The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2023-02-23 04:50:41

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN

DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 100 PAKAIAN INDIA Seperti kaum Cina, kaum India mula berhijrah ke Malaysia pada zaman penjajahan Inggeris pada abad ke 18 sebagai pekerja-pekerja ladang getah milik British. Kaum India merupakan satu kaum yang kuat mengamalkan adat resam dan budaya mereka supaya terus diturunkan satu generasi ke generasi sehinggalah budaya India kini menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia. Malah, sesetengah adat resam Melayu yang diamalkan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyai pengaruh dan hubungan yang rapat dengan budaya India dan agama Hindu. Pakaian tradisional India yang utama adalah Sari (pakaian wanita) dan Dhoti (pakaian lelaki). Pakaian tradisional India ini mempunyai reka bentuk dan cara pemakaian yang ringkas bersesuaian dengan keadaan cuaca yang panas di India. Kedua-dua pakaian ini juga didapati sesuai untuk dipakai dengan keadaan cuaca di Malaysia. Sari dan dhoti ini juga dilihat sebagai identiti kaum India di Malaysia. Rajah 4.16 Pakaian Tradisi Masyarakat India


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 101 SARI Sari ialah sekeping fabrik panjang, mencapai 11 ela (kira-kira 6 meter) yang dililit ke badan, berlipat-lipat dan hujungnya disangkutkan ke bahu atau melitupi kepala. Sari diperbuat dari fabrik kapas atau fabrikfabrik lain yang sesuai seperti sutera yang dihiasi benang emas atau perak. Blaus kecil yang dipanggil choli dipakai di bawah sari. Choli adalah pakaian bahagian atas yang ketat dan mendedahkan bahagian perut dan bahagian belakang si pemakai. Ianya mempunyai leher bulat dan adakalanya diikat di bahagian belakang leher dan bahu. Gaya lilitan sari sangat unik dan pelbagai. Kain sari kebiasaannya diperbuat daripada fabrik kapas, sutera atau poliester. Kain sari terbahagi kepada beberapa bahagian dan ianya membawa pengertian yang berbeza. Kain sari selalunya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian tepi kain sari, penghujung kain sari dan bahagian kepala kain sari. Ketiga-tiga bahagian ini melambangkan kedudukan status dan sosial seseorang wanita serta asal-usulnya kerana warna dan corak pada kain sari selalunya melambangkan sesuatu tempat. Saiz coraknya yang berbagai juga melambangkan kekayaan kerana ia mengambil masa yang lama dan bahan yang lebih banyak dan ini akan menambahkan kos sari tersebut. Bahagian tepi kain terdapat di sepanjang bahagian atas dan bawah sari, sama ada ditenun, dicetak atau disulam. Bahagian hujung sari atau dikenali sebagai pallu adalah bahagian sari yang disangkutkan ke bahu dan dibiarkan tergantung dibahagian hadapan atau belakang. Bahagian kepala kain (bahagian tengah antara bahagian tepi atas dan bawah sari) selalunya mempunyai corak yang menunjukkan sesuatu kawasan dan corak-corak tersebut ditenun, disulam atau dicetak. Rajah 4.17 Sari Pakaian Wanita Kaum India


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 102 Sari Banaris adalah pakaian rasmi perkahwinan wanita India. Ia merupakan simbol romantik perkahwinan dan menunjukkan kecantikan serta kehalusan kerjatangan pada sari tersebut. DHOTI Dhoti ialah pakaian yang digemari oleh kaum lelaki di Selatan India. Pakaian berwarna putih susu yang mengandungi baju kain dan selendang disebut Vashti oleh orang-orang India . Pakaian seperti ini telah pun dipakai sejak 2000 tahun yang lalu. Antara tokoh terkenal yang mempopularkan pakaian Dhoti ini ialah pejuang kemerdekaan India, Mathama Gandhi. Baju yang dipakai disebut sebagai Jibba, kainnya dipanggi Dhoti dan selendangnya disebut sebagai Thundu. Di zaman East India Company Dacca, kain Dhoti diperbuat daripada kasa halus yang boleh digenggam dengan sebelah tangan sahaja. Tetapi pada masa sekarang Dhoti hanya diperbuat daripada kain-kain poliester ataupun sutera tiruan. Sekarang ini Dhoti dijadikan pakaian perkahwinan oleh keturunan India di Malaysia. Dhoti dipakai dengan perhiasan kepala seperti turban yang dihiasi dengan kerongsang berbulu. Bagi keturunan Chetty pula, Dhoti biasa dipakai seperti cawat dan selendangnya disangkut juga di atas bahu. Rajah 4.18 Dhoti Pakaian Lelaki kaum India


