• Mengandungi 19 ruang tengah yang membujur dan mimbarnya diperbuat
daripada gading dan kayu yang berharga serta diletakkan paku-paku emas.
iii. Menggunakan Teknik Pencahayaan
• Dititikberatkan agar isi bangunan lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang
tidak terik mahupun tidak terlalu kurang sehingga menyebabkan ruang dalam
sesebuah bangunan nampak muram.
• Dengan sistem pencahayaan yang baik dalam seni bina islam , bangunan yang
dibina kelihatan lebih cerah, hening, dan tenang. Jesteru itu bangunan-bangunan
yang dibina di Andalusia sama ada masjid atau istana mengambil kira soal
pancaran cahaya yang menembusi sesuatu. bangunan itu.
• Dihiasi 1 000 buah lampu.
• Mempunyai kira-kira 1 093 tiang daripada marmar putih dan indah yang
berbentuk papan catur yang bercirikan seni-seni binaan Islam
• Di sebelah selatan, berhadapan Wadi al-Kabeer, terdapat 19 pintu yang ditempa
dengan emas. Manakala bahagian tenggara dan barat laut mempunyai 9 pintu.
iv. Seni Ukir Islam
• Turut berkembang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan-kerajaaran Islam di
Andalusia.
• Ukiran-ukiran yang mempamerkan seni khat dan corak geometri merupakan ciri
utama seni bina di Andalusia.
• Ukiran dan hiasan berbentuk ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata
hikmat menghiasi dinding-dinding istana
• Sebagai contoh, di istana Alhambra iaitu di dinding masjid dipenuhi dengan
hiasan ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat menggunakan tulisan Arab
seperti al-Qudratu bi’llah, al-mulku li’llah dan La ghaliba illa’alah.
• Kalimah ‘Wa la ghalibu illa allah ditulis berulang kali di beberapa dinding istana
yang bermaksud ‘Tidak ada pemenang selain Allah’
• Pada pintu-pintu dan pada bumbungnya terdapat banyak lukisan berunsurkan
geometri.
• Kebanyakan ruangan dan hiasan pada istana ini dipenuhi dengan ukiran-ukiran
yang indah dan hiasan-hiasan kaligrafi Arab iaitu tulisan kursif dan kufi.
Kebanyakan hiasan kaligrafi yang digunakan dengan ukiran khas dan sukar
ditandingi hingga kini.
101
• Selain bentuk geometri yang sinonim dengan seni bina Islam, ayat-ayat al-Quran,
dan motif flora digunakan di luar dan di dalam istana.
v. Tempat Terbuka atau Taman Dalam Bangunan
• Kawasan terbuka atau diletakkan di tengah-tengah Bandar atau di dalam
bangunan yang dipenuhi dengan pokok-pokok untuk memberi bekalan oksigen
yang segar dan menapis udara kotor di sekeliling.
• Selain itu, pemandangan taman yang indah juga dapat menenangkan jiwa. Di
Alhambra misalnya , terdapat taman-taman yang dilengkapi dengan kolam dan
pancutan ai
.
vi Ruangan khas
Terdapat ruangan khas atau bilik yang mempunyai fungsi tersendiri Ruang-
ruang ini adalah berfungsi memberi keselesaan dan keindahan.
Pembahagian Ruang Alhambra
• Ruangan al-Hukmi (Baitul Hikmi) – luasnya, 15 X 15 meter dengan tinggi
ruangan, 20 meter. Ruangan ini nyaman dan sejuk kerana kedudukan dan
ketinggiannya yang dapat menampung banyak udara segar. Sesuai dengan
namanya, ruang ini ialah tempat menjatuhkan keputusan (mahkamah) yang
dibangunkan oleh Sultan Yusuf I (1334 – 1354).
• Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj) – ruangan yang mempunyai keluasan
6.25 X 6.25 meter. Tempat ini dipenuhi ukiran keemasan dan dipenuhi dengan
hiasan-hiasan kaligrafi Arab serta di tengah-tengah ruang ini terdapat saluran air
pancut yang diperbuat daripada batu marmar.
• Taman Singa (Hausyus Sibb) – luasnya taman ini ialah 28.5 X 15.70 meter.
Taman Singa ini dikelilingi oleh 128 tiang (yang berlapis dua, tiga atau empat)
yang diperbuat daripada marmar yang indah. Di taman ini juga terdapat kolam air
pancut (berbentuk heksagon) yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris
melingkar. Daripada mulut patung-patung singa tersebut, keluar pancutan air
yang apabila setiap kali masuk waktu solat, namun pacutan air dari mulut singa
itu tidak lagi berfungsi kini.
• Ruangan Dua Perempuan Bersaudara (Baitul al-Ukhtain) – dibina khusus
untuk dua orang saudara perempuan Sultan Al-Ahmar.
• Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan) – berukuran 36.6 X 23.4 meter. Di
tengah-tengah ruangan ini terdapat kolam (al-birkah) seluas 33.5 X 4.7 meter
102
dengan kedalaman 1.5 meter yang lantainya diperbuat daripada marmar putih.
Ruang ini disebut Ruangan Harum kerana di kiri dan di kanannya dilengkapi
taman dan bunga-bungaan yang indah dan berbau harum. Pada penghujung
kolam ini, terdapat tiang marmar yang berdiri tegak sebagai terasnya.
Kesimpulan
• Setelah kejatuhan kerajaan Andalusia, Alhambra telah dijadikan istana Kerajaan
Kristian. Namun, Alhambra sekarang dijadikan sebuah muzium yang mempamerkan
kecantikan gaya seni bina Islam.
SOALAN 17: HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI INDIA PADA ZAMAN
KEKUASAAN KERAJAAN MUGHAL.
Pendahuluan
1. Seni bina ialah, bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang
dibina oleh manusia. Seni bina Islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan
kesenian Islam.
2. Seni bina ini juga merupakan hasil usaha dan kreativiti orang Islam untuk memenuhi
keperluan rohani dan jasmani. Zaman kekuasaan Kerajaan Mughal memperlihatkan
perkembangan seni bina yang menggabungkan seni bina Arab dengan seni bina tempatan
dan Parsi.
3. Terdapat pelbagai ciri seni bina Islam di India pada zaman kekuasaan Kerajaan Mughal.
Isi- isi utama
1. Pengaruh luaran dalam seni bina tempatan
• Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca
• Turut dipengaruhi seni bina Arab, Turki dan Parsi
• Contohnya Masjid Lapan Mutiara yang terdapat di Agra.Menaranya dihiasi dengan
kaligrafi Arab.Manakala kubahnya merupakan gabungan kubah gaya Parsi dan tempatan
dengan bentuk baharu berupa bunga teratai dengan puncak yang meruncing
• Kubah utama Taj Mahal pula direka oleh Ismail Khan dari Turki
103
• Tegasnya, gabungan pengaruh tersebut telah menjadikan seni bina pada masjid
khususnya kelihatan indah dan unik.
2. Motif corak hiasan
• Corak hiasan bermotifkan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran di istana dan masjid
• Ukiran pada seni bina ini bermotifkan dakwah
• Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India mencerminkan simbolik antara alam
sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang dibentuk berdasarkan jambangan bunga
dan bentuk geometri
• Contohnya; ayat-ayat al-Quran yang menjadi hiasan utama pada dinding Taj Mahal terdiri
daripada Surah Yasin, Surah Zumar, Surah al-Mulk dan Surah al-Ikhlas.Huruf khat Thuluth
menjadi seni huruf utama yang digunakan.
• Hampir keseluruhan Masjid Jamek pula dihiasi dengan kaligrafi al-Quran terutama pada
mimbar di mihrab
• Kesan daripada keindahan tersebut dapat memukau setiap pengunjung dan mewujudkan
suasana yang harmoni serta tenang.
3. Bahan binaan
• Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas
• Kebanyakan bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batu marmar dan batu-
batuan merah
• Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunan yang terdiri daripada pelbagai saiz
• Susunan bangunannya pula selari mengikut grid-grid tertentu
• Perhiasan pada permukaan dinding bangunan dihiasi dengan lukisan mozek dan bahan
seramik serta lukisan-lukisan daripada teknik stucco
• Contohnya; bumbung, kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar berwarna
putih serta seni mozek yang indah. Sebanyak 43 jenis batu permata termasuk
berlian,jed,kristal,topaz dan nilam digunakan
• Contoh lain ialah Istana Fatehpur Sikri yang didirikan oleh Maharaja Akbar dibina daripada
batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar
• Penggunaan bahan-bahan binaan tersebut dapat menjamin keindahan yang
menakjubkan serta kukuh sehingga berabad-abad lamanya.
4. Kompleks pelbagai guna
104
• Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks yang mengandungi pelbagai
kemudahan
• Contohnya, Kompleks Fatehpur Sikri iaitu merupakan sebuah bandar. Kompleks ini
mengandungi istana, pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan
permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah pekerja,
hospital dan bilik rekod
• Contoh lain ialah Kota Agra yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk masjid dan
istana serta Istana Taj Mahal yang terdapat bahagian makam, dewan, taman rekreasi,
masjid dan menara tinjau
• Jelaslah bahawa seni bina Islam bukan sahaja unik dan istimewa tetapi juga menyediakan
pelbagai kemudahan.
5. Ciri keselamatan
• Seni bina Islam juga menitik beratkan ciri keselamatan
• Terdapat pintu gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan kawasan lapang yang
memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana. Contohnya; istana di
Fatehpur Sikri. Manakala istana Taj Mahal pula mempunyai menara tinjau.
• Tegasnya, ciri-ciri keselamatan juga diberi keutamaan untuk mengelakkan sebarang
ancaman.
6. Menara tinggi yang dihiasi indah
• Bangunan masjid zaman kekuasaan Mughal turut dilengkapi dengan menara-menara
yang dihiasi indah
• Menara Qutubminar yang mencecah 70 meter tinggi dan terdiri daripada lima tingkat
• Selain itu terdapat empat menara yang mempunyai ketinggian lebih kurang 46 meter
menghiasi setiap penjuru Taj Mahal
• Masjid Jamek pula mempunyai dua menara setinggi 40 meter dan terdapat tiga pintu
gerbang utama
• Tegasnya, pembinaan menara yang tinggi menambah keindahan dan keunikannya.
7. Pancutan air
• Unsur pancutan air dalam seni bina taman bunga di India membuktikan adanya pengaruh
tamadun Islam khasnya Arab
105
• Kebanyakan bangunan istana Kesultanan Mughal dihiasi taman-taman bunga yang indah
dihiasi pancutan air
• Contohnya, pada zaman pemerintahan Syah Jehan banyak taman-taman bunga didirikan
seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore, Taman Dara Shikoh di Kashmir dan Taman
Shalamar Bagh di Delhi. Taj Mahal pula didirikan di hujung sebuah taman yang luas
dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan. Seni bina di India
mementingkan keindahan sesuai dengan Islam yang suka akan keindahan dan
kebersihan.
8. Berkonsepkan Masjid
• Setiap masjid mempunyai kubah berbentuk bawang dan bunga teratai yang puncaknya
meruncing.
• Kubah Istana Taj Mahal berbentuk octagon yang diapit oleh empat menara meruncing
• Masjid Jamek Delhi pula mempunyai tiga kubah yang dihiasi marmar hitam dan putih.
Bahagian atasnya berhiaskan emas
• Kubu Kota Merah dilengkapi pembinaan dua buah kubah
• Manakala Makam Humayun mempunyai kubah dan mihrab yang berkonsepkan masjid.
• Jelaslah bahawa binaan yang berkonsepkan masjid seperti kubah dan mihrab itu dibina
kerana masjid dan tamadun Islam mempunyai ikatan yang sangat kuat.
Kesimpulan
1. Terdapat pelbagai ciri seni bina Islam di India zaman kekuasaan Mughal. Seni bina pada
zaman tersebut mengadunkan seni bina tempatan dengan Arab, Parsi dan Turki.
2. Sumbangan kerajaan Mughal sangat besar dalam bidang kebudayaan khususnya dari
aspek seni bina. Kehebatan seni bina Mughal di India terbukti apabila bangunan Taj Mahal
dan Kota Merah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
SOALAN 18 : MERUJUK KEPADA EMPAT BUAH BANGUNAN YANG TERDAPAT
PASA ZAMAN KERAJAAN MUGHAL, BINCANGKAN KEUNIKAN BANGUNAN
BERKENAAN.
