The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by my syafiqah, 2022-04-02 19:49:13

contoh skrip drama radio pendek 2

contoh skrip drama radio pendek 2

Antologi
Skrip Drama
Bahasa Melayu:
Pasca-Wawasan 2020

1

ISI KANDUNGAN 3

Pengantar 4
Bab 1 Lari 15
Bab 2 Warkah 32
Bab 3 Maya
Bab 4 Angkara 47
Bab 5 Langit 73
Bab 6 Chiaroscuro 91
Bab 7 S.I.L.E.N.T 109
Bab 8 Manikam 131
Bab 9 Pagar 152
Bab 10 Prasangka 173

2

PENGANTAR

Manuskrip ini menghimpunkan sepuluh skrip drama
bahasa Melayu yang dihasilkan oleh penulis yang
berbeza. Skrip drama tersebut ialah Lari, Warkah, Maya,
Angkara, Langit, Chiaroscuro, S.I.L.E.N.T, Manikam,
Pagar dan Prasangka. Penghasilkan manuskrip ini
bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan
kajian kepada penggiat dan pengkaji sastera, khususnya
dalam bidang penulisan skrip drama bahasa Melayu.
Terdapat kelainan gaya bahasa yang digunakan oleh
penulis-penulis skrip drama bagi mengindahkan
persembahan penulisan mereka di samping untuk
memanipulasi bahasa bagi menyampaikan mesej secara
implisit. Penulis-penulis juga cuba mengaplikasikan
sistem bahasa yang berlainan rumus dan mazhab bahasa.
Selain aspek bahasa, penulis-penulis juga mempamerkan
kelainan dari aspek penghasilan plot, perwatakan dan latar
bagi skrip drama mereka. Kelainan-kelainan tersebut
mungkin dapat diteliti dan dikaji oleh penggiat dan
pengkaji sastera demi membuat penambahbaikan atau
pencambahan ilmu dalam bidang penulisan skrip drama
di Malaysia.

Muhammad Zuhair Zainal
Nurul Fazzuan Khalid
Pusat Pengajian Ilmu Pendidkan
Universiti Sains Malaysia

3

Tema
Wawasan Kemakmuran 2030

Tajuk
Lari

Penulis Skrip
Nur Atiqah binti Abd Karim

Pelakon:
Akhbar: Seorang ahli perniagaan yang membuka syarikat
X-CAPE Travel Agency iaitu syarikat berasaskan
pelancongan.
Tan Sri Rafael: Seorang ahli politik yang
bertanggungjawab dalam pengurusan tender pelacongan
negara.
Yong: Seorang perempuan berbangsa Cina yang
merupakan rakan kongsi syarikat X-CAPE Travel
Agency.
Mala: Seorang perempuan berbangsa India merupakan
rakan kongsi syarikat X-CAPE Travel Agency.
Suhaila: Seorang perempuan berbangsa Melayu
merupakan rakan kongsi kepada syarikat X-CAPE Travel
Agency.
Cikgu Anis: Adik perempuan kepada Arif yang menjadi
mangsa penculikan Ah Long
Ah Long: Seorang lelaki berketurunan Cina yang
menjalankan perniagaan pinjaman wang tidak berlesen.
Pelancong-pelancong: Pelancong-pelancong asing yang
datang melawat Malaysia

4

Wartawan: Seorang wartawan TV BBM yang melaporkan
isu-isu semasa.
Pegawai SPRM: Seorang pegawai SPRM yang bertugas
memberkas pesalah rasuah.
Pelajar: Pelajar kelas 5 Gemilang
Hakim: Hakim Mahkamah

SINOPSIS
Akhbar merupakan seorang ahli perniagaan yang
membuka syarikat pelancongan bersama tiga ahli rakan
kongsinya. Syarikat mereka telah mengalami
kemerosotan akibat daripada beberapa isu yang telah
menyebabkan industri pelancongan jatuh merudum.
Pelbagai cara telah difikirkan sehingga terjadinya konflik
antara rakan kongsi syarikat X-CAPE Travel Agency.
Apakah kesudahan kisah Akbar bersama rakan-rakannya?

SITUASI 1

(Bunyi loceng)

Cikgu Anis masuk ke kelas lalu mengadakan pemeriksaan
kebersihan kuku pelajar. Cikgu Anis menunjukkan
jarinya. Lalu seorang pelajar bertanyakan tentang jari
kelingking yang kudung. Tiba-tiba beliau teringat tentang
kejadian yang menimpa abangnya, Akhbar.

CIKGU ANIS: (bunyi derapan tapak kaki menuju ke
dalam kelas) Assalamualaikum dan selamat tengah hari
semua.

5

PELAJAR: (bunyi bangku bergesel dengan lantai)
Waalaikumsalam, selamat tengah hari Cikgu.
CIKGU ANIS: (Derapan tapak kaki) Baiklah semua. Hari
ini cikgu akan melakukan pemeriksaan kebersihan kuku.
Sila letakkan tangan masing-masing di atas meja. Saya
ingin periksa.

PELAJAR: Err… Cikgu. Maaf bertanya, mengapa jari
kelingking cikgu kudung?

CIKGU ANIS: (Hembusan nafas yang kuat dan panjang)

SITUASI 2

Pada suatu pagi, di pejabat syarikat X-CAPE Travel
Agency, Akhbar bersama rakan kongsinya duduk
berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh syarikat
mereka. Syarikat mereka telah kehilangan banyak
pelanggan akibat daripada isu diluar kawalan mereka
seperti tersebarnya Virus Xeno yang mengakibatkan
ramai pelancong takut untuk melancong. Oleh itu,
syarikat mereka mengalami masalah kewangan dan
mereka amat memerlukan projek Tahun Melawat
Malaysia 2030.

WARTAWAN: (Bunyi bising: Pengumuman tentang
penerbangan, manusia bersembang) Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Saya wartawan anda bagi TV BBM
melaporkan kes jangkitan Virus Xeno semakin meningkat
di Malaysia. Seperti yang anda lihat, saya kini berada di
ruang legar Lapangan Terbang. Kelihatan masih ramai
pelancong dari luar negara masuk ke Malaysia. Apakah

6

tindakan selanjutnya dari pihak kerajaan? Nantikan berita
selanjutnya. Sekian saja laporan hari ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

AKHBAR: (Menarik dan menghembuskan nafas) Apa
yang boleh kita lakukan? Syarikat kerugian puluhan ribu
ringgit akibat isu virus Xeno ini. Pelanggan mula
mengambil tindakan berjaga-jaga dengan tidak
melancong ke luar negara.

MALA: Saya rasa kita perlu memberhentikan iklan
mengenai pelancongan syarikat kita. Jika kita tawarkan
pekej percutian yang murah, akan ramai yang datang
untuk membeli. Namun begitu, kesihatan negara juga
perlu difikirkan. (suara mendatar)

SUHAILA: Saya bersetuju dengan cadangan Mala. Kita
boleh mengambil langkah drastik dengan mendapatkan
projek Tahun Melawat Malaysia 2030. Oleh itu, kita
perlukan projek itu sebelum orang lain mendapatkannya!
(nada suara yang semakin meninggi)

YONG: Saya setuju dengan pendapat Su. Marilah kita
berjumpa dengan pihak Kementerian Pelancongan, Tan
Sri Rafael bagi membincangkan hal ini. (suara teruja)

AKBAR: Tidak mengapa. Biar saya sendiri yang
menyelesaikan perkara ini bersama Tan Sri. Apa-apa akan
saya update kepada awak semua. (nada serius)

YONG: Em kalau begitu baiklah. Apa-apa update dengan
kami ya! (suara gembira)

7

SITUASI 3

Akhbar berjumpa dengan ahli politik iaitu Tan Sri Rafael
bagi mendapatkan projek Tahun Melawat Malaysia 2030.
Perjumpaan itu berlangsung dengan tegang kerana ahli
politik meminta duit daripada Akhbar jika dia inginkan
projek tersebut.

AKHBAR: Silakan duduk Tan Sri. (bunyi kerusi ditarik)

TAN SRI RAFAEL: (bunyi henyakan di kerusi yang
lembut) Ya Akhbar. Ada apa ingin berjumpa dengan
saya? (bunyi hirupan air)

AKHBAR: (Menarik nafas dalam dan menghembus)
Begini Tan Sri. Saya ingin berterus terang sahaja. Saya
inginkan projek Tahun Melawat Maysia 2030. Saya tahu
Tan Sri yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.
(bunyi kertas yang bersesel) (suara simpati)

TAN SRI RAFAEL: (bunyi petikan jari seperti sedang
berfikir) Begitu terdesak ya awak terhadap projek ini?
Saya boleh berikan projek ini kepada awak, tetap saya
mahu awak berikan saya sedikit sagu hati. Tidak banyak.
Hanya RM 500,000. Tidaklah begitu banyak jika hendak
dibandingkan dengan keuntungan yang bakal awak dapat
nanti. Betul atau tidak?

