The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by my syafiqah, 2022-04-02 19:49:13

contoh skrip drama radio pendek 2

contoh skrip drama radio pendek 2

Alhamdullilah semuanya sudah selesai. Terima kasih ya
Rahman ya Rahim kau telah hadirkan orang-orang yang
begitu baik dalam hidupku. Mummy Agnes , you are my
soul, tanpa mummy saya tidak akan menjadi sekuat ini.
mummy terima kasih tolong jagakan Aisya sehingga
Aisya besar dan sehingga Aisya pandai berdikari. Ibu
Ana, terima kasih lahirkan Aisya ,tanpa Ibu Ana , Aisya
tidak akan berada di atas bumi ini. Aku bersyukur dengan
apa yang berlaku ke atas diri aku ini yang banyak
memberi pengajaran kepadaku. Sesiapapun kamu,
apapun agama kamu. Ia tidak menjadi halangan untuk
kamu membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Wawasan kemakmuran 2030 bukan sahaja dilihat dari
segi aspek politik, ekonomi, sosial tetapi juga nilai-nilai
murni yang harus dipupuk di dalam diri kita semua.
Tanpa nilai murni kemakmuran tidak akan dicapai.
Tanpa keadilan, ekonomi negara tidak akan diagihkan
secara adil. Begitu juga dari aspek politik tanpa sikap
amanah dan belas kasihan keamanan tidak mungkin akan
terpacak. Ya betul kita sedang menuju Wawasan
Kemakmuran 2030.

TAMAT

151

TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030

TAJUK
Pagar

PENULIS SKRIP
Siti Mastura Binti Mansor

PELAKON
Nur : Seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Kundang
Zainab : Rakan sekelas Nur
Kalsum : Rakan sekelas Nur
Sofea : Seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Hicom
Aqilah : Rakan sekelas Sofea
Adriana: Rakan sekelas Sofea
Puan Salmah : Seorang ibu tunggal dan ibu kepada Nur
Cikgu Raj : Seorang guru baru di SMK Hicom
Cikgu Mariah : Guru Bahasa Melayu di SMK Kundang

SINOPSIS
Kewujudan pagar yang memisahkan dua buah sekolah
telah menjadikan perbezaan yang jelas di antara SMK
Kundang dan SMK Hicom. Hal ini bakal berubah apabila
seorang guru baru membuat sesuatu untuk menuntut
keadilan bagi membetulkan keadaan di situ.

SITUASI 1

(Bunyi loceng sekolah)

152

NARATOR: Deringan bunyi loceng di waktu pagi
menandakan kelas akan bermula sebentar saja lagi. Ketika
ini pelbagai ragam dapat dilihat sama ada guru mahupun
pelajar. Setiap guru pada ketika ini akan bergerak ke kelas
masing-masing dengan semangat untuk mendidik para
pelajarnya. Bagi para pelajar pula ketika ini masih ada
yang sedang dalam perjalanan ke sekolah dan sebagainya.
Bagi sekolah SMK Kundang para pelajarnya kelihatan
masih lagi dalam perjalanan ke sekolah kerana jarak
rumah ke sekolah agaklah jauh. Di SMK Kundang
terdapat tiga sahabat baik yang bernama Nur, Kalsum dan
Zainab.

KALSUM: Nab… Nur… tunggu.

ZAINAB: Kau lambat lagi hari ni Som.

NUR: Kalsum ok ka?

KALSUM: Hmmm macam biasalah aku kena tuntun
basikal aku tu.

NARATOR: Tiga sahabat tersebut terus berjalan menuju
masuk ke dalam kelas. Ketika di dalam kelas, mereka
mula mengemas kelas sebelum cikgu Mariah masuk
mengajar. Kelihatan di hadapan kelas, Nur sedang
memadam papan putih manakala Kalsum dengan rajinnya
dia menyapu sampah di dalam kelas serta Zainab pula
sedang menyusun meja agar kelihatan kemas. Setelah
selesai mengemas kelas, mereka pon duduk di tempat
masing-masing sehingga cikgu Mariah masuk ke dalam
kelas.

153

CIKGU MARIAH: Ok murid-nurid assalamualaikum
semua.

NARATOR: Pada masa yang sama semua pelajar bangun
dan menjawab salam cikgu Mariah.

CIKGU MARIAH: Okey terima kasih kakamu semua
boleh duduk. Ok macam mana hari ni, okey ka?

KALSUM: Saya tak okey cikgu. Tayar basikal saya
pancit lagi cikgu, nasib baik saya sempat sampai sekolah
hari ni.

CIKGU MARIAH: Ya Allah kesiannya kamu. Kamu
terpaksa guna jalan yang tidak berturap tu untuk ke
sekolah sampaik tayar basikal kamu selalu pancit ja.
Cikgu nak kamu semua kuat dan bertabah ya hari-hari
kena pergi sekolah walaupun terpaksa melalui jalan yang
sukar. Sekolah kita ni tak seperti sekolah di sebelah kita
ni, so kita kena bersabar ya semua.

NARATOR: Para pelajar menyahut kata-kata cikgu
Mariah dengan berkata “ya baik cikgu.”

CIKGU MARIAH: Ok untuk pengetahuan semua
pembinaan sebuah karangan yang bertemakan sebuah
cerita ini mempunyai formula atau format. Format
pembinaan cerita ini perlu disusun dengan baik untuk
memudahkan kamu untuk membina sebuah cerita.

154

NUR: Cikgu, jadi hari ni kami akan bercerita saja lah tak
perlu buat karangan lah ni?

CIKGU MARIAH: Ok kamu jangan risau, sebelum cikgu
menyuruh kamu untuk membuat karangan bertemakan
sebuah cerita ni cikgu akan ajar kamu terlebih dahulu
bagaimana untuk membina sebuah cerita dan kemudian
cikgu akan ajarkan kamu juga bagaimana nak mengaitkan
sebuah cerita itu menjadi satu elemen penting dalam
penulisan karangan panjang kamu nanti. Jadi sapa nak
mulakan dulu, boleh angkat tangan?

NARATOR: Lalu para pelajar melihat kawan masing-
masing sambil menunding jari. Setelah tiada siapa yang
mahu mencuba akhirnya Nur mengangkat tangan untuk
menceritakan perjalanannya ke sekolah.

NUR: Saya cikgu.

CIKGU MARIAH: Haaa ya Nur kamu boleh kehadapan
dan ceritakan bagaimana perjalanan kamu ke sekolah.

NARATOR: Nur pon bangun dari tempat duduknya dan
pergi kehadapan kelas lalu memulakan cerita
perjalanannya ke sekolah.