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 103 PAKAIAN KAUM BUMIPUTERA Selain daripada orang-orang Melayu, kaum-kaum bumiputera yang lain di Malaysia merujuk kepada penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum orang-orang Asli seperti kaum Murut, Jakun, Sakai dan sebagainya. Penduduk asal Borneo di Sabah dan Sarawak juga adalah kaum bumiputera Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum orang-orang Asli atau Dayak seperti kaum Iban, Kadazan, Kayan, Melanau, Kelabit, Penan dan banyak lagi suku kaum lain yang lebih kecil jumlahnya. Pakaian tradisi kaum bumiputera Malaysia ini sangat unik dan berbeza dari segi reka bentuk dan coraknya berbanding pakaian Melayu, Cina dan India. Pakaian mereka biasanya ditenun sendiri daripada sumber gentian semulajadi seperti gentian nenas dengan reka corak etnik serta dihiasi dengan aksesori seperti bulu ayam, burung dan sulaman manik-manik. Dalam unit ini, kita akan mengenali pakaian kaum bumiputera yang utama di Malaysia Timur iaitu Kaum Iban (Sarawak) dan Kaum Kadazan (Sabah). Rajah 4.19 Pakaian Tradisi Kaum Bumiputera


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 104 PAKAIAN KAUM IBAN Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak dengan membentuk kira-kira 30% daripada jumlah penduduk Sarawak. Pada masa dahulu kaum Iban juga dikenali sebagai dayak laut. Kaum Iban pada asalnya tinggal di kawasan pendalaman di Sungai Kapuas, Kalimantan dan berpindah ke Sarawak di antara kurun ke 15 sehingga kurun ke 19. Di Sarawak , kawasan yang didiami oleh kaum Iban termasuklah Batang Ai, Sungai Saribas, Sungai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rejang. Kaum wanita Iban merupakan penenun mahir yang menghasilkan kain tenun yang berkualiti tinggi seperti kain ’pua kumbu’ iaitu tekstil bercorak unik dan menarik serta diiktiraf mempunyai nilai estetika yang tinggi. Pakaian tradisi kaum Iban sangat halus pembuatannya dikenali sebagai selampit. Pakaian wanita Iban diperbuat daripada fabrik tenun dan dihiasi dengan sulaman manik-manik. Komponen pakaian wanita terdiri daripada baju sulam (vest), skirt sulam dan selempang yang bercorak etnik yang dikenali sebagai serampai. Pakaian ini dilengkapi dengan manik empang yang bercorak etnik dan mempunyai juraian bebola. Wanita Iban juga melengkapkan pakaian ini dengan aksesori lain seperti cucuk sanggul, anting-anting, rantai leher, gelang tangan, gelang kaki dan tali pinggang besi. Pakaian tradisional lelaki iban menggambarkan pemakainya sebagai seorang pahlawan atau panglima yang gagah dan perkasa. Komponen pakaian lelaki Iban termasuklah cawat, kain pua kumbu, selempang dan hiasan kepala yang berbulu ayam atau burung. Pakaian ini agak terdedah dan ada ketikanya lelaki iban kelihatan tidak berbaju serta hanya mengenakan cawat yang dilapisi oleh kain pua kumbu separas lutut. Pakaian lelaki iban dilengkapi dengan aksesori seperti ikat kepala yang berbulu ayam atau burung, rantai leher atau tangkal, sumpit dan perisai bercorak etnik. Rajah 4.20 Pakaian Kaum Iban


