The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramgeejuly, 2021-08-15 01:57:36

Nota BM stpm Sem 1 2 3

Nota BM stpm Sem 1 2 3

SOALAN CONTOH

(a) SOALAN ANEKA PILIHAN

1 Yang manakah ayat-ayat yang frasa keterangannya boleh digugurkan?
I Ingatan pesakit jiwa itu berunsur pulih.
II Pengembara itu singgah di kampung saya.

III Pemain badminton itu berlatih setiap hari.
IV Adik saya menjerit dengan sekuat-kuat hatinya.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 Yang manakah ayat yang mengandungi keterangan yang boleh digugurkan?
I Kawasan itu beriklim sejuk.
II Pak Muin bercadang untuk ke Mekah

III Pelancong itu bertutur dalam bahasa Melayu.
IV Mereka bertanding di peringkat antarabangsa.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

(b) SOALAN STRUKTUR

1 Bina satu ayat frasa keterangannya selepas frasa adjektif dan satu ayat frasa keterangannya

selepas frasa kerja. [2]

2 (i) Peraturan itu dikuatkuasakan bagi kepentingan pelajar.
(ii) Pemain itu lemah kerana kurang latihan.

Frasa keterangan yang bergaris dalam ayat di atas membawa maksud [1]

…………………………………………………………………………………………………..….

Bina satu ayat yang mengandungi frasa sendi nama sebagai frasa keterangan. [2]

…………………………………………………………………………………………………..….

…………………………………………………………………………………………………..….

148

KONSEP AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR
(i) Ayat Tunggal
(a) Terdiri daripada satu klausa
(b) Mengandungi satu subjek dan satu predikat
(c) Ayat tunggal meliputi yang berikut

Kategori Ayat Tunggal Contoh ayat
susunan biasa Abang mengarang cerpen.
susunan songsang Ke bandar kakak pagi tadi.
penyata Pokok kelapa itu amat tinggi.
tanya Ke manakah kamu menghilang?
perintah Jangan berdiri di tepi perigi.
seruan Amboi, besarnya rumah itu!
aktif Haiwan itu mengejar mangsa.
pasif Motokar itu sudah pun dijualnya.
nafi Pemuda itu bukan suaminya.

(ii) Ayat dasar
(a) Terdiri daripada satu klausa
(b) Disebut juga sebagai ayat inti
(c) Menjadi asas pembentukan ayat terbitan
(d) Ayat dasar hanya meliputi

ayat penyata Rumah tumpangan ada di sana.
ayat aktif Petani itu membina pondok.
bersusunan biasa Enjin motokar itu rosak teruk.

(iii) Persamaan dan perbezaaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar
(a) Persamaan
mempunyai satu klausa
mempunyai satu subjek dan satu predikat
....

149

(b) Perbezaan Ayat Tunggal

Ayat Dasar bersusunan biasa atau bersusunan
bersusunan biasa songsang
ayat penyata ayat penyata atau jenis ayat yang
ayat aktif lain
klausa bebas ayat aktif dan atau ayat pasif

klausa bebas atau klausa tak bebas

Ayat tunggal meliputi pelbagai bentuk susunan, jenis dan ragam ayat
TETAPI ayat dasar hanya terdiri daripada ayat penyata dan ayat aktif.

AYAT TUNGGAL AYAT DASAR

ayat susunan biasa Ayat penyata
ayat susunan songsang Ayat aktif

ayat penyata
ayat tanya
ayat perintah
ayat seruan
ayat aktif
ayat pasif
ayat nafi

CONTOH SOALAN

SOALAN ANEKA PILIHAN

1 Yang manakah yang merupakan ayat dasar dan ayat tunggal?
A Memang tempat itu menarik.
B Kediaman beliau sudah terjual.
C Para pekerja membersihkan padang bola.
D Kawasan itu akan dibangunkan tahun depan.

150

2 Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan ayat dasar dengan ayat tunggal. [2]

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

3 Tandakan (D) bagi ayat dasar dan (T) bagi ayat tunggal. [2]

Membaca amalan mulia. (T)

Sukarelawan itu membantu mangsa banjir. ( D)

Rupa lembaga itu tidak begitu jelas. (T)

Anggota penyelamat menyeberangi sungai itu. ( D)

4 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

Seekor helang terbang rendah sambil mencari mangsanya. Haiwan tersebut
hinggap di atas dahan tembusu. Beberapa ekor ayam berkeliaran. Ayam-ayam
tersebut mencari perlindungan. Tiba-tiba seekor anak ayam disambar helang.
Berlari-lari ibu ayam mencari anaknya.

(i) Yang manakah ayat dasar? (Ayat 2, ayat 3, ayat 4) [2]
(ii) Mengapakah ayat 1, ayat 5, dan 6 bukan ayat dasar? [2]

151

2.4 Pola Ayat Dasar
(a) Pola dan contoh ayat

Pola Subjek Predikat

1 FN FN
Anak Pak Ali pelajar universiti.

2 FN FK
Seekor helang terbang tinggi.

3 FN FA
Kediaman beliau paling ekslusif.

4 FN FS
Pesawat itu dari Jakarta.

(b) Dalam keempat-empat pola ayat dasar di atas, konstituen subjek diwakili oleh
frasa nama (FN).

CONTOH SOALAN
(i) SOALAN ANEKA PILIHAN

I Cerita semalam tentang penjajah.
II Anggota pengganas itu menyelamatkan diri.

Yang manakah pola yang betul tentang ayat-ayat di atas?

I II
A FN + FN FN + FK
B FN + FK FN + FA
C FN + FS FN + FK
D FN + FA FN + FS

152

(ii) SOALAN STRUKTUR
(a) Nyatakan pola ayat dasar bahasa Melayu beserta dengan contohnya.
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................

2.5 Susunan konstituen ayat
2.5.1 Susunan biasa
Subjek mendahului predikat

S P
Pakaian beliau /agak mahal.

2.5.2 Susunan songsang
Seluruh atau sebahagian predikat mendahului subjek.

P S

Pendepanan
seluruh predikat

Susunan
songsang

Pendepanan Frasa kerja
sebahagian predikat
Frasa Adjektif

Frasa SN yang berfungsi
sebagai frasa keterangan

153

(a) Pendepanan Seluruh Predikat

12
Anggota polis itu baru sampai.

21
Baru sampai anggota polis itu.

Catatan: Seluruh bahagian predikat (2) dikedepankan.

(b) Pendepanan Sebahagian daripada Predikat
 Pendepanan sebahagian frasa kerja

Pendepanan kata kerja sahaja

1 23
Pemain bola sepak itu berlatih di padang.

