TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
SOALAN 1: HURAIKAN KONSEP DAN CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM PADA ZAMAN NABI
MUHAMMAD SAW.
Pendahuluan
1. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah mengkaji aktiviti manusia yang selaras dengan
tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan
diri, masyarakat, dan negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
2. Ini menjelaskan bahawa ekonomi Islam adalah menyeluruh yang merangkumi aspek
rohani dan jasmani. Malahan, memperlihatkan bahawa asas ekonom Islam tidak
dipisahkan dengan ilmu agama.
3. Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh dan adab peraturan dalam urusan
perniagaan iaitu: mendapatkan dan menikmati rezeki secara halal, mengharamkan
perniagaan barangan dan perkhidmatan yang haram, berkelakuan baik semasa berurus
niaga, menjauhkan diri daripada amalan riba, dan menjalankan urusniaga dengan jujur
dan amanah.
4. Contoh dan adab ini merupakan usaha Nabi Muhammad S.A.W untuk memantapkan
ekonomi Islam khususnya di Madinah.
Isi-isi utama
1. KONSEP EKONOMI ISLAM
• Konsep rububiyyah (ketuhanan) menjadi konsep utama yang menekankan sifat Allah
s.w.t. sebagai Penguasa yang membuat peraturan dan bertujuan menjaga dan
memelihara kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Hanya Allah s.w.t.
sahaja yang mengerti perjalanan dan pengisian yang terbaik untuk alam dan makhluk-
Nya. Dalam konteks ekonomi, ia merupakan peraturan yang ditetapkan Allah s.w.t. bagi
meningkatkan kualiti kehidupan manusia di dunia untuk menjadi bekalan alam akhirat.
• Konsep tazkiyah (kesucian jiwa) yang berkait rapat dengan proses pembentukan sahsiah
dan akhlak. Para rasul yang diutus adalah untuk memurnikan dan mensucikan hati nurani
manusia dalam hubungannya dengan Allah s.w.t., manusia, dan alam. Aspek Tazkiyah
berkaitan dengan tanggungjawab mengeluarkan zakat dan bersedekah.
• Konsep ubudiyah (kehambaan). Manusia sebagai hamba Allah dan khalifah disuruh
menerima dan patuh segala suruhan Allah. Manusia sebagai khalifah Allah adalah
51
pemegang amanah yang bertanggungjawab memakmurkan dunia dengan unsusr-unsur
tauhid dan rububiyyah.
• Persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia. Perhubungan sesama manusia adalah
berdasarkan unsur persaudaraan, kasih sayang, hormat-menghormati serta
tanggungjawab dan rela berkorban demi agama, masyarakat dan negara. Hal ini akan
mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan sejagat. Dengan ini,
manusia akan mengurus aktiviti ekonominya dengan cara yang diredhai Allah s.w.t..
Maka, dalam ekonomi Islam, tiada konsep tindas-menindas, memeras, mengeksploitasi,
sifat bakhil, dan sifat-sifat negatif yang lain.
2. CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM
1. Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t
• Dalam sistem ekonomi Islam, tujuan utama setiap aktiviti pelaburan, perusahaan dan
seumpamanya adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dalam konteks ini, tiada
sebarang aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan selain dasar ini.
• Oleh itu, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab, dan
tidak mengetepikan aspek-aspek kebajikan masyarakat.
• Pembahagian ekonomi adalah adil dan saksama dalam kalangan masyarakat Madinah.
Pengagihan ekonomi dilakukan melalui kewajipan berzakat dan menggalakkan
bersedekah.
2. Matlamat jangka panjang diutamakan
• Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada
masyarakat.
• Bagi individu yang mengusahakan perniagaan, matlamat jangka panjang dalam aktiviti
ekonomi adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.
• Ekonomi Islam menerapkan nilai saling tolong-menolong antara satu sama lain dengan
menekankan perkongsian rezeki antara golongan kaya dan golongan miskin.
3. Memberi kemakmuran kepada masyarakat
• Tujuan aktiviti perniagaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan
kesenangan kepada masyarakat.
• Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan nilai dan tahap
hidup masyarakat.
52
• Perkhidmatan pelacuran, perjudian, dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam
senarai aktiviti ekonomi Islam kerana ia membawa kerosakan dan kesengsaraan kepada
kehidupan masyarakat.
4. Keuntungan dunia dan akhirat
• Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan material dan pahala
daripada aktiviti yang dilakukan. Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa, "Peniaga
yang amanah berada di bawah naungan Arash pada hari pengadilan."
• Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan
amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan
yang diberi keistimewaan.
• Semakin banyak pahala yang diperolehi daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi usaha
yang dilaksanakan.
• Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan ekonomi Islam dengan mengharamkan riba dalam
urusan jual beli.
• Aktiviti ekonomi yang menjurus kepada penindasan, penipuan, rasuah dan monopoli
ekonomi diharamkan.
• Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong-menolong, jujur, dan
mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat
pahala dan ganjaran Allah s.w.t.
Kesimpulan
1. Islam memberi garis panduan dalam melaksanakan aktiviti ekonomi. Terdapat aktiviti
ekonomi yang diharuskan dan aktiviti ekonomi yang diharamkan.
2. Kesemua garis panduan ini adalah untuk melatih jiwa seseorang muslim melaksanakan
aktiviti ekonomi yang diharuskan dan dalam masa yang sama dapat mendisiplinkan diri,
mengawal hawa nafsu serta melahirkan seseorang muslim yang berjiwa bersih dan
bertakwa kepada Allah.
SOALAN 2: BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH AL
RASYIDIN ABAD KE 7 MASIHI
Pendahuluan
• Baitulmal merupakan perbendaharaan atau institusi yang bertanggungjawab
menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat
53
penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang
perhiasan dan harta-harta amanah (wakaf).
• Khalifah al-Rasyidin diperintah empat sahabat nabi iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,
Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
• Pengurusan Baitulmal semakin penting dan menyeluruh pada zaman Khalifah Umar
al-Khattab disebabkan harta negara Islam semakin meningkat berikutan kejayaan
ekspedisi ketenteraan.
Isi-isi Utama
1. Sumber Baitulmal
• Sumber Baitulmal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu harta masyarakat,
harta negara dan harta umum.
• Sumber utama Baitulmal termasuk pendapatan zakat harta benda seperti emas,
perak, zakat pertanian dan ternakan dari umat Islam.
• Jizyah dari orang bukan Islam dan kadarnya antara 12 hingga 48 dirham.
Dikecualikan kepada golongan tertentu seperti orang tua, kanak-kanak, wanita dan
lain-lain.
• Kharaj dari orang Islam dan bukan Islam pada kadar 10%.
• Usyur dikenakan terhadap peniaga Islam dan bukan Islam mengikut kadar tertentu.
Misalnya kafir harbi dikenakan 10%, kafir zimmi 5% dan peniaga Islam 2.5%. Cukai
usyur dikenakan apabila cukup nisabnya sebanyak 200 dirham.
• Ghanimah dan al-fay yang berkaitan dengan harta rampasan perang.
• Harta peninggalan si mati tanpa waris.
• Harta karun (rikaz) yang ditemui dan tidak diketahui tuannya.
• Selain itu, sumber zakat meliputi harta wakaf, sedekah, hadiah dan lain-lain.
2. Pengurusan sumber Baitulmal
• Harta zakat Baitulmal diagihkan kepada penerima zakat yang layak (8 golongan asnaf)
termasuk fakir, miskin, musafir, mualaf, hamba yang membebaskan diri, orang yang
berhutang, orang yang berjihad dan amil. Lebihan zakat akan digunakan untuk
kebajikan awam.
• Satu perlima harta ghanimah dan al-fay disalurkan untuk perbelanjaan kerajaan dan
bakinya diagihkan kepada tentera terlibat.
54
• Sumber Baitulmal lain digunakan untuk kegunaan kerajaaan dan awam termasuk
penyediaan prasarana, kebajikan rakyat, ahli keluarga nabi, ahli badar, ahli Baiah al-
Riduan dan sebagainya.
3. Pentadbiran Baitulmal
• Khalifah mengetuai pentadbiran Baitulmal berpusat di Madinah manakala gabenor
mengetuai pentadbiran di peringkat wilayah.
• Pegawai khas Baitulmal yang mahir Feqah, Matematik dan bersifat amanah dilantik
termasuk ketua pegawai Baitulmal, Pengutip Zakat (Amil), Pemungut Cukai dan
Pegawai Kewangan.
• Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, penggunaaan buku kira-kira diperkenalkan
bagi merekod sumber masuk dan keluar dari Baitulmal. Buku kira-kira ini menjadikan
pengurusan baitulmal lebih cekap dan berintegriti.
4. Pengurusan Baitulmal Zaman Khalifah Abu Bakar
• Pada zaman Abu Bakar, Baitulmal wujud secara tidak rasmi.
• Baitulmal berada pada tahap mudah, sederhana dan tidak rumit pengurusannya.
Pendapatan negara Islam dibelanjakan dengan sepenuhnya kepada mereka yang
berhak tanpa ada lebihan.
• Khalifah Abu Bakar juga menyerahkan sebidang tanah Nabi Muhammad saw iaitu
tanah Fadak dan Khaibar kepada Baitulmal. Begitu juga kutipan jizyah dan zakat yang
diperolehi dari ekspedisi ketenteraan pimpinan Khalid al-Walid ke atas wilayah Parsi
disimpan dalam Baitulmal.
5. Pengurusan Baitulmal pada zaman Umar al-Khattab.
• Baitulmal ditubuhkan secara rasmi pada zaman Umar kerana berlaku pembukaan
wilayah dan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Sumber Baitulmal yang banyak seperti
zakat, al-fai’, jizyah, kharaj, usyur dan ghanimah tidak dapat diagih dengan serta
merta.
• Panglima Khalid al-Walid mencadangkan kepada Khalifah Umar agar menubuhkan
Diwan yang berfungsi sebagai jabatan perbendeharaan yang akan mengawal urusan
pentadbiran harta berkenaaan dan cadangan itu dipersetujui.
55
• Khalifah Umar melaksanakan pengurusan Baitulmal secara sistematik dengan
menyediakan buku kira-kira negara bagi mengetahui aliran wang keluar dan masuk
dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Beliau melantik Uqail bin Abu Talib,
Makhramah bin Naufal dan Jabair bin Mut’am mengendalikan Baitulmal mengikut
syariat agama demi kepentingan ummah, agama dan negara.
• Dana Baitulmal turut dikhaskan untuk jaminan sosial bukan hanya kepada umat Islam
bahkan kepada orang bukan Islam.
• Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Cawangan Baitulmal
ditubuhkan di setiap wilayah Islam. Para pegawai akan dilantik secara khusus dan
bertanggungjawab kepada Baitulmal pusat di Madinah.
• Umar al-Khattab telah melakukan pembaharuan dalam pentadbiran kharaj di mana
para tentera tidak dibenarkan memiliki tanah dan rumah sebagai ghanimah sebaliknya
membiarkan tanah-tanah di wilayah yang ditakluki diusahakan oleh pemilik asalnya.
Sebagai ganti, tentera Islam mendapat elaun atau gaji daripada dana Baitulmal.
Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan timbulnya perselisihan faham sesama
anggota tentera Islam yang boleh menggugat kestabilan negara di samping
meningkatkan disiplin anggota tentera
6. Pengurusan Baitulmal pada zaman Uthman bin Afffan
• Pada zaman Uthman, timbul kontroversi mengenai pengurusan Baitulmal.
• Beliau dituduh menyalahgunakan harta Baitulmal untuk kepentingan diri dan ahli
keluarga kerana menaikkan kadar cukai, tidak mengagihkan harta rampasan perang
dan berbelanja boros.
• Tuduhan itu merupakan fitnah. Khalifah Uthman menaikkan kadar cukai untuk
menambah dana belanjawan militer bagi menghadapi ancaman Byzantine.
• Khalifah Uthman terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawan. Malahan bagi
menambah harta Baitulmal, beliau telah menyerahkan urusan perdagangan miliknya
kepada kaum keluarga dan menjadikan rumahnya sebagai Baitulmal sebelum
kerajaan Islam menubuhkan bangunan Baitulmal secara rasmi.
7. Baitulmal zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
• Khalifah Ali meneruskan Baitulmal sebagai perbendaharaan negara mengikut syariat.
Beliau meneruskan kehidupan sederhana dan dibayar gaji yang sama seperti yang
diterima oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar.
56
• Pada zaman pemerintahanya, berlaku pertukaran ketua Baitulmal. Beliau melantik
Abdullah bin Arqam yang terkenal dalam kalangan sahabat sebagai seorang yang jujur
dan tegas.
• Ketika peperangan, pengikut Khalifah Ali menggesa agar mengambil sebahagian
daripada harta Baitulmal untuk menguatkan tentera bagi menghadapi tentera
Mu’awiyah, gabenor Damsyik. Namun beliau menolak dengan keras atas alasan harta
berkenaan adalah amanah Allah swt.
• Khalifah Ali membuktikan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan
saudaranya iaitu Aqil bin Abi Talib supaya khalifah meminta sedikit sumber daripada
Baitulmal kerana kesederhanaan hidupnya.
Kesimpulan
• Penubuhan Baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan
ekonomi negara dan wilayah Islam serta membantu golongan kurang bernasib baik di
samping memastikan harta yang dimiliki diurus sebaik mungkin.
