الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة الملحق ٤٣.٢ :نص إجازة الشيخ عبد اَّلل بن عبده نعمان العواضي خاصة بمنظومته الكواكب النيرات في بيان قول السلف والخلف في األسمائ والصفات لمن سمع وسجل الحضور
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة الملحق ٣٥.٢ :محضر مجلس سماع كتاب األربعين البخارية وكتاب األربعين اإلسرائيلية منتقاة من صحيح مسلم على مؤلفه حسن بن محمد سعيد الحسيني في قناة المدرسة العجلونية
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة بعض مقالإتي في اللغة الماليزية متعلقة بالروايةجمعت هنا بعض مقالإتي التي كتبت متعلقة بالرواية في وسائل التواصل لي في اللغة الماليزية بدون الترتيب. فلعل من يفهم هذه اللغة ينفتع بها. وهلل التوفيق والسداد. المقال الأول Abū al-ʿAbbās Aḥmad bin Abū aṭ-Ṭōlib Ibn ašh-Šhiḥnah al-Ḥajjār, dari tukang batu yang buta huruf menjadi musnid pilihan lagi rebutan orang ramai.Bayangkan seseorang yang hidup sebagai orang awam yang tidak mampu membaca dan menulis yang hanya bekerja sebagai buruh kasar, tetapi para ulama dari kalangan musnid dan huffaz berebut mencari untuk menemuinya dan hanya menjadi selebriti setelah 86 tahun hidup sebagai orang biasa yang tidak dipedulikan dan tidak dikenang.Jika sebahagian meme pun hanya mampu menjadi terkenal setelah beberapa puluh tahun kemudian, tentu lagi seorang manusia.Itulah Abū al-ʿAbbās Aḥmad bin Abū aṭ-Ṭōlib Ibn ašh-Šhiḥnah al-Ḥajjār. Beliau lahir pada 620 Hijrah. Bahkan, dikatakan lebih awal dari itu.Beliau pernah menghadiri majlis pembacaan Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy bersama Ibn azZabīdiyy (wafat 631 Hijrah) pada tahun 630 Hijrah. Beliau juga menghadiri majlis Juzʾ Ibn Makẖlad dan Musnad ʿUmar karya Ibn an-Najjār bersama Abū al-Munajjā Ibn al-Lattiyy (wafat 635 Hijrah). Sebegitu juga dengan beberapa masyayikh yang lain seperti ʿAbdul Wāḥid bin Nizār Ibn al-Jammā al-Baġhdādiyy (wafat 634 Hijrah) dan al-Anjab Ibn Abū as-Saʿadāt al-Baġhdādiyy (wafat 635 Hijrah).Beliau memulakan profesion sebagai tukang batu pada tahun 643 Hijrah. Semasa tempoh ini, tidak ada apa-apa yang menjadi tarikan daripadanya sehingga ketika pada tahun 706 Hijrah, 86 tahun setelah tarikh kelahiran yang direkodkan.Pada tahun itu, ada seseorang melihat rekod nama kehadiran bagi majlis Ibn alLattiyy. Kemudian, melihat pula rekod nama kehadiran bagi majlis Ibn az-Zabīdiyy. Orang tersebut menyedari nama beliau direkodkan di dalamnya dan orang tersebut bertanya kepadanya untuk mendapatkan kepastian.Setelah dipastikan, di sinilah bermulanya era hidup yang baru untuk beliau. Pada ketika itu, beliau berubah menjadi selebriti yang direbut oleh orang ramai untuk mendapatkan riwayat dengan isnad yang tinggi dari beliau yang mana jurang usia kesemua masyayikh periwayatannya dengan usia beliau ketika itu kira-kira 70 tahun lebih lamanya.Pada masa itu, kemasyhurannya mencapai sehingga Šhaykẖ al-Islām Ibn Taymiyyah, al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy, al-Ḥāfiẓ al-Mizziyy, al-Imām al-Birzāliyy, al-Imām Ibn Kaṯsīr dan al-Imām Muḥibuddīn Ibn al-Muḥibb bertandang kepadanya untuk
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة mendapatkan riwayat dari seorang yang cuma tukang batu yang tidak tahu membaca! Bayangkan kedudukan orang yang menjadi perhatian dari kalangan huffaz dan ulama yang gemilang namanya!Beliau dijemput ke pelbagai tempat untuk membawa periwayatan seperti Kaherah, Baalbek, Homs, Damsyik, Kafr Batna dan pelbagai lagi. Orang ramai membacakan Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy kepadanya lebih daripada 70 kali.Beliau juga ketika ini menjadi orang yang kaya raya sehingga mencecah asetnya berjumlah lebih seratus ribu dirham yang berasal dari saguhati orang ramai yang mengambil riwayat dari beliau.Beliau meninggal dunia pada tahun 730 Hijrah, pada usia 110 tahun selepas tarikh kelahiran yang direkodkan.Rujukan1. Ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah āts-Ṯsāminah karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar alʿAsqolāniyy.2. Aʿyān al-ʿAṣr Wa Aʿwān an-Naṣr karya al-Imām Ṣolāḥuddīn aṣ-Ṣofadiyy.3. Sullam al-Wuṣūl Ilā Ṭobaqoh al-Fuḥūl karya Ḥājī Kẖolīfah.4. Ḏzayl Ṭobaqōt al-Aʿyān karya Abū al-ʿAbbās Ibn al-Qōḍī al-Miknāsiyy.5. Fatḥ al-Muġhīṯs Šharḥ Alfiyyah al-Ḥadīṯs karya al-Imām as-Sakẖōwiyy.6. Tārīkẖ al-Islām Wa Wafayāt al-Mašhāhir Wa al-Aʿlām karya al-Ḥāfiẓ aḏzḎzahabiyy.Ada beberapa refleksi yang ingin saya mencoretkannya berdasarkan daripada kisah Abū al-ʿAbbās al-Ḥajjār ini.Pertama, saya pada dahulunya tidak pernah terfikir untuk berharap saya berumur panjang dalam hidup ini kerana saya beranggapan bahawa tidak ada masalah apa-apa pun jika umur pendek selagimana ia diisi dengan keberkatan daripada Allah dan ketaatan kepada-Nya.Namun, semenjak mengenali nama Abū al-ʿAbbās Aḥmad bin Abū aṭ-Ṭōlib Ibn ašhŠhiḥnah al-Ḥajjār dan juga mereka yang dari kalangan musnid yang berumur panjang, saya sentiasa berdoa agar dikurniakan umur yang panjang bersama keselamatan dari segala bahaya dan penyakit sepanjang hidup dan penuaan yang membinasakan diri kerana melihat mahal nilai bagi isnad yang tinggi.Menuntut isnad yang tinggi dalam periwayatan adalah tuntutan dari mereka yang menjejaki jejak ahli hadis kerana isnad yang tinggi di sisi muhadditsin adalah kurangnya risiko kesalahan dari setiap perawi yang ada dalam isnad pada proses pemindahan hadis dari seseorang kepada sesseorang yang lain.Isnad yang tinggi ini seumpama kita mendapat info secara langsung dan terus dari sumber penamanya berbanding melalui perantara orang lain yang terdedah dengan risiko kesalahan dalam pemindahan maklumat walau untuk sebahagian.Sekarang, walaupun periwayatan pada era ini bukan mementingkan piawaian kesahihan ahli hadis dan semata-mata untuk bertabarruk, tetapi ia diusahakan untuk
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة meniru syiar ahli hadis dalam mengenang dan melestarikan manhaj mereka sedapat yang mampu.Kalaulah memiliki isnad yang tinggi dengan umur yang panjang dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat muslim secara umum bagi mereka yang mempunyai perhatian kepada periwayatan, tidakkah sekurang-kurangnya kita menjadi orang yang berbakti untuknya?Tidakkah sekurang-kurangnya kita ingin termasuk dalam doa nabi Ibrōhīm ʿalayhi asSalām?:وَا ْجعَل لِّ ي لِّسَانَ ِّص ْد ٍق فِّي ا ْلآ ِّخرِّي َن\"Jadikanlah penyebutan benar pada generasi seterusnya untukku\". [Surah ašhŠhuʿarōʾ ayat 84].Sekurang-kurangnya kita sentiasa menjadi tumpuan yang dipandang baik lagi mulia ketika orang ramai mencari kita dalam mendapatkan riwayat dan menjadi salah satu penama yang diabadikan dalam silsilah isnad.Bukanlah kemasyhuran dan pujian orang yang kita menjadikannya sebagai matlamat. Namun, saya secara peribadi berharap saya dapat meneruskan legasi ašh-ŠhaykẖYāsīn al-Fādāniyy dalam periwayatan walaupun bilangan masyayikh ijazah saya tidak seramai yang beliau dapat.Saya ada harapan untuk menaikkan nama nusantara dengan periwayatan dengan isnad yang tinggi melalui pelbagai jalur dari masyayikh saya jika saya direzekikan dengan usia yang panjang. Saya tidak mahu nama ašh-Šhaykẖ Yāsīn al-Fādāniyy hanya kenangan dahulu dan sejarah yang lepas, tetapi tidak ada usaha dari generasi seterusnya dalam melestarikan legasinya.Apa guna berbangga-bangga nama ašh-Šhaykẖ Yāsīn al-Fādāniyy sebagai musnid nusantara yang tidak ditandingi oleh sesiapa pun pada zamannya, tetapi generasi seterusnya mandul dan tidak dapat menyumbang apa-apa warisan daripadanya? Nusantara sekali lagi dilupakan dan dikebelakangkan kecuali dari sebahagian yang sedikit sahaja.Jika kita tidak memiliki ijazah yang semewah beliau, sekurang-kurangnya isnad yang tinggi dari kita yang berusia panjang dapat mengisi kekosongan dari generasi sekarang atau seterusnya yang kini memalapkan legasi beliau dan hanya mencanang kenangan dahulu sahaja.Semoga Allah mengembalikan kedudukan nusantara di pentas kebanggaan dunia dalam periwayatan.Kedua, dari kisah Abū al-ʿAbbās al-Ḥajjār ini, tampak kepada kita bahawa betapa orang awam yang mungkin sejahil-jahil manusia pun akan mendapat tempat yang istimewa jika memiliki periwayatan dan isnad yang tinggi.Jika mereka tidak diistimewakan dengan sebab keilmuan yang luas dan penguasaan yang tajam dalam sesuatu bidang, mereka diistimewakan dengan riwayat dan ijazah yang tidak dimiliki oleh mereka yang dari generasi sesudahnya.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Itulah sebabnya amat elok bagi kita semua sekurang-kurangnya ada usaha untuk mendapatkan riwayat dan ijazah dari para musnid dan masyayikh kerana kita sebagai penuntut ilmu, boleh jadi kita tidak akan mendapat keistimewaan dengan keilmuan kita dan penguasaan sesuatu bidang pengkhususan sekalipun kita telah mencapainya dengan susah payah dan masa yang lama.Namun, tidakkah sekurang-kurangnya pemilikan riwayat dan ijazah, lebih-lebih lagi isnad yang tinggi dari kita yang berumur panjang yang mana orang sesudahnya tidak akan mampu untuk mendapatkannya seperti kita mendapatkannya menampung kekurangan yang kita berada di situasi tersebut?Jika dikatakan sumbangan kita kepada masyarakat yang lain tidak memberikan impak yang signifikan dan pengaruh yang memberangsangkan, sekurang-kurangnya periwayatan yang kita miliki adalah penampung kepada kelompongan ini.Ketiga, ini menunjukkan perhatian besar para ulama semasa era Abū al-ʿAbbās alḤajjār, bahkan sebelumnya dan sesudahnya dalam mendapatkan isnad sama ada melalui samāʿ atau ijazah semata-mata.Antara yang menarik adalah al-Imām Ṣolāḥuddīn aṣ-Ṣofadiyy amat sedih kerana tidak mendapat riwayat samāʿ daripadanya sekalipun memiliki ijazah melalui al-Birzāliyy. Beliau berkata ketika hari kematian Abū al-ʿAbbās al-Ḥajjār:عِّلْم الراوية حِّصنٌ للحديث وبال ... إسناد قدْ سد أشياخُ الورى ف ُر َجَهْ وكان شاد لنا الحج ارُ منزلة ً ... وحين مات نزلنا بعده دَرَجَهْ Ilmu riwayat adalah perisai bagi hadis dan urusan... isnad telah pun para shaykh manusia menutup celahannyaAl-Ḥajjār telah mengungguli kedudukan kita ... dan ketika matinya dia, kami turun ke satu darjat sesudahnyaMaksudnya adalah setelah kematian al-Ḥajjār, isnad menjadi rendah dengan melalui satu perantara. Dengan kata lain, isnad al-Imām Ṣolāḥuddīn aṣ-Ṣofadiyy secara samāʿ dari al-Ḥajjār menjadi rendah dengan perlu melalui seorang perantara.Ini sememangnya yang dilalui oleh ramai orang dari kalangan penuntut yang mengekspresikan rasa kesedihan kerana tidak mendapatkan ijazah secara langsung dari seorang musnid ketika hidup atas beberapa faktor halangan.Malangnya, ada sebahagian orang pada era ini dilihat memperkecilkan dan memperlekehkan aktiviti periwayatan dan perolehan ijazah seakan-akan tidak ada kepentingan yang besar dan menyangka buruk bahawa tidak ada bahagian ilmu pun untuknya, sedangkan kita tidak akan mengenal ahli hadis yang ada kedudukan yang besar dalam dunia pun melainkan mereka memiliki riwayat yang mereka meriwayatkan dan mengijazahkan serta mereka diriwayatkan dan sentiasa disebut dalam isnad periwayatan untuk pelbagai riwayat.Alasan yang selalu dikehadapankan apabila untuk menghakis periwayatan dan pengijazahan adalah bahawa dirayah dan kefahaman lebih utama berbanding samāʿ yang lengkap tanpa apa-apa kefahaman.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Pun begitu, tidak pernah pun dari kalangan huffaz yang jauh lebih memandang berat terhadap dirayah dan kefahaman dari golongan ini dilihat memperkecilkan periwayatan dan pengijazahan.Tiada siapa pun yang akan menafikan kepentingan besar pada dirayah dan kefahaman. Tidak perlu melagak satria yang paling mementingkan dirayah dan kefahaman. Cukup sahaja tegur dan beri peringatan agar para penuntut riwayat dan ijazah sentiasa terfokus dalam kefahaman tanpa mengetepikannya.Mereka yang dilihat paling memberi perhatian kepada dirayah dan kefahaman ini sambil berusaha untuk menggagalkan periwayatan dan pengijazahan sekarang dalam kedudukan para huffaz?Jika tidak, bukankah lebih baik kita ada bakti yang berguna kepada masyarakat yang sekurang-kurangnya cukup menjadi seperti Abū al-ʿAbbās al-Ḥajjār dalam bahagian periwayatan dan ini merupakan menampung kekurangan kita yang mungkin tidak menyerlah pada aspek yang lain?Yang lebih teruk lagi adalah sebahagian mereka berbicara seakan-akan riwayat dan ijazah ini bagai habuk yang dibuang sebegitu sahaja, tetapi mereka jugalah yang paling bengis dalam mendengki dan tampak rasa terpinggir mereka apabila seseorang memiliki ijazah dari masyayikh yang terkenal dan kegemaran mereka.Ijazah itu sendiri adalah pemberian daripada syeikh. Anggaplah ia adalah hadiah dan kenangan seperti item yang lain yang ada harga besarnya.Jenis murid atau peminat apakah ini yang ada peluang untuk mendapat dan merasai kepemurahan syeikh, tetapi langsung tidak ada keinginan dan gesaan untuk mendapatkannya? Bolehkah kita kata ini adalah murid atau peminat yang tidak tahu menghargai pemberian guru mereka atau orang yang mulia kedudukannya?Apabila orang lain yang dilihat lebih kecil dan kurang signifikan berbanding dirinya atau murid yang lain memperoleh bahagian ijazah dari seseorang syeikh, mulalah mencari jalan yang kotor untuk menjatuhkan orang yang mendapat ijazah daripadanya.Semoga Allah menyelamatkan diri daripada perangai hina dari orang yang tidak tahu harga pemberian orang yang lain dan tidak gemar melihat orang lain mendapat bahagian kesenangan yang dia ingin monopoli, sedangkan dia sendiri mengambil sambil lewa sebelum ini.Keempat, amat patut untuk kita berusaha untuk mendapatkan riwayat dan ijazah dari para masyayikh kerana berkemungkinan sahaja ita dapat mendapat keistimewaan seperti Abū al-ʿAbbās al-Ḥajjār jika Allah mengkehendakinya.Untuk zaman ini, amat mudah untuk mendapatkan riwayat dan ijazah dari para masyayikh seluruh dunia secara dalam talian sehingga tiada alasan untuk tidak mendapatkannya walau satu pun.Saya telah mengusahakan sedaya yang saya mampu untuk menghebahkan majlis bersama masyayikh dari pelbagai negara di saluran Telegram .
