The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK - JPPKK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-15 10:40:53

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK - JPPKK

SHAHIDAH BINTI ABDUL MALEK
MOHD MUNIR BIN ZAINAL ABIDIN

Editor
Muhammad Fazli bin Jasli

Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham

Penulis
Shahidah binti Abdul Malek
Mohd Munir bin Zainal Abidin

Pereka Kulit Buku
Suriawati binti Mohd Fadzil

Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018

© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini
yang boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan

apa cara sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada

penerbit dan pemilik hak cipta.

Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK

ISBN 978-967-0823-65-2

KANDUNGAN

BAB 1 : PENGENALAN AMALAN LADANG BAIK

 PENGENALAN……………………………………………………………………. ...2
 KONSEP AMALAN LADANG BAIK……………………………………………….3
 KEPENTINGAN AMALAN LADANG BAIK……………………………………….4

BAB 2 : SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

 SUMBER-SUMBER DALAM AMALAN LADANG BAIK……………………......7
 PENGURUSAN SUMBER TANAH………………………………………………....8
 PENGURUSAN SUMBER AIR…………………………………………………….48
 PENGURUSAN TANAMAN……………………………………………………......82
 PENGURUSAN BAHAN DAN PERALATAN…………………………………..113
 PENGURUSAN JENTERA……………………………………………...………..128
 PENGURUSAN TENAGA KERJA/ BURUH…………………………………….145
 PENGURUSAN FASILITI DAN INFRASTRUKTUR LADANG…………..……150

BAB 3 : SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

 AKTA DAN PENSIJILAN AMALAN LADANG DI MALAYSIA………………164
 SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA…………………………………..167
 SKIM MYORGANIC ……………………………………………………………….170
 SKIM PERAKUAN PENSIJILAN FITOSANITASI…………………………...…170
 SKIM PERAKUAN PENSIJILAN PEWASAPAN MALAYSIA………………..175
 SKIM PERAKUAN PENSIJILAN RAWATAN HABA MALAYSIA……………177
 SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN…………..…………………………177
 SIJIL FITOSANITASI………………………………………………………………178
 SKIM PENGESAHAN BENIH PADI……………………………………………..178

LAMPIRAN

 BORANG MYGAP................................................................................................

RUJUKAN

 SENARAI RUJUKAN………………………………….............................................

PENGHARGAAN

 PENGHARGAAN................................................................................................



BAB 1 PENGENALAN AMALAN LADANG BAIK

PENGENALAN
Amalan Ladang Baik merupakan satu sistem yang bersepadu bertujuan
untuk mengurus segala sumber-sumber di dalam pengeluaran pertanian
secara baik dan lestari.
Ia merupakan amalan-amalan yang dilaksanakan semasa proses
pengeluaran hasil dan pengendalian hasil bagi memastikan hasil ladang
berkualiti, selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada alam
sekitar dan pekerja.

KONSEP AMALAN LADANG BAIK
Konsep Amalan Ladang Baik menekankan kepada beberapa perkara
dimana penerapan amalan ini bermula dari peringkat perancangan dan
pembangunan ladang sehingga kepada peringkat pemasaran hasil
pertanian.
Antara perkara yang menjadi fokus utama dalam pelaksanaan Amalan
Ladang Baik adalah pengurusan aktiviti ladang mengikut piawaian,
pengunaan bahan kimia (racun, baja dan lain-lain) mengikut keperluan
sahaja serta mengintegrasikan kaedah kawalan perosak secara
bersepadu dalam pengurusan ladang. Ia bertujuan untuk memastikan
produktiviti ladang dioptimumkan, hasil ladang berkualiti dan selamat
dimakan, kebajikan pekerja terpelihara dan kesejahteraan alam sekitar
dijaga.