• Pengurusan Baitulmal Khalifah al-Rasyidin menjadi asas perkembangan ekonomi
Islam zamannya.
• Baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin terus berfungsi hingga zaman Khalifah
Abbasiyah dan menjadi institusi terpenting dalam pembangunan negara.
S0ALAN 3: BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH
ABBASIYAH DARI ABAD 17 HINGGA ABAD 19 MASIHI
Pendahuluan
• Baitulmal merupakan perbendaharaan atau institusi yang bertanggungjawab
menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat
penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang
perhiasan dan harta-harta amanah (wakaf).
• Khalifah Abbasiyah (750-1258M / 132-656H) merupakan zaman paling kaya dalam
sejarah kekhalifahan Islam sehingga digelar zaman keemasan Islam (golden age).
• Pengurusan Baitulmal zaman Abbasiyah melalui tiga fasa iaitu zaman pembinaan dan
pemantapan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan.
Isi-isi Utama
1. Sumber Baitulmal
57
• Sumber utama perbendaharaan negara yang disimpan di Baitulmal diperolehi
daripada umat Islam melalui pungutan zakat termasuk zakat harta benda seperti
emas dan perak, zakat pertanian, zakat ternakan, zakat emas dan perak..
• Sumber daripada orang bukan Islam diperolehi dari jizyah (cukai perlindungan).
• Selain itu, kharaj (cukai tanah) dan usyur (cukai perniagaan) dikenakan ke atas orang
Islam dan bukan Islam mengikut kadar yang ditentukan pemerintah.
• Baitulmal mendapat sumber daripada ghanimah (rampasan perang) dan al-fay (harta
rampasan daripada pihak musuh tanpa perang).
• Harta peninggalan si mati tanpa waris dan rikaz (harta karun) serta Iuqathah (harta
tercicir yang tidak diketahui tuannya), wakaf, sedekah, hadiah dan wasiat turut
menjadi sumber baitulmal zaman Abbasiyah.
• Perkembangan ekonomi pada zaman Abbasiyah menyaksikan pelbagai cukai
perdagangan (usyur) diperkenalkan seperti cukai garam, cukai ikan, cukai barangan
perdagangan, cukai kilang, cukai barang mewah. Cukai import, cukai kastam dan
sebagainya. Namun Khalifah al-Wathiq telah memansuhkan sebahagian cukai
berkenaan.
• Sumber terbesar baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah ialah kharaj dan usyur
berikutan peluasan kuasa dan perkembangan pesat ekonomi negara.
2. Pengurusan sumber Baitulmal
• Pada peringkat awal kerajaaan Khalifah Abbasiyah, kebanyakan dana baitulmal
digunakan untuk tujuan ketenteraan termasuk pembelian senjata dan membayar gaji
tentera.
• Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid (786-809), baitulmal mencapai zaman
kemuncak sehingga berjaya memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang
pentadbiran dan pembangunan negara seperti pembayaran gaji kakitangan kerajaan
dan tentera, menaja kegiatan keilmuan, mendirikan masjid, sekolah, hospital, terusan
air dan sebagainya. Hasil perolehan baitulmal dari cukai sektor ekonomi begitu banyak
mencecah 900 juta dirham sehingga kota Baghdad muncul sebagai pusat ilmu dan
perdagangan utama dunia.
• Pada zaman Khalifah al-Makmun (813-833), sebagai pencinta ilmu, beliau banyak
memanfaatkan sumber baitulmal untuk membiayai kegiatan intelektual seperti
penulisan dan penterjemahan karya-karya ilmiah asing.
• Pada zaman Khalifah al-Musta’in (862-866), institusi Baitulmal telah mengalami sedikit
perubahan apabila beliau telah melantik Utamish sebagai wazir dan Ahmad al-Khasib
sebagai katib. Cadangan Utamish agar gaji tentera dan kakitangan kerajaan dibayar
58
dua bulan sekali dan menyatukan pentadbiran kewangan (Baitulmal) dan pentadbiran
ketenteraan untuk menjimatkan kos tidak dipersetujui oleh Ahmad al-Khasib.
• Pada zaman Khalifah al-Mu’tadid (892-902), beliau berusaha memperbaharui
pentadbiran Baitulmal dengan merombak dasar yang diperkenalkan Utamish. Gaji
tentera dan pegawai awam dibayar sebulan sekali. Beliau berusaha memulihkan dana
Baitulmal, antaranya meminta kerajaan Saffariyah membayar cukai tahunan sebanyak
4 juta dirham dan sebagai balasan, kerajaan tersebut diberikan kuasa memerintah
wilayah timur yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Samaniyah. Mewujudkan
undang-undang pusaka Islam baharu dengan menubuhkan sebuah jabatan yang
bertanggungjawab untuk menguruskan soal harta pusaka. Melalui peraturan ini,
sekiranya tidak ada pihak waris yang menuntut harta berkenaan, ianya akan menjadi
milik baitulmal.
• Khalifah memperkenalkan sistem percukaian ala pertanian di kawasan-kawasan
pentadbiran kerajaan pusat dan melaksanakan sistem konsesi di daerah-daerah
sekitar ibu kota termasuk jalan perdagangan menuju ke kota dengan dikenakan
bayaran 7000 dinar sehari. Namun, usaha yang dilakukan oleh khalifah al-Mu’tadid
masih tidak dapat meningkatkan sumber kewangan negara disebabkan perancangan
tersebut menelan kos pentadbiran tinggi.
• Pada zaman Khalifah al-Muqtadir (908-932), sumber Baitulmal masih mencukupi
untuk menampung perbelanjaan negara kerana beberapa buah wilayah yang telah
bebas seperti Iraq, Syam, Armenia dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama
ada dalam bentuk wang perak emas.
• Namun, dari semasa ke semasa ternyata bebanan Baitulmal semakin meruncing
terutamanya kos menjaga kota Makkah dan Madinah pada musim haji, menjamin
keselamatan para jemaah yang semakin bertambah dan membayar gaji tentera istana
semakin meningkat. Khalifah al-Muqtadir terpaksa mendapat bantuan kewangan
daripada saudagar-saudagar kaya, malah terpaksa mencagarkan harta benda
keluarga khalifah-khalifah terdahulu demi kepentingan negara.
• Bermula zaman Khalifah al-Radhi (934-940), keadaan Baitulmal semakin meruncing
sehinggakan tidak mampu membayar gaji tentera, malah pada masa tersebut harga
barangan melambung tinggi.
• Pada zaman Khalifah al-Qadir (991-1074), sumber Baitulmal mengalami sedikit
pemulihan disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki,
Wasit dan Basrah. Kesannya, kerajaan memperoleh harta rampasan perang yang
banyak.
59
3. Pentadbiran Baitulmal
• Khalifah Abbasiyah melantik para pegawai khas menguruskan Baitulmal di peringkat
pusat manakala gabenor mengetuai pentadbiran Baitulmal di peringkat wilayah.
Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk memungut sumber-
sumber Baitulmal.
• Keberkesanan Diwan al-Kharaj (Jabatan Percukaian) pada zaman Khalifah Harun al-
Rasyid dalam meraih pendapatan turut membantu meningkatkan pendapatan
Baitulmal. Khalifah telah memerintahkan Abu Yusuf Yaaqub, qadi besar Baghdad agar
menyusun segala peraturan percukaian untuk dijadikan panduan dalam pentadbiran
negara dan memudahkan amil baitulmal bertugas memungut cukai serta mengelakkan
penindasan terhadap rakyat.
Kesimpulan
• Baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah terus berfungsi dan menjadi institusi terpenting
dalam pembangunan negara Islam.
• Pengurusan Baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah mengalami tiga peringkat iaitu
zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan sehingga kerajaan
Abbasiyah diserang dan dikalahkan oleh orang-orang Tartar, sekaligus membolehkan
puak tersebut menguasai perbendaharaan kerajaan Abbasiyah.
SOALAN 4: BEZAKAN ANTARA CUKAI DAN ZAKAT SERTA KEPENTINGANNYA
DALAM PEMBANGUNAN NEGARA.
Pengenalan
• Pengertian cukai: menurut istilah moden – cukai merupakan cara utama pemindahan
sumber daripada pemilikan individu kepada pengguna awam. Oleh itu, cukai
bermaksud sesuatu pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap rakyat secara
perseorangan atau organisasi yang bersetuju untuk kegunaan umum.
• Menurut Kamus Dewan: bayaran (bea, sumbangan) yang dikenakan oleh kerajaan
terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dan lain-lain)
untuk perbelanjaan negara dan lain-lain.
• Dalam konteks Islam, cukai bermaksud bayaran yang dikenakan kepada ahlul Zimmi
(orang bukan Islam) yang tinggal di bawah pemerintahan Islam atau di wilayah yang
60
diperintah oleh Islam (kharaj, jizyah, dan ‘usyur) dan terhadap orang Islam sendiri
(‘usyur).
• Terdapat tiga cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam dalam pentadbiran mereka,
iaitu kharaj, jizyah, dan ‘usyur.
• Pengertian Zakat: berasal daripada perkataan Arab – kata dasar ‘zakat’ yang bererti
penambahan dan penyucian.
• Dari segi bahasa, zakat membawa maksud kesucian, kebersihan, keberkatan, dan
kepujian daripada perasaan tamak, bakhil, dan sifat-sifat keji.
• Dari segi syarak pula, zakat membawa maksud sebahagian harta yang dikeluarkan
untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
• Zakat pula terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
Isi-isi Utama
1. Jenis-jenis cukai
• Cukai jizyah ialah cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam
yang berada di bawah naungan negara Islam untuk menjamin perlindungan dan
keselamatan nyawa, harta benda dan amalan agama mereka.
• Sebagai balasan, mereka juga perlu menunaikan hak kepada pemerintah Islam
dengan tunduk dan patuh pada peraturan yang terdapat dalam negara Islam bagi
menjamin keharmonian dan kemakmuran bersama. Justeru, cukai jizyah boleh
dimaksudkan sebagai penyeimbang kepada kewajipan zakat yang dikenakan
terhadap umat Islam.
• Kharaj pula ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah
taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.
• Sementara ‘usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam
dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan
negara Islam dikenakan usyur sebanyak10 peratus dan bagi kafir Zimmi yang
bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5
peratus. Wang daripada ‘usyur dapat meningkatkan ekonomi negara terutama dalam
aktiviti perniagaan dan perdagangan.
2. Jenis-jenis Zakat
• Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.
Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama
bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah
61
sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi
penduduk.
• Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu
dengan kadar yang ditetapkan oleh syarak.
• Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang penting
dalam ekonomi seperti hasil tanaman dan buah-buahan dan binatang ternakan,
emas dan perak, wang simpanan dan barang perniagaan.
• Bagi hasil tanaman dan buah-buahan, jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya
1/10. Manakala jika diusahakan sendiri 1/20.
• Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu. Syarat zakat binatang
ternakan ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak
sendiri.
• Emas dan perak (bukan perhiasan). Kadar zakat yang dikenakan 2.5%
• Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau simpanan semasa)
kadar 2.5%.
• Barang-barang perniagaan dikenakan kadar 2.5%
3. Kepentingan cukai dan zakat dalam pembangunan negara
Aspek politik
• Pengurusan zakat berlandaskan syariat Islam yang sebenar turut memberi kesan dan
impak yang positif pada aspek politik. Melalui pengurusan zakat tersebut, aktiviti
penyalahgunaan kewangan rakyat di kalangan pemimpin kerajaan juga dapat dicegah.
Ini kerana zakat dan pengagihannya diuruskan oleh amil yang amanah dan sanggup
memikul tanggungjawab negara, amanah masyarakat Islam dan perintah Allah SWT.
Tambahan pula, hasil zakat hanya diagihkan kepada mereka yang tergolong dalam
lapan asnaf seperti ditetapkan syara’ sahaja. Dengan pengurusan zakat yang
menepati hukum syara’, maka rakyat di bawah pemerintahan negara Islam akan
berpeluang menikmati kehidupan yang sejahtera.
• Tegasnya, zakat dan cukai melancarkan pentadbiran negara dan melancarkan
program pembangunan negara.
Aspek ekonomi
• Zakat dan cukai memberikan sumbangan yang besar dalam memperkembangkan
sumber-sumber Baitulmal kaum Muslimin dan negara Islam sebagaimana yang
62
dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab.Hal ini akan mendorong kerjasama
perdagangan negara-negara Islam dengan negara lain.
• Pembayaran cukai dan zakat merupakan salah satu cara umat Islam menyumbangkan
usaha dalam bentuk kebendaan bagi menampung keperluan mereka yang
memerlukannya.
• Zakat dan cukai mengurangkan jurang pendapatan yang tidak seimbang antara
golongan kaya dengan golongan miskin, di samping memberi bantuan dan
pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.
• Zakat dan cukai juga merupakan satu cara yang terbaik untuk memajukan ekonomi
negara dan menjadikan negara dan umat Islam muncul sebagai golongan kaya dan
makmur.
• Pengurusan zakat dan cukai yang efektif mampu menggalakkan pelaburan dan
seterusnya mencegah pembekuan harta. Secara tidak langsung, ini dapat
menggalakkan peredaran harta, wang atau kekayaan di kalangan anggota masyarakat
sekaligus mengelakkan berlaku terkumpulnya harta, wang atau kekayaan di tangan
pihak-pihak tertentu sahaja.
