The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK - JPPKK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-15 10:40:53

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN AMALAN LADANG BAIK - JPPKK

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 22: Rekabentuk teres bangku
(sumber gambar Google)

Gambar 23: Rekabentuk teres pentas
(sumber gambar Google)

46
46

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 24: Benteng konkrit dibina untuk mengawal hakisan tanah
(sumber gambar Google)

Gambar 25: Cascading drain mengalirkan air berlebihan pada kawasan cerun dan
mampu mengurangkan kesan hakisan
(sumber gambar Google)

47
47

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN
SUMBER
AIR

48

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN SUMBER AIR
Pengurusan air merupakan antara faktor penting yang perlu diberi
perhatian bagi menjamin produktiviti ladang ditahap yang maksima.
Pengurusan air boleh ditarifkan sebagai kaedah untuk membekalkan air
kepada tanah bagi menggantikan air hilang dan mengalirkan air yang
berlebihan keluar supaya hasil yang memuaskan diperolehi.

Aspek pengurusan sumber air merangkumi:

PENGAIRAN • Punca- punca air
SALIRAN • Jenis pengairan

• Jenis saliran

Saliran adalah sistem untuk
mengalirkan air yang

berlebihan keluar dari ladang

49

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
SISTEM PENGAIRAN
Pengairan merupakan aktiviti pemberian air tiruan kepada tanah bagi
menggantikan kehilangan air tanah atau membekalkan air kepada tanah
bagi keperluan pertumbuhan tanaman yang optimum.

Punca-punca air
Perkara pertama dalam pengurusan air ialah mengenalpasti punca-
punca air yang boleh digunakan untuk menyalurkan air kepada
tanaman. Punca-punca air yang biasa digunakan adalah:

 Air sungai
 Air kolam
 Air hujan
 Air tasik
 Air paip

Kebiasaannya, kolam takungan
akan dibina di ladang bagi

menakung air dan air tersebut
akan dirawat dan dialirkan ke

ladang menggunakan pam.

50

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
Jenis pengairan
Pemilihan jenis pengairan yang sesuai akan mempengaruhi kadar
pemberian air kepada tanaman. Pertimbangan pemilihan jenis
pengairan perlu mengambilkira faktor berikut:
 Jenis tanaman
 Topografi tanah
 Jenis tanah
 Punca dan kuantiti air yang disalurkan
 Keluasan tanah
 Amalan kultur

Jenis-jenis pengairan yang diamalkan di Malaysia adalah seperti berikut:

Pengairan Renjis

Pengairan Titis

Pengairan Permukaan

Pengairan Sub-permukaan

51

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

1. Sistem pengairan renjis

Merupakan sistem pengairan yang membekalkan air secara semburan
pada tanaman dimana semburan air dengan tekanan tinggi melalui
kepala perenjis dilakukan ke udara dan air akan jatuh seperti air hujan.
Sistem ini sesuai digunakan untuk mengairi untuk tanaman sayuran dan
tanaman singkat masa serta tanaman berkepadatan tinggi. Sistem
pengairan ini juga banyak digunakan pada kawasan tapak semaian,
kawasan semaian ladang dan kawasan rumput turf.
Berikut adalah ciri-ciri pengairan jenis renjis:

 Keperluan air yang sederhana dan kecekapan pengairan 65-85%
 Sesuai untuk semua jenis tanah terutama untuk tanah yang kasar

dan cetek
 Keseragaman air lebih kurang 50%
 Sesuai utuk kadar pengairan yang mudah dan kerap
 Tidak memerlukan parit ladang dan perataan tanah tidak

diperlukan.

Komponen dalam sistem pengairan jenis renjis adalah:

 sumber air (kolam takungan/ sungai/ tangki)
 Pam air dan rumah pam
 Peralatan kawalan- injap kawalan, tolok tekanan, dll
 Rangkaian paip - Saluran paip utama, saluran paip sisi dan paip

penegak/ paip tetingkat
 Kepala perenjis
 Penapis
 Penyambung pelbagai jenis

52

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 26: Contoh kepala renjis
(sumber gambar Google)

(a) (b)
Gambar 27: Komponen dalam pengairan renjis (a) Penapis (b) Pam air

(sumber gambar Google)

53

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Jenis pengairan renjis utama adalah seperti berikut:
 Kekal (permanent)

 Contoh : Overhead, Mikro/ kabus, Raingun, Bubbler

 Sistem berpindah (portable system)
 Contoh: Lateral move, Pivot center, Fleksible lateral