2

BAB 1 PENGENALAN AMALAN LADANG BAIK
Disamping itu, pelaksanaan amalan ladang baik perlulah berdasarkan
kepada taraf keselamatan, undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan seperti;

1. Keselamatan Pekerja dan Petani:
 Akta Keselematan dan Kesihatan Pekerja (OSHA) 1994
 Akta Racun Perosak Amat Berbahaya 1996

2. Keselamatan Alam Sekitar:
 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

3. Keselamatan dalam Rantaian Makanan:
 Akta Makanan 1983

4. Keselamatan untuk Penggunaan Teknologi Semburan Moden:
 Akta Racun Mahluk Perosak 1974

5. Keselamatan Tanaman:
 Malaysian Good Agricultural Practice (MyGap),
 Integrated Chemical Management (ICM)
 Integrated Pest Management (IPM)

3

BAB 1 PENGENALAN AMALAN LADANG BAIK
RUMUSAN KONSEP AMALAN LADANG BAIK

Meningkatkan
produktiviti

AMALAN LADANG

BAIK

Mematuhi Utamakan

peraturan keselamatan

Rajah 1: Konsep amalan ladang baik

KEPENTINGAN AMALAN LADANG BAIK
Pelaksanaan Amalan Ladang Baik oleh petani akan memberi impak dan
faedah seperti berikut:

 Dapat meningkatkan produktiviti ladang
 Penghasilan produk makanan yang berkualiti dan selamat

dimakan.
 Mengambil kira kebajikan keselamatan dan kesihatan pekerja
 Memelihara alam sekitar.
 Meningkatkan hasil pengeluaran yang bernilai tinggi
 Hasil pertanian dapat bersaing di pasaran domestik dan

antarabangsa
 Membantu membangunkan industri pertanian negara secara

mesra alam dan lestari

4



BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

KANDUNGAN

1. SUMBER-SUMBER DALAM AMALAN LADANG BAIK 7
2. PENGURUSAN SUMBER TANAH 8
3. PENGURUSAN SUMBER AIR 48
4. PENGURUSAN TANAMAN 82
5. PENGURUSAN BAHAN DAN PERALATAN 113
6. PENGURUSAN JENTERA 128
7. PENGURUSAN TENAGA KERJA/ BURUH 145
8. PENGURUSAN FASILITI DAN INFRASTRUKTUR LADANG 150

6
6

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

SUMBER-SUMBER DALAM AMALAN LADANG BAIK

Perkara utama dalam perlaksanaan Amalan Ladang Baik adalah
bagaimana cara pengurusan sumber-sumber dalam pertanian dengan
baik. Pengurusan sumber yang baik memastikan sumber digunakan
secara optimum dan efisen sekaligus meningkatkan produktiviti ladang
secara keseluruhannya.

Sumber-sumber pertanian dalam Amalan Ladang Baik adalah seperti
berikut:

BAHAN DAN JENTERA
PERALATAN

TANAMAN SUMBER TANAH

AMALAN
LADANG BAIK

AIR TENAGA KERJA

FASILITI

7
7

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN
SUMBER
TANAH

8
8

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN SUMBER TANAH

Tanah merupakan sumber utama dalam akitiviti pertanian. Pengurusan
tanah yang baik penting dalam memastikan tanah digunakan secara
mampan dan lestari. Disamping itu, pengurusan tanah yang baik juga
mampu memastikan pengambilan nutrient oleh tanaman secara optimum.
Antara aspek pengurusan tanah adalah seperti:

Mengenalpasti Mengenalpasti
kesesuaian lokasi jenis tanah
dan kedudukan
bermasalah serta
kawasan pengurusannya

Langkah-langkah Langkah-langkah
penyediaan tanah pemuliharaan

Kebolehan mengenalpasti jenis
tanah dan pemasalahannya

membolehkan petani merancang
strategi-strategi pengurusan dan

langkah pemuliharaan

9
9

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
PEMILIHAN LOKASI DAN KAWASAN PERTANIAN
Langkah pertama dalam pengurusan sumber tanah adalah pemilihan
lokasi bagi menjalankan aktiviti pertanian. Pertimbangan kesesuaian
lokasi perlulah mengambil kira:
 Bentuk muka bumi
 Iklim setempat
 Laluan angin dan arah matahari
 Fasiliti atau infrastruktur yang ada
 Jenis tanah di kawasan tersebut

Faktor-faktor tersebut akan mempengaruhi pemilihan jenis tanaman dan
perancangan pengurusan yang akan dilaksanakan.

JENIS TANAH DAN PENGURUSANNYA
Secara amnya, terdapat 5 jenis tanah yang bermasalah di Malaysia iaitu
tanah gambut, tanah bris, tanah bekas lombong, tanah asid sulfat,
dan tanah lempung. Setiap satu jenis tanah yang dinyatakan
memerlukan pengurusan dan perhatian khusus bagi tujuan
pembangunan kawasan pertanian.

