NORASLIZA BINTI ABU BAKAR
ZALEHA BINTI CHE MAH
ZAINI BINTI MADARSHAH
MOHD ALIFF SAFUAN BIN JAMALUDDIN
Editor
Muhammad Fazli bin Jasli
Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham
Penulis
Norasliza binti Abu Bakar
Zaleha binti Che Mah
Zaini binti Madarshah
Mohd Aliff Safuan bin Jamaluddin
Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil
Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018
© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini
yang boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan
apa cara sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada
penerbit dan pemilik hak cipta.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
INDAH DAN MUDAHNYA ASAS JAHITAN
ISBN 978-967-0823-73-7
Isi Kandungan MUKA
SURAT
ISI KANDUNGAN
1–4
PENGENALAN (ALAT DAN BAHAN ) 5–7
- PERALATAN MENGUKUR 8 – 16
PITA UKUR 17 – 23
- PERALATAN MENANDA
KERTAS KARBON 24 – 33
RODA SURIH
JARUM PENITI 34 – 46
- PERALATAN MENDRAF
PEMBARIS LURUS
PEMBARIS MELENGKUNG
PEMBARIS SESIKU L
LENGKOK PERANCIS “FRENCH
CURVES”
- PERALATAN MEMOTONG
GUNTING FABRIK
GUNTING KERTAS
GUNTING SULAM
SNIPPER
GUNTING BERGERIGI “PINKING
SHEARS”
ALAT MEMOTONG ELEKTRIK
BAND CUTTER
STRAIGHT KNIFE CUTTER
ROTARY BLADE CUTTER
- PERALATAN MENJAHIT
JARUM MESIN
JARUM JAHIT TANGAN
JARUM CREWEL
1
PENETAS JAHITAN 47 – 54
PIN CUSHION 55 - 68
STILETTO
69 – 85
PUNCHER EYELET
- PERALATAN MENEKAN
SETERIKA KERING
SETERIKA WAP
BOD SETERIKA
KUSYEN KELIM
TAILOR’S HEM
BOD LENGAN
FABRIK MENEKAN
BOTOL PERENJIS
- MESIN JAHIT
MESIN JAHIT DOMESTIK (KAKI)
MESIN JAHIT MUDAH ALIH
(FORTABLE)
MESIN JAHIT LURUS INDUSTRI
(LOCKSTICTH MACHINE)
MESIN JAHIT TEPI (OVERLOCK
MACHINE )
MESIN JAHIT LUBANG BUTANG
(BUTTONHOLE MACHINE)
MESIN JAHIT SULAM MANUAL &
BERKOMPUTER
MENGENAL PASTI BAHAGIAN-
BAHAGIAN MESIN JAHIT
BAB 1
- KELIM
FUNGSI
PEMILIHAN DAN CIRI-CIRI
LANGKAH MENJAHIT
KELIM BELAH KANGKUNG
KELIM BETAWI
KELIM PAPAN MESIN
KELIM LIPAT TINDIH
2
BAB 2 86 – 100
- BELAH 101 – 125
FUNGSI 126 – 135
PEMILIHAN DAN CIRI-CIRI 136 – 155
LANGKAH MENJAHIT
BELAH KELEPET SAMA LEBAR
BELAH KELEPET SAMA LEBAR
TERSEMBUNYI
BELAH SEMBUNYI KANCING
“FLY”
BAB 3
- PENYUDAH TEPI
FUNGSI
PEMILIHAN DAN CIRI-CIRI
LANGKAH MENJAHIT
LAPIK LURUS
KUN
BEN DAN KASING GETAH
KELEPET MELENGKUNG
KOLAR KEMEJA
KAF
BAB 4
- PENGHILANG GELEMBUNG
FUNGSI
PEMILIHAN DAN CIRI-CIRI
LANGKAH MENJAHIT
LISU TERGANTUNG
LISU PEMADAN CEKUNG
LISU PEMADAN CEMBUNG
BAB 5
- KANCING
FUNGSI
PEMILIHAN DAN CIRI-CIRI
LANGKAH MENJAHIT
BUTANG DAN LUBANG
BUTANG BERSIRAT
BUTANG KATUP
CANGKUK DAN MATA
3
CANGKUK DAN PALANG 156 - 175
ZIP BIASA 176 - 180
ZIP SEMBUNYI
BAB 6 181
- KOCEK
FUNGSI
PEMILIHAN DAN CIRI-CIRI
LANGKAH MENJAHIT
KOCEK TAMPAL
KOCEK SISI
KOCEK BERBIBIR TUNGGAL
BAB 7
- LENGAN
FUNGSI
PEMILIHAN DAN CIRI-CIRI
LANGKAH MENJAHIT
LENGAN PADANAN RATA
RUJUKAN
4
Alat dan Bahan
1.0 ALAT MENGUKUR
Diperbuat daripada gentian kaca dan sintetik. Berukuran 150cm. Ia
digunakan untuk mengambil ukuran badan seseorang sama ada ukuran
lilitan atau memanjang.
