Buku yang bertajuk Si Monyet Yang Suka Meniru ini
adalah sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada
“Siri Bacaan Moral Suku Kata” Buku ini mempunyai 16
halaman bercetak yang ditulis dan Ilustrasi oleh Zainurin
Lokman Mat Jilid. Buku cerita yang menarik dan baik ini, perlu
dibaca oleh kanak-kanak. Ia memaparkan pelbagai kisah teladan
dan pengajaran, berkonsepkan haiwan-haiwan moden. Gaya
bahasa yang disampaikan amat ringkas dan mudah difahami,
perkataannya yang dicetak dalam dua warna mengikut suku
kata, ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan berwarna-warni
akan menarik minat kanak-kanak untuk membaca.
Pada suatu pagi, kelihatan seekor monyet sedang bergayut
dari satu dahan ke dahan yang lain. Tiba-tiba monyet itu
ternampak seorang nelayan sedang menjala ikan di sebatang
sungai. Ia mengintai dari celah daun-daun pokok sambil
memerhati setiap perbuatan nelayan itu dengan teliti. Ia berasa
kagum apabila melihat hasil jalaan yang banyak oleh nelayan
itu.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
51
Monyet dengan yakin berfikir dia juga boleh melakukannya.
Apabila tiba waktu makan tengah hari, nelayan itu pulang ke rumah
untuk makan tengah hari dan meninggalkan jala tersebut di tebing
sungai. Monyet pun turun dari pokok dan mengambil jala tersebut dan
mula menebarkannya ke dalam sungai. Ia berharap akan mendapat ikan
yang banyak seperti nelayan itu. Ia cuba meniru perbuatan nelayan
tadi. Bagaimanakah nasib monyet setelah mencuba meniru perbuatan
nelayan itu? Berjayakah ia mendapat ikan yang banyak? Ketahui
keseluruhan cerita ini dengan membaca kisah ini sehingga akhirnya.
Selamat membaca.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Damius Utut
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
52
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Kekaguman Anak Tikus
Siri : Bacaan Moral Suku Kata
Penulis : Zainurin Lokman Mat Jilid
Ilustrasi : Zainurin Lokman Mat Jilid
Penerbit : Dunia Ilmu Tijarah Sdn. Bhd. (795120-T)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJP ZAI
ISBN No: 978-967-0979-04-5
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 7.20
Bersambung dimuka surat seterusnya……
53
Buku yang bertajuk Kekaguman Anak Tikus ini adalah
sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri
Bacaan Moral Suku Kata” Buku ini mempunyai 16 halaman
bercetak yang ditulis dan Ilustrasi oleh Zainurin Lokman Mat
Jilid. Buku cerita yang menarik dan baik ini, perlu dibaca oleh
kanak-kanak. Ia memaparkan pelbagai kisah teladan dan
pengajaran, berkonsepkan haiwan-haiwan moden. Gaya bahasa
yang disampaikan amat ringkas dan mudah difahami,
perkataannya yang dicetak dalam dua warna mengikut suku
kata, ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan berwarna-warni
akan menarik minat kanak-kanak untuk membaca.
Anak tikus rasa gembira kerana ia boleh keluar dari
rumahnya buat pertama kali. Ia menyanyi sambil berlari-lari
kegembiraan. Anak tikus berjalan-jalan hingga sampai ke
taman. Ketika di taman ia bertemu dengan seekor ayam jantan.
Oleh kerana anak tikus tidak pernah melihat ayam jantan maka
ia pun berasa takut. Ia melihat paruh yang tajam, bulu yang
berwarna-warni dan balung yang berwarna merah.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
54
Ia pun melarikan diri dari tempat itu. Kemudian ia bertemu
pula dengan seekor kucing. Ketika itu, kucing sedang bermain
bola. Bagaimanakah nasib anak tikus apabila dia bertemu dengan
kucing? Dapatkan buku ini untuk mengetahui kesudahan
ceritanya. Selamat membaca.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Damius Utut
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
55
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Pakatan Yang Rapuh
Siri : Bacaan Moral Suku Kata
Penulis : Zainurin Lokman Mat Jilid
Ilustrasi : Zainurin Lokman Mat Jilid
Penerbit : Dunia Ilmu Tijarah Sdn. Bhd. (795120-T)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJP ZAI
ISBN No: 978-967-0979-05-2
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 7.20
Bersambung dimuka surat seterusnya……
56
Buku yang bertajuk Pakatan Yang Rapuh ini adalah
sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri
Bacaan Moral Suku Kata” Buku ini mempunyai 16 halaman
bercetak yang ditulis dan Ilustrasi oleh Zainurin Lokman Mat
Jilid. Buku cerita yang menarik dan baik ini, perlu dibaca oleh
kanak-kanak. Ia memaparkan pelbagai kisah teladan dan
pengajaran, berkonsepkan haiwan-haiwan moden. Gaya bahasa
yang disampaikan amat ringkas dan mudah difahami,
perkataannya yang dicetak dalam dua warna mengikut suku
kata, ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan berwarna-warni
akan menarik minat kanak-kanak untuk membaca.
