The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2023-02-23 04:50:41

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 50 si pemakai PAKAIAN LELAKI Pakaian lelaki pula merupakan kesinambungan daripada rekaan pakaian dari tahun 1890 an dan ianya semakin berkembang dari masa ke semasa. Di akhir tahun 1890 an, frock coat dan topi tinggi adalah pakaian formal yang dipakai di Barat. Antara warna yang menjadi pilihan adalah warna kelabu dan hitam. Seluar panjang yang dipakai bersama mempunyai jalur di tepi kiri dan kanan Long suit juga popular iaitu jaket tanpa ekor, dilengkapi topi homberg iaitu topi dari fabrik lembut yang mempunyai brim (sayap) di sekelilingnya. Bagi pakaian petang pula, kot hitam berekor dengan tali leher putih atau jaket dengan tali leher hitam dipakai. Di waktu ini kain bulu dan gentian tiruan merupakan material utama dalam membuat pakaian. Potongan pakaian pula adalah fit ke badan dan dimasukkan ke dalam seluar. Aksesori sangat popular di masa ini iaitu sarung tangan kulit, bekas rokok, rantai butang hujung lengan dan jam tangan berantai. Merokok merupakan perkara yang menjadi simbol lelaki sejati dan semua lelaki menghisap rokok dalam membuat keputusan dalam urusan politik dan perniagaan. Selepas tahun 1910, fesyen berubah kepada kasual di mana baju panas berkolar gulung (turtle neck) dan ‘V’ sangat popular. Selain daripada itu, kardigan dan jaket juga digemari ramai. Rajah 3.4 Pakaian Formal Lelaki Tahun 1900-1910 Rajah 3.5 Gaya Topi Homberg Rajah 3.6 Gaya Pakaian petang Lelaki Kot Hitam berekor, beserta tali leher hitam atau putih


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 51 Lelaki memakai waistcoat berwarna putih atau cerah, berstokin putih dan payung hitam sebagai aksesori tambahan. 3- piece lounge suit amat popular sebagai pakaian harian di mana seluar longgar, kemeja berwarna putih, berjalur atau berwarna serta berkolar lembut atau keras. Rajah 3.7 Merokok adalah merupakan lambang lelaki sejati bagi lelaki pada era ini


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 52 PAKAIAN TAHUN 1910 – 1920 PAKAIAN WANITA Selepas tahun 1910, fesyen berubah dengan mendadak akibat pengaruh daripada kumpulan The Ballet Russe. Mereka memperkenalkan trend baru dengan fabrik yang lebih terang warnanya dan bentuk pakaian yang lebih menarik. Pada tahun 1914- 1918, pereka – pereka pakaian mengalami kerugian besar kerana wanita tidak lagi berpakaian mewah akibat daripada peperangan. Pada ketika ini, majalah Vogue dilancarkan bertujuanuntuk melindungi hakcipta rekaan fesyen dan memaparkan fesyen-fesyen semasa. ‘Syndicate de Defence dela Grande Couture Francaice’ ditubuhkan pada tahun 1914 dan berfungsi membantu dan menjadi hak cipta pereka-pereka pakaian pada masa itu. Paul Poiret, pereka haute couture terkenal Perancis juga mempengaruh fesyen pakaian di waktu itu. Beliau menggabungkan fesyen barat dan timur dengan pengaruh Jepun, Rusia, China dan India. Hasil gabungan ini adalah pakaian yang ringkas dari segi potongannya. Poiret menggunakan korset untuk keselesaan wanita dan dalam masa yang sama beliau mencpta hobble skirt iaitu pakaian wanita yang sendat di bawah tanpa belahan. Pakaian ini menyukarkan wanita untuk melangkah dan berjalan kerana langkah terbatas seolah-olah pergerakan geisha Jepun memakai kimono. Minyak wangi juga diperkenalkan oleh Poiret dikenali sebagai Borgia. Poiret merupakan pereka pertama yang melancarkan pembukaan gedung minyak wangi di Paris. Pereka-pereka lain seterusnya menyusul dengan memperkenalkan Rajah 3.8 Paul Poiret Pereka Fesyen Haute Couture Rajah 3.9 Rekaan Hoble Skirt dari Paul Poiret Rekaan skirt sendat di bahagian lutut dan menyukarkan pergerakkan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 53 jenama haruman masing- masing. Sebelum menjelang Perang Dunia I, fesyen sheath lembut, jaket, serban, payung, kipas dan fabrik-fabrik yang terang serta bercorak mula dilupakan. Fesyen pakaian yang ketara pada masa itu ialah leher berbentuk ‘V’. Coco Chanel adalah pereka Paris yang terkenal di zaman peperangan. Beliau memperkenalkan ‘sailor jacket’ lelaki kepada wanita. Di akhir peperangan, beliau memperkenalkan fabrik jersey dan ‘sportswear’. Chanel juga mempopularkan bentuk-bentuk pakaian ringkas dengan kain kait yang sesuai untuk kegiatan kasual dan bersukan. Seluar adalah praktikal di zaman peperangan. Selain berperang, ianya sesuai dipakai untuk bekerja di dalam industri dan perladangan. Keseluruhannya, di masa ini wanita tidak mementingkan gaya feminin, mereka lebih gemar berpakaian besar dan longgar, kot ala lelaki, overall, seluar flat dan jaket militari. Skirt wanita menjadi sedikit singkat dan menampakkan buku lali bahagian bawah betis sepanjang zaman peperangan Disekitar tahun 1917, labuh skirt wanita adalah sekitar 8 inci dari lantai. Ia kelihatan lebih menarik dan memudahkan pergerakan berbanding sebelumnya. Fabrik dan trimmin adalah berkurangan sepanjang tempoh peperangan kerana kekurangan bahan mentah. Wanita yang berpakaian sedikit Rajah 3.10 Illustrasi Fesyen Coco Chanel tahun 1919 Rajah 3.11 Rekaan pakaian Tahun 1920 dari Pereka Fesyen Coco Chanel


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 54 berlainan dari ala tentera dianggap tidak patriotik. Walaubagaimanapun, masih terdapat juga gaun yang menarik direka seperti ‘chemise gown’. ‘Chemise gown’ adalah pakaian yang berpotongan tegak, lengan panjang yang ketat dan tunik bahagian atas yang juga berpotongan tegak. Terdapat juga ‘chemise gown’ yang tidak berlengan dan selalunya diperbuat daripada kain georgette, kain berwarna emas dan perak atau ‘crepe lame’. Biasanya ‘chemise gown’ dipakai sebagai pakaian malam dan mempunyai garisan bawah yang berpotongan serong. Pereka pakaian yang terkenal dalam menghasilkan ‘chemise gown’ adalah Lanvin di mana beliau juga memperkenalkan pakaian skirt penuh dan pakaian romantik yang popular pada tahun 1915 hingga tahun 1916. Vionnet juga adalah salah seorang pereka yang terkenal di waktu itu yang menampilkan fesyen yang berpotongan serong dan memberi gaya yang feminin kepada wanita. Kesan daripada peperangan wanita menjadi berani dan berdikari dan pakaian mereka juga berubah dari zaman yang sebelumnya. Oleh kerana kekurangan makanan pada zaman peperangan menyebabkan wanita di zaman ini kurus dan pakaian dalam seperti korset digantikan dengan ‘camisole bras’ dan ‘rubber girdle’. Rajah 3.13 Sebahagian dari rekaan pakaian dari Pereka Fesyen Tahun 1910- 1920 Rajah 3.12 Chemise Gown oleh Lanvin