10
10

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

1. Tanah Gambut
Tanah gambut diklasifikasikan sebagai tanah bermasalah kerana sifat
fizikal dan kimianya yang kurang sesuai untuk pertanian. Ciri utama tanah
gambut adalah pH yang rendah, mempunyai ciri aras air yang tinggi dan
terendam air serta kesuburan tanah yang rendah.
Ciri-ciri tanah gambut:

 pH tanah berasid (<4.0) tidak sesuai bagi kebanyakkan tanaman.
 Keupayaan galas rendah, tanah mudah mendap terutamanya pada

jenis gambut yang belum matang menyebabkan jentera sukar
digunakan dan pokok senang rebah.
 Paras air hampir di permukaan tanah menyebabkan tanah mudah
kering dan mudah terbakar apabila musim kering serta sukar
diresapi air jika dibuat saliran berlebihan.
 Sistem saliran yang lemah.
 Kesuburan tanah yang rendah

Tanah gambut merupakan
tanah yang mengandungi bahan
utamanya iaitu sisa tumbuhan
yang belum reput sepenuhnya

11
11

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 1: Contoh tanah gambut
(Sumber gambar Google)

Gambar 2: Masalah tanah gambut yang mudah terbakar
(Sumber gambar Google)

12
12

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
LANGKAH PENGURUSAN MASALAH TANAH GAMBUT

Pengapuran • Dilakukan untuk mengurangkan kemasaman tanah
• Selain itu, dilakukan untuk menambah zat makanan dalam tanah.
• Jika tanah gambut masih dara, kadar pengapuran pada peringkat

permulaan sebanyak 20-30 t/ha diperlukan.
• Bahan pengapuran seperti kalsium karbonat dan kalsium magnesium

karbonat (dolomit).

Pengairan • Tujuan dilakukan untuk mengawal paras air dalam tanah.
terkawal • Air perlu disalirkan secara berperingkat supaya pereputan tidak berlaku

dengan cepat.
• Jika paras air turun dengan cepat, gambut akan cepat reput dan tanah

akan susut dengan banyak dan juga terjadi pengeringan tidak berbalik
pada tanah.

Pemilihan • Pada peringkat air disalirkan, tanaman yang sesuai ditanam adalah
tanaman tanaman jangka pendek

• setelah paras air turun ke 75 cm, tanaman jangka panjang sesuai
ditanam seperti kelapa sawit, koko dan buah-buahan (cempedak,
nangka, rambutan dan mempelam) yang berakar pendek dan sederhana
dalam.

Menanam • Tanaman jangka panjang seperti kelapa sawit disyorkan ditanam
penutup menggunakan kaedah lubang didalam lubang supaya pokok tidak
mudah tumbang.
bumi
• Lubang besar dibuat dalam anggaran 120 cm lebar, 30 cm panjang
dengan kedalam 60 cm mengikut ketebalan gambut. Dalam lubang besar
ini dibuat lubang menanam dan ditimbus hanya lubang menanam sahaja.

Pembajaan • Baja perlu dibekalkan kepada tanah gambut. Baja perlu diberikan pada
peringkat awal iaitu semasa menanam dan ketika tanaman sedang
membesar.

• Tanah gambut sangat kekurangan unsur terutama unsur N, K, Cu, Bo,
Zn, dan Fe. Unsur N tinggi tetapi terikat di dalam tanah dan tidak dapat
diambil oleh tanaman.

13
13

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 3: Teknik penanaman lubang di dalam lubang untuk tanah gambut
(sumber gambar Google)

Tahukah anda?
Keluasan tanah gambut di
Malaysia adalah sekitar lebih

dari 2.0 juta hektar

14
14

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

2. Tanah Bris
Tekstur tanah yang berpasir dan bahan organik yang sangat rendah
menjadikan sukar untuk diurus.
Ciri-ciri tanah bris:

 Mempunyai sifat keupayaan memegang air yang rendah dan tidak
dapat menyimpan air dalam tanah

 Kadar larut resap yang sangat tinggi disebabkan ruang liang pasir
yang besar

 Tahap kesuburan yang rendah dimana kandungan nutrient dan
aktiviti biologi adalah rendah.

 Suhu permukaan tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang
toleran dengan keadaan ini.

 Pengudaraan yang baik disebabkan peratus ruang rongga yang
tinggi.