Mengukur Panjang
FUNGSI Unit Metrik
(Centimeter & Inci)
1.01 PITA MENGUKUR MEASURING TAPE
A-B Garis Tengah
Belakang
C Pinggang
D Lutut
E-F Labuh Pinggul
G Garis Tengah
Hadapan
H Dada
I Pinggul
J Keliling Leher
L-M Panjang Lengan
P-Q Bidang Belakang
R-S Labuh Skirt
5
1.02 CARA MENGUKUR MENGGUNAKAN PITA MENGUKUR
GAMBARAJAH: PENGGUNAAN PITA PENGUKUR INCI
1/8 inci
2/8 inci = 1/4 inci (suku inci)
3/8 inci
4/8 inci = 1/2 inci (setengah inci)
5/8 inci
6/8 inci = 3/4 inci (tiga suku inci)
7/8 inci
8/8 inci = 1 inci
6
GAMBARAJAH: PENGGUNAAN PITA PENGUKUR SENTIMETER
1.03 CARA MENJAGA PITA UKUR
Gulung setelah Simpan di dalam kotak jahitan
menggunakannya dari hujung
ukuran yang besar ke ukuran
yang kecil
Elakkan daripada terkena air Elakkan daripada terkena panas
kerana tanda ukuran akan pudar kerana bentuk dan ukuran akan
berubah
7
2.0 ALATAN MENANDA
Alatan ini diperlukan untuk memindahkan simbol dan tanda pola yang
terdapat pada pola kertas kepada fabrik. Pemilihan alat menanda
bergantung kepada jenis fabrik yang anda gunakan untuk membuat
pakaian. Alatan menanda yang digunakan dalam pembuatan pakaian ialah
pensil tukang jahit, kapur tukang jahit, jarum peniti, roda surih dan kertas
karbon tukang jahit.
FUNGSI Menanda di
bahagian fabrik
Menanda ukuran
basi / notches
Memindahkan
garisan tanda pola
PENSIL TUKANG KAPUR TUKANG KERTAS KARBON
JAHIT JAHIT
ALAT MENANDA
RODA SURIH JARUM PENITI
8
2.01 PENSIL TUKANG JAHIT
Kebanyakan pensil tukang jahit mempunyai dua hujung yang mempunyai
dua warna yang berlainan . Satu dari hujungnya berwarna merah dan satu
lagi berwarna biru .Pensil tukang jahit boleh didapati dalam beberapa saiz
dan jenama. Ia boleh ditajamkan dengan pengasah pensil.
2.02 KEGUNAAN PENSIL TUKANG JAHIT
Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada
fabrik.
Membuat dan memindahkan tanda pola.
Menanda garis gunting pada fabrik.
9
2.03 CARA MENJAGA PENSIL TUKANG JAHIT
Simpan dalam kotak jahitan
Elakkannya daripada terjatuh.
Apabila tumpul, hendaklah diasah dan
elakkan dari mengasah terlalu tajam
2.04 KAPUR TUKANG JAHIT
Kapur tukang jahit berbentuk tiga segi dan ia berbeza dari kapur tulis. Ia
boleh dibeli dalam pelbagai warna . Biasanya boleh dibeli sekotak atau
satu keping berasingan mengikut keperluan. Apabila menggunakan kapur ,
peganglah secara mengereng untuk menghasilkan garisan yang halus dan
tidak mengotorkan bahan jahitan. Kapur yang diperbuat daripada lilin tidak
sesuai untuk fabrik sintetik kerana tandanya susah untuk ditanggalkan.