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 55 PAKAIAN LELAKI Kebanyakan lelaki terlibat di dalam peperangan. Fesyen pakaian mereka adalah lebih kepada uniform yang praktikal di alam peperangan. Di zaman peperangan, kebanyakkan kilang-kilang pakaian sibuk menyediakan pakaian-pakaian untuk kegunaan peperangan. Lelaki keluar rumah berpakaian perang. Oleh kerana kekurangan bahan, pakaian lama yang sedia ada diperbaiki dan dipakai semula.Tekanan akibat peperangan juga memaksa suri-suri rumah membuat pakaian daripada cadar dan sarung-sarung bantal serta langsir lama. Peperangan memberi kesan ke atas fesyen pakaian di mana fesyen ala militari mula berkembang. Fesyen ala militari ini menampilkan stail poket militari yang bertutup, safari, kanvas berpinggang, jaket berpinggang dan ‘eppuellette’ (jalur di atas bahu). Topi beret berbutang melengkapkan fesyen ala militari dan butang sten juga diperkenalkan. Hingga ke hari ini, sesetengah pereka pakaian mengekalkan fesyen militari. Rajah 3.14 Military Jacket Tahun 1918 Rajah 3.15 Military Uniform Tahun 1918 Rajah 3.16 Topi Baret Tahun 1910


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 56 Pakaian golongan muda adalah kot panjang ala tentera yang berbutang dua baris, berlapel besar, berenvelop di belakang dan berikat pinggang fabrik. Seluarnya pula sederhana longgar, membawa payung hitam dan berkaca mata. Dua jenis kot luar yang popular di zaman perang ini ialah ‘woolen overcoat’ dan ‘double breasted trench coat’. Pakaian ini diperbuat daripada kain getah dan mempunyai ‘eppuellette’, berpinggang dan berenvelop di belakang. Rajah 3.17 Gaya Trench Coat bagi golongan muda tahun 1910-1920


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 57 PAKAIAN TAHUN 1920 – 1930 PAKAIAN WANITA Di waktu ini fesyen menunjukkan perubahan yang ketara kerana masyarakat berasa gembira dengan berakhirnya Perang Dunia I. Ramai wanita yang telah bekerja kerana kebanyakkan lelaki gugur di medan peperangan. Gaya hidup moden muncul dan kewujudan TV dan radio mendedahkan masyarakat kepada dunia luar. Bintang-bintang filem menjadi idola dalam berpakaian dan wanita menuntut hak kebebasan. Muzik jazz dan blues membawa pengaruh Afrika ke negara Barat, masyarakat mula mempunyai waktu untuk bersuka ria. Pakaian wanita di awal tahun 1920an adalah kasual, ringkas dan praktikal. Chanel adalah pereka utama pada masa tersebut yang menekankan stail wanita muda dan tidak terlalu menekankan kelas mewah. Pada 1922, skirt dan blaus wanita adalah separas buku lali, berlengan panjang dan berkedut, longgar, garis pinggang ke bawah dihiasi dengan tali pinggang kulit atau skaf. Skaf juga dipakai di bahu, tassel diletak di hujung lengan dan skirt dan memakai subang yang panjang. Crepe-de-chine dan chiffon adalah dua jenis fabrik yang digemari kerana ianya ringan dan cantik. Wanita mula memakai cocktail dress menggantikan tea gown. Pakaian ini adalah gabungan antara pakaian dengan fabrik gaun petang yang menarik. Stail ini kekal selama dua dekad. Rajah 3.18 Gaya pakaian Wanita Tahun 1920-1930


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 58 Pada 1923, pakaian wanita berubah menjadi singkat di mana ukuran baju mereka ialah 30-30-30 yang bermakna ianya berpotongan tube. Ada juga tambahan godet di bawahnya. Baju tube yang leper juga popular pada tahun 1924. Garisan-garisan jahitan pada baju membawa kelainan kepada stail pakaian yang ringkas dan dilengkapi dengan topi berhias manik, hose mengikut warna kulit dan kasut pump. Di musim sejuk, wanita memakai kot luar dengan kolar kain bulu dan ditambah hiasan pin bunga di dada. Bagi pakaian petang pula, pakaian luar diperbuat dari broked atau lame (fabrik berhias benang perak) dihiasi dengan sulam, jurai, manik atau labuci. Warna-warna pilihan adalah warna yang semulajadi atau lembut di mana kelabu dan coklat lembut bagi pakaian harian, coklat, hijau, biru, merah jambu dan jade untuk pakaian petang, manakala hitam, putih dan emas bagi penampilan yang lebih dramatik. Skirt di sekitar tahun 1926 dan 1927 adalah pendek. Menjelang tahun 1928, skirt panjang menjadi pilihan dengan lipatan-lipatan atau kedutan-kedutan termasuk panel di belakang (Rajah 8.13) Stail rambut pendek amat popular di tahun 1920 an. Eton crop dan garconne adalah dua stail popular yang seakan-akan potongan rambut bud ak sekolah lelaki. Barang kemas adalah penting di waktu ini. Emas, perak dan platinum menjadi pilihan untuk membuat brooch, gelang, rantai dan hiasan-hiasan lain. Rajah 3.19 Tube dress Tahun 1920 Rajah 3.20 Stail Rambut Eton Crop Tahun 1920


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 59 Chanel memperkenalkan stail pakaian yang ringkas dan praktikal sesuai untuk wanita moden dan aktif. Beliau memperkenalkan pakaian jersey dan pakaian petang berpotongan ringkas dan dihiasi manik. Selain daripada itu, Chanel juga memperkenalkan sweater, skirt berlipat dan skaf tiga segi. Chanel juga terkenal dengan rekaan suit bulu dan kardigan di mana suit dibuat dari kain tweed dan sutera dan dipadankan dengan blaus yang besesuaian. Warna yang selalu digunakan ialah warna kelabu, neutral dan cerah dan suit tersebut dihiasi dengan trimmin dan butang berkilat. Aksesori tiruan seperti rantai leher dari manik besar, mutiara dan plastik. Pakaian sukan yang diperkenalkan oleh Chanel adalah knit sweater yang berpotongan longgar, tanpa bentuk, separas punggung dan berleher ‘V’. Pakaian tennis pada 1919 adalah tanpa lengan dan separas betis yang kemudiannya singkat ke paras peha, berkancing di pinggang dan memakai kasut kanvas. Maddeleine Vionnet merupakan pereka Paris yang terkenal pada 1920an. Beliau digelar arkitek pembuat pakaian dan orang yang berkemahiran membuat pakaian dalam sejarah. Vionnet gemarkan stail yang ringkas dan banyak menggunakan fabrik crepe-dechine agar pakaian kelihatan lembut dan menarik apabila dipakai. Di awal 1930 an, berlaku inflasi dan kejatuhan ekonomi menyebabkan wanita kembali menjadi suri rumah. Perkembangan fesyen terbantut dan banyak material baru diperkenalkan seperti fabrik campuran getah yang fleksibel (1930), nilon (1939). Rayon pula Rajah 3.21 Pakaian Sukan oleh Chanel Tahun 1920 Rajah 3.22 Maddeleine Vionnet Pereka Fesyen Tahun 1920