 Semi kekal (semi permanent)
 Contoh: Sprinkler –hop system, pipe grid system, Hose-pull
system

Semburan untuk kepala renjis
jenis kabus adalah lebih halus
berbanding kepala renjis jenis

overhead

54

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 28: Contoh sistem pengairan renjis jenis Overhead
(sumber gambar Google)

Gambar 29: Semburan pengairan renjis jenis kabus adalah lebih halus
(sumber gambar Google)

55

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 30: Sistem pengairan jenis lateral move yang mempunyai kadar kecekapan
pengagihan air yang tinggi sehingga 90%
(sumber gambar Google)

Gambar 31: Kepala renjis jenis raingun mempunyai radius yang tinggi dan sesuai
digunakan di kawasan yang luas
(sumber gambar Google)

56

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Umumnya terdapat dua jenis kepala renjis yang digunakan dalam
sistem pengairan renjis iaitu:

Kepala renjis Kepala renjis
berputar tetap

Gambar 32: Perbezaan pengairan renjis kepala jenis berputar (atas) dan jenis tetap
(bawah)

(sumber gambar Google)

57

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PERBEZAAN DIANTARA SISTEM KEPALA BERPUTAR DAN
SISTEM KEPALA TETAP

Sistem Kepala Berputar Sistem Kepala Tetap (Mikro/

Bubbler)

Semburan adalah dalam bentuk titisan air Semburan adalah dalam bentuk kabus

yang kasar menyerupai hujan atau titisan halus

Semasa proses penyemburan berlaku, Semasa proses penyemburan air, kepala
kepada perenjis akan berputar pada 360 perenjis tidak berputar.

darjah

Air yang disembur berbentuk bulatan yang Air yang disembur di pecahkan terlebih

basah (wetted circle). dahulu ‘deflector’ atau dipusingkan oleh

‘flipper’ sebelum disebabkan dalam

bentuk bulatan basah

Jejari radius basah atau kawasan yang Jejari (radius) basah atau kawasan yang
disiram adalah besar antara 2 – 50 meter di siram adalah lebih kecil dari sistem

bergantung pada spesifikasi pam air dan pengairan renjis jenis kepala berputar.
jenis kepala pemercik yang digunakan.

Sesuai digunakan di kawasan berskala Digunakan untu kawasan berskala kecil

luas dan terbuka dan sukar di buat pemasangan. Sesuai

digunakan untuk pengairan pokok hiasan,

tapak semaian, rumput turf, kawasan

halaman, rumah lindungan dan dusun

buah-buahan.

Kepala perenjis dipasang diatas paip Kepada perenjis dipasang diatas paip

tetingkat pada paras ketinggian yang tetingkat pada paras yang rendah atau

bergantung kepada keperluan serta dipasang pada bahagian bumbung/ atas

ketinggian tanaman struktur binaan ladang seperti di tapak

semaian.

Kadaralir air dan keperluan tekanan Kadar alir dan keperluan tekanan semasa

semasa operasi untuk sistem ini adalah operasi untuk sistem ini adalah rendah.

tinggi.

58

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENGAIRAN RENJIS

Kelebihan Kelemahan

Kecekapan pengairan yang tinggi Penggunaan kadar air yang banyak dan

kadar kehilangan yang tinggi disebabkan

pewapan

Penyemburan sekata dan tersebar luas Kos permulaan, kos penyelenggaraan dan

operasi yang tinggi

Sesuai digunakan pada kebanyakkan Semburan air dipengaruhi oleh tiupan

kawasan: angin

 kawasan tanah topografi yang tidak

rata dan terdedah pada hakisan
 Kawasan tanaman berkepadatan tinggi
 Kawasan yang mempunyai tekstur

tanah berpasir yang tidak dapat

memegang air dengan baik

Komponen sistem mudah dialihkan ke Pengairan melalui sistem renjisan pada

kawasan yang lain atas kanopi pokok akan menyebabkan

kesan racun atau baja foliar yang disembur

terdahulu terbilas (wash out)

Semburan racun dan baja boleh diaplikasi Semburan yang kuat boleh menyebabkan

melalui sistem ini bunga gugur terutama pada tanaman

seperti cili, terung, dan jagung.

Kadar hakisan tanah rendah kerana larian Tidak sesuai digunakan pada tanah yang

air rendah berstruktur padat dimana kadar

penyerapan air adalah rendah

Tidak mudah tersumbat, tahan lasak dan Penyakit terutama pada bahagian daun

mudah diselenggara. senang membiak akibat kadar kelembapan

yang tinggi dari semburan.