NUR: Setaip hari saya akan pergi ke sekolah dengan jarak
dua kilomiter dari rumah. Jaraknya agak jauh dari rumah
saya. Keluarga saya tidak mempunyai kenderaan jadi saya
terpaksa ke sekolah dengan berjalan kaki. Saya sering
berjalan kaki ke sekolah bersama dengan Zainab kerana
rumah Zainab tidak begitu jauh dari rumah saya. Setiap

155

hari saya akan bangun pagi pada pukul empat pagi untuk
menolong ibu saya menyiapkan kuih-muih untuk
jualannya. Walaupun ibu sibuk untuk menyiapkan kuih-
muih yang akan dijual pada pagi itu, tetapi ibu sempat
menyiapkan sarapan pagi untuk saya. Sebelum jam
menunjukkan pukul enam pagi, saya akan segera mandi
dan bersiap untuk ke sekolah. Selepas selesai menunaikan
solat Subuh, saya akan keluar dari rumah dan menuju ke
rumah Zainab untuk bersama-sama ke sekolah. Suasana
di waktu pagi sememangnya sejuk, jadi saya dan Zainab
akan memakai baju sejuk sepanjang perjalanan kami ke
sekolah. Kami akan melalui jalan tanah merah yang tidak
beturap dan dikelilingi pokok balak dan kelapa sawit.
Kemudahan di sepanjang perjalanan kami ke sekolah
amatlah kurang baik dengan ketiadaan lampu jalan dan
laluan yang betul untuk kami berjalan. Hanya
berpandukan tanah merah dan berbekalkan lampu suluh
sahaja yang membantu kami untuk berjalan menuju ke
sekolah. Perjalanan kami ke sekolah mengambil masa 45
minit jika keadaan cuaca yang baik, kadangkala ia
mengambil masa hampir sejam 20 minit untuk sampai ke
sekolah jika keadaan cuaca hujan.

NARATOR: Sedang semua pelajar fokus mendengar
cerita yang diceritakan oleh Nur, tiba-tiba Zainab pula
mengangkat tangan kerana mahu menyambung cerita
yang diceritakan oleh Nur.

ZAINAB: Cikgu saya mahu menyambung cerita
perjalanan Nur ke sekolah itu boleh?

156

CIKGU MARIAH: Ya Zainab kenapa kamu mengangkat
tangan. Kamu nak cerita perjalanan kamu juga kat depan?

ZAINAB: Ya baik cikgu.

NARATOR: Zainab bangun dan berdiri di hadapan kelas
sementara Nur pula berjalan menuju ke tempat duduknya.

ZAINAB: Jika cuaca hujan, saya akan memakai baju
hujan dan slipper bagi menjaga kasut sekolah saya agar
tidak basah. Laluan ke sekolah yang kami gunakan
merupakan jalan tanah merah, apabila hujan turun, jalan
tersebut akan berlecak dan agak sukar untuk saya dan Nur
berjalan ke sekolah. Kasut sekolah akan diletakkan di
dalam plastik begitu juga dengan beg sekolah akan
dibungkus dengan plastik bagi mengelakkan buku-buku
dari basah terkena hujan. Cuaca hujan tanpa keadaan
berangin boleh dikatakan baik lagi kerana kami dapat
berjalan ke sekolah lagi. Jika cuaca berangin dan hujan
agak menyukarkan perjalanan kami kerana bimbang akan
ranting-ranting pokok yang patah. Setibanya kami di
sekolah, kami akan menukar kasut dan pakaian di tandas
seperti biasa. Jadi itu sahaja dari saya.

CIKGU MARIAH: Terima kasih Nur dan Zainab. Sebuah
cerita yang menarik penuh dengan cabaran.

NARATOR: Selepas Nur dan Zainab bercerita di hadapan
kelas, Cikgu Mariah menyambung sesi pembelajaran dan
pengajarannya sehingga tamat dua masa pertama.

SITUASI 2

157

NARATOR: Di sebelah petang, para pelajar sibuk dengan
aktiviti sukan seperti latihan bola jaring. Di sini terdapat
dua buah sekolah yang bersebelahan dan hanya
dipisahkan oleh sebuah pagar dimana sekolah tersebut
adalah SMK Hicom dan SMK Kundang. Mesti ramai
tertanya-tanya bagaimana kedua-dua sekolah itu boleh
wujud bersebelahan kan. Sebenarnya, kedua-dua sekolah
tersebut dibina atas dasar perbezaan kawasan dimana
SMK Hicom berada di kawasan bandar manakala SMK
Kundang berada di kawasan luar bandar. Perbezaan
sekolah tersebut dipisahkan oleh sebuah pagar yang
wujud sejak dari dahulu lagi. Pada waktu petang para
pelajar SMK Hicom dan SMK Kundang akan berlatih
bola jaring. Sofea, Adriana dan Aqilah merupakan pelajar
SMK Hicom yang bersahabat rapat dan mereka juga
adalah atlet bola jaring di sekolah mereka.

ADRIANA: Hari ni sapa nak lead untuk warming up kita?

SOFEA: Aku tak nak lah, semalam aku dah lead takkan
hari ni aku lagi.

AQILAH: Bising lah, buat ja lah masing-masing kalau tak
ada sapa yang nak lead.

SOFEA: Tah kau ni bising ja, jom lah mula. Mula awal
boleh balik awal sikit. Aku ada dinner malam ni dengan
family aku.

158

NARATOR: Adriana, Aqilah dan Sofea masing-masing
melakukan panas badan sambil berborak tentang hal
mereka.

ADRIANA: Malam ni kau dinner dekat mana? Tiga hari
lepas aku dengan family aku dinner dekat restoren
terapung. Kau try lah dekat situ, makanan dia bukan
setakat seafood ja, weastern food pon ada.

SOFEA: Ha’a Aqilah kau try lah restoran tu, memang
best sebab family aku selalu makan situ kalau kami keluar
makan. Tapi family aku booking meja dulu sebelum ke
situ.

AQILAH: Not bed lah. Tapi aku tak tau lagi lah, aku ikut
ja mana-mana yang family aku bawak. Aku tak kesah
sangat as long makanan kat situ sedap.

ADRIANA: Kau ni tau makan ja.