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA 105 PAKAIAN KAUM KADAZAN Pada amnya, perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian. Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau spesialis ritual semasa sesuatu upacara. Kain asas. Fabrik komersial hitam; sutera atau baldu untuk upacara tertentu, kain kapas (teriko vernakular) untuk pakaian seharian. Sinuangga’ Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suram di sepanjang lubang kepala dan lengan, dan sepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning,dan krim digunakan. Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut. Rajah 4.21 Pakaian Kaum Kadazan


BAB 5 PRINSIP DAN ELEMEN SENI REKA FESYEN Elemen seni reka fesyen Prinsip seni reka fesyen


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 107 5 ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN Sebelum memulakan sesebuah rekabentuk atau karya, perlu diketahui beberapa perkara asas iaitu elemen dan prinsip seni. Prinsip dan elemen ini adalah perkara penting di dalam rekabentuk. Perkara ni selalu diabaikan atau dilupakan oleh kita sebelum memulakan sesuatu karya. Elemen seni ialah elemen asas yg membentuk sesebuah karya seni seperti garisan,nilai dan warna. Elemen ini adalah benda yang paling asas. Prinsip pula ialah gabungan dua atau lebih elemen seni tersebut untuk membentuk satu prinsip yg baru seperti harmoni ,kontras atau ryhtm/irama. Prinsip ialah hasil yang diperolehi daripada tindak balas gabungan elemen seni itu tadi.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 108 ELEMEN SENI REKA FESYEN Mencapai sesuatu matlamat dalam reka bentuk fesyen akan menjadi lebih mudah dengan memahami terlebih dahulu unsur elemen dan prinsip yang terlibat. Pemahaman ini boleh membuat perbezaan antara reka bentuk fesyen yang positif atau sebaliknya. Rekaan fesyen yang terbaik adalah rekaan yang mampu diterima oleh pengguna dan mempunyai nilai estitikanya tersendiri. Memahami unsur elemen dengan baik dan prinsip yang betul akan menghasilkan rekaan fesyen yang kreatif dalam pada masa yang sama mampu untuk dipasarkan.. Unsur-unsur seni reka terdiri daripada lima elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni reka fesyen Rjah 5.1 Elemen seni reka fesyen 1.Garisan 2. Rupa 4. Jalinan 3.Bentuk 5. Warna


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 109 GARISAN Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Garisan merupakan elemen penting di dalam senireka kerana ia memberi kesan tertentu di dalam rekaan.Garisan juga boleh memberi erti ilusi arah tuju atau gerakan kepada sesuatu rekaan.Asas kepada rekaan adalah garisan . Garisan terdiri daripada garisan lurus, melintang, serong dan melengkung . Garisan juga terdiri daripada pelbagai sifat iaitu garisan tebal garisan nipis dan garisan putusputus . Rajah 5.2 Jenis- Jenis Garisan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 110 5.1.1 Jenis Jenis Garisan Terdapat beberepa jenis garisan yang biasa digunakan di dalam seni reka fesyen. Diantaranya ialah : a. Garisan Menegak b. Garisan Melintang c. Garisan Serong d. Garisan Melengkung a. Garisan Melintang Rajah 5.3 Teori garisan melintang b. Garisan Menegak Rajah 5.4 Teori garisan menegak


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 111 c. Garisan Serong Rajah 5.5 Teori garisan serong d. Garisan Melengkung Rajah 5.6 Teori garisan melengkung