Tidak menggangu operasi alat dan mesin Memerlukan pekerja yang mahir untuk

pertanian serta tidak memerlukan kawasan mengendali pam, pembahagian air dan

khas yang banyak untuk pembinaan parit pengawalan air serta penyelengaraan

dan sebagainya. sistem.

59

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
REKABENTUK SISTEM PENGAIRAN RENJIS

Peta kawasan • Maklumat seperti keluasan dan topografi tanah
Sumber air akan membantu membuat pengiraan kehilangan
turus tekanan, membuat pemilihan kuasa pam air
dan menentukan jumlah serta susunatru perenjis.

• Kedudukan sumber air serta kuantiti dan kualiti
sumber air perlu diambilkira.

Keadaan cuaca/ iklim • Maklumat seperti suhu harian, kelembapan udara,
taburan hujan dan hadlaju serta arah tiupan angin.

Jenis tanah • Maklumat siri tanah, struktur tanah dan tekstur
Jenis tanaman tanah, sifat pegangan air tanah dan kadar resapan
Sumber Tenaga air oleh tanah.

• Maklumat seperti kadar keperluan air harian oleh
tanaman, jangka masa kematangan tanaman,
kedalaman zon akar serta sistem penanaman yang
diamalkan.

• Maklumat seperti kuasa pam, kapasiti pam, serta
jenis sumber kuasa untuk menjalankan aktiviti pam
air.

Bahan dan Komponen • Maklumat seperti jenis bahan digunakan serta kos
sistem dan susunatur sistem pengairan.

60

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
PENYELENGGARAAN SISTEM PENGAIRAN RENJIS

Injap kaki • Pastikan ia sentiasa dibersihkan dan berada dalam
kedudukan tergantung diatas dasar air.

Saluran perpaipan • Pastikan saluran perpaipan utama atau lateral
tidak bocor, pecah atau tersumbat

Enjin dan pam • Perlu diselenggara mengikut jadual yang telah
Kepala perenjis ditetapkan.

• Pastikan kepala perenjis berada pada
kedudukannya, lubang kepala perenjis tidak
tersumbat dan periksa kadar semburan air dari
masa ke semasa.

Sistem pengairan renjis
sesuai digunakan pada
kebanyakkan jenis tanah

61

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
2. Sistem pengairan titis
Merupakan sistem dimana pemberian air diberi secara terus kepada zon
akar tanaman perlahan-lahan melalui titisan air secara kerap.
Pengunaan sistem ini banyak diaplikasi pada kaedah penanaman
secara fertigasi dan sesuai juga digunakan untuk membekalkan air bagi
tanaman sayur berdaun, tanaman sayur buah seperti cili, terung,
tanaman singkat masa seperti labu, tembikai serta tanaman
berkepadatan tinggi seperti pisang, dan betik.

Ciri pengairan titis adalah seperti berikut;
 Keperluan air yang rendah dan kecekapan pengairan 90%
 Sesuai untuk semua jenis tanah terutama tanah yang kasar dan
kehilangan punca air
 Keseragaman penyebaran air mencapai 90% bagi 100 meter
panjang
 Kadar pengairan yang rendah dalam masa yang panjang. Sesuai
untuk pengairan yang rendah dan kerap
 Penggunaan tanah yang sepenuhnya
 Perataan tanah tidak diperlukan

62

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Sistem ini mempunyai komponen yang hampir sama dengan sistem
pengairan renjis iaitu:

 Sumber air (kolam takungan/ sungai/ tangki)
 Pam air dan rumah pam
 Peralatan kawalan- injap kawalan, injap pintu, injap kelegaan, dll
 Rangkaian paip - Saluran paip utama, saluran sekunder dan sisi
 Penitis
 Penapis
 Penyambung pelbagai jenis

Terdapat 3 jenis utama untuk sistem pengairan titis iaitu:

Dripper

• pressure compensating, Button dripper, Flag dripper, In-line dripper,
adjustable dripper, adjustable bubbler

Microsprayer

• micro sprinkler, fogger/ mister, pot and basket mister, micro sprayer
jet, fan sprayer jet, adjustable micro sprayer jet, mini sprinkler, fogger,
flow regulated micro sprinkle, adjustable vortex micro sprayer, spray
stick

Dripline & soaker hose

• drip soaker tape, porous soaker hose, micro line dripline, earthline
brown PC dripline

63

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 33: Button dripper banyak digunakan pada kawasan nurseri tanaman
(sumber gambar Google)

