dibelenggu masalah hutang dan akhirnya muflis membolehkan mereka
menguasai Terusan Suez. Terusan Suez menjadi sensitif kepada penduduk
Mesir kerana pihak penjajah akan menempatkan pasukan tenteranya di situ.
Kerajaan dan penduduk Mesir tidak dapat buat apa-apa sehingga British berjaya
menguasai terusan tersebut.
• Jelaslah bahawa penguasaan British menimbulkan rasa tidak puas hati kerana ia
berkaitan kedaulatan negara Mesir. Oleh itu, lahirlah kesedaran dalam kalangan
rakyat untuk pembentukan negara bangsa.
2. Peranan Akhbar dan Majalah
• Akhbar dan majalah menjadi sumber utama dalam menyebarkan idea-idea
tentang pembinaan negara bangsa Mesir.
• Karya-karya tokoh nasionalis contohnya Rashid Rida dalam karyanya iaitu akhbar
Salafiya yang menyatakan kemunduran umat Islam Mesir adalah disebabkan
mereka tiada ilmu pengetahuan, kezaliman pemerintah ( Khedif dan penjajah
British)
• Akhbar al-Ahram ( 1875 ) oleh golongan Kristian Lubnan mengandung idea-idea
tentang jati diri,nasionalisme, kenegaraan dan penjajahan.
• Jelaslah bahawa, peranan akhbar dan majalah telah membawa kepada
kesedaran dan pembinaan negara bangsa.
3. Peranan Institusi Pendidikan
• Institusi pendidikan kerajaan dan swasta berperanan dalam pembinaan negara
bangsa.
• Contohnya, Universiti al-Azahar di Mesir telah berjaya melahirkan ramai golongan
intelektual dan golongan nasionalis.
• Institusi pendidikan menjadi medan golongan ini berbahas dan berdebat
berkenaan isu-isu semasa negara, khususnya yang berkaitan jati diri bangsa dan
kedaulatan negara.
• Jelaslah bahawa kewujudan institusi pendidikan telah berjaya mempengaruhi
penduduk Mesir tentang kepentingan pembinaan negara bangsa.
4. Faktor Penjajahan dan Kebudayaan
• Kesan negatif yang paling ketara ialah pemberontakan rakyat yang mewujudkan
ketidakstabilan politik di Mesir.
151
• Rakyat Mesir telah didedahkan dengan idea demokrasi dan parlimen namun
kuasa mutlak masih kekal di British.
• Kebudayaan Barat telah meresap ke dalam masyarakat Mesir. Namun, budaya
tidak sihat ini membawa kejutan kepada masyarakat sehingga terdapat
masyarakat mengetepikan ajaran Islam.
• Jelaslah bahawa, kebimbangan ulama Mesir telah membawa kepada
kemunculan negara bangsa di Mesir.
5. Penyebaran Idealogi Barat
• Penyebaran ideologi Barat dalam pemikiran masyarakat Mesir telah
menyumbang kepada gerakan pembentukan negara bangsa.
• Contohnya, nasionalisme, sekularisme, sentiment anti Turki Uthmaniyah, polisi
Arab telah berjaya mempengaruhi minda rakyat untuk mula berfikir tentang soal
jati diri dan maruah negara.
• Oleh itu, lahirlah tokoh-tokoh pejuang negara bangsa contohnya Saad Zaghlul
yang membawa kepada pembentukan negara bangsa.
Kesimpulan
1. Akhirnya pada tahun 1922, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas
Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.
2. Sejurus kemerdekaan diumumkan, perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun
1923 dan Raja Fuad I ditabalkan menjadi Sultan Mesir. Dalam pilihan raya pertama
Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Perdana
Menteri Mesir.
SOALAN 10: BINCANGKAN FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN YANG MEMBAWA
KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE-20M
Pengenalan
1. Konsep negara bangsa menjadi matlamat utama gerakan nasionalisme pada akhir
abad ke-19M dan awal abad ke-20M kerana bangsa, anggota masyarakat akan
beridentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka
kapadanya. Pembentukan negara bangsa bermula daripada kesedaran semangat
nasionalisme yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan
152
diri daripada penguasaan kuasa asing. Di Turki, kesedaran semangat kebangsaan
telah membawa kepada kemunculan negara bangsa Turki.
