The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by my syafiqah, 2022-04-02 19:49:13

contoh skrip drama radio pendek 2

contoh skrip drama radio pendek 2

Muzik latar*

Berlari berkejaran~ Seindah bunga di taman~

KHADIJAH: Cikgu! Cikgu! Cikgu Malek!

(Khadijah dan Laila saling berpandangan. Dari tadi
Laila melambai tangan di hadapan muka Cikgu Malek.
Fikir mereka Cikgu Malek tidur, tapi matanya terbuka
luas.)

CIKGU MALEK: Eh Laila, Khadijah. Ada apa kamu
datang jumpa saya?

(Tersipu malu Cikgu Malek. Boleh pula dia berangankan
kekasih hatinya, Murni. Sudah lama tidak berjumpa
membuatkan rindu bertandang. Maklumlah, apabila
peperiksaan penting makin dekat, dia sibuk dengan kelas
tambahan sampai tak sempat berjumpa kekasih hatinya.)

LAILA: Kami datang nak hantar buku latihan cikgu minta
kelmarin. (Meletakkan buku dan meminta diri untuk
masuk ke kelas)

CIKGU MALEK: Hari ni Aisyah datang sekolah kan?
Risau pula saya kalau dia ponteng lagi. Banyak benda
yang saya nak bercakap dengan dia dan ibunya masa
Cakna Waris petang nanti.

Khadijah: Aisyah tak datang hari ni cikgu. (Khadijah dan
Laila senyum tawar.)

101

SITUASI 7

Cikgu Malek bingkas bangun. Dia ambil keputusan untuk
terus ke rumah Aisyah. Memandangkan kelasnya sudah
habis pada hari ini sementara menunggu perjumpaan
Cakna Waris petang nanti. Mujur jalan ke rumah Aisyah
dia masih ingat kerana pernah berkunjung atas sebab
kematian arwah ayah Aisyah 4 bulan lalu.

CIKGU MALEK: Assalamualaikum ooo
Assalamualaikum.

MAK ANI: Waalaikummussalam. Cari siapa ya encik?
(Ibu Aisyah menjengah dari jendela rumah. Dia cuba
mengingat muka tetamu yang tiba-tiba datang tak
diundang. Sepertinya pernah dilihat, tapi tidak tahu di
mana.)

CIKGU MALEK: Saya Cikgu Malek, guru kelas Aisyah.
Saya datang nak bertanya khabar Aisyah kalau-kalau dia
tidak sihat.

MAK ANI: Anak saya tu sihat saja cikgu, dia pergi
sekolah macam biasa sajalah.

CIKGU MALEK: Eh, tapi Aisyah tak datang sekolah hari
ni. Sebelum-sebelum ni pun dia kerap ponteng. Aisyah
ada apa-apa masalah ke puan?

102

MAK ANI: Budak ni mesti pergi merayap. Entahlah
cikgu, saya ni bukan ada masa sangat nak melayan
masalah Aisyah tu. Banyak benda saya nak kena fikir
lepas kematian arwah. Cikgu tak payah risaulah, nanti dia
balik rumah saya tahulah nak ajar dia.

(Cikgu Malek diam menikus. Dia terus minta diri untuk
pulang. Bercampur-baur perasaannya. Saat ini, dia
merasakan amat perlu untuk dia buat sesuatu. Dia perlu
bantu Aisyah. Tugas sebagai guru bukan saja mengajar,
malah mendidik dan bantu mengurangkan beban masalah
yang ditanggung pelajarnya. Kini dia faham, Aisyah
perlukan kasih sayang. Aisyah perlukan motivasi dan
dorongan.)

SITUASI 8

Esoknya, Aisyah hadir ke sekolah. Sudah puas dia
mendengar leteran ibunya semalam.

(Cikgu Malek masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa.
Tidak pula dia sibuk bertanya di mana keberadaan Aisyah
semalam. Aisyah lagak seperti biasa, pening dia melihat
karangan-karangan di dalam buku latihannya. Dia
mengelamun. Karangan yang dibuat cincai sahaja.)

Cikgu Malek: Sebelum saya keluar, saya nak cakap
dengan kamu semua. Saya tak teragak-agak nak merotan
pelajar yang gagal dalam subjek ni. Kamu kena faham,
subjek ni adalah subjek wajib lulus. Ujian yang lepas-
lepas kamu boleh lagi nak main-main, tapi saya harap

103

peperiksaan percubaan nanti, kamu buat sehabis baik.
Dengar dan hadam baik-baik, Assalamualaikum.

(Cikgu Malek terus berlalu keluar. Pelajar 6 Kemuning
belum sempat berdiri tanda hormat. Semuanya terpinga-
pinga.)

SITUASI 9

Peperiksaan percubaan berlalu dan hari ini keputusan
akan keluar.

(Pelajar-pelajar 6 Kemuning masing-masing lega dengan
keputusan yang mereka dapat. Hampir semua mendapat
keputusan cemerlang. Namun di meja paling belakang,
Aisyah menangkup mukanya dengan buku. Terngiang-
ngiang kata Cikgu Malek tempoh hari yang mahu
merotan pelajar yang gagal dalam subjek Pengajian Am.
Hendak menyesal pun tiada guna. Salah dia juga yang
selalu tidak fokus dan terbawa-bawa perasaan semasa
dalam kelas. Dengan keputusan begitu, memang layak dia
berhenti sekolah. Bagai tiada harapan.)

(Derap kaki Cikgu Malek bagai malaikat maut, dengan
rotan di tangan kirinya bersama raut wajah yang
sedikitpun tidak senyum.)

CIKGU MALEK: Assalamualaikum semua, seperti yang
saya katakan, pelajar yang gagal akan saya rotan. Jadi
sekarang saya nak kotakan kata-kata saya.

104

(Pelajar-pelajar 6 Kemuning mula tercari-cari gerangan
yang gagal tersebut.)

CIKGU MALEK: Aisyah! Bangun datang ke depan
sekarang. Awak satu-satunya pelajar yang gagal dalam
subjek saya. Saya kecewa dengan awak. Kecewa sangat.
(Entah apa yang merasuk Aisyah waktu itu. Tanpa rasa
takut sedikitpun dia melangkah ke hadapan kelas.
Bersedia untuk dirotan. Mukanya tiada riak.)

AISYAH: Cikgu, saya dah tak kisah cikgu nak rotan atau
nak buat apa pun dekat saya. Saya datang sekolah ni
bukan atas kehendak saya! Saya dah tak ada masa depan!
(Suara Aisyah meninggi. Cikgu Malek tersentak namun
tetap berlagak tenang. Aisyah menghulur tangan kirinya
tanpa disuruh. Dalam masa yang sama Cikgu Malek turut
mengangkat tinggi tapak tangan kirinya.)

‘Pap’

(Rotan menyinggah di tapak tangan Cikgu Malek berkali-
kali. Tiada tanda mahu berhenti. Mata Aisyah dan Cikgu
Malek saling berpandangan tidak berkelip. Pelajar lain
turut terkejut melihat kejadian di hadapan mereka ini.)

CIKGU MALEK: Aisyah, saya nak awak tahu tugas saya
bukan hanya mengajar, tapi mendidik dan bantu pelajar
saya. Kalau kamu ada masalah, dah jadi tanggunggjawab
saya untuk bantu kamu. Kamu gagal peperiksaan bukan
sebab cikgu tak tahu mengajar kamu, tapi cikgu salah
mendidik kamu, cikgu kurang ambik berat pasal kamu.
Aisyah, cikgu minta maaf.

105

(Rotan tadi masih belum berhenti menyinggah di tapak
tangan Cikgu Malek. Menitis laju air mata Aisyah. Tak
terungkap sebarang kata.)

AISYAH: Cikgu…

(Tangan Aisyah pantas megambil rotan dari tangan
Cikgu Malek. Menangis teresak-esak dia melihat birat
merah di tapak tangan Cikgu Malek.)

(Tiada siapapun bersuara ketika itu. Hanya kedengaran
bunyi tangisan.)

SITUASI 10

Masa Kini~

(Cikgu Aisyah melangkah dengan semangat baru. Dia
teringatkan Malik, pelajar baru yang membuat semua
memori lamanya kembali mengintai.)

CIKGU AISYAH: Assalamualaikum semua.

PELAJAR 6 BITARA: Waalaikummussalam wbt cikgu.

CIKGU AISYAH: Okay, semua boleh duduk. (Matanya
meliar mencari seseorang.) Mana Malik? Dia tak datang
sekolah ke hari ni?

FARAH: Dia datang cikgu. Tadi pagi saya nampak dia
dekat perhimpunan. Beg dia pun ada di kerusi ni. (Farah

106

menoleh kepala melihat beg hitam milik Malik yang
digantung pada kerusi.)