2 13
Berlatih pemain bola sepak itu di padang.

Catatan: Kata kerja sahaja (2) dikedepankan.

Pendepanan kata kerja dengan objek

12 3

Pak Hitam menebang pokok di hutan.

2 13
Menebang pokok Pak Hitam di hutan.

Catatan: Kata kerja (menebang) dan objek (pokok) dikedepankan.

Pendepanan kata bantu dengan kata kerja

1 23
Mereka sekeluarga belum pernah tiba di pulau itu.

2 13
Belum pernah tiba mereka sekeluarga di pulau itu.

Catatan: Kata bantu (belum pernah) dan kata kerja (tiba)
dikedepankan.

154

 Pendepanan sebahagian frasa adjektif

Pendepanan kata adjektif sahaja

1 23

Bapa Rosman ceria akhir-akhir ini.

21 3

Ceria bapa Roslan akhir-akhir ini.

Catatan : Kata adjektif (ceria) dikedepankan.

Pendepanan kata penguat dengan kata adjektif

1 23

Pemuda itu amat sayang akan ibunya.

21 3

Amat sayang pemuda itu akan ibunya.

Catatan : Kata penguat (amat) dan kata adjektif (sayang)
dikedepankan.

Pendepanan kata bantu dengan kata adjektif
1 23

Pemimpin negara itu masih cergas walaupun sudah tua.

21 3

Masih cergas pemimpin negara itu walaupun sudah tua.

Catatan: Kata bantu (masih) dan kata adjektif (cergas)
dikedepankan.

 Pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan
1 23

Pak Mamat menebang pokok itu dengan kapak.

3 12
Dengan kapak Pak Mamat menebang pokok itu.

Catatan : Frasa keterangan (dengan kapak) dikedepankan.

155

RAGAM AYAT

2.6. Ragam Ayat

2.6.1 Ayat Aktif
(a) Ayat Aktif Transitif
 boleh dipasifkan (Mereka mengecat bilik itu).
(Bilik itu dicat oleh mereka)
 ada objek sebagai penyambut (bilik itu)
 boleh disoal dengan “apa” (mengecat apa?)
Contoh ayat:
(a) Pemuda itu mengejar peragut.
(b) Pak Ali dan keluarganya membersihkan kolam ikan.

(b) Ayat Aktif Tak Transitif
 tidak boleh dipasifkan (Dia mengelamun di situ.)
 tiada penyambut; ada keterangan (di situ)

(i) Tak Berpelengkap
(a) Budak itu menangis teresak-esak.
(b) Anak kucing jantan mengiau di tepi longkang.
(Keterangan (bahagian yang bergaris) boleh digugurkan)

(ii) Berpelengkap
(a) Badan bayi itu bertambah montel.
(b) Penyakit datuk Sahrir beransur sembuh.
(Keterangan (bahagian yang bergaris) tidak boleh digugurkan)

(iii) Berpenerang
(a) Pengurus itu berbaju batik hari ini.
(b) Mereka berkasut kulit ke pejabat.

156

2.6.2 Ayat Pasif

(a) Jenis ayat pasif

(i) Ayat Pasif dengan kata kerja berimbuhan
Imbuhan yang dimaksudkan ialah, di-, ter-, ber- dan ke-an
Contoh ayat:
(a) Buku itu dibaca oleh adik saya.
(b) Harimau itu tertembak di kaki kirinya.
(c) Baju itu berjahit dengan benang sutera.
(d) Penghuni rumah panjang itu kegemparan semalam.

(ii) Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama
Ayat pasif dengan kata ganti diri pertama

Buku itu KGD 1 baca.
(a) Buku itu saya baca.
(b) Buku itu aku baca.
(c) Buku itu kubaca.
(d) Buku itu kami baca.
(e) Buku itu kita baca.

Rumah itu KGD 2 bersihkan.
(a) Rumah itu awak bersihkan.
(b) Rumah itu kamu bersihkan.
(c) Rumah itu engkau bersihkan.
(d) Rumah itu kaubersihkan.
(e) Rumah itu anda bersihkan.

Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga
Bilik itu akan disewa oleh KGD 3.
(a) Bilik itu disewa oleh dia.
(b) Bilik itu disewa oleh beliau.
(c) Bilik itu disewa oleh mereka.
(d) Bilik itu disewa olehnya.

157

(iii) Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena”
(a) Peragut itu kena pukul oleh orang ramai.
(b) Budak itu kena kejar oleh angsa garang.

AYAT MAJMUK

1. PENGERTIAN

Dibina dengan mencantumkan dua klausa atau lebih
Cantuman dengan cara tertentu
Jenis kata hubung yang digunakan menentukan jenis ayat majmuk.

2. JENIS

Ayat Majmuk

Gabungan Pancangan Campuran

Susunan faktanya Relatif Komplemen Keterangan
berturutan
Susunan faktanya Peluasan Frasa nama Waktu Cara
bertentangan subjek Frasa kerja Musabab Tujuan
Peluasan Frasa adjektif Akibat Harapan
Susunan faktanya predikat Struktur ayat Pertentangan Perbandingan
menunjukkan penyata + ayat Syarat
pilihan tanya
Kata hubung
berpasangan

158

2.1 Ayat Majmuk Gabungan
(a) Pengertian

Gabungan dua klausa atau lebih yang bersifat setara
Klausa disusun secara berturut-turut
Lazimnya menggunakan kata hubung gabungan

(b) Jenis gabungan

Jenis Ayat contoh
(i) Susunan faktanya
Anaknya berbaring lalu tertidur.
berturutan
(ii) Susunan faktanya Kucing itu tidak makan nasi, sebaliknya
meratah lauk sahaja.
bertentangan
(iii) Susunan faktanya Esok atau lusa dia pasti pulang.

menunjukkan pilihan Baik kita mahupun mereka, mencari
(iv) Dengan menggunakan nafkah hidup menjadi urusan utama.

kata hubung berpasangan

(c) Cara pembentukan gabungan

Cara Ayat contoh
(i) Subjek dengan subjek Maria dan Julia penulis baharu.
(ii) Predikat dengan predikat Dia ketawasambil meninggalkan kami.
(iii) Objek dengan objek Emak membeli ikan dan sayur.
(iv) Pelengkap dengan Dakwaan itu berdasarkan pemerhatian
dan maklumat orang awam.
pelengkap Mereka bermain di halaman rumah atau
(v) Keterangan dengan di tepi longkang?
Razali sedang tidur tetapi adiknya
keterangan membaca buku.
Dia tidak peduli sama ada hal itu baik
(vi) Klausa dengan klausa atau buruk.