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Dalam masa yang seminggu sahaja, ada potensi seseorang untuk mendapat 10 ijazah daripada pelbagai masyayikh. Bahkan, boleh mencecah lebih dari 20 orang jika ada beberapa peristiwa atau acara besar-besaran.Inilah keberuntungan zaman ini dan terima kasih yang sebesar-besar terima kasih kepada pihak yang menggiatkan dan memudahkan urusan ini supaya kita mendapatkannya.Pada masa mereka hidup ini, manfaatkanlah sedikit masa untuk mendapatkan riwayat dari mereka. Apabila hilang, sesal itu amat pahit sekali.Paling menakutkan sekali adalah pahit itu menjadi penyakit hati yang membawa kepada dengki dan permusuhan yang menghasut untuk menjatuhkan orang lain yang mendapatkan bahagian yang istimewa dari seseorang syeikh kerana tidak dapat pengaruh dan monopoli keistimewaan dari seseorang syeikh yang dia berguru atau menjadi peminatnya.Kelima, dari kisah ini juga, ini menunjukkan bahawa Allah sama sekali tidak akan menyia-nyiakan pahala kehadiran kita dalam majlis ilmu sekalipun sekadar mendengar pembacaan matan kitab semata-mata tanpa syarahan dan komentar.Menghadiri majlis yang mulia jika atas dasar keikhlasan dan mengharapkan pahala daripada-Nya, pasti Allah akan memuliakan seseorang itu kepada penghuni langit dan penghuni bumi. Jangan ambil ringan kebaikan yang ada sekalipun kecil dan dilihat remeh seperti majlis yang sekadar pembacaan untuk memfokuskan periwayata ndan pengijazahan sahaja kerana kita tidak tahu di mana jalan yang Allah ingin memberikan rezeki-Nya dan rahmat-Nya.Keenam, dari kisah ini juga, adakalanya Allah memberikan kesenangan dan penunaian permintaan kita yang mungkin setelah 70 tahun seseorang itu hidup. Oleh itu, jika kita menghadapi kesukaran dalam hidup atau ketiadaan progres sepanjang umur berjalan atau pengharapan yang tidak kesampaian setelah berlalu hari yang panjang, maka bersabarlah dan nantikan. Jika tidak dibalas di dunia, mudah-mudahan diberikan secara tunai di hari akhirat kelak.Ketujuh, kita lihat juga bagaimana para ulama yang besar kedudukannya dan dijulang namanya juga memberikan penghormatan dan kedudukan yang tinggi kepada orang awam yang tidak tahu membaca dan hanya profesion yang biasa-biasa sahaja jika mereka ada.Seperti Abū al-ʿAbbās al-Ḥajjār ini, beliau bukan sahaja diistimewakan dan dikenang sebagai orang yang memiliki isnad yang tinggi, beliau juga dipuji kerana beliau memiliki kesolehan dan watak yang baik seperti menjaga solat, sering berpuasa, bahkan masih berpuasa walaupun usia sudah mencecah 100 tahun dan menyusulkannya dengan puasa sunat Syawal.Seperti itu juga Ibrōhīm bin Aḥmad bin Yūnus al-Maġhribiyy al-Ḥalabiyy atau dikenali dengan Ibn aḍ-Ḍuʿayyif yang merupakan antara masyayikh Muḥammad bin Fahd al-Hāšhimiyy al-Makkiyy yang juga merupakan seorang yang buta huruf, tetapi menjaga solatnya, menjaga kebaikan dan orang yang menjaga kehormatan diri,
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة berbuat baik kepada orang asing yang singgah di tempatnya dan menghadiri majlis ilmu di negeri ajam.Bahkan, mereka yang dikenali dengan orang awam yang tiada ilmu langsung pun diambil perhatian dalam urusan periwayatan seperti Ibn al-Lattiyy dan Ibn Dūsat ʿAbd al-Laṭīf bin Abū al-Barokāt.Oleh itu, kita sebagai muslim wajib memuliakan sesiapa sahaja dari kalangan hamba Allah dan menempatkan mereka dengan selayaknya. Usah meremehkan seseorang hanya kerana seseorang itu buta huruf atau orang yang biasa-biasa sahaja jika dibandingkan orang lain yang lebih berwibawa.ه عليه وآله وسلم Rasulullah sabda Ingatlah :صلى اللالْمُ ْسلِّمَُِّبحَ ْس ِّب امْرِّ ٍئ مِّ َن الَّش ر ِّ َأ ْن َيحْقِّرََأخَاه\"Cukup seseorang itu dikira jahat dengan memperlecehkan saudaranya yang muslim\". [Ṣoḥīḥ Muslim].Kelapan, pada periwayatan pun, orang menghargainya dengan memberikan saguhati. Sudah tentu pada aspek dirayah dan mereka yang memfokuskan kefahaman lebih patut diutamakan dalam pemberian hadiah dan saguhati.Alangkah malang jika melihat orang sekarang menjadi lokek untuk memberikan sesen kepada asatizah dan masyayikh yang mengajar hanya kerana beralasan mereka yang terlibat dalam dakwah dan pengajaran tidak boleh meminta balasan dan perlu ikhlas.Ini sangat berbeza dengan apa yang ditonjolkan oleh al-Imām Abū Ḥanīfah yang memberikan lima ratus dirham kepada guru yang mengajar anaknya sehingga pandai dalam surah al-Fātihah sepertimana yang disebutkan dalam kitab Manāqib al-Imām Abī Ḥanīfah Wa Ṣōḥibayhi karya al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy.Sebegitu juga ʿAbdullāh bin Ġhōnim al-Qōḍī memberikan dua puluh dirham kepada guru yang mengajarkan anaknya surah al-Fātihah sepertimana yang disebut dalam anNawāzil al-Kubrō karya Abū al-Mahdiyy al-Wazzāniyy.Beginilah sikap para ulama memuliakan para pengajar dan mereka yang berbakti kepada agama. Bukan seperti orang yang lokek atas alasan agamawan tidak boleh meminta upah atau mengambil upah dari gerak kerja agama, tetapi dalam masa yang sama, orang lokek ini ambil kesempatan terhadap keperitan orang lain dan menjustifikasikan lokeknya supaya dia tidak mengeluarkan apa-apa sesen pun sebagai terima kasih.Paling tidak malu lagi adalah mereka mendengar dan hadiri ceramah yang rata-ratanya adalah penceramah atau pengajar jemputan adalah dibayar dan majlisnya adalah dengan berbayar.Alasan agamawan tidak boleh meminta upah dan mengambil upah hanya untuk menyelindungkan rasa lokeknya dan kikir terima kasihnya kepada orang yang telah berbakti dalam urusan agama untuk diri sang lokek ini dan masyarakat sekeliling.ه عليه وآله وسلم Rasulullah sabda Ingatlah :صلى الل
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة الَّن ا َسُرُمَ ْن لا يَْشكََّ هاللُرُلا يَْشك\"Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia adalah orang yang tidak berterima kasih kepada Allah\". [Musnad Aḥmad].
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال الثانيSebahagian salafi tempatan dilihat agak bersikap memencilkan majlis samāʿ (dengar) dan qirōʾah (bacaan). Bahkan, sememangnya ada yang bersikap dingin apabila dicadangkan majlis riwayat dan ijazah.Untuk dari pihak al-Ašhʿariyyah dan sufi, rasanya tidak perlu dijelaskan lagi kerana ini tradisi yang telah maklum pada mereka sejak zaman berzaman. Orang yang mengingkarinya, apatah lagi bersikap dingin terhadapnya sememangnya layak dipanggil orang yang bodoh dan degil.Cukuplah karya bertemakan tsabat, fahrosah dan seumpama dengannya yang banyak mendominasi dari kelompok ini sudah memadai menjadi bukti yang paling ampuh lagi nyata untuk orang yang berakal dan sudi belajar.Untuk pihak salafi pula, mungkin ini kedengaran asing kerana dilihat jarang ditemukan masyayikh dari kalangan salafi untuk memiliki ijazah -walaupun realitinya adalah jumlahnya ramai- dan mengadakan majlis ini. Mungkin mereka juga berkongsi sentimen dengan sebahagian al-Ašhʿariyyah dan sufi bahawa majlis ini tidak dikira bernilai besar berbanding majlis pengajian.Pun begitu, fokus saya di sini adalah untuk menerangkan kepada pihak salafi kerana bagi saya, mereka ini lebih dekat kepada keterasingan dengan majlis ini berbanding yang lain.Tiada siapa yang menafikan majlis ilmu yang memfokuskan kefahaman dan penjelasan adalah lebih utama berbanding semata-mata membaca atau dengar bacaan sahaja. Akan tetapi, sekalipun begitu, tiada siapa pun menafikan ini daripadaMari kita lihat dari sejarah awal. Ambil contoh al-Kẖoṭīb al-Baġdādiyy yang membaca Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy di hadapan Abū ʿAbdul Roḥmān al-Ḥīriyy sebanyak tiga majlis sepertimana yang beliau sendiri menceritakannya dalam kitab Tārikẖ Baġhdād.Dua majlis yang pertama adalah dibuat pada waktu Maghrib hingga Subuh. Majlis yang terakhir adalah pada waktu Dhuha sehingga Maghrib, kemudian berakhir dari Maghrib sehingga terbit fajar esoknya.Kepantasan ini sehingga dikomentari oleh al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy yang berkata :ا فِّي زماننا يستطيعهًوهذا شيء لا أعلم أحد\"Ini adalah sesuatu yang aku tidak tahu seseorang pada zaman kita yang berkemampuan untuknya\". [Tārīkẖ al-Islām].Al-Kẖoṭīb al-Baġdādiyy tidak perlu dipersoalkan lagi tentang ketokohannya dalam hadis dan sumbangannya kepada ilmu ini yang telah menghasilkan pelbagai karya yang boleh dibahaskan dalam ilmu hadis. Pun begitu, beliau tetap tidak meninggalkan majlis ini sepertimana orang yang terlebih dakwa bahawa dialah yang paling mementingkan majlis ilmu dan pengajian!Jika kita baca karya-karya biografi para ulama seperti ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy, aḍ-Ḍowʾ al-Lāmiʿ Li Ahl al-Qorn at-Tāsiʿ karya al-Imām as-Sakẖōwiyy dan al-Badr aṭ-Ṭōliʿ Bi Maḥāsin
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Min Baʿd al-Qorn as-Sābiʿ karya al-Imām ašh-Šhawkāniyy, pasti kita akan mudah menemukan pembacaan di hadapan guru atau mendengar pembacaan di hadapan guru seperti Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy dan pelbagai lagi kitab.Bahkan, hampir tidak ada satu biografi tentang para ulama di dalamnya melainkan ada rekod bahawa mereka mendengar bacaan atau membaca di hadapan guru.Dalam dua kitab ini juga direkodkan tentang kitab yang dibaca di hadapan syeikh dan siapakah syeikh yang dibacakan kitabnya. Sebegitu juga tentang kitab yang didengar di hadapan syeikh dan siapakah syeikh yang dia mendengar bacaannya.Jika tidak ada bacaan atau dengar, direkodkan pula siapakah yang mengijazahkannya. Hampir tidak ada biografi dimuatkan melainkan direkodkan maklumat sebegini.Bahkan, adakalanya diperincikan seberapa banyak kitab itu didengar atau apa yang dibaca. Jika dengar sebahagian besar sahaja tanpa penuh, direkodkan sebegitu. Jika hanya mendengar separuh sahaja, direkodkan sebegitu. Jika hanya membaca awalawal bagi kitab hadis, direkodkan sedemikian. Dan banyak lagi tentang ini.Untuk apa perincian ini dan rekod sebegini? Ini menunjukkan bahawa betapa meluasnya praktik majlis ini walaupun hanya dua orang sahaja antara murid dan syeikh sehingga jika dapat maklumat untuk direkodkan ini, ia akan direkodkan. Bahkan, direkodkan juga seberapa banyak dia dengar dan apa yang dia baca di hadapan syeikh.Kita ambil contoh al-Imām as-Sakẖōwiyy dalam kitab yang disebutkan ada merekodkan bahawa Burhānuddīn Abū Isḥāq Ibrōhīm bin Kẖiḍr aṣ-Sōʿīdiyy pernah membaca Fatḥ al-Bārī Šharḥ Ṣōḥīḥ al-Bukẖōriyy di hadapan al-Qōyātiyy sehingga alImām as-Sakẖōwiyy menyebutkan bahawa dia tidak tahu siapa lagi selainnya yang membacanya secara penuh.Malah, al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy pernah membaca hadis 40 yang disusun Šhaykẖ alIslām Ibn Taymiyyah yang mengumpulkan 40 hadis yang menyebutkan sanad yang ه عليه وآله وسلم Rasulullah kepada bersambung الل صلى dari masyayikhnya dan al-Ḥāfiẓaḏz-Ḏzahabiyy meriwayatkannya pula kepada murid yang lain.Sebegitu juga dalam teks ijazah Šhaykẖ al-Islām Ibn Taymiyyah kepada Muhaḏzḏzabuddīn Abū al-Futūḥ Muḥammad bin Aḥmad al-Aṣfahāniyy menyebutkan bahawa beliau mendengar Musnad Aḥmad dari pelbagai masyayikh. Seperti itu juga al-Muʿjam al-Kabīr kary aṭ-Ṭobrōniyy, Sunan Abū Dāwud, Jāmiʿ at-Tirmiḏziyy dan Ṣoḥīḥ Muslim.Šhaykẖ al-Islām Ibn Taymiyyah juga menyebutkan bahawa Muhaḏzḏzabuddīn telah mendengar pembacaan Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy di hadapannya, lalu beliau menyebutkan beberapa masyayikh yang beliau pernah mendengar di hadapannya.Apakah mungkin para pecinta Šhaykẖ al-Islām Ibn Taymiyyah tidak ada kegiatan untuk menghadiri majlis samāʿ atau membacakan di hadapan guru dalam memperoleh ijazah dan sanad?