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 112 5.1.2 GARISAN DAN PERSPEKTIF VISUAL PADA PAKAIAN Garisan akan mempengaruhi perspektif visual individu melalui jenis garisan dalam pakaian mereka .Ia akan mengubah bentuk pemakai (lebar, nipis, kurus, kecil, tinggi dan lain-lain). Pereka hendaklah berhati-hati dalam memilih jenis garisan yang tepat hanya untuk membuat rekaan agar kelihatan baik kepada pemakai. Kebanyakan orang mahu melihat diri mereka dalam bentuk dan saiz yang ideal. Terdapat beberapa cara untuk mencapai reka bentuk yang baik melalui penggunaan garisan. 1. Garisan melintang Ia akan memberikan kesan saiz yang lebih luas & lebih besar untuk orang yang kurus dan tinggi. Garisan menegak akan mengarahkan matamelihat ke atas dan membesarkan dimensi menegak di dalam komposisi. 2. Garisan Menegak Ia akan menjadikan pemakainya kelihatan lebih tinggi atau kurus. Garisan melintang akan mengarahkan pandangan mata melihat dengan lebih jauh dalam mendapatkan kesan kelebaran terutamanya dalam garisan melintang pada garis mendatang , garis pinggang, dan garis lipatan .Perubahan warna juga boleh menarik perhatian mata yang menyebabkan kesan melintang halus terhasil 3. Garisan Serong Ia akan membuat individu kelihatan lebih besar (lebih luas dan lebih tinggi). Garisan ini akan menghasilkan garisan yang tidak stabil. 4. Garisan melengkung Ia akan membantu dalam mengubah bentuk badan dan saiz bergantung kepada bahagian yang digunakan. Garisan melengkung cenderung ke arah garisan yang lebih feminin dan jika garisan ini diulang-ulang ia akan menjadi lebih berirama. Garisan ini juga boleh dibuat seakan bulat atau berlekok. Garisan melengkung boleh dilihat pada bahagian kolar, pinggang, dan juga motif berbentuk flora dan fauna.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 113 Rajah 5.7 Garisan dan Perspektif Visual pada Pakaian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 114 RUPA Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya.Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialahsesuatu kawasan yang berbeza dari ruang disekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Ia merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.Rupa juga terbahagi kepada rupa positif dan rupa negatif Rajah 5.8 Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa Dalam seni dan pakaian, bentuk didefinisikan sebagai kawasan datar, dua dimensi. Garisan itu menghasilkan siluet, atau garis luar yang dilihat sebagai rata. Reka bentuk dekoratif rata seperti motif corak kain dan appliqués, bahagian pakaian rata seperti kolar dan poket, dan kepingan corak rata bahagian pakaian seperti lengan sebelum dicantum menjadi pakaian , adalah bentuk.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 115 5.2.1 JENIS-JENIS RUPA 1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu Rajah 5.10 Rupa geometric pada pakaian Rajah 5.9 Rupa Geometri


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 116 2. Rupa Organik Rupa organik merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.Dihasilkan secara sepontan Rajah 5.12 Rupa Organik pada pakaian Rajah 5.11 Rupa Organik


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 117 3. Rupa Positif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rajah 5.13 Rupa Positif Rajah 5.14 Rupa Positif pada pakaian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 118 4. Rupa Negatif Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut. Rajah 5.15 Rupa Negatif Rajah 5.15 Rupa Negatif pada pakaian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 119 5.2.2 RUPA DALAM AKTIVITI MENCORAK i. Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ). ii. Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. iii. Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. iv. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rupa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu. Rajah 5.16 Ulangan rupa yang dapat mencipta corak


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 120 BENTUK Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan menampakkan 3 dimensi. Bagi bidang fesyen, bentuk adalah merupakan bentuk luar / silhouette yang merupakan perkara utama yang sering kita perhatikan pada seseorang. Bentuk badan pemakai dan pakaian merupakan salah satu daripada faktor penting dalam mereka cipta stail sesuatu pakaian. Silhouette digunakan dalam mereka cipta stail pakaian untuk menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Tujuannya ialah untuk menyesuaiakan rekaan dengan bentuk badan pemakai. Rajah 5.17 Bentuk luar / Silhouette manusia


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 121 Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk.Bentuk terbahagi kepada 2 jenis : i. Bentuk Ilusi. ii. Bentuk Konkrit. i. Bentuk Ilusi Bentuk Ilusi ialah bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan di dalam lukisan atau catatan Rajah 5.18 Bentuk Ilusi


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 122 ii) Bentuk Konkrit Bentuk Konkrit adalah merupakan bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Iaitu boleh dilihat , disentuh dan dirasai. Rajah 5.19 Bentuk Konkrit


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 123 JALINAN Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; i. Jalinan sentuh ii. Jalinan tampak. i. Jalinan Sentuh Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, Contohnya jahitan sulaman. Rajah 5.20 Jalinan Sentuh


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 124 ii. Jalinan Tampak Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. Rajah 5.21 Jalinan Tampak


