BENTUK IMBUHAN FUNGSI DAN MAKNA
IMBUHAN
di-...-kan Fungsi: membentuk kata kerja pasif
Makna: membawa pengertian seperti yang
terkandung dalam imbuhan di- dan –kan.
di-...-i Fungsi: membentuk kata kerja pasif
Makna: membawa pengertian seperti yang
terkandung dalam imbuhan di- dan –i.
mempeR- Fungsi: membentuk kata kerja aktif transitif,
...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata
kerja. Apitan mempeR-...kan ada hubungannya
dengan kata kerja berawalan beR-.
Makna:
1. menjadikan atau menyebabkan (kausatif)
Contoh: mempertemukan (menyebabkan
bertemu)
mempersatukan (menyebabkan bersatu)
2. menyebabkan objek dapat diperlakukan atau
dapat
berlaku seperti yang dimaksudkan oleh kata
dasar yang
berawalan ber- atau di-.
Contoh: memperdengarkan suara
(menyebabkan suara dapat didengar)
mempertahankan hujah (menyebabkan hujah
dapat bertahan)
* Perbezaan mempeR- dengan
mempeR-...-kan
Apitan mempeR-...-kan tidak boleh diimbuhkan
pada kata dasar daripada kata adjektif yang
membawa maksud “menjadikan sesuatu
bersifat lebih”. Bagi kata-kata yang bukan
kata adjektif, apitan mempeR-...-kan
diperlukan.
Namun begitu, kata mempertahankan tidak
boleh menggugurkan akhiran –kan kerana kata
„mempertahan‟ tidak membawa maksud
“menjadi lebih tahan”.
mempeR- Fungsi: membentuk kata kerja aktif transitif,
...-i boleh bergabung dengan kata nama dan kata
kerja.
Makna:
1. memperoleh
Contoh: memperhiasi (menjadikan objek
memperoleh hias)
mempersenjatai (menjadikan objek
memperoleh senjata)
98
BENTUK IMBUHAN FUNGSI DAN MAKNA
IMBUHAN
2. akhiran –i pada kata yang berapitan
mempeR-...-i dapat menggantikan kata sendi
seperti akan, kepada, dan tentang yang
menyertai kata kerja tak transitif.
Contoh: memperingati (ingat akan)
memperhambai (berhamba kepada)
mempelajari (belajar tentang)
ke-…-an Fungsi: membentuk kata kerja pasif , dapat
bergabung dengan kata dasar daripada kata nama,
kata kerja, dan kata adjektif.
Makna:
1. ditimpa akibat atau rasa sesuatu
Contoh: keracunan (ditimpa akibat racun)
kejatuhan (ditimpa akibat hujan)
2. kena
Contoh: kemalangan (kena malang)
kehujanan (kena hujan)
3. dapat di-
Contoh: kelihatan (dapat dilihat)
kedengaran (dapat didengar)
* Perbezaan apitan ke-...-an sebagai apitan kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.
1. apitan ke-...-an sebagai kata kerja dapat
bertukar ganti dengan awaln di- atau kena.
Contoh: Kami ketinggalan bas = Kami
ditinggalkan/kena tinggal oleh bas.
2. apitan ke-...-an sebagai kata nama
mendukung makna
“tempat” dan “hal”.
Contoh: keduataan = tempat duta
kerakyatan = hal tentang rakyat
3. apitan ke-...-an yang membentuk kata
adjektif,
kebanyakannya diimbuhkan pada kata
nama dengan
membawa pengertian “sifat” dan biasanya
dapat
didahului oleh kata “agak‟.
Contoh: (agak) kebaratan (bersifat barat)
(agak) kejantanan (bersifat
jantan)
99
BENTUK IMBUHAN FUNGSI DAN MAKNA
IMBUHAN
dipeR-... Fungsi: membentuk kata kerja pasif diri orang
-kan ketiga, boleh bergabung dengan kata nama dan
kata kerja.
Makna:
1. objek dijadikan seperti kata dasar
Contoh: diperhambakan (dijadikan seseorang
sebagai hamba)
dipercabangkan (dijadikan bercabang)
2. dijadikan berlaku seperti maksud kata dasar
Contoh: dipertemukan (dijadikan bertemu)
Dipertautkan (dijadikan bertaut)
3. menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang
lain
Contoh: diperlihatkan (menyebabkan sesuatu
dilihat oleh orang lain)
diperdengarkan (menyebabkan sesuatu
didengar oleh orang lain)
dipeR-...-i Fungsi: membentuk kata kerja pasif kata ganti
orang ketiga.
Makna:
1. dijadikan
Contoh: diperhambai, diperkebuni,
dipersenjatai
2. berbuat
Contoh: dipelajari, diperingati
ter-...- Fungsi: membentuk kata kerja pasif dan selalunya
kan ter-...-i didahului oleh kata nafi “tak” atau „tidak”.
Makna: membawa pengertian dapat di-...-kan dan
dapat di-...-i dengan maksud yang dikandung oleh
kata dasar.
-el- Fungsi: sebenarnya tiada sisipan kata kerja tetapi
-em- kata nama dan kata adjektif akan menjadi kata
-er- kerja apabila melalui proses pengimbuhan.
Makna: mempunyai sifat yang terdapat dalam
Sisipan kata dasar
Contoh:
-er- + sabut (KN) = serabut (KA); ber+serabut
(KK)
-el- + kupas (KK) = kelupas (KN); berkelupas
(KK)
-em- + kilau (KA) = kemilau (KA); berkemilau
(KK)
100
(iii) Kata Adjektif
BENTUK IMBUHAN FUNGSI DAN MAKNA
IMBUHAN
teR- Fungsi: membentuk kata adjektif apabila
bergabung dengan kata dasar yang sememangnya
terdiri daripada kata adjektif dan berfungsi
sebagai penetap golongan kata.
Makna: membawa maksud “paling” iaitu
digunakan dalam perbandingan yang
menunjukkan tingkat kepalingan.
Contoh: ter + masyhur = paling masyhur
ter + istimewa = paling istimewa
se- Fungsi: membentuk kata adjektif apabila
bergabung dengan kata dasar yang sememangnya
kata adjektif dan berfungsi sebagai penetap
golongan kata.
Makna: awalan se- mempunyai pengertian yang
menunjukkan maksud sama.
Contoh: se- + banyak = sama banyak
se- + jujur = sama jujur
Awalan pro- Fungsi: awalan pinjaman daripada bahasa
Inggeris. Berfungsi menerbitkan kata adjektif.
Makna: “bersetuju, memihak atau menyebelahi
sesuatu pihak”.
Contoh: prokerajaan = memihak kepada kerajaan
prokomunis = memihak kepada komunis
anti- Fungsi: awalan pinjaman daripada bahasa
Inggeris. Berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna: membawa pengertian “menentang,
melawan atau membantah”
Contoh: antikerajaan = menentang kerajaan
antisosial = menentang aktiviti sosial
bi- Fungsi: awalan pinjaman daripada Arab-Parsi,
membentuk kata adjektif apabila bergabung
dengan kata dasar.
Maksud: membawa pengertian “tidak”.
Contoh: bilazim = tidak lazim
biadab = tidak ada / tiada adab
binormal = tidak normal
101
BENTUK IMBUHAN FUNGSI DAN MAKNA
IMBUHAN
-wi Fungsi: menerbitkan kata adjektif dan
Akhiran -i penggunaan akhiran –wi, dan –i ditentukan oleh
-iah huruf akhir kata dasar yang menerima akhiran.
