The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-13 07:13:39

INDAH DAN MUDAHNYA ASAS JAHITAN - JPPKK

INDAH DAN MUDAHNYA ASAS JAHITAN - JPPKK

6.0 ALAT MENEKAN
6.1 SETERIKA KERING

Seterika adalah satu kegunaan paling asas tukang jahit sama ada di
peringkat surirumah, pengusaha kedai jahit atau di sektor perkilangan.
Kegunaannya adalah menekan pada setiap proses jahitan disemua
peringkat jahitan supaya kemas dan rata.

6.2 CARA PEMILIHAN Mempunyai pelaras
suhu yang baik dan
Pilih seterika yang mengikut jenis fabrik.
mempunyai sederhana
beratnya iaitu diantara

2.5 kg,

Pilih seterika yang Faktor bentuk seterika
mudah panas yang praktikal dipegang
dan dikendalikan akan

memudahkan proses
menekan.

47

6.3 CARA PENJAGAAN

Jangan sesekali menjatuhkan seterika. Ini boleh
merosakkan tapak dan alat pelarasnya.

Seterika juga mestilah diletakkan di atas lapik khas dan
di tempat yang selamat supaya kanak-kanak tidak
dapat mencapainya.
Setelah menggunakan seterika, kita perlu
membersihkan tapaknya dengan menggunakan lilin.
Sebelum menyimpan seterika, menyejukkan suhunya
terlebih dahulu dan menggulung atau mengikat rapi
wayarnya.

6.4 SETERIKA WAP

Seterika wap merupakan seterika yang cepat dan pantas untuk menggosok
pakaian harian kita. Penggunaan wap air memudahkan garisan kedutan
hilang dan mempercepatkan semasa proses menekan.

48

6.5 KEGUNAAN

Menggosok fabrik dan
pakaian

Menekan setiap proses
jahitan dan pakaian

Pilih seterika
beratnya lebih
kurang 2.5 kg

Mempunyai CARA Mempunyai
permukaan PEMILIHAN kawalan
yang licin pelaras
suhu

Lubang wap terletak
pada hujung tapak

49

Letakkan Gunakan air Bersihkan
seterika di suling tapak
atas lapik
CARA seterika
khas PENJAGAAN

Sejukkan Bersihkan
seterika kotoran
sebelum dengan
disimpan
menggunakan
lilin

6.6 BOD SETERIKA

Bod seterika adalah alas tempat untuk seterika dan menekan pakaian serta
bahagian badan pakaian. Alat menekan jenis ini paling banyak digunakan
sama ada dalam industri domestik mahupun perkilangan. Kegunaan bagi
membantu proses seterika pakaian atau fabrik dimana ia digunakan
bersama-sama seterika semasa proses menekan.

50

Pastikan bod
seterika itu
mempunyai
ketinggian yang

sesuai

CARA
PEMILIHAN

Pilih permukaan bod Mempunyai
seterika yang padat permukaan dan tepi
dan tebal serta ditutup
dengan fabrik yang yang rata agar
pakaian atau fabrik
tahan panas.
tidak tersangkut.

6.7 KUSYEN KELIM

Seam roll banyak digunakan di butik atau kilang pakaian. Bentuknya yang
kecil memudahkan kita untuk mengendalikannya. Khas digunakan untuk
menekan kelim atau bahagian pakaian yang sempit.

51

6.8 Tailor’s Hem

Bentuknya bujur seperti kentang dan saiznya yang kecil mudah
dikendalikan. Tailor’s hem digunakan bagi membantu melaksanakan
proses menekan. Ia digunakan dalam proses seterika dan menekan
bahagian yang sempit dan berbentuk seperti bahagian kolar, belah pakaian
dan lapel.
6.9 BOD LENGAN

Tapak bod lengan biasanya diperbuat dengan kayu dan dipadatkan
dengan span serta fabrik tebal diatasnya bagi membantu menekan
pakaian. Bod lengan diletak diatas meja dan digunakan bersama seterika.

52

Ia digunakan untuk menekan bahagian yang rumit seperti di bahagian

lengan baju atau belah pada seluar, kelim pada pakaian, kolar dan kocek.