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 60 menggantikan sutera dan penggunaan zip berkembang. Kain kait bulu kambing digunakan untuk membuat kot serta kain kapas untuk pakaian biasa. Kilang pakaian mula beroperasi dan mengeluarkan pakaian siap dan terdapat pakaian yang dipasarkan melalui katalog dan pesanan mel. Toiles (contoh pattern pakaian) dijual membolehkan pelanggan membuat sendiri pakaian mereka. Rajah 3.23 Sebahagian daripada rekaan Maddeleine Vionnet Tahun 1920 - 1930


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 61 PAKAIAN LELAKI Pakaian lelaki di waktu ini kurang menarik berbanding pakaian wanita. Mereka memakai pakaian lama dan tradisional kesan dari peperangan. Selepas perang, lelaki menuntut pakaian yang lebih selesa di mana mereka mula berpakaian kasual dan kekal hingga ke hari ini. Berbagai stail seluar separas lutut popular di tahun 1920an. Ia dikenali sebagai knicker, knicker-boxer dan plus-four. Pakaian siap menggantikan pakaian tempah terutama bagi pakaian jalanan. Bagi pakaian formal warna yang menjadi pilihan ialah warna hitam atau gelap, waistcoat hitam dan seluar berjalur hitam atau kelabu. Pakaian kasual berubah perlahanlahan di mana pada 1925, seluar flannel kelabu dan jaket tweed/bulu dipakai untuk bercuti dan melancong. Jaket Norfolk (jaket berpinggang longgar dengan box pleats) dipakai bersama stokin bulu tebal serta kasut yang sesuai. Sport shirt berwarna dengan tambahan kolar popular pada masa ini dan fabrik yang digunakan terdiri daripada fabrik kapas, sutera dan rayon. Warna-warna gelap dan kusam diterima untuk bersosial termasuk ke restoran dan panggung wayang. Tali leher dipakai untuk mengemaskan penampilan. Aksesori yang penting bagi lelaki di waktu ini adalah rokok dan rokok paip, topi beret dan kulit untuk golongan muda dan topi tinggi sutera untuk majlis-majlis rasmi. Rajah 3.23 Gaya Pakaian Lelaki 1920 Rajah 3.24 Gaya kasual Lelaki 1925


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 62 PAKAIAN TAHUN 1930 – 1950 PAKAIAN WANITA Selepas 1930an, fesyen wanita menekankan bentuk asli tubuh badan wanita. Berpinggang ramping dan berbahu tinggi. Wanita kembali memakai korset untuk mendapatkan bentuk pinggang yang ramping.Skirt mengembang, lengan kembung dan bahu berspan. Godet atau lipatan menghiasi skirt. Pakaian petang dan baju mandi kembali berkembang. Trailing chiffon, baldu, satin dan crepe de chine adalah fabrik pilihan bagi pakaian petang.Pakaian petang ditambah cape dan hiasan-hiasan bulu binatang untuk kelihatan glamour. Bulu dan kulit serigala menjadi kegemaran Chanel memperkenalkan pijamas (baju tidur) sekitar tahun 1930an, sebagai pakaian tidak formal dan pakaian pantai. Pijamas pantai mempunyai seluar lebar. Dipadankan dengan kot longgar serta topi lebar. Pijamas diperbuat daripada sutera Shantung atau crepe de chine tebal. Fesyen French Sailor popular di tahun 1930an. Ia termasuklah seluar panjang biru navy dan jaluran biru putih di atas baju. Pakaian mandi juga dipakai di tahun 1930an kerana peningkatan aktiviti berjemur di tepi pantai. Suit dua keping diperkenalkan termasuklah trunk (seluar) dan low necked tops (baju). Rajah 3.25 Gaya wanita 1935 Rajah 3.26 Nautical beach pyjamas oleh Chanel Tahun 1930


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 63 Fesyen ini adalah asas kepada bikini pada hari ini.Suit makan malam wanita adalah baju gaun dengan jaket pendek. Juga dipakai untuk majlis koktel dan menonton wayang.Warna hitam menjadi pilihan. Pakaian dihiasi klip berlian besar, berlengan panjang dan skirt kembang dengan lipatan akordian. Suit pakaian siap menjadi kegemaran di tahun 1930an. Stailnya berubah dari stail ringkas kepada yang lebih feminin yang memberi tumpuan lebih kepada belakang dan punggung. Leher luas, baju ala penari ballet dengan hiasan reben dipakai. Rajah 3.27 Beach Pajamas Resort Wear 1930 Rajah 3.28 Gaya Rambut Tahun 1930


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 64 Aksesori pilihan adalah sarung tangan, topi, skaf, jaket, bag dan kasut. Kasut terbuka hujung jari. Kasut court pula diperbuat dari kulit buaya, ular dan sebagainya. Kasut satin diwarnakan serupa warna baju. Sejak 1939, wanita memakai slack bersama jaket stail militari Amerika dan skaf kepala sebagai aksesori. Mereka menutup seluruh rambut yang tidak terurus. Pakaian ala militari kelihatan lebih feminin jika dibandingkan dengan era Perang Dunia I. Baju yang dipakai tanpa eppaulettes, sedikit butang dan kurang hiasan. Jaket flannel dalam corak berjalur atau kotak-kotak juga dipakai bersama skirt dan baju. Garbadine digunakan menggantikan kulit untuk kasut dan beg tangan. Berbagai material synthetic digunakan menggantikan kain bulu. Rajah 3.29 Rekaan Kasut Tahun 1940 Rajah 3.30 Wanita di dalam pakaian gaya Militari


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 65 Pereka-pereka Britain muncul memperkenalkan suit sepanjang musim peperangan. Sebaik sahaja peperangan tamat, wanita lebih menggemari pakaian yang lebih feminin dan fabrik yang lebih bermutu. Pada tahun 1946, koleksi pakaian-pakaian Perancis muncul dengan potongan pakaian yang ketat di pinggang, punggung, kot longgar, skirt sempit dan beberapa lapis kolar. Paris dikenali sebagai kota fesyen dunia. Pakaian petang yang dipakai sangat romantik di mana kebanyakkannya berpotongan fit mengikut bentuk badan dengan skirt kembang yang diperbuat dari beberapa meter tulle (sejenis sutera). Hiasan-hiasan, renda, sulaman, bulu-bulu binatang, manik dan labuci digunakan untuk mengimbangi stail gaun yang berpotongan biasa di zaman peperangan. Rajah 3.31 Rekaan Christian Dior ‘ New Look’ 1947


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 66 Christian Dior adalah pereka Paris paling terkenal dan amat digemari oleh wanita Barat pada tahun 1947. Beliau membawa mood ‘New Look’ bagi wanita dengan skirt yang panjang, kembang, pinggang yang ramping dan garis leher yang lebar dan luas. Di akhir tahun 1940 an, dua perbandingan silluette (potongan pakaian) amat ketara di mana : • Pakaian yang berpotongan mengikut bentuk badan. • Pakaian yang berpotongan sedikit longgar dengan kedutan-kedutan, bertali pinggang sebagaimana yang diilhamkan oleh Dior. Pereka lain yang terkenal pada akhir tahun 1940 an ialah Balenciaga yang merevolusikan pakaian berpotongan separuh fit berbentuk seperti karung dan ia terkenal sepanjang tahun 1950 an. Rajah 3.32 Koleksi Rekaan Balenciaga 1950


