The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramgeejuly, 2021-08-15 01:57:36

Nota BM stpm Sem 1 2 3

Nota BM stpm Sem 1 2 3

198

5.5 PERUBAHAN
MAKNA

CONTOH SOALAN:

(a) SOALAN ANEKA PILIHAN

1 Mempelai itu kelihatan begitu sepadan bagai pinang dibelah dua.

Perkataan yang bersinonim dengan perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah
A kekasih
B pasangan
C pengantin
D teruna dara

2P Q
Kenderaan lori, kereta, bas
Mergastua harimau, unggas, ular

Istilah yang diwakili oleh Q ialah
A akronim
B antonim
C polisemi
D hiponim

199

3 Kereta bukan sahaja dapat dipandu dengan laju tetapi juga dapat membawa beberapa orang
penumpang. Bas dan kereta api pula menjadi alat perhubungan awam yang terpenting,
manakala kapal terbang membolehkan manusia menjelajah dunia dengan pantas. Semua
kenderaan ini merupakan sumbangan kemajuan bidang sains dan teknologi yang membolehkan
manusia bergerak pantas pada zaman moden ini.

Kata superordinat dalam petikan di atas ialah
A alat
B kereta
C bidang
D kenderaan

(b) SOALAN STRUKTUR [2]
1 (a) Berikan dua hiponim bagi superordinat “unggas” .

............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

(b) Bina dua ayat daripada satu perkataan yang bersifat homograf untuk menunjukkan makna

yang berbeza bagi perkataan tersebut. [2]

............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

200

6. PRAGMATIK

PRAGMATIK

6.1 Konsep 6.2 Bahasa dalam 6.3 Kesantunan
Pragmatik Konteks Bahasa
Budaya

Peribahasa Ragam
Bahasa

Konsep Ciri-ciri Kesantunan
Kesantunan Berbahasa dalam Konteks

Bahasa Lisan dan Tulisan

Penggunaan Penggunaan Penggunaan Penggunaan
Ungkapan Kata Ganti Bentuk, Intonasi dan
Bertatasusila Nama Diri
Sapaan, dan Gaya
Gelaran

201

6.1 Konsep Pragmatik
− merupakan kajian tentang cara pengungkapan, sama ada secara literal atau kiasan
yang digunakan dalam komunikasi
− pengucap/ penulis berperanan menyampaikan maklumat
− pendengar /pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi
bunyi atau tafsiran bunyi, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana, atau
membuat analisis wacana.
− maklumat – berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang
lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau
secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang
dibaca dibaca.

6.2. Bahasa Dalam Konteks Budaya RAGAM BAHASA

PERIBAHASA Bahasa sindiran
Bahasa menggiat
Perumpamaan Bahasa mengejek
Pepatah Bahasa terbalik
Bilangan Bahasa merajuk
Kiasan Bahasa tempelak

Kata hikmat Bahasa herdik
Simpulan bahasa Bahasa besar/melampau
Bahasa kecil/merendah
Perbilangan
Bahasa naik
Bahasa turun
Pertanyaan ingkar
Bahasa seruan/keluhan
Bahasa berulang
Bahasa bertimbal
Bahasa bukan/ nafi
Bahasa jenaka

202

6.2.1 Peribahasa
(a)
Perumpamaan
- peribahasa yang berlapis
- perbandingan yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain
- mengandungi maksud tersurat dan tersirat

perumpamaan yang disebutkan perumpamaan yang tidak disebut
perbandingannya perbandingannya

(umpama, bagai, bak, seperti) − Pukul anak sindir menantu
− Layang-layang putus tali
− Bagai isi dengan kuku − Orang mengantuk disorongkan
− umpama cincin dengan permata
− macam cacing kepanasan bantal

b. Pepatah c. Bidalan

− patah-patah perkataan yang − pandangan yang bernas,
disusun untuk mematahkan kata- nilai dan pengajaran
kata orang lain untuk
menerangkan kebenaran yang − berfungsi untuk memberikan
sukar disangkal. nasihat, dan peringatan