-is Jika kata dasar itu berakhir dengan vokal, maka
akhiran –wi atau digunakan. Jika kata dasar
berakhir dengan konsonan, maka akhiran –i atau
digunakan.
Makna: membawa pengertian “sifat atau ciri
seperti maksud yang terkandung dalam kata
dasar”
Contoh: duniawi, Romawi, manusiawi, abadi,
insani, jahiliah, alamiah, fonologis, geografis
ke-…-an Fungsi: membentuk kata adjektif, boleh menerima
Apitan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata
adjektif.
Makna: menunjukkan “suatu keadaan atau sifat
kata nama yang terkandung pada kata dasar”.
Contoh: kekampungan, kebesaran, kesayangan,
kepahlawanan
-el- Fungsi: membentuk kata adjektif yang
-em- menerangkan sifat kata nama, bersifat penetap
-er- dan pengubah golongan kata.
-in- Makna: membawa “sifat yang dinyatakan oleh
kata dasar” dan selalunya menjadi penerang
Sisipan
kepada kata nama.
Contoh:
-el- + serak (KA) = selerak (KA)
-er- + sabut (KN) = serabut (KA)
-em- + guruh (KN) = gemuruh (KA)
-in- + sambung (KK) = sinambung (KA)
1.4.2 Pemajmukan
Jenis Kata Majmuk mengikut Golongan Kata
Golongan Kata Rangkai Kata Istilah Khusus Simpulan Bahasa
Majmuk/Jenis Kata Bebas
Majmuk Telefon dail terus Anak emas
Kata Nama Majmuk Sapu tangan Garis pusat Duit kopi
Menteri Besar −
Kata Kerja Majmuk Gulung tikar
Kemas kini − Makan angin
Kata Adjektif Majmuk Terima kasih
Merah hati Panjang tangan
Gemuk air Besar kepala
102
1.4.3 Penggandaan
(a) Jenis Penggandaan
Golongan Penggandaan penuh Penggandaan Penggandaan Penggandaan
kata separa berentak semu
Kata nama (i) Penggandaan (i) Kata dasar (i) Pengulangan labi-labi
penuh kata Laki = vokal kanak-kanak
nama tunggal lalaki Contoh: labah-labah
Contoh: = lelaki Sayur-
rumah-rumah mayur anai-anai
(ii) Kata kisi-kisi
(ii) Penggandaan terbitan (ii) Pengulangan
penuh kata Buah- konsonan
nama terbitan buahan Contoh:
Contoh: gunung-
pelatih-pelatih ganang
(iii) Penggandaan (iii) Bebas
kata nama Contoh:
majmuk anak-pinak
Contoh:
kapal-kapal
terbang
Kata kerja (i) kata dasar (i) kata kerja (i) Pengulangan
Contoh: berawalan vokal
duduk-duduk Contoh: Contoh:
batuk-batuk bermain- gotong-
muntah-muntah main royong
(ii) kata ganda (ii) kata kerja (ii) Pengulangan
penuh boleh berakhiran konsonan
menerima Contoh: Contoh:
apitan doa-doakan mundar-
Contoh: mandir
mengulang-
ulangi (iii) Bebas
ditonjol- Contoh:
tonjolkan ulang-alik
103
Golongan Penggandaan penuh Penggandaan Penggandaan Penggandaan
kata separa berentak semu
(i) kata dasar
Kata Contoh: (i) kata (i) Pengulangan
adjektif laju-laju adjektif vokal
hitam-hitam berawalan Contoh:
Contoh: hiruk-pikuk
(ii) penggandaan Setinggi- karut-marut
penuh kata tinggi
adjektif dapat Seluas-luas (ii) Pengulangan
menerima konsonan
imbuhan apitan (ii) kata Contoh:
ke-...-an adjektif kucar-kacir
berakhiran kontang-
Contoh: Contoh: kanting
kemerah-merahan besar-
kemalu-maluan besaran (iii) bebas
kecil- Contoh:
kecilan gelap-gelita
kusut-masai
(b) Fungsi dan Makna Penggandaan
Golongan Fungsi dan Makna Penggandaan
Kata
Fungsi: menerbitkan kata nama, hanya penggandaan penuh boleh
Kata Nama berlaku pada semua kata nama.
Makna:
Kata Kerja (i) jamak/banyak
Contoh: akar-akar, cucu-cicit, bebawang, saudara-mara
(ii) kepebagaian jenis
Contoh: sayur-mayur, lauk-pauk, kuih-muih, anak-pinak
(iii) kesamaan/keserupaan
Contoh: jari-jemari, orang-orang, sesiku, lelangit
(iv) tak tentu
Contoh: apa-apa, mana-mana, bila-bila, siapa-siapa
(v) nama haiwan
Contoh: kura-kura, rama-rama, labi-labi, kupu-kupu
Fungsi: menerbitkan kata kerja, boleh mengubah dan
mengekalkan golongan kata.
Makna:
(i) perbuatan berulang-ulang
Contoh:
berputar-putar, bercakap-cakap, tergelak-gelak
(ii) saling berbalasan
Contoh:
bersalam-salaman, bantu-membantu, berkirim-kiriman
(iii) perbuatan berpanjangan
Contoh: mengata-ngata, berangan-angan, tersengih-sengih
(iv) perbuatan bersungguh-sungguh
Contoh:
memporak-perandakan, bertungkus-limus,
104
Golongan Fungsi dan Makna Penggandaan
Kata
Kata Adjektif Fungsi: menerbitkan kata adjektif, berfungsi sebagai penetap atau
pengubah golongan kata
Makna:
(i) sifat jamak
Contoh:
baik-baik, malu-malu, tinggi-tinggi
(ii) menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar
Contoh:
kebiru-biruan, kebudak-budakan, kecil-kecilan
(iii) kesangatan
Contoh:
gilang-gemilang, segar-bugar, gelap-gelita
1.4.4 Pengakroniman
Jenis Akronim
Jenis Akronim (proses) Contoh
Cantuman huruf awal ABIM, JAIS
Cantuman suku kata awal Bernama, Petronas
Cantuman huruf dan suku kata Mara, Perkim
Cantuman bahagian awal perkataan pertama Halaju, purata, jentolak
dengan bahagian lain perkataan yang
mengikutinya
Cantuman bahagian-bahagian kata sesedap bunyi Perhilitan, Proton
105
2. SINTAKSIS
2.1 Definisi bidang sintaksis
(i) Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi.
(ii) Bidang sintaksis membincangkan struktur frasa, klausa, dan ayat.
(iii) Sintaksis merupakan istilah yang digunakan untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu
bagaimana kata disusun untuk menjadi frasa, klausa. dan ayat.
2.1.1 Konsep ayat
(i) Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat tatabahasa.
(ii) Unit tatabahasa yang terbentuk daripada klausa, frasa, kata, dan mempunyai
perkaitan antara satu sama lain.
(iii) Susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang bermakna.
Ciri-ciri ayat
(i) Terdiri daripada sekurang-kurangnya satu subjek dan satu predikat.
− tidak lengkap tanpa kedua-dua konstituen ini.
− ayat yang terdiri daripada satu perkataan, dipanggil ayat minimal,
sebenarnya ayat ini mempunyai kedua-dua konstituen tersebut tetapi telah
digugurkan.
(ii) Mempunyai makna yang lengkap
Makna yang lengkap bermaksud ayat mempunyai subjek dan predikat.