SITUASI 4

8

Akhbar menceritakan kepada rakan kongsinya dan
mereka menolak idea ini. Bagi mereka dengan memberi
rasuah tidak akan menyelesaikan masalah mereka.

AKHBAR: Saya telah berfikir tentang tawaran Tan Sri
Rafael. Saya bersetuju dengan syarat yang dia tawarkan.
(mengetuk-ngetuk jarinya di meja)

MALA: Saya tidak bersetuju! (Dia membentak Akhbar)

SUHAILA: Sudah fikir masak-masak ke Akhbar. Banyak
risiko yang kita kena hadap nanti. Belum tentu kita boleh
bayar balik kepada Ah Long. Jika dia buat perkara yang
tidak sepatutnya macam mana? Kita semua kena
tanggung tau. (suara seakan membentak)

YONG: Betul apa yang mereka cakap Akhbar.

AKHBAR: Saya akan tetap dengan keputusan saya.
(bunyi pintu dibuka dan ditutup dengan kuat)

SITUASI 5

Akhbar telah mengambil jalan singkat dengan meminjam
wang dari Ah Long. Keadaan berlarutan apabila ahli
politik tersebut meminta lagi wang daripada Akhbar.
Akhbar pada ketika itu tidak mempunyai wang kembali
kepada Ah Long untuk meminjam wang lagi.

AKHBAR: Boss. Saya Akhbar. Saya yang telefon boss
tempoh hari. (bunyi derapan tapak kasut)

9

AH LONG: Ya ya. Sila duduk. Ini merupakan perjanjian
yang perlu ditandatangani. (bunyi kertas dihulur)

AKHBAR: Saya percaya dengan boss. (bunyi geseran pen
di kertas)

Ah Long kemudiannya menghulurkan sejumlah wang
kepada Akhbar sebanyak RM 500,000 dan mengingatkan
tempoh pembayaran balik. Jika memungkiri janji akan
berlaku sesuatu yang tidak diingini.

AKHBAR: Terima kasih ya boss. (bunyi derapan tapak
kasut berjalan dengan cepat)

AKBAR: (bunyi deringan telefon) Tan Sri, saya sudah
dapatkan wang yang dimahukan. Bolehkah kita
berjumpa?

Setelah beberapa minggu…

TAN SRI RAFAEL: (bunyi mendail telefon) Akhbar.
Setelah saya fikir, wang yang awak berikan tidak cukup.
Saya ingin meminta RM 100,000 lagi. Ini muktamad.
(bunyi letak telefon)

Akbar telah kembali kepada rumah Ah Long untuk
meminjam wang lagi.

AH LONG: Wah banyak cepat datang balik. Sudah habis
wang ke? (ketawa)

10

AKHBAR: Sudah habis. Saya ingin pinjam lagi. Boleh ke
boss? (hembus nafas yang panjang)

AH LONG: Boleh saja. Tapi kena tanda tangan satu lagi
perjanjian. (geseran kertas)

AKHBAR: Baik. (bunyi geseran tandatangan)

Tanpa Akhbar ketahui, Ah Long telah mengubah
beberapa syarat pembayaran seperti memendekkan
tempoh pembayaran. Setelah cukup sebulan Akhbar
meminjam wang dari Ah Long, sudah tiba masa untuk
mengutip wang.

AH LONG: (bunyi mendail) Halo… Bila mau bayar boss?

AKHBAR: Saya sudah beri tahu dalam masa beberapa
bulan. Ini baru sebulan. (Membentak dengan keras)

AH LONG: Awak tak baca perjanjian itu tempoh hari.
Awak sudah tanda tangan. Jadi awak perlu
bertanggungjawab. Jika terjadi apa-apa terhadap awak
dan kawan awak, jangan menyesal! (bunyi meletakkan
telefon)

Ah Long telah merancang untuk menculik ahli keluarga
Akhbar iaitu Anis. Dia telah menculik dan bertindak
kejam memukul dan mencederakan Anis. Perbuatan itu
telah dirakam dan dihantar kepada Akhbar. Dia sangat
terkejut dan memohon untuk melepaskan adiknya kerana
adiknya tidak bersalah dalam hal ini.

11

CIKGU ANIS: Apa kau buat dekat aku ni.(nada merayu)
Lepaslah. Tolong! (jeritan yang kuat)

AH LONG: Hello. Dengar sini baik-baik. Ni baru sikit
kalau kau tak nak mayat adik kau sampai depan pintu
rumah kau bayar duit aku sekarang. (nada membentak)

SITUASI 6

(Bunyi derapan tapak kasut yang laju sambil mendengus
dan menjerit)

YONG: Awak kenapa Akhbar. Kelihatan begitu gusar?

AKHBAR: (Suara teresak-esak) Adik saya telah diculik
oleh Ah Long. Dia telah mencederakan Anis.

YONG: Kita harus menelefon pihak polis dengan kadar
segera Akhbar. Nyawa Adik awak dalam bahaya. (suara
cemas) (bunyi seperti menyelongkar sesuatu di dalam
beg)

AKBAR: Saya risau Ah Long akan membuat perkara
yang tidak baik kepada adik saya Yong. Tolonglah saya.
(suara Teresak-esak)

Yong telah menelefon pihak polis dan pihak polis telah
berjaya memberkas Ah Long dan rakannya yang
bersubahat. Pihak polis menyiasat kes ini sehingga
timbulnya kes rasuah Tan Sri Rafael. Perkara ini telah
dirujuk kepada SPRM bagi menyelesaikan kes ini.
Pertemuan telah diatur antara Tan Sri Rafael bersama

12

Akhbar bagi mengumpul bukti yang Tan Sri terlibat
dengan gelaja rasuah.

SITUASI 7

Atas kesalahan yang dibuat oleh Tan Sri Rafael, dia telah
ditangkap dan menerima hukuman yang ditetapkan oleh
mahkamah.

HAKIM: Rafeal bin Ahmad, baiklah, setelah meneliti
fakta dan bukti kes yang dikemukakan, mahkamah
dengan ini mendapati bahawa kamu bersalah atas
pertuduhan dn disabitkan atas kesalahan menerima rasuah
di bawah Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah 2009. Mahkamah bersetuju dengan hujahan
pendakwa raya bahawa tindakan meminta rasuah sebagai
imbalan untuk meluluskan sesuatu projek adalah salah di
sisi undang-undang. Mahkamah terpaksa menolak
migitasi peguam bela kerana bukti daripada pendakwa
raya menunjukkan kesalahan ini bukanlah kesalahan
pertama tertuduh dan telah ramai mangsa yang telah
terlibat dalam kes sebegini. Dengan ini setelah mendengar
semua hujahan pihak pendakwa raya dan pembelaan
pihak peguam bela, mahkamah dengan ini
memerintahkan tertuduh, Rafael bin Ahmad untuk
dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan
dikenakan denda sebanyak RM 100,000 atas kesalahan
menerima rasuah (mengetuk meja sebanyak tiga kali)

Bagi Akhbar bin Aziz pula, setelah mendengar hujahan
pihak pendakwa raya dan pembelaan pihak peguam bela,
mahkamah dengan ini telah bersetuju untuk…

13

Setelah semua perkara selesai, rakan kongsi telah berjaya
mendapatkan bantuan daripada kerajaan iaitu bantuan
kursus kemahiran. Pada masa yang sama isu virus Xeno
telah berjaya ditangani. Syarikat pada masa itu berjaya
menangani masalah kewangan syarikat yang menimpa.
Selepas habis menjalani hukuman, Akhbar telah kembali
ke syarikat dan berasa insaf atas kejadian yang berlaku.
Akhbar memohon maaf kepada rakan kongsi dan
bersama-sama memajukan syarikat mereka kembali.

SITUASI 8

Selepas menceritakan kisah abangnya kepada pelajar,
loceng pun berbunyi. (Bunyi loceng)

PELAJAR: Apa yang terjadi kepada abang cikgu?
Apakah hukuman yang dikenakan?

Beberapa minit kemudian terdengar derapan tapak kaki.
Kelihatan seorang lelaki dihadapan pintu kelas sambil
tersenyum.