10
2.05 KEGUNAAN KAPUR TUKANG JAHIT
Menanda garisan Ia juga boleh menanda Memindahkan tanda
pemadan pada fabrik . garis gunting pada pola ke atas fabrik.
fabrik
Melakar pola terus di Menekap bentuk pola Menanda bahagian
atas fabrik . ke atas kertas atau sebelah dalam fabrik
fabrik atau pakaian sebagai
tanda mengenal fabrik.
Kapur yang sudah
tumpul boleh
ditajamkan dengan
pengasah kapur.
2.06 CARA MEMILIH KAPUR TUKANG JAHIT
Pilih kapur yang Pilih warna kapur yang sesuai
tidak mudah pecah. dengan warna fabrik untuk
mengelakkan dari terdapat kesan
warna yang kontra.
11
2.07 CARA MENYIMPAN
Simpan di dalam bungkusan Masukkan dalam kotak kecil
fabrik untuk mengelakkannya yang boleh memuatkan kapur
dari pecah dan mengelakkan ia
bergoncang sehingga
menyebabkan pecah
2.08 KERTAS KARBON
Kertas karbon tukang jahit ini digunakan untuk kegunaan pemindahan
tanda pola ke atas fabrik. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna . Warna-
warna itu diperolehi dalam satu sampul di kedai menjual alat jahitan. Kertas
karbon tukang jahit berbeza dari kertas karbon yang digunakan oleh
jurutaip .
12
2.09 KEGUNAAN KERTAS KARBON TUKANG JAHIT
Kertas karbon digunakan bersama roda surih atau pensil
yang tajam
Untuk memindahkan garisan pola semasa mendraf
Untuk memindahkan tanda pola ke atas fabrik toile
Untuk memindahkan tanda pola ke fabrik pakaian.
Ia juga boleh memindahkan motif sulaman ke atas fabrik.
2.10 CARA MEMILIH KERTAS KARBON TUKANG JAHIT
Memandangkan kertas karbon boleh di dapati dalam pelbagai warna
pilihlah warna yang sesuai dengan warna fabrik untuk menjaga kebersihan
pakaian yang dijahit.
2.11 CARA PENJAGAAN
Simpan di dalam sampul Jangan lipat kertas karbon.
setelah digunakan
13
2.12 RODA SURIH
Ia adalah alat menanda yang biasa digunakan bersama dengan kertas
karbon . Rodanya diperbuat dari keluli manakala tangkainya diperbuat dari
kayu atau thermoplastik.
2.13 JENIS RODA SURIH
(A)Roda surih bergerigi halus
(B) Roda surih bergerigi kasar
(C) Roda surih tanpa gerigi.
2.14 KEGUNAAN RODA SURIH Memindahkan tanda pola
serta garisan yang perlu
Memindahkan garis pemadan dalam kerja membuat
yang terdapat pada pola
kertas kepada fabrik penyesuaian pola.
14
2.15 CARA MENJAGA RODA SURIH
Simpan roda surih di antara fabrik tebal supaya giginya tidak rosak.
Simpan di dalam kotak jahitan.
Elakkan daripada terjatuh.
Elakkan dari terkena air supaya tidak berkarat
21.6 JARUM PENITI
Jarum peniti mempunyai fungsi yang sangat penting dalam proses
membuat pakaian . Jarum peniti untuk jahitan berbeza dari jarum peniti
untuk menyemat kertas. Ia boleh didapati dalam bekas khas di mana di
atas penutupnya ada tersedia span . Span itu untuk membolehkan jarum
dipacakkan ke atasnya dan ini memudahkan pengguna mengambilnya
ketika diperlukan.
2.17 KEGUNAAN JARUM PENITI
Untuk menyemat pola pada fabrik Ia juga digunakan dalam kerja
dan kepingan fabrik sebelum mengacu pakaian.
menjahit.
