184 TOPIK 9 KAWALAN
Bagi memastikan bahawa organisasi boleh mencapai matlamatnya, beberapa
perspektif yang penting mesti dikawal ă kewangan, sumber manusia, kualiti
dan pelanggan.
Bersepadu Kumpulan kerja autonomi
Birokratik Normatif
Kawalan output Objektif
Kawalan pencegahan Tindakan pembetulan
Kawalan tingkah laku
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Mengurus
10 Pasukan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Melihat perbezaan antara kumpulan dengan pasukan;
2. Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pasukan;
3. Menilai masa terbaik untuk membentuk pasukan;
4. Membezakan antara jenis-jenis pasukan dalam persekitaran masa
kini;
5. Menilai ciri-ciri pasukan; dan
6. Membincangkan faktor-faktor yang terlibat dalam membina pasukan
berprestasi tinggi.
PENGENALAN
Sejak 20 tahun yang lalu, organisasi seperti Volvo dan Toyota telah
memperkenalkan konsep pasukan dalam proses pengeluaran mereka. Pada
ketika itu, keadaan ini dianggap sebagai suatu yang baharu memandangkan
tiada syarikat lain yang sanggup melakukan sedemikian. Kini, organisasi yang
tidak melaksanakan konsep pasukan boleh dianggap sebagai ketinggalan zaman.
Pada masa kini, teknik pasukan dilaksanakan kerana telah terbukti bahawa
pasukan lebih cekap dalam menjalankan tugas berbanding individu apabila
melibatkan kerja yang memerlukan pelbagai kemahiran, pertimbangan dan
pengalaman. Banyak organisasi telah mengubah struktur mereka untuk
membentuk pasukan serta menggunakan bakat pekerja mereka secara optimum.
Selain itu, beberapa pengurusan telah mendapati bahawa pasukan lebih fleksibel
dan responsif kepada perubahan dalam persekitaran berbanding dengan
struktur pentadbiran tradisional. Pasukan boleh dibentuk serta-merta, bergerak
dan dibubarkan sekiranya perlu. Dalam perbincangan ini, kita akan cuba untuk
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
186 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
memberi kefahaman dan menjelaskan perkara-perkara berkaitan dengan
pasukan.
10.1 PERBEZAAN ANTARA PASUKAN
DENGAN KUMPULAN
SEMAK KENDIRI 10.1
Dalam sesebuah organisasi, tugas tertentu akan dilaksanakan oleh satu
kumpulan atau pasukan. Pada pendapat anda, apakah perbezaan di
antara kumpulan dengan pasukan?
Pasukan dan kumpulan adalah entiti yang berlainan. Bahagian ini akan
menjelaskan perbezaan antara pasukan dengan kumpulan dan perbezaan antara
kerja kumpulan dengan kerja berpasukan.
Satu kumpulan ditakrifkan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi
dan tidak saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai objektif
tertentu.
Satu kumpulan kerja secara umumnya adalah satu kumpulan yang berkongsi
maklumat dan membuat keputusan untuk membantu ahli-ahlinya menjalankan
tugas mereka dengan baik dalam bidang yang berkaitan. Kumpulan kerja tidak
perlu atau tidak mempunyai peluang untuk terlibat dalam koleksi tugas yang
melibatkan penggabungan dan penyepaduan usaha. Prestasi akan dinilai
berdasarkan sumbangan individu kepada kumpulan. Dalam erti kata lain,
prestasi kumpulan adalah berdasarkan jumlah sumbangan yang dapat dikumpul
daripada setiap ahli kumpulan.
Satu pasukan adalah suatu entiti yang saling bergantung dan melengkapi dalam
semua aspek di kalangan anggotanya, dengan komitmen bersama ke arah
mencapai matlamat yang sama. Tambahan pula, kerja berpasukan menghasilkan
sinergi positif melalui usaha penyelarasan. Oleh itu, pasukan adalah satu entiti
yang lebih daripada sekadar satu kumpulan. Prestasi bukan berdasarkan
sumbangan setiap individu tetapi sebaliknya ia bergantung kepada prestasi
pasukan. Definisi di atas menjelaskan bahawa kejayaan pasukan bergantung
kepada hubungan saling bergantung dan usaha sama di kalangan ahli pasukan.
Oleh itu, anggota pasukan saling mempunyai pengaruh dan impak yang besar
ke atas satu sama lain apabila mereka bekerja bersama.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 187
AKTIVITI 10.1
Berdasarkan apa yang telah diterangkan kepada anda sebelum ini,
gunakan pemahaman anda dalam mengenal pasti perbezaan antara
kumpulan dengan pasukan dalam bentuk jadual. Bincangkan jawapan
anda dengan rakan anda.
LATIHAN 10.1
Terangkan dengan ringkas perbezaan antara kerja berpasukan dengan
kerja berkumpulan.
10.2 KELEBIHAN PASUKAN
Organisasi hari ini lebih cenderung kepada konsep pasukan kerana pasukan
mampu meningkatkan kepuasan pelanggan, kualiti produk dan perkhidmatan,
kelajuan dan efisien dalam pembangunan produk, kepuasan kerja oleh para
pekerja dan dalam membuat keputusan yang berkualiti.
Salah satu cara meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap organisasi ialah
dengan membentuk satu pasukan yang dilatih khas untuk memenuhi keperluan
tertentu pelanggan. Melalui kaedah ini, pelanggan secara langsung mempunyai
kaitan dengan pasukan dalam memenuhi keperluan mereka. Selain itu organisasi
juga membentuk pasukan untuk menyelesaikan masalah pelanggan dan juga
pasukan yang terdiri daripada kalangan pekerja bagi menjalankan penyelidikan
serta mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.
Pasukan ini biasanya mengadakan mesyuarat setiap minggu atau setiap bulan.
Pasukan juga membantu organisasi dalam meningkatkan kualiti produk dan
perkhidmatan. Ia berbeza daripada organisasi dengan struktur tradisional, di
mana pihak pengurusan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan
dan prestasi kerja, manakala pasukan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai
kualiti produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
188 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
Satu perkara yang membuat konsep pasukan popular pada masa kini adalah
keperluan untuk kecepatan dan efisien dalam mereka bentuk dan menghasilkan
produk. Dalam persekitaran perniagaan yang ada sekarang, perubahan pesat
dalam keutamaan pelanggan menuntut agar sesebuah organisasi bertindak cepat
dan efisien. Dalam struktur organisasi tradisional, pembangunan produk dan
pengeluaran mengambil masa yang lama. Oleh kerana pasukan terdiri daripada
anggota dari pelbagai fungsi dan latar belakang, kecepatan dan efisien dalam
mereka bentuk dan menghasilkan produk dapat dicapai.
Pelaksanaan pasukan juga dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja. Ia
memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka. Ini
dilakukan menerusi latihan silang iaitu satu latihan di mana anggota pasukan
dilatih untuk melaksanakan semua atau sebahagian besar daripada kerja yang
dilakukan oleh pekerja lain. Latihan ini membolehkan pasukan berfungsi dengan
lancar tanpa gangguan walaupun dengan ketidakhadiran anggota atau
perletakan jawatan ahli pasukan. Pekerja akan mempunyai kelebihan kerana
mereka mampu meluaskan kemahiran dan menjadi lebih cekap serta yakin
dalam melaksanakan tugas mereka.
Ahli pasukan sentiasa menikmati kepuasan kerja kerana tanggungjawab
kepimpinan yang tidak boleh diperoleh daripada organisasi tradisional. Pasukan
dibenarkan menentukan cara kerja mereka, penjadualan, penyelenggaraan,
peralatan, jadual cuti, kawalan kualiti dan lain-lain. Kebebasan ini sangat
bermakna kepada para pekerja. Selain itu, oleh kerana tanggungjawab
kepimpinan bersilih ganti di kalangan anggota pasukan, setiap ahli mempunyai
peluang membangunkan kemahiran kepimpinan mereka.
Pelbagai kelebihan dikongsi oleh pasukan terutamanya dalam aspek membuat
keputusan. Masalah dapat dilihat dari pelbagai perspektif kerana sebuah
pasukan itu terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran, kebolehan dan pengalaman yang berbeza. Kepelbagaian dari sudut
ini dapat meningkatkan kebarangkalian masalah sebenar dapat diselesaikan.
Pasukan lebih mudah menghasilkan pelbagai pilihan penyelesaian berkualiti
kerana wujud peningkatan dalam pengetahuan dan maklumat. Oleh kerana
setiap anggota terlibat dalam proses membuat keputusan, mereka dianggap
lebih komited mencapai penyelesaian untuk masalah tertentu. Dalam
kebanyakan kes, satu pasukan dapat mencapai prestasi yang lebih baik
berbanding dengan pekerja individu.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 189
10.3 KELEMAHAN PASUKAN
Pelaksanaan pasukan sememangnya membawa banyak manfaat kepada sebuah
organisasi, namun demikian pasukan mempunyai kelemahannya yang
tersendiri. Antara kelemahannya adalah kadar pusing ganti yang tinggi pada
peringkat awal, gejala melepak dan tingkah laku sekatan diri. Jadual 10.1
mendedahkan beberapa kelemahan pasukan.
Jadual 10.1: Kelemahan Pasukan
Kelemahan Kelemahan Pasukan
Kadar pusing
ganti yang tinggi Penerangan
Lepak sosial Kadar pusing ganti adalah tinggi terutamanya pada peringkat awal
pembentukan pasukan. Sesuatu pasukan tidak semestinya diterima
Tingkah laku oleh semua orang. Ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri
sekatan diri dengan anggota lain dan persekitaran dalaman pasukan adalah
faktor utama yang menyebabkan kadar pusing ganti yang tinggi di
peringkat awal pembentukan pasukan. Selain itu, ketidakupayaan
untuk memikul tanggungjawab, ketidakupayaan untuk
menyumbang usaha dan kurang pengalaman merupakan beberapa
faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan ini.
Fenomena ini berlaku apabila pekerja gagal menyumbang ke arah
perkongsian kerja. Melepak di sini bermaksud seseorang itu seolah-
olah menjadi „rakan kongsi tidur‰ dalam pasukan. Gejala melepak
biasanya berlaku dalam kumpulan yang besar di mana sukar
mengenal pasti dan memantau usaha-usaha setiap anggota pasukan.
Dalam erti kata lain, anggota pasukan yang melepak akan
bersungguh-sungguh menyembunyikan aktiviti mereka dan ini
menyebabkan fenomena melepak sukar dikesan.
Kelakuan sekatan diri berlaku apabila terdapat anggota pasukan
yang tidak mempunyai pendapat sendiri atau tidak mengambil
bahagian dalam perbincangan. Ini boleh mengurangkan tahap
prestasi pasukan. Perkara ini dilihat sebagai menyerupai dengan
keadaan pekerja yang melepak tetapi sebenarnya tidak. Pekerja yang
melepak memastikan anggota lain tidak tahu aktiviti mereka tetapi
pekerja yang melakukan sekatan diri tidak.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
190 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
AKTIVITI 10.2
Anda telah faham tentang kelebihan dan kelemahan mengamalkan kerja
berpasukan dalam organisasi. Berdasarkan kefahaman anda, kenal pasti
lima kelebihan kerja berpasukan dan berikan jawapan anda dalam bentuk
jadual. Bincangkan jawapan anda dengan rakan-rakan.