CIKGU AISYAH: (Cikgu Aisyah cuba bertenang. Entah
kenapa bibirnya terukir senyuman nipis sambil kepalanya
menggeleng ringan. Mungkin perangai Malik benar-
benar mengingatkan dia akan kisah lama.) Okay takpe,
kita teruskan dengan topik kita hari ni.

(Cikgu Aisyah terus mengajar sehingga hampir terlupa
bahawa Malik tidak masuk ke kelasnya hingga tamat
waktu Sejarah.)

SITUASI 11

Tudung biru yang dipakai Aisyah ditiup lembut oleh
angin. Dia menghela nafas panjang sambil tersenyum
nipis.

(Aisyah mengusap batu nisan di sebelahnya setelah
selesai sedekahkan Al-Fatihah.)

AISYAH: Assalamualaikum cikgu, dah lama Aisyah tak
datang jenguk cikgu. Aisyah ada pelajar baru, Malik
namanya, macam nama cikgu tapi perangainya macam
Aisyah. Degil, suka tidur, suka ponteng. (Aisyah tertawa
kecil.) Cikgu, terima kasih sebab tak pernah lelah bantu
Aisyah. Cikgulah satu-satunya insan yang tarik Aisyah
dari sisi gelap hingga Aisyah jumpa cahaya cerah dalam
hidup Aisyah. Sekarang, Aisyah bertekad nak bimbing
Malik keluar dari kegelapan hidup dia. Aisyah nak bantu
Malik hidup dengan cahaya terang.

107

(Aisyah tersenyum puas. Dia seolah-olah mendapat
semangat baru untuk terus berbakti kepada pelajarnya.
Aisyah yakin, dia mampu menjadi seperti sebatang lilin
yang menerangi kegelapan seseorang.)

TAMAT

108

TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030

TAJUK
S.I.L.E.N.T

PENULIS SKRIP
Nur Asfa Binti Sarizal

PELAKON
Dr. Pris: Pensyarah Universiti Sains Malayisa
Mira: Pelajar Sekolah Rendah 1 (watak DR. PRIS ketika
kecil & suara latar)
Ecah: Pelajar Sekolah Rendah 2
Pris Semasa Kecil: Pelajar Sekolah Rendah 1
Amal: Pelajar Universiti 1
Nora: Pelajar Universiti 2
V: Pelajar Universiti 3
Mel: Pelajar Universiti 4
Mizi: Pelajar Universiti 5
Asyik: Pelajar Universiti 6
Makcik Mas: Tukang Cuci di Universiti Sains Malaysia

SINOPSIS
Dr. Pris merupakan seorang pensyarah di sebuah
universiti di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia.
Disebalik kejayaan yang dimilikinya, beliau telah
mengalami zaman gelap ketika masih kanak-kanak.
Ketika telah mengalami masalah Dyslexia yang teruk
sehingga mengakibatkan trauma yang berpanjangan.
Walaupun beliau sudah mempunyai kerjaya, namun
Dyslexia yang dialaminya dahulu masih dalam

109

ingatannya. Kisah pahit yang dialami oleh Dr. Pris dahulu
sebenarnya sama sapertimana yang dialami oleh seorang
pelajarnya di USM. Pelajar tersebut dikenali sebagai
Amal. Dia bukanlah seorang pelajar Dyslexia tetapi
pelajar yang rendah keyakinan diri dan mempunyai
masalah “Self-esteem” yang rendah sejak dari kecil lagi.
Kekurangannya ini memberi peluang kepada pelajar-
pelajar yang lain untuk terus merendahkan serta
membulinya secara mental. Hampir setiap hari Amal
diperlekehkan oleh rakan-rakan yang lain disebabkan oleh
masalah yang dihadapi seperti lembab, miskin, berbau
hamis dan memiliki wajah yang kurang menarik seperti
rakan yang lain. Keadaan yang merumitkan menyebabkan
Amal mengalami depresi dan bertindak untuk membunuh
diri. Akhirnya, Dr. Pris telah menyelamatkan Amal
berbuat demikian dan cuba untuk membantu Amal keluar
dari masalah yang dialaminya sehingga menjadikan Amal
seorang yang berjaya. Amal juga turut menjadi
kebanggaan dan inspirasi pada rakan-rakannya yang lain
terutamanya mereka yang memandang rendah terhadap
kemampuannya.

SITUASI 1

Dalam kereta - Waktu Pagi

Pagi Isnin yang menyenangkan, DR. PRIS bertolak ke
universiti dari rumahnya dengan menaiki kereta. Ketika
kereta DR. PRIS berhenti di lampu isyarat merah, beliau
menoleh ke kanan lalu ternampak dua orang pelajar
perempuan di hadapan sekolah seakan-akan bertengkar
sesama sendiri.

110

ECAH: Oi budak miskin (sambil menolak beg MIRA
dengan kuat) dahlah beg buruk, kasut buruk, tak cantik
pulak tu. Mesti mak kau kat rumah malas kan? Em…kau
tahu tak (sambil menunding jari kepada MIRA) mommy
aku kata jangan kawan dengan orang miskin ni, nanti
nasib malang… HAHAHA.

MIRA: AISYAH! Janganlah hina saya macam tu. Saya ni
anak yatim piatu awak tahu tak ? (sambil mengesat air
mata).

ECAH: Eh! Kisah pulak aku kau tak ada mak. Ah,
malaslah nak layan budak busuk macam kau. Dahla tak
mandi (sambil menjeling pada MIRA).

(MIRA terus menangis disitu)

DR. PRIS melihat kejadian itu sambil menggeleng-
gelengkan kepalanya. Secara tak langsung, DR. PRIS
teringat akan kisah kanak-kanaknya di bangku sekolah,
beliau juga merupakan mangsa buli disebabkan oleh
masalah Dyslexia yang dialaminya.

Mengimbau kembali kenangan sekolah rendah…

(PRIS sedang menulis kertas di atas meja ketika guru
tiada di dalam kelas).

RAKAN KELAS: (seorang berjalan ke arah meja PRIS).
weh, korang korang!! (Sambil melambaikan tangan) cuba

111

korang tengok tulisan si PRIS ni (menunjuk ke arah Pris)
dia tulis terbalik weh.

RAKAN KELAS: HAHAHAHAH! (rakan kelas ketawa
dengan kuat kepada PRIS) dia ni mesti tak pandai menulis
kan, erm patutlah cikgu Siti selalu marah dia.

RAKAN KELAS: Budak lembab! HAHAHAHAHA
(ketawa beramai-ramai).

PRIS KECIL: Herghh! Pergilah! (sambil menutup kedua-
dua telinganya).

(PRIS berjalan pulang dari sekolah seorang diri sambil
menangis).

Kembali pada realiti…

DR. PRIS hanya tersenyum dan meneruskan pemanduan
ke tempat kerja.

DR. PRIS: hurmmm…kau kena kuat dik, kalau kau kuat
kau akan berjaya macam aku (berdialog dalam hati dan
tersenyum).

SITUASI 2

Perpustakan Universiti Sains Malaysia.

PELAJAR 1 (V): You all.. pasal projek kita tu, I rasa
bagus juga kalau kita semua pilih tajuk investment kan ?.

112

PELAJAR 2 (MEL): Hurm… macam menarik juga idea
tu. I ok jer kalau semua orang ok… You all macam mana?.

PELAJAR 3 (ASYIK): korang okay tak kalau kita
teruskan tajuk Investment ni tapi…(sambil berfikir
sejenak) Hurmm… pelaburan di bawah Syarikat Tabung
Haji. Amacam okay tak ? korang semua setuju tak ?.

PELAJAR 1 DAN 2 (V & MEL): Kami on jer…

PELAJAR 2 (MEI): Bagus juga idea kau tu. Tapi kan kau
jangan kecoh dekat group lain pula. Nanti tak pasal-pasal
idea kita kena ciplak. Tambah-tambah kena ciplak dengan
orang tu.

PELAJAR 1 (V): Siapa MEL ? siapa ? siapa ? (Berbisik
pada MEL).

PELAJAR 2 (MEL): AMAL tu lah !.

Beberapa saat kemudian…

PELAJAR 4 (MIZI): Wei hampa semua, jom kita tengok
video DR. PRIS. Aku rasa dia ada bagi penerangan
berkaitan dengan FYP kita.

ASYIK, MEL dan V berubah tempat ke sebelah MIZI
untuk melihat video DR. PRIS.

5 minit kemudian…

113

AMAL: Assalamualaikum awak semua. Bolehkah saya…
(AMAL tidak sempat menghabiskan kata-katanya).