NARATOR: Mereka bertiga tertawa sambil meneruskan
latihan bola jaring. Selesai berlatih, mereka pergi ke arah
tepi gelanggang dimana terletaknya pagar yang
memisahkan kedua-dua buah sekolah menengah itu untuk
rehatkan badan. Begitu juga dengan pelajar di SMK
Kundang setelah selesai berlatih mereka pun berehat
sebelum pulang ke rumah. Walaubagaimanapun mereka
hanya lah berada bersebelah sekolah, tetapi mereka tidak
pernah bertegur dan berkawan kerana wujudnya
perbezaan di antara mereka. Tambahan pula dengan sikap
sombong dan angkuh oleh para pelajar SMK Hicom
menyebabkan mereka tidak bertegur sapa. Sofea, Adriana

159

dan Aqilah berehat dan berborak di tepi gelanggang bola
jaring sementara menunggu ibu bapa mereka datang
menjemput mereka pulang.

ADRIANA: Korang dah plan ka lepas SPM ni nak buat
apa? Bagi tau lah sikit, kau Sofea selalunya mesti ada plan
gempak yang kau akan buat kan.

SOFEA: Teka lah dulu apa aku akan buat lepas SPM nanti
kalau betul esok aku belanja korang makan.

AQILAH: Bab makanan aku setuju, bagi aku teka. Kau
nak pegi melancong luar negara kan, betul tak?

ADRIANA: Ishhhhh kau ni makan ja tau. Hmmmm kau
nak kerja dengan papa kau ka Sofea?

SOFEA: Salah lah. Aku dah rancang yang aku akan
sambung belajar lepas SPM ni. Aku harap result aku
cemerlang lah macam budak-budak sekolah sebelah tu
sebab aku nak sambung diploma atau asasi dekat
universiti. Aku kalau boleh nak merasa masuk universiti
awam, aku nak usaha sendiri tanpa bantuan mak ayah aku.
Jadi itu lah plan aku.

AQILAH: Apa kau susah-susah, mama dengan papa kau
kan mampu hantar kau ke universiti swasta, kau pegi ja
lah yang swasta punya, tak payah pikir pasal result sangat.
Mak ayah aku memang nak hantar aku masuk universiti
swasta ja nanti senang kerja tak payah pening-pening.

160

ADRIANA: Kalau aku jadi kau Sofea aku kerja ja dengan
papa aku. Lagi pon takkan lah papa kau tak mau ambil kau
kerja dengan dia even result kau tak okey, kau anak dia
kot mesti dia ambik kau kerja dengan dia.

SOFEA: Itu korang, aku lain. Aku nak usaha sendiri,
memanglah aku boleh dapat apa aku nak, kerja dengan
papa aku tapi aku tak nak macam tu. Lagi pon aku dah
masuk banyak kelas tuition, so… aku harap sangat aku
dapat result yang ok. Aku nak buktikan dekat parent aku,
aku boleh berjaya dengan usaha aku sendiri, lagi pon kan
banyak benda yang aku ada, aku boleh dapatkan cikgu
khas untuk ajar aku dekat rumah, aku pegi tuition, lagi aku
ada mini libry. Tinggal nak dengan tak nak ja untuk aku
usaha sendiri sampai aku berjaya.

AQILAH: Kau serous ni Sofea? Okey lah apa pon plan
kau aku nak cakap goodluck, aku sokong kau dari
belakang.

NARATOR: Kemudian kedua-dua ibu bapa Sofea dan
Aqilah datang untuk menjemput anak perempuan mereka
pulang. Manakala pelajar di SMK Kundang hanyalah
pulang sendiri berjalan kaki tanpa dijemput oleh ibu bapa
mereka.

SITUASI 3

NARATOR: Pada waktu malam di rumah Nur. Selepas
selesai menunaikan solat Ishak, Nur pergi kepada ibunya
Puan Salmah yang sedang melipat baju di ruang tamu.

161

PUAN SALMAH: Haa Nur dah solat?

NUR: Dah ibu. Emmm ibu….. Nur nak bagitau ni.

PUAN SALMAH: Ya Nur nak bagitau apa pulak ni,
jangan cakap yang kamu buat hal dekat sekolah hari ni.

NUR: Mana adalah ibu ni, emmmmmm sebenarnya.

PUAN SALAMAH: Haa… apa?

NUR: Bulan depan Nur ada perlawanan bola jaring dekat
sekolah sebelah sekolah Nur tu, jadi…… boleh tak kalau
Nur nak minta ibu belikan kasut sukan untuk Nur?

NARATOR: Puan Salmah dengan perlahannya
meletakkan baju yang dilipat. Air muka Puan Salmah
mulai berubah dengan pertanyaan anaknya itu. Puan
Salamah dengan perlahan-lahan menjawab pertanyaan
anaknya itu.

PUAN SALMAH: Hari apa perlawanan bola jaring kamu
tu?

NUR: Perlawanan mula hari Sabtu ibu. Emmm tapi Nur
faham ibu, kalau ibu tak boleh belikan kasut sukan untuk
Nur, Nur cuma nak tanya ibu ja.

PUAN SALAMAH: Ibu rasa kamu memang perlukan
kasut sukan. Sampai bila kamu nak guna kasut sekolah
kamu tu untuk main bola jaring. Kasut tu lah kamu guna
untuk ke sekolah dan kasut tu jugalah kamu guna untuk

162

bersukan. Kamu ni dahlah perjalanan nak ke sekolah tu
jauh dan jalan yang tak berapa elok tu, habis rosak kasut
kamu nanti.

NUR: Kasut sekolah tu masih boleh pakai lagi ibu.

PUAN SALMAH: Ya ibu tau lah boleh pakai lagi, tapi
sampai bila? Tak apalah nanti ibu carikan kasut sukan
untuk kamu.

NUR: Betul ni ibu, ibu nak carikan kasut sukan untuk
Nur?

PUAN SALMAH: Ya.

NUR: Terima kasih ibu, sayang ibu.

NARATOR: Nur mengucapkan terima kasih kepada puan
Salmah sambil memeluk puan Salmah dengan muka yang
sangat gembira. Selepas Nur masuk ke dalam bilik, Puan
Salmah mula membawa keluar kotak wang simpanannya.
Wang simpanan Puan Salamh diperoleh hasil daripada
jualan kuih-muihnya. Puan Salmah kelihatan susah hati
memikirkan tentang wang simpanannya, adakah cukup
untuk membelikan kasut sukan kepada Nur? Puan Salmah
merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal di kawasan
perkampung dan menjalankan perniagaan menjual kuih-
muih di kawasan kampungnya. Sudah berapa tahun hidup
Puan Salmah dipenuhi dengan masalah kewangan kerana
tinggal di kawasan kampung yang serba kekurangan. Pada
ketika itu Puan Salmah mula merasakan yang dia perlu

163

lakukan sesuatu untuk mengubah kehidupannya dan juga
anaknya.