LATIHAN 10.2
Senaraikan kelebihan dan kelemahan pasukan yang anda tahu.
10.4 BILAKAH PASUKAN DIPERLUKAN?
AKTIVITI 10.3
Pada pandangan anda, sejauhmanakah pasukan penting dalam
organisasi? Mengapakah sesuatu tugas itu tidak boleh dilaksanakan oleh
seorang individu sahaja?
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan masa dan syarat-syarat bila
pasukan boleh digunakan untuk memaksimumkan manfaatnya.
Pertama, pasukan boleh digunakan apabila matlamat atau maksud
penggunaannya adalah jelas. Banyak organisasi melaksanakan konsep
pasukan kerana ia popular atau terdapat andaian bahawa pasukan mampu
menyelesaikan pelbagai masalah. Walau bagaimanapun, satu pasukan hanya
akan berjaya apabila anggotanya mengetahui sebab pasukan itu dibentuk dan
apa yang perlu mereka dilakukan.
Kedua, pasukan diperlukan untuk tugas-tugas yang tidak boleh dijalankan
secara individu tetapi melalui penggabungan individu-individu ini. Ini
bermakna bahawa satu pasukan diperlukan apabila sesuatu tugas adalah
kompleks, memerlukan kepelbagaian perspektif atau memerlukan interaksi
berulang dengan orang lain. Namun begitu, jika tugas itu mudah dan tidak
memerlukan kepelbagaian perspektif atau interaksi yang berulang dengan orang
lain, maka pasukan tidak diperlukan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 191
Ketiga, pasukan boleh digunakan apabila ganjaran akan disediakan untuk kerja
atau prestasi pasukan. Ganjaran bergantung kepada prestasi pasukan
berbanding dengan prestasi individu. Ini adalah faktor utama dalam
menyediakan ganjaran untuk tingkah laku atau usaha pasukan. Jika tahap
ganjaran tidak selaras dengan tahap prestasi, pasukan itu tidak akan dapat
berfungsi seperti yang dikehendaki. Jika tugas tertentu lebih condong ke arah
kerja individu dan bukannya kerja berpasukan, masalah-masalah berikut akan
timbul. Pekerja yang cepat akan memberi tekanan kepada mereka yang lambat
untuk meningkatkan kelajuan pengeluaran. Oleh kerana pembayaran ditentukan
oleh prestasi pasukan, pekerja yang cepat akan mendapati bayaran mereka
menurun berbanding sebelumnya, manakala pekerja yang perlahan pula akan
mendapat kenaikan dalam pembayaran mereka. Keadaan ini boleh
menyebabkan pengurangan produktiviti secara keseluruhan.
Keempat, pasukan boleh digunakan apabila terdapat banyak sumber yang sedia
ada. Sumber-sumber yang diperlukan oleh pasukan termasuk latihan, masa,
tempat dan teknik bekerjasama, peralatan dan maklumat dan maklum balas
yang konsisten mengenai proses kerja berpasukan dan prestasi kerja. Kegagalan
dalam mendapatkan sumber-sumber ini, seperti kekurangan latihan untuk
menyokong peralihan dari kerja individu ke kerja berpasukan, dan masa yang
tidak mencukupi untuk mempelajari kaedah mesin beroperasi, akan
menyebabkan kegagalan pelaksanaan pasukan. Masalah yang paling utama ialah
kesukaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam membantu atau
memindahkan sumber kepada pasukan yang tidak boleh berfungsi seperti yang
dikehendaki disebabkan oleh kekurangan sumber.
Akhir sekali, pasukan diperlukan apabila ia mempunyai kuasa yang jelas dalam
mengurus dan mengubahsuai kaedah kerja. Ini bermakna pasukan itu diberikan
kebebasan untuk menentukan kaedah kerja, membuat jadual kerja, latihan
dan penyelenggaraan atau cara-cara menyelesaikan masalah pelanggan. Pasukan
dengan autoriti yang jelas akan dapat mengurus dan melaksanakan tugas
dengan lebih baik berbanding pasukan yang tidak mempunyai kuasa.
Jadual 10.2 menunjukkan bila pasukan boleh atau tidak boleh digunakan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
192 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
Jadual 10.2: Bila Pasukan Boleh atau Tidak Boleh Digunakan
Pasukan digunakan apabila ⁄ Pasukan tidak digunakan apabila ⁄
Objektif-objektif dan sebab-sebab Objektif-objektif dan sebab-sebab
pembentukannya adalah jelas pembentukannya adalah kabur
Kerja tidak boleh dilakukan secara Kerja boleh dilakukan secara
berseorangan berseorangan
Ganjaran boleh diberi berdasarkan pada Ganjaran hanya diberi berdasarkan pada
kerja berkumpulan usaha dan prestasi kerja seseorang
pekerja
Terdapat banyak sumber sedia ada Sumber yang diperlukan tidak ada
Pasukan mempunyai kuasa untuk Pengurusan masih memantau dan
mengurus dan mengubah kaedah mempengaruhi kaedah kerja yang
pekerjaan itu dilaksanakan dilaksanakan
LATIHAN 10.3
Berdasarkan pemahaman anda, terangkan keadaan di mana penggunaan
pasukan tidak diperlukan.
10.5 JENIS-JENIS PASUKAN
Sesebuah organisasi boleh memilih jenis pasukan yang akan dibentuk. Apa yang
anda perlu pertimbangkan ialah mengapa pasukan itu perlu dibentuk. Jenis
pasukan mesti sesuai dengan sebab dan jenis kerja yang perlu dilaksanakan.
Rajah 10.1 menggambarkan tujuh jenis pasukan yang wujud pada hari ini.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 193
Rajah 10.1: Jenis-jenis pasukan dalam organisasi tertentu
(a) Pasukan Penglibatan Pekerja
Merupakan sebuah pasukan yang memberikan nasihat dan cadangan
kepada pihak pengurusan yang berkaitan dengan perkara-perkara tertentu.
Mesyuarat di kalangan anggota pasukan diadakan pada waktu bekerja dan
dilakukan secara berkala. Isu-isu seperti keselamatan di tempat kerja,
hubungan pelanggan atau kualiti produk yang sering dibangkitkan oleh
pasukan ini. Pasukan ini hanya boleh memberi nasihat dan cadangan tetapi
tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Keanggotaan dalam
pasukan ini adalah secara sukarela tetapi pemilihan adalah dari kalangan
pakar. Idea membentuk pasukan jenis ini adalah kerana orang yang paling
dekat dengan masalah tertentu atau situasi kerja yang sebenar adalah orang
yang terbaik untuk memberi nasihat dan cadangan. Nasihat dan cadangan
akan dikemukakan kepada pihak pengurusan dan terpulang kepada pihak
pengurusan untuk membuat keputusan.
(b) Pasukan Separa-Autonomi
Pasukan yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas-tugas utama
pengeluaran produk dan perkhidmatan dikenali sebagai satu pasukan
separa-autonomi. Pasukan ini menerima maklumat mengenai belanjawan,
kualiti kerja, prestasi dan juga maklumat mengenai produk yang dihasilkan
oleh pesaing. Ahli pasukan dilatih dalam pelbagai kemahiran dan tugas.
Pasukan ini mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sama seperti
penyelia atau pengurus tetapi kuasa yang diterima tidak lengkap.
Pengurusan masih memainkan peranan tetapi kurang berbanding dengan
kumpulan kerja tradisional.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
194 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
(c) Pasukan Diuruskan Sendiri
Pasukan yang diuruskan sendiri berbeza daripada pasukan yang separa-
autonomi. Pasukan yang diuruskan sendiri merupakan satu pasukan yang
mengurus dan mengawal keseluruhan tugas utama dalam pengeluaran
produk dan perkhidmatan. Pasukan ini boleh melakukan apa jua yang
berkaitan dengan pengeluaran tanpa merujuk kepada atau menunggu
arahan daripada pihak pengurusan. Ini termasuk perkara-perkara dalam
mengurus dan mengawal peruntukan bahan-bahan, membuat produk,
menyediakan perkhidmatan, memastikan ketepatan penghantaran dan
lain-lain.
(d) Pasukan Reka Bentuk Sendiri
Ini adalah sebuah pasukan yang memiliki ciri-ciri pasukan yang diuruskan
sendiri tetapi juga mengawal reka bentuk pasukan, aktiviti kerja dan
keanggotaan pasukan. Pasukan ini memainkan peranan yang lebih banyak
daripada pasukan yang diuruskan sendiri dari segi operasi dalam pasukan.
Antara lain, pasukan ini juga mempunyai kuasa untuk menentukan jadual
kerja, cuti, bagaimana dan bila tugas yang harus dilakukan, selain
menentukan keanggotaan dalam pasukan dengan mengadakan temu duga
dan lain-lain aktiviti.
(e) Pasukan Silang Fungsi
Pasukan ini terdiri daripada pekerja-pekerja dari bidang atau fungsi
berbeza dalam organisasi. Oleh kerana anggota pasukan mempunyai
fungsi, pengetahuan dan pengalaman yang berbeza, pasukan silang fungsi
dapat mengenal pasti masalah sebenar dan melihatnya melalui pelbagai
perspektif. Ia mampu menjana lebih banyak idea dan alternatif. Pasukan
jenis ini boleh digunakan dalam mana-mana organisasi dan boleh dibentuk
sama ada secara sambilan, sementara atau selama-lamanya.
(f) Pasukan Maya
Pasukan maya mempunyai anggota-anggota di kawasan geografi atau
organisasi yang berbeza dan menggunakan telekomunikasi dan teknologi
maklumat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti organisasi. Mesyuarat di
kalangan ahli pasukan tidak dijalankan secara bersemuka tetapi sebaliknya
menggunakan kombinasi teknologi komunikasi dan maklumat. Pasukan
jenis ini masih baru dan boleh direalisasikan dengan adanya teknologi
komunikasi seperti e-mel, Internet, sidang video dan banyak lagi.
Memandangkan anggotanya tidak bertemu di satu lokasi fizikal,
kemasukan pembekal, pelanggan dan kumpulan berpengaruh boleh
menyertai pasukan ini.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 195
Kelebihan pasukan ini adalah ianya fleksibel. Anggota pasukan boleh
bekerjasama dengan satu sama lain tanpa bertemu secara bersemuka dan
juag tanpa mengira batas masa atau organisasi. Kelemahan pasukan ini
adalah anggota pasukan perlu belajar bagaimana untuk menyuarakan
pendekatan baru memandangkan mesyuarat fizikal dalam kumpulan ini
tidak lagi wujud.
