Buku Pendidikan Negara Bangsa Malaysia merupakan buku
yang ditulis berdasarkan Pendidikan Negara Bangsa Malaysia yang
dibahagikan kepada enam tema iaitu tema pertama tentang pemahaman
konsep pembinaan insan,warga dan pembinaan Negara bangsa,Tema
kedua pula didedahkan dengan tema keunikan Negara Tema ketiga
perpaduan dan intergrasi nasional,Tema keempat Kedaulatan
Negara,Tema kelima hala tuju Negara yang dilihat tonggak pembinaan
negara bangsa dan tema keenam adalah profesion keguruan dalam
pembinaan Negara bangsa.Buku ini juga memaparkan isu-isu
kenegaraan dan arah tuju masa depan profesion keguruan.Pembinaan
insan perlu disepadukan dengan pengamalan unsur-unsur patriotism
bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan berjiwa patriotik.
Para pelajar juga diharapkan dapat berfikir secara kritikal
dan analitikal dalam membuat penilaian terhadap sesuatu isu.Kita juga
perlu menghargai kesejateraan dan kemakmuran dibawah sistem
pemerintahan yang demokratik disamping menghargai sumbangan
tokoh-tokoh nasionalis dan warisan Negara. Matlamat akhir buku ini
adalah untuk melahirkan guru professional yang berwawasan serta
berjiwa patriotik.Perasaan cinta dan setia kepada Negara perlu wujud
dalam hati dan jiwa setiap guru sebagai pendorong mencapat matlamat
dan aspirasi Negara. Pengalaman yang didapati melalui kursus ini dapat
mencanai ,mengukuh, dan memperkasa semangat patriotik dan
keperibadian Negara Malaysia serta berupaya menghadapi cabaran
globalisasi dan pendidikan bertaraf dunia.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
101
Buku ini juga dapat membantu pelajar mendalami kursus
pendidikan Negara Bangsa Malaysia serta membantu mereka
memahami kandungan dan skop yang berkaitan dengan kursus
ini.Buku ini juga merupakan sumber rujukan kepada pelatih Kursus
Pengajian Lepasan Ijazah ( KPLI ) di Institut Pendidikan Guru
,Kursus Penguruan Malaysia,Pelajar di Institut pendidikan Tinggi
Awam dan Swasta ( IPTA & IPTS ) serta pembaca umum yang
meminati bidang kenegaraan dan pendidikan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
102
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk : Siri Usahawan Tani - Penternakan Ikan Kaloi
Penulis : Redaksi AgroMedia
Penerbit : SynergyMedia
Bil.Mukasurat : 52
No.ISBN : 978-967-322-697-9
No.Panggilan : MAN 639.37483 PEN
Harga : RM19.90
Bersambung dimuka surat seterusnya……
103
Penternakan ikan air tawar semakin popular sejak
kebelakangan ini. Ikan air tawar mendapat permintaan tinggi di
pasaran. Ramai yang berusaha dan mencuba untuk menjadikan
perusahaan penternakan ikan air tawar sebagai sumber
pendapatan. Namun, tanpa pengetahuan yang khusus kejayaan
mungkin sukar untuk dicapai.
Buku Penternaka Kaloi mengulas lebih lanjut tentang
pemeliharaan ikan kaloi dengan cara yang betul kerana ia amat
penting untuk memastikan ikan yang dipelihara dapat hidup
dengan baik dan membesar seperti yang diharapkan secara tidak
langsung memberi pulangan yang lumayan kepada penternak.
Selain itu, buku ini juga ada menerangkan tentang kaedah
membuat kolam yang sesuai untuk menternak ikan kaloi. Di
samping itu, buku ini juga membahaskan tentang kaedah memilih
benih yang baik untuk diternak dan cara untuk mengawal ikan
yang dipelihara daripada makhluk perosak dan penyakit.
Buku ini mengandungi banyak informasi dan
maklumat mengenai pemeliharaan ikan kaloi. Buku ini sesuai
dijadikan panduan anda untuk mempertingkatkan lagi kemahiran
dan hasil ternakan anda.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
104
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
105
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Intelektual Masyarakat Membangun
Penulis : Syed Hussein Altas
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mukasurat : 155 Halaman
No.Panggilan : MAN 305.552 ALA
No. ISBN : 978-983-62-0766-1
Kategori Buku : Bukan Fiksyen / Bahasa Malaysia
Bersambung dimuka surat seterusnya……
106
Buku ini adalah sebuah buku beredisi. Buku ini akan
mengupas tentang intelektual masyarakat pada masa kini. Karya asal
buku ini ditulis dalam Bahasa Indonesia namun ianya diterjemakan ke
dalam Bahasa Malaysia oleh Syed Hussein Altas. Penulis asal buku ini
ialah Bambang Supriady. Buku ini merupakan sebuah karya terpilih.
Buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
ini mengandungi sebelas bab utama. Kandungan dalam kesemua bab
dalam buku ini akan menerangkan tentang bagaimana cara intelektual
berlaku di dalam kehidupan masyarakat membangun. Intelektual adalah
suatu istilah yang dikelirukan dengan inteligensia yang menjadi
perkataan biasa dalam kamus ilmu pengetahuan. Intelektual boleh
dikaitkan dengan orangnya , sifat orangnya dan fungsi intelektual
orangnya. Golongan intelektual ialah golongan yang mampu
mengadunkan ilmu pengetahuan dengan semangat intelektual. Bagi
mengetahui kandungan buku ini sedikit kupasan tentang bab – bab
utama dalam buku ini akan diterangkan dalam ulasan buku ini.
Bab satu buku ini akan mengupas perkara tentang sejarah
latar belakang negara Malaysia. Kupasan bab satu ini merupakan satu
catatan peribadi penulis. Dalam bab ini para pembaca akan dapat
mengetahui dan mempelajari sejarah latar belakang Malaysia secara
terperinci berdasarkan maklumat – maklumat yang diperolehi oleh
penulis.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
107
Bab dua buku ini pula akan mengupas tentang kaum
intelektual dengan lebih jelas dan tersusun maklumatnya. Definisi kaum
intelektual akan diterangkan dalam bab ini nanti. Selain itu dalam bab
dua ini juga akan diterangkan fungsi – fungsi kaum intelektual dalam
masyarakat kini. Bab tiga akan menerangkan tentang satu konsep yang
berkaitan dengan intelektual. Konsep tersebut dinamakan konsep
Bebalisme. Istilah Bebalisme digunakan dalam pengertiaan ilmiah dan
deskriptif. Ianya bukan bermaksud untuk merendahkan tahap intelek
seseorang. Bebalisme merupakan bentuk perkataan melayu moden.
Bebalisme juga boleh didifinisikan sebagai sikap yang terdiri
daripada berbagai – bagai perangai dan sebagai satu gaya penampilan
kolektif. Dalam bab empat buku ini akan menerangkan tentang
kewujudan orang pandir. Definisi ringkas tentang orang pander akan
diterangkan secara terperinci dalam bab empat. Selain itu fungsi orang
pandir dalam kehidupan masyarakat membangun juga akan diterangkan
dalam bab ini. Sementara itu dalam bab lima buku ini akan mengupas
tentang hubungan diantara kaum intelektual dengan masyarakat
membangun. Bagaimana dan apakah jenis hubungan yang berlaku akan
dijelaskan dalam bab ini.
Bagi memastikan kemajuan masyarakat terus berjalan
dengan baik maka hubungan diantara kaum intelektual dengan
masyarakat membangun harus dijaga dan dihormati sesama.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
108
Bab enam dan tujuh buku ini akan mengupas dan
menerangkan tentang kepentingan dan bagaimana sambutan atau
penerimaan masyarakat terhadap kaum intelektual. Dalam bab
penulis akan menerangkan apakah kepentingan kewujudan kaum
intelektual di dalam masyarakat membangun.
Bab lapan pula akan menerangkan tentang latar belakang
Kaum Intelektual. Dalam bab ini juga akan diterangkan tentang
gejala Rusia dan kesan gegala ini atau impaknya dalam kehidupan
masyarakat membangun. Definisi Gejala Rusia ini akan diterangkan
secara ringkas dalam bab ini. Perkara tentang kaum Elit Mundur ,
pemodenan dan penyebab masalah kemunduran kaum Elit akan
diterangkan juga dalam bab Sembilan buku ini. Definisi kaum Elit ,
pemodenan kaum Elit dan penyebab berlakunya kemunduran kaum
Elit akan diterangkan dalam bab Sembilan dan sebelas buku ini.