 Keupayaan pukal tinggi (g/cm3) menyebabkan tanah mudah
mampat.

 Keupayaan pertukaran kation (CEC) sangat rendah.

Tanah Bris ialah tanah
berpasir tandus dengan
kandungan pasir melebihi

90%.

15
15

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

LANGKAH PENGURUSAN MASALAH TANAH BRIS

Pembajaan • Baja organik penting dalam membantu memperbaiki keadaan fizikal
tanah untuk memegang air dan baja.

• Bahan organik yang biasa digunakan adalah seperti tahi ayam, tahi
lembu, tahi kambing, efluen kilang minyak kelapa sawit (POME),
kompos dan tanah gambut.

• Pemberian baja mengikut kesesuaian tanaman perlulah dilakukan
dengan lebih kerap kerana masalah larut resap yang tinggi.

Sistem • Pemasangan sistem pengairan seperti pengairan jenis renjis, titis
pengairan atau mist adalah disyorkan pada tanah bris

• Bertujuan membekalkan air secara konsisten dan secukupnya
kepada tanaman.

Sungkupan • Penggunaan sungkupan seperti plastik silvershine, rumpai kering,
atau jenis sungkupan lain merupakan salah satu langkah dalam
menjaga kelembapan serta mengelakkan kadar kehilangan air pada
tanah bris.

• Pemilihan tanaman yang sesuai iaitu tolerant terhadap kemarau atau
memerlukan kadar air yang sedikit adalah sesuai bagi penanaman
pada tanah bris.

Jenis tanaman

16
16

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 4: Siri tanah dalam kategori tanah Bris
(sumber gambar Google)

Gambar 5: Sungkupan mampu mengawal kelembapan pada tanah Bris
(sumber gambar Google)

17
17

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

3. Tanah Asid Sulfat

Tanah asid sulfat merupakan tanah yang mempunyai kandungan asid
yang tinggi iaitu pH kurang dari 3.5.

Ciri-ciri tanah asid sulfat:

 Kemasaman yang tinggi iaitu pH <3.5, halangan kepada
perkembangan akar dan pengambilan nutrient

 Kadar paras air yang tinggi (kurang salir) menyebabkan halangan
kepada perkembanan akar

 Kadar keterlarutan unsur Ferum, Aluminium dan Mangan yang
tinggi menyebabkan keracunan unsur tersebut.

 Ketelapan tanah bawah adalah rendah

Tanah sulfat juga dikenali
sebagai ‘tanah gelam’ kerana

banyak tumbuhnya pokok
gelam (Malaleuca sp.) di tanah

sulfat

18
18

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
LANGKAH PENGURUSAN MASALAH TANAH ASID SULFAT

• Pengapuran dapat mengurangkan keasidan tanah.
• Kadar yang disyorkan adalah tidak kurang 5.0 mt/ ha GML

Pengapuran

• Pengurusan perparitan yang sempurna dapat memastikan untuk
mengawal kejadian asid yang teruk dalam tanah.

• Parit yang dibina perlu mempunyai sistem kawalan paras air seperti

Pengurusan kedalaman dan pintu air bagi mengurangkan kadar pengoksidaan
perparitan dalam tanah

• Air disalirkan pada musim hujan supaya berlaku proses penyahasidan
(flushing).

Flushing

Pemilihan • Di peringkat awal, tanam tanaman jangka pendek dan berakar pendek
tanaman seperti sayuran, tembikai dan jagung.

• Batas perlu dibuat apabila paras pyrite (FeS2) pada 0-50 cm.
• Setelah lapisan sulfurik turun kepada kurang 75 cm, tanaman jangka

panjang dan berakar dalam seperti kelapa, koko da kelapa sawit
boleh diusahakan.

• Baja yang mengandungi ammonia dan sulfat yang boleh
mengeluarkan asid hendaklah dielakkan daripada digunakan secara

Pembajaan berterusan.