(g) Pasukan Projek
Pasukan projek adalah satu pasukan yang dibentuk untuk menjalankan
tugas atau projek dalam tempoh masa tertentu. Pasukan jenis ini biasanya
ditubuhkan bagi tujuan memajukan keluaran baru, menaik taraf produk
sedia ada, membangunkan sistem maklumat baru atau bangunan pejabat
dan kilang-kilang baru. Satu pasukan projek selalunya diketuai oleh
pengurus projek yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya dalam
perancangan, keanggotaan dan pengurusan pasukan.
Pasukan projek terdiri daripada anggota-anggota yang berlainan fungsi
dan melibatkan juga anggota-anggota dari kalangan pembekal dan
pelanggan. Kelebihan pasukan ini adalah ia mampu menghapuskan
halangan komunikasi antara bidang fungsi yang berlainan kerana
anggotanya terdiri daripada ahli-ahli bidang fungsi yang berbeza. Selain
itu, pasukan ini juga fleksibel di mana ia boleh dibubarkan atau
dipindahkan ke projek baru selepas projek tersebut disiapkan.
LATIHAN 10.4
Daripada penerangan di bawah, nyatakan jenis pasukan berdasarkan ciri-
ciri yang diberi:
(a) Pasukan yang berkuasa untuk menentukan anggotanya.
(b) Pasukan di mana anggotanya adalah dari kawasan geografi atau
organisasi yang berlainan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
196 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
10.6 CIRI-CIRI PASUKAN
SEMAK KENDIRI 10.2
Untuk memastikan tugas-tugas berjalan lancar dan tahap motivasi
anggota pasukan berterusan, anggota pasukan mesti bersatu dan
bekerjasama antara satu sama lain. Pada pandangan anda, bagaimanakah
perpaduan boleh dipupuk dalam satu pasukan?
Adalah penting bagi anda untuk memahami ciri-ciri pasukan untuk memastikan
kejayaan pembentukan pasukan tertentu dalam sesebuah organisasi. Empat ciri-
ciri yang anda perlu tahu adalah norma pasukan, perpaduan pasukan, konflik
pasukan dan fasa pembangunan pasukan.
10.6.1 Norma Pasukan
Norma pasukan adalah peraturan tidak formal atau standard yang dipersetujui
untuk mengawal tingkah laku anggota pasukan. Norma pasukan mempunyai
pengaruh yang kuat ke atas kelakuan kerja. Satu pasukan kerja yang berkesan
akan membangunkan norma-norma yang berkaitan dengan kualiti dan
ketepatan kerja, kehadiran, keselamatan dan keikhlasan dalam memberi
pendapat atau idea. Selain itu, ia juga mampu membangunkan komitmen ke
arah kerja berpasukan, percaya pada pengurusan dan kepuasan kerja. Lazimnya,
norma pasukan adalah berkaitan dengan keputusan positif tetapi norma pasukan
juga boleh membawa pengaruh yang negatif terhadap pasukan. Pasukan yang
mempunyai norma negatif boleh mempengaruhi anggota pasukan menjadi lebih
cenderung ke arah berkelakuan negatif.
10.6.2 Perpaduan Pasukan
Perpaduan pasukan merujuk kepada sejauh manakah anggota pasukan tertarik
untuk menjadi anggota dan bermotivasi untuk terus bersama dengan pasukan
tersebut. Perpaduan pasukan mampu untuk mengekalkan dan mengurangkan
kadar pusing ganti anggota pasukan. Apabila pasukan mempunyai tahap
perpaduan yang tinggi, setiap anggota lebih bermotivasi untuk menyumbang
kepada pasukan dan mengharapkan jaminan daripada anggota pasukan yang
lain. Ini akan mempercepatkan pencapaian prestasi yang tinggi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 197
Dalam usaha membangunkan perpaduan dalam pasukan, organisasi perlu
memastikan penglibatan setiap anggota dalam aktiviti pasukan atau mesyuarat.
Kedua, organisasi perlu mewujudkan peluang supaya anggota pasukan boleh
bekerjasama antara satu sama lain dengan mengubah jadual kerja atau susun
atur tempat kerja. Ketiga, memastikan anggota pasukan terlibat dalam aktiviti
kerja luar.
10.6.3 Konflik Pasukan
Konflik dan salah faham sememangnya wujud dalam mana-mana pasukan. Apa
yang menyebabkan konflik itu timbul? Konflik boleh disebabkan oleh
pergaduhan disebabkan oleh sumber yang terhad, perbalahan mengenai isu-isu
tertentu, percanggahan pendapat dan lain-lain. Biasanya, konflik dilihat sebagai
perkara yang negatif. Perlu diingatkan di sini, daripada mengelakkan konflik
berlaku dalam satu pasukan, adalah lebih baik untuk memastikan satu pasukan
itu menghadapi konflik yang sesuai.
10.6.4 Fasa-fasa dalam Pembangunan Pasukan
Pembangunan dan pertumbuhan satu pasukan akan melalui empat fasa. Fasa-
fasa tersebut terdiri daripada pembentukan, penyesuaian, pembentukan norma
dan pelaksanaan seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.2. Walau
bagaimanapun, tidak semua pasukan yang melalui keempat-empat fasa ini
mampu mencapai tahap prestasi yang tinggi. Jika pasukan tidak diuruskan
dengan sempurna, ia akan berhadapan dengan masalah penurunan dan akan
melalui fasa pembentukan semula norma, penyesuaian semula dan
pembentukan semula.
Rajah 10.2: Fasa-fasa pembangunan pasukan
Sumber: Williams, C. (2000). Management. Ohio: SouthWestern-Thomson Learning
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
198 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
(a) Pembentukan merupakan fasa pertama dalam proses pembangunan
pasukan. Ini adalah permulaan mesyuarat pertama di kalangan anggota
pasukan, disini mereka membentuk persepsi pertama dan cuba memahami
perasaan dan keadaan jika mereka terus menjadi anggota pasukan. Fasa ini
juga membentuk beberapa norma pasukan yang mana anggota pasukan
mula membincangkan tingkah laku yang akan diterima atau ditolak oleh
pasukan.
Ketua pasukan mesti memberikan jangka masa bagi anggota pasukan
mengenali antara satu sama lain dan juga menetapkan syarat asas dan
struktur pasukan.
(b) Penyesuaian merupakan fasa pembangunan kedua yang mempunyai ciri-
ciri konflik dan percanggahan pendapat di mana ahli pasukan mempunyai
pendapat yang berlainan mengenai apa dan bagaimana tugas perlu
dijalankan.
Keadaan ini berlaku apabila anggota pasukan mula bekerja bersama-sama,
mengakibatkan pertembungan personaliti dan gaya kerja. Selain itu,
sebagai anggota pasukan, mereka perlu mengorbankan banyak keperluan
peribadi mereka. Dalam fasa ini, anggota pasukan akan mula menyuarakan
pendapat dan keperluan mereka di samping cuba membina kedudukan
atau peranan yang mereka inginkan dalam pasukan. Selain itu mereka akan
mula menunjukkan keresahan terhadap apa yang perlu dilakukan oleh
pasukan dan bagaimana ia perlu dilakukan. Prestasi pasukan di peringkat
ini adalah rendah dan terdapat beberapa anggota yang sama sekali tidak
efektif. Pada masa ini, peranan ketua pasukan amat diperlukan bagi
memastikan tumpuan adalah ke arah mencapai matlamat dan tahap
prestasi pasukan. Anggota pasukan perlu lebih sabar dan lebih bertolak-
ansur terhadap satu sama lain.
(c) Pembentukan Norma ialah fasa ketiga dalam pembangunan pasukan.
Setiap anggota akan mula menyelesaikan sebarang konflik atau salah
faham sebagai salah satu peranan mereka dalam pasukan. Norma-norma
positif akan mula berkembang dan setiap anggota harus tahu apa yang
diharapkan sebagai anggota pasukan. Salah faham semakin berkurangan,
sementara semangat pasukan dan perpaduan mula menjadi semakin kuat.
Pada tahap ini, anggota-anggota akan mula menerima matlamat-matlamat
pasukan, bergerak bersama sebagai satu unit dan mula menunjukkan
peningkatan dalam prestasi dan bekerja bersama secara berkesan. Ada
ketikanya pasukan akan menghadapi pengulangan fasa-fasa penyesuaian
dan pembentukan norma sehingga mereka benar-benar mendapat norma
yang sesuai dan mula beralih ke fasa seterusnya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 199
(d) Pelaksanaan adalah fasa terakhir dalam proses pembangunan pasukan.
Semasa fasa ini, prestasi akan mula meningkat memandangkan pasukan
telah menjadi lebih matang dan berfungsi dengan sepenuhnya. Pada
peringkat ini, anggota mestilah komited sepenuhnya dan mula berfikir
sebagai anggota pasukan. Anggota-anggota menjadi setia kepada satu
sama lain dan mula rasa bertanggungjawab ke arah kejayaan dan
kegagalan pasukan. Pada fasa ini, anggota-anggota sudah mula merasa
seronok menjadi sebahagian daripada pasukan.
Dalam jangka masa tertentu, jika pasukan itu tidak diurus dengan betul, prestasi
kerja akan merosot dan pasukan akan melalui fasa-fasa pembentukan semula
norma, penyesuaian semula dan pembentukan semula.
(a) Dalam fasa pembentukan semula norma, yang merupakan pengulangan
fasa pembentukan semula, prestasi pasukan mula menurun dari segi masa,
saiz, skop, matlamat dan keahlian. Sebagai contoh, apabila terdapat ahli
baru yang menyertai pasukan itu, anggota yang sedia ada akan menjadi
defensif apabila kaedah pelaksanaan tugas tertentu dipersoalkan oleh ahli
baru. Perkongsian idea dan pendapat tidak lagi terbuka. Ini ditambah pula
dengan keadaan ahli baru yang secara aktif atau pasif menolak peranan
dan tingkah laku pasukan yang telah dibentuk sebelum ini.
(b) Penyesuaian semula adalah keadaan di mana keselesaan pasukan mula
merosot. Perpaduan pasukan menjadi lemah apabila anggota pasukan
enggan mengikuti norma-norma pasukan dan tidak mengambil bahagian
dalam aktiviti pasukan. Perasaan marah akan meningkat apabila pasukan
itu mengalami konflik dan pasukan akan mula bergerak ke peringkat akhir
yang dikenali sebagai pembentukan semula.
(c) Dalam fasa pembentukan semula, anggota pasukan akan meletakkan
dirinya untuk mengawal perpecahan dalam pasukan tersebut. Puak-puak
akan mula terbentuk dalam pasukan itu. Anggota-anggota akan mengelak
daripada berjumpa antara satu sama lain dan juga ketua pasukan. Prestasi
pasukan merosot ke tahap yang maksimum apabila anggota tidak lagi
berfikir mengenai prestasi pasukan.
Jika pasukan diurus sebaik yang mungkin, pembangunan pasukan ini tidak akan
merosot. Seorang pengurus perlu mengenal pasti faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi kejatuhan sesuatu pasukan. Dia boleh mengambil langkah awal
untuk mengelakkan pengaruh negatif daripada berlarutan yang akan
mengancam pasukan tersebut.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
200 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
LATIHAN 10.5
Berdasarkan pemahaman anda, nyatakan fasa-fasa yang terlibat dalam
pembangunan sebuah pasukan.