(iii) Diucap dengan intonasi yang sempurna
Ayat diucapkan dengan intonasi tertentu, sesuai dengan jenis dan susunannya.
(iv) Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan
(a) Sebelum mengucapkan sesuatu ayat, kita senyap.
(b) Apabila ayat itu habis diungkap, kita juga senyap sebentar.
(c) Dalam penulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan
nokhtah.
Binaan ayat
(i) Ayat boleh terdiri daripada satu perkataan (ayat minimal) atau susunan
beberapa perkataan yang terbentuk daripada gabungan klausa.
(ii) Susunan ayat yang lengkap terdiri daripada dua unsur (konstituen), iaitu
subjek dan predikat.
106
(a) Subjek
Subjek ialah perkataan atau perkataan-perkataan yang menjadi judul atau
unsur yang diterangkan dalam sesuatu ayat atau pokok perbicaraan.
Subjek boleh terdiri daripada nama orang, tempat, benda, peristiwa,
haiwan dan sebagainya.
Frasa nama sebagai subjek Predikat
Subjek (Frasa nama)
anak orang kaya.
Pelajar itu tukang kebun di sekolah itu.
Pak Karim kepunyaan datuk saya.
Rumah banglo itu
Frasa kerja sebagai subjek Predikat
Subjek (Frasa kerja)
menguatkan otot.
Berbasikal amalan mulia.
Membantu anak yatim kegemaran adik saya.
Melukis kartun
Frasa adjektif sebagai subjek Predikat
Subjek (Frasa adjektif)
melambangkan kesucian.
Putih tidak bererti kuat .
Besar akan membawa kepapaan.
Boros
(b) Predikat
Predikat ialah perkataan atau kumpulan perkataan yang tergolong dalam
satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan atau menceritakan
subjek. Unsur predikat ayat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif atau frasa sendi nama.
Frasa nama sebagai predikat Predikat (Frasa nama)
Subjek
peniaga.
Abdullah anak orang miskin
Budak itu kepunyaan bapa kami.
Kereta merah itu
107
Frasa kerja sebagai predikat Predikat (Frasa kerja)
Subjek
berbual.
Mereka berkain pelikat.
Pak Abu memasuki kawasan rumahnya.
Beberapa ekor lembu
Frasa adjektif sebagai predikat
Subjek Predikat (Frasa adjektif)
Tembok itu tinggi.
Kehidupannya amat sederhana.
Perlawanan bola sepak itu sungguh sengit sekali.
Frasa sendi nama sebagai predikat
Subjek Predikat (Frasa sendi nama)
Rumahnya di seberang sungai itu.
Hadiah itu daripada kakak saya.
Neneknya dalam keadaan tenat
SOALAN CONTOH (STPM2005:44)
(STPM 2007/38)
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
1 Kesemua yang berikut betul tentang ayat, kecuali
A mempunyai makna yang lengkap.
B dimulai dan diakhiri dengan kensenyapan.
C terbina sekurang-kurangnya dua patah kata.
D unit pengucapan paling tinggi dalam hierarki tatabahasa.
2 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa adjektif sebagai predikat?
A Buku itu lebih tebal daripada buku saya.
B Bunyi bising tersebut dari kantin sekolah.
C Orang kaya itu telah membeli rumah besar di atas bukit.
D Soalan yang sukar itu telah dijawab oleh pelajar tingkatan lima.
108
(b) SOALAN STRUKTUR
1 Analisis ayat-ayat berikut kepada subjek dan predikat.
(a) Buku di atas meja sudah diambil orang.
(b) Pada tahun lepas mereka telah mengadakan lawatan ke Eropah.
(c) Pelajar baru dari Perlis sedang duduk di bawah pokok.
[3 markah]
2 Beri satu contoh ayat yang subjeknya terdiri daripada kata kerja dan satu contoh ayat
predikatnya terdiri daripada kata nama.
[2 markah]
2.1.2 Konsep Klausa
(a) Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang
menjadi konstituen kepada ayat.
(b) Tempat kedua tertinggi dalam susunan tatabahasa selepas ayat.
(c) Klausa berfungsi pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
(d) Terdapat dua jenis klausa, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Jenis Klausa Contoh
(i) Klausa Bebas Kamu pandai
klausa yang boleh berdiri sendiri Aminah ke dapur
- ada subjek dan predikat. Lelaki itu membasuh
boleh bersifat sebagai ayat yang kereta
lengkap jika diucapkan dengan
intonasi yang sempurna
(ii) KlausaTak Bebas kerana kamu rajin
klausa subordinat, iaitu klausa yang untuk menanak nasi
tidak dapat berdiri sendiri dan tidak
bersifat ayat. setelah tetamunya pulang
memerlukan klausa bebas untuk
membentuk ayat yang lengkap.
Intonansi tidak lengkap
109
Kedudukan Klausa dalam Ayat
(a) Klausa tak bebas sebagai subjek
dalam ayat majmuk relatif dan ayat majmuk komplemen
Subjek Predikat
Yang duduk itu abang saya.
Bahawa kita perlu berusaha adalah benar.
Untuk kita melaksanakannya sangat sukar.
(b) Klausa tak bebas sebagai objek
bagi kata kerja transitif dalam ayat majmuk komplemen
Subjek Predikat
Semua orang mengetahui bahawa dia anak
Ahmad jutawan itu.
Dia
menyatakan bahawa kemalangan
itu berlaku semalam.
mengetahui bahawa Ahmad telah
bersara.
(c) Klausa tak bebas sebagai pelengkap
bagi ayat majmuk komplemen yang predikatnya terdiri daripada kata adjektif
atau kata kerja tak transitif.
Subjek Predikat
Lelaki itu sedar bahawa dia bersalah
Pak Hamid terhadap ibunya
Kami
berkata bahawa anak muda suka
berhibur.
tahu bahawa dia anak orang
kaya.
(d) Klausa tak bebas sebagai keterangan
berfungsi dalam ayat majmuk keterangan
Subjek Predikat
Kami tiba semasa dia sedang mandi.
Adik menangis kerana belum makan.
Mereka akan pergi berkhemah jika
dibenarkan ayah.
110
SOALAN CONTOH
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
1 Klausa ialah
A unit tatabahasa yang terkecil yang boleh berdiri sendiri
B unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
C binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpontensi
untuk diperluas
D rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai
potensi untuk menjadi ayat
(STPM 2004:44)
2 Hormatilah Rukunegara kita kalau mahu menjadi rakyat yang setia
Dalam ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong dikenali sebagai
A frasa keterangan
B klausa tak bebas
C klusa utama
D klausa bebas
(STPM 2003:49)
(b) SOALAN STRUKUR
1 Bina ayat yang mengandungi satu klausa bebas dan satu klausa tak bebas.
[2 markah]
2 Bina satu ayat yang menunjukkan klausa tak bebas sebagai keterangan dan satu ayat klausa
tak bebas sebagai subjek.. [2 markah]
2.1.3 Konsep Frasa
(a) Frasa ialah unit korpus bahasa yang terletak ditingkat yang lebih tinggi daripada
perkataan.
(b) Frasa merupakan susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua
perkataan.
(c) Frasa boleh juga terdiri daripada satu perkataan yang berpontensi untuk
diperluaskan menjadi unit yang lebih besar.
(d) Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis frasa. Jenis frasa ditentukan oleh
perkataan yang menjadi inti frasa dan fungsi frasa dalam ayat.
