The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-12-03 00:41:48

Kompilasi Ulasan Buku November 2021 Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Keywords: Kesihatan,Cinta,Novel,Kanak-kanak,Pendidikan,Sejarah,Etnik dan Budaya,Makanan,Resepi,DIY,Tumbuh-tumbuhan,Malaysia,Sabah,Borneo

Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau

Ulasan Buku November 2021

Oleh
Kakitangan

Perpustakaan Cawangan Keningau
1

Hai Sahabat ……
Selamat Membaca
Koleksi Ulasan Buku
Perpustakaan Cawangan Keningau
Yang Kami Sediakan
Untuk Anda …
Teruskan Membaca
Membaca
Terapi Minda Anda

Disediakan oleh ;
Kakitangan

Perpustakaan Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Boria ; From Passion Play to
Malay-Jawi Peranakan Parody
Penulis : Wazir Jahan Karim

Penerbit: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd , 2018.
Muka Surat: 299
Harga : RM 39.75

No Panggilan: MAC 792.09M WAZ
ISBN No : 978-967-494-003-4

Kategori Buku: Fiksyen ( English ), Etnik dan Budaya

Bersambung dimuka surat seterusnya……

3

Wazir Jahan Karim adalah Presiden Persatuan Warisan Jawi
Peranakan Pulau Pinang dan pengasas gerakan warisan Jawi
Peranakan. Dia adalah ahli antropologi ekonomi dan pemuliharaan
di kawasan warisan dan warisan Muslim. Penyelidikan dan
penerbitannya merangkumi empat dekad dan meliputi spektrum
tema dan isu yang luas mengenai minoriti budaya, wanita, warisan
hidup, budaya politik dan globalisasi.

Buku yang komprehensif yang ditulis mengenai Boria. Asal-
usul bentuk teater jalanan ini dari Parsi, melalui India sehingga
wujudnya sekarang di Pulau Pinang. Bagaimanapun, buku ini akan
membawa kita lebih jauh lagi. Bagaimana Boria, "vaudeville zaman
moden", dapat dibangun ke dalam budaya jalanan yang hidup di
Pulau Pinang hari ini.

Buku ini menjelaskan bahawa boria menjadi sebahagian
daripada warisan yang dibina di bandar George dan dipromosikan
sebagai teater warisan negara di lanskap budaya semula jadi
Ahurkhana, tempat kelahiran boria, serta jalan-jalan bersejarah,
kampung bandar dan taman. Kepada yang ingin mengetahui
mengenai boria boleh membaca buku ini. Lebih banyak maklumat
dan perincian mengenai boria. Sejarah sejak beberapa ribu tahun,
dari permainan semangat parsi ta'ziyeh hingga perayaan jalanan
India dan Tanah Melayu pada bulan Muharram, boria di Pulau
Pinang telah bertahan dari percubaan pengkritik untuk menjadi
teater parodi Melayu-Jawi Peranakan yang moden.

Bersambung dimuka surat seterusnya…4…

Menggabungkan sandiwara, tarian, muzik dan lagu, untuk
merefleksikan keburukan dan kebajikan masyarakat Muslim kota.
Naratif, lirik, koreografi dan kostumnya menggambarkan perwakilan
komik kehidupan kolonial dan pascakolonial sambil memupuk
perpaduan di kalangan masyarakat Muslim bandar, terjebak di
persimpangan antara tradisi dan kemodenan. Secara sekular dalam
gambaran simboliknya tetapi pada hakikatnya spiritual, ia adalah
satu-satunya teater parodi Melayu-Jawi Peranakan yang masih hidup
di Malaysia.

Buku ini memberikan gambaran menarik mengenai
perwakilan budaya politik yang unik dan kritikal terhadap diri
sendiri dan strategi bertahannya selama berabad-abad perdebatan.
Jika memang umat Islam harus terlibat dalam nyanyian dan menari
kerana konflik dalam kepercayaan, budaya dan tradisi. Penulis
menyampaikan boria selama berabad-abad perubahan dan
transformasi di persekitarannya yang dibina di Bandar Warisan
Dunia George Town dan membuat rayuan agar boria menjadi
sebahagian daripada warisan George Town yang dibina dan
dipromosikan sebagai teater warisan negara secara semula jadi
landskap budaya: ashurkhana, tempat kelahiran boria, serta jalan-
jalan bersejarah, kampung bandar dan taman. Dia juga menerapkan
konsep persekitaran teater kafe inovatif di mana teater boria dapat
dikembalikan ke jalanan dan "dirasakan" sebagai "makanan seni":
aromatik, partisipatif dan egaliter, menggembirakan dan menarik
bagi semua deria dan kepekaan.