PELAJAR 2 (MEL): hah! Kau nak apa ? nak curi-curi
dengar idea kita orang ke ? kita orang tak suka kau dekat
sini ya ?.

PELAJAR 4 (MIZI): Eh! Mel sabar-sabar, benda boleh
bawa bincang kan. (sambil menenangkan MEL yang
berang).

PELAJAR 3 (ASYIK): Wei. Dia nak apa ? Hahahahah.
Tak pasal-pasal kena marah dengan singa tu Hahaha
(sambil ketawa lagi).

PELAJAR 1 (V): Entah. Tiba-tiba jer muncul. I dengan
MEL dari dulu lagi kita orang memang tak suka dia tu.
Dahlah miskin! Kau sendiri tengoklah pakaian dia tu
(sambil menjeling pada AMAL).

PELAJAR 2 (MEI): Hey!, kau berambus daripada sini
boleh tak! Aku taknak tengoklah muka kau.

PELAJAR 4 (MIZI): Okay-okay relax guys. Sabar! Kita
bincang okay ? tak manis lah orang lain tengok kita gaduh
macam ni. Lagipun kita dekat library bukan dekat pasar!
Relax okay?

PELAJAR 4 (MIZI): AMAL.. awak okay ka ? saya minta
maaf ya ?

114

AMAL: Tak apa lah MIZI. Saya okay ja? Saya tak kecil
hati pun. Mungkin salah saya juga sebab ganggu korang
berbincang. Maafkan saya ? Hurmm…(dengan nada
suara yang bersalah).

PELAJAR 4 (MIZI): Eh, bukan salah awak pun AMAL.
Tadi… awak nak tanya apa ya ?.

AMAL: saya cuma nak tanya, group MIZI masih ada
kosong ke ? kalau boleh saya nak join group ni sebab saya
masih tak ada group (sambil memandang pada semua
dengan mengharapkan persetujuan).

PELAJAR 2 (MEL) : Hello…! kau nak join group kita
orang? (sambil memandang sinis pada AMAL) memang
tak lah. Kau tu dah lah miskin ! lepastu (belum sempat
MEL menghabiskan kata-kata).

PELAJAR 4 (MIZI): MEL!, Sudahlah!, aku taknak
korang bergaduh dekat sini.

PELAJAR 1 (V): Sorry AMAL! Actually, kita orang dah
cukup group. Kau pergi jela cari group yang lain. Kan
banyak lagi.

PELAJAR 3 (ASYIK): Eh! stop ! stop! stop!, Kita dah
lewat dah ni. Jom pergi kelas DR. PRIS. Nanti tak pasal-
pasal kena marah dengan dia. Korang tahu lah kan baran
dia tu (sambil memandang MEL) macam MEL. Hehehe
(sambil ketawa kecil).

115

PELAJAR 2 (MEL): Heh, kau! Kalau bab menyakat aku
nombor satu kan. Heh, dahlah jom!.

Mereka semua bangun dari tempat duduk dan terus
meninggalkan AMAL disitu.

SITUASI 3

Perbualan antara AMAL dengan TUKANG CUCI,
MAKCIK MAS.

Selepas AMAL disindir oleh rakan sekelasnya, dia tidak
terus masuk ke kelas DR. PRIS. Tetapi dia ke belakang
bangunan kerana terlalu tertekan dan terkesan dengan
cacian yang dilemparkan oleh MEL. AMAL menangis
teresak-esak.

AMAL: Ya Allah… kenapa mereka buat aku begini.
Kenapa Ya Allah! Aku dah tidak kuat lagi, aku dah hilang
semangat. Kenapa mereka tak fikir yang aku juga punya
hati dan perasaan. Kalaulah Ibu masih ada, mesti aku
takkan sedih begini. Ibu!!!! dengarkan aku ibu, aku juga
ingin bahagia seperti rakan yang lain (terus menangis).

Pada ketika ini, MAKCIK MAS sedang menyapu daun-
daun kering di tepi bangunan. Lalu dia terlihat AMAL
sedang menangis sambil terduduk di atas lantai.
MAKCIK MAS terus meluru ke arah AMAL kerana
bimbang jika berlaku perkara yang tak diingini.

116

MAKCIK MAS: Ya Allah… kenapa menangis disini
nak? ada sesiapa yang sakitkan awak ka ?(sambil
memujuk AMAL yang sedang menangis).

AMAL: saya rindukan ibu saya makcik. (sambil menangis
teresak-esak) Ibu saya dah lama tinggalkan saya. Saya
dah tak ada tempat mengadu lagi. Saya ni bodoh tak
macam pelajar lain.

MAKCIK MAS: Ya Allah nak! Kenapa cakap mcm ni.
(sambil memeluk tubuh AMAL dengan erat) Allah tu tak
zalim nak. Dia akan sentiasa dengar doa hamba-hamba-
Nya. Berdoalah pada Dia. (masih dalam pelukan).

Rakan baik AMAL, NORA sedang mencarinya. Apabila
dia ternampak AMAL bersama dengan seorang
MAKCIK, dia terus menuju ke arah mereka.

NORA: AMAL!!! kenapa awak dekat sini ??? MAKCIK?
kenapa dengan AMAL ?.

AMAL: Terima kasih MAKCIK (mengesat air mata dan
senyum pada MAKCIK MAS) saya pergi dulu.

MAKCIK MAS: Jaga diri ya nak!. Jangan lupa ya pesan
MAKCIK tadi (sambil senyum pada AMAL).

NORA: Amal! Ni mesti kerja budak-budak MEL tu kan ?
dia sakitkan awak kan hati awak lagi ye ? awak ok tak ni.
Dari tadi lagi saya tunggu. Risau saya tahu tak.
(menunjukkan riak wajah bimbang terhadap AMAL).

117

AMAL: Tak adalah NORA, dia orang baik ja dengan
saya. Saya okay. Awak jangan risau ya? (AMAL
meninggalkan senyum manis kepada NORA).

NORA: Okay AMAL ! Lepas ni kalau ada masalah cerita
pada saya ya. Jom masuk kelas.

SITUASI 4

DR. PRIS menyampaikan kuliahnya kepada para pelajar.
Beliau juga ada berkongsi cerita mengenai kisah
hidupnya iaitu sebagai pesakit Dyslexia. DR. Beliau
sering diperlekeh dan dihina oleh rakan sekelasnya
semasa beliau di bangku sekolah. Oleh itu, dalam
kuliahnya, DR. PRIS sering mengingatkan pelajar
tentang keburukan budaya buli dalam kalangan pelajar.

DR. PRIS: Ok berkaitan dengan tugasan projek kamu
semua, saya nak FYP kamu hantar pada saya belum
minggu ke sebelas. Saya tak mahu dengar sebarang
alasan. Kamu semua dah besar boleh pikir sendiri. Untuk
pengetahuan semua. Pada tahun-tahun yang lepas, ada
abang-abang, kakak-kakak senior kamu yang buat FYP
bawah saya buat asal siap ja. Bila saya semak semua
hancur! Jadi kamu perlu buat lebih baik daripada mereka.
Ok faham semua ?.

DR. PRIS: Oh ya, lupa saya nak cakap. Err…lepas kamu
semua graduate nanti, kalau ada dalam kalangan kamu
yang nak sambung master bawah saya, boleh jumpa saya
ya nanti. Saya sangat dialu-alukan (sambil ketawa kecil).

118

AMAL dan NORA berjalan masuk ke kelas DR. PRIS.
DR. PRIS: Ha… AMAL, NORA kenapa masuk lambat
kelas saya ? dah setengan jam ni kamu berdua lewat
(sambil menunjukkan jam dipergelangan tangannya).

NORA: Errr….. sebenarnya kita orang dari.. (belum
sempat menghabiskan kata-kata).

AMAL: Er.. sebenarnya saya dari library dengan NORA
berbincang tentang FYP, tak perasan pula dah lewat.
Maafkan kami DR. (sambil menundukkan kepada).

DR. PRIS: okay baik. Pergi duduk tempat kamu.

DR. PRIS: Okay baiklah, saya harap kamu semua dapat
beri perhatian tentang apa yang telah saya sampaikan tadi.
Faham ?.

PELAJAR: Faham DR.

DR. PRIS sambung membaca nota slaid di hadapan

DR. PRIS: minta semua pelajar isi kehadiran hari ini dekat
link yang saya hantar dalam group whatsapp. Lepas isi,
semua boleh bersurai.

DR. PRIS: Erm.. AMAL…?.

AMAL: Ya DR. Ada apa ya.

DR. PRIS: Lepas kelas jumpa saya dekat tasik tepi dewan
boleh ?.