Rubah dan singa membuat pakatan, bersetuju untuk
mencari makanan bersama. Mereka akan berkongsi sama rata
walau apa jua yang akan mereka dapati. Pada suatu hari mereka
Berjaya memerangkap seekor kambing. Mereka pun mula
berbincang untuk membahagikan kambing itu sama rata.
Semasa berbincang, tiba-tiba singa dengan bongkak menyatakan
dia adalah raja di hutan dan paling gagah dan mahu bahagian
yang banyak.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
57
Tetapi Rubah tidak bersetuju dan membantah.
Bagaimanakah nasib Rubah, dapatkah ia bahagian yang sama
rata? Dapatkan buku ini untuk mengetahui kesudahan
ceritanya. Selamat membaca.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Damius Utut
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
58
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: 77 Resepi Kek Lapis Sarawak
Penulis: Noy Yullan
Penerbit : Publishing House
Mukasurat : 172 Halaman
No.Panggilan : MAN 641.865309K NOY
No.Isbn : 978-967-481-227-0
Kategori Buku: Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Bersambung dimuka surat seterusnya……
59
Buku ini diterbitkan pada tahun 2019. Buku resipi
masakan berasaskan resipi kek ini ditulis oleh Noy Yullan.
Buku 77 resepi kek lapis Sarawak ini merupakan sebuah buku
masakan. Buku ini memuatkan variasi resipi kek lapis Sarawak
dari negeri SARAWAK. Variasi resipi kek lapis Sarawak yang
terdapat dalam isi kandung buku ini adalah resipi modern dan
klasik. Pelbagai jenis resipi kek lapis Sarawak terdapat dalam
buku ini. Terdapat 77 jenis menu resipi kek lapis Sarawak
dalam isi kandung dalam buku ini. Daripada 77 jenis menu
resepi kek lapis tersebut iannya terdiri dari beberapa jenis menu
resipi kek lapis moden dan klasik seperti KEK LAPIS KUKUS ,
KEK LAPIS NUSANTARA , KEK LAPIS SONGKET
SARAWAK DAN KEK LAPIS HOLIDAY INN. Kek lapis
Sarawak ini mempunyai keistimewaan dan keunikkan tersendiri.
Keistimewaan kek lapis Sarawak adalah resipi kek lapis ini
adalah resipi turun temurun sejak dahulu lagi. Keunikkan kek
lapis Sarawak wujud daripada corak – corak dan warna kek yang
di hasilkan. Kek lapis Sarawak mempunyai rasa yang manis ,
masam , segar , lembut dan enak. Selain itu , kek lapis Sarawak
juga mempunyai tekstur yang menarik dan lembut..
Bersambung dimuka surat seterusnya……
60
Dalam kandungan buku resipi ini juga terdapat beberapa
variasi resipi kek lapis Sarawak yang di hasilkan sekitar tahun
lapan puluhan , Sembilan puluhan dan awal tahun dua ribu. Turut
akan dikongsikan oleh penulis dalam kandungan buku ini adalah
tentang bahan – bahan asas , peralatan yang digunakan dan sukatan
yang digunakan. Untuk menghasilkan dan membuat kek lapis
Sarawak ini bahan – bahan asas seperti tepung , serbuk biskut ,
telur , gula ,esen, pes , majerin dan pewarna diperlukan. Tepung
Hong Kong , tepung biskut marie dan tepung gandum adalah di
antara jenis – jenis tepung yang sering digunakan dalam membuat
kek lapis Sarawak ini. Bahan pewarna digunakan untuk membuat
kek lapis ini kelihatan menarik , unik dan cantik. Terdapat dua jenis
bentuk pewarna yang digunakan semasa membuat kek lapis
Sarawak ini iaitu pewarna berupa cecair dan pewarna berupa
serbuk.
Bagi membuat kek lapis ini kelihatan lebih menarik , unik
dan enak penulis menggunakan serbuk biskut marie sebagai daya
tarikan tambahan kek lapis ini. Manakala peralatan yang diperlukan
dalam membuat kek lapis ini adalah seperti grill api, pembaris kek
lapis , Loyang kek lapis , penekan kek lapis dan ketuhar atau alat
untuk mengkukus.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
61
Kesemua peralatan ini perlu disediakan terlebih dahulu
sebelum memulakan pembuatan kek lapis. Sukatan bagi resipi
kek lapis variasi klasik yang ada dalam buku ini telah ditukar
daripada cara sukatan lama kepada cara sukatan baru atau
standard. Contoh sukatan baru yang digunakan adalah seperti
gram , cawan dan sudu besar atau sudu kecil. Penulis menukar
cara sukatan tersebut kerana cara sukatan lama sukar untuk
diimplimentasi dan difahami. Kesemua resipi kek lapis yang
terdapat dalam buku ini di sukat berdasarkan cara sukatan baru.
Namun begitu , penggunaan warna dan corak kek lapis ini
dikekalkan. Dalam kandungan buku ini juga ada diselitkan serta
dikongsi kepada para pembaca. Cara – cara membuat corak kek
lapis juga ada dalam kandungan buku ini.
Selain daripada itu , panduan – panduan bergambar juga
ada dalam buku ini. Ianya bertujuan bagi memudahkan para
pembaca memahami segala penerangan yang diberikan.
