PENGENALAN RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Kerajaan pada hari ini amat menitikberatkan jaminan keselamatan bekalan
makanan negara kerana ia merangkumi tanggungjawab kerajaan agar rakyat
mendapat makanan yang cukup, selamat, boleh diakses, dan terjamin pada masa
hadapan. Kementerian ini juga amat komited terhadap usaha mentransformasikan
sektor pertanian kepada perniagaan tani dan mewujudkan model inklusif yang
berteraskan aspek pasaran, ekonomi skala dan penyepaduan rantaian nilai sebagai
tunjang utama. Usaha ini selari dengan objektif Dasar Agromakanan Negara
(DAN) untuk meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani dan menjadikan
industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing di peringkat global.
Transformasi minda ke arah penerimaan bahawa pertanian itu satu perniagaan
adalah cabaran penting yang sedang dipikul oleh kementerian dalam menjayakan
dasar kerajaan serta melaksanakan objektif DAN kepada kumpulan sasar,
khususnya dan rakyat, amnya.
Aktiviti ekonomi negara pada tahun 2016 telah mencatatkan pertumbuhan 4.2
peratus dengan jumlah nilai ditambah sebanyak RM1,107.8 bilion. Selain memenuhi
keperluan makanan dan industri asas tani tempatan, sektor agromakanan turut
menyumbang kepada nilai eksport negara dengan menunjukkan peningkatan
sebanyak 10.6 peratus kepada RM30.2 bilion. Kadar pertumbuhan yang ketara
ini telah mengurangkan defisit Imbangan Perdangangan (Balance of Trade - BOT)
kepada RM16.6 bilion manakala import agromakanan pula sebanyak RM46.7
bilion. Sebab utama yang menyumbang defisit BOT adalah pengimportan bahan
makanan untuk ternakan yang mencatat nilai defisit sebanyak RM5.1 bilion.
MALAYSIA 201
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
MAHA 2016
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di
Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, mencipta sejarah tersendiri
dengan jumlah pengunjung mencecah empat juta melebihi jumlah dicapai pada
MAHA 2014 yang menerima 3.02 juta pengunjung.
Dari segi jumlah jualan, banyak peningkatan dicapai dengan jumlah jualan RM380
juta dalam masa 11 hari. Peningkatan ini adalah yang tertinggi iaitu hampir lebih
100 peratus daripada dicapai dua tahun lalu. MAHA 2016 juga dapat menarik lebih
ramai belia terlibat, dari sektor-sektor perladangan, ternakan, ayam, akuakultur
dan sektor pertanian yang lain. Ini petanda baik kerana selari matlamat kerajaan
untuk mendapatkan penyertaan lebih 40 peratus golongan belia dalam sektor
pertanian, Kemasukan program baharu seperti Rhythm of The Farmers (ROTF),
satu konsep agrotainment baharu untuk menarik minat ke arah pertanian melalui
hiburan mendorong ribuan pengunjung ke kawasan pameran itu tahun ini,
terutama belia.
Sebanyak 1,500 gerai jualan dan pameran mengambil bahagian dalam Pameran
Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016 yang berlangsung dari
1 hingga 11 Disember 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia. Serdang,
Selangor. Pameran selama 11 hari itu bertemakan “Makanan Kita, Masa Depan
Kita” menekankan isu keselamatan makanan dan kesedaran sektor pertanian
sebagai tulang belakang pembangunan negara.
Pameran yang diadakan di dalam dewan terdiri daripada lima kluster iaitu
AgroTourism, AgroIT, AgroLifestyle, AgroTrade dan AgroYouth, manakala pameran
yang diadakan di luar dewan terdiri daripada tujuh laman iaitu padi, ternakan,
pertanian, nenas, herba dan sayur serta florikultur dan jentera. Selain itu, terdapat
pameran berasaskan 14 negeri yang masing-masing menawarkan reka bentuk,
identiti dan kebudayaan unik.
202 MALAYSIA
2017
Program Chillax Agropreneur Muda TN50 RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi
jaminan akan mengumpul dan mempertimbangkan pandangan anak muda dalam
Program Chillax Agropreneur Muda Transformasi Nasional (TN50) yang diadakan
pada 12 April 2017 lalu. Program yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (MAEPS) itu dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy
Jamaluddin.
Menurut Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, melalui program ini, cadangan-cadangan
yang disuarakan oleh anak-anak muda akan dikumpul dan dirumuskan semula.
Ini adalah kerana ada cadangan yang bersifat program yang perlu dibangunkan,
pendidikan dan undang-undang yang boleh dirumus sebagai dasar.
Salah satu cadangan adalah berkenaan golongan petani diberikan gelaran khas
seperti karier profesional lain dan perlu melibatkan pelbagai pihak. MOA akan
membawa cadangan tersebut kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Pengajian Tinggi untuk dipertimbangkan sekiranya amalan ini ada dibuat di negara
lain. Perkara ini dilihat penting untuk meningkatkan martabat di kalangan mereka
yang terlibat dengan pertanian agar apabila mereka yang menjuruskan dalam
bidang pertanian ini diiktiraf masyarakat apabila tamat pengajian kelak.
Dalam pada itu, cadangan bagi syarat umur menjadi Anggota Pertubuhan Peladang
diturunkan daripada 18 tahun kepada 13 tahun juga dipersetujui oleh pihak
kementerian kerana ia merupakan satu cadangan yang baik untuk memupuk ilmu
pertanian dalam kalangan masyarakat bermula dari peringkat awal lagi.
MALAYSIA 203
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN GELOMBANG TANI NASIONAL 2017
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melancarkan
Gelombang Tani Nasional (GTN) yang berlangsung di hadapan Tanaman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) Degong, Perak pada 14 April 2017.
GTN diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi
memartabatkan semula para petani di negara ini melalui perubahan sikap dan
tanggungjawab bagi memastikan kelestarian sektor agromakanan negara tanpa
bergantung harap sepenuhnya kepada pihak kerajaan. GTN adalah kesinambungan
daripada kejayaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tani di kawasan
Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara pada Oktober tahun lalu.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Tajuddin
Abdul Rahman yang juga merupakan penaung GTN 2017; Menteri Besar, Dato’
Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.
MY KAMPUNG MY FUTURE
Majlis perasmian My Kampung My Future (MKMF) yang diadakan di Dataran
Kundur, Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan pada 23 April 2017
telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan.
Program MKMF ini telah menggunakan pendekatan National Blue Ocean
Strategy (NBOS) dalam usaha mentransformasikan komuniti setempat dengan
menggalakkan golongan belia untuk terus berada di kampung dan menjalankan
aktiviti pertanian yang bernilai tinggi. Program ini juga dilihat sebagai pemangkin
kepada usaha yang mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi sesebuah kawasan
luar bandar sekali gus memastikan pertanian sebagai antara sektor utama dan
mampu mengubah kehidupan penduduk ke tahap yang lebih baik.
Hasil pendapatan yang diperoleh usahawan MKMF yang terdiri daripada 12
kampung melibatkan sembilan negeri antaranya di Sarawak, Sabah, Terangganu,
Perak, Pahang dan Negeri Sembilan telah mencecah RM12 juta sejak Januari 2016
hingga April tahun ini. Hasil pendapatan itu melibatkan 1,784 usahawan dalam
pelbagai bidang termasuk pertanian.
204 MALAYSIA
2017
SEKTOR PERTANIAN SUMBANG 8.1 PERATUS KDNK RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Pada tahun 2016, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM89.3 bilion
atau bersamaan 8.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Secara
khususnya, sektor agromakanan pula telah menyumbang sebanyak RM36.5
bilion atau 3.3 peratus kepada KDNK. Pengeluaran komoditi makanan utama
seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan telah mencatatkan
pertumbuhan yang menggalakkan iaitu pada kadar 3.9 peratus setahun dalam
tempoh 2011-2016.
Peningkatan pengeluaran komoditi makanan ini adalah seiring dengan inisiatif
yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan sekuriti makanan dan
tahap sara diri negara. Contohnya, pada masa ini, Malaysia telah mencapai tahap
sara diri melebihi 100 peratus bagi komoditi daging dan telur ayam dan itik, dan
mencapai tahap sara diri melebihi 70 peratus bagi ikan, buah-buahan dan beras.
Prestasi sekuriti makanan negara juga memberangsangkan di dalam Indeks
Jaminan Bekalan Makanan Global (The Global Food Security Index) oleh The
Economist Intelligence Unit. Kajian pada tahun 2016 telah meletakkan Malaysia
di kedudukan ke-35 dalam kalangan 113 negara di peringkat global. Malah, kajian
tersebut juga meletakkan negara di tempat kedua terbaik selepas Singapura di
rantau Asia Tenggara berbanding dengan negara-negara yang dikenali dengan
kemajuan sektor pertanian mereka seperti Thailand yang berada di kedudukan 51
dan Vietnam di kedudukan 57. Kerajaan akan meneruskan pelaburan dan usaha
bagi memastikan sektor agromakanan kekal memacu pertumbuhan ekonomi
negara.
JABATAN DAN AGENSI
Jabatan Pertanian Malaysia Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Aras 1-6, Blok Menara 4G2, Wisma Tani, Presint
Perdana, Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan 4, 62624 Putrajaya.
Persekutuan, 62624 Putrajaya. No. Telefon : 03-8870 4000
No. Telefon : 03-8870 3000 No. Faks : 03-8889 5490
No. Faks : 03-8888 5069 Laman Web : www.dof.gov.my
Laman Web : www.doa.gov.my
MALAYSIA 205
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Jabatan Perkhidmatan Veterinar Agrobank
Aras 1-4, Blok Podium Lot 4G1, Wisma Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815,
Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan 50726 Kuala Lumpur.
Persekutuan, 62624 Putrajaya. No. Telefon : 03-2731 1600
No. Telefon : 03-8870 2000 No. Faks : 03-2691 4908
No. Faks : 03-8888 6021 Laman Web : www.agrobank.com.my
Laman Web : www.dvs.gov.my
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar,
Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) 05990 Alor Setar, Kedah.
No. Telefon : 04-772 8255
Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani, No.28, No. Faks : 04-772 2667
Laman Web : www.mada.gov.my
Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, (KADA)
Peti Surat 127, 15710 Kota Bharu, Kelantan.
62624 Putrajaya. No. Telefon : 09-7447088
No. Faks : 09-7441053
No. Telefon : 03-8000 8000 Laman Web : www.kada.gov.my
No. Faks : 03-8888 4855 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
(LPNM)
Laman Web : www.maqis.gov.my Wisma Nanas, No.5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
Institut Pertanian dan Kemajuan Pertanian No. Telefon : 07-2361211/012 / 07-
Malaysia (MARDI) 2351337/587
Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, No. Faks : 07-2365694 / 07-2365451
43400 Serdang, Selangor. Laman Web : www.mpib.gov.my
No. Telefon : 03-8953 6000
No. Faks : 03-8953 6011 TEKUN Nasional
Laman Web : www.mardi.gov.my Pejabat TEKUN Nasional, Menara 5, Lingkaran
Maju, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Selatan, 57000 Kuala Lumpur.
(FAMA) No. Telefon : 03-9059 8888
Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru No. Faks : 03-9059 9292
Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Laman Web : www.tekun.gov.my
No. Telefon : 03-6126 2020
No. Faks : 03-6138 5200 Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA)
Laman Web : www.fama.gov.my Shah Alam Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam, Selangor.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) No. Telefon : 03-5510 6922/23 /
Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 03-5510 7048
47120 Puchong, Selangor. No. Faks : 03-5510 0922
No. Telefon : 03-8064 9000 Laman Web : www.tbnsa.gov.my
No. Faks : 03-8060 3726
Laman Web : www.lkim.gov.my
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Menara LPP, No. 20, Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03- 2610 9600
No. Faks : 03- 2697 0987
Laman Web : www.lpp.gov.my
206 MALAYSIA
2017
KEMENTERIAN WILAYAH RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
PERSEKUTUAN
YB Datuk Seri
Utama Tengku
Adnan bin
Tengku Mansor
Menteri
YB Senator Dato’ Dr.