119

AMAL: Err… hmmm (sedang berfikir sejenak) boleh
DR. Nanti lepas kelas, saya ke sana.

NORA: AMAL! (sambil mencuit AMAL) awak nak saya
temankan?.

AMAL: Eh, tak apelah NORA. Saya okay ja pergi sorang-
sorang.. awak balik dululah ya ? kita jumpa malam nanti.

NORA: Baiklah AMAL! Awak jaga diri. Kalau geng
makcik bawang tu ganggu awak (sambil menunju riak
wajah marah) bagitau saya ya. Jangan lupa tu!.

AMAL: Iyalah tu NORA. Awak ni ada-ada ja (sambil
tersengeh pada NORA).

NORA, AMAL dan pelajar-pelajar yang lain keluar dari
dewan kuliah bersama-sama.

SITUASI 5

Di laluan dewan kuliah - perbualan antara MEl dan V.

PELAJAR 2 (MEL): Ish!!! aku tak puas hati betullah
dengan budak kerek AMAL tu. Dia macam mintak
perhatian je dekat DR. PRIS. Aku syak kan yang DR
cakap dalam kelas pasal sambung master tu macam tuju
dekat dia je . Ish! Geramnya aku (sambil menunjukkan
reaksi marah).

120

PELAJAR 1 (V): hah betul wei ! Kau ingat tak time dalam
kuliah hari itu, bukan main perform lagi dia kan! Macam
dia sorang je yang bagus. Ee..Menyampah aku!.

PELAJAR 2 (MEL): Ish! Peliklah aku. DR. tak tahu ke
yang dia tu lembab. Miskin pula tu. Sebab tulah aku
taknak dia join group kita. Nanti tak bayar pula bahan
projek. Tahu nak harapkan duit kita ja. Aku ni memanglah
banyak duit. Tapi takkan nak sponsor dia pula. Ish!!!.

PELAJAR 1 (V): Betul Wei! Dah lama kot aku perasan
yang dia ni minta perhatian je. Bukan DR. PRIS je yang
selalu puji dia, kata dia ni baguslah contohi dia lah apa
lah. DR. Lain pun ramai lagi yang suka puji dia.

PELAJAR 2 (MEL): Dahlah! Malas dah aku nak dengar
nama budak tu. Buat sakit telinga aku je.

SITUASI 6

DR. PRIS dan AMAL berjalan di tepi tasik bersama-
sama.

DR. PRIS: Mari kita duduk dulu AMAL (sambil
menunjukkan tempat duduk).

AMAL: Yer DR. Terima kasih (duduk di kerusi).

DR. PRIS: Lama dah saya teringin dah jumpa awak
AMAL, cuma saya tak ada masa kebelakangan ini. Awak
sihat ?.

121

AMAL: Err… saya sihat Alhamdulillah cuma... (sambil
memandang rumput-rumput).

DR. PRIS: Saya tahu apa yang kamu hadapi. Saya juga
faham perasaan kamu. Kalau kamu sudi kongsilah dengan
saya (sambil merenung ke wajah AMAL).

AMAL: Macam mana DR. PRIS boleh tahu pasal saya…

DR. PRIS: Kawan awak NORA sebenarnya ada berjumpa
dengan saya. Dia ada cerita pasal awak dekat saya. Saya
faham awak AMAL. Saya juga seperti awak (DR. PRIS
mengalih pandangan ke arah tasik).

DR. PRIS: Awak nak tahu tak AMAL ? Saya ni
merupakan pesakit Dyslexia. Sejak saya tahu yang saya
alami Dyslexia, saya terus berubah menjadi bukan diri
saya lagi.

DR. PRIS: Sejak dari hari itu, saya sering diejek, dihina
dan dibuli berkali-kali sampai satu tahap saya rasa dah tak
berguna lagi.

AMAL: DR. Pris…sebenarnya…sebenarnya… saya
hampir bunuh diri sebab saya rasa depression dengan
keadaan sekeliling saya.

Mengimbas kembali kejadian hitam yang dilalui AMAL.

AMAL bertindak untuk membunuh diri di dalam biliknya.
Tetapi sempat disedari oleh rakan sebiliknya NORA
selepas pulang dari kelas. NORA terus meluru ke arah

122

AMAL serta menahan AMAL daripada melakukan
perbuatan itu.

NORA: AMAL! Apa yang kau buat ni? Kalau kau dah tak
sayang aku. Tolonglah sayang diri kau (sambil
menggoncang tubuh AMAL) aku kawan kau AMAL! Aku
akan sentiasa ada dengan kau. Aku sayang kau AMAL.
Tolonglah, tolong jangan buat macam ni lagi.

AMAL: Aku takut NORA (sambil menangis teresak-
esak) Aku takut dengan bayangan aku sendiri. Kau tahu
tak ?!. Aku betul-betul takut.

Kembali ke alam nyata.

DR. PRIS: AMAL! Betulkah apa yang awak cakap ni ???
(menunjukkan riak wajah yang terkejut).

AMAL: Betul DR. Saya sangat tertekan sebab semua
rakan-rakan sekeliling saya tak pernah untuk faham saya,
peduli tentang saya. Dia orang kutuk saya! Hina saya. kata
saya macam-macam. Yang paling menyedihkan hati saya,
dia orang kaitkan keadaan hidup saya sekarang dengan
arwah ibu saya dahulu (sambil menekup muka dan
menangis).

Keadaan semaking hening lalu DR. PRIS terus memeluk
AMAL dengan erat.

DR. PRIS: Beri saya peluang untuk bantu awak. Yer
AMAL ?

123

AMAL: Baik DR. Saya akan lebih tabah selepas ni. Saya
tahu segala ujian yang Allah hadirkan untuk saya mahu
saya jadi lebih kuat dan tabah. Terima Kasih DR. Sebab
sudi ada dengan saya, dengar luahan hati saya. (sambil
senyum pada DR. PRIS).

DR. PRIS: Mulai hari ini, awak kena buktikan pada saya
dan rakan-rakan yang lain yang awak sebenarnya boleh
berjaya. Dapatkan First Class yang awak idamkan. Saya
akan sentiasa berada di belakang awak. NORA juga akan
ada bersama awak (memandang AMAL). Percaya ya ?.

AMAL hanya tersenyum dan mengangguk faham. Kedua-
kedua mereka melepaskan pelukan dan terus memandang
jauh ke arah tasik.

SITUASI 7

AMAL berdialog seorang diri - dalam bilik.

AMAL: Kau kena bangun AMAL. Buktikan dekat orang
lain yang kau sebenarnya bukan lemah, bukan seperti
yang mereka sangka. Kau pun boleh berjaya. Arwah ibu
pasti akan bangga dengan kau nanti.

AMAL bangun dari katil untuk menunaikan solat isyak
dan berdoa kepada Allah.

AMAL: Ya Allah, aku tahu akan kelemahanku, aku tak
seperti insan yang lain. Aku hilang segala semangat
selepas engkau menjemput ibuku. Kau kuatkanlah hatiku,
Ya Allah. Lembutkanlah hati rakan-rakanku untuk

124

menerimaku sebahagian daripada mereka. Aku sayangkan
mereka, Ya Allah. Walaupun mereka menyakiti aku
berulang kami. Dengarlah doaku ini Ya Allah.
Rabbana……(ketika memanjatkan doa kepada Allah).

SITUASI 8

5 bulan Kemudian…

Pagi ini merupakan hari yang paling dinanti-nantikan
oleh semua pelajar Universiti Sains Malaysia kerana hari
ini akan keluar keputusan akhir peperiksaan. Semua
pelajar termasuklah pelajar tahun akhir seperti AMAL,
NORA dan rakan-rakan sekelasnya sangat berdebar
menantikan keputusan melalui telefon bimbit. Mereka
semua menantikan keputusan semasa berada di dalam
bilik tutorial.

Perbualan antara ASYIK dan MIZI.

PELAJAR 3 (ASYIK): Weh ! Weh kau orang! Result dah
keluar… hah boleh tengok tu.

PELAJAR 4 (MIZI): Wuuuuuu mesti ramai dekan ni. Kau
orang semua kan perform masa FYP. Ramai pulak tu yang
dapat A.

PELAJAR 4 (MIZI): Weh ASYIK kau dapat berapa?
(sambil mencuit ASYIK di sebelahnya dengan senyum-
senyum).

125

PELAJAR 3 (ASYIK): Macam biasa. Dekan la beb!
(muka sombong).

PELAJAR 4 (MIZI): Pergh kau… hebatlah! Perform
habis kau. Tiap sem dekan. Mesti kau dapat first class
kan?.