− mengandungi nasihat dan − bahagian pertama menyatakan
pengajaran tetapi ada juga yang maksud manakala bahagian
tidak berisi pengajaran. kedua merupakan pematah bagi
maksud tersebut

Indah khabar dari rupa Buat baik berpada-pada,
Alah bisa, tegal biasa buat jahat jangan sekali.
Ukur baju di badan sendiri Terlajak perahu boleh diundur,
Alah membeli, menang memakai terlajak kata buruk padahnya.
Ada udang di sebalik batu Sesal dahulu pendapatan,
Jauh di mata, dekat di hati sesal kemudian tidak berguna

203

(d) Kiasan

 ungkapan yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kepada
satu perkara yang lain, sama ada menyebut perbandingan atau tidak.

 fungsinya – untuk menjelaskan sesuatu maksud, menguatkan sesuatu
maksud agar dapat memberi kesan, dan sebagai bahasa halus.

 terdapat 2 jenis kiasan:
o kiasan asal
o kiasan berpindah

 Kiasan asal – kiasan yang menyatakan bandingan secara terang-
terangan.
− menggunakan perkara lain sebagai perbandingan
− contoh : − pahit bak hempedu

− manis seperti madu
− becok seperti murai
− cantik laksana bidadari

 Kiasan berpindah – kiasan yang tidak menggunakan kata bandingan
tetapi memindahkan unsur keserupaan itu secara langsung kepada
benda yang dirujuk.
− terdapat beberapa jenis kiasan berpindah:

Jenis Kiasan Keterangan
Berpindah

Kiasan sandar Kiasan yang dikaitkan dengan benda lain
yang serupa dengan perkara yang hendak
dikiaskan. Contoh:
Mandi kerbau, tidur ayam, pening lalat,
jinak merpati

Kiasan terus Kiasan yang menyatakan sesuatu perkara
secara terus dengan perkara lain dan
mempunyai makna yang berbeza dengan
makna kata itu. Contoh:
Kutu embun, kacang hantu, mabuk darah,
naik darah

Kiasan berangkap Kiasan yang mempunyai pertentangan bunyi
antara perkara yang diperkatakan dengan
perkara yang dikiaskan.

Mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih
Banyak udang banyak garam, banyak
orang banyak ragam

204

Jenis Kiasan Keterangan
Berpindah

Kiasan berbunga Kiasan yang menggambarkan sesuatu
maksud dengan menggunakan kata-kata yang
indah. Contoh:

Angin sepoi-sepoi bahasa
Semangat yang membara
pohon melambai-lambai

Kiasan pemanis Kiasan yang digunakan untuk melindungi
atau gayang seseorang daripada mengatakan sesuatu yang
kurang manis / tidak elok didengar. ( bahasa
halus )
Berbadan dua, ke sungai kecil, orang rumah,
meninggal dunia.

Kiasan melompat Kiasan yang melangkah satu tingkat atau
lebih daripada perkataan asalnya kepada
perkataan kiasan yang telah terbit itu.
tangan baju, menanak nasi, mencucuk atap,
jahit baju

Kiasan melarat Perkataan yang digunakan sudah

menyimpang jauh daripada maksud asal.
sudah berisi – mengandung
berat tulang – malas menolong
kaki botol – orang yang suka minum arak

(e) Kata-kata Hikmat

− ungkapan berupa nasihat, panduan, dan pedoman hidup yang diungkapkan
oleh orang yang bijaksana
contoh – Bersatu teguh, bercerai roboh
– Pandu cermat, jiwa selamat

(f) Simpulan Bahasa
− rangkaian perkataan yang membawa maksud berlainan dengan perkataan
asal
− mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat
− contoh: panjang tangan, buaya darat, anak emas, buruk siku, putih mata,

205

6.2.2 Ragam Bahasa

 bahasa yang digunakan dalam pelbagai cara untuk menguatkan sesuatu
maksud.

 bahasa yang dituturkan mengandungi maksud tersirat agar tidak menyinggung
perasaan atau mengaibkan seseorang.