Gambar 34: Mikro sprinkler dipasang pada setiap pokok untuk membekalkan air. Ia
juga sesuai juga digunakan pada kawasan landskap untuk pengairan tumbuhan renek

(sumber gambar Google)

64

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 35: Contoh inline dripper
(sumber gambar Google)

Gambar 36: Jenis iniline dripper yang sesuai digunakan di atas batas sayur
(sumber gambar Google)

65

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
KELEMAHAN DAN KEBAIKAN SISTEM PENGAIRAN TITIS

KELEMAHAN • Sistem mudah tersumbat
KELEBIHAN
• Rangkaian paip polyethylene yang dipasang diatas
permukaan tanah terdedah kepada kerosakan
seperti terputus kerana terpotong oleh mesin
rumput atau digigit tikus

• Pembentukan garam pada zon akar yang akan
menjejaskan pertumbuhan tanaman terutamanya
bagi sistem fertigasi.

• Lebih efisen kerana pemberian air adalah terus ke
zon akar dan pembaziran air dikurangkan.

• Memerlukan tekanan air yang rendah

• Sesuai digunakan untuk kebanyakkan jenis tanah
dan kawasan serta yang mempunyai sumber air
yang terhad

• Dapat mengatasi masalah air larian permukaan dan
larut resap nutrient terutamanya unsur N di dalam
tanah.

• Tidak memerlukan perataan tanah dan komponen
sistem tidak menggangu aktiviti ladang.

• Mengurangkan masalah pertumbuhan rumpai dan
keberangkalian terdedah kepada penyakit kerana
pemberian terus ke zon akar.

• Tidak menggangu proses pendebungaan
sesetengah jenis tanaman

• Keseragaman semburan air tidak dipengaruhi oleh
faktor angin

• Tidak menggangu operasi kerja lain seperti
merumput, menyembur racun dan sebagainya

• Mengekalkan kelembapan tanah secara berterusan

66

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
PENYELENGGARAAN SISTEM PENGAIRAN TITIS

Injap kaki • Pastikan ia sentiasa dibersihkan dan berada dalam
Saluran perpaipan kedudukan tergantung diatas dasar air

Enjin dan pam • Pastikan saluran perpaipan utama atau lateral
tidak bocor, pecah atau tersumbat. Lakukan
bilasan dengan air bersih sekurang-kurangnya 2
kali seminggu untuk menghilangkan kesan garam
yang terkumpul.

• Perlu diselenggara mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

Penitis • Pastikan penitis tidak tercabut dan tidak tersumbat.
Penapis
• Cuci dan penapis air sentiasa untuk memastikan
paip dan penitis tidak mudah tersumbat

67

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 37: Sistem fertigasi yang menggunakan sistem pengairan titis untuk
membekalkan air dan baja

Gambar 38: Sistem pengairan secara titis yang digunakan di ladang buah-buahan
(sumber gambar Google)

68

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 39: Contoh pengairan titis di atas batas
(sumber gambar Google)

Gambar 40: Contoh pengairan titis di atas kawasan landskap
(sumber gambar Google)

69

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

3. Sistem pengairan permukaan
Sistem ini menggunakan permukaan tanah sebagai satu perantaraan
bagi perjalanan air disebarkan ke seluruh kawasan dimana air akan
mengalir di atas dan merentas darat mengikut graviti. Pengairan jenis
ini paling murah, mudah dan praktikal untuk membekalkan air secara
sekata dan seragam.

Berikut merupakan ciri bagi pengairan permukaan:
 Kadar kecekapan pengairan adalah 55-75% dan memerlukan

keperluan air yang banyak
 Sesuai untuk jenis tanah kecuali tanah pasir yang mempunyai

kadar susupan yang tinggi
 Kadar pengairan yang tinggi dalam masa singkat sahaja, tidak

sesuai bagi pengairan yang rendah
 Perataan tanah sangat penting dan tanah digredkan dengan

cermat.

Pengairan permukaan sesuai dijalankan dalam keadaan berikut:
 Kawasan tanah yang mampu menampung air seperti tanah

mineral dan tanah gambut cetek
 Untuk tanaman yang memerlukan kadar air yang tinggi atau

tolerate terhadap takungan air.
 Untuk tanaman yang ditanam secara padat atau berbaris serta

tanaman padat.