Loga Bala Mohan
Timbalan Menteri
Kementerian Wilayah Persekutuan
Blok 1 & Blok 2, Menara Seri Wilayah
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8000 8000
No. Faks : 03-8889 7957
Laman Web : www.kwp.gov.my
MALAYSIA 207
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN PENGENALAN
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) diwujudkan pada tahun 1979 yang
mana antara fungsinya ketika itu adalah sebagai penyelaras perancangan
dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Penubuhan
kementerian ini adalah sejajar dengan penubuhan Majlis Perancangan Wilayah
Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.
Pada 1981, KWP dijadikan sebagai satu Bahagian (Unit Perancangan Lembah
Kelang) di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Penyusunan semula
Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan KWP ditubuhkan semula untuk
memberi tumpuan khusus terhadap pemajuan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Lima tahun kemudiannya iaitu pada 23 Oktober
2009, menerusi Pembentangan Bajet 2010, YAB Perdana Menteri mengumumkan
perluasan peranan kementerian dalam pembasmian kemiskinan bandar seluruh
negara serta pelaksanaan program kesejahteraan bandar dan ini melibatkan
pertukaran nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar (KWPKB). Penstrukturan Kabinet pada tahun 2013 pula menyaksikan,
fungsi asal kementerian ini dikembalikan manakala fungsi kesejahteraan bandar
telah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
FESTIVAL CATUR PUTRAJAYA PIALA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 2017
Festival ini mencatatkan kejayaan manis apabila berjaya memecahkan rekod
MBOR bagi Pertandingan Catur dengan Penyertaan Kanak-kanak Teramai di
Malaysia. Lebih 1,200 orang peserta bawah 15 tahun daripada sekolah-sekolah
seluruh Malaysia telah meyertai pertandingan dan berpeluang berjumpa penggiat-
penggiat catur bertaraf antarabangsa dari pelbagai negara. Antara keunikan
semasa pertandingan ini adalah penyertaan oleh pelajar cacat penglihatan dan
penggunaan papan catur braille.
208 MALAYSIA
2017
Robotic LEGO Education Space Challenge RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Program yang berlangsung pada 21 Februari 2017 di Putrajaya bertujuan untuk
melahirkan pelajar yang berkemahiran kognitif, kreatif dan berdaya cipta.
Pertandingan ini mendapat menyertaan yang menggalakkan daripada murid-
murid sekolah serta berjaya mencatatkan rekod dalam The Malaysia Book of
Records dengan Penyertaan Terbanyak iaitu 198 pasukan (1980 orang peserta) dari
13 buah negeri yang mana 130 pasukan dari sekolah menengah dan selebihnya
dari sekolah rendah.
Istiadat Pengurniaan Darjah
Kebesaran, Bintang dan
Pingat Wilayah Persekutuan
Penganugerahan Darjah Kebesaran,
Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan
diadakan sejak tahun 2008. Istiadat
ini adalah untuk menghargai dan
mengiktiraf sumbangan warga Wilayah
Persekutuan dan juga individu bukan
pemastautin yang banyak menyumbang
jasa dalam membangunkan wilayah
ini. Majlis Istiadat yang diadakan pada
setiap 1 Februari di Istana Negara, Kuala
Lumpur mengurniakan Darjah Kebesaran
Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW)
yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang
membawa gelaran Datuk Seri, Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa
gelaran Datuk, Bintang Johan Mahkota Wilayah (JMW), Bintang Kesatria Mahkota
Wilayah (KMW), Bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan Pingat Pangkuan
Mahkota Wilayah (PPW).
MALAYSIA 209
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Labuan Go Green
Seramai 800 keluarga dari 27 buah kampung
di Wilayah Persekutuan Labuan menyertai
Program Labuan Go Green sempena Sambutan
Hari Wilayah Persekutuan 2017. Sebanyak 1,000
benih pokok kelapa matag dan kelapa pandan
diagihkan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan
kepada penduduk Kampung Lajau dan Kampung
Bukit Kuda untuk ditanam di perumahan
masing-masing menerusi program ini. Usaha ini
diharapkan dapat membantu penduduk Labuan
menjana pendapatan hasil daripada komoditi
pertanian kelapa seterusnya menangani kos
sara hidup yang tinggi di Wilayah Persekutuan
Labuan.
Festival Light and Motion
Putrajaya (LAMPU) 2016
Persekitaran Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Putrajaya dilimpahi cahaya lampu
berwarna-warni sempena Festival Light and
Motion Putrajaya (LAMPU) 2016 di Dataran
Putrajaya, Presint 3, yang bermula malam
30 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017
dari jam 7.30 malam hingga 12.30 tengah
malam. Festival yang kini merupakan tahun
keempat penganjurannya turut membabitkan
sebahagian besar bangunan kerajaan di
Persiaran Perdana, Kompleks PPj dan Istana
Kehakiman. LAMPU telah menghidupkan dan
menyerikan suasana malam di Putrajaya dan
menarik lebih 700,000 pengunjung tempatan dan luar negara. Putrajaya juga
merupakan satu-satunya bandaraya di Malaysia yang menjadi anggota Lighting
Urban Community International (LUCI) sejak 2002. Antara persembahan terbaharu
adalah ‘LAMPU Skywave’ yang memaparkan teknologi seni penggerakkan bebola
dan animasi bercahaya, pemetaan cahaya yang menghasilkan paparan seni bina
bangunan dalam bentuk 3D dan Persembahan ‘Fusion Peperangan Bintang’
iaitu persembahan wayang kulit versi Star Wars. Bagi meraikan detik Ambang
Tahun Baharu 2017, buat julung kalinya pengunjung berpeluang menyaksikan
pertunjukan bunga api digital selama enam minit di hadapan bangunan Istana
Kehakiman.
Festival Kesenian dan
Kebudayaan Islam Antarabangsa
Putrajaya (PIIACUF)
PIIACUF merupakan sebuah festival yang
telah menempatkan Putrajaya sebagai pusat
kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam
alaf baharu. PIIACUF 2016 telah mendapat
publisiti yang meluas dan telah dibanjiri ribuan
210 MALAYSIA
2017
pengunjung dalam dan luar negara sejak pertama kali dianjurkan empat tahun RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
sebelumnya. PIIACUF 2016 yang berlangsung pada 1 – 11 Disember 2016 di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) adalah bertemakan Glorious Textiles
of The Islamic World (Keagungan Seni Tekstil Dunia Islam) yang akan memaparkan
seni dan teknik tekstil dari seluruh pelusuk negara Islam di dunia. Tarikan utama
PIIACUF 2016 antaranya Sejarah Tekstil, adaptasi dan penggunaannya dalam
Dunia Islam, koleksi tekstil Mughal Pakistan, Bangladesh dan India, Pameran
pakaian, tekstil dan keris Bugis Selangor, Replika Jubah bersaiz Nabi Adam A.S dan
koleksi tengkolok Raja-raja Melayu.
Perasmian Residensi Kerinchi
Pada 27 Februari 2017, sempena sambutan
Hari Wilayah Persekutuan dan Program Kenduri
1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai,
YAB Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib
bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Residensi
Kerinchi, sebuah pangsapuri moden 18 tingkat
yang menggantikan perumahan flat empat
tingkat di Kampung Kerinchi. Perdana Menteri
sempat melawat residensi yang mempunyai 480
unit rumah. Pembinaan residensi yang bersifat
urban renewal telah berjaya mentransformasikan
suasana serta kualiti kehidupan para penduduk
dengan memiliki kediaman lebih moden dan
selesa. Berkeluasan 900 kaki persegi dengan tiga
bilik tidur, dua bilik air serta dilengkapi mesin basuh dengan fungsi pengering.
Projek Residensi Kerinchi dilengkapi sekuriti, kemudahan surau, taman permainan,
gelanggang futsal serta kolam renang. Berbanding flat empat tingkat yang dihuni
terdahulu berkeluasan 380 kaki persegi, usang dan comot, penantian kesemua
472 keluarga telah berakhir dan kini gembira diberikan unit kediaman yang jauh
lebih selesa dengan nilai anggaran RM500,000.
Kad Ceria 2017
Menteri Wilayah Persekutuan telah
melancarkan kad diskaun yang
dinamakan Kad Ceria pada 30 Mac
2017. Dengan Kad Ceria, lebih 1
juta warga Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan boleh menikmati diskaun
pembelian barangan, makanan
dan perkhidmatan sehingga 70
peratus di lebih 1000 cawangan
kedai terpilih. Kad Ceria merupakan inisiatif kementerian untuk membantu warga
Wilayah Persekutuan dalam merancang dan mengurus perbelanjaan harian
secara berhemah serta meringankan beban kos sara hidup pengguna. Antara
rakan dagang yang terlibat adalah 7-Eleven, Berjaya Hotels and Resorts, Borders,
Kenny Rogers, KK Supermart & Superstores, KLCC Food Truck, Menara Kuala
Lumpur, Mydin, Pusat Pakaian Hari-Hari, Celcom Axiata Berhad, Radioshack, Rasa
Utara, Bolton Optical Group, Wendy’s dan banyak lagi. Diskaun turut diberikan
MALAYSIA 211
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN untuk penggunaan fasiliti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya
dan Labuan. Rakan Dagang yang menyertai program Kad Ceria juga ditawarkan
diskaun yang menarik iaitu sebanyak lima hingga 20 peratus untuk memperbaharui
lesen premis perniagaan dan 50 peratus diskaun untuk memperbaharui lesen
penjaja di samping diskaun cukai pintu premis perniagaan sehingga 15 peratus.
Warga Wilayah Persekutuan boleh memohon dan mendapatkan Kad Ceria secara
percuma melalui Pusat Khidmat Masyarakat Wilayah Persekutuan di Parlimen
masing-masing. KWP berhasrat untuk terus menambah baik keistimewaan Kad
Ceria dengan kepelbagaian penggunaan dan memperluaskan penggunaan
e-wallet serta penyertaan rakan dagang. Layari https://kadceria.kwp.gov.my untuk
informasi terkini.
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
RUMAWIP merupakan salah satu inisiatif KWP yang dilancarkan pada 8 April
2013 dalam menyediakan kediaman mampu milik sebanyak 80,000 unit di
Wilayah Persekutuan dalam tempoh lima tahun dengan pecahan pelaksanaan
sebanyak 55,000 di Kuala Lumpur, 20,000 di Putrajaya dan 5,000 di Labuan.
Program RUMAWIP ini bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan
sederhana yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan dengan pendapatan
isi rumah tidak melebihi RM15,000 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri.
Dalam hal ini, harga rumah di bawah Program RUMAWIP ini telah ditetapkan tidak
melebihi RM300,000.00 seunit. Perumahan yan dibina ini juga dipastikan lengkap
dengan kemudahan asas yang besesuaian dengan keperluan dan keselesaan
kediaman masa kini. Pelbagai insentif yang diberikan kepada pemaju yang terlibat
dengan pembangunan RUMAWIP ini seperti tempoh pemprosesan yang pantas,
pengecualian caj pembangunan mengikut peratusan komponen rumah mampu
milik, peningkatan kepadatan penduduk dan lain–lain lagi bagi membantu dan
menggalakkan penglibatan pemaju dalam menyediakan rumah mampu milik
ini. Setakat 2016, pencapaian pelaksanaan RUMAWIP telah mencapai sebanyak
45,123 unit.
