The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2023-02-23 04:50:41

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 250 4.2 SEMI FORMAL Pakaian semi-formal telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluhtahun dahulu. Pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja. Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat,ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih professional


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 251 4.2 CASUAL Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai.Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawatkawan dan bersiar-siar.Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 252 4.3 EVENING Gaun malam atau baju malam adalah gaun panjang yang dipakai wanita untuk menghadiri majlis atau acara rasmi pada malam hari. Busana ini dibuat daripada jenis fabric seperti sifon, baldu, satin, atau sutra. Dalam aturan berpakaian dasi hitam (black tie) di kebudayaan Barat, wanita diharapkan datang mengenakan gaun koktail atau gaun malam sementara lelaki mengenakan tuksedo. Panjang gaun bergantung kepada berapa formal majlis yang dilaksanakan. Dalam aturan berpakaian black tie, labuh gaun sehingga betis atau sehingga mencecah buku lali. Dalam aturan berpakaian dasi putih (white tie), panjang gaun sehingga mencecah lantai.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 253 4.4 CLASSIC Klasik menggambarkan gaya yang sempurna. Klasik lebih suka terlihat abadi, indah, tetapi sederhana, pemotongan pakaian yang rapi, bahan yang berkualiti tinggi , seperti kasut kulit dan beg tangan . Pengaruh tradisi dan budaya sangat penting bagi fashion klasik. Fashion klasik banyak menggunakan warna- warna yang senada .


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 254 4.5TRENDY Trendy bermaksud fesyen yang dipilih, digemari, diterima dan digunakan oleh pengikut gaya fesyen mengikut gaya fesyen semasa. Ngikut fesyen akan memastikan mereka sentisa mengikutiperkembangan semasa fesyen dan sentiasa berpakaian mengikuti trend fesyen semasa.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 255 4.6 STREET WEAR Street wear adalah merupakan gaya jalanan yang diinspirasikan daripada budaya skate. Ia berkembang merangkumi unsur gaya fesyen hip hop, fesyen jalanan Jepun (Harajuku) dan gaya fesyen Couture moden. Street wear digayakan oleh pengikut fesyen bagi melambangkan keperibadian si pemakai.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 256 4.7RESORT WEAR Koleksi resort dirujuk sebagai pengembaraan atau pengembaraan perjalanan (koleksi croisière, dalam bahasa Perancis. Ia adalah koleksi hanya kepada pelanggan yang sangat mewah yang dijangka menghabiskan minggu perayaan Krismas / Tahun Baru di iklim cuaca panas. Pakaian Resort umumnya diperbuat daripada fabrik kapas, sutera, denim, microfiber yang mudah dikemas, ringan dan menyerap peluh. Topi yang besar, cermin mata hitam, dan kasut terbuka merupakan aksesori pelengkap kepada gaya resort.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 257 4.8 SPORTS Gaya Sports digunakan bagi melakuka aktiviti lasak seperti bersukan. Gaya sport kebiasaannya berpotongan loggar atau mengikut bentuk badan bergantung kepada acara atau aktiviti sukan yang akan dilaksanakan. Kebiasaannya sports wear menggunakan fabric yang menyerap peluh dan mampu memberi keselesaan kepada pemakai seperti fabric kapas, polyester.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 258 4.9ARTY Arty dikenali sebagai gaya berpakaian dengan kreativiti bebas. Pengikut fesyen ini biasanya kan menggunakan medium Art sebagai inspirasi kepada gaya pemakaian mereka. Kebiasaannya mereka adalah pencipta kepada gaya fesyen mereka sendiri