PUAN SALMAH: Berapa lah harga kasut sukan sekarang
ni. Duit yang ada pon cukup-cukup untuk makan ja.
Kesian Nur, terpaksa hidup dalam keadaan susah macam
ni. Mentang-mentang lah kawasan disini kawasan
kampung, tiada yang mahu membuat sesuatu untuk
kemudahan penduduk disini. Aku rasa dah tiba masanya
aku buat sesuatu untuk mengubah keadaan disini demi
kebaikan semua.

NARATOR: Pada malam itu, Puan Salmah telah menulis
sepucuk surat untuk dihantar kepada pihak sekolah dan
juga pihak berkuasa tempatan. Dalam surat itu, Puan
Salmah menerangkan tentang keadaannya di kampung
yang memerlukan perubahan bagi memudahkan hidup
seharian. Puan Salmah berharap agar ada pihak yang sedar
akan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan keadaan
di luar bandar tidak disisihkan lagi.

SITUASI 4

NARATOR: Pada keesokan harinya Nur bersiap pada
awal pagi seperti biasa untuk pergi ke sekolah.

NUR: Ibu hari ni ibu tak berniaga ka?

PUAN SALMAH: Hari ni ibu ambik cuti tak pergi niaga
ibu nak keluar beli barang dekat pekan lepas tu ibu nak
ambik MC sebab cuti tak bukak kedai hari ni.

164

NUR: Ya ya ibu Nur dah nak gerak ni. Okey ibu, bye ibu.

NARATOR: Sebelum ke sekolah Nur telah
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibunya.
Selepas Nur ke sekolah, Puan Salmah pula bersiap dengan
surat yang ditulisnya semalam untuk dihantar kepada
pihak sekolah SMK Kundang dan SMK Hicom. Ketika
Puan Salmah tiba di pintu sekolah SMK Hicom, Puan
Salmah terserempak dengan cikgu Raj. Cikgu Raj
merupakan guru baru di sekolah SMK Hicom.

CIKGU RAJ :Selamat pagi puan, puan cari siapa ya?

PUAN SALMAH: Cikgu ni cikgu sekolah sini ka?

CIKGU RAJ: Ya saya puan. Saya cikgu baru dekat sini,
baru seminggu saya menjadi cikgu dekat sini.

PUAN SALMAH: Cikgu boleh tolong sampaikan surat ni
dekat pengetua sekolah ni, sebab makcik tak pernah
masuk ke sekolah ni?

CIKGU RAJ: Ya boleh puan, tapi sebelum tu maaf
bertanya ya boleh saya tau apa kandungan surat ni?

PUAN SALMAH: Sebenarnya makcik tulis surat untuk
bagi tahu kedua-dua pihak sekolah ni tentang betapa
susahnya budak-budak sekolah sebelah ni untuk ke
sekolah pada setiap hari. Sepatutnya kedua-dua sekolah ni
tak perlu pon dibeza-bezakan dan dipisahkan dengan
pagar ni. Walaupun SMK Kundang di kawasan luar
bandar tak semestinya mereka ni patut diabaikan. Makcik

165

harap dengan surat ni kedua-dua pihak sekolah dapat
lakukan sesuatu.

CIKGU RAJ: Ohh… macam tu ya, baik nanti saya
sampaikan surat ni kepada pengetua.

PUAN SALMAH: Terima kasih cikgu. Makcik pegi dulu
ya.

CIKGU RAJ: Sama-sama makcik.

NARATOR: Selepas Puan Salmah pergi, cikgu Raj mula
tertanya-tanya tentang apa yang dikatakan oleh puan
Salmah itu tadi. Oleh itu, cikgu Raj mengambil keputusan
untuk melihat apa yang tertera di dalam surat yang ditulis
oleh puan Salmah. Cikgu Raj membaca perlahan-lahan di
dalam hatinya. Apabila cikgu Raj membaca surat tersebut,
dia sedar bahawa dia pun perlu lakukan sesuatu untuk
menuntut keadilan bagi pihak puan Salmah.

SITUASI 5

NARATOR: Cikgu Raj terus menuju ke kelasnya kerana
sudah tiba waktunya untuk dia mengajar. Surat dari Puan
Salmah itu tadi akan diberikan kepada pihak sekolah
selepas kelasnnya tamat nanti.

CIKGU RAJ: Selamat pagi semua.

SOFEA: Cikgu baru ni lagi rupanya. Apa pulak lah yang
dia nak cakap hari ni.

166

ADRIANA: Ni mesti nak cakap pasal sekolah sebelah
lagi.

AQILAH: Aku pon tak faham apa yang bagus sangat
cakap pasal sekolah sebelah tu, baik pindah ja sekolah,
pegi ajar sekolah sebelah tu lepas tu kawan dengan budak-
budak kampung.

CIKGU RAJ: Haa…. dah habis borak tu? Tadi sebelum
nak masuk kelas ada something jadi kat cikgu yang cikgu
rasa kena dengan tajuk yang cikgu nak ajar kamu hari ni
iaitu Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa. Tajuk ni
dalam bab berapa Adriana ?

ADRIANA: Bab 3 cikgu.

CIKGU RAJ: Nasib baik tau, bagus Adriana. Jadi apa itu
negara dan bangsa? Negara merujuk kepada wilayah yang
mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang
berwibawa. Konsep negara ni kamu perasan tak ianya ada
ja dekat kita. Contohnya sekolah ni konsepnya sama
macam negara. Sini kita panggil SMK Hicom dekat
sekolah ada pelajar, guru dan pekerja. Dekat sekolah juga
ada sempadan yang jelas yang kita dapat tengok iaitu
pagar dan pemerintah di sekolah ialah pengetua. Nampak
tak bagaimana cikgu aplikasikan konsep negara dengan
sekolah kamu ni. Bagi konsep bangsa pula, bangsa
merupakan sekumpulan manusia yang mendiami
sesebuah wilayah dan konsep bangsa ini juga digunakan
bagi melahirkan nilai bersatu padu dalam masyarakat.

167

NARATOR: Cikgu Raj cuba masukkan elimen Wawasan
Kemakmuran 2030 dalam pengajarannya bagi membuka
mata pelajar sekolah tersebut tentang keadaan sekeliling
mereka.

CIKGU RAJ: Konsep negara dan bangsa ni bila
digabungkan akan membentuk sesebuah masyarakat
majmuk yang bersatu padu dimana hidup dibawah satu
bumbung yang sama. Apabila msyarakat bersatu padu
baru lah negara dapat membangun secara mampan seiring
dengan pengagihan ekonomi yang adil dan saksama
kepada semua peringkat kumpulan. Tak kisah lah
kumpulan yang tinggal di bandar ka atau luar bandar.

