JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM
PULAU PINANG 2020
MODUL SUKSES SEJARAH 940/2 (PENGGAL 2) SEKTOR
SEJARAH ISLAM (500 -1918)
PENYELARAS: ENCIK KHAIROL FAIZAL BIN ABDULLAH
(PENOLONG PENGARAH UNIT SAINS SOSIAL,
PEMBELAJARAN, JPN PULAU PINANG)
JU PULAU PINANG: PN HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH
(Dari kiri (duduk) En. Syaiful Sazwan, En. Azman, En. Hasbullah, En. Azahar, En. Sharul
Nizam, Pn. Halijah, Pn. Zainon, Pn. Sakinah, Pn. Noor Aishah, En. Sokri, En. Yee Teik Huat,
En. Shanmuganathan (bertukar), En. Kesavan, En. Yeoh Hup Theam.
Dari kiri (berdiri) Pn. Fuzaiti, Pn. Siti Hajar, Pn. Aniza, Pn. Faridah, Pn. Ainon Rosmanira,
Pn. Vimala, Pn. Maizatul Fadzillah, Pn. Nor Aini, Pn. Noridah, Pn. Saadiah, Pn. Sofiah, Pn.
Shalini, Pn. Norizan, Cik. Balqis, Pn. Zati Masturah, Pn. Chan Eit Fong, Pn. Annie Wong
Yun Fui, Pn. Suriyani, Pn. Fauziah, Pn. Noorhayati, Pn. Rafidah.
1
TEMA 1 MASYARAKAT,
PEMERINTAHAN,
PERTAHANAN DAN
PERHUBUNGAN LUAR
TEMA 2 PEMBANGUNAN DAN
PENEROKAAN
TEMA 3 NASIONALISME DAN
PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA
2
TEMA 1
MASYARAKAT, PEMERINTAHAN,
PERTAHANAN DAN
PERHUBUNGAN LUAR
3
TEMA 1: MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN
LUAR
NO SOALAN CATATAN
1 HURAIKAN KETAMADUNAN MASYARAKAT ARAB PADA
ZAMAN JAHILIAH.
2 JELASKAN KEPERCAYAAN BERAGAMA MASYARAKAT
ARAB PADA ZAMAN JAHILIAH.
3 HURAIKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH
MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH.
4 HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH
TERHADAP KEUTUHAN NEGARA ISLAM MADINAH PADA
ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.
5 NABI MUHAMMAD S.A.W. BUKAN SAHAJA NABI DAN
RASUL, BAHKAN SEORANG NEGARAWAN YANG
UNGGUL. BUKTIKAN PERNYATAAN INI.
6 KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ DIANGGAP
‘PENYELAMAT UMAT ISLAM’. BINCANGKAN
PERNYATAAN TERSEBUT.
7 KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB TELAH MEMBERI
SUMBANGAN YANG TIDAK TERNILAI DALAM
MEMBANGUNKAN EKONOMI ISLAM.BINCANGKAN.
8 JELASKAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM
PADA ZAMAN KHULAFA A-RASHIDIN.
9 BINCANGKAN SISTEM KETENTERAAN YANG
DILAKSANAKAN PADA ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN
PADA ABAD KE-7 MASIHI
10 SULTAN MUHAMMAD AL FATIH MERUPAKAN ARKITEK
KEPADA KEJAYAAN PENAKLUKAN KOTA
CONSTANTINOPLE PADA ABAD KE 15 MASIHI.
BINCANGKAN.
11 HURAIKAN KONSEP JIHAD DAN JENIS-JENISNYA.
12 HURAIKAN ETIKA PEPERANGAN PADA ZAMAN NABI
MUHAMMAD SAW.
13 BINCANGKAN PELAKSANAAN NAUNGAN MELALUI
JIZYAH PADA ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA
ABAD KE 7 MASIHI.
14 HURAIKAN PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG DIMETERAI
PADA ZAMAN KHALIFAH UTHMANIYAH PADA ABAD KE
17 HINGGA 19 MASIHI.
4
TEMA 1: MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR
SOALAN 1: HURAIKAN KETAMADUNAN MASYARAKAT ARAB PADA ZAMAN JAHILIAH.
Pendahuluan
1. Masyarakat jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup pada zaman sebelum
kedatangan Islam. Sebahagian besar masyarakat jahiliah tidak tahu membaca dan menulis.
2. Jahiliah merujuk kepaada kejahilan dalam aspek kerohanian, keagamaan, kemanusiaan
dan keilmuan. Jahiliah dalam al-Quran bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan Islam
sama ada agama, sistem hidup, amalan ritual, akhlak, peraturan ekonomi, sosial dan
sebagainya.
3. Dalam konteks masyarakat Semenanjung Tanah Arab, zaman jahiliah berlaku selepas
keruntuhan Kerajaann Saba’ dan berakhir selepas turunnya al-Quran dan Allah SWT
mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul pada tahun 610 M.
4. Masyarakat Arab jahiliah bukanlah masyarakat yang jahil segala-galanya kerana mereka
pernah mencapai banyak kemajuan dalam kehidupan mereka, khasnya dari segi politik dan
ekonomi.
Isi-isi Utama
1. Kemajuan bidang politik dan pentadbiran
• Masyarat jahiliah mempunyai institusi pentadbiran iaitu Majlis Kabilah untuk menguruskan
tatacara dan perjalanan hidup
• Majlis Kabilah berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas
pentadbiran masing-masing. Pembahagian tugas dilaksanakan bagi mencapai kecekapan
dan kelicinan pentadbiran.
• Terdapat beberapa majlis yang dibentuk untuk menguruskan bidang-bidang tertentu,
antaranya Majlis Siqayah yang menguruskan urusan air jemaah haji. Majlis Rifadah yang
mengendalikan urusan makanan jemaah haji, Majlis Liwa untuk menyedia dan memimpin
tentera, Majlis Nadwah untuk urusan umum berkaitan kebajikan penduduk Makkah dan
Majlis Hijabah untuk menjaga Kaabah.
• Ketua Kabilah (Syeikh Kabilah) -Wakil daripada kaum-kaum yang membentuk kabilah akan
melantik seorang ketua atau Syeikh untuk mengetuai kabilah mereka. Syeikh haruslah
mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan boleh mempengaruhi angota-angota kabilahnya. Oleh
itu, Syeikh sangat dihormati dan ditaati. Seseorang individu atau anggota kabilah
hendaklah patuh kepada Syeikh kerana beliau mempunyai kedudukan yang tinggi. Cthnya,
Syeikh akan mempengerusikan Majlis Kabilah. Syeikh juga bertanggungjawab
5
menyelesaikan masalah dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah
lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan. Jelaslah bahawa Syeikh begitu penting
dalam struktur organisasi kabilah dan diletakkan di tahap yang tinggi dan sangat dihormati
oleh kabilahnya.
• Darul Nadwah - Darul Nadwah berasal dari kata dar yang bererti rumah, dan nadwah
bererti pertemuan atau bertukar kata. Darul Nadwah berfungsi sebagai balai pertemuan,
tempat masyarakat berkumpul, bermusyawarah dan tempat menyelesaikan masalah di
antara mereka. Darul Nadwah juga penting dalam pemilihan pemimpin, mengadakan
kontrak sosial, membuat perjanjian damai, menyelesaikan masalah perang antara suku,
mengorganisasi ketenteraan serta membincangkan masalah perkahwinan.
• Dari aspek politik, masyarakat Arab jahiliah telah menunjukkan ketamadunan yang tinggi
dengan kejayaan mendiri dan mengendalikan beberapa buah kerajaan seperti Main,
Saba’, Himyar yang terletak di selatan Tanah Arab, manakala kerajaan Hirah, Tadmor,
Nabat dan Ghassan terletak di sebelah utara. Kerajaan-kerajaan ini lengkap dari segi
struktur pentadbirannya kerana mempunyai raja dan menteri, para pegawai, pentadbir
awam dan tentera, serta mempunyai sistem ketenteraan dan pertahanan tersendiri.
• Jelaslah masyarakat jahiliah telah mempunyai ketamadunan yang tinggi dalam aspek
politik dan pentadbiran.
2. Kemajuan bidang pertanian
• Bangsa Arab bergiat aktif dalam sektor pertanian sebelum zaman Islam. Sebahagian
mereka menetap di kawasan bandar dan mahir dalam bidang pertanian. Mereka mendapat
hasil melimpah ruah dari kebun-kebun anggur yang dikelilingi oleh pokok-pokok tamar,
selain turut menanam tanaman seeperti zaitun dan delima.
• Bangsa Arab telahpun mempelajari pelbagai teknik pertanian di Syam dan mempunyai
kelebihan dalam mengenali kesesuaian tanah untuk jenis-jenis pertanian tertentu.Mereka
juga mampu membina dan menggunakan tali air, terusan dan empangan seperti
Empangan Maarib.
• Kesemua ini membuktikan ketamadunan bangsa Arab jahiliah dalam sektor pertanian dan
sektor lain yang berkaitan dengannya.
3. Kemajuan bidang perdagangan
• Masyarakat jahiliah di Makkah terlibat dalam bidang perdagangan dan mereka berjaya
menguasai beberapa jaringan jalan perdagangan utama di sekitar tanah Arab. Kegiatan
6
perdagangan telah menjangkau sehingga ke Afrika dan utara Semenanjung Tanah Arab
seperti Syria dan Palestin.
• Kota Makkah memjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar.
Pasar-pasar seperti Ukz dan Zul Majaz merupakan pusat-pusat perdagangan yang
terkenal. Urusan perdagangan pula menggunakan wang emas dan perak sebagai alat
tukaran menggantikan kaedah tradisional iaitu kaedah tukar barang.
• Pada musim sejuk, masyarakat jahiliah berdagang ke Yaman, selatan Tanah Arab dan
pada musim sejuk pula, mereka berdagang ke Syam, utara Arab melalui laluan laut atau
darat.
• Mereka juga berjaya mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa seperti dengan
India, Parsi, Mesir dan lain-lain.
• Terbukti bahawa kewujudan bangsa Arab di tengah-tengah pusat perdagangan, timur ,
barat, utara dan selatan membolehkan mereka mencipta ketamadunan tersendiri kesan
interaksi dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain melalui aktiviti
perdagangan.
4. Kemajuan ilmu pengetahuan
• Al-Quran pernah membicarakan tentang sejumlah ilmu pengetahuan yang wujud pada
zaman jahiliah. Antaranya ialah pengetahuan sejarah yang tergambar dalam bentuk kisah-
kisah bangsa-bangsa terdahulu yang menetap di Semenanjung Tanah Arab dan di luarnya.
• Selain itu, wujud pengetahuan ilmu geografi oleh bangsa Arab jahiliah seperti dirakam oleh
al-Quran, contohnya ilmu lautan, perjalanan di lautan, angin yang baik, angin badai dan
bintang-bintang yang dijadikan petunjuk ketika menempuh kegelapan daratan dan lautan.
• Masyarakat Arab jahiliah juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Sebahagia
mereka mahir dalam mengenalpasti penyakit dan cara pengubatannya. Mereka juga mahir
dalam mengenalpasti ubat-ubatan dan cara penggunaannya melalui pengalaman,
pemerhatian dan peniruan dari negara-negara jiran yang sering mereka ulang-alik. Antara
tokoh perubatan yang terkenal ialah al-Harith bin Kaldah al Thaqafi, al Nadar bin al-Harith
dan Zuhair bin Khabbab dan sebagainya.
• Jelaslah masyarakat Arab jahiliah telah mempunyai kemajuan dalam ilmu sejarah,
geografi, perubatan dan lain-lain.
5. Kemajuan dalam bidang seni bina
• Masyarakat Arab jahiliah mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang seni bina. Orang-
orang Arab Saba’ di Yaman misalnya, telah berjaya membina empangan Maarib dan
7
sebuah tempat menyimpan air berdekatan dengannya. Empangan ini bukan sahaja
berkemampuan mencegah banjir, malah dapat mengairi kawasan ladang sehingga ia
menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur dan seterusnya menyumbang kepada
kemewahan dan kesenangan penduduk Saba’.