Beberapa tips bagaimana cara untuk membuat lapisan kek juga
akan di terangkan dalam buku ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
62
Terdapat tiga cara untuk membuat lapisan kek yang akan
dikongsikan dan diterangkan dalam kandungan buku ini. Ketiga – tiga
tips cara membuat lapisan kek ini akan diterangkan mengikut proses
iaitu sebelum , semasa dan selepas. Tips – tips cara membuat lapisan ini
akan diterangkan secara ringkas dan mudah difahami.
Dengan adanya terbitan buku ini , di harap maklumat – maklumat
yang ada dalam buku ini dapat membantu menambah ilmu pengetahuan
mengenai kek lapis Sarawak dan juga dapat memberi manfaat kepada
para pembaca. Semoga kandungan buku ini dapat membantu untuk
menambah dan memperbanyakkan idea – idea lain dalam menghasilkan
variasi kek lapis Sarawak .
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
63
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : My Treasury Of Traditional: Princess Fairy
Tales
Illustrated by : Beverlie Madson.
Retold by : P.L Annes
MukaSurat : 159 Muka Surat.
No Panggilan : EJF ANN
ISBN No :978-1-78209-122-6
Kategori Buku :Kanak-kanak Fiksyen Bahasa Inggeris
Harga : Rm59.20
Bersambung dimuka surat seterusnya……
64
Buku Bahasa Inggeris berjudul “My Treasury Of
Traditional : Princess Fairy Tales” adalah sebuah buku yang
sangat sesuai bagi bacaan sekeluarga .
Ini adalah antologi kisah abadi yang indah, diceritakan semula
dalam edisi pusaka yang menarik.
Kandungan Cerita dalam buku ini adalah seperti :
1.Beauty and the Beast
2.The Little Mermaid
3.Sleeping Beauty
4.The Bad-Tempered Princess and The Frog
5.The Twelve Dancing Princesses
6.Rapunzel
7.Cinderella
8.Snow White
Setiap cerita digambarkan dengan menarik pada setiap
halaman oleh artis kanak-kanak yang berjaya bernama Beverlie
Manson. Ia sesuai untuk dibaca dengan kuat kepada golongan
muda atau untuk bacaan sendiri. Anda boleh membayangkan
rambut Rapunzel yang panjang, yang terjuntai dari menaranya
untuk seorang putera kacak memanjat.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
65
Setiap cerita digambarkan dengan menarik pada
setiap halaman oleh artis kanak-kanak yang berjaya bernama
Beverlie Manson. Ia sesuai untuk dibaca dengan kuat kepada
golongan muda atau untuk bacaan sendiri. Anda boleh
membayangkan rambut Rapunzel yang panjang, yang
terjuntai dari menaranya untuk seorang putera kacak
memanjat. Ikuti cerita Cinderella ketika dia mengatasi
kekejaman adik-adik tirinya untuk menghadiri majlis tari
menari diraja. Lihat kecantikan ‘Beauty’ menakluki
ketakutannya terhadap ‘Beast’ yang mengerikan itu.
Ikuti ‘Snow White’ ketika dia melarikan diri ke
dalam hutan gelap dan dibantu oleh tujuh orang kerdil yang
baik, sehingga ‘Snow White’ terlepas dari sumpahan tidur
yang kekal dan seperti ‘The little Mermaid’ yang jatuh cinta
dengan putera manusia. Semua koleksi cerita dongeng ini
pasti memikat hati pembaca setiap golongan di mana-mana.
Berminat? Sila dapatkan buku ini di Perpustakaan
Cawangan Keningau.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
66
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
67
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Amazing Ants
Penulis : Megan Cooley Peterson.
Penerbit : Pebble. Minnesota. 2019.
MukaSurat : 32 Muka Surat.
No Panggilan : EJN 595.796 PET
ISBN No :978-1-9771-0567-7
Kategori Buku : Kanak-kanak Bukan Fiksyen Bahasa
Inggeris
Harga : Rm31.08
Bersambung dimuka surat seterusnya……
68
Buku Bahasa Inggeris berjudul “Amazing Ants: A
4D book” . ‘ Ants’ adalah di sebut ‘Semut’ dalam bahasa
Melayu. Buku bacaan ini sangat sesuai bagi kanak-kanak yang
berminat ingin meneroka jenis-jenis ‘Semut’ yang terdapat di
sekeliling kita.
Semut ialah serangga. ia mempunyai enam kaki dan dua
antena. Ia menggunakan rahang bawahnya seperti gigi. Semut
membina rumah sendiri dan membawa beban yang besar.
Sesetengah semut menyembur asid pada musuh mereka. Satu
jenis semut pun meletup, melepaskan goo.
Adakah anda pernah melihat semut di luar? Mereka
mungkin bekerja keras. Serangga kecil ini bergegas di
sepanjang kaki lima dan merangkak ke atas pokok. Mereka
mengubah tanah, yang membantu tumbuh-tumbuhan tumbuh.
Sesetengah semut membawa benih ke sarang bawah tanah.
Benih tumbuh menjadi tumbuhan baru.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
69
Alam akan hilang tanpa semut. Lebih daripada 13,400 spesies
semut hidup hampir di seluruh Bumi. Semut sangat sosial. Mereka
bekerjasama untuk membina sarang, mencari makanan, dan menjaga
keselamatan antara satu sama lain.