Bersambung dimuka surat seterusnya…5…

Terdapat banyak lagi maklumat – maklumat dan info menarik
dari kandungan buku ini. Di harap buku ini dapat membantu
menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepada sesiapa
sahaja yang membaca buku ini dalam usaha memperbaiki taraf hidup
dan kemajuan yang diidam – idamkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

6

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes Dan Hidup
Penulis : Ainon Mohd & Zamri Mohammad
Penerbit : PTS Publishing House
Mukasurat : 264 Halaman
No.Panggilan : MAN 153.42 AIN
No. Isbn : 978-967-481-473-1

Kategori Buku: Bukan Fiksyen / Bahasa Malaysia

Bersambung dimuka surat seterusnya……

7

Buku ini adalah sebuah buku panduan. Buku ini sesuai dibaca ,
dipelajari dan diamalkan oleh sesiapa sahaja. Terdapat banyak maklumat
dalam buku ini tentang berfikiran kreatif. Dalam kandungan buku ini
banyak perkara baru yang akan diketahui dan dipelajari oleh masyarakat.
Sebagai contoh, bagaimana cara – cara mengurus lembakan idea dengan
menggunakan kaedah amalan KJ , cara berfikir menggunakan keadah
enam topi dan kemahiran berfikir kreatif dengan menggunakan model
KUNO. Kandungan buku ini juga dapat membantu melatih seseorang
untuk menajamkan akal kreatif , dapat membantu menghasilkan isi – isi
idea yang bagus dan dapat memberi penjelasan tentang bagaimana cara
penghasilan fikiran kreatif dalam apa jua masalah – masalah perkara
yang dihadapi dapat diselesaikan tanpa sebarang tekanan.

Maklumat – maklumat yang terdapat dalam buku ini amat sesuai
dijadikan bahan perbincangan. Bagi memudahkan para pembaca
memahami dan mempelajari berkenaan maklumat – maklumat dari
kandungan buku ini. Penulis menggunakan konsep penulisan
berdasarkan bentuk dialog harian agar teori buku ini kelihatan lebih
praktikal dan realistik. Dengan konsep penulisan tersebut para pembaca
akan dapat melakukan latihan atau memperolehi panduan tentang cara –
cara menyusun idea yang berselerak menjadi idea – idea baru dan kreatif.
Buku ini banyak membantu dalam membuka mata kepada sesiapa agar
kita dapat mengetahui dan mempelajari bagaimana cara untuk menjana
idea yang kreatif. Dari kandungan buku ini juga para pembaca akan
dapat mengetahui bagaimana cara untuk melatih otak agar sentiasa boleh
berfikiran secara kreatif dan memperolehi idea – idea baru , idea yang
berinovasi dan kreatif.

Bersambung dimuka surat seterusnya…8…

Selain itu , para pembaca juga akan mengetahui bagaimana cara
untuk membezakan cara orang berfikir secara kreatif dengan cara orang
yang berfikir secara kritis di dalam mana – mana situasi dan tempat
khususnya di tempat kerja. Terdapat juga info – info lain yang menarik
tentang buku ini. Diantara info menarik buku ini ialah maklumat –
maklumat yang diperolehi semasa penulisan buku ini diperolehi
daripada jurnal – jurnal dari pensyarah Universiti Islam Antarabangsa
( UIA ). Jurnal – jurnal ini dijadikan bahan rujukan oleh penulis semasa
membuat penulisan buku ini. Keistimewaan lain buku ini adalah
kandungan buku ini mampu membantu mendidik sesorang menjadi
seorang pemikir yang kreatif dan tidak bergantung dengan keupayaan
diri semata – mata. Secara realitinya , berfikir secara kreatif tidak
diberikan penekanan sebagai sesuatu yang wajib dipelajari oleh
seseorang. Bagi mempelajari proses berfikir ini ianya perlu melakukan
latihan rangsangan deria. Proses berfikir ini tidak ditekankan sebagai
satu cara berfikir untuk kelangsungan hidup. Proses berfikir secara
kreatif ini boleh dianggap sebagai satu bakat dan hanya orang – orang
tertentu sahaja yang mempunyai bakat seperti boleh berfikiran kreatif.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh orang – orang yang ingin dan
mahu memajukan diri dalam apa jua bidang pekerjaan dan perniagaan
yang diceburi. Buku ini juga sesuai untuk orang – orang yang ingin
memperbaiki pencapaian diri dan keluar dari kepompong yang menjadi
penghalang kepada kemajuan diri. Buku ini juga mampu membantu
untuk memotivasikan diri seseorang tentang cara berfikir dari cara
berfikir pasif kepada cara berfikir yang lebih kreatif dan inovatif.

Bersambung dimuka surat seterusnya…9…

Terdapat banyak lagi maklumat – maklumat dan info menarik
dari kandungan buku ini. Di harap buku ini dapat membantu
menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepada sesiapa
sahaja yang membaca buku ini dalam usaha memperbaiki taraf hidup
dan kemajuan yang diidam – idamkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Siri Pencetus Kesedaran Sivik : Jangan Mungkir Janji
Pengarang: Juliana Abdullah
Penerbit : Pustaka Hakimin
ISBN: 978-967-0696-68-3

Bersambung dimuka surat seterusnya……

11

Buku ini mengisahkan yang kononnya pada masa dahulu kala
Ayam jantan mempunyai tanduk. Tanduknya saling tak tumpah
seperti tanduk Rusa jantan. Pada suatu hari, seekor Helang yang
melayang-layang di udara melihat Ayam jantan yang bertanduk lalu
menemuinya. Helang berniat hendak meminjam tanduk Ayam jantan
untuk dipakainya supaya kelihatan garang dan cantik apabila pergi
menziarahi Bulan untuk memberikan persembahan kepada
penghunni di sana. Ayam bersetuju meminjamkan Helang dengan
tanduknya dengan syarat mesti dikembalikan semula. Helang pun
berjanji akan mengembalikan semula tanduk Ayam jantan setelah
kembali dari menziarahi Bulan.