• Mereka turut berjaya membina rumah penyembahan, kubu-kubu peperangan dan istana-
istana, terutamanya peninggalan oleh pemerintah kerajaan Saba’dan Himyar. Ini
membuktikan bangsa Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan yang tinggi sebelum
kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Kesimpulan
1. Masyarakat Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan dalam pelbagai bidang
kehidupan, antaranya pentadbiran, pertanian, perdagangan dan seni bina. Sebahagian
tinggalan tamadun mereka masih mengagumkan kita hingga ke hari ini.
2. Pencapian ketamadunan berkenaan menafikan pelbagai tuduhan negetif sejarawan Barat
terhadap bangsa Arab jahiliah.
SOALAN 2: JELASKAN KEPERCAYAAN BERAGAMA MASYARAKAT ARAB PADA ZAMAN
JAHILIAH.
Pendahuluan
1 Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam (610 M)
2 Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan
kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh
bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan
tradisi lama yang diwarisi.
3 Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (agama langit) yang diturunkan
oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi iaitu agama ciptaan.
Isi- isi utama
1. Kepercayaan beragama yang mendominasi masyarakat Arab pada zaman jahiliah ialah
agama Wathani.
• Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama sembah berhala yang
diperbuat daripada batu, kayu atau emas.
8
• Sesetengah masyarakat Arab percaya berhala dapat memberikan mudarat dan manfaat
seperti al-Wad yang melambangkan kekuatan kelakian, al-Suwa yang melambangkan
kecantikan wanita dan al-Yaghuth yang melambangkan kekuatan dan keberanian.
• Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu, kayu dan galian yang mempunyai
pelbagai rupa dan jenis.
• Masyarakat Arab jahiliah menganggap berhala adalah tuhan. Setiap suku menempatkan
satu berhala di sekeliling Kaabah bagi mewakili suku.
• Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-
Manat, dan Al-Hubal.
2. Kepercayaan beragama masyarakat Arab zaman jahiliah khususnya di bahagian Timur
Semenanjung Tanah Arab yang meliputi Oman, Yaman, dan Bahrain ialah agama
Majusi.
• Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Parsi dan tidak mempunyai kitab suci
serta mengakui nabi-nabi palsu
• Masyarakat ini menyembah cahaya dan kuasanya seperti matahari, bulan, bintang, dan api.
Api ialah simbol ketuhanan penganut agama Majusi.
• Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak
mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik
beradik.
• Terdapat tiga mazhab dalam agama ini, iaitu Kayumarthiyah, Zawarniyah dan
Zaradusthiyah
3. Kepercayaan beragama masyarakat Arab jahiliah seterusnya ialah agama Samawi, iaitu
agama yang dianggap turun dari langit seperti agama Yahudi dan agama Nasrani.
• Agama Yahudi merupakan agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam.
Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat.
• Penganut asal agama ini ialah Bani Israel. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah
mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap
syirik.
• Di Yathrib, Bani Nadhir, Qainuqa’ dan Quraizah mempraktikkan agama Yahudi ini.
4. Selain itu, agama Nasrani juga merupakan agama langit yang dianuti masyarakat Arab
pada zaman jahiliah.
9
• Agama Nasrani ialah agama yang dibawa oleh Nabi Isa A.S dan diutuskan dengan kita suci
Injil. Isi kandungan kitab injil kemudiannya diubah.
• Penganut asal agama ini ialah Bani Israel, dan dianuti oleh penduduk suku Ghassan dan
HIrah serta di sebelah selatan oleh penduduk Habsyah. Di Kota Makkah turut terdapat suku
Arab yang menganut agama ini.
• Sebahagian kecil masyarakat Arab berpegang kepada kepercayaan agama dengan
menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Mereka digelar Hunafa.
• Masyarakat ini meninggalkan amalan tradisi nenek moyang seperti minum arak, berzina,
berjudi dan sebagainya.
• Golongan Hunafa menentang amalan dan kepercayaan beragama masyarakat Arab jahiliah.
Kesimpulan
1. Selain kepercayaan beragama, masyarakat Arab pada zaman jahiliah juga mempunyai
kepercayaan adat yang berunsurkan animism dan tahyul seperti amalan menilik nasib, serta
penyembahan alam sekeliling.
2. Kehidupan masyarakat Arab jahiliah mengalami perubahan besar setelah kedatangan
Islam. Islam merupakan addin yang sempurna dan mentamadunkan masyarakat Arab.
SOALAN 3: HURAIKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MASYARAKAT ISLAM DI
MAKKAH.
Pendahuluan
1 Keadaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW disifatkan
sebagai masyarakat jahiliyah.
2 Menurut perspektif Islam masyarakat Arab pada masa itu tidak bertamadun kerana
berpuak-puak, saling bersengketa, menyembah berhala dan pelbagai perbuatan keji yang
lain.
3 Kedatangan Nabi Muhammad SAW untuk membimbing semula masyarakat Arab ke arah
mentauhidkan Allah telah mendapat mendapat tentangan yang hebat daripada golongan
musyrikin Makkah.
4 Malah, ahli keluarga Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan mereka yang telah
menyahut seruan Islam telah menerima pelbagai tentangan dan tekanan dari kaum
musyrikin Makkah.
Isi- isi utama
10
1. Kaum Quraisy menentang usaha dakwah Nabi Muhammad SAW dan mencabar
baginda supaya menunjukkan mukjizat seperti nabi-nabi terdahulu.
• Tujuan mereka semata-mata untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan kerasulan
baginda.
• Kaum Quraisy mula terasa terhina kerana Nabi Muhammad SAW menyelar agama
berhala mereka, iaitu agama nenek moyang mereka.
• Mereka meminta agar Abu Talib menasihati anak saudaranya, tetapi Nabi Muhammad
SAW tetap meneruskan seruan Islam. Sikap dan pendirian Abu Talib memihak Nabi
Muhammad SAW menyebabkan kaum Quraisy bertambah marah dan meminta agar Nabi
Muhammad SAW diserahkan kepada mereka.
• Ternyata, segala usaha kaum musyrikin Makkah untuk menghentikan usaha dakwah Nabi
Muhammad SAW menemui kegagalan kerana kesungguhan baginda menyebarkan
agama Islam.
2. Mereka cuba memujuk Nabi Muhammad SAW
• Puak Quraisy Makkah cuba memujuk Nabi Muhammad dengan menawarkan
perempuan, harta dan pangkat dengan syarat baginda meninggalkan seruan Islam,
tetapi tawaran ini di tolak.
• Kaum Quraisy kemudiannya menggunakan cara kompromi dengan mencadangkan
agar Nabi Muhammad SAW menyembah berhala dan mereka akan menyembah
Tuhan Nabi Muhammad SAW.
• Tawaran ini ditolak oleh baginda berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah al-
Kaafirun,ayat 1-6 yang bermaksud “terdapat pemisahan mutlak antara agama Islam
daripada agama berhala.”
• Kaum Quraisy tidak mahu beralah kerana tidak mahu kuasa yang ada pada mereka
tergugat. Selepas gagal dengan pelbagai cara,akhirnya kaum Quraisy mengambil
tindakan menyeksa orang Islam. Walaupun orang Islam diseksa degan dahsyat
namun bilangan orang yang memeluk Islam terus bertambah.
• Tegasnya, Nabi Muhammad SAW tidak tertarik langsung dengan tawaran kaum
Musyrikin Makkah berbanding dengan ketakwaan baginda terhadap Allah SWT.
11
4. Penyeksaan terhadap umat Islam
• Umat Islam telah berpindah ke Habsyah bagi mengelakkan penyeksaan kaum
Quraisy, di samping berdakwah untuk menyebarkan agama Islam.
• Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Rejab tahun 615 M. Mereka selamat sampai di
Habsyah dan diberikan perlindungan oleh raja Najasy sementara Nabi Muhammad
SAW pula terus berdakwah di Makkah.
• Kaum Quraisy masih tidak berpuas hati dan menghantar dua orang utusan meminta
agar raja Najasyi memulangkan org islam. Namun usaha tersebut gagal kerana raja
Najasyi sendri telah tertarik dengan Islam.
• Ternyatalah, tindakan golongan mukmin berpindah ke Habsyah telah menyelamatkan
mereka daripada penyeksaan kaum Musyrikin Makkah dan berjaya mengembangkan
agama Islam di sana.
5. Pemulauan ke atas umat Islam
• Pemulauan yang berlaku selama kira-kira tiga tahun itu merangkumi larangan
melakukan urusan jual beli, perkahwinan dan memberikan pertolongan kepada kaum
keluarga Nabi Muhammad SAW.
• Mereka hanya dibenarkan keluar pada musim haji. Peluang ini digunakan oleh Nabi
Muhammad SAW menyebarkan agama Islam kepada jemaah haji yang datang dari
seluruh semenanjung Tanah Arab.
• Tuntasnya, pemulauan yang dilakukan terhadap umat Islam tidak berjaya
melemahkan umat Islam malah Nabi Muhammad SAW gigih berdakwah pada musim
haji.
Kesimpulan
1. Pelbagai cabaran dan tentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan umat
Islam berjaya dihadapi oleh mereka berkat ketakwaan kepada Allah SWT.
2. Tawaran harta dan pangkat juga gagal mengaburi usaha dakwah yang dijalankan oleh
Nabi Muhammad SAW. Malah lebih ramai masyarakat Arab Makkah telah berjaya
memeluk Islam setelah melihat keperibadian dan ketakwaan Nabi Muhammad
menyebarkan agama Islam.
12
SOALAN 4: HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH TERHADAP KEUTUHAN
NEGARA ISLAM MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.
Pendahuluan
1. Piagam Madinah (PM) merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
2. Piagam yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW ini bertujuan sebagai panduan bagi
pembentukan umat bersatu dan menegakkan sebuah negara Islam berdaulat di Madinah.
3.PM mengandungi 47 fasal yang merangkumi dua bahagian. Bahagian pertama piagam ini
mengandungi 23 fasal berhubung peraturan bagi umat Islam manakala bahagian kedua
mengandungi 24 fasal berhubung dengan peraturan bagi orang Yahudi.
4. Piagam ini merangkumi aspek politik, perundangan, agama, sosial, pertahanan dan
kedudukan orang yahudi. PM membawa banyak impak atau kepentingan positif terhadap
keutuhan negara Islam Madinah.
Isi-isi utama
1. Kepentingan politik
• Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai ketua negara yang wajib dipatuhi dan dihormati.
Nabi mempunyai kuasa dalam urusan pemerintahan dan dasar-dasar negara. Sebagai
negarawan, Nabi bertindak sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
• Dengan penggubalan PM maka tertubuhlah secara rasmi negara Islam Madinah yang
berdaulat, Sistem politiknya berasaskan syariah, akidah dan akhlak Islam.
• Golongan Yahudi secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan Islam dan umatnya.
Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah dan
pemimpin negara.
• Ancaman golongan Yahudi sebagai musuh dalam selimut terhapus apabila segala
tindakan mereka dikawal dan diikat dengan piagam tersebut.
• Pengaruh dan ancaman golongan Yahudi bani Quraizah, bani Nadhir dan bani Qainuqa’
berjaya dihapuskan apabila mereka mengkhianati PM yang telah dipersetujui sebelum itu.
Contohnya, Yahudi Bani Quraizah telah dihukum apabila mereka mambantu Quraisy
Makkah memerangi umat Islam Madinah dalam Perang Ahzab pada 5H.
• Jelaslah PM berjaya membawa keutuhan politik negara Islam Madinah apabila berjaya
menamatkan ancaman golongan Yahudi.
2. Kepentingan keagamaan
13
• PM membolehkan syariah Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Syariat Islam tidak
mungkin akan dapat ditegakkan tanpa penubuhan sebuah negara Islam.
• Keamanan yang wujud berikutan pelaksanaan syariah Islam dipergunakan sepenuhnya
oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh Semenanjung
Arab dan dunia.
• Kebebasan beragama yang termaktub dalam PM memberi peluang kepada umat Islam
dan bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan dan amalan ritual masing-masing. Ini
memberi peluang kepada kepada umat Islam dan bukan Islam untuk bergaul dan menarik
minat mereka kepada Islam.
