The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by my syafiqah, 2022-04-02 19:49:13

contoh skrip drama radio pendek 2

contoh skrip drama radio pendek 2

ENCIK ZAHIR: Maaf mengganggu puan. Diharapkan
puan dapat bertenang. Kami akan berusaha sebaik
mungkin untuk mencari siapa pelakunya. Team kami
sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

CIKGU MARIAH: Kenapa ni? Apa yang berlaku
sebenarnya?

ENCIK ZAHIR: Mangsa ditemui mati di tempat kejadian
dan mangsa terjatuh dari tempat tinggi. Kami masih
menjalankan siasatan. Kemungkinan mangsa ditolak atau
bunuh diri.

PUAN SITI: Bunuh diri? Anak saya tak mungkin
mungkin diri! Hidup kami dah senang. Kenapa dia perlu
bunuh diri? (menangis meraung-raung)

CIKGU ANISAH: Sabar puan. (sambil memeluk Puan
Siti) Kita masih tidak tahu perkara sebenar. Biarkan polis
menjalankan tugas mereka dan saya yakin Ikmal takkan
bunuh diri.

Semua tidak dapat menahan air mata yang jatuh. Suasana
yang muram itu diselubungi tangisan mereka yang
menyayangi Ikmal dan tidak percaya perkara ini berlaku.
Semua berlaku dalam sekelip mata. Terbayang wajah
ceria Ikmal yang menerima keputusan peperiksaannya
siang tadi. Kegembiraan ini bertukar tragedi hanya
dengan sekelip mata. Semua yang berlaku seperti sebuah
mimpi. Satu-satunya anak yang menjadi kebanggaannya
pergi meninggalkan seorang ibu di dunia ini. Cikgu
Anisah dan Cikgu Mariah juga tidak dapat menahan air

51

mata daripada jatuh. Anak murid yang disayangi pergi
meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

SITUASI 2

Kedengaran suara garau menyoal siasat beberapa orang
suspek silih berganti di bilik yang gelap dan suram.
Bertubi-tubi soalan keluar dari pemilik suara garau itu
tetapi jawapan yang dikeluarkan tidak memuaskan hati.
Setiap kali soalan ditujukan masing-masing seperti tidak
mengaku bersalah dan cuba mengelak daripada
menjawab dengan jujur.

ENCIK ZAHIR: Cik, sewaktu kejadian berlaku cik di
mana? (dengan nada yang lembut tetapi tegas)

CIKGU ANISAH: Saya duduk di bilik rumah saya.
(dengan suara sayu)

ENCIK ZAHIR: Mangsa ada bagi apa-apa ucapan
terakhir dekat cik?

CIKGU MARIAH: Tiada. Siang tu kami hanya pergi
makan sama-sama. (riak muka pasrah)

ENCIK ZAHIR: Adik rapat ke dengan mangsa?

MILA: Kami cuma kawan biasa. Kawan sekelas. Saya
hanya pernah beberapa kali sahaja makan dengan dia.
(intonasi suara yang tenang)

52

ENCIK ZAHIR: Saya dengar adik suka kacau mangsa.
Nampaknya hubungan kamu berdua tidak begitu baik.
(mengangkat kening sebelah)

RIANA: Saya memang tidak suka dia sebab dia miskin.
Tapi saya tak kejam sampai jadi macam ni. (suara takut-
takut)

SITUASI 3

Lapan bulan yang lepas...

Sesi persekolahan bermula seperti biasa. Cikgu Anisah
merupakan cikgu baru di SMK Sri Kenanga memasuki
kelas pertamanya, kelas 3 Zarqali. Kehadiranya di dalam
kelas tersebut membuatkan murid-murid diam
menunjukkan tanda hormat.

KETUA KELAS: Bangun.. Assalamualaikum cikgu.

CIKGU ANISAH: Waalaikumussalam. Semua duduk.
(sambil memerhati semua murid di dalam kelas tersebut.)
Ada sesiapa yang tidak hadir hari ini? Kenapa satu meja
tu kosong?

(Semua murid hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-
apa)

KETUA KELAS: Ikmal cikgu! Itu tempat duduk Ikmal
tapi dia tidak hadir.

CIKGU ANISAH: Kenapa dia tidak hadir?

53

KETUA KELAS: Saya tidak tahu. (sambil
menggelengkan kepala)

CIKGU ANISAH: Baiklah, tidak mengapa. Sebelum kita
mulakan kelas, cikgu hendak memperkenal diri dahulu.
Cikgu merupakan cikgu baru yang akan mengajar kamu
semua subjek Sejarah. Nama cikgu, Anisah binti Ramli.
Boleh panggil saya Cikgu Anisah. Selamat berkenalan
semua.

(semua murid bertepuk tangan sambil bersorak)

Sesi pengajaran dan pembelajaran pun bermula. Selepas
beberapa minit kemudian, seorang murid mengintai dari
luar jendela kelas. Dia seperti malu dan mempunyai
keberanian untuk memasuki kelas. Cikgu Anisah perasan
kehadirannya lalu memanggilnya untuk masuk.
Keadaannnya yang tidak terurus, bajunya kotor seperti
tidak berbasuh, kasutnya koyak dan kepalanya tunduk
sambil melangkah masuk ke dalam kelas apabila
dipanggil Cikgu Anisah.

CIKGU ANISAH: Siapa kamu? Kenapa duduk di luar?
(ketua kelas menyampuk)

KETUA KELAS: Itulah Ikmal cikgu. Dia budak kelas
kami.

RIANA: Eh, budak miskin ni. Kenapa kau datang
sekolah? Baik kau tolong mak kau jual kuih (Cikgu

54

Anisah cuba untuk mententeramkan kelas yang mulai
bising)

CIKGU ANISAH: Senyap semua. (sambil mengetuk
papan putih) Kamu Ikmal? Kenapa kamu datang lambat?
(Ikmal masih tunduk. Diam seribu bahasa)

CIKGU ANISAH: Hmm takpa lah. Baiklah semua. Boleh
kita sambung kelas kita sekarang?

SEMUA MURID: Bolehhhhh.

CIKGU ANISAH: Ikmal, pergi duduk ke tempat kamu.
(Ikmal berjalan sambil menundukkan kepala menuju ke
tempat duduknya)

Cikgu Anisah memerhati gelagat Ikmal dengan penuh
sayu seperti dapat memahami situasi yang dialami oleh
pelajar tersebut. Tanpa disedari, memori masa silam
menyelubungi fikiran Cikgu Anisah.

SITUASI 4

CIKGU JAMILAH: Anisah! Kamu lambat lagi? Kamu
tahu tak, kamu dah lebih lima kali lambat ke sekolah! Apa
lagi alasan kamu? Tolong mak kamu jual nasi lemak? Itu
tanggungjawab mak kamu, bukan kamu!

Kelantangan suara Cikgu Jamilah memecah kesunyian
kelas. Seisi kelas diam tidak berani mengeluarkan
sebarang suara termasuk Anisah yang hanya tunduk dan

55

malu kerana dimarahi oleh gurunya di hadapan rakan-
rakan kelasnya.

CIKGU JAMILAH: (mendengus) Pergi duduk tempat
kamu. Selepas ini, saya tidak mahu lagi tengok kamu
lambat. (sambil mencekak pinggang dan matanya tajam
melihat Anisah)

Anisah berjalan sambil tunduk ke tempat duduknya.
Hidupnya yang serba kekurangan membuatkan dia selalu
membantu ibunya yang hanya menampung hidup mereka
sekeluarga dengan menjual nasi lemak. Ayahnya sudah
meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Walaupun hidup
miskin, dia tidak akan pernah untuk ponteng ke sekolah
kerana dia sedar ilmu sangat penting untuk dia berjaya
dalam hidup.

PELAJAR 1: Kenapa tidak berhenti sekolah sahaja.
Entah-entah duit untuk menampung perbelanjaan sekolah
pun tiada.

PELAJAR 2: Itulah. Menyusahkan sahaja si Anisah ini.
Kelas kita selalu lambat mula sebab dia lah.

CIKGU JAMILAH: Apa bising-bising ni? Sudah! Mari
kita mula kelas kita.

SITUASI 5

KETUA KELAS: Cikgu? Cikgu?

Cikgu Anisah terhentak dari lamunannya.

56

CIKGU ANISAH: Ya? (muka kekeliruan dengan air
muka yang penuh dengan tanda tanya)

MILA: Cikgu okay ke? Cikgu tak sihat?