Pendahuluan
• Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih
kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526
sehingga tahun 1857.
106
• Seni bina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan oleh agama Islam
disebabkan sifat agama Islam yang menyukai sesuatu yang indah.
• Seni bina Mughal menduduki tempat yang paling penting dalam sejarah seni bina
India, Sultan Akhbar dan Syah Jehan merupakan raja yang aktif dalam menyumbang
perkembangan seni bina Islam pada zaman Mughal.
• Antara keunikan seni bina Mughal ialah kubah berbentuk bulat, menara tinggi, tiang-
tiang, laman terbuka, dll. Batu pasir merah digunakan untuk pembinaan bangunan-
bangunan di peringkat asal manakala marmar putih digunakan pada
zaman kemudian di mana penekanan lebih diberikan kepada mencantikkan bangunan
menggunakan reka bentuk berwarna, batu mahal, air emas dan perak serta ukiran-
ukiran kecil.
• Antara empat buah bangunan yang sangat unik seni bina pada zaman kerajaan
Mughal ialah istana Taj Mahal, Kubu di Agra, Makam Humayun dan Masjid Jama.
Isi- isi utama
(Keunikan bangunan Istana, kubu, Makam dan Masjid)
1. Bangunan Istana Taj Mahal
• Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj
Mahal yang dikenali ‘Dream in Marble’. Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda
cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal. Bangunan ini didirikan
dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang
menawan.
• Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga
hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain
yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan.
Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.
• Dari segi bahan binaan pula, kebanyakannya mahal dan bermutu tinggi. Bumbung,
kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang
indah. Sebanyak 43 jenis batu permata termasuk Berlian, Jed, Kristal, Topaz dan
Nilam telah digunakan untuk menghasilkan bangunan yang diiktiraf salah satu
daripada tujuh keajaiban dunia
• Keunikan Taj Mahal ialah mempunyai taman yang indah yang dibina seluas 300meter
yang membahagikan empat quadrant kepada 16 taman bunga. Sebuah kolam air
marmar yang ditinggikan dibina di tengah-tengah taman, di separuh perjalanan
daripada Makam dan Pintu Gerbang. Kolam air marmar ini dipanggil sebagai ”al-
khawd al-khawthar” yang merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” atau “Tank of
107
Abundance” di syurga yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad. Di sekeliling taman
dihiasi dengan pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik
kepada empat sungai yang mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan taman-
taman syurga.
• Keunikan Taj Mahal juga kerana warnanya. Taj mahal dapat merubah suasana hati
para pengunjungnya dengan berubahnya warna pada waktu yang berbeza. Pada
waktu subuh, marmar akan berwarna merah muda, di tengah hari marmar ini akan
berwarna putih berkilat, dan pada petang hari warnanya akan berubah menjadi warna
mutiara yang lembut. Pada bulan purnama, bintang di langit akan berkerlipan.
• Pada musim hujan, awan mendung akan memberikan kesan warna biru. Warna biru
ini akan muncul dan hilang seperti bayangan yang melayang di atas kabus. Marmar di
dalam Taj mahal boleh menjadi kuat, mudah pecah dan ringan, boleh juga menjadi
putih, kekuning-kuningan, kelabu, dan juga emas. Berbagai wajah Taj Mahal
menandakan bahawa Taj Mahal dibangunkan dengan arkitektur yang hebat.
• Taj Mahal adalah sebuah karya arkitektur yang sempurna yang menjadi inspirasi
bagi para penyair, pelukis, dan pemusik untuk mencuba dan menyematkan dalam
kata, lukisan, dan lagu. Taj Mahal merupakan seni Islam di India dan merupakan
salah satu karya agung warisan dunia yang mengagumkan.
2. Bangunan Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)
• Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang
dirahmati). Kota ini ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran
Delhi sehingga tahun 1857.
• Penggunaan warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’
digunakan untuk membinanya.
• Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi
Sungai Jumna.Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul
ke-5, Maharaja Shah Jahan (orang yang sama membina Taj Mahal) dan
mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648)
• Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok
pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-
berzaman. Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai
benteng pertahanan daripada dicerobohi musuh.
• Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi
dan bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak
Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.
108
3. Masjid Jama, Delhi
• Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-
17 iaitu Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan
untuk puterinya Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu
asas masjid ini di puncak sebuah bukit pada tahun 1650.
• Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid
Cermin Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak di
atas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monumen
masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang
terletak berhadapan dengan Masjid Jama.
• Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang
menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk
mengetuai sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama yang
memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000
penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.
4. Bangunan Makam Humayaun
• Makam ini merupakan taman dan sekali gus makam yang pertama yang dibina di
India, terletak di Delhi.
• Makam ini dibina pada 1564 oleh Haji Begum, isteri kepada Raja Humayun. Ianya
dibina di bandar Din Panah 8 tahun selepas kematian Humayun.
• Arkitek bangunan ini ialah seorang Parsi bernama Mirak Mirza Ghiyas, seorang arkitek
Parsi.
• Makam ini merupakan struktur pertama yang menggunakan batu merah pada skala
seperti kompleks.
• Kubah makam ini merupakan contoh pertama kubah berganda di India iaitu kubah
dengan dua cengkerang, bahagian luarnya menyokong bingkai marmar dan
memberikan bentuk yang tinggi dari bahagian luar dan bahagian dalamnya untuk
mewujudkan bahagian yang lebih baik dengan ruang di bawah.
• Bahagian dalam bilik makam ini terbahagi kepada kumpulan-kumpulan petak. Petak
terbesar mengandungi Tugu Peringatan Maharaja dan petak kecil di bahagian setiap
sudut untuk ahli keluarganya. Setiap bilik berbentuk segi lapan dan mereka
bersambung antara satu sama lain dengan laluan pepenjuru.
109
Kesimpulan
• Sememangnya kerajaan Moghul mempunyai keunikan dan kemegahan seni bina. Ia
bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik menggabung
nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.
• Seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Moghul banyak mengadunkan seni bina
tempatan dan Parsi yang mementingkan keindahan.
• Kewujudan seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islam tidak menolah
bidang kesenian.
110
TEMA 3
NASIONALISME DAN
PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA
111
TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
NO SOALAN CATATAN
1 ANALISISKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEJATUHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD KE-
19M HINGGA AWAL ABAD KE-20M
2 ANALISISKAN FAKTOR PELUASAN KUASA BARAT TERHADAP
WILAYAH UTHMANIYAH DARI ABAD KE-18M HINGGA KE-20M
3 HURAIKAN PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG MEMBAWA
KEPADA
PELUASAN KUASA BARAT TERHADAP KERAJAAN TURKI
UTHMANIYAH PADA ABAD KE-17M SEHINGGA ABAD KE-19M
4 JELASKAN REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP
PENJAJAHAN PERANCIS DAN BRITISH DI MESIR PADA ABAD
KE-19M HINGGA ABAD KE-20M
5 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA
ABAD KE-20M
6 BINCANGKAN FAKTOR PENGARUH AGAMA DAN PENGARUH
LUAR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN GERAKAN
NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD KE-20M
*
• Tambahan
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME :
SYRIA ABAD KE-20 & MESIR ABAD KE-20
7 HURAIKAN PENGLIBATAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
8 HURAIKAN KESAN PENGLIBATAN DALAM PERANG DUNIA
PERTAMA TERHADAP KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
9 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MESIR PADA ABAD KE-
20M
10 BINCANGKAN FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN YANG
MEMBAWA KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI
PADA ABAD KE-20M
112
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 1: ANALISISKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJATUHAN
KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD KE-19M HINGGA AWAL ABAD KE-20M
Pendahuluan
1. Khalifah Turki Uthmaniyah berkuasa selama hampir lapan abad iaitu bermula tahun
1299 hingga 1924M.
2. Semasa proses keruntuhannya, empayar Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang
luas meliputi Semenanjung Balkan, Asia Kecil, Timur Tengah dan Afrika.
3. Namun disebabkan pelbagai faktor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar
Turki Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia Islam.
Isi- isi utama
1. Kelemahan pemerintah
• Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran menyumbang kepada kemerosotan dan
kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah. Kebergantungan sistem birokrasi kepada
kemampuan seorang sultan dalam mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi
politik tidak memenuhi tuntutan semasa. Hal ini membuka peluang kepada golongan
berpendidikan politik merebut kuasa untuk kepentingan peribadi.
• Contohnya, tiada pelan peralihan kuasa (succession plan). Hal ini kerana, tiada
mekanisme dalam pelantikan pengganti khalifah yang layak untuk meneruskan
pemerintahan di mana kebanyakan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak
atau ahli keluarga .
• Perebutan jawatan juga sering berlaku kerana kelemahan kepimpinan yang
menyebabkan kerajaan dikuasai oleh isteri atau ibu sultan serta sesuatu pihak dalam
istana.
• Jelasnya, kelemahan pemerintah, perebutan kuasa menjadikan kerajaan Uthmaniyah
mengalami kejatuhan sehingga munculnya golongan pengkritik iaitu gologan Uthmani
Muda.
2. Kelemahan sistem ketenteraan
113
• Pembubaran pasukan elit tentera Janissari oleh Sultan Mahmus II memberi impak
yang berpanjangan kepada Turki Uthmaniyah. Tentera Janissari merupakan tunjang
kekuatan Uthmaniyah dan kuasa yang seimbang dengan kuasa mutlak.
• Reformasi ketenteraan Nizam-I-Cedid ala-Barat oleh Sultan Mahmud II tidak berjaya
malah kekuatan tentera Uthmaniyah lemah.
• Pemodenan militer tidak seimbang dengan adanya peningkatan disiplin, ilmu dan
teknologi menyebabkan Uthmaniyah tidak dapat bertahan dengan tentera barat.
• Jelaslah dilihat bahawa, kelemahan sistem tentera dan kekurangan senjata moden
yang setanding Barat membawa kepada kejatuhan Tuki Uthmaniyah pada awal abad
ke -20M.
3. Peranan Turki Muda
• Kejatuhan Uthmaniyah adalah disebabkan oleh kemunculan Uthmani Muda, Turki
Muda dan sekular. Semasa kemunculan Turki Muda, mereka berjaya mendominasi
pentadbiran kerajaan dan ketenteraan. Mereka cuba untuk membawa kemodenan
dalam bidang pentadbiran dengan membubarkan institusi kesultanan.
• Sekularisme menjadi prinsip utama mereka dalam proses pemodenan Turki yang
melemahkan pengaruh Islam yang dinaungi oleh khalifah.
• Tegasnya, gerakan penentangan dari dalaman khususnya Turki Muda telah
menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dengan pegangan yang berbeza iaitu
membawa kemodenan dalam institusi kerajaan.
4. Pengaruh luar
• Kebangkitan kuasa Barat telah membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Contohnya, gerakan Renaisans telah membawa kepada perubahan iaitu kebangkitan
Eropah dan kejatuhan negara Islam iaitu Uthmaniyah. Hal ini kerana, ilmu
pengetahuan dan teknologi membawa kepada peluasan kuasa barat ke atas negara
Islam.
• Peperangan yang berlaku antara Uthmaniyah dengan kuasa barat iaitu Rusia
membawa kepada beberapa perjanjian sehingga Uthmaniyah tidak boleh
mempertahankan wilayahnya daripada jatuh ke tangan kuasa asing.
• Jelaslah bahawa, pengaruh luar menjadi faktor kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah
dengan kejayaan yang dicapai oleh kuasa Barat semasa era Renaissance.
114
5. Kemerosotan ekonomi
• Kerajaan Uthmaniyah terpaksa menanggung perbelanjaan yang dipinjam dari bank
riba di Eropah. Contohnya, semasa Sultan Abdul Hamis II ( 1876-1909M ) kerajaan
Uthmaniyah berhutang sebanyak 200 juta pound sterling.
• Pendapatan negara semakin berkurang manakala perbelanjaan pula besar
terutamanya untuk membiayai peperangan. Selain daripada itu, kerajaan juga sangat
bergantung kepada Barat untuk mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal
perbelanjaan.
• Tegasnya, ketidakupayaan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam menangani masalah
ekonomi telah membawa kepada kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
Kesimpulan
4. Kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah akibat daripada masalah dalaman dan luaran yang
tidak dapat diselesaikan dengan berkesan.