19
19

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 6: Tanah asid sulfat mengandungi kandungan aluminium dan ferum
yang tinggi

(sumber gambar Google)

Gambar 7: Aktiviti pengapuran penting bagi mengurangkan keasidan tanah
asid sulfat

(sumber gambar Google)

20
20

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
4. Tanah bekas lombong
Tanah bekas lombong merupakan kawasan yang wujud hasil daripada
proses perlombongan bijih timah yang telah dijalankan. Kekangan utama
tanah bekas lombong adalah sifat fizikal dan kimia yang rendah akibat
kandungan pasir yang tinggi.
Ciri-ciri tanah bekas lombong:
 Mempunyai kandungan nutrient dan bahan organik yang rendah
 Suhu tanah yang tinggi menyebabkan pertumbuhan biji benih
terbantut dan mengurangkan bilangan mikro-organisma dalam
tanah.
 Tidak mempunyai struktur
 Mempunyai kadar larut resap yang tinggi
 Mempunyai keupayaan pegangan air dan nutrient yang rendah

Gambar 8: Kawasan bekas lombong yang berpotensi sebagai kawasan
pertanian

(sumber gambar Google)

21
21

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

LANGKAH PENGURUSAN MASALAH TANAH BEKAS
LOMBONG

Pembajaan • Menggunakan bahan organik seperti baja kandang dan tanah
baja organik gambut untuk membekalkan zat pemakanan tumbuhan,
memperbaiki struktur tanah serta menambah bilangan
organisma tanah.

Sungkupan • Penggunaan bahan sungkupan yang sesuai mampu mengawal
kadar pengewapan air serta nitrogen berbentuk NH3
(Ammonia).

• Sungkupan boleh dibuat dengan menutup permukaan tanah
dengan menggunakan daun kelapa atau lalang kering.

Meratakan • Keadaan tinggi rendah yang terdapat pada rupabumi tanah
tanah bekas lombong perlu diratakan terlebih dahulu bagi
memudahkan kerja-kerja penanaman.

• Sistem pengairan yang baik perlu disediakan bagi mengatasi
kadar larut resap tanah dan daya pegangan air yang rendah.

Pengairan

22
22

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 9: Tajuk akhbar Berita Harian mengenai memanfaatkan tanah bekas
lombong sebagai tanah pertanian

Proses perlombongan biji
timah melibatkan aktiviti-
aktiviti pengumpulan pasir

ataupun kelodak.

23
23

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

5. Tanah lempung

Tanah lempung merupakan sejenis tanah yang mempunyai kandungan
liat tinggi. Tanah ini bersifat lekit apabila basah dan membentuk ketulan
keras apabila ia kering. Saiz partikel tanahnya yang halus menyumbang
kepada sturuktur tanah yang kurang baik.

Ciri-ciri tanah lempung:

 Tanah mempunyai keasidan yang tinggi dan tidak sesuai untuk
kebanyakan tanaman

 Kepadatan tanah liat menyebabkan penembusan air terhalang (air
bertakung) dan membawa kepada larian air permukaan yang cepat.

 Perkembangan akar terbantut akibat kepadatan tanah.

Tanah lempung mempunyai
kadar ammonia yang tinggi

24
24

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
LANGKAH PENGURUSAN MASALAH TANAH LEMPUNG

• Pembajakan atau penggemburan tanah dilaksanakan
bertujuan untuk memecah lapisan tanah liat bagi
persediaan aktiviti penanaman

Pembajakan

Pembajaan • Pemberian baja organik dengan kadar disyorkan (30-50
organik t/ha) dapat membantu memperbaiki struktur tanah
sekaligus mengurangkan masalah kepadatan tanah
lempung.

Sungkupan • Bahan sungkupan organik pada tanah lempung dapat
membantu memelihara lembapan dan mengelakkan
permukaan tanah daripada menjadi kering.

• Disamping itu, penggunaan sungkupan akan
menggalakkan pembiakan cacing tanah dan
mikroorganisma.

25
25

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 10: Tekstur tanah lempung
(sumber gambar Google)

Tanah lempung merupakan
jenis tanah yang banyak
mengandungi leburan aluminium
atau silika yang sangat halus

26
26

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENYEDIAAN KAWASAN
Dalam menguruskan sumber tanah, aktiviti penyediaan kawasan
merupakan komponen terpenting bagi memastikan aktiviti penanaman
yang dirancang berjalan lancar. Penyediaan kawasan yang baik perlulah
mematuhi garis panduan dan prosedur yang ditetapkan sejajar dengan
prinsip Amalan Ladang Baik.
Aktiviti penyediaan kawasan merangkumi aktiviti pembersihan kawasan
sehingga kepada aktiviti penyediaan batas tanaman. Aktiviti-aktiviti
penyediaan kawasan adalah seperti berikut:

1. Area survey dan parameter
Aktiviti area survey dan parameter adalah aktiviti dimana petani perlu
menganalisa keluasan beserta keadaan persekitaran kawasan
penanaman yang dipilih. Langkah ini penting dalam merancang dan
menentukan tindakan selanjutnya yang perlu diambil. Selain itu, aktiviti
ini juga membolehkan petani mengenalpasti masalah-masalah serta
langkah penyelesaian terbaik dalam pengurusan sumber. Aktiviti area
survey dan parameter boleh dijalankan menggunakan peralatan seperti
Global Positioning System (GPS) dan pita ukur. Kawasan akan diplot
dan ditandakan bagi tujuan pelaksanaan aktiviti persediaan kawasan
yang lain.

27
27

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Langkah-langkah mengukur keluasan kawasan dengan menggunakan GPS

Buat penanda di awal dan akhir Pilih tetapan menu ‘Area calculation’
kawasan pengukuran dengan
menggunakan kayu penanda

Tekan butang ‘Start’ pada kayu Berjalan dari setiap kayu penanda
penanda yang pertama sehingga kembali kayu penanda

permulaan

Tekan butang ‘Calculate’ untuk Paparan luas kawasan akan
mengira keluasan kawasan dipamerkan pada skrin GPS

28

28

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

2. Pembersihan kawasan

Selepas aktiviti area survey dan parameter, aktiviti pembersihan
kawasan perlu dilaksanakan, Objektif utama aktiviti ini adalah untuk
membuang halangan-halangan yang boleh menggangu aktiviti
penanaman dijalankan. Aktiviti pembersihan termasuklah pemusnahan
akar dan tunggul kayu, atau tumbuhan lain. Penggunaan jentera dan
racun yang bersesuai adalah perlu dan sangat membantu dalam
pelaksanaan aktiviti ini. Pembakaran secara terkawal juga boleh
dilaksanakan untuk membantu kerja-kerja pembersihan. Abu daripada
pembakaran dapat menambahkan kalium ke dalam tanah dan
membasmi benih rumpai dan pathogen penyakit. Amalan pembersihan
kawasan seperti pembakaran terbuka dan menggunakan racun yang
berlebihan perlulah dielakkan kerana bercanggah dengan prinsip
Amalan Ladang Baik.

Gambar 11: Aktiviti pembersihan kawasan menggunakan jentera
(sumber gambar Google)

29
29

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

3. Pembajakan

Pembajakan merupakan proses penyediaan tanah untuk menanam dan
proses untuk memastikan ia gembur serta bebas dari rumpai. Tanah
boleh dibajak apabila kawasan telah bersih, rata dan kesan-kesan
semburan racu rumpai telah mula kelihatan. Secara ringkasnya
pembajakan terbahagi kepada 2 iaitu pembajakan primer dan
pembajakan sekunder.

Pembajakan • Dilakukan di peringkat awal
primer • Bertujuan untuk mengurangkan kepadatan

tanah, memecahkan tanah, memusnahkan
saki baki tanaman dan rumpai serta
menyusun semula agregat tanah.
• Jenis bajak yang sesuai untuk pembajakan
primer adalah bajak piring, bajak sepak, bajak
pahat dan bajak sub-tanah

Pembajakan • Merupakan pembajakan peringkat akhir
sekunder dimana ketulan tanah dihancurkan sehingga
sesuai untuk penanaman.

• Jenis bajak yang sesuai adalah bajak putar,
bajak sikat, bajak sisir dan pembatas.

30
30

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 12: Pembajakan primer menggunakan bajak piring
(sumber gambar Google)

Gambar 13: Pembajakan sekunder berrtujuan untuk menggemburkan tanah
(sumber gambar Google)

31
31

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

4. Pengapuran

Pengapuran merupakan aktiviti yang dijalankan bagi mengurangkan
keasidan tanah atau meningkatkan pH tanah supaya lebih sesuai untuk
aktiviti penanaman. pH yang sesuai untuk kebanyakkan penanaman di
Malaysia ialah di antara pH 5.0 hingga pH 6.0.

Antara keperluan dan kebaikan aktiviti pengapuran adalah seperti
berikut:

 Menurunkan pH tanah atau keasidan tanah
 Menurunkan kelarutan Al (Aluminium)
 Meningkatkan kandungan unsur Ca (Calcium) dan Mg

(Magnesium).
 Memperbaiki tekstur, struktur dan memantapkan agregat tanah

kerana kapur meneutralkan cas pada kumin tanah dan
menjadikannya bercantum.
 Memperbaiki sifat biologi tanah seperti aktiviti mikroorganisma.