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Bukti lebih jelas lagi adalah kita lihat pula bagaimana kesungguhan al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam al-Muʿjam al-Mufahros yang merekodkan pembacaan beberapa ratus kitab di hadapan gurunya.Al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy juga tidak perlu dipersoalkan tentang sumbangannya dalam ilmu hadis dan keagungan kedudukannya. Dia tetap tidak meninggalkan majlis ini dan memandang dingin terhadapnya berbanding orang yang merasakan paling mementingkan majlis ilmu dan kefahaman.Kemudian, ia tidak mati sebegitu sahaja. Ašh-Šhaykẖ Hišhām bin Muḥammad bin Sulaymān as-Saʿīd dalam kitabnya al-Ijāzah al-ʿIlmiyyah Fī Najd membentangkan bahawa kegiatan periwayatan di Najd, khususnya dari kalangan Ḥanābilah tetap aktif dan legasi mereka diteruskan dari era sebelum ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin ʿAbdul Wahhāb at-Tamīmiyy an-Najdiyy sehingga ke hari ini.Ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin ʿAbdul Wahhāb at-Tamīmiyy an-Najdiyy selain dari perjuangan untuk tauhid, beliau juga ambil peranan dalam periwayatan sehingga pusat sanad di tanah Hijaz dan kalangan salafi akan tertumpu pada beliau dan keluarganya. Ini bermakna periwayatan bukan perkara yang tersisih dalam kegiatan keilmuan mereka.Sebegitu juga legasi ini diteruskan oleh beberapa masyayikh salafi untuk ašh-ŠhaykẖYāsīn al-Fādāniyy seperti ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Sattār ad-Dihlawiyy, ašh-ŠhaykẖʿAbdullāh bin Ḥasan bin Ḥusayn Āli ašh-Šhaykẖ, ašh-Šhaykẖ Ibn Bādīs, ašh-ŠhaykẖʿAbdul Ḥafīz al-Fāsiyy dan lain-lain.Sehinggalah kepada beberapa era semasa yang bergiat aktif mengadakan majlis seperti ini ašh-Šhaykẖ Ẓohīruddīn al-Mubārokfūriyy, ašh-Šhaykẖ Muḥammad Isrōʾīl anNadwiyy, ašh-Šhaykẖ Ġhulāmullāh Roḥmatī, ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin ʿAbdul Roḥmān Ālu ašh-Šhaykẖ, ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Karīm aṣ-Ṣōʿiqoh, ašh-ŠhaykẖMuḥammad bin al-Amīn Būkẖubzah al-Maġhribiyy, ašh-Šhaykẖ Ṣubḥī as-Sāmarōʾiyy dan pelbagai lagi.Yang masih hidup pada tarikh penulisan ini adalah ašh-Šhaykẖ Abū Anas Usāmah atTaydiyy, ašh-Šhaykẖ ašh-Šhaykẖ Musāʿid bin Bašhīr as-Sūdāniyy, ašh-Šhaykẖ Badr al-ʿUtaybiyy, ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin bin Muḥammad al-Qōsim, ašh-ŠhaykẖNāṣir bin Aḥmad as-Suhājiyy, ašh-Šhaykẖ Wuhayb bin ʿAbdul Roḥmān Kẖowj atTamīmiyy, ašh-Šhaykẖ Ḥāfiẓ Ṯsanāʾullāh az-Zāhidiyy, ašh-Šhaykẖ ʿAbdullāh bin Ṣōliḥ al-ʿUbayd dan pelbagai lagi.Bahkan ašh-Šhaykẖ Ḏziyāb bin Saʿd al-Ġhōmidiyy menghasilkan risalah kecil yang berjudul al-Isrōʿ Fī Majālis as-Samāʿ Aqsāmuh Wa Aḥkāmuh juga menyebutkan kelebihan majlis ini walaupun meluahkan rasa kecewa kerana ada pelanggaran yang tidak sepatutnya berlaku pada sebahagian majlis ini sehingga ini menjadi tujuan risalah kecilnya.Saya berharap selepas penerangan ini, akan ada kegiatan majlis ini dari kalangan asatizah dan masyayikh salafi di negara kita untuk menyuburkan lagi majlis ini untuk di pihak mereka pula.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Usah kita berkeluh-kelah jika firqah lain mendominasi dalam kegiatan majlis dan periwayatan secara ijazah lagi bersanad jika dari pihak sendiri pun tiada usaha yang aktif untuk menawarkan alternatifnya.Agak lompong apabila seseorang berbicara tentang kelebihan para ulama dalam penyebaran ilmu, perjuangan menegakkan kebenaran, karya-karya peninggalan yang berharga dan bahkan sehingga kepada periwayatan, tetapi dalam masa yang sama membiarkan legasi periwayatan mati di tanah air sendiri.Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa sememangnya majlis riwayat tidak akan sama sekali menandingi majlis dirayah, pengajian ilmu dan kefahaman serta saya sendiri tidaklah menggalakkan ia menjadi rutin dan kebiasaan mengatasi majlis dirayah yang merangkumi pengajian serius untuk pemantapan kefahaman.Akan tetapi, janganlah disebabkan rasa memandang kecil terhadap majlis riwayat yang lebih inferior dari majlis dirayah ini penyebab kepada pengabaian dan pemudaran. Setelah ditunjukkan tadi bahawa kegiatan mereka untuk pemantapan kefahaman dan penguasaan ilmu pun tidak menghalang mereka untuk menjayakan dan memeriahkan majlis riwayat.Bagi yang memperoleh ijazah dari masyayikh, maka sepatutnya ada sekurangkurangnya aktiviti periwayatan. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu sememangnya dikehadapankan sebagai yang berkedudukan dalam masyarakat dan sirkel komuniti yang besar. Usah lepaskan kesempatan yang ada dan usah membiarkan ia lesu.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال الثالثTentang Tsabat Saya Dalīl al-Ikẖwān Li Ijāzāt Wa Marwiyyāt Wa Masmūʿāt Amīr ar-RiḍwānTerima kasih kepada saudara Aḥmad ʿAqīl Akbar bin Zayd kerana menghasilkan muka depan bagi buku ini dan juga cop digital.Sekilas Penghasilan Tsabat SayaSelesai prototaip bagi pembukuan bertemakan tsabat dengan judul Dalīl al-Ikẖwān Li Ijāzāt Wa Marwiyyāt Wa Masmūʿāt Amīr ar-Riḍwān ( ت ِّاَازَإجِِإ ْخوَا ِّن لِّدَلِّيل ا ْلوعَا ِّت َأمِّيرِّ الرِّ ْضوَا ن .PDF iaitu, digital format dalam) وَمَ ْروَِّّي ا ِّت وَمَ ْسمُBoleh lihat sekilas versi prototaip di : https://anyflip.com/ywglp/xenw/Tidak ada versi cetakan kerana di dalamnya penuh dengan hiperpautan yang menghubungkan beberapa halaman yang lain yang ada dalam buku ini sehingga buku ini hanya dapat dimanfaatkan secara digital sahaja. Buku ini juga akan dikemas kini dari semasa ke sama kerana belum dikatakan lengkap dan ditambah baik dari semasa ke sama. Saya akan memaklumkan kemas kini bulanan dan tahun pada muka depan buku supaya mereka yang ingin memanfaatkan buku ini ambil cakna tentang edisi yang mereka rujuk.Projek ini sememangnya projek jangka masa panjang yang hanya akan terhenti sehingga saya meninggal dunia -semoga diakhiri dengan kematian yang baik- atau ketika sampai fasa yang saya tidak mungkin lagi akan mendapatkan isnad yang tinggi yang mungkin ketika itu usia saya adalah usia sepuh.Buku ini adalah percuma sahaja untuk semua, lebih-lebih lagi yang ada kepentingan untuk riwayat. Saya tidak mendapat apa-apa dana dan biaya untuk menghasilkannya. Cuma, kalau ada bayaran pun, ia adalah sebab untuk upah kelas atau majlis sahaja. Tiada kena mengena dengan karya ini.حَات فَي مَ ْروَِّّي ا ٍت ) Ijāzāt Wa Marwiyyāt Fī Ṣufuḥāt dinamakan ini buku, Dahuluُصفُِ جَازَا ٍتإَو ,(iaitu beberapa lembaran pada yang diriwayatkan dan ijazah yang mana saya hanya bercadang untuk hanya menghasilkan terhad sekadar 200 muka surat sahaja. Namun, setelah melihat bahawa pertambahan appendiks dan masmūʿāt566 yang tidak dapat dikawal jumlahnya, maka ia mungkin akan mencecah lebih 300 muka surat yang tidak mungkin mencerminkan buku yang zahirnya ingin menampilkan beberapa muka surat yang sedikit sahaja.566 Kitab yang didengarkan bacaan di hadapan shaykh pengijazah.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Apapun, rangka asas sudah pun siap dan boleh dikatakan bahawa saya telah berpuas hati perangkaannya. Tinggal lagi hanya menambah informasi yang berkaitan dengan bab yang telah disusunkan, terutamanya masmūʿāt. Saya menyambut sebarang komentar dan cadangan untuk menambah baik dan pembetulan bagi tsabat ini supaya dapat dimanfaatkan tsabat ini dengan seeloknya. Ia terbuka untuk bila-bila masa sahaja selagimana saya hidup.Buat masa sekarang, saya tidak akan mengijazahkan secara munāwalah (penyerahan)567 dengan versi prototaip ini kepada sesiapa, terutamanya mereka yang mendapat ijazah ʿāmmah daripada saya yang telah menghabiskan kelas kemahiran pembacaan bahasa Arab (KEMBARA) bersama saya yang mana saya menjanjikannya kepada mereka yang menghabiskannya dengan jayanya, iaitu menjadi pembaca yang independen yang berkemahiran atau kepada mana-mana penerima ijazah yang layak.Saya cuma menjalankan pengijazahan melalui al-Iʿlām (pemberitahuan)568 disebabkan masih terlalu banyak belum disiapkan, terutamanya pada bab masmūʿāt walaupun pada aspek rangkanya sudah saya tidak ada apa-apa masalah lagi. Munāwalah akan dijalankan setelah selesai atau jika penerima ijazah redha dengan yang sedia ada dengan mengambil cakna tentang perkembangan baharu bagi tsabat ini.Cuma, saya tetap menerbitkan prototaip terlebih dahulu sambil mengemas kini dari semasa ke semasa kerana sebahagian orang bertanya tentang periwayatan saya pada ijazah yang saya peroleh dan ingin semak apa yang saya ada.Buat masa sekarang, versi prototaip ini menampilkan sekilas tentang apa yang saya telah peroleh, apa yang sah riwayatnya dari saya melalui masyayikh ijazah yang saya terima, masmūʿāt saya dan pentakhrijan beberapa riwayat daripadanya.Apa Itu Tsabat Dan Apa Kepentingannya?Tsabat adalah tema karya yang ditulis oleh para ulama sejak zaman berzaman untuk mengumpulkan riwayat mereka.Kandungan yang ada dalam tema buku ini boleh diisi dengan penyenaraian nama masyayikh ijazah, biografi masyayikh ijazah mereka, riwayat-riwayat mereka sama ada yang melalui bacaan di hadapan masyayikh ijazah atau musnid atau mendengar bacaan atau penyerahan atau persuratan atau ijazah.567 Salah satu Ṭuruq at-Taḥammul (metod penerimaan) dengan cara seseorang menyerahkan kitab kepada orang yang ingin dia meriwayatkan kepadanya dan berkata: \"Saya mengijazahkan kitab ini kepada kamu untuk kamu meriwayatkannya dari saya\" atau seumpama dengannya.568 Salah satu Ṭuruq at-Taḥammul dengan cara seseorang memberitahu kepada orang lain bahawa kitab ini menghimpunkan riwayat saya atau seumpama dengannya. Periwayatan hanya sah apabila digandingkan bersama dengan ijazah seperti seseorang berkata: \"Saya telah mengumpulkan semua riwayat saya dalam kitab ini dan saya mengijazahkannya kepada kamu\" atau \"Ini adalah kitab riwayat saya. Riwayatkanlah dari saya\" atau seumpama dengannya.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Yang paling minimum dan yang paling penting yang patut diisi adalah siapa masyayikh ijazah mereka dan tambahan bonus yang sangat berguna adalah siapa masyayikh ijazah kepada masyayikh ijazah mereka yang mengijazahkannya dan siapa yang dia meriwayatkannya. Ada ini sahaja pun sudah cukup. Selebihnya adalah idea bebas masing-masing.Nama tsabat ini juga beraneka. Ada yang disebutkan al-Fahrosah (ةَس َرْه َف ,(iaitu indeks. Ada yang disebutkan dengan al-Mašyakẖoh (ةَخ َيْشَمْال ,(iaitu senarai masyayikh mereka atau Muʿjam ašh-Šyuyūkẖ (وخُِّعْ َجم ال ُّ شيُم ,(iaitu ensiklopedia kamus.Penulisan tsabat ini sangat banyak. Dahulu lebih dikenali dengan penamaan alMašyakẖoh atau Muʿjam ašh-Šyuyūkẖ. Antara mereka yang menghasilkan karya ini adalah al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy, muridnya al-Imām at-Tāj as-Subkiyy, Šharofuddīn ʿAbdul Muʾmin bin Kẖolaf ad-Dimyāṭiyy dan lain-lain.Meskipun penamaan tsabat itu tidaklah terkenal sehingga ke zaman yang terkebelakangan seperti zaman Shaykẖ al-Islām Zakariyyā bin Muḥammad alAnṣōriyy dan ašh-Šhaykẖ Ibn Ḥajar al-Haytamiyy, konsep pembukuan tetap sama. Contohnya adalah kitab al-Muʿjam al-Mufahros Aw Tajrīd Asānīd al-Kutub alMašhhūrot Wa al-Ajzāʾ al-Manṯsūroh karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy. Beliau mengumpulkan sanad pelbagai kitab yang beliau baca kepada masyayikh ijazahnya atau dengar bacaannya atau selainnya dari metod penerimaan dan sangat teliti pada Ṣiyāġh al-Adāʾ569pada setiap tabaqat (peringkat)570. Ini antara contoh tsabat yang paling komprehensif dan paling berkualiti yang tiada tandingannya sehingga sekarang.Penulisan tsabat boleh dengan hasil tangan sendiri atau dari hasil kerja orang lain untuk khidmat kepadanya dalam mengumpulkan riwayatnya. Biasanya khidmat orang lain kepadanya dipanggil dengan at-Takẖrīj (يجِّخر ْتَّال ,(iaitu mengeluarkan sumber periwayatan seseorang. Kadangkala, untuk zaman sekarang, ia meluas dengan 569 Maksudnya adalah beliau sangat teliti bagaimana setiap peringkat musnid, pengijazah dan perawi dalam cara menyampaikan penerimaan hadis seperti ungkapan \"ناََ َرنَا\" atauَ \" حَّدثَْخبَنَا\" atau\" أََأنْبَأ \"atau seumpama dengannya. Bukan seperti zaman sekarang yang hanya tulis \"ن ْع \" َsahaja tanpa disemak sama ada periwayatan dari peringkat di atas adalah semata-mata ijazah atau wujud pembacaan kepada shaykh pengijazah atau seumpama dengannya.570 Maksudnya adalah setiap sanad periwayatan ada peringkat bagi ambilannya dari shaykh kepada shaykh hingga hujungnya. Setiap satu lapis daripadanya satu peringkat periwayatan dan begitulah seterusnya di atas sehingga habis.