CIKGU ANIS: Inilah abang saya. Baiklah pelajar. Esok
kita sambung kelas. (Bunyi derapan kasut dan bising
pelajar bercakap)

TAMAT

14

TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030

TAJUK
Warkah

PENULIS SKRIP
Nor Malina binti Ahmad Latif

PELAKON
Nabilah: Cikgu yang selalu ditimpa malang.
Fikry: Budak misteri yang memberi surat kepada cikgu
malang.
Athirah: Cikgu yang berniaga
Syafiqah Zainul: Pelajar yang berniaga
Syafiqah: Pelajar kutip kotak
Fatihah: Ibu kepada Aina yang bersikap tegas kepada
anaknya.
Zalihah: Aina
Lai: Anis merupakan pelajar yang kaya dan angkuh.
Malina: Juruhebah dan penyair

SINOPSIS
Seorang cikgu yang baik hati telah berkhidmat di sebuah
sekolah di tengah bandar. Beliau sering membantu anak
muridnya yang dalam kesusahan. Selepas membantu anak
muridnya, beliau sering mendapat nasib yang malang
dalam hidupnya. Peristiwa atau kejadian malang ini sering
berlaku pada hari selasa. Setiap peristiwa atau kejadian
malang yang menimpa cikgu ini, beliau sering mendapat
sepucuk surat daripada seseorang yang tidak tahu
identitinya. Keadaan ini merisaukan cikgu yang malang

15

itu. Kata-kata yang terdapat dalam surat itu sangat
memberi maksud yang mendalam kepada cikgu yang
malang itu. Pada suatu hari, peristiwa atau kejadian
malang yang menimpa cikgu tersebut membuatkan beliau
berasa rendah diri dan berputus asa untuk melakukan amal
kebaikan. Pada waktu yang sama, datang seorang murid
kelasnya ternampak keluhan yang diluahkan oleh cikgu
yang malang itu di bawah pohon yang rendang. Murid
tersebut mendekati cikgu yang malang itu dan memberi
nasihat kepada cikgu itu yang membuatkan beliau mula
sedar dan bangkit melupakan kisah-kisah lalu.

PENGENALAN:

Gram: Muzik pembukaan pilihan penerbit.

Juruhebah: Kerja seorang guru tidak ubah seperti kerja
seorang petani yang sentiasa membuang duri serta
mencabut rumput yang tumbuh di celah-celah
tanamannya.

Sempena tema Wawasan Kesemakmuran 2030, Akasia B
fm mempersembahkan sebuah drama khas berjodol:
Warkah hasil tulisan Malina Latif dan Syafiqah Zainul.

SITUASI 1

Gram: Muzik. Pilihan penerbit. Bunyi loceng. bunyi tapak
kasut dari jauh, dekat dan berhenti. Kesan bunyi ; pintu
bilik guru dibuka dan ditutup.

16

JURUHEBAH: (suara borak kecil) Pada suatu hari, di
sebuah sekolah, dua orang guru sedang berjalan menuju
ke kelas masing-masing untuk memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. (suara
mengeluh kepenatan) Tiba- tiba datang seorang pelajar
yang menghampiri mereka.

PELAJAR YANG BERNIAGA: (merayu) Cikgu! Cikgu!
Nak beli tak kerepek saya jual nie. Sedap tau!!!!

CIKGU YANG BERNIAGA: Sepatutnya awak berikan
salam dulu dekat kami ni, Sarah.

PELAJAR YANG BERNIAGA: (nada ceria)
Assalamualaikum Cikgu, amboi cikgu segak semacam
dari jauh baju liplap macam lampu raya.

CIKGU YANG BERNIAGA: Waalaikumussalam, ha
macam tu la.

Cikgu Malang: Sarah! kerepek apa yang awak nak jual ni?
satu paket ni berapa awak jual?

PELAJAR YANG BERNIAGA: kerepek pisang
cikgu.sepaket rm6 tapi untuk cikgu saya bagi harga adik-
beradik ja, dua paket RM10

CIKGU MALANG: (nada lemah) Bolehla Sarah, Saya
nak dua paket.

PELAJAR YANG BERNIAGA: (nada ceria) Ok cikgu.
Nah, ini kerepek nya. Terima kasih cikgu. Patut la cikgu

17

cantik macam lagu. “Cantik tertarik menarik kau memang
debum”. Saya jual ya.

CIKGU YANG BERNIAGA: (monolog geram : aku pun
jual kerepek juga, lagi sedap. Hurmmm). Dah! dah!
masuk kelas,loceng dah bunyi dah tu.

JURUHEBAH: (bunyi riuh-rendah kelas) Mereka semua
pun masuk kelas masing-masing.

SITUASI 2

Gram: Muzik pilihan penerbit. Suara latar lagu sedih
menjadi latar secara perlahan bacaan puisi di bawah.

Ceritanya…Semalam,
Ada mak bapak datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecil hati tidak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bila dibuang padang…
Ceritanya…Hari ini,
Ada cikgu mengajar didepan kelas,
Ada murid dibelakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk SATU kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat dihati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!

18

JURUHEBAH: (bunyi riuh rendah di dalam kelas) Cikgu
malang itu masuk ke dalam kelas yang bising. Tiba-tiba,
cikgu itu terlihat seorang pelajar perempuan duduk di
atas meja kelas.

CIKGU MALANG: (nada teguran)Anis! Kamu kan
perempuan. Perempuan tak elok duduk atas meja tau.

PELAJAR KAYA: (memerli) Hello! Hello! Cikgus
Cikgus, suka hati I lerss. Ingat sikit gaji cikgu tu
ciputtttttt!! elehhhhhh! (bunyi gelak tawa) Pelajar di
dalam kelas ketawa kan cikgu. Lagi satu cikgus, cikgus
ingats sayas suker kers dengan cikgus. And one more
thing, cikgus jangan tunjuk lagak dekat sini yers.Cikgu
kena ingat sikit okey !, cikgu tu masih baru dekat sini.
Setakat nak halau cikgu dari sekolah sini pun saya boleh
buat la cikgus.

CIKGU MALANG: (nada tinggi) Diam semua! Anis! Ya
saya faham. Awak orang kaya,siapa ja yang dekat sini tak
kenal dengan keluarga Datuk Mahadi. Tapi awak kena
ingat satu perkara Anis. Walaupun saya tak kaya macam
ayah awak, tapi saya kaya dengan adab. Tolong jaga adab
awak sebagai pelajar Anis ! Untuk anak murid saya, saya
ampunkan segala kesalahan awak semua dekatsaya hari
ini. (nada merayu) Untuk ruang masa 40 minit ini, saya
minta dekat kamu semua untukberi perhatian kepada
proses pengajaran dan pembelajaran saya. Tapi sekiranya,
ada dalam kalangan kamu tidak berminat, mohon jangan
membuat bising dan tidak mengganggu rakan yang lain
untuk belajar.

19

JURUHEBAH: (bunyi kipas) Pelajar yang kaya itu terus
terdiam dan semua murid sudah bersedia untuk
memulakan proses pembelajaran. Namun, Cikgu Malang
terpandang di sudut belakang kelas tersebut ada seorang
pelajar yang bersikap aneh yang asyik termenung keluar
jendela seolah-olah melihat sesuatu dan senyum
keseorangan

SITUASI 3

Gram: bunyi tapak kasut jauh, dekat dan berhenti serta
bunyi pintu dibuka dan ditutup.

CIKGU MALANG: (bunyi surat dibuka) (nada lemah)
Allah S.W.T adalah kekuatan untuk mencari kekuatan
carilah Allah S.W.T

CIKGU YANG BERNIAGA: (seperti berbisik) Haish
cikgu, murid mana pulak tu yang bagi surat cinta dekat
cikgu.Untungnya cikgu, baru masuk sekolah tak sampai
setahun, ramai murid yang berkenan. Untung! Untung!

CIKGU MALANG:Tiada la cikgu. Ini surat daripada
pengetua. Kebetulan cikgu ada ni, boleh tak saya nak
tanya cikgu berkenaan tentang laporan mesyuarat baru-
baru ini.

CIKGU YANG BERNIAGA: Ye saya boleh je nak jawab
soalan cikgu asalkan cikgu beli la kerepek saya. (ketawa
kecil)

20

CIKGU MALANG: Takpala tiba-tiba tak jadi pulak nak
tanya.

CIKGU YANG BERNIAGA: Saya melawak ja cikgu.

SITUASI 4

Gram: Muzik pilihan penerbit. Kesan bunyi; enjin motor
dihidupkan beberapa kali tapi tak menjadi. Ahirnya baru
dapat dihidupkan dan diberhenti.

JURUHEBAH: Pada suatu hari, cikgu yang malang ni
keluar menaiki motosikal untuk membeli barang dapur.
Semasa dalam perjalanan, cikgu ini ternampak seorang
pelajarnya sedang mengutip kotak di tong sampah. Cikgu
ini pergi mendekati pelajar tersebut.

CIKGU MALANG: (tegas) Apa yang kamu buat ini Mei
Mei? Mana mak ayah kamu?

PELAJAR KUTIP KOTAK: (sedih) Saya tidak ada duit.
Itu pasal la saya kutip kotak.. Ayah saya baru sahaja
meninggal dunia sebulan lepas akibat kemalangan jalan
raya dan ibU saya terlantar di rumah.