Bentuk hujungnya lebih kecil dari pangkalnya akan membantu

memudahkan proses menseterika bahagian pakaian.

Pilih bod lengan yang
sederhana berat
supaya ia tidak

bergerak semasa kita
menggunakannya.

CARA
PEMILIHAN

Pilih bahagian atas Pastikan permukaan
permukaan bod lengan dan tepi bod lengan
yang padat dan tebal rata supaya fabrik atau

dengan fabrik yang pakaian tidak
tahan panas. tersangkut.

6.10 FABRIK MENEKAN

Ia digunakan untuk melapik bahagian pakaian yang ditekan seperti
sulaman dan fabrik sutera bagi mengelakkan bahagian pakaian yang
ditekan kotor atau hangus dan pudar. Fabrik yang sesuai ialah seperti
satin, kapas, muslin dan cheese cloth

53

6.11 BOTOL PERENJIS
Ia digunakan untuk melembapkan fabrik sebelum dan semasa menekan.
Penggunaannya adalah untuk mendapatkan semburan yang rata dan bagi
mendapatkan efek seterika fabrik yang sempurna.

54

7.0 JENIS-JENIS MESIN JAHIT MESIN JAHIT INDUSTRI

MESIN JAHIT DOMESTIK • MESIN JAHIT LURUS
• MESIN JAHIT KAKI (LOCKSTITCH)
• MESIN JAHIT MUDAH ALIH
• MESIN JAHIT TEPI (OVERLOCK)
• MESIN LUBANG BUTANG
• MESIN JAHIT SULAM

7.1 MESIN JAHIT DOMESTIK

Mesin jahit domestik banyak digunakan oleh suri rumah untuk menjahit
pakaian atau kelengkapan rumahtangga secara kecil-kecilan. Ia
dikendalikan secara manual atau dengan kuasa elektrik. Mesin ini mudah
digunakan dan kelajuan nya mudah dikawal. Mesin jahit domestik hanya
boleh menjahit pakaian yang menggunakan fabrik nipis dan sederhana
tebal.

55

MESIN JAHIT KAKI

Mesin ini terletak pada rangka keluli. Ia digerakkan dengan pedal di
bahagian kaki. Badan mesin boleh disimpan di dalam tempat penyimpan
yang dikhaskan selepas digunakan.

7.2 KEGUNAAN

Menjahit jahitan lurus

sekiranya menggunakan tapak khas, mesin
ini boleh digunakan untuk menjahit kelepet
gulung, ropol dan zip.

Mesin yang mempunyai kaki yang
tegap supaya ia tidak bergoncang

ketika menjahit.

CARA MEMILIH

Mesin yang mudah Jenama yang
mendapat alat ganti. menawarkan
perkhidmatan selepas

membeli

56

CARA MENJAGA

Selepas menggunakannya hendaklah dibersihkan
dengan berus lembut.

Minyakkan mesin mengikut keperluan.

Elakkan dari menitiskan minyak mesin terlalu
banyak kerana ia boleh mengotorkan mata jahitan
mesin

Jangan jalankan mesin yang dipasang benang
sekiranya tiada fabrik yang dijahit kerana benang
boleh tersimpul.

Simpan mesin dengan melonggarkan tali mesin terlebih
dahulu.

Mesin hendaklah diservis sekurang-kurangnya setahun sekali
supaya ia sentiasa dalam keadaan baik.

57

7.3 MESIN JAHIT MUDAH-ALIH PELBAGAI GUNA PORTABLE MULTI-
PURPOSE MACHINE

Mesin jahit mudah alih pelbagai guna adalah mesin yang dijalankan
dengan kuasa elektrik. Ia lebih ringan dari mesin jahit kaki dan mudah
dibawa ke lain tempat kerana ia mempunyai tangkai / tempat pemegang.
Mesin ini perlu diletak di atas meja apabila hendak menjahit. Kelebihan
mesin ini ialah ia boleh berfungsi untuk menjahit beberapa jenis mata
jahitan hiasan selain dari menjahit jahitan lurus.