2. Akibat daripada pengaruh Barat, pelbagai idea baru telah mempengaruhi pemikiran
rakyat. Situasi ini turut membawa kepada usaha pembentukan negara bangsa dalam
empayar Turki Uthmaniyah yang akhirnya menumbangkan kerajaan tersebut pada
tahun 1924. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyumbang kepada
pembentukan negara bangsa Turki.
A. FAKTOR DALAMAN
1. Kekuasan mutlak dan kelemahan Khalifah merupakan faktor yang membawa
kepada pembentukan negara bangsa Turki
• Sejak abad ke-19M, kekuasaan mutlak Sultan Turki Uthmaniyah semakin bertambah
setelah Sultan Mahmud II menubuhkan pasukan tentera baharu Muallem Eshkinji dan
membubarkan pasukan tentera elit Janissari. Pembubaran tentera Janissari telah
melemahkan pengaruh dan kuasa khalifah.
• Perjuangan pembentukan negara bangsa Turki bermula daripada penentangan
terhadap campur tangan kuasa Barat. Matlamat perjuangan akhirnya berubah menjadi
penentangan terhadap khalifah berikutan kelemahan sultan dan kerajaan dalam
menghadapi kemaraan kuasa-kuasa imperialisme Barat.
• Pejuang nasionalisme Turki menganggap ketidakmampuan kerajaan Turki
Uthmaniyah menghadapi Barat berpunca dari kelemahan sistem pemerintahan dan
kekuasaan mutlak sultan.
• Kelemahan sultan turut terserlah apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa barat
seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang
termasuk pentadbiran dan sosial.
• Situasi ini membentuk kesedaran rakyat untuk membentuk identiti baharu bagi
kerajaan Turki Uthmaniyah.
2. Pengaruh wanita terhadap pemerintah turut menjadi faktor pembentukan negara
bangsa Turki
• Hal ini dapat dilihat apabila sultan-sultan Turki Uthmaniyah dikuasai oleh isteri atau
ibu sultan yang dikenali sebagai harem (sebahagiannya berasal dari tawanan perang
153
yang dihadiahi oleh orang-orang Eropah). Situasi ini menjejaskan kecekapan
pentadbiran kerajaan.
• Masalah perebutan kuasa dan jawatan dalam kalangan putera-putera dan bangsawan
mendorong berlakunya ketidakstabilan politik. Sistem syura tidak diamalkan dan
pemilihan sultan berdasarkan kekuatan pengaruh dalam istana, bukan berdasarkan
bakat kepiminan.Kelemahan kepimpinan sultan ini menyebabkan pentadbiran
kerajaan dipengaruhi dan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok
tertentu di istana.
• Kesannya, konflik politik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan
kerajaan Turki Uthmaniyah dan akhirnya mempengaruhi pembentukan negara bangsa
Turki
3. Selain itu, golongan Turki Muda turut berperanan dalam pembentukan negara
bangsa Turki
• Turki Muda merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II.
Mereka merupakan para pelajar yang dihantar oleh kerajaan melanjutkan pengajian
ke barat terutama dalam bidang perubatan.
• Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada
kemunculan gerakan Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular. Semasa era
kebangkitan golongan Uthmani Muda, khalifah Uthmaniyah masih bertahan.
• Namun, era golongan Turki Muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan
dan ketenteraan.
• Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar 1910 hingga 1915, mereka
menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Uthmaniyah sebagai reaksi
kepada penentangan dan pemberontakan penduduk Kristian dan Yahudi di wilayah-
wilayah Balkan. Mereka memainkan peranan penting dalam meniupkan semangat
nasionalisme Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah. Gerakan ini
menyeru kea rah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan ‘ kebangsaan,
perlembagaan, persamaan dan kebebasan”.
• Jelaslah bahawa, dasar Turkifikasi telah mempercepatkan pembentukan negara
bangsa Turki.
4. Dasar Pan-Islamisme turut dilihat sebagai penyumbang kepada pembentukan
negara bangsa Turki.
154
• Hal ini kerana, pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme
yang merupakan dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.