(vii) Kata hubung
berpasangan

2.2 Ayat Majmuk Pancangan
(a) Pengertian

Terdiri daripada satu klausa bebas dengan satu atau lebih klausa tak bebas
Klausa tak bebas dipancangkan pada klausa bebas.

159

(b) Jenis Pancangan

(i) Ayat Majmuk Relatif

Ayat yang menggunakan kata hubung relatif
Dikenali juga sebagai ayat peluas – dapat meluaskan subjek atau predikat
Klausa relatif ini menjadi klausa tak bebas dalam ayat majmuk

Jenis Relatif Ayat contoh
(i) Peluasan Pokok yang tumbang semalam baru dipotong.
Hal yang dibimbanginya sudah berlaku.
subjek Jerebu yang melanda negara kita semakin buruk.
Kita harus membantu orang yang teraniaya.
(ii) Peluasan Dia memunggah barang yang berat itu seorang diri.
predikat Bapa sedang memilih seluar yang sesuai dengan
tubuhnya.

(ii) Ayat Majmuk Komplemen

Ayat yang mengandungi klausa komplemen
Ditandai kata hubung bahawa dan untuk
Klausa komplemen melengkapkan ayat majmuk komplemen

Jenis Komplemen Ayat contoh
Untuk menyelesaikan masalah itu
FN subjek sangat sukar.
Pihak berkuasa mengumumkan bahawa
(i) Komplemen FN objek jalan itu akan ditutup esok.
frasa nama tepat Mak Cik Hasmah memberitahu saya
bahawa anaknya sedang sakit.
FN objek Kamu mengaku bahawa kami tersilap.
Mereka sangat yakinbahawa pasukan
sipi itu akan menang.
Pihaknya tidak tahu bagaimana
(ii) Komplemen frasa kerja pemuda itu dapat masuk ke situ.

(iii) Komplemen frasa adjektif

(iv) Komplemen struktur ayat
penyata + ayat tanya

(iii) Ayat Majmuk Keterangan

Ayat yang mengandungi satu klausa bebas dan satu atau lebih klausa tak
bebas
Klausa tak bebas menjadi keterangan kepada predikat
Klausa komplemen melengkapkan ayat majmuk komplemen

160

Jenis Keterangan Ayat contoh
Keterangan waktu
Keterangan musabab Adik terus menangis apabilaternampak ibu.
Keterangan akibat Kerana terlalu takut, dia menjerit dengan
Keterangan pertentangan nyaringnya.
Keterangan syarat Dia berlari laju sehinggaterlajak ke tepi
Keterangan cara kolam.
Keterangan tujuan Bayi itu masih menangis walaupunsudah
Keterangan harapan minum susu.
Keterangan perbandingan Kamu akan gagal sekiranyakamu terus
leka.
2.3 Ayat Majmuk Campuran Batang kelapa itu dipotong-potong dengan
(a) Pengertian menggunakan gergaji.
Pungutan derma dilancarkan untuk
membantu mangsa ribut.
Kita berdoalah semoga adik sembuh segera.
Anak angkatnya itu disayanginya seperti
anak kandungnya.

Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis klausa atau ayat
Terdiri daripada campuran klausa bebas dengan pelbagai jenis klausa tak
bebas
Terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa dalam satu ayat majmuk
campuran, yang dihubungkan oleh dua kata hubung.

Contoh:

Ayat campuran Klausa
Dia baru sampai.
Dia baru sampai kerana kereta kerana kereta mengalami kerosakan
yang disewanya mengalami yang disewanya
kerosakan.
Walaupun ribut sudah berhenti
Walaupun ribut sudah orang ramai tidak berani keluar
berhenti, orang ramai tidak oleh sebab petir masih berdentum
berani keluar oleh sebab petir dan hujan masih lebat
masih berdentum dan hujan
juga masih lebat.

161

SOALAN CONTOH
SOALAN ANEKA PILIHAN
1 Antara yang berikut, yang manakah ayat majmuk pancangan keterangan?

A Bapanya semakin sembuh tetapi masih di hospital.
B Ibu pelajar itu bertegas bahawa anaknya hadir ke sekolah.
C Walaupun dia tidak datang, dia mengirimi adiknya buah tangan.
D Memang tidak mudah untuk melupakan peristiwa pahit dalam hidupnya.
2 Tidak boleh disongsangkan

Klausa yang terlibat setara sifatnya

Pernyataan di atas berkaitan dengan
A ayat majmuk gabungan
B ayat majmuk campuran
C ayat majmuk komplemen
D ayat majmuk keterangan
3 Yang manakah ayat majmuk komplemen?

I Telah disahkan bahawa mangsa itu masih hidup.
II Untuk tiba ke puncak Gunung Everest sungguh sukar.
III Ibunya bekerja keras untuk menambahkan pendapatan keluarga.
IV Budak yang selalu mengganggu saya itu tidak muncul pada hari ini.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

162

SOALAN STRUKTUR

1 Lelaki itu sedang membersihkan halaman rumahnya ketika kami sampai tetapi dia langsung
tidak menghiraukan kami.

(a) Apakah jenis ayat majmuk di atas? [1 markah]

..................................................................................................................................................................

(b) Tuliskan ayat tunggal yang terdapat dalam ayat di atas. [3 markah]

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

2 Gabungan
Ayat majmuk X

Campuran

(a) Apakah jenis ayat majmuk bagi X? [1 markah]

..................................................................................................................................................................

(b) Bina satu ayat majmuk campuran menggunakan jenis ayat X tersebut [1 markah]

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

163

3. ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang
ditetapkan. Kesalahan bahasa meliputi :

3.1 Ejaan

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan
1 pra kata,
Awalan pinjaman “pra-“, dieja prakata
terpisah daripada kata dasar

2 Ambillah Menjarakkan kata ganti diri Ambillah
pemberian ku yang berupa singkatan atau pemberianku ini.
ini. klitik

3 Daripadanya Kata “mu” dan “nya” yang Daripada-Nya kita

kita datang, merujuk kepada Allah tidak datang, kepada-Nya

kepadanya kita ditulis dengan huruf besar pada kita kembali.

kembali. awal kata itu dan tidak diberikan

sempang

4 …anih… Kata pinjaman daripada bahasa …aneh…
Indonesia tidak terikat dengan
pola keselarasan vokal bahasa
Melayu.

5 …anti sosial… Imbuhan pinjaman “anti” …antisosial…
hendaklah ditulis serangkai
dengan kata nama am yang
mengikutinya.