CIKGU ANISAH: Ya. Ya. Cikgu Sihat. Cikgu okay.
Maafkan cikgu semua. Mari kita sambung ya.

Kringggg. Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu
kelas yang pertama.

SITUASI 6

Mata Cikgu Anisah meliar-liar mencari kelibat Ikmal di
kantin. Kelihatan Ikmal duduk bersendirian di tepi
longkang berdekatan dengan kantin.

CIKGU ANISAH: Ikmal? Kenapa kamu duduk di sini?
Kamu dah makan?

IKMAL: Belum cikgu. Saya tiada duit nak makan. Duit
yang mak bagi tak cukup. (dengan tergagap-gagap
sambil tunduk melihat longkang)

CIKGU ANISAH: Ya Allah. Mari ikut cikgu. Kita makan
sama-sama.

Cikgu Anisah dan Ikmal makan berhadapan di meja
kantin. Cikgu Anisah melihat Ikmal makan dengan begitu
gelojoh sekali.

57

CIKGU ANISAH: Lepas ni, kalau waktu rehat, Ikmal nak
makan sekali dengan cikgu?

Ikmal hanya mengangguk-angguk sambil makan dengan
gelojoh. Cikgu Anisah tersenyum.

Kringgg. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat
sudah tamat.

IKMAL: (bangun dari tempat duduk) Terima kasih
banyak-banyak cikgu. (berlari menuju ke kelasnya)

CIKGU MARIAH: Assalamualaikum.

CIKGU ANISAH: Eh, mariah. (muka kegirangan) eh
maafkan saya. Waalaikumussalam Cikgu Mariah (sambil
tersengih-sengih)

Cikgu Anisah dan Cikgu Mariah berbincang mengenai
hal Ikmal dan kisah hidupnya yang serba kekurangan.
Cikgu Anisah berasa kasihan dengan hidup Ikmal lalu
mereka bercadang untuk ke rumah Ikmal. Cikgu Anisah
berniat untuk menjenguk keluarga Ikmal dan membantu
apa yang patut.

SITUASI 7

“Assalamualaikum... Assalamualaikum...” Kedengaran
suara Cikgu Anisah memberi salam di hadapan rumah
papan yang usang. (sambil menoleh ke arah Cikgu
Mariah)

58

CIKGU ANISAH: Takda orang kot. Macam tiada siapa di
rumah. Jom lah balik. Esok kita datang balik.

PUAN SITI: Waalaikumussalam.. (suara lembut
menyahut salam Cikgu Anisah) Ya. Siapa ya awak
berdua?

CIKGU ANISAH: Oh. Puan Siti? Ibu kepada Ikmal?
Kami cikgu Ikmal di sekolah. Ikmal ada?

PUAN SITI: Oh. Cikgu-cikgu Ikmal rupanya. Mari
masuk. Maaf saya tak kenal cikgu berdua.

Cikgu Anisah dan Cikgu Mariah pun memasuki rumah
Ikmal. Di luar rumah pun kelihatan usang apatah lagi di
dalam. Cikgu Anisah mula rasa simpati dengan keadaan
Ikmal dan ibunya. Mereka duduk tersimpuh di ruang
tamu.

PUAN SITI: Ikmal tiada. Dia kerja. Kerja dekat warung
di sebelah masjid tu. Kejap ya, saya buatkan air.

Puan Siti pergi ke dapur untuk membuat air untuk
dihidangkan kepada tetamunya. Beberapa minit
kemudian, Puan Siti kembali dengan membawa dulang
yang diisi dengan satu jag air dan dua biji cawan kosong.

PUAN SITI: Jemput minum cikgu. Oh ya, lupa nak tanya.
Nama cikgu berdua?

59

CIKGU ANISAH: Haa. Maaf-maaf. Saya pun lupa nak
memperkenalkan diri. Saya Cikgu Anisah dan ini Cikgu
Mariah. (dengan senyuman manis)

PUAN SITI: Apa hajat cikgu berdua ke mari?

CIKGU MARIAH: Sebenarnya kami ke sini nak tengok
keadaan puan dan nak menceritakan sedikit pasal Ikmal di
sekolah.

PUAN SITI: Kenapa cikgu? Ikmal ada buat masalah ke?
(muka kerisauan)

CIKGU ANISAH: Eh tak lah. Bukan begitu,
sebenarnya.... (menceritakan kisah Ikmal yang tersisih
daripada kawan-kawannya kerana kemiskinannya)

PUAN SITI: Allahuakhbar. Saya tidak pernah tahu
tentang ini. Ikmal tidak pernah menceritakannya kepada
saya. Apalah nasib kami cikgu. Saya diuji begitu berat
sekali. Kadang-kadang saya jatuh sakit. Ikmal yang
berusaha untuk mencari duit. Saya tidak memaksa dia.
Tetapi, tiada siapa yang boleh membantu saya selain dia.
Saya pun tidak mahu menyiksa dia seperti itu. Saya bukan
ibu yang baik. (mula mengeluarkan air mata)

CIKGU ANISAH: Tujuan kami datang ke sini juga nak
membantu puan dan Ikmal. Jangan risau puan, saya akan
memberi perhatian lebih kepada Ikmal. Saya akan bantu
dia dalam mempelajarannya supaya dia tidak ketinggalan
dan mampu menjadi anak yang berjaya. (sambil
mengusap belakang Puan Siti)

60

CIKGU MARIAH: Berkenaan soal duit. Kami akan
fikirkan macam mana hendak tolong puan dan Ikmal.
Ikmal masih kecil. Belum tiba masanya untuk dia bekerja.
Saya dengar dia juga banyak buat kerja-kerja sampingan
selain bekerja di warung. Budak macam Ikmal tu lebih
baik fokus pada pelajarannya. Lagi-lagi tahun ni dia akan
menghadapi PT3. Puan jangan risau ya.

PUAN SITI: Maafkan saya kerana menyusahkan cikgu
berdua. Saya sendiri buntu. Saya tidak mempunyai siapa-
siapa untuk membantu kami.

CIKGU ANISAH: Tidak mengapa puan, ini memang
tanggungjawab kami. (memujuk Puan Siti yang menangis
teresak-esak)

Beberapa hari kemudian, Cikgu Mariah dan Cikgu
Anisah kembali ke rumah Ikmal. Mereka mempunyai idea
untuk membantu Ikmal dan ibunya. Cikgu Anisah
menghulurkan satu beg kertas kepada Ikmal lalu Ikmal
mengambilnya dan membuka beg itu. Ikmal sangat
terkejut dengan pemberian yang diberikan oleh gurunya.
Cikgu Anisah dan Cikgu Mariah menghadiahi Ikmal
sebuah telefon pintar untuk memudahkan Puan Siti
berniaga kuih-muih di atas talian. Boleh dikatakan tiap-
tiap hari, minggu ada sahaja tempahan yang diambil.
Dalam kesibukan itu, Ikmal masih boleh fokus dalam
pelajarannya atas bantuan Cikgu Anisah dan Cikgu
Mariah. Tambahan pula, Ikmal bakal menduduki
Peperiksaan Pentaksiran Tiga yang hanya tinggal
berbaki beberapa bulan sahaja.

61

SITUASI 8

Ikmal seperti biasa makan bersendirian di kantin sekolah.
Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan menegurnya dari
Ikmal.

MILA: Hai Ikmal. Sorang je makan?

IKMAL: Eh Mila. Haah. Sorang je.

MILA: Nak makan sekali boleh? (menuju ke tempat
duduk di hadapan Ikmal)

IKMAL: Boleh-boleh. (menangguk-anggukkan
kepalanya)

RIANA: Eh Mila! Awak buat apa kat sini? (menjerkah
dengan kuat)

MILA: Riana? Kenapa? Ada apa-apa ke? Sorry tak
tunggu awak makan sekali. Saya dah lapar sangat tu
makan sekali dengan Ikmal. Ada juga teman.

RIANA: Banyak-banyak orang kenapa dengan budak
miskin ni juga yang temankan awak? (mula naik angin)

MILA: Riana! Kenapa dengan awak ni? Hina sangat ke
Ikmal di mata awak? Apa yang awak benci sangat kat dia?
(menininggikan suara)

RIANA: Dah lah! Jom! (nada suara marah)

62

Riana menarik tangan Mila dengan kasar memaksa Mila
untuk meninggalkan tempat itu.