212 MALAYSIA
2017
JABATAN DAN AGENSI Perbadanan Labuan (PL) RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Peti Surat 81245 Labuan.
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, No. Telefon : 087-408600
50350 Kuala Lumpur. No. Faks : 087-428997
No. Telefon : 03-2617 9000 Laman Web : www.pl.gov.my
No. Faks : 03-2698 0460
Laman Web : www.dbkl.gov.my Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1&2, Lot 61, Rumah Rohas
Perbadanan Putrajaya (PPJ) Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran 50300 Kuala Lumpur.
Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya. No. Telefon : 03-2692 6733/03-2693 5733
No. Telefon : 03-8000 8000 No. Faks : 03-2693 4733
No. Faks : 03-8887 5000 Laman Web : www.pkb.gov.my
Laman Web : www.ppj.gov.my
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8892 6600
No. Faks : 03-8892 6616
Laman Web : www.wipers.gov.my
MALAYSIA 213
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI
MALAYSIA
YAB Dato’ Seri
Dr. Ahmad Zahid
bin Hamidi
Menteri
YB Datuk Nur Jazlan YB Dato’ Masir Kujat
bin Mohamed Timbalan Menteri II
Timbalan Menteri I
Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Blok D1, D2 & D9 Kompleks D,
Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8000 8000
No. Faks : 03-8889 1613 / 03-8889 1610
Laman Web : www.moha.gov.my
214 MALAYSIA
2017
PENGENALAN RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditubuhkan pada 18 Mac 2008 berikutan
rombakan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Ia merupakan gabungan
dua buah kementerian sebelumnya iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negri
(KKDN) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Perkhidmatan teras
KDN merangkumi pelaksanaan fungsi operasi dan perkhidmatan sokongan ehwal
keselamatan dan kesejahteraan awam.
Fungsi KDN dirumuskan kepada sembilan bidang utama, iaitu Keselamatan dan
Ketenteraman Awam, Hal Ehwal Pendaftaran, Hal Ehwal Imigresen dan Pekerja
Asing, Pengurusan Pendaftaran Pertubuhan, Anti Dadah, Kawalan Penerbitan
dan Teks Al-quran, Kawalan Filem, Pengurusan Sukarelawan serta Pemulihan dan
Pelaksanaan Hukuman Penjara.
Dalam mentadbir urus keselamatan dan ketenteraman awam, KDN memberi
penekanan kepada tiga aspek penting iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan
pemulihan. Pelanggan dan kumpulan sasar KDN meliputi seluruh kumpulan/
lapisan masyarakat tempatan, bukan warganegara, sama ada yang mendapat taraf
pemastautin tetap, pas atau permit untuk bekerja atau pelancong termasuklah
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Matlamat utama KDN ialah untuk memelihara
dan menjamin keselamatan dan kesejahteraan awam melalui pewujudan
persekitaran yang selamat dan tenteram kepada rakyat.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
Pengiktirafan Bintang Agensi Sektor Awam KDN
Pada tahun 2016 , KDN telah menerima Sijil Pengiktirafan 5 Bintang daripada Unit
Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi
Pengiktirafan Bintang Agensi Sektor Awam berdasarkan usaha dan pencapaian
KDN serta kualiti perkhidmatan yang diberikan sepanjang tahun 2015-2016 . Antara
agensi di bawah KDN yang turut menerima pengiktirafan yang sama adalah Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM) .
MALAYSIA 215
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang
(2016 – 2020)
Pelan Tindakan Kebangsaan
Antipemerdagangan Orang
(2016 -2020) untuk tempoh lima
tahun merupakan kesinambungan
kepada Pelan Tindakan
Kebangsaan (2010 – 2015) yang
telah dilancarkan pada 30 Mac
2010. Majlis telah dirasmikan oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri
yang juga merangkap Menteri
Dalam Negeri dan Pengerusi
Mesyuarat High Level Committee
(HLC) MAPO pada 15 Ogos 2016
di Hotel Marriot, Putrajaya. Pelan
Tindakan ini merupakan satu
dokumen yang penting bagi
merealisasikan matlamat dan
aspirasi Kerajaan Malaysia dalam
mencegah dan membanteras
jenayah pemerdagangan orang.
216 MALAYSIA
2017
Pencapaian Malaysia Di Dalam US TIP Report 2017 RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Malaysia telah dinaikkan ke Tahap 2 (Tier 2) dalam
Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang
(US TIP Report) Tahun 2017. Kedudukan ini adalah
pencapaian terbaik negara sejak tahun 2007 iaitu
setelah negara mempunyai perundangan yang khusus
mengenai pemerdagangan orang. Laporan ini telah
dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat
(JNAS) pada 27 Jun 2017 melibatkan penilaian terhadap
187 buah negara mengenai usaha membanteras
jenayah pemerdagangan orang melalui tiga
komponen utama iaitu pendakwaan, perlindungan
dan pencegahan. Pencapaian ini juga merupakan hasil
komitmen padu yang ditunjukkan oleh ahli Majlis Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran (MAPO).
Majlis Pelancaran Talian Khas Antipemerdagangan
Orang & Antipenyeludupan Migran Mapo Di Bawah 1
Malaysia One Call Centre (1MOCC)
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) telah
melancarkan Talian Antipemerdagangan Orang 03-8000 8000 di bawah 1 Malaysia
One Call Centre (1MOCC). Talian ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Alwi bin
Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang juga Pengerusi
MAPO pada 30 Julai 2017. Dengan memperkenalkan talian khusus ini, orang
awam adalah disarankan untuk berkongsi maklumat dan laporan dengan pihak
berkuasa sekiranya terdapat sebarang kegiatan atau aktiviti yang mencurigakan
yang melibatkan jenayah pemerdagangan orang di Malaysia.
MALAYSIA 217
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Majlis Pelancaran Wakaf Al- Quran Peringkat Kebangsaan
Program Wakaf Al- Quran Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 16 Jun
2016 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Dalam Negeri. Program yang dijalankan dengan kerjasama
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu telah memasuki tahun ke-
10 pelaksanaan. Sejak dilancarkan pada tahun 2007, hampir 300 ribu naskah
Al-Quran wakaf telah diagihkan kepada minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan
seperti Kemboja, Myanmar, Indonesia, Nigeria, Palestin selain sekolah tahfiz,
masjid serta pelbagai institusi dalam negara.
Persidangan ASEANAPOL Ke-36
Persidangan ASEANAPOL atau Persidangan Gabungan Polis-Polis Rantau Asia
Tenggara kali ke-36 berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya dari 24 hingga 29 Julai
2016 dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku tuan rumah.
218 MALAYSIA
2017
Persidangan ASEANAPOL kali ini berjaya melakar sejarah apabila 10 negara ahli RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
menandatangani Protokol Penyelarasan dan Komunikasi ASEANAPOL untuk
Pengurusan Krisis ‘ASEANAPOL Communication and Coordination Protocol for Crisis
Management’. Selain itu, kerjasama forensik melalui Rangkaian Sains Forensik
ASEANAPOL di antara 10 negara anggota turut dimeterai iaitu Malaysia dipilih
sebagai tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat pertamanya. Persidangan kali
ini juga berjaya mendapatkan endorsement semua negara ahli untuk menerima
pakai lagu ASEANAPOL UNITY sebagai Lagu Tema ASEANAPOL. Kerjasama erat
antara negara anggota ASEANAPOL akan terus dipertingkatkan demi memastikan
rantau ini bebas dari sebarang ancaman merbahaya. Persidangan bertemakan A
Greater Nexus For A Safer Community memberi fokus kepada usaha sama untuk
memerangi penggubahan wang haram, kemusnahan alam sekitar, senjata api
haram serta eksploitasi manusia.
Kembara Media KDN 2017
Pada 21 Mei 2017, seramai 84 orang
pengamal media membabitkan 21
kenderaan menyertai program
mencari harta karun “Kembara Media
KDN” dari KDN ke Kuala Lumpur.
Program ini menjadi platform
memperkenalkan dasar, fungsi
dan peranan kementerian kepada
orang ramai, selain mengeratkan
hubungan dengan pihak media.
Sepanjang perjalanan, peserta
perlu menjawab soalan mengenai
KDN dan perlu merujuk Laman
Web KDN dan sebagainya bagi
mendapatkan jawapan yang betul.
Ini sekali gus dapat meningkatkan
lebih pengetahuan mengenai
kementerian.
Program yang julung kali diadakan
itu melibatkan peserta dari pelbagai
organisasi media antaranya
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Bernama), Radio Televisyen Malaysia
(RTM), Bernama News Channel,
Media Prima, Astro Awani, Malay Mail, The Sun, Sinar Harian, The Star, Utusan
Malaysia dan Focus Malaysia. Acara penutup program dihadiri Timbalan Perdana
Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala
Lumpur.
MALAYSIA 219
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Hari Terbuka KDN 2017
Penganjuran Program Hari Terbuka
KDN bersama Semua Warga KDN
serta jabatan / agensi di bawahnya ini
merupakan salah satu platform bagi
kementerian untuk mendekati rakyat
bertepatan dengan hala tuju semasa
perkhidmatan awam. Program selama
dua hari yang bermula 25 Mac 2017
itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana
Menteri yang juga Menteri Dalam
Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi. Sebanyak 21 ruang pameran
atau booth yang dikendalikan 10 jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri
(KDN) disediakan pada program Hari Terbuka KDN di Kompleks KDN, Ayer Keroh,
Melaka.
Tujuan penganjuran Hari Terbuka KDN ini adalah untuk mewujudkan jaringan
hubungan baik KDN dengan masyarakat melalui komunikasi dua hala antara KDN
dan rakyat. Dengan adanya jaringan komunikasi ini, KDN dengan mudah dapat
memberi penjelasan terhadap apa jua isu yang melibatkan keselamatan negara.
Selain itu, ia membolehkan KDN Menerima aduan secara langsung daripada
rakyat melalui kaunter aduan yang disediakan dan meningkatkan semangat esprit
de corp di kalangan warga KDN.
220 MALAYSIA
2017
Anugerah Inovasi RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Antarabangsa
Capam Tahun 2016
Persidangan Dwi Tahunan
Commonwealth Association
For Public Administration and
Management (CAPAM) bagi
Tahun 2016 (Persidangan
CAPAM 2016) telah diadakan
dari 18 hingga 20 Ogos
2016 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC).
JPN telah terpilih sebagai finalis dalam kategori Citizen-Focused Innovation bagi
Anugerah Inovasi Antrabangsa CAPAM 2016 melalui Program Outreach JPN. JPN
telah menonjolkan transformasi perkhidmatan outreach yang bermula dengan
pelaksanaan secara manual sehinggalah penggunaan sistem ICT yang membantu
memudahkan dan mempercepatkan pemprosesan pendaftaran individu di lapangan.
Impak keberhasilan pelaksanaan program outreach ini adalah individu yang layak
diberikan dokumen pengenalan diri yang membolehkan mereka menikmati bantuan
kerajaan dan menjamin hak sebagai rakyat Malaysia.
Festival Pertubuhan
Kebangsaan 2016
Pada 8 Oktober 2016, JPPM telah
menganjurkan Festival Pertubuhan
Kebangsaan (FPK) sempena
Sambutan Hari Pertubuhan
yang telah diadakan di Melaka
International Trade Center (MITC).
