The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK - JPPKK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-15 10:40:53

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK - JPPKK

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

 Tanaman geganti (relay cropping)
Penanaman lebih daripada satu jenis tanaman dalam batas atau
baris yang sama, sementara tanaman yang pertama itu masih
kekal atau bersedia untuk dituai. Contohya penanaman kacang di
antara batas jagung setelah 4 minggu jagung ditanam.

 Tanaman bergantian (alternate cropping)
Melibatkan penanaman jenis tanaman berbeza secara bergantian
antara tanaman sedia ada atau antara batas tanaman dengan
tanaman kedua ditanam sebelum tanaman yang pertama sedia
untuk dituai.

 Tanaman berturutan (sequential cropping)
Penanaman secara berturutan antara dua atau lebih tanaman
dalam kawasan yang sama pada satu tahun. Kaedah ini biasanya
diamalkan di sawah padi, iaitu penanaman padi pada musim padi
akan diikuti dengan penanaman tanaman lain seperti sayuran atau
tembakau pada waktu luar musim penanaman padi.

 Giliran tanaman (plant rotation)
Penanaman dau atau lebih tanaman dalam turutan yang tetap
dalam kawasan yang sama pada tempoh beberapa tahun.
Kebiasaannya penggiliran tanaman akan dibuat dengan sayuran
jenis buah, diikuti oleh tanaman kekacang, daun dan akhirnya
ialah akar. Objektif utama giliran tanaman adalah untuk
mengekalkan keseburuan tanah dan membantu kawalan penyakit
dan perosak.

96

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 50: Penanaman campuran (mixed cropping), penanaman lebih dari
satu tanaman tanpa mengikut susunan baris yang jelas
(sumber gambar Google)

Gambar 51: Penanaman selingan, penanaman lebih dari satu tanaman
mengikut baris

(sumber gambar Google)

97

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Jagung yang sedia
untuk dituai

Kacang ditanam
selepas 4 minggu
jagung ditanam

Gambar 52: Contoh penanaman geganti antara jagung dan kacang (relay
cropping)

(sumber gambar Google)

Gambar 53: Contoh penggiliran tanaman yang diamalkan

98

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN PEMBAJAAN TANAMAN

Pengurusan pembajaan merupakan salah satu aktiviti utama dalam
pengurusan tanaman. Pengurusan pembajaan yang baik dapat
membekalkan nutrient-nutrient yang diperlukan oleh tanaman untuk
pembesaran yang optium sekaligus menghasilkan hasil yang berkualiti.
Dalam pengurusan pembajaan tanaman, aspek-aspek berikut perlu
diberi perhatian iaitu:

 Keperluan nutrient dan kadar pembajaan
Mengetahui keperluan nutrient dan kadar pembajaan bagi sesuatu
jenis tanaman adalah sangat penting bagi memastikan tanaman
tersebut mendapat nutrient yang diperlukan bagi pembesaran dan
pengeluaran hasil yang berkualiti. Setiap tanaman mempunyai
keperluan nutrient dan kadar pembajaan yang berbeza bergantung
pada jenis varieti, peringkat umur dan jenis tanah kawasan
penanaman.

 Jenis dan gred baja
Menggunakan jenis baja yang tepat dan memenuhi keperluan
nutrient yang diperlukan oleh tanaman dapat mempengaruhi
tumbesaran tanaman.

 Kaedah pemberian baja
Pemberian baja mengikut kaedah yang betul akan mempengaruhi
pengambilan nutrient oleh tanaman. Faktor seperti jarak dan
susunan tanaman serta jenis tanaman merupakan faktor yang
mempengaruhi pemilihan pembajaan yang sesuai. Umumnya
terdapat 5 jenis kaedah pembajaan iaitu tabur, poket, alur,
bulatan dan foliar.