70

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Jenis-jenis pengairan permukaan adalah seperti berikut:
 Pengairan alur
 Pengairan banjir
 Pengairan takung
 Pengairan sempadan

Kelebihan dan kekurangan sistem pengairan ini adalah seperti berikut:

KELEBIHAN • Penyebaran air adalah seragam dan sekata
KEKURANGAN • Tidak memerlukan peralatan atau komponen

yang banyak
• Sesuai untuk kebanyakkan jenis tanah kecuali

tanah bris
• Sesuai untuk tanaman yang memerlukan

keperluan air yang tinggi seperti padi

• Kawasan memerlukan perataan dan tidak
sesuai bagi kawasan yang mempunyai
topografi berbukit/ cerun

• Memerlukan pembinaan alur, parit dan
sistem kawalan yang menggunakan hampir
7.5-10% kawasan penanaman

• Mungkin menghadkan penggunaan jentera
• Tidak semua jenis tanaman sesuai

71

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 41: Pengairan alur di buat pada sistem batas
(sumber gambar Google)

Gambar 42: Pengairan banjir digunakan sebagai sistem pengairan sawah padi
(sumber gambar Google)

72

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 43: Antara contoh pengairan takung adalah hidroponik, Nutrient Film Technique
(NFT) dan Deep Film Technique (DFT)
(sumber gambar Google)

Gambar 44: Contoh pengairan sempadan
(sumber gambar Google)

73

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
4. Sistem pengairan sub-permukaan (sub-surface)
Merupakan jenis pengairan yang dijalankan di bawah permukaan
tanah. Komponen untuk pengairan jenis ini adalah hampir sama
dengan pengairan titis. Saluran paip akan direntang dan ditanam
pada kedalaman yang ditetapkan. Pemberian air terus ke zon akar
untuk sistem ini akan dijalankan secara perlahan-lahan melalui
titisan.

Gambar 45: Pemasangan sistem pengairan subsurface
(sumber gambar Google)

Sistem pengairan sub-surface
 Kadar penyebaran air
secara seragam dan
sekata adalah tinggi

74

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

KELEMAHAN DAN KEBAIKAN SUB- PERMUKAAN

Kelebihan Kelemahan

Penggunaan air yang minima dan kadar Kos permulaan untuk memasang sistem

kehilangan air disebabkan oleh ini adalah tinggi

pengewapan adalah sangat rendah

Memerlukan tekanan air yang rendah Memerlukan pekerja yang lebih mahir

berbanding dengan sistem pengairan yang

lain.

Boleh dipasang pada kawasan yang Sistem perlu direka dengan teliti supaya air

tidak rata dan tidak sekata bentuk serta dapat dibekalkan dengan baik tanpa

sesuai untuk kebanyakkan jenis tanah menggangu ruang atau jarak antara

tanaman.

Dapat mengatasi masalah air larian Sebarang keputusan untuk mengubah atau

permukaan dan hakisan tanah menukar sistem kepada sistem yang lain

memerlukan pelaksanaan kerja dan kos

yang banyak

Mampu meningkatkan hasil, Perlukan penyelenggaran sistem yang

mengurangkan kadar penggunaan air, tinggi dan berjadual

nutrient, racun perosak dan buruh jika

diuruskan dengan baik.

Mengurangkan pertumbuhan rumpai Perlu memberi perhatian pada masalah

salinity tanah dan kesan unsur Kalsium

carbonate yang larut dalam air yang

dibekalkan.

Kecekapan pemberian baja yang tinggi Sistem tapisan perlu dipantau sentiasa

kerana baja terus diberikan pada bagi memastikan pengairan tidak

kawasan akar tersumbat.

Sesuai untuk tanaman bernilai tinggi Air perlu sentiasa ada mengikut keperluan

Kelembapan dan kesuburan tanah dapat Komponen mudah rosak disebabkan

dikekalkan pada tahap yang optima serangan tikus, jentera dan kegagalan

operasi sistem.

75

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

SISTEM SALIRAN
Saliran adalah kaedah atau tindakan untuk mengalirkan air berlebihan
keluar pada permukaan tanah. Air yang berlebihan ini akan
menyebabkan masalah penyaliran dan ini akan menggangu proses
pembesaran tanaman. Air dianggap berlebihan apabila jumlah yang ada
menjejaskan pengeluaran tanaman dengan mewujudkan perubahan
fizikal dan kimia yang tidak menguntungkan dalam persekitaran
pertumbuhan tanaman.
Terdapat beberapa sistem rekabentuk penyaliran ladang yang boleh
diaplikasikan oleh petani. Pemilihan jenis rekabentuk saliran ini
bergantung pada keperluan dan factor-faktor seperti jenis tanah,
topografi, iklim setempat dan lain-lain.
Penyaliran air berlebihan akan membawa kepada kebaikan-kebaikan
berikut:
 Mengurangkan kadar salinitI melalui pengairan
 Mengurangkan kadar hakisan
 Kadar percambahan dan pertumbuhan pokok yang lebih baik
 Pertumbuhan, dan hasil tanaman yang lebih baik
Jenis saliran terbahagi kepada dua jenis utama iaitu:

 Saliran permukaan
 Saliran subpermukaan
Penyelengaraan saliran yang utama adalah memasang perangkap
sampah sarap serta menjalankan pembersihan dari masa ke semasa
bagi mengelakkan berlakunya banjir.