• Tegasnya zakat dan cukai mengukuhkan ekonomi negara dan menyumbang kepada
pembangunan negara.
Aspek Agama
• Zakat mengukuhkan ketaqwaan orang Islam. Hai ini kerana orang-orang yang beriman
sentiasa akan berusaha bersungguh-sungguh supaya berupaya mengeluarkan zakat
bagi memperoleh ganjaran daripada Allah SWT.
Aspek sosial
• Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir
miskin. Hal ini kerana masyarakat bawahan biasanya berasa benci apabila melihat
mereka yang berkedudukan tinggi melaburkan harta untuk sesuatu yang tidak
bermanfaaat. Jika harta tersebut melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan
kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih saying antara si kaya dan si
miskin.
• Dengan zakat juga, dakwah Islam dapat diperluas cakupannya, termasuk untuk
menjinakkan hati para muallaf.
• Cukai juga berperanan untuk membangunkan negara dari sudut pembinaan
infrastruktur dan kemudahan awam yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
63
• Hal ini dapat dilihat terutama dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan tali air,
jalan raya, jambatan, bangunan awam, atau bandar baharu yang boleh dimanfaatkan
semua pihak sama ada orang Islam atau bukan Islam.
• Tegasnya, agihan zakat dan cukai membantu menjaga kebajikan rakyat dan
menyumbang kepada pembangunan negara.
Kesimpulan
1. Secara prinsipnya, cukai dan zakat yang dikenakan akan diagihkan untuk kepentingan
bersama terutama kepada golongan fakir yang memerlukan dan untuk
membangunkan negara.
SOALAN 5: BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN YANG DILAKSANAKAN SEMASA
PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-RASYIDIN.
Pendahuluan
• Percukaian dalam Islam telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad saw iaitu
pengenalan jizyah yang merupakan cukai politik/ cukai kepala ataupun cukai
perlindungan yang dikenakan terhadap golongan kafir zimmi.
• Semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, berlaku penambahbaikan dalam sistem
kutipan cukai dan terdapat cukai baharu yang diperkenalkan.
• Hasil kutipan cukai juga terus meningkat terutamanyan semasa pemerintahan Khalifah
Umar al-Khattab.
• Tiga jenis cukai yang dilaksanakan semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin ialah
jizyah, kharaj dan juga usyur.
Isi-isi utama
1 Perlaksanaan kharaj
• Kharaj ialah cukai yang dikenakan terhadap pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera
Islam sama ada secara rundingan ataupun peperangan.
• Pada zaman Khalifah Abu Bakar, walaupun sebahagian besar tanah Iraq telah
dikuasai tentera Islam, kharaj belum dilaksanakan lagi. Tanah tersebut dianggap
sebagai tanah ghanimah dan diagihkan kepada tentera Islam yang terlibat.
• Jenis tanah yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah perolehan perang dan jenis-jenis
tanah yang ditentukan penggunaannya oleh pemerintah.
64
• Antara syarat tanah yang dikenakan kharaj ialah pemilik tanah terdiri daripada
golongan zimmi, tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian, tanah kharaj
yang disewa atau dipajak (kharaj dikenakan terhadap pemilik tanah bukannya
penyewa) dan pengecualian kharaj sekiranya hasil pertanian musnah akibat bencana
alam.
• Kharaj mula diperkenalkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
• Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar telah menetapkan tanah tersebut
dijadikan milik bersama dan tetap dikenakan kharaj. Tanah tersebut akan diusahakan
oleh petani tempatan dan dipantau oleh Pemegang Amanah atau golongan Ahl al-
Ayyam (mereka yang terlibat dengan penaklukan Iraq).
• Ahl al-Ayyam bertanggungjawab memungut cukai tanah berkenaan dan 1/5 daripada
hasilnya akan dihantar kepada kerajaan pusat dan 4/5 untuk Ahl al-Ayyam.
• Kuasa golongan Ahl al-Ayyam terhadap tanah tersebut terhenti selepas Khalifah
Uthman bin Affan menjadi khalifah menggantikan Khalifah Umar dan kuasa
menguruskan cukai di Iraq diletakkan di bawah pentadbiran gabenor.
• Kadar kharaj yang dikenakan berdasarkan kemampuan dan tidak bersifat
membebankan. Kadar yang paling maksimum ialah separuh daripada keseluruhan
hasil dan boleh dibayar dalam bentuk wang atau hasil yang diusahakan.
• Antara faktor yang menentukan kadar kharaj pada zaman Khalifah al-Rasyidin ialah
lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih tanaman.
• Kharaj pada zaman Khalifah Umar dibahagikan kepada dua jenis iaitu kharaj wazifah
masahah dan kharaj muqasamah.
• Kharaj wazifah masahah ialah cukai yang dikenakan mengikut keluasan tanah dan
jenis tanaman yang ditanam. Contohnya, tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jerib
anggur akan dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.
• Kharaj wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil
yang diperoleh.
• Kharaj muqasamah ialah cukai yang dipungut setiap kali hasil pertanian diperoleh.
• Sekiranya kharaj tidak dapat dibayar disebabkan oleh masalah kewangan, mereka
dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mereka mampu.
• Sebaliknya jika mereka enggan membayar cukai walaupun berkemampuan, tindakan
undang-undang akan dikenakan kepada pembayar cukai tersebut oleh kerajaan.
• Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, kharaj al-iltizam atau iqta’ yang
diuruskan oleh pemilik tanah berkenaan diperkenalkan.
65
• Hasil yang diperoleh daripada sumber kharaj disimpan di dalam Baitulmal dan
dimanfaatkan, contohnya untuk pembangunan infrastruktur, memajukan kegiatan
pertanian, rancangan pengairan dan lain-lain lagi.
2 Perlaksanaan jizyah
• Jizyah ialah cukai perlindungan yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam
(zimmi) sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islam
terhadap nyawa, harta dan amalan agama mereka.
• Jizyah ialah gantian kepada khidmat perlindungan kerajaan Islam kepada golongan
zimmi dan bukanlah sebagai sewa atau denda kerana tidak beriman kepada Allah
SWT atau sebagai balasan kepada kekufuran mereka.
• Sekiranya seseorang itu menerima Islam ataupun kerajaan Islam gagal memberikan
jaminan keselamatan, syarat membayar jizyah itu akan gugur dengan sendirinya.
• Kadar jizyah yang dikenakan berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui dan
bergantung kepada kemampuan.
• Jizyah terbahagi kepada dua iaitu Sulh al-Jizyah (cukai perlindungan) dan Jizyah al-
Ru’us (cukai diri).
• Mengikut amalan kutipan jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin, kadar tahunan
kutipan jizyah yang dikenakan ialah 48 dirham (golongan kaya), 24 dirham (golongan
pertengahan) dan 12 dirham (golongan miskin yang mampu menyara kehidupan
mereka).
• Cukai jizyah dibayar dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti
hasil pertanian dan penternakan.
• Terdapat golongan yang dikecualikan daripada membayar jizyah seperti orang
perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, golongan cacat dan lemah, hamba
dan golongan yang sakit berpanjangan.
• Pada zaman Khalifah Abu Bakar, jizyah dilaksanakan sebagaimana pada zaman Nabi
Muhammad saw. Contohnya pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar
19000 dirham setahun manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar
bersetuju membayar satu dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal.
• Perlaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umar al-Khattab dilaksanakan oleh
gabenor-gabenor wilayah. Antara kawasan pungutan jizyah yang penting ialah Baitul
maqdis ekoran kekalahan Byzantine, Babylon, Mesir dan Syria.
66
• Pemimpin Baitulmaqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar
dan bersetuju membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan
keselamatan terhadap harta dan nyawa mereka.
• Selain itu, penduduk Qibti yang menjemput Amru bin al-Asbagi menghalau orang Rom
bersetuju membayar jizyah dua dinar setahun. Manakala di Syria, kadar jizyah yang
dikenakan ialah satu hingga empat dinar bergantung kepada status individu.
• Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman, jizyah turut dikenakan terhadap wilayah-
wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah termeterainya
perjanjian damai.
3 Perlaksanaan usyur
• Usyur ialah cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan bukan
Islam apabila mereka menjalankan perniagaan dalam negara Islam.
• Usyur diperkenalkan untuk menegakkan keadilan dalam perdagangan kerana
sebelum itu pedagang Islam yang berdagang di wilayah lain dikenakan cukai tetapi
sebaliknya bagi pedagang bukan Islam yang berdagang di negara Islam.
• Usyur ialah cukai baharu yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab bagi
menjana ekonomi negara Islam Madinah.
• Kadar usyur yang dikenakan berbeza antara satu sama lain tetapi kadarnya tidak
membebankan golongan yang terlibat.
• Kadar yang dikenakan terhadap pedagang Islam ialah sebanyak 2.5% manakala bagi
pedagang kafir zimmi dikenakan kadar sebanyak 5%. Bagi pedagang yang terdiri
daripada golongan kafir yang tidak berada di bawah naungan kerajaan Islam, kadar
usyur yang dikenakan ialah sebanyak 10%.
• Antara fungsi cukai usyur adalah untuk memastikan para pedagang dapat
menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan, menyediakan ruang berniaga yang
selesa serta kemudahan di pelabuhan.
• Cukai ini telah diteruskan perlaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan,
zaman Khalifah Ali bin Abu Talib serta zaman pemerintahan kerajaan Umaiyah dan
Abbasiah.
Kesimpulan
• Perlaksanaan sistem cukai yang sistematik dan terancang telah menumbang kepada
kegemilangan zaman pemerintahan khalifah al-Rasyidin.
67
• Hasil daripada kutipan cukai-cukai ini disimpan di Baitulmal yang bertanggungjawab
untuk menyelenggara semua cukai yang diperoleh dan seterusnya digunakan untuk
pembangunan negara dan wilayah-wilayah Islam yang lain.
SOALAN 6: BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN ZAMAN KERAJAAN BANI
ABBASIYAH PADA ABAD KE 9 HINGGA 11 MASIHI.
Pendahuluan
1. Pada zaman Khalifah Abbasiyah kegiatan ekonomi berkembang dengan pesat. Kota
Baghdad telah muncul sebagai tempat yang paling strategik dan terpenting sebagai pusat
perdagangan Timur dan Barat.
2. Oleh itu, sistem pencukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah juga semakin mantap
dengan penubuhan beberapa institusi untuk menguruskan pencukaian kerajaan.
3. Setiap institusi akan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab
menjalankan urusan mengikut keperluan negara. Sistem percukaian pada zaman
kerajaan ini meliputi tiga sumber utama iaitu kharaj, jizyah dan usyur.
Isi- isi utama
1. Diwan al-Kharaj
• Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan
pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Diketuai oleh pegawai yang
berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai mengikut kawasan. Pegawai tersebut
bertanggungjawab memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan pelaksanaan
kutipan cukai tersebut
• Khalifah al-Mahdi menubuhkan Jabatan Akauntan Negara mengawal-selia akaun setiap
jabatan khasnya mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan.
• Penubuhan jabatan ini memang bersesuaian dengan situasi semasa memandangkan
sektor pertanian merupakan bidang yang diceburi majoriti penduduk. Sektor pertanian
menjadi nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyah.
2. Pelaksanaan Kharaj
68
• Kadar Kharaj tidak sama antara kawasan. Kadarnya mengikut lokasi kawasan, kualiti
tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih. Setiap unit tanah pertanian biasanya
dikenakan kharaj minima sebanyak 10 dirham. Bayaran kharaj dibayar dalam bentuk mata
wang dan harta benda seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman.
• Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj antaranya pemilik tanah golongan zimmi, tanah
kharaj yang disewa atau dipajak. Pengecualian kharaj jika tanaman musnah akibat
bencana alam. Sistem percukaian Muqasamah iaitu cukai sebahagian hasil pertanian
diperkenalkan oleh Khalifah al-Mahdi.
• Kharaj satu sumber terpenting Baitumal ekoran kemajuan pesat ekonomi dalam pertanian
3. Pelaksanaan Jizyah
• Pungutan cukai jizyah dipraktikkan semula oleh Kerajaan Bani Abbasiyah daripada
zaman Khulafah Rasyidin. Kadar jizyah tahunan ialah 48 dirham untuk golongan kaya, 24
dirham golongan pertengahan dan 12 dirham untuk miskin
• Gabenor memantau pelaksanaan pungutan cukai jizyah mengikut wilayah masing-
masing. Golongan dikecualikan daripada cukai jizyah ialah perempuan, kanak-kanak,
orang tua, hamba dan sakit berpanjangan.
• Pelaksanaan cukai ziyah ini meliputi kawasan taklukan bekas wilayah Parsi dan Turki.
Hasil pungutan disimpan di Baitulmal.
• Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah.
4. Pelaksanaan Usyur
• Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga islam dan
bukan Islam apabila menjalankan perniagaan dalam Negara Islam.
• Kadar usyur berbeza mengikut jenis pedagang dan nilai dagangan. Cukai 2,5%
dikenakan ke atas peniaga Islam, 5% peniaga kafir zimmi dan 10% ke atas peniaga kafir
harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar nisabnya
• Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi pesat dalam sektor perdagangan,
perindustrian dan pertanian
• Baghdad muncul pusat perdagangan tersibuk ketika itu.
• Bermula zaman pemerintahan khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah mengenakan cukai
perniagaan di pasar dan kedai-kedai sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam.