Dasar ini menekankan fahaman perpaduan dan kerjasama umat Islam di bawah
kepimpinan khalifah yang membela hak umat Islam sejagat. Kefahaman ini bukan
sahaja disebarkan di Turki tetapi juga di seluruh dunia. Melalui dasar ini, umat Islam
di Turki digesa untuk bersatu padu di bawah kepimpinan Sultan Abdul Hamid II
manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang Barat hendaklah
menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan
negara masing-masing.
• Baginda menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan
ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum , negeri, aliran pemikiran dan
pelbagai bidang kepakaran untuk mencapai dasar ini. Baginda berusaha
membangunkan keagungan Khalifah Islamiyyah. Tokoh-tokoh seperti Jamaluddin al-
Afghani dan Rashid Rida membantu sultan menggerakkan program Pan-Islamisme
untuk menahan kemaraan kuasa-kuasa Barat.
• Tegasnya, penyatuan umat Islam ini penting dalam membawa kepada pembentukan
negara bangsa Turki.
5. Selain itu, pendidikan juga menjadi faktor pembentukan negara bangsa Turki
• Hal ini jelas dilihat pada zaman Sultan Abdul Hamid II, sistem pendidikan diberi
keutamaan. Tujuan sistem pendidikan adalah untuk memajukan empayar Turki
supaya setaraf dengan negara-negara Barat. Turki terletak berhampiran dengan
negara-negara Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk
memajukan empayar Turki Uthmaniyah. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai
pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi
perhatian kepada kemajuan moden seperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak
mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam.
• Banyak sekolah, peringkat rendah dan menengah serta institusi pendidkan tinggi
dibina untuk mencapai matlamat perpaduan dan kemajuan. Hal ini terbukti dengan
terdapatnya banyak sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi didirikan.
Sekolah rendah didirikan di setiap kampung agar rakyat tidak tercicir daripada
mendapat ilmu pengetahuan. Bilangan sekolah diseluruh bandar dan kampung dalam
wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar
berjumlah 331 140 orang, manakala institusi pengajian tinggi sebanyak 18 buah.
Namun demikian, pada awal abad ke-20 idea-idea seperti nasionalisme dan
155
sekularisme telah menyerap secara beransur-ansur dalam kehidupan masyarakat
Turki.
• Konsep negara bangsa terkesan daripada fahaman kebangsaan moden dalam
kalangan cerdik pandai ini. Ideologi yang berada dalam pemikiran golongan terpelajar
Islam di Turki membawa kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah dan
penubuhan negara bangsa Turki.
Namun, pengaruh luar turut berperanan dalam mempengaruhi pembentukan negara
bangsa Turki.
PENGARUH LUAR
1. Gerakan nasionalisme Arab turut berperanan sebagai faktor pembentukan
negara bangsa Turki
• British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan
Sharif Husain di Hijaz agar bangkit menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di
Tanah Arab.British memainkan sentimen nasionalisme dengan mengaitkan
kemuliaan dan kelayakan bangsa Arab berbanding bangsa Turki dalam isu
kepimpinan umat Islam sejagat.
• Elemen ketidaksetiaan bangsa Arab terhadap Turki Uthmaniyah, bahkan menjadi tali
barut kepada kuasa Kristian Barat telah membangkitkan gerakan nasionalisme Turki
anjuran para pemimpin kumpulan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti gerakan Pan
Turkinisme dan Pan Turanisme yang merupakan gagasan dan langkah awal ke arah
pembentukan negara bangsa Turki.
• Pemberontakan penduduk Kristian Balkan dan campur tangan bangsa Yahudi dalam
politik Uthmaniyah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme bangsa Turki dan
Arab.
2. Seterusnya, penglibatan dalam Perang Dunia Pertama turut menjadi faktor
pembentukan negara bangsa Turki
• Hal ini dapat dilihat apabila golongan Turki Muda memainkan peranan penting dalam
penglibatan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama.
• Usaha pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki Uthmaniyah
tewas dalam Perang Dunia Pertama.
156
• Kekalahan demi kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam beberapa siri
peperangan berkenaan serta dipaksa menandatangani beberapa perjanjian yang
merugikan menyebabkan rakyat mula mempertikaikan kemampuan sultan untuk
mentadbir negara.