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة ungkapkan dengan al-Iʿdād (ادَدْإعِ iaitu), الْج َمْع) Jamʿ-al atau penyediaan iaitu), ا ْلpengumpulan.Antara mereka yang menyumbang bakti pada zaman klasikal dalam mentakhrijkan riwayat dari masyayikh yang lain adalah al-Imām ʿAlāmuddīn al-Qōsim al-Birzāliyy seperti takhrij beliau terhadap riwayat ašh-Šhaykẖah Zaynab binti al-Kamāl Aḥmad bin ʿAbdul Roḥīm, ašh-Šhaykẖ Abū Bakr Aḥmad bin ʿAbdul Dāʾim, ašh-ŠhaykẖBahāʾuddīn Abū Muḥammad al-Qōsim bin Muẓoffar bin ʿAsākir ad-Dimašhqiyy dan lain-lain571.Untuk zaman sekarang, antara yang memberi khidmat besar dalam takhrij riwayat dan ijazah masyayikh adalah ašh-Šhaykẖ Muḥammad Ziyād bin ʿUmar at-Tuklah seperti takhrij beliau terhadap riwayat ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Roḥmān bin ʿAbdul Ḥayy alKattāniyy, ašh-Šhaykẖ Muḥammad Muṭīʿ al-Ḥāfiẓ bin Muḥammad Wāṣil, ašh-ŠhaykẖṢōliḥ bin Aḥmad ašh-Šhāmiyy dan lain-lain.Banyak faedah yang kita boleh dapat melalui penghasilan tsabat, lebih-lebih lagi jika memerhati kitab. al-Muʿjam al-Mufahros Aw Tajrīd Asānīd al-Kutub al-Mašhhūrot Wa al-Ajzāʾ al-Manṯsūroh karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy. Yang boleh saya sebut secara ringkas adalah dengan beberapa poin. Yang pertama adalah memperkenalkan siapakah guru yang dia mengambil ilmunya dan riwayatnya atau murid yang mengambil daripadanya. Kadangkala, pertemuan antara guru dan murid boleh memberikan gambaran garis masa yang seseorang itu berada. Begitu juga dalam menyabitkan pertemuan antara seseorang dengan orang yang dia mengambil riwayatnya dan ilmunya. Banyak faedah dari mengenali hubungan guru dan murid walaupun dalam periwayatan.Yang kedua adalah dapat memastikan kepemilikan kitab kepada seseorang dengan melalui bukti periwayatan. Contohnya adalah berlaku pertikaian milik penisbahan kepemilikan kitab al-Waroqōt Fī Ūsūl al-Fiqh sama ada ia adalah milik al-Imām alJuwayniyy atau al-Imām ašh-Šhīrōziyy. Apabila kita merujuk tsabat Shaykẖ al-Islām Zakariyyā bin Muḥammad al-Anṣōriyy yang menyabitkan pemilikan kitab ini kepada al-Imām al-Juwayniyy yang mana silsilah sanadnya adalah dengan dengar bacaan, bukan semata-mata ijazah kecuali dalam dua tabaqat yang berasingan dan beliau pula mengambilnya dari al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy, maka dapatlah diyakini bahawa kitab ini adalah milik al-Imām al-Juwayniyy.Yang ketiga adalah memperkenalkan kitab atau tokoh yang mungkin kita belum pernah dengar sebelum ini. Yang keempat adalah apabila ia berkaitan dengan periwayatan yang bersanad, maka ia menambahkan sentimen untuk orang belajar, baca dan ambil peduli kandungan bagi kitab itu. Adakalanya, kitab yang mungkin dilupakan pembacaan atau kurang diberi 571 Fihris al-Fahāris Wa al-Aṯsbāt Wa Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyakẖōt Wa al-Musalsalāt karya ašhŠhaykẖ ʿAbdul Ḥayy bin ʿAbdul Kabīr al-Kattāniyy.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة sambutan boleh disegarkan semula dengan adanya periwayatan yang mengenangkan bahawa kitab ini pernah diberi perhatian khusus.Yang kelima adalah mengekalkan sebahagian seni dalam ilmu hadis yang mengekalkan rantaian periwayatan sebagai pewarisan khabar dan ilmu dari yang terdahulu walaupun penapisan baginya tidak seketat sepertimana fasa awal kritik hadis. Sanad adalah keistimewaan yang tidak akan didapatkan oleh mana-mana umat lain. Maka, ini cara untuk menzahirkan kebanggaan umat Islam dan warisan yang dipertahankan sepanjang zaman.Banyak lagi kelebihannya yang seseorang boleh mendapatkannya sendiri dengan menelaahnya sendiri.Sebab Saya Menghasilkan Tsabat Untuk Saya SendiriSaya pada asalnya tidak terfikir pun tentang pengijazahan kepada sesiapa, apatah lagi penghasilan tsabat walaupun sudah berlangsung kelas kemahiran pembacaan bahasa Arab (KEMBARA) dan walaupun saya sudah menerima beberapa ijazah sebelum ini serta hadir majlis yang memfokuskan periwayatan dan pengijazahan.Saya telah memaklumkan kepada peserta KEMBARA pada sesi orientasi lagi bahawa sijil penyertaan memang tidak diberikan kerana sijil penyertaan dari saya secara peribadi tidak ada laku apa-apa pun walaupun saya boleh terbitkan sijil persaksian pada kemampuannya untuk menjadi pembacaan untuk peserta yang menghabiskan dengan jayanya, iaitu menjadi pembaca yang independen yang berkemahiran.Cuma, apabila saya menyebutkan bahawa sijil penyertaan kelas saya tidak laku, ada seorang peserta bertanya tentang apa tawaran lain jika sijil tidak laku sebagai alternatif. Saya ada terfikir sebentar. Tetapi, tidak lama kemudian dari beberapa saat, terbit idea untuk mengadakan pengijazahan.Bagi saya, pengijazahan adalah yang paling laku untuk saya tawarkan kepada para peserta sebagai hadiah untuk mereka berbanding sijil penyertaan, di samping kemahiran yang mereka dapat lantaran kesungguhan mereka dan dedikasi mereka untuk belajar, hafal dan ulangkaji.Sejak dari itu, antara keistimewaan yang saya tawar pada KEMBARA di bawah kendalian saya adalah pengijazahan riwayat kepada peserta. Kitab yang dijadikan praktik pembelajaran pun akan menggunakan kitab yang ada sanad atau ijazah untuknya selagimana bersesuaian. Ini adalah keistimewaan yang langka di tanah air kita. Sebanyak-banyak pujian kepada Allah jua.Setinggi-tinggi pujian kepada Allah jua pada sudah ada beberapa peserta yang telah pun mendapatkan ijazah riwayat dari saya melalui kelas ini. Antaranya adalah semua kitab al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy, semua kitab al-Imām ʿAbdul Qōhir bin ʿAbdul Roḥmān al-Jurjāniyy, al-Musalsal Bi al-Inšhād dan beberapa al-Musalsal yang lain.Banyak lagi ijazah kitab lain yang sedang dinantikan peserta untuk mendapatkannya dengan syarat dibuktikan kesungguhan untuk mempelajarinya dan perkembangan dalam progres pembelajarannya.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Bagi peserta yang menghabiskan kelas dengan kejayaan, iaitu mampu menjadi pembaca yang independen secara betul, saya akan menganugerahkan ijazah ʿāmmah dari saya sepertimana lebih 300 masyayikh ijazah ʿāmmah saya572 mengijazahkan ʿāmmah kepada saya dan melalui ijazah 300 masyayikh ijazah ini pula akan menyampaikan kepada ribuan kitab para ulama dan saya tidak berlebihan apabila bercakap tentang ribuan.Angka ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Itu sebab ia adalah projek sepanjang hayat saya. Selagimana saya hidup, selagi itu tsabat ini akan dikemas kini.Untuk memudahkan peserta dalam mencari, merujuk dan mendapatkan riwayat dari saya, inilah antara sebab saya menghasilkan tsabat.Bahkan, tsabat ini juga berguna jika Allah merezekikan saya untuk mula berkecimpung sebagai musnid yang sebenar dan mengijazahkan ʿāmmah kepada mereka yang layak dan berhak. Selepas ini, para penerima ijazah melalui di luar KEMBARA pun yang ingin rujukan kepada riwayat saya telah pun saya menyediakan untuk mereka.Saya juga tidak mahu segala yang dapat seperti ijazah dan masmūʿāt saya hilang disebabkan lupa atau hilang sehingga mendorong saya untuk menghasilkan tsabat. Ia adalah susah payah yang saya tidak akan membiarkannya ia tidak direkodkan dan tidak diriwayatkan kepada generasi seterusnya jika dimudahkan jalan untuk saya menjadi musnid.Yang paling penting adalah adalah apa yang saya menjalankan sekarang ini adalah meneruskan legasi para ulama yang merekodkan riwayat mereka. Saya berharap saya dapat mengambil berkat atas meneladani usaha para ulama untuk merekodkan periwayatan yang diterima dalam hidupnya agar bermanfaat sepanjang zaman.572 Mungkin ada persoalan. Ramaikah angka 300 masyayikh ijazah ʿāmmah untuk seseorang memperolehnya?Sebenarnya ini angka yang sangat sedikit. Komuniti musnid dan riwayat yang saya ikuti, lebih-lebih lagi yang senior, angka perolehan ijazah ʿāmmah dari 400 masyayikh dan musnid ini adalah angka yang normal. Ya! Angka yang normal! Bukan angka yang dianggap terlalu banyak. Cuma, persekitaran nusantara sahaja yang tidak terbiasa dengan jumlah yang banyak ini disebabkan rataratanya sememangnya tiada semangat yang besar untuk mendapatkannya lebih banyak walaupun berpeluang dan tiada organisasi yang mapan untuk menggiatkan kegiatan ini secara sistematik dan menjadi wakil kepada ahlinya untuk mendapatkan ijazah dari masyayikh melalui pelbagai cara seperti majlis atau undangan permohonan ijazah atau mendapatkan ijazah langsung yang mewakili bagi pihak ahli sepertimana di komuniti riwayat dan musnid di luar sana.Saya ada sahaja beberapa masyayikh ijazah saya yang memiliki ijazah lebih dari 600 masyayikh ijazah ʿāmmah. Itu tidak menghairankan sama sekali, lebih-lebih lagi di zaman ini yang kemudahan perhubungan sudah mudah dan ditambah lagi apabila ada organisasi yang teguh untuk menggerakkannya.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Seterusnya adalah saya sentiasa mendapat pesanan, khususnya syeikh ijazah atau musnid tempatan atau yang dijemput dari luar negara sebagai musnid bagi majlis tempatan untuk menghidupkan majlis riwayat dan ijazah. Mereka akan mengingatkan perkara ini sama ada di permulaan majlis atau di akhir majlis.Cuma, saya jarang untuk menemukan pesanan ini di majlis yang diadakan di luar negara. Saya faham mengapa ada perkara ini berlaku.Ini kerana di Malaysia atau di nusantara secara umum, majlis riwayat dan ijazah amat terpencil dan jarang untuk ditemukan. Suasana sangat malap, kelam dan tidak diberi perhatian yang serius sehingga seolah-olah jika dua bulan tanpa ada apa-apa majlis ini tidak dirasakan apa-apa.Sangat berbeza di negara Arab dan jajaran Urdu yang adanya rutin harian atau mingguan atau bulanan sehingga masyayikh ijazah atau musnid yang dijemput tiada keperluan untuk menyampaikan pesanan ini kerana sudah ada kegiatan aktif dan pesat tanpa perlu risau tentang produktiviti aktiviti ini.Bukti pasifnya kegiatan di negara kita untuk majlis ini adalah untuk mendapatkan alMusalsal Bil Awwaliyyah di negara sendiri pun seolah-olah perlu cari di ceruk kampung dan di perut bumi.Saya pernah melihat poster untuk suatu majlis yang ada font tulisan besar bahawa ditawarkan ijazah al-Musalsal Bil Awwaliyyah dari seorang shaykh yang dijemput seakan-akan ia adalah tawaran istimewa walaupun kitab yang dibaca atau yang dibedah atau yang disyarah tidak diperoleh ijazahnya pun.Saya hanya mampu tepuk dahi dan geleng kepala menzahirkan rasa terkilan betapa negara kita ini sangat kering untuk mendapatkan al-Musalsal Bil Awwaliyyah.Padahal, di majlis luar negara, al-Musalsal Bil Awwaliyyah seakan-akan cenderamata yang pelancong pun boleh mendapatkannya di kedai tepi jalan. Sangat mudah untuk mencarinya, mengutipnya dan mengumpulkannya.Saya sudah mendengar penyebutan al-Musalsal Bil Awwaliyyah ini entah berapa puluh kali dari lafaz masyayikh dan musnidin. Jika ia pertama kali dibacakan di hadapan masyayikh atau musnid, saya sudah mendengar pembacaannya di hadapan beberapa ratus yang berbeza. Cuma, sempat atau rajin untuk merekodkannya atau tidak. Itu sahaja.Saya tiada niat untuk membesarkan diri ketika penyebutan ini. Saya cuma ingin menzahirkan rasa keanehan dan persoalan pada kenapa sangat berbeza kadar kesenangan pencarian al-Musalsal Bil Awwaliyyah ini antara negara luar dan negara kita.Saya mengambil berat pada pesanan masyayikh dan musnid yang mengijazahkan kepada saya, lebih-lebih lagi jika ia adalah program di nusantara di samping saya tidak mengenpikan dan memencilkan dirayah dan pengajian.Itulah sebabnya pengijazahan saya adalah melalui KEMBARA dengan mempraktikkan pembelajaran melalui kitab sebelum mendapatkan ijazah daripada saya.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Majlis riwayat dan ijazah yang saya mengadakannya di luar KEMBARA pun saya tidak hanya sekadar jadi batu tunggul dan hanya bercakap untuk pengijazahan di akhir majlis.Jika ada keperluan untuk ulas atau syarah atau kongsi, saya akan melaksanakannya. Bahkan, jika perlu membuka kepada perbincangan atau kritik pun, saya mengalualukannya. Ini semua supaya majlis tidak dilihat mengesampingkan dirayah dan kefahaman.Periwayatan sememangnya tidak seberat kepentingannya berbanding dirayah dan ini sama sekali tidak dinafikan. Namun, bukan bermakna seseorang perlu mengabaikan periwayatan hanya sahaja ia tidak sepenting dirayah. Jika dapat disertakan bersama, tentu sahaja ia lebih baik.Tradisi periwayatan tetap berjalan sepanjang zaman dan ia ada signifikasi yang besar dalam sejarah. Tidak ada kitab biografi para ulama melainkan direkodkan kitab yang dibaca di hadapan syeikh atau didengar bacaan atau berapa kadarnya sama ada secara penuh atau secara kebanyakannya atau hanya beberapa yang sedikit. Begitu juga direkodkan siapa yang mengijazahkannya jika tiada pembacaan atau dengar di hadapan syeikh.Seseorang boleh memulakan langkah untuk mengambil tahu signfikasi tradisi ini dengan membaca ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah Fī karya alḤāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dan aḍ-Ḍowʿ al-Lāmiʿ Li Ahl al-Qorn at-Tāsiʿ karya al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy573.Tambahan pula Kiyai Haji Ahmad Marwazie pernah menceritakan bahawa ašhŠhaykẖ Muḥammad Yāsīn al-Fādāniyy menzahirkan rasa kecewa apabila para ulama sepuh di Indonesia yang beliau datang bertandang untuk meminta riwayat tidak menulis riwayat guru yang mereka ambil574.Ini sememangnya tidak mengharainkan kerana kita sendiri yang berpijak pada zaman ini pun sudah melihat di hadapan mata sendiri tentang kurangnya kepedulian masyayikh, musnid, guru dan asatizah di sini untuk merekodkan dan memperkasakannya.Kadangkala, ketiadaan anjuran majlis periwayatan ini boleh dibiarkan berbulan-bulan tanpa rasa apa-apa bersalah. Apatah lagi serius untuk mendokumentasikan riwayat dan pengijazahan.Saya berharap penulisan saya ini sekurang-kurangnya adalah khidmat kepada masyayikh ijazah saya yang telah menghargai saya dengan pengijazahan dengan merekodkan periwayatan mereka dan kitab-kitab mereka agar para pembaca boleh mengambil manfaat daripadanya.573 Saya telah memperincikannya di sini.574 Rujuk: https://republika.id/posts/36711/kh-ahmad-marwazie-al-batawie-dan-ilmu-sanad-musnid-addunya