69
• Usyur adalah cukai penting ke atas peniaga atau pedagang. Hasil pungutan usyur amat
bermanfaat untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat
perniagaan dan sebagainya
Kesimpulan
1. Sistem percukaian sistematik dan terancang menyumbang kepada pembangunan dan
kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
2. Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak prasarana dapat dibina bagi
kepentingan rakyat.
SOALAN 7: BINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN KHALIFAH AL-
RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI
Pendahuluan
• Zakat dari segi Bahasa berasal daripada perkataan dasar zaka yang bererti penambahan
dan penyucian. Dari segi syarak, zakat bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan
untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya.
• Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta serta mula difardukan pada 2 Hijrah.
• Pelaksanaan zakat diteruskan lagi selepas kewafatan Nabi oleh Khalifah al-Rasyidin
Isi-isi Utama
Pelaksanaan zakat zaman Khalifah al-Rasyidin
1. Pentadbiran institusi zakat
• Pelaksanaan zakat zaman Khalifah al-Rasyidin sangat cekap dan sistematik serta
dititikberatkan kerana zakat salah satu rukun Islam dan juga sumber pendapatan
utama negara.
• Pelaksanaan hukum zakat mengalami perubahan dan inovasi mengikut kesesuaian
keadaan dan suasana semasa
• Peraturan bertulis mengenai operasi Baitulmal dan sumber-sumbernya termasuk
zakat diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab
• Pentadbiran institusi zakat di peringkat pusat berada di bawah kuasa khalifah
manakala di peringkat wilayah berada di bawah gabenor.
70
• Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk urus pungutan, agihan
dan pemantauan pelaksanaan zakat.
• Khalifah dan gabenor menubuhkan Baitulmal untuk menyelenggara hasil pungutan
zakat dan sumber-sumber lain serta melantik pegawai khas menguruskan
pentadbiran Baitulmal dan zakat berkenaan.
2. Sumber zakat
• Zakat dikenakan kepada umat Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat
harta
• Bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal
iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri.
• Zakat harta dibayar pada bila-bila masa dan kadar sebanyak 2.5 peratus daripada
jumlah harta.
• Zakat harta pada zaman Khalifah al-Rasyidin meliputi haiwan ternakan, emas dan
perak termasuk mata wang negara, harta perniagaan dan barang dagangan, hasil
pertanian dan laut serta rikaz (harta karun dan kadar zakatnya 1/5 daripada jumlah
rikaz).
3. Kutipan zakat
• Khalifah al-Rasyidin menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam usaha
menegakkan hukum Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar
dalam gerakan ar-Riddah.
• Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan di peringkat pusat dan wilayah
untuk urusan pemantauan, kutipan dan agihan zakat. Kebiasaannya, para amil adalah
orang yang mahir dalam bidang hukum-hakam dan matematik.
• Selain mengeluarkan zakat dalam bentuk harta benda yang ditetapkan, zakat juga
boleh ditunaikan dengan tukaran wang tunai (nilai wang) sepertimana yang berlaku
pada zaman Khalifah Uthman al-Affan.
4. Agihan zakat
• Semua hasil zakat dibahagi dan diagihkan kepada umat Islam yang layak
menerimanya berdasarkan syariat Islam
71
• Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat (golongan asnaf) ialah fakir,
miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang dijanjikan tuannya untuk dimerdekakan),
gharimin (orang muslim yang berhutang dan tidak mampu menjelaskannya),
fisabilillah (orang yang berjihad pada jalan Allah) dan ibnu sabil (musafir yang
kehabisan wang dan bekalan dalam perjalanan bertujuan baik).
• Urusan agihan zakat kepada golongan asnaf dilakukan oleh para amil berkelayakan
yang dilantik oleh khalifah di peringkat pusat dan gabenor di peringkat wilayah.
5. Pelaksanaan zakat zaman Khalifah al-Rasyidin
• Zaman Khalifah Abu Bakar, pemungutan zakat secara tegas dalam usaha
menegakkan hukum Allah. Beliau menggunakan kuasa bagi memastikan zakat
ditunaikan oleh semua pihak yang cukup syarat sekalipun terpaksa mengisytiharkan
perang. Contohnya, Khalifah Abu Bakar berusaha keras memerangi golongan ar-
Riddah iaitu golongan umat Islam yang enggan mengeluarkan zakat.
• Zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau mengenakan zakat ke atas harta yang baru
ditemui atau baru wujud dalam masyarakat Islam. Harta yang berkembang (an-nama)
dikenakan zakat seperti anak kambing yang baharu lahir, pendapatan dan lain-lain.
Buat kali pertama, kuda dikenakan zakat selain zaitun, kapas, kekacang dan
beberapa jenis hasil laut. Madu juga dikenakan zakat pada kadar 5 hingga 10 peratus
berdasarkan kaedah guna tenaga yang digunakan dalam memproses hasil tersebut.
Petugas zakat yang dilantik bertugas di Baitulmal dibayar gaji.
• Zaman Khalifah Uthman al-Affan, beliau memberi kelonggaran pembayaran zakat
sama ada pembayaran melalui harta benda atau ditunaikan dengan tukaran wang
(nilai wang). Zakat dikenakan pada harta bersih iaitu baki daripada harta kekayaan
setelah ditolak semua hutang pembayaran zakat.
• Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, beliau menghapuskan zakat terhadap kuda yang
telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Beliau memperkenalkan kadar
zakat setiap lima ekor unta digantikan dengan unta yang lebih muda dengan syarat
dibayarkan ganti rugi kepada tuannya dua ekor kambing biri-biri atau 10 dirham.
Kesimpulan
1. Pelaksanaan zakat amat ditekankan pada zaman Khalifah al-Rasyidin kerana ia
merupakan salah satu sumber pendapatan negara
72
2. Pelaksanaan zakat merupakan satu cara agar keadilan dan keamanan sosial dapat
diwujudkan
SOALAN 8: JELASKAN KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN
KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 HINGGA 11 MASIHI.
Pendahuluan
1. Perkataan zakat telah disebut sebanyak 58 kali dalam Al-Quran, 32 kali disebut
bersendirian dan 26 kali disebut beriringan dengan kalimah solat. Zakat seringkali disebut
dengan kalimah sadaqah, nafaqah, haq dan al-‘afw. Dari segi bahasa, zakat berasal
daripada bahasa Arab iaitu daripada perkataan dasar zaka yang beerti penambahan dan
penyucian, perkembangan dan kebaikan. Dari segi syarak, zakat bermaksud sebahagian
harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang berhak
menerimanya.
2. Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat merupakan
rukun Islam yang keempat dan mula difardukan pada tahun ke-2 Hijrah. Pelaksanaan
zakat diteruskan oleh khalifah-khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW.
3. Khalifah Abbasiyah merupakan kerajaan yang memerintah empayar Islam dari tahun 750
hingga 1258 Masihi (132 – 656 Hijrah). Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah telah
meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat.
4. Oleh kerana itu, Kerajaan Abbasiyah dianggap zaman paling kaya dalam sejarah
kekhalifahan Islam sehingga digelar Zaman Keemasan Islam (Golden Age).
Isi- isi utama
1. Kepentingan zakat
Mengeratkan hubungan persaudaraan antara umat Islam
• Zakat mempunyai pelbagai fungsi dan peranan antaranya dapat mengeratkan hubungan
atau tali persaudaraan antara umat Islam terutama antara golongan kaya dengan
golongan miskin.
• Sebagai contoh, hasil zakat yang dikeluarkan oleh golongan kaya membolehkan golongan
miskin menjalankan kehidupan mereka dengan lebih baik dan sempurna.
• Tegasnya, keadaan ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam
dan sekaligus membentuk sebuah masyarakat yang adil dan penyayang.
73
Menyucikan jiwa dan rohani manusia
• Kewajipan membayar zakat ini terkandung dalam surah al-Taubah, ayat 103 yang
menjelaskan zakat akan membersihkan hati dan menghapuskan sifat buruk yang terdapat
dalam diri setiap manusia.
• Sebagai contoh, pembayaran zakat boleh menghilangkan sifat tercela seperti kedekut,
sombong, tamak, dan mementingkan harta benda.
• Jelaslah bahawa melalui pembayaraan zakat ini akan melahirkan sebuah masyarakat
yang aman, bahagia dan saling bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Ujian kepada keimanan dan ketakwaan golongan kaya
• Pembayaran zakat dapat melahirkan perasaan bersyukur seterusnya mengawal hawa
nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas.
• Contohnya, sikap bersyukur ini boleh melahirkan individu yang pemurah dan saling tolong-
menolong antara satu sama lain.
• Terbukti bahawa hal ini akan mewujudkan keadaan masyarakat Islam yang hidup secara
aman dan tenteram.
Membersihkan harta seseorang
• Pemberian zakat juga akan dapat membersihkan harta seseorang daripada bercampur
dengan harta lain iaitu harta yang tidak halal. Harta yang dimiliki oleh seseorang harus
dikeluarkan zakat apabila cukup nisab dan genap haulnya. Zakat yang dikeluarkan akan
diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Selagi zakat tidak dikeluarkan, maka
hak orang lain masih bercampur dalam harta tersebut. Jika harta ini dibelanjakan,
bermaksud kita telah membelanjakan hak orang lain yang bukan milik kita.
• Contoh golongan yang berhak menerima zakat ialah golongan fakir, miskin, amil, orang
yang bermusafir, golongan muallaf dan orang yang berjuang ke jalan Allah fisabilillah.
• Jelaslah bahawa, pengeluaran zakat dapat mengelakkan wujudnya sikap mementingkan
diri, sebaliknya memupuk rasa bersyukur dengan nikmat rezeki yang diperolehi.
Perkembangan ekonomi dan intelektual
• Pelaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah juga telah membawa kepada
perkembangan ekonomi dan intelektual. Orang yang beriman akan berusaha untuk
mengeluarkan zakat bagi memperolehi ganjaran daripada Allah SWT. Zakat ini digunakan
oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi mendorong
pembangunan ekonomi. Hasil zakat juga akan membawa kepada perkembangan
intelektual yang pesat.
74
• Contohnya, hasil kutipan zakat pada Zaman Kerajaan Abbasiyah telah menyebabkan Kota
Baghdad muncul sebagai pusat keilmuan yang terpenting.
• Terbukti bahawa, hasil zakat berupaya membangunkan negara dari aspek politik, ekonomi
dan sosial.
2. Pelaksanaan zakat
Pentadbiran dan institusi zakat
• Setelah mengambilalih pemerintahan dari Kerajaan Umaiyah, kerajaan Abbasiyah
meneruskan dasar dan pelaksanaan zakat sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan
sebelumnya. Malahan, pemerintah kerajaan Abbasiyah telah meningkatkan lagi usaha
untuk menambahbaik lagi pengurusan zakat. Pentadbiran dan institusi zakat di peringkat
pusat berada di bawah kuasa khalifah. Manakala pentadbiran zakat di peringkat wilayah
diletakkan di bawah kuasa gabenor. Khalifah dan gabenor melantik amil-amil
berkelayakan untuk urusan pungutan, agihan dan pemantauan pelaksanaan zakat.
Khalifah dan gabenor juga menubuhkan Baitulmal untuk menyelenggara hasil pungutan
zakat dan melantik pegawai khas untuk mengurus pentadbiran Baitulmal.
• Contohnya, kadi yang pakar dalam bidang syariah dilantik terus oleh kerajaan pusat bagi
melicinkan pengurusan dan pentadbiran zakat. Bagi memantapkan lagi pengurusan
zakat, Khalifah Harun al-Rasyid telah mendapatkan khidmat nasihat berkaitan tentang isu-
isu zakat daripada Abu Yusuf yang memegang jawatan sebagai Ketua Kadi ketika itu.
• Jelaslah bahawa, pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah lebih kemas dan
sistematik demi meningkatkan lagi hasil pendapatan negara.
Sumber zakat
• Pada zaman Khalifah Abbasiyah, zakat yang dikenakan kepada umat Islam ialah zakat
fitrah dan zakat harta. Mengikut Imam Syafie, bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal
bulan Ramadan sehingga pagi Syawal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri. Sementara
zakat harta pula boleh dibayar pada bila-bila masa dan kadarnya ialah sebanyak 2.5
peratus daripada jumlah harta yang dimiliki.
• Zakat harta pada zaman Khalifah Abbasiyah meliputi binatang ternakan, emas dan perak
termasuk mata wang negara, harta perniagaan dan barang dagangan, hasil pertanian
daripada buah-buahan dan bijian serta harta karun (rikaz) yang tiada pemiliknya dengan
kadar zakatnya satu perlima daripada keseluruhan jumlah rikaz.
75
• Contohnya, pada zaman Khalifah Abdul al-Dawlah, binatang yang dikenakan zakat ialah
kambing, biri-biri dan lembu yang syaratnya cukup nisab dan haul serta diternak di padang
rumput bebas dan bukan digunakan untuk bekerja.
• Terbukti bahawa, zakat dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT
serta melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dan nikmat rezeki yang dikurniakan oleh
Allah SWT.
Kutipan zakat
• Pada zaman Khalifah Abbasiayah, kutipan zakat dan cukai semakin bertambah berikutan
pertambahan wilayah dan umat Islam serta kepesatan pembangunan ekonomi yang
berlaku. Khalifah Abbasiyah menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam
usaha menegakkan hukum Allah SWT.
• Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk melakukan pemantauan
urusan kutipan dan agihan zakat di peringkat pusat dan wilayah. Kebiasaannya, para amil
yang dilantik adalah orang yang mahir dalam bidang syariah dan matematik.
• Sebagai contoh, amil yang dilantik ditugaskan untuk memerhati golongan yang berharta,
membuat penilaian dan mentaksir jumlah harta yang dimiliki dan seterusnya mengutip
zakat daripada individu berkenaan. Para petugas zakat ini juga bertanggungjawab
memantau pengagihan harta zakat bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dan
ianya disalurkan kepada individu yang benar-benar berhak.
• Terbukti bahawa Khalifah Abbasiyah telah melakukan beberapa penambahbaikan kepada
pengurusan zakat bagi membangunkan masyarakat dan negara Islam.
Agihan zakat
• Pada zaman Khalifah Abbasiyah, kesemua hasil zakat yang diperolehi dibahagi dan
diagihkan kepada umat Islam yang layak menerimanya berdasarkan syariah Islam. Lapan
golongan umat Islam yang layak menerima zakat dikenali sebagai golongan asnaf.
• Sementara hasil cukai yang diperolehi bukan daripada sumber zakat, akan dibelanjakan
untuk keperluan pembangunan negara. Urusan agihan zakat kepada golongan asnaf
dilakukan oleh amil-amil berkelayakan yang dilantik oleh khalifah di peringkat pusat dan
wilayah.
• Contoh lapan golongan asnaf yang layak menerima hasil kutipan zakat ialah fakir, miskin,
amil, muallaf, riqab (hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan), gharimin
(orang muslim yang berhutang dan tidak mampu menjelaskannya), fisabilillah (orang yang
berjihad pada jalan Allah) dan ibnu sabil (musafir yang kehabisan wang dan bekalan
dalam perjalanan yang mempunyai tujuan baik).
76
• Jelaslah bahawa, hasil kutipan zakat yang diurus dengan baik dan secara berhemah
bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negara, malahan mampu memupuk sifat
amanah dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara Islam.
Kesimpulan
• Pelaksanaan zakat pada zaman awal kerajaan Abbasiyah tidak banyak berbeza dari
zaman kerajaan Umaiyah atau zaman sebelumnya.
• Zakat merupakan satu kewajipan ke atas umat Islam dan hasil kutipan zakat menjadi salah
satu sumber pendapatan yang penting pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.
• Pelaksanaan zakat merupakan salah satu tanggungjawab sosial demi mewujudkan
keadilan dan kemakmuran negara.
SOALAN 9: BINCANGKAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ZAMAN KERAJAAN UMAYYAH
PADA ABAD KE-7 HINGGA 8 MASIHI
Pendahuluan
1. Pendidikan merupakan satu proses pengajaran dan pemindahan imu kepada manusia
untuk menjadi insan yang sempurna serta mengabdikan diri kepada Allah.
2. Pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah mengalami perkembangan yang pesat kerana
galakan dan kecintaan para khalifah Umayyah terhadap bidang pendidikan. Galakan ini
ini telah membawa kepada perkembangan ilmu sama ada ilmu keagamaan atau ilmu
keduniaan.
3. Kemajuan yang terdapat dalam pendidikan pada zaman Umayyah mencakupi pelbagai
bidang seperti pengajian sains, perubatan, sejarah, bahasa, dan kesusasteraan, qiraah,
tafsir, hadis, ilmu geografi dan penterjemahan.
4. Kemajuan yang telah dicapai pada zaman ini adalah berkait rapat dengan mantapnya
sistem pemerintahan Islam sebagai sebuah negara Islam.
Isi- isi utama
1. Dasar Pendidikan
• Pada zaman kerajaan Umayyah, dasar pendidikan percuma dipraktikan untuk golongan
miskin di kuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid. Tiada sukatan kurikulum yang
77
khusus, namun ia berkaitan dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Pendidikan formal
berlangsung di istana dan kuttab (sekolah), manakala tidak formal berlaku di masjid.
Kebanyakan umat Islam ghairah untuk menuntut ilmu walaupun ianya tidak diwajibkan.
Namun bagi putera khalifah ia merupakan perkara wajib sama ada didatangkan guru khas
ke istana atau dihantar ke pusat pengajian. Khalifah dan gabenor memainkan peranan
penting dalam perkembangan pendidikan pada zaman ini. Kemunculan ilmu falsafah dan
ilmu sejarah turut menyumbang kepada perkembangan pendidikan.
• Contohnya, pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz kerajaan Bani Umayyah telah
berkembang dengan meluas. Khalifah sendiri memainkan peranan penting untuk
membantu menyebar luas agama Islam ke seluruh Negara di bawah kerajaan Umayyah.
Khalifah Umar Abdul Aziz melihat bahawa ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam
diperlukan untuk tujuan penyebaran agama Islam.
• Tegasnya, dasar pendidikan kerajaan Bani Umayyah lebih mementingkan pendidikan
untuk kemajuan rakyatnya dan penyebaran agama secara menyeluruh.
2. Institusi Pendidikan
• Pada zaman Umayyah terdapat tiga buah institusi pendidikan yang penting iaitu masjid,
istana khalifah dan sekolah yang dikenali sebagai al-kuttab. Kurikulum yang diajar di
masjid adalah ilmu-ilmu naqli seperti ilmu tafsir dan hadis. Kaedah yang digunakan ialah
syarahan bebas.
• Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik merupakan pusat perkembangan dan
penyebaran ilmu agama. Masjid di Basrah Dan Kufah merupakan pusat pengajian bahasa
dan nahu secara saintifik ekoran pengislaman bangsa bukan Arab. Istana khalifah turut
menjadi pusat pendidikan yang berfungsi sebagai tempat belajar dan juga perpustakaan
bagi putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru-guru yang berpengalaman
dijemput khas termasuk guru bukan Islam. Antara matapelajaran yang diajar adalah
sejarah, sastera, ilmu pidato dan akhlak. Kuttab merupakan sekolah permulaan yang
menekankan pengajian al-Quran dan asas ilmu agama sebagai persediaan ke tahap
halaqah yang diadakan di masjid. Pada zaman Umayyah ada dua jenis kuttab iaitu yang
kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak
miskin secara percuma.
• Jelas menunjukkan bahawa insitusi memainkan peranan penting dalam perkembangan
pendidikan di zaman Umayyah.
3. Tenaga Pengajar
78
• Tenaga pengajar pada zaman Umayyah akan dibayar gajinya oleh kerajaan dan ada juga
yang berkhidmat secara sukarela. Guru-guru di ketiga-tiga institusi terdiri daripada
pelbagai mazhab yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang berbeza mengikut
tahap pendidikan masing-masing. Minat pelajar bergantung kepada kewibawaan guru
menyampaikan ilmunya. Guru-guru di masjid terdiri daripada golongan ulama yang
mengajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Guru-guru yang mengajar di
istana khalifah dikenali sebagai muaddih yang bertanggungjawab mengajar kerabat
diraja dan pembesar berkenaan sahsiah.
• Antara tokoh ulama yang terkenal yang mengajar di Mekah ialah Abdullah bin Abbas yang
mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama lain seperti Abu Musa Asya’ari dan Hasan al-Basri.
• Tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu.
4. Bidang-Bidang Pengajian
• Bidang-bidang pengajian yang paling berkembang adalah pengajian ilmu keagamaan
seperti tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya. Pengajian seni Muzik dan puisi
bertemakan cinta dan kasih sayang berpusat di kota Mekah, Madinah dan Damsyik.
Penggubalan syair merupakan bidang yang paling diminati berbanding disiplin ilmu lain.
Pengajian ilmu kesusasteraan dan ilmiah berkembang di masjid-masjid di kota Basrah dan
Kufah. Puisi memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej dan propaganda
kerajaan. Penyair diberi layanan istimewa kerana dapat membangkitkan semangat jihad
dan meninggikan seseorang khalifah. Antara tokoh penyair terkenal ialah Qays bin
Mulawa iaitu pengarang karya Laila dan Majnun. Pengajian sains dan perubatan turut
berkembang pesat hingga melahirkan tokoh perubatan seperti Ibn Usal. Aktiviti
terjemahan kitab perubatan turut giat dijalankan. Pendidkan seni ukir dan seni pahat turut
mendapat tempat dimana banyak ukiran ayat al-Quran dan hadis di istana, mimbar ,
mihrab dan menara masjid.
• Bidang-bidang yang wujud memberi kesan kepada perkembangan pendidikan zaman
Umayyah.
5. Bandar–Bandar Utama Sebagai Pusat Perkembangan Pendidikan
• Banyak bandar yang menjadi pusat perkembangan pendidikan, intelektual dan tamadun
Islam.
79
• Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan manusia untuk mempelajari Bahasa
Arab. Bandar Basrah menjadi bandar penting dan lahirnya tokoh seperti Aswad Du’ali dan
Khalil Ibn Ahmad tokoh nahu Arab yang masyhur.
• Kewujudan bandar menjadikan pendidikan lebih berkembang pesat.
Kesimpulan
1. Penglibatan khalifah dan sumbangan para ulama merupakan faktor penting perkembagan
pesat bidang pendidikan pada zaman Umayyah.
2. Kemajuan yang dicapai menjadi asas kepada tamadun politik, ekonomi dan sosial umat
Islam. Pemerintahan Bani Umayyah yang mementingkan pendidikan telah
mempelbagaikan mata pelajaran yang diajar di institusi pendidikan. Selain daripada ilmu
agama seperti fiqah, tauhid, tafsir al-quran dan hadis, mata pelajaran lain yang diajar ialah
ilmu hisab, sejarah, sastera, ilmu perubatan, kesenian dan falsafah.
3. Walaupun kerajaan Bani Umayyah telah ditumbangkan dalam Revolusi Abbasiyah,
namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk perkembangan
seterusnya.
SOALAN 10: JELASKAN FALSAFAH DAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN
KERAJAAN ABBASSIYAH PADA ABAD KE 11 HINGGA 12 MASIHI.
Pendahuluan
1. Zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan dan
kegemilangan pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu al-Quran dan
hadis.
2. Manakala sumber pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan Hadis serta sumber
ilmu luar seperti dari India, Parsi dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan ilmu lain
ialah sains,perubatan, fizik, kimia, matematik , geografi, falsafah, asronomi dan falak.
3. Pendidikan merupakan satu proses yang membawa perkembangan mental dan fizikal
serta kesedaran manusia terhadap keagungan Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan
beberapa istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu,
ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah
sebagaimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu menyampaikan petunjuk yang
berasaskan syariah.
80
Isi- isi utama
1. Ciri-ciri asas Pendidikan
• Pendidikan Islam yang berlaku semasa zaman kerajaan Bani Abbassiyah bersumberkan
al-Quran dan hadis(sunnah). Seterusnya sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias
berlaku bagi menjelaskan sesuatu yang ditafsirkan daripada al-Quran dan sunnah.
• Pelaksanaan pendidikan dalam Islam bertujuan mewujudkan pembangunan yang
seimbang antara aspek aqliah dan naqliah bagi membolehkan manusia mengenali
penciptaNya dan mentaati segala perintahNya. Pada waktu itu pendidikan berlaku secara
tidak formal seperti di masjid.
• Pendidikan formal di zaman kerajaan Bani Abbassiyah dilaksanakan di institusi yang
didirikan oleh kerajaan seperti kuttab, madrasah dan pusat pengajian tinggi.
• Kurikulum pendidikan ketika itu ialah ilmu naqli yang terdiri daripada ilmu tafsir, hadis,
feqah dan usuluddin. Manakala ilmu aqli pula ialah ilmu falsafah, sejarah, bahasa,
matematik dan geografi.
• Pengajaran dilaksanakan mengikut kaedah halaqah. Ilmu duniawi dan ukhrawi yang
wujud ketika itu dipelajari oleh umat Islam zaman kerajaan Bani Abbassiyah sehingga
mereka menjadi insan yang berkualiti dan maju pada zaman tersebut.
• Pembentukan kualiti diri seorang manusia yang seimbang dan pemerintahan negara yang
unggul menjadikan kerajaan Bani Abbassiyah sebuah pemerintahan yang makmur pada
zaman tersebut.
2. Institusi Pendidikan
• Masjid dan Kuttab merupakan institusi pendidikan utama pada zaman kerajaan
Abbassiyah. Kuttab adalah pengajian permulaan untuk kanak-kanak yang menekankan
pengajian al-Quran dan asas ilmu agama sebagai persediaan melangkah ke tahap
pengajian yang lebih tinggi iaitu halaqah yang diadakan di masjid.
• Masjid merupakan sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah.Di Basrah,
masjid telah digunakan sebagai kelas-kelas pengajian bagi pelajaran tafsir, hadis,fiqah
dan kesihatan. Kelas-kelas tersebut menjadi tempat pengajian pelbagai bangsa dan
agama termasuklah putera-putera raja, pembesar-pembesar dan para hartawan.
• Majlis muzakarah (perbincangan dan perbahasan isu semasa) oleh para ulama, sarjana
dan pujangga dianjurkan di masjid.Aktiviti ini berlaku di Masjid al-Mansur yang didirikan
oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pada 145 hijrah di Baghdad.
81
• Sekolah-sekolah tinggi (madrasah) ditubuhkan pada zaman Nizam al-Mulk di Baghdad
dan Basrah. Diantaranya ialah institusi al-Nizamiyah dan institusi al-Mustansiriyyah yang
di bina oleh khalifah al-Mustansir.