164

3.2 Tanda Baca

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan
1. Hj Hj.
Tidak menggunakan tanda titik
untuk menulis singkatan.

2. …ke48... Tidak menggunakan tanda …Ke-48…

sempang untuk memisahkan Wah, cantiknya baju
kata sendi nama “ke” dengan itu!

nombor yang ditulis.

3. Wah! Cantiknya Tanda seru mesti ditulis pada

baju itu. akhir ayat seruan kerana tanda

seru digunakan dalam ayat

seruan untuk melahirkan

perasaan.

3.3 Diksi

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

1 Ibu tua itu Kesalahan kerana tidak Ibu tua itu merenung

mengintai muka menggunakan diksi yang tepat. muka anaknya.

anaknya.

2 …di pagi hari… Kesalahan penggunaan kata Pada pagi hari

sendi nama”di” di hadapan kata

nama atau frasa nama yang

merujuk kepada waktu, masa

dan zaman.

3 Dia tinggal di Tidak menggunakan diksi yang Dia tinggal di
kawasan tepat untuk menunjukkan kawasan pedalaman.
pendalaman maksud ayat. Semua pelajar…

4 …semua Kesalahan kerana …mereka…
pelajar- menggandakan perkataan yang
pelajar… mengikuti kata bilangan yang
menandakan banyak.
5 …mereka-
mereka… Kesalahan kerana
menggandakan perkataan
“mereka” yang sudah
mendukung maksud banyak.

165

3.4 Morfologi

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

1 …mencatkan… Bagi kata dasar yang terdiri …mengecatkan…
daripada satu suku kata,
imbuhan menge- hendaklah
digunakan.

2 …memperlebarkan Kesalahan penggunaan …memperlebar jalan

jalan… awalan rangkap “memper-…- …

kan” dengan kata adjektif.

3 Pepohon-pepohon Menggandakan kata ganda Pepohon yang
166rendang terdapat
yang 166rendang yang sudah pun mendukung di sepanjang jalan.

terdapat di makna jamak.

sepanjang jalan.

4 …ialah untuk… Kata pemeri “adalah” perlu …adalah untuk..

digunakan sebelum kata sendi
nama”

5 Ada di antara Kata sendi nama “di” Ada antara mereka…
mereka…
menunjukkantempat,
manakala “antara” membawa

pengertian lingkungan yang
tidak mempunyai ruang atau
jarak.

3.5 Sintaksis

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

1 Baik abang baik Menggunakan pasangan yang Baik abang
mahupun kakak
kakak tidak salah bagi kata hubung tidak dapat
menjawab teka-teki
dapat menjawab berpasangan. itu.

teka-teki itu.

2 Pengetua yang Tidak menggunakan partikel – Pengetualah yang
merasmikan
majlis itu. lah pada predikat dalam ayat merasmikan majlis

166elative songsang itu.

3 Pesawat yang Kesalahan struktur pasif kata Pesawat yang
mereka naiki
terbang tinggi. ganti nama diri ketiga. dinaiki oleh mereka

terbang tinggi.

166

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

4 Daripada aktiviti Ayat tanpa subjek Aktiviti pembakaran
pembakaran terbuka ini
terbuka ini mengakibatkan
mengakibatkan pencemaran udara.
pencemaran
udara.

5 Para petani Tidak menggunakan kata Para petani

mengambil jalan hubung keterangan dalam ayat mengambil jalan

mudah keterangan. mudah untuk

melupuskan melupuskan jerami

jerami dan padi dan padi dengan

dengan membakarnya.

membakarnya.

3.6 Penanda Wacana

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan
1 Oleh kerana…
Kata „oleh” ialah kata sendi Oleh sebab itu / oleh
2 Namun… nama yang harus diikuti oleh itu
3 …, selanjutnya kata nama sebagai
menyambut sedangkan
dapat menimba… “kerana” ialah kata hubung
pancangan keterangan yang
berfungsi sebagai
penghubung klausa yang
menjadi keterangan pada
klausa utama.

“namun” merupakan kata Namun begitu /
Namun demikian
hubung gabungan . Oleh itu
kata “namun” tidak boleh

digunakan pada awal ayat.

Kesalahan penggunaan …, di samping
dapat menimba..
penanda penghubung tempoh
“selanjutnya” yang tidak

menunjukkan urutan masa

atau siri berlakunya sesuatu.

Atau

Penanda penghubung
tambahan perlu digunakan
bagi menunjukkan maklumat
tambahan kepada sesuatu
perkara yang dinyatakan
sebelumnya.

167

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan
Selain tinggal…
4 Selain daripada “Selain” ialah kata sendi
tinggal… nama dan tidak perlu diikuti
oleh kata sendi nama
“daripada” secara serentak.

CONTOH SOALAN

Arahan: Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab

kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 9 markah ]

Soalan 1

Di bandar itu, terdapat beberapa buah bangunan yang dibina sejak beberapa tahun kebelakangan
ini. Bangunan yang terletak di pusat bandar itu kepunyaan Encik Azman, iaitu peniaga terkenal di
negeri ini. Di situ terdapat sebuah kedai buku yang sering menjadi tumpuan orang ramai, terutama
pelajar sekolah. Selain dari buku, Encik Azman juga menyediakan lain-lain keperluan untuk
persekolahan, termasuklah beg dan alat tulis. Kedai tersebut dapat dilihat dari jauh kerana warna
dindingnya kebiru-biruan. Bangunan itu juga sama tinggi dengan bangunan yang menempatkan
semua pejabat kerajaan di bandar itu. Orang ramai dari jauh dan dari dekat yang datang ke bandar
itu dari semasa ke semasa.

Jawapan: Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan
Bil

168

Soalan 2:

Selain bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu turut berperanan sebagai bahasa
perpaduan di negara ini. Pada abad ke 21, boleh dikatakan bahawa tiada lagi rakyat Malaysia
yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi harian mereka. Selain dipelajari
oleh kita, bahasa Melayu juga dipelajari oleh pelajar asing di luar negara. Walaupun begitu,
terdapat sesetengah pihak yang berasa ragu-ragu akan keupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Bagi sesiapa yang berasa ragu-ragu dalam soal ini bolehlah meneliti fakta sejarah.
Bahasa Melayu pernah menjadi linguafranca di rantau ini pada suatu ketika dahulu. Banyak
buku sejarah yang memperkatakan perkara ini.