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 125 RUANG Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk. Ruang Terbahagi kepada dua iaitu : i. Ruang Nyata ii. Ruang Tampak i. Ruang Nyata Ruang Nyata ialah ruang yang sebenar yang terdapat pada bentuk – bentuk Konkrit Rajah 5.22 Rang Nyata


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 126 ii. Ruang Tampak Ruang Tampak ialah ruang yang hanya dapat dilihatdalam seni tampak seperti lukisan, catatan, atau cetakan . Rajah 5.23 Ruang Tampak


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 127 WARNA Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan apabila ada pencahayaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu : i. Warna asas ii. Warna sekunder iii. Warna tertier. i. Warna Asas Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. iii. Warna Sekunder Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. iv. Warna Tertier Warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. Rajah 5.24 Warna Asas, Warna Sekunder , dan Warna Tertier


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 128 WARNA PENGGENAP Warna penggenap adalah kombinasi dua warna yang bertentangan dalam roda warna. Warna tersebut akan menjadi kontra diantara satu sama lain, dan menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakkan. WARNA SEWARNA Warna sewarna ialah satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap . SUHU WARNA Suhu warna berperanan memberi perasaan yang berbeza kepada penonton dalam melihat karya. terdapat 2 jenis suhu warna: a) Warna Panas ( menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b) Warna Sejuk (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang) Rajah 5.26 Warna Sewarna Rajah 5.25 Warna Penggenap Rajah 5.27 Suhu Warna


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 129 PRINSIP SENI REKA FESYEN Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Prinsip rekaan diaplikasikan ke dalam rekaan bagi mendapatkan sentuhan rekaan yang baik. Dengan menggunkan prinsip- prinsip dsenireka seperti perkadaran, keseimbangan, perpaduan, irama dan penumpuan. Prinsip Rekaan terbahagi kepada : 1. Perkadaran 2. Keseimbangan 3. Perpaduan 4. Irama 5. Penumpuan 6. Kepelbagaian 7. Keharmonian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 130 PERKADARAN Perkadaran adalah perbandingan antara jarak, saiz, warna, tekstur, dan ruang. Semua perincian (detail) pakaian mestilah berkadar antara satu sama lain serta berkadaran dengan saiz pemakai. Peletakkan dan kedudukan secara terperinci dalam pakaian mestilah konsisten untuk mencipta kesan prinsip yang baik. Sebagai contoh, saiz kocek tampal hadapan baju harus berkadaran dengan saiz baju, saiz butang, jarak kocek antara garis tengah hadapan dan lain lain yang berkenaan. Rajah 5.28 Perkadaran size Rajah 5.29 Perkadaran warna


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 131 KESEIMBANGAN Keseimbangan adalah penentuan rekaan yang berat sama rata, seimbang, rasional dan stabil . Rajah 5.30 Keseimbangan sama rata dan sama saiz Rajah 5.31 Keseimbangan tidak sama rata namun sama saiz Rajah 5.33 Keseimbangan garisan rekaan fesyen yang tidak stabil namun masih rasional Rajah 5.32 Keseimbangan kemasan rekaan fesyen yang stabil


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 132 Rajah 5.34 Keseimbangan simetri :sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah Rajah 5.35 Keseimbangan tidak simetri: tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 133 PERPADUAN Perpaduan atau kata lain iaitu harmoni adalah muafakat dalam perasaan yang melibatkan hati dan perasaan budaya yang saling bergantung. Perpaduan meliputi kesemua bahagian pakaian untuk mencapai kesepakatan kepada hasil seni reka fesyen. i. Unsur Perpaduan Garisan bentuk badan dan pakaian seharusnya selari atau bertentangan dengan panduan garisan bagi menimbulkan unsur yang harmoni. Antara unsur harmoni yang sesuai dalam seni reka fesyen adalah ukuran saiz rekaan, bentuk rekaan dan reka corak tekstur fabrik yang berpadanan secara keseluruhanya. Perpaduan antara bentuk dan ruang merupakan prinsip yang penting untuk menghasilkan rekaan yang baik. Pengulangan bentuk dan ruang yang teratur akan menghasilkan komposisi reka corak yang harmoni. Namun rekaan pakaian perlu mengikut kesesuian ruang dan bentuk badan yang direka. Rajah 5.36 Prinsip perpaduan yang berasaskan keseimbangan, irama dan perkadaran