JURUHEBAH: (bunyi enjin motor dihidupkan dan bunyi
basikal yang dikayuh) Cikgu malang itu berasa simpati
kepada pelajar berkenaan dan terus mengekori pelajar
tersebut menaiki basikal tiga roda nya untuk pergi ke
rumah pelajar tersebut. Perjalanan ke rumah pelajarnya
ini agak sunyi kerana kiri dan kanan hanya ada ladang

21

kelapa sawit. Jauh sekali untuk melihat rumah di kawasan
ini. Namun, semasa perjalanan, dia merasakan ada yang
mengekorinya. Dia berhenti sejenak melihat kawasan
sekeliling sehingga dipastikan tiada apa yang pelik, cikgu
malang meneruskan perjalanannya kembali. Sesudah tiba
di rumah berkenaan cikgu malang tersebut menghulurkan
sedikit sumbangan kepada keluarga pelajar tersebut dan
membelikan barangan keperluan untuk keluarga pelajar
itu.

CIKGU MALANG: (seperti berbisik) Mei Mei! Amik
duit dan barang ini.

PELAJAR KUTIP KOTAK: (suara menolak) Cikgu
jangan begini. Saya tidak boleh terima sumbangan cikgu
ini. Saya boleh cari untuk menampung kehidupan saya
sekeluarga.

CIKGU MALANG: (suara memaksa) Ambil sumbangan
cikgu ni Mei Mei. Ini saja yang cikgu mampu untuk bantu
kamu sekeluarga. Kalau kamu ada masalah, kamu jangan
segan silu juma dengan saya ya. Cikgu balik dulu ya.

PELAJAR KUTIP KOTAK: (sedih) Terima kasih Cikgu.
Hati-hati cikgu. (bunyi motor yang dihidupkan makin
dekat dan makin jauh)

JURUHEBAH: (bunyi enjin motor berhenti dan bunyi
bergelut) Semasa perjalanan pulang ke rumah, cikgu
malang itu telah dirompak oleh sekumpulan samseng
jalanan. Banyak barangan peribadi cikgu tersebut telah
dicuri oleh perompak itu. Namun nasib tidak menyebelahi

22

cikgu malang. Dia telah dipukul dengan objek tumpul
semasa bergelut dengan perompak sehingga jatuh rebah
ke tanah. Dalam keadaan separuh sedar itu, dia
ternampak seseorang yang cuba menyelamatkannya.
Walaupun dalam samar-samar untuk melihat, dia
merasakan dia sangat mengenali susuk tubuh yang
menyelamatkannya itu. Namun, wajah seseorang itu tidak
jelas.

JURUHEBAH: Keesokkan harinya, dia tersedar yang dia
berada di hospital berdekatan. Setelah doktor memeriksa
tiada kecederaan yang teruk. Dia diberikan keluar oleh
pihak hospital. Sebelum keluar dari pihak hospital.
Jururawat yang merawat cikgu malang itu telah
memberikan sepucuk surat. Katanya pemberian
seseorang. Namun, otaknya giat berfikir dan melihat
sepucuk surat di tangannya. Siapakah yang
menyelamatkannya itu? Apa motif orang ini memberikan
surat kepadanya?

SITUASI 5

Gram: Bunyi riuh rendah di dalam bilik guru. Bunyi pintu
dibuka dan ditutup.

JURUHEBAH: Seminggu telah pun berlalu dari
peristiwa rompakan. Cikgu Malang masuk ke sekolah
seperti biasa. Semasa cikgu yang malang ini sampai dan
duduk di meja guru. Terdapat sepucuk surat yang ditulis
dan diletakkan di atas mejanya untuk kali kedua dan tidak
tulis juga siapa penulis surat itu.

23

CIKGU MALANG: (bunyi buka surat) (nada lemah) Setiap
ujian yang ALLAH bagi pasti ada hikmahnya. Semakin
ALLAH sayang kepada hambanya, semakin kuat ujian yang
diberikan.

CIKGU YANG BERNIAGA: Cikgu! Mendung kan cuaca
dekat luar hari ni. Yang peliknya mendung dia sampai dekat
bilik guru. Kenapa ni cikgu? Saya dah lama perhatikan cikgu.
Cikgu ada masalah ke? Kalau cikgu ada masalah, cikgu cerita
la dekat saya. Mana tau saya boleh bantu cikgu.

CIKGU MALANG: Aduh saya malas la cikgu. Saya dah cuba
jadi cikgu yang baik. Tapi tu lah. Mungkin belum cukup baik.
Saya kadang down juga kan. Gentle la cikgu. Murid-murid ada
yang dah tak hiraukan saya. Cikgu-cikgu dekat sini je lah yang
stay dengan saya yang jadi sumber kekuatan dekat saya untuk
terus jalankan tanggungjawab saya. Macam orang cakap la kan
“ bila kapal berlabuh, semua orang akan turunkan sauh, tapi
bila kita jauh, semua orang mula menjauh”.

CIKGU YANG BERNIAGA: Semua orang ada kurangnya
cikgu. Kalau mereka tak boleh terima kita, sekurang-kurangnya
kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai pendidik. Faham
tak cikgu? Saya sendiri pun pernah ada dekat tempat cikgu
sekarang ni.Saya bagi contoh. Tengok macam saya. Sambil
nasihatkan cikgu saya main fon. Itu pun satu kesilapan. Saya
tak beradab dengan cikgu.Tapi tak bermakna saya buat jadi
orang yang tak beradab sepanjang masa..

CIKGU MALANG: Apa maksud cikgu? Saya tak faham.

CIKGU YANG BERNIAGA: Kita manusia biasa. Kita buat
silap. Kita ada kekurangan. Kita tak sempurna cikgu. Tapi tak
bermaksud yang life cikgu akan kucar kacir sampai bila-bila.
Kadang-kadang kan orang yang baik selalu buat keputusan

24

yang salah. Tapi tak bermaksud cikgu tu jahat. Itu maksudnya
cikgu manusia. Kita manusia. Faham?

CIKGU MALANG: Jadi? Cikgu nak saya buat apa sekarang?

CIKGU YANG BERNIAGA: Kalau cikgu betul-betul nak
bangun, nak jauhkan diri daripada perkara yang negatif, cikgu
kena letak Effort! Effort! saya ulang! Buat sampai murid-murid
rapat macam cikgu ibu mereka, sampai murid-murid percaya
dengan cikgu.

CIKGU MALANG: Saya dah cuba banyak kali lah cikgu! Tapi
rasa macam tak akan dapat apa yang saya jangkakan.

CIKGU YANG BERNIAGA: Usaha lagi cikgu!

CIKGU MALANG: Sampai bila?

CIKGU YANG BERNIAGA: Sampai dapat! Lagi satu cikgu.
Jangang hiraukan mereka yang berusaha menjatuhkanmu.
Kerana mereka akan kalah dengan sendirinya melihat dirimu
masih tegak berdiri. Apa guna dikurniakan sepasang tangan,
tapi tidak pernah menggunakannya, untuk menadah tangan
berdoa kepada Allah.

SITUASI 6

Gram: Muzik pilihan penerbit. Disusuli dengan sebuah lagu
sedih, Semakin hilang. Kesan bunyi; Bunyi loceng tamat sesi
persekolahan.

JURUHEBAH: Pada waktu lepas sekolah, seorang pelajarnya
ini tidak mahu pulang ke rumah kerana takut dimarahi oleh
ibunya.

25

CIKGU MALANG: Kenapa kamu tidak pulang lagi Aina?

PELAJAR MALANG: (suara gementar) Saya takut nak balik
rumah nanti kena marah dengan ibu.

CIKGU MALANG: (nada rendah) Apa yang kamu buat
sehingga ibu kamu memarahi kamu?

PELAJAR MALANG: Saya telah bertindak kasar dan
memukul adik saya kerana beliau tidak mendengar arahan
daripada saya. Ibu sangat memarahi saya semalam atas
perbuatan saya itu.

CIKGU MALANG: Kamu tidak boleh begitu. Ibu kamu marah
mesti ada sebab yang munasabah. Mungkin tindakan kamu
semalam sangat keterlaluan sehingga mencederakan adik
kamu. Sebab itu ibu kamu marah. Dahlah jom cikgu hantar
kamu ke pintu pagar sekolah. Mungkin ibu kamu sudah lama
menunggu.

IBU PELAJAR MALANG: (bunyi hempas pintu kereta)
(suara jerit) Aina!! Kenapa kamu lambat nie. Ibu dah tunggu
lama ni!

CIKGU MALANG: Sabar puan. Tadi, Aina dia duduk
bersedirian di dalam kelas kerana takut dimarahi oleh puan.

IBU PELAJAR MALANG: (suara marah) Kamu tak payah
nak ajar aku cara nak didik anak anak. Itu anak aku, dan aku
tahu nak didik dia. Kau tahu tak aku dah tunggu lama kat sini
dan aku ada banyak kerja lain lagi untuk dibuat. Dahlah, mari
balik Aina.