AQILAH: Cikgu saya tak paham lah semua tu.

CIKGU RAJ: Okey cikgu bagi contoh dekat kamu bagi
kamu nampak apa yang cikgu cakap tadi. Agihan
ekonomi ni seperti duit dari negara, duit yang negara
dapat hasil daripada kegiatan ekonomi seperti
perdagangan atau pelancongan. Duit yang negara dapat
itu akan diagihkan kepada rakyat dengan cara
memberikan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan,
menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh
masyarakat dan sebagainya. Semua tu perlu dibahagi
kepada rakyat tanpa membezakan mereka. Aqilah cuba
kamu fikirkan sekolah ni semua dah lengkap, kemudahan
yang ada cukup untuk semua pelajar dan jalan yang kamu
guna untuk datang ke sekolah pon baik, selamat
digunakan. Adakah sekolah kamuni dan kamu perlu
diberikan biasiswa atau sekolah ni perlu diberikan lagi
kemudahan-kemudahan lain?

168

AQILAH: Kami tak perlukan semua tu sebab semuanya
kan dah lengkap.

CIKGU RAJ: Jadi siapa yang lebih memerlukan, siapa
yang patut menerima agihan tersebut

AQILAH: Mungkin sekolah sebelah lah kot cikgu, tapi
sekolah sebelah kan luar bandar.

SOFEA: Betul tu cikgu apa yang saya tahu pembangunan
ni perlu dilakukan di kawasan bandar, barulah jadi
tumpuan, kalau dekat kawasan kampung tu nak buat apa
ja.

CIKGU RAJ: Salah cara kamu befikir tu, tugas cikgu
dekat sini hari ni adalah untuk bagi kamu sedar yang
pembangunan bukan sahaja berlaku di bandar, ia juga
perlulah dilakukan di kawasan luar bandar. Kamu semua
ni golongan yang mampu untuk melakukan perubahan
dimana kamu boleh bantu golongan-golongan yang
memerlukan bantuan tanpa memandang perbezaan
mereka. Kamu semua ni mesti tak pernah bergaul dengan
pelajar sekolah sebelah kan. Okey baiklah semua, kelas
kita akan bersambung esok. Jadi jangan lupa apa yang
cikgu cakap tadi, cuba bergaul dengan pelajar sekolah
sebelah okey. Cikgu kena cepat ni sebab ada hal penting
yang perlu dibincangkan dengan pengetua kamu. Sekian
terima kasih semua.

NARATOR: Setelah selesai mengajar, cikgu Raj segera
ke bilik pengetua sekolah bagi membincangkan tentang

169

pekara yang ditulis oleh puan Salmah di dalam surat yang
dibawanya. Walaupun cikgu Raj merupakan cikgu baharu
di sekolah itu tetapi beliau berani untuk melakukan
perubahan demi mencapai Wawasan Kemakmuran 2030.
Cikgu Raj bukan sahaja berbincang dengan pengetua
SMK Hicom malah dengan pengetua SMK Kundang juga.
Perbincangan tersebut bejalan dengan lancar apabila
kedua-dua pihak sekolah bersetuju untuk melakukan
perubahan. Cikgu Raj boleh dijadikan modal insan yang
baik bagi menjaga kesejahteraan sosial masyarakat di
kawasan kedua-dua sekolah itu. Hal ini menunjukkan
cikgu Raj membawa dua daripada tujuh teras 2030 dalam
dirinya iaitu modal insan dan kesejahteraan sosial.
Beberapa minggu kemudian terdapat beberapa kontraktur
datang ke sekolah SMK Kundang pada waktu petang
ketika para pelajar sedang berlatih bermain bola jaring
bagi melihat keadaan sekolah tersebut untuk
meningkatkan kemudahan di sekolah itu sama seperti di
SMK Hicom.

SITUASI 6

NARATOR: Beberapa tahun kemudian para pelajar dari
sekolah SMK Kundang dan SMK Hicom bejaya
melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia
bersama-sama. Selepas dua tahun melanjutkan pelajaran
di USM mereka bersama-sama pulang ke sekolah lama
mereka untuk bertemu cikgu Raj yang telah banyak
menolong mereka.

SOFEA: Eh… apa dah jadi dengan sekolah lama kita?

170

NUR: Bukannya ada pagar dekat sini dulu kan?

ADRIANA: Dekat sini lah dulu kita selalu borak lepas
main bola jaring kan.

NARATOR: Mereka semua ketawa mengenangkan masa
persekolahan mereka dahulu. Pada masa yang sama juga
mereka tekejut dengan perubahan yang berlaku di situ.
Tiba-tiba cikgu Raj datang dan menyapa mereka.

CIKGU RAJ: Terkenangkan apa tu semua?

KALSUM: Hai cikgu.

ADRIANA: Cikgu sihat?

AQILAH: Cikgu, ingat kami lagi tak?

CIKGU RAJ: Mestilah ingat, kamu lah dulu budak-budak
yang berlagak dalam kelas dulu kan.

SOFEA: Tu cerita lama lah cikgu.

CIKGU RAJ: Cikgu saja nak usik kamu. Macam mana
kamu sekarang?

SOFEA: Kami datang sini nak cari cikgu, nak bagi tahu
cikgu yang kami semua dan berjaya sambung belajar di
USM.

NUR: Ya cikgu kami dah dua tahun belajar dekat sana.

171

ADRIANA: Jadi kami datang sini untuk ucap terima kasih
dekat cikgu.
AQILAH: Kami nak ucapkan terima kasih dekat cikgu
sebab sabar mengajar dan melayan karenah kami. Terima
kasih juga sebab cikgu lah kami semua berkawan baik.
Kami akhirnya dah faham apa yang cikgu cuba sampaikan
dulu tentang Wawasan Kemakmuran 2030 tu.
ZAINAB: Sebab cikgu juga kawasan kampung kami
sekarang dan banyak berubah ke arah kebaikan.
CIKGU RAJ: Sama-sama, cikgu harap kamu kekal
macam ni berkawan tak kira latar belakang masing-
masing dan sama-sama jayakan matlamat Wawasan
Kemakmuran 2030.