99

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
 Kekerapan pembajaan
Kekerapan pembajaan selalunya bergantung pada jenis dan
peringkat umur tanaman. Kekerapan pembajaan boleh diketahui
berdasarkan jadual penanaman yang disediakan.

Gambar 54: Baja umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu organic dan kimia
(sumber gambar Google)

Gambar 55: Pembajaan kaedah foliar melalui semburan daun
(sumber gambar Google)

100

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
KAEDAH PEMBAJAAN BULATAN

Pembajaan kaedah bulatan, baja diletakkan pada alur mengikut kanopi pokok

KAEDAH PEMBAJAAN POKET

Pembajaan kaedah poket, lubang dibuat pada 4 point utama mengikut kanopi pokok
dan baja ditanam di dalam lubang tersebut

101

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
KAEDAH PEMBAJAAN ALUR

Pembajaan kaedah alur, baja diletakkan di dalam alur yang dibuat di antara baris
tanaman

Melakukan pembajaan
mengikut jadual dapat
menjamin penghasilan tanaman

yang berkualiti

102

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
PENGURUSAN PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN
Dalam amalan ladang baik, konsep Integrated Pest Management (IPM)
atau Pengurusan Perosak secara Bersepadu adalah sangat
dititikberatkan. IPM adalah konsep pengurusan perosak dan penyakit
tanaman yang menggabungkan kaedah kawalan secara fizikal, kultura,
biological, kimia serta undang-undang dengan mengambil kira
kepentingan terhadap petani, masyarakat dana alam sekitar. Berikut
merupakan objektif dalam IPM iaitu:
 Menjimatkan kos pengeluaran
 Mengurangkan pencemaran alam
 Mengekalkan biodiversity dan ekologi secara mampan
 Mengurangkan penggunaan racun perosak
 Mengawal populasi perosak pada peringkat terkawal

Gambar 56: Contoh serangan dan kerosakan disebabkan oleh perosak
tanaman

(sumber gambar Google)

103

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
KAWALAN PEROSAK SECARA BERSEPADU

Kawalan
undang-
undang

Kawalan Kawalan
kultura biologi

Kawalan Kawalan
fizikal kimia

1. Kawalan fizikal
Merupakan kawalan yang menggunakan alatan atau keadaan fizikal
untuk mewujudkan sekatan mekanik, tingkahlaku atau perubahan
persekitaran perosak. Contoh kawalan fizikal adalah penggunaan
jaring serangga, perangkap UV, perangkap feromon dan
pemasangan plastik silvershine.

2. Kawalan kultura
Merupakan kaedah kawalan yang menekankan kepada amalan
pengurusan tanaman yang baik yang secara tidak langsung akan
menggangu perkembangan perosak dengan cara menghalang
perosak mendapat makanan atau mendedahkan perosak kepada
keadaan yang tidak sesuai. Selain itu, kaedah kawalan ini juga
menekan kepada amalan yang baik supaya tanaman subur dan sihat

104

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

dan musuh susah menyerang tanaman. Amalan kultura yang boleh
diamalkan bagi mengawal perosak adalah seperti berikut:

I. Pemugaran tanah
a. Pemugaran atau pembajakan tanah akan mendedahkan
perosak kepada cahaya matahari terik dan pemangsa.

II. Penggiliran tanaman
a. Sesuai dilaksanakan untuk perosak yang mempunyai
perumah khursus. Menanam tanaman berlainan pada musim
berlainan akan menyebabkan bekalan makanan perosak
terputus dan menyebabkan populasi perosak berkurangan.

III. Menggunakan varieti resistan
a. Penanaman varieti resistan menggunakan baka yang tahan
serangan perosak dan penyakit.