Festival yang merupakan kali ketiga
dianjurkan oleh JPPM ini telah
dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri
Alwi bin Hj. Ibrahim, mewakili
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. FPK 2016
ini juga menyaksikan pelancaran buku Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan, ataupun
Code of Good Governance yang memastikan ahli jawatankuasa, penasihat dan pekerja
pertubuhan adalah mereka yang berkebolehan yang mana setiap pemegang jawatan
dan pihak pengurusan pentadbiran pertubuhan perlu memahami peranan dan
tugas yang dipertanggungjawabkan.
7Th Icce-Asean Cities Against Drugs (ASCAD)
Malaysia telah menjadi negara penganjur dalam melaksanakan 7th ICCE-ASEAN
Cities Against Drugs (ASCAD) dengan kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya
Melaka Bersejarah, Colombo Plan International Centre for Credentialing and
Education of Addiction Professionals (ICCE) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK). Seminar yang berlangsung pada 9 hingga13 Oktober 2016 di Bandaraya
Melaka ini telah melibatkan penyertaan dari 200 peserta antarbangsa dan 150
peserta tempatan dan bertemakan Evidence-based Intervention: Saving Lives, Saving
Costs.
MALAYSIA 221
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Objektif ASCAD di antaranya adalah untuk mendedahkan peserta mengenai
peningkatan permintaan terhadap latihan dan pentauliahan serta pakar dalam
pengurangan permintaan dadah terutamanya dalam bidang pencegahan dan
rawatan. Selain itu, ASCAD juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam
kalangan datuk-datuk bandar, wakil-wakil ASCAD dan pegawai-pegawai di pejabat
negeri mengenai kepentingan amalan berdasarkan bukti (evidence-based practices)
dalam menyampaikan perkhidmatan pengurangan permintaan terhadap dadah
seterusnya meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai ancaman
penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat.
Program eVISA
Dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan visa, pas dan permit, Jabatan
Imigresen Malaysia telah memperkenalkan Program eVisa. Program eVISA fasa
pertama telahpun dilaksanakan bermula 1 Mac 2016 yang melibatkan enam
warganegara iaitu China, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Bangladesh. Dasar
semasa hanya membenarkan warganegara China dan India untuk memohon
eVISA di seluruh dunia, manakala warganegara lain hanya boleh memohon eVISA
di negara masing-masing. Jumlah keseluruhan permohonan eVISA bermula
Mac sehingga Disember 2016 telah mencatatkan sebanyak 258,794 jumlah
permohonan. Akses kepada sistem boleh dicapai oleh individu atau melalui agen
pelancongan melalui laman sesawang www.windowmalaysia.my/ ini.
My Online Passport
Permohonan pembaharuan pasport secara online telah dilaksanakan berikutan
saranan dan iltizam Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Sri Haji Mustafar Haji Ali bagi
memudahkan urusan pembaharuan semula pasport. Kemudahan ini merupakan
kemudahan yang amat diperlukan pada masa ini serta boleh menjimatkan masa
MyONLINE*PASPORT dan merupakan satu kaedah sebagai kemudahan kepada
warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia
secara atas talian melalui internet Permohonan atas talian boleh membuat
bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
Program-Program Pemulihan
Diluar Tembok
Program pemulihan diluar tembok penjara
melalui parol, perintah kehadiran wajib,
program pemulihan pemasyarakatan serta
rumah perantaraan telah menyumbang
kepada keberkesanan pemulihan dan
pengintegrasian serta mampu memberi
kesan terhadap pengurangan kadar
jenayah. Malah program berkenaan turut
membantu mengurangkan kesesakkan di
dalam penjara. Sehingga kini, keseluruhan program yang dilaksanakan di luar tembok
penjara tersebut telah dilalui dengan jayanya oleh seramai 25,686 orang penghuni
dan bekas penghuni di mana daripada jumlah tersebut hanya seramai 261 orang
yang didapati kembali melakukan kesalahan dan kembali menjadi penghuni penjara.
222 MALAYSIA
2017
JABATAN DAN AGENSI RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara,
50560 Kuala Lumpur. Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri,
No. Telefon : 03-2266 2222 No. 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
No. Faks : 03-2070 7500 62551 Putrajaya.
Laman Web : www.rmp.gov.my No. Telefon : 03-8000 8000
No. Faks : 03-8880 8288
Jabatan Penjara Malaysia Laman Web : www.jpn.gov.my
Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang,
Selangor. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
No. Telefon : 03-8732 8000 (JPPM)
No. Faks : 03-8739 9205 Ibu Pejabat, Aras 2&3, Blok B, Bangunan
Laman Web : www.prison.gov.my Chancery Place, Jalan Diplomatik,
62542 Putrajaya.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) No. Telefon : 03-8890 5776/ 03-8889 5778
No. Faks : 03-8889 3706
Ibu Pejabat, No. 15 Tingkat 1-7, (Podium) Laman web : www.ros.gov.my
Persiaran Perdana, Presint 2, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Aras 7, 8 & 9, Blok D9, Kompleks D, Pusat
62550 Putrajaya. Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546
Putrajaya.
No. Telefon : 03-8880 1000 No. Telefon : 03-8870 3760/3770
No. Faks : 03-8890 5540
No. Faks : 03-8880 1200 Laman Web : www.rela.gov.my
Laman web : www.imi.gov.my Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM)
Aras 3, Blok D2, Kompleks D, Kementerian
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dalam Negeri Pusat Pentadbiran Kerajaan
Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Persekutuan, 62546 Putrajaya.
Perguruan Islam, 43000 Kajang, Selangor. No. Telefon : 03-8886 3034
No. Telefon : 03-8911 2200 No. Faks : 03- 8888 3397
No. Faks : 03-8926 2055 Laman Web : www.moha.gov.my
Laman Web : www.adk.gov.my
MALAYSIA 223
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
YB Datuk Seri Dr.
Salleh bin Said
Keruak
Menteri
YB Dato’ Sri Jailani
bin Johari
Timbalan Menteri
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8000 8000
Laman Web : www.kkmm.gov.my
224 MALAYSIA
2017
PENGENALAN RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memainkan peranan
yang penting dalam pembangunan infrastruktur komunikasi dan pemasaran
informasi dasar-dasar kerajaan. Visi kementerian adalah memastikan masyarakat
sentiasa terhubung dan berinformasi selaras dengan peredaran waktu.
Terdapat sepuluh jabatan dan agensi di bawah KKMM bagi menggerakkan misi
menghubungkan rakyat, menggerakkan ekonomi digital, membina masyarakat
bermaklumat dan memperkasakan industri kreatif bagi menyediakan infrastruktur
komunikasi secara menyeluruh. KKMM juga telah membangunkan Pelan
Transformasi KKMM berlandaskan kepada Transformasi Perkhidmatan Awam.
Empat transformasi diguna pakai iaitu Transformasi Kerajaan, Transformasi
Ekonomi, Transformasi Politik dan Transformasi Sosial bagi memastikan inisiatif-
inisiatif transformasi KKMM menghasilkan keberhasilan strategik dalam visi
membawa manfaat kepada pembangunan komunikasi dan infrastruktur.
Sehubungan itu, dalam usaha melaksanakan pembaharuan selaras dengan pelan
transformasi perkhidmatan awam tersebut, KKMM telah melaksanakan program-
program berimpak tinggi sebagai usaha berterusan memantapkan sistem
penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada kali ini telah diadakan
di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, Sabah pada 6 Ogos 2016 bertujuan untuk
menyemarakkan semangat kibar Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kehadiran dianggarkan melebihi 30,000 orang daripada pelbagai etnik masyarakat
di sekitar Tawau, Sabah.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir iaitu YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji
Aman, Ketua Menteri Sabah dan Ahli Jemaah Menteri. Beberapa pengisian telah
MALAYSIA 225
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN disusun sepanjang program berlangsung antaranya pendaftaran aktivis sehati
sejiwa, persembahan Infiesta Pentarama, Larian Sehati Sejiwa, Kembara Jalur
Gemilang, penyertaan pameran daripada 32 jabatan kerajaan dan swasta serta
persembahan konsert RTM.
Acara Larian Sehati Sejiwa telah berjaya menarik lebih 10,000 penyertaan dan
dilepaskan oleh YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan
Negeri Sabah.
Doa Untuk Malaysia
Program Doa Untuk Malaysia adalah acara tahunan sempena Sambutan
Hari Kebangsaan telah diadakan pada 13 Ogos 2016 bertempat di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan menzahirkan rasa syukur di atas
kemerdekaan dan kemakmuran yang dinikmati Malaysia. Program ini dihadiri oleh
YAB Perdana Menteri, ahli Jemaah Menteri, Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan
Awam serta orang awam yang dianggarkan seramai 10,000 orang.
Program ini turut bersiaran secara langsung melalui stesen TV Jabatan Penyiaran
Malaysia (RTM). Acara dimulakan dengan solat Isyak dan solat hajat berjemaah,
disusuli bacaan doa untuk Malaysia bagi mendoakan kesejahteraan serta
mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. Seterusnya diikuti dengan selawat
Qasidah yang dipimpin oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf bersama-sama
Habib Ali, Kumpulan Al Mawlid, Kumpulan IN-TEAM dan Kumpulan Hadrah.
Program ini turut diraikan oleh masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang
bersama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara. Upacara bagi
penganut agama Hindu telah diadakan pada 13 Ogos 2016 di Pulau Pinang,
upacara bagi penganut agama Buddha telah diadakan pada 18 Ogos 2016 serta
upacara bagi penganut agama Sikh dan Kristian akan diadakan pada 28 Ogos
2016. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Jabatan Hal Ehwal Khas
(JASA) selaku Jawatankuasa Pelaksana.
Kayuhan Sehati Sejiwa
Acara Kayuhan Sehati Sejiwa anjuran KKMM dengan kerjasama (DBKL) dan KL Car
Free Morning telah diadakan pada 21 Ogos 2016 di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.
Pelepasan program ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ketua Setiausaha dan Timbalan
Ketua Setiausaha KKMM jam 7.00 pagi.
226 MALAYSIA
2017
Seramai 5,000 orang turut menyertai program dengan melakukan pelbagai aktiviti RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
riadah seperti berbasikal, berjalan kaki, berlari, bermain kasut roda, bermain
papan selaju, menaiki kereta kuda dan lain-lain lagi. Objektif utama penganjuran
program ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dalam masyarakat
pelbagai kaum di samping menzahirkan semangat patriotisme dan bersatu padu
di kalangan peserta yang turut sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang
program tersebut berlangsung.
Mybuddies Run #Sehatisejiwa
Program MyBuddies Run telah berjaya dilaksanakan pada 21 Ogos 2016 bertempat
di Persiaran Flora, Cyberjaya. Program ini dianjurkan oleh MyNIC, agensi di bawah
KKMM dengan penyertaan melebihi 7,000 orang rakyat Malaysia berbilang bangsa.
Program ini merupakan salah satu daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan
gaya hidup sihat di samping menyatukan rakyat Malaysia melalui pendekatan
sukan dan rekreasi. Program ini memasuki tahun kedua penganjuran yang turut
menampilkan beberapa pembaharuan untuk menarik penglibatan masyarakat
pelbagai lapisan menyertainya.
Selain acara larian, para peserta turut menyertai aktiviti menarik seperti senaman
body combat yang diterajui selebriti Sharifah Sakinah dan persembahan artis
tempatan.