Keesokan paginya, subuh-subuh lagi Ayam jantan sudah
melompat ke atas selonggok jerami. Dari situ ia memanggil Helang
dengan kuatnya supaya menggembalikan semula tanduknya, namun
sehingga matahari naik tinggi, Helang tersebut tidak juga kelihatan
serta tidak muncul lagi membuatkan harapan si Ayam jantan
berkecai.

Sejak peristiwa tersebut, semua ayam jantan tidak mempunyai
tanduk lagi kerana Helang telah memungkiri janji. Helang tidak
pernah lagi kembali untuk mengembalikan tanduk si Ayam Jantan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

12

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rita Asing
Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Dia Bukan Syurga
Penulis : Rissa Ahdiya

Penerbit: Penulisan Enterprise , 2018.
Muka Surat: 533
Harga : RM 20.25

No Panggilan: MAF RIS
ISBN No : 978-967-2102-39-7
Kategori Buku: Fiksyen ( B.Melayu ), Novel Cinta dan

Kehidupan Masyarakat

Bersambung dimuka surat seterusnya……

14

Kau janjikan bulan dan bintang, tapi entah mengapa malamku
sentiasa kelam…Cinta Nuha kepada Tajul, bukanlah hanya sekadar
lafaz. Cinta itu ikhlas dari hati biarpun kadangkala sikap Tajul
sangat menyakitkan hati. Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu
buta membuatkan Nuha terasa lemas. Namun, demi cinta yang tidak
berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata
hati biarpun adakalanya dia rasa ragu ragu untuk meneruskan
hubungan.

Nuha. Gadis lemah lembut sangat mencintai kekasihnya Tajul.
Biar apa yang Tajul buat, hatinya tetap memaafkan dan menerima
sahaja bulat-bulat perbuatan Tajul. Dia selalu percaya satu hari nanti
bila Tajul dan dia sudah berkahwin, Tajul akan berubah.

Pasangan muda, Nuha dan Tajul suka antara sama lain.
Mereka ingin berganjak selangkah ke hadapan dengan satu perikatan
yang bergelar akad. Tempoh dua tahun menjadi kepastian buat Tajul
untuk memperisteri Nuha. Namun, segalanya bukan sebab cinta.
Perasaan cemburu dan ego Tajul membuatkan dia rasa teruja untuk
cepat-cepat memperisterikan Nuha.

Berdebar bila Tajul tarik rambut Nuha pada malam pertama
perkahwinan mereka untuk paksa Nuha beri balik duit hantaran.
Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta hanya membawa derita.
Sering kali Nuha dipukul, ditampar dan diherdik Tajul atas
kesalahan kecil. Mak dan ayah Tajul selalu menyebelahi anaknya.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

15

Nuha dihalang dari menghubungi dan balik berjumpa dengan
keluarga Nuha. Pantang Nuha berselisih dengan lelaki lain, Tajul
akan memaki hamun Nuha. Awalnya, makian bertempat di telinga
Nuha. Sehinggalah ikatan nikah yang turut mengundang Nuha
merasa jemari kasar Tajul melekat pada seluruh tubuhnya. Sakit,
derita, — semuanya ditelan Nuha kerana mahu mempertahankan
rumah tangga. Sikap cemburu buta, cemuh tak tentu pasal dan
akhirnya sayang secara tiba-tiba. Psiko. Gelaran tepat bagi Tajul.
Tambahan lagi dengan ibu bapa Tajul, Puan Mona terutamanya,
sangat gemar membela lelaki itu. Geram!. Cuma Arham, abang
Tajul yang baik dengan Nuha.

Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta itu Nuha
pendam demi menjaga aib suaminya. Sampailah satu ketika Nuha
tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital, terbongkarlah
keadaan yang sebenar. Nuha dipukul hingga masuk hospital dan
keguguran. Sehingga menyebabkan Nuha koma. Akhirnya tajul
disumbat dalam penjara. Nuha trauma. Saat mendung dalam hidup
Nuha, muncul arham yang tawarkan payung kasih untuk Nuha
berteduh. Nuha tawar hati untuk percayai lelaki semula.

Arham — dia datang selepas ribut yang lama. Setelah lima
tahun berlalu, Nuha terjumpa Arham dan terjalinlah perhubungan
yang baru.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

16

Apabila Tajul dapat tahu Arham telah berkahwin dengan
bekas isterinya, Tajul pasang dendam untuk membunuh keluarga
Nuha.
Siapakah syurga buat nuha? Adakah syurganya di kaki Arham
atau Tajul yang telah dibebaskan dari penjara, muncul semula dan
menuntut semula kasih Nuha? Semua terjawab dalam novel ni.