(i) Frasa nama
(ii) Frasa kerja
(iii) Frasa adjektif
(iv) Frasa sendi nama
(v) Frasa keterangan
111
(e) Frasa-frasa ini mengisi konstituen subjek dan predikat
Ciri-ciri frasa
(i) Berpotensi diperluaskan
Kata intinya dapat diperluas menjadi dua perkataan atau lebih; sebelum
atau selepas kata inti
Contoh: Kucing
Kucing itu
Anak kucing itu
Anak kucing Siam itu
(ii) Tidak mengandungi subjek dan predikat
Frasa tidak dapat berdiri sebagai ayat kerana binaannya terdiri daripada
unsur inti dan penerang sahaja.
Contoh: gadis kampung
makan minum
panas terik
(iii) Boleh disisipkan unsur lain.
Lazimnya unsur boleh disisipkan kata hubung dan kata sendi nama di
antara dua perkataan yang membina frasa.
Penyisipan tidak mengubah makna asalnya.
Contoh: gadis dari kampung
makan dan minum
panas yang terik
(iv) Kesatuannya tidak boleh dipisahkan.
Sekirannya frasa hendak dipindahkan kedudukannya, seluruh frasa itu
harus dipindahkan bersama-sama sebagai satu kesatuan.
Contoh:
budak kecil itu sedang bermain di padang permainan.
1a. sedang bermain / budak kecil itu/ di padang permainan.
1b. di padang permainan / budak kecil itu / sedang bermain
1c. di padang permainan / sedang bermain / budak kecil itu.
1d. * sedang budak / kecil itu di padang / bermain permainan
112
(v) Pengucapannya tidak selesai
Pengucapan frasa tidak mempunyai kesenyapan pada akhirnya kerana
frasa hanya pengisi dalam ayat.
Sesuatu ayat biasa diakhiri dengan frasa, tetapi yang berakhir ialah ayat
bukan frasa.
(vi) Menjadi unsur kepada klausa dan ayat.
Frasa menjadi konstituen dalam ayat
Frasa ialah pengisi unsur klausa dan ayat pada konstituen subjek dan
predikat.
Frasa boleh menjadi objek dan keterangan.
(vii) Boleh dipancangkan ke dalam frasa
Frasa boleh menjadi unsur kepada frasa kerana sesuatu kata boleh
dipancangkan ke dalam sesuatu frasa lain.
Contoh:
anak burung merpati
Binaan Frasa
Binaan frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam frasa. Binaan frasa yang
biasa dalam bahasa Melayu ialah inti + penerang.
Inti − Unsur wajib dalam frasa (kecuali frasa sendi nama)
− Merupakan fokas dalam sesuatu frasa
− Unsur yang menjadi tumpuan makna seluruh frasa
− Frasa sendi nama tiada inti
Penerang − Satu atau sekumpulan perkataan yang memberi maklumat
lanjut tentang inti.
− Unsur yang menerangkan makna inti.
Contohnya:
Inti Penerang
baju biru
merah muda
kasut kulit
113
Frasa Endosentrik
Mengandungi satu unsur inti yang menjadi wakil frasa
Inti terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif
Inti tidak boleh digugurkan.
Jenis Frasa Contoh Frasa Contoh Unsur Inti
Frasa Nama buku latihan buku
kambing jantan kambing
penduduk kampong penduduk
Jenis Frasa Contoh Frasa Contoh Unsur Inti
Frasa Kerja menangis teresak-esak menangis
Frasa Adjektif bekerja malam bekerja
berpakaian
berpakaian sekolah
cantik
cantik sekalim muda
muda remaja gagah
sungguh gagah
Frasa Eksosentrik
Frasa yang tidak terdapat unsur inti dan tidak mempunyai keterangan
Frasa sendi nama tergolong dalam frasa ini.
Mempunyai dua unsur yang tidak boleh dipisahkan atau dikecilkan, iaitu kata
sendi nama dan kata nama.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Kata Nama / Frasa nama
di pasar malam
oleh guru bahasa Melayu
sejak semalam
pada pokok rambutan
114
SOALAN CONTOH (STPM 2013:11)
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN (STPM 2007:45)
1 Yang manakah penyataan yang benar tentang frasa?
A Setiap frasa boleh diperluas.
B Setiap frasa mempunyai inti
C Setiap frasa boleh menerima kata penguat.
D Setiap frasa mempunyai unsure subjek dan predikat.
2 Dua deret kedai di pekan itu terbakar petang semalan
Unsur inti dalam subjek ayat di atas ialah
A dua
B deret
C kedai
D pekan
(b) SOALAN STRUKTUR
1 Berdasarkan contoh frasa di bawah ini, namakan jenis frasa dan kategorikannya dengan
menggunakan carta yang disediakan [3]
masih segar tidak benar ke tepi pantai
di sisi ibu mesti tidur amat malang
Jenis frasa Contoh frasa
(i).………………..
(ii)………………. …………………….
(iii) ……………… …………………….
…………………….
…………………….
…………………….
…………………….
115
2
i. Dia menjual ikan keli.
ii. Remaja itu pemain bola sepak sekolah.
iii. Rombongan belia itu ke Johor Baharu.
iv. Dia berkebun di kaki bukit.
Berdasarkan rangsangan di atas, asingkan ayat yang mengandungi frasa endosentrik daripada ayat
yang mengandungi frasa eksosentrik. [2]
2.2 Jenis dan binaan frasa
2.2.1 FRASA NAMA (FN)
Terbentuk dengan kata nama yang berfungsi sebagai inti frasa.
Binaan yang boleh mengandungi satu perkataan atau beberapa perkataan yang
dapat berfungsi sebagai satu konstituen.
Inti frasa nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata terbitan atau
kata ganti nama. Contohnya:
Subjek Predikat
Itu kereta.
Kereta itu kereta mewah.
Kereta mewah itu buatan Negara Malaysia.
FUNGSI FRASA NAMA
(a) Frasa nama sebagai subjek
Subjek Predikat
Mereka membaca buku
Kucing itu cantik
Bandaraya Kuala Lumpur pesat membangun
116
(b) Frasa nama sebagai predikat. Predikat
Subjek nenek saya.
guru bahasa Melayu.
Perempuan itu buatan luar negara
Encik Ahmad
Kereta itu
(c) Frasa nama sebagai objek Predikat
Subjek
Kata kerja Objek
Emak memasak nasi.
Shafiq membeli roti canai.
Orang itu menaiki bas.
(d) Frasa nama sebagai pelengkap
Subjek Predikat
Kata kerja Pelengkap
Kakak saya Ingin menjadi pensyarah
Wajahnya menyerupai hantu
Lelaki itu berjaja kuih.
(e) Frasa nama sebagai unsur frasa sendi nama
Subjek Frasa sendi
Kata Sendi Frasa Nama
Makanan itu di atas meja.
Surat itu untuk kakak saya.
Hadiah itu daripada kawan baik saya.
117
(f ) Frasa nama sebagai unsur frasa sendi nama dalam frasa keterangan
Subjek Predikat
Frasa Keterangan
Frasa Kerja Kata Sendi Frasa Nama
Mereka bekerja di kilang itu
Dia mendapat hadiah daripada gurunya
Kami pergi bandar dengan kereta
BINAAN FRASA NAMA
(a) Inti + Penerang
Terdiri daripada kata nama (satu perkataan) yang menjadi inti seluruh
frasa, manakala perkataan lain berfungsi untuk memberikan penerangan
lanjut tentang frasa nama itu.