PELAJAR 3 (ASYIK): Mungkin (menunjukkan riak
wajah sinis pada MIZI sambil ketawa).
Perbualan antara MEL dan V.

PELAJAR 2 (MEL): V, result aku jatuh la sem ni. Aku
risau sangat ni. Ermmmm. Macam mana aku nak jawab
dengan mommy daddy aku ni (sambil menunjukkan riak
wajah murung pada rakannya V).

PELAJAR 1 (V): Asal MEL? Kau dapat berapa ?.

PELAJAR 2 (MEL): Aku tak dekan lah sem ni V. Result
aku 2.5 je weh. Macam mana ni? Aku dah struggle teruk
kot untuk sem ni. Dahla FYP dapat B jer. Ermmm…

PELAJAR 1 (V): Ermmm… mungkin kau ada silap kat
mana-mana kot Mel. Misconception ke? Ermm… aku pun
result biasa-biasa ja. Tak dekan la jugak. Tapi bolehlah
cukup makan. Lagipun aku tak adalah target tinggi sangat
macam kau sebab aku tau kemampuan aku.

PELAJAR 2 (MEL): Aku rasa kan aku tahu kenapa aku
dapat result macam ni. Mungkin ni balasan Tuhan dekat
aku kot lepas apa yang aku dah buat dekat AMAL dulu.

126

Aku hina dia, aku sakitkan hati dia. Sedangkan dia tak
adalah seteruk itu. V, aku rasa bersalah sangat ni!.

PELAJAR 1 (V): Ha’ah la Mel. Betul juga kan ? aku rasa
kita patut minta maaflah dekat dia.

PELAJAR 2 (MEL): Aku pun rasa macam tu lah V
(sambil menunjukkan reaksi muka sedih).

Perbualan antara AMAL dan NORA.

NORA: Wah! Dia senyum-senyumlah (sambil mencuit
AMAL yang berada di sebelah).

AMAL: Hehehehe NORA, awak ni!. Malulah saya
(sambil tersipul malu).

NORA: Alaa share lah dengan saya MAL. Kata… saya
kawan baik awak (sambil tersenyum-senyum pada
AMAL).

AMAL: Yelah yelah! NORA cuba awak teka saya dapat
berapa.

NORA: Eh, Mesti dekan ni (sambil mengusik) kan MAL?
Awak dapat 3.5 ke atas kan ?.

AMAL: Iya NORA. AMAL dapat 4 flat (sambil
memegang tangan NORA lalu ketawa).

NORA: Wahhh! Seriously AMAL? Seronoknya awak…
Tahniah AMAL!!!.

127

AMAL: Terima kasih tau NORA (Sambil tersengih-
sengih pada NORA).

AMAL: NORA, saya nak ke tandas jap eh.

NORA: Saya temankan awak ya.

Ketika AMAL dan NORA mahu keluar dari kelas, secara
tiba-tiba, MEL dan V datang ke arah mereka dengan riak
wajah yang suram.

PELAJAR 2 (MEL): AMAL, sebenarnya saya nak minta
maaf atas apa yang berlaku selama ini. Saya kesal AMAL
sebab selalu sakitkan hati awak… boleh tak kalau awak
maafkan saya? (menunjukkan muka suram).

AMAL: Tak apa MEL. AMAL dah lama maafkan MEL.
Yang lepas tu biarkan lepas. Yang penting MEL jangan
ulangi kesilapan tu ya (sambil memegang tangan MEL).

PELAJAR 2 (MEL): Thank you AMAL (sambil
tersenyum melihat AMAL).

PELAJAR 1 (V): AMAL, saya pun nak minta maaf eh.
(menundukkan kepala).

AMAL: Janganlah risau V. Saya dah lama maafkan awak.
(memegang tangan V juga).

NORA: Alhamdulillah semuanya dah berbaik. (hanya
tersenyum dan mengangguk).

128

Beberapa saat kemudian…

PELAJAR 2 (MEL): Ish! dan kenapa kita semua ni asyik
tersenyum ja daripada tadi. Eh, dahlah jomlah kita semua
pergi makan. Aku belanja ok. Aku rasa DR. PRIS tak
datang lah.

NORA, AMAL dan V: Jom semua!!!.

PELAJAR 3 (ASYIK): Eh! Kejap, kejap!… Wah, dah
berbaiklah kau orang (sambil tersemnyum melihat
mereka).

PELAJAR 4 (MIZI): Wah! Baguslah semua dah berbaik
(sambil tersenyum).

PELAJAR 1 (V): Mestilah ASYIK! Jom ikut kita orang
sekali pergi makan.

PELAJAR 4 (MIZI): Ok juga tu! Aku pun dah lapar
sangat ni. Jom SYIK!.

Mereka pun keluar menuju ke kafe untuk makan bersama-
sama. AMAL, NORA, V, MEL, dan yang lain-lain turut
berasa gembira kerana akhirnya segalanya sudah
berakhir. Segala ketidakpuasan hati sudah tidak ada lagi.
Semasa semua berjalan, mereka terserempak dengan DR.
PRIS.

DR. PRIS: Eh! MIZI, AMAL! Kau orang pergi mana ni?
Sorry, sorry! saya tak dapat masuk kelas tadi. Ada urusan

129

penting dengan Dekan. By the way, kau orang nak pergi
mana ni ?.
PELAJAR 4 (MIZI): Kita orang nak pergi makan DR.
Jomlah sekali DR.
DR. PRIS: Oh, elok juga tu. Saya pun belum makan lagi.
Jom semua!.
Mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke kafe.

TAMAT

130

TEMA
Wawasan Kemakmuran 2030

TAJUK
Manikam

PENULIS SKRIP
Siti Nor Maizuhah Binti Mamat

PELAKON
Aisya: Gadis yang dipelihara oleh keluarga Cina
Agnes: Ibu angkat kepada Aisya
Ibu Ana: Ibu kandung kepada Aisya
Cikgu Ainul: Guru kelas kepada Aisya
Zara: Rakan kepada Aisya
Izzah: Rakan kepada Aisya
Pak Hamid: Jiran kepada Agnes
Hidayah: Pengawas sekolah
Sah: Individu yang sering membuli Aisya
Rakan :Rakan 1 kepada Sah yang membuli Aisya
Rakan 2: Rakan 2 kepada Sah yang membuli Aisya
Pak Badol: Penjual kedai runcit

SINOPSIS
Aisya merupakan anak melayu yang dipelihara oleh
keluarga cina. Bagi Aisya kehadiranya dalam keluarga
tersebut penuh dengan tanda tanya. Ibunya Agnes tidak
pernah menceritakan tentang asal usulnya malah begitu
kecewa dan sedih tiap kali diajukan soalan berkenaan
dengan ‘siapakah dirinya’. Aisya dibesarkan dengan
didikan agama Islam meskipun dia berada di dalam
keluarga yang menganut agama Kristian. Dia sering

131

menjadi ejekan rakan-rakannya ekoran kecelaruan
identitinya yang menimbulkan pelbagai tanda tanya
termasuklah guru-guru yang mengajarnya. Dalam
kekalutan, muncul Cikgu Ainul guru kelas kepada Aisya
yang banyak membantunya dalam menyelesaikan konflik
yang berlaku .Namun begitu, disebalik kisahnya yang
penuh misteri ini terdapat pelbagai rahsia lagi yang masih
belum dirungkaikan.

SITUASI 1

Lokasi di rumah Aisya

Kelihatan Agnes sedang menyiapkan sarapan pagi
kepada anaknya Aisya. Pada waktu pagi sahajalah Agnes
dapat meluangkan masanya bersama Aisya.

AGNES: (Menjerit) Aisya hurry up ! What are you doing?
Aisyah you're going to be late! The bus will come soon !

AISYA: (Menjerit )Yes mummy, can you please stop
yelling at me. I'm hearing you. Let me pack first. (datang
ke arah Agnes ) Mum, today l'll be a bit late because I
have kafar class. Can you pick me this evening? (menarik
kerusi)

AGNES: Okay, so today I will prepare you a breakfast
and also give you extra money for today.

AISYA: (Menjerit ) Thank you,mum. I love you so so so
so much! (nada suara perlahan) But mum . I want to tell
you something. Please don’t be angry.

132

AGNES: What is it?

AISYA: (Mengeluh ) First, I want to say sorry!. Yesterday
I was rushing to catch the bus. Then I forgot that I left
your tupperware behind and I forgot to bring it back home.

AGNES: (menjerit) Aisya this is not your first, not your
second mistake. You've been doing this many time! I
don’t know what is wrong with you Aisya you always
forgot to bring back the Tupperware. Did you know? I
bought the Tupperware only on promotion. Aisya ! Aisya
! so tired la.