MALAYSIA 227
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Karnival Merdeka Sehati Sejiwa Dan Sambutan Malam
Ambang Merdeka
Karnival ini dipenuhi dengan persembahan yang dikendalikan oleh gabungan tiga
buah stesen penyiaran utama negara iaitu RTM, Media Prima Berhad dan Astro
seperti berikut:
i. Konsert Negaraku oleh ASTRO pada 27 Ogos 2016;
ii. Rakaman konsert ini disiarkan pada 16 September 2016;
iii. Konsert Saya Anak Malaysia oleh RTM pada 28 Ogos 2016;
iv. Disiarkan secara langsung di TV1 pada 28 Ogos 2016;
v. Pertunjukan Kebudayaan oleh Artis Kebudayaan Negara pada 29 Ogos 2016;
vi. Meraikan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia; dan
vii. Program Sambutan Ambang Merdeka oleh Media Prima pada 30 Ogos 2016.
Amanat Hari Kebangsaan yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri
dipancarkan secara langsung melalui skrin LED yang dipasang di lokasi program
dan ditonton oleh lebih 15,000 orang penonton. Ini diikuti oleh persembahan khas
artis daripada Media Prima Berhad dan acara kemuncak iaitu upacara kiraan detik
ambang merdeka serta persembahan bunga api berirama.
Pengisian karnival ini telah dapat menyemarakkan semangat patriotik dan
cintakan negara dalam kalangan generasi muda melalui platform seni dan
budaya. Peranan artis dan pengacara majlis telah berjaya menaikkan semangat
sehati sejiwa melalui reaksi penonton yang dilihat turut sama menyanyikan lagu
patriotik serta melaungkan “merdeka” dan “1Malaysia”.
Usahasama yang telah dijalinkan oleh ketiga-tiga stesen penyiar utama negara
selama tiga tahun berturut-turut ini telah berjaya mewujudkan sinergi positif
dalam pelaksanaan NBOS. Penganjuran karnival ini telah berjaya menjadi platform
menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan latar belakang.
Amanat Hari Kebangsaan
Amanat Hari Kebangsaan ini disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada lebih 4,500 orang jemputan pada
30 Ogos di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Amanat itu turut ditonton dan dihayati oleh lebih 30 juta rakyat Malaysia melalui
Siaran Langsung oleh semua stesen televisyen dan radio tempatan pada malam
tersebut. Amanat Hari Kebangsaan mempunyai keunikan dalam menzahirkan
‘Moments of Unity’ atau detik-detik kebersatuan perlu dicambah dan disemarakkan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menyeru rakyat agar bersama-sama
menzahir dan membuktikan kesyukuran terhadap nikmat kemerdekaan ini
dengan bersungguh-sungguh mempertahankan keamanan dan kedaulatan
negara. Program ini telah diurusetiakan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(BERNAMA) buat kali ketiga selaku Jawatankuasa Pelaksana.
228 MALAYSIA
2017
Kreativiti@Komuniti (K@K) RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Program Kreativiti @ Komuniti (K@K) telah dirangka
sebagai sebuah program turun padang KKMM
dengan memfokuskan kepada aspek kesedaran dan
pendedahan terhadap industri kandungan kreatif
seperti filem, fotografi, video, muzik, penulisan skrip
dan sebagainya kepada pelajar di luar bandar.
Program K@K adalah hasil kolaborasi antara KKMM
bersama-sama jabatan dan agensi di bawah KKMM
iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan
Penerangan Malaysia (JaPen), Jabatan Hal Ehwal
Logo Kreativiti @ Komuniti Khas (JASA), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Penganjuran program ini dilakukan secara berperingkat dan telah berlangsung
di beberapa lokasi yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti
Zon Timur, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Utara, Zon Sabah dan Zon Sarawak.
Pada tahun 2016, Program K@K telah diadakan di Zon Timur, Zon Sabah dan Zon
Sarawak.
Objektif program K@K ini berlandaskan teras utama KKMM iaitu, pemantapan
industri kreatif. Antara objektif program ini adalah:
• Mencungkil bakat dan mengetengahkan bakat pelajar dan belia luar bandar;
• Menghasilkan generasi pelapis dalam industri kandungan digital;
• Meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar mengenai hasil industri
kandungan digital;
• Mewujudkan kerjasama antara kementerian dan institusi pendidikan bagi
memajukan industri kandungan digital; dan
• Memperkenalkan dan mempromosikan fungsi KKMM dan agensi-agensi di
bawahnya kepada masyarakat luar bandar.
Penganjuran K@K bukan sahaja mampu mencungkil dan mengetengahkan bakat
kreatif dalam kalangan golongan pelajar di kawasan luar bandar, malah program
ini juga memberi impak besar terhadap sokongan masyarakat terhadap kerajaan
sedia ada dengan mempunyai hala tuju dan suara secara bersama.
MALAYSIA 229
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Kl Converge! 2016 [Touch The Future]
Sesi bergambar YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Dato’ Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM dan delegasi-delegasi antarabangsa.
Program KL CONVERGE! 2016 adalah penganjuran kali ketiga kementerian dengan
membawa tema Touch the Future. Program ini telah berlangsung pada 22 hingga
24 September 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan dirasmikan
oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM).
Objektif utama penganjuran KL CONVERGE! adalah untuk menjadikan Kuala
Lumpur sebagai Pusat Pasaran Industri Komunikasi dan Industri Kandungan
Kreatif di peringkat antarabangsa. KL CONVERGE! 2016 telah menyatukan pihak
industri telekomunikasi, multimedia serta belia generasi Y yang kini semakin
berminat untuk menjalankan perniagaan secara atas talian dalam Fiesta Blog
Shop yang telah dibawa oleh pihak MYNIC Berhad.
Seramai 15,000 orang pengunjung dan peserta telah hadir memeriahkan program
yang diaturkan. Penganjuran kali ini telah memberi suntikan baru kepada
generasi muda untuk turut bersama-sama terlibat dalam pelbagai aktiviti yang
telah dijalankan. KL CONVERGE! 2016 juga turut membuka peluang kepada
118 pempamer yang terdiri daripada kementerian, agensi, jabatan, syarikat
telekomunikasi dan penyiaran, peniaga-peniaga produk atas talian dan syarikat
animasi.
230 MALAYSIA
2017
Aktiviti-aktiviti menarik dalam pemantapan industri kreatif telah diadakan RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
sepanjang berlangsungnya penganjuran KL CONVERGE! 2016 seperti Pameran
Industri Komunikasi dan Industri Kandungan, Bengkel dan Masterclass, Bengkel
Perfileman, Sesi Pemadanan Perniagaan Industri Kandungan Kreatif dan Bengkel
Keusahawanan di atas talian.
Program-program yang berteraskan promosi dan perkongsian kandungan kreatif
dan kandungan digital yang menerapkan elemen pembangunan ilmu bersama
karyawan tempatan dan antarabangsa turut diadakan. Antara program-program
tersebut ialah 5th Asian Content Business Summit, VFX in Film Summit, Son et
Lumiere, Asian Youth Entreprenuer Network, The Evolving Digital Content and
Technology Landscape in the Asian Media Market, Pre-Production Process in
Animation, Journey to Developing Amazing and Secure Mobile Application dan
seumpamanya.
Youtube Kids
PELANCARAN YOUTUBE KANAK-KANAK, USAHA SAMA MDEC DAN GOOGLE
MALAYSIA.
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama Google Malaysia
telah melancarkan aplikasi Youtube Kids pada bulan Oktober 2016. Aplikasi ini
juga adalah untuk meraikan usaha kreatif pencipta tempatan dan juga terus
memajukan industri kandungan digital terutamanya dalam kalangan kanak-
kanak. Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna gajet di kalangan
kanak-kanak untuk mencari video dan topik pilihan dengan lebih mudah dan
mesra pengguna seiring usia mereka.
Aplikasi YouTube Kids ini dibangunkan dengan empat kategori carian utama iaitu
shows, music, learning dan explore. Pengguna terutamanya kanak-kanak boleh
menyemak imbas saluran dan senarai playlist video atau topik pilihan melalui
carian suara tanpa perlu menaip dan mesra pengguna.
MALAYSIA 231
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN JABATAN DAN AGENSI
Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Jabatan Penyiaran Malaysia / Radio Malaysia (FINAS)
Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang,
50614 Kuala Lumpur. 68000 Ampang, Selangor.
No. Telefon : 03-2282 5333 No. Telefon : 03-4104 1300
No. Faks : 03-2284 3591 No. Faks : 03-4107 5216
Laman Web : www.rtm.gov.my Laman Web : www.finas.gov.my
Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 5, 8-16 & 18, Kompleks KKMM, Lot 4G9, (BERNAMA)
Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. Wisma BERNAMA, 28, Jalan 1/65A, Off Jalan Tun
No. Telefon : 03-8911 3440 Razak, 50400 Kuala Lumpur.
No. Faks : 03-8911 3466 No. Telefon : 03-2693 9933
Laman Web : www.penerangan.gov.my No. Faks : 03-2698 1102 / 03-2691 3972
Laman Web : www.bernama.com
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Telekom Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Aras 51, Sayap Utara, Menara TM, Jalan Pantai
Malaysia (KKMM)Aras 13,14,19 dan 23, Menara Baharu, 50672 Kuala Lumpur.
MARA,232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 No. Telefon : 03-2240 1221
Kuala Lumpur. No. Faks : 03-2283 2415
No. Telefon : 03-2698 7152; 03-2693 7502 Lawan Web : www.tm.com.my
03-2693 7498; 03-2693 7469
No. Faks : 03-2694 4515 Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
Laman Web : www.jasa.gov.my
Malaysia 63000
Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6,
Abdul Razak (IPPTAR) Cyberjaya, Selangor.
Peti Surat 12163, Jalan Pantai Baharu,59700 No. Telefon : 03-8688 8000
Kuala Lumpur. No. Faks : 03-8688 1000
No. Telefon : 03-2295 7555 Laman Web : www.skmm.gov.my
No. Faks : 03-2295 7575/09-2282 4796
Laman Web : www.ipptar.gov.my POS MALAYSIA BERHAD
Pos Malaysia Berhad 33, Menara Dayabumi,
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi No. Telefon : 1-300-300-300
dan Multimedia, Lot 4G9, Persiaran Perdana, No. Faks : 03-2274 5951
Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Laman Web : www.pos.com.my
Persekutuan, 62100 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8911 5000 MYNIC
No. Faks : 03-8911 7959 Aras 3, Block C, Mines Waterfront Business
Laman Web : www.pdp.gov.my Park, No. 3, Jalan Tasik, Mines Resort City,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
No. Telefon : 03-8943 5510
No. Faks : 03-8943 552 0
MDEC
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
2360 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya,
Selangor.
No. Telefon : 1-800-88-8338/03-8315 3000
No. Faks : 03-8315 3115
Laman Web : www.mdec.my
232 MALAYSIA
2017
KEMENTERIAN LUAR NEGERI RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
YB Dato’ Sri
Anifah bin Haji
Aman
Menteri
YB Dato’ Sri
Reezal Merican
bin Naina Merican
Timbalan Menteri
Kementerian Luar Negeri
No. 1, Jalan Wisma Putra
Presint 2, 62602 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8000 8000
Laman Web : www.kln.gov.my
MALAYSIA 233
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN PENGENALAN
Persediaan asas untuk menubuhkan Kementerian Luar Negeri Malaysia bermula
sejak tahun 1956 lagi. Untuk menguruskan kementerian ini yang pada mulanya
dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA), sekumpulan 11 orang
diplomat perintis dihantar ke Britain dan Australia untuk mendapatkan latihan.
Pada tahun 1966, nama kementerian ini diubah menjadi Kementerian Luar Negeri
dan ia berpindah dari Bangunan Sultan Abdul Samad ke kompleks barunya yang
dikenali sebagai Wisma Putra yang terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur.