5. Kejatuhan Turki Uthmaniyah memberi kesan kepada dunia Islam apabila berhadapan
dengan dengan dasar imperialisme barat.
SOALAN 2: ANALISISKAN FAKTOR PELUASAN KUASA BARAT TERHADAP WILAYAH
UTHMANIYAH DARI ABAD KE-18M HINGGA KE-20M
Pendahuluan
1. Kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan oleh Uthman Ertuhgrul pada tahun 1289
merupakan empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun.
2. Akhir abad ke-17 Masihi kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan pelbagai masalah
dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan,
kemerosotan ekonomi dan pemberontakan.
3. Pada abad ke-19 Masihi, empayar Uthmaniyah mula memasuki fasa kemerosotan apabila
terpaksa menghadapi pencaturan politik kuasa-kuasa Barat.
4. Akhir abad ke-20M, seluruh dunia Islam berada dalam kekuasaan dan pengaruh Barat
termasuk wilayah-wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah.
5. Gerakan peluasan kuasa Barat ini bagi memenuhi kepentingan politik, ekonomi dan sosial
mereka berdasarkan semangat God, Gold and Glory.
115
Isi- isi utama
A. Faktor politik
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat
• Dasar imperialisme mencetuskan persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis,
Rusia dan sebagainya untuk meluaskan tanah jajahan khasnya di wilayah-wilayah Islam.
• Mereka juga sanggup mengadakan pakatan bagi merealisasikan misi menguasai dunia
Islam. Persaingan ini mempercepatkan kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas wilayah-
wilayah yang berada di dalam empayar Uthmaniyah.
• Kuasa-kuasa Barat bercita-cita meluaskan empayar masing-masing bagi meningkatkan
imej sebagai kuasa utama dunia. Kejayaan menguasai kerajaan Uthmaniyah yang
dianggap kuasa Islam terkuat ketika itu akan menyerlah imej dan kehebatan kuasa Barat.
2. Perubahan dasar perhubungan antarabangsa
• Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa Barat iaitu dari dasar persahabatan
dan dasar perlindungan kepada dasar campur tangan ekoran pergolakan politik dalam
wilayah Uthmaniyah.
• Sebelum ini pihak Barat mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi
menjaga kepentingan perdagangan mereka. Situasi politik yang tidak stabil akibat
pemberontakan memberi alasan kepada kuasa Barat mencampuri urusan pentadbiran
dan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.
3. Dasar pecah dan perintah
• Polisi luar terpenting yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menguasai wilayah
Uthmaniyah ialah dasar pecah dan perintah. Impaknya, bangsa-bangsa Islam yang
berada dalam empayar Uthmaniyah seperti Turki, Arab, Mesir, Armenia, Kurdis dan lain-
lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
• Kuasa-kuasa Barat menjalankan konspirasi memusnahkan empayar Turki dengan
menggunakan fahaman nasionalisme dan berpuak-puak sehingga mereka berjaya
menggugat kestabilan politik empayar Uthmaniyah.
116
• Dasar ini akhirnya melemahkan kesatuan ummah yang sejak sekian lama dinaungi oleh
khalifah Uthmaniyah dan memudahkan kuasa Barat menghancurkan kekuatan empayar
Uthmaniyah yang dianggap ancaman utama kepada pengaruh Kristian Eropah.
4. Konflik sempadan Uthmaniyah dan Rusia
• Konflik sempadan antara Rusia, Austria-Hungary dengan wilayah Uthmnaiyah merupakan
faktor peluasasn kuasa Barat berkenaan ke atas empayar Islam Uthmaniyah.
• Peluasan kuasa Rusia terhadap kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1877-1878 berpunca
daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semua wilayah-wilayahnya yang terlepas
dalam Perang Crimea.
• Kejayaan Rusia dalam perang seterusnya menyebabkan Uthmaniyah kehilangan banyak
wilayahnya termasuk Serbia, Montenegro dan Caucasus.
5. Kelemahan pemerintah Uthmaniyah
• Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran menyumbang kepada kemerosotan dan
kehancuran kerajaan Uthmaniyah.
• Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan seorang sultan dalam
mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik ini tidak memenuhi tuntutan
semasa. Hal ini juga membuka peluang dan ruang kepada golongan elit politik untuk
kepentingan peribadi.
• Kelemahan kepimpinan ini juga menyebabkan kerajaan dikuasai oleh isteri atau ibu sultan
(harem) atau kelompok tertentu dalam istana
• Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan kerajaan
Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat. Kelemahan kerajaan
semakin nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa barat seperti
melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk
pentadbiran dan social.
• Wilayah kekuasaan yang sangat luas merangkumi wilayah di Asia, Afrika dan Eropah
merumitkan lagi keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan yang lemah dan tidak
teratur. Wilayah yang luas ini didiami oleh pelbagai bangsa dan kerajaan memerlukan
kecekapan pentadbiran.
117
B. Faktor ekonomi
1. Revolusi perindustrian
• Kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting gerakan peluasan kuasa-
kuasa Barat ke atas wilayah Islam Uthmaniyah
• Perkembangan revolusi industri di Eropah pada abad ke-18M meningkatkan lagi tekanan
terhadap keperluan memiliki tanah jajahan yang mempunyai kekayaan hasil buminya.
Para pelabur Eropah turut menyokong gerakan peluasan kuasa ini bagi memenuhi
keperluan kilang-kilang.
• Memiliki tanah jajahan juga dapat meluaskan pasaran produk industri kuasa-kuasa Barat.
2. Keperluan bahan mentah
• Menjelang abad ke-18M, kuasa Barat memerlukan bahan mentah. Britain memerlukan
arang batu untuk menggerakkan enjin, lokomotif dan kapal laut berkuasa wap.
• Para pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah-wilayah Uthmaniyah termasuk di
Afrika Utara dengan membuka ladang, lombong, mengimport buruh dan sebagainya.
Pemodal Perancis pula berjaya menguasai Algeria, wilayah Uthmaniyah yang kaya-raya
dengan sumber bumi.
• Penemuan minyak mentah di wilayah Uthmaniyah, khasnya di Iraq dan Iran
menambahkan lagi minat kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan tanah jajahan. Mereka
menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan konsesi cari gali minyak. Kepentingan
minyak dalam revolusi perindustrian mencetuskan konflik antara negara-negara Eropah
dalam usaha menguasai wilayah Turki Uthmaniyah.
• Tindakan Jerman memasuki era perlumbaan merebut harta kekayaan kerajaan Turki
Uthmaniyah membimbangkan kuasa-kuasa Barat lain. Awal abad ke-20M, persaingan
menguasai sumber minyak semakin ketara apabila banyak kawasan petroleum ditemui di
Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain.
3. Kepentingan Terusan Suez
• Kepentingan Terusan Suez menyebabkan kuasa-kuasa Barat menggiatkan usaha untuk
menguasai wilayah Uthmaniyah, khasnya Mesir.
• Menguasai Terusan Suez bermakna menguasai jalan perdagangan dua hala terpenting
dunia dan secara langsung dapat menambahkan kekayaan negara. Terusan Suez
118
menjadi pilihan para pedagang Asia dan Barat kerana ia menjimatkan masa dan kos
perdagangan tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
• British amat berminat menguasai Terusan Suez kerana sebilangan besar kapalnya melalui
terusan ini, khasnya menuju ke India. Justeru, British telah membeli saham kompeni
Terusan Suez.
4. Mengembangkan sistem ekonomi kapitalis
• Gerakan imperialisme Barat ke atas wilayah Uthmaniyah merupakan percubaan bangsa
Eropah untuk menerapkan sistem ekonomi kapitalis yang akhirnya menjadikan
kebergantungan ekonomi umat Islam kekal berada dalam cengkaman mereka.
• Buktinya, krisis kewangan dan ekonomi Mesir yang berpunca daripada usaha
pembangunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industry gula menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah mengalami konflik hutang yang meruncing. British mengambil
kesempatan dengan menawarkan pinjaman yang akhirnya berjaya menguasai ekonomi
Mesir.
C. Faktor sosial
1. Agama
• Sentimen keagamaan memainkan peranan utama dalam gerakan peluasan kuasa Barat
ke atas wilayah Uthmaniyah.
• Buktinya, peranan dan restu pihak gereja dan tokoh-tokoh agama Kristian di sebalik misi
penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat.
• Mereka menganggap misi peluasan kuasa ke atas tanah jajahan merupakan suatu tugas
suci dan agung dalam usaha menjayakan gerakan kristianisasi. Matlamat agama ini
menyebabkan golongan gereja sanggup mengenepikan kekejaman, penindasan dan
kezaliman dalam misi penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat ke atas dunia
Islam.
3. Permasalahan Timur dan Modenisasi
• Kuasa-kuasa Barat menggunakan alasan ‘Permasalahan Barat’ (The Eastern Question)
dan konsep modenisasi untuk menghalalkan campur tangan mereka dalam hal ehwal
politik dan sosial antarabangsa.
119
• British dan Belanda menggunakan slogan ‘beban orang putih dan takdir tuhan‘ manakala
Perancis menggunakan slogan ‘tugas menyebarkan tamadun’.
• Kuasa-kuasa Eropah ini mendakwa mereka lebih maju dan berkewajipan untuk
mentamadunkan penduduk dunia, khasnya di wilayah-wilayah Islam. Mereka
memburukkan Islam sebagai agama yang menghalang kemajuan.
4. Kegagalan tanzimat dan isu Balkan
• Dasar tanzimat yang dilakukan oleh pemerintah Uthmaniyah membuktikan kuasa-kuasa
barat berjaya memainkan isu-isu penindasan terhadap penganut Kristian di wilayah-
wilayah Balkan untuk menghalalkan campur tangan mereka dalam bidang sosio-politik.
• Kegagalan Tanzimat dan isu Balkan melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan
akhirnya memudahkan perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyyah.
5. Gerakan Sekularisasi
• Dasar imperialisme merupakan sebahagian perancangan kuasa Barat untuk menjajah
minda dan pemikiran umat Islam Uthmaniyah dengan penerapan dasar-dasar sekular
dalam bidang pendidikan dan komunikasi.
• Mereka menyebarkan nilai-nilai Barat ke dalam masyarakat pribumi, khasnya golongan
elit tempatan. Kuasa-kuasa Barat memuji golongan berpengaruh yang menerima konsep
hidup moden khasnya tokoh-tokoh sekular Turki Uthmaniyah seperti Mustafa Kamal
Attaturk, Midhat Pasha, Zia Gokalp dan sebagainya.
• Pihak Barat berjaya memasukkan jarum-jarum pemikiran secara halus dan perlahan-
lahan atas nama tamadun, kemajuan, modenisasi dan seumpamanya sehingga tanpa
disedari rakyat pribumi terpengaruh dengan cara hidup asing dan melupakan identitinya
sendiri.
Kesimpulan
1. Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatan dalam Perang Dunia Pertama.
2. Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan kuasa-kuasa
Barat membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka.
3. Kelemahan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada perluasan kuasa
Barat dan akhirnya membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki yang menamatkan
sistem pemerintahan khalifah Islamiah.
120
SOALAN 3: HURAIKAN PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG MEMBAWA KEPADA
PELUASAN KUASA BARAT TERHADAP KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD
KE-17M SEHINGGA ABAD KE-19M
Pendahuluan
1. Kerajaan Turki Uthmaniyah mulai merosot dan menempuh era kelemahan apabila
pemerintahnya banyak menandatangani perjanjian apabila kalah dalam krisis dan
peperangan yang berloaku.
2. Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah jelas berlaku selepas era pemerintahan Sultan
Muhammad al-Fatih antara abad ke-17 hingga 19M.
3. Persaingan dan tekanan kuasa-kuasa imperialis barat memaksa kerajaan Turki
Uthmaniyah menandatangani beberapa siri perjanjian yang merugikan kerana kalah dalam
beberapa peperangan yang tercetus.
4. Sebahagian besar perjanjian menyatakan kerajaan Turki Uthmaniyah perlu menyerahkan
sebahagian besar wilayahnya kepada kuasa-kuasa Barat atau memberikan autonomi kepada
wilayah berkenaan.