Jenis kapur yang selalu digunakan adalah menggunakan Ground

Magnesium Limestone (GML), Kapur Dolomit CaMg(CO3)2, Kapur tohor

(CaO) dan kapur mati Ca(OH)3. Biasanya jentera penabur berputar

jentera penabur kapur berbaris digunakan. Kapur boleh digaul ke dalam

tanah dengan menggunakan alat jentera pada peringkat pembajakan

sekunder.

32
32

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalankan pengapuran
adalah:
 Jenis tanaman
 Jenis bahan kapur
 Jenis tanah
 Kandungan bahan organik

Gambar 14: Aktiviti pengapuran dijalankan bagi mengatasi masalah keasidan tanah
(sumber gambar Google)

33
33

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

5. Pembajaan asas

Pembajaan asas adalah aktiviti yang perlu dijalankan sebelum aktiviti
penanaman dijalankan. Baja yang sesuai adalah baja organik seperti
tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos.

Tujuan pemberian baja organik adalah untuk membaiki struktur tanah
serta membekalkan nutrient yang diperlukan. Baja asas ditabur di atas
batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5 kg/m2) dan
digaulkan ke dalam tanah.

Baja organik yang biasanya
digunakan secara meluas oleh

peladang adalah baja tahi
ayam

34
34

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
AKTIVITI PENYEDIAAN TANAH

AREA SURVEY PEMBERSIHAN
KAWASAN

PENGAPURAN PEMBAJAKAN
PRIMER

PEMBAJAKAN PEMBAJAAN
SEKUNDER ASAS

35
35

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PEMULIHARAAN TANAH
Pemuliharaan tanah merupakan langkah aktiviti pengurusan yang
dijalankan bertujuan untuk mengelakkan kemorosotan kesuburan tanah
serta mengelakkan hakisan dan pencemaran yang secara langsung akan
menjejaskan produktiviti ladang. Pemuliharaan tanah penting kerana:

 Memastikan tanah digunakan secara lestari
 Mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
 Menggurangkan hakisan tanah dan potensi bencana
 Persediaan sebelum sesuatu projek dijalankan.

Kemorosotan tanah samada dari segi fizikal dan kimia adalah disebabkan
oleh:

 Kesan hakisan
Hakisan disebabkan hakisan hujan, aliran air sungai, aktiviti hakisan
air bawah tanah serta pengurusan sumber yang tidak baik.

 Pengunaan tanah yang terlampau
Menyebabkan struktur dan komposisi tanah terjejas dan merosot

 Asidifikasi
Kesan hujan berasid akan menyebabkan pH tanah menurun dan
menyebabkan mikroorganisma tanah terjejas.

36
36

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
 Salinisasi
Proses perkumpulan garam yang terlarut di dalam tanah
disebabkan mineral yang terkumpul. Hal ini menyebabkan pokok
yang tidak tolerate dengan keadaan salinisasi akan terbantut.
 Penggunaan bahan kimia
Penggunaan bahan kimia yang berlebihan contohnya baja kimia
dan racun perosak yang berlebihan akan meninggalkan residue di
dalam tanah sekaligus menggangu perkembangan aktiviti
mikroorganisma tanah.

Struktur dan komposisi tanah akan berubah jika langkah-langkah
pemuliharaan tanah diabaikan dan ini sekaligus menurunkan potensi
tanah tersebut.

37
37

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
HAKISAN TANAH
Hakisan tanah merupakan masalah utama dalam pengurusan sumber
tanah. Terdapat 3 jenis hakisan dalam pertanian iaitu:
 Hakisan alur
 Hakisan lurah
 Hakisan permukaan

Kesan daripada hakisan tanah adalah seperti berikut:
 Hilang tanah atas (top soil) yang subur dan menyebabkan tanah
menjadi cetek
 Keupayaan pegangan air berkurangan kerana kehilangan bahan
organik
 Larian air menyebabkan tanah kehilangan nutrient
 Struktur tanah rosak dan tanah menjadi padat
 Pemendapan sungai berlaku menyebabkan kejadian banjir dan
kerosakan habitat.