Apakah punca penyebab masalah berlakunya
kemunduran kaum Elit juga akan diterangkan dalam kedua – dua
bab ini. Sementara itu bab sepuluh Buku ini akan menerangkan
tentang ilmu pengetahuan masyarakat berkenaan dengan kaum Elit.
Dalam bab ini nanti perkara tentang perkembangan dan kemajuan
ilmu pengetahuan kaum Elit mundur akan diulas. Buku ini ditulis
semasa berlaku beberapa peristiwa penting dan bersejarah di dunia.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
109
Di antara peristiwa yang berlaku semasa penulisan
buku ini dibuat adalah seperti sebelum undang – undang
tentera dikuatkuasakan di Filipina pada akhir tahun 1972 ,
semasa krisis minyak dan perang Arab – Israel pada tahun
1973 , semasa kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan dan
keadaan darurat berlaku di India. Masalah serta situasi yang
melingkupi tema buku ini pada asasnya tetap sama dan
tidak ada perubahan dari segi isi mahupun kesimpulan buku
ini. Peristiwa – peristiwa yang terdapat dalam kandungan
buku ini lebih menguatkan maklumat , fakta dan
kesimpulan buku ini.
Terdapat banyak lagi maklumat , info , fakta ,
sejarah dan peristiwa yang dikongsikan boleh kita ketahui
dalam kandungan buku ini.Di harap buku ini dapat
membantu menambah ilmu pengetahuan dan memberi
manfaat kepada sesiapa sahaja yang ingin membaca buku
ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
110
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
111
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TajukBuku: FINDING YOUR EMOTIONAL BALANCE
Pengarang: MERRY NOEL MILLER, MD
Penerbit: JOHN HOPKINS UNIVERSITY PRESS
MukaSurat: 200
No Panggilan: EAN 616.8527008 MIL
ISBN No: 9781421418339
Harga: Rm 73.50
Bersambung dimuka surat seterusnya……
112
Panduan bijak, empati untuk kesihatan emosi dan mental
untuk wanita dari semua peringkat umur.Wanita dua kali lebih mungkin
daripada lelaki untuk menjadi tertekan. Walaupun mereka mencari
bantuan untuk gangguan mental lebih kerap daripada lelaki, mereka
juga berusaha untuk membantu orang lain, cuba memastikan semua
orang gembira sambil menjaga ibu bapa, pasangan dan anak-anak.
Kadang-kadang, melakukan semuanya adalah melakukan terlalu
banyak.
Dalam Mencari Keseimbangan Emosi Anda, Dr. Merry Noel
Miller menawarkan nasihat wanita dari semua peringkat umur untuk
menghadapi cabaran hidup sambil meningkatkan kegembiraannya.
Berdasarkan pengalamannya selama tiga dekad sebagai pakar psikiatri
yang mengkhususkan diri dalam kesihatan mental wanita—serta
perjuangan peribadinya dengan kemurungan dan kesedihan—dia
menerangkan kelemahan dan kekuatan istimewa wanita semasa remaja,
tahun melahirkan anak, menopaus dan lewat hayat. .
Dr. Miller membuka setiap bab dengan cerita tentang wanita
yang berhadapan dengan isu yang berkaitan dengan peringkat
kehidupan mereka. Dia membincangkan gangguan mental biasa dalam
konteks peringkat kehidupan, meneroka gejala kemurungan,
kebimbangan, penyalahgunaan bahan, gangguan bipolar, dan kesedihan
yang tidak dapat diselesaikan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
113
Dia juga menawarkan pelbagai remedi, mencadangkan
pendekatan perubatan dan bukan perubatan untuk mencari
keseimbangan emosi walaupun dalam masa yang paling tertekan.
Setiap bab berakhir dengan senarai bacaan dan tapak web yang
dicadangkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
114
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TajukBuku: Healing the Sensitive Heart
Pengarang: Debra Mandel, Ph.D
Penerbit: Adams Media Corporation
MukaSurat: 212
No Panggilan: EAN 616.8582.MAN
ISBN No: 1580627080
Harga: Rm 41.93
Bersambung dimuka surat seterusnya……
115
Saya mendapati membaca Healing the Sensitive Heart
sebagai penerokaan yang berwawasan dan pragmatik untuk
membantu saya memahami bagaimana luka zaman kanak-kanak
boleh diubah menjadi kekuatan dan membolehkan kita berkembang
maju dalam hubungan dengan diri sendiri dan dengan orang lain.