Jalan cerita yang tidak meleret, terus berpaksikan pada
jalan cerita membuatkan pembaca ingin tahu nasib akhir Tajul.
Penulis berjaya menghidupkan watak-watak dalam cerita ini
menjadi realiti.
Pengajaran yang terdapat dalam novel ini bukan calang-calang.
Utuhnya ikatan adik-beradik Nuha membawa ketenangan. Kita
dapat bandingkan persefahaman antara adik-beradik Nuha dan
talian adik-beradik Tajul. Jurangnya terlalu besar. Abang-abang
Nuha, mereka sangat menyayangi Nuha sampai sanggup buat
apa-apa sahaja demi adik perempuan bongsu mereka.

Hubungan toksik pula mengambil tempat dalam
perhubungan Arham, Liza dan Tajul. Memang ada sahaja mereka
bertelagah dan sudah tentu Arham yang paling matang membuat
keputusan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

17

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Siri Pencetus Kesedaran Sivik : Jauhi Sikap Tamak
Pengarang: Juliana Abdullah
Penerbit : Pustaka Hakimin
ISBN: 978-967-0696-66-9

Bersambung dimuka surat seterusnya……

19

Buku ini mengisahkan dua orang beradik yang bernama Amin
dan Aman. Aman sudah berkhawin tetapi isterinya tidak menyukai
Amin, adik Aman. Kerana hasutan dan desakan isterinya, Aman
menghalau adiknya keluar rumah.
Amin keluar dari rumah Aman dan tinggal di sebuah pondok di kaki
bukit. Tiap-tiap hari Amin mencangkul tanah di tempat tinggal
barunya. Dia hendak bercucuk tanam.

Di tempat Amin mencangkul, ada seketul batu besar dan
bentuknya seperti orang tua bongkok. Apabila Amin penat, dia akan
berehat dan meletakkan baju kerja di atas batu besar itu. Amin
menganggap batu itu adalah kawan baik dan tempat dia meluahkan
segala keluhan dan kepenatan berkerja setiap hari.

Batu mendengar segala keluhan Amin, dan tiba-tiba bersuara
lalu menyuruh Amin menjahit sebuah karung tiga kaki tinggi dan
tiga kaki lebar untuk diletakkan di bawah mulut batu. Amin pun
melakukan seperti yang diarahkan oleh si batu. Tiba-tiba batu
membuka mulutnya dan memuntahkan ketulan emas ke dalam
karung tersebut sehingga penuh.

Amin merasa sangat gembira. Sejak hari itu, kehidupan Amin
berubah dari orang susah menjadi orang senang. Khabar tentang
Amin mendapat emas telah sampai ke pengetahuan abangnya Aman
dan kakak iparnya. Aman pun pergi ke batu ajaib itu untuk meminta
emas.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

20

Batu ajaib tidak menghiraukan Aman yang pemalas berkerja.
Akhirnya Aman berasa resah dan marah kerana batu tidak mahu
bercakap dengannya. Aman mengangkat beberapa ketul batu besar
lalu meletakkannya di atas batu ajaib tersebut.

Batu ajaib tidak tahan mengangkat batu-batu yang berat
akhirnya bersuara dan menyuruh Aman membawa karung seperti
yang diarahkannya kepada Amin. Keesokan harinya, Aman
membawa karung dan meletakkan di bawah mulut batu ajaib.
Dengan segera batu itupun mengeluarkan ketulan emas dan mengisi
ke dalam karung Aman sehingga penuh. Tiba-tiba mulut batu ajaib
itu berhenti mengeluarkan emas kerana karung Aman sudah penuh.
Aman berasa marah.

Dia memaksa batu itu agar mengeluarkan semula ketulan-
ketulan emas dari mulutnya tetapi batu tidak lagi berbuat seperti
yang diinginkan oleh Aman. Kerana ketamakan Aman, dia
menghulurkan tangannya e dalam mulut batu itu kerana hendak
mengambil saki baki emas yang tertinggal di dalamnya.

Batu itu segera menutup mulutnya. Kedua dua belah tangan
Aman tersepit di dalamnya. Aman meronta ronta sekuat hatinya
tetapi batu itu tidak mahu membuka mulutnya. Aman menangis
memohon maaf tetapi batu itu tidak memperdulikannya. Beberapa
hari kemudian, akhirnya Aman pun meninggal dunia.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

21

Bak kata pepatah..`Orang Tamak Selalu Rugi.’

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Rita Asing
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

22

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Drums Of Autumn
Penulis : Diana Gabaldon

Penerbit: Bantam Books, New York , 2018.
Muka Surat: 910
Harga : RM 50.25

No Panggilan: EAF GAB
ISBN No : 978-0-525-61873-7
Kategori Buku: Fiksyen ( English ), fiksyen sejarah, percintaan,
pengembaraan, dan fantasi.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

23

NEW YORK TIMES BESTSELLER • Buku keempat dalam
saga Outlander terkenal Diana Gabaldon, asas untuk siri asal Starz.

"Watak yang tidak dapat dilupakan. . . kaya bersulam dengan
perincian sejarah. "- The Cincinnati Post.