AISYA: Mum, I am sorry. The bus is coming. Bye ! I love
u!

AGNES: Aisya ! I am not finish yet !

SITUASI 2

Di laluan ke kelas

Zara yang baru sahaja tiba di kawasan sekolah cuba
untuk mengejar rakannya Aisya yang berada jauh
dihadapannya. Dia mahu berjalan bersama rakannya itu.
Zara merupakan sahabat karib Aisya. Zara bagaikan
kakak kepada Aisya yang selalu melindunginya apabila
Aisya cuba dibuli oleh rakan sekelasnya.

ZARA: (Berlari) Tunggu! Tunggu! Awak! Awak!
Tunggula saya ! Aisya anak dara tua oii !!

133

AISYA: (Muka terkejut )Zara awak rupanya saya
ingatkan siapa tadi. Boleh tak bagi salam ?
‘Assalamulaikum’ lepastu saya jawabla
‘waalaikummusalam’. Bukannya, datang berlari macam
kene kejar anjing . bedebar tau tak? (mengusap dada)

ZARA: Alaa normal la tu. Tak payah over nak berdebar-
debar la apa la ! awak tu yang kalut. Berjalan tak tengok
kiri kanan belakang depan. Awak kena alert dengan
persekitaran. Nanti orang dekat belakang pengsan pun
awak tak tahu. Pandang belakang (bahu Aisya dipusing)
tak matikan pandang belakang ?hah mati? Mati ? mati?
Tak kan?

AISYA: Memangla tak mati, kalau la pandang belakang
tu boleh mati awak orang pertama yang akan mati. Awak
kan suka pandang belakang. Lebih-lebih lagi bila Cikgu
Kamal tu ada kat belakang. Betul tak ?

ZARA: Amboi ! cantiknya bahasa. Dah pandai melawan.
IZZAH: (Datang dalam keadaan tiba-tiba) Bincang apa?
Tak ajak pun ni.

AISYA: (Kedua-dua reaksi terkejut) ni sorang lagi.
Datang tu bagi salam. Awak Islam kan? Bagi salam !bagi
salam!

IZZAH: Eh! Betul ke saya dengar Cikgu Kamal dah nak
kahwin? Saya dengar dia nak kahwin dengan rakan
sekelas dia masa zaman sekolah rendah tau. Tapi pelik la
dia macam tak nampak nak kahwin pun. Ke dia main-
main je? Takkan la main-main. Lepastu kan saya dengar

134

Aizat kaki pukul tu dah kena buang sekolah. Semalam
saya nampak mak dengan ayah dia datang bawak balik
semua buku-buku dia. Tulah padah orang yang suka
membuli. Bagi nasihat tak dengar. Sekarang dah kena
buang.

ZARA: Kejap kejap Izzah ! kau ni dah macam wartawan
semua benda awak tahu kan! Aizat tu biarla dia. Kalau
boleh tak nak dengar dah nama dia. Hish ! Yang menjadi
isu sekarang ni . Cikgu Kamal ni . betul ke nak kahwin?
(nada suara terkejut) betul ke Izzah? Awak dengar dekat
mana? Alaa terlepas la macam ni. Kenapa cikgu tak
tunggu saya(pura-pura menangis).

IZZAH: Drama la dia ni. Menangis la apa la. Biarla Cikgu
Kamal tu nak kahwin. Takkan dia nak tunggu awak?.
awak tu kunyit dengan lengkuas pun awak tak boleh nak
bezakan lagi. Ada hati nak kahwin dengan Cikgu kamal.
Biarlah Cikgu kahwin dia pun nak ada keluarga sendiri.
Saya lagi tak sanggup tengok Cikgu kamal tu mati tak
beristeri.

Aisya dan Izzah memandang Zara dengan reaksi yang
meluat.

SITUASI 3

Di kantin sekolah

Seperti biasa suasana kantin dipenuhi dengan suara
murid-murid yang sedang menikmati makanan. Aisya dan
Zara tidak ketinggalan untuk menikmati waktu rehat.

135

Bahagian tengah kantin sering menjadi tumpuan mereka
kerana bagi Aisya berada di tengah lebih nyaman
berbanding di bahagian hujung. Dalam asyik menikmati
juadah tiba-tiba Sah dan rakan-rakannya muncul. Seperti
biasa, ada saja yang ingin diusik. Hampir setiap hari Sah
mengganggunya tapi makin tidak dipeduli makin rancak
kelakuan buruknya itu terhadap Aisya.

SAH: (nada gurauan ) Hai cinta hatiku anak melayu-cina.
Sudah lama kita tidak bertemu. Maklumla kanda ke
negara China mencari mertua tapi tidak jumpa. Sihatka
dinda disini?

ZARA: ee gelila aku ! malang sungguh mak mertua kau
tu (suara penuh benci )

SAH: Ini siapa dinda ? Perempuan sundal inikah yang
cuba pisahkan kita? Tidak mengapa nanti kanda racunkan
dia dengan obat gegat (ketawa )

ZARA: Aku rela mati diracun daripada tengok muka kau
yang separuh siap tu. (ketawa) Haritu tak datang sekolah
bukan ke negara China tapi karana kanda digantung
sekolah kan ? Betul tak kanda ?

SAH: Diam lebih baik dari berbicara. Dinda (suara
menyindir ) sampai sekarang kanda masih keliru dengan
identiti dinda. Sama ada Melayu ataupun Cina? Aisya
Lee. Sedap nama tu. Kanda suka.

136

PELAJAR 1: Lagi sedap jika namanya di letakkan sabdu
bos ! Ain Syah Lee (suara seperti menyebut ain dengan
berdengung)

PELAJAR 2: aku rasa kan mak kau dah tak sayang kau.
Dia bagi kau dekat keluarga cina. Dia cakap macam ni.
‘ini bukan anak aku, kenapa anak aku berkulit putih
bukan macam orang melayu’ haa mak kau kecewa kau tu
kulit putih. Lepastu dia buang la kau.(ketawa)

IZZAH: Mak kau lagi tak sayang kau tau ! Mulut jahat!
Suka kata kat orang! Kau pun anak pungut, tali leher tak
pakai, badan bau kambing, mulut bau longkang, muka
buruk (ditolak bahu pelajar lelaki itu dengan kuat)

PELAJAR 2: Kau memang kurang ajar kan perempuan
kambing.

IZZAH: Kau tu lelaki kambing! Busuk! Busuk! Busuk!

AISYA: (nada suara marah) Dah! Dah! Dah! Boleh tak
kau diam?jangan kacau aku lagi? Hari-hari kacau aku
dengan motif yang yang sama. Sesiapapun aku. Ini bukan
urusan kau. Baik kau pergi dari sini sebelum aku menjerit.
SAH: wah, cakap melayu la dia.

AISYA: Aku kira sampai tiga . satu ! dua ! tiga !
(menjerit)

HIDAYAH: Bisingnya! Kenapa Aisya ? Zara ? Sah ?
menjerit satu kantin ni boleh dengar.

137

ZARA: Ini si Sah ni tak habis-habis kacau Aisya.

HIDAYAH: Berdiri kamu bertiga. Sekarang! (sah dan
rakannya berdiri tegak di hadapan Hidayah). Sah, kenapa
kamu selalu kacau Aisya. (sah hanya mendiamkan diri)
jawabla ! (menjerit)

SAH: Gurau je pon dengan Aisya.

HIDAYAH: (diangkat pembaris di tangannya) saya ! nak
! kamu !bertiga minta maaf dekat Aisya. Sekarang! Dan
berjanji tidak mahu mengulanginya lagi. Kalau kamu tak
nak buat saya bagitahu cikgu Ros. Kamu tahu kan apa
nasib kamu kalau saya bagitahu cikgu Ros.

Masing-masing memandang antara satu sama lain.
Bimbang. Cikgu Ros orangnya sangat garang. Jika ke
bilik disiplin makin parah keadaannya.Tambahan pula
dia tidak memakai tali leher.

SAH: Okay baiklah, memandangkan aku yang bersalah,
aku minta maaf. Aisya saya minta maaf. Saya berjanji
tidak akan buli Aisya dan rakan-rakan Aisya yang lain.
Aisya budak baik seperti saya.

HIDAYAH: Dah sekarang Sah kamu pergi masuk kelas !
sekarang !

PELAJAR: Macam singa betul !

AISYA: Terima kasih Hidayah.

138

HIDAYAH: Tidak mengapa. Awak jaga diri baik-baik.
Aisya sedih memikirkan nasibnya itu. hampir setiap hari
menjadi bahan ejekan. Aisya memandang rakannya itu.
Merekalah yang selalu ada tika jatuh dan bangunnya.