Isi- isi utama
1. Perjanjian Damai dengan Poland 1672 dan perjanjian Rasdin 1681
• Sultan Muhammad IV (1648-1687) memimpin serangan ke atas Poland. Peristiwa ini
berakhir dengan perjanjian damai 1672. Poland bersetuju menyerahkan wilayah
Ukraine kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini mencetuskan pula konflik dengan
Rusia yang mendakwa Ukraine wilayah miliknya. Peperangan berlaku antara kerajaan
Turki Uthmaniyah dan Rusia.
• Perjanjian Rasdin berlaku ekoran kekalahan teruk kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada
Rusia. Khalifah Muhammad IV terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia. Hal ini
juga membuka peluang perdagangan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam yang
sekian lama dikuasai kerajaan Turki Uthmaniyah.
• Peristiwa yang berlaku ini menyebabkan orang Turki kehilangan penguasaan ekonomi
di kawasan Laut Hitam kepada kuasa Barat iaitu Rusia yang berjaya merampasnya
melalui perjanjian yang menguntungkan sebelah pihak yang menang dalam
peperangan.
121
2. Perjanjian Karlowitz 1699, Perjanjian Passarowit 1718 dan Perjanjian Belgrade 1739
• Perjanjian Karlowitz dimeterai pada tahun 1699 semasa pemerintahan khalifah
Mustafa II yang kalah dalam peperangan kepada Rusia yang di pimpin oleh Tsar Peter.
Kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa menyerahkan sebahagian besar wilayah miliknya
di Balkan,antaranya ialah Hungary, Azov, Habsburg dan Poland.
• Perjanjian Passarowit pada tahun 1718 ditandatangani antara Sultan Ahmad III
dengan kerajaan Austria dan Venecia selepas kalah dalam Perang Petewarden 1716
hingga 1718. Sekali lagi kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan wilayah Balkan iaitu
Serbia dan Rumania.Venecia pula menguasai kawasan pantai Dalmatia. Kerajaan
Turki Uthmaniyah tidak berupaya lagi mendirikan benteng pertahanan di sekitar rantau
Balkan bagi menhyekat serangan kuasa Eropah ke atas wilayah penguasaan
Uthmaniyah. Perubahan dasar pemerintahan yang mesra rakyat dilakukan oleh
kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum,
mengurangkan cukai dan meningkatkan prasarana awam.
• Perjanjian Belgrade 1739 pula dimeterai antara kerajaan Turki Uthmaniyah dan Rusia.
Melalui perjanjian ini sahaja kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya menguasai kembali
kawasan Serbia Utara dan Belgrade. Hal ini memberikan sedikit semangat kepada
kerajaan Turki Uthmaniyah menghadapi ancaman dan peluasan kuasa Barat yang
mengambil kesempatan oleh keadaan dan suasana yang berlaku ketika itu.
3. Perjanjian Kucuk Kainarji / Perjanjian Catherina 1774 dan Perjanjian Sistova 1791
• Perjanjian Kucuk Kainarji/Perjanjian Catherina 1774 ialah perjanjian damai antara
kerajaan Turki Uthmaniyah dan Rusia yang mengakhiri Perang Rusia-Uthmaniyah
sejak 1768 sehingga 1774. Perjanjian ini berlaku pada zaman khalifah Abdul Hamid 1
dan Maharani Catherina II, ia juga merupakan pengakuan kepada kekalahan empayar
Uthmaniyah dalam siri peperangan dengan Rusia. Hal ini memberikan kebenaran
kepada Rusia untuk campurtangan dalam pemerintahan dan keagamaan di wilayah
yang menjadi rebutan kedua-dua kuasa berkenaan.
• Perjanjian Sistova 1791 dimeterai oleh kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Austria
pada zaman Khalifah Salim III. Di antara kandungan perjanjian ini ialah
mengembalikan sempadan kedua-dua kerajaan kepada keadaan sebelum perang
yang berlaku pada tahun 1787.
• Kerajaan Turki Uthmaniyah menanggung sebahagian besar perbelanjaan perang
Rusia yang berjumlah 4.5 juta Rubbel. Rusia berjaya meraih kegiatan perniagaan di
122
Laut Hitam.Hal ini mengakibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah kehilangan pengaruh
di wilayah Eropah Tengah dan Timur yang dikuasai oleh Rusia.Wilayah-wilayah Islam
yang bersempadan dengan Rusia dengan mudah menerima kemasukan agama
Kristian.
4. Perjanjian Jassy 1792, Perjanjian Dardanella 1809 dan Perjanjian San Stefano 1878
• Perjanjian Jassy yang ditandatangani pada tahun 1792 berlaku semasa pemerintahan
Khalifah Salim III dengan Rusia. Di antara isi perjanjian ini ialah kerajaan Turki
Uthmaniyah hendaklah menyerahkan wilayah Crimea yang merupakan sebuah kota
penting di Laut Hitam kepada Rusia. Wilayah Moldovia dan Wallachia akan diserahkan
kembali oleh Rusia kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Sungai Dnister diisytiharkan
sebagai sempadan kawasan kekuasaan masing-masing.
• Selain kuasa Barat Rusia, Perjanjian Dardanella pada tahun 1809 dimeterai oleh
kuasa British dengan kerajaan Turki Uthmaniyah. British berjanji akan meninggalkan
semua wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah seperti Mesir dan menghentikan
pendudukannya ke atas semua wilayah kerajaan Turki Uthmaniyah. Sebagai
balasannya, kerajaan Turki Uthmaniyah mengakui secara rasmi hak-hak konsulat
British di wilayah Uthmaniyah. Perjanjian ini memihak kepada British dalam aspek
ketenteraan yang menyelamatkannya daripada ancaman tentera laut Rusia hasil
jaminan kerajaan Turki Uthmaniyah yang enggan membenarkan kapal perang melalui
Selat Bosphorus dan Dardanela.
• Perjanjian San Stefano pada tahun 1878 juga merupakan perjanjian kerajaan Turki
Uthmaniyah dan Rusia bagi menamatkan perang antara kedua negara berkenaan
sejak tahun 1877. Kesan perjanjian ini membawa kepada kemerdekaaan wilayah
jajahan Turki Uthmaniyah di rantau Balkan seperti Romania, Serbia dan
Montenegro.Bosnia dan Herzegovina diberikan kuasa autonomi dan Bulgaria
diserahkan kepada penguasaan Rusia.
• Perjanjian yang berlaku antara kerajaan Turki Uthmaniyah dan kuasa-kuasa Barat
seperti Rusia memperlihatkan suasana yang tertekan dan perlunya tindakan
sedemikian dilakukan untuk mengelakkan kehilangan yang lebih besar atas jajahan
dan kedaulatan wilayah miliknya.
Kesimpulan
123
1. Rentetan perjanjian yang berlaku menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan
banyak wilayah kepada kuasa-kuasa barat terutamanya di rantau Balkan. Kredibiliti Turki
Uthmaniyah sebagai kuasa besar dunia semakin tergugat pada zaman ini.
2. Selain daripada kehilangan wilayah kekuasaannya ekoran perjanjian-perjanjian di atas, ia
turut menjejaskan penguasaan ekonomi terhadap wilayah jajahannya yang menjurus kepada
kemerosotan pengaruh politik kerajaan Turki Uthmaniyah.
3. Seterusnya peristiwa menandatangani siri perjanjian ini menampakkan kelemahan
kerajaan Turki Uthmaniyah menghadapi kuasa-kuasa barat terutamanya Rusia yang akhirnya
menjadi antara sebab dan faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
SOALAN 4: JELASKAN REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN
PERANCIS DAN BRITISH DI MESIR PADA ABAD KE-19M HINGGA ABAD KE-20M
Pendahuluan
1. Pada abad ke-18 Masihi, Mesir masih sebahagian wilayah empayar Uthmaniyah.
Sepanjang abad ke-17M dan ke-18M, Mesir mengalami beberapa konflik politik akibat
perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.
2. Suasana politik yang tidak stabil inilah yang membawa penjahahan kuasa Perancis dan
British. Hal ini telah membawa kepada reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat
pada abad ke-19M dan abad ke-20M.
Isi- isi utama
1. Reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Perancis
• Pada akhir abad ke-18M, Perancis telah menawan Mesir. Peristiwa ini berlaku pada
tahun 1798. Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama,
iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja ( 1798- 1801). Pendudukan Perancis di Mesir
membuka scenario baharu kerana ia merupakan kuasa Barat pertama yang
menceroboh Mesir.
• Penaklukan Perancis ke atas Mesir mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat
yang mewujudkan situasi politik yang tidak stabil. Antaranya, pemberontakan
pimpinan Syeikh Muhammad Sadat ekoran Syura al-Azhar membuat keputusan
melancarkan jihad pada 21 Oktober 1798 tetapi gagal.
124
• Seterusnya berlakunya Pemberontakan Kaherah II pada April 1800. Pemberontakan
ini menyaksikan gabungan rakyat Mesir iaitu orang Islam dan Qibti Kristian membeli
senjata menetang Perancis.
1. Reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan British
- Gerakan Rosetta 1802
• Selepas membantu Turki Uthmaniyah mengusir Perancis dari Mesir, British
berusaha meluaskan pengaruhnya. British menjalankan dasar berbaik-baik
dengan pemimpin Mamluk Mesir. British sanggup membantu Mamluk Mesir
menguasai Mesir dengan syarat diberi peluang menguasai pantai-pantai Mesir.
• Namun begitu kehadiran tentera British seramai 2 000 orang di persisiran pantai
Rosetta pada 1807 telah mendapat penentangan penduduk di situ.
- Gerakan Naqib al-Ashraf
• Naqib a-Ashraf telah berjaya menyalahkan semangat perjuangan rakyat Mesir
dan pelajar Universiti al-Azhar untuk menentang British.
• Serangan dilakukan melalui 2 kumpulan - kumpulan menguasai Sungai Nil dan
kumpulan menyerang al- Hammad.
• Gerakan ini berjaya mengalahkan tentera British pada 21 April 1807 dan terpaksa
meninggalkan pelabuhan Iskandariah.
- Gerakan penentangan golongan awam dan tentera ( Fellahin )
• Golongan awam terdiri daripada para bangsawan (Pasha), ulama dan tuan tanah
keturunan Fellahin.
• Golongan ulama menentang Barat melalui sentimen agama. Golongan ini
bimbang dengan penguasaan kuasa Barat Kristian ke atas Mesir. Mereka
bimbang dengan pengaruh sekular ke atas kehidupan masyarakat.
• Golongan tuan tanah pula tidak puas hati dengan tekanan peminjam wang
berketurunan Kristian. Mereka dikenakan kadar faedah yang tinggi dan tanah
mereka akan dirampas kalau gagal membayar hutang. Di samping itu mereka juga
dikenakan kadar cukai yang tinggi.
• Golongan tentera terdiri pegawai tentera Mesir keturunan Fellahin.
• Golongan ini menentang kepimpinan Turki-Circassia yang mempunyai taraf
istimewa dalam bidang ketenteraan Turki Uthmaniyah di Mesir. Contohnya ramai
125
pegawai berbangsa Mesir di berhentikan perkhidmatan berbanding dengan
pegawai tentera Turki-Circassia.
• Kedua-dua golongan ini bergabung mendokong Gerakan Nasionalisme Mesir dan
seterusnya bersatu di bawah pimpinan Kolonel Ahmad Urabi untuk mengusir
British dari Mesir.
- Pemberontakan Urabi 1881 – 1882
• Gerakan ini dipengaruhi oleh gerakan Islah Mesir.
• Berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajah British.
• Kolonel Urabi telah menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir dan
sebuah Parti Kebangsaan. Kedua-dua pertubuhan ini adalah untuk mengatasi
masalah diskriminasi sosial dan pentadbiran oleh penjajah British terhadap
masyarakat Mesir.
• Gerakan ini tidak berjaya apabila tentera British berjaya mengalahkan tentera
Urabi di Iskandariah.
- Gerakan Mustafa Kamil dan Muhammad Farid
• Golongan ini merupakan golongan intelektual. Mereka ini berkelulusan jurusan
Undang-undang dan bersifat anti-British.
• Golongan ini mengkritik pentadbiran British di Mesir yang enggan melaksanakan
sistem berparlimen sepenuhnya di Mesir.
• Golongan ini mendapat sokongan rakyat jelata.
• Pada 7 Disember 1907 , Mustafa Kamil telah memimpin Kongres Nasional
Pertama yang bertujuan untuk pembangunan Mesir secara liberal. Matlamat
akhirnya adalah untuk mencapai kemerdekaan penuh Mesir.