• Istana khalifah turut berfungsi sebagai gedung ilmu dan pusat pengkajian
sastera berbanding pusat pemerintahan. Hal ini berlaku semasa pemerintahan khalifah
Harun al-Rasyid dan al-Makmum.
• Perpustakaan menjalankan aktiviti pengkajian buku ilmiah dan tempat perbincangan,
contohnya Baitul Hikmah iaitu sebuah perpustakaan awam. Perpustakaan sekolah seperti
perpustakaan Nizam al-Mulk dan perpustakaan persendirian Jamal al-Din al-Qitti turut
menjadi sumber rujukan pada zaman tersebut.
• Kewujudan pelbagai institusi pendidikan yang berperanan dengan baik menjadi
pemangkin kepada kegemilangan pendidikan Islam dan pelbagai ilmu bukan agama pada
zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbassiyah.
3. Dasar pendidikan
• Bidang pendidikan di zaman Abbassiyah berteraskan Al Quran dan hadis. Dua sumber ini
menjadi isi kandungan pembelajaran pada masa itu. Manakala sumber luaran yang
menjadi kandungan isi pelajaran ketika itu ialah daripada ilmu-ilmu India, Greek dan Parsi.
Kurikulum khas tidak ditetapkan tetapi berkaitan dengan ilmu fardu ain, fardu kifayah dan
ilmu-ilmu aqli.
• Pendidikan formal berlaku di sekolah, perpustakaan, istana dan kuttab. Pendidikan tidak
formal pula sebahagiannya dijalankan di masjid-masjid. Pelbagai ilmu pengetahuan yang
tersebar dalam bandar-bandar kerajaan Bani Abbassiyah ini mendorong umat Islam
menuntut ilmu pengetahuan walau pun kerajaan tidak mewajibkan orang awam untuk
belajar. Hal ini menunjukkan kerajaan Bani Abbassiyah berjaya menyuburkan ilmu
pengetahuan sebagai satu keperluan rohani manusia dalam kehidupan.
• Dasar pendidikan yang dijalankan selari dengan seruan agama Islam dalam aspek
kewajipan menuntut ilmu sejak peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang
pertama. Kandungan surah al-Alaq jelas menegaskan umat Islam wajib belajar untuk
kesempurnaan ibadah dan keperluan duniawi.
4. Sistem pembelajaran halaqah
• Sistem pembelajaran yang berlaku semasa kerajaan Bani Abbassiyah pada mulanya
berpusat di masjid-masjid. Walau bagaimanapun perkembangan yang berlaku
82
menyebabkan perubahan pada tahap halaqah dilaksanakan. Pelajar tidak bebas lagi
mengikuti mana-mana halaqah ilmu mengikut kesukaan dan minat mereka. Faktor
kelayakan diambilkira untuk memasuki mana-mana halaqah yang sesuai dan sepadan
dengan kebolehan pelajar dalam ilmu berkenaan. Hal ini terbukti pada catatan sejarah
yang berlaku kepada Imam as-Syafie yang menghadapi temuduga terlebih dahulu
sebelum dibenarkan mengikuti halaqah ilmu yang diajar oleh Imam Malik bin Anas.
• Pada zaman kerajaan Bani Abbassiyah ini, ilmuan perundangan atau fuqaha ramai terlibat
dalam perbincangan ilmiah. Ini berlaku apabila khalifah terlibat bersama ilmuan dalam
perbincangan ilmu yang bertujuan menyelesaikan isu yang wujud dalam masyarakat.
Majlis ilmu yang menjadi majlis perbahasan rasmi dianjurkan oleh khalifah di istana.
• Halaqah di masjid mengajar ilmu pengetahuan, di samping itu menjadi tempat perbahasan
sesuatu masalah yang timbul dalam masyarakat. Seterusnya halaqah juga menjadi
tempat membuat keputusan penyelesaian bagi sesuatu masalah (li al-nazar wa li al-
munazarah). Halaqah turut menjadi majlis fatwa yang berusaha mencari penyelesaian
undang-undang bagi membantu khalifah dalam urusan perundangan dan kehakiman.
Sistem pendidikan yang wujud ketika itu berperanan besar, aspek keilmuan
menyumbangkan bantuan dan sokongan kepada pemerintah(khalifah) dan negara
melaksanakan keadilan dan kesaksamaan pemerintahan kerajaan Bani Abbassiyah.
• Faktor ini menunjukkan bagaimana kedudukan kerajaan Bani Abbasiyah gemilang dalam
semua bidang waktu itu apabila sistem pendidikan yang dilaksanakan menyumbangkan
nilai-nilai positif ke arah pembentukan negara yang berjaya.
Kesimpulan
1. Penglibatan pemerintah kerajaan bani Abbassiyah iaitu khalifah menyumbang kepada
perkembangan pesat dalam bidang pendidikan pada zaman kerajaan Bani Abbassiyah.
2. Pada peringkat pelaksana, para ulama atau ilmuan menjadikan bidang pendidikan Islam
cemerlang dan gemilang. Penubuhan institusi pendidikan formal yang berkesan dan
efisien menjadi role model dan inspirasi kepada umat Islam dan dunia barat.
3. Pemerintah barat cenderung melihat kerajaan Bani Abbassiyah sebagai contoh untuk
memajukan pendidikan di negara mereka. Kejayaan pendidikan dalam kerajaan Bani
Abbassiyah menjadi asas kepada pencapaian tamadun Islam yang unggul dalam catatan
sejarah.
83
SOALAN 11: HURAIKAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN FARDU AIN DAN FARDU
KIFAYAH DI ACHEH PADA ABAD 16 MASIHI HINGGA 17 MASIHI.
Pendahuluan
1. Ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia. Ia
merupakan ilmu yang menjadi dasar kepada ajaran Islam seperti ilmu-ilmu mengenai
akidah, syariah dan akhlak dan lain-lain yang berkaitan dengan agama Islam.
2. Sumber utama ilmu fardu ain ialah Al Quran dan as Sunnah. Sumber kedua pula ialah
ijmak ulama dan qias. Ilmu fardu ain wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ilmu fardu ain
terbahagi kepada beberapa bidang utama iaitu tauhid, fiqah dan tasawuf. Ilmu
fardu kifayah pula merujuk kepada disiplin ilmu yang diperlukan untuk
menyempurnakan keperluan hidup manusia sama ada yang berbentuk keagamaan
atau keduniaan.
3. Sebagai contoh ilmu yang berkembang dengan keperluan manusia misalnya bidang
perubatan, sains dan teknologi, astronomi, kejuruteraan, pendidikan dan
pentadbiran. Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh sebahagian
umat Islam.
Isi- isi Utama
1. Perlaksanaan Pendidikan Fardu Ain dan Fardu Kifayah di Acheh.
• Acheh pula muncul sebagai pusat pengajian ilmu fardu ain yang utama di Nusantara
selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511.
• Pendidikan Fardu ain amat ditekankan pada peringkat awal pendidikan. Pengajian al
quran, al Hadis ilmu-ilmu lain seperti fekah, tauhid dan tasawuf.
• Diajar di semua institusi. Ilmu pengetahuan fardu ain telah berkembang dengan pesat
sama ada dalam bahasa Melayu mahu pun tulisan Jawi.
• Ilmu pengetahuan merangkumi tiga bidang khusus iaitu usuluddin, fiqah dan
tasawuf.
• Kerajaan Acheh sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan. Justeru, kerajaan Acheh
telah menubuhkan institusi pendidikan.
• Pendidikan di Acheh terbahagi kepada lima peringkat iaitu pendidikan dasar di
madrasah atau meunasah, diikuti pendidikan menengah di rangkang, pendidikan
tinggi di Ballee. Kumpulan beberapa rangkang Balle telah melahirkan dayah.
84
Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturrahman dan Masjid
Baiturrahim.
2. Perlaksanaan Pendidikan Fardu Ain di Madrasah atau Muenasah
• Merupakan institusi pendidikan awal yang biasanya didirikan di setiap kampung.
• Para pelajar diajar pendidikan fardu ain iaitu membaca AlQuran, membaca dan
menulis huruf Arab dan belajar perkara asas dalam Islam.
• Pelajar juga turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fiqah,
ibadat dan akhlak.
• Para pelajar dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama iaitu dinakan dike (zikir)
atau selaweut (selawat) pada setiap malam Jumaat.
• Kanak-kanak yang khatam Al Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis dalam
bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan risalah Masail al –Muhtadin.
• Sejarah Islam diajar dengan cara bercerita.
3. Perlaksanaan pendidikan Fardu Ain dan Fardu Kifayah di Masjid
• Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pusat kegiatan umat Islam.
• Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah
pertama. Pendidikan fardu kifayah mula diajar di peringkat menengah.
• Beberapa masjid dinaik taraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturrahman.
4. Perlaksanaan pendidikan Fardu Ain dan Fardu kifayah di Rangkang
• Untuk melanjutkan pelajaran pendidikan fardu ain yang lebih tinggi, pelajar akan
belajar di rangkang atau disebut pondok, pesantren atau madrasah.
• Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan
asrama.
• Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki
oleh guru yang mengajar.
• Pelajar yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang lain
untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
• Ada antara pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir.
• Rangkang terkenal terletak di Banda Acheh Barussalam
85
• Banyak ulama terkenal dari seluruh negara datang mengajar di situ dan pelajar-
pelajarnya datang dari pelbagai daerah.
• Mata pelajaran pendidikan fardu ain yang diajar ialah fiqah, ibadat, tauhid,
tasawwuf,
• Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu selain buku
bahasa Arab. Pendidikan fardu kifayah juga turut diajar seperti geografi, sejarah dan
matematik, sejarah Islam, sejarah dunia dan bahasa Arab.
5. Perlaksanaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah di Dayah
• Di Acheh, dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau
Madrasah Aliyah.
• Hampir setiap daerah Nanggore (negeri) terdapat dayah
• Terdapat dayah yang perpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan dayah
berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama,
iaitu aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang.
• Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam tinggi yang
pertama di Asia yang melahirkan banyak ulama yang menjadi pendakwah Islam di
Nusantara.
• Kesemua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab
dari Arab.
• Dua jenis dayah iaitu Dayah bersifat Umum dan Dayah bersifat khusus.
• Dayah Khusus ialah dayah yang menekankan pendidikan fardu kifayah untuk wanita
sahaja yang mengajar bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dsb
mengikut syariat Islam.
• Antara Dayah terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teungku Chik.
• Mata pelajaran fardu kifayah yang di ajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab,
fiqah jinayat (hukum jenayah), fikah munakahat (hukum perkahwinan) fiqah duali
(hukum tatanegara) sejarah Islam, sejarah negara-negara, ilmu mantik (ilmu logik).
Pendidikan fardu ain yang diajar ialah ilmu tauhid / filsafat, Tasawwuf, akhlak, ilmu
falak, tafsir dsb.
6. Perlaksanaan Pendidikan Fardu Ain dan Fardu Kifayah di Jamiah/Universiti
Baiturrahman
• Masjid Baiturrahman dinaik taraf menjadi Jamiah/ Universiti Baiturrahman.
86
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam mendirikan Masjid Baiturrahman yang digunakan
khas untuk dijadikan tempat menuntut ilmu
• Terdapat 17 fakulti meliputi pendidikan fardu ain seperti Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis.
Terdapat juga fakulti pendidikan fardu kifayah seperti Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti
Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dsb.
• Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan negara Islam
seperti Arab, Turki, Parsi, India dsb.
• Pada zaman pemeriantahan Sultan Alaudin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam
Syah, terdapat 44 orang Guru Besar.
Kesimpulan
Perlaksanaan pendidikan ilmu ain dan kifayah berkembang seiring dengan kewujudan institusi
pendidikan ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual seperti Syeikh Nuruddin Al-
Raniri, Abdul Rauf Singkel dan lain- lain.
SOALAN 12: IBN SINA MERUPAKAN TOKOH ISLAM YANG MEMPUNYAI
SUMBANGAN BESAR DALAM PERKEMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM.
BINCANGKAN.
Pendahuluan
1. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina
dan berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Aviceanna di
Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 M di Bukhara, Turkestan.
2. Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu umpamanya, beliau
pernah membaca buku membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
3. Selain itu, beliau juga telah berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu Naqli (agama)
ketika berusia 18 tahun dan seorang yang berinovatif.
4. Beliau juga seorang penganut agama yang taat dan beliau sering kali berdoa kepada Allah
SWT ketika menghadapi masalah untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Terdapat
beberapa sumbangan Ibnu Sina yang mengkagumkan dalam perkembangan intelektual
Islam.
Isi-Isi Utama
1. Sumbangan dalam bidang falsafah
87
• Kemasyuran Ibnu Sina adalah sebaris dengan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Rusyd dan
Al-Farabi. Ibnu Sina telah cuba menyesuaikan ajaran falsafah Yunani dengan ajaran
Islam. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah Al-Farabi
yang menghidupkan pemikiran Aristotle.
• Dalam pada itu, bidang falsafah Ibnu Sina yang terpenting dapat dibahagikan kepada tiga
aspek utama iaitu logik, psikologi dan metafizik.