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Saya tidak mahu periwayatan di tanah Malaysia yang tercinta ini ini menjadi lenyap dan terkubur bersama tuannya yang salah satu faktornya adalah kerana tuannya sendiri yang tidak ada warisan legasi untuknya dan tiada tekad yang kuat untuk merealisasikannya.Bandingkan sahaja keaktifan kegiatan majlis ini dan pembukuan tsabat di negara kita dengan negara Arab dan yang di jajaran Urdu.Saya berharap ini adalah usaha untuk diri saya sendiri dalam melestarikannya dan membumikannya di tanah ini sehingga ia subur dan buahnya dipetik oleh orang yang mengharapkannya.Bukti yang nyata adalah di tanah air kita ini, walaupun sudah ada dokumentasi tentang tsabat dan periwayatan, siapakah yang benar-benar memberi perhatian kepada ini?Kemudian, antara faktor besar untuk saya menjalankan penghasilan tsabat ini adalah kerana saya adalah orang awam dan tidak ada apa-apa kelebihan besar pun dengan para ulama. Namun, saya mengharapkan agar saya juga dapat menyebarkan manfaat kepada orang yang mengharapkannya melalui periwayatan.Antara manfaat yang saya ingin sebar adalah dengan dua bentuk. Yang pertama adalah jika Allah mentakdirkan saya untuk panjang umur, maka isnad saya akan menjadi tinggi dan segala puji bagi Allah kerana saya memiliki beberapa daripadanya walau untuk zaman ini.Ini adalah yang terjadi pada Abū al-ʿAbbās Ibn ašh-Šhiḥnah al-Ḥajjār yang merupakan salah seorang awam yang berumur panjang yang lebih 100 tahun575. Dia mendengar Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy daripada Ibn az-Zabīdiyy pada 630 Hijrah.Namun, orang ramai dari kalangan para imam dan huffaz, apatah lagi yang lebih rendah darjatnya berkejaran untuk mendapatkan isnad daripadanya pada 730 Hijrah disebabkan tingginya isnad ini. Perkara ini disebutkan oleh al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy dalam Fatḥ al-Muġhīṯs Šharḥ Alfiyyah al-Ḥadīṯs.Sekalipun orang awam, tetapi kerana faktor usia panjang dan mungkin sahaja faktor kesolehannya yang dipuji seperti yang disebut oleh al-Ḥafiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah, orang ramai tetap memanfaatkannya dengan mengambil riwayat daripadanya.Sebegitu juga Muḥammad bin Fahd al-Hāšhimiyy al-Makkiyy dalam Muʿjam ašhŠhuyūkẖ pun mengambil riwayat daripada orang yang buta huruf seperti Ibrōhīm bin Muḥammad bin Yūnus al-Maġhribiyy al-Ḥalabiyy yang dikenali dengan Ibn aḍḌuʿayyif dan ditambah pula dikenali dengan sebagai orang yang soleh.Saya berharap saya termasuk dalam apa yang Rasulullah وسلم وآله عليه ه صلى اللbersabda:ُهُوَ َحسُ َن عَمَلُهُرُمُالَّن ا ِّس مَ ْن َطا َل عُخَيْر575 Kisahnya dan refleksi daripadanya boleh dibaca di sini.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة \"Sebaik-baik orang adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya\". [Riwayat at-Tirmiḏziyy].Bentuk yang kedua adalah jika umur saya tidak panjang, saya berharap penulisan saya meninggalkan beberapa info tentang periwayatan yang dapat dimanfaatkan oleh penerima ijazah atau para pembaca.Contohnya adalah mungkin seseorang itu pernah mendapat ijazah daripada seseorang syeikh, tetapi tidak tahu apa riwayatnya dan apa karyanya. Saya berharap dengan apa yang saya kongsi dalam buku ini, dapatlah mengongsikan apa yang para pembara berhajat kepadanya.Kandungan Tsabat Saya Dan Pembaharuan Yang Saya BuatDalam penghasilan tsabat untuk diri saya, sudah tentu saya tidak hanya meneruskan format yang sama sepertimana yang dahulu atau yang sudah ada sekarang. Saya sendiri berhasrat melakukan pembaharuan bagi penghasilan tsabat ini dan saya akan memperincikan pembaharuan yang saya buat serta sebab untuknya setelah mempertimbangkan pelbagai sebab.Berikut adalah rangka yang saya susun bagi tsabat ini.Pertama, mengumpulkan senarai masyayikh ijazah ʿāmmah.Kedua, mentakhrij beberapa sanad yang bersambung kepada pelbagai tsabat yang boleh dirujuk.Ketiga, mengumpulkan hadis al-Musalsal.Keempat, mengumpulkan senarai pengijazahan yang kẖōṣṣoh sahaja.Kelima, mengumpulkan sebahagian masmūʿāt. Ini yang mendorong kepada buku ini menjadi tebal.Keenam, mentakhrij beberapa sanad yang langka.Ketujuh, melampirkan appendiks pada penerimaan ijazah saya dari masyayikh sama ada melalui permintaan ijazah atau istidʿāʾ576. Begitu juga melampirkan sebahagian rekod kehadiran saya untuk beberapa majlis.Sekarang saya menjelaskan beberapa pembaharuan yang saya buat pada tsabat saya dan pertimbangan saya ambil.Pertama, membezakan penyenaraian masyayikh ijazah ʿāmmah dan kẖōṣṣoh sematamata. Ini sebenarnya ada inspirasi dari kitab al-Muʿjam al-Muʾassas Li al-Muʿjam alMufahros karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy yang mana beliau membezakan masyayikh beliau dalam periwayatan sahaja dan masyayikh dalam dirayah.576 Ia adalah rekod nama yang dibentangkan kepada shaykh pengijazah agar dia mengijazahkannya kepada senarai tersebut. Amalan ini sudah lama direkodkan semenjak zaman al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah dan al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy dalam aḍ-Ḍowʾ al-Lāmiʿ Li Ahl al-Qorn at-Tāsiʿ. Begitulah seterusnya.Bagi yang tidak faham, sila rujuk pada bahagian appendiks di tsabat saya.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Saya memperluaskan skop pembahagian masyayikh dalam periwayatan dengan masyayikh yang mengijazahkan ʿāmmah dan masyayikh yang mengijazahkan kẖōṣṣoh. Ini kerana saya melihat banyak pembiografian kadangkala alpa untuk membezakannya, sedangkan kesan pada periwayatan pada ijazah ʿāmmah dan kẖōṣṣoh sangat ketara. Ada yang sampai memasukkan masyayikh yang hanya mengijazahkan kẖōṣṣoh sahaja dalam senarai masyayikh ijazah yang ʿāmmah sehingga menyebabkan berlakunya keliru. Itu belum lagi yang saya lihat ramai yang alpa dalam menyenaraikan masyayikh ijazah ke dalam masyayikh dirayah atau yang sekadar hadir dalam pengajian sahaja. Saya melihat ketelitian pembahagian yang dibuat oleh al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar alʿAsqolāniyy sangat tidak dititikberatkan oleh ramai penulis tsabat atau pentakhrijnya. Saya sudah memperpanjangkan teguran ini dalam tsabat saya.Kedua, dalam mentakhrij sanad yang bersambung kepada tsabat, saya hanya memfokuskan pentakhrijan yang seseorang boleh mendapatkannya dan merujuknya sama ada ia dalam format digital seperti di Maktabah Syamilah atau PDF atau buku yang bercetak yang ada di pasaran. Jika tidak ada seperti ia sudah hilang ditelan zaman atau masih dalam manuskrip, saya tidak berminat untuk mentakhrijkannya.Ini kerana ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Ḥayy bin ʿAbdul Kabīr al-Kattāniyy dalam Fihris alFahāris Wa al-Aṯsbāt Wa Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyakẖōt Wa al-Musalsalāt dan ašh-Šhaykẖ Yūsuf bin ʿAbdul Roḥmān al-Marʿašhliyy dalam Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyakẖōt Wa al-Fahāris Wa al-Barōmij Wa al-Aṯsbāt sudah menumpahkan segala usaha yang maksimum untuk menyambungkan segala sanad kepada tsabat sehingga yang tidak dapat ditemukan pada hari ini atau masih dalam manuskrip. Oleh itu, saya tidak ada keperluan untuk menyainginya dan menebalkan lagi buku dengan apa yang mereka sudah buat.Ketiga, saya tidak meneruskan pentakhrijan sanad yang biasa dibuat oleh kebanyakan penulis tsabat dengan mentakhrijkan sanad kepada al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy atau sanad kepada al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy atau sanad kepada al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy atau seumpamanya. Sudah banyak yang sudah beri khidmat sedemikian dan saya sudah jemu untuk mengulanginya.Apa yang saya buat adalah mentakhrijkan sanad yang langka yang barangkali orang tidak tahu bahawa ada sanad yang bersambung kepada seorang penulis seperti sanad kepada al-Imām Aḥmad as-Sirhindiyy, sanad kepada ašh-Šhaykẖ Saʿīd Muḥammad Romaḍōn al-Būṭiyy, sanad kepada ašh-Šhaykẖ ʿAbdullāh Ibn Bayyah, sanad kepada ašh-Šhaykẖ ʿAbdullāh al-Haroriyy, sanad kepada Muḥammad Hišhām al-Qobbāniyy an-Naqšhabandiyy, sanad kepada Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqōniyy al-Qubrūsiyy anNaqšhabandiyy, sanad kepada ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin Mutawallī ašh-Šhaʿrōwiyy dan lain-lain.Sebegitu juga mentakhrijkan sanad yang tinggi yang mungkin orang tidak pernah mengenalinya sebelum ini seperti sanad kepada ašh-Šhaykẖ Aḥmad bin Zaynī Daḥlān dengan hanya dua perantara sahaja.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Bagi saya, inilah yang orang mahu memanfaatkannya dan melihat kelainan yang ada dalam tsabat. Jika tidak, maka tidak ada kepelbagaian yang ada genre tsabat. Ia hanya akan dianggap buku yang dihasilkan diulang sama. Dengan memperkenalkan sanad yang langka, ia berpotensi untuk membuka lembaran baru yang lebih bermakna.Keempat, saya juga tidak berminat untuk mentakhrij sanad kepada suatu kitab seperti kitab tafsir atau kitab hadis atau kitab fiqh seumpama dengannya kalau itu bukan dari masmūʿāt melainkan jika ia termasuk yang langka yang saya akan memasukkannya dalam babnya. Bagi saya, tidak ada keperluan untuk memperbanyakkan takhrij, lebih-lebih lagi yang sudah diketahui jalurnya dengan merujuk tsabat yang lain dan mengulangi takhrij yang sudah dibuat oleh pendahulu saya atau yang semasa dengan saya. Kelainan yang patut dibuat adalah mentakhrijkan riwayat yang saya memiliki samāʿ (dengar) padanya kerana riwayat dengan samāʿ adalah jauh lebih tinggi meritnya berbanding riwayat dengan ijazah semata-mata. Penghasilan tsabat pula adalah bertujuan untuk periwayatan. Mengapa saya perlu menyibukkan diri pada yang kurang merit?Kelima, pendigitalan tsabat ini memudahkan urusan pencariannya. Contohnya adalah jika ingin mencari sanad bagi suatu kitab, tidak perlu seseorang untuk skrol satu persatu. Bagi yang menggunakan komputer, cukup dengan pencarian melalui \"CTRL+F\" dan isi perkataan yang ingin dicari. Sebegitu juga dengan hiperpautan yang menyampaikan terus kepada kitab yang dicari apabila seseorang klik pada hiperpautan.Ini sememangnya pembaharuan yang setakat ini belum ada setara dengannya. Saya berharap pembaharuan ini menjadi inspirasi kepada penulisan genre ini kepada generasi yang seterusnya.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال الرابع Kenapa periwayatan ašh-Šhaykẖ Muḥammad Yāsīn bin Muḥammad ʿĪsā alFādāniyy lebih menjadi pilihan berbanding ašh-Šhaykẖ Muḥammad ʿAbdul Ḥayy bin ʿAbdul Kabīr al-Kattāniyy?Jika ašh-Šhaykẖ Muḥammad Yāsīn bin Muḥammad ʿĪsā al-Fādāniyy seringkali diulang-ulang penyebutannya sebagai Musnid ad-Dunyā kerana memiliki pelbagai masyayikh dan sanad periwayatan kepada pelbagai kitab, maka sebelum beliau lagi juga sudah ada Musnid ad-Dunyā yang tidak kurang hebatnya ašh-ŠhaykẖMuḥammad ʿAbdul Ḥayy bin ʿAbdul Kabīr al-Kattāniyy.Koleksi sanad beliau dalam kitabnya yang berjudul Fihris al-Fahāris Wa al-Aṯsbāt Wa Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyakẖāt Wa al-Musalsalāt membuktikan keunggalannya dan beliau merupakan salah seorang masyayikh periwayatan ašhŠhaykẖ al-Fādāniyy.Akan tetapi, kenapa periwayatan ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy seringkali menjadi pilihan untuk meriwayatkan suatu sanad berbanding ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Ḥayy al-Kattāniyy?Ini kerana ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy telah memudahkan penuntasan (taḥrīr) sanad untuk pelbagai periwayatan. Sebelum masuk kepada perincian tentang ini, kita membandingkan terlebih dahulu apa yang dilakukan ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Ḥayy alKattāniyy dalam kitabnya Fihros al-Fahāris tadi. Sungguhpun ia adalah mahakarya yang telah mengumpulkan pelbagai sanad dan periwayatan yang amat sukar untuk dibilang di satu judul buku, tetapi untuk mencari sanad bagi suatu yang spesifik sangat sulit sekali.Kita ambil contoh jika seseorang ingin sanad kitab al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy. Untuk mendapatkan sanadnya, ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy menghalakan pembaca untuk cari sanad untuk al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy terlebih dahulu. Kemudian, untuk mendapatkan sanad al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar, seseorang perlu mencari sanad murid periwayatannya terlebih dahulu seperti al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy dan Šhaykẖ al-Islām Zakariyyā al-Anṣōriyy.Kalau kita ingin mendapatkan sanad al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy pula, kita perlu cari sanad ašh-Šhaykẖ Aḥmad Zarrūq, al-Imām al-Qosṭolāniyy dan al-Imām Ibn Ġhōzī. Seterusnya, jika kita ingin mendapatkan sanad ašh-Šhaykẖ Aḥmad Zarrūq, kita perlu cari pula Abū ʿAbdullāh Muḥammad al-Kẖorūbiyy aṭ-Ṭorōbilsiyy. Begitulah seterusnya sehingga kepada masyayikh beliau secara langsung.Jika dirasakan ini begitu menyulitkan, bayangkan untuk mencari setiap satu sanad ini bukan di tajuk yang spesifik. Contohnya untuk mencari sanad al-Imām al-Qosṭolāniyy, kita tidak akan jumpa penyebutan sanad penuh di situ. Kita perlu cari sanad murid periwayatannya yang entah di mana muka suratnya dan entah di tajuk yang mana.Ini antara sebab sekalipun ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy telah memuatkan harta karun yang melimpah pada sanad di satu gedung buku, ia seakan-akan diletak setiap satu daripada barangnya di sana di sini sehingga amat sukar kitab maha agung beliau ini