• Akibatnya pihak British berusaha untuk menindas gerakan ini.
- Gerakan Saad Zaghlul
• Selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, penentangan rakyat Mesir terhadap
British semakin hebat
• Saad Zaghlul telah mengetuai golongan nasionalis Mesir telah bertemu dengan
Persuruhjaya Tinggi British untuk menuntut kemerdekaan bagi Mesir.
• Mereka mendesak British agar satu perwakilan rakyat Mesir dihantar ke
Perundingan Damai Perang Dunia Pertama di Paris tetapi permintaan ini ditolak
oleh British.
126
Kesimpulan
1. Penguasaan Perancis dan British di Mesir telah melahirkan pelbagai gerakan
penentangan dalam kalangan rakyat Mesir. Pendedahan konsep liberalisme,
sosialisme dan demokrasi kepada rakyat Mesir banyak membantu meningkatkan
gerakan penentangan.
2. Walaupun gerakan penentangan ini mengalami kegagalan tetapi telah mendorong
nasionalis untuk meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan.
SOALAN 5: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN
GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD KE-20M
Pengenalan
1. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air dengan
bercita-cita untuk membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa
asing. Nasionalisme bertunjangkan kedaulatan bangsa dan berjuang membentuk
nasib dan masa depan negara mengikut identiti sendiri.
2. Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan
Empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam. Kuasa
imperialis Barat mula mengambil alih peranan Empayar Turki Uthmaniyah. Di Syria,
Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut. Walaupun
Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namum mereka telah
menjajah negara tersebut selama tujuh tahun.
3. Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi
oleh Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis
tanpa mendapat kemerdekaan penuh.
Isi-isi penting
1. Pengaruh agama
• Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan semua negara dan
bangsa Arab sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria. Kedudukan
Palestin yang bersempadan di bahagian Barat Daya Syria menyebabkan penduduk
127
Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin yang ditindas
penjajah British.
• Contoh: Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan
orang Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki
dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad Wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi.
Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang
pihak penjajah.
• Penegasan: Gerakan nasionalisme sekular yang didokong oleh pertubuhan
pendidikan Arab Kristian dan institusi Kristian juga mempengaruhi kebangkitan
nasionalisme dalam kalangan umat Islam Syria.
2. Peranan bahasa dan Kesusasteraan
• Pada abad ke-19M-20M berlaku perkembangan baru dalam Kesusasteraan Arab bagi
menangani cabaran yang dihadapi oleh dunia Arab.
• Contoh : Karya Francis Marrash iaitu Ghabat al-Haqq pada 1865 dan Qustaki al-Hilmi
dengan karyanya The Reseaacher’s Source in the Science of Critism adalah berkisar
tentang idea-idea keamanan, kebebasan dan kesaksamaan telah mencetuskan bibit-
bibit kesedaran nasionalisme.
• Penyair Lebanon Khalil Gibran (1883-1931) telah menyumbang kepada pembangunan
puisi Arab dengan bentuk dan tema baharu termasuk tema-tema kebangsaan dan
kenegaraan.
• Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang
memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoritii. Mereka memperjuangkan
bahasa golongan minoriti. Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan
pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria.
• Huraian : Antara kesan ketara dasar berkenaan ialah perjuangan bahasa oleh
golongan minoriti agar diiktiraf seperti bangsa Kurdi yang menginginkan bahasa
mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang diduduki oleh puak Kurdi.
• Di Alexandra, perkara sama turut sama berlaku apabila penduduk kawasan tersebut
yang majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan
bahasa Turki.
• Penegasan : Akhirnya bahasa etnik minoriti dihidupkan semula dan mempengaruhi
perkembangan nasionalisme
3. Peranan pendidikan
128
• Di Syria, sebuah akademik telah ditubuhkan bagi mengumpulkan ahli linguistik di
seluruh pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tumpuan
akademik bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing dengan
keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara
politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu
bahasa Arab.
• Contoh: antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara
Arab merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati al-Husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan
pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan Turki Uthmaniyah.
• Di Damsyik dan Beirut pula terdapat beberapa buah universiti yang telah dibina dan
menjadi medan perdebatan bagi golongan terpelajar tempatan dan hal ini turut
mencetuskan idea-idea nasionalisme di Syria.
• Selain itu, Syrian Protestant Collage, Sekolah-sekolah Missionari dan Institut
Perundangan Syria 1913 turut menyumbangkan kepada kebangkitan semangat
nasionalisme rakyat Syria terutama Arab Kristian
• Penegasan : Pendidikan dapat menyumbang kepada kebangkitan semangat
nasionalisme kerana universiti dan akademik yang ditubuhkan menjadi medan
perjumpaan bagi mencetuskan idea-idea nasionalisme di Syria.
4 Peranan golongan intelektual
• Contoh : Abdul Rahman al-Kawakibi (1855-1902) merupakan tokoh awal yang
membangkitkan semangat nasionalisme di Syria. Beliau menghasilkan majalah al-
Sahbah.
• Tokoh intelektual muslim Syria yang terkenal iaitu Rasyid Rida (1865-1935) yang
mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh
Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida telah mengkaji
kelemahan masyarakat islam ketika itu dibandingkan dengan masyarakat kolonial
Barat.
• Huraian : Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat
Islam kembali kepada perinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam
menghadapi kehidupan moden.
• Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan
umat Islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau kemudiannya telah berhijrah dari Syria
ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.
129
• Penegasan : Golongan intelektual telah menyemarakkan semangat nasionalisme
dengan mengutarakan idea
5 Pengaruh luar
• Syria pada awal abad ke-20M masih berada di bawah pemerintahan Empayar Turki
Uthmaniyah. Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki
Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan
menangkis ancaman pihak barat.
• Contoh : Shakid Arselan (1869-1946) yang berasal dari Lubnan melalui tulisannya
menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah
dan menolak konspirasi Barat yang mahukan penduduk Syria menentang penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Syaked Arselan menggesa penduduk Syria bangun
secara sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama, iaitu pada
tahun 1916.
• Huraian : Penduduk Syria juga terpengaruh dengan idea negara bangsa yang
dicetuskan oleh kumpulan Turki Muda termasuk Mustafa Kamal Attaturk. Sentimen
negara bangsa yang disemai oleh golongan ini telah menular ke seluruh empayar
Uthmaniyah sehingga memecah belahkan kesatuan negara-negara Islam.
• Penegasan : Akhirnya lahir perjuangan nasionalisme berasaskan negara bangsa dan
wilayah sehingga membawa kepada kemunculan negara bangsa Syria, Beirut,
Palestin, Jordan dan lain-lain.
6. Pengaruh kewartawanan
• Pengaruh kewartawanan telah mencetuskan semangat nasionalisme di Syria.
Umpamanya Faris Nimr (1856-1951) berketurunan Lubnan dan mendapatkan
pengajian di Syrian Protestan Collage telah menerbitkan majalah al-Muqattam yang
berkisar kepentingan ilmu dan semangat nasionalisme.
• Contoh : Tokoh wartawan Khalil Huri telah menerbitakn akhbar Tariqat al-Akhbar yang
diterbitkan dua kali seminggu, mengandungi 3000 isu ditulis yang berkaitan dengan
perdagangan, ekonomi, perdagangan sehingga dapat meniupkan semangat
nasionalisme
• Penerbitan majalah al-Manar yang merupakan majalah bulanan yang membahaskan
idea pembaharuan dan tajdid di Kaherah turut menyemarak semangat nasionalisme
di Syria. Majalah tersebut dipelopori oleh Rashid Rida yang dilahirkan di Syria.
130
• Huraian : Majalah ini telah mengungkapkan dan mengutarakan pemikiran baharu
yang berasaskan idea-idea Islah yang dicetuskan oleh Jamaluddin al-Afghani dan
Muhammad Abduh dalam majalahnya al-Urwa al-Wuthqa. Fokus pemikiran adalah ke
arah usaha pembaharuan dan perkembangan dakwah Islamiah di Syria, tatkala
akhbar lain membicarakan keburukan penjajahan dan kegawatan dunia Islam ketika
itu, al-Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh
masyarakat Islam.
• Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah idealisme dan Islah,
menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan berkaitan ajaran
akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme dan
nasionalisme. Al-Manar mempelopori dan mempopularkan bidang dialog dan
pertukaran idea antara budaya dan pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama
dan budaya serta menangani isu-isu sosial dan peradaban.
Kesimpulan
1. Kebangkitan semangat nasionalisme Syria berlaku akibat kesedaran masyarakat
pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam, khasnya gerakan misionari
dan penguasaan politik oleh kerajaan kolonial.
2. Gerakan nasionalisme yang digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam dan
kebangsaan memainkan peranan utama di sebalik pembebasan Syria daripada
penguasaan kerajaan Uthmaniyah, kemerdekaan daripada Perancis dan
pembentukan negara bangsa Syria.
SOALAN 6: BINCANGKAN FAKTOR PENGARUH AGAMA DAN PENGARUH LUAR
YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA
ABAD KE-20M
(PERINGATAN : jika soalan ini adalah soalah tertutup dan perlu menjawab dengan
membincangkan kedua-dua faktor sahaja dan TIDAK PERLU membincangkan faktor-faktor
lain)
Pengenalan
131
1. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air dengan bercita-
cita untuk membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing.
Nasionalisme bertunjangkan kedaulatan bangsa dan berjuang membentuk nasib dan
masa depan negara mengikut identiti sendiri.
2. Selepas tamatnya perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan
empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam. Kuasa imperialis
barat mula mengambil alih peranan Empayar Turki Uthmaniyah. Di Syria, Perancis telah
diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan
ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namum mereka telah menjajah negara
tersebut selama tujuh tahun.
3. Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh
Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa
mendapat kemerdekaan penuh.
1. Pengaruh agama
• Pengaruh dan kesedaran agama telah menyebabkan muncul keinginan dan usaha untuk
menyatukan semua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan gerakan
nasionalisme di Syria.
• Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan
penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin yang
ditindas oleh British.
• Menggunakan agama dan nasionalisme Arab untuk menentang kerajaan Turki – disebut
nasionalisme bersifat sekular
• Di samping itu, gerakan Yahudi yang mahu menempatkan bangsa mereka di Palestin jelas
kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Uthmaniyah dikuasai oleh
pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi. Suasana ini telah
menyemarakkan lagi sentimen agama dan semangat dalam kalangan penduduk di Syria
untuk menentang pihak penjajah.
• Pengaruh agama Kristian iaitu tokoh Kristian juga telah menggerakkan nasionalisme
• Keadaan ini telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Syria
• Penegasan : Gerakan nasionalisme sekular yang didokong oleh pertubuhan pendidikan
Arab Kristian dan institusi Kristian juga mempengaruhi kebangkitan nasionalisme dalam
kalangan umat Islam Syria.
132
2 . Pengaruh luar
1. Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan Empayar Turki
Uthmaniyah.
2. Penduduk Syria turut terpengaruh dengan gerakan Islah dan Pan-Islamisme yang
dicetuskan oleh Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Muhamad Abduh. Gerakan ini telah
berjaya meniup dan meningkatkan semangat penduduk tempatan menangkis dan
melawan ancaman Barat. Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan
Turki Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan
untuk menangkis ancaman daripada pihak barat.
3. Contoh : Shakid Arselan (1869-1946) yang berasal dari Lubnan melalui tulisannya
menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan
menolak konspirasi Barat yang mahukan penduduk Syria menentang penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Syaked Arselan turut menggesa penduduk Syria bangun
secara sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama, iaitu pada
tahun 1916.
4. Huraian : Penduduk Syria juga terpengaruh dengan idea negara bangsa yang dicetuskan
oleh kumpulan Turki Muda termasuk Mustafa Kamal Attaturk. Sentimen negara bangsa
yang disemai oleh golongan ini telah menular ke seluruh empayar Uthmaniyah sehingga
memecah belahkan kesatuan negara-negara Islam.
5. Penegasan : Akhirnya lahir perjuangan nasionalisme berasaskan negara bangsa dan
wilayah sehingga membawa kepada kemunculan negara bangsa Syria, Beirut, Palestin,
Jordan dan lain-lain.