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 67 PAKAIAN LELAKI Pakaian lelaki masih lagi bersifat konservatif dan mereka memakai pakaian yang berlapis-lapis untuk melindungi diri dari cuaca di musim sejuk. Walau bagaimanapun pakaian malam lelaki menunjukkan gaya yang elegan. Mereka mengenakan waistcoat, vest dan meletakkan hiasan bunga di bahagian dada. Mereka juga memakai bow dan kasut yang menarik. Bagi pakaian harian, ianya menampilkan imej seedy yang dipengaruhi oleh pakaian samseng Chicago. Kebanyakkan golongan lelaki memakai suit drape English yang mempunyai jaket panjang dan kaki seluar yang kecil. Pakaian kasual menjadi pakaian yang biasa digunakan iaitu shirt yang dibuat dari kain jersey menjadi pilihan. Pakaian formal tidak lagi dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Pada tahun 1933, pakaian dishrag diperkenalkan. Pakaian ini adalah pakaian yang diperbuat dari kain bercorak atau berwarna pudar, ianya dibiarkan terbuka di dada dan diikat dengan tali. Vest tanpa lengan juga muncul di waktu ini dengan warna yang terang. Pakaian lelaki di tahun 1940 an adalah uniform ketenteraan sama ada semasa bertugas atau sebaliknya. Pakaian yang lebih selesa, bermutu dan mahal serta kelihatan elegan hanya dipakai oleh bintang-bintang filem terkenal. Pakaian ini tidak mampu dimiliki oleh orang-orang biasa. Rajah 3.33 Pakaian Lelaki pada waktu Malam Rajah 3.34 Pakaian Disrag 1933


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 68 Duffle coat adalah pakaian baru yang terhasil dari idea pakaian peperangan. Kot ini longgar dan panjang separas betis, diperbuat dari kain bulu khaki dan berkancing butang kayu. Ia mula dipakai oleh Montgomery, seorang general British. Kemudian dipakai oleh sesiapa sahaja baik lelaki atau pun wanita tanpa mengira umur. Stail ini masih dipakai hingga ke hari ini. Perkembangan fesyen lelaki tidak begitu ketara dan membosankan kesan peperangan. Fesyen keseluruhannya dikuasai oleh wanita hinggalah ke tahun-tahun yang berikutnya. Rajah 3.35 Duffle Coat


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 69 PAKAIAN TAHUN 1950 – 1959 PAKAIAN WANITA Pakaian wanita di tahun 1950an adalah sambungan dari stail di tahun 1940an. Pakaian dan suit berpotongan lurus dan ramping. Bagi kot, potongannya lebih longgar dan luas. Di tahun-tahun terawal 1950an, pakaian wanita berlengan pendek atau separas siku. Berbagai-bagai potongan kolar termasuklah yang besar menutupi bahu, tinggi meliputi dagu atau bergulung dan berikat skaf. Skirt separas betis mengembang, bertali pinggang untuk menunjukkan kerampingan pinggang dan bentuk punggung. Kot yang seakan-akan cape, berlengan lebar dan berbahu landai juga dipakai. Stole (selendang) juga biasanya dipakai di luar kot. Ianya dihiasi dengan bulu di tepi kolar atau kaf lengan. Di pertengahan tahun 1950an, fesyen beransur-ansur berubah dari haute couture (fesyen bermutu tinggi) kepada street fesyen (pakaian jalanan). Anak-anak muda mula menggemari seluar jean yang ketat dengan sweater besar tanpa potongan. Pakaian jalanan ini mula berkembang dari Amerika Syarikat. Sweater ketat juga dipakai bersama skaf di leher. Pakaian lain termasuklah skirt kembang yang dilapisi petticoat nilon berkanji. Rajah 3.36 Rekaan Traina-Norell 1951 Rajah 3.37 Gaya anak muda tahun 1950


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 70 Baju dalam (uplift bra) dipakai di dalam sweater ketat. Baju dalam jenis ini mengangkat bentuk dada dan kelihatan menarik. Bintang-bintang filem terkenal seperti Audrey Hepburn dan Elizabeth Tylor mengekalkan fesyen pengaruh Amerika dalam cara mereka berpakaian. Pakaian penari seperti leotard (seluar fit) dan skirt kembang dengan slipper ballet juga digemari. Rajah 3.38 Variasi Gaya Skirt Kembang tahun 1958


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 71 PAKAIAN LELAKI Pakaian lelaki di awal tahun 1950an adalah lanjutan dari fesyen yang sebelumnya. Lelaki selepas perang memakai pakaian lama sebelum perang. Tiada perkembangan yang ketara berbanding wanita. Suit-suit berwarna gelap seperti sebelumnya masih dikekalkan walaupun hingga ke hari ini. Di penghujung tahun 1950an, paras kemiskinan berkurangan di barat. Lelaki mampu memiliki pakaian yang lebih baik dari sebelumnya. Pakaian kerja seperti overall dan boiler suit tidak lagi dipakai di jalanan. Lelaki mula memakai pakaian siap (ready to wear) yang dikeluarkan oleh kilang. Orang yang lebih mampu memakai pakaian potongan tailor sesuai dengan kedudukan. London merupakan pusat utama pakaian lelaki. Stail Man-about-Mayfair adalah fesyen kegemaran lelaki kota. Pakaian ini kelihatan seperti uniform tahun 1950an tetapi masih dipakai hingga ke hari ini. Pakaian ini termasuklah topi bowler, kot berbutang sebaris, berkolar baldu, berpoket tiket dan berseluar sederhana longgar.Suit jaket 4 butang juga dipakai bersama waistcoat dan lapel yang kecil. Shirt berjalur melintang, kasar dan berkolar putih juga digemari. Sarung tangan dan payung hitam juga biasanya dipakai. Golongan muda mahukan sesuatu kelainan dari segi berpakaian. Mereka memakai shirt putih, bertali leher tali kasut, berkasut crepe sole seolaholah fesyen di tahun 1940an. Rajah 3.39 Gaya Stail Man-about-Mayfair Tahun 1950 Rajah 3.40 Gaya The Teddy Boy Look bagi golongan muda Tahun 1950


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 72 Rambut dminyakkan dan disikat kemas untuk kelihatan lebih aggresif. Sesetengahnya bertatoo di lengan. Fesyen anak muda ini digelar The Teddy Boy Look. 1950an juga berimej korporat. Mereka memakai suit flannel kelabu dengan bahu yang kecil dan kemas. Dipadankan dengan shirt putih dan tali leher kurus berjalur. Di musim sejuk, bulu unta dipakai bersama skaf sutera atau cashmere. Di Amerika Syarikat pula, anak-anak muda menggilai fesyen yang dipaparkan oleh penyanyi-penyanyi pop atau bintang-bintang filem. Elvis Presley mempengaruhi anakanak muda memakai fesyen seluar ketat bell bottom. Shirt yang tidak dibutangkan dan berkasut biru. Bintang-bintang filem seperti Marlon Brando dan James Dean memperkenalkan T-shirt dan jaket kulit hitam. Rajah 3.41 Gaya Penyanyi pop Elvis Presleyyang mempengaruhi anak muda