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة dimanfaatkan dan menjadi pilihan sekalipun amat ramai yang mencari ijazah daripada beliau.Setelah memahami bagaimana kesulitan untuk memanfaatkan karya beliau, fahamlah kita bagaimana ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy muncul menjadi pemudah cara untuk orang ramai mendapatkan ijazah sanad.Katakan jika seseorang ingin mendapatkan sanad kitab al-Imām Ibn Hajar alHaytamiyy secara penuh tanpa sanad berasingan di setiap satu, seseorang cukup perlu merujuk al-ʿAqd al-Farīd Min Jawāhir al-Asānīd atau al-Wāfī Bi Ḏzayl Tiḏzkār alMaṣōfī sebagai contoh dan cukup untuk meriwayatkan apa yang sudah tertulis dalam kitab tersebut.Jika ia ada rekod salinan teks digital dan memudahkan untuk salin dan tampal (copy and paste), ia mungkin semudah sesaat untuk selesaikan urusan pengijazahan sanad secara spesifik.Akan tetapi, tidak pula untuk karya Fahros al-Fahāris karya ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy. Untuk mendapatkan satu sanad dari al-Imām Ibn Hajar al-Haytamiyy mungkin akan mengambil masa 15 minit untuk paling cepat dengan menggunakan teknologi pemudah carian seperti Maktabah Syamilah. Kalau ada hiperpautan pada kitab itu pun, barangkali mungkin akan ambil masa beberapa minit untuk mendapatkan sanad kitab al-Imām Ibn Hajar al-Haytamiyy sahaja.Inilah agaknya kenapa Fihros al-Fahāris karya ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy dikira agak tidak laku berbanding karya-karya tsabat untuk ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy.Teringat pula karya Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān tidak begitu dimanfaatkan dan ditinggalkan ramai kerana sulit untuk mencari satu hadis disebabkan tiada bab yang sistematik berbanding kitab hadis yang lain. Sehinggalah datangnya Ibn Bulbān yang mengaturnya semula kepada lebih kemas. Barulah Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān ini dipersadakan dalam kitab hadis utama yang menjadi medan perbahasan dalam pelbagai aspek. Jasa Ibn Bulbān sangat disyukuri dan beliau benar-benar telah menunaikan hutang umat Islam keseluruhannya untuk mengaturkannya semula agar ia dapat dimanfaatkan dengan seberhaknya. Periwayatan Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān yang sampai hari ini kepada kita sekarang ini adalah kraf daripada Ibn Bulbān. Moga Allah merahmati kontribusinya kepada ilmu hadis.Pada saya, sememangnya Fihris al-Fahāris karya ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy ini juga senasib dengan Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān dan umat Islam sekarang ini berhutang untuk menstrukturkan semula atau membuat penuntasan supaya karya ini boleh dijadikan tempat carian lagi pilihan dalam periwayatan sepertimana Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān disegarkan dengan haruman Ibn Bulbān.Setakat ini, saya secara peribadi sudah mengusahakan untuk membuat penuntasan dan mengumpulkan umbi sanad walaupun berhadapan dengan kesukaran sekalipun sudah dibantu dengan Maktabah Syamilah.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Saya sendiri merasakan saya perlu ada usaha untuk beralih dari periwayatan konvensional yang melalui jalur ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy yang mana ini merupakan kebiasaan orang ramai kepada periwayatan ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy sebagai khidmat bakti kepada Fihris al-Fahāris yang hanya mampu dilihat dengan ketakjuban, tetapi tidak dapat diutilisasikan sepertimana yang seberhaknya.Dengan teknologi yang ada sekarang, hiperpautan mungkin mengurangkan masa untuk membuat pencarian dan pengumpulan sanad bagi suatu riwayat yang diinginkan pembaca walaupun mungkin masih sukar untuk menyatukan sanad yang diletakkan berasingan.Ini mungkin menjadi projek jangka masa panjang dan besar dalam hidup saya. Namun, saya berharap kepada pertolongan Allah dan hanya kepada-Nya kita bersandar agar dapat merealisasikan apa yang ingin direaliasikan oleh Ibn Bulbān terhadap Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān.Di Malaysia atau Indonesia, periwayatan ašh-Šhaykẖ Muḥammad ʿAbdul Ḥayy bin ʿAbdul Kabīr al-Kattāniyy mungkin agak asing kerana rata-rata ulama di dua negara ini lebih banyak menumpukan pembelajaran di Makkah dan lebih banyak berkhidmat kepada ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy.Manakala, ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy pula jauh nun di Morocco sehingga amat sukar untuk warga nusantara mendapatkan riwayat langsung daripada beliau.Usah berbicara aspek dari pelajar Malaysia atau Indonesia sahaja. Ašh-Šhaykẖ alFādāniyy mempunyai kelebihan dari segi tempat tinggal di Makkah kerana di situ orang ramai ziarah untuk melaksanakan umrah dan haji. Lalu, dengan kesempatan itu, ramai yang akan mencari ijazah daripadanya.Berbanding ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy yang tinggal di Morocco yang bukanlah tempat kunjungan orang secara sembarangan melainkan ada tekad yang kuat dan bekalan yang mencukupi, di samping matlamat yang jelas untuk capai.Atas sebab itulah dari segi populariti, ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy dilihat kalah kepada ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy walaupun beliau tidak kalah dari aspek kedudukannya sebagai Musnid ad-Dunyā.Untuk zaman sekarang, ašh-Šhaykẖ Yūsuf bin ʿAbdul Roḥmān al-Marʿašhliyy antara yang menonjol dalam meniru jejak langkah ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy dalam pembukuan sanad melalui karyanya Wa al-Mašhyakẖōt Wa al-Fahāris Wa al-Barōmij Wa al-Aṯsbāt.Benar-benar karya ašh-Šhaykẖ al-Marʿašhliyy menampilkan keterbilangannya yang persis dengan Fahros al-Fahāris karya ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy.Walaupun formatnya sudah lebih mudah berbanding Fihris al-Fahāris, ia pun masih ada isu-isu kesulitan untuk menuntaskan sanad bagi beberapa periwayatan sepertimana yang terjadi Fihris al-Fahāris.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Apapun, bagi saya, jika seseorang memiliki periwayatan daripada ašh-Šhaykẖ alMarʿašhliyy, ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy dan ašh-Šhaykẖ al-Kattāniyy, seseorang boleh merasakan luasnya lautan dalam spektrum Musnid ad-Dunyā.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال الخامسMembanyakkan masmūʿāt lebih didahulukan berbanding membanyakkan ijazah dari masyayikh.Al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy berkata:َأ ْولى مِّن اعتنائِّهِّ بتكثيرِّ ال ُّ شيوخِِّّو يكون اعتناؤه بتكثيرِّ المَسموع\"Dan perhatiannya kepada memperbanyakkan masmūʿ menjadi lebih utama daripada memperbanyakkan syuyukh\". [Nuzhah an-Naẓōr Fī Tawḍīḥ Nukẖbah al-Fikar Fī Muṣṭolaḥ Ahl al-Aṯsar].Masmūʿāt merujuk kepada kitab yang didengarkan bacaan di hadapan pengijazah. Adakalanya, penyebutan lain yang setara dengan ini adalah penyebutan maqrūʾāt, iaitu kitab yang seseorang membaca di hadapan pengijazah.Bahkan, mendapatkan masmūʿāt dengan isnad yang lebih rendah dari seorang pengijazah, lalu meriwayatkan dengannya adalah lebih utama berbanding mendapatkan isnad yang lebih tinggi dengan hanya semata-mata ijazah.Ini kerana taḥammul (tanggung terima) periwayatan dengan dengar adalah lebih kuat berbanding ijazah.Seseorang yang memiliki seribu masyayikh ijazah ʿāmmah atau kẖōṣṣoh atau keduaduanya sekali yang paling tinggi di zaman ini pun kurang bermakna dalam periwayatan jika tiada apa-apa masmūʿāt dari seorang pun dari masyayikh.Betul bahawa dengan ijazah ʿāmmah, seseorang boleh meriwayatkan mana-mana ribuan kitab yang dimahukan. Akan tetapi, dengan hanya semata-mata ijazah ʿāmmah sahaja, ia masih dianggap pengijazahan yang kurang berkualiti.Oleh itu, dengan memperoleh masmūʿāt yang digandingkan bersama dengan ijazah, kualiti periwayatan bagi suatu kitab akan menjadi kuat.Kita ambil contoh dengan dua orang pengijazah yang mana kedua-dua ini memiliki ijazah dari seorang syeikh yang sama dijemput bagi majlis ašh-Šhamāʾil alMuḥammadiyyah karya al-Imām at-Tirmiḏziyy. Seorang meriwayatkan kitab itu dengan dengar bacaan di hadapan syeikh dan seorang yang lain meriwayatkannya hanya dengan ijazah dari syeikh yang sama semata-mata. Mana satu yang ada keistimewaan dan merit? Jawapan pasti boleh diagak.Apapun, perlu diketahui bahawa bukan semua riwayat, khususnya yang selain dengan riwayat al-Quran, qiraat, al-Musalsal dan kitab yang telah dikarang pada waktu yang jauh dengan kita bukan semuanya akan ada kesinambungan masmūʿāt yang berantaian sehingga akhir kerana ada sebahagiannya diselangi dengan ijazah sahaja. Jika ada pun, terutamanya riwayat Kutub Sittah, semuanya hanya dibacakan atau didengar bacaan pada sebahagian atau kebanyakan atau sekadar tepiannya, bukan pada keseluruhan kitab yang mana selebihnya yang tidak dibacakan atau tidak didengar ditampung dengan ijazah.Antara sebab sebahagian ahli riwayat menekankan untuk memperbanyakkan masmūʿāt dan menjadikan ia sebagai merit yang berat adalah supaya seseorang memfokuskan
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة kandungan kitab, mengambil tahu bagi yang belum pernah membaca atau ulangkaji bagi yang pernah membaca sebelum ini yang mana sekurang-kurangnya ia memberikan penambahan ilmu baru dan pemantapannya. Semata-mata ijazah sahaja tidak menghasilkan apa-apa ilmu sama sekali sepertimana yang disepakati oleh ahlinya meskipun ia ada kelebihannya dan kemuliaannya tersendiri.Oleh itu, walaupun sudah mendapat ijazah ʿāmmah dari seseorang, tidak ada masalah untuk mendapatkan masmūʿāt dari seorang pengijazah yang sama dan mendengar pengijazahan ʿāmmah untuk berpuluh-puluh kali, lebih-lebih lagi jika pengijazah itu meriwayatkan dengan isnad yang tinggi bersama dengan riwayat yang memiliki masmūʿāt kerana meritnya sangat besar dan bermakna. Usah merasa jemu dengannya.Kemudian, usah terlalu bimbang jika tidak mendapatkan dengar atau pembacaan secara penuh tanpa luput, lebih-lebih lagi kitab yang tebal walaupun ia adalah merit yang besar besar kerana tidak ada riwayat Kutub Sittah yang sampai kepada kita pada zaman ini dengan dengar atau pembacaan yang penuh pun. Usahakan semampunya.Kitab yang mungkin boleh didapatkan masmūʿāt dengan penuh bersama dengan kesinambungan dengar atau bacaan yang berantaian kebiasaannya adalah kitab yang nipis atau sederhana dan tidak jauh dari zaman kita. Untuk ini, cuba jangan dilepaskan untuk mendapatkan secara penuh .Perkara yang lebih penting adalah seseorang mendapatkan ilmu dengan menekuni kitab dan mempelajarinya secara dirayah walaupun tidak mendapat apa-apa ijazah kerana memelihara diri dan umat dengan pengetahuan yang murni dan kefahaman yang utuh adalah lebih utama berbanding memelihara periwayatan semata-mata.Lebih baik seseorang terlepas peluang masmūʿāt dari seorang syeikh, apatah lagi kitab itu boleh diriwayatkan dengan ijazah ʿāmmah dari syeikh tersebut berbanding terlepas pengajian walau satu sesi kelas bersama seorang guru yang mengajar tanpa bersanad.Masmūʿāt jika ia pendedahan sepintas bagi yang belum pernah membaca kitab itu dan ulangkaji sekilas bagi yang pernah membaca kitab, ia hanyalah pengisian yang seumpama renjisan ilmu sahaja, khususnya dalam merawat kejahilan dan memperkasakan kefahaman, bukan seumpama basuhan dan pengairan sepertimana bezanya kadar kebersihan dalam menghilangkan najis kencing bayi lelaki kurang 2 tahun yang masih menyusu sepenuhnya dengan hanya sekadar merenjis dan basuhan.Ekoran itu, amat baik jika seseorang mendapat ijazah dari suatu kitab untuk menambahkan kualiti diri dengan pembelajaran walaupun dengan pembacaan yang berfokus.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال السادس Usah terlalu mengejar masmūʿāt yang banyak.Ramai dari kalangan periwayat tidak direkodkan masmūʿāt mereka. Hanya diketahui siapa masyaiykh periwayatan mereka sahaja.Kalau pun ada, sebahagiannya hanya merekodkan bahawa mereka tidak mendengar semua atau hanya dengar tepian (al-Aṭrōf) sahaja, khususnya untuk al-Kutub atTisʿah. Contohnya adalah ašh-Šhaykẖ Ibrōhīm al-Kūrōniyy dalam al-Umām Li Īqōẓ alHumam, ašh-Šhaykẖ ʿAbdullāh bin Sālim al-Baṣriyy dalam al-Imdād Fī Maʿrifah ʿUluww al-Isnād, ašh-Šhaykẖ Muḥammad Muṭīʿ al-Ḥāfiẓ dalam al-Kanz al-Farīd dan pelbagai lagi.Yang penting adalah memfokuskan dengan penguasaan ilmu dan pemantapan kefahaman. Riwayat mungkin berguna ketika umur kita panjang dan ketika kita tidak berdaya untuk mengajar lagi seperti sudah terlalu tua, tetapi ilmu yang bermanfaat akan membentengi diri kita dari kebahayaan kejahilan dan membina masyarakat setempat sepanjang hidup kita, malah keselamatan di hari akhirat.Kalau pun ingin menjadi musnid pun, golongan ini tetap diaibkan jika yang ada hanyalah kejahilan dan lebih teruk adalah penyimpangan. Lihat pula nama-nama musnid yang ternama dan menjadi sambungan utama kepada setiap sanad. Adakah mereka adalah dari kalangan orang awam semata-mata?Jika ingin mengajar dan ingin meriwayatkan kitab, jangan malu untuk meriwayatkan dengan ijazah semata-mata. Walaupun riwayat dengan samāʿ memiliki merit yang lebih tinggi berbanding semata-mata ijazah sahaja, tetapi penghargaan yang lebih utama adalah faedah dari pencerahan kita dan warisan ilmu yang membekas dalam jiwa. Riwayat dengan samāʿ adalah nikmat dunia semata-mata. Tiada yang memberikan apa-apa manfaat melainkan beberapa rakaat yang sedikit yang kita bersolat dengannya pada penjuru malam.Kata al-Junayd al-Baġhdādiyy apabila Jaʿfar al-Kẖuldiyy bertemu dengannya dalam mimpi dan bertanya tentang apa yang tuhan telah berbuat kepadanya:طاحت تلك الإشارات، وغابت تلك العبارات، وفنيت تلك العلوم، ونفدت تلك الرسوم، وما نفعنا إلا ركيعات كنا نركعها فِّي الأسحار\"Tergamam segala isyarat itu, telah hilang segala ungkapan itu, telah hancur segala ilmu itu, Tiada yang memberi manfaat kepada kita melainkan beberapa rakaat yang sedikit yang kita rukuk dengannya pada waktu sahur\".