SITUASI 9

Beberapa bulan kemudian, hidup Ikmal dan ibunya
semakin stabil. Rezeki yang tidak disangka-sangka
datang berpusu-pusu. Semakin ramai mula percaya
dengan perniagaan Puan Siti. Puan Siti juga sudah
mampu menampung perbelanjaan sekolah Ikmal dan
kehidupan seharian mereka. Mereka bahagia dengan
hidup begini walaupun Puan Siti semakin sibuk menerima
tempahan. Keputusan Peperiksaan Pentaksiran
Tingkatan Tiga juga semakin dekat. Berdebar-debar
Ikmal menanti keputusan yang bakal diumumkan.

Hari keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga
akhirnya tiba. Ikmal bersama ibunya tiba di sekolah
seawal pukul 9 pagi. Semua pelajar Tingkatan Tiga
berkumpul di dewan sekolah menanti dengan penuh
debaran.

PENGETUA: Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah tiba waktu

yang dinantikan oleh semua pelajar. Pada tangan saya ini,
ada keputusan mereka yang mendapat straight A’s iaitu

sebanyak 10 orang pelajar. (tepukan gemuruh kedengaran

di dalam dewan) Baiklah, daripada tunggu lama-lama

baik saya umumkan. Yang pertama, Nur Riana Izzati binti

Shamsul.

63

Kelihatan riak muka Riana terkejut dan hampir
mengeluarkan air mata. Riana bangun dari tempat
duduknya dan naik ke atas pentas untuk menerima slip
keputusan peperiksaannya.

PENGETUA: (menyambung menyebut nama-nama
pelajar yang mendapat keputusan cemerlang) dan yang
terakhir... Mohd Ikmal bin Zakaria.

Sesuatu keputusan yang sangat tidak dijangkakan. Ikmal
tidak pernah tersenarai sebagai calon pelajar cemerlang
di sekolah itu. Mereka yang berada di dewan sangat
terkejut dan memberikan tepukan gemuruh kepada Ikmal.
Seorang pelajar yang selalu lewat ke kelas kerana ingin
membantu ibunya. Walaupun sibuk dalam pelajaran,
tetap membantu ibunya untuk menyara kehidupan
mereka. Seorang pelajar yang disenangi oleh ibu dan
guru-gurunya. Kemiskinan bukan penghalang untuk dia
berjaya. Apa yang penting, berkat usaha daripada
menjadi anak yang soleh, rajin membantu ibunya, pandai
mengimbangi pelajaran dan kehidupan di luar sekolah.
Maka, tidak hairanlah jika dia boleh mendapat keputusan
cemerlang. Rezeki itu tidak pernah tersalah jalan. Ikmal
menangis kegembiraan. Berjalan menuju ke pentas untuk
mengambil slip keputusan peperiksaannya. Kelihatan
riak muka Puan Siti penuh dengan kegembiraan. Tidak
ketinggalan juga dua orang cikgu yang setia membantu
Ikmal, Cikgu Anisah dan Cikgu Mariah yang tidak lekang
daripada senyuman.

CIKGU ANISAH: Tahniah Ikmal. Cikgu tumpang
gembira atas pencapaian kamu.

64

CIKGU MARIAH: Ya Ikmal. Tahniah juga cikgu
ucapkan.

IKMAL: Ini semua berkat bantuan daripada cikgu Anisah
dan cikgu Mariah juga. Terima kasih banyak-banyak
cikgu.

PUAN SITI: Betul tu cikgu. Saya bersyukur sangat diberi
peluang bertemu dengan cikgu Anisah dan Cikgu Mariah.
Kalau bukan atas bantuan kamu berdua. Ikmal tidak akan
mendapat keputusan yang baik begini dan saya pun tidak
akan mampu untuk berniaga seperti sekarang. (sambil
memegang tangan cikgu Anisah dan Cikgu Mariah)

Tiba-tiba, Mila menyampuk dari belakang bersama
Riana.

MILA: Tahniah Ikmal. Nampaknya, saya tak bijak
macam awak.

IKMAL: Mana adalah. Awak pun sama tahniah juga.
Riana pun. Tahniah juga. (senyuman lebar)

Riana tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya
menunjukkan reaksi muka sombong lalu menarik Mila
untuk pergi dari situ.

SITUASI 10

Sambungan daripada situasi 2...

65

Cikgu Anisah menunggu sahabatnya, Cikgu Mariah yang
sedang disoal siasat di dalam bilik soal siasat. Fikirannya
jauh memikirkan nasib kematian Ikmal yang misteri.
Tiada siapa tahu apa yang berlaku. Pihak polis sendiri
buntu dan tidak menemui jawapan.

ANGGOTA POLIS 1: Encik. Kita kena tutup kes ni. Ini
arahan daripada pihak atasan. Tiada bukti yang
menunjukkan ini kes bunuh. Kita tutup kes ni sebagai kes
bunuh diri.

ENCIK ZAHIR: Kes ini masih tidak selesai. Kita ada
masa lagi untuk cari pembunuhnya.

ANGGOTA POLIS: Tapi, ini arahan daripada pihak
atasan. Kalau encik taknak dengar nanti...

CIKGU ANISAH: (suara lemah) Apa ni? Ini kes pasal
anak murid saya ke? Kenapa pula kes ni nak ditutup
sebagai kes bunuh diri? Sudah ada bukti yang cukup ke?
(mula naik berang)

ENCIK ZAHIR: Kejap ya cik.. (memujuk)

SITUASI 11

Beberapa hari kemudian di rumah Cikgu Mariah.

CIKGU MARIAH: Nisah! Nisah! Jom makan! Nisah? Eh
buat apa kat sini? Jom lah makan.

Cikgu Anisah membaling cek di hadapan Cikgu Mariah.

66

CIKGU ANISAH: Apa ni mariah? Mana awak dapat duit
banyak-banyak ni? Awak buat apa dengan duit ni? Puan
Latifah? Ni bukan atas nama mak Mila ke? (riak muka
terkejut dan penuh tanda tanya)

CIKGU MARIAH: Nisah jap. Kejap awak kena dengar
penjelasan saya. (intonasi suara cuak)

CIKGU ANISAH: Kejap. Jangan kata ni ada kena
mengena dengan kematian Ikmal. Ya. Hari tu Puan
Latifah ada cari awak. Dia kata dia nak berbincang dengan
awak pasal kes ini. Apa semua ni? (mula meninggikan
suara) Mariah. Baik awak jujur dengan saya. Awak nak
simpan sampai bila semua rahsia ni. Kalau kes kematian
Ikmal, apa kena mengena dengan duit? Awak ada buat
apa-apa untuk Puan Latifah? (intonasi sedih)

CIKGU MARIAH: (mula menangis teresak-esak)
Maafkan saya nisah. Maafkan saya. Semua salah saya.
Kalau saya jujur dari awal benda ni takkan berlaku.

CIKGU ANISAH: Awak tahu siapa pembunuhnya? Siapa
mariah? Cakap?! (riak muka marah dan nada menjerit)

CIKGU MARIAH: Mila.. Mila anak Puan Latifah. Anak
murid kelas awak. (menangis teresak-esak dan tersekat)
Cikgu Anisah jatuh tersungkur, lututnya lemah bila
mendengar jawapan dari mulut sahabatnya. Dia seperti
tidak percaya apa yang dikatakan oleh Cikgu Mariah.
Mila, seorang anak murid yang peramah dan baik hati.

67

Dia juga yang selalu menemani Ikmal di kantin dan tidak
pernah menyisihkan Ikmal.

CIKGU ANISAH: Saya kecewa dengan awak Mariah.
Rahsia sebesar ini awak simpan semata-mata sebab duit?
Awak bukan Mariah yang saya kenal. (intonasi sedih)

Cikgu Anisah berlalu pergi dengan penuh kekecewaan.
Sahabat yang dipercayai mengkhianati dirinya. Anak
murid yang difikirkan baik membuat perkara yang paling
keji. Manusia menjadi buta untuk membuka kebenaran
hanya kerana duit.

SITUASI 12

Cikgu Anisah bertekad untuk bertemu dengan Puan
Latifah dan Mila. Dia perlu mengorek semua kebenaran.
Orang yang bersalah perlu mengaku bersalah.
Kebenaran perlu diketahui oleh semua orang. Dia perlu
menuntut bela kematian anak muridnya. Cikgu Anisah
mengajak Puan Latifah dan Mila untuk bertemu
dengannya di sebuah kafe.