Bagaimana jika anda tahu seseorang yang anda cintai akan
mati? Bagaimana jika anda fikir anda boleh menyelamatkannya?
Berapa banyak risiko yang anda akan cuba?

Setelah karam di pantai Amerika di Georgia, Jamie dan Claire
Fraser perlahan-lahan menuju ke North Carolina dan ladang milik
Bibi Jamie milik Jocasta. Sesampai di sana, Jocasta ingin
menjadikan Jamie sebagai pewarisnya dan memintanya
menguruskan urusannya, tetapi itu bukanlah perkara yang tepat
untuk dilakukan sama ada Jamie atau Claire.

Alih-alih tinggal bersama Jocasta, mereka menuju ke
pergunungan di North Carolina di mana mereka memulakan sebuah
homestead dan mula mengumpulkan banyak lelaki yang dengannya
Jamie dipenjarakan setelah Rising. Mereka berjaya mengukir
kehidupan yang baik untuk diri mereka sendiri dan akhirnya
menikmati kebahagiaan, tetapi semua itu berubah ketika anak
perempuan mereka, Brianna, muncul.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

24

Pada abad ke-20, Brianna telah menjalin hubungan dengan
sejarawan Scotland, Roger Wakefield Mackenzie, tetapi mempunyai
banyak pertanyaan dan kebimbangan yang belum terjawab yang
menyukarkan dia untuk benar-benar dekat dengannya. Ada bahagian
dari dirinya yang merasa tidak lengkap tanpa mengenali lelaki yang
menjadi ayahnya, jadi ketika dia menemukan catatan surat khabar
tentang kematian orang tuanya dalam kebakaran, keinginannya
untuk mengetahui Jamie Fraser, dan juga menyelamatkan nyawa
orang tuanya, memaksanya untuk mengembara ke masa lalu melalui
batu seperti yang dilakukan ibunya. Apabila Roger menyedari apa
yang telah dilakukan oleh Brianna, dia mengikutinya, tetapi tidak
lama kemudian mereka bersatu kembali daripada perbalahan yang
memisahkan mereka lagi. Ketika Roger kembali mencari Bree, salah
faham berlaku menyebabkan Jamie melakukan sesuatu yang
gegabah dalam usaha melindungi anak perempuannya. Apabila
kebenaran akhirnya muncul, Jamie dan Claire mesti
mempertaruhkan nyawa mereka untuk mengembalikan lelaki yang
disukai anak perempuan mereka.

Sebuah kisah yang luar biasa … Ia bermula di Scotland, pada
lingkaran batu kuno. Di sana, pintu, terbuka untuk beberapa orang,
menuju masa lalu — atau kubur. Claire Randall selamat secara luar
biasa, bukan sekali tetapi dua kali.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

25

Perjalanan pertamanya membawanya ke pelukan Jamie Fraser,
seorang warga Scotland abad ke-18 yang cintanya menjadi legenda -
kisah keghairahan tragis yang berakhir dengan kepulangannya untuk
menanggung anaknya. Perjalanan keduanya, dua dekad kemudian,
menyatukan mereka kembali di perbatasan Amerika. Tetapi Claire
telah meninggalkan seseorang di abad kedua puluh. Anak
perempuan mereka, Brianna …

Drum Autumn bukan hanya mengenai Jamie dan Claire. Ia
juga berkait rapat tentang anak perempuan mereka, Brianna, dan
cintanya yang semakin meningkat terhadap Roger Wakefield
Mackenzie, sejarawan muda Scotland yang telah membantu Claire
mencari Jamie pada masa lalu. Brianna pada awalnya tidak
mempercayai cinta mereka, kerana merasa seperti perkahwinan
orang tuanya ( Claire dan Frank ) adalah dusta. Roger dengan sabar
menunggunya, tetapi pada saat akhirnya dia dapat menyelesaikannya,
dia telah memutuskan untuk kembali melalui batu-batu itu. Sudah
tentu, cintanya padanya membuatnya mengikutinya.

Adegan cinta pertama mereka penuh dengan kelembutan dan
rasa canggung yang realistik tetapi semangat yang tidak dapat
dinafikan. Namun sayangnya, ini menimbulkan banyak sakit hati
dan salah faham yang menyebabkan mereka berpisah untuk waktu
yang sangat lama.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

26

Ketika mereka akhirnya kembali bersama, mereka berdua
telah berubah banyak, seperti mereka harus saling mengenali
sekali lagi. Brianna adalah wanita muda yang sangat cerdas.
Sama seperti ibunya, dia menentang tradisi dengan belajar
menjadi jurutera yang masih merupakan profesion lelaki pada
zamannya ketika itu.

Pembukaan cerita, Brianna masih berdepan dengan konflik
mengenai keturunannya. Dia sangat menyayangi Frank dan masih
menganggapnya sebagai ayahnya yang "sebenar", tetapi dia tidak
sabar ingin tahu tentang Jamie walaupun dia belum sepenuhnya
memahami bahawa dia juga ayahnya. Dia sangat bimbang untuk
menjadi seperti ibunya yang mencintai Frank dengan caranya
sendiri, tetapi minat sebenarnya terletak pada Jamie. Brianna pasti
mewarisi kejujuran ibunya dan kedegilan ayahnya.