ZARA: Jangan menangis Aisya ! aku ada (menangis )

SITUASI 4

Di rumah Aisya

Agnes membuka pintu bilik perlahan-lahan dan melihat
anaknya itu berada di atas katil sambil termenung. Dia
kehairanan dari pagi tadi Aisya tidak bercakap
dengannya. Apabila ditanya ‘kenapa’ Aisya hanya
menggelengkan kepala dan terus masuk ke bilik. Dia tahu
anaknya kini menghadapi masalah kerana Aisya seorang
anak yang ceria. Rumah bagaikan taman permainan
baginya. Didekati anaknya itu sambil mengusap kepala.

AGNES: Aisyah im just worried about you. You are not
talking to me almost one day. If I do wrong . let me know.

AISYA: (Tangan menggigil) mummy Aisya bukan nak
kecewakan hati mummy, tapi Aisya rasakan sepanjang 14
tahun .Aisya hidup tanpa mengetahui identiti diri Aisya
yang sebenar. Mummy hanya memberitahu Aisya yang
Aisya tidak mempunyai bapa. Dan mummy sendiri yang
tidak Aisya menyoal tentang status diri Aisya. Tapi Aisya
sudah besar . Aisya perlu tahu siapa diri Aisya yang
sebenarnya.

139

AGNES: (Nada suara yang agak tinggi) kan dah banyak
kali bagitahu jangan tanya soalan ni!

AISYA: Sampai bila Aisya nak hidup dalam keadaan ini.
rakan-rakan Aisya selalu ejek Aisya. Mereka selalu tanya
Aisya. Adakah Aisya anak melayu ataupun cina
(menangis). Aisya dah besar Aisya patut tahu siapa Aisya.
Janganla hukum Aisya macam ni. Mummy memang
pentingkan diri sendiri ke? Hari- hari Aisya kene ejek. Im
tired mum !( nada suara yang tinggi)

AGNES: (menangis) yes awak dah besar. Saya patut
menyedarinya.silap saya ,saya akuinya. Saya begitu
bimbang. Saya takut kehilangan kamu buat selamanya.(
Perlahan-lahan tangan aisyah ditarik ) saya boleh
memberitahu kamu tentang hal yang sebenarnya. Tunggu
sekejap ada barang yang saya mahu tunjukkan kepada
kamu. (berjalan mengambil barang di dalam laci) ini
barangnya.

Agnes mula menceritakan kejadian yang berlaku pada
malam itu.

At that night, I was having my dinner. That time, the sound
of the thunder was so loud, and the rain pour down
heavily. I was very afraid. Suddenly, I was hearing a
sound of baby's crying which came from the front gate. I
braved myself. I go to the front and take a look what's
happening. I opened the door slowly, and I was right. A
baby girl was crying in front of my gate. I was so shocked.
I took a look at her face. She was so cute and at that time,
I thought she was chinese because of her fair face. I bring

140

her inside. Her left side, there was a letter but I couldn't
read it because it was written in Malay. I asked for Pak
Hamid's help. In that letter, it was said that the family,
had to left her daughter because they can't afford on
taking care of her. The baby was left behind with a birth
certificate and a wood carving written the baby's name,
Aisya binti Mohammad. In that letter, your mom asked to
take care and give you a perfect education in islam. I don't
want to break my promise. I grown you up with islam
knowledge. Sent you to religious class. It is because I love
you so much. I willingly to do anything just for you. I even
learnt Malay because of you. Sometime, my friends were
asking about you. They asked me, what I want to do if your
mom come back and want to take you back. I'm afraid. I
don't want to lose you. That's the reason why I choose to
be silent.

AISYA: (ditarik tangan maknya perlahan-lahan) jadi
Aisya ni bukan anak mummy yang sebenar (menangis )

AGNES: (menggeleng kepala) Tidak ,kamu bukan anak
saya.Tapi saya akan janji dengan kamu. Saya kan cari ibu
kamu yang sebenarnya.

SITUASI 5

Di hadapan rumah Pak Hamid

AISYA: Pak Hamid ! Pak Hamid ! Pak Hamid ! Berhenti
! berhenti sekejap !(menjerit)

141

PAK HAMID: Astagfirullahalazim. yaAllah Aisya
kenapa ni?(terkejut) Nasib baik Pak Hamid tak langgar
tau tak? Kenapa tiba-tiba muncul ni ? kamu dari mana?
Aisya ! Aisya ! (mengeluh)

AISYA: Aisya minta maaf Pak Hamid, hehehe (muka
malu) Aisya dari rumah la. Sebenarnya dari tadi lagi
Aisya tunggu Pak Hamid. Ni Pak Hamid pakai segak-
segak ni nak pergi mana?

PAK HAMID: Pak Hamid nak pergi kedai runcit Ah
Chong kat depan tu. Nak beli barang dapur sikit untuk
Mak Cik Siti kamu. ha kamu tunggu Pak Hamid dari tadi
ni,kenapa? Kamu ada apa-apa nak bagitahu Pak Hamid
ke?

AISYA: Eh tak tak ! bukan nak bagitahu Pak Hamid tapi
nak tanya sesuatu dekat Pak Hamid. Em, (termenung)

PAK HAMID: Apanya Aisya? Macam serius je. Tak
pernah lagi Pak Hamid tengok kamu gelisah macam ni.
Cepat bagitahu Pak Hamid? Kamu sakit ke Aisya?

AISYA: Eh tak Pak Hamid, em, sebenarnya Pak Hamid
Aisya nak tanya pasal mummy.

PAK HAMID: Ha kenapa dengan mummy kamu ? Kamu
ada masalah apa Aisya ?

AISYA: Sebenarnya Aisya nak kepastian dari Pak Hamid
je. Betul ke Aisya ni dibuang semasa kecil? Pak Hamid !

142

Pak Hamid cakap je dengan jujur. Aisya dah tahu
semuanya. Mummy yang ceritakan.

PAK HAMID: Ya Aisya kamu dibuang oleh individu
yang kami tak kenal. aish berat hati Pak Hamid nak
ceritakan hal sebenar dekat Aisya. Bagi Pak Hamid Aisya
bukan anak buangan. Aisya anak mummy. Pak Hamid dah
lama lupakan semua kisah tu Aisya. Aisya membesar
depan mata Pak Hamid dengan baik. Kamu beruntung
mummy kamu sangat baik orangnya. Pak Hamid sendiri
tak menyangka terlalu besar pengorbanannya untuk
kamu.

AISYA: Oh! Jadi betul la Aisya bukan anak kandung
mummy. Aisya minta maaf Pak Hamid ganggu Pak Hamid
nak ke kedai. Aisya cuma nak kan kepastian je. Kalau
macam tu Aisya masuk rumah dulu ya.(muka sedih)

PAK HAMID: Aisya jangan kamu bersedih. Setiap ujian
itu pasti ada kebahagiaan nanti. Setiap yang berlaku pasti
ada hikmahnya. Kamu anak yang baik dan beruntung.
Jaga diri kamu baik-baik. Jangan pernah kecewakan
mummy kamu. Dalam hal ni dia tak bersalah. Dia dah cuba
lakukan yang terbaik untuk kamu. Kesihatan kamu,
pendidikan kamu dia tidak pernah abaikan malah didikan
agama untuk kamu dia sediakan. Jangan risau Pak Hamid
akan sentiasa ada untuk kamu. Apa-apa masalah bagitahu
Pak Hamid. Lagipun Pak Hamid ni tak de anak
perempuan semuanya lelaki.

AISYA: Terima kasih Pak Hamid. Aisya sedih sekejap je
ni. Nanti Aisya akan baik. Pak Hamid anak lelaki Pak

143

Hamid yang Megat tu tinggal dekat mana? Kenapa Aisya
dah tak nampak dah sekarang?

PAK HAMID: Oh! Megat. Sekarang ni dia ke sekolah
berasrama penuh. Baru je tahun ni masuk . katanya nak
berdikari. Pak Hamid bagi jela.

AISYA: Oh yeke, kalau macam tu tak pe la Pak Hamid.
Pergi la kedai tu nanti tutup pulak.

PAK HAMID: Okay la Aisya Pak Hamid pergi dulu.
Assalamualaikum

AISYA: Waalaikumusalam.

Beberapa bulan kemudian…

SITUASI 6

Di dalam kelas 6 Cemerlang

Kelihatan Cikgu Ainul sedang mengajar di dalam kelas.
Cikgu Ainul merupakan guru cemerlang bagi SMK Kamil.
Dia sering dipuji oleh murid-muridnya kerana sikapnya
yang tegas tetapi mempunyai sifat kebapaan. Cikgu Ainul
dan Aisya begitu rapat kerana Aisya merupakan salah
seorang muridnya yang sentiasa cemerlang dalam
peperiksaan.