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 134 ii. Kesan Unsur Perpaduan Dalam Prinsip Rekaan Fesyen Lebih Kurang Garisan Lurus, Berterusan, Tebal, Tajam, Padat, Panjang, Menegak, Penjuru Curve, broken, thin, fuzzy, porous, short, horizontal Ruang Luas, Terbuka Small, closed, broken Cahaya Berkilat, Hangat, Dull, transparent, dark, cool, low Warna Warna hangat Cahaya yang terang Warna dingin Cahaya yang gelap Tekstur Kasar, Kesat, Tebal, Rapat, Banyak Licin, Tenang, Halus, Kemas Reka Pola Motif yang terang, Reka pola yang kemas dan rata, Warna terang, Geometrik, Ruang kecil , Padat Motif yang sederhana, Reka pola yang tidak lurus, Warna lembut, Tidak padat , Ruang luas Irama Dinamik Beralur dan lembut Kontra Jelas, Tegas Tidak jelas Seimbang Tidak terkawal, Konflik Terkawal, Tiada konflik Skala Luas, Tegas Kecil, Lembut Jadual 5.1 Kesan unsur perpaduan dalam prinsip rekaan fesyen.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 135 iii. Perpaduan tekstur Tekstur yang harmoni mestilah berpaduan dengan ciri reka dan fungsi pakaian tersebut. Tekstur yang tegap dan pelbagai fungsi sifatnya amat sesuai untuk pakain sukan atau uniform pekerjaan berat dan tekstur yang lembut dan selesa fizikalnya sesuai untuk pakaian pejabat atau pakaian harian. Rekaan pakaian yang harmoni adalah : i. Rekaan yang direka bersesuaian dengan keadaan suasana dan umur ii. Rekaan yang menepati konsep iii. Peletakkan reka corak pakaian yang teratur, seimbang, bersesuian saiz dan ruang reka tekstur yang sederhana. Rajah 5.37 Perpaduan yang ditonjolkan pada rekaan baju tersebut adalah dari segi unsur kombinasi warna, peletakkan perincian rekaan dan perpandukan prinsip irama.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 136 IRAMA Irama adalah satu perasaan pergerakkan yang teratur yang bermotifkan sesuatu konsep yang dirancang atau bersahaja bebas. Secara logiknya prinsip irama ini dapat diwujudkan dengan unsur elemen yang bersesuaian. Maksud irama dalam seni reka fesyen amat meluas tanpa batasan, ianya boleh dicipta melalui garisan, peletakkan kemasan perincian pakaian, alunan dan campuran warna pada rekaan dan sebagainya. Kesemua elemen haruslah berpaduan antara satu sama lain bagi menghasilkan kesan irama yang baik kepada rekaan. Rajah5.38 Seni reka rekaan yang menonjolkan prinsip irama mengikut konsep rekaan.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 137 Irama adalah perasaan pergerakan teratur yang mungkin berkisar dari aliran lancar ke perarakan sengit. Prinsip arah, irama menekankan arah pergerakannya pada badan. Secara psikologi ia boleh memancarkan suasana serba boleh. Ia digunakan untuk garis, ruang, bentuk dan corak, dan boleh menggunakan semua prinsip linier lain dan sebaliknya. Ia menyumbang kepada penekanan, keseimbangan, perkadaran, keharmonian, dan perpaduan dalam kedua-dua aplikasi struktur dan hiasan Rajah 5.39 Prinsip pergerakan dalam menghasilkan irama dan suasana yang tertentu dalam rekaan Menimbulkan kesan visual yang lebih hidup, realistik dan berkesan