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 73 PAKAIAN TAHUN 1960 – 1969 Di awal tahun 1960an, anak-anak muda meniru gaya bintang-bintang filem lama berpakaian seperti yang ditonton melalui filem. Mereka berpakaian gaun berputar, berskaf, fabrik lembut dan memakai bulu burung ostrich. Labuh skirt separas betis, berbahu luas dan menggunakan fabrik satin. Jeans denim amat popular di Eropah mahupaun Amerika Syarikat. Peranan filem amat berkesan mengembangkan fesyen ini. Jean dipakai sebagai pakaian harian. Pereka-pereka Itali memperkenalkan pakaian untuk ke parti. Pakaian knit (kait) digemari dengan stail sweater dan kardigan. Amerika lebih menggemari fesyen yang ringkas. Motto mereka ialah ‘do you own thing’. Pakaian ringkas dan sederhana serta kampungan biasanya dipakai. Peluang ini mengembangkan fesyen hippies yang mana pakaian mereka kelihatan liar bercampurcampur corak dan warna. Pereka seperti Bll Gibb, Zandra Rhodes dan Laura Ashley mengambil stail hippies sebagai idea untuk mengkomersialkan ciptaan mereka. Laura Ashley mendapat inspirasi daripada cara hidup hippies untuk memperkenalkan gaya ‘Peasant Look’. Rajah 3.42 Gaya Gaun 1960an Rajah 3.43 Gaya Hippies 1960


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 74 Jacqueline Kennedy (isteri presiden Amerika–John F Kennedy) memperkenalkan fesyen tradisional. Beliau berpakaian two-piece (dua keping) diperbuat dari fabrik lembut, berwarna terang, potongan pakaiannya longgar, tanpa lengan, berkolar tinggi dan berskirt ramping. Beliau juga memakai sarung tangan, kasut court dan topi kecil Mary Quant, pereka London memperkenalkan miniskirt di tahun 1960an. Trend ini dipadankan dengan sarung kaki menggantikan stoking dan mereka memakai but. Di Eropah, Givenchy dan Balenciaga mempopularkan ‘chemise dress’ yang diperkenalkan oleh Yves Saint Laurent pada tahun 1965. Pakaian ini berbentuk lurus dengan corak blok batu bata yang berbagai warna. Di tahun 1960an juga fesyen unisex berkembang. Wanita memakai pakaian tradisional lelaki termasuk kasut hitam lelaki, berjaket kekotak dan berseluar untuk memadankan dengan waistcoat dan shirt sutera. Rajah 3.44 Gaya Jacqueline Kennedy (isteri presiden Amerika–John F Kennedy) Rajah 3.45 Rekaan Mary Quant 1960


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 75 Pakaian petang ialah shirt berenda dan tali leher. Lelaki pula berpakaian ala kewanitaan. Rambut dibiarkan memanjang dan pakaian petang kelihatan dipenuhi hiasan-hiasan seperti labuci dan manik, fabrik berwarna-warni. Unisex look memberi idea kepada Christian Dior dan YSL memperkenalkan fesyen ala lelaki yang lebih feminin untuk wanita. Feminin bermakna potongannya sedikit berbeza berbanding lelaki sesuai bentuk badan wanita. Populariti mini skirt menurun pada akhir tahun 60 an dan gaya maxi yang dipengaruhi daripada filem Russia, Dr. Zhivago mula menjadi ikutan anak muda ketika itu. Rajah 3.45 Rekaan Givenchy 1960 Rajah 3.46 Koleksi Rekaan Christian Dior - Yves Saint-Laurent Printemps 1960,


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 76 PAKAIAN TAHUN 1970 -1979 Tahun 1970an memperlihatkan pemakaian kot midi separas betis terutamanya semasa musim sejuk. Kot ini bertali pinggang dan berhias bulu di bahagian lapel dan kaf lengan serta mempunyai poket besar di bahagian hadapan skirt. Seluar juga adalah fesyen kegemaran di tahun 1970an. Sebelum ini, seluar dipakai untuk bersukan, tetapi di dalam tahun 1970an mereka memakainya untuk ke majlis sosial. Materialnya termasuklah kain jersey dan crepe de chine. Warna memainkan peranan di dalam fesyen di tahun 1970an. Warna-warna terang seperti hijau, ungu, pink dan oren digemari. Warna-warna ini kadang-kadang dipadukan membentuk corak abstrak seakan-akan tie-dye atau batik. Aran adalah fesyen fisherman’s knit sweater yang berkonsepkan kemba li kepada alam semulajadi. Warnawarna bumi seperti coklat, kelabu dan perang menjadi pilihan. Sweater yang dipakai mempunyai berbagai bentuk tekstur,berbut tinggi dan mempunyai pengaruh berbagaibagai etnik. Fabrik-fabrik tiruan berkembang di Eropah. Nylon, acrylic, polyester, tricot digunakan menggantikan fabrik-fabrik yang lebih mahal seperti kain bulu. Rajah 3.47 Gaya pakaian Tahun 1970 pada musim sejuk Rajah 3.47 ‘Aran’ Fisherman Knit Sweater


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 77 Pakaian kasual membanjiri Eropah di tahun 1970an. Berbagai pilihan terdapat seperti kasual shirt, besbol shirt, T-shirt, kemeja berbunga dan sebagainya. Pakaian lain termasuklah overalls, suit parachute dan sky-diver suit. Gaya Wanita di tahun 1970an menggayakan fesyen yang lebih feminin. Mereka memakai pakaian kasual dengan blaus bercorak kain kapas serta mempunyai smocking. Terdapat pengaruh timur pada pakaian mereka termasuklah paten ala India, sulaman besar dan kecil. St. Tropaz look amat berleluasa di tahun 1973. Pakaian ini berpotongan skirt sendat di bahagian punggung dan peha, tetapi mengembang ke bawah.Potongan skirt menyerong dengan fabrik bercorak diselang selikan dengan fabrik kosong. Baju kecil tanpa lengan, berbutang di hadapan dan dihiasi ropol di bahagian bawah. Fesyen dilengkapi topi brim luas. Pada tahun 70 an juga, pereka-pereka fesyen dari Amerika seperti Calvin Klein, Ralph Laurent dan Perry Ellis mula mencipta nama. Mereka memperkenalkan pakaian berpotongan klasik dan siap untuk dipakai. Suit dan jaket mereka diperbuat daripada kain bulu, manakala blaus dan skaf diperbuat dari kain sutera. Pakaian sukan dipelbagaikan kegunaannya. Bukan hanya untuk bersukan, ia juga dipakai untuk bersosial. Suit jogging diperkenalkan, potongannya seluar sedehana longgar dan sweatshirt bertutup kepala atau berzip ke atas. Pakaian ini berwarna warni serta dihiasi jaluran di lengan dan seluar. Fabrik Dacron banyak digunakan. Satu trend yang ketara di tahun 1970an ialah pakaian formal, kasual dan sport diadun bersama. Ini membuatkan fesyen tersebut sesuai dipakai untuk ke pejabat, kelab atau ke parti. Rajah 3.48 Calvin Klein, Perry Ellis, Ralph Lauren, antara pereka fesyen yang mencipta nama pada tahun 1970