58

7.4 KEGUNAAN Dengan menukarkan laras
matajahitan atau
Mesin mudah alih mempunyai
fungsi selain dari menjahit 'piring'matajahitan yang
lurus dibekalkan mesin boleh

menghasilkan

• jahitan sulam,
• jahit lubang butang,
• jahit ropol,
• jahit kelepet gulung,
• jahit zip
• jahit butang.

Cara mesin mengikut keperluan tukang jahit. sekiranya ia
memilih dijual pada harga yang sama, pilih mesin yang
mesin jahit banyak fungsi.
mudah alih

Walaubagaimanapun, pilihlah jenama yang mudah
mendapat alat ganti dan yang mempunyai
perkhidmatan selepas pembelian.

Di samping itu, pilih mesin yang mempunyai penutup
dan yang dibekalkan buku panduan.

59

7.5 CARA MENJAGA

Letak di atas meja yang sesuai ketinggiannya dan jauh dari
pancaran matahari.

Pusingkan tombol pengawal ke kedudukan ‘O’ , turunkan
tapak penekan jahitan, pusing roda imbang hingga jarum
berada di kedudukan paling rendah ;
Tutup suis dan cabut palam selepas menggunakan mesin.
Simpan mesin dalam bekasnya atau tutup dengan penutup
mesin.

7.6 MESIN JAHIT INDUSTRI

Mesin jahit industri lebih berat dari mesin jahit domestik. Ia dijalankan
dengan kuasa motor elektrik dan berupaya menjahit pakaian dalam kuantiti
yang banyak. Ia boleh menjahit berbagai jenis ketebalan fabrik. Setiap jenis
mesin hanya boleh melakukan satu fungsi sahaja seperti berikut:

60

Mesin jahit lurus (lockstitch machine)

7.7 KEGUNAAN MESIN JAHIT LURUS

Menjahit pakaian dari pelbagai jenis ketebalan
fabrik seperti fabrik lawn, poplin, satin, drill,
korduroi, linen, poliester dan lain-lain.

Fabrik berkait juga boleh dijahit menggunakan
mesin ini dengan menukar tapak gigi penolaknya
terlebih dahulu.

Gelendong boleh diisi ketika mesin sedang
diguna.

Mesin ini mampu menghasilkan jahitan dalam
kuantiti yang banyak dan berterusan dengan
cepat.

7.8 CARA MENJAGA

Pasang suis mesin terlebih dahulu sebelum meletakkan kaki di atas pedal
untuk mengelakkan motornya terbakar

Bersihkan mesin setiap kali selepas menggunakannya terutama di
bahagian tapak gigi penolak, bahagian gelendong supaya tidak melekat
habuk / reja benang.

Minyakkan mesin mengikut keperluan dan pastikan minyak mesin sentiasa
cukup untuk perjalanan mesin.

Sentiasa ikut arahan cara mengguna mesin dengan betul supaya tidak
berlaku kemalangan atau kerosakan mesin. Mesin hendaklah disenggara
sekurang-kurangnya sekali setahun.

61

7.9 MESIN JAHIT TEPI (OVERLOCK MACHINE)
Ada dua jenis mesin jahit tepi iaitu:
a) Mesin jahit tepi 3 benang
b) Mesin jahit tepi 5 benang

Mesin jahit tepi 3 benang

Mesin jahit tepi 5 benang
62

7.10 KEGUNAAN

Mesin jahit tepi 1 benang digunakan untuk mengemaskan tepi
kelepet halus dan pada masa yang sama ia menjadi hiasan pada
tepi tudung dan tepi ropol .

Mesin jahit tepi 3 benang digunakan untuk mengemaskan tepi
kelim dan tepi kelepet pakaian.

Mesin jahit tepi 5 benang pula digunakan untuk menjahit lurus
kelim pakaian seperti kemeja T dan sekaligus mengemaskan tepi
kelim pakaian itu. Ini boleh menjimatkan masa kerana proses itu
berlaku serentak.

7.11 CARA MENJAGA

Pasangkan suis mesin terlebih dahulu sebelum meletakkan kaki di atas pedal
untuk mengelakkan motornya terbakar

Bersihkan mesin setiap kali selepas menggunakannya terutama di bahagian tapak
gigi penolak, bahagian gelendong supaya tidak melekat habuk / reja benang.