Buku yang sangat baik ini ditulis dengan teliti dengan penghargaan
yang mendalam untuk luka yang kita semua bawa dan pendekatan
langkah demi langkah yang tidak berdakwah atau terlalu klinikal. Ia
adalah salah satu buku yang paling sensitif yang ditulis dan
humanistik yang pernah saya baca mengenai subjek itu.
Buku ini menggalakkan kesedaran yang boleh membawa
kepada belas kasihan dan perubahan kehidupan sebenar bagi sesiapa
sahaja yang terbuka untuk meneroka masa lalu mereka dan
bagaimana ia bersilang dengan masa kini mereka. Buku ini ditulis
dengan perspektif holistik yang membantu orang ramai
mengintegrasikan bukan sahaja isu psikologi tetapi juga aspek
fizikal dan rohani diri sendiri. Saya sangat mengesyorkan buku ini
kepada sesiapa sahaja yang bukan sahaja berminat untuk mengubati
masa lalu tetapi dalam mencipta masa depan dengan harapan dan
maruah.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
116
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
117
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Buat Duit dengan Ikan Keli
Penulis : Mohd Fakhrulrazi Safiai
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
No Panggilan : MAN 639.3749 MUH
Muka Surat : 120
ISBN No: 978-983- 3586-93-6
Harga : RM 16.65
Bersambung dimuka surat seterusnya……
118
Buku yang bertajuk Buat Duit dengan Ikan Keli ini
merupakan sebuah buku yang amat sesuai bagi para penternak
mahupun bakal penternak ikan di luar sana.Buku yang ditulis oleh
Mohd Fakhrulrazi Safiai ini yang juga merupakan penternak ikan
keli mempunyai sebanyak 120 halaman muka surat yang telah
mengkongsikan pelbagai maklumat mengenai tips- tips dalam
bidang
Penternakan. Hari demi hari, permintaan pada sumber makan
semakin meningkat selaras dengan pertambahan populasi manusia
di dunia. Salah satu sumber makanan yang paling mudah didapati
adalah sumber protein seperti ikan kerana harganya yang lebih
murah,mudah didapati dan memberi manfaat kepada kesihatan kita.
Oleh yang demikian semakin ramai memilih atau mula
berjinak-jinak dalam bidang penternakan ikan kerana ianya
menjimatkan masa dan hasil yang diperoleh lebih memuaskan. Ikan
jenis air tawar seperti keli adalah merupakan salah satu ikan yang
mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang sedap dan murah,
ianya lebih tahan lasak yang menarik minat orang untuk menternak
ikan keli. Namun tahukah anda apa perkara yang amat perlu
dititikberatkan dalam penternakan ikan keli ini? Oleh itu, sebelum
menceburi suatu bidang, pastikan anda mempunyai ilmu
secukupnya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
119
Melalui buku ini, akan menyentuh berkenaan pemakanan,
penjagaan dan pengurusan bagi rujukan penternak dan juga bakal
penternak. Buku ini menghuraikan bermula dari segi lokasi iaitu apakah
ciri-ciri terbaik dalam pemilihan lokasi untuk menternak ikan keli,
sumber bekalan, tenaga kerja , jenis sistem menternak seperti kolam
tanah, tangki simen, sangkar dan kanvas yang mana masing-masing
dijelaskan lagi akan keburukan dan kebaikan bagi setiap jenis sistem
menternak.
Seterusnya turut dijelaskan mengenai modal dan kos yang
berkenaan dalam membiayai perbelanjaan untuk penternakan ini,sedikit
pengetahuan mengenai pinjaman yang boleh dibuat,pengurusan
ternakan, membuat makanan sendiri,harga pasaran dan pemasaran.
Segalanya yang perlu anda tahu dalam menceburi bidang ini !.