76

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
Saliran permukaan
Saliran permukaan merupakan saliran di atas permukaan tanah dimana
air akan disalirkan keluar melalui parit-parit yang dibina.
Kesemua sistem saliran perlulah mempunyai komponen berikut:

Parit ladang
• Menyalirkan air berlebihan dari plot penanaman ke

parit pengumpul
Parit pengumpul
• Menyalirkan air berlebihan ke parit utama
Parit besar/ utama
• Menyalirkan air berlebihan ke sungai/ kawasan

tadahan.
Titi/ jambatan/ culvert

77

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 46: Parit utama (kiri) dan pintu air (kanan)
(sumber gambar Google)

Gambar 47: Parit ladang (kiri) dan parit pengumpul (kanan)
(sumber gambar Google)

78

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Umumya, sistem saliran untuk saliran permukaan terbahagi kepada
sistem iaitu:
1. Sistem batas (alur)

Alur mati dibuat sekeliling batas bagi mengalirkan air berlebihan ke
parit.

2. Sistem pemintasan
Sistem ini dikenali senagai sistem cerun melintang. Sistem ini dibina
sekeliling cerun yang serata grednya berasaskan topografi tanah.

3. Sistem parit rawak
Sistem ini sesuai untuk kawasan yang permukaan tanahnya
mempunyai lekuk-lekuk yang sangat dalam dan besar serta tidak
dapat diratakan walaupun ditimbus dengan tanah.

4. Sistem parit selari
Sistem parit selari sesuai untuk tanah yang sistem penyaliran tidak
elok disebabkan banyak lekuk yang cetek. Lebar antara parit
biasanya 185 – 370 m.

5. Sistem parit tulang hering
Selalu digunakan untuk kawasan besar dan mempunyai bentuk yang
tidak sekata.

79

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PARIT SELARI PARIT TULANG HERING

PARIT BERKEMBAR UTAMA PARIT RAWAK

Gambar 48: Jenis-jenis sistem saliran pertanian
(sumber gambar Google)

Saliran sub-permukaan

Merupakan kaedah pembuangan air berlebihan pada kawasan zon akar.
Terdapat tiga jenis saliran sub-permukaan yang selalu digunakan
iaitu:

 Paip pembentong (Perforated pipe)
 Paip dalam (Deep ditches)
 Pam telaga (Well pumping)

80

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Gambar 49: Pemasangan sistem saliran subpermukaan menggunakan paip pembentong
(sumber gambar Google)

81

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN
TANAMAN

82

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

PENGURUSAN TANAMAN

Pengurusan tanaman dalam amalan ladang baik merangkumi beberapa
aspek kirtikal yang perlu diberikan perhatian. Pengurusan tanaman yang
baik menjamin pengeluaran produktiviti yang tinggi dan secara tidak
langsung memastikan komponen lain dalam amalan ladang yang baik
dapat dilaksanakan. Pengurusan tanaman dalam amalan ladang yang
baik menekan perkara-perkara berikut:

 Penanaman mengikut jadual dan gerak kerja
 Penanaman mengikut jarak, susunan dan kepadatan yang sesuai
 Penanaman mengikut sistem penanaman
 Pengurusan pembajaan tanaman
 Pengurusan kawasan penyakit dan perosak tanaman

Jadual Penanaman

Jadual penanaman merupakan jadual yang mencatatkan gerak kerja
atau aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh petani mengikut Hari Lepas
Tanam (HST) tanaman. Jadual ini penting dalam merangka dan
melaksanakan kesemua aktiviti yang terlibat sepanjang proses
pelaksanaan projek penanaman sesuatu tanaman. Jadual ini akan
membekalkan maklumat seperti tarikh menyemai, membaja, kawalan
perosak dan penyakit sehingga ke tarikh penuaian.