Penutup
1. Kebangkitan semangat nasionalisme Syria berlaku akibat kesedaran masyarakat pelbagai
cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam, khasnya gerakan misionari dan
penguasaan politik oleh kerajaan kolonial
2. Gerakan nasionalisme yang digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam dan
kebangsaan memainkan peranan utama di sebalik pembebasan Syria daripada
penguasaan kerajaan Uthmaniyah, kemerdekaan daripada Perancis dan pembentukan
negara bangsa Syria
133
*TAMBAHAN SOALAN : FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME
:SYRIA ABAD KE-20M & MESIR ABAD KE-20M
BIL SYRIA FAKTOR MESIR
6. Kesedaran agama timbul Pengaruh 11. Pengaruh agama/Gerakan
keinginan untuk menyatukan Agama Islah
semua negara dan bangsa Arab 12. Islah : Tajdid/reform iaitu
7. Menyebabkan wujud pembaharuan, pemulihan,
pergerakan nasionalisme di Syria pemodenan
8. Menggunakan agama dan 13. Kebangkitan golongan
nasionalisme Arab untuk agama : Sayyid Jamaluddin Al-
menentang kerajaan Turki – disebut Afghani (1838-1897)
nasionalisme bersifat sekular 14. Tujuan untuk mengembalikan
9. Pengaruh agama Kristian kecemerlangan umat Islam,
iaitu tokoh Kristian yang membina perpaduan tanpa mengira
menggerakkan nasionalisme bangsa, berusaha memerdekakan
10. Keadaan ini telah tanah air daripada penjajahan.
membangkitkan semangat i.Meningkatkan kecemerlangan
nasionalisme dalam kalangan pendidikan dan menghindarkan
orang Syria taklik buta melalui
– pengajaran dan pidato di masjid Al-
Husaini, Darul Ulum dan Universiti Al-
Azhar
ii. Peranan dalam undang-undang
iii. Peningkatan ilmu
iv. Menulis tafsir mengikut dimensi
baru dalam agama.
2. 15. Perkembangan Bahasa Arab Peranan 20. Boutrus Ghali seorang
melalui karya yang Bahasa berbangsa Qibti iaitu penduduk
menyemarakkan nasionalisme dan asal Mesir yang memegang
16. Sebelum ini istilah Turki dan jawatan sebagai hakim telah
Bahasa asing digunakan dibunuh pada tahun 1910 selepas
134
17. Golongan modenis Islam Kesusas- menandatangani perjanjian
Rashid Redha lantang teraan pemerintahan bersama sudan.
memperjuangan Bahasa Arab Pembunuhan beliau berkait rapat
Mesir sebagai Bahasa rasmi dengan keengganan beliau
menggantikan Bahasa Inggeris dan mendesak parlimen Mesir bagi
Bahasa Perancis memberikan konsesi terusan Suez
18. Tokoh sastrawan Mesir – yang lebih kepada pihak British.
Taha Husain dan Najib al Kilani 21. Kematian beliau diabadikan
menghasilkan karya menyentuh oleh penyajak Ahmad Shawqi dan
cabaran dihadapi dunia Arab dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan
kedudukan umat Islam yang dalam al-Muayyaddan al-liwa.
ditindas oleh penjajah. Sajak-sajak ini menjadi pemangkin
19. Penyajak terkenal – Ahmad semangat nasionalisme dalam
Syawqi dan Hafiz Ibrahim kalangan penduduk tempatan.
menerbitkan Muayyaddam al-Liwa 22. Golongan modenis Islam
sajak yang bertemakan anti yang dipelopori oleh Rasyid Rida
kolonialisme yang menjadi sangat lantang memperjuangkan
pemangkin semangat nasionalisme bahasa arab mesir dan mereka
meminta agar bahasa tersebut
digunakan sebagai bahasa rasmi
dalam urusan kerajaan
menggantikan bahasa Inggeris dan
bahasa Perancis. Dengan cara ini
,dapat mengikis rasa hormat
kepada penjajah sedikit demi
sedikit.
3. • Pengaruh kewartawanan Pengaruh 23. Pengaruh kewartawanan
telah mencetuskan semangat Kewartawa melalui penerbitan surat khabar
nasionalisme di Syria. -nan telah meniup semangat
Umpamanya Faris Nimr nasionalisme dalam kalangan
(1856-1951) berketurunan penduduk Mesir. Rasyid Rida yang
Lubnan dan mendapatkan menulis dalam akhbar Salafiya
pengajian di Syrian Protestan telah banyak membuka minda
Collage telah menerbitkan rakyat Mesir. Beliau yang
majalah al-Muqattam yang merupakan orang kanan kepada
Muhammad Abduh banyak menulis
135
berkisar kepentingan ilmu dan persoalan yang menyentuh soal
semangat nasionalisme.
modenisasi Islam. Rasyid Rida
• Contoh : Tokoh wartawan menyemai dan menyemarakkan
Khalil Huri telah menerbitakn semangat nasionalisme dalam
akhbar Tariqat al-Akhbar penulisan beliau dengan mengkritik
yang diterbitkan dua kali dan menganggap penjajah adalah
seminggu, mengandungi penyebab kepada kemunduran
3000 isu ditulis yang umat Islam. Beliau bersama
berkaitan dengan penyokongnya telah
perdagangan, ekonomi, mempopularkan konsep
perdagangan - dapat modenisasi Islam dan cuba
meniupkan semangat menegakkan warisan dan
nasionalisme keperibadian Arab terutamanya
dalam memperkukuhkan bahasa
• Penerbitan majalah al-Manar Arab Mesir Qanjah Misriyah.
yang merupakan majalah
bulanan yang membahaskan 24. Penulis wanita turut tidak
idea pembaharuan dan tajdid
di Kaherah turut menyemarak ketinggalan dalam perjuangan ini
semangat nasionalisme di
Syria. Majalah tersebut dan giat memperjuangkan hak
dipelopori oleh Rashid Rida
yang dilahirkan di Syria. mereka seperti Malak Hifni Nasif
yang terkenal telah menggunakan
nama pena Bahithat al-Badiya'
Beliau sering membincangkan isu
pendidikan dan peranan wanita
• Huraian : Majalah ini telah secara terbuka. Dalam hal ini,mesej
mengungkapkan dan penulisannya telah menarik minat
mengutarakan pemikiran ramai masyarakat Mesir terutama
baharu yang berasaskan golongan intelektual
idea-idea Islah yang
dicetuskan oleh Jamaluddin
al-Afghani dan Muhammad
Abduh dalam majalahnya al-
Urwa al-Wuthqa. Fokus
pemikiran adalah kea rah
usaha pembaharuan dan
perkembangan dakwah
Islamiah di Syria, tatkala
136
akhbar lain membicarakan
keburukan penjajahan dan
kegawatan dunia Islam ketika
itu, al-Manar pula
mencadangkan penyelesaian
terhadap isu-isu yang
dihadapi oleh masyarakat
Islam
4 25. Contoh : Abdul Rahman al- Pengaruh 29. Golongan intelektual ini telah
Kawakibi (1855-1902) merupakan golongan menyemai dan membangkitkan
tokoh awal yang membangkitkan intelektual semangat nasionalisme di Mesir
semangat nasionalisme di Syria. terbahagi kepada dua golongan,
Beliau menghasilkan majalah al- iaitu golongan ulama dan golongan
Sahbah. intelektual berorientasikan Barat.
26. Tokoh intelektual muslim Kemunculan tokoh intelektual
Syria yang terkenal iaitu Rasyid seperti Mustafa Kamil Pasha dan
Rida (1865-1935 yang Mohammed Farid yang pakar
mengembangkan gagasan dalam undang-undang cukup
modenisme Islam yang awalnya terkenal dalam kalangan
dipelopori oleh Jamaluddin Al- masyarakat Mesir kerana sikapnya
Afghani dan Muhammad Abduh. yang lantang dan bersemangat
Rasyid Rida mengkaji kelemahan dalam menentang British. Beliau
masyarakat Islam ketika itu telah menyokong nasionalisme
dibandingkan dengan masyarakat sekular seperti yang berlaku di
kolonial Barat. dunia Barat dan cuba meraih
27. Huraian : Beliau berpendapat sokongan golongan intelektual
bahawa kelemahan ini dapat diatasi daripada keturunan Qibti. Harapan
apabila masyrakat Islam kembali dan tujuan Mustafa Kamil adalah
kepada perinsip-prinsip dasar islam untuk menuntut kemerdekaan
dan melakukan ijtihad dalam daripada British dan menubuhkan
menghadapi kehidupan moden. sebuah kerajaan berparlimen ala-
28. Penulisan beliau banyak Barat di Mesir.
menyumbang kepada gerakan 30. Tokoh Mesir yang terkenal
nasionalisme dalam kalangan umat seperti Sheikh Hassan Al Banna
islam ketika itu termasuk di Syria. telah mempelopori kebangkitan
Beliau berhijrah dari Syria ke Mesir golongan intelektual Islam untuk
137
pada tahun 1897 untuk menuntut menentang British melalui
ilmu. penubuhan Ikhwanul Muslimin.
Pergerakan ini merupakan sebuah
organisasi teratur dan mempunyai
cawangan di seluruh Mesir dan
berperanan melaksanakan
program-program keagamaan yang
komprehensif dalam memantapkan
akidah umat Islam di Mesir bagi
tujuan membina sebuah kerajaan
Islam.
5 31. Di Syria, sebuah akademik Peranan 35. Penjajah British sangat
telah ditubuhkan bagi pendidikan berhati-hati dalam memberi
mengumpulkan ahli linguistik di peluang pendidikan kepada
seluruh pelusuk Tanah Arab untuk penduduk Mesir kerana bimbang
bertemu dan bertukar-tukar fikiran. graduan-graduan tempatan yang
Tumpuan akademik bahasa ini diberikan pendidikan Inggeris
adalah untuk menyesuaikan mampu mempelopori kebangkitan
bahasa masing-masing dengan nasionalisme tempatan.
keadaan masyrakat arab yang 36. Dalam hal ini, pihak British
mengamalkan pelbagai budaya. telah mengabaikan pendidikan
Walaupun secara politiknya mereka sekolah tajaan kerajaan Mesir
berbeza, namun mereka bersatu walaupun mereka mampu
dibawah satu perkara, iaitu bahasa melaksana dan membiayai sekolah
arab. tersebut. Kebimbangan dan
32. Contoh: antara tokoh tindakan penjajah British telah
terkenal yang menyokong usaha memberi kesan mendalam kepada
menubuhkan sebuah negara Arab rakyat Mesir dalam membaiki tataf
merdeka di Syria ialah Abu Khaldun kehidupan. Hampir semua jawatan
Sati al-Husri. Beliau dilahirkan di kerajaan dipenuhi oleh golongan
Aleppo dan pada masa mudanya, berpendidikan yang berasal
beliau bekerja sebagai pegawai daripada keluarga bangsawan. Hal
pendidikan Turki Uthmaniyah. Di ini telah menimbulkan rasa tidak
Damsyik dan Beirut, beberapa puas hati penduduk apabila banyak
buah universiti yang dibina telah jawatan kerajaan diisi oleh pegawai
British yang kebanyakannya
138
menjadi medan perdebatan kurang berkelayakan jika
golongan terpelajar tempatan. dibandingkan dengan rakyat
33. Di Damsyik dan Beirut pula tempatan dan hal ini diburukkan
beberapa buah universiti telah lagi di mana gaji yang diberikan
dibina dan menjadi medan kepada pegawai British ini lebih
perdebatan golongan terpelajar tinggi berbanding gaji yang
tempatan dan hal ini turut diberikan kepada penduduk
mencetuskan idea-idea tempatan.
nasionalisme di Syria. 37. Menjelang tahun 1908,
34. Syrian Protestant Collage, bidang pendidikan mula mendapat
Sekolah-sekolah Missionari dan perhatian British apabila terdapat
Institut Perundangan Syria 1913 golongan intelektual Mesir yang
turut menyumbangkan kepada dipimpin oleh Menteri Pendidikan
kebangkitan semangat bersama beberapa tokoh
nasionalisme rakyat Syria terutama nasionalis terkenal cuba
Arab Kristian menubuhkan sebuah universiti
swasta mereka sendiri.
38. Peranan pendidikan amat
penting dan telah menyumbang
kepada perkembangan gerakan
nasionalisme di Mesir terutamanya
graduan dari sekolah undang-
undang. Sekolah undang-undang
ini telah menarik ramai ahli pidato
dan cerdik pandai yang bercita-cita
tinggi untuk menyertainya.