JURUHEBAH: (bunyi pintu kereta dibuka dan ditutup) (bunyi
enjin kereta dihidupkan dekat dan semakin menjauh) Ibu

26

pelajar malang terus menarik tangan anaknya dan terus masuk
ke dalam kereta dan mereka terus berlalu pergi.

SITUASI 7

CIKGU MALANG: (bunyi surat dibuka) (membuka surat
itu dan membaca) Dunia adalah medan ujian manusia.
Jangan pernah mengalah dan mengeluh. Dia sentiasa ada
untuk hamba-Nya yang meminta.

CIKGU YANG BERNIAGA: Dapat surat lagi cikgu?

CIKGU MALANG: Hmmm

CIKGU YANG BERNIAGA: Cikgu jangan mengeluh.
Cikgu patutnya rasa beruntung tau. Saya sendiri pun tak
pernah lagi la orang hantar surat macam ni. You should
be grateful because you’re the one who get this letter.
Hahahahaha

CIKGU MALANG: Asal cikgu gelak? Ya. Saya
beruntung setiap kali saya buat kebaikan atau ditimpa
malang akan ada surat misteri ni dekat atas meja saya.
Saya mengeluh sebab saya tak tahu pemberian surat ni
daripada siapa. Semasa kejadian rompakan tempoh hari
pun saya dapat surat. Hmmm. Cikgu ! siapa yang bagi
surat dekat saya ni cikgu? Hmmm Tapi kan cikgu! tak
kan cikgu tak perasan siapa yang letak surat ni dekat meja
saya. Kita kan duduk sebelah-menyebelah cikgu.

CIKGU YANG BERNIAGA: Itulah masalah saya nak
bagitahu dekat cikgu. Saya sendiri pun tak pernah nampak
sesapa yang hantar surat ni dekat atas meja cikgu. Tuptup

27

saya tengok dah ada surat. Saya minta maaf ye cikgu tak
dapat nak bantu cikgu.

CIKGU YANG BERNIAGA: takpa la kalau macam tu
cikgu. Terima kasih! Arigato haikk cikgu cantiks!

SITUASI 8

Gram; Muzik pilihan penerbit. Bunyi loceng, riuh rendah
murid. Kesan bunyi ; bunyi motor yang tidak dapat
dihidupkan beberapa kali dan bunyi keluhan.

JURUHEBAH: Semasa mahu pulang ke rumah selapas
tamat sesi persekolahan. Motosikal cikgu malang tidak
boleh dihidupkan. Cikgu malang ini mula berasa penat
dengan ujian yang dihadapi olehnya. Cikgu malang ini
meninggalkan motosikalnya itu dan berjalan ke arah
suatu pokok yang rendang untuk melepaskan segala
tekanan. Dia memandang ke arah langit dan
memejamkan mata.

JURUHEBAH: (bunyi derap tapak kasut) Cikgu malang
terus menoleh kebelakang melihat siapa yang
mendekatinya. Namun, semakin pelajar itu menghampiri,
dia teringat akan susuk tubuh yang dihatnya samar-
samar semasa peristiwa hitam itu. Timbul persoalan di
benak fikirannya. Adakah dia orangnya? Pelajar tersebut
melemparkan senyuman dan memberikan salam
kepadanya.

BUDAK MISTERI: (nada rendah) Kenapa ni cikgu?
Nampak macam gelisah je.

28

CIKGU MALANG: (keluhan) Apa la nasib saya nie, dah
buat baik pun, sering berlaku dugaan dan ujian. Saya
penat la macam nie. Apa la nasib saya ni.

BUDAK MISTERI: Orang yang hebat sentiasa ceria
walaupun hatinya terluka. Orang yang hebat sentiasa
menyapu air matanya dengan senyum ketawa. Orang yang
hebat selalu redha yang dugaan itu adalah tanda kasih
sayang Allah S.W.T. Kebahagian akan hadir disaat, kau
mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah
kepadamu.

CIKGU MALANG: (cikgu malang terus terdiam
terpinga-pinga dan mula bermonolog) Sepertinya ayat-
ayat yang diungkap oleh pelajarnya ini persis dalam surat
yang dia selalu dapat. Adakah pelajar tersebut yang
menghantar surat setiap kali aku ditimpa malang? Adakah
pelajar ini yang menyelamatkannya?

BUDAK MISTERI: Wajah yang cantik mungkin dapat
menarik mata, tetapi akhlak yang baik itu dapat menarik
hati. Ada masa ketawa dapat menunjukkan kebahagian.
Tapi ada masa ketawa hanya untuk menyembunyikan rasa
kecewa. (ketawa sinis) Cikgu sekarang mesti tertanya-
tanya bukan? Yea, saya yang bagi surat-surat itu. Saya
yang selalu ikut cikgu kesana kesini cikgu pergi. Cikgu
taknak tanya ka kenapa saya selalu ikut cikgu ke sana ke
sini?

CIKGU MALANG: (suara terkejut) Kenapa kamu ikut
saya? Bagaimana kamu tahu saya telah ditimpa malang?

29

BUDAK MISTERI: Hmmmm, sebenarnya saya pun
takdak jawapan kenapa saya ikut cikgu. Saya selalu
berasa tak sedap hati dan firasat saya kuat mengatakan
yang cikgu akan ditimpa nasib malang. Ini mungkin
kelebihan yang Allah SWT berikan kepada saya.

CIKGU MALANG: Dan kenapa kamu bagi surat itu?

BUDAK MISTERI: Ermmm, saya bagi surat itu kerana
saya mahu cikgu sedar bahawa Allah lebih tahu, apa yang
baik untuk kita berbanding diri kita sendiri, Inilah
penawar untuk hati, apabila sesuatu yang tidak diingini
berlaku dalam hidup….Namun yakinlah bahawa Allah
adalah sebaik-baik perancang. Saya tahu cikgu orangnya
baik. Ingatlah cikgu, orang yang berbuat baik disukai dan
dikasihi Allah, malah diberi ganjaran pahala bagi orang-
orang yang berbuat kebaikan.

CIKGU MALANG: Terima kasih bagi surat-surat tu.
Insya Allah, saya akan terus berbuat baik. Tapi ada satu
soalan lagi yang saya nak tanya dekat awak? Awak ke
yang selamatkan saya tempoh hari semasa saya terlibat
dengan kemalangan rompakan? Sesungguhnya saya harap
yang selamatkan saya itu ialah awak. Hmmm

BUDAK MISTERI: Ya saya la tu superman yang
selamatkan cikgu. Hebat kan saya.

CIKGU MALANG: Terima kasih superman sebab
selamatkan saya. Saya banyak terhutang budi dengan
awak.

30

BUDAK MISTERI: Sama-sama cikgu. Itu
tanggungjawab superman cikgu menyelamatkan orang
yang dalam kesusahan.
CIKGU MALANG dan BUDAK MISTERI: (gelak tawa
kedengaran).
BUDAK MISTERI: Oklah cikgu. Saya dah nak balik ni.
Nanti ibu saya risau kalau saya balik lewat.
CIKGU MALANG: Baik hati-hati, cikgu pun nak balik
dah. Kawan cikgu dah sampai. Saya rasa petang nanti saya
datang balik untuk ambil motosikal saya.
Assalamualaikum.
BUDAK MISTERI: Waalaikumsalam.

TAMAT

31

TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030

TAJUK
Maya

PENULIS SKRIP
Nur Ain Syuhada binti Zolkifli

PELAKON masalah
MAYA: Seorang gadis yang mempunyai
sehingga menghantui hidupnya.
ANIRAH: Kawan baik kepada Maya
AINI: Kawan kepada Maya.
FARAH: Kawan kepada Maya
ANIS: Pensyarah
MARIANI: Ibu kepada Maya
IZZATI: Juruhebah radio 1
ADDA: Juruhebah radio 2
ATHIRAH: Pembaca cerita

JURUHEBAH RADIO ZZATI: Assalamualaikum dan

selamat petang semua. Bertemu kembali kita di
rancangan "drama radio pendek” di Cewah FM. Kali ini

saya bersama juruhebah kita yang sering memberikan
nasihat kepada kita dalam rancangan “Motivasi” iaitu DJ

Adda. Baiklah Adda, saya rasa pendengar setia kita sudah

tidak sabar lagi untuk mendengar kisah drama kita pada

petang ini.

JURUHEBAH RADIO ADDA: Ya Izzati, saya pun
merasakan begitu. Tema kita pada minggu ini pula tentu

32

sekali akan menarik perhatian ramai pendengar kerana
kita akan memasuki ke dalam wawasan tersebut beberapa
tahun lagi. Sudah pasti drama ini berkait rapat dengan
kehidupan kita pada masa akan datang. Tanpa membuang
masa, mari kita dengarkan kisah tersebut. Eh tapi sebelum
tu Izzati, pendengar kita belum tahu kan tema dan tajuk
kita pada minggu ini? Jadi, apa tema dan tajuk drama kita
pada petang ini?