Salah satu kelebihan daripada buku ini juga adalah turut
dikongsikan pengalaman sebenar daripada penternak-penternak ikan
keli yang berjaya di luar sana. Ini dapat menjamin lagi akan
keberkesanan bagi tips-tips yang telah diberi di dalam buku ini. Akhir
sekali, semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan
minat untuk menceburi bidang penternakan di dalam sektor pertanian
ini. Buku ini mengandungi panduan lengkap seolah-olah menghadiri
kursus penternakan ikan keli. Dengan adanya ilmu, diharapkan
penternakan ikan keli akan Berjaya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
120
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
121
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TajukBuku: Pelanggan adalah raja
Pengarang: Tschohl, John
Penerbit: Golden Books Centre Sdn. Bhd
MukaSurat: 197
No Panggilan: MAN 658.812
ISBN No: 9837204036
Harga: Rm 25.00
Bersambung dimuka surat seterusnya……
122
Pelanggan adalah Bos adalah untuk pelanggan yang mahukan
apa yang mereka bayar dan tidak bersedia menerima perkhidmatan yang
buruk atau kegagalan perkhidmatan. Kita cenderung mengadu kepada rakan
kita dan kini menggunakan Media Sosial. Buku ini akan memberi anda
langkah-langkah tentang cara membuat aduan dan mendapatkan apa yang
telah anda bayar. Mereka bekerja. Terlalu ramai antara kita yang tidak tahu
merungut dan mendapat hasil yang cepat. Ini adalah buku yang mudah
dibaca dengan semua langkah dan contoh surat yang anda perlukan untuk
mencipta hasil. Organisasi perlu mendengar daripada anda. Salah satu
sebab perkhidmatan di seluruh dunia lemah adalah kerana sangat sedikit
pelanggan yang bersuara apabila ada masalah. Mereka merasakan
organisasi tidak mengambil berat dan tidak akan melakukan apa-apa.
Jika anda mahukan hasil gunakan Pelanggan ialah Bos.
mendedahkan cara anda boleh mendapatkan perkhidmatan yang luar biasa
dari segi kepantasan, kesopanan, kemudahan, pengetahuan produk dan
keupayaan seseorang yang memberi perkhidmatan untuk benar-benar
menyelesaikan masalah untuk anda. Ia menyediakan langkah khusus yang
boleh anda ambil untuk mencegah perkhidmatan yang buruk dan menukar
perkhidmatan yang buruk kepada perkhidmatan yang baik dengan cara
yang tenang, munasabah dan berkesan. Garis panduan yang disediakan
dalam buku John Tschohl menunjukkan cara untuk mencabar perkhidmatan
pelanggan yang buruk dengan berkesan dan memperoleh kepuasan dalam
urusan dengan penyedia perkhidmatan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
123
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
124
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TajukBuku: Waktumu Hanya Seketika
Pengarang: A.K
Penerbit: Rimbunan Islamik Media
MukaSurat: 181
No Panggilan: MAN 297.57.AK
ISBN No: 9789671608562
Harga: Rm 33.00
Bersambung dimuka surat seterusnya……
125
‘ Waktumu Hanya Seketika ‘ mengingatkan semula
tujuan hidup kita di dunia ini dalam menuju kehidupan yang
hakiki di akhirat nanti. Hidup kita di dunia ini hanya sekali
sahaja. Lakukanlah amalan yang baik selama hidup di dunia
ini. Bertaubatlah selagi sempat. Tiada manusia di dunia ini
yang bebas daripada kesalahan dan dosa. Setiap anak Adam pasti
melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa
adalah orang yang bertaubat. Buku ini amat menarik minat saya
untuk membacanya kerana banyak peringatan yang Allah berikan
kepada kita sebagai manusia di atas muka bumi ini. Hidup ini
terlalu singkat tiada siapa pun yang tahu kecuali Allah SWT, maka
kita kita diajarkan untuk menghargai waktu yang dimiliki, dan
mengingati tujuan kita dalam menuju kehidupan hakiki yang
sebenar. Pesan Rasullah SAW selagi sihat, ingatlah sakitmu.
Bermaksud janganlah dipersiakan waktu sihatmu tapi isilah dengan
beribadah, bekerja atau menuntut ilmu atau kesal dikemudian hari
semasa sakit itu datang .
Hidup ini hanya sekali. Sekiranya kamu selesai
menjalaninya tidak akan ada ulangan, tiada putaran waktu sejurus
kamu dipanggil bermakna kesempatan yang diberikan sudah tamat,
tiada kesempatan kedua jadi pastikan kesempatan yang satu ini
tidak dipersiakan jadikan hidup ini penuh erti, penuh kebaikan,
iman yang teguh.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
126
Jadikan hidup yang sementara dan singkat ini tidak sia-sia.