Sejak itu, Kementerian Luar Negeri juga dikenali sebagai WISMA PUTRA. Pada 17
September 2001, Kementerian Luar Negeri memulakan operasi di kompleksnya di
No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Putrajaya.
Perwakilan Diplomatik Malaysia yang pertama ditubuhkan di London, Washington,
Canberra, New York, New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Menjelang tahun 1963,
Malaysia telah menubuhkan 14 Perwakilan Diplomatik di luar negeri. Bilangan ini
semakin bertambah sehingga mencapai angka 21 pada tahun 1966. Pada hari ini,
Malaysia mempunyai 111 Perwakilan Diplomatik dan satu pejabat persahabatan
dan perdagangan di serata dunia, satu bukti membanggakan yang menunjukkan
sejauh mana berkembangnya kementerian dalam beberapa tahun tersebut,
sejajar dengan kemajuan Malaysia. Penubuhan Perwakilan Diplomatik ini menjadi
pelengkap kepada tugas kementerian dan peluasan bagi Kementerian Luar Negeri
Malaysia di luar negeri.
Kementerian Luar Negeri atau dikenali sebagai Wisma Putra merupakan penggerak
diplomasi dan hubungan antarabangsa Malaysia. Sebagai kementerian utama yang
melaksanakan dasar luar negara, Kementerian Luar Negeri bertanggungjawab
mempertahan dan memperjuangkan keutuhan, kedaulatan, dan kepentingan
negara melalui amalan diplomasi yang selaras dengan ketetapan undang-
undang antarabangsa. Selain daripada itu, kementerian ini turut menyediakan
perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti kepada pemegang taruh dan
pelanggan kementerian, termasuk melalui rangkaian Perwakilan Diplomatik di 85
negara serata dunia.
Dalam melaksana dasar luar negara dan menjamin keselamatan dan kepentingan
Malaysia di persada dunia, usaha memupuk hubungan dua hala yang baik antara
Malaysia dan negara-negara lain diteruskan. Seiring dengan isu-isu serantau dan
antarabangsa yang semakin kompleks dan merentas sempadan, usaha melalui
kerjasama ASEAN diberi keutamaan sebagai pemangkin dialog serantau.
Melalui diplomasi proaktif kementerian ini giat bekerjasama secara kolektif
dengan negara-negara lain dalam menangani isu-isu bersifat global dan merentas
sempadan yang turut mempengaruhi keadaan politik, ekonomi dan sosial
negara. Pada masa yang sama, peranan aktif dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) dan Komanwel adalah penting bagi mewujudkan persekitaran
yang kondusif demi pembangunan nasional.
Peranan kementerian dalam mencapai matlamat dasar luar negara telah
membawa kepada pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara ahli komuniti
antarabangsa yang bertanggungjawab dan rakan kerjasama yang berkaliber
234 MALAYSIA
2017
dalam menyumbang ke arah kestabilan dan keamanan dunia sejagat. Kementerian RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
ini akan terus memastikan hala tuju dasar luar negara adalah konsisten dengan
aspirasi Malaysia untuk menjadi ‘Suara di Persada Antarabangsa’ ke arah mencapai
status negara maju dan inklusif menjelang 2020.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
Rundingan Tahunan Ke-11 Antara Perdana Menteri
Malaysia dan Presiden Republik Indonesia
Rundingan Tahunan di antara YAB Perdana Menteri Malaysia dan Presiden
Republik Indonesia yang ke-11 telah diadakan pada 1 Ogos 2016 di Jakarta,
Indonesia. Rundingan Tahunan ke-11 ini merupakan Rundingan Tahunan yang
julung kali di antara YAB Perdana Menteri dan TYT Presiden Republik Indonesia
Joko Widodo di bawah kerangka mekanisme rundingan tahunan.
Rundingan Tahunan ke-11 mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk
mengukuhkan hubungan erat dan rapat yang telah sekian lama terjalin. Pada
tahun 2016, Indonesia merupakan rakan dagang global ketujuh terbesar Malaysia
dan ketiga terbesar di kalangan negara-negara ASEAN. Nilai perdagangan dua hala
Malaysia-Indonesia pada tahun 2016 berjumlah RM57.09 bilion (USD12.81 bilion)
manakala perdagangan dua hala pada tahun 2015 direkodkan bernilai RM60.16
bilion (USD15.41 bilion).
Rundingan Tahunan ke-10 telah diadakan pada 19 Disember 2013, di Jakarta,
Republik Indonesia di antara YAB Perdana Menteri dan bekas Presiden Susilo
Bambang Yudhoyono. Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Rundingan
Tahunan ke-12 pada tahun 2017.
MALAYSIA 235
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Presiden Joko Widodo semasa
Rundingan Tahunan ke-11, Jakarta, Indonesia, 1 Ogos 2016
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik
Singapura berkenaan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur
– Singapura
TYT Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Singapura telah mengadakan
lawatan kerja ke Malaysia pada 19 Julai 2016. Semasa lawatan kerja tersebut, YAB
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Lee Hsien
Loong telah menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman
antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura berkenaan Projek
Kereta Api Laju Kuala Lumpur – Singapura.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik
Singapura berkenaan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur – Singapura pada 19 Julai 2016
236 MALAYSIA
2017
TYT Lee Hsien Loong telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia bagi RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
menghadiri Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura yang ke-7
pada 13 Disember 2016. Pada sesi permukiman tersebut, Malaysia dan Singapura
telah memeterai Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Republik Singapura
berkenaan Keretapi Laju Kuala Lumpur – Singapura. Projek ini dijangka akan
meningkatkan kesalinghubungan dan memudahkan perjalanan antara Kuala
Lumpur dan Singapura serta meningkatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.
Majlis Menandatangani Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Republik Singapura berkenaan
Keretapi Laju Kuala Lumpur – Singapura, 13 Disember 2016
Rundingan Tahunan Ke-6 Antara Perdana Menteri Malaysia
dan Perdana Menteri Thailand.
Atas jemputan Kerajaan Thailand, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke Bangkok, Thailand dari 8 hingga
9 September 2016 bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-6 Antara Perdana
Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand . Ini merupakan kali pertama YAB
Perdana Menteri bertemu dengan Jeneral Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri
Thailand melalui mekanisme Rundingan Tahunan, sejak Jeneral Prayut Chan-o-cha
menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand pada tahun 2014.
MALAYSIA 237
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Rundingan Tahunan ke-6 Antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand
Sesi Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri
Pertubuhan Kerjasama Islam Mengenai Situasi Minoriti
Islam Rohingya di Myanmar.
Malaysia telah menganjurkan Sesi Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar
Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam Mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di
Myanmar bertempat di Kuala Lumpur pada 19 Januari 2017. Sesi Tergempar ini
diadakan berikutan kebimbangan yang semakin memuncak terhadap tindakan
keganasan dan pencabulan hak asasi manusia yang berterusan ke atas minoriti
Islam Rohingya di Wilayah Rakhine, Myanmar, semenjak 9 Oktober 2016. Seramai
42 daripada 56 negara anggota OIC (termasuk Malaysia) telah hadir ke Sesi
Tergempar tersebut. Turut hadir ke Sesi Tergempar ini ialah TYT Dr. Yousef bin
Ahmad Al-Othaimeen, Setiausaha Agung OIC. Pada akhir Sesi Tergempar tersebut,
negara-negara anggota OIC telah menerima pakai dua dokumen hasil iaitu Resolusi
Mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar dan Kenyataan Akhir (Final
Communique) Sesi Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri OIC Mengenai
Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar. Penganjuran Sesi Tergempar ini
membuktikan keikhlasan dan komitmen Malaysia dalam menangani kesengsaraan
dan penderitaan masyarakat Rohingya di Wilayah Rakhine.
Malaysia sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tempoh
Dua Tahun Mulai 2015 Hingga 2016
Keanggotaan Malaysia di Majlis Keselamatan PBB (MKPBB) yang bermula pada
1 Januari 2015 telah berakhir pada 31 Disember 2016. Dari September hingga
Disember 2016, Malaysia telah menganjurkan satu mesyuarat tidak formal pada
14 Oktober 2016 mengenai isu penempatan haram oleh Israel di wilayah Palestin
yang dijajahnya. Mesyuarat tersebut telah membuka laluan kepada pembentangan
dan kelulusan Resolusi 2334 oleh MKPBB pada 23 Disember 2016. Malaysia juga
telah terlibat secara langsung di dalam proses pemilihan Setiausaha Agung PBB
yang baharu bagi penggal 2017 sehingga 2021 yang diterajui oleh MKPBB.
238 MALAYSIA
2017
Dalam tempoh ini, Malaysia telah Keganasan Dan Keganasan RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
meneruskan usaha memajukan agenda Melampau
Palestin di MKPBB. Malaysia telah
menganjurkan satu mesyuarat tidak Kementerian Luar Negeri terus
formal pada 14 Oktober 2016 mengenai memainkan peranan aktif dan bersuara
isu penempatan haram oleh Israel lantang dalam mengetengahkan isu
di wilayah Palestin yang dijajahnya. mengenai pencegahan keganasan dan
Mesyuarat tersebut telah membuka membendung keganasan melampau di
laluan kepada pembentangan dan peringkat serantau dan antarabangsa,
kelulusan Resolusi 2334 oleh MKPBB termasuklah di ASEAN, PBB, Pertubuhan
pada 23 Disember 2016. Pembentangan Kerjasama Islam (OIC), Kerjasama
draf resolusi berkenaan yang Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Pakatan
diterajui oleh Malaysia, menegaskan Global Menentang Daesh. Ini dapat
bahawa penempatan haram Israel di dilihat melalui penyertaan Malaysia
wilayah jajahan Palestin mengancam dalam persidangan antarabangsa
pencapaian resolusi dua negara di seperti YAB Timbalan Perdana Menteri
mana Palestin dan Israel wujud berjiran yang menghadiri International Meeting
secara damai, mencabul undang- on Counter-Terrorism: Cross Border
undang antarabangsa dan harus Movement of Terrorism di Bali,
dihentikan segera. Peranan Malaysia Indonesia pada 10 Ogos 2016, dan YB
dalam membentangkan resolusi Menteri Luar Negeri yang menghadiri
tersebut membuktikan komitmen United Nations Conference on
Malaysia untuk memperjuangkan hak Preventing Violent Extremism (PVE) di
rakyat Palestin serta mencerminkan Geneva, Switzerland dari 7-8 April 2016
kepimpinan Malaysia berhubung isu ini dan Meeting of the Foreign Ministers of
di arena antarabangsa. the Global Coalition Against Daesh di
Washington DC, AS pada 22 Mac 2017.
World Economic Forum (Wef) International Civil Aviation
On ASEAN 2016 Organisation (ICAO)
Malaysia telah terpilih menjadi tuan Malaysia telah memenangi kerusi ahli
rumah bagi penganjuran forum majlis Pertubuhan Penerbangan Awam
antarabangsa, Forum Ekonomi Dunia Antarabangsa (ICAO) Kategori III untuk
(WEF) ASEAN, bersempena dengan penggal 2016-2019 yang di adakan di Ibu
penganjuran ASEAN di Malaysia pada Pejabat ICAO di Montreal, Canada pada
tahun sebelumnya. 4 Oktober 2016.
Pelantikan Duta Besar Universal Postal Union (UPU)
Malaysia Ke Austria Sebagai
Presiden Persidangan Agung Malaysia telah memenangi kerusi ahli
IAEA Kali Ke-60 Majlis Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
untuk penggal 2017-2020 yang diadakan
Malaysia telah diberi penghormatan pada 5 Oktober 2016 di Istanbul, Turkey.
yang tinggi oleh Negara-Negara Malaysia telah menerima 124 undian
Anggota (International Atomic Energy daripada 151 ahli-ahli UPU.