IV. Penanaman campuran
Pengurusan perosak dan penyakit melalui pendekatan
penanaman pelbagai boleh dilaksanakan menggunakan
tanaman penghalau, tanaman regu dan tanaman
perangkap. Tanaman ini mengandungi sebatian kimia dalam
akar, bunga, daun dan buah yang boleh menghalau dan
menarik serangga. Tanaman ini biasanya tidak toksik kepada
serangga tetapi menggangu tingkahlaku serangga dan dapat
menggelakkan serangga tersebut merosakkan tanaman. Ini
secara tidak langsung akan menggurangkan peningkatan
populasi perosak dalam kawasan penanaman.

105

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

a. Tanaman penghalau
Tanaman penghalau ialah tumbuhan yang menghasilkan
bahan alelokimia yag menggangu tabiat makan perosak
tanaman. Contoh adalah penanaman tanaman penghalau
bawang merah bersama cili untuk kawalan perosak afid,
penanaman tanaman penghalau tomato bersama kubis bulat
untuk kawalan perosak rama-rama plutella dan penanaman
tanaman penghalau bawang merah bersama pak choy untuk
kawalan kumbang lelompat.

b. Tanaman regu
Tanaman regu ialah penanaman tanaman berlainan spesus
atau family secara dekat dengan teori bahawa setiap
tanaman mempunyai hubungan mutual kerana kedua-
duanya saling bermanfaat antara satu sama lain. Tanaman
regu terdiri daripada tumbuhan yang mampu meningkatkan
kesuburan tanah dan microflora bermanfaat, bertindak
sebagai penampan, mengubah mikroiklim untuk
pertumbuhan tumbuhan yang lebih baik dan meningkatkan
musuh semulajadi.

Contoh tanaman regu adalah tanaman kacang dengan
tanaman bukan kekacang bertujuan untuk membaiki tanah
dan tanaman jagung dengan cili bertujuan sebagai tanaman
pemampan untuk mengelak afid menyerang cili. Selain itu,
contoh lain adalah tanaman penutup penutup bumi bersama
tanaman kekacang bertujuan membaiki tanah dan sebagai
sungkupan (menggangu deria bau dan visual afid)

106

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

c. Tanaman perangkap
Tanaman perangkap ialah tumbuhan yang menarik dan
mengekalkan sesuatu spesis perosak. Tanaman ini juga
berfungsi sebagai habitat untuk meningkatkan populasi
musuh semulajadi perosak. Contoh tanaman perangkap
adalah pokok herba maman membantu memerangkap rama-
rama Plutella daripada merosakkan tanamn utama iaitu
kubis atau pak choy. Contoh lain tanaman perangkap adalah
bunga marigold yang ditanam bersama cili atau tomato
bertujuan mengawal nematoda.

V. Amalan penanaman baik
Menjalankan amalan penanaman yang baik seperti penggunaan
biji benih yang bebas penyakit, pemberian air dan baja mencukupi,
jarak penanaman yang sesuai serta menjaga kebersihan ladang.

3. Kawalan kimia
Merupakan kawalan yang menggunakan sebatian atau bahan kimia
untuk membunuh, mengurangkan dan menjauhi serangga perosak.
Penggunaan kawalan kimia perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
 Menggunakan racun yang berdaftar dengan Lembaga Racun
Makhluk Perosak (LRMP)
 Menggunakan racun makhluk perosak (serangga, kulat dan
rumpai) yang disyorkan untuk tanaman yang berkenaan yang
terdapat pada label.
 Menggunakan racun mengikuti kadar yang disyorkan seperti
yang ditulis pada label.

107

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

 Mengikuti sepenuhnya bilangan semburan maksimum yang
disyorkan dan tempoh selamat memetik hasil (PHI) pada label.

 Penggunaan jenis racun yang sama untuk mengawal perosak
hendaklah dielakkan bagi mengelakkan perosak menjadi
rintang.

 Kawasan yang baru diracun hendaklah ditanda dengan jelas.
 Bancuhan racun yang berlebihan selepas penyemburan dan air

bilasan tangki penyembur racun hendaklah diguna untuk
penyemburan di kawasan tanah lapang atau di kawasan
tanaman yang belum disembur.
 Dijalankan apabila terdapat tanda-tanda serangan mencapai
Tahap Ambang Tindakan (ATL).