Minyakkan mesin mengikut keperluan dan pastikan minyak mesin sentiasa cukup
untuk perjalanan mesin.

Sentiasa ikut arahan cara mengguna mesin dengan betul supaya tidak berlaku
kemalangan atau kerosakan mesin.

Mesin hendaklah disenggara sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tutup kepala mesin setiap kali selepas menggunanya.

63

7.12 MESIN JAHIT LUBANG BUTANG (BUTTONHOLE MACHINE)

Membuat lubang butang secara
automatik.

KEGUNAAN

Mesin ini boleh membuat Boleh menebuk lubang
lubang butang berbagai butang berkenaan dan ini
saiz dengan mengubah
menjimatkan masa.
laras ukuran.

64

7.13 CARA MEMILIH DAN MENJAGA

Pasangkan suis mesin terlebih dahulu sebelum
meletakkan kaki di atas pedal untuk mengelakkan
motornya terbakar
Cara memilih dan cara menjaga mesin ini adalah
sama seperti mesin jahit lain. Habuk yang melekat
di sekitar tapak mesin hendaklah dibersihkan
dengan berus lembut. Servis mesin setiap enam
bulan.

7.14 MESIN JAHIT SULAM

Terdapat dua kategori mesin jahit sulam untuk menghasilkan hiasan
sulaman pada pakaian sama ada secara manual atau automatik.

65

MESIN JAHIT SULAM MANUAL
• Ia lebih dikenali sebagai mesin jahit sulam goyang kerana cara
penggunaan nya ialah dengan menggerakkan bahagian yang hendak
disulam secara manual. Mesin ini tiada tapak penekan jahitan.

MESIN JAHIT SULAM BERKOMPUTER
• Mesin jahit ini dijalankan secara automatik setelah diprogramkan
melalui sistem komputer. Ia menghasilkan motif sulaman yang sama
sekata.

7.15 CARA MEMILIH

Ia bergantung kepada jenis produk yang hendak
disulam , kuantiti pengeluaran dan tempoh masa
sulaman disiapkan. Jika pelanggan mahukan
kelainan corak rekaan dan pengeluaran tidak
banyak, pilihlah mesin jahit sulam industri
manual.

Sekiranya produk seperti logo, label dan motif
perlu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak,
mesin jahit sulam berkomputer adalah pilihan
yang tepat.

Pilihlah mesin yang mudah dikendalikan

Pilihlah mesin yang mudah mendapat bimbingan
dan ada kemudahan perkhidmatan selepas jualan.

66

Minyakkan
mesin mengikut

tempohnya.

CARA Bersihkan
MENJAGA habuk-habuk
yang melekat
Tutup pada tapak gigi
permukaan penolak dan
mesin jika pada bahagian
tempat sekoci &
tidak gelendong.
menggunaka

n nya.

7.16 KENAL PASTI BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN JAHIT

67

Bahagian Fungsi

Tiang Benang Untuk meletak benang atas

Roda Imbangan Untuk memulakan dan memberhentikan jahitan dan

mengenakan jahitan

Pelaras Jahitan Untuk melaraskan mata jahitan halus dan kasar

Lubang Minyak Masukkan minyak di lubang utama dan minyak

akan meresap ke semua bahagian

Tuas Penegang Untuk Mengangkat dan menurunkan benang

Benang

Ceper Untuk Mengendur dan menegangkan benang

Pemegang

Benang

Tiang Pemegang Untuk meletakkan Jarum

Jarum

Jarum jahit Bahagian cakuk jarum diletakkan di sebelah kiri

mesin badan mesin

Kawalan Lutut Untuk mengawal lebar sulaman

Suis On dan Off Untuk membuka dan menutup arus elektrik ke

mesin

68

Kelim

KELIM
BETAWI

KELIM KELIM KELIM
BELAH PAPAN
KANGKUNG "SATU PROSES MESIN
JAHITAN

MENYAMBUNG DUA
ATAU LEBIH

KEPINGAN FABRIK"

KELIM LIPAT
TINDIH

FUNGSI:

Untuk mengukuhkan jahitan pakaian selain daripada
digunakan sebagai perhiasan

69

PEMILIHAN KELIM

JENIS FABRIK JENIS PAKAIAN

penggunaan fabrik yang digunakan Sebelum kelim hendak dijahit pada
untuk membuat kelim memainkan pakaian, kita perlu pastikan kelim

peranan yang penting bagi yang akan digunakan sesuai
penghasilan kelim yang bermutu. dengan jenis atau stail pakaian.
Contohnya fabrik nipis dan mudah Sebagai contoh, seluar jeans yang
digunakan untuk aktiviti-aktiviti
berjerumbai adalah sesuai lasak memerlukan kelim yang
menggunakan kelim betawi. teguh. Oleh itu, kelim yang sesuai
Manakala fabrik tebal pula lebih dipilih ialah kelim papan mesin
sesuai menggunakan kelim belah kerana ia mempunyai dua barisan
kangkung. Kelim lipat tindih dan
kelim papan mesin pula adalah jahitan.
sesuai dijahit pada fabrik yang

sederhana tebal.

CIRI-CIRI KELIM:

1 •Kelim mestilah kemas, kukuh dan rata pada kedua-dua belah pakaian
2 •Lebar kelim hendaklah sama sekata pada keseluruhannya.
3 •Kelim mestilah ditekan dengan baik.
4 •Basi kelim yang berkelepet mesti dihala ke bahagian belakang pakaian.
5 •Ketegangan mata jahitan hendaklah sesuai dengan jenis fabrik
6 •Basi kelim dikemaskan
7 •Kelim hendaklah dijahit dengan tepat pada garisan pemadan
8 •Kelim pada bahagian melengkung perlu disnip sebelum ditekan terbuka supaya ia rata.

70

1. KELIM BELAH KANGKUNG:
Kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua jenis fabrik yang
sederhana tebal dan tebal.
Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.
Kelim belah kangkung terdiri daripada satu baris mata jahitan yang dijahit pada
dua keping kain yang dicantumkan

KEDUDUKAN KELIM BELAH KANGKUNG

Kemeja wanita

Baju kurung

71

KELIM BELAH KANGKUNG

No. Kebaikan Kelemahan Ciri-ciri
Kelim ini rata
Kedua bahagian Lebarnya sekata
1 kelim mesti dibuka iaitu sebaik-baiknya
dan ditekan 1 inci @ ½ inci
berasingan

Jahitan tidak kelihatan Tidak sesuai untuk Kedua-dua belah

2 di sebelah luar fabrik yang nipis kelim ditekan

terbuka

Ia tidak tebal Ia kurang teguh Basi kelim
3 kerana ia hanya dikemaskan dengan
mempunyai satu baris elok dan rata
jahitan

Kelim boleh dibuka Kelim belah
kangkung yang
4 apabila badan - melengkung
hendaklah disnip
bertambah besar supaya boleh
ditekan rata

72

Langkah-langkah menjahit
KELIM BELAH KANGKUNG:

1. Sediakan dua kepingan fabrik
berukuran 5 x 5 inci

2. Tandakan basi di bahagian
sebelah dalam fabrik
sebanyak 1 inci @ ½ inci

3. Jahit tepi (overlock) di setiap
sisi fabrik

4. Jahit lurus pada bahagian
yang ditandakan basi tersebut

5. Matikan disetiap hujung basi

6. Seterika dengan membuka
bahagian yang dijahit ke
sebelah kiri dan kanan fabrik.

7. Kemaskan dan kelim belah
kangkung siap

73

2. KELIM BETAWI:

Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim. Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis,
jarang dan mudah berjerumbai. Di samping itu juga ia adalah kemas kerana
basinya tersembunyi. Kelim ini kukuh kerana ia mempunyai dua kali jahitan.
Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana ia agak sukar
dijahit pada bahagian melengkung.

KEDUDUKAN KELIM BETAWI

Kain batik/pelikat

Dress/ gaun malam / pijama

Pakaian kanak-kanak

74

KELIM BETAWI

NO. KEBAIKAN KELEMAHAN CIRI-CIRI
Lebar siap harus
Kelim ini kecil dan Kelim ini tebal dan sekata iaitu ¼ inci.

1 teguh kerana terdapat tidak sesuai untuk

dua kali jahitan. fabrik yang tebal.