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 259 4.10 PREEPY Preppy (juga dieja preppie) atau prep (semua singkatan persediaan perkataan) merujuk kepada subkultur di Amerika Syarikat yang berkaitan dengan sekolah persediaan . Gaya pemakaian yang digunakan untuk menunjukkan seseorang dilihat sebagai ciri pelajar atau alumni sekolah-sekolah ini.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 260 4.11 BOHEMIAN Bohemian merupakan gaya seni yang menggunakan corak mewah dan liar. Gaya bohemian diinspirasikan daripada gaya hippie.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 261 4.12 GOTHIC Fesyen Gothic diilhamkan daripada upacara berkabung semasa zaman Victoria Fesyen Gothic adalah gaya pakaian yang dikenali dengan ciri-ciri gelap, misteri, kuno dan homogen yang jelas. Ia dipakai oleh ahli-ahli subkultur Goth. gaya pakaian, fesyen tipikal gothik termasuk kulit pucat dengan rambut berwarna hitam, bibir hitam dan pakaian hitam.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 262 4.13 GRUNGE Fesyen Grunge menjadi symbol fesyen pada awal tahun 1990an. Gaya Grunge ini hampir mirip seperti gaya Punk. Fesyen Grunge ditampilkan dengan mengenakan pakaian berlapis- lapis bersama kemeja fabrik flannels bercorak kotak-kotak lebardan berseluar jeans.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 263 4.14 FLAMBOYANT Pakaian Flamboyan adalah fesyen lelaki dan perempuan yang tidak takut memakai apa yang mereka suka dan melukis rupa dan gaya mereka sendiri. Flamboyan "dikaitkan dengan" dramatic. Ciri utama gaya fesyen ini ialah tidak simetri, berlebihan, terikat, dan pelbagai warna.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 264 4.15 PUNK Fesyen punk dilhamkan pada tahun 1970an . Fesyen ini bermula dengan kemunculan band beraliran Punk bernama Sex Pistols. Fesyen Punk diterjemahkan dengan rambut spike tajam, baju hitam dengan aksesori metal tajam dan make-up yang menarik


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 265 4.16 ROCKER Fesyen Rock adalah merupakan satu gaya fesyen yang flexible yang sentiasa berubah mengikut genre muzik. Stail pakaian ini kebanyakkannya bersaiz kecil dan mengikut bentuk badan seperti skinny jeans dan juga jaket kulit. Fabrik yang biasa digunakan ialah fabrik kulit dan jeans. Gaya Rocks juga disertai bersama aksesori seperti rantai dan juga anting- anting serta berkasut sneakers.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 266 4.17 TRADITIONAL Pakaian tradisional dan kebudayaan masyarakat sosial yang dimaksudkan di sini adalah pakaian yang dapat melambangkan perbezaaan antara kaum yang melibatkan masyarakat secara amnya


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 267 4.18 UNIFORM Polis, tentera dan jururawat adalah antara pekerja yang memakai pakaian seragam ketika bertugas. Pakaian seragam dapat mewujudkan dan meningkatkan imej kumpulan serta memupuk semangat kekitaan di kalangan ahli kumpulan. Fabrik pakaian seragam perlu tahan lasak, selesa dan mudah dikendalikan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 268 4.19 VINTAGE Vintage adalah istilah generik untuk pakaian yang berasal dari era sebelumnya. Secara umumnya, pakaian yang dihasilkan sebelum tahun 1920-an dirujuk sebagai pakaian antik dan pakaian dari tahun 1920-an hingga 20 tahun sebelum hari ini dianggap vintage . Pakaian vintage biasanya dijual pada harga yang rendah bagi jenama bernama tinggi. Ia telah menjadi sebahagian daripada aktiviti sejak Perang Dunia I sebagai idea untuk menggunakan semula pakaian kerana kekurangan tekstil.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 269 4.20 WEDDING / BRIDAL Pakaian perkahwinan atau gaun pengantin adalah pakaian yang dipakai oleh pengantin perempuan semasa majlis perkahwinan. Warna, gaya dan upacara penting gaun itu boleh bergantung kepada agama dan budaya peserta perkahwinan.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 270 4.21 FUTURISTIC Futuristik bermaksud fabrik, reka bentuk, warna yang mencerminkan keberanian, pergerakan dan kelajuan. Gaya Futuristik mencabar para pereka untuk mengembangkan gaya dan menyatakan idea dan sensasi dunia moden untuk kelihatan sangat moden dan kelihatan seperti satu gaya yang datang daripada masa hadapan .


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 271 4.22 AVANT GARDE Avant-garde (diucapkan a'vant-garde) adalah pergerakan intelektual, seni dan budaya yang dicirikan oleh pendekatan eksperimen, radikal dan tidak sengaja. avant-garde adalah keupayaannya untuk melangkau sempadan konvensyen melalui percubaan dan mencadangkan cara yang berbeza untuk melakukan perkara, sama ada dalam seni, tarian, fesyen, atau mana-mana seni kreatif. Istilah 'avant-garde' biasanya digunakan untuk menggambarkan pergerakan inovatif atau orang-orang yang mencipta mereka, yang dianggap mendahului masa.