Agency - IAEA) menerusi pelantikan
TYT Dato’ Adnan Othman, Wakil Tetap
Malaysia Ke PBB di Vienna, Austria
sebagai Presiden Persidangan Agung
IAEA Kali ke-60.
MALAYSIA 239
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Hari Hak Asasi Manusia 2016
Institute of Diplomacy and Foreign Affairs (IDFR) dengan kerjasama Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM) dan Pasukan Negara-negara Bersatu Malaysia telah menganjurkan
Hari Peringatan Bersama Hari Hak Asasi Manusia pada 8 Disember 2016,
bertemakan “Hak Asasi Manusia di Malaysia: Menuju ke Arah Status Negara Maju”.
Sambutan itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Hajah Norani Ibrahim,
Pengarah Projek Khas merangkap Pemangku Ketua Pengarah IDFR dan ucapan
pembukaan disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail,
Presiden UNAM, diikuti dengan dua panel perbincangan.
Panel perbincangan pertama yang dianggotai oleh Daniel Lo Soo Jeng, Pegawai
Khas Hak Asasi Manusia, dari pejabat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri; Tan Sri Hasmy Agam, mantan Pengerusi Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia; dan Andrew Koo, Pengerusi Bersama Majlis Bar
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia membincangkan mengenai Acession to Core
International Human Rights Treaties – Where We moved from Here.
Perbincangan panel kedua berkisar pada Human Rights in Malaysia – Towards a
Developed Nation Status dan pemudahcara untuk sesi perbincangan ini adalah
Dato’ M Santhananaban, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia. Manakala
ahli panel terdiri daripada Richard Towle, Wakil Suruhanjaya Bangsa-Bangsa
Bersatu untuk Pelarian; Profesor Jomo Kwame Sundaram dari ISIS Malaysia; dan
Zainah Anwar, Pengarah A Global Movement for Equality and Justice in the Muslim
Family.
Majlis sambutan Hari Hak Asasi manusia ini merupakan platform untuk semua
yang hadir bagi membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi mengenai hak
asasi manusia dalam konteks Malaysia. Ia juga menjadi ruang untuk mencari
dan mengenalpasti penambahan serta cara-cara yang praktikal untuk bergerak
dalam meratifikasi dan menerima pelbagai Konvensyen Persatuan Bangsa-
Bangsa mengenai Hak Asasi Manusia. Sumbangan-sumbangan luar biasa yang
telah dilakukan bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia
juga turut diraikan serta diperakukan di majlis sambutan tersebut dan ucapan
penutup untuk majlis ini telah dilakukan oleh Tan Sri Razali Ismail selaku Pengerusi
SUHAKAM.
240 MALAYSIA
2017
JABATAN DAN AGENSI PIHAK BERKUASA KEBANGSAAN Konvensyen RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Senjata Kimia (CWC)
Jabatan Hubungan Dua Hala No. Telefon : 03-8887 4514
No. Telefon : 03-8887 4141 No. Faks : 03-8889 4276
No. Faks : 03-8889 2851
Bahagian Komunikasi Dan Diplomasi Awam Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri
No. Telefon : 03-8887 4063 No. Telefon : 03-2149 1000
No. Faks : 03-8889 2726 No. Faks : 03-2144 5640
Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah
No. Telefon : 03-8887 4197 Keganasan (SEARCCT)
No. Faks : 03-8889 2939 No. Telefon : 03-2280 2800
No. Faks : 03-2274 9487
Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia
No. Telefon : 03-8887 4194 Bahagian Hal Ehwal Maritim
No. Faks : 03-8889 2755 No. Telefon : 03-8887 4013
No. Faks : 03-8889 5751
Jabatan Perancangan Dasar Dan
Penyelarasan Bahagian Undang-Undang
No. Telefon : 03-8887 4448 No. Telefon : 03-8887 4482
No. Faks : 03-8889 5754 No. Faks : 03-8889 2757
Jabatan Protokol Dan Konsular Unit Integriti
No. Telefon : 03-8887 4287 No. Telefon : 03-8887 4290
No. Faks : 03-8889 2720 No. Faks : 03-8881 0941
Bahagian Konsular
No. Faks : 03-8889 2923
MALAYSIA 241
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN KEMENTERIAN SUMBER
MANUSIA
YB Dato’ Sri (Dr)
Richard Riot
anak Jaem
Menteri
YB Dato’ Sri Dr. Hj
Ismail bin Hj Abd.
Muttalib
Timbalan Menteri
Kementerian Sumber Manusia
Blok D3 & D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8000 8000
No. Faks : 03-8890 5205
Laman Web : www.mohr.gov.my
242 MALAYSIA
2017
PENGENALAN untuk menonjolkan bakat kemahiran RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
di peringkat ASEAN. Pertandingan ini
Kementerian Sumber Manusia terbuka kepada belia berumur 17 hingga
ditubuhkan untuk membangunkan 22 tahun dan berkemahiran dalam
sumber tenaga kerja yang kompetitif bidang berkaitan.
dan keadilan sosial di kalangan pekerja
di Malaysia. Kementerian ini memastikan Turut berlangsung serentak dengan
dasar-dasar sumber tenaga manusia penganjuran ASC 2016 di MAEPS
yang digubal berkualiti dan praktikal Serdang ialah Karnival dan Ekspo
untuk dilaksanakan selain memastikan Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2016.
hubungan dan kerjasama antara jabatan- Karnival ini merupakan program
jabatan/agensi di bawah kementerian, berskala besar yang dianjurkan dengan
majikan dan pihak pekerja sentiasa tujuan untuk memberikan pendedahan
kukuh dan harmoni. Di samping itu, kepada orang ramai mengenai bidang
kementerian ini juga bertanggungjawab dan latihan kemahiran yang menjadi
memastikan perkhidmatan sokongan tunjang kepada pembangunan modal
seperti keperluan perjawatan, kewangan insan yang berpengetahuan serta
dan kelengkapan peralatan pengurusan yang berorientasikan teknologi. Antara
dan pentadbiran mencukupi, dalam program menarik dalam KEKK 2016 ialah
keadaan boleh guna dan tersedia pada Karnival Kerjaya yang berkonsepkan
setiap masa untuk digunakan. Jobseekers For TEVT dan Try a Skill yang
menawarkan pengalaman kepada
AKTIVITI DAN pengunjung untuk menjalankan misi
tertentu bagi merasai sendiri pelbagai
PENCAPAIAN bidang kemahiran yang ingin diterokai.
Selain itu, tiga aktiviti bagi catatan
Asean Skills Competition Malaysia Book of Records juga turut
(ASC) Dan Karnival berlangsung iaitu Perhimpunan Perantis
Dan Ekspo Kemahiran TVET Terbesar Menservis Motosikal
Kebangsaan (KEKK) 2016 (mencatat Malaysia Book of Record
seramai 592 peserta), Perhimpunan
Malaysia telah menjadi tuan rumah Perantis TVET Terbesar Menggunting
buat kali yang kedua bagi pertandingan Rambut (mencatat Malaysia Book
kemahiran peringkat ASEAN kali ke-11 of Record seramai 516 peserta) dan
iaitu ASEAN Skills Competition (ASC) 2016. Malaysia Book Of Record bagi Jahitan
Pertandingan ini telah berlangsung pada Manik Bunga Raya Terbesar.
19 hingga 29 September 2016 di MAEPS
Serdang, Selangor. Tema ASC 2016 ialah Program Job Fair @ UTC
Skills For A Brighter Future. Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016
telah muncul sebagai juara keseluruhan
pertandingan ini dengan memenangi 22 Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan
pingat emas, 4 pingat perak dan 5 pingat 2016 merupakan program kerjasama
gangsa. ASC telah dianjurkan sejak 1995 antara Kementerian Sumber Manusia
dan Malaysia menjadi tuan rumah bagi dengan Unit Strategi Nasional (NSU),
pertandingan ini pada tahun tersebut. di bawah Kementerian Kewangan
Sejak itu, pertandingan berprestij ini Malaysia. Program ini telah berlangsung
dianjurkan setiap dua tahun secara secara serentak di sembilan buah
bergilir oleh negara-negara ASEAN. Pusat Transformasi Bandar (UTC) di
ASC merupakan landasan kepada para seluruh Malaysia pada 5 November
belia untuk bertanding, mendapat 2016 (Sabtu) mulai jam 10.00 pagi
pengiktirafan serta memperolehi peluang hingga 8.00 malam. UTC yang terlibat
ialah UTC Kedah (Alor Setar), UTC Perak
MALAYSIA 243
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN (Ipoh), UTC Kuala Lumpur (Pudu), UTC Hari Kerjaya Kebangsaan Train Ride
Melaka (Bandar Melaka), UTC Johor Dan Kembara Kerjaya 2016 telah
(Johor Bahru), UTC Pahang (Kuantan), berlangsung mulai 19 hingga 21
UTC Kelantan (Kota Baharu), UTC Ogos 2016 ini dijalankan di empat
Sarawak (Kuching) dan UTC Sabah (Kota stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB)
Kinabalu). Objektif program tersebut haluan utara. Bermula dengan majlis
adalah untuk mempromosikan UTC perasmian oleh YB Dato’ Sri Richard
sebagai Hub Perkhidmatan Pekerjaan Riot Anak Jaem, Menteri Sumber
(Employment Hub) dengan menawarkan Manusia di Stesen KTMB Kuala Lumpur
peluang pekerjaan kepada seluruh (Kuala Lumpur Old Station) pada 19
lapisan masyarakat selaras dengan Ogos 2016, program diteruskan lagi
konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Stesen KTMB Ipoh pada hari yang
(NBOS). sama. Program seterusnya dijalankan
di Stesen KTMB Arau pada 20 Ogos
Antara aktiviti yang dijalankan di 2016 dan di Stesen KTMB Sungai Petani
sepanjang program tersebut ialah pada 21 Ogos 2016. Pengisian utama
temuduga terbuka, pendaftaran carian program di keempat-empat lokasi
pekerjaan, ceramah kerjaya, kajian- tersebut ialah pameran kerjaya dan
Klinik Kerjaya serta demontrasi bakat temu duga terbuka oleh para majikan
dan kemahiran (Industri Kreatif). yang mengambil bahagian.
Sejumlah 18,046 kekosongan jawatan
telah ditawarkan sepanjang program ini
berlangsung yang melibatkan sebanyak
282 majikan di seluruh Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,836
penempatan pekerjaan telah ditawarkan
kepada pencari kerja dalam temu duga
yang dijalankan pada program tersebut.
Program Hari Kerjaya
Kebangsaan Train Ride Dan
Kembara Kerjaya 2016
Program yang julung-julung kali
dianjurkan ini merupakan program
yang bertujuan untuk merakyatkan
perkhidmatan awam kepada pelbagai
lapisan masyarakat melalui program
outreach dengan kerjasama pelbagai
kementerian, jabatan dan agensi secara
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
dalam penyampaian perkhidmatan
pekerjaan. Selain itu, penganjuran
program ini juga bertujuan untuk
mempromosi peranan, fungsi serta
tanggungjawab yang dilaksanakan oleh
Kementerian Sumber Manusia secara
komprehensif dalam meningkatkan
kemahiran tenaga kerja negara secara
berterusan bagi memenuhi permintaan
pasaran buruh negara pada masa kini
dan akan datang.