Contohnya:
Inti Penerang
guru sekolah
askar Melayu
rumah kayu
lukisan pemandangan
pemuda kacak
118
(i) Inti + penerang nama
Jenis Penerang Huraian Contoh Frasa
Inti Penerang
inti + penerang nama bangsa atau bangsa suku melayu
nama keturunan suku bangsa pada lembu kadazan
inti australia
inti + penerang jenis-jenis tertentu kerusi plastic
nama jenis bagi nama tersebut beg kulit
kasut getah
inti + penerang merujuk lokasi bagi penduduk kampong
nama tempat inti kawasan bandar
orang seberang
inti + penerang merujuk kepunyaan negara kita
nama milik bagi inti atau buku aminah
sesuatu pihak tugas awak
inti + penerang merujuk jenis anak gadis
nama kelamim jantina bagi inti cucu perempuan
lembu jantan
inti + penerang fungsi atau peranan serbuk perasa
nama kegunaan sesuatu kepada inti kereta peronda
mesin pencuci
inti + penerang perkara atau benda orang gaji
nama penyambut yang menjadi objek rumah sewa
atau peyambut barang makanan
kepada inti
119
Jenis Penerang Huraian Contoh Frasa
Inti Penerang
inti + penerang hala atau arah bagi. kutub selatan
nama arah penerang bilik belakang
merupakan kana tingkat atas
nama arah.
inti + penerang merujuk bahagian- gelang tangan
nama anggota bahagian badan tudung kepala
badan yang berkaitan penyakit jiwa
dengan inti
inti + penerang merujuk kepada dapur elektrik
tenaga penggerak daya yang kapal layar
menggerakkan inti kincir angin
inti + penerang perkata atau hal surat permohonan
nama perkara yang menerangkan majlis perasmian
inti sijil perkahwinan
inti + penerang nama khas atau gunung tahan
nama khas khusus bagi kampung sungai perak
menerangkan inti bandar kangar
inti + penerang gelaran atau doktor razak
nama gelaran atau panggilan merujuk sang kancil
penggilan kepada gelaran atau haji zakaria
panggilan bagi
menerangkan inti.
120
(ii) Inti + penerang bukan nama
Jenis Huraian Contoh Frasa
Penerang Bukan inti penerang
Nama
inti + penerang merujuk ciri tertentu segala usaha
penentu kata nama penerang dua buah kereta
boleh berada di ketiga-tiga pencuri
hadapan atau di orang
belakang inti
inti + penerang merujuk unsur yang tuala mandi
kata kerja menerangkan mesin kira
perlakuan kepada bilik menunggu
inti
inti + penerang merujuk unsur yang orang malas
adjektif menerangkan sifat kereta mewah
bagi inti nasi sejuk
inti + penerang merujuk unsur yang buku di atas meja
frasa sendi nama mengandungi kata sumbangan kepada
sendi nama diikuti hadiah negara
kata nama untuk untuk kakak
menerangkan inti.
inti + penerang merujuk masa atau hari esok
adverba cara bagi inti sambutan julung kali
waktu kemudian
121
Jenis Huraian Contoh Frasa
Penerang Bukan inti penerang
Nama
inti + penerang merujuk bilangan tempat kedua
bilangan ordinal ordinal, iaitu pelawat keseribu
menunjukkan tingkat kelima
kedudukan dari segi
urutan
(b) Inti + Inti
Frasa nama jenis ini tidak mempunyai unsur penerang. Kedua-dua
perkataan bersifat inti yakni tidak bersifat yang diterangkan dan yang
menerangkan, iaitu tidak wujud hukum D-M kerana makna keseluruhan
frasa didukung oleh kedua-dua kata nama.
Frasa nama jenis ini ada dua jenis, iaitu:
(i) inti + inti dengan persamaan makna
(ii) inti + inti dengan pertentangan makna
(i) inti + inti dengan persamaan makna
Kedua-dua perkataan dalam binaan frasa nama jenis ini membawa
makna sama erti. Walau bagaimanapun binaan ini tidak dianggap
lewah kerana ia merupakan salah satu struktur bagi frasa nama.
Contohnya:
122
Inti Inti
hutan rimba
tubuh badan
wang ringgit
rakan taulan
kampong halaman
(ii) inti + inti dengan pertentangan makna
Kedua-dua perkataan dalam binaan frasa nama jenis ini
memperlihat makna yang berlawanan. Walau bagaimanapun
binaan ini tidak dianggap lewah kerana ia merupakan salah satu
struktur bagi frasa nama.
Contohnya:
Inti Inti
ibu bapa
suami isteri
tubuh badan
urat saraf
pinggan mangkuk
Susunan Konstituen Frasa Nama
(a) Hukum D-M
Binaan frasa nama kebanyakannya terdiri daripada susunan inti +
penerang. Susunan sebegini adalah mengikut Hukum D-M, yang
bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam susunan
ini, bahagian D terletak di hadapan bahagian M.
123
Contohnya:
Frasa Nama
(D) Diterangkan (M) Menerangkan
sos cili
buah durian
telur kuning
restoran nasi kandar
pendingin hawa
(b) Kekecualian Hukum D-M
Unsur penerang boleh berada di hadapan inti dan dianggap
kekecualian daripada hukum D-M.
Kesalahan hukum D-M dalam bahasa Melayu kerana pengaruh
bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris menggunakan hukum M-D
Sebab kekecualian Penerang Inti
1. kehadiran kata bilangan Banyak Calon
tiga ekor lembu
dan penjodoh bilangan beberapa orang mahasiswa
2. kehadiran kata naïf bukan Semua
bukan jawapan
3. penggunaan nama bukan persoalan
panggilan atau gelaran Puan Rohini
Syed Kamal
4. kebiasaan penggunaan Sang Kancil
ibu Pejabat
naib johan
pembantu penyelidik
124
(c) Penerang
Inti frasa nama boleh mengandungi beberapa penerang
Dua frasa nama juga boleh hadir serentak dalam ayat
Contohnya:
Frasa Nama
Inti Penerang 1 Penerang 2 (Frasa)
Inti Penerang
seluar baharu abang saya
pakaian hijau askar Melayu
pintu utama sekolah rendah
Frasa Nama
Inti Penerang 1 (Frasa) Penerang 2 (Frasa)
baju Inti Penerang Inti Penerang
pintu
rumah kain sutera buatan Terengganu
bilik tidur rumah saya
kos rendah warna biru
SOALAN CONTOH
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
1 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa nama yang penerangnya mendahului unsur yang
diterangkan?
A Lesen memandu saya telah luput tarikh sahnya.
B Jentera pendingin yang baru dipasang dua minggu lalu telah rosak.
C Serbuk perasa yang digunakan ibu boleh menambahkan kelazatan masakannya.
D Naib Canselor institusi pengajian tinggi itu menggesa semua mahasiswa belajar bersungguh-
sungguh.
(STPM 2007:43)
125
2 Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah mengandung frasa nama yang terbina daripada inti
+ inti
I Tubuh badan yang sihat akan menjamin otak yang cerdas.
II Bapa saya sedang membaiki bumbung rumah yang rosak itu.
III Penduduk di kawasan pedalaman itu masih memakai pelita minyak untuk menerangi
kegelapan malam.
IV Ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka.
A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D II dan IV
(STPM 2003:47)
(b) SOALAN STRUKTUR
1 Isikan ruang kosong dalam jadual yang berikut bagi melengkapi binaan frasa nama. [3]
Frasa Nama
Inti Penerang 1 Penerang 2 (Frasa)
Inti Penerang
i.
ii.
iii.