• Semua warga mempunyai hak dan kebebasan beragama. Kaum Yahudi bebas
mengamalkan kepercayaan masing-masing selagi mereka menghormati hak umat Islam.
• Jelaslah kebebasan beragama telah berjaya membawa kepada keutuhan negara Islam
Madinah.
3. Kepentingan sosial
• PM meletakkan asas penyatuan penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama.
• Piagam ini menyatukan penduduk beragama Islam dan bukan Islam di bawah satu unit
politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SAW.
• PM telah berjaya menghapuskan permusuhan tradisi suku-suku Arab. Suku Aus dan
Khazraj misalnya telah hidup secara aman dalam semangat persaudaraan Islam dan
melupakan persengketaan lama.
• Masyarakat berbilang bangsa dan agama dianggap sebagai satu ummah yang mempunyai
kewajiban dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah seperti yang
tercatat dalam fasal 13 hingga 22.
• Semua penduduk tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan hendaklah bersatu
padu, bekerjasama dan berjaya menjaga keutuhan negara Islam Madinah.
4. Kepentingan keamanan dan keselamatan
• Semua penduduk sama ada Islam atau bukan Islam bertanggungjawab memelihara
keamanan dan keselamatan negara.
• Golongan Yahudi tidak boleh membuat pakatan dengan Quraisy Makkah dan mereka turut
diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar.
• PM memberi jaminan keselamatan kepada semua warga Madinah selagi mereka
mematuhi piagam tersebut.
14
• Hak dan keselamatan setiap warga Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba
mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa
mengira bangsa dan agama.
• Contohnya, Yahudi Bani Qainuqa telah diusir dari Madinah apabila mereka menghina PM
dan mempersendakan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar pada 2H serta
mengganggu maruah wanita Islam secara terang-terangan meskipun telah diberi amaran
oleh Nabi Muhammad SAW.
• PM berjaya melahirkan semangat cintakan negara, menghindari permusuhan sesama
sendiri dan menjaga keutuhan Madinah.
5. Kepentingan Dakwah
• Dakwah Islam tersebar luas ke seluruh Hijaz. Nabi Muhammad SAW telah menghantar
utusan dakwah ke Rom, Parsi dan Habsyah.
• Agama Islam semakin diminati dan bilangan penganut Islam semakin bertambah.
Kesimpulan
1. Kepentingan PM jelas terserlah dari segi politik, agama dan sosial.
2. Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, Khulafa al Rasyidin meneruskan dasar
pemerintahan yang telah diasaskan oleh Nabi.
3. PM dikekalkan. Namun beberapa perubahan struktur pentadbiran telah dilakukan selaras
dengan keperluan semasa berikutan pertambahan wilayah dan umat Islam.
4. PM berjaya mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan serta keutuhan negara
Islam.
SOALAN 5: NABI MUHAMMAD S.A.W. BUKAN SAHAJA NABI DAN RASUL, BAHKAN
SEORANG NEGARAWAN YANG UNGGUL. BUKTIKAN PERNYATAAN INI.
Pendahuluan
• Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 570M. Ketika baginda berusia 40 tahun,
baginda telah menerima wahyu yang pertama, surah al-Alaq.
• Al Quran mengatakan, Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik (uswatun
hasanatun) dalam kehidupan manusia sepanjang zaman. Baginda bukan saja seorang
Nabi dan Rasul bahkan sebagai pemimpin masyarakat dan negara yang berjaya.
15
• Kepimpinan baginda telah terserlah sewaktu baginda berada di Makkah atau lebih tepat
sebelum diutuskan sebagai rasul (menyelesaikan pertelingkahan meletakkan Hajar Aswad
di tempat asal).
• Baginda berkebolehan dalam pelbagai bidang, politik, ekonomi dan sosial. Baginda bukan
sahaja sebagai pendakwah tetapi sebagai panglima perang, perancang strategi, hakim,
pendidik, penasihat dan perancang ekonomi.
Isi-isi Utama
1. Bukit Sebagai Nabi dan Rasul
• Melalui kitab-kitab suci.
a) Telah dinyatakan oleh Allah SWT melalui kitab suci Al Quran, Injil, Zabur dan Taurat.
b) Kedatangan Nabi Muhammad SAW telah dikhabarkan lebih awal kerana baginda ialah
pemimpin untuk seluruh umat manusia dan penutup kepada risalah rasul- rasul terdahulu.
• Sifat-sifat kenabian
a) Sifat kenabian yang terdapat pada baginda seperti bercakap benar, amanah, bijak,
berakhlak, penyabar, berdedikasi dan sebagainya.
b) Baginda telah menyampaikan dakwah Islam secara berperingkat-peringkat dengan penuh
kesabaran. Sebagai pendakwah, nabi telah menunjukkan sikap lemah lembut, toleransi,
tegas dan berpegang teguh kepada akidah Islam walaupun menghadapi pelbagai tekanan
dan tentangan hebat daripada musyrikin Mekah. Ekoran ini mereka telah berkomplot untuk
membunuh nabi dan kesan daripada penentangan ini telah membawa kepada peristiwa
hijrah.
• Mukjizat
a) Rasulullah SAW telah dilantik oleh Allah SWT.
b) Perlantikan melalui wahyu pertama yang dibawa oleh malaikat Jibril di Gua Hira’.
c) Diikuti oleh wahyu-wahyu seterusnya untuk memandu baginda memimpin umat manusia
berpandukan kepada ajaran Islam.
d) Wahyu-wahyu yang diterima menguatkan lagi kedudukan baginda sebagai pemimpin
agama.
e) Semua wahyu yang diterima terkandung dalam kitab suci al-Quran yang merupakan
mukjizat teragung.
3. Bukti Sebagai Negarawan yang Unggul
• Terbukti Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pemimpin Politik yang unggul
16
a) Terbukti dengan keyakinan masyarakat Madinah dengan menjemput nabi
menyelesaikan masalah mereka (Aus dan Khazraj).
b) Jemputan membawa kepada Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II. Ekoran ini telah
membawa kepada peristiwa hijrah ke Madinah dan kesannya kepada pengiktirafan
nabi sebagai pemimpin dan Madinah sebagai negara Islam.
c) Di Madinah baginda berjaya mengasaskan Perlembagaan bertulis yang pertama
iaitu Sahifah Madinah yang bersumberkan wahyu
d) Baginda juga memperkenalkan Sistem Syura atau musyawarah dalam
pentadbiran
e) Berjaya menghantar utusan atau perwakilan ke luar negara seperti ke Habsyah,
Mesir, Byzantine dan Parsi untuk menyebarkan Islam.
f) Nabi Muhammad saw telah menjalin hubungan diplomatik dengan dua kuasa
besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi. Rom dan Parsi telah menerima utusan
dari Madinah dan telah mengiktiraf Nabi dan Madinah sebagai sebuah negara
Islam.
g) Ketokohan nabi juga terserlah melalui Perjanjian Hudaibiah (628M / 6 H) dan
pembukaan semula kota Mekah (630M / 8H) tanpa pertumpahan darah.
• Terbukti sebagai Pemimpin Tentera yang unggul dan hebat.
a) Menanamkan semangat jihad dalam perjuangan untuk menegakkan Islam bukan
untuk meluaskan tanah jajahan atau menindas orang yang lemah. Mengetuai 27
ekspedisi peperangan.
b) Mengamalkan etika peperangan dan akhlak yang baik dalam peperangan seperti
amanah dan berperikemanusiaan ketika menghadapi musuh seperti tidak memerangi
golongan yang lemah, orang tua, wanita dan kanak-kanak. Tidak memusnahkan harta
benda, rumah ibadat dan sebagainya.
c) Sentiasa bersikap adil contohnya, dalam pembahagian harta perang, tidak
menangkap musuh yang sudah lari dari peperangan. Juga bersikap adil kepada
semua, tidak kira kawan ataupun pihak musuh dan bertindak mengikut peaturan yang
disyariatkan oleh Allah. Contohnya dalam Perang Taif (630M / 8 H) Nabi telah
memulangkan harta benda yang diminta oleh pihak musuh sehingga baginda disegani
oleh pihak musuh dan akhirnya pihak musuh memeluk agama Islam.
d) Seorang panglima yang bijak merangka taktik dan strategi peperangan untuk
memastikan kemenangan kepada tentera Islam. Contohnya, strategi untuk menggali
parit dalam Perang Ahzab/Khandak. Walaupun tentera Islam seramai 3000 orang
berbanding tentera musyrikin Mekah seramai 10000 orang tetapi akhirnya tentera
Islam memenangi perang ini.
17
• Terbukti sebagai pemimpin Sosial / masyarakat.
a) Digelar al-Amin sejak di Makkah lagi selepas peristiwa perletakan Hajar Aswad
ekoran banjir besar yang melanda Kaabah. Baginda berjaya menyelesaikan
perbalahan antara suku Arab Mekah, tanpa pertumpahan darah.
b) Memberi kebebasan beragama, berbudaya, menghormati agama lain dan adat
resam orang bukan Islam termasuk kaum Yahudi. Perkara ini terkandung dalam
Piagam Madinah. Ini secara langsung dapat menyatukan penduduk Madinah yang
terdiri daripada berbilang bangsa.
c) Berjaya menyatukan seluruh penduduk Madinah yang terdiri daripada Ansar,
Muhajirin dan Yahudi melalui persaudaraan dan pembentukan ummah dalam
Piagam Madinah. Setiap kaum mesti bekerjasama, bantu-membantu dan
bertanggungjawab mempertahankan Kota Madinah daripada serangan musuh.
d) Keunggulan baginda sebagai pemimpin dan akhlak yang baik menyebabkan
penduduk Madinah telah memilih dan mengiktiraf baginda sebagai pemimpin.
• Nabi Muhammad saw juga terbukti sebagai Pemimpin Ekonomi yang unggul.
a) Baginda berjaya mengubah dasar ekonomi jahiliah kepada dasar ekonomi Islam.
Contohnya, menghapuskan amalan riba dalam aktiviti ekonomi.
b) Pemilihan Kota Madinah sebagai negara Islam adalah strategik kerana terletak di
pertengahan jalan perdagangan antara Makkah dengan Syam.
c) Menggalakkan orang Islam bekerja keras dan terlibat dalam projek perdagangan
dan pertanian serta meninggalkan aktiviti ekonomi jahiliah.
d) Menghapuskan monopoli kaum Yahudi dalam ekonomi, sebaliknya mengamalkan
ekonomi sama rata antara orang Yahudi dan orang Islam.
e) Mengelakkan penindasan dalam aktiviti ekonomi, pekerja harus diberi hak dan
layanan yang baik serta menghapuskan riba. Berjaya melahirkan usahawan Islam
pada masa itu seperti Abd Rahman Auf.
f) Zakat dijadikan sumber ekonomi utama kewangan Islam.
• Keunggulan Nabi Muhammad saw juga terserlah sebagai Ketua Hakim
a) Baginda seorang ketua hakim yang adil. Contohnya, tindakan terhadap ketiga-tiga kaum
Yahudi yang dihalau keluar dari Kota Madinah kerana telah melanggar Piagam Madinah.
b) Sanggup melaksanakan hukuman potong tangan kepada pencuri walaupun pencuri itu
ialah orang yang disayangi.
Kesimpulan
18
• Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani tetapi
merupakan seorang pemimpin yang berjaya dalam pelbagai bidang.
• Baginda merupakan negarawan yang unggul, bijak dan berkebolehan serta berjaya
mengasas pembentukan negara Islam pertama di Madinah.
• Baginda juga berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi oleh khalifah-khalifah zaman
Khalifah al-Rasyidin.
SOALAN 6: KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ DIANGGAP ‘PENYELAMAT UMAT
ISLAM’. BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT.
Pendahuluan
• Nama panjangnya ialah Abu Bakar bin Uthman bin Amir bin Umar bin Ka’ab bin Saad
bin Taym bin Murrah al-Taymi
• Pada Zaman Jahiliah, namanya Abdul Kaabah dan ditukar kepada Abdullah oleh
Rasullullah SAW
• Khalifah Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama daripada Khulafa’al-
Rasyidin.
• Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menggantikan Nabi Muhammad SAW.
• Tempoh pemerintahannya singkat iaitu dari 11H sehingga 13 H.