Berikut merupakan komponen yang perlu ada dalam jadual penanaman:

Tarikh Tarikh Hari lepas Aktiviti Input
Bahan Kadar
pelaksanaan perancangan tanam (HST)

83

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Petani perlu mempunyai maklumat berkaitan seperti kadar biji benih/
luas kawasan, kekerapan dan kadar pembajaan, jenis baja dan racun,
tempoh masa serta lain-lain maklumat berkaitan untuk melengkapkan
jadual penanaman.

Tarikh Tarikh Hari lepas Aktiviti Input
pelaksanaan perancangan tanam Bahan Kadar
(HST) Pembersihan kawasan
Pembajakan primer CaO 50kg
-21 Pengapuran Baja 50kg
organik
18/8/2018 18/8/2018 -7 Pembajakan sekunder
29/8/2018 25/8/2018 Pembajaan asas
0
7 Menyemai
Pembajaan 1

30 Penuaian
Jadual 1: Contoh jadual penanaman

Jadual 2: Contoh jadual tempoh tuaian hasil tanaman
(sumber Google)

84

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Jarak, Susunan dan Kepadatan Tanaman
Jarak tanaman merujuk kepada jarak ruang di antara tanaman dan
jarak ruang di antara baris (rujuk gambar) atau jarak antara satu pokok
dengan pokok yang berjiran dengannya dan melitupi kawasan keliling
kawasan sesuatu pokok.

Jarak tanaman = jarak antara baris x jarak antara tanaman

Jarak antara baris

Jarak antara tanaman

(a) (b)

(a) Jarak antara baris (b) Jarak antara tanaman

85

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Manakala kepadatan merujuk kepada jumlah pokok per luas kawasan
penamanan. Penanaman mengikut jarak, susunan dan kepadatan yang
disyorkan perlu dipatuhi bagi memastikan pertumbuhan dan
pembesaran tanaman tidak terganggu. Jarak tanaman yang terlalu rapat
dan kepadatan yang terlalu tinggi akan menyebabkan perebutan
nutrient, air dan cahaya matahari.

Selain dari itu, situasi tersebut juga akan menyebabkan masalah dari
segi penyakit dan perosak. Pensyoran jarak tanaman bergantung pada
perkara beberapa faktor seperti sistem penanaman, jenis dan kesuburan
tanah, varieti tanaman, teknologi, mekanisasi, pengurusan tanaman,
kuantiti dan kualiti hasil yang dikehendaki. Jarak tanaman yang
disyorkan bagi tanaman ditunjukkan pada Jadual 3.

Kepadatan sesuatu tanaman
bergantung kepda jenis
tanaman tersebut.

86

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Jadual 3: Jadual anggaran kepadatan tanaman menngikut kaedah bilangan
batas

(sumber perisian Agrimath, Jabatan Pertanian)

87

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
Untuk susun atur tanaman ia merujuk kepada rekabentuk atau sistem
penanaman yang diamalkan. Berikut merupakan sistem atau susun atur
tanaman yang utama dalam amalan ladang baik:

1 Sistem penanaman atas batas



2 Sistem susunan penanaman segiempat sama atau empat
penjuru

3 Sistem susunan penanaman segiempat tepat

4 Sistem susunan penanaman segitiga

5 Sistem susunan penanaman segi empat keluang

6 Sistem penanaman berbilang

88

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Susunan Penanaman Dan Pengiraan Kepadatan Tanaman
1. Sistem penanaman atas batas
Kebanyakkan tanaman sayuran berdaun dan berbuah memerlukan
batas bagi aktiviti penanaman. Pembinaan batas bertujuan untuk:
 Mengelakkan air bertakung
 Menambah kesuburan tanah
 Memudahkan kawalan rumpai, kawalan perosak dan juga

memudahkan penyiraman.
Ukuran batas selalunya bergantung pada jenis tanaman dengan
mengambil kira beberapa faktor seperti jenis tanah dan kesuburan, guna
tanah maksima, keperluan mekanisasi dan lain-lain.
Ukuran batas yang disyorkan yang adalah 0.75 – 1.5 meter lebar dan
0.25 – 0.3 meter tinggi. Jarak di antara batas ialah 0.5 – 1.0 meter.

Luas batas
= Lebar batas x Panjang batas

Luas kuadrat
= (Lebar batas + Jarak antara batas) x
(Panjang batas + Jarak antara batas (lorong))

Jumlah batas
= Luas kawasan / Luas kuadrat

Luas kawasan penanaman
= Luas batas x Jumlah batas

89

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
Untuk mengira kepadatan pokok per luas batas, terdapat dua cara boleh
digunakan iaitu:

A. Kaedah bilangan batas

Kepadatan pokok per batas
= (Panjang batas / jarak antara tanaman) x

jumlah baris

Kepadatan pokok per luas kawasan
= kepadatan pokok per batas x jumlah batas

B. Kaedah persampelan kuadrat
Kaedah sesuai digunakan untuk mengira kepadatan tanaman
sayuran jenis daun dan umbisi yang bersaiz kecil. Persampelan
kuadrat kecil dilakukan bagi menggangar kepadatan pokok
sebatas.