6 39. Syria pada awal abad ke-20 Pengaruh 42. Pengaruh luar juga penting
masih berada di bawah luar dalam mencetuskan gerakan
pemerintahan Empayar Turki nasionalisme di Mesir berikutan
Uthmaniyah. Oleh kerana dasar dari kesan gerakan nasionalisme
Pan-Islamisme menjadi dasar yang melanda Eropah abad ke
kerajaan Turki Uthmaniyah, maka 18M, khasnya selepas tercetusnya
dasar ini telah menyemarakkan Revolusi Perancis 1789-1799M
semangat penduduk tempatan dan Revolusi Amerika 1775-
menangkis ancaman pihak barat. 1783M. Di Eropah, sebelum
kemunculan nasionalisme,
139
40. Contoh : Shakid Arselan masyarakat umumnya setia kepada
(1869-1946) yang berasal dari
Lubnan melalui tulisannya menyeru bandar atau pemimpin tertentu,
penduduk Syria supaya bersatu
padu di bawah kerajaan Turki bukannya untuk negara mereka
Uthmaniyah dan menolak
konspirasi Barat yang mahukan dan situasi sama juga berlaku di
penduduk Syria menentang
penguasaan kerajaan Turki Mesir dan negara Arab lain dan
Uthmaniyah. Syaked Arselan
menggesa penduduk Syria bangun dalam hal ini rakyat tunduk dan
secara sukarela menentang pihak
British semasa Perang Dunia patuh kepada pemerintahan
Pertama, iaitu pada tahun 1916.
Khalifah Uthmaniyyah Turki.
41. Huraian : Penduduk Syria
juga terpengaruh dengan idea 43. Walaubagaimanapun,
negara bangsa yang dicetuskan
oleh kumpulan Turki Muda setelah berlakunya penjajahan
termasuk Mustafa Kamal Attaturk.
Sentimen negara bangsa yang Perancis dan British terhadap
disemai oleh golongan ini telah
menular ke seluruh empayar Mesir, rakyat tempatan mula
Uthmaniyah sehingga memecah
belahkan kesatuan negara-negara terdedah kepada cara hidup baharu
Islam.
melalui transformasi dari segi
keilmuan dan pemikiran Barat
sehingga membangkitkan
semangat nasionalisme. Pelajar
tempatan yang menuntut ilmu di
Eropah turut menyumbang kepada
kemunculan semangat
nasionalisme di Mesir.
44. Kemunculan gerakan
nasionalisme di Mesir juga adalah
akibat daripada tercetusnya perang
Dunia Pertama l9I4-1918M. Rakyat
Mesir terutamanya golongan petani
telah dikerah oleh British untuk
meninggalkan pekerjaan mereka
dan menjadi sukarelawan
Pertubuhan palang Merah dan
menjadi hamba kepada tentera
British di palestin, Gallipoli dan
Perancis. Dalam peperangan ini,
banyak nyawa rakyat Mesir yang
terkorban
140
SOALAN 7: HURAIKAN PENGLIBATAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DALAM
PERANG DUNIA PERTAMA
Pendahuluan
1. Perang ke atas British, Perancis dan Rusia dalam Perang Dunia Pertama diisytiharkan
oleh Sultan Muhammad Rashad V (1909 – 1918), pemerintah Turki Uthmaniyah pada 14
November 1914. Pengistiharan ini bertujuan menyeru umat Islam seluruh dunia bangkit
bersama-sama mempertahankan agama, penduduk dan wilayah Islam dari kuasa
Imperialisme Barat.
2. Kepentingan wilayah strategik Turki Uthmaniyah khasnya Timur Tengah sebagai medan
pertempuran Perang Dunia Pertama. Kedudukan yang strategik Timur Tengah sebagai
pusat dunia yang menghubungkan antara dunia Timur dengan Barat. Terusan Suez
merupakan jambatan penghubung tiga benua iaitu benua Afrika, Asia dan Eropah serta
menjadi pusat agama dunia (Islam, Kristian dan Yahudi) serta sumber kekayaan minyak
dunia melalui laluan perkapalan antarabangsa.
3. Pelbagai faktor mempengaruhi penglibatan Turki Uthamaniyah dalam Perang Dunia
Pertama termasuklah mempertahankan wilayah, permusuhan tradisi dengan Rusia,
kemunculan Turki Muda dan lain-lain.
Isi- isi utama
1. Penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama adalah melalui faktor
krisis tradisi ketenteraan dengan Rusia di Laut Hitam, Utara Turki.
• Pada 28 Oktober 1914, tentera Rusia telah menganggu armada Turki
Uthmaniyah pimpinan Admiral Jerman, Wilhelm Souchon menjalani latihan
ketenteraan di Laut Hitam, Utara Turki. Hal ini telah mencetuskan konflik
ketenteraan antara kedua-dua buah negara.
• Pasukan armada Turki Uthmaniyah kemudiannya telah menyerang kapal perang
Rusia iaitu Pruz dan Kubanetz.
• Menteri Perang Turki, Enver Pasha memaklumkan kepada Perdana Menteri ,
Said Halim Pasha mengenai serangan ke atas Rusia diketuai oleh komander
yang berkhidmat di Istanbul dan menyifatkan serangan tersebut merupakan satu
strategi dan perancangan perang yang telah lama diatur.
141
• Oleh itu, rentetan peristiwa yang mellibatkan konflik tentera antara Turki
Uthmaniyah dengan Rusia di Laut Hitam ini menjadi asas penglibatan secara
rasmi Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
2. Faktor kedua keterlibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama
ialah peperangan yang tercetus dengan Rusia di Caucasus, Timur Turki.
• Peperangan dengan Rusia bermula dengan percubaan tentera Turki Uthmaniyah
menguasai wilayah Caucasus , Timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan serta
terus mara ke Iran yang ketika itu bersifat zon bebas (bukan wilyah Turki
Uthmaniyah) dan berkecuali. Pada tahun 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral
IIIarion Vorontov Dashkov dan Nicolai Yudenich berjaya menguasai semula
wilayah Caucasus dan berjaya memasuki wilayah Timur Turki Uthmaniyah seperti
Erzurum, Erzinjan dan Van.
• Faktor kekalahan tentera Turki Uthmaniyah kerana terpaksa berperang ketika
musim salji. Sebahagian besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan
kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah tidak dilengkapi dengan pakaian tentera
musim dingin berbanding dengan tentera Rusia yang memiliki kelengkapan
perang yang cukup serta telah biasa berperang ketika musim dingin.
• Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara
Persia yang berada di bawah kekuasaan pengaruh Rusia dan berjaya
menguasai Tabriz. Namun pada 30 Januari 1915, tentera Rusia berjaya
menguasainya semula.
• Setelah menewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah Caucasus, Rusia bersiap
sedia untuk melakukan serangan ke Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyah. Namun
Revolusi Bolshevik 1917 telah menghentikan semua operasi ketenteraan Rusia
di Wilayah Caucasus. Kesemua 500 000 tentera Rusia dipanggil pulang bagi
memadamkan gerakan penentangan oleh sebahagian tentera Rusia yang masih
setia kepada maharaja Tsas Nicholas II.
• Jelasnya, penglibatan Turki dalam perang dengan Rusia membuktikan
penglibatannya dalam era Perang Dunia Pertama.
3. Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama apabila
berlaku peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.
142
• Pada November 1914, tentera British telah pun berada di selatan Iraq untuk
menjaga dan mengawal telaga minyak di Sulaimaniyah, Iran( bukan wilayah
Turki Uthmaniyah). Pada awal abad ke-20M , minyak mula menggantikan arang
batu sebagai sumber utama tenaga industri.
• Tujuan utama British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah,
Iraq dan akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari arah
Caucasus. Gabungan tentera British dan Rusia diharapkan akan memutus dan
menutup jalan perhubungan penting yang menjadi laluan tentera Turki
Uthmaniyah.
• Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada
bulan April 1916 di bandar lama Ctesiphon, berdekatan Baghdad.
• Namun pada Mac 1917 , Baghdad ibu kota Iraq telah dikuasai oleh tentera British
dan Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.
• Dengan gabungan British dan Rusia telah mendorong tentera Turki Uthmaniyah
terlibat menentang kedua-dua kuasa yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
4. Penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama seterusnya
berlaku apabila peperangan menentang British di Semenanjung Sinai, Mesir.
• Pada bulan Februari 1915, tentera Turki Uthmaniyah cuba melintasi Terusan
Suez, Mesir tetapi digagalkan oleh tentera British. British yang menguasai Mesir
semenjak tahun 1882 telah menambahkan jumlah askar di Terusan Suez dengan
membawa masuk tentera yang kalah di medan perang Gallipoli.
• Pada tahun 1916, tentera British cuba melintasi Semenanjung Sinai, Mesir untuk
menguasai Palestine dan Syria.
• Pada bulan Mei 1917, tentera Turki Uthmaniyah dengan bantuan Jerman
menyerang tentera British di Palestin tetapi gagal apabila Komander British,
Allenby berjaya menguasai Jurusalem, Palestin pada 9 Disember 1917.
• Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat
ke atas bumi Palestine yang sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki
Uthmaniyah (1517-1918).
• Syria turut dikuasai oleh tentera British pada bulan September 1918.
• Maka jelaslah, apabila British telah menguasai Mesir, Palestin dan Syria
membuktikan penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah secara langsung dalam
kancah Perang Dunia Pertama.
143
5. Kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama apabila
berlakunya peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz
• Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arab di bawah penguasaan Turki
Uthmaniyah kecuali Aden dan Teluk Parsi.
• Tentera Turki Uthmaniyah ditentang tali barut British iaitu Sharif Husain, Gabenor
Makkah dan Madinah yang mengetuai kelompok nasionalisme Arab. Beliau
memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Arab Bani Hashim (
keturunan Nabi Muhammad SAW) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat
Islam sejagat. Anaknya, Faisal Sharif yang memimpin tentera Arab berjaya
menghalau tentera Turki Uthmaniyah dari Semenanjung Tanah Arab (Hijaz).
Namun, dengan tipu muslihat British, Faisal Sharif tidak mendapat balasan
seperti dijanjikan. Akhirnya British melantik Sharif Husain sebagai penguasa
Jordan.
• Di Damsyik, Faizal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan
mendapat pengesahan dan bantuan dari British.
• Turki Uthmaniyah turut ditentang tali barut British iaitu keluarga Saud pada bulan
Disember 1915. British mengisytiharkan Ibnu Saud sebagai pemimpin Arab di
Najd ( tengah Arab). British membiarkan Ibnu Saud menguasai kawasan Tanah
Arab dan sekaligus menghalau kuasa Turki Uthmaniyah . Keluarga Saud telah
bertindak menyerang Bani Rasyid, sekutu kerajaan Turki Uthmaniyah. Sharif
Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera Turki Uthmaniyah
dan akhirnya beliau mengisytiharkan perang pada bulan Jun 1916. Ketenteraan
bangsa Arab selama dua tahun berakhir apabila kerajaan Turki Uthmaniyah
meminta diadakan perdamaian pada 30 Oktober 1918. Jelaslah, perjanjian
tersebut membuktikan bahawa kerajaan Turki UIthmaniyah terlibat dalam Perang
Dunia Pertama.
6. Penglibatan kerajaan Turki Utmaniyah dalam Perang Dunia Pertama apabila terlibat
dengan peperangan dengan British, Perancis dan Itali di Utara Afrika.
• Peperangan Turki Utmaniyah berhadapan dengan British, Perancis dan Itali
yang cuba menguasai Libya di Utara Afrika. British akhirnya berjaya
menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali sebagai memenuhi janji
Pakatan Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman
dalam Perang Dunjia Pertama.
144
• Tentera Turki Uthmaniyah yang juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi,
Tunisia dan Algeria yang akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaa.
• Oleh itu, peperangan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Turki
Uthmaniyah melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama.
Kesimpulan
1. Aspek politik lebih banyak memberi kesan berbanding aspek lain dalam Perang Dunia
Pertama di Timur Tengah.
2. Semangat nasionalisme dan sentimen negara bangsa Turki semakin berkembang
seiring dengan semangat nasionalisme Arab yang disemarakkan oleh British.