2.18 CARA MEMILIH JARUM PENITI
Pilih peniti yang tajam supaya Pilih yang panjang dan halus untuk
tidak merosakkan fabrik fabrik tebal dan panjangnya di
antara 2.5cm – 4.5cm
15
2.19 CARA MENJAGA JARUM PENITI
Gunakan dengan cermat dan jimat. Sekiranya terjatuh ke
lantai, hendaklah dipungut semula untuk mengelakkan
dari kehabisan dan secara tidak langsung boleh
mengelakkan dari kemalangan jika terpijak.
Tabur tepung ubi atau bedak talkum di dalam kotak
peniti supaya tidak berkarat
Alas kotak dengan kain flannel untuk menyerap lembapan
supaya peniti tidak berkarat
16
3.0 ALAT MENDRAF
Alatan ini diperlukan untuk mendraf pola pakaian. Di antara alatan yang
sangat penting ialah pensil teknikal, pembaris lurus, pembaris melengkung,
pembaris sesiku L dan french curve.
FUNGSI Mendraf pola
pakaian
Menggunakan
bahan kertas
mahjong/ kertas
minyak
Membuat garisan
lurus dan lengkung
PENSIL TEKNIKAL PEMBARIS LURUS PEMBARIS
LENGKUNG
ALAT MENDRAF FRENCH CURVE
PEMBARIS SESIKU L
3.1 PENSIL TEKNIKAL
17
PENSIL Membuat garisan
TEKNIKAL pola
Garisan tidak tebal
dan tepat
Carbon pensil
0.5mm /0.7mm
Penggunaan pensil teknikal digunakan bagi melakar pola pakaian diatas
kertas untuk mendapatkan garisan yang lurus dan tepat.
3.2 PERBEZAAN PENSIL TEKNIKAL DAN PENSIL KAYU (GRAPHITE)
PENSIL TEKNIKAL PENSIL KAYU (GRAPHITE)
Garisan lurus dan halus Garisan lurus dan sedikit tebal
jika tidak tajam
Hanya perlu menambah carbon Perlu mengasah pensil jika telah
led pensil tumpul
3.3 PEMBARIS LURUS
Pembaris lurus boleh didapati dalam pelbagai ukuran iaitu samada 30 cm,
50 cm atau 100cm. Ia juga boleh diperbuat dari kayu, plastik dan keluli.
18
3.4 KEGUNAAN PEMBARIS LURUS
Membuat garisan lurus dengan tepat.
Mengukur fabrik
Menanda kelepet
Memastikan kedudukan ira lurus selari dan mengukur
Menanda dalam kerja membuat pola.
3.5CARA MENJAGA PEMBARIS LURUS
Gantungkan pembaris setelah Bersihkan setiap kali selepas
menggunakannya atau simpan menggunakannya
di tempat yang sesuai.
19
3.6 PEMBARIS LENGKUNG
Pembaris lengkung juga diperbuat dari kayu dan plastic. Ukuran sehingga
22 inci. Kegunaannya adalah untuk membuat lengkungan pada kolar rever,
membuat garisan pemadan yang melengkung dengan jelas, mendapat
bentuk melengkung pada godet, membentuk garisan puteri yang tepat dan
jelas dan membuat garis kelepet skirt yang melengkung dan skirt kembang
payung.
3.7 CARA MEMILIH PEMBARIS LENGKUNG
Diperbuat daripada plastik yang kukuh
Mempunyai ukuran yang jelas dan tepat di kedua-dua
bahagian dalam unit imperial dan metrik
Permukaan rata dan tepi yang licin
3.8 CARA MENJAGA PEMBARIS LENGKUNG
Gantung atau simpan di tempat sesuai Bersihkan setiap kali selepas
menggunakannya
20
3.9 PEMBARIS SESIKU L
Pembaris sesiku L sama seperti pembaris lurus tetapi ia berbentul L. Ia
memudahkan kita untuk mendapatkan ukuran pada sudut tepat.
Kebanyakan pembaris ini diperbuat dari plastik dan kayu.