4. Kawalan biologi
Kawalan biologi merujuk kepada kawalan menggunakan pemangsa
semulajadi kepada perosak bertujuan untuk mengurangkan populasi
perosak. Contoh kawalan biologi adalah burung hantu yang
digunakan untuk mengawal populasi tikus di ladang kelapa sawit dan
tebuan Cortesia pluttellae untuk mengawal larva rama-rama plutella
di kebun sayur.

5. Kawalan undang-undang
Merupakan kawalan yang menghalang kemasukan perosak melalui
pelaksanaan undang-undang. Antara contoh kawalan undang-
undang adalah kuarantin, penghapusan, peraturan dan pensijilan.

108

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 57: Perangkap kumbang badak, contoh kawalan fizikal iaitu sekatan
tingkah laku

(sumber gambar Google)

Penggunaan bahan kimia seperti
racun perosak mestilah
menggunakan dos yang sesuai
dan disyorkan mengikut jenis
tanaman dan keluasan tanaman

109

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 58: Daun bawang ditanam sebagai tanaman penghalau bersama
tanaman lain

(sumber gambar Google)

Gambar 59: Penanaman Marigold sebagai tanaman perangkap
(sumber gambar Google)

110

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

`

Gambar 60: Contoh jenis tanaman selingan pada kawalan perosak tertentu
(sumber gambar Google)

111

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 61: Kumbang kura-kura merupakan pemangsa semulajadi bagi
perosak aphid

(sumber gambar Google)

Gambar 62: Kawalan perosak tikus di ladang kelapa sawit menggunakan
burung hantu sebagai pemangsa semulajadi
(sumber gambar Google)

112

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN
BAHAN
DAN

PERALATAN

113

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN BAHAN DAN PERALATAN

Pengurusan bahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang
akan dinilai dalam pelaksanaan amalan ladang baik. Aspek langkah
kawalan bahan input pertanian seperti baja, racun dan peralatan
perlulah diberi perhatian oleh petani untuk memastikan tidak berlaku
pembaziran input, mengelakkan pencemaran dan yang paling utama
adalah memastikan keselamatan pekerja yang terlibat dengan
pengendalian bahan-bahan input tersebut.

Aspek dalam pengurusan langkah kawalan bahan dan peralatan
melibatkan perkara berikut:

 Mengetahui dan menggunakan bahan dan peralatan yang
bersesuaian
Mengetahui dan menggunakan bahan dan peralatan yang tepat
merupakan komponen utama dalam pengurusan yang efektif.
Kegagalan petani mengenalpasti serta menggunakan bahan dan
peralatan yang bersesuai akan menggangu proses kerja dan
berkemungkinan menyebabkan kerugian kepada petani dari segi
masa dan kos. Bahan seperti baja dan racun perlu digunakan
berdasarkan keperluan serta kadar yang telah ditetapkan pada
label. Untuk bahan tanaman adalah dicadangkan supaya petani
menggunakan bahan tanaman dari varieti yang disyorkan,
menggunakan bahan tanaman yang bebas penyakit dan elakkan
penggunaan bahan tanaman dari jenis GMO (Genetically Modified
Organism). Penggunaan peralatan yang dapat membantu aktiviti
ladang adalah amat digalakkan bagi meningkatkan produktiviti
ladang.