3. Pada Oktober 1918, kerajaan Turki Uthmaniyah dan British memeterai Perjanjian
Versailles bagi menamatkan perang. Tentera pakatan Eropah berjaya menduduki
Istambul dan akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.
4. Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama turut memberi kesan
negatif terhadap dunia Islam terutamanya apabila berhadapan dengan kuasa
imperialisme Barat.
SOALAN 8: HURAIKAN KESAN PENGLIBATAN DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
TERHADAP KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
Pendahuluan
1. Perang Dunia Pertama yang berlangsung pada tahun 1914 hingga 1918 menyaksikan
perselisihan antara dua blok kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga yang terdiri daripada
Britain, Perancis dan Rusia (Tentera Bersekutu) menentang Perikatan Kuasa Tengah
yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary (Kuasa-Kuasa Pusat).
2. Apabila perang berterusan, negara-negara lain menyertai Pakatan Bertiga manakala
Kerajaan Turki Uthmaniyah menyertai Perikatan Kuasa Tengah.
3. Kerajaan Turki Uthmaniyah menyertai Perang Dunia Pertama sebagai usaha terakhir
untuk memastikan wilayah-wilayah jajahannya kekal dalam kekuasaan empayarnya.
4. Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam perang ini telah meninggalkan kesan
dalam pelbagai aspek.
145
Isi- isi utama
1. Kesan Politik
a) Kemerosotan pengaruh politik
• Berlaku perpecahan wilayah umat Islam yang dahulunya di bawah pemerintahan
tunggal Turki Uthmaniyah. Kelemahan politik dan kekalahan Uthmaniyah dalam
Perang Dunia Pertama menyebabkan wilayah-wilayah di bawah naungan
politiknya membebaskan diri dan sebahagiannya ditakluki kuasa Barat termasuk
wilayah Palestin.
• Oleh itu, munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah
apabila sempadan-sempadan telah digariskan oleh pihak Barat dengan
memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun mereka satu agama.
• Penduduk Montenegro, Bosnia dan Herzegovina telah melakukan
pemberontakan. Hal ini menyebabkan perpecahan wilayah umat Islam dan
menjejaskan pengaruh politik Turki Uthmaniyah di rantau Balkan.
• Kemerosotan pengaruh politik Turki Uthmaniyah diparahkan lagi dengan
kejatuhan negara-negara Arab ke tangan kuasa Barat dan sebahagiannya mahu
membebaskan diri daripada naugan politik Kerajaan Turki Uthmaniyah selepas
kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.
b) Kehilangan wilayah
• Dasar kolonisasi Barat menyebabkan Turki Uthmaniyah kehilangan banyak
wilayahnya. Perjanjian Sykes-Picot 1916 menyebabkan wilayah Turki
Uthmaniyah dibahagikan kepada Perancis, British, Rusia dan Itali.
• Wilayah Turki Uthmaniyah di bahagian timur dikuasai British, wilayah barat
dikuasai Perancis, manakala wilayah utara dikuasai Rusia.
• Pada tahun 1918, pihak British berjaya menduduki pusat pemerintahan Turki
Uthmaniyah di Istanbul.
• Tuntasnya, kekalahan dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan kerajaan
Turki Uthmaniyah kehilangan sebahagian besar wilayah dalam empayarnya.
c) Perubahan dari sebuah empayar kepada sebuah negara bangsa Turki.
• Pada zaman kemuncak, empayar Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang
luas meliputi Semenanjung Balkan, Asia Kecil, Timur Tengah dan Afrika.
• Empayar Turki Uthmaniyah dihuni oleh pelbagai bangsa termasuk bangsa Turki,
Kurdish, Arab dan Eropah.
146
• Namun, selepas kalah dalam Perang Dunia yang Pertama, Turki Uthmaniyah
hanya menguasai Istanbul, Anatolia Utara dan kawasan yang diduduki bangsa
Turki dan Kurdish sahaja.
• Jelaslah bahawa penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama membawa kepada pengasasan sebuah negara bangsa Turki.
d) Perubahan dari sistem pemerintahan khilafah kepada republik.
• Pendudukan oleh Tentera Bersekutu selepas Perang Dunia Pertama ke atas
Istanbul dan Smyrna telah mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan Turki.
• Gerakan ini mendakwa kerajaan Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah
Turki daripada ancaman musuh serta merasakan kepimpinan khalifah
Uthmaniyah telah menyerah kalah dengan cara yang tidak wajar melalui
perjanjian-perjanjian yang merugikan.
• Gerakan Kebangsaan Turki melancarkan Perang Kemerdekaan Turki bagi
menarik balik terma-terma Perjanjian Sevres 1920.
• Pada 18 September 1922, tentera-tentera kolonial diusir dari Istanbul dan
tertubuhnya sebuah negara Turki yang baharu.
• Pada 1 November 1922, parlimen baharu Turki telah ditubuhkan dan secara
rasminya sistem Khilafah Islam yang telah berlangsung selama 623 tahun
dibubarkan.
• Perjanjian Lausanne 1923 membawa pengiktirafan dunia terhadap Republik Turki
sekular yang dipimpin oleh seorang presiden yang berpusat di Ankara. Khalifah
terakhir, Abdul Majid II dan keluarganya telah dibuang negara.
e) Perubahan dari sebuah negara Islam kepada negara sekular.
• Bermula proses sekularisasi terhadap rakyat Turki dalam semua bidang
kehidupan apabila pelaksanaan dasar memisahkan agama daripada politik.
• Berlaku banyak pembaharuan radikal yang sekular, jauh berbeza dengan
tinggalan zaman silam Uthmaniyah.
• Antaranya, Kementerian Wakaf dihapuskan dan asetnya dibekukan, jawatan
Syeikhul Islam dimansuhkan, mahkamah syariah dihapuskan dan huruf Arab
diubah kepada huruf latin. Gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan
menggunakan gelaran keluarga mengikut budaya Barat. Pentadbiran sekolah
agama dipindahkan ke Jabatan Sivil yang bertanggungjawab terhadap
pendidikan umum. Rakyat juga digalakkan memakai topi dan pakaian Eropah.
147
f) Perubahan dari sebuah kuasa bebas kepada negara yang terikat.
• Genjatan senjata Mudros Oktober 1918 telah menamatkan peperangan di Asia
Barat Daya.
• Kesannya, kerajaan Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah kekuasaannya di
Timur Tengah dan membuka Selat Dardanellers dan Bosphorus kepada Kuasa
Bersekutu.
• Selat-selat dari Laut Aegean hingga ke Laut Hitam turut dikuasai oleh Kuasa
Bersekutu.
• Sistem perhubungan melalui telegraf dan keretapi juga diambil alih.
• Pasukan tentera Uthmaniyah terpaksa dihadkan kepada 50 000 orang sahaja dan
kelengkapan senjata dikuasai oleh pihak Eropah. Situasi ini membawa kepada
penaklukan Tentera Bersekutu ke atas Istanbul.
• Tentera Bersekutu telah berjaya memecah-belahkan empayar Turki Uthmaniyah
melalui Perjanjian Sevres 1920 (pembahagian wilayah Anatolia). Mereka
mengekalkan hak untuk menduduki mana-mana kawasan yang dahulunya
dikuasai oleh Turki Uthmaniyah.
2. Kesan Ekonomi
a) Kemerosotan ekonomi
• Kerajaan Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan ekonomi kerana
perbelanjaan besar untuk membiayai peperangan.
• Berlaku krisis hutang kerajaan Turki Uthmaniyah. Situasi ini membuka peluang
campur tangan Eropah dalam krisis kewangan kerajaan.
• Hal ini juga menyebabkan negara-negara Islam di bawah pengaruh Turki
Uthmaniyah seperti negara di Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami
kemerosotan ekonomi.
b) Kehilangan sumber ekonomi
• Selat Bosporus yang berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah telah
dijadikan laluan antarabangsa. Keadaan ini melemahkan ekonomi Turki
Uthmaniyah kerana tiada lagi cukai perkapalan yang merupakan sumber ekonomi
penting.
• Turki Uthmaniyah juga kehilangan sumber ekonomi penting apabila kehilangan
wilayah strategik dan kaya dengan minyak di Timur Tengah seperti di Mesir
(Terusan Suez) dan Semenanjung Arab.
148
• Sistem percukaian iaitu Iqta’ dan Timur ditukar kepada percukaian moden turut
menjejaskan ekonomi Turki Uthmaniyah.
• Oleh itu, kehilangan sumber ekonomi telah melemahkan kekuasaan empayar
Turki Uthmaniyah.
c) Kemerosotan sektor perdagangan negara Islam
• Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana kuasa eropah telah
menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranian, Terusan Suez dan
jalan perdagangan lain yang dahulunya dikuasai oleh umat Islam. Contohnya,
pihak British dan Perancis berjaya menguasai dan mengawal Terusan Suez di
Mesir (wilayah Turki Uthmaniyah) yang merupakan laluan perdagangan penting
dunia.
• Situasi ini menyebabkan kuasa Eropah semakin mencengkam ekonomi negara
Islam. Golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir dengan memiliki hampir
keseluruhan gedung besar perniagaan dan kebanyakan mereka turut melibatkan
diri dalam pasaran saham.
• Rusia menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perdagangan asing di Iraq
yang dahulunya dikuasai Turki Uthmaniyah.
• Jelaslah bahawa penguasaan sektor ekonomi oleh kuasa Barat di kebanyakan
wilayah Turki Uthmaniyah ini secara tidak langsung telah melemahkan
perkembangan ekonomi umat Islam.
3. Kesan Sosial
a) Kemerosotan akhlak dan moral umat Islam.
• Pemodenan Turki mengikut gaya Barat telah membawa keruntuhan akhlak umat
Islam yang kagum dan terpengaruh dengan gaya hidup negara Barat serta
melemahkan peranan agama dalam kehidupan.
• Kesannya, rakyat Turki kehilangan identiti nasional dan tradisi Islam. Pemodenan
Turki sekular turut menjadi ikutan negara Islam lain.
• Intihanya, situasi ini menguatkan lagi cengkaman pengaruh Barat ke atas umat
dan negara Islam.
b) Perpecahan ummah.
• Perpecahan umat Islam semakin parah akibat kewujudan negara bangsa dan
sentimen nasionalisme Arab, Turki dan Balkan yang muncul dari empayar
Uthmaniyah.
149
• Dasar pecah dan perintah oleh pihak Barat berjaya menghalang kesatuan ummah
yang sebelum ini bernaung di bawah kekuasaan tunggal khalifah Uthmaniyah.
• Natijahnya, perpecahan ini memudahkan pihak musuh menguasai negara dan
umat Islam dalam segenap aspek.
Kesimpulan
1. Penglibatan dan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama
telah mengubah lanskap dunia Islam terutamanya berakhir sistem khilafah Islamiah dan
kehilangan bumi suci Palestin.
2. Proses sekularisasi Turki turut mempengaruhi negara Islam lain.
3. Negara-negara Islam juga mengalami kesan kemerosotan ekonomi dan akhlak yang
akhirnya menyebabkan dunia Islam berpecah-pecah.
4. Berakhirnya sistem khilafah Islamiyah merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat
Islam sepanjang zaman.
SOALAN 9: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MESIR PADA AWAL ABAD KE-20M
Pendahuluan
1. Konsep negara bangsa menjadi matlamat utama gerakan nasionalisme pada awal abad
ke 20M. Pembinaan negara bangsa bermula apabila Mesir berusaha membebaskan diri
daripada penguasaan Uthmaniyah ekoran daripada permulaan kelemahan Uthmaniyah.
2. Pembentukan negara bangsa Mesir dipengaruhi kesan gerakan negara bangsa yang
berlaku di Eropah dan Arabia serta kemunculan kuasa imperialis Barat.
Isi- isi utama
1. Kepentingan Terusan Suez
• Pembukaan Terusan Suez 1869 telah menarik perhatian Barat seperti British dan
Perancis untuk sama-sama menguasai sehingga mereka berjaya memeterai
perjanjian dengan Mesir supaya terusan ini menjadi terusan antarabangsa yang
akan membenarkan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia melaluinya.
• Masalah hutang telah dijadikan alasan British untuk menguasai terusan.
Kebijaksanaan pihak British memasang perangkap supaya Khedif Ismail
150