10.7 KE ARAH MEMBINA PASUKAN
BERPRESTASI TINGGI
SEMAK KENDIRI 10.3
Kita telah mengenal pasti fasa-fasa pembentukan dan kejatuhan satu
pasukan. Berdasarkan pemahaman anda dari apa yang telah anda
pelajari setakat ini, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
prestasi dalam kerja berpasukan?
Terdapat tujuh isu berkaitan dengan pasukan yang anda perlu tahu dengan
terperinci. Isu-isu ini boleh mempengaruhi tahap prestasi kerja berpasukan. Ini
boleh dilihat dalam Rajah 10.3 berikut.
Rajah 10.3: Tujuh isu yang mempengaruhi tahap prestasi pasukan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 201
(a) Saiz Pasukan
Pasukan terbaik seharusnya terdiri daripada bilangan anggota yang sedikit.
Apabila bilangan anggota melebihi 10 atau 12 orang, ia adalah sukar untuk
melaksanakan tugas dengan jayanya. Ini adalah kerana pasukan itu akan
menghadapi masalah interaksi mengenai isu-isu berkaitan dengan
pekerjaan. Bilangan anggota yang ramai juga mungkin akan gagal dalam
mewujudkan perpaduan, komitmen dan akauntabiliti yang diperlukan
untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi. Oleh itu, dalam membentuk
satu pasukan, pengurus perlu memastikan bilangan anggota pasukan tidak
melebihi 12 orang.
(b) Kemampuan Anggota Pasukan
Dalam melaksanakan tugas dengan cekap, satu pasukan memerlukan tiga
jenis kemahiran yang berbeza. Jenis pertama terdiri daripada kemahiran
teknikal yang berkaitan dengan pekerjaan. Jenis kedua terdiri daripada
kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang
boleh dikenal pasti dari masalah sebenar dengan menjana pelbagai
alternatif, menilai setiap alternatif dan memilih alternatif yang terbaik. Jenis
ketiga pula melibatkan kemahiran mendengar yang baik, kemampuan
untuk menyelesaikan konflik dan kemahiran interpersonal yang lain.
Pasukan tidak boleh mencapai potensi sebenar tanpa membangunkan
ketiga-tiga kemahiran ini.
(c) Menyediakan Contoh Terbaik dan Menggalakkan Kepelbagaian
Satu pasukan mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan anggota
pasukan mesti dipilih berdasarkan personaliti dan keutamaan. Pasukan
yang berprestasi tinggi adalah sebuah pasukan yang mampu memadankan
anggota pasukan dengan peranan yang sesuai. Memadan anggota dengan
jawatan yang sesuai berdasarkan pengalaman mereka memberi peluang
kepada anggota untuk menyumbang yang terbaik kepada prestasi
keseluruhan pasukan. Oleh itu, pasukan memerlukan kemahiran yang
pelbagai dan ini boleh dicapai dengan mempelbagaikan anggota-anggota
pasukan tanpa ada sebarang bentuk diskriminasi.
(d) Mempunyai Komitmen ke Arah Tujuan yang Sama
Pasukan yang berjaya akan memberikan petunjuk, momentum dan
komitmen kepada anggotanya. Anggota yang mengetahui peranan, hala
tuju dan panduan mereka akan menyumbang usaha ke arah tujuan yang
dipersetujui bersama-sama.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
202 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
(e) Membina Matlamat yang Khusus
Pasukan yang berjaya mampu untuk menukar tujuan kepada matlamat
tertentu yang boleh diukur dan dicapai. Matlamat yang khusus akan
memberikan komunikasi yang jelas dan membantu pasukan dalam
mengekalkan tumpuan mereka.
(f) Penilaian Prestasi yang Sesuai dan Sistem Ganjaran
Secara tradisi, penilaian prestasi dan pemberian ganjaran diberikan kepada
individu sahaja tetapi apabila pasukan ditubuhkan, sistem penilaian
prestasi dan skim ganjaran perlu diubah suai. Sistem penilaian prestasi
yang sesuai dan skim ganjaran yang berasaskan kerja berpasukan dan
bukannya individu akan menjana usaha dan komitmen di kalangan
anggota pasukan.
(g) Membangunkan Kepercayaan yang Mutlak
Pasukan yang berjaya adalah pasukan yang mempunyai kepercayaan yang
mutlak terhadap anggotanya. Anggota pasukan percaya kepada integriti,
watak dan keupayaan ahli-ahli lain. Kepercayaan yang wujud ini akan
membantu ahli-ahli menjalankan kerja mereka dengan lebih baik. Ini
adalah kerana setiap ahli yakin ahli-ahli lain mempunyai kebolehan dan
keupayaan dalam menyelesaikan tugas yang diberikan. Hasil gabungan
kepercayaan dan sumbangan ini akan membantu pasukan mencapai
kejayaan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 203
LATIHAN 10.6
Soalan-soalan Esei
1. Terangkan dengan ringkas mengapa bilangan anggota dalam
pasukan perlu dikekalkan kecil.
2. Huraikan maksud kerja berpasukan dan beri komen anda mengapa
konsep ini semakin popular pada hari ini.
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1. Proses yang manakah merujuk kepada latihan kepada anggota
pasukan tentang cara untuk melaksanakan semua atau sebahagian
daripada tugas yang dilaksanakan oleh anggota-anggota lain?
A. Latihan silang
B. Perluasan kerja
C. Latihan mendatar
D. Pengayaan kerja
2. Yang manaka antara berikut BENAR mengenai ciri-ciri pasukan
berkualiti tinggi?
A. Mempunyai anggota dengan kemahiran teknikal yang
berkaitan dengan kerja.
B. Mempunyai bilangan anggota yang besar.
C. Mempunyai anggota yang mampu melakukan kerja secara
individu.
D. Mempunyai anggota yang suka melepak.
3. Mana antara berikut TIDAK boleh diguna pakai untuk pasukan?
A. Satu pasukan dengan bilangan anggota yang besar tidak akan
dapat menunjukkan prestasi yang baik.
B. Strategi organisasi mesti digubal menurut syarat-syarat
pasukan.
C. Pasukan diperlukan apabila matlamatnya jelas.
D. Satu pasukan akan menjadi lemah jika anggotanya menyekat
diri sendiri daripada mengambil bahagian dalam aktiviti
pasukan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
204 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
4. Apakah yang BENAR mengenai pasukan?
A. Satu pasukan adalah entiti yang sama dengan kumpulan.
B. Pasukan tidak boleh digunakan sekiranya sumber adalah terhad.
C. Pasukan separa autonomi memiliki lebih banyak kuasa
berbanding pasukan yang diuruskan sendiri.
D. Pasukan projek adalah sejenis pasukan yang paling sukar untuk
dibubarkan.
5. Dalam fasa pembangunan pasukan manakah berlakunya kadar
pusing ganti yang tinggi?
A. Pembentukan
B. Penyesuaian
C. Pembentukan Norma
D. Pelaksanaan
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)
1. Pasukan boleh membantu organisasi dalam meningkatkan kualiti
produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi.
2. Anggota pasukan dengan tingkah laku sekatan diri akan cuba
memastikan anggota lain tidak tahu tentang aktiviti mereka tetapi ini
tidak berlaku bagi mereka yang suka melepak.
3. Pasukan yang hanya boleh memberi nasihat dan cadangan tetapi
tidak berkuasa membuat keputusan dikenali sebagai pasukan
penglibatan pekerja.
4. Perpaduan pasukan dianggap tidak formal dari segi syarat atau
standard yang dipersetujui yang mengawal tingkah laku ahli
pasukan.
5. Satu pasukan besar terdiri daripada 15 hingga 20 orang anggota
dianggap pasukan yang baik kerana ia boleh menjana pelbagai jenis
pandangan dan pendapat.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN 205
Soalan Kes: Pengurusan Pasukan
1. Apakan masalah bagi senario di atas?
2. Apakah nasihat anda kepada ketua pasukannya?
Sebuah pasukan adalah satu entiti yang mampu untuk memberikan sinergi
ke arah pembangunan sesuatu organisasi.
Pasukan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Jika sebuah
pasukan itu dibentuk pada masa yang betul, kelebihannya mungkin
melangkaui kelemahannya.
Pembentukan pasukan mesti dilaksanakan dengan perancangan yang betul
untuk memaksimakan kelebihannya.
Pengetahuan tentang jenis-jenis pasukan dan memahami ciri-ciri pasukan
adalah sangat mustahak untuk tujuan ini.
Selain itu, organisasi juga perlu mempunyai pengetahuan berkenaan isu-isu
yang akan membantu ke arah pembentukan pasukan berprestasi tinggi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
206 TOPIK 10 MENGURUS PASUKAN
Gejala melepak Pembentukan norma semula
Kerjasama berpasukan Penyesuaian
Norma pasukan Penyesuaian semula
Pembentukan
Pembentukan norma Perpaduan pasukan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Inovasi dan
11 Perubahan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan kepentingan inovasi dalam organisasi;
2. Menerangkan cara-cara menguruskan inovasi dengan berkesan;
3. Membincangkan empat faktor yang menyebabkan perubahan dan
cara-cara menguruskan perubahan dalam organisasi; dan
4. Menerangkan halangan-halangan kepada perubahan dalam
organisasi dan cara-cara mengatasinya.
PENGENALAN
Bahagian ini akan bermula dengan membincangkan isu-isu yang berkaitan
dengan inovasi dalam organisasi. Inovasi dalam organisasi bermaksud kejayaan
dalam pelaksanaan idea kreatif dalam organisasi. Dari manakah datangnya idea?
Idea yang kreatif datang daripada kreativiti yang kemudiannya membuahkan
hasil yang berguna kepada organisasi. Inovasi boleh membawa banyak
kelebihan dan faedah kepada organisasi tetapi faedah utamanya adalah ia
mampu untuk mewujudkan dan mengekalkan kelebihan bersaing kepada
organisasi itu.
Bahagian kedua topik ini akan menerangkan perubahan dalam organisasi.
Perubahan organisasi bermaksud pengubahsuaian atau perubahan organisasi
dari satu struktur kualiti atau keadaan dalam bentuk yang lain dari masa ke
semasa. Organisasi perlu berubah disebabkan beberapa faktor; yang paling
penting ialah perubahan persekitaran. Bahagian ini akan menerangkan faktor-
faktor persekitaran yang mempengaruhi organisasi, sejauhmana perubahan
penting kepada sesebuah organisasi dan bagaimana untuk menguruskan
perubahan organisasi secara berkesan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
208 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
11.1 MENGAPAKAH INOVASI PENTING?
Terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu semasa membincangkan
mengenai inovasi. Berikut diterangkan perkara yang berkaitan dengan inovasi
dan dari ini kita akan tahu mengapa inovasi sangat penting kepada organisasi
pada masa kini.