 Jenis-jenis ragam bahasa:

(a) Bahasa sindiran
− bahasa yang digunakan tidak dinyatakan dengan tepat maksudnya tetapi
dikiaskan dengan perkataan lain
− tujuan – membetulkan keadaan atau diri seseorang dan mempunyai
maksud yang mendalam.
(contoh: “ Orang dah berjawatan tinggi, tentulah tak sesuai duduk di
rumah kecil ni.” )

(b) Bahasa menggiat
− lebih kurang sama dengan bahasa sindiran tetapi bertujuan untuk
mengusik atau bergurau
(contoh: “Hai, dah berpangkat besar ni, tak kan sudi jadi kawan aku
lagi.”)

(c) Bahasa mengejek
− menggunakan perkataan yang tepat dan berterus terang untuk
menunjukkan keburukan seseorang
− tujuan – untuk memberi pengajaran dengan cara menghina, mengecam,
atau memalukan seseorang.
(Contoh: Tengoklah hidup awak, hidup tak serupa orang. Inilah
akibatnya.)

(d) Bahasa terbalik
− menggunakan bahasa yang mengandungi maksud tersirat.
− Maksud yang sebenar berlawanan dengan perkataan yang diucap.
− tujuan – untuk menyedarkan seseorang terhadap kesalahan yang
dilakukan.
(Contoh: Hai, awal bangun. Ayam pun tak masuk reban lagi.)

206

(e) Bahasa merajuk
− menggunakan kata-kata dengan cara merendahkan diri supaya orang yang
dilawan bercakap itu tidak berasa marah.
(Contoh: Apalah daya kita, kita ini seperti mentimun. Bergolek kena, tak
bergolek pun kena.)

(f) Bahasa tempelak
− menunjukkan kesalahan masa lalu – sama ada dari segi perlakuan
mahupun percakapan yang diujarkan
− tujuan – menyedarkan seseorang akan kesalahan yang dilakukan dan lebih
berhati-hati akan perlakuan serta percakapannya pada masa akan datang.
(Contoh: Saya sudah cuba ingatkan awak dulu, tetapi awak degil,)

(g) Bahasa herdik
− merujuk kepada perlakuan atau percakapan yang yang diujarkan pada
masa itu juga.
− bahasanya – kasar dan mengandungi nada mengejek
− tujuan – untuk kebaikan bagi menyedarkan seseorang dan bukannya untuk
mengaibkan oerang tersebut.
(Contoh: Kotornya bilik ni. Berbau busuk pulak tu. Cepat bersihkan. )

(h) Bahasa besar/melampau
− bahasa yang digunakan untuk memperbesar-besarkan sesuatu perkara.
− perbandingan yang dibuat selalunya berlebih-lebihan hingga kadangkala
sukar diterima akal.
(Contoh: Manisnya kuah ini, macam tertumpah gula selori )

(i) Bahasa kecil/merendah
− bahasa yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil .
− tujuan – merendahkan diri walaupun sebenarnya perkara itu tidak kecil
(Contoh: Jemputlah masuk ke rumah kami yang kecil ini. )

(j) Bahasa naik
− bahasa yang menguatkan tujuan kata dengan bentuk kata yang beransur-
ansur naik dan membawa pendengar selangkah demi selangkah ke
kemuncak
207

(Contoh: Bukan sahaja rumah mewah dibelikan untuknya, tiga orang
gaji juga disediakan. Rumah itu ada kolam renang lagi. Malah dua buah
kereta mewah dihadiahkan kepadanya. )