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 138 PENUMPUAN Penumpuan adalah ciptaan fokus yang dominasi atau tekstur dan warna yang lebih menonjol dari ruang rekaan yang lain. Penempuan dalam prinsip rekaan seharusnya mempunyai sokongan sekeliling (garisan / warna / simbol corak / tekstur / saiz ) yang boleh membantu mencipta fokus penumpuan yang menyerlah. i. Kesan Fizikal Rekaan pakaian yang menggunakan unsur penumpuan akan mencipta daya tarikan orang lain kepada pemakai kerana unsur penumpuan yang baik akan berjaya mendominasikan rekaan baju tersebut. Konsep penumpuan tiada batasan namun masih perlu mengikut elemen yang bersesuaian untuk mencipta kesan yang terbaik. Sebagai contoh, warna hitam keseluruhan rekaan mampu menarik perhatian dengan ciptaan rekaan pola pakaian yang unik. Rajah 5.40 Penumpuan yang melibatkan kesan pada fizikal yang lebih luas atau sebaliknya.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 139 ii. Kesan Psikologi Unsur penumpuan akan memberi impak yang besar kepada psikologi pemakai, ianya boleh terbahagi kepada dua kesan iaitu kesan penumpuan yang positif atau kesan penumpuan yang negatif. Kesan penumpuan positif akan tercipta dengan panduan elemen rekaan yang betul dari segi penggunaan fabrik, perincian rekaan, padanan garisan yang ditonjolkan, rupa bentuk rekaan dan warna. Kesemua elemen ini seharusnya selari dan harmoni. Sebagai contoh, rekaan corak garisan lurus berulang yang terdapat satu garisan tebal pada tengah rekaan dan paduan warna yang seimbang bagi menyokong elemen garisan tadi akan mencipta kesan penumpuan yang postif. Kesan penumpuan negatif akan terhasil sekiranya semua unsur elemen rekaan tidak diatur dengan betul namun ianya bukan kesalahan kerana rekaan pakaian adalah meluas sifatnya yang tiada batasan. Sebagai contoh, rekaan baju kebaya tradisional yang menggunakan fabrik bercorak bulat besar akan menimbulkan kesempitan ruang dan saiz kepada pemakai dan kesannya adalah negatif. Rajah 5.41 Kesan penumpuan yang positif Rajah 5.42 Kesan penumpuan yang negatif


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 140 KEPELBAGAIAN Kombinasi pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan hasil daripada perlanjutan, gaya dan kontra dalam penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan. Kepelbagaian digunakan untuk menimbulkan nilai estetika yang tidak membosankan. kepelbagaian juga boleh menimbulkan kontra Rajah 5.43 Kesan kepelbagaian pada pakaian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN ELEMEN DAN PRINSIP SENI REKA FESYEN 141 KEHARMONIAN Melibatkan susunan atau ulangan mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Ulangan garisan, rupa,bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu Menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata Rajah 5.44 Kesan prinsip keharmonian pada pakaian akan mewujudkan kesan yang menarik sekiranya ianya digunakan cara dan kaedah yang betul


BAB 6 JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN Jenis Bentuk Badan wanita Jenis Bentuk Badan Lelaki Jenis Silhouette Pakaian


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN 143 6 JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN 6.1 JENIS BENTUK BADAN Pakaian yang akan menghiasi anda akan bergantung kepada bentuk badan anda. Hari ini pilihan pakaian sangat bervariasi sehingga ada sesuatu untuk semua orang tidak kira apa warna, skala, ketinggian, perkadaran atau bentuk tubuh anda. Mengetahui bentuk badan asas anda dan memahami jenis pakaian yang akan menonjolkan ciri-ciri baik anda bermakna anda akan dapat berpakaian dengan cara yang sesuai dengan anda. Anda sepatutnya memilih apa yang sebenarnya sesuai dengan anda dan apa yang membuatkan anda berasa selesa dan yakin Hari ini terdapat begitu banyak pilihan untuk dipilih, jadi anda sentiasa dapat mencari sesuatu yang akan melengkapkan bentuk tubuh, skala, perkadaran, mewarna, personaliti dan gaya hidup anda.Sebelum mengetahui pakaian apa yang hendak dibeli dan gaya mana yang paling sesuai untuk anda, anda perlu tahu bentuk badan anda. Apabila memilih pakaian, matlamat anda adalah untuk mencipta ilusi badan yang seimbang. Masalah dengan memahami bentuk badan anda adalah bahawa kebanyakan wanita memfokuskan diri pada kawasan tertentu (iaitu zon masalah seperti perut, lengan, bawah, paha dll), yang boleh menyebabkan penghakiman anda apabila melihat