• Beliau merupakan lelaki dewasa pertama yang memeluk Islam dan merupakan
sahabat Rasullulah SAW.
• Beliau dianggap sebagai ‘Penyelamat Negara Islam’kerana sumbangannya dalam
menentang musuh-musuh Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Isi-isi Utama
1. Menentang Golongan al-Riddah
• Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai penyelamat umat Islam kerana
berjaya memerangi golongan al-Riddah.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW
golongan ini muncul sebagai musuh Islam. Mereka terdiri daripada tiga kumpulan iaitu
golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan yang
mengaku sebagai nabi palsu.
• Golongan murtad terdiri daripada mereka yang baru memeluk Islam dan belum benar-
benar memahami Islam.Apabila Nabi Muhammad SAW wafat, kebanyakannya
daripada mereka murtad daripada agama Islam.
19
• Golongan nabi-nabi palsu pula sebenarnya telah muncul ketika Rasullulah SAW masih
hidup dan semakin jelas setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.Antara nabi-nabi
palsu itu ialah Musailamah al-Kazzab, Tulaihah bin Khuailid, Sajjah dan Aswad Al-
Ansi.Golongan ini mengaku mendapat wahyu dan mempunyai pengikutnya masing-
masing.
• Golongan yang enggan membayar zakat pula dipimpin oleh Malik bin Nuwairah dari
Bani Tamim.Kebanyakan tinggal di Yamamah dan Oman.
• Khalifah Abu Bakar as-Siddiq membentuk 11 pasukan tentera yang dipimpin oleh
Khalid Al-Walid untuk memerangi golongan-golongan ini.
• Golongan ini dapat dipatahkan dan keadaan kembali tenang.
• Sekiranya golongan-golongan ini tidak diperangi mereka akan dapat menghancurkan
negara Islam dan memecah-belahkan umat Islam.
• Tindakan yang diakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah menyebabkan nabi-
nabi palsu terkorban, golongan yang enggan membayar zakat rela membayarnya dan
golongan murtad pula bersetuju untuk kembali ke pangkal jalan.
2. Menyelesaikan Masalah Perlantikan Khalifah
• Selain itu, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq juga dianggap sebagai penyelamat umat
Islam kerana berjaya menyelesaikan masalah perlantikan khalifah selepas kewafatan
Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan
sebarang wasiat siapa yang akan menggantikan baginda.
• Golongan Ansar yang berkumpul di Thaqifah Bani Sa’idah ingin melantik Saad bin
Ubadah daripada suku Khazraj sebagai khalifah. Namun pemilihan ini mendapat
tentangan beberapa pihak dan dibimbangi mendatangkan perpecahan umat Islam.
• Khalifah Abu Bakar dapat menyelesaikan masalah dengan mencadangkan supaya
pemimpin dipilih dalam kalangan golongan Muhajirin.
• Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebagai calon khalifah yang
pertama.
• Untuk mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham, Khalifah Abu Bakar
menerima pelantikan tersebut.
• Semasa beliau sakit tenat, beliau telah mewasiatkan Umar sebagai pengganti untuk
mengelakkan daripada masalah terus berulang dan perpecahan umat Islam dapat
dielakkan.
3. Meneruskan Gerakan Ketenteraan
20
• Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq seterusnya yang dianggap sebagai
penyelamat umat Islam ialah meneruskan gerakan ketenteraan.
• Sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, baginda ingin menyerang wilayah
Ghassan kerana penduduk di situ ditindas oleh penjajah Rom dan utusan Nabi
Muhammad SAW dibunuh.
• Khalifah Abu Bakar mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan ini walaupun
tidak dipersetujui oleh sahabat-sahabat Rasullullah SAW.
• Beliau telah mengarahkan Usamah bin Zaid untuk meneruskan gerakan ketenteraan.
• Setelah berperang selama 40 hari, tentera Islam memperoleh kemenangan.
Kemenangan ini dapat menguatkan pertahanan Madinah dan menaikkan imej Kota
Madinah.Ini secara tidak langsung juga dapat menyelamatkan umat Islam.
4. Pengumpulan al-Quran
• Seterusnya Khalifah Abu Bakar as-Siddiq juga dianggap sebagai penyelamat umat
Islam kerana telah mengambil keputusan untuk mengumpul al-Quran.Pengumpulan
al-Quran dicadangkan oleh Umar al-Khattab dan diterima oleh Abu Bakar.
• Hal ini kerana, semasa perang menentang golongan al-Riddah ramai penghafal al-
Quran terkorban. Contohnya, 70 orang Huffaz (penghafaz)telah gugur syahid dalam
Perang Yamamah.
• Keadaan ini menimbulkan kesedaran tentang bahaya akan terhapusnya al-Quran.
• Ada juga yang berasa bimbang berlakunya penyelewengan dalam al-Quran.
• Tujuan al-Quran dibukukan juga kerana banyak ayat-ayatnya ditulis pada kulit-kulit
kurma, batu-batu dan kayu sudah banyak yang rosak dan perlu diselamatkan.
• Pengumpulan ini dapat dijadikan pedoman kepada umat Islam.
• Akhirnya naskah yang ditulis disimpan di rumah Abu Bakar as-Siddiq.
Kesimpulan
• Pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq singkat iaitu lebih kurang dua tahun tiga
bulan dan tiga hari
• Namun beliau berjaya menyelesaikan masalah-masalah penting negara yang
mengancam kedaulatan Madinah.
• Oleh yang demikian tidak hairanlah beliau dianggap ‘Penyelamat Umat Islam’ kerana
sumbangan dan jasanya dalam mengukuhkan Kota Madinah dan umat Islam.
21
SOALAN 7: KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB TELAH MEMBERI SUMBANGAN YANG
TIDAK TERNILAI DALAM MEMBANGUNKAN EKONOMI ISLAM. BINCANGKAN.
Pendahuluan
• Nama penuh Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rubah
• Dilahirkan 13 tahun selepas Tahun Gajah iaitu pada 583 Masihi dan berketurunan Bani
Adiy
• Memeluk Islam selepas lima tahun Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam
• Digelar Al-Faruq yang bermaksud orang yang membezakan antara yang hak dan batil
• Nabi Muhammad SAW menggelarkannya sebagai Abu Hafs yang bermaksud bapa singa
kerana kegagahannya
• Juga digelar Amirul Mukminin
• Merupakan khalifah al-Rasyidin yang kedua selepas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
• Dilantik berdasarkan wasiat Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
• Tempoh pemerintahannya selama 10 tahun iaitu antara 13 H sehingga 23 H
• Banyak sumbangan yang tidak ternilai khususnya dalam membangunkan ekonomi Islam.
Isi-isi Utama
1. Memantapkan Pengurusan Baitulmal
• Antara sumbangan yang tidak ternilai Khalifah Umar al-Khattab ialah memantapkan
pengurusan atau fungsi Baitulmal
• Beliau merupakan orang yang pertama mengemas kini institusi Baitulmal
• Baitulmal ialah institusi kewangan atau perbendaharaan negara
• Fungsi Baitulmal ialah untuk menyimpan wang, memelihara dan mengawal
penggunaan harta negara
• Zaman Umar harta-harta negara begitu banyak dan tidak dapat diagihkan dengan
segera dan perlu disimpan dalam Baitulmal
• Sumber-sumber Baitulmal ialah daripada bayaran zakat, jizyah, ghanimah, kharaj, al-
fay, usyur dan harta peninggalan yang tidak mempunyai waris
• Sebuah buku kira-kira negara disediakan untuk merekod segala sumber dan
perbelanjaan negara
• Contoh perbelanjaan negara yang diuruskan oleh Baitulmal ialah gaji tentera, pegawai
kerajaan, elaun sara hidup untuk isteri-isteri nabi dan kebajikan masyarakat.
2. Kewangan dan Percukaian
22
• Sumbangan Khalifah Umar dalam membangunkan ekonomi Islam ialah dari segi
kewangan atau percukaian
• Pembaharuan ini dibuat bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan negara
mengikut kehendak Islam
• Kadar dan sistem cukai telah diubah
• Cukai dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam
• Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan
• Pembaharuan cukai menjadi cekap dan perbendaharaan negara bertambah.
3. Memajukan Bidang Pertanian
• Sumbangan lain ialah memajukan sistem pertanian
• Tanah-tanah baharu dibuka
• Projek-projek pengairan seperti di Mesir dan Iraq dibina bagi menambah hasil
pertanian
• Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah
sepanjang 69 batu dari bandar Fustat dibina bagi memajukan sistem pertanian
• Khalifah Umar juga telah membina Empangan Abu Musa yang menghubungkan
Sungai Dijlah (Tigris) dengan bandar Basrah di Iraq
• Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman yang bermutu
• Rakyat digalakkan membuka tanah-tanah baharu bagi meningkatkan hasil pertanian
• Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik.
4. Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Negara
• Sumbangan seterusnya ialah mempelbagaikan sumber pendapatan negara
• Antaranya ialah zakat yang dikenakan terhadap orang Islam
• Terdapat pelbagai jenis zakat seperti zakat pertanian, ternakan dan harta benda
seperti emas dan perak
• Manakala jizyah pula merupakan cukai perlindungan yang dikenakan kepada kafir
zimmi iaitu orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam
• Ghanimah pula ialah harta rampasan perang
• Manakala kharaj ialah cukai tanah yang dikenakan atas tanah yang berjaya dikuasai
oleh umat Islam
• Al-Fay ialah harta umat Islam daripada orang bukan Islam tanpa berlaku peperangan
• Usyur pula ialah cukai perniagaan yang dikenakan atas pedagang mengikut kategori
Kesimpulan
23
• Banyak sumbangan Khalifah Umar al-Khattab khususnya dalam membangunkan ekonomi
Islam
• Sumbangan tersebut tidak ternilai
• Hal yang demikian menyebabkan pemerintahan Umar al-Khattab dianggap sebagai zaman
keemasan Khulafa al-Rasyidin.
SOALAN 8: JELASKAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM PADA ZAMAN
KHULAFA AL-RASHIDIN
Pendahuluan
1. Kerajaan Khulafa al-Rasyidin bermula pada tahun 632M apabila Abu Bakar al-Siddiq
dipilih sebagai khalifah pertama. Kerajaan ini dipimpin oleh empat orang sahabat nabi
iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632-634), Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644),
Khalifah Uthman bin Affan (644-656) dan Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661).
2. Gelaran Khalifah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model
kepimpinan nabi. Pemerintahan Khalifah al-Rasyidin berlangsung selama 29 tahun iaitu
bermula tahun 632 hingga 661M.
3. Konsep masyarakat kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara hidup tertentu. Mereka menganut pelbagai kepercayaan dan
mempamerkan adat resam serta budaya tersendiri.
4. Demografi masyarakat Islam zaman Khalifah al Rasyidin terdiri daripada masyarakat
Arab dan bukan Arab. Masyarakat Arab termasuk golongan Muhajirin, Ansar dan Ahl al-
Ayyam. Manakala masyarakat bukan Arab termasuk kaum Parsi dan Qihti.
5. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, wilayah Islam semakin luas hingga ke Iraq, Syam
dan Mesir, Situasi ini mempengaruhi masyarakat Islam.
Isi-isi utama
1. Golongan Arab Madinah
• Mereka adalah penduduk majoriti yang asalnya adalah golongan Muhajirin dan Ansar,
• Khalifah al-Rasyidin yang memimpin umal dan negara Islam Madinai lerdiri dari
golongan Arub Muhajirin. Contohnya, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan lain-
lain.
• Golongan Arab Madinah memainkan peranan penting dalam pengukuhan negara
Islam Madinah dan penyebaran dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab.
24
2. Golongan Islam bekas murtad (ar-Rilddah)
• Golongan ar-riddah adalah golongan yang terlibat dalam gerakan anti kerajaan
kerajaan. Mereka muncul selepas kewafatan nabi dan ketika zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar. Golongan ar-riddah muncul di sebahagian Tanah Arab kecuali
Makkah, Madinah dan Taif. Kewujudan mereka dipengaruhi sentimen assabiyah
kepada kabilah sendiri, ingin menamatkan penguasaan Quraisy dan dakyah golongan
Yahudi den Nasrani. Mereka terdiri daripada tiga golongan.