(k) Bahasa turun
− kata-kata yang disampaikan beransur-ansur menurun
− kebiasaannya menimbulkan perasaan menggelikan hati sama ada secara
sengaja atau tidak.
(Contoh: Kesian betul dengan S Mat tu, dengar cerita dituduh mencuri,
kena pecat, isteri pula lari dari rumah dengan lelaki lain, dia pulak jatuh
sakit )

(l) Bahasa ingkar
− bahasa yang disusun dengan cara pertanyaan yang tidak memerlukan
jawapan tetapi hanya seolah-olah untuk mengejek.
(Contoh: Inikah hasil kerja yang boleh dibanggakan?)

(m) Bahasa seruan atau keluhan
− menggunakan kata seru yang disertai dengan gaya bahasa yang sesuai.
− tujuan – melahirkan perasaan kecewa dan menyesal dengan nada keluhan
− perasaan tersebut dapat disampaikan dan difahami dengan lebih berkesan.
(Contoh: Aduh, tak dapat aku ceritakan betapa deritanya aku ketika itu! )

(n) Bahasa berulang
− menggunakan perkataan, frasa atau ayat secara berulang-ulang untuk
menguatkan maksud yang hendak disampaikan.
− tujuan – untuk menarik perhatian pendengar/pembaca tentang mesej yang
hendak disampaikan.
− banyak digunakan dalam penulisan cerpen, novel, atau sajak..
(Contoh: Cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja! )

(o) Bahasa bertimbal
− ungkapan seperti peribahasa yang memberi makna terhadap dua
pemikiran secara bertentangan dari segi isi.
− memberi makna yang tersirat
(Contoh: Alah membeli menang memakai )

208

(p) Bahasa bukan
− menggunakan perkataan „bukan‟ dahulu dalam ayat untuk menunjukkan
maksud yang bertentangan.
(Contoh: Bukan tidak suka. (suka)
Bukan tidak hendak datang. (hendak datang)

(q) Bahasa jenaka
− menggunakan ungkapan yang mempunyai dua makna seperti teka-teki
− tujuan – untuk bergurau senda atau berjenaka sahaja
(Contoh: Manusia yang paling tinggi berapa kaki?
Jawapan – dua sebab yang ditanya bukan ukuran)

6.3 Kesantunan Berbahasa

6.3.1 Konsep kesantunan berbahasa
bermaksud kehalusan bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesopanan
semasa berkomunikasi dengan orang lain sama ada secara lisan atau tulisan.
kosa kata yang sopan, halus, bertatasusila, dan mempunyai nilai-nilai hormat
yang tinggi digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej.

6.3.2 Ciri kesantunan berbahasa dalam konteks lisan dan tulisan

CIRI-CIRI
KESANTUNAN
BERBAHASA
BERDASARKAN:

Penggunaan ungkapan Penggunaan intonasi
bertatasusila dan gaya ( bahasa badan )

Penggunaan kata ganti Penggunaanbentuk sapaan,
nama diri gelaran, dan rujukan kehormat

209

(a) Penggunaan ungkapan bertatasusila
− ungkapan kosa kata yang halus dan sopan yang digunakan dalam
lisan/tulisan
− meliputi bahasa dalam atau bahasa istana ( mangkat, bersiram, dan
sebagainya )
− contoh ungkapan bertatasusila:

mati meninggal dunia
mengandung hamil

kencing buang air kecil

(b) Penggunaan kata ganti nama diri biasa

Kata Ganti Bahasa Kasar Bahasa Halus
Nama Diri
aku saya, kami
Pertama engkau, kau awak, anda
Kedua dia, beliau,
Ketiga -
mereka

Penggunaan kata ganti nama diri diraja
beta, patik, hamba (pertama)
tuanku, tuan hamba (kedua)
baginda, duli tuanku (ketiga)

(c) Penggunaan Kata Sapaan/gelaran, dan rujukan kehormat mengikut
situasi

− bentuk sapaan mestilah berpadanan dengan kedudukan atau taraf orang
yang disapa demi menjaga kesantunan berbahasa.