CIKGU ANISAH: Assalamualaikum puan, jemput
duduk. Hai Mila. (intonasi suara pura-pura mesra)

PUAN LATIFAH: Waalaikumussalam. Haa kenapa ya
nak jumpa kami berdua? Ada hal yang mustahak sangat
ke? Tau kan saya ni orang busy. (suara sombong dan
berlagak)

68

CIKGU ANISAH: Saya malas nak berdolak-dalih lagi.
Saya terus terang sahaja. (intonasi suara tenang) Mila?
Boleh cikgu tau Mila di mana semasa kejadian berlaku?

PUAN LATIFAH: Kejadian apa ni? (meninggikan suara)

CIKGU ANISAH: Jangan buat-buat taktau Mila. Takpa
jawab je. Cikgu terima apa-apa jawapan. (intonasi suara
tenang, memujuk dan tanda tanya)

PUAN LATIFAH: Eh cikgu, jangan nak macam-macam
ya. Cukup lah anak saya disoal siasat oleh polis sekarang
ni cikgu pula nak tanya dia macam-macam. (intonasi
suara garang)

CIKGU ANISAH: Mila. Cikgu tau awak budak yang
baik. Awak selalu dengar cakap cikgu. Awak suka
berkawan dengan Ikmal. Awak pun mesti tak sangka
benda ni berlaku. (suara lembut memujuk sambil menatap
mata Mila dengan begitu dalam)

MILA: (mula menangis) sebenarnya... sebenarnya...
Kembali ke hari kejadian.

Pada malam itu, angin sepoi-sepoi bahasa. Ikmal hendak
mengambil angin lalu dia pergi ke bangunan tinggi
tempat biasa yang dia selalu pergi. Di situlah tempat dia
melayan perasaan. Tiba-tiba kedengaran suara
perempuan menangis dan dipujuk oleh seseorang. Ikmal
terkejut melihat perempuan yang menangis itu Mila dan
yang memujuk Mila ialah Riana.

69

RIANA: Mila, janganlah macam ni. Mungkin ni bukan
rezeki awak. Jangan sedih-sedih. (nada memujuk)

MILA: Saya sedih dengan parents saya Riana. Ayah saya
sanggup pukul hanya sebab saya tak dapat apa yang dia
impikan. Tengoklah ni, habis bengkak badan-badan saya.
Mak saya bayar private tutor mahal-mahal tapi saya tak
berjaya pun. (menangis teresak-esak) saya anak yang tak
guna.

IKMAL: Mila.. Riana.. (nada tenang dan penuh tanda
tanya)

Mereka berdua terkejut dengan kehadiran Ikmal. Tiba-
tiba Mila menjerit tidak puas hati.

MILA: Sebab kaulah aku jadi macam ini! Kalau kau tak
kena tolong dengan Cikgu Anisah kau takkan pandai
macam ni! Kau rebut tempat aku Ikmal! Patutnya aku
yang jadi pelajar cemerlang! (meninggikan suara dan
nada tidak puas hati)

RIANA: Mila! Hati-hati! Awak silap langkah nanti kamu
berdua jatuh. (nada kerisauan) Mila dah lah (cuba untuk
menarik Mila)

Mila mula menarik kolar baju Ikmal. Riana cuba untuk
menahan Mila tetapi tidak berjaya. Mila seperti dirasuk.
Kemarahannya terhadap Ikmal membuak-buak. Tanpa
disedari, Mila dan Ikmal tersilap langkah membuatkan
Mila tertolak Ikmal ke hujung bangunan dan sempat
bergayut.

70

IKMAL: Mila... Riana... Tolong saya... (suara lemah dan
tersekat-sekat)

Ikmal tidak cukup kuat untuk bergayut manakala Riana
dan Mila hanya mampu terpaku. Akhirnya...

RIANA: Ikmal!!!!!!!!!

Cikgu Anisah terkejut mendengar pengakuan Mila.
Akhirnya, persoalannya selama ini menemui jawapan.

CIKGU ANISAH: (terkejut dan hampir menangis)

ENCIK ZAHIR: Cik Mila. Mari ikut saya ke balai. (nada
tegas)

PUAN LATIFAH: Kau nak bawa anak aku ke mana? Aku
dah bayar semua supaya kamu tutup kes ni. Tak cukup
lagi ke? Mila, jangan tinggalkan mak. (nada kerisauan
dan ketakutan)

Mila pun mengikuti Encik Zahir bersama anggota polis
yang lain. Dia sedar dia bersalah tetapi tidak mempunyai
kekuatan untuk memberitahu kebenaran. Dia biarkan
sahaja ibunya merasuah semua orang untuk
kepentingannya. Walaupun dia berharap kebenaran ini
diketahui tetapi dalam pada masa yang sama dia takut.
Kehadiran Cikgu Anisah untuk memujuknya memberi
sedikit kekuatan kepada dirinya.

71

MILA: (bercakap dalam hati) Maafkan saya Ikmal, saya
bukan kawan yang baik seperti yang awak sangka. Saya
pengecut. Saya harap dengan ini, akan dapat membalas
kejahatan saya terhadap awak. Semua ini berlaku angkara
saya. Semoga tenang di sana sahabat. (nada sedih dan
pasrah)

TAMAT

72

TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030

TAJUK
Langit

PENULIS SKRIP
Nurul Aliana Binti Ismail

PELAKON
Afeeqa Darleeya: pelajar cemerlang yang ditaja oleh
seorang ahli korporat yang baru berpindah ke Smk Sri
Cemerlang
Qairina Natasya: pelajar Smk Sri Cemerlang, merupakan
rakan kepada Eizzrin dan Hayfa. Mempunyai identiti
yang misteri.
Hayfa Nabeela: pelajar Smk Sri Cemerlang, bersahabat
dengan Qairina dan Eizzrin. Puteri tunggal kepada Datuk
Harith dan Datin Mas.
Eizzrin Batrisya: pelajar Smk Sri Cemerlang, bersahabat
dengan Qairina dan Hayfa. Anak perempuan kepada
Datuk Affan dan Datin Emi.
Encik Zikri: pengawal keselamatan Smk Sri Cemerlang.
Beliau bertanggungjawab menangkap Darleeya.
Puan Syura: pengetua Smk Sri Cemerlang. Merupakan
seorang yang tidak berintegriti dan menerima rasuah.
Puan Zati: guru kelas 5 Ability. Seorang yang penyayang
dan merupakan guru kesayangan pelajar.
Datuk Seri Qalish: CEO syarikat perkapalan Ship And
You. Seorang yang pemurah. Menaja anak-anak yatim ke
Sekolah swasta

73

Puan Mikayla: pengurus rumah anak yatim Kaseh.
Seorang yang penyayang.
Datuk Affan dan Datin Emi: ibubapa Eizzrin Batrisya
Datuk Harith dan Datin Mas: ibubapa Hayfa Nabeela.

SINOPSIS
Afeeqa Darleeya merupakan seorang gadis yang serba
berkebolehan. Rupa yang mempesona ditambah akal yang
tiada tandingan. Namun begitu, disebalik keindahan
luaran yang dapat dilihat tersimpan beribu kesakitan yang
dirasai. Dia merupakan seorang anak yatim yang tinggal
di rumah anak yatim Kaseh. Kebijaksanaan yang dimiliki
olehnya sering menimbulkan perasaan iri hati rakan-rakan
yang tinggal bersamanya menyebabkan dia sering
keseorangan. Selepas tamat peperiksaan PT3, dia
ditawarkan untuk ditaja melanjutkan pelajaran di sebuah
sekolah swasta di ibu kota oleh seorang ahli korporat
terkenal. Kepintaran yang dimiliki menyebabkan dia terus
diletakkan di kelas tingkatan lima. Di SMK Sri
Cemerlang dia dikenali sebagai seorang pelajar yang
pintar dan bersopan santun. Keperibadian beliau begitu
disegani dan dikagumi oleh seluruh warga sekolah
termasuk guru-guru. Namun begitu, panas tidak
berpanjangan kerana hujan di petang hari, kehidupan yang
dulu indah bertukar menjadi keruh setelah berlakunya
suatu peristiwa hitam yang telah mengubah
kehidupannya. Dia telah difitnah, dicaci, dipandang sinis
dan sebagainya oleh seluruh warga sekolah. Apakah yang
telah terjadi? Siapa penfitnahnya?? Apa tujuan mereka??
Apa yang akan berlaku pada Darleeya?? Dibuang atau
masih boleh bersekolah?? Masih ada peluang keduakah
untuknya??