• Pertama, golongan murtad. Mereka terdiri daripada kabilah-kabilah Arab yang
menerima Islam kerana takut kepada tentera Islam. Setelah nabi wafat, mercka
kembali kepada amalan jahiliah. Kebanyakan mereka memiliki iman lemah dan
percaya pengaruh Islam makin lemah dengan kewafatan nabi. Antara ketua golongan
ini termasuk al-Hattan bin Dzabiah đari Bani Bakr dan Qais (puak badwi).
• Kedua, golongan enggan membayar zakat kerana menyalah tafsirkan al-Quran.
Mereka berpendapat zakat merupakan ufti yang hanya wajib dibayar kepada nabi
semasa hayatnya sahaja. Mereka merupakan penduduk Bahrain, Yamamah dan
Hirah. Di Yamamah, golongan ini diketuai Abdul Malik bin al- Mughirah manakala di
Najd (tengah Tanah Arab) dipimpin Tulaihah al-Khuwailid dari Bani Asad.
• Ketiga, golongan nabi palsu dan para pengikutnya. Nabi-nabi palsu seperti Sajah binti
Harith dari Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab merupakan nabi palsu
berpengaruh. Demi kepentingan peribadi, mereka mendakwa menerima wahyu.
Musailamah dari suku Hanifah di Yamamah mempunyai pengikut seramai 40,000
orang.
• Khalifah Abu Rakar mengambil tindakan diplomasi dengan menghantar para
pendakwah dan disusuli tindakan tegas dengan menghantar sebelas pasukan tentera
agar mereka kemhali kepada Islam. Sebahagian mereka bertaubat dan kembali ke
pangkal jalan seperti Tulaihah al Khuwailid manakala golongan yang ingkar berjaya
dihapuskan melalui tindakan ketenteraan.
3. Golongan Ahl al-Ayyam
• Golongan ini wujud zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.
• Khalifah Umar telah menguasai dan membuka tanah di wilayah Iraq, Syam dan Mesir.
Peneroka- peneroka yang membantu tentera Islam menewaskan musuh di medan
perang, khususnya di Iraq diberi layanan istimewa oleh khalifah, Mereka digelar Ahl
al-Ayyam dan jumlah mereka seramai 12,000 orang Antara pemimpin mereka
termasuk al Ashtar, Malik bin Harith, Hijr bin Adi al Kindi dan Yazid bin Qais.
25
• Peneroka-peneroka yang menyertai pasukan tentera Islam membuka tanah dan
menetap di wilayah Iraq dibahagikan kepada tiga golongan iaitu Ahi al Ayyam,
Muhajirin dan Ansar serta bekas golongan murtad.
• Ahl al-Ayyam terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban. Mereka diberi
kuasa mentadbir ladang ladang dan tanah di wilayah Iraq termasuk memungut
sebahagian cukai kharaj sebagai mengenang jasa terhadap kerajaan Islam.
4. Golongan al-Qurra
• Golongan ini berasal dari Ahl al-Ayvam yang diberi amanah dan kuasa untuk
mentadbir tanah di Iraq.
• Mereka menggelarkan diri sebagai al-Qurra (orang-orang kampung) bagi menjaga
status dan membezakan daripada golongan Ahl al-Ayyam yang lain terutama bekas
golongan murtad.
• Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, sebahagian mereka memberontak kerana isu
pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai kharaj di wilayah Iraq oleh puak-puak
Quraisy dan ketua-ketua kabilah yang menyokong polisi Khalifah Uthman. Golongan
ini dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunulan Khalifah Uthman.
• Mereka memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib terutama dalam
Perang Jamal dan Perang Siffin.
• Setelah tamat Perang Jamal, golongan al-Qurra berpalıng tadah dan menentang
Khalifah Ali. Mereka kemudian dikenali sebagai golongan Khawarij.
5. Golongan Khawarij.
• Mereka asalnya daripada bekas tentera Khalifah Ali bin Abi Talib dalam Perang Jamal
dan Perang Siffin. Namun mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali
menerima perdamaian dan Mailis Tahkim dengan tentera Muawiyyah, gabenor
Damsyik dalam Perang Siffin.
• Kegagalan Mahlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sebagai
Khawarii. Mereka berpendapat perpecahan umat Islam harus dipertanggungjawabkan
ke atas Khalifah Ali, Muawiyvah bin Abu Sufyan dan Amru al-As (wakil Muawiyyah
dalam Majlis Tahkim).
• Golongan Khawarij melancarkan gerakan menghapuskan ketiga-tiga pemimpin
berkenaan dan hanya berjaya membunuh Khalitah Ali. Mereka tetah melancarkan
gerakan menentang kerajaan Bani Umayyah pimpinan Muawiyyah.
6. Golongan berkecuali
26
• Mereka terdiri daripada golongan Arab yamg tidak mahu terlibat dalam konflik
berdarah antara Khalifah Ali dan Muawiyyah kerana tidak mengetahui isu sebenar
yang berlaku.
• Golongan ini menetap di Makkah (Hijaz). Antara mereka termasuk Saidatina Aisyah
dan Zubair al- Awwam yang tinggal di Makkah atas faktor keselamatan diri dan
keluarga selepas berlaku pembunulun ke atas Khalifah Uthman al-Affan.
7. Golongan bukan Arab (Mawali)
• Kebanyakan masyarakat Islam bukan Arab menetap di Iraq, Syam dan Mesir.
• Golongan bukan Arab yang datang ke Iraq terdiri daripada orang Parsi yang juga
dikenali sebagai Mawali (Ajam).
• Masyarakat Islam Syam (Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan) didiami orang Arab dan
bukan Arab iaitu Yahudi, Syria dan Rom. Golongan bukan Arab ini kemudiannya
memeluk Islam.
• Masyarakat Islam Mesir terdiri dari orang Arab vang berhiirah dari Semenanjung
Tanah Arab dan penduduk asal keturunan Qibti dan berkulit hitam. Mereka menganut
Islam sejak zaman Khalifah Umar al-Khatab.
Kesimpulan
1. Masyarakat yang wujud pada zaman Khalifah al-Rasyidin semakin kompleks seiring
dengan dasar perluasan wilayah.
2. Berlaku perkembangan pelbagai budaya, bahasa dan adat. Masyarakat pelbagai bangsa
dan keturunan ini berjaya disatukan melalui pembentukan ummah berdasarkan aqidah
Islamiah.
SOALAN 9: BINCANGKAN SISTEM KETENTERAAN YANG DILAKSANAKAN PADA
ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI.
Pendahuluan
1. Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat dielakkan
seandainya agama, negara dan maruah diri umat Islam diancam oleh musuh.
2. Sistem ketenteraan pada zaman Khulafa al-Rasyidin mengalami pemodenan seiring
dengan perkembangan dan cabaran semasa khasnya dalam menghadapi kuasa Rom dan
Parsi.
27
Isi-isi Utama
1. Pentadbiran Ketenteraan
• Khulafa al-Rasyidin merupakan pemerintah atau panglima tertinggi dalam angkatan
tentera Islam.
• Para khalifah akan melantik panglima-panglima tentera dan menentukan serangan-
serangan terhadap pasukan musuh setelah mendapat pandangan majlis syura.
2. Jenis Tentera
• Tentera dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pasukan berkuda, pasukan
pejalan kaki, pasukan perkhidmatan, pasukan peninjau dan peninjau sayap belakang.
3. Pembahagian Tentera
• Seseorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap sepuluh orang tentera. Seorang
leftenan (Qaid) dilantik bagi setiap seratus orang tentera. Seorang Pegawai
Pemerintah (Amir) dilantik bagi beberapa orang leftenan. Pada zaman Khalifah Ali bin
Abi Talib, terbentuk satu lagi sistem penyusunan tentera dipanggil kurdus atau tentera
berpasukan. Setiap satu kurdus mengandungi antara 300 hingga 600 orang tentera.
• Ketua Turus Angkatan Angkatan Tentera buat pertama kalinya dilantik oleh Khulafa
al-Rasyidin. Ketua inilah juga diberi mandat untuk melantik timbalannya. Di akhir
pemerintahan khalifah Umar, beliau sendiri yang melantik timbalan-timbalan tersebut.
4. Peralatan Perang
• Tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin memakai perisai, pedang dan lembing,
tombak dan panah.
• Pasukan berkuda memakai baju besi dan topi besi.
• Pasukan pejalan kaki memakai seluar dan berkasut. Pasukan tentera Eropah pada
hari ini meniru pakaian tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
• Semasa peperangan, gendang digunakan untuk menaikkan semangat tentera.
5. Markas Tentera
• Kem-kem tentera yang terbesar pada zaman Khulafa al-Rasyidin terletak di Basrah,
Kufah (Iraq), Fustat (Mesir), Qairawan (Afrika) dan Mansurah(Sind).
6. Kebajikan Tentera
• Khulafa al-Rasyidin berusaha memberi segala kemudahan untuk keselesaan tentera
Islam.
28
• Perhatian khusus diberikan bagi memastikan tahap kesihatan tentera Islam berada di
paras memuaskan.
• Berek tentera Islam agak luas dan selesa serta dibina di tempat-tempat yang terjamin
kesihatan alam sekitarnya.
• Setiap tentera diletakkan di bawah jagaan doktor untu menjaga kesihatannya.
• Gaji tentera Islam mula dikuatkuasakan pada zaman Khalifah Umar. Mengikut skim
ini, setiap tentera Islam akan menerima antara 3000 hingga 5000 dirham setahun. Ahl
al-Ayyam (askar-askar veteran) pula menerima sebanyak 3000 dirham setahun.
Tentera Rawadif (junior) menerima antara 1500 hingga 2000 dirham setahun.
• Tentera Islam pada masa itu dibayar gaji yang diambil dari zakat dan cukai. 600 dirham
adalah gaji purata bagi seorang tentera dalam masa setahun.
• Keluarga tentera juga diberikan makanan, pakaian dan kasut percuma.
• Selepas berlaku sesuatu peperangan, harta rampasan perang (ghanimah) sebanyak
empat perlima juga dibahagikan kepada tentera yang berjuang.
7. Tentera Laut
• Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, wilayah-wilayah Islam semakin meluas hingga ke
Mesir, seluruh Teluk Parsi dan lain-lain kawasan.
• Pada zaman inilah umat Islam menguasai pelabuhan-pelabuhan tumpuan pedagang
seperti Oballah di Teluk Parsi. Umat Islam kemudiannya menguasai Laut Merah dan
Laut Mediterranean. Demi meluaskan lagi wilayah Islam dan menentang kekuasaan
Rom, laut digunakan untuk mencapai matlamat berkenaan.
• Pada peringkat permulaan, Khalifah Umar sendiri enggan menerima cadangan yang
dikemukakan oleh Muawiyyah, gabenor Damsyik agar menggunakan angkatan
tentera Islam melalui laut untuk menewaskan tentera Rom yang menguasai lautan
ketika itu. Khalifah Umar kurang yakin dengan kebolehan umat Islam untuk berperang
di laut ekoran kemalangan yang berlaku ke atas sekumpulan tentera Islam yang
menyeberangi Laut Merah pada zaman beliau.
• Namun khalifah Umar berubah fikiran apabila negara Islam memerlukan makanan dari
Mesir. Jalan darat bukan sahaja jauh tetapi memakan masa yang sangat lama. Justeru
itulah, beliau telah mengarahkan digali terusan sejauh 69 batu dari sungai Nil ke Laut
Merah. Sebanyak 20 buah kapal telah belayar melalui terusan tersebut yang
membawa bekalan makanan dari Mesir ke Laut Merah dan sampai di Madinah dengan
selamat.
• Serangan tentera Islam melalui lautan (Teluk Parsi) buat pertama kalinya dilancarkan
di bawah pemerintahan Umar yang diketuai oleh al-ala bin al-Hadrami, gabenor
29
Bahrain menentang tentera Parsi. Namun serangan melalui laut itu dilancarkan tanpa
terlebih dahulu mendapat keizinan khalifah Umar dan berakhir dengan kekalahan.