JURUHEBAH RADIO IZZATI: Oh ya tak ya juga kan,
terima kasih Adda kerana mengingatkan saya. Baiklah
pendengar radio Cewah FM sekalian, tema kita pada
minggu ini ialah Wawasan Kemakmuran 2030 manakala
tajuk drama ini berjudul Kisah Seorang Gadis “Maya”.

JURUHEBAH RADIO (ADDA): Fuh, saya yang dengar
tema dengan tajuk ni pun sudah berasa tidak sabar lagi
untuk dengar kisah drama ini. Jadi, tanpa membuang masa
lagi, mari kita dengarkan “drama radio pendek” yang
bertajuk Kisah Seorang Gadis “Maya” yang bertemakan
Wawasan Kemakmuran 2030.

ATHIRAH: Sinopsis bagi kisah ini adalah mengenai
seorang gadis yang bernama Maya. Maya dilahirkan
dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.
Ayahnya sudah meninggal dunia beberapa tahun yang
lalu. Ibunya menjadi ibu tunggal terhadap Maya yang
merupakan anak sulung dalam keluarga dan adik-adiknya
yang lain. Maya merupakan seorang pelajar tahun akhir
yang menuntut di Universiti Sains Malaysia. Kehidupan
Maya dikelilingi oleh persekitaran yang sangat moden
dan mewah. Namun begitu, apakah yang menjadikan

33

Maya seorang gadis yang dulunya normal sehinggakan
kini menjadi seorang yang depresi? Mari kita dengarkan
kisah ini.

SITUASI 1

Telah hampir setengah jam kelas Dr Anis berlalu. Semua
pelajar sudah mula berada dalam dunia mereka sendiri.
Ada yang sudah mula ralit dengan gajet yang disorokkan
di sebalik buku. Ada yang sedang menconteng buku
mengikut ilusi sendiri. Bahkan, ada juga yang mencuit-
cuit kawan yang sedang khusyuk belajar. Hanya
segelintir pelajar yang betul-betul memberikan perhatian
yang sepenuhnya terhadap pelajaran yang sedang
diajarkan oleh pensyarah mereka di depan kelas.
Manakala di belakang kelas pula, Anirah sedang
memerhati sekeliling sebelum menyiku tangan Aini yang
sedang ralit menyalin nota.

AINI: Eh! apa kau ni, habis terconteng nota aku. (nada
terkejut dan agak marah)

ANIRAH: Shhh! Aini, cuba kau tengok Si Maya tu. Aku
tengok sejak akhir-akhir ni asyik termenung je. Kenapa
dengan dia ye? (dalam nada bisik)

AINI: Ya la. Aku pun perasan juga. Aku ingat aku seorang
sahaja yang perasan. Sebelum ni tak asa pula sampai
macam ni. Dia ada masalah ke? Perlu ke kita tanya dia?
ANIRAH: Entah. Aku risau nanti kalau kita tanya, dia
fikir bukan-bukan pula.

34

DR. ANIS: (loceng berbunyi) Baiklah kelas, masa dah
habis. Dr nak kamu semua siapkan tugasan yang saya bagi
dan dihantar selewat-lewatnya minggu hadapan.
Sekiranya ada sebarang masalah boleh berjumpa dengan
dengan saya, tapi sebelum itu jangan lupa email dulu
ye…baiklah jumpa minggu depan dengan topik yang
baru.

SITUASI 2

7 hari sudah pun berlalu. Masing-masing sudah
kebingungan apabila Maya semakin hari semakin
menjadi seorang yang pendiam. Mukanya kelihatan
semakin cengkung malahan keadaan dirinya makin tidak
terurus. Sepatah yang ditanya, sepatah sahaja yang
dijawab. Semakin hari semakin kerap Maya ponteng
kelas. Kerap juga rakan sebilik mereka melihat Maya
tidak bergerak daripada katil. Mana tidaknya, dari pagi
sebelum mereka ke kelas sampai malam sekalipun Maya
tidak menukar pakaian dan masih tidak berganjak dari
katil itu. Anirah dan Aini memandang sesama sendiri
sebelum Anirah menyiku kawannya agar menegur Maya
dahulu sambil menghulurkan roti. Perlahan lahan Anirah
melabuhkan punggung di hujung katil Maya.

ANIRAH: Maya, bangun Maya. Hari dah nak masuk
malam ni. Dah Maghrib, tak elok tidur waktu-waktu
macam ni.

MAYA: Jangan kacau aku! Aku nak rehat!

35

AINI: Lama mana dah kau nak rehat ni? Kami “outing”
tadi pun kau tak berganjak dari katil. Sampai sekarang tak
bangun-bangun lagi. Berapa lama kau nak berehat ni?

ANIRAH: Aini, dah-dah. (sampuk masa Aini cakap)
Maya makan dulu ya, nanti kau mandi bersihkan diri, solat
dan sambung rehat balik ya? Cepat, bangun. makan sikit.
Mesti kau lapar dan dari pagi tadi tak makan. Bangun
jamah sikit roti ni.

ATHIRAH: Roti yang disuap Anirah ke mulut Maya
ditepis kasar sebelum dia bangkit dari pembaringan lalu
keluar dari bilik tersebut.

AINI: Kau tengok tu. Bukan main biadap lagi. Kita punya
la elok risau pasal dia, nak bagi dia makan. Macam ni dia
balas? Apa masalah dia tu? Tak reti berterima kasih ke?
Kut ye pun tak ada mood, jangan la sampai macam tu
sekali (Nada marah dan bebel)

ANIRAH: Tak apa lah, Aini. Mungkin dia tak sengaja kut.
Kita cuba fahamkan perasaan dia ya.

SITUASI 3

Aini dan Anirah kejut Maya bangun dari tidur untuk ke
kelas.

AINI: Hey Maya, aku dah lama sabar dengan kau tau.
Boleh tak kalau hidup tu tak menyusahkan orang. Boleh
tak hargai sikit apa orang buat untuk kau. Kami suruh kau
bangun je. Pergi kelas. Kau datang sini. Jauh daripada

36

keluarga kau, untuk apa? Untuk makan tidur makan tidur
ke? Kau nak kami jawab apa nanti dekat pensyarah? Nak
suruh kami kelentong apa lagi dekat Dr Anis?

MAYA: (Gelak yang berbunyi HAHAHA) Yang korang
sibuk pasal aku kenapa? Ada aku suruh kau sabar dengan
aku? Tak kan? Korang yang beria sangat nak tolong aku.
Siap belikan makanan untuk aku. Ada aku suruh? Tak
kan? Lepas tu kau nak mengungkit pula? Lain kali, kalau
tak ikhlas, tak payah la buat.

AINI: Kau jangan kurang ajar sangat boleh tak? Kalau tak
pasal… (dah naik nada suara)

ANIRAH: Aini. Aini… Dah. Tolong jangan gaduh gaduh
sangat. Tak apalah Maya, kami ke kelas dulu. (sebelum
Aini habis cakap Anirah dah sampuk)

SITUASI 4

Anirah melemparkan pandangan ke arah tasik yang luas
di Tasik Biawak itu. Memikirkan apa yang harus mereka
lakukan untuk membantu Maya yang makin hanyut
dengan dunianya sendiri. Dia terpaksa akur dengan
keputusan Aini yang telah memutuskan untuk
memberitahu Farah tentang perkara ini kerana mereka
adalah rakan sekumpulan sejak sekian lama. Tambahan
pula, kerja berkumpulan mereka agak bermasalah kerana
Maya tidak memainkan peranan dan tidak memberi fokus
dan kerjasama terhadap tugasan yang melibatkan kerja
berkumpulan.

37

FARAH: Assalamualaikum. Korang dah lama sampai?
Maaf aku lambat sikit. Siapkan kerja dulu tadi. (dengan
nafas tercungap-cungap)

ANIRAH: Tak apa. Kami pun baru je sampai.

AINI: Kiranya macam mana ni? Apa kita kena buat?

FARAH: Sejak bila dia macam ni? Maksud aku sejak bila
nampak ketara sangat perubahan pada diri dia?

AINI: Dalam seminggu dua ni la dia jadi macam ni. Tapi
kalau nak ikutkan dah 2-3 bulan dia macam lain sikit. Tapi
tak ketara sangat sebab perubahan yang berlaku dalam diri
dia berubah sedikit demi sedikit. Sebelum ini kan dia
bukan jenis yang pendiam. Tapi kita sendiri pun perasan
daripada awal tahun lagi emosi dia tak menentu. Sekejap
okay sekejap tidak. Aku ingatkan tu perubahan hormon
dia aje. Tapi sejak kebelakangan ini semakin menjadi-
jadi. Sampai asyik terbaring je atas katil. Makan pun
susah. Itu pun makan kalau Anirah paksa dia berkali-kali.
Aku dengan Anirah ni sebagai teman sebilik dia pun tak
tahu dah nak buat apa. Bila kita tegur dia melenting. Aku
tak boleh la. Aku takut sebabkan perkara ni boleh terjadi
pergaduhan, sebab tu kalau ada apa-apa hal aku suruh
Anirah yang bercakap dengan dia.