TAMAT

172

TEMA
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

TAJUK
Prasangka

PENULIS SKRIP
Nurhaida Natasha binti Harun

PELAKON
Naila Izzati/Naila: Seorang gadis biasa yang
berpewatakan baik di luar tetapi mempunyai sikap yang
suka berburuk sangka terhadap orang sekeliling.
Min Min: Perempuan Cina yang suka senyum dan suka
menolong orang.
Uwais: Lelaki yang suka membuat lawak dan tidak
menjaga penampilan diri.
Syafiq: Kawan yang sama kos dengan Uwais.
Idah: Mak kepada Naila.
Ong: Kawan rapat Min Min di USM.
Prof Alisa: Pensyarah yang mengajar subjek Hubungan
Etnik di USM.
Cikgu Azri: Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 di
sekolah lama Naila.
Raisha
Atikah
Syamim
Yaya

173

SINOPSIS
Naila Izzati merupakan seorang gadis lepasan STPM yang
berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan. Dia bercita-cita untuk menyambung
pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam
bidang Sastera dengan Pendidikan. Walaupun
personalitinya kelihatan baik dari segi luaran, namun, dia
mempunyai satu sikap yang kurang disenangi oleh orang
sekeliling iaitu prasangka. Apakah kesudahan nasib si
Naila apabila masuk ke alam universiti nanti?

SITUASI 1

(Naila bermonolog)
(Latar belakang:Naila sedang berjalan)

NAILA: (Nama aku Naila Izzati. Kebanyakan orang
memanggil aku dengan panggilan Naila. Izzati ? Jarang
jugak la yang panggil aku Izzati kecuali orang di rumah
aku dan saudara-saudara yang aku rapat. Tapi takpelah
bukan itu yang hendak aku kisahkan dalam cerita ini. Aku
tak suka sangat rapat dengan makhluk yang bernama
manusia ni. Dalam erti kata lain, “sahabat” atau kawan
rapat. Dalam hidup aku tak pernah ada sahabat mahupun
kawan rapat. Memang ramai yang cakap sahabat akan
ada waktu suka dan duka, tapi aku trauma, aku takut
untuk mempunyai sahabat. Sebab apa? Sebab memori aku
masih tidak dapat melupakan kenangan buruk aku waktu
sekolah rendah dulu…)

SITUASI 2

174

Pada suatu hari yang bersejarah, Naila telah pergi ke
sekolah lamanya untuk mengambil keputusan STPM. Dia
telah memperoleh keputusan 4.00 dan diraikan dalam
Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan STPM.
Setelah mengambil anugerah dan sijil penghargaan…

NAILA: (berjalan untuk turun ke bawah pentas sambil
tersenyum gembira dan berpuas hati dengan keputusan
yang diperoleh)

CIKGU AZRI: (berdiri di tepi tangga pentas sambil
bertepuk tangan dan tersenyum) Tahniah Naila! Awak
dah berjaya buktikan yang awak boleh! Tahniah sekali
lagi. Cikgu betul-betul bangga dengan kamu.

NAILA: (berhenti di hadapan Cikgu Azri) Terima kasih
Cikgu! Alhamdulillah, berkat usaha, doa, tawakal saya
juga cikgu. Kalau tak, tak dapatlah saya merasa dapat 4
flat.

NAILA: (berjalan ke tempat duduk) (mestilah aku boleh
dapat 4.00 sebab aku kan dah usaha keras selama ni.
Cikgu pun, apalah.)*

SITUASI 3

Naila mengingat kembali usaha-usaha yang telah
dilakukan sepanjang bergelar pelajar Tingkatan 6
sehingga dia berjaya mendapat 4.00 dalam STPM.

NAILA: (duduk di kerusinya sambil memegang slip
peperiksaan. Ingatannya kembali pada masa lalu)

175

(Naila belajar secara berkumpulan, sentiasa pergi ke
perpustakaan, sentiasa menghafal isi-isi dan fakta
penting dalam setiap subjek, sentiasa fokus dalam kelas
dan berbuat baik kepada orang tua)

Pada suatu hari, Naila telah selesai makan malam bersama
keluarganya. Selepas makan, Mak Naila menuju ke dapur
untuk membasuh pinggan. Tiba-tiba Naila datang dari
belakang…

NAILA: (sambil membawa pinggan untuk dibasuh) Mak,
tinggal aje pinggan tu kat situ. Nanti Izzati basuh. Mak
kan dah penat masak untuk kami tadi, sekarang giliran
Zati lah pulak yang tolong Mak.

MAK: (toleh ke belakang sambil mencuci tangan) Ya lah
Zati. Kamu ni memang anak yang baik. Walaupun sibuk
dengan tugasan di sekolah, kamu tetap curi masa nak
tolong Mak. Mak harap adik-adik kamu nanti boleh la jadi
macam kamu. Rajin tolong Mak dan Ayah.

NAILA: (tersengih macam kerang busuk)

SITUASI 4

Naila berjaya masuk ke universiti pilihannya di USM
dalam jurusan pendidikan kerana dia bercita-cita menjadi
seorang guru. Semasa hari pendaftaran masuk ke
universiti, dia berdiri di satu sudut dewan…

NAILA: (memegang kunci bilik dan surat pengesahan
pendaftaran) Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak

176

masuk universiti ni. ‘Happy’ nya Ya Allah. Harap-harap
aku dapat belajar dengan baik kat sini nanti dan yang
paling penting Dean List.

SITUASI 5

Pada hari pertama kuliah, Naila menaiki bas untuk ke
kelas…

NAILA: (berjalan menuju ke arah bas) (Ish! Ape benda
lah perempuan ni. ‘Slow’ nak mampus jalan. Orang dah
lah lambat nak ke kelas. Boleh pulak dia jalan macam
siput kat sini.

Patutla ‘slow’, sibuk main phone rupanya. Tak guna
betul.)*

Semasa di dalam bas…

NAILA: (Ish perempuan ni, tak reti-reti ke nak kengsot?
Padahal kosong je sebelah dia. ‘Selfish’ betul. Macamlah
dia sorang yang bayar bas ni. Menyampah betul dengan
manusia yang macam ni.)*

Setelah berdehem beberapa kali, akhirnya perempuan itu
bergerak ke kerusi sebelah dan Naila dapat duduk. Setelah
duduk…

NAILA: Ehem ehem, boleh tak tolong ke tepi? Terima
kasih.

177

NAILA: (Ya Allah, ni lah perempuan akhir zaman. Pakai
seluar singkat, nak tunjuk sangat betis dia yang putih tu.
Dia tak tahu ke kaki tu aurat. Hmm, mujur lah aku tak
macam tu. Kalau tak, masuk neraka aku nanti…)*

Naila hanya bermonolog dengan dirinya sendiri sebagai
tanda tidak puas hati dengan gelagat manusia.