AKTIVITI 11.1
Pada pendapat anda, dengan perkembangan pesat dalam teknologi
maklumat masa kini, sejauhmanakah inovasi memainkan peranan yang
penting dalam sesebuah organisasi? Bincangkan perkara ini dengan
rakan-rakan anda.
11.1.1 Kitaran Teknologi
Menurut Williams (2000), teknologi merujuk kepada pengetahuan, alat dan
peralatan, serta teknik-teknik dan kaedah yang digunakan untuk menukar input
kepada output. Kitaran teknologi bermula dengan penemuan teknologi baru
yang tertentu dan berakhir apabila teknologi tersebut mencapai had tertentu,
menjadi ketinggalan zaman dan digantikan dengan teknologi baru yang lebih
canggih. Keluk inovasi bentuk-S merupakan satu keluk yang mewakili kitaran
hayat teknologi.
Rajah 11.1: Carta kitaran hayat teknologi
Sumber: Williams, C. (2000). Management. Ohio: SouthWestern-Thomson Learning
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 209
Pada peringkat awal kewujudan teknologi (diwakili oleh titik A), masih terdapat
banyak lagi yang boleh dipelajari daripada teknologi dalam usaha untuk
membangunkannya, ini menyebabkan kemajuannya agak perlahan. Dari titik A
ke titik B, terdapat sedikit lengkuk yang menunjukkan peningkatan dalam usaha
(dalam bentuk kewangan, penyelidikan dan pembangunan) namun ia hanya
memberikan sedikit peningkatan dalam prestasi teknologi.
Apabila teknologi ini telah matang (ditunjukkan oleh titik B), para penyelidik
telah mengenal pasti cara-cara untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik
daripada teknologi tersebut. Keluk dari titik B ke titik C menunjukkan bahawa
dengan hanya sedikit suntikan usaha sudah cukup untuk meningkatkan prestasi
teknologi ke tahap yang memberangsangkan. Titik C menunjukkan bahawa
usaha tambahan dalam membangunkan teknologi itu hanya akan membuahkan
sedikit peningkatan sahaja dalam prestasi. Lebih penting lagi, titik C
menandakan bahawa teknologi telah mencapai tahap maksimum. Ini bermakna
bahawa usaha tambahan tidak lagi akan membawa sebarang manfaat atau
peningkatan prestasi teknologi tersebut.
Selepas teknologi telah mencapai had maksimum, iaitu pada akhir keluk S,
peningkatan dalam prestasi biasanya adalah dari teknologi baru atau terkini.
Keluk S yang kedua adalah keluk yang mewakili teknologi baru yang
menggantikan teknologi lama.
LATIHAN 11.1
Senaraikan fasa-fasa yang terlibat dalam kitaran hayat teknologi.
11.2 PENGURUSAN INOVASI
Inovasi perlu diuruskan dengan baik agar organisasi itu dapat menikmati
faedahnya. Jika tidak, ia tidak akan membawa sebarang manfaat, malah ia boleh
membawa kesan negatif kepada organisasi tersebut. Bahagian seterusnya akan
menerangkan kaedah-kaedah yang dilaksanakan dalam mengurus inovasi
sesebuah organisasi.
SEMAK KENDIRI 11.1
Mengapakah inovasi yang merupakan hasil daripada idea pekerja perlu
diurus dan ditadbirkan dengan betul?
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
210 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
11.2.1 Mengurus Sumber-sumber Inovasi
Inovasi bermula dengan kreativiti. Oleh itu, sesebuah organisasi perlu
mewujudkan persekitaran kerja yang kreatif untuk menjana kreativiti.
Persekitaran kerja yang kreatif bermaksud budaya di tempat kerja di mana
pekerja percaya bahawa idea-idea baru dinilai, dihargai dan digalakkan.
Terdapat lima faktor yang menggalakkan kreativiti di tempat kerja: kerja
mencabar; galakan daripada organisasi; galakan daripada penyelia; galakan
daripada kumpulan kerja; dan kebebasan (Williams, 2000).
Kerja akan menjadi mencabar apabila ia memerlukan kerja keras, tumpuan dan
perhatian, dan dilihat sebagai penting oleh orang lain dalam organisasi. Kerja
yang mencabar akan menggalakkan kreativiti kerana ia mampu memberi
pengalaman yang berharga kepada psikologi pelaksana. Apabila menerima kerja
yang mencabar, seseorang pekerja akan cuba memikirkan kaedah atau idea
yang boleh membantu dalam melaksanakan kerja tersebut. Kejayaan dalam
melaksanakan tugas yang mencabar akan memberi kepuasan kepada pekerja.
Persekitaran kerja yang kreatif memerlukan tiga jenis galakan, iaitu galakan
daripada organisasi, penyelia dan kumpulan kerja (rujuk Rajah 11.2).
Rajah 11.2: Faktor-faktor yang menggalakkan kreativiti di tempat kerja
(a) Galakan daripada Organisasi
Galakan daripada organisasi jelas kelihatan apabila pihak pengurusan
menggalakkan pengambilan risiko dan idea-idea baru, menyokong dan
membuat penilaian yang baik terhadap idea-idea tertentu, memberi
ganjaran dan pengiktirafan ke arah kreativiti dan menggalakkan
perkongsian idea-idea baru di antara jabatan dalam organisasi.
(b) Galakan daripada Penyelia
Galakan daripada penyelia atau pengurus adalah galakan yang diberikan
oleh orang-orang yang berada dalam rantaian arahan kepada seseorang
pekerja. Galakan seperti ini diberikan oleh pengurus untuk menggalakkan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 211
interaksi terbuka dengan orang bawahan dan menunjukkan sokongan
secara langsung ke arah pembangunan idea-idea baru.
(c) Galakan daripada Kumpulan Kerja
Galakan ini wujud apabila ahli-ahli kumpulan mempunyai kepelbagaian
dari segi pengalaman, pendidikan dan latar belakang dan ada sikap
terbuka dalam sumbangan dan perkongsian idea.
Sedikit kuasa diberikan kepada pekerja berkaitan dengan aktiviti-aktiviti
pekerjaan mereka. Penyerahan kuasa ini memberi ruang kepada mereka
untuk membuat keputusan. Dengan cara ini, pekerja dapat menghasilkan
idea yang berguna dalam membantu mereka melaksanakan kerja dengan
jayanya. Walau bagaimanapun, kawalan diperlukan untuk mengelakkan
isu yang tidak diingini. Sebagai contoh, pekerja mengambil peluang untuk
melakukan sesuatu yang negatif dengan kuasa yang diberikan.
LATIHAN 11.2
Daripada pemahaman anda, huraikan dengan ringkas perkara-perkara
berikut:
(a) Inovasi
(b) Teknologi
(c) Persekitaran kerja yang kreatif
11.3 PERUBAHAN DALAM ORGANISASI
Organisasi biasanya menghadapi dua jenis persekitaran: stabil dan dinamik.
Dalam masa kini, adalah hampir sukar untuk mencari satu persekitaran
perniagaan yang benar-benar stabil. Organisasi masa kini berdepan dengan
persekitaran yang dinamik di mana faktor-faktor persekitaran, sama ada secara
khusus atau am sentiasa berubah dengan cepat. Jika sesebuah organisasi itu
tidak mampu mengendalikan perubahan persekitaran, ia mempunyai peluang
yang tipis untuk mengekalkan kedudukannya dalam bidang perniagaan. Oleh
itu, organisasi perlu sentiasa memantau dan melihat kesan setiap perubahan.
Sebarang perubahan boleh membawa peluang atau ancaman bagi organisasi.
Disebabkan inilah organisasi perlu membuat perubahan. Apakah yang
dimaksudkan dengan perubahan organisasi?
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
212 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
Perubahan dalam organisasi adalah keperluan bagi sesebuah organisasi
untuk berubah dari satu keadaan kepada yang lain untuk mengambil peluang
atau mengelakkan ancaman akibat perubahan persekitaran dalam
mengekalkan kesinambungan organisasi.
11.3.1 Faktor-faktor yang Membawa kepada
Perubahan
Seperti yang anda tahu, organisasi masa kini menghadapi persekitaran yang
dinamik dan sentiasa berubah. Apakah faktor-faktor yang mendorong organisasi
ke arah perubahan? Salah satu faktor ialah perubahan dalam keadaan tenaga
kerja. Keadaan tenaga kerja pada masa kini memerlukan organisasi yang dapat
menyesuaikan dengan persekitaran yang pelbagai budaya. Ini adalah kerana
persekitaran semasa menyediakan kepelbagaian tenaga kerja, sama ada
kepelbagaian dari sudut yang jelas sehingga sesuatu yang hampir tidak dapat
dikesan. Oleh itu, dasar-dasar dan amalan sumber manusia mesti berubah untuk
menarik minat dan mengekalkan tenaga kerja yang pelbagai di samping cuba
untuk mengelakkan sebarang tindakan mahkamah.
Teknologi boleh dilihat sebagai salah satu faktor yang boleh mengubah cara kerja
dan organisasi itu sendiri. Sebagai contoh, penggunaan komputer sebagai salah
satu alat dalam memantau dan mengawal pekerja menyebabkan kawalan
seorang pengurus menjadi lebih luas dan struktur organisasi menjadi lebih
terbuka. Kecanggihan teknologi maklumat menyebabkan organisasi menjadi
lebih peka. Akibatnya, beberapa organisasi kini boleh membangunkan,
mengeluarkan dan mengedarkan produk dengan lebih cepat berbanding
sebelumnya.
SEMAK KENDIRI 11.2
Pada pandangan anda, apakah cara-cara untuk membuat perubahan
dalam moral dan sikap pekerja dalam bidang kerja mereka?
Bermula dari awal tahun 1970-an, kebanyakan organisasi di dunia terjejas akibat
kenaikan harga petroleum dunia. Contoh paling jelas ialah apabila kegawatan
ekonomi berlaku di Malaysia di sekitar pertengahan tahun 1997. Nilai ringgit
jatuh, yang membawa kepada kejatuhan bursa saham dan paling ketara adalah
kejatuhan beberapa industri di negara ini. Ia adalah kesan kejatuhan dalam nilai
ringgit yang juga menyebabkan Malaysia kehilangan daya saing di pasaran
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 213
antarabangsa dan kemudiannya memaksa kerajaan untuk menambat ringgit
kepada dolar Amerika Syarikat (USA). Selain itu, kadar faedah pinjaman yang
telah meningkat secara beransur-ansur memaksa banyak organisasi untuk
memberhentikan pekerja-pekerja mereka dan lebih teruk, sebahagian daripada
mereka terpaksa menutup perniagaan. Daripada contoh di atas, adalah jelas
ekonomi juga merupakan salah satu faktor mengapa sesebuah organisasi perlu
berubah.
Persaingan juga menyebabkan perubahan terutama dalam aspek kuantiti dan
kualiti. Akibat perdagangan global, persaingan bukan sahaja datang dari dalam
negara tetapi juga melibatkan organisasi luar negara. Persaingan bukan sahaja
melibatkan organisasi dalam industri yang sama tetapi juga dalam industri lain.