CIKGU AINUL: (menghampiri ke meja aisya) Aisya
jumpa saya pada waktu rehat nanti ada perkara saya nak
bincang ?

144

AISYA: kenapa ya cikgu ? ( muka yang agak
kebingungan )

CIKGU AINUL: datang dulu , saya akan jelaskan kepada
kamu kemudian nanti. Jangan risau Aisya , datang je
dulu,Jangan lewat ya.

AISYA : Baiklah cikgu.

SITUASI 7

Di dalam bilik guru

Aisya mula mengetuk pintu dihadapannya kemudian dia
memulas tombol pintu perlahan-lahan. Dilihat gurunya
itu sedang melakukan kerja. Mungkin sedang menyemak
markah peperiksaan pelajar. Mungkin juga sedang
menyiapkan tugasnya yang lain. Aisya memulakan
bicaranya dengan memberi salam dan kemudian
menghampiri Cikgu Ainul. Perlahan-lahan kerusi
dihadapannya itu ditarik untuk di duduknya. Dilihat
wajah gurunya itu sambil mengukirkan senyuman.

CIKGU AINUL: Sampai pun kamu. Silakan duduk Aisya.
Aisya pertama sekali saya nak minta maaf kerana saya
terpaksa panggil kamu secara privacy kerana saya rasakan
ada sesuatu yang tidak kene dengan keadaan kamu
sekarang ini. Markah peperiksaan kamu sangat teruk.
Kamu selalu tidak hadir ke sekolah. Tidak mahu
berkomunikasi dengan guru-guru yang lain. Selalu
menyendiri. Aisya kamu ada masalah ke? Mungkin kamu

145

mahu berkongsi dengan saya. Silakan. Saya sedia
mendengar segala masalah yang kamu hadapi.

AISYA: (Kepala ditunduk kebawah) sebenarnya …

CIKGU AINUL: Ya Aisya cakapla. Kalau boleh saya
bantu saya akan bantu.

AISYA: Sebenarnya, sebeanrnya .saya ada masalah
keluarga

Mula menceritakan perkara yang sebenar.

CIKGU AINUL: Mulai hari ini cikgu nak kamu
kosongkan minda kamu. Jangan risau cikgu akan bantu
kamu cari ibu kandung kamu. Apa-apa nanti cikgu akan
menghubungi ibu kamu Puan Agnes. Ibu kamu dengan
saya sangat akrab. Jangan risau saya janji saya akan bantu
kamu.

AISYA: Terima kasih cikgu . Maafkan saya . saya sudah
susahkan cikgu ( berdiri sambil menangis)

CIKGU AINUL: Aisyah kamu perlu tahu. Seorang guru
tugasnya bukan hanya mendidik dan juga bertungkus-
lumus menyampaikan ilmu tetapi seorang guru yang baik
adalah seorang guru yang dapat mendampingi muridnya
ketika muridnya berada dalam kesusahan. Isu kamu ini
sudah lama saya dengar tapi disebabkan oleh isu ini sangat
sensitif jadi saya memilih untuk berdiam diri. Begitu juga
dengan guru-guru yang lain. Aisya kamu perlu ingat.
Semua orang sayang kamu. Mak kamu, cikgu, rakan-

146

rakan kamu yang lain. Jadi, jangan sesekali kamu cuba
untuk berputus asa. Kamu perlu teruskan berjuang.

AISYA: baiklah cikgu (berjalan keluar dari bilik guru)

CIKGU AINUL: Aisya tunggu sekejap (sambal berdiri)
Aisya (menghampiri Aisya ) kamu perlu tahu Allah itu
sayang kamu. Kamu pernah dengar kisah Nabi Yunus?

AISYA: Pernah cikgu (dengan suara yang perlahan )

CIKGU AINUL: Jadi cikgu nak kamu jadikan Nabi
Yunus sebagai panduan hidup kamu. Nabi Yunus adalah
seorang nabi yang sabar. Kesabarannya itu akhirnya
membawa kepada kebahagiaan. Sama dengan kamu. Jika
kamu sabar . Allah akan bantu kamu. Kamu akan berjaya
Aisya. Berdoalah seperti Nabi Yunus semasa beliau
berada dalam perut ikan paus ‘Laa Ilaaha Illaa Anta
Subhanaka Inni Kuntu Minazh Zhaalimin’. Artinya
‘Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau,
Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk
diantara orang-orang yang berbuat dzalim’. Berdoalah
Aisya. Semoga urusan awak dipermudahkan.

AISYA: Terima kasih cikgu (memeluk guru)

SITUASI 8

Kawasan kedai runcit

Setiba Ibu Ana di hadapan kedai runcit Pak Badol.
Dilihat akhbar di hadapannya. Di buka satu persatu muka

147

surat akhbar itu. Sudah lama dia tidak ke kedai runcit Pak
Badol kerana sibuk berniaga tambahan pula rumahnya ke
bandar agak jauh. Seminggu sekali sudah cukup untuknya
ke bandar untuk membeli barang keperluan. Tiba-tiba
matanya tertumpu kepada satu halaman akhbar.
Dilihatnya dengan wajah yang terkejut.

IBU ANA: YaAllah anak aku (menjerit)

PAK BADOL: Eh kamu dah kenapa Anna? Kuatnya
menjerit.

IBU ANA: Pak Badol, cuba tengok ni. Pak Badol tahu tak
pasal ni?

PAK BADOL: Oh! Pasal budak ni. Pak Badol tahula sikit-
sikit pasal budak ni. Semalam dia dengan maknya datang
ke kedai ni. Hujung minggu dia akan datang la agihkan
poster dekat kawasan ni. Katanya dah hampir 6 bulan dah
cari ibu kandungnya tapi masih tak jumpa. Kesian pulak
tengok anaknya tu.

IBU ANA: Oh yeke? Kenapa saya tak pernah jumpa?

PAK BADOL: Nak jumpa macam mana kamu datang ke
kedai Pak Badol seminggu sekali. Kadang kala diorang
datang waktu petang.

IBU ANA: Kalau macam tu .Takpela Pak Badol, Terima
kasih. Nah duit ni!

148

PAK BADOL: Eh kamu tak beli apa-apa ke? Takkan beli
tu je.

IBU ANA: Takpela Pak Badol nanti saya datang lagi

PAK BADOL: Eh pelik betul! Kamu nak kemana tu
tergesa-gesa?

IBU ANA: Saya ada urusan sikit. Assalamualaikum.

PAK BADOL: Waalaikumusalam. Haish dia ni pelik
betul.

SITUASI 9

Di rumah Agnes

Kelihatan suasan rumah Aisya begitu meriah dengan
kehadiran tetamu. 15 Mac 1998 merupakan tarikh Aisya
dilahirkan. Setiap tahun Ibu Agnes tidak pernah lupa
untuk menyambutnya malah diajak rakan-rakannya untuk
turut bersama meraikan kelahiran anaknya itu.

AGNES: Aisya, mak ada surprise, mak mahu tunjukkan
sesuatu kepada kamu (tangan Aisya ditarik perlahan-
lahan).

AISYA: Apa mak ? janganlah perkara yang pelik-pelik.
Takut Aisya nanti.

AGNES: Okay tutup mata dulu!

149

AISYA: Okay tutup mata(kedua belah tanggan mula
menutup kedua matanya)

AGNES : Sekarang buka mata.

Dilihat seorang wanita yang agak berusia dihadapannya.
Tubuhnya kecil dan rending.. Cantik. Matanya koko.
Kulitnya cerah. Hidungnya sama seperti saya. Siapa dia?
Sebelum ini tidak pernah aku lihat. Kawan-kawan
mummy semua aku kenal. Ya Allah ! Adakah dia ibuku ?

AISYA: (menangis ) Siti Zaleha Mahmood ?(nama yang
dilihatnya didalan sijil lahir miliknya)

IBU ANA: ya saya. Macam mana kamu tahu nama saya
nak? (mengangguk)

AISYA: (menghampiri ibunya dan mereka berpeluk
dengan erat) Aisya tengok dekat sijil lahir .Ibu Aisya
rindu ibu. Kenapa ibu buat Aisya macam ni.

IBU ANA: Ibu minta maaf nak. Ibu janji tidak akan
tinggalkan kamu lagi. Ibu taahu ibu yang bersalah. Ibu
buang kamu. Ibu bersalah. Maafkan ibu.(menangis)

AISYA: Ibu, Aisya tak pernah marah ibu. Aisya sayang
ibu.

150


Click to View FlipBook Version