SITUASI 6

Semasa berjalan hendak ke kelas, dia terlanggar Min Min
dan Min Min terjatuh…

NAILA: (muka bengis dan menyampah) Eh! Tak Nampak
ke orang tengah jalan? Mata tu lain kali pandang depan.
Jalan tu pakai mata bukan pakai lutut. ‘Spoil mood’ aku
je lah pagi-pagi ni.

MIN MIN: (bangun sambil tertunduk di hadapan Naila
sebab rasa bersalah) Oh, ‘sorry sorry’. Saya minta maaf.

ONG: (bahasa Mandarin) Lain kali hati-hati tau Min
Min. Tak pasal-pasal awak dah luka sebab jatuh.

Min Min hanya mengangguk dan tersenyum manakala
Naila beransur pergi ke kelas.

NAILA: (muka mencebik dan menyampah) (Eleh,
mengutuk aku lah tu. Mentang-mentang aku tak faham
bahasa dia, suka-suka hati je dia kutuk aku. Dasar Cina
tak sedar diri. Huh!)*

178

SITUASI 7

Di dalam kelas Prof Alisa, Naila dan kawan sekelasnya
diminta untuk membuat tugasan secara berkumpulan.
Mereka perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada
tiga orang ahli untuk setiap kumpulan.

PROF ALISA: (berdiri di hadapan kelas) Baiklah, saya
harap awak semua boleh faham apa yang saya ajar hari ni.
Okay sebelum saya keluar, saya nak awak semua buat
kumpulan. Pastikan hanya tiga orang setiap kumpulan dan
bagi senarai nama kumpulan pada saya sekarang.

Suasana dalam kelas agak bising kerana masing-masing
sibuk mencari ahli kumpulan.

SYAMIM: (sambil berdiri di kerusinya) Atikah! Yaya!
Weh jom kita satu ‘group’. Nanti senang nak buat
discussion sama-sama kat bilik. Kita kan desa sama.

ATIKAH: (tersenyum dan mengangkat tangan tanda
setuju) Okay, beres aku setuju.

YAYA: (duduk di tempatnya dan mengangguk kepala)
Aku pun weh. Setuju sangat. Nanti aku buat ‘group
whatsapp’ dan ‘add’ korang. Kita dah boleh ‘start’ buat
‘discussion’ ni.

HAHAHAHA…

179

Ketawa mereka pun berderai bersama sambil Syamim
menulis nama ahli kumpulan mereka di atas sekeping
kertas kosong.

Di satu sudut kelas yang sama kelihatan Naila sedang
tercari-cari sesuatu…

NAILA: (berdiri dan badannya berpusing ke arah
Raisha) Raisha, kita dua orang saja ke? Kan Prof cakap
tiga orang satu kumpulan. Kena cari sorang lagi ni baru
cukup.

RAISHA: (tangannya menggaru kepala yang tidak gatal)
Ha ah. Tiga orang sepatutnya. Macam mana ni?

Raisha pusing ke kiri dan kanan kemudian matanya
menangkap sesuatu…

RAISHA: (berbisik ke telinga Naila) Naila, kita ambik
Ong nak tak? Masuk ‘group’ kita.

NAILA: (dengan suara separuh menjerit) ‘What?’ Ong?
Euww, dah takda orang lain ke?

RAISHA: Kau dah kenapa? Apa masalah dengan Ong?
NAILA: Dia tu Chineese.

RAISHA: (muka tak puas hati dengan sikap Naila)
Memang la dia tu Chineese. Aku pun tahu dia Chineese.
Apa masalahnya? Dia pun takda ‘group’ lagi kan.
Nampak sangat kau ni ‘racist’.

180

Naila hanya mencebik dan tidak puas hati dengan
keputusan Raisha.

SITUASI 8

Pada suatu hari, Naila sedang menunggu bas untuk pulang
ke desa di perhentian bas…

NAILA: (duduk di bangku sambil mengelap wajahnya
dengan tisu) Ishh, mana bas ni? Dekat setengah jam dah
aku tunggu. Dah lah panas, lapar pulak tu. Hmm apalah
nasib aku hari ini.

Tiba-tiba Uwais lalu di depan Naila dan duduk di atas
bangku yang sama…

UWAIS: (tercungap-cungap kerana berlari semasa
melintas jalan) Panasnya cuaca hari ini. Dari tadi lagi
peluh menitik kat dahi aku ni. (dalam loghat Kelantan)

Naila memandang Uwais dengan pandangan yang sinis …

NAILA: (tangannya menutup hidung) (Ya Allah bau apa
ini? Busuknya. Eee, mamat ni tak pakai ‘deodorant’ ke
hah? Dengan berpeluhnya. Busuknya Ya Allah. Cepatlah
bas datang. Aku dah tak tahan ni nak termuntah duduk kat
sini lama-lama.)*

SITUASI 9

181

Setelah selesai kuliah pada waktu pagi, Naila keluar dari
dewan kuliah dengan tergesa-gesa untuk pergi ke kelas
seterusnya…

NAILA: (memasukkan buku-buku ke dalam beg dengan
tergesa-gesa) Alamak! Aku dah lambat ni. Dahlah kelas
lepas ni jauh nak kena berjalan. Kenapalah Dr lepas
lambat. Menyusahkan betul.

Tanpa dia sedari, telefonnya tercicir dari beg semasa dia
memasukkan buku ke dalam beg. Pada masa yang sama
Min Min ternampak telefon Naila tercicir ke lantai dan
mengambil telefon tersebut untuk memulangkan kembali
kepada Naila. Malangnya, kelibat Naila sudah tidak
kelihatan…

SITUASI 10

Syafiq dan Uwais sedang berjalan sambil berbual untuk
pergi kelas di Dewan Kuliah Z.
(dalam loghat Kelantan)

UWAIS: Weh, aku ada teka teki ni. Kau nak dengar tak?

SYAFIQ: Apa dia kau ni? Tengah-tengah panas ni sempat
lagi nak berteka teki.

UWAIS: Alaa, kau nak dengar tak ni?

SYAFIQ: Ya. Cakaplah teka teki kau tu.

182

UWAIS: Okay. Kenapa penyelam yang pakai tangki
oksigen tu terjun ikut belakang bukan terjun ikut depan?
Haa jawab jawab.