• Zaman penguasaan tentera laut Islam dalam erti kata sebenarnya bermula pada
zaman pemerintahan Khalifah Uthman. Panglima Laut Islam pertama ialah Abdullah
bin Qays Harith yang pernah melancarkan 50 serangan ke atas beberapa sasaran
armada tentera Rom.
• Serangan tentera laut Islam seterusnya oleh Muawiyyah dan Abdullah yang
melancarkan serangan ke atas Kepulauan Cyprus yang dikuasai Rom pada tahun
28H. Lautan Mediterranean secara beransur-ansur dapat dikuasai oleh tentera laut
Islam. Pada tahun 31H (652M), Muawiyyah telah menghantar ekspedesi tentera laut
yang mengandungi 600 buah kapal bagi menentang tentera Rom.
• Hakam telah dilantik oleh khalifah Uthman supaya gabenor di Bahrain dan diarahkan
supaya menyediakan persiapan angkatan tentera laut untuk melancarkan serangan
ke atas India. Beberapa pelabuhan India telah diserang oleh beliau seperti Thana,
Bahroch dan lain-lain. Mughirah bin Abi al-As telah diutuskan mengetuai satu pasukan
tentera laut untuk menyerang Dabul (Thatta), salah sebuah pelabuhan di Sind, India.
Kesimpulan
1. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, wilayah kekuasaan Islam semakin luas ekoran
kemenangan demi kemenangan yang diperolehi dalam pelbagai siri peperangan.
2. Kejayaan ini didorong oleh kepimpinan, organisasi, strategi dan peralatan ketenteraan
Islam yang mantap di samping kekuatan akhidah dan semangat jihad yang jitu dalam
kalangan tentera Islam.
SOALAN 10: SULTAN MUHAMMAD AL FATEH MERUPAKAN ARKITEK KEPADA
KEJAYAAN PENAKLUKAN KOTA CONSTANTINOPLE PADA ABAD KE 15 MASIHI.
BINCANGKAN.
Pendahuluan
1. Nama sebenar ialah Muhammad bin Murad bin Muhamad bin Biyazid. Dilahirkan pada
29 Mac 1432M di Adraniapolis.
2. Menaiki takhta pada usia 19 tahun sebagai Sultan ke-7 menggantikan bapanya Sultan
Murad 11.
30
3. Seorang pemerintah yang berani, tegas, berdedikasi, peramah dan menghormati
orang lain. Baginda juga seorang panglima yang agung dan telah memimpin sebanyak
25 siri peperangan.
4. Digelar Muhammad al-Fatih yang bermaksud penakluk atau pembuka kerana
kejayaannya menakluk kota Constantinople yang terletak di bawah pemerintah
kerajaan Rom.
Isi – isi utama
Persiapan Membebaskan Kota Constantinople
1. Mengkaji Strategi
• Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Konstantinople pada
setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
• Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta
berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai
digunakan.
2. Pembinaan Angkatan Tentera
• Baginda telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka
yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain pada zaman itu. Para
mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian
Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Constantinople itu nanti.
3. Pembinaan Peralatan Perang Moden
• Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan
senjatanya. Beliau telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban.
• Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyur. Catatan
menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar pada zaman berkenaan. Beratnya
beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga
menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
4. Pembinaan Benteng Rumeli Hissari
• Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota
Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina
bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh
31
Sultan Biyazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat
Bosphorus.
5. Perjanjian Bersekutu
• Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian
dengan musuh-musuh yang lain.
• Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada
musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan.
• Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan
Constantinople apabila diserang nanti.
6. Pakar Motivasi
• Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi
membakar semangat jihad tenteranya.
• Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, baginda mengarahkan
dilaungkan azan dan solat berjemaah.
• Tentera Byzantin gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin
mereka dengan laungan suara takbir yang bergema.
Melancarkan Serangan Ke Atas Constantinople
7. Menghantar Utusan Kepada Raja Byzantin
• Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta baginda menyerah.
Keengganan baginda menyebabkan kota tersebut dikepung.
• Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama
48 hari. Sesetengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
8. Menara Bergerak
• Seterusnya baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi
dari dinding kubu Byzantin dan memuatkan ratusan tentera.
• Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi
dinding kubu mereka.
9. Bantuan Dari Pope Vatican
• Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan
tentera kepada kerajaan Byzantin.
32
• Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang
kemaraan armada Uthmaniyyah.
• Hal ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
10. Taktik Terhebat
• Tentera Laut Uthmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di
pintu masuk Golden Horn.
• Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantin dan Eropah
yang tiba untuk membantu,
• Walau bagaimanapun usaha ini tidak berjaya dan ia memberikan semangat kepada
penduduk kota Constantinople
• Hasil munajat kepada Allah yang berterusan, Sultan Muhammad Al Fatih telah
mendapat ilham agar memindahkan kapal-kapal perang dari pengkalan di Besiktas ke
Teluk Golden Horn.
• Proses ini dilakukan dengan menyeret kapal-kapal itu melalui jalan darat yang terletak
antara dua pelabuhan yang berjarak 3 batu.
• Yang paling mencabar, jalan darat yang bakal diseret kapal itu bukan tanah datar dan
mudah dilalui, akan tetapi tanah perbukitan yang belum diterokai.
• Baginda telah menitahkan agar tanah itu terlebih dahulu diratakan dan hebatnya
proses ini memakan masa beberapa jam sahaja.
• Kemudian, papan-papan kayu yang sudah dilumuri minyak dan lemak digunakan
untuk menggerakkan kapal.
• Hasilnya, hanya dalam satu malam sahaja lebih 70 buah kapal berjaya dipindahkan
dan diluncurkan ke Teluk Golden Horn.
• Strategi ini sangat mengkagumkan dan memberi kejutan kepada Kerajaan Byzantin
yang sukar mempercayai bahawa kapal-kapal Uthmaniyyah telah berada di Teluk
Golden Horn.
• Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam tentera
Uthmaniyyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah.
• Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberi semangat kepada
tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah SAW dan bersama-
sama berdoa kepada Allah SWT.
11. Memanjat dan Melastik Dinding Kota
• Keesokan paginya tentera Uthmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan
tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar.
33
• Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid.
• Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan
sehingga tengahari.
12. Penawanan Constantinople
• Setelah mengepung selama 53 hari, akhirnya pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople
jatuh ke tangan tentera Islam.
• Baginda menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhan).
• Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.
• Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud
syukur.
• Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran ‘Al Fatih’ iaitu yang menang kerana
kejayaannya membebaskan Kota Constantinople dari kekuasaan kerajaan Rom.
Kesimpulan
1. Sultan Muhammad Al Fatih adalah seorang genius yang telah menyusun strategi
dengan baik dan bersedia menukar taktikal perang di saat-saat genting.
2. Kejayaan baginda menawan Kota Constantinople telah membawa kepada satu
peristiwa besar sehingga baginda digelar al fatih yang membawa maksud
kemenangan.
SOALAN 11: HURAIKAN KONSEP JIHAD DAN JENIS-JENISNYA.
Pendahuluan
1. Perkataan jihad banyak kali disebut di dalam al-Quran sama ada secara bersendirian
ataupun dikaitkan dengan peperangan.
2. Jihad dalam Islam bukan sekadar suatu perjuangan, tetapi jihad ialah perjuangan di jalan
Allah SWT.
3. Sehubungan itu, jihad sering dikaitkan dengan perjuangan membela agama, bangsa dan
tanah air.
4. Selain itu, jihad merupakan sebahagian daripada tuntutan agama sama ada fardu ain atau
fardu kifayah.
5. Sesungguhnya jihad terdiri daripada pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai
kepentingan yang tersendiri.
34
Isi- isi utama
A Konsep jihad
• Dari segi bahasa, jihad bermaksud kesulitan atau beban atau kesungguhan dan
keupayaan terakhir
• Perkataan jihad berasal daripada bahasa Arab al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud
berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau
menolak sesuatu yang dibenci.
• Dari segi syarak pula, jihad bermaksud berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai matlamat yang diingini dalam menegakkan agama Allah SWT.
• Mazhab Syafie menjelaskan jihad sebagai berperang di jalan Allah SWT dan mengerah
segala kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir.
• Mazhab Hanafi mentakrif jihad sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al-haq
dan memerangi mereka jika mereka menolak.
• Sehubungan itu, dalam erti kata yang lebih luas, jihad boleh dimaksudkan dengan
perjuangan pada jalan Allah seperti berjuang dalam peperangan, berjuang menentang
hawa nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan
yang berlandaskan pada jalan Allah.
• Sesungguhnya, tujuan utama jihad dalam Islam adalah untuk mendapatkan keredhaan
Allah SWT.
B Jenis-jenis jihad
1. Jihad nyawa dan tenaga
• Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui
pengorbanan jiwa dan raga untuk agama Islam.
• Jihad sebegini lazim dilihat dalam medan peperangan menentang golongan yang kufur
kepada Allah SWT dan mereka yang menentang Islam. Umat Islam yang terkorban
adalah syahid.
• Antara contoh para sahabat yang telah berkorban jiwa dan raga dalam
memperjuangkan agama Allah ialah Saidina Hamzah yang telah syahid di medan
Perang Uhud.
• Jelaslah, Islam dapat dipertahahankan dan disebarkan melalui jihad nyawa dan juga
tenaga.
2. Jihad harta benda
35
• Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad iaitu jihad fi sabilillah.
• Bagi mereka yang mempunyai kekayaan, harta yang dimiliki boleh disumbangkan
untuk menyokong usaha jihad di medan peperangan seperti membantu dari segi
kewangan.
• Sebagai contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab dan
Saidina Uthman bin Affan telah menyerahkan sebahagian besar daripada harta
mereka untuk menegakkan syiar Islam.
• Sememangnya semua orang berpeluang untuk berjihad di jalan Allah dan kekayaan
yang dimiliki menjadi salah satu cara untuk berjihad.
3. Jihad melawan hawa nafsu
• Jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam.
• Melalui jihad ini, seluruh tenaga disalurkan agar menuruti jalan (manhaj) yang
digariskan oleh Allah SWT.
• Perjuangan melawan hawa nafsu dalam setiap diri individu muslim merupakan fardu
ain dan jihad ini menuntut kepada jihad yang berpanjangan.
• Selain itu, mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu juga tergolong dalam
dalam jihad melawan hawa nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal
dengan ajaran Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar dengan segala ujian
dan cabaran yang diterima.
• Sesungguhnya, jihad melawan hawa nafsu dapat memastikan setiap muslim sentiasa
patuh pada perintah Allah SWT dan jihad ini merupakan jihad dalam diri setiap individu.
4. Jihad menghapuskan kemungkaran dan kezaliman serta menegakkan kebenaran.
• Umat Islam juga digalakkan untuk menentang kemungkaran dan kezaliman yang
dilakukan sama ada oleh orang Islam ataupun orang kafir.
• Sehubungan itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang
sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.
• Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata bahawa jihad yang paling utama ialah
menyatakan perkataan yang hak di hadapan seorang penguasa yang zalim.
• Jelaslah bahawa menghapuskan kemungkaran dan kezaliman serta menegakkan
keadilan merupakan jihad yang dituntut oleh Islam untuk menjamin kesejahteraan
masyarakat.
36
5. Jihad menentang golongan munafik
• Jihad dalam kategori ini bermaksud jihad menentang golongan yang berselindung di
sebalik agama Islam. Umat Islam perlu menentang golongan ini.
• Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik
seperti dalam surah al-Munafiqun. Ayat ini boleh dijadikan panduan untuk berhadapan
dengan golongan ini.
• Surah at-Taubah ayat 73 juga menyeru umat Islam agar berjihad terhadap orang kafir
dan munafik.
• Selain itu, kebanyakan ayat Madaniyyah turut mendedahkan mengenai golongan
munafik. Hal ini demikian kerana dakwah Islam di Madinah banyak terdedah kepada
ancaman golongan munafik.
• Sesungguhnya, jihad ini dapat memastikan musuh-musuh Islam dapat dihapuskan dan
kesucian Islam terus terpelihara.
6. Jihad menentang syaitan
• Syaitan merupakan musuh manusia yang sebenar-benarnya. Banyak ayat al-Quran
yang menjelaskan permusuhan antara syaitan dengan manusia seperti kisah Nabi
Adam dan iblis yang menceritakan permusuhan dan dendam iblis kepada manusa.