74

SITUASI 1

Lokasi: bilik guru

DARLEEYA secara perlahan-perlahan memasuki bilik
guru. Tujuannya adalah untuk mencuri kertas
peperiksaan pertengahan tahun. Dia telah diupah dan
diugut oleh tiga rakan kelasnya iaitu QAIRINA, EIZZRIN
dan HAYFA. Ketika sibuk mencari kertas peperiksaan di
meja guru, tiba-tiba ada satu cahaya yang memacar terus
ke wajahnya.

ENCIK ZIKRI: Eh, apa yang kamu buat kat sini? Kamu
siapa? Mencuri ye?

DARLEEYA yang disergah begitu terkejut. Dia tidak
mampu berbuat apa-apa. Segalanya telah terbongkar.
Dia hanya ,mendiamkan diri.

Dari kejauhan ada satu susuk tubuh yang memerhati
dengan pandangan penuh sinis

SITUASI 2

Lokasi: bilik pengetua

Suasana di bilik pengetua begitu tegang.

PUAN SYURA: Apa yang telah kamu lakukan
DARLEEYA? (dengan muka yang garang). Saya tak

75

sangka rupanya kamu seorang yang penipu. Sanggup
kamu mencuri ye.(sambil menggeleng-gelengkan kepala)
DARLEEYA hanya mendiamkan diri sambil
menundukkan kepala.

PUAN ZATI: LEEYA apa yang telah kamu lakukan?
Kenapa kamu sangggup berbuat demikian? Kamu seorang
pelajar yang pintar kenapa kamu sanggup berbuat
demikian??(ujar beliau dengan nada yang bengang)
Cakap kat cikgu apa sebenarnya yang berlaku? Apa salah
cikgu?(dengan nada yang lemah)

Mendengar kata-kata guru kesayangannya, DARLEEYA
mula mengangkat wajah dan…

DARLEEYA: se…se..sebenarnya saya mengambil upah
untuk mencuri soalan peperiksaan tersebut.(ujar
DARLEEYA dengan perlahan)

PUAN SYURA dan PUAN ZATI: apaa????siapa yang
upah kamu?

DARLEEYA mula menceritakan apa yang telah terjadi
PUAN SYURA telah mengambil keputusan untuk
memanggil pelajar yang terbabit bersama ibubapa
mereka ke sekolah.

SITUASI 3

Lokasi: bilik pengetua (keesokan harinya)

76

Kelihatan ibubapa EIZZRIN dan HAYFA sedang
berbincang bersama-sama pengetua manakala ibubapa
QAIRINA tidak dapat menghadirkan diri kerana
kesibukkan pekerjaan.

PUAN SYURA: Maafkan saya DATUK-DATUK dan
DATIN-DATIN kerana mengganggu waktu kalian.
Tujuan saya memanggil kalian kerana hendak
membicarakan mengenai tingkah laku anak-anak kalian.
Mereka telah didapati bersubahat dengan kes mencuri
soalan peperiksaan.

DATUK AFFAN: Apa??mencuri ??(sambil menggeleng-
geleng kepala)

PUAN SYURA: Ya datuk. Mereka telah didapati bersalah
dan sekiranya kes ini sampai ke polis mereka
kemungkinan ditahan dan tidak dapat meneruskan
pengajian mereka.

DATUK HARITH: Apa?? Kenapa sampai macam tu.
HAYLA…HAYLA (sambil mengeluh)

DATUK AFFAN: Tak ada jalan lain ke Puan??

DATIN EMI dan DATIN MAS hanya mendiamkan diri.

DATUK HARITH: Iya Puan. Kami sanggup bayar berapa
pun janji anak-anak kami tidak dikenakan sebarang
tindakan dan dapat meneruskan pembelajaran seperti
biasa.

77

PUAN SYURA: Beginilah DATUK-DATUK dan
DATIN-DATIN sekalian, perkara ini masih tidak
diketahui umum dan sekiranya DATUK-DATUK tak
keberatan tinggallah sedikit wang air kepada kami yang
mengetahui hal ini untuk mengunci mulut.

IBUBAPA EIZZRIN dan HAYLA: Baiklah kami
setuju!!!

Mereka terus memberi wang kepada PUAN SYURA.

SITUASI 4

Lokasi: bilik darjah

Seperti hari-hari sebelumnya, DARLEEYA berjalan
keseorangan ke kelas. Setibanya di kelas dia dikejutkan
dengan poster-poster yang menyatakan bahawa dia
merupakan seorang penipu. Dia kesedihan.

RAKAN KELAS 1: Wei!!! Penipu dah masuk la.

RAKAN KELAS 2: Penipu ke pencuri??(dengan nada
mengejek)

RAKAN-RAKAN LAIN: dua-dua (sambil ketawa)

DARLEEYA hanya mendiamkan diri dan berlalu ke
tempat duduknya.

78

EIZZRIN: Weii budak kau tak layak la belajar kat sini.
Dah orang miskin buat la cara miskin. Parent kau tak ajar
ke tak baik mencuri.

HAYFA: Eh dia kan memang takda parent. Patut la tak
ada adab. Tak de orang nak ajar. Kau nak suruh kitaorang
ajar tak LEEYA?(dengan nada sinis)

QAIRINA: Eh korang nak tau tak?? Perempuan tak sedar
diri bukan sahaja tak mengaku bersalah tapi dia juga telah
menuduh kitaorang bersubahat. Shameless punya
perempuan.(dengan nada menjerit marah)

RAKAN-RAKAN LAIN: What?? Biar betul? (dengan
nada mengejut)

HAYFA: Iya kalau korang nak tau dia bukannya pandai
tapi dia pergi curi soalan peperiksaan terlebih dahulu
sebabtu markah dia selalu tinggi sebab dia dah ada soalan
lebih awal.

RAKAN-RAKAN KELASNYA yang lain mula berbisik-
bisik sendiri sambil mengejek melihat ke arah
DARLEEYA. DARLEEYA hanya mendiamkan diri sambil
menahan rasa.

SITUASI 5

Lokasi: Rumah anak yatim Kaseh (imbas kembali)

79

Melihat rakan-rakannya berbisik sesama sendiri,
DARLEEYA hanya termenung dan teringat akan
peristiwa sebelum kedatangannya ke sekolah tersebut.

Di rumah anak yatim, DARLEEYA sedang khusyuk
membaca buku di taman rumah tempat tinggalnya itu.
Taman itu merupakan antara tempat kegemaran
DARLEEYA semenjak tinggal di sana. Sedang khusyuk
membaca, dia dikejutkan dengan kedatangan sebuah
kenderaan mewah di kawasan rumah anak yatim itu.

Lalu, keluar seorang lelaki separuh dekad yang kelihatan
bergaya berjalan menuju kebilik pengurus rumah anak
yatim iaitu PUAN MIKAYLA.

SITUASI 6

Lokasi: bilik pengurus rumah anak yatim (imbas kembali)
PUAN MIKAYLA: Selamat petang, DATUK SERI.
Jemput duduk DATUK. (sambil mempersila tetamu itu
duduk). Apa yang boleh saya bantu DATUK?

DATUK SERI QALISH: Selamat petang PUAN. Tujuan
saya ke sini sama seperti tujuan saya ke sini setiap tahun
iaitu untuk mencari seorang anak yatim untuk ditaja ke
sekolah swasta di ibu kota.

PUAN MIKAYLA: Oooo begitu. Baiklah DATUK akan
saya uruskan perkara ini seberapa segera.

80

DATUK SERI QALISH: Baiklah PUAN, kalau boleh
saya mahukan seorang pelajar yang pintar dan
berkebolehan.

PUAN MIKAYLA: Kalau begitu saya cadangkan agar
tajaan ini diberikan kepada AFEEQA DARLEEYA. Dia
seorang yang pintar dan mempunyai keperibadian yang
baik.

DATUK SERI QALISH: Baguslah kalau begitu, minggu
depan dia akan memulakan pengajiannya di SMK Sri
Cemerlang.

PUAN MIKAYLA: Baiklah DATUK. Terima kasih.

DATUK SERI QALISH hanya tersenyum dan melangkah
keluar dari bilik tersebut. Setelah susuk tubuh DATUK
SERI tersebut tidak kelihatan, PUAN MIKAYLA meminta
pembantunya Puan Nora untuk memanggil Darleeya
kebiliknya. Setelah diberitahu oleh KAK NORA bahawa
PUAN MIKAYLA memanggilnya ke bilik, DARLEEYA
segera berlalu untuk menemui ibu angkatnya itu.

DARLEEYA: Assalamualaikum.umi oooo umi… (sambil
mengetuk pintu bilik pengurus rumah anak yatim itu)

PUAN MIKAYLA: Waalaikumusalam. Ya
DARLEEYA. Masuk-masuk.

