubuhan
FELCRA adalah hasil cetusan YAB
Tun Abdul Razak pada tahun 1966
dan kini ia diraikan bersama penyambung legasi beliau iaitu YAB Perdana Menteri
Malaysia.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) dalam ucapannya menyatakan bahawa Kerajaan sentiasa peka dan
mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik. Justeru, pelbagai usaha
telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi meningkatkan taraf pemilikan ekuiti dan
kedudukan ekonomi orang Melayu serta Bumiputera di Negara ini.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya telah mengumumkan lima perkara utama
iaitu:
1. FELCRA Dan Keusahawanan

Tabung pusingan usahawan telah dimulakan pada tahun 2009 dengan
jumlah dana sebanyak RM6 juta, di mana, pinjaman yang ditawarkan adalah
merupakan pinjaman mudah tanpa faedah dengan had maksimum sebanyak
RM30,000.

2. FELCRA Sebagai Peneraju Utama Dalam Industri Food Security
Kerajaan berhasrat untuk memberi tanggungjawab yang lebih besar kepada
FELCRA, sebagai Peneraju Utama Dalam Industri Food Security Negara,
khususnya dalam industri pengeluaran ayam dan daging halal.

3. Program Perkongsian Sinergi Dalam Bidang Perladangan
Bermula pada awal tahun 2017, FELCRA akan merealisasikan bidang
perkongsian dengan syarikat Sime Darby Plantation Sdn Bhd, di mana, kedua-

MALAYSIA 335

2017

RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN dua pihak bakal meneroka perkongsian sinergi di bidang-bidang seperti
berikut antaranya:
• pembekalan input-input pertanian seperti benih dan anak pokok;
• perkhidmatan makmal penyelidikan dan pembangunan perladangan dan

perkhidmatan kejuruteraan kilang;
• pembekalan input-input pertanian seperti baja, racun (rumpai dan

serangga perosak) dan penjualan mikrob (mikroriza dan racun pencegah
genoderma) dan alat-alat perladangan; dan
• pembekalan dan sewa beli, alat-alat pertanian dan jentera perladangan.

4. Projek Tanaman Mangga Harum Manis
FELCRA menyediakan dana pembangunan bagi projek ini sebanyak RM5 juta
bagi kerja-kerja penyediaan tapak dan pembinaan 13 buah rumah hijau di
FELCRA Lubuk Sireh Perlis.

5. Harapan Masa Depan FELCRA dan Pembangunan Modal Insan
Generasi Kedua FELCRA
FELCRA akan memberi pengurangan bayaran balik pembiayaan PTPTN
tersebut pada kadar 20 peratus atau RM4,000, daripada jumlah sebenar
anggaran sebanyak RM20,000, bagi yuran pengajian untuk setiap pelajar.

Program Bicara
Komuniti TN50@KKLW

Program ini merupakan program
perdana yang memberikan peluang
kepada golongan belia di bawah
40 tahun menyuarakan pendapat
dan harapan mereka terhadap
perubahan besar-besaran negara
menjelang tahun 2050 yang telah
diilhamkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib
bin Tun Haji Abdul Razak. Namun
begitu, Bicara Komuniti TN50@
KKLW ini lebih terarah kepada belia luar bandar.

Antara objektif program yang berkonsepkan bual bicara secara santai dan interaktif
ini adalah untuk mendapatkan pandangan, harapan dan cadangan belia terhadap
kementerian (khususnya) dan kerajaan (amnya) berkaitan ekonomi, prasarana,
sosiobudaya, alam sekitar dan sebagainya. Dalam konteks KKLW, program Bicara
Komuniti TN50@KKLW ini merupakan medium kepada masyarakat luar bandar
untuk mengutarakan idea dan aspirasi mereka untuk pembangunan di luar bandar
menjelang tahun 2050 dan memperkukuhkan jaringan hubungan pemimpin
dengan masyarakat luar bandar untuk dijadikan asas dalam perancangan program
pembangunan luar bandar oleh KKLW menjelang tahun 2050.