• Surah al-Fatir ayat 6 membuktikan bahawa syaitan ialah musuh manusia.
“Sesungguhnya syaitan itu seteru bagimu maka jadikan dia atau layanilah sebagai
seteru”.
• Sehubungan itu, jihad menentang syaitan tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu
ain kerana setiap manusia yang beragama Islam mestilah sentiasa berjihad
menentang hawa nafsu dan syaitan kerana kedua-duanya menjadi musuh dalam diri
setiap individu.
• Jelaslah, jihad menentang syaitan merupakan jihad yang penting untuk memastikan
umat Islam tidak terpengaruh dengan hasutan syaitan dan menjadi hamba yang taat
kepada perintah Allah SWT.
7. Jihad menuntut ilmu
• Selain berjuang di medan perang, umat Islam juga disyariatkan berjuang dalam
keilmuan untuk memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap bidang
kehidupan.
37
• Umat Islam digalakkan untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat sama ada ilmu
fardu ain seperti fekah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan juga
kejuruteraan.
• Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi bertujuan untuk memastikan umat Islam
tidak bergantung kepada orang bukan Islam. Malah fardu kifayah boleh menjadi wajib
sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajari atau menguasainya.
• Sesungguhnya, setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menuntut ilmu supaya
tidak dipandang hina oleh orang bukan Islam.
Kesimpulan
1. Jihad merupakan sesuatu yang amat luas dan perlu ditafsirkan secara tepat.
2. Jihad dalam bentuk zahir dan batin perlu dilakukan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh
semata-mata kerana Allah SWT, bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk
kepentingan sejagat dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
3. Jihad merupakan prinsip Islam yang agung kerana jihad dapat memelihara kebesaran,
kemuliaan dan kedaulatan Islam, negara dan juga umatnya.
SOALAN 12: HURAIKAN ETIKA PEPERANGAN PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.
Pendahuluan
1. Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan terhadap
wilayah atau negara lain tanpa sebab yang munasabah.
2. Hal ini kerana Islam ialah agama perdamaian yang cinta akan keamanan.
3. Namun begitu, apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib
mengangkat senjata untuk mengelakkan maruah dipermainkan pihak musuh.
4. Hal ini selaras dengan wahyu yang telah diturunkan oleh Allah SWT yang membenarkan
Nabi Muhammad s.a.w berperang.
5. Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam perlu
mematuhi etika peperangan yang telah ditetapkan sama ada sebelum, semasa atau
selepas perang.
Isi-isi utama
1. Memberi pilihan sebelum berperang
38
• Sebelum berperang manusia/musuh hendaklah diseru atau diajak kepada Islam,
berdamai atau berperang
• Dilaksanakan semasa zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur
wilayah Hirah. Penduduk diberikan tiga pilihan iaitu menganut agama Islam, berdamai
atau berperang.
• Sekiranya musuh sudah mengikat perjanjian damai, mereka termasuk dalam golongan
yang tidak boleh diperangi
• Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan
kerajaan Islam perlu membayar jizyah sebagai simbol balasan kerana kerajaan Islam
melindungi harta dan nyawa mereka.
• Peperangan hanya akan berlaku sekiranya pihak musuh masih berkeras dan
memulakan serangan
• Hal ini jelas membuktikan bahawa Islam tidak menggalakkan peperangan dan
peperangan hanya akan berlaku selepas usaha untuk mengelakkannya gagal
2. Memerangi musuh seandainya orang Islam diperangi terlebih dahulu
• Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka
diperangi terlebih dahulu
• Etika ini dapat dilihat dalam perang Badar, iaitu peperangan yang pertama antara umat
Islam Madinah dengan orang musyrikin Mekah
• Tentera Islam hanya menunggu serangan daripada musuh yang menceroboh
kawasan perkhemahan tentera Islam
• Selepas itu barulah berlaku peperangan secara terbuka dan menyeluruh antara
tentera musyrikin Mekah dengan tentera Islam Madinah
• Jelaslah bahawa tentera Islam tidak memulakan peperangan tetapi tidak akan berdiam
diri sekiranya diserang oleh pihak musuh
3. Mentaati arahan pemimpin atau ketua
• Etika yang terpenting semasa peperangan sedang berlaku
• Etika ini berhubung kait dengan disiplin yang diterapkan dalam kalangan tentera Islam
• Tentera Islam juga tidak boleh lari atau meninggalkan medan peperangan melainkan
dengan keizinan ketua
• Semua anggota tentera wajib akur kepada arahan pemimpin atau ketua untuk
memastikan segala perancangan yang telah diatur mencapai matlamat
• Selain itu untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dan sesuatu yang tidak diingini
dalam kalangan anggota tentera semasa peperangan
39
• Kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 Hijrah berpunca daripada
tentera Islam yang tidak akur dengan arahan pemimpin
• Tentera pemanah telah meninggalkan posisi mereka di Bukit Uhud untuk mengambil
harta benda dan makanan yang ditinggalkan oleh pihak musuh
• Pihak musuh mengambil kesempatan dan melakukan serangan balas
• Jelaslah bahawa kegagalan mematuhi arahan pemimpin dan mementingkan tujuan
lain semasa peperangan telah mengakibatkan pihak musuh beroleh kemenangan.
4. Tidak boleh memerangi golongan yang lemah
• Dalam ekspedisi ketenteraan, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yang tidak
memiliki kekuatan dan daya usaha.
• Contohnya, kanak-kanak, golongan wanita, orang tua, orang cacat atau lumpuh serta
paderi atau pendeta.
• Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin golongan ini tidak dikenakan jizyah kerana dianggap
tidak mengancam keselamatan negara Islam
• Namun begitu, jika golongan ini memainkan peranan penting sebagai penggerak atau
pencetus peperangan, tentera Islam boleh mengambil tindakan yang sewajarnya
sebagai tindak balas
• Jelaslah etika ini membuktikan bahawa Islam bukanlah bersifat kejam dan
mementingkan kebajikan walaupun terhadap musuh. Hal ini juga menunjukkan
bahawa Islam mempunyai nilai moral yang tinggi.
5. Larangan merosakkan harta benda
• Tentera Islam dilarang merosakkan atau memusnahkan harta benda penduduk dan
kemudahan awam kecuali dalam keadaan darurat
• Tentera Islam dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekitar supaya berada
seperti dalam keadaan sedia kala
• Contoh perbuatan yang dilarang seperti membakar rumah penduduk, rumah ibadat
dan kebun-kebun, dan memotong pokok
• Hal ini bukan sahaja melibatkan kepentingan awam malah menyebabkan berlakunya
pembaziran dan menjejaskan matlamat peperangan.
• Larangan ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan
• Hal ini dibuktikan dalam peristiwa pengepungan kota Ta’if oleh Nabi Muhammad SAW.
Dalam kejadian tersebut, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik oleh tentera
Islam.
40
• Jelaslah di sini bahawa, larangan memusnahkan atau merosakkan harta benda
selaras dengan anjuran Islam yang tidak suka akan kemusnahan dan kehancuran
tetapi lebih kepada mempertahankan maruah agama Islam dan negara.
6. Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
• Antara larangan tersebut ialah tentera Islam tidak boleh mencincang mayat atau
musuh yang terbunuh.
• Etika ini jelas menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang suci dan menolak
tindakan yang boleh mengaibkan seseorang sama ketika masih hidup ataupun setelah
meninggal dunia.
• Islam melarang keras tindakan mengaibkan musuh sebagaimana yang telah dilakukan
oleh Hindun bt Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad
SAW yang syahid dalam Perang Uhud pada tahun 3 Hijrah
• Jelaslah bahawa Islam sentiasa menghormati orang lain sama ada kawan atau pun
musuh, sama ada hidup ataupun sudah meninggal dunia.
7. Layanan baik terhadap tawanan perang
• Tentera Islam dilarang menyiksa atau membunuh tawanan perang sewenang-
wenangnya.
• Tentera Islam dikehendaki melayan musuh yang berjaya dikalahkan dan ditawan
dengan baik.
• Hal ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad
SAW.
• Baginda menggunakan cara diplomasi semasa dalam melayan tawanan perang.
• Contohnya, Tawanan perang Badar yang tidak mampu tetapi mempunyai
pengetahuan boleh menebus diri dengan mengajar ilmu pengetahuan kepada 10 anak
muslimin Madinah sehingga pandai atau membayar sejumlah wang yang tertentu
sebagai tebusan diri mengikut keadaan bagi yang berkemampuan
• Tindakan Nabi Muhammad SAW memberikan pengampunan kepada tawanan ketika
peristiwa pembukaan kota Mekah
• Kaedah yang digunakan ini berjaya menarik ramai musuh Islam untuk menerima
agama Islam.
• Jelaslah, dengan melayan tawanan perang dengan baik, Islam terus tersebar dan
dapat diterima oleh mereka yang sebelum ini menentang Islam.
Kesimpulan
41
1. Ternyata etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam bukan sahaja memberikan kesan
yang positif kepada tentera-tentera Islam, malah menjadi saluran untuk penyebaran dakwah
Islam.
2. Etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam telah menaikkan imej Islam di mata
masyarakat bukan Islam.
3. Selain itu, etika perang yang diamalkan oleh tentera Islam juga telah menarik minat ramai
musuh Islam untuk menerima agama ini.
SOALAN 13: BINCANGKAN PELAKSANAAN NAUNGAN MELALUI JIZYAH PADA
ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI.
Pendahuluan
1. Jizyah bermaksud ganti rugi atau cukai perlindungan. Ia merupakan pemberian ufti oleh
seseorang individu atau kerajaan bukan Islam kepada kerajaan Islam sebagai simbol
naungan di bawah kerajaan Islam.
2. Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas kafir Zimmi yang menerima
perlindungan nyawa dan harta benda daripada pemerintah Islam.
3. Orang bukan Islam yang membayar jizyah akan mendapat hak yang sama dengan orang
Islam dan mendapat kebebasan beragama.
4. Mereka yang telah memeluk Islam tidak akan dikenakan jizyah.
5. Pelaksanaan jizyah melalui naungan dilakukan sewaktu pemerintahan khalifah al-
Rasyidin yang berpusat di Madinah. Empat orang khalifah al –Rasyidin iaitu Abu Bakar
As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan Ali bin Abi Talib.
Isi- isi utama
1. Pengurusan Jizyah
• Golongan yang dikenakan jizyah ialah kafir zimmi yang memenuhi syarat iaitu lelaki,
sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka dan bukan ahli agama
sebagai balasan perlindungan atau keselamatan jiwa dan harta yang mereka peroleh
dari negara Islam
• Sekiranya seseorang kafir zimmi itu memeluk Islam atau kerajaan Islam gagal
memberi jaminan keselamatn maka kewajipan membayar jizyah akan gugur
42
• Selain itu, jizyah terbahagi dua iaitu secara rela dan paksaan. Jizyah secara rela ialah
pembayaran atas kerelaan antara bukan Islam dan kerajaan Islam, manakala jizyah
paksaan ialah kadar bayaran yang ditentukan oleh kerajaan Islam
• Jizyah akan dibayar setiap awal tahun dan kadar minimumnya satu dinar. Menurut
mazhab Hanafi dan Hambali kadarnya antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada
status dan kemampuan seseorang
• Antara contoh kerajaan yang membayar jizyah ialah kerajaan Baitulmuqaddis pada
zaman pemerintahan Umar al-Khattab
• Pengurusan jizyah ini ternyata tidak membebankan kerajaan yang dinaungi oleh
kerajaan Islam.
2. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
• Amalan pungutan jizyah dilakukan pada zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq
• Pada zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq, sebelum berperang beliau memberi tiga
pilihan kepada penduduk Iraq dan Syria iaitu memeluk Islam, membayar jizyah atau
berperang
• Beliau berjaya mengalahkan beberapa wilayah seperti Iraq dan Syria di mana
pemimpinnya bersetuju membayar jizyah sebanyak 19 ribu dirham kepada kerajaan
Islam di Madinah.
• Manakala apabila panglima Khalid bin al-Walid menawan kerajaan di Hirah, al-Anbar
dan Ain al-Tamar dalam ekspedisi ke Daumat al-Jandal, wilayah berkenaan rela
membayar jizyah sebanyak satu dinar setiap individu.