Jawapan: Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan
Bil

169

PENGGAL 3

1. WACANA
1.1 Konsep Wacana
1.2 Ciri Wacana
1.3 Jenis Penanda Wacana

WACANA

Konsep Ciri wacana Jenis penanda wacana
wacana Kohesi
Koheren Penanda penghubung
Penanda rujukan
Penanda penggantian
Penanda leksikal
Penanda elipsi / pengguguran

1.1 KONSEP WACANA

170

1.2 CIRI WACANA

Kohesi ( Tautan ) Koheren ( Runtutan)

Hubungan / jalinan yang erat Kesinambungan idea yang disusun
antara kata, frasa, dan ayat secara teratur, isi atau maklumat
untuk menghasilkan wacana disampaikan dengan jalinan yang
yang utuh kemas dan rapi serta mempunyai
makna
Contoh :
Contoh :
Kamal dan Shahira berasa
gembira. Mereka berjaya Jam menunjukkan pukul 7:00
melanjutkan pelajaran ke IPTA. pagi. Masyarakat kota sudah mula
bergegas ke pejabat. Jalan raya
menjadi sesak.

- Ciri kohesi dalam wacana ditandai oleh kehadiran penanda khusus, iaitu kohesi
nahuan dan kohesi leksikal

Unsur Kohesi Nahuan :
Wacana rujukan, penggantian, elipsis, dan penghubung

Unsur Kohesi Leksikal :
Pengulangan dan kolokasi

171

1.3 JENIS PENANDA WACANA:

172

CONTOH SOALAN

(a) SOALAN OBJEKTIF

1 Yang manakah pernyataan yang benar tentang wacana?
A Unit bahasa yang melebihi batas ayat.
B Unit bahasa yang mementingkan pemilihan diksi
C Unit bahasa yng mengandungi pelbagai ragam ayat
D Unit bahasa yang mementingkan latar belakang penutur

2 Yang manakah ayat yang betul penggunaan penanda wacananya?

A Mak Bedah meratapi mayat anaknya yang berlumuran darah. Kemudian, dia memeluknya
dengan erat.

B Salmi membaca rencana dalam majalah itu. Sesungguhnya, dia harus menulis esei dan
menyiapkan tugasan yang disuruh oleh guru.

C Pelajar yang sentiasa mengulang kaji pelajaran akan mencapai kejayaan. Namun begitu, ada
segelintir pelajar yang tidak mengambil inisiatif untuk belajar.

D Kawasan gaung itu berbahaya. Walau bagaimanapun, terdapat penduduk sekeliling yang
mengingkari arahan pihak berkuasa.

3 Jenis Penanda Wacana Contoh Penggunaan dalam Ayat
I Penanda penghubung
P Penduduk Kg Tendong hidup sejahtera.
II Penanda pengguguran Mereka bekerjasama dan bersatu hati dalam
menyelesaikan masalah.
III Penanda penggantian
Q Pengarah syarikat itu menasihati para pekerjanya.
Beliau menasihati mereka ketika mereka
bermesyuarat.

R Dia tersipu. Malu. Tidak mengeluarkan sepatah
perkataan pun ketika itu.

IV Penanda rujukan S MARDI telah memberikan kursus secara
percuma kepada para petani desa. Selain itu,
khidmat nasihat tentang pertanian turut diberikan.

Yang manakah padanan yang betul antara jenis penanda wacana dengan contoh penggunaannya?

I II III IV

AP QS R
BS RP Q
CQ SR P
DS PQ R

173

(b) SOALAN STRUKTUR

1 (a) Berikan definisi wacana. (2)

…………………………………………………………………………………………..………………

………………………………………………………………………………………..…………………

(b) Hasilkan sebuah wacana yang utuh dengan menggunakan penanda wacana: oleh itu, di

samping itu , dan akhir sekali dalam satu perenggan. Penggunaan penanda wacana tersebut tidak

perlu mengikut urutan. (3)

……..……………………………………………………………………………………………………

……..……………………………………………………………………………………………………

…………………………..………………………………………………………………………………

2 Jelaskan maksud kohesi dan berikan contohnya. (2)

…………………………………………………………………………………………..………………

………………………………………………………………………………………..…………………

3 Kenal pasti penanda wacana dan jenisnya dalam petikan di bawah ini, kemudian jelaskan

fungsinya. (3)

Sebagai usahawan, Encik Taib berazam untuk berjaya dalam perniagaan. Beliau

berazam mahu menjadi usahawan yang berwibawa dan berdedikasi agar dapat

menghasilkan produk yang bermutu dan dikenali oleh rakyat Malaysia.
……..……………………………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………………………………
…………………………..………………………………………………………………………………

174

2. RETORIK
2.1 Konsep retorik
2.2 Jenis retorik dan ciri
2.3 Teknik penyampaian idea

2.1 RETORIK

2.1 Konsep 2.2 Jenis retorik 2.3 Teknik
retorik: 2.2.1 Pemerian penyampaian
2.2.2 Pemujukan idea
Seni pemakaian 2.2.3 Penceritaan
bahasa untuk 2.2.4 Pendedahan 2.3.1 Deduksi
menyampaikan 2.2.5 Penghujahan
idea dengan 2.3.2 Induksi
menarik dan
berkesan dalam 2.3.3 Analogi
bentuk ucapan dan
tulisan 2.3.4 Eklektik

175

PEMUJUKAN

Bahasa yang menarik
Melibatkan emosi
Menggunakan kata penguat
Contoh iklan, kempen

PENGHUJAHAN 2.2 JENIS PENCERITAAN
RETORIK
pendapat atau usul DAN bersifat imaginatif
bukti yang CIRINYA ada plot
menyokong kebebasan tatabahasa
bersetuju dan yakin kerana bersifat ekspresi
Contoh: perdebatan, Contoh:cerpen, novel
forum, bahas

PENDEDAHAN PEMERIAN

Huraian objektif, objektif, tepat, dan jelas
takrifan & ada contoh gambaran realistik
menjelaskan konsep, istilah bahasa jelas dan tersusun
hasil mesti fakta pendahuluan, huraian &
Contoh: kertas kerja, kesimpulan
taklimat, teknik menjawab deskriptif dan informatif
soalan Contoh: memerihal orang,
tempat dll

176

JENIS RETORIK CONTOH

Pemerian Desaru Resort terletak di pantai Desaru yang menghadap Laut China

Selatan.Pusat peranginan ini meliputi kawasan seluas 25 ekar dan
menempatkan 793 unit „suite‟.

Pemujukan Inilah satu-satunya peluang anda memiliki telefon bimbit i-Phone 6
pada harga mampu milik. Kunjungilah pusat pameran kami di Subang
Jaya sementara stok masih ada.