DARLEEYA: Kenapa umi panggil LEEYA? Ada apa-apa
masalah ke?

81

PUAN MIKAYLA: LEEYA...LEEYA tahu kan umi
sayang sangat kat leeya? LEEYA anak umi, tapi…

DARLEEYA: Kenapa ni umi?? Umi jangan buat LEEYA
takut mi? (Tanya LEEYA dengan nada yang gelisah)

PUAN MIKAYLA: Begini LEEYA tadi ada seorang ahli
korporat datang kesini. Beliau datang untuk mengambil
seorang anak yatim untuk ditaja kesebuah sekolah swasta
di ibu kota. Beliau meminta umi untuk memilih seorang
anak rumah Kaseh untuk ditaja dan umi memilih untuk
menghantar LEEYA. Tindakan umi ini bukan kerana umi
tak sayang LEEYA tapi umi berharap agar LEEYA dapat
berdikari di tempat baru dan dapat lebih kemudahan yang
disediakan di sana.

DARLEEYA: Baiklah umi, LEEYA terima,mungkin ini
yang terbaik untuk LEEYA.

PUAN MIKAYLA terus memeluk LEEYA kerana beliau
amat menyayangi gadis kecil itu.

SITUASI 7

Lokasi: SMK Sri Cemerlang (imbas kembali)

Kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh DARLEEYA
melayakkan dia dimasukkan ke kelas tingkatan lima
meskipun usianya masih belum mencapai 16 tahun.
Sewaktu melangkah ke kelas barunya, dia dipandang sinis
oleh murid-murid di sekolahnya akibat pakaiannya yang
murah.

82

Lokasi: bilik darjah

PUAN ZATI: Baik, murid-murid semua senyap. Hari ini
kita akan mendapat rakan baru. Baiklah DARLEEYA
jemput masuk.( DARLEEYA perlahan-lahan memulakan
langkahnya memasuki kelas yang serba canggih itu) Ok
DARLEEYA kenalkan diri kamu.

DARLEEYA: Err..nama saya AFEEQA DARLEEYA
BINTI DANISH. Saya merupakan murid tajaan daripada
Syarikat Ship and You. Saya berasal daripada rumah anak
yatim Kaseh.

RAKAN-RAKAN KELASNYA yang lain memandangnya
dengan penuh sinis.

PUAN ZATI: Ok baiklah semua. Jangan bising.
DARLEEYA kamu boleh mengambil tempat kamu di
meja kosong di belakang.

DARLEEYA terus berlalu ketempat yang ditunjukkan oleh
gurunya itu setelah mengucapkan terima kasih. Setelah
duduk PUAN ZATI terus menyambung pelajarannya pada
hari tersebut. RAKAN-RAKAN KELAS DARLEEYA
begitu terpegun melihat kepintaran yang dimiliki oleh
DARLEEYA. Mereka begitu takjub kerana segala
persoalan dan jalan kira yang sukar dapat dijawab oleh
DARLEEYA dengan baik meskipun itu merupakan hari
pertama dia di sekolah tersebut. Kebijaksanaan dan sikap
sopan santun yang dimiliki oleh DARLEEYA
menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakan kelasnya

83

yang lain. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati
terhadap salah seorang rakan kelasnya yang lain. DIA
hanya memandang dengan perasaan geram kearah
DARLEEYA yang sedang berbual-bual dengan rakan
kelas yang lain.

SITUASI 8

Lokasi: bilik darjah

Ketika guru kelasnya ,PUAN ZATI sedang mengajar
kelihatan DARLEEYA sedang termenung jauh.

Puan Zati:DARLEEYAA!!!

DARLEEYA masih termenung dan RAKAN-RAKAN
KELASNYA yang lain hanya melihat dengan pandangan
penuh sinis.

PUAN ZATI:DARLEEYAA!!!!!!(menaikkan not
suaranya ke tahap maksimun)

DARLEEYA yang mendengar jeritan GURUNYA mula
tersedar dari alam ciptaan miliknya.

PUAN ZATI: Amboii…sukanya kamu termenung dalam
kelas saya dah rasa diri tu hebat sangat ke? Oh lupa orang
hebat macam kamu ni tak perlu belajar kerana diri tu dah
sedia hebat.

DARLEEYA hanya mendiamkan diri.

84

EIZZRIN: Orang macam dia ni Cikgu tak boleh dilayan
dengan elok. Denda je dia cikgu. Dahla mencuri tak
pandai-pandai nak fokus.
QAIRINA: Ya betul tu cikgu. Denda je dia. Dahla bodoh,
berkhayal pula. Kenapa berkhayal kahwin dengan anak
raja ke?

RAKAN 1: Betul tu cikgu. Denda!!!denda!!!(beramai-
ramai sambil ketawa)

PUAN ZATI: Dah-dah semua diam. Kita teruskan
pelajaran kita. Peperiksaan dah hampir.

PUAN ZATI meneruskan pembelajaran seperti biasa dan
DARLEEYA mula mengembalikan fokus terhadap
pembelajaran gurunya itu.

SITUASI 9

Lokasi: bilik darjah

Kelihatan murid-murid sedang leka melakukan kerja
masing-masing kerana ketiadaan guru didalam kelas.
Kelihatan DARLEEYA sedang mengulangkaji pelajaran
ditempat duduknya.

EIZZRIN dan HAYFA masuk ke kelas dan terus ketempat
DARLEEYA.

HAYFA:Eh perempuan miskin. Kau buat apa tu?? Acah
rajin la kau ni. Dah bodoh tu buat la cara bodoh tak payah
bajet-bajet innocent la wei.

85

EIZZRIN: Ha’ah la weii. Eh aku pinjam beg kau jap
(sambil mengambil beg milik DARLEEYA dan terus
membuang segala isi yang terdapat di dalam beg
tersebut)

HAYFA dan EIZZRIN terus menabur segala isi yang
terdapat dalam beg DARLEEYA.

HAYFA: Wei kawan-kawan mari tengok apa yang ada
dalam beg si miskin ni (sambil mengeluarkan segala isi
yang terdapat dalam beg tersebut)Wow ada gambar la …
Eh tengok sapa yang ada dalam gambar ni(ujarnya
dengan nada teruja)

EIZZRIN segera merapati HAYFA dan mengambil
gambar yang berada di tangan HAYFA

EIZZRIN: Eh macam kenal la??(monolog dalaman)
EIZZRIN membisikkan sesuatu di telinga HAYFA dan
mereka terus keluar dari kelas tersebut.

SITUASI 10

Lokasi: Bilik guru

HAYFA: RIN betul ke ni?

EIZZRIN: Betul FA. Cuba kau tengok betul-betul gambar
tadi. Muka perempuan di sebelah perempuan tua tu sebijik
muka QAIRINA. Aku rasa something la wei. Lagipun aku

86

tak pernah lagi jumpa parent QAIRINA. Kau pernah
jumpa tak?

HAYFA: Ha’ah la. Aku tak pernah jumpa la pula. Tapi
kan macamana kita nak tau.

EIZZRIN: Sekarang kita kat bilik guru jom pergi cari
maklumat si QAIRINA tu kat meja PUAN ZATI
EIZZRIN dan HAYFA terus menggeledah tempat PUAN
ZATI dan akhirnya mereka telah menjumpai sesuatu…

SITUASI 11

EIZZRIN dan HAYFA begitu marah setelah mereka
didapati bahawa mereka ditipu hidup-hidup oleh
QAIRINA. Mereka telah mengambil keputusan untuk
mengkantoikan penipuan yang telah dilakukan oleh
QAIRINA. Mereka mula menyebar maklumat mengenai
penipuan yang dilakukan oleh QAIRINA. Mereka
mendedahkan bahawa QAIRINA merupakan anak yatim
yang menipu sebagai anak orang kaya. Mereka juga telah
mendedahkan video yang menampakkan wajah QAIRINA
yang sedang tersenyum kemenangan semasa
penangkapan DARLEEYA ketika mencuri. Mereka juga
telah banyak menabur fitnah terhadap QAIRINA melalui
media sosial.