3.10 KEGUNAAN PEMBARIS SESIKU L
Untuk membuat sudut tepat Untuk membuat garis lurus
ketika membuat rajah dan 90°
pola
Untuk memastikan ira lurus Ia memudahkan kerja
selari mendraf pola, menanda
kedudukan butang dan
lubang butang
21
3.11 CARA MENJAGA PEMBARIS SESIKU L
Gantung atau simpan di tempat yang rata supaya bentuknya elok
Bersihkan setiap kali selepas menggunakannya
3.12 LENGGOK PERANCIS FRENCH CURVE
Lengkok perancis terdapat dalam beberapa bentuk yang biasanya ada tiga
bentuk dalam satu set. Kebanyakannya diperbuat dari plastik
22
3.13 KEGUNAAN LENGKOK PERANCIS
Membentuk garis yang Membentuk bahagian Mendapatkan garisan
melengkung seperti lisu pemadan yang melengkung pada
keruk lubang lengan, melengkung kelengkang seluar
garis leher dan garis
puteri.
Membuat garisan Membentuk kepala Membuat kerja
melengkung pada kolar lengan penyesuaian pola yang
lapel , kolar rever, lain
kocek, kolar dan kaf
3.14 CARA MEMILIH LENGKOK PERANCIS
Pilih yang diperbuat daripada plastik yang kukuh
Pastikan ia mempunyai bentuk lengkungan yang elok
Permukaannya rata dan tepi yang licin
Pilih lengkok perancis yang ada mempunyai ukuran
3.15 CARA MENJAGA LENGKOK PERANCIS
Gantung atau simpan lengkok perancis Bersihkan setiap kali selepas
di tempat yang sesuai . menggunakannya
23
4.0 ALAT MEMOTONG
Pemilihan dan penggunaan alat memotong yang baik sangat penting bagi
memudahkan tugas memotong pola, fabrik dan lain-lain. Terdapat
beberapa alat memotong yang biasa digunakan seperti gunting fabrik,
gunting kertas, gunting sulam dan snipper. Alatan tersebut tidak
menggunakan kuasa elektrik dan digunakan secara manual
FUNGSI Memotong fabrik
dan kertas pola
Secara manual atau
elektrik
Pemilahan yang
betul dan
menjimatkan masa
ALAT MEMOTONG
MANUAL
GUNTING FABRIK GUNTING KERTAS
GUNTING SULAM
24
4.1 GUNTING KAIN
Untuk menggunting fabrik dari fabrik nipis hingga yang tebal.
4.2 CARA PEMILIHAN
Pilih gunting yang tajam
Pilih gunting yang berukuran diantara 18-20cm
panjang serta tangkai yang bentuk melengkung
supaya memudahkan proses memotong.
Gunting fabrik yang baik diperbuat dari keluli yang
tidak berkarat dan tahan lama.
Pastikan skru pada tangkai gunting tidak mudah
longgar.
Faktor bentuk tangkai atas dan bawah yang berbeza
dapat mengawal proses menggunting dengan baik.
25
4.3 CARA PENJAGAAN
Elakkan dari menggunting kertas kerana ia akan menumpulkan
mata gunting tersebut
Sapukan sedikit minyak dibahagian sendinya supaya
bahagian tersebut tidak berkarat dan tidak ketat semasa
digunakan.
Sekiranya gunting fabrik tumpul, gunakan pengasah gunting
khas supaya dapat menjaga mata gunting tersebut.
Dari aspek menyimpan, simpan gunting fabrik didalam sarung
yang diperbuat daripada kain flannel.
4.4 Gunting kertas
Gunting kertas digunakan untuk memotong pola pakaian dan selain fabric.
Pilih gunting yang tajam dan berukuran diantara 15 hingga 17cm panjang.
Gunting yang sederhana besar sesuai untuk digunakan.
26
4.5 CARA PENJAGAAN
Elakkan dari terjatuh kerana ia Sapukan sedikit minyak pada
boleh merosakkan gunting. sendinya supaya melancarkan
pergerakan gunting.