FARAH: Hmmmm, kau pernah dengar tentang mental
illness?

AINI: Maksud kau, masalah depresi?

38

FARAH: Berkemungkinan, ya.

ANIRAH: Aku sangka begitu juga. Sebab dia macam lain
sangat daripada dia yang sebelum ni. Tapi tula kan, sakit
ni kita tak nampak. Jadi sebelum ni, tak hairan la dia
berpura-pura sihat depan kita tapi sudah sampai tahap
yang kritikal yang menyebabkan Maya berkelakuan
begini kerana dia dah tak boleh nak hadapi. Tak boleh nak
selindung dah pasal sakit dia ni.

AINI: Jadi, apa yang kita perlu buat?

ANIRAH: Kalau kita maklum kepada keluarga dia?

AINI: Aku tak setuju. Sebab kita tak tahu apa masalah dia.
Aku bukan nak menuduh, Cuma boleh jadi kalau betul dia
ada tekanan perasaan, mungkin itu berpunca dari masalah
keluarga? Jadi aku tak rasa kita patut maklum pada
keluarga dia.

FARAH: Ya, aku setuju dengan cadangan kau, Aini.
Anirah, aku cadangkan kau sebagai kawan yang paling
rapat dengan dia dan boleh bawa bincang. Aku rasa kau
paling sesuai untuk bersembang dengan dia. Kau sembang
macam biasa. Pancing dia sampai dia cerita masalah dia
atau biar je dia nak luah apa dengan kau, kau dengar je.
Kau pujuk dia supaya dia tidak pendam sorang-sorang.
Tapi kau jangan paksa dan jangan buat dia rasa dia tu
menyusahkan kita. Bagi semangat kat dia dan tunjuk yang
kau risaukan dia sebab kau sayang. Jangan buat dia rasa
terbeban. Aku yakin kau boleh, Anirah.

39

Semasa Aini, Farah dan Anirah sedang berbincang, tiba-
tiba telefon berdering. Aini melihat pada skrin telefon
tertera nama Maya.
AINI: Hei korang! tengok siapa yang telefon.
FARAH: Siapa? (dalam nada terkejut)
AINI: Si Maya wei, baru je kita bincang pasal dia. Macam
dia tahu je eh, panjang umur dia.
ANIRAH: Cepat la jawab Aini. (nada cemas)
AINI: Ye aku nak angkat laa ni. Korang diam tau!
Perbualan telefon antara Aini dan Maya
AINI: Assalamualaikum Maya, ape cerita kau call aku ni?
MAYA: Waalaikumusalam Aini, kau free tak sekarang?
AINI: Free. Kenapa?
MAYA: Aku nak jumpa kau dekat Tasik Biawak. Aku ada
benda nak bagitau dekat kau.
AINI: Baiklah Maya! Kau tunggu, lagi 10 minit aku
sampai.
MAYA: Baik! Aku tunggu.

40

SITUASI 5

Aini dan Maya berjumpa di Tasik Biawak seperti yang
telah dijanjikan.

Aini: ada apa Maya? Kau okay tak? Kenapa aku nampak
kau pelik sangat sejak kebelakangan ini?

MAYA: Aku sebenarnya…hmm

AINI: Ada apa sebenarnya, cuba kau cerita dekat aku,
mana tahu aku dapat tolong kau? Kitakan sahabat. Aku
akan tolong kau.

MAYA: Aku rasa diri aku dah tak berguna lagi.

AINI: Eh kau ni, kenapa kau cakap macam tu? Apa
sebenarnya masalah kau?

MAYA: Aku cerita kat kau tapi kau janji jangan bagitahu
kat siapa-siapa eh? Janji?

AINI: Janji! Ceritalah, aku dengar.

Akhirnya Maya terbuka hati untuk meluahkan segala
masalahnya kepada Aini, walaupun Aini dan Maya tidak
berkawan rapat dan Aini selalu memarahi Maya, namun

41

Maya berasa selesa untuk meluahkan masalahnya kepada
Aini berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

SITUASI 6

MAYA: Ibu! Minggu depan Maya nak duit belanja
sebanyak RM500 boleh ke ibu?

IBU: Banyak tu RM500! Ibu manalah ada duit sebanyak
tu. Adik-adik kamu yang lain pun memerlukan duit itu.
Kemana perginya duit pinjaman kamu? Kau kenalah
faham keadaan ibu sekarang selepas kematian ayah kau.
Semua benda di atas bahu ibu. Ibu minta agar Maya boleh
memahami keadaan ibu.

MAYA: Duit pinjaman Maya dah habis digunakan la ibu,
Maya guna duit tu untuk buat projek tahun akhir. Banyak
guna duit untuk projek tu.

IBU: Tak kan dah habis semua duit tu?

MAYA: Ibu nak bagi ke tak ni? Kalau ibu tak nak bagi
duit tu, Maya tak akan jejak lagi kaki di rumah ni. Apa
nak jadi, jadi lah. Maya dah tak peduli!

IBU: Ibu dah takde duit la Maya. Kan baru lagi ibu kasi
duit dekat kamu. Tolong lah faham keadaan ibu juga.
Adik-adik kamu perlukan duit yang banyak untuk sesi
persekolahan mereka.

Sesudah Maya bertengkar dengan ibunya…Maya terus
melangkah keluar dari rumah

42

…Bersambung perbualan antara Aini dan Maya di Tasik
Biawak

MAYA: Begitulah ceritanya Aini, aku dah tak tahu nak
buat macam mana. Kau lihat lah keadaan aku sekarang,
pelajaran aku semakin merosot dan biasiswa aku ditarik.
Aku berasa sangat cemburu akan kehidupan kau Aini.
Apa yang kau nak semua kau dapat. Nak dibandingkan
dengan aku ni memang jauh sekali. Kenapa aku tak dapat
kehidupan macam kau. (perasaan hiba)

AINI: Maya, patutlah selama ni kau berkasar je dengan
aku. Maya, kau tidak boleh bersikap macam ni, apa yang
aku miliki selama ini adalah usaha dari kerja keras aku
sendiri tanpa mengharapkan ihsan daripada keluarga aku.
Eh jap kenapa kau perlukan banyak duit untuk projek
akhir tahun tu sebab setahu aku projek akhir tahun tidak
memerlukan modal yang besar pun? (nada hairan)

MAYA: Hmm…Adalah kerja aku, aku guna untuk
pembelajaran lah

AINI: Kau jangan nak bohong aku laa… kita kan satu
kelas, lagipun satu aliran pulak tu. baik kau cakap betul-
betul dengan aku.

MAYA: Aku…Aku…Sebenarnya duit biasiswa aku
tu…Aku gunakan untuk beli barang-barang keperluan
aku… Aku nak juga rasa bergaya macam kau…Nak rasa
diberi perhatian dan dipandang orang dengan barang yang
aku pakai. Kalau aku tidak berpakaian ‘branded’ semua

43

ni, mana ada orang yang nak kawan dengan aku. Sebab
zaman sekarang kan, orang pilih kawan.

AINI: Maya!!! Kenapa la kau boleh fikir sampai macam
tu sekali… Tak semua orang macam tu… Kita kena la
ukur baju pada badan sendiri…Jangan kerana nak kan
perhatian orang lain, kau sanggup gunakan duit yang
sepatutnya untuk pembelajaran kau sendiri untuk beli
barang yang “branded”.

MAYA: Kau tidak berada dalam kehidupan aku, kau tak
rasa apa yang aku rasa, jadi boleh la kau cakap macam tu.
Kau lahir memang dah dalam keadaan senang, boleh
minta apa-apa. Bukan macam aku, semua benda aku perlu
usaha sendiri. Aku dari keluarga yang susah Aini, lebih-
lebih lagi lepas ayah aku dah meninggal pergi
meninggalkan kami.

AINI: Tapi Maya, kau tidak boleh guna duit biasiswa tu
sewenang-wenangnya, duit itu adalah untuk masa depan
kau, untuk pembelajaran kau.

MAYA: Hmm…(Diam seribu bahasa)

AINI: Sudah la Maya, anggap ini sebagai satu ujian untuk
kau dan jangan kau ulangi lagi. Kau tidak keseorangan.
Aku, Anirah, dan Farah sentiasa bersama kau. Lagipun,
baru je sebentar tadi kami memikirkan pasal kau. Kami
risau jika kau ada masalah depresi. Jadikan apa yang
berlaku sebagai pengajaran dan jangan kau ulangi.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Dan aku minta
sangat agar kau berjumpa semula dengan ibu kau dan

44

berterus terang dengan apa yang berlaku selama ini. Kau
kena ingat, kau tidak keseorangan Maya. Dan apa pun
yang berlaku, ibu kau tetap ibu kau, yang melahirkan kau.
MAYA: Setelah apa yang aku buat kepada kau selama ni
Aini, kau masih maafkan aku. Terima kasih banyak-
banyak Aini sebab dah tolong aku selama ini. Terima
kasih sebab sudi dengar masalah aku, beri aku motivasi
agar aku dapat teruskan hidup aku dan menjadi seorang
yang lebih positif. Aku janji tidak mengulangi perbuatan
itu lagi dan akan berjumpa dengan ibu di kampung dan
memohon maaf daripada ibu. Aku juga berjanji akan
berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku
perlukan sokongan dan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat
aku.

