The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2023-02-23 04:50:41

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 200


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 201


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 202 JAKET


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 203


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 204


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 205


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 206


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 207


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 208 VEST


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 209 COAT


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 210


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 211


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 212


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 213


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 214


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 215


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 216


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 217


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 218 KOCEK


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 219


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 220


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 221 CUFF


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 222


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 223


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 224 KANCING


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 225


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 226 PLEAT DAN ROPOL


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 227


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN DIREKTORI BENTUK PAKAIAN 228 JAHITAN ASAS


BAB 8 FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN Fungsi asas pakaian Faktor mempengaruhi rupa bentuk pakaian Faktor mempengaruhi pemilihan pakaian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 230 8 FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN Sejak permulaan tamadun manusia, terdapat usaha yang berterusan di dalam menjadikan fesyen pakaian menjadi lebih baik dari zaman ke zaman. Gaya yang berbeza di dalam fesyen sentiasa melalui perubahan yang tidak terhingga dari segi perubahan trend dan gaya fesyen. .Fashion merupakan sebuah bentuk dari ekspresi individualistik. Fashion dan pakaian adalah cara yang digunakan individu untuk membezakan dirinya sendiri sebagai individu dan menyatakan beberapa keunikannya Fashion merupakan fenomena komunikatif dan kultural yang digunakan oleh suatu kelompok untuk mengonstrusikan dan mengomunikasikan identinya, karena Fashion mempunyai cara nonverbal untuk memproduksi serta menukarkan makna dan nilainilai. fashion sebagai aspek komunikatif tidak hanya sebagai sebuah karya seni akan tetapi fashion juga dipergunakan sebagai simbol dan cerminan budaya yang dibawa. .


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 231 Fungsi Asas Pakaian Perlindungan Perhiasan Kesopanan 1. FUNGSI ASAS PAKAIAN 1.1 Perlindungan Tujuan utama manusia mengenakan pakaian adalah untuk mendapat perlindungan kepada diri sendiri dari panas matahari, sejuk dan hujan. Dengan berpakaian manusia akan memperolehi keselesaan melalui fabrik yang digunakan kerana ia berfungsi menyerap haba dan mengalirkan haba ke dalam tubuh. Di negara sejuk pakaian daripada fabrik bulu bebiri dan kulit dapat memerangkap udara dan mengalirkan haba. Manakala di negara yang beriklim panas seperti di padang pasir, pakaian jubah menyejukkan pemakai dan mengelakkan kulit daripada menjadi kering dan kotor.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 232 Terdapat beberapa jenis pekerjaan di mana pekerjanya memakai pakaian khas untuk melindungi diri ketika operasi menyelamat. Sebagai contoh, ahli bomba memakai pakaian kalis api, pasukan polis atau tentera memakai jaket kalis peluru dan polis trafik memakai jaket yang memancarkan pantulan sinar cahaya di tempat gelap. Manakala ahli sukan seperti pemain hoki, penyelam dan pemandu kereta perlumbaan pula memerlukan pakaian khas untuk perlindungan dan mengelakkan kecederaan. Pakaian juga dapat melindungi kita semasa berekreasi. Ketika mengembara di dalam hutan pakaian berlengan panjang akan melindungi kita daripada gigitan serangga.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 233 1.2 Kesopanan Kesopanan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada pakaian yang dipakai untuk menutup bahagian tubuh dan bagi memelihara kesopanan. Nilai kesopanan berbeza mengikut masyarakat. Stail pakaian yang diterima oleh masyarakat barat mungkin dianggap menjolok mata oleh masyarakat timur. Nilai kesopanan juga berbeza mengikut tempat dan situasi. Seluar pendek dan selipar boleh dipakai untuk bersiar atau ke pantai, tetapi dianggap tidak sopan di restoran elit atau majlis makan malam


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 234 1.3 Perhiasan Pakaian juga merupakan satu keutamaan apabila menyambut hari perayaan mahu pun menghadiri majlis tertentu. Kita menghiaskan diri dengan pakaian baru pada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Pakaian yang dikenakan mestilah sesuai agar nampak sopan dan lebih terserlah. Stail pakaian, warna dan jenis fabrik perlu sesuai dengan personaliti, bentuk badan dan gaya hidup kita. Terdapat beberapa cara menghias pakaian seperti menggabungkan warna atau corak fabrik, menjahit sulam, menjahit manik dan labuci


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 235 2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RUPA BENTUK PAKAIAN Terdapat beberapa perbezaan cara manusia berpakaian. Antaranya adalah cara orang timur berpakaiaan dan cara orang barat berpakaian. Ini adalah kerana kebudayaan orang timur yang masih lagi berpegang kuat kepada agama, kepercayaan dan adat resam. Antara faktor lain yang mempengaruhi rupa bentuk pakaian ialah faktor geografi, sosial, politik, ekonomi dan teknologi Faktor Rupa Bentuk Pakaian Geografi Agama dan kepercayaan Sosial Politik Ekonomi