Ia kemas dan Tidak boleh dibuka Basi ditekan ke satu

bahagian tepi fabrik untuk membesar
2 arah
tidak kelihatan pakaian.

Ia mudah didobi. Ia mengambil masa Basi kelim
3 yang lama untuk dikemaskan dengan
kering. elok.

Sesuai untuk fabrik Kelim Betawi yang
Lebar kelim yang baik ditekan dengan
kemas ke satu arah
nipis dan pakaian yang
4 siap ialah ¼ inci.

mudah berbulu.

75

Langkah-langkah menjahit:
KELIM BETAWI:

1. Temukan bahagian badan atau
pakaian sebelah luar dengan
sebelah luar samada hadapan
bertemu belakang atau cantuman
kiri dengan kanan pakaian.

2. Tandakan kedudukan basi ¼ inci
dari garis basi asal pada sebelah
luar pakaian iaitu pada bahagian
basi pakaian. Jahit pada basi
baru yang ditanda ¼ inci tadi.

76

3. Jahitan yang kelihatan pada
sebelah luar pakaian dan
kemudian basi selebihnya
dipotong sama dengan lebar
jahitan ¼ inci tadi.

4. Terbalikkan jahitan dan basi yang
telah siap dipotong ke sebelah
dalam badan atau pakaian dan
jahit semula pada basi asal dan
pastikan melepasi bahagian basi
yang dipotong tadi.

5. Gosok dan tekan basi pada
bahagian dalam dan luar jahitan.
Jahitan yang terhasil pada
bahagian dalam dan luar Kelim
Betawi adalah kemas dan
tersembunyi.

6. Jahitan yang terhasil pada
bahagian sebelah luar badan
atau pakaian menghasilkan
cantuman yang kemas dan
cantik.

77

3. KELIM PAPAN MESIN:

Kelim rata, kemas dan tidak berjerumbai.Kelim ini digunakan untuk kain yang
mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini kelim yang kukuh kerana ia
dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan. Ia boleh disiapkan di sebelah luar
atau di sebelah dalam pakaian. Jika disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan
mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di
sebelah dalam. Begitu juga sebaliknya jika disiapkan di sebelah dalam maka dua
baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris jahitan akan
kelihatan di sebelah luar. Kelim ini juga boleh dijahit menggunakan benang yang
berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.

KEDUDUKAN KELIM PAPAN MESIN

Kemeja Lelaki

Jeans

Pijama

78

KELIM PAPAN MESIN

NO. KEBAIKAN KELEMAHAN CIRI-CIRI

Dua baris jahitan

Kukuh kerana dijahit Tidak sesuai untuk kelihatan sama ada

1 dua kali fabrik yang tebal di sebelah luar (S.L)

atau sebelah dalam

(S.D)

Kemas kerana semua Dua baris jahitan Lebar kelim yang

tepi fabrik tidak kelihatan di sebelah siap biasanya adalah

2 luar jika kelim dibuat ¼ inci dan ia mesti
kelihatan
di sebelah luar sekata

Rata Memerlukan masa
3 dan kos yang lebih
untuk membuatnya

Boleh dijadikan
sebagai hiasan
sekiranya
4 menggunakan warna
benang yang
berlainan.

79

Langkah-langkah menjahit:
KELIM PAPAN MESIN:

1. Potong pola asas lengan
kerana kita menghasilkan
contoh kelim papan mesin
pada lengan

2. Tandakan basi 1 @ ½ inci
pada sebelah dalam fabrik

3. Temukan dua keping fabrik
sebelah dalam berhadapan.

4. Semat, jelujur dan mesin di
atas garisan pemadan.

5. Gunting basi jahitan kelim di
bahagian belakang pakaian
sehingga 5mm.Gunting basi
jahitan kelim di bahgain
hadapan sehingga 13 mm.

80

6. Lipatkan bahagian hadapan
yang lebih panjang ke atas
bahagian belakang di atas
garisan pemadan.Jelujur
untuk menetapkan
kedudukan lipatan

7. Tekan tepi yang berlipat ke
atas bahagian belakang
pakaian.Jelujur dan mesin
rapat dengan
lipatan.Cabutkan jelujur

81

4. KELIM LIPAT TINDIH:

Kelim lipat tindih adalah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan pelbagai jenis
pakaian luar. Kelim jenis ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar. Kelim
Tersebut adalah teguh kerana ia dijahit menggunakan tiga lapisan kain. Kelim ini tidak
digunakan pada kain-kain tebal yang berkedut.