114

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 63: Contoh peralatan pertanian yang selalu digunakan
(sumber gambar Google)

115

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

 Menyediakan rekod dan kad stok bagi bahan input
Penyediaan rekod dan kad stok adalah bertujuan untuk mengurus
penerimaan, penyimpanan, penggunaan dan pengeluaran serta
pemeriksaan bahan input ladang. Rekod tersebut perlulah
disediakan mengikut prosedur yang ditetapkan dan perlu sentiasa
dikemaskini. Rekod yang perlu disediakan berdasarkan keperluan
amalan ladang baik adalah seperti berikut:

Rekod pembelian dan penggunaan bahan
tanaman

Rekod pembelian dan penggunaan baja,
substrat dan bahan berkaitan

Rekod pembelian racun perosak/ bahan kimia

Rekod penggunaan racun perosak/ bahan
kimia

 Menyimpan bahan dan peralatan di tempat penyimpanan yang
sesuai
Penyimpanan bagi bahan dan peralatan bagi pelaksanaan amalan
ladang baik perlu mematuhi perkara berikut:
 Tempat penyimpanan baja dan racun makhluk perosak
hendaklah berasingan jika tidak, sekatan perlu disediakan
untuk mengasingkan kedua-kedua bahan tersebut dan
dilabel dengan jelas.
 Tempat penyimpanan racun makhluk perosak yang
sempurna perlu disediakan. Tempat tersebut hendaklah
berasingan, berkunci, mempunyai tanda merbahaya di pintu
masuk, mempunyai cahaya dan pengudaraan yang cukup

116

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

dan menyediakan baldi yang berisi pasir bagi merawat
tumpahan racun perosak jika berlaku tumpahan. Rak-rak
hendaklah menggunakan bahan yang tidak menyerap (non
absorbent material).
 Tempat penyimpanan baja mestilah berbumbung, bersih,
kering dan tidak mendatangkan risiko kepada punca air.
Tempat penyimpanan baja boleh digunakan juga untuk
menyimpan peralatan ladang.
 Tempat penyimpanan baja dan racun makhluk perosak tidak
boleh digunakan untuk menyimpan hasil dan bahan tanaman
lain.
 Kunci untuk tempat penyimpanan racun hendaklah dipegang
oleh pekerja/individu yang terlatih untuk mengendalikan
racun makhluk perosak.
 Racun hendaklah disimpan di dalam bekas asal. Racun dan
bahan kimia yang didaftar untuk tanaman yang diusahakan
sahaja dibenar disimpan di ladang tersebut.
 Racun jenis debu powder hendaklah simpan di rak di tingkat
atas racun jenis cecair.
 Bahan kimia (baja dan racun) perlu dilabelkan dengan jelas
dan betul
 Bahan kimia (baja dan racun) perlu disusun mengikut jenis
untuk memudahkan pengurusan
 Bahan kimia perlu disusun di atas para/ almari bertingkat
supaya tidak mudah terbalik/terjatuh
 Botol/bekas bahan kimia hendaklah sentiasa ditutup dengan
cara yang betul

117

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

 Mengetahui cara pengendalian bahan kimia
Bahan kimia terutamanya racun perosak perlu dikendalikan
dengan cermat dan mengikut prosedur yang betul untuk
mengelakkan risiko kepada alam sekitar dan pekerja. Pengurusan
racun perosak adalah tertakhluk pada akta-akta berkaitan seperti
Akta Racun Perosak Amat Berbahaya 1996 dan Akta Racun
Mahluk Perosak 1974.

Peraturan asas dalam pengendalian bahan kimia yang perlu
dipatuhi adalah seperti berikut:

 Penggunaan tanda amaran
 Sentiasa ikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan
 Baca segala label diatas bekas
 Memastikan tempat kerja dan anda dalam keadaan bersih
 Memastikan pengendali bahan membaca material safety

data sheet (MSDS)
 Menggunakan alat keselamatan yang betul dan sesuai
 Merancang terlebih dahulu sebelum mengendalikan bahan

kimia untuk meminimakan risiko

Pastikan sentiasa memakai
alat perlindungan diri (PPE)
semasa mengendalikan bahan

kimia.