• Tegasnya, pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah berkenaan telah dapat menjamin
keselamatan diri dan harta benda mereka.
3. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar al-Khattab
• Pungutan jizyah meningkat kesan daripada ekspedisi ketenteraan yang dijalankan
oleh Khalifah Umar al-Khattab seperti di Mesir,Iraq dan Syam.
• Bagi melicinkan kutipan jizyah, khalifah Umar al-Khattab telah mengarahkan gabenor
melaksana dan menentukan kadar jizyah atas wilayah masing-masing
• Khalifah Umar al-Khattab telah membuat perjanjian dengan pemimpin Baitulmuqaddis,
pemerintah Babylon dan mereka bersetuju membayar jizyah dan menerima
perlindungan kerajaan Islam.
• Di Syria kadar jizyahnya ialah 1 hingga 4 dinar bergantung pada status dan
kemampuan individu, manakala penduduk Qibti di Mesir juga membayar jizyah dengan
43
kadar 2 dinar setahun kepada kerajaan Islam Madinah kerana bersetuju bernaung di
bawah kerajaan Islam
• Sumber jizyah yang dipungut dimasukkan ke dalam Baitulmal dan akan digunakan
untuk kepentingan negara dan rakyat seperti membayar gaji kakitangan kerajaan
termasuk tentera dan juga menyediakan kemudahan–kemudahan awam.
• Kesan daripada pembayaran jizyah ini, pendapatan negara pada zaman khalifah Umar
al-Khattab semakin bertambah dan wilayah Islam semakin berkembang.
4. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Uthman bin al-Affan
• Khalifah Uthman meneruskan pelaksanaan jizyah berikutan kawasan wilayah naungan
kerajaan Islam semakin luas.
• Kejayaan ekspedisi arahan Khalifah Uthman menyebabkan wilayah-wilayah seperti
Tarablus, Tripoli, Nubah dan Qairawan di Afrika Utara menyatakan kesanggupan untuk
berada di bawah naungan kerajaan Islam melalui pembayaran jizyah.
• Wilayah berkenaan juga setuju untuk berdamai dan sebahagian penduduknya pula
bersedia untuk menganut Islam.
• Impaknya, sumber pendapatan negara semakin bertambah.
5. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
• Pelaksanaan jizyah masih diteruskan pada zaman Khalifah Ali namun agak kabur.
• Situasi ini disebabkan keadaan negara yang tidak aman, berlaku pergolakan politik,
pemberontakan dan perang saudara seperti Perang Jamal dan Perang Siffin.
• Namun begitu, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat khalifah Ali kepada al-Asytar
dan al-Nakha’I agar beliau tidak menolak perjanjian damai yang diminta oleh kafir
Zimmi melalui pembayaran jizyah.
• Khalifah Ali masih menerima jizyah dari wilayah taklukan yang diwarisi dari khalifah
sebelumnya seperti Azerbaijan, Palestin dan Jordan.
• Namun, pendapatan negara melalui ijzyah berkurangan kerana terdapat beberapa
wilayah yang enggan membayar jizyah dan membebaskan diri daripada naungan
kerajaan Islam pusat seperti Mesir.
• Tegasnya, pelaksanaan jizyah masih diteruskan walaupun negara berhadapan
dengan pelbagai masalah kerana merupakan sumber pendapatan negara.
Kesimpulan
1. Pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan kerajaan Islam tetapi pada
masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan negara.
44
2. Sistem ini diteruskan lagi pada zaman khalifah Umayyah dan Abbasiyah dan juga kerajaan
Islam selepasnya.
SOALAN 14: HURAIKAN PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG DIMETERAI PADA
ZAMAN KHALIFAH UTHMANIYAH PADA ABAD KE 17 HINGGA 19 MASIHI.
Pendahuluan
1. Pada zaman khalifah Uthmaniyah, telah berlaku perluasan kuasa dan hubungan luar
melalui beberapa siri perjanjian dengan beberapa buah kerajaan yang lain.
2. Namun, hubungan ini lebih kepada menjaga kekuasaan dan kedudukan kerajaan Islam
ke atas wilayahnya. Kerajaan khalifah Uthmaniyah mula mengalami fasa kemerosotan
selepas zaman Sultan Muhammad al-Fateh.
3. Keadaan ini semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19 akibat persaingan dan tekanan
daripada kuasa-kuasa imperialis barat. Akibatnya, khalifah Uthmaniyah terpaksa
menandatangani beberapa siri perjanjian berikutan kekalahan demi kekalahan dalam
peperangan. Perjanjian yang dibuat ini turut menyebabkan kerajaan Uthmaniyah
kehilangan banyak wilayah- wilayahnya kepada kuasa barat.
Isi- isi utama
1. Perjanjian Catherina atau Perjanjian Kainarji (1774)
• Perjanjian damai antara Uthmaniyah dengan Russia pada zaman khalifah Abdul
Hamid I dengan Maharaja Catherina II.
• Perjanjian ini mengakui kekalahan Uthmaniyah kepada Russia dalam peperangan.
• Dalam perjanjian ini, Russia bersetuju mengembalikan wilayah Wallachia dan Moldova
kepada Uthmaniyah setelah Berjaya menaklukinya. Namun Russia tetap berhak
campur tangan dalam pemerintahan di dua wilayah itu.
• Russia juga boleh mendirikan konsulat dan seterusnya menjaga kepentingan agama
Kristian dan penganutnya yang berada di wilayah-wilayah tersebut.
• Selain itu, kerajaan Uthmaniyah perlu menanggung sebahagian besar perbelanjaan
perang dengan Russia. Jumlah yang perlu ditanggung oleh Uthmaniyah ialah
sebanyak 4.5 juta rubble.
• Russia juga diberi hak untuk menguasai seluruh pelabuhan yang terletak di Laut Azov
dan Sungai Danube.
45
• Jelaslah bahawa, perjanjian ini menyebabkan empayar Uthmaniyah kehilangan
pengaruh di wilayah-wilayah di Eropah tengah dan timur.
3. Perjanjian Damai dengan Poland 1672
• Sultan Muhammad IV telah memimpin serangan ke atas Poland dan Poland telah
menyerahkan wilayahnya iaitu Ukhraine kepada Uthmaniyah.
• Hal ini telah menimbulkan konflik antara Uthmaniyah dengan Russia kerana pihak
Russia mendakwa Ukhraine adalah sebahagian wilayah mereka.
• Peperangan yang tercetus antara Uthmaniyah dengan Russia telah menyaksikan
kemenangan memihak kepada Russia dan kekalahan yang teruk kepada Uthmaniyah
dan Uthmaniyah terpaksa menandatangani perjanjian Rasdin.
• Tuntasnya, perjanjian yang termeterai banyak memberi kerugian kepada pihak
Uthmaniyah setelah tewas dalam peperangan.
4. Perjanjian Karlowitz (1699) dan Perjanjian Passarowitz (1718)
• Perjanjian ini berlaku pada zaman khalifah Mustafa II kerana kekalahan Uthmaniyah
kepada armada Russia yang dipimpin oleh Tsar Peter.
• Kesan daripada perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan
sebahagian besar wilayahnya di Balkan, Hungary dan kawasan Laut Hitam kepada
Habsburg dan Poland.
• Perjanjian Passarowitz pula merupakan sebuah perjanjian yang ditandatangani oleh
Sultan Ahmad III dengan Austria dan Venesia kerana kekalahan Uthmaniyah dalam
Perang Petewarden.
• Implikasinya, Uthmaniyah telah kehilangan wilayah Balkan termasuk Serbia dan
Romania manakala kawasan pantai Dalmatia diserahkan kepada Venesia.
• Tegasnya, peperangan yang tercetus menyebabkan Uthmaniyah kehilangan
wilayahnya kepada musuh-musuhnya.
4. Perjanjian Dardanella (1809)
• Perjanjian yang berlaku antara kerajaan Uthmaniyah dengan kerajaan British
menyaksikan British bersetuju meninggalkan Mesir yang merupakan wilayah
kekuasaan Uthamniyah.
• Namun, British diberi hak-hak konsulat di wilayah Uthmaniyah.
46
• British berharap dapat menjaga kepentingan maritimnya di perairan Mediterranian
daripada sebarang ancaman terutamanya dari armada laut Russia.
• Jelaslah, perjanjian damai ini dapat meredakan ketegangan antara Uthmaniyah
dengan British dan Russia.
5. Perjanjian San Stafeno (1878)
• Perjanjian San Stefeno menamatkan perang terakhir antara Uthmaniyah dengan
Russia yang berlangsung sejak tahun 1877.
• Pada mulanya, perang ini berlaku kerana wujudnya komplot oleh Russia dan
sekutunya untuk membebaskan Bosnia Herzogovina dan Bulgaria daripada
kekuasaan Uthmaniyah.
• Perjanjian ini memberi kemerdekaan kepada Romania, Serbia dan Montenegro serta
memberi kuasa autonomi kepada Bosnia Herzegovina. Bulgaria juga diletakkan di
bawah pengawasan Russia.
• Jelaslah, perjanjian ini telah memberi kemerdekaan kepada Romania, Serbia,
Montenegro dan Bosnia Herzegovina yang akhirnya menyebabkan wilayah di bawah
kekuasaan Uthmaniyah semakin kecil dan merosot.
Kesimpulan
1. Beberapa siri perjanjian yang dimeterai banyak menunjukkan kemerosotan kekuasaan
empayar Uthmaniyah.
2. Kelemahan dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah menyebabkan
kemerosotan dari aspek pengaruh politik dan juga ekonomi.
3. Kegagalan pemimpin negara dan ketiadaan sekutu yang kuat menyebabkan kejatuhan
empayar Uthmaniyah kepada kuasa-kuasa Barat.
47
TEMA 2
PEMBANGUNAN DAN
PENEROKAAN
48
TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN CATATAN
NO SOALAN
1 HURAIKAN KONSEP DAN CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM PADA
ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.
2 BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN
KHALIFAH ALRASYIDIN ABAD KE 7 MASIHI
3 BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN
KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD 17 HINGGA ABAD 19
MASIHI
4 BEZAKAN ANTARA CUKAI DAN ZAKAT SERTA
KEPENTINGANNYA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA.
5 BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN YANG DILAKSANAKAN
SEMASA PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-RASYIDIN
6 BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN ZAMAN KERAJAAN
BANI ABBASIYAH PADA ABAD KE 9 HINGGA 11 MASIHI.
7 BINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN
KHALIFAH AL-RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI
8 JELASKAN KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA
ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 HINGGA 11
MASIHI.
9 BINCANGKAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ZAMAN KERAJAAN
UMAYYAH PADA ABAD KE-7 HINGGA 8 MASIHI
10 JELASKAN FALSAFAH DAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM
ZAMAN KERAJAAN ABBASSIYAH PADA ABAD KE 11 HINGGA
12 MASIHI.
11 HURAIKAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN FARDU AIN DAN
FARDU KIFAYAH DI ACHEH PADA ABAD 16 MASIHI HINGGA
17 MASIHI.
12 IBN SINA MERUPAKAN TOKOH ISLAM YANG MEMPUNYAI
SUMBANGAN BESAR DALAM PERKEMBANGAN
INTELEKTUAL ISLAM. BINCANGKAN.
13 IMAM AL-GHAZALI TELAH MEMBERIKAN BANYAK
SUMBANGAN DALAM TAMADUN ISLAM TERUTAMANYA
DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN. BINCANGKAN
14 BINCANGKAN SUMBANGAN IBNU BATTUTAH DALAM
49
PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.
15 HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA
ABAD KE-13 MASIHI
16 HURAIKAN KESENIAN SENI BINA ISLAM ISTANA ALHAMBRA
DI ANDALUSIA.
17 HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI INDIA PADA ZAMAN
KEKUASAAN KERAJAAN MUGHAL.
18 MERUJUK KEPADA EMPAT BUAH BANGUNAN YANG
TERDAPAT PADA ZAMAN KERAJAAN MUGHAL.
BINCANGKAN KEUNIKAN BANGUNAN BERKENAAN
50