Roger kadang-kadang sangat manis, tetapi ketika Brianna
menguji kesabarannya, dia kehilangannya sedikit. Roger sangat
melindungi Bree dan dalam banyak hal sama seperti Jamie. Roger
cukup menghormati Brianna sehingga ingin menikahinya
sebelum bercinta dengannya, dia selalu menjelaskan bahawa dia
menginginkan lebih dari itu darinya.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

27

Roger mengikuti Bree melalui batu membuktikan
cintanya kepadanya, tetapi walaupun begitu, lelaki miskin itu
terus berusaha untuk terus membuktikan dirinya sebelum
mereka akhirnya dapat memperoleh ketenangan dan
kebahagiaan.

Lord John mempunyai peranan yang sangat penting
dalam buku ini yang memajukan pengembangan wataknya. Dia
adalah seorang lelaki yang semestinya terhormat seperti Jamie.
Oleh kerana Jamie tidak dapat berada di sana untuk
membesarkan anaknya, itu adalah suatu keselesaan untuk
mengetahui bahawa lelaki baik seperti John ada di tempatnya.
John telah melakukan tugas yang sangat baik dalam
membesarkan Willie. Jamie dan John mempunyai hubungan
yang sangat menarik dan sangat dekat. Mereka berdua
nampaknya sangat menghargai persahabatan mereka walaupun
selalu ada perasaan lain yang menggelegak dan terselindung
jauh di lubuk hati John. Jamie dapat menerima John walaupun
mengetahui bagaimana perasaannya terhadapnya.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

28

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

29

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Rajuk Karina
Pengarang: Sufea Hareez
Penerbit : Idea Kreatif Publication
ISBN : 978-967-2137-70-2
Kategori : Novel Bahasa Melayu

Bersambung dimuka surat seterusnya……

30

Permintaan orang tua yang bergelar Opah untuk
menjodohkan Mizan dengan Karina membuatkan Mizan
bingung. Mizan tidak bersetuju dengan permintaan Opahnya
untuk berkhawin dengan Karina sebap dia tidak mencintai
gadis tersebut yang bergelar sepupu pertamanya. Mana
mungkin Mizan mencintai apalagi mengahwini sepupu
sepermainannya sejak kecil dan sudah dianggap seperti adik
sendiri.

Karina pula seorang gadis manis dan periang sedang
menjalikan hubungan dengan seorang lelaki bernama Saiful,
malah merancanakan hendak berkahwin dengan lelaki tersebut.
Karina yakin, Saiful adalah jodohnya. Hubungan mereka
direstui oleh keluarga Karina dan mahu agar Mizan dapat
memujuk sepupunya itu untuk memutuskan hubungannya
dengan Saiful.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta Karina dan Saiful
serta hubungannya dengan Mizan sepupunya. Untuk
mengetahui cerita lanjut, bacalah novel ‘Rajuk Karina’.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

31

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Rita Asing
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

32

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Investment Management : Second Edition
Penulis : Mohd Nizal haniff dan Azian Madun
Penerbit: Oxford , 2018.
Muka Surat: 371
Harga : RM 29.25
No Panggilan: EAR 332.6 MUH
ISBN No : 978-983-47-2362-0

Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( Bahasa Inggeris)

Bersambung dimuka surat seterusnya……

33

Pengurusan Pelaburan merangkum konsep dan amalan
utama subjek. Buku ini memberikan gambaran ringkas mengenai
semua topik utama pelaburan. Ia dibahagikan kepada beberapa
bab yang merangkumi cara kerja dan pengawasan pasaran
kewangan serta jenis aset kewangan yang tersedia untuk
pelaburan.

Edisi kedua Oxford Revision Series: Investment
Management mengemukakan asas pelaburan yang penting untuk
memahami perkara utama ini. Sesuai sebagai panduan
penyemakan, buku ini memberikan paparan ringkas mengenai
semua topik utama, teori, konsep dan amalan pelaburan. Buku ini
mengandungi 10 bab yang merangkumi cara kerja dan
pengawasan pasaran kewangan, serta jenis aset kewangan yang
tersedia untuk pelaburan. Topik penting, seperti teori portfolio
moden, model harga aset modal, hipotesis pasaran yang cekap dan
penilaian sekuriti, disertakan untuk memberi pembaca
pemahaman yang seimbang dan menyeluruh mengenai bidang
utama dalam pelaburan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

34

Ciri-ciri utama :

* Mematuhi sukatan pelajaran pelaburan untuk sarjana
* Menawarkan liputan topik yang luas dengan bahasa yang
mudah dan mudah diakses serta memudahkan kefahaman
pelajar
* Mempersembahkan kandungan menggunakan pendekatan
praktikal yang membantu menyemak semula topik pelaburan
dengan cepat
* Intisari utama dan pengiraan melalui contoh jalan kerja ,
angka dan jadual yang relevan untuk tinjauan dan rujukan
semula dengan cepat
* Menyediakan glosari di akhir buku untuk memahami konsep
pelaburan utama yang berkesan
* Memperkukuhkan pemahaman pelajar melalui aplikasi soalan-
soalan dengan jawapan yang dimodelkan diakhir semua bab
untuk penilaian kendiri atau kajian berkumpulan

Bersambung dimuka surat seterusnya……

35

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

36

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Igauan maut
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

ISBN : 978-983-62-4564-9
Kategori : Novel Bahasa Melayu

Bersambung dimuka surat seterusnya……

37

Sebuah novel suspens yang memaparkan kisah
dendam akibat tragedy ngeri yang berlaku pada September
1963.

Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada
sepasang mata beracun, menuntut harga setikit darah
dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang minta
dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan
dunia. Tiada lagi erti kemanusiaan dan kasih saying yang
baru tumbuh dibunuh. Segala kecundangan dalam
memerangi badai emosi yang mengganas.

Novel ini Berjaya merangkul hadiah kedua dalam
peraduan menulis novel dewasa 1992, anjuran DBP
Cawangan Sabah, menyimpan banyak pengajaran yang
boleh dijadikan teladan kepada pembaca dan menjanjikan
kepuasan kepada setiap pemiliknya.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

38

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rita Asing
Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

39

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Gamat Perairan Malaysia
Penulis : Zaiduddin Ilias

Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mukasurat : 103 Halaman

No. Pengenalan: MAN 593.0609M ZAI
No.ISBN : 978-983-62-5777-2

Kategori Buku : Bukan Fiksyen ( Bahasa Malaysia )

Bersambung dimuka surat seterusnya……

40

Buku ini adalah sebuah buku bermaklumat. Buku ini adalah
sebuah buku tentang salah satu spesis hidupan laut iaitu Gamat.
Terdapat enam bab utama terkandung dalam buku ini. Kesemua
bab dalam buku ini akan mengungkap maklumat – maklumat
tentang Gamat. Bab satu akan menerangkan tentang asal usul
haiwan Gamat ini. Di dalam bab ini akan diterangkan mengenai
nama – nama lain Gamat , spesis – spesis Gamat , makanan Gamat
, cara pergerakan Gamat , reka bentuk rangka Gamat , ciri – ciri
Gamat dan kepentingan Gamat dalam kehidupan manusia.

Gamat adalah haiwan yang mampu hidup walaupun
badannya telah terputus dua. Keunikkan dan keistimewaan inilah
yang dimiliki oleh Gamat. Haiwan Gamat ini juga dikenali sebagai
timun laut kerana ianya berbentuk seperti lintah atau ulat beluncas.
Gamat adalah haiwan yang mempunyai sifat sangat sensitif kepada
sentuhan. Gamat boleh di anggap berfungsi sebagai alat penyedut
hampagas. Gamat akan memakan bahan mati yang mendap di
dalam dasar laut. Bab dua dalam kandungan buku ini akan
menerangkan tentang habitat haiwan Gamat ini.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

41

Terumbu karang , rumput laut dan pasir merupakan habitat
bagi Gamat. Dalam bab ini juga akan diterangkan tentang habitat
berlumpur , kepadatan populasi Gamat dan habitat asal Gamat di
perairan Malaysia. Turut diterangkan dalam kandungan bab dua
ini adalah tentang cara – cara pembiakkan Gamat.Bab tiga buku
ini pula akan menerangkan tentang bagaimana penangkapan
haiwan Gamat ini dilakukan. Terdapat beberapa cara
penangkapan Gamat akan dijelaskan di dalam bab ini. Selaman
bebas , scuba dan pukat tunda adalah contoh cara penangkapan
Gamat di perairan Malaysia. Di dalam bab ini juga akan
dijelaskan mengenai kesan – kesan penangkapan Gamat secara
meluas di perairan Malaysia.

Sementara itu , bab empat akan menerangkan tentang
kegunaan Gamat. Sebagaimana yang diketahui , banyak
kegunaan Gamat kepada manusia. Selain daripada dijadikan
sumber makanan kepada manusia , haiwan Gamat boleh juga
digunakan dalam bidang perubatan , bidang kosmetik dan
menjadi bahan tambahan dalam penghasilan produk – produk
lain yang boleh memberi manfaat kepada manusia.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

42

Terdapat banyak lagi info – info menarik mengenai
kegunaan Gamat akan diterangkan di dalam bab empat buku ini.
Bab lima pula akan menerangkan tentang bentuk – bentuk
ancaman yang akan di hadapi haiwan Gamat ini. Perkara –
perkara seperti masalah kekurangan maklumat bagaimana cara
pengurusan Gamat , kepadatan populasi yang rendah dan
kemusnahan habitat Gamat merupakan bentuk ancaman –
ancaman dalam kehidupan haiwan Gamat ini yang akan
diperjelaskan dalam bab ini. Di dalam bab lima ini juga akan
diterangkan tentang bagaimana cara – cara pemuliharaan Gamat.