Disebabkan persaingan ini, organisasi perlu mengekalkan kewujudan mereka
daripada ancaman persaingan. Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang
dapat menyesuaikan diri dengan arus persaingan. Mereka cepat dan mampu
membangunkan produk dan perkhidmatan baru dan menjualnya di pasaran.
Organisasi perlu menyesuaikan diri kepada aliran sosial. Perubahan dalam
aliran sosial boleh mengubah cita rasa dan kehendak pelanggan.
Perubahan ini pasti akan mengubah tahap permintaan terhadap produk dan
perkhidmatan organisasi. Bukan itu sahaja, produk dan perkhidmatan yang
pada awalnya mempunyai permintaan yang tinggi akan menjadi ketinggalan
zaman kerana perubahan ini. Oleh itu, organisasi perlu membuat perubahan
untuk menyesuaikan diri dengan aliran sosial yang terkini.
Sebuah organisasi boleh dipengaruhi oleh keadaan politik dalaman dan juga
luar negara. Jika terdapat sebarang perubahan dalam kerajaan di sesebuah
negara, ia akan menyebabkan perubahan dari segi peraturan perniagaan dan
juga undang-undang negara tersebut.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
214 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
Jadual 11.1: Faktor-faktor Perubahan dan Kesannya
Faktor Perubahan Contoh-contoh
Keadaan tenaga kerja
Teknologi Peningkatan bilangan pekerja profesional
Ekonomi Penambahan kos tenaga kerja
Persaingan
Carta aliran sosial Penggunaan komputer dan automasi
Politik Program TQM
Peningkatan kadar faedah
Krisis nilai mata wang
Saingan global
Penggabungan dan pengambilalihan
Peningkatan kumpulan yang berpendidikan
Perubahan dalam cita rasa
Kejatuhan negara-negara komunis
Pertukaran kerajaan
AKTIVITI 11.2
Peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Malaysia kepada timbalannya
menyebabkan pelabur asing di Malaysia terkejut dan bimbang. Adakah
ini baik untuk negara? Bincangkan.
LATIHAN 11.3
Selain daripada contoh yang diberikan di dalam Jadual 11.1, beri satu
contoh bagi setiap jenis faktor perubahan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 215
11.4 MENGURUS PERUBAHAN
Memulakan perubahan merujuk kepada melaksanakan sesuatu dengan
menggunakan cara dan kaedah baru berbanding sebelumnya. Membuat
perubahan dalam organisasi tanpa sebarang perancangan boleh membawa
kepada kemusnahan organisasi tersebut. Oleh itu, organisasi perlu membuat
perubahan yang dirancang. Perubahan yang dirancang bermaksud mengubah
aktiviti-aktiviti yang perlu dan yang dikehendaki dan perubahan ini perlu
berorientasikan matlamat.
SEMAK KENDIRI 11.3
Apakah pandangan anda mengenai perbezaan di antara perubahan
yang dirancang dengan perubahan yang dilaksanakan tanpa
perancangan yang betul?
Menurut Robbin (1998), terdapat dua matlamat perubahan, iaitu:
(a) Untuk meningkatkan keupayaan organisasi dalam menerima cabaran dan
perubahan dalam persekitaran; dan
(b) Untuk mengubah tingkah laku individu dalam organisasi.
Jika sesebuah organisasi ingin kekal dalam perniagaan, ia mesti bertindak balas
kepada perubahan dalam persekitaran. Apabila pesaing mengeluarkan produk
dan perkhidmatan baru, kerajaan akan mula melaksanakan undang-undang
baru, bekalan sumber menjadi terhad dan sebarang perubahan lain yang berlaku,
organisasi mesti berupaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
Menjana inovasi, memberi kuasa kepada pekerja dan memperkenalkan kerja
berpasukan merupakan antara contoh aktiviti perubahan yang dirancang sebagai
respons terhadap perubahan dalam persekitaran.
Memandangkan kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kecekapan
dan keberkesanan pekerja, perubahan yang dirancang juga melibatkan
perubahan tingkah laku individu atau kumpulan dalam sesebuah organisasi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
216 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
Dalam melaksanakan perubahan dalam organisasi, terdapat dua jenis perubahan,
iaitu:
(a) Perubahan peringkat pertama; dan
(b) Perubahan peringkat kedua.
Perubahan peringkat pertama adalah perubahan linear, bersifat beransur-ansur
dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Perubahan ini dibuat tanpa
sebarang perubahan ketara dalam struktur asas organisasi. Ia juga dilakukan
sedemikian sekiranya tiada tekanan yang kuat daripada persekitaran. Selain itu,
jika organisasi mempunyai budaya yang kuat, perubahan perlu dilaksanakan
secara perlahan dan secara berperingkat-peringkat.
Perubahan peringkat kedua adalah perubahan yang bersifat radikal,
multidimensi dan bertingkat. Perubahan jenis ini memerlukan tahap kepimpinan
yang tinggi dalam usaha merealisasikan perubahan. Ia berlaku apabila terdapat
tekanan yang kuat daripada persekitaran yang mengganggu kewujudan
organisasi. Ia memaksa organisasi untuk membuat perubahan yang mendadak.
AKTIVITI 11.3
Adakah anda bersetuju bahawa perubahan peringkat kedua
memerlukan seseorang yang berkarisma dan mempunyai visi yang jelas
untuk memastikan kesinambungan sesebuah organisasi? Nyatakan
alasan anda.
Kita telah bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan perubahan yang
dirancang, objektif dan jenis perubahan yang boleh berlaku dalam sesebuah
organisasi. Kini apa yang menjadi persoalan adalah siapakah yang akan
bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti-aktiviti perubahan dalam
organisasi. Jawapannya adalah ejen perubahan. Sesiapa sahaja boleh menjadi
ejen perubahan ă pengurus, bukan pengurus, pekerja atau perunding luar.
Dalam usaha untuk membuat perubahan yang ketara dalam organisasi, pihak
pengurusan lebih cenderung menggunakan perunding luar yang mempunyai
lebih pengetahuan mengenai teori dan kaedah perubahan.
LATIHAN 11.4
Cuba terangkan dengan ringkas dua jenis perubahan dalam sesebuah
organisasi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 217
11.4.1 Aspek-aspek yang Boleh Diubah oleh Ejen
Perubahan
Terdapat beberapa aspek dalam organisasi yang boleh diubah oleh ejen
perubahan, iaitu strukur, teknologi, susun atur fizikal dan pekerja (rujuk
Rajah 11.3).
Rajah 11.3: Aspek-aspek yang boleh diubah oleh ejen perubahan
(a) Perubahan Struktur
Struktur bagi sesebuah organisasi bukan sesuatu yang mutlak. Struktur
mesti berubah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
Oleh itu, ejen perubahan mungkin perlu untuk mengubah struktur
organisasi itu sekiranya perlu.
Struktur organisasi menjelaskan kaedah pembahagian kerja, digabungkan
dan diselaraskan. Ejen perubahan boleh mengubah satu atau lebih elemen
penting dalam mereka bentuk organisasi. Sebagai contoh, meluaskan
jangka kawalan, menggabungkan tanggungjawab jabatan dan lain-lain.
Peraturan dan prosedur boleh dilaksanakan untuk meningkatkan standard
atau tahap pengagihan boleh ditingkatkan agar mempercepatkan proses
membuat keputusan.
Ejen perubahan boleh memperkenalkan pengubahsuaian ketara dalam reka
bentuk sebenar organisasi. Ini termasuk perubahan bentuk daripada
struktur yang mudah kepada struktur berasaskan pasukan atau dalam erti
kata lain, mengubah bentuk penjabatanan. Ejen perubahan juga boleh
mereka bentuk semula kerja dan jadual kerja. Satu lagi contoh adalah
pengubahsuaian sistem ganjaran untuk pekerja. Motivasi boleh
ditingkatkan dengan membuat penambahbaikan dalam sistem ganjaran
pekerja. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan sistem bonus
berdasarkan prestasi dan perkongsian keuntungan antara organisasi dan
pekerja.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
218 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
AKTIVITI 11.4
„Perubahan dalam struktur organisasi boleh menaikkan moral staf.‰
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Berikan alasan-alasan
anda.
(b) Perubahan Teknologi
Teknologi adalah satu lagi aspek dalam organisasi yang boleh ditukar atau
diubah suai oleh ejen perubahan. Kini, perubahan dalam persekitaran
teknologi melibatkan pengenalan kepada alat, peralatan atau kaedah yang
boleh menjadi automasi atau pengkomputeran baru. Faktor persaingan
atau inovasi dalam industri memerlukan ejen perubahan untuk
memperkenalkan alat, peralatan dan kaedah operasi yang baru.
Untuk mengekalkan kesinambungan organisasi, pengenalan teknologi baru
akan dapat membantu organisasi dalam mempercepatkan pembangunan
dan pengedaran produk kepada pelanggan. Ia juga boleh membantu
membina daya saing organisasi. Penggunaan teknologi ini
juga boleh memastikan kemampuan dan keberkesanan organisasi dalam
industri.
AKTIVITI 11.5
Perubahan dalam teknologi yang tertentu dalam sebuah organisasi akan
membawa kepada risiko yang sangat tinggi. Apakah faktor-faktor yang
mesti dipertimbangkan untuk meminimakan risiko tersebut?
(c) Perubahan Susun Atur Fizikal
Susun atur fizikal terdiri daripada ruang dan susunan alat, peralatan dan
perkara lain di tempat kerja. Susun atur fizikal ini boleh mempengaruhi
produktiviti kerja, kecekapan dan keberkesanan pekerja. Sebagai contoh,
menghapuskan dinding atau sekatan atau mewujudkan kawasan ruang
kerja yang terbuka di tempat kerja akan memudahkan komunikasi di
kalangan pekerja. Sebagai contoh, pihak pengurusan juga boleh menukar
kuantiti atau jenis pencahayaan, tahap haba dan sejuk, tahap bunyi,
kebersihan tempat kerja dan juga dimensi reka bentuk dalaman seperti
perabot, hiasan dan warna.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 219
(d) Perubahan Pekerja
Aspek terakhir yang boleh diubah oleh ejen perubahan adalah pekerja. Ejen
perubahan boleh membantu individu atau kumpulan dalam sesebuah
organisasi untuk bekerja dengan lebih cekap. Ini melibatkan perubahan
sikap dan tingkah laku ahli-ahli organisasi melalui komunikasi, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.
AKTIVITI 11.6
Adakah anda bersetuju jika beberapa siri latihan pembangunan bagi
golongan pekerja diadakan membantu mereka memperoleh kemahiran
dan pendedahan baru dalam teknologi baru? Bincangkan dengan rakan-
rakan.
LATIHAN 11.5
Senaraikan aspek-aspek organisasi yang boleh diubah oleh ejen perubahan.
11.5 HALANGAN KEPADA PERUBAHAN
Apabila perubahan diperlukan, ia akan melibatkan organisasi dan ahli-ahlinya.