38
38

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 16: Kesan hakisan tanah yang berlaku di Cameron Highland
(sumber gambar Google)

Gambar 15: Pembangunan tanah pertanian di Cameron Highland yang tidak
terkawal mengakibatkan hakisan tanah
(sumber gambar Google)

39
39

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

LANGKAH KAWALAN PEMULIHARAAN TANAH UNTUK HAKISAN
TANAH

Tanaman
penutup

bumi

Tanaman Sungkupan
selingan

KAWALAN
VEGETATIF

Tanaman Sistem
berkepadata tanaman

n tinggi jalur

Kawalan Vegetatif

 Tanaman penutup bumi
Penanaman tanaman penutup bumi dapat meminimakan kawasan
tanah yang terdedah kepada hujan/ air yang mengalir,
mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan
hujan. Tanaman penutup bumi juga baik dalam pemuliharaan tanah
kerana dapat mengembalikan nutrient terutamanya unsur nitrogen
kepada tanah seta membantu mengekalkan kelembapan tanah
Contoh tanaman penutup bumi yang baik sebagai kawalan hakisan
adalah spsesi rumput dan kekacang (Centrosema pubescens,
Calapogonium caeroleum, Peuraria phaseoloides dan Mucuna
bractaeta)

40

40

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

 Sungkupan
Penggunaan sungkupan dapat mengurangkan larian air dan
menimakan kawasa tanah terutamanya pada kawasan batas.
Sungkupan juga dapa membantu mengawal kelembapan tanah,
meningkatkan bahan humus serta mengawal rumpai. Bahan
sungkupan yang popular adalah plastik silvershine, pelepah kelapa,
jerami kering dan lain-lain.

 Sistem tanaman jalur/ mengikut contour
Merupakan teknik menanam merentasi lereng atau kawasan bukit
atau curam bagi menghalang air dari mengalir terus sepanjang
kawasan curam.

 Tanaman berkepadatan tinggi
Menanam tanaman dalam kepadatan yang tinggi mampu
memaksimumkan penggunaan tanah dan mengurangkan
pendedahan tanah kepada hujan.

 Tanaman selingan
Menanam tanaman selingan antara tanaman jangka pendek
dengan tanaman jangka panjang supaya tanah antara tanaman
kekal dapat perlindungan daripada hujan.

41
41

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 17: Penanaman tanaman berkepadatan tinggi pada kawasan tanah
tinggi mampu mengurangkan pendedahan tanah kepada hujan
(sumber gambar Google)

Gambar 18: Contoh susunan tanaman selingan untuk
mengawal hakisan tanah pada kawasan cerun
(sumber gambar Google)

42
42

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 20: Penutup bumi (Mucuna brateata) ditanam sebagai salah satu langkah
kawalan hakisan

Gambar 19: Sistem penanaman secara kontour mampu mengawal hakisan tanah
pada kawasan cerun

(sumber gambar Google)

43
43

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
Kawalan struktur dan mekanikal

Teres Pentas Parit ladang
bangku lereng

KAWALAN
STRUKTUR

DAN
MEKANIKAL

Benteng Cascading
konkrit/gabion drain

 Teres bangku
Teres berbentuk tangga atau bangku yang memotong cerun
mengikut Kontour pada kecuraman 50 – 100 ke arah bukit.
Pembinaan teres bertujuan mengurangkan kelajuan larian air.

 Pentas lereng
Teres ini dibina berbentuk bulat atau segiempat dilereng secara
individu. Teres ini dapat mengurangkan kelajuan air permukaan
cerun, meningkatkan serapan air serta mengawal kehilangan baja.

44
44

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
 Parit ladang
Saluran yang dibina bagi mengalirkan air dikawasan bercerun
supaya aliran air tersebut tidak melintas kawasan terbuka yang
menyebabkan struktur tanah tidak stabil.
 Benteng konkrit/ gabion
Membina banteng atau gabion secara bertingkat bertujuan untuk
mengukuhkan dan menyokong binaan pentas lereng dan
mengelakkan tanah runtuh.
 Cascading drain
Binaan berbentuk seperti tangga berfungsi sebagai penguat lereng
bukit. Pembinaannya biasanya dibina di lerreg bukit yang terletak di
tepi jalan.

Gambar 21: Pembinaan parit ladang untuk mengalirkan air pada kawasan cerun
(sumber gambar Google)

45
45


Click to View FlipBook Version