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN 144 keseluruhan gambar. Adalah penting untuk melihat diri anda secara keseluruhan supaya anda dapat menentukan bentuk badan anda. Untuk menganalisis bentuk badan anda, lihat diri anda dalam cermin dalam seluar dalam anda. Berdiri bersama kaki anda dan tangan anda sedikit jauh dari sisi anda. Periksa kawasan itu dari bawah lengan anda, melepasi payudara dan rusuk anda, ke atas pinggang dan pinggul anda hingga ke bahagian paha anda. Kemudian lihat sketch bentuk badan di bawah. Sebaik sahaja anda tahu bentuk anda, anda perlu memeriksa bahagian, skala dan ciri pakaian yang bersesuaian dengan anda. Rajah 4.1 Jenis Bentuk Badan Wanita Rajah 4.2 Jenis Bentuk Badan Lelaki


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN 145 HOURGLASS CIRI BENTUK TUBUH : Berdada penuh Ukuran lilitan dada dan punggung yang hampir sama Bentuk pinggang yang jelas Bentuk badan yang paling digemari oleh wanita Dikenali juga sebagai bentuk badan no “8” Boleh dikatakan bagi mereka yang mempunyai bentuk tubuh ini adalah bentuk tubuh ideal yang diinginkan kebanyakan wanita/gadis. Mereka yang berbentuk Hourglass mempunyai ukur lilit dada dan pinggul yang sama dan pinggang yang ramping. Bagi tubuh ini, anda mempunyai banyak pilihan cara berpakaian yang boleh digayakan kerana kebanyakan busana sesuai dengan anda.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN 146 RECTANGLE CIRI BENTUK TUBUH : Lebar pinggang nyaris sama dengan lebar pinggul Lebar bahu hampir sama atau sama dengan lebar pinggang dan pinggul Tidak memiliki lekuk tubuh yang signifikan Kategori ini adalah biasa yang dapat dilihat. Bagi bentuk tubuh ini tidak sukar untuk memilih pakaian kerana banyak pilihan yang boleh dipilih.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN 147 INVERTED TRIANGLE CIRI BENTUK TUBUH : Ukuran bahu dan dada lebih lebar dari pinggang dan punggung Bahagian pingang ke bawah lebih kecil Pemilik bagdan ini boleh meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan corak bergaris menegak , bahagian kolar yang luas seperti kolar V dan juga mengenakan pilihan warna yang gelap pada bahagian atas. Seluar yang mempunyai perincian poket sesuai untuk melebarkan bahagian pinggul, atau a-line skirts juga sesuai untuk mengimbangi bentuk tubuh anda.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN 148 APPLE CIRI BENTUK TUBUH : Bentuk tubuh bagian dada lebar Bahu lebar Pinggang lebar Pinggul sempit atau kecil Paha dan kaki kecil Bagi kategori ini, bahagian pinggang adalah lebih besar daripada bahu dan pinggul. Bentuk ini, anda ingin membuatkan ilusi pinggang yang lebih kecil dan menyeimbangi bahu dan pinggul. Baju yang polos dengan perincian di bahagian pinggang adalah sesuai. Seluar yang bahagian kakinya lebar dengan sedikit perincian amat sesuai.


DIARI DUNIA PEREKA FESYEN JENIS BENTUK BADAN DAN SILHOUETTE PAKAIAN 149 PEAR CIRI BENTUK TUBUH : Dikenali juga sebagai bentuk badan “A” Dada sempit atau kecil Bahu tidak lebar Pinggang kecil Pinggul besar atau lebar Paha dan bokong berisi atau besar Bagi anda yang dalam kategori ini, anda perlu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dan ini boleh dilakukan dengan cara memakai warna gelap dibahagian bawah dan terang di bahagian atas. Serta memaki seluar yang lebar bahagian bawah untuk menyeimbangkan bahagian pinggul. Pemilihan warna warna terang di bahagian atas, kolar v adalah amat sesuai.


Click to View FlipBook Version