Berdasarkan pengalaman lalu, jika perubahan berlaku, kita tidak dapat mengelak
daripada pelbagai jenis halangan kepada perubahan. Dalam kes ini, organisasi
akan berhadapan dengan halangan perubahan daripada dua pihak: individu
(pekerja) dan organisasi itu sendiri. Berikut adalah penjelasan mengenai sumber
halangan daripada kedua belah pihak.
AKTIVITI 11.7
Perubahan kerap memberi implikasi yang baik dan buruk kepada
sesebuah organisasi. Pada pendapat anda, apakah halangan yang paling
sukar untuk diubah? Bincangkan dengan rakan-rakan anda.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
220 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
11.5.1 Halangan Secara Individu
Sumber yang menghalang perubahan individu datangnya daripada ciri-ciri asas
manusia sendiri, seperti tanggapan, personaliti dan keperluan. Berikut adalah
lima sebab mengapa individu menentang perubahan.
Salah satu sebab adalah tabiat manusia. Tabiat adalah tingkah laku individu dari
masa ke semasa. Ketidakupayaan individu untuk melakukan tabiat (misalnya,
meminum kopi sebelum menjalankan tugas) akan mengakibatkan individu itu
berasa tidak selesa atau bimbang. Individu tersebut merasakan bahawa jika
perubahan dibuat, maka dia tidak lagi boleh memenuhi tabiatnya. Selain itu,
individu berasa bimbang terhadap perubahan kerana takut ia akan menjejaskan
keselamatan pekerjaannya. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi
memperkenalkan penggunaan peralatan robotik dalam proses pengeluaran,
individu akan merasakan kerjanya tidak lagi selamat.
Ekonomi merupakan salah satu faktor yang menyebabkan individu menentang
perubahan. Individu mempunyai andaian bahawa perubahan akan menjejaskan
pendapatannya. Perubahan dalam aktiviti kerja atau pembangunan rutin kerja
baru boleh menimbulkan perasaan takut dalam individu. Individu menjadi
bimbang jika ia tidak mampu melaksanakan kerja mengikut standard yang baru,
terutamanya jika bayaran gaji dibuat berdasarkan produktiviti.
Selain itu, kebimbangan terhadap sesuatu yang tidak diketahui boleh
menyebabkan individu menolak perubahan. Mereka tidak pasti sama ada boleh
melakukannya dengan pendekatan baru. Ini menyebabkan individu banyak
memikirkan aspek-aspek negatif mengenai perubahan.
Selain daripada itu, sebab yang menyumbang kepada halangan perubahan
adalah sifat memilih dalam memproses maklumat. Individu hanya mahu
mendengar dan memproses maklumat yang ia kehendaki atau maklumat yang
sama dengan andaiannya. Apabila keadaan ini berlaku, individu biasanya
cenderung untuk mempunyai fikiran negatif.
11.5.2 Halangan Organisasi
Terdapat beberapa sumber yang telah dikenal pasti sebagai halangan organisasi.
Organisasi biasanya mempunyai mekanisme dalaman yang mampu
menyediakan kestabilan. Apabila sesebuah organisasi memerlukan perubahan,
ia bimbang kestabilan yang dirasai selama ini akan terjejas. Keadaan ini
dipanggil inersia struktur.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 221
Sekatan fokus perubahan merujuk kepada keadaan di mana sesebuah organisasi
membuat perubahan pada sub-sistem tertentu sahaja. Sebuah organisasi
terbentuk daripada gabungan sub-sistem yang saling bergantung. Oleh itu,
pengubahsuaian tidak boleh dibuat ke atas satu sub-sistem tanpa melibatkan
sub-sistem yang lain. Jika perubahan dibuat ke atas satu sub-sistem sahaja,
perubahan ini mungkin tidak boleh diterima dan tidak berjaya.
Kumpulan inersia merupakan salah satu sumber halangan organisasi. Ia adalah
inersia dalam bentuk kumpulan yang mewujudkan halangan ke arah perubahan.
Sebagai contoh, individu bersetuju untuk menerima perubahan yang akan dibuat
tetapi kesatuan pekerja tidak mahu sebarang perubahan. Akibatnya, individu
tersebut terpaksa menentang perubahan. Ini disebut sebagai inersia kumpulan.
Perubahan organisasi boleh menjadi ancaman kepada kepakaran kumpulan
tertentu. Kumpulan ini bimbang jika perubahan berlaku, kepakarannya mungkin
tidak lagi diperlukan dan ini akan menjejaskan keselamatan pekerjaannya. Selain
itu, perubahan juga dilihat sebagai satu ancaman kepada sesetengah kumpulan
yang berkuasa. Sebagai contoh, pengenalan penglibatan dalam membuat
keputusan dan pembentukan kerja berpasukan yang diurus sendiri adalah jenis
perubahan yang boleh mengancam kuasa pengurus.
Selain daripada itu, perubahan juga dianggap sebagai ancaman kepada
peruntukan sumber yang sedia ada. Sesetengah kumpulan dalam organisasi
yang mempunyai kawalan ke atas sumber biasanya melihat perubahan sebagai
ancaman kepada kedudukan mereka. Ini kerana mereka bimbang perubahan
akan mengakibatkan kekurangan atau kerugian sumber yang telah dinikmati
selama ini.
SEMAK KENDIRI 11.4
Senaraikan perbezaan antara halangan secara individu dengan halangan
daripada organisasi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
222 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
11.6 MENGATASI HALANGAN KEPADA
PERUBAHAN
Terdapat enam taktik yang boleh dilaksanakan oleh ejen perubahan untuk
mengatasi halangan kepada perubahan.
(a) Komunikasi dan Pembelajaran
Halangan boleh dikurangkan melalui komunikasi dengan pekerja bagi
membantu mereka melihat perubahan tertentu secara logik Taktik ini
berdasarkan andaian bahawa sumber halangan adalah disebabkan
mendapat maklumat yang salah atau mentafsir maklumat dengan cara
yang salah atau melalui keadaan komunikasi yang teruk. Taktik ini
digunakan untuk memberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai
perubahan dimana ia boleh membantu dalam mengurangkan halangan.
Komunikasi boleh dilaksanakan melalui perbincangan bersemuka, memo,
pembentangan kumpulan atau laporan.
(b) Penglibatan
Taktik ini menganggap adalah sukar bagi seseorang untuk menentang
perubahan jika dia sendiri terlibat dalam usaha dan aktiviti perubahan.
Penglibatan akan menyebabkan pihak yang terlibat menyumbang
kepakaran mereka dan ini akan mengurangkan halangan. Bukan itu sahaja,
komitmen juga boleh diperoleh dan ini akan membolehkan peningkatan
kualiti dalam perubahan.
(c) Kemudahan dan Sokongan
Ejen perubahan juga boleh menawarkan kemudahan dan sokongan untuk
mengurangkan halangan. Apabila pekerja berada dalam keadaan bimbang
dan risau, maka perkhidmatan kaunseling dan terapi, latihan kemahiran
baru atau cuti berbayar adalah antara kemudahan dan sokongan yang
boleh diberikan kepada pekerja.
(d) Rundingan
Ejen perubahan juga boleh mengatasi halangan perubahan dengan
membuat pertukaran bernilai untuk mengurangkan halangan. Sebagai
contoh, jika halangan datang dari beberapa individu yang mempunyai
kuasa, pakej ganjaran boleh digunakan sebagai bahan rundingan. Selain
itu, pakej ganjaran dan tawaran akan dapat memenuhi kehendak individu.
Taktik perundingan adalah yang paling sesuai apabila halangan perubahan
disebabkan oleh individu yang berkuasa dalam organisasi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 223
(e) Manipulasi dan Ko-optasi
Manipulasi merujuk kepada usaha mengubah pendirian seseorang.
Meminda atau mengubah fakta untuk membuatkannya menarik, menyekat
maklumat yang tidak baik dan mewujudkan khabar angin merupakan
beberapa cara untuk mendapat persetujuan pekerja. Ko-optasi adalah
gabungan manipulasi dan penglibatan. Ko-optasi merupakan percubaan
untuk „membeli‰ pemimpin kumpulan yang menyebabkan halangan
dengan memberi pemimpin-pemimpin ini peranan penting dalam
membuat keputusan perubahan. Nasihat daripada pemimpin-pemimpin
ini diperlukan, bukan untuk mencari penyelesaian terbaik tetapi sebagai
pengesahan. Dengan „membeli‰ pemimpin-pemimpin ini dan mengubah
pendirian mereka, secara tidak langsung ia juga akan mengubah persepsi
dan pendirian pengikut-pengikut mereka.
(f) Kuasa
Ini adalah taktik terakhir yang boleh dilaksanakan oleh ejen perubahan.
Ini adalah satu aplikasi yang menggunakan ancaman terhadap orang
yang menjadi penghalang. Sebagai contoh, pemindahan ke jabatan lain,
kehilangan peluang naik pangkat dan penilaian prestasi yang buruk
adalah antara ancaman yang dikenakan terhadap orang yang tidak mahu
mematuhi perubahan yang akan dibuat.
SEMAK KENDIRI 11.5
Jika anda adalah seorang pengurus besar dalam sebuah organisasi,
apakah faktor-faktor yang diperlukan untuk mengatasi halangan
terhadap perubahan?
LATIHAN 11.6
Apakah perbezaan antara perundingan, ko-optasi dengan kuasa?
11.7 CARA-CARA MENGURUS PERUBAHAN
Perubahan yang dibuat oleh organisasi tertentu harus diuruskan dengan
sempurna supaya tiada sebarang perkara negatif berlaku terutamanya daripada
kumpulan yang menghalang perubahan. Perubahan boleh diuruskan dengan
menggunakan beberapa cara:
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
224 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
(a) Pembubaran: Merujuk kepada, memastikan individu yang terlibat dengan
perubahan mempercayai akan perlunya perubahan ini.
(b) Campur tangan perubahan: Proses yang digunakan terhadap pekerja dan
pengurus untuk mengubah tingkah laku dan amalan kerja mereka.
(c) Pembekuan: Merujuk kepada, menyokong dan mengukuhkan perubahan-
perubahan yang telah berjaya dijalankan untuk meneruskan perubahan
tersebut.
Jadual 11.2 menerangkan beberapa cadangan oleh Kurt Lewin yang boleh
digunakan oleh pengurus apabila terdapat kumpulan yang menghalang
perubahan.
Jadual 11.2: Perkara yang Perlu Dibuat Apabila Pekerja Menjadi Halangan kepada
Perubahan
Pembubaran Perubahan Pembekuan
Berkongsi pendapat Menerangkan manfaat Pengurusan pihak
yang boleh diperoleh atasan perlu memberi
dengan pekerja daripada perubahan. sokongan dengan
menyediakan mesej
tentang mengapa Mengenal pasti golongan dan sumber secara
individu yang dihormati konsisten.
perubahan diperlukan. dalam organisasi untuk
menguruskan usaha- Maklumkan kepada
Menunjukkan simpati usaha perubahan. semua pekerja tentang
di mana dan bila
kepada pengurus dan Membenarkan individu perubahan itu berjaya
menerima kesan yang dilaksanakan.
pekerja atas kesukaran sesuai daripada
perubahan, misalnya Menawarkan
yang dihadapi akibat semasa pekerja sibuk kaunseling atau
menjalankan tugas. perkhidmatan lain
perubahan. yang boleh membantu
Sekiranya boleh, pastikan pekerja mengatasi
Berkomunikasi tentang tiada pekerja tekanan akibat
perubahan dalam diberhentikan demi perubahan.
konteks yang mudah, mengurangkan
jelas, dalam bentuk kegelisahan yang timbul
lisan dan penulisan akibat perubahan.
secara meluas.