Buku ini merupakan satu peringatan kerana manusia sering lalai
dengan waktu yang dibazirkan dan tanpa disedari kita termasuk
dalam golongan yang rugi. Beringatlah bahawa akhiratlah tujuan
hidup kita yang sebenarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
127
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Penyembuhan Semula Jadi dengan Herba
Penulis : Noraida Arifin
Penerbit : PTS MILLENNIA SDN.BHD
No Panggilan : MAN 615.32109M NOR
Muka Surat : 252
ISBN No: 983-3372-29-5
Harga : RM 28.00
Bersambung dimuka surat seterusnya……
128
Buku yang bertajuk Penyembuhan Semula Jadi dengan
Herba ini merupakan sebuah buku yang mendedahkan pengetahuan am
mengenai tumbuhan herba tempatan dan kegunaan perubatannya.Buku
yang ditulis oleh Noraida Arifin ini mendedahkan pengetahuan asas
tentang khasiat dan kegunaan tumbuhan yang biasa dijumpai di
Kawasan liar mahupun yang ditanam bagi membantu pembaca
memperkayakan kegunaan herba dalam kehidupan harian.
Sejak perubatan moden muka mengambil tempat, kaedah
perubatan herba semakin lama mula diabaikan. Walaupun masih ada
jualan produk herba di kalangan tempatan dan luar negara, namun
pengetahuan mengenai tumbuhan herba adalah kurang.
Sehubungan dengan itu, buku ini hadir bagi menyelesaikan
masalah tersebut. Buku ini mendedahkan mengenai berbagai-bagai
tumbuhan herba yang termasuk semua kategori tumbuhan iaitu
saka,renek dan herba yang mempunyai nilai perubatan tersendiri. Buku
ini menjelaskan sebanyak 108 jenis herba yang biasa terdapat di
sekeliling kita. Banyak bukan ? Maklumat am yang diberi termasuklah
nama botani , kategori tumbuhan, nama lain, cara menyediakan dan
kegunaannya.
Contoh- contohnya adalah Jintan hitam , nama saintifiknya
Nigella Sativa, nama lainnya Habbatus Sauda, kategori rempah,
kegunaannya sebagai penawar masalah hati dan penghadaman,
mengubati sakit gigi, sakit kepala dan masalah parasit usus.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
129
Selain itu, Urang aring, nama saintifiknya Eclipta
prostrata, nama lain Swamp Daisy, jenis tumbuhan liar dan
terkenal digunakan untuk rawatan rambutdengan cara
dilumatkan dicampur dengan minyak dan lumurkan pada
rambut. Contoh terakhir , Ati- Ati merah, nama saintifik
Coleus Blumei, jenis tumbuhan hiasan dan kegunaannya
sebagai ubat luka ataupun melecur terkena air panas, mengatasi
masalah haid tidak lancar dengan cara meminumnya.
Banyak lagi jenis herba yang dikongsikan secara
terperinci dan semestinya tidak rugi untuk membaca buku ini.
Akhir kata, pengetahuan mengenai tumbuhan herba
inisekurang-kurangnya perlu didedahkan pada peringkat asas
yang juga boleh dirujuk sebagai panduan untuk memilih
produk herba yang kini dalam bentuk kosmetik di pasaran.
Sebaiknya kaedah penggunaan dan penyediaan herba semula
jadi perlu didokumentasikan sebagai mana buku ini hadir
untuk panduan generasi akan datang. Semoga buku ini ,sedikit
sebanyak memberi asas dan melahirkan minat untuk
mengetahui khasiat tumbuhan herba tempatan Malaysia.
Selamat membaca !
Bersambung dimuka surat seterusnya……
130
Jadikan hidup yang sementara dan singkat ini tidak sia-sia.
Buku ini merupakan satu peringatan kerana manusia sering lalai
dengan waktu yang dibazirkan dan tanpa disedari kita termasuk
dalam golongan yang rugi. Beringatlah bahawa akhiratlah tujuan
hidup kita yang sebenarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
131
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Berwaspadalah dengan bahaya Kosmetik
Penulis : Azhara dan Nurul Khasanah
Penerbit : AL- HIDAYAH HOUSE OF PULISHERS SDN.BHD
No Panggilan : MAN 363.196 AZH
Muka Surat : 186
ISBN No: 967-0267-66-8
ISBN No: 978-967- 0267-66-1
Harga : RM 17.25
Bersambung dimuka surat seterusnya……
132
Buku yang bertajuk Berwaspadalah dengan Bahaya Kosmetik
ini merupakan sebuah buku yang amat sesuai bagi para wanita- wanita di
luar sana yang minat dalam bidang kosmetologi ini. Buku yang ditulis oleh
Azhara dan Nurul Khasanah ini mempunyai sebanyak 186 halaman muka
surat yang telah mengkongsikan pelbagai maklumat mengenai tips- tips
mengenai kosmetik.