ATHIRAH: Tamat sudah drama radio pendek kami.
Terdapat beberapa pengajaran yang dapat kita perolehi
berdasarkan drama radio yang diterbitkan oleh kami.
Pertama sekali, kita hendaklah bersyukur dengan apa
yang kita ada dalam hidup. Tidak perlulah untuk kita
meniru gaya hidup orang lain semata mata kerana ingin
menambahkan kuantiti rakan kita. Pengajaran yang kedua
ialah apabila kita mempunyai sebarang masalah, kita
perlulah kongsi dengan rakan-rakan. Mendiam diri bererti
membahayakan lagi diri sendiri. Selain itu, di zaman
moden serba canggih ini, penyakit jiwa dan mental kian
bertambah. Ini adalah kerana zaman teknologi yang serba
canggih pada zaman kini. Terlalu mudah untuk kita
mengakses ke akaun peribadi seseorang dan terlalu ramai
yang suka menunjukkan kebahagiaan dan kemewahan
yang mereka miliki. Ini dapat memberi impak yang
negatif kepada insan yang kurang berkemampuan. Jadi,

45

untuk menjadi insan yang membawa manfaat kepada
kemakmuran negara, seseorang insan itu perlu
mengimbangi antara roh, jasad dan akal dalam hidup.
Marilah kita sama sama mengurangkan kadar peratusan
masalah penyakit jiwa dan mental dalam negara kita
selaras dengan kemajuan negara.

JURUHEBAH RADIO ADDA: Wah, menarik sungguh
drama ni! Walaupun durasinya singkat, tetapi sangat
memberi manfaat dan kesedaran pada diri. Saya harap
semua pendengar dapat mempelajari sesuatu berdasarkan
drama yang kita dengar sebentar tadi. Tapi betul lah Izzati,
saya terfikir juga. Negara kita ni semakin maju hari ke
hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Tetapi adakah
kesihatan mental masyarakat kita semakin baik dan
menurun peratusannya?

JURUHEBAH RADIO IZZATI: Ya Adda, saya pun
terfikir akan kenyataan tu juga. Jadi seperti yang
disebutkan di akhir drama tadi, marilah kita imbangkan
antara roh, jasad dan akal dalam hidup kita agar kita sama-
sama dapat mengurangkan kadar peratusan masalah
penyakit jiwa dan mental dalam negara kita. Baiklah,
terima kasih kepada semua pendengar yang mendengar
drama kami sebentar tadi. Kita jumpa lagi pada minggu
hadapan dengan tema yang lain, ha kalau nak tahu kena
dengar radio Cewah FM pada hari dan waktu yang sama.
Teruskan mendengar radio pilihan hati anda, Cewah FM.

TAMAT

46

TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030

TAJUK
Angkara

PENULIS SKRIP
Nur Aimi Aliah binti Md Rohaizimi

PELAKON
CIKGU ANISAH: Cikgu baru di SMK Sri Kenanga.
Seorang guru yang prihatin dan penyayang. Sikapnya
yang lemah-lembut membuatkan para pelajar selesa
bergaul dengannya. Beliau mempunyai latar belakang
dari keluarga yang miskin dan serba kekurangan. Namun
kehidupannya berubah menjadi lebih baik selepas
menjadi seorang guru dan sangat memahami situasi
pelajar yang tidak berkemampuan.

IKMAL: Pelajar tingkatan tiga yang sangat pendiam. Dia
dari keluarga yang miskin dan bapanya meninggal dunia
sejak dia kecil lagi. Dia juga terpaksa menanggung sara
hidup keluarganya kerana ibunya yang tidak bekerja.

PUAN SITI: Ibu kepada Ikmal. Seorang yang sangat
menyayangi anaknya dan berusaha untuk mencari
pendapatan mereka sekeluarga.

CIKGU MARIAH: Seorang guru yang tegas dan
merupakan kawan baik kepada Cikgu Anisah. Seorang
kawan yang dipercayai dan sentiasa menghulurkan

47

bantuan. Sudah menjalinkan persahabatan dengan Cikgu
Anisah sejak di universiti lagi.

MILA: Rakan sekelas kepada Ikmal dan merupakan anak
orang kaya. Seorang yang baik dan peramah.

RIANA: Rakan sekelas Ikmal dan Mila. Dia tidak
menyukai Ikmal kerana Ikmal miskin. Dia juga
merupakan kawan baik kepada Mila.

PUAN LATIFAH: Ibu kepada Mila. Orang kaya yang
berlagak dan sombong.

ENCIK ZAHIR: Anggota polis yang ditugaskan untuk
menyiasat kes berkenaan kematian Ikmal.

ANGGOTA POLIS 1: Rakan setugas Encik Zahir.
Bertindak mendengar arahan pihak atasan.

KETUA KELAS: Seorang yang bertanggunggjawab.

PENGETUA: Memberi pengumuman mengenai
keputusan PT3 untuk pelajar sekolah SMK Sri Kenanga.

CIKGU JAMILAH: Cikgu kepada Cikgu Anisah.
Seorang yang garang dan tidak memahami anak
muridnya.

PELAJAR 1: Rakan sekelas Cikgu Anisah.

PELAJAR 2: Rakan sekelas Cikgu Anisah.

48

SINOPSIS
Cikgu Anisah, seorang guru yang sangat prihatin terhadap
anak muridnya, Ikmal seorang pelajar yang datang dari
keluarga yang miskin. Kisah silam Cikgu Anisah
membuatkan beliau ingin mendekati dan membantu Ikmal
yang sangat pendiam. Cikgu Anisah berharap agar Ikmal
tidak berasa tersisih dengan kawan-kawannya yang lain
yang datang dari keluarga berada. Cikgu Anisah sanggup
melakukan apa sahaja untuk memberi kesenangan kepada
Ikmal dan ibunya serta sentiasa membimbingnya dan
membantunya sama ada dari segi pelajaran mahupun
kehidupan di luar sekolah. Kesungguhan Cikgu Anisah
membantu Ikmal dan ibunya membuahkan hasil. Ikmal
berjaya dalam pelajarannya dalam pada masa yang sama
ibunya berjaya dalam mendapatkan pendapatan yang
lumayan melalui perniagaan secara atas talian atas
bantuan Cikgu Anisah. Dalam berjaya menjalani
kehidupan yang selesa seperti yang diimpikan, sesuatu
kejadian buruk berlaku. Tanpa disangka, Ikmal
mengakhiri nyawanya. Kematian Ikmal dianggap sebagai
kes mati bunuh diri. Tetapi, adakah ini benar? Apakah
rahsia disebalik semua ini? Siapakah dalang yang
menyebabkan kematian seseorang yang baru sahaja
mengecapi kebahagiaan?

SITUASI 1

Kedengaran bunyi telefon pintar Cikgu Anisah memecah
kesunyian di waktu malam yang hening. Cikgu Anisah
yang sedang bersiap-siap untuk tidur menjawab
panggilan tersebut.

49

CIKGU ANISAH: Hello. Assalamualaikum puan?
Kenapa ya call malam-malam ni? (menunjukkan riak
muka kekeliruan)

PUAN SITI: Cikgu... Ikmal cikgu.... (sambik menangis
teresak-esak)

CIKGU ANISAH: Ya puan. Kenapa dengan Ikmal?

PUAN SITI: Ikmal dah takda. (menangis teresak-esak)

CIKGU ANISAH: Ya Allah! Kenapa ni? Apa jadi? Puan
kat mana sekarang? (meninggikan suara)

PUAN SITI: Hospital.... (menangis)

CIKGU ANISAH: Kejap ya puan. Nanti saya datang.
(dengan tergesa-gesa hendak pergi ke hospital)

Setibanya di hospital, Cikgu Anisah bersama Cikgu
Mariah bergegas menuju ke Puan Siti yang sedang
menangis teresak-esak. Puan Siti kelihatan lemah dan
tidak bermaya. Nampaknya, Puan Siti daripada tadi tidak
berhenti menangis.

CIKGU ANISAH: Puan? (menunjukkan muka simpati
dan hampir menangis sambil memeluk Puan Siti)

Kelihatan dua orang anggota polis mendekati Cikgu
Anisah dan Puan Mariah.

50


Click to View FlipBook Version