• Selain itu, beliau telah menghasilkan karya falsafahnya iaitu Kitab al-Syifaa’. Kitab ini
mempunyai 18 jilid dan dianggap sebagai ensiklopedia falsafah yang banyak memuatkan
ilmu Metafizik, Fizik, Psikologi dan lain-lain lagi. Pandangannya itu mewakili tradisi
Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada masa yang sama dikawal oleh
ilmu Kalam.
• Bukan itu sahaja, beliau turut berusaha mengharmonikan antara falsafah dengan agama
dengan menjelaskan dogma-dogma agama dengan menggunakan akal dan yakin
bahawa roh tidak pernah musnah.
• Tegasnya, Ibnu Sina sangat arif dalam bidang falsafah sehingga berjaya menghasilkan
pelbagai teori falsafah yang masih digunakan dalam bidang intelektual sehingga hari ini.
2. Sumbangan dalam bidang geologi
• Ibnu Sina merupakan seorang ahli Geografi yang pertama menerangkan kejadian
pembentukan gunung. Beliau berpendapat sebab-sebab pembentukan gunung
bergantung kepada beberapa hal yang berbeza. Antaranya ialah goncangan yang terjadi
di kulit bumi seperti gunung berapi atau bekas-bekas air yang melakukan proses hakisan
(erosion) di lembah. Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan bahawa lapisan tanah itu
memiliki tahap kekerasan yang berbeza iaitu lembut dan keras di mana lapisan lembut
banyak terdedah kepada hembusan angin dan disalir air manakala tanah yang keras tidak
disentuh kedua-duanya. Selain itu, menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina
mengenai ilmu mineral menjadi sumber geologi di Eropah.
• Jelaslah bahawa, kebijaksanaan Ibnu Sina dalam bidang geologi turut berjaya merungkai
banyak persoalan para intelek mengenai proses alam semula jadi.
3. Sumbangan dalam bidang perubatan
• Ibnu Sina merupakan seorang tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke 11 M. Pada
usia 12 tahun, ketika berada di Kawarazm, beliau telah mula menulis karyanya yang
88
pertama, iaitu Al-Majnu yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap
diikuti dengan buku-buku lain.
• Buku-buku yang dihasilkan termasuklah risalah yang berukuran kecil, telah dihimpunkan
dan dimuatkan dalam satu buku besar yang berjudul Essai de Bibliogaraphie
Avicenna yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Cairo. Antara buku hasil karya Ibnu
Sina yang amat terkenal ialah al-Qanun fi al-Tibb. Karya al-Qanun fi al-Tibb merupakan
khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di universiti-
universiti di Eropah. Segala rumusan yang terdapat dalam buku itu masih diterima dalam
dunia perubatan moden masa kini.
• Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke Bahasa Latin. Buku ini menjadi
rujukan utama dalam kalangan universiti di Eropah pada tahun 1500M. Bukan itu sahaja,
buku tersebut juga telah dicetak sebanyak 16 kali. Sebanyak 15 edisi dalam bahasa Latin
dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Selain itu, buku tersebut juga turut
diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.
• Beliau juga merupakan individu terawal yang mengemukakan teori Anatomi dan Fisiologi
yang menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil)
terhadap alam semesta sebagai makro kosmos (dunia besar).
• Penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana berjaya
menyatupadukan teori perubatan Yunani seperti Hippocrates dan Galen dan pengalaman
daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi, di samping pengalaman beliau sendiri.
Ibnu Sina pernah diberi gelaran sebagai “Medicorum Principal” iaitu Raja Diraja Doktor
oleh kaum Latin. Antara gelaran lain yang diterima oleh Ibnu Sina ialah “Raja Ubat”.
• Lantaran itu, dalam dunia Islam ia dianggap telah mencapai tahap kemuncak
kecemerlangan yang amat tinggi dalam ilmu kedoktoran. Seterusnya, Ibnu Sina juga
pernah menjadi Doktor Diraja kepada Sultan Nuh II bin Mansur di Bukhara pada tahun
997M ketika beliau berusia 17 tahun. Tidak ada seorang doktor pun yang berjaya
mengubati Sultan, akan tetapi dengan berkat pertolongan Ibnu Sina, baginda kembali
sihat.
• Al-Qanun fi al-Tibb juga telah membincangkan serta mengetengahkan mengenai penyakit
saraf. Buku tersebut juga telah mengajar tentang cara-cara pembedahan dan penekanan
tentang pembersihan luka.
• Beliau sering melakukan penyelidikan sehingga berjaya menemui penyakit baharu serta
puncanya. Antaranya ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti tibi,
rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox) dan penyakit jiwa. Beliau turut mendedahkan
bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit. Beliau juga
89
mengenal pasti bahawa air juga salah satu punca penularan kepada kebanyakan
penyakit.
• Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi telah menghasilkan ubat dan
preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai individu yang giat
melakukan penyelidikan, beliau telah menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius.
Selain itu, beliau juga telah mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan,
picagari dan lain-lain.
• Terbuktilah bahawa, Ibnu Sina merupakan seorang tokoh perubatan yang sangat unggul
sehingga disegani oleh seluruh masyarakat dunia dan banyak membantu bidang
intelektual Islam dari aspek perubatan.
4. Sumbangan dalam bidang politik
• Ibnu Sina menyifatkan bahawa politik tidak dapat dipisahkan daripada agama kerana
hampir semua cabang ilmu Islam mempunyai hubungan dengan politik. Justeru, beliau
sering menggunakan istilah political and religious philosophy. Ibnu Sina menggambarkan
idea negara yang dicita-citakannya dalam karya al-Madinah al-Fadhilah (Negara
Kolektivisme), iaitu negara yang bercorak kemasyarakatan. Negara yang adil ialah negara
yang memegang teguh kepada hukum dan menjunjung keadilan. Bukan itu sahaja,
keadilan seharusnya meliputi bidang ekonomi.
• Dalam karya al-Madinah al-Hasanah er-Siyrah (Negara Moralis), Ibnu Sina berpendapat
bahawa negara moralis bermaksud negara yang menjunjung moral yang tinggi, bukan
sahaja setiap warganya harus memiliki akhlak yang utama tetapi masyarakat dan negara
harus tunduk kepada hukum moral yang tidak tertulis. Selain itu, Ibnu Sina turut
memperkatakan tentang negara Islam yang ideal. Beliau menyenaraikan sifat-sifat yang
harus dimiliki oleh setiap anggota masyarakat supaya mereka dapat menikmati hidup
yang bahagia.
• Dalam karya Patrialchal Theory (Politik Seorang Bapa), Ibnu Sina mengandaikan bahawa
penyusunan negara dan keluarga adalah sama kerana ketua negara harus memberikan
keutamaan kepada rakyatnya tanpa pilih kasih sama seperti seorang bapa memberikan
kasih sayang kepada semua anaknya.
• Jelaslah bahawa, Ibnu Sina juga arif dalam mengkaji bidang politik agar sentiasa adil dan
saksama. Pemahaman politik sangat membantu para intelektual mengkaji bidang ini.
5. Sumbangan dalam bidang Kimia
90
• Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam
sebenarnya berbeza antara satu sama lain kerana setiap logam terdiri daripada pelbagai
jenis. Ibnu Sina pernah mengemukakan teori tentang kemungkinan untuk membentuk
kuningan dengan warna putih yang diambil daripada cairan perak, atau membentuk perak
dengan warna merah hingga seperti warna emas. Warna sesuatu logam tetap
mengandungi unsur dasarnya yang berperanan membezakan fungsinya daripada logam-
logam lain.
• Selain itu, Ibnu Sina yakin bahawa logam itu muncul daripada sumber alam, iaitu
penyatuan antara merkuri (cecair raksa) dengan sulfat (garam asid belerang), pada kadar
pemanasan yang tinggi. Teori ini dibicarakan oleh Jabir bin Hayan. Namun, Ibnu Sina
menambah sedikit kesimpulan bahawa penyatuan itu boleh membentuk logam baharu
tetapi menolak kemungkinan ia mengubah bentuk logam kepada jenis logam lainnya yang
sedia ada.
• Tegasnya, Ibnu Sina juga sangat mahir dalam mengkaji bidang kimia sehingga berjaya
menghasilkan teori Kimia yang logik dan kukuh.
6. Sumbangan dalam bidang Psikologi
• Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu Psikologi dalam bidang perubatan dan
membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomatics atau “psychosomatics”. Beliau turut mengembangkan ilmu diagnosis
melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa
detik sahaja. Dengan perkataan lain, Ibnu Sina memahami emosi dalam proses
pemulihan. Beliau juga amat berminat dalam bidang mengenai kesan akal “minds” atas
jasad dan untuk itu beliau telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
• Jelaslah bahawa sumbangan Ibnu Sina dalam bidang psikologi telah banyak membantu
pakar perubatan psikologi pada masa kini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh pesakit mereka.
7. Sumbangan dalam bidang astronomi
• Ahli sejarah Islam ada mencatatkan bagaimana Ibnu Sina diberikan kepercayaan oleh
pemerintah, Alaud Daulah untuk memperbaiki sistem kalendar sedia ada. Selain itu, beliau
turut diperintah oleh baginda untuk membuat perancangan bagi membina sebuah balai
cerap untuk tujuan pemerhatian ke angkasa lepas.
91
• Jelaslah sekali lagi bahawa, Ibnu Sina bukan sahaja dipercayai oleh pemerintah tertinggi,
malah sangat arif dalam mengkaji bidang astronomi.
Kesimpulan
1. Sesungguhnya kewibawaan Ibnu Sina telah dibuktikan melalui kebijaksanaan dan
ketekunan beliau dalam mengkaji pelbagai cabang ilmu intelektual.
2. Walaupun Ibnu Sina lebih dikenali sebagai tokoh yang mahir dalam bidang perubatan,
Beliau turut mahir mengkaji bidang-bidang lain sehingga ia membuktikan bahawa Ibnu
Sina merupakan seorang tokoh Islam yang sangat berkebolehan dan hebat.
3. Beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam, malah turut dihormati oleh para sarjana
Barat apabila karyanya turut digunapakai oleh mereka sehingga kini.
SOALAN 13: IMAM AL-GHAZALI TELAH MEMBERIKAN BANYAK SUMBANGAN
DALAM TAMADUN ISLAM TERUTAMANYA DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN.
BINCANGKAN.
Pendahuluan
1. Nama sebenar Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-ghazali. Lahir
pada 1058M/450H di Thus dan meninggal pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir 505 Hijrah/18
Disember 1111Masihi.
2. Semasa kecil lagi beliau telah menguasai pelbagai ilmu. Kecintaannya terhadap ilmu
pengetahuan telah mendorong mengembara dan merantau dari satu tempat ke tempat
yang lain untuk berguru antaranya Imam al-Haramain, Syeikh Ahmad ibn Muhamad al-
Rizkani dan lain-lain.
3. Oleh itu, banyak buku dan karya berjaya dihasilkan telah memberikan banyak sumbangan
dalam tamadun Islam terutamanya dalam ilmu pengetahuan.
Isi- isi utama
1. Sumbangan Al-Ghazali Ilmu falsafah
• Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam penulisannya mengenai
perkembangan ilmu falsafah Islam. Pandangan beliau mengenai falsafah dikemukakan
92
dalam kitab Muqasid ul-Falasifah dan Kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan
penyelewengan falsafah barat.
• Beliau juga dapat menentang golongan ahli falsafah yang cenderung dengan fahaman
falsafah Yunani yang tidak mentauhidkan kepada agama yang suci iaitu Islam.
• Amat jelas bahawa al-Ghazali menyelamatkan akidah umat Islam dari terus mengikuti
ketuhanan Yunani
2. Sumbangan al-Ghazali dalam Ilmu kalam
• Al-Ghazali memberi sumbangan yang besar dalam bidang ilmu kalam. Beliau banyak
menghasilkan karya mengenai ilmu kalam dan banyak mematahkan hujah daripada pihak
yang memberi hujah yang keterlaluan dalam bahasa ilmu kalam. Beliau menguatkan
hujah-hujahnya bersumberkan al-Quran, sunnah dan perbahasan para sahabat. Beliau
berpendapat, perdebatan berdasarkan kepada hujah akal semata-mata tanpa
berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah hanya akan menambahkan lagi kerisauan serta
kecelaruan dalam masyarakat Islam.
• Contohnya, dalam karya ulungnya, iaitu Ihya’ Ulumuddin, beliau meletakkan ilmu kalam
sebagai ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Oleh itu, sesiapa yang keterlaluan
dalam membincangkan perkara yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah SWT,
beliau menganggap mereka termasuk dalam golongan orang yang melakukan bidaah. Hal
ini dikatakan demikian kerana mereka telah menyimpangkan ilmu ini jauh daripada
matlamatnya yang utama, iaitu untuk mengenal Allah SWT. Selain itu, perdebatan
berkaitan dengan perkara-perkara berkaitan dengan perkara-perkara dalam ilmu ini juga
membuka ruang kepada golongan munafik dan musuh-musuh Islam untuk menggunakan
ilmu falsafah sebagai senjata bagi menimbulkan keraguan pada akhidah umat Islam
• Menyedari hakikat tersebut, beliau telah bangkit menentang serangan-serangan terhadap
asas agama dengan hujah yang bersandarkan al-Quran dan sunnah.