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 236 2.1 Geografi Iklim mempengaruhi rupa bentuk pakaian. Pakaian tebal yang dibuat daripada fabrik bulu bebiri atau kulit, sarung tangan, topi dan mafela dipakai pada musim sejuk. Rupa bentuk pakaian bagi mereka yang tinggal di kawasan pergunungan atau iklim sejuk adalah pakaian tebal untuk melindungi diri dari kesejukan dan angin. Masyarakat padang pasir pula memakai jubah dan hijab untuk mengelakkan daripada debu dan melindungi diri daripada ribut pasir. Manakala pada musim panas bentuk pakaian longgar, nipis dan sederhana tebal dipakai untuk memberi keselesaan. Fabrik yang mudah menyerap lembapan dan mengalir haba dengan baik seperti kapas dan linen sesuai dipakai pada musim panas.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 237 2.2 Agama dan kepercayaan Agama dan kepercayaan juga mempengaruhi cara seseorang berpakaian. Wanita islam menutup aurat untuk menunaikan kewajipannya kepada agama. Begitu juga dengan rahib perempuan dan paderi Kristian memakai putih atau kombinasi hitam dan putih untuk melambangkan kesederhanaan. Sami agama Hindu dan Buddha memakai jubah bewarna kuning. Kaum Cina memakai pakaian berwarna merah pada hari perkahwinan dan menyambut tahun baru kerana mempercayai warna membawa tuah dalam kehidupan harian mereka


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 238 2.3 Sosial Pada masa kini, keadaan telah berubah, pakaian uniseks seperti seluar dan kemeja telah dipakai oleh kedua-dua jantina. Di negara Jepun misalnya, lelaki dan wanita memakai kimono manakala pakaian jubah dipakai oleh lelaki dan wanita Timur Tengah. Sesetengah masyarakat, seperti di Tonga, Fiji dan Scotland kaum lelaki memakai skirt lelilit dan kilt. Secara tidak langsung, status pendidikan juga dapat mempengaruhi cara seseorang berpakaian. Pendidikan tinggi telah menyebabkan seseorang individu mempunyai pengetahuan yang luas dan bersikap lebih terbuka. Seseorang yang menjawat jawatan tinggi bergaya dalam penampilan ketika berpakaian, ini kerana pendapatan lumayan yang diperolehinya dibelanjakan untuk membeli pakaian yang sesuai dan berjenama. Masyarakat Malaysia terdiri daripada beberapa etnik dan setiap etnik mempunyai bentuk pakaian sendiri. Oleh itu ternyata faktor sosial dapat mempengaruhi rupa bentuk pakaian.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 239 2.4 Politik Terdapat pemerintah Negara yang menentukan cara rakyatnya berpakaian. Contohnya semasa pemerintahan Mao Tse Tung, rakyat China memakai pakaian berkolar Mandarin dan berwarna suram


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 240 2.5 Ekonomi Taraf ekonomi seseorang mempengaruhi kuantiti dan kualiti pakaian yang dipakainya. Ekonomi merujuk kepada cara sesuatu masyarakat menghasil, mengagih dan menggunakan harta dan kekayaan. Manusia bekerja supaya dapat menampung kehidupan dan keperluannya. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa pendapatan akan mempengaruhi cara seseorang atau masyarakat berpakaian. Individu yang bekerja perlu mengagih sebahagian pendapatannya untuk membeli pakaian. Mereka yang berpendapatan tinggi boleh membeli lebih banyak pakaian yang eksklusif. Bagi mereka yang berpendapatan rendah pula mereka perlu berjimat dalam berpakaian. Cara mereka berjimat adalah dengan membeli pakaian semasa promosi atau dengan menjahit sendiri pakaian. Terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi keperluan pakaian dalam sesebuah keluarga. Selain daripada pendapatan keluarga, keperluan ini ditentukan oleh faktor seperti pekerjaan, lokasi, struktur keluarga, minat dan gaya hidup ahli keluarga itu. Jika ahli keluarga itu bekerja di pejabat, lebih banyak pakaian pejabat disediakan. Manakala jika seseorang itu bekerja di ladang atau tapak pembinaan, maka pakaian yang diperlukan adalah pakaian yang tahan lasak dan mudah dikendalikan. Ahli keluarga yang masih menuntut memerlukan pakaian ringkas. Ibu muda dengan anak kecil memerlukan pakaian ringkas untuk memudahkannya menjalankan tanggungjawab. Minat dan gaya hidup ahli keluarga akan mempengaruhi bentuk pakaian. Mereka yang suka bersukan akan menyediakan beberapa pakaian sukan atau pakaian yang ringkas. Seluar menjadi kegemaran mereka yang suka berkebun. Keluarga yang suka dengan majlis keagamaan akan menyediakan pakaian yang sesuai untuk majlis keagamaan tersebut. Sekiranya ekonomi negara maju, rakyatnya dapat menikmati taraf kehidupan yang tinggi. Ini dapat dilihat secara tidak langsung dengan jenis pakaian yang dipakai oleh rakyatnya. Lebih banyak fabrik yang berkualiti dan aksesori yang berjenama dijual. Ekonomi lembab boleh menjejaskan taraf kehidupan rakyat. Situasi ini boleh dilihat melalui pakaian yang usang dan pudar.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 241 3. FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PAKAIAN 3.1 Bentuk Badan Tidak ramai daripada kita yang mempunyai bentuk badan yang ideal. Biasanya kita mempunyai masalah bentuk badan seperti terlalu kurus, leher jinjang, punggung besar atau bahu jatuh. Semasa memilih pakaian, kita perlu sesuaikan stail pakaian dengan bentuk badan supaya kita dapat menyembunyikan bahagian badan yang kurang menarik dan menonjolkan bahagian yang menarik. Jika seseorang itu berbadan gempal dan rendah, stail pakaian berkedut lepas patut dielakkan. Bagi orang yang tinggi dan kurus, elakkan stail garis puteri dan pakaian sama sendat. FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN PAKAIAN Bentuk Badan Pekerjaan Gaya Hidup Masa dan Tempat Pendapatan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 242 3.2Pekerjaan Pakaian melambangkan jenis pekerjaan seseorang. Perunding imej dan pakar kecantikan mementingkan imej dan rupa mereka. Pakaian yang kemas dan kelihatan professional seperti sut menjadi pilihan mereka. Pekerjaan seperti pelukis atau jurugambar memerlukan pakaian yang ringkas dan kasual. Pensyarah dan guru memilih pakaian yang sopan semasa menjalankan tugas mereka. Tentera, polis dan ahli bomba memerlukan uniform bagi menunjukkan jabatan yang dianggotainya