KEDUDUKAN KELIM LIPAT TINDIH
12

34

82

KELIM LIPAT TINDIH

NO. KEBAIKAN KELEMAHAN CIRI-CIRI

Ia tebal. Dijahit rapat pada

Ia boleh menjadi Oleh itu ia tidak boleh
1 tepi kelim
hiasan pada pakaian digunakan pada fabrik

tebal

Ia rata kerana lipatan Lebarnya sekata
kelim ditekan ke satu
2
arah

Ia kukuh kerana dijahit Mata jahitan tidak
di atas tiga lapisan putus
3
fabrik

83

Langkah-langkah menjahit
KELIM LIPAT TINDIH:

1. Sediakan dua keeping fabrik
berukuran 8 x 3 inci

2. Tandakan basi sebanyak ½
inci di sisi sebelah dalam
fabrik

3. Jahit lurus pada basi yang
ditandakan dan matikan
jahitan di kedua-dua hujung

84

4. Tolak basi kearah tepi
(dipakaian kearah rusuk
badan)

5. Jahit tindih di sebelah luar
halus dan lurus

85

Belah

BELAH BELAH
SEMBUNYI KELEPET SAMA
KANCING (FLY)
LEBAR
TERSEMBUNYI

BELAH

"BELAH MERUPAKAN
SATU PROSES JAHITAN
PADA PAKAIAN BAGI

MEMUDAHKAN
PAKAIAN DIPAKAI ATAU

DITANGGALKAN."

BELAH
KELEPET SAMA

LEBAR

FUNGSI:

 Untuk memudahkan pakaian dipakai dan dilucutkan.
 Diperlukan terutamanya untuk pakaian yang ketat atau sama muat dengan

badan si pemakai.
 Sebagai stail pada pakaian seperti cheongsam, baju punjabi, blaus dan

sebagainya.

86

PEMILIHAN BELAH PADA PAKAIAN

Jenis pakaian yang dibuat sama ada
kemeja, baju kurung, skirt, blaus, baju

melayu dan sebagainya

Jenis fabrik yang digunakan
seperti nipis dan jarang, tebal dan

berat dan fabrik sederhana

Stail pakaian seperti Kedudukan belah
longgar, ketat, kembang, ‘A sama ada di GTH,
GTB, rusuk, hujung
line’ lengan dan lain-lain

CIRI-CIRI BELAH:

1 • Belah mestilah rata dan kukuh

2 • Belah mestilah cukup panjang supaya senang memakai dan melucutkan pakaian

3 • Tepi kedua-dua belah mesti sama panjang

4 • Lapik untuk sesuatu belah mesti cukup lebar supaya tidak renggang.
• Pangkal belah atau hujung yang tertutup mestilah kukuh untuk mengelakkannya dari

5 mudah koyak

• Jika belah dibuat pada kelim, ia mesti dipotong mengikut ira fabrik
6

87

KEDUDUKAN BELAH:
Pada garis tengah hadapan (GTH) atau pada garis tengah belakang (GTB) blaus
dan skirt. Pada garis tengah hadapan atau rusuk kiri skirt atau slek. Bahagian
belakang pergelangan tangan atau pada kelim lengan. Di hujung seluar,
ceongsam, dan samfu.

1. BELAH KELEPET SAMA LEBAR:
Belah kelepet sama lebar ialah sejenis belah di mana fabrik di ambil
daripada pakaian itu sendiri. Ia adalah belah yang teguh dan ringkas. Bagi
pakaian wanita, belah di buat pada bahagian kanan menindih bahagian
kiri. Manakala bagi pakaian lelaki pula, bahagian kiri menindih bahagian
kanan.