3. Sumbangan al-Ghazali dalam bidang Tasawwuf
• Sumbangan Al-Ghazali bidang tasawwuf pula melemparkan kritikan yang membina
dengan tujuan membetulkan kesalahan dan menghalang penyelewengan berlaku yang
hanya mencemarkan kesucian agama Islam. Al-Ghazali juga berusaha membersihkan
tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan amalan yang terkeluar daripada ajaran
agama Islam yang sebenar. Al-Ghazali banyak belajar ilmu tasawwuf daripada gurunya
yang termasyur iaitu al-Junaid dan al-Muhasibin.
93
• Apabila al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf,
beliau melemparkan kritikan yang bertujuan membetulkan kesalahan dan menghalang
daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam.
• Karya termasyhur al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah Ihya’ Ulumuddin yang telah
diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris dan
Perancis. Kitab ini telah menjadi sumber rujukan para ulama di rantau Alam Melayu.
Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin ini memberikan implikasi besar dalam pengajian
tasawwuf.
• Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana al-Ghazali telah
memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bidaah.
4. Sumbangan Al-Ghazali dalam bidang Ilmu Sains Politik
• Al-Ghazali turut memberi sumbangan dalam bidang sains politik. Beliau banyak belajar
ilmu sains polituk daripada Imam Juwaini yang menjadi imam di Masjidil Haram, Makkah
dan di Masjid Nabawi di Madinah. Penulisannya dalam bidang politik dibahagi kepada dua
teori kenegaraan dan pemerintahan.
• Antara penulisannya dalam bidang politik ialah Mustaz-hiri, Al-Munqiz Minad Dhalal dan
Al-Iqtisad fil’-Itiqad. Karyanya yang bertajuk Al-Iqtisad fil’-Itiqad banyak membincangkan
soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.
• Selain itu beliau juga menyatakan cara memperbaiki urusan politik dalam karyanya
berjudul al-Tik al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk iaitu dengan memberi pengertian
permasalahan, menasihati pemimpin, menegur dengan bahasa yang keras dan menegah
dengan kekerasan sekiranya belum berjaya.
• Oleh itu, daripada karya-karya politik beliau telah membantu pemimpin-pemimpin Islam
mencontohi idea tersebut.
Kesimpulan
1. Al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan
khususnya ilmu falsafah dan ilmu kalam.
2. Beliau berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus diseleweng oleh
fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang boleh menyebabkan akidah umat Islam
terpesong secara halus.
94
3. Hasil daripada hujahan beliau juga membawa kembali umat Islam kembali kepada al-
Quran dan sunnah. Akhir sekali, hasil karya beliau masih digunakan oleh para ilmuan
hingga hari ini.
SOALAN 14 : BINCANGKAN SUMBANGAN IBNU BATTUTAH DALAM
PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.
Pendahuluan
• Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawati. Dilahirkan pd tahun 730
Hijrah (1304 Masihi) di Tanjah, Maghribi. Bapa dan datuknya terdiri daripada ulama. Beliau
menerima pendidikan agama Islam sejak kecil
• Sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran melalui karya Tuhfat al-Nazar
• Pengembaraan beliau meliputi 4 peringkat iaitu:-
o peringkat 1: merentasi Afrika Utara ke Makkah
o peringkat 2: dari Makkah ke selatan Iraq (Baghdad) dan balik semula ke Makkah,
o peringkat 3: dari Makkah menuju ke Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Sudan dan Turki
o peringkat 4: dari Makkah ke selatan Rusia, India, Jawa, Sumatera, China dan
Andalusia
• Sarjana Barat menggelarkan Ibnu Battutah sebagai The Prince of Muslim Travelers
Isi- isi utama
1. Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan
• Beliau seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang terkenal pada abad
pertengahan. Terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa
• Hasil pelayaran beliau banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat dunia dalam
pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan kebudayaan
• Di India, beliau memberi fokus tentang:
o Kepelbagaian kepercayaan masyarakat Hindu seperti adat suttee (adat
membakar diri oleh balu-balu yang beragama Hindu)
o Kepentingan Sg Ganges kepada masyarakat di India untuk upacara penyucian
diri
95
• Dari aspek yang lain, beliau mengupas isu kedudukan dan perkembangan agama Islam
di beberapa negara di Asia Tenggara, China dan lain-lain
2. Gambaran umum tentang negara Islam
• Beliau banyak membuat catatan sejarah negara India semasa pemerintahan Muhammad
Tughliq (era Kesultanan Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta negara Maldives.
• Catatan pengembaraan beliau juga menyentuh kota-kota terkenal seperti Iskandariah,
Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan Isfahan.
• Beliau turut mencatat sejarah perkembangan tempat yang dilawati di Makkah seperti
Masjidil Haram, Kaabah, makam para imam. Hasil pelayaran ini memberikan gambaran
perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam.
3. Kepentingan karya al-Rihlah
• Beliau telah merekodkan pengembaraannya dalam kitab Tuhfat al-Nazar. Kitab ini lebih
dikenali sebagai al-Rihlah Ibnu Battutah.
• Hasil catatan beliau telah mendapat perhatian dan menjadi rujukan oleh sarjana sejarah
di seluruh dunia.
• Karya ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Perancis,
Belanda, Jerman dan sebagainya.
• Karya beliau yang diterjemah dalam bahasa Inggeris oleh Profesor H.A.R. Gibb dikenali
sebagai The Travels of Ibn Battutah.
.
4. Motivasi kepada pelayar lain
• Kejayaan beliau dalam pelayaran telah menjadi dorongan kepada pelayar Islam yang lain
untuk mengikut jejak langkahnya
• Hasilnya: muncul beberapa tokoh baharu seperti Ibnu Hawqal dan Sulayman al-Mahri
• Contoh: pada tahun 947 – 973 Masihi: Ibnu Hawqal telah belayar ke Afrika Utara,
Sepanyol, selatan Sahara, negara-negara Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily.
5. Sumbangan dalam bidang geografi
• Sumbangan beliau juga meningkatkan pengetahuan dalam disiplin ilmu geografi
• Beliau gemar mencatat keadaan geografi kawasan yang dilawati
96
• Antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang tidak sepanas
iklim di Afrika utara
• Catatan ini dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan untuk
disinggahi oleh mereka
6. Sumbangan dalam bidang sejarah
• Beliau banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara yang dilawati
• Ketika sampai di negara tersebut: beliau berjumpa dengan pemerintah, wazir dan pegawai
tinggi
• Dalam catatan beliau, banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta disokong
dengan sumber-sumber lain yang berkaitan
• Di kota Konstantinople, beliau mencatat keindahan kota itu yang dilengkapi dengan pasar,
jalan raya yang dibina daripada batu, kewujudan gereja besar seperti St Sophies
• Di Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan sebagai kawasan yang amat subur dan
dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu.
Kesimpulan
• Kejayaan beliau selama 28 tahun yang merentasi sejauh 120 000 km telah meletakkan
beliau sebaris dengan ahli pelayaran yang terkemuka seperti Marco Polo.
• Yang paling penting ialah catatan beliau telah menjadi sumber rujukan ilmuwan yang
berikutnya.
• Sumbangan beliau telah membantu mencorakkan perkembangan intelektual sejagat.
SOALAN 15: HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA ABAD KE-
13 MASIHI
Pendahuluan
1. Abad ke-13 Masihi menyaksikan kemunculan Kerajaan Nasriyyah atau Bani al-Ahmar.
Kerajaan ini merupakan kerajaan terakhir yang wujud di Andalus.
2. Kerajaan Nasriyyah terkenal dengan sumbangannya yang membanggakan khususnya
berkaitan dengan pembinaan dan perkembangan seni bina. Kemajuan seni bina dan seni
97
ukir bukan sahaja berkembang di Granada, malah turut berkembang di kawasan-kawasan
lain yang diduduki oleh orang Islam di Andalus.
3. Kerajaan ini telah meninggalkan satu seni bina agung iaitu Alhambra yang masih tetap
menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain. Seni bina Islam di Andalusia merangkumi
beberapa ciri yang unik.
Isi- isi utama
1. Ciri seni bina Islam di Andalus ialah kategori seni bina.
• Hal ini kerana hasil seni bina yang terdapat di Andalus pada tempoh masa ini terbahagi
kepada dua jenis iaitu kesenian yang lahir di Granada dikenali sebagai “kesenian
Granada”, manakala kesenian di luar Granada dipanggil “kesenian Mudejar”. Kesenian di
luar Granada telah dilahirkan bersama-sama oleh orang-orang Islam dan bukan Islam
pada abad ke-13 dan ke-14 Masihi.
• Contohnya, Alcazar di Seville dan Gereja Toledo.
• Kesannya, bangunan bersejarah yang didirikan tetap mempunyai ciri-ciri seni bina Islam.
2. Bangunan-bangunan yang didirikan mempunyai ruangan khas yang mempunyai
fungsi tersendiri.
• Hal ini disebabkan, di istana terdapat ruang duta, ruang persalinan permaisuri, ruang
persiraman diraja dan lain-lain yang menjanjikan kelebihan dan keterasingan yang
tersendiri dari segi keindahannya.
• Misalnya, istana Alhambra mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana,
dua buah dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut
dan taman.
• Tegasnya, hal ini dapat menjamin keselesaan kepada raja dan kerabat diraja yang
mendiami istana berkenaan.
3. Bangunan di Granada, Andalus mempunyai nilai keindahan.
• Hal ini jelas dapat dilihat dengan terukirnya tulisan-tulisan atau kaligrafi yang
mengandungi ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah (amir) dan sebagainya.
Begitu juga terdapatnya sebuah syair yang menyentuh kemurnian agama Islam.
98
• Umpamanya, di pintu Masjid al-Mulk, tertera sepotong tulisan Arab (Azza Maulana al-
Sultan-Abdillah), manakala bahagian dinding masjid dihiasi ukiran berselang-seli dengan
ayat-ayat tulisan Arab. Mihrab masjid pula dipenuhi hiasan yang berwarna emas termasuk
struktur mihrab itu sendiri yang bertatahkan permata zamrud.
• Jelaslah bahawa seni bina Islam terkenal dengan keindahannya yang tersendiri.
4. Terdapat pembinaan menara yang merupakan ciri seni bina Islam.
• Pembinaan menara yang tinggi adalah bertujuan memudahkan muazzin melaungkan
azan untuk memanggil orang ramai menunaikan solat berjemaah di masjid.
• Selain itu, terdapat juga dua buah menara yang tinggi dan berkilau telah dibina di atas
banjaran Sierra Nevada. Pembinaan menara ini bertujuan untuk melihat keindahan
Granada dengan taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang subur menghijau.
• Implikasinya, pembinaan menara bukan sahaja untuk memudahkan tugas muazzin dan
melihat keindahan taman-taman, sebaliknya turut dapat memantau sebarang pergerakan
mencurigakan sebagai langkah keselamatan.
5. Seni bina Islam amat mementingkan teknik pencahayaan.
• Hal ini kerana teknik pencahayaan yang baik akan menyebabkan bahagian dalam
bangunan lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik. Teknik ini
membolehkan bangunan yang dibina kelihatan cerah, hening dan tenang. Tempat terbuka
atau taman dalam bangunan pula diwujudkan agar dapat membekalkan oksigen yang
segar dan menapis udara kotor serta dapat memberi ketenangan jiwa.
• Sebagai contoh, istana Alhambra telah dibina dan dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut.
• Tuntasnya, teknik pencahayaan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan
binaan yang mengagumkan.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya, keupayaan orang Islam menghasilkan pelbagai bangunan yang indah
dan mempunyai nilai estetika bermula dengan rumah kediaman diikuti dengan istana serta
masjid.
2. Hal ini menggambarkan bahawa pemerintahan kerajaan Nasriyyah pada tempoh masa
tersebut tidak mengabaikan bidang kesenian.
99
3. Perkembangan seni bina Islam pada ketika ini menunjukkan bahawa berlakunya
perkembangan dalam tamadun Islam dan membuktikan kejayaan umat Islam pada masa
lampau.
SOALAN 16: HURAIKAN KESENIAN SENI BINA ISLAM ISTANA ALHAMBRA DI
ANDALUSIA.
Pendahuluan
4 Alhamra sebuah seni bina yang kompleks kerana menempatkan masjid, istana, taman-
taman, kubu, menara dan tempat tinggal khalifah di dalamnya.
5 Dibina semasa Dinasti Nasrid oleh Muhammad bin Al-Ahmar (Khilafah Bani Umaiyah di
Andalusia).
6 Terdapat kesenian Byzantine dan Rom Purba pada Istana Alhambra.
7 Pembangunan Istana Alhambra dilakukan secara bertahap, melibatkan dua abad, iaitu
antara tahun 1238 hingga 1358 Masihi yang diteruskan oleh sultan-sultan Bani Ahmar
8 Alhambra nama yang berasal daripada perkataan Arab, hamra’ (bentuk jamak dari
ahmar) yang beerti “merah”.
9 Dinamakan Istana Alhambra yang bererti Istana Merah kerana bangunan ini dihiasi jubin-
jubin, seramik, dan bata-bata yang berwarna merah. Istana ini akan kelihatan kemerah-
merahan apabila disinari cahaya.
Isi- isi utama
Kesenian seni bina Islam
i. Pembinaan Menara
• terdapat dua buah menara (tower) yang tinggi dan berkilau yang dibina di ata
banjaran Sierra Nevada.
• tujuan binaan menara untuk melihat keindahan kota Granada yang dikelilingi
taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau
• istana didirikan menara untuk memantau sebarang pergerakan yang
mencurigakan iatu untuk keselamatan
ii Mimbar
100