2 Bina satu ayat yang subjeknya frasa nama inti + inti dan satu ayat yang subjeknya frasa nama inti
+ penerang. [2]
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
126
2.2.2 FRASA KERJA
Terbentuk dengan frasa kerja sebagai inti frasa dan menduduki konstituen
predikat.
Frasa kerja boleh mengandungi satu perkataan atau beberapa perkataan.
Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.
Kata kerja yang menjadi inti boleh terdiri kata tunggal, kata terbitan, kata
ganda atau kata majmuk.
FUNGSI FRASA KERJA Predikat Frasa kerja
bertopi
Sebagai Predikat berniaga ikan
Subjek sedang mengangkat barang
Pemuda itu
Bapa kawan saya
Pekerja itu
Sebagai subjek Predikat
Subjek menambah pengetahuan
memang mudah
Membaca buku mencantikkan kulit
Bercakap
Makan ulam
Sebagai penerang Predikat
Subjek kerja yang hina.
dalam situasi berbahaya
Perbuatan mencuri merosakkan diri
Kedudukan mereka
Emosi tidak terkawal
BINAAN FRASA KERJA
(a) Transitif : Memerlukan frasa nama sebagai objek
(b) Tak Transitif : Tidak memerlukan frasa nama sebagai objek
− Tanpa Pelengkap
− Berpelengkap
− Berpenerang
127
(a) BINAAN FRASA KERJA TRANSITIF
Mesti diikuti kata nama atau frasa nama sebagai objek.
Frasa nama sebagai objek boleh dipasifkan.
Subjek Predikat
Shafiq membaca komik itu.
Komik itu dibaca oleh Shafiq. (pasif)
Kakak saya menanak nasi.
Nasi ditanak oleh kakak saya. (pasif)
Polis dapat menangkap perompak itu.
Perompak itu dapat ditangkap oleh polis.
(pasif)
Ada kalanya frasa kerja transitif tidak disertai frasa nama sebagai objek.
Misalnya, kata kerja makan, membaca, menunggu, dan mengandung
(objek telah digugurkan melalui proses tranformasi)
Dalam binaan frasa kerja transitif, tidak boleh disisipkan kata atau apa-
apa frasa antara kata kerja transitif dengan objek. Contohnya:
Predikat
Subjek Betul ( / ) Salah ( X )
(gramatis) (tidak gramatis)
Aminur menghadiahkan menghadiahkan kepada
Peniaga itu kakaknya sebuah buku. kakaknya sebuah buku.
Penulis itu ingin memajukan memajukan lagi
perniagaannya. perniagaannya.
menggunakan nama menggunakan juga nama
samaran. samaran.
128
Frasa Kerja Transitif dengan Satu Objek
Predikat
Subjek (Frasa Kerja Transitif)
Kata kerja transitif Objek
Kereta itu melanggar lembu.
Pelajar itu menyiapkan latihan
Petani membajai sawah
Frasa Kerja Transitif dengan Dua Objek
Predikat (Frasa Kerja Transitif)
Subjek Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi
Transitif
Ibu menghidangi tetamu nasi.
Ramli meminjami Zaini novelnya.
Nur Alia membelikan Ibunya rantai.
Ayat di atas boleh ditukar menjadi frasa kerja transitif dengan satu
objek.
Ayat berikut sama dari maksudnya tetapi berbeza dari segi bentuk.
Bentuk kata kerja transitif diubah, dan memindahkan objek tepat
asal ke belakang ayat dengan didahului oleh kata sendi nama.
Predikat (Frasa Kerja Transitif)
Subjek Kata Kerja Objek Keterangan
Ibu Transitif Tepat
Ramli
Nur Alia menghidangkan nasi kepada tetamu
meminjamkan novelnya kepada Zaini.
membelikan rantai untuk ibunya.
129
Frasa Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Tidak memerlukan frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
Boleh hadir bersama-sama kata bantu.
Dapat diperluaskan dengan menambahkan frasa sendi nama, frasa
nama dan frasa adjektif (frasa-frasa ini berfungsi sebagai
keterangan)
Jika frasa kerja diperluas, maka kata kerja perlu disertai oleh kata
sendi nama. Ketidakhadiran kata sendi nama menyebabkan ayat
tidak gramatis.
Predikat
Subjek (Frasa Kerja Tak
Transitif)
Budak itu menangis.
Bapa sedang bekerja.
Pelajar itu bangun.
Majalah hiburan itu akan terbit.
Predikat
Subjek Frasa Kerja Tak Keterangan
Budak itu Transitif
Bapa
Pelajar itu menangis. teresak-esak
Majalah hiburan itu
sedang bekerja. di kilang itu
bangun. dari kerusi
akan terbit. bulan depan
130
Frasa Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Terdapat kata kerja yang memerlukan pelengkap
Sekiranya tiada unsur pelengkap, kata kerja itu tidak mempunyai
makna yang lengkap.
Unsur yang boleh menjadi pelengkap ialah kata nama, kata adjektif
dan frasa sendi nama.
Pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Predikat
(Frasa Kerja Tak Transitif)
Subjek Kata kerja tak Pelengkap (tidak
transitif boleh digugurkan)
(a) * Mereka ada wang
(b) Mereka ada
(a) * Nur Amira menjadi doktor
(b) Nur Amira menjadi
(a) * Puan Aminah berada di Kangar
(b) Puan Aminah berada
Ayat (a) salah kerana tiada pelengkap dan tidak mempunyai makna.
Pelengkap kata nama
Predikat
(Frasa Kerja Tak Transitif)
Subjek Kata kerja tak Pelengkap (Kata Nama)
transitif
Perkerja itu terpijak paku.
Perompak itu bersenjatakan sebilah parang.
Kakak telah menjadi jururawat.
131
Pelengkap frasa sendi nama
Predikat
(Frasa Kerja Tak Transitif)
Subjek Kata kerja tak Pelengkap (Kata Sendi
Perkerja itu transitif Nama)
Kereta itu
Kejayaan tinggal di Kuala Lumpur.
membelok ke kanan.
bergantung pada usaha.
Pelengkap kata adjektif
Predikat
(Frasa Kerja Tak Transitif)
Subjek Kata kerja tak Pelengkap (Kata
Lelaki itu transitif Adjektif)
Neneknya
bertubuh sasa.
Juri itu
beransur pulih.
berlaku adil.
Frasa Kerja Tak Transitif Berpenerang
Binaan kata kerja tak transitif diikuti kata nama
Penerang boleh ada dan boleh tiada di dalam ayat kerana ayat yang
terhasil tetap sempurna.
Penerang bukan objek kerana penerang tidak boleh dipasifkan.
132
Predikat
(Frasa Kerja Tak Transitif)
Subjek Kata kerja tak Penerang (boleh
Padi transitif digugurkan)
Padi
Pemuda itu telah menguning di sawah.
Pemuda itu
Lelaki itu telah menguning.
Lelaki itu
berbaju batik.
berbaju.
berkebun sayur.
berkebun.
Pelengkap kata kerja (ayat yang terhasil ialah ayat majmuk
komplemen)
Predikat
(Frasa Kerja Tak Transitif)
Subjek Kata kerja tak Pelengkap (Kata
Lelaki itu transitif kerja/frasa kerja)
Abang saya
Nur Anisa berasa bersalah .
sudah berhenti merokok.
pergi mendengar ceramah.