Belum sempat Syafiq menjawab soalan teka teki tiba-tiba
dia tertoleh ke arah Naila yang hampir terjatuh di
tangga…

SITUASI 11

Dalam keadaan tergesa-gesa sambil berlari anak, tiba-tiba
Naila menyedari bahawa telefonnya tiada bersamanya
ketika itu…

NAILA: (menyelongkar beg untuk mencari telefon
bimbit) Eh, kat mana telefon aku ni? Takkan jatuh kut. Ya
Allah janganlah hilang telefon aku. Dahlah banyak
‘assignment’ aku dalam tu. Habislah aku kalau hilang.

Tiba-tiba dia teringat…

NAILA: (Ohh, dalam kelas tadi. Mungkin tercicir masa
aku kemas beg.)*

Naila pun memeriksa jam tangan dan membuat keputusan
berpatah balik ke kelas tadi untuk mengambil telefonnya.
Semasa hendak berpusing dan melangkah, nasib Naila
kurang baik kerana dia tersilap langkah…

NAILA: (suara menjerit) Ya Allah!

183

Tiba-tiba datang seorang lelaki untuk menyambut Naila
daripada terjatuh ke lantai malangnya, Naila tidak sempat
diselamatkan…

SYAFIQ: (menghulurkan tangan) Alaa, tak sempat pulak.

SITUASI 12

Orang ramai berkerumun di tempat Naila jatuh. Lima
minit kemudian, Min Min dan Ong tiba di tempat
kejadian.

MIN MIN: (berhenti berjalan dan memegang tangan
Ong) Eh, kenapa ramai orang kat situ? Apa yang berlaku?
Jom kita pergi tengok. (dalam Bahasa Mandarin)

ONG: Ha ah ya lah. Jom.

Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke tempat
kejadian.

MIN MIN: (mimik muka terkejut) Eh Naila! Kenapa
dengan awak? Awak ‘okay’ tak ni? Sakit kat bahagian
mana?

NAILA: (memegang kaki kanannya yang sakit) Kaki saya
tak boleh gerak, sakit sangat.

MIN MIN : Ohh, kalau macam tu, marilah saya bawa
awak ke Pusat Sejahtera. Boleh tak kamu semua tolong
saya angkat Naila pergi kat kereta saya? (sambil

184

memandang wajah setiap orang yang ada kat situ). Saya
‘park’ dekat sana.

Naila dibawa ke Pusat Sejahtera dan beberapa orang
kawannya turut menemaninya ke sana.

SITUASI 13

Di hadapan pintu klinik, Naila dipapah oleh dua orang
kawannya menuju ke kerusi tempat menunggu…

RAISHA: (berdiri di hadapan kerusi) Korang, mari bawa
Naila duduk kat sini.

ATIKAH & SYAMIM: (sedang memapah Naila) Okay.

MIN MIN: (berjalan menuju ke arah mereka) Maaf, siapa
yang pegang beg Naila? Saya perlukan kad matrik Naila
untuk pendaftaran.

YAYA: (membuka beg Naila untuk mengambil kad
matrik) Eh, beg dia kat sini. Nah, dah jumpa kad matrik
Naila.

MIN MIN: Okay terima kasih.

Sambil menunggu giliran untuk berjumpa Doktor, tiba-
tiba Min Min menghulurkan sesuatu kepada Naila.

NAILA: (Sanggup eh diaorang tunggu aku kat sini)*
(sambil memandang wajah rakan-rakannya)

185

MIN MIN: (merebahkan punggung di sebelah Naila)
Naila, saya ada sesuatu nak bagi dekat awak.

NAILA: Ohh, apa dia? Macam penting saja.

Min Min menghulurkan telefon Naila yang tercicir di
kelas tadi.

NAILA: (terkejut dan terkedu) Ya Allah Min, kamu ke
yang tolong ambil telefon saya? Terima kasih banyak-
banyak.

MIN MIN: Ya. Saya ternampak telefon kamu jatuh ke
lantai semasa kamu tergesa-gesa mengemas beg tadi.

NAILA: Terima kasih banyak-banyak Min. Saya tak
sangka awak yang tolong pegang dulu telefon saya. Saya
minta maaf sebelum ini saya pernah bersikap tak baik
dengan awak. Saya selalu bersangka buruk terhadap awak
dan Chineese yang lain sebab dulu masa sekolah rendah
saya sekolah dekat sekolah Cina. Tapi saya selalu dibuli
oleh kawan-kawan Chineese saya. ‘Start’ daripada situlah
saya tak suka orang Cina. Tapi sekarang saya sedar yang
tak semua orang Cina berperangai buruk. Saya minta
maaf Min. (sambil menangis)

MIN MIN: Takpa takpa. Semua orang pernah buat silap.
Lepas ini kita perbaiki diri kita sama-sama okay. Dah
jangan menangis. Tak cantik la awak menangis.

Tiba-tiba, pandangan Naila beralih kepada Uwais yang
lalu di hadapan Pusat Sejahtera. Lalu, Naila pun teringat

186

yang dia pernah mengutuk Uwais semasa menunggu bas
tempoh hari.

Selepas itu, dia memandang pula wajah Raisha, Syamim,
Atikah dan Siti yang setia menemani dirinya sehingga
selesai mendapatkan rawatan dan mengimbas kembali
sikapnya yang pernah berprasangka dengan mereka. Naila
kesal dengan dirinya sendiri.

SITUASI 14

Dua minggu kemudian, selepas tamat sesi kuliah, Syafiq
dan Naila berselisih antara satu sama lain dan berbalas
renungan sebelum renungan mereka tersentak dengan
bunyi hentakan pintu dewan kuliah.

NAILA: (Hmm, macam aku kenal mamat ni. Ohh baru
aku ingat, dia la yang nak sambut aku tapi tak sempat tu)*
NAILA: Hmm, malunya muka aku.

SITUASI 15

Naila, Min Min, Ong, Syafiq, Uwais, Raisha, Atikah, Siti
dan Syamim berkelah bersama-sama di Bukit Cinta USM.
Mereka menjadi kawan rapat setelah peristiwa itu berlaku.
Naila akhirnya sedar yang sikap suka berprasangka
dengan manusia ni tidak baik dan tidak mendatangkan
kebaikan malah menjerat diri sendiri.

(Sekarang aku sedar, dunia kita tidak akan ada warna
dan bercorak pelangi jika tiada gelak tawa dan renyah
manusia sekeliling. Mereka yang hadir dan pergi dalam

187

hidup kita pasti memberi pengajaran sama ada dalam
bentuk kebaikan mahupun sebaliknya pada diri kita.
Bersihkan hati dan ikhlaskan hati lalu ketenangan jiwa
pasti dapat dirasai.)*
*monolog

TAMAT

188


Click to View FlipBook Version