BAB 10 TUGAS DAN PERANAN PEREKA FESYEN Kemahiran Teknikal Kemahiran Kreatif Kemahiran Perniagaan Kemahiran Pengurusan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN TUGAS DAN PERANAN PEREKA FESYEN 273 10 TUGAS DAN PERANAN PEREKA FESYEN Dalam menjadi seorang pereka yang berkaliber, bakat perlulah diasah, dibimbing dan digilap serta menjalani pelbagai proses samada melalui pendidikan formal atau bersandarkan pengalaman dalam industry. Seorang pereka fesyen ,perlulah mempunyai kefahaman menyeluruh terhadap proses- proses yang berkaitan dengan industri. Mereka perlu mengetahui apa yang mahu direka selain bagaimana untuk mempersembahkan dan menyiapkan koleksi tersebut di dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan. Seorang pereka fesyen perlu sentiasa membuat penyelidikan bagi mendapatkan inspirasi dalam membina tema sealiran dengan trend terkini. Ia merangkumi kekuatan dan kehebatan penyelidikan , strategi perancangan , eksperimentasi, inspirasi, kecekapan dan kebolehan untuk menafsirkan trend yang bakal menjadi ikutan berdasarkan perubahan demografi,tingkah laku, dan gaya hidup manusia. Analisis inilah yang akan memberi gambaran ataupun ramalan terhadap jenis rekaan pakaian dan aksesori yang mungkin diperlukan oleh pengguna pada masa akan datang. Untuk menjadi seorang pereka yang versatile, anda tidak perlu gentar untuk berekperimentasi di dalam menghasilkan rekaan. Pereka juga perlu sentiasa membuat revolusi diri menambah ilmu dan sentiasa sealiran dengan masa demi kepentingan industry fesyen yang menjadi antara penyumbang utama sebahagian ekonomi negara.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN TUGAS DAN PERANAN PEREKA FESYEN 274 Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Oleh Seorang Pereka Fesyen Dalam menjadi seorang pereka fesyen yang berkaliber, anda perlu mengetahui pelbagai aspek berkaitan jahitan dan perkembangan semasa industri fesyen negara. Di samping itu anda juga mesti mempunyai kemahiran tangan di dalam pelbagai aspek jahitan dan fesyen. Kemahiran tangan di dalam pelbagai aspek melibatkan kemahiran mengukur , memotong, dan menjahit pelbagai jenis bentuk pakaian. Manakala kemahiran tangan berkaitan fesyen pula melibatkan kemahiran merekacipta fesyen pakaian mengikut perubahan pasaran serta menampilkan rekaan moden dengan jalinan ciri – ciri tempatan bagi memenuhi kehendak pasaran pada masa kini. Perkara ini penting bagi meyakinkan pelanggan berkaitan krediabiliti pereka sebagai penasihat tatagaya seseorang individu. Terdapat empat elemen kemahiran yang seharusnya perlu dikuasai oleh seseorang Pereka Fesyen: 1. Kemahiran Teknikal 2. Kemahiran Kreatif 3. Kemahiran Perniagaan 4. Kemahiran Pengurusan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN TUGAS DAN PERANAN PEREKA FESYEN 275 KEMAHIRAN TEKNIKAL Pola Pakaian, Drapping Pembuatan Pakaian CAD - Photoshop, Illustrator, In Design, untuk Rekaan Fesyen, Lukisan Teknikal dan Susun Atur Fabrik Menjahit Mengait ( Tangan, Mesin), Sulaman (Tangan, Mesin) , Sulaman Tampal Tekstil, Cetakan, Tenunan, "Felting" CAD ( pola Pakaian,- Gerber Lectra) Grading Rajah 10.1 Kemahiran Teknikal yang perlu dikuasai oleh setiap Pereka Fesyen bagi memastikan kelancaran proses Rekaan Pakaian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN TUGAS DAN PERANAN PEREKA FESYEN 276 KEMAHIRAN KREATIF Penyelidikan (Pasaran dan Trend Semasa) Pemikiran Analitikal, Konseptual dan Penyelidik Rekaan yang Kreatif dan inovatif Lakaran Fesyen " Fashion Sketches" Illustrasi Lukisan Teknikal CAD - Photoshop, Illustration, In Design Fotografi Pembangunan Produk Rajah 10.2 Kemahiran Kreatif perlu dikuasai oleh Seorang Pereka Fesyen bagi memastikan kualiti dan keaslian produk yang dihasilkan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN TUGAS DAN PERANAN PEREKA FESYEN 277 KEMAHIRAN PERNIAGAAN Kemahiran Keusahawanan untuk Merebut Peluang Kemahiran Pemasaran dan Penjenamaan Kemahiran Rundigan Jualan Kemahiran Meluaskan Rangkaian Perniagaan Rajah 10.3 Kemahiran Perniagaan bagi memastikan kelancaran perniagaan yang dijalankan oleh Pereka