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 78 Aksesori tambahan seperti beg, rantai, subang dan skaf silih berganti, sesuai dengan suasana. Calvin Klein banyak memaparkan fesyen ini. Era 70 an dilengkapi dengan kemunculan perekapereka fesyen daripada Jepun yang menarik perhatian dunia dengan gaya ‘Japanese Look’. Pereka-pereka fesyen yang mempopularkan gaya ini termasuklah Miyake, Matsuda dan Yohji Yamamoto. Gaya ‘Japanese Look’ ini menampilkan pakaian yang longgar, berlapis-lapis dan mempunyai tekstur yang menarik hasil daripada penggunaan pelbagai jenis gentian termasuk gentian semulajadi, campuran dan sintetik. GAYA PUNK Tahun akhir 1970an juga diramaikan dengan gaya berbusana Punk. Awal mula budaya Punk berasal dari Inggris dan diramaikan dengan munculnya kumpulan band beraliran Punk bernama Sex Pistols dengan lagunya yang popular pada saat itu iaitu “God Save The Queen”. Kaum-kaum urban yang menentang kondisi politik identik dengan sebutan kaum Punk. Punk merupakan budaya subculture yang secara jelas menentang politik kotor, menerapkan kehidupan bebas. Gaya identiti Punk diterjemahkan dengan rambut spike tajam, baju hitam dengan aksesori metal tajam dan make-up yang menarik perhatian Rajah 3.50 Gaya pakaian kumpulan Punk 1970 Rajah 3.49 Rekaan Issey Miyake Tahun 1970


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 79 GAYA DISCO Tahun 1970an terkenal dengan budaya musik disco. Gaya berpakaian pada ketika itu yang menunjukkan budaya disco berkembang pesat. Sekali lagi, pada tahun ini didominasi oleh anak-anak muda. Gaya berbusana ditunjukkan dengan penggunaan seluar pendek ketat / hot pant , berkasut rata, Artis populer pada ketika itu adalah John Travolta dengan filmnya yang terkenal “Saturday Night Fever” iaitu dengan gaya disconya. Rajah 3.51 Gaya Disco 1970


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 80 PAKAIAN TAHUN 1980 – 1989 GAYA NEW WAVE Muzik mejadi bahagian penting dari gaya berbusana urban pada tahun 1980an. Masih dipengaruhi oleh budaya Punk, New Wave yang menawarkan gaya berbusana yang lebih diterima khalayak umum . Pengaruh television dan filem lebih mudah terjangkau menyebabkan budaya ditahun 1980an lebih cepat tersebar. GAYA MADONNA DAN AEROBIC Tahun 1980 berkembangnya teknologi portable seperti radio. Muzik mulai didengari di jalan raya, taman bermain, dan juga tempat umum lain melalui radio jinjing. Pakaian outdoor seperti outdoor fitness dan olahraga menjadi popular khususnya pada wanita yang menggunakan legging sebagai outfit mereka. Rajah 3.52 Gaya pakaian New Wave Tahun 1980 Rajah 3.53 Madonna merupakan ikon fesyen pada tahun 1980 Rajah 3.54 Pakaian Aerobik merupakan salah satu pakaian yang menjadi trend pada 1980 an


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 81 GAYA YUPPIE Berkembangnya teknologi juga menyebabkan perubahan gaya hidup .Kalkulator saku dan jam digital sudah mulai banyak digunakan pada ketika ini . Yuppie adalah singkatan daripada perkataan “Young Upwardly Mobile Profesional” Gaya berpakaian Yuppie dikenal juga sebagai pakaian ke pejabat dan minimalis. Rajah 3.55 Gaya Yuppie amat popular di kalangan golongan professional pada tahun 1980an


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 82 PAKAIAN TAHUN 1990 – 2000 GAYA GRUNGE Pada tahun ini adalah merupakan band-band kegemaran mula muncul. Masa ini mula tertubuhnya group band seperti Nirvana dan Oasis yang menggemparkan dunia. Aliran muzik Grunge bermula di Amerika dan mula tersebar. Muzik Grunge menjadi symbol fesyen pada awal tahun 1990an dan dikenali sebagai tahun terburuk di dalam sejarah fesyen dunia atau dikenali dengan sebutan “The Decade Fashion Has Forgotten” Stail Grunge ini hamper mirip seperti gaya Punk namun ianya tidak begitu radikal. Seluar jeans digabungkan dengan baju bermotif kotak-kotak lebar menjadi identity gaya berpakaian pada masa ini. Gaya Mix Up Blue jeans dengan denim jacket in acid wash, baby doll dress, t shirt, pakaian baseball, sweatshirt dan sweater digabungkan dengan kasut sneakers. . Trend tahun 1990an lebih kepada gaya mengkombinasikan gaya busana 1960-1980. Namun demikian pada tahun 1990, seluar jeans dan pakaian longgar menjadi simbol umum dalam berpakaian. Rajah 3.56 Gaya pakaian kumpulan Grunge tahun 1990 Rajah 3.57 Gaya Mix Up tahun 1990


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 83 GAYA SUPERMARKET OF STYLE Istilah ini dibuat untuk menggambarkan identiti seseorang yang tidak setia kepada satu jenis fesyen. Gaya yang diketengahkan adalah merupakan gaya campuran . Sekarang gaya yang mereka buat tidak lagi merupakan bentuk pemberontakan, tetapi sebagai alternatif atau identiti. Tidak seperti pengikut fesyen lain, pencinta Supermarket gaya ini mencipta gaya unik mereka sendiri. Misalnya, t-shirt lengan panjang yang disusun dengan kemeja-lengan pendek serta bandana dengan topi. Fesyen ini paling biasa dijumpai di kawasan Harajuku,Jepun Rajah 3.58 Gaya Supermarket Of Style tahun 1990


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 84 PAKAIAN TAHUN 2000 Gaya New Millenia Gaya Millenium baru membawa warna silver sebagai warna trend di dalam perkembangan fesyen.Nuansa Futuristik tetapi tetap glamour menjadi trend perkembangan fesyen pada awal tahun 2000 Gaya Emo Pertengahan tahun 2000 juga diwarnai dengan gaya berbusana Emo. Gaya berbusana Emo serba Gothic, Hitam , Eye Shadow hitam, dengan ciri khas rambut lurus kedepan hingga hamper menutup maa menjadi popular. Group Band seperti My Chemical Romance menjadi salah satu trend dan ikutan Rajah 3.59 Gaya New Milenia Tahun 2000 Rajah 3.59 Gaya Emo tahun 2000


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 85 Gaya Indie Mirip dengan gaya Grunge, Punk dan Hippie, budaya Indie bertitik berat pada symbol bertentangan budaya, konservatif Asal mula perkataan Indie ialah independent. Atau disebut bebas. Ini mencerminkan cara berfesyen memilih baju yang cenderung mandiri dan tidak terpengaruh dengan model fashion umum. Gaya berpakaian Indie terkenal dengan seluar jeans pencil ketat, digabungkan seluar pendek dengan sepatu, baju bentuk Bill Cosby , perpaduan retro, vintage, moden, kasut canvas berwarna dengan tali. Gaya berbusana Indie lebih cenderung kepada perpaduan fesyen jenis baju namun tampak moden Rajah 3.60 Gaya Indie tahun 2000