− status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan.

210

Bentuk sapaan yang berpadanan dengan kedudukan orang yang disapa.

Orang yang disapa Bentuk sapaan lisan kepada
orang yang disapa
Yang di-Pertuan Agong dan Raja
permaisuri Agong, Tuanku

Sultan, Raja, Yang Dipertuan Besar Tun ( lelaki), Toh Puan ( perempuan)
Tun, Toh Puan Tan Sri, Puan Sri
Tan Sri, Puan Sri Datuk Seri, Datin Seri
Datuk Seri, Datin Seri Datuk, Datin, Tok Puan
Datuk, Datin, Tok Puan Datuk Patinggi, Datin Patinggi
Datuk Patinggi, Datin Patinggi Datuk Amar, Datin Amar
Datuk Amar, Datin Amar
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tuan Yang Dipertua (semasa sidang)
Yang Dipertua Dewan Negara Yang Berhormat (di luar sidang )
Yang Dipertua DewanUndangan Negeri
Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat
Pegawai Kewangan Negeri
Penasihat Undang-undang Negeri Tuan Yang Terutama
Senator
Yang Dipertua Negeri
Gabenor
Duta
Pesuruhjaya Tinggi

Contoh bentuk sapaan dan rujukan hormat

Gelaran Rujukan Kehormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Agong Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sultan dan Sultanah Duli Yang Maha Mulia

Raja Muda dan Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Teramat
Mulia

Anak-anak Raja Kerabat Diraja Yang Amat Mulia

Tengku, Tuanku, Raja, Engku, Ungku Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (daripada kalangan
Menteri Besar dan timbalannya, Ketua Menteri rakyat biasa)
dan timbalannya
Yang Amat Berhormat Mulia (daripada
kalangan kerabat diraja)

211

Gelaran Rujukan Kehormat

Menteri, Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Yang Berhormat
Negeri (Wakil rakyat), Setiausaha Kerajaan
Negeri, penasihat Undang-undang Negeri,
Anggota Dewan negara (Senator)

Wakil rakyat yang bergelar Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan, Orang Besar Empat (di Perak) Yang Amat Berbahagia

Yang Dipertuan Negeri, Gabenor, Pembesar

Asing, Pesuruhjaya Tinggi , Duta Tuan Yang Terutama

Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Yang Berbahagia
Datuk Paduka,

Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Tuan Yang Dipertua (semasa bersidang)
Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Yang Berhormat (di luar persidangan)
Undangan Negeri

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Kadi Sahibul-Fadilah/ Yang Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Mufti dan Pemimpin Islam Sahibus Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Gelaran dalam bahasa Melayu

Gelaran kekeluargaan

− melibatkan keluarga asas, keluarga suku, dan keluarga ikatan perkahwinan.

Keluarga asas
− terdiri daripada ibu, bapa, dan anak-anak
− panggilan ibu ialah emak, umi, mama dan ibu
− panggilan bapa ialah ayah, papa, abah, atau bapa
− gelaran adik-beradik ditentukan oleh faktor usia ( kakak, abang, dan

adik)
− kata sapaan yang lazim – along, angah, alang, anjang, busu.

Keluarga suku
− sama seperti keluarga asas
− namun begitu terdapat penambahan sebelum kata gelaran ( Pak Long,

Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah ...

Kekeluargaan ikatan perkahwinan
− mentua, menantu, ipar, besan.