Pelajari semua tentang semut menakjubkan yang berbeza dari
seluruh dunia dalam kandungan buku yang di persembahkan dengan
penerangan yang mudah difahami berserta dengan gambar beberapa
jenis semut dalam warna warni yang sangat menarik. Turut di
muatkan adalah beberapa pengetahuan yang mungkin kita tidak pernah
tahu. Semoga maklumat yang diberikan bermanfaat kepada pembaca.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
70
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Felt Art
Penulis : Paul Calver.
Penerbit : Windmill Books, New York. 2018.
MukaSurat : 24 Muka Surat.
No Panggilan : EJN 746.0463 CAL
ISBN No :978-1508-1943-85
Kategori Buku : Kanak-kanak Bukan Fiksyen Bahasa Inggeris
Harga : Rm45.36
Bersambung dimuka surat seterusnya……
71
Buku Bahasa Inggeris berjudul “Felt Art” , sebuah
buku dalam siri ‘Mini Artis’. Buku bacaan ini sangat sesuai bagi
kanak-kanak yang berminat dalam bidang seni kraftangan.
“Klok! klok! klok!”. Apa bunyinya? Anak ayam gebu comel
diperbuat daripada kain felt. Buku yang menarik ini memberi
pembaca idea untuk membuat ciptaan yang luar biasa dan mesra
alam dengan bahan yang ada di rumah. Pembaca akan
mengeluarkan kreativiti mereka dan mengembangkan kemahiran
halus sambil membuat karya seni asli, seperti topeng kepik
mereka sendiri. Arahan langkah demi langkah yang mudah dan
gambar yang disertakan memastikan setiap projek boleh diakses.
Senarai bahan berguna dan petua berguna untuk setiap kraf akan
membimbing pembaca melalui proses kreatif. Buku yang
menarik ini pasti menjadi kegemaran pembaca di mana-mana
perpustakaan dan bilik darjah.
Bahan-bahan yang digunakan mudah diperolehi,
samada menggunakan lebihan kain, kotak, kertas, kertas lukisan,
benang, gam, getah, pengepit kain, butang terpakai, pensil, tin
dan sebagainya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
72
Antara contoh dan panduan mudah dan menarik
yang telah dipaparkan secara langkah demi langkah
adalah seperti berikut:-
1.Fluffy Chick
2.Mini Felt Bunting
3.Ladybug Mask
4.Flower Card
5.Felt Keychain
6.Monster Pot
7.Penguin Puppet
8.Pinecone Owl
9.Pencil Topper
Semoga maklumat yang diberikan bermanfaat
kepada pembaca.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
73
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan
isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
74
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : My first Needle-FeltingBook.
Penulis : Mia Underwood.
Penerbit : CICO Books.New York. 2019.
MukaSurat : 128 Muka Surat.
No Panggilan : EJN 746.0463 UND
ISBN No :978-1-78249-708-0
Kategori Buku : Kanak-kanak Bukan Fiksyen Bahasa
Inggeris
Harga : Rm57.12
Bersambung dimuka surat seterusnya……
75
Buku Bahasa Inggeris berjudul “My first Needle-
Felting Book” adalah sebuah buku panduan menjahit pelbagai
rekabentuk kraf dari kain bulu-bulu yang sangat sesuai untuk
merekacipta projek kraftangan haiwan comel untuk kanak-
kanak berumur 7 tahun keatas. Kerajinan jarum ialah kraf
yang bagus untuk dipelajari, anda tidak memerlukan banyak
peralatan dan mudah untuk diambil dan dibawa bersama anda
jika anda sedang bercuti, dalam perjalanan kereta atau
menunggu di latihan bola sepak. Terdapat banyak cara untuk
berkongsi gentian bulu untuk mencipta haiwan yang berbeza,
menambahkan warna dan butiran apabila pengalaman anda
berkembang.
Pelajari kraftangan jarum yang luar biasa langkah
demi langkah, 30 haiwan yang menakjubkan untuk dibuat,
mainan yang hebat untuk disimpan atau hadiah untuk
diberikan.
Menjahit kraftangan mungkin kelihatan agak susah
pada mulanya, tetapi ikuti arahan dalam bahagian teknik dari
buku ini langkah demi langkah akan bina kemahiran anda
secara beransur-ansur.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
76
Alam haiwan adalah tempat yang sesuai untuk mencari inspirasi
membuat kraftangan daripada haiwan liar dan burung dari setiap
benua. Bab 1, memaparkan haiwan liar dan cantik, anda boleh
memilih daripada panda dan zebra monokromatik, anak beruang kutub
yang comel atau raja hutan sendiri, si singa. Dalam bab seterusnya,
haiwan berbulu. Anda boleh cuba menutup bola polistrin dengan bulu
untuk membuat ayam easter yang mesra atau mencuba anak ayam
penguin yang comel. Burung kakak tua yang berwarna-warni yang
digantung dengan cantik dan dipenuhi dengan manik-manik. Semoga
maklumat yang diberikan bermanfaat kepada pembaca.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
77
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk : Smash Kuasa Minda Usahawan
Pengarang : Mejar ( B ) Mohammad Qayyum A.Badaruddin
Penerbit :Casamas Resources Sdn.Bhd
Bil.Mukasurat : 257
No.ISBN:978-967-5994-55-5
No.Panggilan:MAN 338.04 MUH
Harga :RM 15.75
Bersambung dimuka surat seterusnya……
78
Usahawan mempunyai minda yang cekap melihat peluang,
berani mengambil risiko. Sentiasa kreatif dan inovatif terhadap pasaran
di hadapan mereka, berkebolehan mengadaptasi isu menjadi peluang
kepada mereka. Memang ada sebilangan besar usahawan gagal dalam
perniagaan tetapi pada masa yang sama juga ramai yang telah berjaya.