SITUASI 12

Lokasi: bilik asrama

87

Ketika DARLEEYA sedang berjalan melalui koridor, dia
terdengar tangisan yang kuat dari sebuah bilik. Bilik
tersebut merupakan bilik QAIRINA

QAIRINA: Ahhh!!! Aku stress!! Aku nak mati. Aku tak
nak hidup lagi. Tolonglah. (dengan nada sedih)

DARLEEYA yang terdengar jeritan QAIRINA segera
membuka pintu bilik QAIRINA. Dia begitu terkejut
melihat keadaan QAIRINA yang berserabut dan di tangan
QAIRINA penuh dengan ubat. Dia segera meluru kearah
QAIRINA dan menepis ubat tersebut.

DARLEEYA: QAIRINA!!QAI!QAI kau buat apa ni?
(ujarnya dalam nada yang terkejut dan mengah)

QAIRINA: Aku tak nak hidup. Biarkan aku mati
LEEYA(ujar QAIRINA dengan nada yang lemah)

DARLEEYA: Ya Allah Qai. Bawa mengucap. Ingat
Allah Qai. Kau tau kan bunuh diri tu tak mampu bawa
apa-apa kat kau.

QAIRINA menangis

DARLEEYA: Qai kau masih ada aku. Kau ada kawan-
kawan kau.

QAIRINA: (sambil menangis) tapi hidup aku dah hancur
leeya. Aku dah hilang segala-galanya. Mungkin ini takdir
aku yaa.. aku dah tak berdaya. Maafkan aku( nada yang
lemah)

88

EIZZRIN dan HAYFA terus masuk kedalam bilik
mendengar kata-kata QAIRINA sambil menangis.
EIZZRIN: Qai aku minta maaf dengan kau. Aku dan
HAYFA tak sengaja buat macam tu.

HAYFA: Betul Qai, kami hanya berniat untuk bergurau
Qai. Maafkan kami Qai. (sambil menangis)

Akhirnya mereka berempat berpelukkan dan saling
bermaafan.

SITUASI 14

Selepas kejadian itu, akhirnya DARLEEYA, QAIRINA,
HAYFA dan EIZZRIN bersahabat baik. Mereka sering
terlihat bersama-sama mengulangkaji dan sebagainya.
Akhirnya, mereka berjaya mencapai keputusan yang
cemerlang didalam pepriksaan SPM. Mereka berjaya
melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka ingini.
DARLEEYA dan QAIRINA masih mengekalkan
kecemerlangan mereka dan mereka masih ditaja oleh
CEO syarikat Ship And You. Mereka juga diambil secara
sah untuk menjadi anak angkat DATUK SERI QALISH
dan pasangannya. Mereka berdua dilayan dengan baik
oleh pasangan tersebut. Mereka bahagia dengan
kehidupan baru mereka.

SITUASI 15

Segalanya telah selesai.

89

Kelihatan seorang pelajar perempuan yang baru
memasuki pintu pagar SMK SRI CEMERLANG. Adakah
perkara sama akan berulang???? Langit tak selalu cerah
dan tak selalu mendung, begitulah kehidupan kita. Ada
ketika nasib menyebelahi ada ketika dirundung malang.
Nantikan….

TAMAT

90

TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030

TAJUK
Chiaroscuro

PENULIS SKRIP
Juwairiyah binti Md Radzi

PELAKON
Cikgu Malek: Azamshah (Seorang guru yang penyayang
dan tegas)
Malik: Azri (Pelajar yang pemalas dan degil)
Aisyah: Siti Aisyah (Seorang pelajar yang nakal dan
berjaya menjadi guru pada masa kini)
Siti: Wan Zaitul Azima (Kawan Aisyah)
Khadijah: Effa Shafiza (Pelajar)
Laila: Farah Hanani (Pelajar)
Murni: Aiman Athirah (Moderator) (Kekasih hati Cikgu
Malek)
Mak Ani: Juwairiyah (Ibu Aisyah yang kurang
mengambil berat tentang anaknya)
Puan Rohani/Farah: Farah (Kerani sekolah dan pelajar)

SINOPSIS
Aisyah merupakan pelajar yang nakal dan degil. Dia
merupakan pelajar yang datang dari keluarga yang kurang
berkemampuan. Hidupnya berubah setelah kematian
ayahnya. Ibunya terpaksa mengambil alih tanggungjawab
bapanya dengan mengambil upah menjahit baju bagi
menyara kehidupan seharian mereka. Akibat tertekan, ibu

91

Aisyah kurang mengambil berat tentang pelajaran Aisyah
menyebabkan anaknya sering ponteng sekolah.

Di sekolah, terdapat seorang guru lelaki yang baik iaitu
Cikgu Malek, guru kelas Aisyah. Cikgu Malek sering
mengambil berat tentang pembelajaran Aisyah. Cikgu
Malek pernah ke rumah Aisyah bagi bertanya tentang
masalah yang dihadapi oleh Aisyah. Setelah itu barulah
Cikgu Malek tahu masalah keluarga dan kekurangan
wang menyebabkan Aisyah sering ponteng dan keputusan
ujian yang agak teruk.

Berkat didikan Cikgu Malek dan dorongan beliau, Aisyah
menjadi seorang guru pada masa kini. Pada suatu pagi,
seorang pelajar baru berdaftar masuk ke kelas 6 Bitara
iaitu kelas Aisyah mengajar. Cikgu Aisyah tersentak
apabila murid itu memperkenalkan namanya. Pelajar itu
berkelakuan seperti Aisyah semasa di bangku sekolah
iaitu seorang pelajar yang degil dan suka tidur di dalam
kelas. Aisyah bertekad untuk membantu Malik menjadi
pelajar yang berjaya sepertimana Cikgu Malek mengubah
kehidupannya.

SITUASI 1

CIKGU AISYAH: Jadi, cikgu nak kamu faham bahawa
dasar pecah dan perintah yang dibuat oleh British di
Tanah Melayu telah menghalang interaksi antara orang
Melayu, Cina dan India. Perkara inilah yang menjarakkan
jurang perpaduan di Tanah Melayu pada masa itu.
Sekarang, kamu kena bersyukur sebab semua orang boleh
bersatu tanpa mengira kaum.

92

PUAN ROHANI: (Ttuk.. ttuk pintu kelas diketuk)
Assalamualaikum cikgu, ada pelajar baru yang akan
masuk kelas ni.

(Aisyah berjalan mendekati Puan Rohani di luar pintu
kelas. Pelajar-pelajar 6 Bitara mula berbisik sesama
sendiri. Pelajar di tepi tingkap mengambil kesempatan
untuk mengintai pelajar baru.)

CIKGU AISYAH: Waalaikumussalam, terima kasih
puan. Awak, mari masuk. Boleh awak kenalkan diri
kepada saya dan kawan-kawan yang lain.

MALIK: Saya Malik. (Riak mukanya biasa, tidak
berperasaan.)

(Hanya dua patah perkataan yang keluar dari mulut
pelajar baru itu, dengan riak wajahnya yang sedikit
menjengkelkan.)

CIKGU AISYAH: (Aisyah tersentak.) Awak boleh
duduk.

SITUASI 2

Cikgu Aisyah meneruskan pembelajaran seperti biasa.
CIKGU AISYAH: Okay semua mari kita teruskan
pembelajaran kita. (Cikgu Aisyah meneruskan sesi
pengajaran yang berbaki 40 minit.)

93

LAILA: Wey, tengoklah si Malik tu, awal kelas pun dah
tidur. (Laila berbisik perlahan pada Khadijah.)

KHADIJAH: Itulah, takut pula aku Cikgu Aisyah marah.
Dah la Cikgu Aisyah pantang pelajar tidur dalam kelas
dia. (Khadijah membalas dengan nada suara rendah.)

CIKGU AISYAH: Malik! Kamu okay tak? (Aisyah
sedikit tercabar melihat Malik tidak memberi tumpuan
malah tidur dalam kelasnya. Tapi dia masih boleh
mengawal marah.)

(Di meja Malik hanya terdapat sebatang pen biru dan
sehelai kertas, itupun kertas yang diberi oleh rakan
sebelah mejanya. Malik tidak segan silu melentokkan
kepalanya di meja dan tidur.)

MALIK: (Mendengus geram.) Saya ke sekolah ni bukan
atas pilihan saya!

CIKGU AISYAH: Apa yang kamu cakap ni Malik?!

SITUASI 3

Nama Malik terngiang-ngiang di telinga Aisyah. Banyak
kisah suka duka antara dia dan seseorang yang bernama
Malek. Seorang insan yang telah banyak membantunya
sehingga menjadi manusia berguna.

Flashback~

94

CIKGU MALEK: Assalamualaikum semua. (Kata salam
dari Cikgu Malek seiring dengan derapan langkah
kakinya masuk ke dalam kelas 6 Kemuning. Berkulit sawo
matang, berbadan tegap dan tinggi, berkemeja putih dan
bersongkok menampakkan kekemasan pada sosok
tubuhnya.)