244 MALAYSIA
2017
JABATAN DAN AGENSI RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Aras 6, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. Aras 7 & 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat
No. Telefon : 03 8886 5435
No. Faks : 03 8889 2412 Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Laman Web : www.jtm.gov.my
62530 Putrajaya.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
(JTKSM) No. Telefon : 03 8886 5444
Aras 5, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. No. Faks : 03 8889 2427
No. Telefon : 03 8886 5061
No. Faks : 03 8889 2368/ 03-8888 9111 Laman Web : www.dsd.gov.my
Laman Web : www.jtksm.mohr.gov.my
Institut Maklumat dan Analisis Pasaran
Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah)
Tingkat 1, Blok C & D, Bangunan KWSP, P.O Buruh (ILMIA)
Box 14557, 88852 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 088 238 755/233 820/237 258 G07-G12,Right Wing, Block 2320, Century
No. Faks : 088 242 445
Laman Web : www.jtksbh.mohr.gov.my Square, Jalan Usahawan, Cyber 6,
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) 63000, Cyberjaya, Selangor.
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan
Simpang Tiga, 93532 Kuching, Sarawak. No. Telefon : 03 8318 2433
No. Telefon : 082 242261/414062
No. Faks : 082 244909/237051 No. Faks : 03 8318 0709
Laman Web : www.jtkswk.mohr.gov.my
Laman Web : www.ilmia.gov.my
Mahkamah Perusahaan (MP)
Jalan Mahkamah Persekutuan, 50544 Kuala Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Lumpur. 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03 9236 5000 No. Telefon : 03 4264 5000/1-300-22-8000
No. Faks : 03 2691 6418 No. Faks : 03 4256 7798
Laman Web : www.mp.gov.my Laman Web : www.perkeso.gov.my
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(JPPM) (PSMB)
Aras 9, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Jalan Beringin, Damansara Heights,
Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. 50490 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03 8886 5460 No. Telefon : 1800-88-4800
No. Faks : 03 8889 2355 No. Faks : 03 2096 4999
Laman Web : www.jpp.mohr.gov.my Laman Web : www.hrdf.com.my
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Institut Keselamatan Dan Kesihatan
Aras 2, Blok D4, Kompleks D, Pusat pentadbiran Pekerjaan Negara (NIOSH)
Persekutuan, 62500 Putrajaya. Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15, 43650 Bandar
No. Telefon : 03 8886 5415 Baru Bangi, Selangor.
No. Faks : 03 8889 2429 No. Telefon : 03 8769 2100
Laman Web : www.jheks.mohr.gov.my No. Faks : 03 8926 2900
Laman Web : www.niosh.com.my
Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran (PTPK)
Aras 15, 16, 17, 18, 19 dan 27, Menara Dato’
Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
No. 45 Jalan Tun Ismail, 50530 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03 4047 6200
No. Faks : 03 4047 6142
Laman Web : www.ptpk.gov.my
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP)
Aras 5, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Pesekutuan, 62530 Putrajaya.
No. Telefon : 03 8886 5343
No. Faks : 03 8889 2443
Laman Web : www.dosh.gov.my
MALAYSIA 245
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN
YB Dato’ Seri
Hamzah bin
Zainudin
Menteri
YB Dato’ Henry
Sum Agong
Timbalan Menteri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62623 Putrajaya
No. Telefon : 03-8000 8000
Laman Web : www.kpdnkk.gov.my
246 MALAYSIA
2017
PENGENALAN RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan
ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan kementerian adalah
untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika
dan melindungi kepentingan pengguna. Peranan dan fungsi kementerian telah
diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
KPDNKK berfungsi untuk menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-
perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan
kepenggunaan. Seiring dengan matlamat negara untuk menjadi negara yang
berpendapatan tinggi, KPDNKK telah sepakat untuk menjadi penggerak sektor
domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan, membentuk ekonomi
domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif dan membangunkan ekosistem
perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
SKIM PENSTABILAN HARGA
MINYAK MASAK (COSS)
Bermula 1 Nov 2016, KPDNKK telah
mengambil alih pengurusan Skim
Penstabilan Harga Minyak Masak dari
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan
Komoditi. Hanya minyak masak pek 1kg
(plastik/polybag) sahaja diberikan subsidi
dan pembungkusan lain minyak masak
adalah mengikut harga pasaran. Harga
runcit minyak masak pek 1kg (plastik/polybag) ditetapkan pada RM2.50/kg oleh
kementerian. Kuota baru yang diberikan setakat ini adalah mencukupi untuk
keperluan rakyat Malaysia. Pembungkusan lain minyak masak seperti 1kg (botol),
2kg (botol), 3kg (botol) dan 5kg (botol) boleh dijual dengan harga pasaran tetapi
masih tertakluk kepada Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 dan Akta
Persaingan 2010.
Harga runcit minyak masak pek 1kg (plastik/polybag) sebanyak RM2.50 /kg adalah
antara yang terendah di negara ASEAN. Tujuan pelaksanaan rasionalisasi:
• Mengurangkan ketirisan
• Pemberian subsidi bersasar terutama kumpulan B40
KADS1M-DEBIT
Program KADS1M-Debit telah diadakan pada
18 November 2016 dan dirasmikan oleh
YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Menteri
KPDNK di Dewan Serbaguna, Presint 2
KPDNKK. (KADS1M)-Debit merupakan salah
satu inisiatif penambahbaikan KADS1M
flash card sedia ada. Selaras dengan
penambahbaikan (KADS1M)-Debit, faedah
dan kaedah penggunaan kad turut di tambah
MALAYSIA 247
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN baik. Kelebihan (KADS1M)-Debit adalah ia merupakan platform Mastercard dan
CIRRUS. Pengeluaran tunai melalui ATM MEPS tidak akan dikenakan caj 6 peratus
GST. Bagi transaksi yang dilakukan oleh siswazah di luar negara menggunakan kad
ini tidak akan dikenakan caj tambahan. Kelebihan ini memudahkan para siswazah
untuk melakukan transaksi dan dalam masa yang sama menerima diskaun bagi
pembelian di rakan dagang terpilih.
KARNIVAL JUALAN MEGA KPDNKK
2016
Karnival Jualan Mega KPDNKK 2016 pada
23 hingga 27 November 2016 di Dataran
Angsana, Johor Bahru, Johor telah dirasmikan
oleh DYMM Tuanku Sultan Johor. Karnival ini
diadakan untuk mengetengahkan karnival
jualan besar-besaran sebagai pilihan
kepada masyarakat untuk berbelanja
pada harga yang berpatutan disamping
membantu pengeluar untuk memasarkan
dan mempromosikan produk-produk
buatan Malaysia serta perkhidmatan
mereka, sekali gus merancakkan kegiatan
ekonomi domestik serta menggalakkan
pembangunan industri tempatan. Karnival
ini akan mengetengahkan tiga segmen
utama iaitu karnival jualan, pameran dan
tarikan pengunjung.
Segmen karnival jualan menampilkan
booth perniagaan yang menggabungkan
pempamer dari kelompok usahawan
seperti para pengilang, peruncit, usahawan
perusahaan kecil dan sederhana (PKS),
usahawan online, francais, koperasi, vendor
dan hypermarket. Produk dan perkhidmatan
diklusterkan mengikut 11 kategori iaitu
perabot dan kelengkapan rumah, automotif,
kelengkapan dan peralatan elektrik, pakaian
dan kasut, makanan dan minuman, buku/
majalah dan penerbitan, hypermarket,
gajet, kesihatan dan kecantikan, pakej
perkhidmatan dan lain-lain.
Segmen pameran akan melibatkan
pelbagai pengisian seperti pameran agensi kerajaan dan NGO, klinik francais
dan kepenggunaan, latihan perniagaan, pelancaran produk serta aktiviti suaian
perniagaan (business matching). Manakala segmen tarikan pengunjung terdiri
daripada karnival food truck yang menghimpunkan lebih 60 trak makanan dengan
pelbagai variasi pilihan di tapak Karnival, konsert dan sesi meet and greet bersama
selebriti popular tanah air, sesi pocket talk oleh personaliti/usahawan berjaya,
jualan happy hour, demonstrasi produk, kuiz santai, permainan kanak-kanak,
cabutan bertuah dan pelbagai lagi.
248 MALAYSIA
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Misi Promosi Francais Malaysia Ke Jakarta, Indonesia
Sejajar dengan usaha membawa jenama francais tempatan ke persada
antarabangsa, KPDNKK menyediakan kemudahan kepada francaisor tempatan
menyertai pameran perdagangan francais antarabangsa di luar negara yang
dikenalpasti berpotensi. Misi Promosi Francais Malaysia ke Luar Negara
(Franchise Expansion) bertujuan untuk membantu usahawan francais tempatan
mengembangkan rangkaian perniagaan mereka ke luar negara di samping
mempromosikan jenama Francais Malaysia di mata dunia. Selain pameran oleh
francaisor tempatan, pengisian sepanjang misi adalah khidmat nasihat, padanan
perniagaan, kunjungan hormat kepada Pegawai Tinggi agensi berkaitan dan
lawatan outlet francais di negara yang dilawati.
Pada tahun 2016, sejumlah empat misi telah diadakan di empat buah negara iaitu
Republik Indonesia, Filipina, Australia dan Republik Rakyat China. Misi ke Jakarta,
Indonesia telah diadakan sempena International Franchise, Licence & Business
Concept Expo & Conference (IFRA) 2016 dari 3 hingga 5 Jun 2016 dan telah diketuai
oleh YB Menteri KPDNKK. Sebanyak 12 syarikat francais Malaysia telah menyertai
pameran tersebut iaitu Ani Sup Utara, Marrybrown, The Manhattan FISH Market,
Paddington House of Pancakes, BJ Kindeeland, Q-dees, Cambridge English For Life,
Zayyan, Zawara, Cosry, AquanaNo. dan Ballon Buzz.
Hasil daripada pelaksanaan misi ini, sejumlah RM15.87 juta potensi pelaburan
francais telah berajaya direkodkan melalui 72 potensi francaisi. Daripada jangkaan
tersebut, ‘Aquanano’ sebuah francais Bumiputera tempatan yang menyediakan
perkhidmatan dobi layan diri telah berjaya melantik tujuh francaisi di sekitar
republik berkenaan dengan nilai jualan francais mencecah RM1.69 juta hanya
dalam tempoh enam bulan selepas penyertaan misi ke Jakarta, Indonesia.
MALAYSIA 249
2017
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN JABATAN DAN AGENSI
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Menara PNS Tower 7, Avenue 7 Bangsar South
Menara SSM@Sentral, No.7 Jalan City, No.8 Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-2082 7788
Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, No. Faks : 03-2082 7787
Laman Web :www.pns.com.my
50623 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-7721 4000
No. Faks : 03-7721 4001
Laman Web : www.ssm.com.my
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank
Unit 1-7, Aras Bawah, Tower B, Menara Rakyat)
UOA Bangsar, No.5 Jalan Bangsar Utama 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan
59000 Kuala Lumpur. Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.
No.Telefon : 03-2299 8400 No. Telefon : 03-2612 9600
No. Faks : 03-2299 8989 No. Faks : 03-2272 2309
Laman Web : www.myipo.gov.my Laman Web : www.bankrakyat.com.my
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Level 15, Menara SSM@Sentral, No.7 Jalan
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur. 50623 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-2083 4000 No. Telefon : 03-2273 2277
No. Faks : 03-2083 4100 No. Faks : 03-2272 2293 / 1692
Laman Web : www.skm.gov.my Laman Web : www.mycc.gov.my
Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Jaya,
103 Jalan Templer, 46700 Petaling
Selangor.
No. Telefon : 03-7964 9000
No. Faks : 03-7957 0434
Laman Web : www.mkm.edu.my
250 MALAYSIA
2017