118

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

CONTOH ALAT PELINDUNGAN DIRI ATAU PERSONAL
PROTECTION EQUIPMENT (PPE)

Topi jerami Penutup mulut dan hidung
(Face mask)

Baju lengan panjang Sarung tangan

Apron But getah

119

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGKELASAN RACUN PEROSAK BERDASARKAN KETOKSIDAN

KELAS PENERANGAN TAHAP JALUR SIMBOL

Jalur hitam dengan Tersangat

1a simbol tengkorak dan Beracun

tulang bersilang (Very Toxic)

Jalur merah dengan Sangat

1b simbol tengkorak dan Beracun

tulang bersilang (Toxic)

Beracun
II Jalur Kuning

(Harmful)

Berbahaya -
III Jalur Biru -

(Caution)

Jalur Putih atau - -
tanpa warna seperti
IV
racun serangga di

rumah.

120

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
LABEL RACUN PEROSAK

Aturan Nama dagangan
penggunaan racun

Bahan aktif/
perawis aktif

Kelas racun Langkah
pengendalian

121

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
Kaedah Perlupusan Racun Kimia
 Pelupusan hendaklah dengan cara yang tidak membahayakan
manusia dan alam sekitar. Pusat pengumpulan dan pelupusan
yang telah dikenal pasti digunakan jika ada.

 Bekas racun yang telah diguna perlu dibilas sebanyak tiga kali
atau ‘triple rinsing’. Kaedah ‘triple rinsing’ dilakukan dengan
memasukkan air ke dalam bekas racun dan menggoncangkan
bekas tersebut dan air bancuhan dimasukkan semula ke dalam
tong semburan racun. Proses ini diulang sebanyak tiga kali dan
bekas racun tersebut jika bekas plastik hendaklah dibocorkan.

 Bekas-bekas kosong perlu disimpan di tempat selamat sehingga
ianya dilupuskan. Pelupusan hendaklah mengikut Akta Racun
Makhluk Perosak atau peraturan-peraturan lain sedia ada.

 Racun makhluk perosak yang telah luput dan tidak boleh
digunakan lagi hendaklah dilupus melalui kontraktor yang berlesen
atau saluran yang dibenarkan.

Racun paraquat telah
diisyhtiharkan sebagai racun
terlarang pada tahun 1996

122

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 64: Panduan pelupusan bekas racun
(sumber gambar Jabatan Pertanian Malaysia)

123

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

LANGKAH ATAU SARANAN DALAM PENGURUSAN SUMBER
BAHAN DAN PERALATAN MENGIKUT KONSEP AMALAN LADANG
BAIK

Rekod semua pengambilan bahan dan peralatan

Senarai bahan dan peralatan perlulah dikemaskini secara berkala

Bahan/peralatan yang rosak haruslah disimpan dalam stor atau
dilupuskan jika perlu

Bahan atau peralatan yang disimpan di dalam makmal/ bengkel
haruslah dilebalkan dengan jelas

Penyimpanan bahan yang mudah terbakar haruslah dijauhkan dari suhu
yang tinggi

Penyimpanan bahan dan peralatan haruslah diletakkan di tempat yang
mudah dicapai /dialihkan

Penggunaan peti sejuk biasa untuk menyimpan bahan yang mudah
terbakar haruslah dielakkan

Elakkan pemanasan secara terus, ketukan atau geseran kepada
bahan/peralatan yang sensitif

Bahan kimia haruslah tidak dihidu dan penggunaan harus dalam
kuantiti yang kecil

Sentiasalah memakai PPE apabila mengendalikan bahan yang berisiko
(kimia)

Penggunaan kabuk asap jika melibatkan penggunaan bahan kimia yang
boleh menghasilkan wap, debu atau asap yang boleh mengancam
nyawa seseorang dan mencemarkan udara makmal.

124

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 65: Penggunaan kawalan kimia memerlukan pengendali memakai
peralatan pelindungan diri
(sumber gambar Google)

Gambar 66: Contoh kad petak bagi merekodkan bahan
(sumber gambar Google)

125

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 67: Racun disusun mengikut jenis dan racun jenis berdebu perlu berada
pada bahagian atas. Kad stok diletakkan pada setiap jenis racun.