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN TUGAS DAN PERANAN PEREKA FESYEN 278 KEMAHIRAN PENGURUSAN Pemasaran Pengurusan Projek Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan Kepimpinan dan Berkerja di dalam Kumpulan Kemahiran Komunikasi dan mendengar Kemahiran Koordinasi dan Organisasi Rajah 10.4 Kemahiran Pengurusan perlu dikuasai bagi melancarkan pengurusan perniagaan.


BAB 11 PROSES REKAAN FESYEN Rundingan rekaan Penyelidikan Perkembangan Idea Rekaan Menghasilkan Prototype / Sample Menghasilkan Produk Akhir Promosi Pemasaran dan Penjenamaan Pengeuaran Produk


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 280 11 PROSES REKAAN FESYEN Proses Rekaan Pakaian terbahagi kepada beberapa aktiviti yang saling berkaitan . Setiap aktiviti dilakukan adalah bertujuan bagi menghasilkan keputusan yang tertentu atau di sampaikan maksudnya di dalam proses aktiviti yang dilaksanakan. Proses reka bentuk fesyen dilakukan bermula dengan mengadakan rundingan bersama pelanggan bagi menentukan matlamat dan objektif reka bentuk pakaian, produk fesyen atau koleksi.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 281 LANGKAH 1 Rundingan Rekaan Pakaian LANGKAH 2 Penyelidikan LANGKAH 3 Perkembangan Idea Rekaan LANGKAH 4 Menghasilkan Prototype , Sample LANGKAH 5 Menghasilkan Produk Akhir LANGKAH 6 Promosi, Pemasaran Dan Penjenamaan LANGKAH 7 Pengeluaran Produk Jadual 11.1 Proses Rekaan Fesyen


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 282 Rundingan Rekaan atau ‘Design Breiff’ adalah merupakan dokumen untuk reka bentuk yang dibangunkan oleh seseorang atau pasukan ('pereka' atau 'pasukan reka bentuk') yang berunding dengan 'klien'. Mereka menggariskan hasil dan skop projek termasuk semua produk atau kerja (fungsi dan estetika), masa dan anggaran. Mereka boleh digunakan untuk banyak projek termasuk dalam bidang seni bina, reka bentuk dalaman dan reka bentuk perindustrian. Ia juga digunakan untuk menilai keberkesanan reka bentuk selepas ia dihasilkan dan semasa proses penciptaan untuk memastikan projek itu berada di landasan dan anggaran. Rundingan ini juga merupakan langkah ke arah kebertanggungjawaban yang lebih besar dalam proses reka bentuk dan oleh itu ramai orang mendapati mereka paling berguna. Mereka biasanya berubah dari masa ke masa dan diselaraskan apabila skop projek berkembang. Selalunya 'ditandatangani' oleh pelanggan dan pereka pada tahap yang ditetapkan LANGKAH 1 : RUNDINGAN REKAAN Menganalisis dan mengenalpasti kehendak pelanggan/ organisasi dari segi rekaan pakaian, objektif Membincangkan jenis rekaan yang akan dihasilkan – aktiviti akademik, pertandingan, acara-acara tertentu Tarikh pakaian perlu disiapkan Nama, Tema, Program Organisasi/ Pelanggan Memberi Cadangan kepada penyelesaian masalah Kenalpasti Kumpulan sasaran, pelanggan dan demographic Kenalpasti siapa yang akan bertanggungjawab ke atas projek yang akan dilaksanakan. Mengenalpasti jenis pasaran, harga pasaran, Rajah 11.1 Rundingan Rekaan amat penting di dalam sesebuah projek bagi memastikan ianya mencapai objektif


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 283 Rajah Rajah 11.2 Contoh Borang Rundingan bersama pelanggan Rajah 11.3 Pemilihan Tema yang bersesuaian akan dapat menghasilkan rekaan yang baik