Oleh itu, adalah penting untuk seseorang mengetahui lebih mendalam
sebelum menceburi bidang keusahawanan. Buku berjudul
''Smash: kuasa minda usahawan'' ini adalah sebuah buku yang boleh
membantu anda mengetahui lebih banyak mengenai keusahawanan
termasuk mindset dan ciri-ciri usahawan, risiko jenis perniagaan,
cabaran-cabaran serta faktor-faktor kegagalan perniagaan, cara
menyelesaikan masalah kewangan yang sering dihadapi oleh usahawan
dan juga tips untuk berjaya dalam perniagaan.Menurut penulis, apa
yang membezakan antara individu terhadap keusahawanan adalah
motivasi diri.
Cara pemikiran, teknik dan strategi perniagaan adalah
elemen yang amat penting untuk menjadi usahawan yang
berjaya. Usahawan perlu mempunyai minda yang cekap melihat
peluang, berani mengambil risiko serta sentiasa peka dan kreatif
terhadap pasaran di hadapan mereka. Untuk menjadi seorang usahawan
yang berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah, kerana ia
memerlukan usaha yang kuat dan juga mindset yang betul. Dalam usaha
memajukan pernigaan, sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas
kepada rahsia kejayaan usahawan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
79
Sikap dan mindset yang betul menentukan tahap kejayaan
usahawan kerana hanya mereka yang mempunyai daya usaha
berlipat ganda dan memiliki mindset yang kuat sahaja yang akan
melepasi halangan dan cabaran.Buku ini juga telah berkongsi 21
rahsia gaya dan pemikiran jutawan yang telah membuatkan para
jutawan terus mengekalkan kejayaan dan menambahkan lagi
kekayaan yang sedia ada. Antaranya ialah teknik F.O.C.U.S yang
digunakan oleh Robert Kiyosaki; seorang pakar dalam bidang
kewangan dan pelaburan. Teknik FOCUS ialah
teknik ''Follow One Course Until Success'' yang membawa maksud
'Mengikut Satu Jalan Sehingga Berjaya'. Teknik ini mengamalkan
proses yang berpegang kepada satu matlamat dan menyalurkan
kesemua tenaga, tumpuan dan usaha sehingga ia berjaya. Setelah
mencapai kejayaan, barulah beralih ke matlamat yang lain.
Buku ini turut menyenaraikan 10 faktor mengapa
perniagaan gagal dan punca-punca utama ramai orang gagal dalam
perniagaan. Selain belajar daripada usahawan yang berjaya, adalah
baik juga bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang keusahawanan
untuk belajar daripada usahawan yang gagal kerana dengan
mengetahui pengalaman usahawan yang gagal, maka kita akan
dapat mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan
dan kerugian yang telah dialami oleh mereka.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
80
Ini akan menjimat masa dan tenaga kita dalam perjalanan
ke dunia keusahawaan yang berjaya.Setiap orang adalah berpotensi
untuk menjadi usahawan dan peluang sentiasa terbuka. Apa yang
membezakan antara individu terhadap keusahawanan adalah
motivasi diri.
Bersedia untuk mengambil kira risiko terhadap masa,
ekuiti, kerjaya, berkebolehan untuk menjadi pemimpin,
berkebolehan untuk membina plan perniagaan yang baik dan
mempunyai visi yang jelas terhadap masa depan
perniagaan.Bagaimana usahawan berfikir? Sekiranya anda ingin
menjadi usahawan yang berjaya, bukan sahaja cara pemikiran,
tetapi, teknik dan strategi perniagaan adalah amat penting untuk
membawa perniagaan anda bersaing di kalangan pesaing-pesaing
yang muncul bak cendawan selepas hujan kini.Buku ini amat
bermanfaat dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat untuk
menimba ilmu usahawan khasnya mereka yang berminat menjadi
seorang usahawan. Cara penulisan buku ini mudah difahami, isi
kandungan ringkas tetapi padat dan disertakan dengan banyak tip
bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan.Buku ini mencakar dan
mencabar minda anda untuk menjadi seorang usahawan yang luar
biasa hebat dan memiliki jalan sendiri untuk melonjakkan
perniagaan mereka .
Bersambung dimuka surat seterusnya……
81
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
82
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Hikayat Puteri Lindungan Bulan
Siri : Hikayat Puteri
Penulis : Firas Idlan
Ilustrasi : -
Penerbit : Edukid Publication Sdn.Bhd. (745620-D)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJF FIR
ISBN No: 978-967-364-416-2 (Set)
ISBN No: 978-967-364-408-7
Kategori Buku : Buku Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 3.26
Bersambung dimuka surat seterusnya……
83
Buku yang bertajuk Hikayat Puteri Lindungan Bulan
adalah sebuah cerita bersiri daripada “Siri Hikayat Puteri”. Buku
ini mempunyai 16 halaman bercetak yang ditulis oleh Firas Idlan.