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال السابعTips memilih majlis jika bertembung dua majlis atau lebih dalam satu waktu yang sama.Antara masalah yang dihadapi oleh penuntut riwayat adalah mereka menghadapi dilemma untuk memilih antara dua majlis yang bertembung pada satu waktu yang sama. Apa pertimbangan yang perlu dibuat untuk memilih kehadiran salah satu majlis dari dua majlis yang bertembung? Berikut adalah beberapa yang saya boleh kongsi dan pertimbangan yang perlu diambil bukan hanya pada satu sahaja, tetapi lebih daripada itu.Pertama, utamakan pengijazah yang dikenali riwayatnya. Jangan memilih majlis yang tidak diketahui riwayatnya sekalipun biografinya diisi dengan pelbagai latar belakang pendidikan. Tujuan periwayatan adalah supaya kita dapat menyampaikan riwayat dari orang yang kita menerima ijazah. Jika pengijazah yang kita ambil tidak tahu apa riwayatnya dan sanadnya, apa manfaatnya?Kedua, utamakan majlis yang diketahui menyediakan sanad atau mudah dicari sanadnya di tempat lain atau yang dapat ditakhrij sanadnya sekalipun hadirin hanya akan mendapat ijazah kẖōṣṣoh kerana seseorang mendapat ijazah yang diketahui riwayatnya dan mendapat bahagian masmūʿāt adalah lebih bermakna berbanding mendapat ijazah ʿāmmah yang tidak diketahui riwayatnya dan tidak dapat diriwayatkan apa-apa pun daripadanya.Sebelum hadiri majlis, sila usahakan dulu untuk membuat semakan sanad sama cuba untuk mentakhrij sendiri atau semak latar belakang admin majlis atau pengijazah yang sememangnya akan memberikan ijazah kepada hadirin.Kadangkala, ada admin sudah mengongsikan sanad mereka di saluran mereka atau halaman rasmi mereka. Kadangkala, sanad ada dalam permulaan kitab atau hujung kitab. Kadangkala, sanad boleh dicari dalam tsabat. Kadangkala, sanad diketahui dan boleh disambungkan dengan takhrij kendiri..Yang penting adalah usaha sedaya yang mampu untuk menyemak periwayatan mereka sebelum menyertai majlis.Ketiga, utamakan majlis yang meriwayatkan secara al-Musalsal. Ini kerana ijazah ʿāmmah tidak merangkumi periwayatan secara al-Musalsal yang memiliki sifat tersendiri yang perlu dipenuhi.Contohnya adalah al-Musalsal pembacaan surah aṣ-Ṣoff. Seseorang perlu mendengar pembacaan surah ini bagi sah untuk meriwayatkan al-Musalsal ini dari pengijazah. Sekadar ijazah ʿāmmah dari seorang pengijazah semata-mata tidak boleh meriwayatkan al-Musalsal ini.Keempat, utamakan mereka yang memiliki isnad yang tinggi atau yang langka. Usah tertitpu dengan sebahagian pengacara majlis yang cuba mengelabui orang ramai bahawa pengijazah yang dijemput adalah panjang umur yang berusia lebih 90 tahun
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة atau seumpamanya, padahal sebahagian mereka hanya memiliki riwayat yang sama tabaqat yang ada pada hari ini atau isnad mereka yang boleh didapatkan dari orang lain.Begitu juga jangan terpengaruh dengan populariti seseorang kerana bukan semua yang popular memiliki isnad yang tinggi atau langka. Kadangkala mereka mengambil dari orang yang sebaya mereka atau yang kita ada peluang untuk mendapatkannya.Semak periwayatan mereka terlebih dahulu agar tidak membuang masa atau terlepas majlis sama ada sebahagian atau keseluruhannya yang sedia ada yang sepatutnya kita sertai.Kelima, utamakan majlis yang mengadakan pembacaan kitab yang langka dibacakan di majlis atau mungkin tidak dibacakan sebelum ini. Jika bertembung majlis yang membacakan kitab yang masyhur yang dibacakan dengan majlis yang membacakan kitab yang langka dibacakan, pilih majlis yang membacakan kitab yang langka kerana kitab yang masyhur yang dibacakan boleh didapatkan dari musnid yang lain.Contohnya adalah jika bertembung majlis kitab al-Uṣūl aṯs-Ṯsalāṯsah karya ašhŠhaykẖ Muḥammad bin ʿAbdul Wahhāb at-Tamīmiyy dengan kitab at-Tawḍīḥ alAbahar Šarḥ Li Taḏzikroh Ibn al-Mulaqqin karya al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy, pilih yang kedua kerana ini adalah kitab yang sangat jarang untuk dibacakan, manakala yang pertama boleh didapatkan di kesempatan yang lain kerana ia adalah kitab yang popular diulang pembacaan.Keenam, utamakan kitab yang belum termasuk dalam masmūʿāt. Jika yang sudah ada dalam masmūʿāt, lebih-lebih lagi masmūʿāt yang penuh dari musnid yang lain, maka tidak perlu untuk hadir sekalipun kitab yang dibacakan itu adalah masmūʿāt dari musnid yang lain.Tidak perlu menyibukkan diri dalam mendapatkan masmūʿāt yang penuh dari pelbagai pengijazah. Memadai untuk mendapat dari seorang sahaja. Untuk apa mendapatkan masmūʿāt yang penuh dari pelbagai orang? Apa yang ingin dibanggakan?Ketujuh, dahulukan yang dirasakan boleh dihabiskan dengan cepat. Jika bertembung antara dua, ambil yang boleh dihabiskan dengan cepat. Apabila habis, boleh terus pergi ke majlis seterusnya walaupun akan ada luput untuk majlis yang seterusnya.Semua ini adalah pertimbangan yang terserah kepada para penuntut untuk mengambil kira dalam memilih majlis yang mereka ingin sertai. Kadangkala, seseorang boleh sahaja mengutamakan yang keenam berbanding yang pertama dan seterusnya. Kadangkala, seseorang boleh sahaja mengutamakan yang pertama dan yang ketiga berbanding yang kelima. Sebegitu seteusnya.Tidak ada paksaan dalam setiap pertimbangan yang dibuat. Yang penting adalah masing-masing memanfaatkan peluang yang ada untuk mendapatkan ijazah dan masmūʿ dari masyayikh dan musnid, di samping ilmu yang terkandung dalam kitab yang dibacakan.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال الثامنManual Takhrij Riwayat Secara RingkasDi sini, saya berkongsi sedikit cara mentakhrij riwayat mereka bagi mereka yang pertama kali atau tiada pengalaman atau tiada pengetahuan dalam mentakhrijkan riwayat mereka.Pertama, jika mereka ada karya bertemakan tsabat, sila rujuk dalam tsabat mereka kerana boleh jadi mereka sudah menyebutkan beberapa sanad kepada kitab seperti Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy dan lain-lain. Ketika ini,Kedua, jika ada tsabat, tetapi tiada sanad yang spesifik bagi kitab yang seseorang menginginkannya atau tiada tsabat, tetapi pengijazah itu diketahui periwayatan mereka dari masyayikh ijazah mereka atau mereka menyebutkan sanad mereka bagi kitab yang kita menginginkan, tetapi kita ingin tambah lagi jalur periwayatan melalui mereka, maka kita boleh takhrij secara manual.Sebelum saya menerangkan takhrij secara manual, seseorang wajib ada kemahiran pembacaan bahasa Arab kerana kebanyakan rekod tentang periwayatan masyayikh hampir kesemuanya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh itu, sekadar bergantung kepada sumber terjemahan atau selain bahasa Arab amat terhad maklumatnya.Apabila sudah ada penguasaan bahasa Arab, bolehlah seseorang boleh memulakan takhrij secara manual. Ambil contoh yang seseorang ingin mendapatkan sanad bagi kitab al-Fawāʾīd alMakkiyyah Fī Mā Yaḥtājuhu Ṭolabah ašh-Šhāfiʿiyyah karya ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy bin Aḥmad as-Saqqōf ašh-Šhāfiʿiyy melalui salah seorang jalur masyayikh ijazah ʿāmmah, ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin bin Muḥammad al-Qōsim.Pertama sekali adalah kita lihat apakah ada sesiapa yang ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy asSaqqōf mengijazahkan riwayat dan ʿāmmah kepada seseorang yang lain. Apabila kita rujuk kitab Minaḥ al-Majīd Fī Ijāzāt Wa Asānīd ašh-Šharīf al-ʿAmīd taʾlīf Muḥammad bin Abū Bakr bin Ḥusayn al-Ḥabšhiyy, didapati ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy bin Ṭōhir al-Ḥaddād, mufti Johor ada meriwayatkan daripada ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy asSaqqōf. Dengan kata lain, ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy as-Saqqōf ada mengijazahkan riwayat kepada ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy al-Ḥaddād.Setelah kita tahu bahawa sanad kitab ini bersambung melalui ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy bin Ṭōhir al-Ḥaddād, maka kita cari pula siapa pula yang meriwayatkan daripada beliau.Didapati bahawa ašh-Šhaykẖ Yāsīn al-Fādāniyy ada meriwayatkan dari beliau apabila kita merujuk Bulūġh al-Amānī Fī at-Taʿrīf Bi Šhuyūkẖ Wa Asānīd Musnid al-ʿAṣar ašh-Šhaykẖ Muḥammad Yāsīn karya Muḥammad Mukẖtaruddīn al-Falimbāniyy dan Tašhnīf al-Asmāʿ Bi Šhuyūkẖ al-Ijāzah al-Asmāʿkarya ašh-Šhaykẖ Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ.Sebegitu juga didapati ašh-Šhaykẖ Aḥmad bin Abū Bakr al-Ḥibšhiyy ada juga meriwayatkan daripada beliau apabila kita merujuk Ṭīb aḏz-Ḏzikr Fī Ṯsabat Wa Asānīd Aḥmad Ibn Abī Bakr Ibn Aḥmad Ibn Ḥusayn al-Ḥibšhiyy.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Sebegitu juga didapati saudaranya, ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin Abū Bakr al-Ḥibšhiyy juga meriwayatkan dari beliau apabila kita merujuk kitab Minaḥ al-Majīd Fī Ijāzāt Wa Asānīd ašh-Šharīf al-ʿAmīd taʾlīf Muḥammad bin Abū Bakr bin Ḥusayn al-Ḥabšhiyy.Oleh itu, jalur ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy bin Ṭōhir al-Ḥaddād melalui ketiga-tiga nama yang disebutkan.Setelah itu, kita mendapati bahawa ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin bin Muḥammad alQōsim pula meriwayatkan daripada ašh-Šhaykẖ Aḥmad bin Abū Bakr al-Ḥibšhiyy.Oleh itu, sanad bagi kitab al-Fawāʾīd al-Makkiyyah Fī Mā Yaḥtājuhu Ṭolabah ašhŠhāfiʿiyyah karya ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy bin Aḥmad as-Saqqōf ašh-Šhāfiʿiyy adalah dari ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin bin Muḥammad al-Qōsim, dari ašh-Šhaykẖ Aḥmad bin Abū Bakr al-Ḥibšhiyy, dari ašh-Šhaykẖ ʿAlawiyy bin Ṭōhir al-Ḥaddād, dari pengarang.Bahkan, melalui jalur sanad ini, seseorang boleh meriwayatkan semua kitab pengarang yang lain atau sanad yang sah untuk bersambung melalui beliau.Bagaimana pula dengan yang melalui periwayatan ašh-Šhaykẖ Yāsīn al-Fādāniyy? Didapati bahawa ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin bin Muḥammad al-Qōsim tidak ada periwayatan secara langsung dari ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy. Maka, periwayatan antara ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin dengan ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy adalah melalui perantara.Maka, perantara beliau kepada ašh-Šhaykẖ al-Fādāniyy adalah boleh pada ašh-ŠhaykẖAḥmad bin Abū Bakr al-Ḥibšhiyy atau mana-mana masyayikh ijazah beliau yang lain, tetapi ia akan menjadi lebih nāzil (rendah) berbanding periwayatan tanpa melalui ašhŠhaykẖ al-Fādāniyy.Untuk melalui ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin Abū Bakr al-Ḥibšhiyy pula, didapati beliau bukan termasuk salah seorang masyayikh ijazah bagi ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin dan tidak juga masyayikh ijazah bagi šh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin. Maka, tidak dapat diriwayatkan kitab ini melalui jalur ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin Abū Bakr alḤibšhiyy dari ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Muḥsin.Ini antara cara takhrij yang seseorang boleh melakukannya sendiri untuk pelbagai periwayatan yang lain.Dari sini, nampaklah bahawa kerja pentakhrijan ini sememangnya memerlukan pembacaan yang luas, khususnya biografi para ulama dan pembacaan tsabat supaya jelas di mana penyambungnya serta ada kemahiran pembacaan bahasa Arab.Dari sini juga nampaklah kenapa saya hanya menghebahkan majlis yang diketahui riwayat pengijazah yang dijemput ke majlis itu.Untuk memantapkan praktikal kemahiran takhrij ini, saya menggalakkan seseorang membaca kitab dan lihat sendiri praktikal pentakhrij untuk pelbagai riwayat:1. Al-Ijāzah al-ʿIlmiyyah Fī Najd karya ašh-Šhaykẖ Hišhām bin Muḥammad bin Sulaymān as-Saʿīd.2. Al-Ijāzāt al-Hindiyyah Wa Tarōjim ʿUlamāʾihā karya Abū Sirōj ʿUmar bin Muḥammad Sirōj Ḥabībullāh 3. Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyaẖōt Wa al-Fahāris Wa al-Barōmij Wa al-Aṯsbāt karya ašh-Šhaykẖ Yūsuf bin ʿAbdul Roḥmān al-Marʿašhliyy