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 284 Rajah 11.4 Contoh kajian kumpulan sasaran dan juga warna yang bersesuaian dengan koleksi pakaian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 285 Rajah 11.5 Mood board digunakan bagi menerangkan secara keseluruhan inspirasi dan koleksi pakaian yang akan dihasilkan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 286 Rajah 11.6 Jadual perancangan tugasan yang perlu dilakukan oleh seorang pereka agar tugasan yang dilakukan selari dengan perancangan tarikh yang ditetapkan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 287 Penyelidikan adalah asas untuk menghasilkan produk, perkhidmatan, dan sistem yang melengkapkan keperluan manusia. Dalam sektor pembangunan awam dan antarabangsa, pemahaman dan memenuhi keperluan manusia adalah penting untuk kehidupan yang lebih baik dan tadbir urus yang lebih baik. Setiap koleksi fesyen bermula dengan penyelidikan. Tetapi bagaimana anda bermula? Berapa banyak yang perlu anda lakukan? Bagaimana anda menggunakan penyelidikan itu? Penyelidikan Reka Bentuk Fesyen direka untuk menjawab soalan-soalan ini dan mendedahkan proses untuk pelajar. Semua bentuk dan projek reka bentuk bermula dengan keperluan penyelidikan melalui penaksiran dan pengumpulan maklumat berkaitan. Reka bentuk koleksi tidak hanya tentang meneliti trend dan gaya fesyen terkini, dan melukis pakaian yang bergaya, ia merangkumi konteks yang lebih luas yang melibatkan idea penyumberan dari semua bidang seni dan reka bentuk, arkitek, musik, budaya, isu sosial dan politik, bahkan alam semula jadi dan juga gaya hidup. Hasil daripada sumber penyelidikan ini digunakan sebagai sumber inspirasi untuk kreativiti dan inovasi dan membentuk konsep atau tema koleksi baru. LANGKAH 2: PENYELIDIKAN Mengenalpasti Trend, Rekaan, dan Pasaran Mengumpul data subjek Inspirasi – Pemerhatian, analisis, Mengumpul data Pemasaran. Membuat Kajian - sejarah, budaya, lawatan ke galeri, muzium, tapak pameran, Membuat analisis trend Membuat kajian warna, fabric, material, corak, cetakan, perincian hiasan. Membuat kajian silhouette, stail, kategori pakaian membuat analisis pemasaran - demografik pelanggan , pekerjaan , jenis pakaian,


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 288 Rajah 11.7 Kajian penyelidikan penting bagi menghasilkan koleksi pakaian yang bermutu dan mempunyai keaslian tersendiri


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 289 Rajah 11.8 Penyelidikan yang baik mempunyai banyak data dan juga ekperimentasi bagi menghasilkan koleksi pakaian yang mempunyai impak yang besar


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 290 Rajah 11.9 Segala data dan maklumat yang diperolehi perlulah dimasukkan ke dalam buku kajian agar mudah untuk dibuat rujukan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 291 LANGKAH 3 : PERKEMBANGAN IDEA Konsep rekaan kepada Persembahan 2D Element rekaan – Silhouette, bentuk, ruang, warna, garisan, tekstur, stail, material dan fabric Prinsip rekaan – perkadaran, keseimbangan, perpaduan, irama, penumpuan, kesatuan, perkembangan idea – figura fesyen, buku lakaran konsep, tema, fabric, warna, sample Bod Persembahan ( mood board, Story Board ) Lakaran Fesyen – Illustrasi fesyen, Lukisan Teknikal Rekaan digital- Photoshop, Illustrator, Corel Draw Perkembangan Idea merupakan satu proses dan ianya kebiasaannya akan mengambil masa yang lama di dalam menghasikan sesuatu karya. Proses perkembangan idea adalah sangat penting di dalam membezkan karya darpada seorang pereka dan juga pencetak rompak. Garapan tentang proses reka bentuk dikemukakan daripada proses memformulasikan idea kepada proses perkembangan idea sehinggalah peringkat persembahan sesebuah reka bentuk. Tujuan kajian adalah bagi mengkaji proses reka bentuk pakaian dengan menggunakan maklumat yang dilihat daripada sumber visual dan mengembangkan konsep – konsep melalui penerokaan unsur reka bentuk dan juga prisip rekaan. Percubaan rekaan adalah berdasarkan rangsangan yang dilakukan oleh seorang pereka. Proses ini adalah penting bagi meneruskan keseluruhan pembangunan idea bermula daripada proses kajian dan seterusnya kepada proses reka bentuk dimana seorang pereka akan memperlihatkan unsur- unsur visual daripada imej sumber inspirasi iaitu dengan memindahkan rekabentuk berkaitan elemen pakaian, meneroka variasi bentuk serta menerapkan prinsip reka bentuk dan akhirnya mengembangkan konsep. Konsep konsep inilah yang akan menjadi asas bagi perkembangan idea-idea reka bentuk yang lebih kompleks.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 292 Rajah 11.10 Perkembangan idea rekaan dengan menggunakan teknik kolaj