Asingkan gunting kertas dari Khas digunakan untuk
gunting fabrik supaya tidak menggunting kertas seperti
tersalah ambil semasa proses menggunting pola pakaian.
membuat pakaian. Sebaik-
baiknya simpan gunting didalam
sarungnya dan letakkan di dalam
kotak jahitan setiap kali selepas
menggunakannya.
4.6 Snipper
Snipper adalah salah satu alat memotong yang digunakan secara manual,
mudah dipegang dan mudah disimpan. Snipper membantu memudahkan
tugas tukang jahit untuk menggunting benang dan boleh juga digunakan
untuk menggunting lubang butang.
27
4.7 KEGUNAAN
Penggunaan snipper tidak spesifik, ia digunakan oleh tukang jahit
untuk menggunting benang, menebuk lubang butang dan bahagian
yang kecil atau sempit, sesuai dengan bentuk fizikalnya yang kecil.
4.8 CARA PEMILIHAN
Pilih snipper yang tajam dan mudah dipegang.
Pilih snipper yang tidak mudah berkarat dan selamat
digunakan
Beli snipper yang mempunyai sampul supaya mudah
untuk disimpan
4.9 CARA PENJAGAAN
Simpan di dalam bekas yang sesuai seperti kotak jahitan.
Elakkannya daripada terjatuh kerana boleh merosakkan hujung
mata snipper dan bahagian badannya.
Minyakkan penghujungnya supaya tidak berkarat.
28
4.10 GUNTING BERGERIGI PINKING SHEARS
Mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung. Panjang gunting
diantara 14.25cm. lebih panjang mata lebih tajam giginya.
4.11 KEGUNAAN
Ia digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan menggelakkannya dari
berjerumbai.
4.12 Cara Pemilihan
Pilih panjangnya 19-23cm Pilih gunting yang tajam
4.13 CARA PENJAGAAN
Jangan gunakannya untuk menggunting kertas
Elakkannya daripada terjatuh
Minyakkan sendinya
29
4.14 ALAT MEMOTONG ELEKTRIK
Alatan memotong seperti band-knife cutter, straight knife cutter dan rotary
blade cutter biasa digunakan di sektor perkilangan bagi memotong fabrik
dalam kuantiti yang banyak. Kebanyakkan alat memotong ini, memerlukan
ruang dan kos yang besar tetapi ia dapat meningkatkan produktiviti dan
menjimatkan masa.
ALAT MEMOTONG
ELEKTRIK
BAND KNIFE CUTTER STRAIGHT KNIFE
CUTTER
ROTARY BLADE
CUTTER
30
4.15 BAND KNIFE CUTTER
Alatan memotong ini digunakan secara industri untuk memotong fabrik
dalam skala yang banyak. Hasil potongan pisau ini sangat tepat terutama
dipakai untuk memotong pola-pola kecil seperti kolar dan poket. Cara
penggunaannya lapisan fabrik digerakkan kearah pisau yang berputar.
4.16 KEGUNAAN Sistem blower membantu
mengurangkan berat kain
Sesuai untuk sebarang jenis
garisan pola samaada lurus dan memudahkan
pergerakan semasa
atau lengkung.
memotong.
Kemungkinan untuk Penggunaan di tahanp
memotong 900 angle. kemalangan yang rendah
rendah.
31
4.17 STRAIGHT KNIFE CUTTER
Sebagaian besar industri perkilangan menggunakan straight knife cutter.
Ukuran panjang pisau bervariasi, mulai dari 10 cm sampai dengan 33
cm,sedangkan panjang gerakan naik dan turunnya pisau antara 2.5 cm
sehingga 4.5 cm. Cara penggunaannya alat digerakkan diatas fabric
mengikut pola yang ditetapkan.
4.18 KEGUNAAN
Sesuai untuk sebarang jenis Ukuran mata piasu 5- 14 inci
garisan pola samaada lurus
atau lengkung.
Penggunaan di tahap
kemalangan yang rendah
rendah.
32
4.19 ROTARY BLADE CUTTER
Mesin potong yang mempunyai mata pisau berbentuk piringan.Ukuran
diameter pisau potong adalah 2.5 hinggan 10 inci. Digunakan untuk
memotong kain dalam yang skala yang kurang kerana diameter pisau
pemotonnya.