Buku ini mengisahkan puteri di alam Melayu yang terkenal digubal
khusus untuk bacaan kanak-kanak cilik. Selain ilustrasinya yang
cantik turut disertakan juga kosa kata klasik yang memudahkan
kanak-kanak memahami. Malah, terdapat juga suku kata yang
dapat membantu kanak-kanak membaca dengan lancar.
Puteri Zaleha adalah anak kepada Sultan Sulaiman, raja
Kedah yang adil lagi saksama. Ramai anak raja ingin
memperisterikan Puteri Zaleha kerana kecantikkannya yang
memukau dan tambahan pula kononnya dia berdarah putih. Sultan
Acheh yang mempunyai jajahan yang luas dan tentera yang kuat
serta gagah, juga menginginkan Puteri Zaleha. Maka baginda
bertitah kepada orang-orang besar tentang hasratnya.
Mereka dengan segera menyiapkan segala persediaan.
Setelah siap segalanya, rombongan peminangan itu bersiap sedia
dengan tujuh puluh buah perahu yang sarat dengan muatan. Sultan
Kedah yang telah mengetahui khabar rombongan peminangan dari
Acheh juga bersiap-siap untuk menyambutnya. Angkatan menteri
Acheh itu disambut dengan penuh kebesaran.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
84
Setelah diarak, hasrat Sultan Acheh didengari dan
menyambut peminangan itu dengan muka manis walaupun berhati
berat. Rombongan itu pulang setelah pinangan Sultan Acheh diterima.
Walaubagaimanapun Sultan Kedah gundah gulana kerana perlu
melepaskan puterinya kepada Sultan Acheh yang memang diketahui
perihal tingkah lakunya. Namun Sultan Kedah bimbang jika
ditolaknya, Kedah akan diserang Acheh. Akhirnya Puteri Zaleha
digantikan dengan dayang. Sultan Acheh berkahwin dengan dayang itu
dan berangkat pulang bersama isterinya setelah istiadat perkahwinan
selesai.
Sudah menjadi takdir, pada suatu hari, semasa sedang
mengacip pinang. Secara tidak sengaja, jari isteri Sultan Acheh
terkacip dan mengalirlah darah berwarna merah. Khabar itu sampai
kepada Sultan Acheh. Baginda pun murka kerana ditipu Sultan Kedah.
Baginda pun bertitah kepada menteri dan hulubalang agar perahu, jong
dan alatan perang disiapkan. Setelah sedia, bala tentera itu mara.
Kedah akan diserang dan Puteri Zaleha akan dirampas. Sultan
Sulaiman tidak berdiam diri dan menyiapkan pertahanan. Puterinya itu
pula disembunyikan di bilik bawah tanah, lengkap dengan dayang,
inang pengasuh dan bekalan makanan.
Persembunyian itu hanya diketahui beberapa orang sahaja.
Tuan puteri pun berdiam diri agar tidak ditemui. Perang yang tercetus
sangat sengit.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
85
Habis berperang di laut, Kota Siputeh pula dilanggar
Acheh. Setelah lama dikepung, akhirnya Kota Siputeh pun
kalah. Sultan Suliaman dan keluarga baginda ditawan dan
dibunuh. Segenap kota diselongkar untuk mencari di manakah
gerangannya Puteri Zaleha berdarah putih itu. Tetapi pintu
tempat persembunyian itu terlindung. Semasa bulan terang pun
pintu itu tidak kelihatan. Setelah lama bersembunyi, makanan
pun habis dan mereka semua pun kebuluran. Walaupun puas
dicari oleh Sultan Acheh, Puteri Zaleha tidak juga ditemui.
Sultan Acheh pun pulang ke negerinya. Kemudian pembesar
yang mengetahui rahsia itu pun mencari bilik itu dan
mengebumikan Puteri Zaleha. Sejak itu, tuan puteri pun dikenali
sebagai Puteri Lindungan Bulan kerana pusaranya juga tidak
disinari cahaya rembulan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan
isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
86
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
87
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk : Fasilitator Efektif & Dinamik
Pengarang : Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip /
Nazariah Abdul Samad
Penerbit : PTS Publishing Sdn.Bhd
Bil.Mukasurat: 240
No.ISBN : 978-967-5226-00-7
No.Panggilan : MAN 658.312404 MUH
Harga : RM 26.10
Bersambung dimuka surat seterusnya……
88
Fasilitator berasal daripada bahasa inggeris Facilitator yang
bermaksud pemudah cara.Umumnya, kita mempunyai pengalaman
terlibat bersama dan berkerjasama dengan orang lain bagi mencapai
tujuan yang ditetapkan.Sebagai anggota kelompok,kita mungkin pernah
diminta dan dipilih mengisi suatu fungsi
kepimpinan.Contohnya,memimpin suatu pertemuan, mengkordinasikan
seminar, berfungsi sebagai nara sumber dan sebagainya.Buku ini
menerangkan konsep fasilitator yang diaplikasikikan dalam situasi yang
memerlukan perkhidmatannya terutama dalam era globalisasi.Peranan
fasilitator dianggap sebagai penunjuk jalan bagi golongan yang hilang
arah kehidupan dan matlamat hidup.Buku fasilitator merupakan buku
menghuraikan tugas fasilitator yang mencabar dan apa yang dilakukan
adalah kerja professional.