Penghujahan Perpaduan merupakan elemen yang penting untuk kesejahteraan dan
keamanan sesebuah negara. Sekiranya rakyat tidak bersatu padu, maka
negara ini akan mudah dijajahi oleh kuasa asing. Oleh itu, semua rakyat
Malaysia perlu mementingkan perpaduan.

Pendedahan Penyakit SARS merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
Penceritaan unggas. Penyakit ini mula dikenal pasti di negara China. Penyakit ini
merebak melalui sentuhan, pengedaran udara dan haiwan yang telah
dijangkiti penyakit tersebut.

Ali seorang anak penoreh getah. Walaupun keluarganya miskin, namun
dia tidak pernah menganggap bahawa kemiskinan boleh menghalangnya
daripada mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM. Dia berusaha
dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya. Saban pagi,
dia berjalan kaki sejauh 3 km ke sekolah.

177

2.3
178

JENIS TEKNIK CONTOH
PENYAMPAIAN

IDEA

Deduksi Faktor utama kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan
raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Mereka
sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat, memotong
garisan berkembar,dan memandu kenderaan dengan laju hingga
melepasi had laju yang telah ditetapkan. Oleh itu, setiap pengguna
jalan raya harus mementingkan susila ketika berada di jalan raya.

Induksi Setiap pengguna jalan raya harus mementingkan susila ketika
berada di jalan raya. Hal ini demikian kerana ramai pengguna
jalan raya yang sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat,
memotong garisan berkembar,dan memandu kenderaan dengan
laju hingga melepasi had laju yang telah ditetapkan. Sikap
pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan
rayalah menjadi faktor utama kemalangan jalan araya di Malaysia.

Eklektik Rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu walaupun berbeza darisegi
agama dan kepercayaan. Hal ini demikian kerana pemimpin negara
ini sentiasa mengambil kira kepentingan perpaduan dalam setiap
dasar negara yang dilaksanakan. Oleh itu, semua kaum sentiasa
bersatu padu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di
Malaysia. Mereka percaya, dengan adanya keamanan dan
kedamaian, negara akan terus membangun dengan pesat.

Analogi Sama seperti nasi dan roti yang menjadi makanan kepada tubuh,
rencana dan maklumat yang dihidangkan dalam surat khabar pula
menjadi makanan kepada minda dan hati. Sesungguhnya, setiap
hari surat khabar menyajikan pelbagai jenis makanan. Oleh itu,
pandai-pandailah kita memilih makanan yang dapat
mengenyangkan pemikiran kita.

179

CONTOH SOALAN

(a) SOALAN ANEKA PILIHAN

1 Mengemukakan bukti yang kukuh dan logik
Meyakinkan pembaca tentang pendapatnya
Mempengaruhi pembaca supaya mengubah Pendirian

Pernyataan di atas menepati ciri retorik
A pemerian
B pemujukan
C penceritaan
D penghujahan

2 Yang manakah ciri retorik pendedahan?
I Memperincikan topik yang diperkatakan
II Menghuraikan konsep yang diketengahkan

III Mengubah pemikiran dan kepercayaan pembaca
IV Memindahkan pengamatan penulis kepada pembaca
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 I: Datuk saya bernama Raja Abdullah. Orang kampung memanggilnya Tok Ku sahaja.
Badannya gempal, tinggi, dan ada tanda hitam di pipi kirinya. Semasa hayatnya, Tok
Ku saya terkenal sebagai guru agama dan juga guru silat

II: Tahukah anda? Barang keluaran kami diakui mempunyai nilai pulangan yang tinggi.
Sudah berpuluh-puluh tahun barang kami menguasai pasaran negara ini. Cubalah
sekarang! Kami pasti anda gembira memilikinya.

Petikan I dan II di atas memaparkan contoh retorik

I II
A pemerian pendedahan
B pendedahan Pemerian
C pemerian pemujukan
D pendedahan pemujukan

180

4 Mengemukakan isi yang kukuh dan logik
Meyakinkan pembaca tentang pendapatnya
Mempengaruhi pembaca supaya mengubah pendirian

Pernyataan di atas menepati ciri retorik
A Pemerian
B Pemujukan
C Penceritaan
D Penghujahan
5 Bertujuan untuk mengubah pendirian pembaca

Menggerakkan pembaca untuk bertindak
Merupakan rayuan yang dibuat secara halus
Memperlihatkan keyakinan diri sendiri kepada pembaca
Pernyataan di atas menepati retorik
A Pemerian
B Pemujukan
C Penceritaan
D Penghujahan

181

(b) SOALAN STRUKTUR

Di Malaysia, perpaduan dalam kalangan rakyat amat perlu dipupuk. Kita mengetahui
bahawa perpaduan menjadi nadi pembangunan dan kemajuan negara. Tanpa perpaduan,
kemajuan sukar dicapai. Bagi negara yang rakyatnya sering berbalah atau bercakaran, fokus
untuk memajukan negara tidak akan dapat dilakukan oleh kerajaan.

(a) Apakah jenis retorik bagi teks di atas? [1]

...................................................................................................................................................................

(b) Jelaskan sebab anda berpendapat sedemikian. [3]

...................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

182

3. VARIASI BAHASA

Variasi Bahasa

3.1 Konsep Variasi 3.2 Jenis Variasi Bahasa dan Cirinya

Bahasa

Perbezaan bentuk- Berdasarkan kumpulan Dialek
bentuk bahasa yang sosial dan situasi tertentu: Idiolek
digunakan disebabkan a) Kumpulan sosial : Bahasa Pijin
oleh : Bahasa Kreol
Kelas Sosial Bahasa Slanga
a) Pengguna Status pekerjaan Bahasa Formal
Idiolek Usia Bahasa Tak Formal
Dialek daerah Jantina Bahasa Halus
Isoglos Bahasa Kasar
b) Situasi Bahasa Istana/ Dalam
Bahasa Basahan
b) Penggunaan Formal Bahasa Baku
Dialek sosial Tidak formal
Bahasa Mesra

Bahasa Pasar

Istilah-istilah yang perlu diketahui :

Isoglos : Garis pemisah/garis sempadan Diaglosia : merujuk kepada penggunaan
linguistik antara satu dialek dengan dua atau lebih daripada dua kelainan
dengan dialek yang lain. bahasa daripada satu bahasa yang sama
 Bentuk dialek - Campuran antara
Subdialek : Satu dialek yang
dua dialek bagi pengguna yang dibahagikan kepada dialek-dialek kecil
tinggal bersempadan berdasarkan kawasan tertentu di setiap
 Satu kawasan yang mempunyai ciri negeri. (Kelainan kecil dalam sesuatu
sebutan, tatabahasa, atau kosa kata dialek)
tertentu yang serupa
Multibahasa : mempunyai kepelbagaian
Dwibahasa : mengandungi dua bahasa bahasa.