PELAJAR 6 KEMUNING: Waalaikummussalam wbt
cikgu.

CIKGU MALEK: Okay semua boleh duduk. (Dicapainya
sebatang kapur dan menulis tajuk pada papan hitam.
‘Kesan Pendatang Asing Tanpa Izin’. Sebelum
meneruskan pembelajaran, Cikgu Malek mengambil
kehadiran pelajar terlebih dahulu.)

CIKGU MALEK: Mana Aisyah? Ini dah tiga kali dia tak
datang kelas saya. Dia hadir atau tidak?

SITI: Aisyah hadir cikgu, dia ada di sebelah saya masa
perhimpunan tadi. Mungkin dia ke tandas. (Tercari-cari
Aisyah.)

CIKGU MALEK: (Mengangguk faham.) Okay mari kita
sambung pelajaran kita pada hari ini. (Dalam fikirannya
bercelaru. Entah apa masalah yang dihadapi oleh Aisyah,
pelajarnya. Sudah ramai guru yang mengadu sikap
Aisyah yang selalu ponteng sekolah, masuk ke kelas
lambat dan tidak siapkan kerja rumah.)

(Sesi pembelajaran sudah berlangsung selama 35 minit,
Aisyah masih belum muncul.)

95

CIKGU MALEK: Siti, kamu pergi tengokkan Aisyah di
tandas. Entah apa yang dia buat tak masuk-masuk kelas
lagi ni. (Muka gelisah memikirkan Aisyah.)

SITI: Baik cikgu. (Menyusun langkah untuk mencari
Aisyah.)

(Selang beberapa minit Siti pulang ke kelas tanpa Aisyah.
Mukanya resah.)

SITI: Aisyah tak ada cikgu.

CIKGU MALEK: Siti, kamu ikut saya cari Aisyah, yang
lain cikgu nak kamu berpasangan dan ulang semula apa
yang cikgu ajar tadi. (Cikgu Malek bergegas bangun dari
kerusinya.)

(Dalam fikiran Cikgu Malek, dia giat memikirkan tempat
yang sering jadi tumpuan pelajar bermasalah untuk
ponteng.)

SITI: Cikgu, saya rasa Aisyah ada di perpustakaan sebab
dia selalu lepak disana. (Siti termengah-mengah mengikut
langkah Cikgu Malek yang laju.)

(Setibanya di perpustakaan sekolah.)

CIKGU MALEK: Itu bukan Aisyah ke yang tidur di
penjuru dinding? (Menunding jari.)

96

SITI: Iya cikgu, itu Aisyah. (Cikgu Malek dan Siti
berpandangan, terdiam seribu bahasa)

CIKGU MALEK: (Cikgu Malek bermonolog sendiri
sama ada mahu memarahi Aisyah atau biarkan saja.
Entah apalah masalah pelajarnya yang sorang ini.) Siti,
nanti tolong kejutkan Aisyah dan suruh dia jumpa saya
jam 2 petang.

SITI: Baiklah cikgu.

SITUASI 4

Jam 2 petang, pelajar mula berpusu-pusu keluar untuk
pulang. Siti mengingatkan Aisyah lagi sekali supaya
berjumpa Cikgu Malek. Aisyah sudah berkira-kira untuk
terus pulang tapi hasratnya terbatal apabila Cikgu Malek
telahpun muncul di depan pintu kelas. Muka Aisyah
berubah. Menyampah, takut, semua bercampur baur.

CIKGU MALEK: Aisyah, jumpa saya di depan sana.

AISYAH: Apalah yang cikgu ni sibuk sangat hal aku.
(Bermonolog dalam hati sambil mengatur langkah
menuju kearah Cikgu Malek.)

CIKGU MALEK: Aisyah, kalau kamu ada masalah,
jangan simpan. Cuba ceritakan dengan orang yang kamu
percaya. Dengan cikgu pun kamu boleh kongsi. Cikgu tak
nak masalah kamu ganggu prestasi pembelajaran kamu.
Kamu kena ingat, sem ni menjadi penentu keputusan
STPM kamu nanti.

97

AISYAH: (Aisyah menunduk kepala.) Tak..tak ada
masalah cikgu. (Suaranya bergetar, alasan yang direka-
reka tadi tidak terkeluar di bibir mulut.)

(Agak lama dia mendiamkan diri. Cikgu Malek pula
makin hilang sabar. Kawasan sekolah pula makin
lengang. Risau disalahertikan, Cikgu Malek terus
membuat keputusan sendiri.)

CIKGU MALEK: Kalau kamu taknak bercakap, biar saya
jumpa terus dengan ibu kamu. Mungkin saya akan dapat
jawapan di situ. Lagipun esok petang ada perjumpaan
Cakna Waris. Banyak benda yang saya nak bincangkan
dengan ibu kamu memandangkan keputusan ujian kamu
selalu tercorot.
AISYAH: (Aisyah tersentak.) Aduh matilah aku. (Dia
berkata dengan suara yang perlahan.) Saya minta diri
dulu cikgu.

(Dengan berat hati, Aisyah terus pulang ke rumah. Cikgu
Malek hanya memandang kelibat Aisyah hilang di sebalik
pagar sekolah.)

SITUASI 5

Aisyah pulang ke rumah dengan perasaan yang sedih dan
takut. Aisyah menangis. Ibu Aisyah pelik dengan kelakuan
anaknya yang baru pulang dari sekolah namun tidak
menghiraukannya.

98

Aisyah menghela nafas berat. Takut berdepan ibunya.
Ibunya hanya menjeling dari jauh melihat muka monyok
Aisyah. Ibu Aisyah sudah dapat merasa sesuatu yang
tidak kena.

AISYAH: (Menghela nafas takut untuk berhadapan
dengan ibunya.) Mak.. besok mak..

MAK ANI: Hah, masalah apa lagi yang kau buat kali ni?
(Menjeling kearah Aisyah.)

(Belum sempat Aisyah menghabiskan kata, ibunya terus
menyampuk kasar. Aisyah yang takut bertambah takut
lagi.)

AISYAH: Esok ada perjumpaan Cakna Waris. Guru kelas
Aisyah nak jumpa mak.

MAK ANI: Kau ingat mak ni tak ada kerja ke nak pergi
dengar cikgu kau berleter pasal semua masalah kau buat
tu. Kau berhenti je lah sekolah. Kerja dekat Subaidah tu
senang. Dulu bapak kau ada bolehlah bapak kau ikutkan
saja apa kau mahu. (Mendengus geram.)

(Aisyah termenung mengingat kata kata ibunya. Ada
betulnya juga apa yang keluar dari mulut ibunya.
Kadang-kadang dia kesian melihat ibunya bersengkang
mata menjahit kain yang ditempah. Kalau dulu, mereka
masih boleh mengharapkan kudrat seorang lelaki yang
tak pernah lelah bekerja mencari wang.)

SITUASI 6

99

Aisyah ponteng lagi pada hari ini. Bukan niatnya untuk
ponteng, namun keadaan yang memaksanya. Duit belanja
hari ini tidak diberi oleh ibunya. Ditambah lagi dengan
perjumpaan Cakna Waris yang semestinya tak akan
dihadiri oleh ibunya. Selepas bersiap berpakaian sekolah
lengkap, Aisyah terus ke sungai di hujung kampungnya.
Tempat dia selalu menunggu ayahnya memancing ikan.
Di tangannya ada sekeping gambar lusuh. Direnung
sehingga mengalir air mata.

AISYAH: Ayah, kalau ayah ada lagi, mesti Aisyah
dengan mak tak macam sekarang.

(Aisyah menguis-nguis batu kecil di sebelah kakinya.
Cuba menenangkan perasaan sendiri. Dalam fikirannya
bercelaru memikirkan nasibnya di sekolah nanti.)

AISYAH:‘Patut tak aku berhenti sekolah?’ (Bercakap
perlahan.)

(Soalan itu kerap bermain di fikirannya. Tapi dia masih
ingat janji yang pernah diungkap antara dia dan arwah
ayahnya.)

AISYAH: ‘Ayah, Aisyah janji akan belajar sungguh-
sungguh. Aisyah akan tunaikan hasrat ayah nak tengok
Aisyah jadi cikgu.’(Berbual seorang diri sambil air mata
mengalir)

===== Sementara di sekolah =====

100


Click to View FlipBook Version