Gambar 68: Contoh susunan peralatan yang baik bagi sesebuah stor

126

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 69: Pengurusan sisa bahan ladang juga merupakan komponen yang
perlu dilaksanakan dalam pelaksanaan amalan ladang baik
(sumber gambar Google)

127

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN
JENTERA

128

128

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN JENTERA
Jentera pertanian merujuk kepada mekanisasi atau penggunaan mesin
untuk membantu dalam aktiviti pertanian. Penggunaan jentera pertanian
dapat meningkatkan produktiviti dan menjadikan aktiviti ladang lebih
mudah serta dapat mengurangkan pengunaan tenaga buruh.
Secara amnya, kebaikan penggunaan jentera dalam aktiviti ladang
adalah:

Menjimatkan masa

Menjimatkan tenaga kerja

Melakukan kerja dengan efektif

Melakukan pelbagai jenis kerja

Melakukan kerja yang sukar dan merbahaya kepada
manusia

Penggunaan jentera semasa 129
melakukan aktiviti ladang

dapat membantu meningkatkan
produktiviti ladang.

129

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG

ANTARA CONTOH JENTERA P

BIL NAMA JENTERA FUNGSI

1 Penanam biji benih (seed Membantu menyemai atau

planter) pemindahan tanaman

2 Penabur baja Membaja bagi baja jenis butira

G BAIK

PERTANIAN DAN FUNGSINYA

CONTOH JENTERA

melakukan

an dan debu

130

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG

3 Penghembus berjentera Membaja bagi jenis butiran
untuk menabur baja padi
(Blower)

4 Penyembur Boom Menyembur baja cecair
perosak

5 Mesin rumput tolak Memotong rumput yang tida
sesuai pada kawasan yang ra

G BAIK

dan benih

dan racun

ak tebal dan
ata

131

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG

6 Penebas sandang (grass Memotong rumput dan sesua

cutter) di kawasan berbukit, tidak rata

7 Pam kuasa (motor blower) Menyembur racun rumpai. (T
untuk menyembur racun se
kulat kerana semburan halus
mendatangkan bahaya kepad

G BAIK

ai digunakan
a dan sempit

idak sesuai
erangga dan
s dan boleh
da pekerja)

132

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG

8 Penyembur galas Menyembur racun rumpai, se
(knapsack sprayer) kulat.

9 Pam air Membekalkan air melal
pengairan titis atau pengairan

G BAIK

erangga dan

lui sistem
n percik

133

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG

10 Mesin penuaian Membantu menjalankan aktiv
hasil tanaman

11  Traktor 4- roda Melakukan pelbagai aktiv
 Traktor 2-roda melalui pengunaan pelbagai i
- Penyediaan tanah
- Menanam biji benih atau

anak pokok
- Menabur dan menggaul ba

tanah
- Menyembur racun
- Merumput
- Pengangkutan

G BAIK

viti penuaian

viti ladang
implement
u mengubah
aja ke dalam

134

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG

12 Traktor 1 – roda (Garden Mengembur dan membuat ba
tiller/ cultivator)

13 Wood chipper Meracik dahan, ranting dan ru

G BAIK

atas

umput

135

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG

14 Gergaji berantai Memotong pokok dan dahan

15 Auger Membuat lubang pada tanah

G BAIK
136

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG

BIL JENIS IMPLEMENT TRAKTOR FUNGSI

1 Bajak piring/ Bajak sepak Menjalankan pembajak

dengan memotong

memterbalikkan tanah

bawah

2 Bajak pahat Memecahkan dan melo
taanh kering dan keras
akar keluar tanah

G BAIK GAMBAR CONTOH

kan primer
g dan

atas ke

onggarkan
s, menarik

137


Click to View FlipBook Version