Beberapa kaedah atau cara dilakukan untuk memulihara
haiwan Gamat seperti melaksanakan peraturan khusus untuk
pengurusan gamat , pengenalan kepada prosedur cara
penangkapan Gamat , melaksanakan perancangan pemulihan
untuk habitat Gamat dan memperkenalkan modul projek
penternakaan haiwan Gamat secara komersil. Kesemua perkara
– perkara mengenai pemuliharaan Gamat tadi akan diterangkan
secara mendalam dalam bab lima buku ini.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

43

Bab terakhir buku ini iaitu bab enam akan menerangkan
tentang spesis – spesis Gamat yang terdapat di dalam perairan
laut Malaysia. Dalam bab ini juga akan diterangkan tentang lima
jenis spesis Gamat yang boleh di temui di dalam perairan
Malaysia. Lima jenis spesis Gamat tersebut adalah seperti spesis
Stichopus , spesis Genus Holothuria , spesis Genus Thelenota ,
spesis Genus Colochirus dan spesis Genus Bohadschia.

Dalam bab ini juga akan diterangkan tentang khasiat –
khasiat Gamat , eksploitasi sumber haiwan Gamat dan maklumat
asas bagaimana haiwan Gamat ini ditemui dan dikenali.
Berdasarkan keterangan maklumat dengan bersertakan ilustrasi
yang disediakan dalam bab akhir ini , buku ini berupaya
memudahkan para pembaca untuk mengenali jenis spesis –
spesis Gamat biasa yang mudah ditemui di pesisiran pantai
dengan lebih lanjut.

Selain itu , dalam bab ini juga akan diterangkan dua jenis
spesis Gamat yang mempunyai nilai komersial tinggi. Dua jenis
spesis Gamat tersebut ialah spesis Holothuria dan spesis
Thelenota Ananas.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

44

Kandungan – kandungan lain yang terdapat dalam
buku ini seperti maklumat glosari , bibliografi dan
indeks turut diselitkan oleh penulis sebagai sumber
bahan rujukan kepada para pembaca. Diharapkan
maklumat – maklumat yang terdapat dalam buku ini
mampu dan Berjaya membuka minda dan memberikan
kesedaran sivik kepada masyarakat khususnya pengemar
haiwan Gamat tentang betapa pentingnya menjaga dan
memulihara alam sekitar terutama kebersihan
persekitaran laut di Malaysia.

Kesejahteraan dan kebersihan alam sekitar ini amat
penting dijaga kerana ianya menjadi nadi kepada
kelangsungan hidup kepada haiwan Gamat. Diharap juga
agar buku ini dapat menambah ilmu pengetahuan
masyarakat tentang haiwan Gamat.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

45

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

46

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Si Angsa Yang Sombong
Siri : Bacaan Moral Suku Kata

Penulis : Zainurin Lokman Mat Jilid
Ilustrasi : Zainurin Lokman Mat Jilid
Penerbit : Dunia Ilmu Tijarah Sdn. Bhd. (795120-T)

Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJP ZAI
ISBN No: ISBN No: 978-967-0979-02-1
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa Melayu

Harga : RM 7.20

Bersambung dimuka surat seterusnya……

47

Buku yang bertajuk Si Angsa Yang Sombong ini adalah
sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri
Bacaan Moral Suku Kata” Buku ini mempunyai 16 halaman
bercetak yang ditulis dan Ilustrasi oleh Zainurin Lokman Mat Jilid.
Buku cerita yang menarik dan baik ini, perlu dibaca oleh kanak-
kanak. Ia memaparkan pelbagai kisah teladan dan pengajaran,
berkonsepkan haiwan-haiwan moden. Gaya bahasa yang
disampaikan amat ringkas dan mudah difahami, perkataannya yang
dicetak dalam dua warna mengikut suku kata, ditambah dengan
ilustrasi yang ceria dan berwarna-warni akan menarik minat kanak-
kanak untuk membaca.

Pada suatu pagi, seekor Angsa yang sombong sedang
berjalan-jalan di tepi sebuah tasik. Ia berasa bangga mempunyai
leher yang panjang dan sayap yang besar. Ia suka
mempersendakan burung yang mempunyai sayap kecil. Angsa
ternampak seekor lebah sedang mencari madu bunga. Ia
menghampiri lebah, lalu bertanya sinis, sayap siapa yang lebih
besar. Lebah ketawa sambil menjawab sayap Angsa besar
daripadanya tetapi Lebah boleh terbang tinggi.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

48

Angsa merasa marah dan cuba mematuk lebah, namun Lebah
mengelak dan terbang tinggi lalu beredar dari situ. Angsa cuba
menunjukkan kepada lebah bahawa dia juga boleh terbang tinggi.
Apakah kesudahan cerita ini? Berjayakah angsa terbang tinggi?
Bagaimanakah nasib angsa seterusnya? Ketahui keseluruhan cerita
ini dengan membaca kisah ini sehingga akhirnya. Selamat
membaca.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat
dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my
untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Damius Utut,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

49

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Si Monyet Yang Suka Meniru
Siri : Bacaan Moral Suku Kata

Penulis : Zainurin Lokman Mat Jilid
Ilustrasi : Zainurin Lokman Mat Jilid
Penerbit : Dunia Ilmu Tijarah Sdn. Bhd. (795120-T)

Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJP ZAI
ISBN No: 978-967-0979-03-8
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa Melayu

Harga : RM 7.20

Bersambung dimuka surat seterusnya……

50


Click to View FlipBook Version