133
Perbezaan antara Objek dan Pelengkap
OBJEK PELENGKAP
Hadir selepas kata kerja Hadir selepas kata kerja
transitif transitif
Wujud dalam bentuk Wujud dalam bentuk kata
frasa nama nama, kata adjektif, kata kerja
Menjadi subjek apabila dan frasa sendi nama.
dipasifkan Tidak dapat menjadi subjek
kerana tidak boleh dipasifkan
Frasa kerja boleh diperluas dengan menambah kata bantu aspek
atau kata bantu ragam. Contohnya:
Adik sudah mandi.
Kami telah menyiapkan tugasan itu.
Siti masih belum menghantar surat itu.
Mereka masih hendak bermain di padang itu.
Kami hendak pergi ke Johor.
Nenek mungkin boleh berehat di rumah.
Adik belum mahu makan.
Frasa kerja juga boleh diperluas dengan keterangan.
Keterangan berfungi untuk menerangkan kata kerja dengan lebih
lanjut.
Unsur keterangan berada di hujung ayat atau selepas objek.
Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa
adjektif dan frasa nama. Contohnya:
Bapa membelah kayu dengan kapak. (keterangan frasa sendi nama)
Rombongn itu datang pada minggu lepas. (keterangan frasa sendi nama)
Minyak wangi itu berbau sungguh harum. (keterangan frasa adjektif)
Nenek datang minggu lalu. (keterangan kata nama)
Lelaki itu berjalan cepat sekali. (keterangan frasa adjektif)
134
Binaan Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu + kata kerja tak transitif + pelengkap + keterangan
Kata Bantu Kata Kerja Pelengkap Keterangan
Tak Transitif
− − sejak tadi
Sedang bemain di bandar pada waktu petang
Akan berada ke sekolah dengan adiknya
sedang Pergi
berbincang − Tentang hal itu
Binaan Frasa Kerja Transitif
Kata bantu + kata kerja transitif + objek + objek + keterangan
Kata Bantu Kata Kerja Objek Objek Keterangan
− Transitif buku − −
membaca ikan −
adik dengan pukat
akan menangkap anaknya buku sejak tadi
− −
masih belum membeli
hendak menunggu
SOALAN CONTOH
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
1 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja dengan pelengkap?
A Ibu tua itu masih berada di hospital.
B ayah masih belum pulang dari luar negeri.
C Anak kecilnya sedang tidur di dalam buaian.
D Pakar motivasi itu baru bertolak ke langkawi.
(STPM 2007:46)
135
2 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua objek?
I Ibu memakaikan adik baju Melayu.
II Syarikat itu menawari pemilik tanah sebuah bangle.
III Kerajaan telah mengagihkan tanah kepada peneroka.
IV Pemaju perumahan telah menyediakan taman permainan di kawasan itu.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
(STPM 2008:51)
(b) SOALAN STRUKTUR
1 Lengkapkan binaan frasa kerja dalam jadual di bawah. [2]
Kata bantu aspek Kata bantu ragam Kata kerja aktif Kata nama
transitif
2 Jelaskan fungsi frasa kerja “bersukan” dalam ayat di bawah ini. [2]
(a) Bersukan merupakan aktiviti yang menyihatkan badan.
(b) Aminur selalu bersukan pada waktu petang di sekolahnya.
2.2.3 FRASA ADJEKTIF
Kata adjektif sebagai inti dan menduduki konstituen predikat
Boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan
Boleh menerima kata penguat
FUNGSI FRASA ADJEKTIF Predikat
Fungsi sebagai predikat laju sungguh
Subjek sangat besar
Kereta itu wangi
Rumah Ahmad
Bunga melur
136
Fungsi sebagai subjek Predikat
Subjek belum tentu bahagia.
Kaya idaman semua wanita.
Jelita sikap yang tidak baik.
Malas
Penerang bagi frasa nama Predikat
Subjek kegemaran Kamal.
kasut putih.
Baju kuning langsat itu akan berkahwin.
Dia memakai
Gadis tinggi lampai itu
Penerang bagi frasa kerja
Predikat Frasa Kerja
Subjek Kata Kerja Keterangan
(Frasa Adjektif)
Pelari itu berlari sungguh pantas
Pesakit itu tidur terlalu nyenyak
Gadis ini bercakap pelahan sekali
137
BINAAN FRASA ADJEKTIF
Binaan Satu Contoh ayat binaan satu perkataan
Perkataan
Boleh terdiri Rumah jutawan itu besar. (kata tunggal)
daripada: Buah mangga ini manis. (kata tunggal)
− Kata tunggal Bangunan itu tidak setinggi bangunan ini.(kata terbitan)
Wajah gadis itu kecina-cinaan. (kata ganda)
− Kata terbitan
−Kata ganda
Binaan Dua Perkataan:
Kata Adjektif + Kata Adjektif
Askar itu gagah berani. (keserasian makna)
Rumah itu sunyi sepi. (keserasian makna)
Permukaan jalan itu tinggi rendah. (berlawanan makna)
Lelaki itu gemuk gedempol. (unsur rima)
Binaan Dua Perkataan:
Kata Adjektif + Kata Nama
Mereka itu gila pangkat. ( maksud kiasan)
Jutawan itu murah hati. (maksud kiasan)
Peserta pertandingan itu muda remaja. (maksud keserupaan)
Baju Ahmad kuning langsat. (maksud keserupaan)
138
PELUASAN FRASA ADJEKTIF
Peluasan dengan kata penguat
Baju Ali paling putih. (penguat depan)
Bangunan itu tinggi sekali. (penguat belakang)
Lukisan itu cantik sungguh. (penguat bebas)
Peluasan dengan kata bantu:
Emak dia sudah tua.
Berita itu belum tentu benar.
Buah mangga itu masih belum masak
Peluasan dengan keterangan:
Dia sering rindu akan tunangnya.
Datuk sakit pada kakinya.
Badan budak itu kurus bagai lidi.
Unsur-unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif (tidak semestinya hadir
serentak)
Kata Kata Kata Kata Kata keterangan
bantu penguat adjektif adjektif
Sudah penguat −
− Tua − Betul
− Sungguh Indah −
− tinggi rendah Nian −
Masih Agak banyak −
Terlalu −−
− seperti dahulu
139
SOALAN CONTOH
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
1 masih terlalu sibuk dengan urusannya
Unsur yang membina frasa adjektif di atas ialah
A kata bantu aspek + kata bantu ragam + kata adjektif + frasa nama
B kata penegas + kata penekan + kata adjektif + kata hubung + kata nama
C kata bantu ragam + kata penguat + kata adjektif + kata hubung + kata nama
D kata bantu aspek + kata penguat + kata adjektif + kata sendi nama + kata nama
(STPM 2008:43)
2 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi frasa adjektif yang menunjukkan
kerasian makna?
A Hijau muda warna baju Sofi.
B Pemuda yang tinggi lampai itu abang saya.
C Hang Tuah terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani.
D Sejak telibat dalam perniagaan komputer, Encik Abu menjadi kaya-raya
(STPM 2006:54)
(b) SOALAN STRUKTUR
1 Lengkapkan binaan frasa adejtif pada jadual di bawah. [3]
kata bantu kata penguat kata adjektif
kata bantu kata adejktif kata adjektif
kata adjektif kata adjektif Keterangan
2 Bina satu ayat perluasan frasa adjektif dengan kata bantu, dan satu ayat perluasan kata adjektif
dengan penguat . [2]
140
2.2.4 FRASA SENDI NAMA
Satu binaan yang mengandungi kata sendi nama dan satu frasa nama yang
menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Perkataan yang letaknya di hadapan kata nama.