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 243 3.3 Gaya hidup Gaya hidup seseorang juga akan mempengaruhi pilihan pakaiannya. Seseorang yang sentiasa sibuk dengan tugas dan urusannya memerlukan pakaian yang mudah dijaga. Mereka yang kerap menghadiri majlis makan rasmi perlu menyediakan pakaian formal. Individu yang suka bersenam akan menyediakan pakaian riadah. Seseorang yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti akan menyediakan pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 244 3.4 Masa dan tempat Kita perlu menyesuaikan pakaian dengan masa dan tempat di mana kita berada. Contohnya : Pakaian ringkas dan kasual iaitu blaus dan seluar sesuai dipakai semasa berkelah atau bersiar-siar. Pakaian yang dihiaskan dengan labuci atau manik pula sesuai dipakai semasa majlis makan malam. Pakaian yang sopan dan tidak terlalu terang warnanya sesuai untuk menghadiri temuduga. Pakaian yang sesuai dengan masa dan tempat dapat mempengaruhi penampilan dan personaliti seseorang agar kelihatan menarik.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN FUNGSI DAN FAKTOR RUPA BENTUK PAKAIAN 245 3.5 Pendapatan dan kemampuan Pendapatan seseorang akan mempengaruhi pilihan pakaiannya. Kualiti serta jumlah pakaian seseorang bergantung kepada kemampuannya untuk berbelanja terhadap pakaian. Begitu juga dengan status kehidupan masyarakat kita yang boleh dibezakan melalui golongan berada, golongan sederhana dan golongan miskin. Semuanya boleh menggambarkan taraf kehidupan mereka melalui pakaian.


BAB 9 KATEGORI STAIL PAKAIAN Formal Semi formal Casual Evening Classic Trendy Street wear Resort Sports Arty Preepy Bohemian Gothic Grunge Flamboyant Punk Rocker Traditional Uniform Vintage Bridal/ wedding Futuristic Avantgarde


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 247 9 KATEGORI STAIL PAKAIAN Fesyen sebenarnya ia merupakan perkara yang sangat subjektif. Fesyen merupakan sesuatu yang tidak dapat diseragamkan kepada satu jenis sahaja. Fesyen itu sendiri terdiri daripada warna, jenis fabrik dan rupa bentuk pakaian yang dipengaruhi oleh peristiwa serta peredaran zaman. Sejak permulaan tamadun manusia, terdapat usaha yang berterusan untuk menjadikan pakaian kelihatan lebih baik. Gaya yang berbeza dalam fesyen sentiasa melalui perubahan yang tidak terhingga dan mengalami evolusi dan menampilkan gaya yang berbeza mengikut zaman dan kemudian menjadi ikutan dalam kelompok masyarakat. Jika ingin bercakap tentang jenis fesyen pula, ia tidak terhad dan sangat luas serta seluruh dunia punya idea fesyen yang tersendiri.Fesyen juga boleh dianggap sebagai lambang personaliti bagi seseorang itu. Justeru itu tidak hairanlah dengan kemunculan pelbagai jenis kategori stail pakaian yang bertujuan bagi menonjolkan identity seseorang individu tersebut.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 248 4.1 FORMAL Pakaian formal ialah pakaian penuh adalah kategori kod pakaian tradisional Barat yang digunakan untuk majlis-majlis yang paling formal atau majlis- majlis rasmi seperti perkahwinan, pengesahan, pengebumian, pakaian seragam diplomatik dan pakaian akademik, dan menerima pingat rasmi Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpadengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor. Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalumenonjol.. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat,iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warnasebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN KATEGORI STAIL PAKAIAN 249


Click to View FlipBook Version