Kepadatan pokok per batas
= bilangan pokok per kuadrat x luas batas

Kepadatan pokok per luas kawasan
= kepadatan pokok per batas x jumlah batas

90

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Kuadrat Kuadrat 2
1

Batas Batas Jarak Antara Batas
1 2 Batas 3

Batas (Lorong)
4
Batas Jarak Antara
5 Batas

Batas
6

Kuadrat 3 Kuadrat 4

Rajah 2: Contoh pembahagian kuadrat batas

91

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
2. Sistem susunan penanaman segi empat sama atau empat
penjuru
Merupakan sistem yang selalu digunakan untuk pokok-pokok kekal
dimana terdapat satu batang pokok di setiap penjuru. Dalam jarak ini,
jarak antara pokok dalam baris adalah sama dengan jarak antara baris.

Kepadatan tanaman
= keluasan kawasan / jarak tanaman (panjang x lebar)

3. Sistem susunan penanaman segi empat tepat
Jarak antara pokok dalam baris adalah berbeza dengan jarak antara
baris dalam sistem penanaman segi empat tepat. Sistem ini
membolehkan tanaman pendek ditanam di dalam ruang di antara
barisan.

Kepadatan tanaman
= keluasan kawasan / jarak tanaman (panjang x lebar)

92

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK
4. Sistem susunan penanaman segitiga
Jarak antara pokok secara tiga penjuru sama. Sistem ini dapat
mengoptimumkan kawasan hampir 15% berbanding susunan sistem
empat segi.

Kepadatan tanaman
= (keluasan tanaman / jarak tanaman (panjang x lebar)) x 1.154

** Faktor konstant susunan segitiga = 1.154

5. Sistem susunan penanaman sisi keluang
Sistem penanaman sisi keluang, jarak tanaman bagi tanaman kekal
adalah mengikut segiempat sama tetapi ditambah dengan tanaman
salingan (filler) yang terdiri dari jenis yang kecil dan cepat berbuah
seperti limau, belimbing, pisang, jambu batu dan lain-lain. Tanaman
selingan merupakan tanaman sementara dan akan dibuang apabila
kanopinya mula bersaing dengan tanaman tanaman kekal.

93

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

Kepadatan pokok tanaman kekal
= keluasan kawasan / jarak tanaman (panjang x lebar)

Kepadatan pokok filler
= (keluasan kawasan / jarak tanaman (panjang x lebar)) x 1.75

** Faktor konstant susunan sisi keluang = 1.75

Tanaman selingan

Tanaman selingan yang boleh
ditanam adalah tanaman yang

cepat berbuah dan bersaiz
kecil seperti limau, belimbing

dan jambu batu.

94

BAB 2 SUMBER-SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN LADANG BAIK

6. Sistem penanaman berbilang
Merupakan kaedah penanaman dua atau lebih tanaman per unit
kawasan tanah untuk jangka masa setahun. Sistem ini juga dikenali
sebagai sistem polikultur. Sistem berbilang boleh dikategorikan
kepada sistem berikut:

 Tanaman campuran (mixed cropping)
Penanaman lebih daripada satu jenis tanaman di kawasan yang
sama pada masa yang sama. Contoh penanaman campuran
adalah penanaman terung, bendi dan kacang panjang pada plot
yang sama

 Tanaman selingan (intercropping)
Penanaman dua jenis atau lebih jens tanaman secara serentak
pada kawasan yang sama dalam satu musim. Kebiasaannya
penanaman selingan melibatkan penanaman satu jenis tanaman
utama dan penanaman tanaman selingan pada barisan tanaman
yang ada. Ia melibatkan penanaman tanaman jangka pendek
dengan jangka pendek, penanaman tanaman jangka panjang
dengan tanaman jangka pendek, atau penanaman tanaman
jangka panjang dengan jangka panjang. Contoh tanaman selingan
adalah soya sebagai tanaman selingan untuk tanaman kelapa
sawit, labu sebagai tanaman selingan untuk tanaman jagung dan
pisang atau rambutan sebagai tanaman selingan untuk tanaman
durian.

95


Click to View FlipBook Version