Menawarkan latihan
untuk memastikan
pekerja yakin dan
berkeupayaan untuk
melaksanakan keperluan
tugas baru.
Sumber: Williams, C. (2000)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 225
AKTIVITI 11.8
Apakah kepentingan dalam menguruskan perubahan tertentu yang
ingin dilakukan oleh sebuah organisasi? Bincangkan dengan rakan-rakan
anda.
LATIHAN 11.7
Berikan huraian ringkas tentang teori yang dicadangkan oleh Kurt Lewin.
LATIHAN 11.8
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1. Manakah antara berikut BUKAN kaedah yang dicadangkan untuk
mengurus halangan kepada perubahan?
A. Pendidikan dan komunikasi
B. Penyertaan
C. Ujian
D. Perundingan
2. Pada peringkat mana dalam keluk inovasi bentuk-S menunjukkan
usaha yang sedikit akan membawa kemajuan yang jelas dalam
prestasi teknologi?
A. Peringkat awal kitaran
B. Peringkat pertengahan kitaran
C. Peringkat akhir kitaran
D. Peringkat awal dan akhir kitaran
3. Antara berikut, taktik manakah yang menggunakan ancaman
terhadap pekerja yang menjadi penghalang kepada perubahan?
A. Perundingan
B. Manipulasi
C. Ko-optasi
D. Kuasa
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
226 TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN
4. Kaedah „membeli‰ pemimpin kumpulan yang menyebabkan halangan
merujuk kepada?
A. Perundingan
B. Kuasa
C. Ko-optasi
D. Penglibatan
5. „Perubahan secara semula jadinya adalah radikal, pelbagai dimensi
dan peringkat‰ merujuk kepada peringkat perubahan yang mana?
A. Keempat
B. Ketiga
C. Kedua
D. Pertama
Soalan Kes: Inovasi
1. Apakah maksud inovasi?
2. Apakah faktor-faktor yang menggalakkan inovasi dalam organisasi?
3. Apakah halangan-halangan kepada perubahan?
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 INOVASI DAN PERUBAHAN 227
Inovasi membantu organisasi membangunkan kelebihan saingannya yang
tersendiri.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap organisasi untuk mewujudkan
persekitaran kerja yang kreatif untuk menggalakkan kemunculan idea-idea
yang kreatif daripada sumber manusianya.
Idea-idea kreatif menolong organisasi menemui teknologi baru.
Demi menjamin kesinambungan sebuah organisasi, perubahan perlu dibuat
dari masa ke semasa agar ia boleh selari dengan perubahan dalam
persekitaran perniagaan.
Perubahan organisasi mestilah dirancang sebaik mungkin agar ia memberi
manfaat dan bukan kemudaratan kepada organisasi.
Campurtangan perubahan Kreativiti
Galakan Manipulasi
Inovasi bentuk-S Pembekuan
Ko-optasi Pembubaran
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
228 JAWAPAN
Jawapan
TOPIK 1: APAKAH ITU PENGURUSAN?
Latihan 1.1
1. Perancangan ialah menetapkan dan menentukan objektif yang perlu
dicapai untuk masa depan dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai
objektif.
Pengorganisasian ialah sekumpulan aktiviti, menyelaras tugas dan
menyusun sumber manusia untuk melaksanakan tugas.
Kepimpinan ialah satu seni mengarah dan menyalurkan tingkah laku
manusia dengan tujuan mencapai semua objektif yang ditentukan.
Pengawalan merujuk kepada penilaian prestasi untuk semua objektif yang
telah ditetapkan demi menentukan sebab-sebab ia melencong dan
mengambil tindakan sewajarnya bila perlu.
Latihan 1.2
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)
1. P
2. P
3. B
4. B
5. B
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1. D
2. B
3. A
4. C
5B
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
JAWAPAN 229
TOPIK 2: PERANCANGAN
Latihan 2.1
Soalan Esei
1. Perancangan sekali guna merupakan perancangan yang dibuat untuk
memenuhi satu matlamat sahaja.
Perancangan tetap adalah perancangan yang dibuat untuk mengurus
keadaan yang sering berulang dalam sebuah organisasi.
Latihan 2.2
Soalan Esei
Antara kelemahan-kelemahan perancangan adalah:
(a) Ia mengekang perubahan dan penyesuaian dalam sesebuah organisasi.
(b) Satu ramalan yang salah akan mengakibatkan perancangan yang salah.
(c) Pemisahan antara perancang dan pelaksana akan menyebabkan
perancangan menjadi tidak berkesan.
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1. C
2. C
3. D
4. C
5. B
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)
1. B
2. B
3. P
4. P
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
230 JAWAPAN
TOPIK 3: PEMBUATAN KEPUTUSAN
Latihan 3.1
1. Keadaan Kepastian
Keadaan di mana pembuat keputusan mempunyai maklumat yang lengkap
untuk membantunya membuat keputusan. Dengan maklumat lengkap ini,
pembuat keputusan akan dapat mengetahui dengan pasti keputusan yang
akan dihasilkan daripada setiap keputusan alternatif dan kemudian
memilih alternatif yang akan membawa hasil yang paling optimum untuk
dilaksanakan.
Keadaan Ketidakpastian
Keadaan di mana pembuat keputusan tidak mempunyai sebarang
maklumat yang perlu digunakan dalam membantu beliau membuat
keputusan. Oleh itu, keputusan yang dibuat bergantung kebanyakannya
kepada pengalaman dan pertimbangan pembuat keputusan.
Keadaan Berisiko
Dalam keadaan ini, pembuat keputusan mempunyai maklumat yang
diperlukan untuk membuat keputusan tetapi maklumat tidak lengkap dan
tidak mencukupi. Oleh itu, keputusan yang dihasilkan daripada setiap
alternatif kepada keputusan tidak dapat diramalkan dengan pasti.
Latihan 3.2
1. Kerasionalan terbatas ialah di mana pembuatan keputusan terbatas oleh
masalah tertentu seperti sumber terhad, maklumat terlebih, masalah
ingatan dan masalah kepakaran bagi pembuat keputusan.
Kesilapan biasa dalam pembuatan keputusan ialah pembuat keputusan
yang berat sebelah atau membuat keputusan berdasarkan intuisi semata-
mata tanpa mengambil kira fakta yang sedia ada.
Pembuatan keputusan dalam persekitaran yang berisiko akan menghadkan
pembuatan keputusan yang rasional. Ini disebabkan oleh maklumat yang
tidak lengkap maka tidak akan menghasilkan keputusan yang terbaik.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
JAWAPAN 231
Latihan 3.3
1. Pembuatan keputusan boleh diperbaiki menerusi kaedah-kaedah berikut
dalam proses pembuatan keputusan:
(a) Melaksanakan peraturan-peraturan pembuatan keputusan iaitu
peraturan keutamaan dan peraturan syarat minimum;
(b) Melaksanakan ujian pembolehubah; dan
(c) Membuat keputusan dalam kumpulan.
Latihan 3.4
1. Terdapat dua kelebihan sumbangsaran elektronik berbanding
sumbangsaran bersemuka:
(a) Anggota kumpulan boleh menyatakan idea masing-masing tanpa
perlu menunggu giliran untuk memberi pendapat mereka.
(b) Dapat mengelakkan rasa malu atau rendah diri jika cadangan ditolak
kerana identiti penyumbang tidak dipaparkan pada skrin komputer.
Latihan 3.5
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1. A
2. C
3. D
4. C
5. C
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)
1. P
2. B
3. P
4. P
5. B
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
232 JAWAPAN
TOPIK 4: REKA BENTUK ORGANISASI
Latihan 4.1
Faktor-faktor berikut boleh mempengaruhi struktur organisasi:
(a) Strategi organisasi
(b) Saiz organisasi
(c) Teknologi
(d) Persekitaran
Latihan 4.2
1. (a) Penjabatanan Fungsian
Penjabatanan jenis ini ialah di mana kerja dan pekerja dibahagikan
kepada unit berlainan yang bertanggungjawab terhadap fungsi
perniagaan atau bidang kepakaran tertentu.
Kelebihan
Penjabatanan fungsian boleh mengelakkan pertindihan kerja dan
penggunaan sumber dalam organisasi.
Kelemahan
Penjabatanan seperti ini boleh melambatkan proses pembuatan
keputusan dan menghasilkan pengurus dan pekerja dengan
pengalaman dan kepakaran yang terhad.
(b) Penjabatanan Geografi
Penjabatanan ini menyelaras kerja dan pekerja ke dalam unit
berlainan yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan di
lokasi geografi tertentu.
Kelebihan
Kelebihannya ialah ia membantu organisasi bertindak lebih pantas
dan cekap terhadap permintaan dalam pasaran tertentu di bawah
jabatan tertentu.
Kelemahan
Penjabatanan ini boleh menyebabkan pertindihan kerja dan
penggunaan sumber dalam organisasi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
JAWAPAN 233
Latihan 4.3
1. (a) Rantaian Arahan
Rantaian arahan menerangkan siapa melapor kepada siapa dalam
sesebuah organisasi. Di sini, individu di peringkat atas adalah lebih
berkuasa berbanding individu di peringkat bawah. Rantaian arahan
juga menunjukkan aliran arahan atau autoriti dalam organisasi.
(b) Perbezaan antara Autoriti Lini dengan Fungsi Lini
Autoriti lini berhak membuat keputusan dan memberi arahan kepada
pekerja di bawahnya atau subordinat berdasarkan rantaian arahan
organisasi tersebut. Manakala fungsi lini pula bermaksud satu aktiviti
yang menyumbang secara langsung kepada pengeluaran dan
penjualan produk dan perkhidmatan organisasi kepada pengguna.
(c) Jangkauan Kawalan
Jangkauan kawalan merujuk kepada bilangan pekerja atau
subordinat yang melapor terus kepada seorang pengurus atau
penyelia.
Latihan 4.4
1. (a) Perluasan Kerja
Perluasan kerja bermakna penambahan aktiviti atau tugas dalam satu
bidang kerja.
(b) Pengayaan Kerja
Melibatkan peningkatan dalam bilangan tugasan dalam aktiviti dan
memberi kuasa pekerja dan kawalan dalam membuat keputusan yang
berkaitan dengan kerja mereka.
(c) Pusingan Kerja
Pusingan kerja bermakna melibatkan peningkatan dalam bilangan
tugasan dalam aktiviti dan memberi kuasa pekerja dan kawalan
dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan kerja mereka.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)