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH FESYEN ABAD KE 20 86 Fesyen terus berkembang dan melalui pelbagai lagi perubahan stail dan trend sepanjang dekad 1980 dan 1990 an sehinggalah ke hari ini, kita telah berada di abad ke 21. Apa yang dapat diperhatikan adalah stail pakaian dan trend cepat berubah serta sesetengah stail itu adalah stail lama yang telah diberikan nafas dan sentuhan baru yang bersesuaian dengan era tersebut. Dalam kata lain, sesuatu stail pakaian masa lalu mungkin akan digunakan pada masa akan datang. Ini dinamakan ‘kitaran fesyen’. Kitaran fesyen ini dapat kita lihat pada awal tahun 1990 an di mana stail 1960 an kembali diminati dengan diberikan sentuhan yang bersesuaian dengan tahun 1990 an. Evolusi fesyen bermula awal abad ke 20 hingga sekarang juga menyaksikan perubahan trend daripada pakaian yang konservatif dan formal beralih kepada pakaian yang lebih ringkas, kasual dan selesa. Fesyen juga akan terus berkembang dengan penemuan gentian-gentian baru dan pembuatan pakaian fungsi (functional clothes) contohnya seperti pakaian renang sharkskin dengan tekstur yang menyerupai sisik ikan jerung, berfungsi untuk mengurangkan rintangan air kepada perenang. Penyelidikan dan pembangunan fabrik berteknologi tinggi kini semakin pesat, bersesuaian dengan cabaran kehidupan pasca moden di alaf baru.


BAB 4 SEJARAH FESYEN DI MALAYSIA Pakaian Melayu Pakaian Cina Pakaian India Pakaian Kaum Bumiputera


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 88 4 SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan, Dusun dan Iban. Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional , makanan dan budaya masing- masing


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 89 PAKAIAN MELAYU Pakaian Melayu yang terdapat di Malaysia menampilkan keindahan pakaian yang berkait rapat dengan adat resam orang-orang Melayu. Ini kerana cara pemakaiannya yang teratur, beretika dan bersopan santun. Pakaian Melayu ini ada perbezaannya dari sebuah negeri dengan negeri yang lain. Walaupun berbeza, ianya masih mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dari segi etikanya. Terdapat negeri yang menggunakan stail yang sedikit berbeza untuk menunjukkan identiti negeri mereka. Pakaian Melayu yang ada hari ini merupakan sebahagian daripada tradisi pakaian lelaki dan wanita Melayu yang dipakai sejak berabad lamanya. Tiga jenis pakaian Melayu yang utama adalah baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu dan baju Kurung serta baju Kebaya yang dipakai oleh wanita Melayu. Tahukah anda cara orang Melayu berpakaian dikenali sebagai ‘Busana’? ‘Busana’ berasal daripada bahasa Jawa-Sanskrit yang bermaksud berpakaian lengkap dengan perhiasan yang sempurna dan indah dipandang. Kelengkapan perhiasan yang dipakai bersama merangkumi petam, gendik, pontoh, dokoh, rantai, pending, gelang tangan, gelang kaki atau kerongsang. Rajah 4.1 Masyarakat Melayu terkenal dengan keindahan pakaian Tradisinya


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 90 PENGARUH PAKAIAN MELAYU Pakaian Melayu berakar umbi dari kepulauan nusantara Melayu seperti Sulawesi, Jawa, Sumatera dan selatan Siam. Ini dapat dilihat pada baju Melayu dan baju kurung Johor yang mempunyai unsur Bugis yang ketara iaitu pada kain sampingnya yang menggunakkan kain tenunan dan songket yang sama coraknya seperti kain songket yang terdapat di Sulawesi. Rajah 9.2. menunjukkan pakaian lelaki dan wanita Melayu yang mempunyai pengaruh Sulawesi. Baju kurung Kedah yang mempunyai leher berbentuk ‘V’ menampilkan unsur pakaian wanita selatan Siam yang juga menggunakan rekabentuk leher yang sama. Baju Kebaya pendek pula turut dikenali sebagai ‘Baju Bandung’ yang menunjukkan asal usul baju tersebut daripada daerah Bandung di Pulau Jawa. Rajah 4.2 Masyarakat Melayu Wanita di dalam persalinan Baju Kurung dan Kebaya


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 91 BAJU KURUNG Baju kurung mendapat namanya daripada perkataan ‘kurung’ yang bermaksud ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Istilah ‘kurung’ juga diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Rekabentuk baju kurung yang dipakai di Semenanjung Tanah Melayu adalah berbeza mengikut negeri, iaitu baju kurung Johor, baju kurung Pahang dan baju kurung Kedah. Baju Kurung Johor Baju kurung Johor juga terkenal dengan nama baju kurung Teluk Belanga, yang diperkenalkan oleh almarhum Sultan Abu Bakar semasa baginda bersemayam di Teluk Belanga, Singapura. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian. Rekabentuk leher bulat pada bajunya yang berjahit kemas dengan teknik dan hiasan sulam ‘tulang belut’, berkancing satu dan berkocek (satu bagi wanita, dua bagi lelaki). Rajah 4.3 Baju Kurung Traditional Wanita Melayu Rajah 4.4 Baju Kurung Johor


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 92 Baju Kurung Pahang Baju kurung Pahang juga dikenali sebagai ‘Baju Riau Pahang’ yang mempunyai pengaruh daripada pakaian Kerajaan Melayu Johor-Riau. Rekabentuk leher bajunya yang ‘mencekak’ leher wanita tersebut. Ini dikenali sebagai leher ‘cekak musang’. Ciri khas bajunya yang berbutang hingga ke paras perut dan mengembang daripada paras pinggang hingga ke lutut. Seperti baju kurung Johor, baju kurung Pahang juga dipakai dengan sepasang kain yang berwarna dan corak yang sedondon dengan bajunya. Baju Kurung Kedah Baju kurung Kedah berasal dari Utara Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri Kedah di mana baju ini digunakan sebagai pakaian harian dalam melakukan kerja rumah, beramah mesra dengan jiran tetangga ataupun ketika membeli lauk pauk di pasar. Rekabentuk potongan baju kurung Kedah adalah singkat berbanding baju kurung Johor dan Pahang. Bahagian lehernya mempunyai persamaan dengan baju kurung Teluk Belanga. Potongan baju kurung Kedah berpotongan tegak. Ianya tidak mempunyai pesak dan kekek yang terdapat pada baju kurung Johor dan Pahang. Kebiasaannya baju kurung Kedah dipadankan dengan sepasang kain batik, pelikat atau songket. Rajah 4.5 Baju Kurung Pahang Rajah 4.6 Baju Kurung Kedah


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 93 Baju Melayu Persalinan pakaian yang dikenakan oleh lelaki Melayu dikenali sebagai baju Melayu. Baju Melayu yang dipakai pada hari ini berakar umbi daripada Kerajaan Melayu Melaka, yang terdiri daripada lima persalinan, iaitu baju, seluar, kain samping, ikat pinggang dan destar. Terdapat dua rekabentuk baju Melayu yang digunakan pada hari ini, iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga. Dapatkah anda lihat persamaan pada bahagian kiri dan kanan badan baju Melayu Teluk Belanga yang dipakai oleh lelaki dengan baju kurung Teluk Belanga yang dipakai oleh wanita. Keduaduanya mempunyai bahagian kiri dan kanan badan baju dengan rekabentuk rusuk tangan bersambung dengan kekek dan berpesak kembang ke bahagian bawah badan baju. Perbezaan potongan baju Baju Melayu Cekak yang lebih pendek, iaitu hanya hingga ke paras atas lutut berbanding Baju Kurung yang lebih panjang potongannya. Perbezaan Baju Melayu Cekak Musang dan Banju Melayu Teluk Belanga hanyalah pada rekabentuk leher baju masing-masing, di mana Baju Melayu Cekak Musang mempunyai rekabentuk leher yang bercekak berdiri melingkari leher dan berkancing tiga atau lima sementara baju Melayu Teluk Belanga mempunyai rekabentuk leher bulat yang berjahit kemas dengan teknik dan hiasan sulam ‘tulang belut’ dan berkancing satu. Rajah 4.7 Baju Melayu Traditional kaum lelaki lengkap dengan sampng, tengkolok dan bengkung Rajah 4.8 Baju Melayu Cekak Musang dan Kain samping Dagang Luar