212

Gelaran keturunan

− gelaran yang diperoleh secara warisan
− ada 4 jenis - keturunan raja-raja yang memerintah

( Raja, Tunku/Ungku, Tengku/ Engku, Tuanku, Pangeran)
− keturunan orang-orang besar

(abang, Datu, Megat, Meor, Nik, Tan, Tuan, Wan)
− keturunan Nabi Muhammad SAW

(Syed dan Sharifah)
− keturunan yang berasal dari luar Malaysia

( Awangku dan Dayang dari Brunei, Teuku dan Teungku dari Acheh Raden
dari Jawa, Sutan dan Sidi dari Minangkabau, dan Daeng dari Bugis )

Gelaran anugerah

− gelaran yang diberikan oleh kerajaan kepada individu kerana sumbangannya

kepada negara
− juga dikenali sebagai gelaran kurniaan pemerintah
− Contoh :

Gelaran Keterangan

Tun Gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan yang tertinggi
kepada lelaki dan perempuan

Toh Puan Gelaran untuk isteri Tun

Tan Sri Gelaran (di bawah Tun) kurniaan Kerajaan
Persekutuan kepada lelaki dan perempuan

Puan Sri Gelaran untuk isteri Tan Sri

Datuk Gelaran kurniaan Kerajaan Negeri kepada lelaki dan
perempuan
(Dato‟ Seri, Dato‟
Paduka, Dato‟
Setia)

Tok Puan Gelaran untuk isteri Datuk di Terengganu

Datin Paduka Gelaran kurniaan Kerajaan Selangor kepada
perempuan

Datuk Patinggi, Gelaran kurniaan Kerajaan Sarawak
Datuk Amar

213

Gelaran ikhtisas
− diperoleh melalui kejayaan dalam bidang akademik

Gelaran Keterangan

Profesor Diraja Pencapaian kemuncak dalam bidang akademik

Profesor Emeritus Profesor yang telah bersara tetapi masih dianugerah

kurniaan tersebut sebagai penghormatan kerana

penulisannya dalam bidang akademik

Profesor Pencapaian paling tinggi dalam bidang akademik

Profesor Madya Pencapaian satu tingakat di bawah profesor

Doktor Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah atau ilmu

perubatan

Cikgu Mempunyai ikhtisas dalam bidang perguruan

Ustaz/Ustaz Lelaki dan perempuan yang menjadi guru agama

Islam

Gelaran keagamaan
− gelaran diberikan kepada individu yang telah mengerjakan fardu haji
− Tuan Haji ( lelaki ), Puan Hajah ( perempuan)

Gabungan Gelaran

Pak Haji Seman : kekeluargaan + keagamaan

Mak ungku: kekeluargaan + warisan

Tan Sri D. Tengku Haji Fadzil: kurniaan kerajaan + ikhtisas + warisan

+ keagaman

214

(d) Penggunaan intonasi dan gaya ( bahasa badan ) yang sesuai
Intonasi
− turun naik nada suara ketika bertutur
− akan menghasilkan makna yang berlainan
− dalam ayat bahasa Melayu, intonasi akan membeza bahagian subjek dan
predikat.
− perbezaan intonasi dapat dilihat dalam ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah, ayat songsang, dan ayat pasif.
Gaya ( bahasa badan/parabahasa)
− bahasa badan merupakan sebahagian daripada parabahasa iaitu kajian
tentang bunyi sampingan, gerak geri, dan manipulasi suara dan unsur
bahasa yang menyertai bunyi-bunyi bahasa dalam pertuturan
− gerak geri yang mengiringi pengucapan berfungsi untuk menerangi hal
yang sedang diperkatakan.
− bahagian-bahagian tubuh badan yang menjadi alat penerang yang penting
ialah tangan dan mata ( kontak mata )

215

CONTOH SOALAN
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
1 Pilih padanan yang betul antara jenis peribahasa dengan contoh.

Jenis Peribahasa Contoh
I Perumpamaan Gunting dalam lipatan
II Kiasan Tin Kosong
III Pepatah Hidup dikandung adat
IV Kata-kata hikmat Biar mati anak, jangan mati adat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 “Engkau ingat cantik sangat kasut yang kaupakai, harap mahal saje.”