KEDUDUKAN BELAH KELEPET SAMA LEBAR

Kemeja Wanita Kemeja Lelaki

88

BELAH BELAH KELEPET SAMA LEBAR
NO. CIRI-CIRI

1 Ia sesuai untuk kebanyakan pakaian.
Kancing yang sesuai pada belah ini ialah butang

2
dan lubang butang atau buatng katup.
Lapik pada belah dipotong sekali dengan bahgian hadapan atau

3
bahagian belakang pakaian.
Lapik ini kemudian dilipat ke sebelah dalam pakaian mengikut garis

4
lipatan pakaian sebelah kanan dan kiri.

Langkah-langkah menjahit

1. BELAH KELEPET SAMA LEBAR

: 1. Sediakan dua kepingan fabrik

berukuran ½ saiz M bodice
hadapan
2. Tandakan basi di bahagian
sebelah dalam fabrik sebanyak
1½ inci
3. Jahit tepi (overlock) di setiap sisi
fabrik

4. Sediakan lapik gam/ interfacing
nipis

5. Seterika interfacing disebelah
dalam tempat yang ditandakan
basi

89

6. Seterika dengan melipat
bahagian basi ½ inci ke arah
interfacing yang hujung seperti
didalam gambar

Jahit lurus 7. Sekali lagi seterika dengan
dibahagian ini melipat bahagian basi 1 inci
yang hujung seperti didalam
gambar

8. Interfacing tidak akan kelihatan
setelah siap

9. Seterusnya, jahit lurus dari atas
sehingga ke hujung fabrik

10. Ulang dari langkah 4 hingga ke
9 untuk kepingan fabrik kedua.

90

11. Jahitan siap.
12. Seterika bagi menambahkan lagi

kekemasan jahitan.

2. BELAH KELEPET SAMA LEBAR TERSEMBUNYI :
Belah kelepet sama lebar tersembunyi ialah sejenis belah di mana fabrik di ambil
daripada pakaian itu sendiri. Ia adalah belah yang teguh dan ringkas. Bagi pakaian
wanita, belah di buat pada bahagian kanan menindih bahagian kiri. Manakala bagi
pakaian lelaki pula, bahagian kiri menindih bahagian kanan.

KEDUDUKAN BELAH KELEPET SAMA LEBAR TERSEMBUNYI

Kemeja Wanita

Kemeja Lelaki

91

BELAH BELAH KELEPET SAMA LEBAR TERSEMBUNYI
NO. CIRI-CIRI
1 Ia sesuai untuk kebanyakan pakaian.

Kancing yang sesuai pada belah ini ialah butang
2

dan lubang butang atau buatng katup.
Lapik pada belah dipotong sekali dengan bahgian hadapan atau
3
bahagian belakang pakaian.
Lapik ini kemudian dilipat ke sebelah dalam pakaian mengikut garis
4
lipatan pakaian sebelah kanan dan kiri.

Langkah-langkah menjahit:

2. BELAH KELEPET SAMA LEBAR TERSEMBUNYI

:

1. Sediakan dua kepingan
fabrik berukuran ½ saiz M
bodice hadapan

2. Tandakan basi di bahagian
sebelah dalam fabrik
sebanyak 4 ½ inci
dibahagian kanan dan 2 ½
inci di bahagian kiri

3. Jahit tepi (overlock) di setiap
sisi fabrik

92

INTERFACING 4. Sediakan lapik gam/
KERTAS interfacing nipis

GARISAN PEMADAN 5. Seterika Interfacing kertas
(non-woven) keatas ukuran
yang ditambah dari Garis
Tubuh Hadapan (GTH).

6. Seterika garis pemadan
untuk menghasilkan belah
kelepet sama lebar.

7. Pastikan ½” berada didalam
sebagai basi jahitan

8. Jahit mengikut kelebaran 1”
melalui tanda Garis Tubuh
Hadapan (GTH)

93

3. BELAH SEMBUNYI KANCING (FLY)
Belah kelepet sama lebar tersembunyi ialah sejenis belah di mana fabrik di ambil
daripada pakaian itu sendiri. Ia adalah belah yang teguh dan ringkas. Bagi pakaian
wanita, belah di buat pada bahagian kanan menindih bahagian kiri. Manakala bagi
pakaian lelaki pula, bahagian kiri menindih bahagian kanan.

KEDUDUKAN BELAH SEMBUNYI KANCING (FLY)

94


Click to View FlipBook Version