4.20 KEGUNAAN
Sesuai untuk sebarang jenis Ukuran mata piasu 2.5
garisan pola samaada lurus hingga 10 inci
atau lengkung.
Penggunaan di tahap
kemalangan yang rendah
rendah.
33
5.0 ALATAN MENJAHIT
Pembuatan pakaian melibatkan beberapa langkah iaitu proses mengambil
ukuran, menyediakan pola, membentang dan memotong fabrik, menanda,
menjahit dan menekan pakaian. Setiap langkah memerlukan peralatan
yang tertentu supaya semua kerja menjahit dapat dilaksanakan dengan
mudah . Penggunaan alat yang kecil dapat membantu menghasilkan
pakaian dengan lebih berkualiti.
JARUM JAHIT PERETAS JAHITAN
TANGAN
JARUM MESIN
ALATAN MENJAHIT
PIN CUSHION STILETTO TWEEZER
34
5.1JARUM MENJAHIT
JARUM MESIN
Jarum mesin diperolehi mengikut jenis mesin jahit. Bagi mesin jahit
domestik, bentuk batang jarumnya berbeza dengan jarum mesin industri.
Batang jarum mesin domestik berbentuk separuh bulat dan separuh lagi
rata manakala batang jarum mesin industri berbentuk bulat sepenuhnya.
Mata jarum mesin terletak di bahagian hujung jarum.
Tajam / sharp
Kembar tiga / Hujung bulat /
triple ballpoint
JENIS
JARUM
MESIN
Kembar dua / Bentuk baji /
twin wedge-shaped
35
5.2 KEGUNAAN
Jarum yang hujungnya tajam digunakan untuk menjahit fabrik yang
ditenun
Jarum yang hujungnya bulat / ballpoint digunakan untuk menjahit
fabrik berkait dan memeri
Jarum yang hujungnya berbentuk baji / wedge-shape digunakan
untuk menjahit barangan kulit dan vinyl
Jarum kembar dua / twin dan jarum kembar tiga triple digunakan untuk
jahitan hiasan.
5.3 CARA PEMILIHAN
Pilih jarum mengikut jenis mesin sama ada mesin jahit domestik atau
mesin jahit industri.
Pilih jenis yang berkualiti dan tidak mudah patah.
Saiz jarum mesin hendaklah bersesuaian dengan jenis fabrik iaitu
sama ada fabrik itu fabrik yang nipis, sederhana tebal atau tebal.
Jenis jarum hendaklah sesuai dengan jenis fabrik dari segi sama ada
fabrik itu ditenun atau dikait kerana ia memberi impak yang berbeza.
Pilih saiz jarum mesin no. 9 hingga no. 11 untuk fabrik yang nipis.
Bagi fabrik yang sederhana tebal, gunakan jarum mesin bernombor
13.
Fabrik yang tebal, gunakan jarum mesin bernombor 14 – 18.
36
5.4 CARA PENJAGAAN
Untuk mengelakkan jarum mesin daripada
patah, ia hendaklah dipasang dengan betul
pada pemegang jarum dan diskru dengan
ketat supaya jarum tidak tertanggal dan
boleh menyebabkan patah.
Elakkan dari Simpan jarum mesin
menyimpan dalam dalam sampul yang
kotak peniti. dibekalkan.
5.5 JARUM JAHIT TANGAN
Bentuk jarum tangan berbeza dengan jarum mesin. Keseluruhan
batangnya lurus dan tirus di hujung. Mata jarum terletak di bahagian
pangkal jarum. Ada beberapa jenis jarum tangan iaitu :
37
JARUM TAJAM / SHARP
Jarum tangan tajam sharp dinamakan begitu kerana hujungnya yang
tajam.
5.6 KEGUNAAN
Menjahit
jelujur.
Menjahit Menjahit
lubang sembat.
butang.
5.7 CARA MEMILIH JARUM TAJAM / SHARP
Pilih saiz jarum mengikut kesesuaian kerja.
Untuk jahitan biasa pilih yang bernombor 7
hingga nombor 9.