Program Bicara Komuniti TN50@KKLW yang pertama telah diadakan pada 23 Mac
2017 bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Seramai 264 orang peserta
menyertai program tersebut yang melibatkan belia luar bandar daripada setiap
agensi di bawah KKLW, usahawan Rural Business Challenge (RBC), penuntut-
penuntut universiti awam dan swasta, NGOs dan ikon selebriti. Jemputan yang lain

336 MALAYSIA

2017

adalah seperti pegawai pemerhati daripada agensi KKLW, pegawai-pegawai KKLW, RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
media dan pensyarah universiti. Antara ikon selebriti yang hadir merancakkan
lagi program ini adalah Fizo Omar, Sherry Ibrahim, Dafi Ismail Sabri dan Ummi
Nazeera dengan menampilkan Rosyam Noor sebagai moderator.

Program Bicara Komuniti TN50@KKLW seterusnya pula telah diadakan di Hotel
Tabung Haji Convention Centre, Kuala Terengganu, Terengganu pada 27 Mac
2017. Program ini diadakan secara kolaborasi antara KKLW, Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH). Jumlah peserta yang menyertai program ialah seramai 438 orang
melibatkan generasi kedua belia luar bandar, pelajar universiti awam, IPMA, NGO-
NGO dan ikon-ikon selebriti. Antara ikon selebriti yang hadir adalah Abu Talib bin
Husin, Ummi Nazeera dan Mira Filzah, manakala selebriti Zizan Razak bertindak
sebagai moderator.


JABATAN DAN AGENSI

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Aras 5-9, No.47 Persiaran Perdana, Presint Tingkat 2-5, Bangunan Tunku, Jalan Tunku
4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Ibrahim Peti Surat, 195, 05720 Alor Setar,
62100 Putrajaya. Kedah.
No. Telefon : 03-8891 2682 No.Telefon : 04-7205 300 / 7205301
No. Faks : 03-8888 2312 No. Faks : 04-7340 958
Laman Web : www.keda.gov.my

Majlis Amanah Rakyat (MARA) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Bangunan Ibu Pejabat KEJORA Jalan Dato’ Hj.
Laut, 50609 Kuala Lumpur. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Telefon : 03-2613 2000 No. Telefon : 07-8843 000
Laman Web : www.mara.gov.my No. Faks : 07-8221 600
Laman Web : www.kejora.gov.my
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) 142-C,
Tingkat 20, West Block, Wisma SDB, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. (KETENGAH)
No. Telefon : 03-2161 0577 Karung Berkunci No. 3 Bandar Al-Muktafi Billah
No. Faks : 03-2162 1470 Shah 23409, Dungun, Terengganu.
Laman Web : www.jakoa.gov.my No. Telefon : 09-8231 000
No. Faks : 09-8223104/105/106
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Laman Web : www.ketengah.gov.my

Perusahaan Getah (RISDA) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR)
Bangunan RISDA, Km 7, Jalan Ampang, Bandar Gua Musang, 18300 Gua Musang
Kelantan.
Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur. No. Telefon : 09-9132200
No. Faks : 09-9121211
No. Telefon : 03-4256 4022 Laman Web : www.kesedar.gov.my

No.Faks : 03-4257 6726

Laman Web : www.risda.gov.my

FELCRA BERHAD
Ibu Pejabat FELCRA Berhad, Wisma Felcra, Lot
4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat
12254, 50772 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-4145 5000
No. Faks : 03-4142 8162
Laman Web : www.felcra.com.my

MALAYSIA 337

2017







Sekalung Penghargaan

Jabatan Penerangan Malaysia menghargai sumbangan
yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan penerbitan

Buku Rasmi Tahunan : Malaysia 2017

Jabatan Perdana Menteri
Ketua Setiausaha Kementerian

Setiausaha Kerajaan Negeri
Istana Negara

Jabatan Perangkaan Malaysia
Jabatan/Agensi Kerajaan
Bank Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia
Badan-badan Berkanun
Institusi Pengajian Tinggi
Bernama
Utusan Malaysia
Berita Harian
Pertubuhan dan Individu


Click to View FlipBook Version