Petikan di atas menunjukkan ragam bahasa
A tempelak
B mengejek
C sindiran
D menggiat

3 Rujukan Hormat Orang yang disapa
I Yang Berhormat P Menteri Besar
II Yang Mulia Q Ahli Dewan Undangan Negeri
R Tengku
III Yang Maha Mulia S Balu Raja
IV Yang Amat Berhormat

Pilih padanan yang betul antara rujukan hormat dengan orang yang disapa.

I II III IV

AR P Q S

BQ R S P

CS R P Q

DR S Q P

216

4 Bapa Karim
Anak Gelaran warisan Raja
Telah menunaikan haji

Laila
Ahli Parlinen
Doktor

Apakah panggilan hormat bagi Karim dan Laila?

Karim Laila

A Yang Berbahagia Tuan Hj. Raja Karim Yang Amat Berhormat Doktor Laila

B Yang Mulia Haji Raja Karim Yang Berhormat Mulia Doktor Raja
Laila

C Yang Berhomat Mulia Tuan Haji Raja Yang Berhormat Mulia Doktor Laila
Karim

D Yang Berhormat Mulia Raja Haji Karim Yang Berhormat Raja Doktor Laila

(b) SOALAN STRUKTUR

1 Berikan peribahasa yang sesuai bagi situasi yang berikut.

(a) Abdul cuba membaiki radio yang rosak itu, tetapi kerosakan radio tersebut semakin teruk

kerana dia tidak mahir. [1]

_________________________________________________________________________________

(b) Encik John enggan menasihati anaknya kerana anaknya tidak menghiraukan nasihatnya lagi.
[1]

2 Berikan maksud dan contoh ayat bagi bahasa berulang.. [2]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

217

PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5)

1. Maklumat Am
(a) Esei yang ditulis merupakan esei kumpulan dan pembentangan esei secara individu
(b) Penulisan esei ilmiah mestilah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM)
(c) Panjang esei ilmiah adalah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan
(d) Markah yang diperuntukkan ialah 50 markah dengan wajaran 17%
(e) Penulisan esei ilmiah dilaksanakan pada penggal ketiga selama 10 minggu (40 waktu
pengajaran)

2. Aspek Penilaian
(a) Penulisan Esei Ilmiah
(b) Pembentangan Esei Ilmiah

3. Aspek Penskoran

3.1 Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah

Bil Perkara Markah

(a) Tajuk Kajian 2

(b) Senarai Kandungan 2

(c) Penghargaan 2

(d) Pengenalan 4

(e) Objektif Kajian 2

(f) Kepentingan Kajian 2

(g) Skop Kajian 2

(h) Batasan Kajian 2

(i) Kaedah Kajian 3

(j) Dapatan Kajian 20

(k) Rumusan Kajian 2

(l) Penutup 2

(m) Lampiran 1

(n) Bibliografi/ Nota Akhir 2

(o) Bahasa 5

Markah penuh 55

Wajaran 60%

218

3.2 Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah Markah
10
Bil Perkara 10
(a) Kerelevanan 10
(b) Kelancaran 10
(c) Keterampilan 5
(d) Kebahasaan 45
(e) Penggunaan Alat / Bahan Bantu 40%

Markah penuh
Wajaran

4 Contoh Tema dan Tajuk Kajian

TEMA TAJUK KAJIAN
Variasi Bahasa Penggunaan bahasa kasar dalam filem Pendekar Bujang Lapok

Morfologi Penggunaan kata hubung dalam penulisan karangan pelajar
Tingkatan Tiga

Sejarah dan Pengaruh bahasa Sanskrit dalam buku Sejarah Melayu

Perkembangan Bahasa (W.G. Shellabear)
Melayu

Catatan: Penulisan esei ilmiah mestilah dilaksanakan dengan merujuk kepada manual penulisan
esei ilmiah yang disediakan oleh MPM.

219


Click to View FlipBook Version