Pastikan hujungnya tajam dan tidak
berkarat.
Ia boleh didapati dalam bekas berbentuk
bulat leper, silinder dan dalam bungkusan.
38
5.8 CARA MENJAGA JARUM TAJAM / SHARP
Pastikan jarum disimpan Ia patut disimpan
dalam bekasnya untuk ditempat selamat supaya
mengelakkan dari tidak tercucuk kaki.
berkarat.
5.9 JARUM ANTARA / BETWEEN
Bentuk jarum ini lebih pendek dari jenis tajam tetapi kegunaannya sama
seperti jarum tajam.Cara memilih jarum antara / between adalah pilih yang
berkualiti dan tidak mudah berkarat.
5.10 CARA MENJAGA
Simpan dalam bekasnya Jauhkan dari kanak-kanak.
untuk mengelakkan ia
terdedah pada udara yang
memudahkan ia berkarat.
39
5.11 JARUM CREWEL
Ia digunakan untuk menjahit sulaman tangan. Lubangnya lebih panjang
dari lubang jarum jenis tajam untuk memasukkan benang sulam dengan
mudah. Cara memilih jarum crewel adalah pilih yang berukuran panjang di
mana lubang matanya panjang. Ini untuk membolehkan beberapa lembar
benang sulam disusup masuk.
5.12 PERETAS JAHITAN
Peretas jahitan merupakan alat yang mempunyai dua bahagian iaitu
bahagian pemegang dan bahagian mata pemotong yang bercabang.
40
5.13 KEGUNAAN
Digunakan untuk membuka mata jahitan Untuk menebuk lubang
dengan cara mencungkil. butang.
5.14 CARA MEMILIH PERETAS JAHITAN
Pilih peretas yang berukuran 8 cm atau lebih supaya senang
dipegang
Pilih peretas yang mempunyai mata yang tajam
Diperbuat dari keluli yang tahan karat dan mempunyai penutup.
41
5.15 CARA MENJAGA
Elakkan dari terjatuh
supaya hujung peretas
tidak patah
Simpan dalam bekas Sentiasa menutup
menjahit selepas hujung peretas dengan
diguna
penutupnya untuk
mengelakkan dari
kemalangan
5.16 PIN CUSHION
Pin cushion adalah kusyen kecil yang disumbat dengan bahan kapas,
kekabu atau span. Ia boleh didapati di kedai-kedai alat jahitan atau dibuat
sendiri dalam berbagai bentuk.
42
5.17 KEGUNAAN
Pin cushion digunakan Tujuann membantu tukang
untuk menyemat jarum jahit membuat kerja dengan
peniti selepas ia lebih kemas dan mudah
ditanggalkan dari pola. dicapai apabila perlu.
5.18 CARA MENJAGA PIN CUSHION
Jangan terkena air Simpan dalam bekas alat
supaya span tidak menjahit.
tertanggal dari bekas
penutup.
43
5.19 STILETTO
Untuk membuat lubang
mendatang
KEGUNAAN
Menanda kedudukan Untuk membuat lubang
lisu pemadan dan butang berbentuk
kocek lubang kunci
5.20 CARA MEMILIH
Diperbuat daripada keluli Hujung yang tajam
kalis karat
44
5.21 TWEEZER
Tweezer adalah alat yang digunakan untuk memegang objek terlalu kecil
yang sukar dikendalikan dengan tangan manusia. Tweezer terdapat dalam
pelbagai bentuk dan saiz hujung. Tweezer mempunyai panjang hujung
seperti jarum untuk mencapai ke dalam celah-celah kecil. Tweezer yang
hujung melengkung dipanggil forsep bengkok.
5.22 PENJAGAAN
Simpan di dalam laci mesin jahit supaya tidak hilang
Bersihkan habuk sebelum twezzer di
simpan
45
5.23 PUNCHER EYELET
Pada bukaan (opening)
KEGUNAAN
Sebagai Sebagai perhiasan
penyangkut
5.24 CARA MENJAGA
Jangan terkena air Simpan dalam bekas alat
supaya tidak berkarat menjahit.
46