• Kekalahan ini telah mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa Turki.
3. Selain itu, kegagalan dasar tanzimat (pembaharuan) dan tekanan kuasa Barat
turut menjadi faktor pebentukan negara bangsa Turki
• Akibat desakan dan tekanan kuasa Barat, kerajaan Turki Uthmaniyah melaksanakan
tanzimat (pembaharuan) yang memberi hak sama rata kepada warganegara bukan
dalam khasnya golongan Kristian dalam aspek ekonomi dan sosial termasuk jaminan
keselamatan. Tanzimat juga bertujuan menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah dari
aspek kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran. Pembaharuan ini
dilaksanakan dalam Piagam Hatti Humayyun pada tahun 1856.
• Namun, bagi kumpulan Uthmani Muda, pembaharuan ini dilihat sebagai suatu
kegagalan kerana unsur-unsur sekularisme mula meresap dalam pentadbiran
kerajaan, lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat, ekonomi Uthmaniyah mula
terlibat dengan sistem kapitalis dan sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan
menteri. Gerakan tanzimat ala barat bukan sahaja mengimport budaya dan gaya hidup
barat bahkan mengundang mereka campur tangan dalam urusan negara Islam.
Situasi ini membawa kemunculan gerakan memperjuangkan pembentukan negara
bangsa Turki.
• Meskipun kuasa-kuasa imperialis Barat bersaing sesama mereka untuk menguasai
khazanah Uthmaniyah, namun mereka sentiasa bersatu untuk menghancurkan
kerajaan Islam ini. Malah kuasa-kuasa Barat ini menghasut penduduk bukan Islam
(Ahl-Dhimmah) dalam wilayah Uthmaniyah agar bangun memberontak untuk
menuntut persamaan hak, keadilan dan kebebasan. Hasutan ini bertujuan
melemahkan pentadbiran dalaman kerajaan Uthmaniyah.
• Sebenarnya, di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, golongan ini diberi
pelbagai keistimewaan. Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur kepada
golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan.
Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang
Armenia, Maronite yang kebanyakannya beragama Kristian dan terdapat juga orang
Yahudi dari kawasan Balkan. Mereka dilindungi dan diberi hak selaras dengan
157
tuntutan Islam. Keistimewaan turut diberi apabila diberi peluang menjawat jawatan
tinggi dalam jabatan-jawatan seperti di kedutaan dan pentadbiran wilayah. Namun,
mereka tidak setia kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang-orang Barat
untuk menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara
Eropah untuk menghancurkan kerajaanTurki Uthmaniyah.
• Justeru berlakulah pemberontakan puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunamah
pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat nasionalis puak nasionalis
Turki dan Arab yang akhirnya membawa kepada kemerosotan sistem khalifah
Islamiah.
• Walaupun program pembaharuan (tanzimat) dilaksanakan bagi memenuhi kehendak
Barat, namun penduduk Ahl al-Dhimmah tetap mengkhianati kerajaan Uthmaniyah
dan sanggup bersekongkol dengan pihak Barat.
• Kesannya, tindakan kuasa-kuasa Barat dan ketidaksetiaan penduduk minoriti yang
memberontak dan menuntut autonomi mendorong pemimpin nasionalis Turki
berusaha menguatkan pembentukan negara bangsa Turki melalui dasar Turkifikasi,
Pan Islamisme dan sebagainya.
Kesimpulan
1. Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah membawa kepada perpecahan wilayah umat
Islam. Sebahagian besar wilayahnya telah membebaskan diri seperti di rantau Balkan
dan sebahagiannya ditakluki oleh kuasa barat khususnya di bumi Arab. Bahkan
sebahagian wilayah-wilayah Arab membebaskan diri seperti di bawah pimpinan Sharif
Husain dan Faisal Sharif Husain di bumi Syam.
2. Faktor dalaman dianggap elemen terpenting kepada pembentukan negara bangsa
Turki. Namun begitu, tidak dinafikan faktor luaran turut memberi impak tambahan yang
menyebabkan terbentuknya negara bangsa Turki.
-TAMAT-
158