183

Ciri-ciri Variasi Bahasa

Dialek Idiolek

Definisi : Definisi :

Kelainan bahasa yang Variasi bahasa yang
berbeza dari segi sebutan, khusus berkaitan dengan
kosa kata dan tatabahasa individu

Faktor geografi dan Perbezaan pada alat
darfipakadtoarbsaohsaiasla baku. sebutan dan bunyi sebutan

Situasi tidak rasmi (contoh :
Contoh : Perhubungan menyengaukan sebutan )
kekeluargaan ; pergaulan
harian Faktor kewujudan idiolek:
Perbezaan pada alat
sebutan seperti kecacatan
Tabiat pertuturan

( pengaruh rakan / ahli
keluarga )

kosa kata terhad Bahasa Pijin Tidak digunakan oleh komuniti
bahasa sebagai bahasa asal
Sebutan bahasa dipengaruhi Bahasa campuran
oleh bahasa ibunda antara dua atau lebih digunakan apabila penutur
bahasa yang berlainan bahasa
Penggunaan perkataan berkomunikasi
punya dan banyak Bahasa A + bahasa Berlaku percampuran kod
B = bahasa C
Contoh : Menyalahi hukum D-M :
Dia punya anak jantan, Membezakan Orang itu itu orang
manyak cantik punya = penggunaan kata ganti
anak lelakinya sungguh nama Mengabaikan penggunaan
kacak sekali Contoh : Kami / kita penjodoh bilangan
kita olang
Contoh : Kami ada sebuah
kereta kita olang satu keleta

184

Kosa kata / Struktur Bahasa Kreol Faktor geografi :
ayat dipengaruhi campuran dua bahasa perkahwinan ,
struktur bahasa Cina perdagangan
sehingga menjadi
(a) Contoh perkataan : lu bahasa utama dalam
orang, lu samua, gua,
dia orang komuniti

a) Contoh ayat
Bahasa Melayu :
Saya mahu masak nasi

Baba Nyonya :
Gua mo masak nasik

Di Malaysia : Baba Nyonya di Melaka ( campuran Melayu dan Hokkien /
Peranakan )

Bahasa slanga
 bahasa kutu/ bahasa rocker

Contoh : awek, balak, cun,
poyo, beb, kerek

Tidak rasmi, tidak baku, Kosa katanya mempunyai
bersifat musiman makna tersendiri dan hanya

difahami oleh kelompok
tertentu

Penuturnya Lebih rendah tarafnya
golongan remaja daripada bahasa standard

185

Bahasa Formal Bahasa Tak Formal

1) Formal atau rasmi Situasi Tidak formal atau tidak rasmi
Ragam bahasa
2) Bahasa terkawal Bahasa bebas
Hubungan
3) Wujud sekatan sosial antara penutur Sekatan sosial tidak wujud
Penggunaan
4) Bahasa baku atau Bahasa Dipengaruhi bahasa daerah
standard bahasa atau loghat

5) Teratur, lengkap dan Kegramatisan Tidak mementingkan aspek
Mementingkan aspek tatabahasa
tatabahasa Contoh bahasa
Dialek, bahasa basahan,
6) Bahasa baku, bahasa istana bahasa halus, bahasa mesra,
Penggunaan gelaran yang
7) Penggunaan gelaran yang Gelaran
lengkap tidak lengkap

Bahasa Halus Penggunaan kata Bahasa Kasar
Pemilihan diksi
Nada yang lembut dan Kasar dan kesat / Tidak
rendah / bersopan santun Tatabahasa sopan / kurang beradab
dalam pertuturan
Memperlihatkan Kata ganti
kesopanan nama diri Menggunakan kata
Cara penggunaan sindiran
Menggunakan Contoh
tatabahasa yang sempurna, Tidak menggunakan
lengkap dan teratur 186 peraturan nahu yang
lengkap
Lengkap dan sopan
Kurang sopan
Peribahasa atau kiasan
Dalam emosi negatif /
a) buang air kecil / ke sindiran
sungai kecil
a) kencing
b) berbadan dua b) bunting

Penggunaan kata ganti Penggunaan kata Penggunaan gelaran :
nama diri : beta, baginda kekeluargaan : ayahanda, Raja, Tengku, Ungku

Ungkapan / istilah adinda Rujukan kehormat :
khusus/ kosa kata : Ke Bawah Duli Yang
Bahasa Istana
santap, bersiram Perhubungan Maha Mulia
kebahasaan dalam
golongan raja
Perhubungan rakyat
dengan golongan diraja

Unsur Pemulukan dan Pendinaan :

Pemulukan : Perbuatan menyanjung dan ditujukan kepada raja untuk meletakkan baginda
pada satu taraf yang lebih tinggi.
Contoh : Titah tuanku patik junjung...
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia...

Pendinaan : Merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja
Contoh : Patik pacal yang hina
Ampun tuanku beribu-ribu ampun

Bahasa basahan/bahasa kolokial Bahasa baku

 Bahasa pertuturan harian oleh masyarakat  Dikaitkan dengan golongan berpendidikan

biasa tinggi

 Tidak mematuhi hukum tatabahasa  Mematuhi hukum tatabahasa

 Terdapat percampuran kod  Bahasa standard

 Struktur ayat mudah digunakan  Bahasa komunikasi antara penutur pelbagai
 Mudah difahami dialek
 Penggunaan unsur singkatan
atau  Digunakan dalam urusan rasmi
kependekan  Sebagai bahasa rasmi negara

187

Bahasa Mesra

− sebagai bahasa
cakap mulut

Bahasa berbentuk lisan Kata gelaran yang tidak lengkap
Penggunaan unsur partikel -lah
Terdapat banyak unsur
Terdapat unsure percampuran kependekan
kod
Digunakan oleh orang yang ada
hubungan yang rapat

Penutur menggunakan nama
sendiri bagi kata ganti nama

diri

Bahasa Pasar Wujud akibat pergaulan masyarakat berbilang kaum
Bahasa Bahasa dipermudah apabila berkomunikasi
Dikaitkan dengan bahasa pijin
campuran antara Mengabaikan hukum D-M
bahasa ibunda Kata ganti nama dipengaruhi bahasa ibunda
penutur dengan Penggunaan perkataan “punya” dan “banyak”
bahasa kedua

188

CONTOH SOALAN
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
1 Yang manakah padanan yang betul antara variasi bahasa dengan contoh ayatnya?