Fasilitator yang cekap dapat memahami dan
mengelolakeadaan cemas, membantu menjayakan perubahan
tingkah laku.mengilap kemahiran daya bertindak dan memperbaiki
hubungan.Fasilitator membantu peserta melihat masalah dengan
jelas dan mencadangkan penyelasaian mudah yang dapat dilakukan
oleh peserta.Dalam buku ini bimbingan secara sistematik disediakan
bagi meningkatkan kemahiran fasilitator secara khusus dan
mengandungi 8 bab yang membincangkan pelbagai aspek yang
perlu di ketahui oleh fasilitator.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
89
Bagi memantapkan aplikasi buku ini supaya praktikal
kepada penguna, setiap bab membincangkan dengan jelas asas
konsep daripada segi falsafah,proses,kemahiran dan teknik.Bab 1
kosep asas fasilitator iaitu definisi fasilitator,Bab 2 Perinsip dan
Etika Fasilitator iaitu kepentingan memahami perinsip dan etika
fasilitator.Bab 3 mendefinisi perkembangan dan tabiat manusia,Bab
4 pula memahami teori perkembangan manusia, Bab 5 memahami
kemahiran fasilitator efektif dan dinamik iaitu kepentingan
kemahiran kepada fasilitator, Bab 6 menerangkan bagaimana
mengenal pasti klien atau peserta bermasalah dan rumusan.Bab 7
membincangkan definisi strategi,teknik dan rumusan, Bab 8
menerangkan kemahiran renungan kembali iaitu matlamat
kelompok ,analisis latar belakang peserta, peralatan,persediaan
pemikiran ,suasana persekitaran dan teknik tumpuan serta kaedah
penyampaian.
Dalam buku ini juga dapat membimbing kaunselor,
fasilitator, guru dan ibubapa berkenaan pendekatan yang berkesan
secara kaunseling untuk membimbing peserta-peserta kelompok
dalam program latihan.
Buku ini juga sesuai dan berkesan dan praktikal bagi
membantu individu yang berminat meningkatkan kemahiran asas
fasilitator dan membimbing sesama manusia secara efektif dan
dinamik.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
90
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
91
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Hikayat Tun Teja
Siri : Hikayat Puteri
Penulis : Firas Idlan
Ilustrasi : -
Penerbit : Edukid Publication Sdn.Bhd. (745620-D)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJF FIR
ISBN No: 978-967-364-416-2 (Set)
ISBN No: 978-967-364-410-0
Kategori Buku : Buku Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 3.26
Bersambung dimuka surat seterusnya……
92
Buku yang bertajuk Hikayat Tun Teja adalah sebuah cerita
bersiri daripada “Siri Hikayat Puteri”. Buku ini mempunyai 16 halaman
bercetak yang ditulis oleh Firas Idlan. Buku ini mengisahkan puteri di
alam Melayu yang terkenal digubal khusus untuk bacaan kanak-kanak
cilik. Selain ilustrasinya yang cantik turut disertakan juga kosa kata
klasik yang memudahkan kanak-kanak memahami. Malah, terdapat
juga suku kata yang dapat membantu kanak-kanak membaca dengan
lancar.
Tun Teja adalah anak kepada bendahara, bergelar Seri Amar
Diraja. Tersebutlah bahawa Sultan Abdul Jamal yang merupakan
tunangan Tun Teja, baharu sahaja ditabalkan menjadi pemerintah
Pahang. Baginda pun bermohon nobat ke Melaka, kerana Pahang
bertuankan Melaka. Seri Wak Raja pun diutuskan Sultan Mahmud
untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal. Setelah selesai pekerjaan itu,
Seri Wak Raja pun berangkat pulang. Seri Wak Raja pun
mempersembahkan apa yang telah belaku semasa dia di Pahang kepada
Sultan Mahmud. Perihal rupa Tun Teja pun sampai ke telinga Sultan
Mahmud.
Baginda pun terlalu inginkan anak bendahara itu, walaupun
dia sudah menjadi tunangan Sultan Pahang. Sultan Mahmud pun
bertitah bahawa sesiapa yang berhasil membawa Tun Teja pulang, dia
akan diberi kurnia yang besar-besar, walaupun jika dia bersalah dan
berdosa apa pun, dia akan diampunkan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
93
Mendengarkan titah Sultan, Hang Nadim berhajat untuk
membawanya pulang agar diampunkan oleh Sultan Mahmud atas
kemurkaan Sultan kerana gagal mengerjakan perintah baginda.
Disebabkan Tun Teja dijaga dengan rapi dan bukan sebarangan orang
boleh berjumpa dengannya, Hang Nadim cuba untuk mengambil hati
seorang perempuan tua pelulut. Hang Nadim mendapat tahu pelulut itu
ialah orang Datuk Bendahara. Maka, Hang Nadim pun sering
mengambil hatinya, agar dirinya dipercayai dan disayangi pelulut itu.