Saban hari, pelbagai jenis kosmetik moden terus mengalami
perkembangan bermula dari kosmetik untuk badan seperti sabun,minyak
wangi sehinggalah ke wajah seperti penggunaan gincu,pembayang mata
dan bedak serta banyak lagi. Namun adakah kandungan yang terdapat di
dalam kosmetik ini selamat untuk digunakan ? Para pengguna boleh
mendapat hasil kecantikan yang cepat buat sementara namun ianya akan
memberi kesan buruk jika tidak berhati- hati dalam penggunaan kosmetik
yang boleh disebabkan oleh penggunaan bahan terlarang dan berbahaya di
dalam produk kosmetik anda. Moralnya, anda HARUS membaca buku ini
terlebih dahulu untuk mempelajari lebih mendalam sebelum membeli
produk kosmetik.
Oleh yang demikian , buku ini hadir dalam memberi bantuan
kepada para wanita di luar sana. Buku ini menjelaskan mengenai berbagai
kandungan berbahaya yang terdapat di dalam pelbagai jenis produk
kosmetik yang selama ini mungkin anda tidak tahu mengenainya.
Tambahan lagi, sedikit gambaran akan kesan penggunaan kosmetik-
kosmetik berbahaya juga dikongsikan di dalam buku ini bagi menyedarkan
para pengguna di luar sana untuk lebih peka dalam memilih produk
kosmetik.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
133
Sedikit tips-tips perawatan kulit yang sesuai dan
pengenalan bahan-bahan kosmetik yang sesuai mengikut
jenis kulit anda juga turut dikongsikan. Beberapa pendapat
pakar- pakar perubatan seperti faktor yang mempengaruhi
impak pemakaian kosmetik, kosmetik menurut islam,
strategi perawatan kulit dan banyak lagi. Terdapat juga tips
untuk ibu hamil, memilih sabun mandi, merawat kecantikan
kulit mata, mengatasi jerawat yang degil dan banyak lagi.
Kesemua penjelasan mengenai tips-tips telah pun
dihuraikan secara terperinci melalui buku ini yang amat
sesuai dijadikan panduan kepada para pengguna kosmetik
di luar sana. Semoga dengan adanya buku ini, para
pengguna lebih bijak memilih dan lebih berwaspada dengan
ancaman ke sihatan
dalam produk-produk kosmetik yang berada di pasaran.
Semoga buku ini memberi manfaat kepada kita semua.
Cantik dan sihat sama-sama penting, bukankah begitu ?
Bersambung dimuka surat seterusnya……
134
Jadikan hidup yang sementara dan singkat ini tidak sia-sia.
Buku ini merupakan satu peringatan kerana manusia sering lalai
dengan waktu yang dibazirkan dan tanpa disedari kita termasuk
dalam golongan yang rugi. Beringatlah bahawa akhiratlah tujuan
hidup kita yang sebenarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
November 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
135
Jika anda berminat untuk meminjam buku yang terdapat dalam
naskhah flipbook ini, anda boleh hubungi kami ditalian
087-336097
( waktu pejabat sahaja )
atau
klik Sent Message pada link
di Page Muka Buku/ FaceBook Rasmi
Perpustakaan Cawangan Keningau.
Pastikan anda telah menjadi ahli Perpustakaan Negeri Sabah
terlebih dahulu.
Nota : Tersedia untuk kemudahan Pinjaman
di Perpustakaan Cawangan Keningau
( Kecuali Buku Koleksi Rujukan )
Hubungi kami di talian berikut :
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752
#malaysiamembaca
#sabahmembaca
#stayathome
#dudukrumah
#bacadirumah
#letsreadtogether
#letsreadabook
#readmeabook
#sabahstatelibrary
#perpustakaannegerisabah
#agmNovember2021
136
Untuk pertanyaan sila hubungi :
Peti Surat 174 ,89008 Keningau SABAH.
Tel:087336097/336096 (Operator )
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752
Seksyen Rujukan Maklumat : 087-331769
Unit Hypermedia : 087-331760
Fax: 087-338022
https://www.facebook.com/perpustakaancawangankeningausabah
TERIMA KASIH !
137