FUNGSI FRASA SENDI NAMA
(a) Frasa Sendi Nama Sebagai Predikat Predikat
Subjek
Hadiah ini untuk kakak saya.
Ceramah tersebut tentang bahasa Melayu.
Emak saya akan ke pasar
(b) Frasa Sendi Nama Sebagai Unsur keterangan bagi frasa nama
Subjek Predikat
Buku di atas meja itu telah hilang.
Kain sutera dari Korea dikenakan cukai.
Baju itu kain daripada sutera.
(c) Frasa Sendi Nama Sebagai Frasa Keterangan (berada di hujung ayat)
Predikat
Subjek Frasa utama Frasa
Keterangan
Bapa ke Melaka dengan ibu.
Mereka berkumpul di kantin sekolah.
Kerani itu menaip surat untuk saya.
141
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(a) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
dari Perlis
sejak semalam lagi
untuk pelajar-pelajar miskin
demi negara kita
(b) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
Frasa Sendi nama
Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa nama
dari dalam Bilik
untuk luar negara
dari selatan Malaysia
di samping isteri
(c) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama Frasa
Keterangan
Dalam mesyuarat di bilik itu
dari Kedah petang tadi
di pasar setiap hari
daripada guru bahasa sekolah itu
142
(d) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Kata Arah Frasa Nama Frasa
Nama Keterangan
Ke dalam Hutan petang tadi.
dari utara Perak ke Perlis
di dalam sungai itu pagi tadi
pada hujung minggu akan bertemu
SOALAN CONTOH
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
1 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa sendi nama sebagai frasa keterangan frasa kerja?
A Pelajar itu bijak dalam mata pelajaran Kimia.
B Isteri pembesar itu datang dengan anak perempuannya.
C Persatuan itu mengumpulkan kain cadar, selimut, dan pakaian.
D Rombongan peminangan dari Melaka membawa tujuh dulang barang perhiasan.
(STPM 2010:49)
2 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa sendi nama yang menjadi keterangan frasa kerja
dengan mendukung maksud tujuan?
A Mereka berbincang tentang isu ekonomi.
B Encik Jamil melancong ke luar Negara dengan isterinya.
C Beberapa orang pelajar sedang berehat di pondok bacaan.
D Pasukan keselamatan bertindak tegas demi kesejahteraan semua.
(STPM 2007:50)
(b) SOALAN STRUKTUR
1 Jelaskan binaan frasa sendi nama dalam ayat yang berikut [3]
(a) Hadiah itu untuk kakak saya.
(b) Kanak-kanak itu masih di tepi pantai itu.
(c) Rombongan itu dari luar Negara.
143
2 Bina frasa sendi nama berdasarkan carta di bawah. [3]
Frasa sendi nama
Kata sendi Kata arah Frasa nama
FRASA KETERANGAN
Berfungsi untuk menerangkan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam
ayat.
Frasa keterangan hadir di hujung ayat dan merupakan sebahagian predikat.
Kehadiran frasa keterangan dalam ayat adalah untuk memberi maklumat tambahan
dan bukan merupakan frasa utama.
UNSUR FRASA KETERANGAN
(a) Frasa nama sebagai frasa keterangan
Datuk datang minggu lepas.
Mereka memenangi pertandingan itu tiga kali.
Bapa ke Mekah tahun lalu.
Aminur pergi seorang diri.
(b) Frasa Frasa adjektif sebagai frasa keterangan
Kanak-kanak itu menjerit sangat kuat.
Pekerja itu datang awal sekali.
Gadis itu berjalan perlahan-lahan.
Mereka bekerja sungguh rajin
144
(c) Frasa sendi nama sebagai frasa keterangan
Kami bercuti hingga minggu depan.
Gadis itu cantik bagai bidadari.
Mereka berkelah di tepi pantai itu.
Kenduri itu tetap diadakan pada minggu depan
(d) Kata adverba sebagai frasa keterangan
Mereka akan pergi sekarang.
Dia meninggalkan kita selama-lamanya.
Kita tinggal besama-sama.
Jemaah haji mula berangkat esok.
KEDUDUKAN FRASA KETERANGAN DALAM BINAAN AYAT
(a) Selepas Frasa Kerja
Semua pelajar akan berkumpul di dewan sekolah.
Ayah memukul ular dengan sebatang kayu
Dia berbelanja secara boros.
Dia datang lewat sekali
(b) Selepas frasa adjektif
Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya.
Kita harus cinta akan tanah air kita..
Pekerja itu sungguh cekap sejak dulu.
Buah mangga manis ibarat gula.
145
(c) Selepas Frasa Sendi Nama
Mereka telah ke hutan untuk memburu rusa.
Dia masih di tepi tasik sehingga petang.
Mereka ke sawah setiap pagi.
Bayi itu di pangkuan ibunya setiap waktu.
Makna Frasa Keterangan dalam Ayat Contoh ayat
Bil. Makna frasa keterangan
1 Keterangan waktu Saya tidak bekerja sejak hari Ahad.
Masa atau waktu berlakunya Kelas memasak tamat pada pukul 5.00 petang.
sesuatu perbuatan atau Kami menunggu kepulangan ayah sehingga pukul dua.
peristiwa
2 Keterangan tempat atau Datuk saya berasal dari Sungai Petani.
arah. Dia memberikan laporan itu kepada pihak polis.
Tempat berlakunya sesuatu Kursus menulis cerpen akan diadakan di dewan besar.
perbuatan
3 Keterangan cara. Kanak-kanak itu menangis dengan kuatnya.
Gaya bagi sesuatu Dia menyiapkan latihan itu segera.
perbuatan Dewan itu gelap secara tiba-tiba.
4 Keterangan alat Ayah memukul ular dengan kayu.
Alat yang digunakan untuk Cikgu Badrul pergi ke sekolah dengan kereta.
melakukan perbuatan Pelancong itu datang dengan bas.
5 Keterangan hal Mereka masih berbincang tentang hal itu.
Keterangan tentang keadaan Kita perlu berfikir tentang masa depan kita
tertentu Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran.
146
Bil. Makna frasa keterangan Contoh ayat
6 Keterangan tujuan Makanan harus bersih demi kesihatan
Keterangan tentang tujuan Krim ini digunakan untuk kecantikan
sesuatu perbuatan atau sifat Peraturan itu dikuatkuasakan bagi kepentingan pelajar.
7 Keterangan bandingan Lelaki itu bersikap seperti budak-budak.
Keterangan yang Dia berlagak macam bintang filem.
menunjukkan keserupaan Suara Siti merdu bagai buluh perindu.
8 Keterangan penyertaan Ayah datang dengan emak.
Keterangan yang Alia sedang bercakap dengan pensyarahnya.
menunjukkan maksud Ahmad menziarahi Kamal bersama-sama Roslan.
bersama-sama
9 Keterangan musabab Pemain itu lemah kerana kurang latihan.
Menjelaskan sebab bagi Masakan ibu enak kerana serbuk perasa.
sifat atau keadaan sesuatu Kami lewat kerana ketinggalan bas.
10 Keterangan emotif Kita perlu cinta akan tanah air kita.
Menjelaskan sesuatu tentang Ayah suka akan teh tarik.
perasaan Manusia perlu taat akan Tuhan.
147