Pelulut itu pun sayang akan Hang Nadim seperti anaknya sendiri.
Setelah sekian lama Hang Nadim memberitahu hajatnya
untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Si Pelulut pun sanggup
untuk menolong Hang Nadim. Dia menyuruh si pelulut menemui Tun
Teja untuk dilulut. Semasa Tun teja dilulutkan oleh si pelulut, dia
memuji Tun Teja yang sebegitu cantik sepatutnya berlakikan Raja
Melaka yang lebih besar daripada Raja Pahang. Dia menceritakan
bahawa Hang Nadim sanggup membawa Tun Teja ke Melaka. Maka
Tun Teja pun termakan kata-kata perempuan tua si pelulut itu. Setelah
semua persediaan untuk melarikan Tun Teja selesai, Hang Nadim yang
dibantu oleh nakhoda Saiyid Ahmad berangkat ke Melaka. Sultan
Mahmud berasa amat sukacita apabila berjumpa dengan Tun Teja. Hang
Nadim diampunkan oleh sultan Mahmud. Baginda memberi persalinan
kepada Hang Nadim dan Nakhoda Saiyid Ahmad. Tun Teja pun
dikahwini Sultan Mahmud Syad. Baginda amat mengasihi Tun Teja
Ratna Menggala. Tun Teja menjadi raja perempuan dan melahirkan
seorang puteri bernama Puteri Adma Dewi.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
94
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
95
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk : Mengurus Terapi Ubat Anda
Pengarang : Azmi Sarriff
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil.Mukasurat : 193
No.ISBN : 978-983-49-0075-5
No.Panggilan : MAN 615.14 AZM
Harga : RM30.40
Bersambung dimuka surat seterusnya……
96
Buku bertajuk Mengurus Terapi Ubat ini memfokuskan dan
membincangkan perkara asas dan isu penting yang berkaitan dengan
terapi ubat,iaitu memastikan bahawa setiap ubat mempunyai indikasi
yang jelas,memilih seliaan ubat yang sesuai, mengambil ubat pada dos
yang tepat , dan mencapai hasil terapi yang diingini.Kini terdapat
sediaan ubat yang beraneka warna , saiz dan bentuk, hasilnya banyak
lambakan sediaan ubat di pasaran yang mempunyai dakwaan tertentu
bagi mengubat pelbagai jenis masalah kesihatan.Pada masa yang sama
khalayak ramai terdedah dan bebas untuk membeli , mengambil dan
menggunakan sediaan ubat tersebut hal ini boleh mendedahkan mereka
kepada masalah terapi ubat,untuk mengelakan hal-hal sedemikian dan
memahami arahan pengubatan.
Buku ini mengandungi 7 bab dan bab-bab yang terkandung
dalam buku ini disusun supaya pesakit tahu dan sedar tentang cara dan
kaedah untuk mencegah,mengenal pasti, serta menyelasaikan masalah
yang berkaitan dengan terapi ubat.oleh itu, bahan-bahan yang termuat
dalam bab 1 hingga bab 5 adalah untuk membina kefahaman dan
pengetahuan tentang faktor yang berkaitan dengan masalah terapi ubat,
bab 1 Pengenalan kepada pengambilan ubat yang betul ,bab 2 Indikasi
ubat bermaksud tujuan dan hasrat menggunakan sesuatu ubat,bab 3
Sediaan ubat kepada pesakit dan pengkelasan ubat, Bab 4 regimen dos
ubat yang menerangkan 3 kompenan iaitu dos atau kuantiti ubat, selang
pengedosan,iaitu jarak masa diantara pemberian dos dan tempoh terapi
ubat.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
97
Seterusnya Bab 6 membicarakan secara khusus
tentang permasalahan yang berkaitan dengan kepatuhan
pesakit terhadap arahan pengubatan.Bab 6 menghuraikan
kaedah mudah untuk menilai dan mengukur hasil terapi
ubat.Akhirnya ,Bab 7 mengajak pesakit dan orang ramai
supaya terlibat secara langsung dalam pengurusan terapi ubat.
Hal ini melibatkan amalan melakukan pemeriksaan
pengubatan dan menyediakan profil pengubatan untuk diri
sendiri.
Buku ini disediakan sebegini rupa supaya ia lebih
santai dan sesuai digunakan oleh pesakit dan orang ramai yang
terlibat dalam pengambilan dan pengunaan ubat-ubatan.
Harapannya adalah supaya pertemuan antara pesakit dengan
doctor dan ahli farmasi menjadi lebih akrab dan segala
kemuskilan tentang ubat-ubatan dapat dileraikan.
Keseluruhannya buku ini sarat dengan panduan umum bagi
memupuk dan membina masyarakat pesakit yang
berpengetahuan, berkomunikasi dan berkemahiran
menggunakan ubat-ubatan yang bermutu dan rasional.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
98
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
99
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk : Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Pengarang : Mahdi Shuib / Mohd Hanafi Zainal / Abd.Aziz
Ismail/ Kamaruddin Ilias
Penerbit : SASBADI Sdn.Bhd
Bil.Mukasurat : 192
No.ISBN : 978-983-59-8257-6
No.Panggilan : MAN 370.9M MAH
Harga :RM 22.10
Bersambung dimuka surat seterusnya……
100