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 94 Gaya pemakaian baju Melayu terbahagi kepada dua. Baju Melayu boleh dipakai dengan gaya Dagang Luar iaitu gaya ini menampilkan pemakaian samping di luar baju Melayu. Selain daripada itu, Baju Melayu juga dipakai dengan gaya Dagang Dalam. Gaya ini pula menampilkan pemakaian samping di dalam baju Melayu. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlismajlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlismajlis rasmi. Rajah 4.9 Baju Melayu Teluk Belanga dan Kain samping Dagang Dalam


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 95 Baju Kebaya Perkataan Kebaya dipercayai berasal dari perkataan Arab iaitu ‘hayaba’. ‘Hayaba’ bermaksud tunik panjang yang mempunyai belahan di bahagian hadapan. Kebaya banyak dipakai oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Pakaian ini juga dipakai oleh golongan Cina di Melaka dan Pulau Pinang yang mempunyai darah kacukan. Baju Kebaya Labuh Baju Kebaya Labuh dikenali juga sebagai ‘Baju Labuh’. Kebiasaannya ia panjang hingga ke paras lutut. Di Perak dan Kedah, Kebaya labuh dibuat dengan mempunyai kekek dan pesak dan mempunyai potongan tangan yang lurus. Ini berbeza dengan di Pulau Pinang dan Melaka di mana tangannya di potong serong agar kecil di bahagian bawah. Kebaya dibuat berpotongan longgar tidak seperti sekarang yang kebanyakkannya dibuat mengikut potongan badan. Padanan bagi baju Kebaya labuh ini ialah kain batik yang dilipat di bahagian hadapannya. Rajah 4.10 Baju Kebaya Traditional Rajah 4.11 Baju Kebaya Labuh


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 96 Baju Kebaya Pendek Baju Kebaya pendek pula kadangkala dikenali sebagai ‘Kebaya Bandung. Baju Kebaya pendek ini dipakai bersamasama dengan kain batik dengan ‘kepala’ batik diletakkan di bahagian hadapan. Baju ini kebanyakkannya di pakai oleh Cina–peranakan di Melaka. Ianya diubah suai dimana bahagian bawah tangannya dihiasi dengan sulaman. Rajah 4.12 Baju Kebaya Pendek


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 97 PAKAIAN CINA Penghijrahan orang-orang Cina dari Tanah Besar Negara China ke Malaysia bermula daripada penjajah Inggeris yang membawa orang-orang Cina masuk ke Tanah Melayu pada abad ke 19 bagi tujuan melombong bijih timah. Kaum Cina turut membawa masuk budaya dan cara hidup mereka dari negara China dan diamalkan di Tanah Melayu. Masyarakat Cina terus berkembang dan muncul sebagai kaum yang kedua terbesar di Malaysia. Hari ini, budaya serta pakaian tradisi Cina merupakan sebahagian daripada budaya berbilang kaum Malaysia yang menjadi salah satu daripada tarikan kepada pelancong asing ke negara kita. Pakaian tradisional Cina yang utama dikenali sebagai Cheong Sam (pakaian wanita) dan Sam Fu (pakaian lelaki). Cheong Sam seterusnya muncul sebagai pakaian Cina yang popular dan menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia. Cheong Sam bukan sahaja digayakan oleh kaum Cina, malah digemari oleh kaum-kaum lain terutamanya orang-orang Melayu yang turut menggunakan elemen Cheong Sam pada sesetengah Baju Kurung Moden yang ada dalam pasaran tempatan. Rajah 4.13 Pakaian Tradisi Masyarakat Cina


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 98 CHEONG SAM Perkataan Cheong Sam berasal daripada bahasa Cantonese yang bermaksud ‘gaun panjang’. Nama-nama lain bagi Cheong Sam termasuklah ‘Qipao’ dalam bahasa Mandarin dan digelar ‘Shanghai dress’ oleh orang-orang Inggeris. Cheong Sam dikatakan berasal daripada jubah labuh lelaki Cina dan terus berkembang menjadi pakaian tradisional wanita Cina di seluruh dunia. Cheong Sam digemari dan digayakan oleh wanita-wanita Cina di Malaysia kerana reka bentuk pakaian ini yang unik dan menarik serta dapat menyerlahkan kecantikan tubuh badan pemakainya. Ciri utama Cheong Sam ialah bahagian atasnya yang berkolar Mandarin dan berbutang serong di rusuk sebelah kiri. Bahagian bawahnya pula mempunyai belahan pada sebelah kiri dan kanan sehingga ke paras peha. Terdapat juga Cheong Sam yang dijadikan baju pendek dan digayakan dengan sepasang seluar berpotongan lurus yang dikenali dengan nama seluar ‘potong Cina’. Selain daripada kolar Mandarin, elemen Cina dapat dilihat pada ‘ganchu’ atau butang Cina yang digunakan sebagai butang Cheong Sam. Cheong Sam boleh diperbuat daripada pelbagai fabrik termasuk fabrik kapas, satin, sutera, broked dan sebagainya. Namun begitu, fabrik sutera dan broked menjadi pilihan serta popular dalam pembuatan Cheong Sam yang mewah dan ekslusif sebagai satu persalinan pada majlis perkahwinan atau pada majlis-majlis rasmi dan keraian. Cheong Sam berwarna merah pula adalah popular dikalangan wanita-wanita Cina kerana kepercayaan masyarakat Cina bahawa warna merah akan membawa tuah kepada pemakainya. Rajah 4.14 Cheongsam Pakaian Tradisi Wanita Kaum Cina


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 99 SAM FU Pakaian tradisional lelaki Cina pula dikenali sebagai sam fu. Sam fu dilengkapi oleh dua komponen pakaian iaitu baju dan seluar. Baju sam fu adalah berlengan panjang, berkolar Mandarin dan berbutang Cina (‘ganchu’) selari pada pertengahan hadapan baju. Seluar Sam fu adalah jenis seluar potong Cina yang lebar dan berpotongan lurus. Secara tradisionalnya, seluar potong Cina diikat dengan tali pada bahagian pinggangnya berbanding stail seluar potong Cina kini menggunakan getah pada bahagian pinggangnya. Sam fu kebiasaannya diperbuat daripada fabrik kapas atau linen bagi tujuan pakaian harian dan menggunakan fabrik satin atau sutera bagi tujuan majlis formal dan perayaan. Identiti Cina iaitu kolar Mandarin dan butang Cina (‘ganchu’) . Rajah 4.15 Samfu Pakaian Tradisi Lelaki Kaum Cina


Click to View FlipBook Version