Variasi bahasa Contoh ayat

A Mesra Nana, petang nanti datang ke rumah, ya.

B Formal Ambillah apa-apa saja barang di rumah ini yang kau sukai.

C Kasar Alina beranakkan anak kembar di hospital petang

semalam.

D Halus Awak jangan marah apabila mendengar kata-katanya tadi.

Soalan (No.18) STPM Terminal 2012

Bahasa biasa Bahasa istana
Pergi X
Y
Sakit persembahan
Z

2 Yang manakah padanan yang betul antara bahasa biasa dengan bahasa istana?

XY Z

A Berangkat Hadiah Gering

B Berangkat Pertunjukan Uzur

C Bertolak Anugerah Gering

D berlepas Pemberian uzur

Soalan (No.18) STPM Terminal 2010

3 Dialek merupakan kelainan bahasa yang disebabkan oleh
A situasi
B individu
C tahap sosial
D pengguna bahasa

Soalan (No.18) STPM Terminal 2008

189

4 Bahasa Melayu baku wajar digunakan oleh pengguna bahasa dalam situasi yang berikut, kecuali
A Guru kaunseling menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi
B Wakil pasukan keselamatan menyampaikan taklimat kepada kakitangan kerajaan
C Ibu bapa berbincang tentang masalah disiplin anak-anak dengan pegawai Jabatan Pelajaran
Negeri
D Wakil pelajar menghantar surat kepada syarikat Y untuk memohon derma bagi kegiatan
persatuannya.
Soalan (No.19) STPM Terminal 2008

(b) SOALAN STRUKTUR

1 Berikan maksud bahasa pijin [1]

.....................................................................................................................................................................

2 Nyatakan dua ciri bahasa dalam. [2]

.....................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

3 Ubah dialog yang berikut kepada bahasa halus. “Ini bini Ahmad? Sudah berapa bulan

mengandung?” [2]

.....................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

4 Apakah yang dimaksudkan dengan idiolek? [1]

.....................................................................................................................................................................

190

4 LARAS BAHASA
4.1 Konsep laras bahasa
4.2 Jenis dan ciri laras
Tumpuan diberikan pada laras bahasa yang berikut:
Laras sains
Laras ekonomi
Laras undang-undang
Laras agama
Laras sukan
Laras sastera
Laras resipi
Laras iklan (termasuk penggunaan bahasa pada papan tanda)

Definisi:
Ure & Ellis – Jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan
Halliday – Variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi

191

192

193

Jenis Laras Contoh
Sains
Ekopelancongan penyu secara eksploitasi tanpa kawalan akan
menimbulkan kesan negatif dan dikhuatiri memudaratkan populasi
penyu dan seterusnya ekosistem marin. Telur semua jenis penyu tanpa
mengira spesies juga dilarang penjualannya.

Ekonomi Dagangan Malaysia dengan China menggunakan mata wang
Renminbi(RMB) akan mewujudkan kelebihan saingan yang mungkin
penting dalam memperoleh penguasaan pasaran.

Undang-undang Tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah
ketika membela diri gagal menimbulkan keraguan munasabah
terhadap kes pendakwaan.

Agama Masjid Negara menyediakan jamuan berbuka puasa dan seterusnya
jamuan moreh selepas solat terawih. Manakala aktiviti tadarus al-
Quran dan tazkirah Ramadan sebelum solat fardu Zuhur juga
mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sukan Muslifah terkilan kerana tidak dapat menyumbang pingat buat negara,
beliau mengambil bahagian dalam acara 50m Rifle 3 Position
berpasukan dengan menduduki tempat kedua tercorot daripada 14
pasukan yang mengambil bahagian.

Sastera Suara anak menangis telah mengejutkan Kapten Mamat. Dia tidak jadi
menung panjang. Suara itu semakin lama semakin tajam menusuk
telinganya. Dia menumpukan minat mendengar suara perempuan.
Tidak dapat dipastikan kawan anak gadisnya bercakap, tetapi mereka
itu pasti di dapur.

Resipi Satu cawan kacang tanah, ¼ cawan minyak jagung, ½ sudu teh garam,
dua sudu besar gula perang
Gorengkan kacang tanah tanpa minyak, campurkan minyak jagung,
garam dan gula perang bersama kacang yang digoreng tanpa minyak
tadi, kisar halus

Iklan/Papan Tanda Piza Sari Lautan, pasti memikat selera anda dengan sos asam pedas
yang menyelerakan, isi ikan tuna, isi ketam dan udang. Piza udang
dan aneka makanan laut, Jom berbuka puasa !

194

CONTOH SOALAN

(a) SOALAN ANEKA PILIHAN

1 Menggunakan bahasa yang kreatif dan imaginatif
Terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa
Mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kata

Pernyataan di atas menunjukkan ciri laras
I iklan
II berita

III agama
IV sastera
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Sesuatu laras bahasa ditentukan oleh faktor yang berikut kecuali
A situasi
B status penutur
C pokok perbincangan
D kecekapan berbahasa

(b) SOALAN STRUKTUR

1 Misi utama universiti KLM adalah untuk melahirkan graduan yang memilih bidang
keusahawanan teknologi sebagai kerjaya pilihan, dan seterusnya berkemampuan untuk
memainkan peranan pada peringkat global. Untuk tujuan itu, universiti KLM merangka pelbagai
pendekatan tambahan yang berasaskan prinsip holistik dalam usaha untuk membangunkan nilai
diri dan peribadi yang mulia di samping kemahiran amali. Janganlah ragu-ragu, daftarlah
dengan kami sekarang. Universiti KLM merupakan sebuah universiti yang unggul.

(a) Apakah jenis laras bahasa teks di atas? [1]

............................................................................................................................................................

(b) Berikan sebab anda berpendapat sedemikian. [3]

............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

195

5 SEMANTIK

5.2 MAKNA
DENOTATIF
DAN MAKNA
KONOTATIF

5.1 KONSEP SEMANTIK 5.2 MAKNA

196

5.3 Konsep, perkataan, dan rujukan

Contoh:
Apabila seseorang menyebut kata bunga,secara automatik dalam fikirannya akan terbayang sekuntum
bunga.

Perkaitan makna perkataan dari segi leksikal (kosa kata)

5.4 BERKAITAN
MAKNA
PERKATAAN
DARI SEGI
LEKSIKAL

197


Click to View FlipBook Version