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 293 Rajah 11.11 Pelbagai contoh teknik perkembangan idea rekaan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 294 Rajah 11.12 Antara koleksi pakaian yang dapat dihasilkan melalui proses perkembangan idea


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 295 LANGKAH 4 : PENGHASILAN PROTOTYPE, SAMPLE , Menghasilkan Prototype dan Sample Pakaian Merealisasikan rekaan pakaian di dalam bentuk 3D Penggunaan peralatan dan Mesin Mendraf Pola Pakaian mengikut saiz ‘ standard ’( Master Pattern, Working Pattern) Membuat drapping pada patung Pembinaan ‘toile’, contoh kemasan yang akan digunakan Mengacu dan pemadanan sample pakaian Membuat Pra- Pengiraaan Kos Menggunting fabrik, Menanda, Menjahit, Kemasan Akhir Prototaip atau sample adalah bertujuan bagi mencuba Sesutu rekabentuk produk yang baru. Secara umum ianya berfungsi sebagai ujian produk, kelengkapan, pemeriksaan kualiti, sample jualan dan sebagainya . Prototaip adalah merupakan contoh pertama bagi sesebuah produk. Reka bentuknya boleh berubah dari masa ke semasa kerana rekabentuk produk akhir anda sedang berkembang. Ianya membenarkan seorang pereka untuk memikirkan bagaimana seharusnya produk akhirnya akan terjadi atau terhasil melalui ekperimen atau ujian yang akan dilaksanakan. Mudah untuk dikatakan ptototaip adalah merupakan sebagai penanda aras yang berubah dan berubah mengikut perubahan berdasarkan pembolehubah bagi sesebuah rekaan yang bakal dihasilkan. Antara lain, prototaip adalah bukti: 1. Perkataan tafsiran terakhir mengenai butiran reka bentuk dan pelaksanaan, 2. Bukti peruntukan kain dan 3. Dan mungkin yang paling penting semua-bukti untuk tujuan kos. Untuk berjaya mencipta prototaip hebat, ikuti 5 langkah berikut: 1. Tentukan saiz sampel anda. Tanyakan kepada diri sendiri apa saiz sampel yang akan digunakan.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 296 2.Memahami pengukuran badan ukuran sampel anda. Ia penting untuk memahami bahawa tidak semua saiz pakaian sesuai dengan cara yang sama 3. Buat lukisan teknikal Lukisan teknikal yang baik mempunyai garis yang mudah, tanpa teduhan atau bayangan dan juga warna. Ianya boleh dilakukan dengan tangan atau boleh menggunakan adobe Illustrator. Adalah sangat penting untuk mempunyai garis siluet yang jelas dan kemudiannya anda boleh menambah garisan di mana tempat yang terdapat jahitan iaitu mewakili semua jahitan dengan garis putus-putus, zig zag atau lain- lain bentuk jahitan yang tertentu. 4. Beri spesifikasi awal. Spesifikasi adalah ukuran pakaian yang dibentangkan dalam carta yang mudah dibaca. Contohnya seperti ukuran, , jenis trim atau perhiasan yang akan digunakan 5. Susun semua peralatan dan bahan anda Untuk mengelakkan kesilapan, adalah penting untuk menyediakan bilik sampel anda dengan semua bekalan yang diperlukan untuk pakaian anda dengan cara yang teratur dan mudah diikuti.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 297 Rajah 11.13 Penghasilan Prototype menggunakan teknik Pola asas Rajah 11.14 Di dalam proses penghasilan prototype perlu dilaksanakan pelbagai eksperimen bagi mendapatkan hasil dan teknik yang baru serta bersesuaian dengan subjek inspirasi


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 298 Rajah 11.15 Penghasilan prototype dengan menggunakan teknik drapping


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN PROSES REKAAN FESYEN 299 Rajah 11.16 Antara koleksi prototype yang telah dihasilkan dengan menggunakan teknik drapping


Click to View FlipBook Version