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة 4. Fihris al-Fahōris Wa Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyakẖōt Wa al-Musalsalāt karya ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Ḥayy bin al-Kabīr al-KittāniyyPada kesempatan ini, ada tiga perhatian penting yang perlu diambil cakna dalam pentakhrijan. Yang pertama adalah seseorang perlu ambil tahu pada masmūʿāt (ات َوعُمْسَم) (karya yang mereka dengar pembacaan di hadapan syeikh atau musnid dalam mendapatkan riwayat) dan maqrūʾāt (اتَوءُقرَْم) (karya yang mereka baca di hadapan syeikh atau musnid dalam mendapatkan riwayat mereka). Sebahagian kitab tidak diriwayatkan dengan semata-mata ijazah sama ada kẖoṣṣōh atau ʿāmmah. Ada daripadanya didapatkan dengan dengan samāʿ (dengar) atau qirōʾah (baca).Ini jelas apabila mereka menyebut dalam tsabat mereka sebagai contoh, mereka meriwayatkan Sunan Abū Dāwud secara contoh dengan format (siġhoh) \"اَنَدثََّ ح \"atau ت عَلَيْهِّ\" atauَ\" أخْبَرَنَا\"عَلَيْهِّ\" atau\" قَرَْأ ًُةَِّخ قَرَاءا\" atau\" عَ ِّن ال َّ شيًِّْخ سَمَاع apa atau\" عَ ِّن ال َّ شيْsahaja ungkapan yang menunjukkan wujudnya samāʿ atau qirōʾah.Oleh itu, jika seseorang ingin meriwayatkan kitab yang spesifik yang termasuk dari masmūʿāt atau maqrūʾāt daripada syeikh mereka atau musnid yang mengijazahkan kepada mereka atau yang di atasnya, dipersilakan untuk menyebutkan dalam sanad dengan menyebutkan ini.Untuk contoh perkara ini, saya boleh mencadangkan seseorang untuk membaca alMuʿjam al-Mufahris Aw Tajrīd Asānīd al-Kutub al-Mašhūroh Wa al-Ajzāʾ alManṯsūroh karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy. Sila teliti bagaimana siġhoh yang digunakan dalam setiap tingkat sanad.Yang kedua adalah penggunaan \" ْنَع \"dalam periwayatan ijazah sepertimana yang disebutkan al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam Nuzhah an-Naẓor Fī TawḍīḥNukẖbah al-Fikar Fī Muṣṭolaḥ Ahl al-Aṯsar. Dengan kata lain, ia adalah periwayatan yang bukan termasuk dalam masmūʿāt atau maqrūʾāt para periwayat itu.Akan tetapi, adakalanya penulisan \" ْنَع \"ini sebenarnya termasuk juga masmūʿāt atau maqrūʾāt, tetapi tidak dituliskan format sepertimana yang disebutkan tadi dan digantikan dengan penggunaan \" ْنَع \"kerana urusan pemudahan penulisan dan penyebutan ketika meriwayatkan sahaja.Ini jelas apabila ia berkaitan dengan sebahagian riwayat al-Musalsal yang sama sekali tidak menerima semata-mata ijazah daripadanya.Oleh itu, perlu disemak di sumber lain sama ada ia adalah masmūʿāt atau maqrūʾāt atau pun tidak. Jika syeikh ijazah atau musnid masih hidup, boleh ditanyakan sama
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة penggunaan \" ْنَع \"yang ditulis atau disebutkan adalah ijazah atau ia termasuk daripada masmūʿāt atau maqrūʾāt syeikh atau musnid yang mengijazahkannya.Jika tidak dapat dipastikan, kekalkan sahaja dengan \" ْنَع \"dan anggap sahaja ia adalah ijazah kecuali jika dalam riwayat yang al-Musalsal.Yang ketiga adalah pentakhrijan ini hanya boleh dilakukan apabila adanya pengijazahan ʿāmmah dari setiap perawi dalam jalur sama ada ijazah ʿāmmah untuk semua periwayatan yang dia miliki atau ijazah ʿāmmah untuk suatu riwayat yang spesifik.Adapun pengijazahan secara kẖōṣṣoh secara mutlak seperti pengijazahan dengan sanad tertentu, pentakhrijan ini tidak dapat dilakukan kerana ijazah ini adalah terhad kepada apa yang dispesifikkan oleh pengijazah.Perlu diketahui bahawa apabila seseorang membaca kitab tsabat atau biografi, lafaz ijazah pada asalnya adalah merujuk kepada ʿāmmah.Oleh itu, jika ditemukan dalam tsabat yang menyebutkan: \"Fulan meriwayatkan dari ašh-Šhaykẖ fulan\" atau \"Masyayikh ijazah fulan adalah ašh-Šhaykẖ fulan dan ašhŠhaykẖ fulan\" atau \"Ašh-Šhaykẖ fulan mengijazahkannya\", dipersilakan melakukan takhij sepertimana yang dibincangkan tadi.Sebegitu juga jika pengijazah mengijazahkan ʿāmmah kepada kitab al-Arbaʿīn anNawawiyyah sahaja sebagai contoh, maka dia juga boleh melakukan takhrij seperti tadi, tetapi hanya terhad untuk kitab itu sahaja dan tidak boleh sama sekali dilakukan untuk kitab yang lain. Sebegitu juga pengijazah mengijazahkan ʿāmmah untuk riwayat ašh-Šhaykẖ al-Fadāniyy sahaja.Oleh itu, sepertimana yang disebutkan dalam artikel tentang konsep asas ijazah ʿāmmah dan kẖōṣṣoh, seeloknya setiap penerima ijazah cakna tentang pengijazah mengijazahkan ʿāmmah atau kẖōṣṣoh supaya jelas.Bagaimana pula jika pengijazah mengijazahkan tsabatnya? Perlu dilihat jika dalam tsabat itu disebutkan pengijazahan ʿāmmah atau tidak. Jika ada, maka ditanggung ijazah ʿāmmah sekalipun tidak dilafazkan ijazah ʿāmmah atau sememangnya diketahui bahawa pengijazah itu sememangnya bermurah hati mengijazahkan ʿāmmah.Jika tiada dan biasanya tsabat ini hanya menyebutkan beberapa masyayikh ijazahnya yang dia meriwayatkannya dan menyebutkan beberapa sanad yang bersambung kepada sesuatu riwayat, maka ditanggung sebagai ijazah kẖōṣṣoh yang terhad yang ada dalam kitab itu dan periwayatan daripadanya hanya sekitar apa yang di dalam tsabat itu melainkan jika diketahui bahawa pengijazah itu apabila mengijazahkan sesuatu, pasti dia akan mengijazahkan ʿāmmah.Apapun, lebih elok untuk mendapatkan pensorehan tentang perkara ini agar tidak berlaku kesamaran dan pertikaian.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال التاسعKenapa sebahagian pengijazah tidak diketahui riwayatnya?Kadangkala, kita hadir ke majlis riwayat dan ijazah bersama seorang pengijazah atau beberapa yang lain yang dijemput bersama, tetapi kita hanya dapat ijazah dari mereka tanpa mengetahui siapakah masyayikh ijazah mereka dan apa sanad mereka untuk kitab yang dibaca pada majlis itu.Ada beberapa sebab untuk perkara ini. Yang pertama adalah dari pihak pengijazah itu sendiri. Kadangkala, walaupun mereka dijemput sebagai pengijazah, tetapi usia mereka masih dianggap muda seperti baru 45 tahun atau 50 tahun. Mereka juga masih penuntut seperti kita dan mereka juga ingin mencari riwayat yang lain yang lebih senior lagi sepuh daripada mereka.Jika mereka menyenaraikan apa yang mereka telah dapat seperti ditulis dalam tsabat, lalu ada pertambahan dari penyenaraian nama masyayikh ijazah mereka, bukankah ini akan merumitkan penulisan mereka dalam memperkenalkan riwayat mereka?Namun, pada saya, ini tidak patut kerana kebanyakan media sosial sudah ada pautan untuk hantaran yang diterbitkan jika ingin merujuknya dan hantaran tersebut boleh diedit pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi Facebook atau Telegram. Sepatutnya mereka memanfaatkannya pilihan edit yang disediakan.Mereka tidak perlu menerbitkan tsabat terlebih dahulu jika masih mencari. Jika perlu pun, tulis di Facebook atau di mana-mana platform lain, kemudian edit pada bila-bila masa dengan memberitahu tarikh perubahan. Apabila orang ingin rujuk dengan pautan hantarannya, boleh dikongsikan kepada orang lain dan dia pun mudah untuk merujuknya jika ada sebarang suntingan.Yang kedua adalah sebahagian komuniti yang rapat dengan pengijazah sudah sedia maklum periwayatan mereka, tetapi tidak pada orang luar. Kadangkala, apabila saya bertanya kepada orang yang rapat dengannya, barulah saya dapat tahu siapa masyayikhnya dan apa periwayatannya.Kadangkala, pihak pengacara majlis pun perlu ambil masa yang lebih lama jika ingin menulis biografi dan menyenaraikan periwayatannya apabila ingin menghebahkan majlis. Malah, pengumuman majlis akan menjadi sebuah karangan panjang jika ingin memperkenalkan kesemuanya. Atas sebab itu, mereka tidak menyebutkannya dan beranggapan orang ramai sudah tahu apa periwayatannya.Ini juga tidak sepatutnya berlaku kerana boleh sahaja pihak pengacara majlis buat satu saluran khas untuk mengumpulkan biografi masyayikh yang dijemput dan boleh dijadikan rujukan.Yang ketiga adalah kadangkala sememangnya kelalaian dan sikap lengah sebahagian mereka yang rapat dengannya atau mengenalinya atau pihak penganjur majlis untuk mendapatkan maklumat mengenainya. Apa yang mereka sibuk hanyalah kejar ijazah darinya dan mendapatkan masmūʿāt yang pelbagai daripadanya, tetapi rekod-rekod penting seperti masyayikh ijazah tidak
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة diambil berat. Kemudian, apabila pengijazah itu meninggal dunia, hilang bersamanya maklumat tentang masyayikh ijazah mereka.Ini sememangnya antara sikap kederhakaan terhadap syeikh mereka sendiri kerana melalaikan perekodan periwayatan mereka. Murid jenis apa yang berperangai sebegini yang tidak ambil berat untuk merekodkan perkara yang penting yang bermanfaat untuk ditinggalkan kepada umat?Yang keempat adalah kerana adakalanya sebahagian masyayikh ijazah bagi pengijazah ini ada dari kalangan yang kontroversi yang jika disebut sebahagian, pasti akan ada konotasi negatif dari pihak sekelilingnya seperti dia mengambil dari ahli bidaah atau memiliki samāʿ kitab yang bidaah.Ini yang berlaku pada ašh-Šhaykẖ Qoys bin Muḥammad ʿAbdul Laṭīf Ālu ašh-ŠhaykẖMubārok at-Tamīmiyy apabila menyebutkan bahawa dia ada membaca sesuatu daripada Qoṣidah al-Burdah kepada ašh-Šhaykẖ Muḥammad ašh-Šhaḏzuliyy anNayfar, beliau dituduh sebagai musyrik jahmiyy walaupun qasidah ini adalah yang alḤāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy membaca kepada shaykhnya sepertimana dalam alMuʿjam al-Mufahros. Sebegitu juga al-Ḥāfiẓ as-Sakẖowiyy dalam aḍ-Ḍowʾ al-Lāmiʿ Li Ahl al-Qorn at-Tāsiʿ merekodkan periwayatan qasidah ini tanpa ada sebarang isu.Sebegitu juga yang berlaku ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin Ibrōhīm Ḥilmiyy asSakandariyy al-Miṣriyy yang juga dikecam kerana meriwayatkan dari ašh-ŠhaykẖMuḥammad Zāhid al-Kawṯsariyy. Bagi sebahagian orang, meriwayatkan dari golongan bidaah adalah pelaku bidaah juga walaupun sebahagian musnid mereka inimeriwayatkan dari golongan bidaah yang sufi di sisi mereka seperti ašh-ŠhaykẖʿAbdullāh bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy dan adiknya seperti ašhŠhaykẖ ʿAbdullāh bin ʿAbdul Roḥmān as-Saʿd dan ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin alAmīn Būkhubzah.Bagi saya, ini alasan yang tidak ada valid apa-apa kerana tiada siapa yang boleh memuaskan hati semua orang. Kalau ada orang ingin benci dan boikot kita, jangankan soal ijazah dari siapa yang diambil dan diriwayatkan, isu piscisan pun akan dibangkitkan untuk menimbulkan kebencian pada orang lain.Tidak kira apa pun alasannya, seseorang yang ingin memegang amanah sebagai musnid dan pengijazah kepada sesuatu kitab wajib untuk telus. Kalau disembunyikan namanya, kita yang sebagai penerima pun tidak tahu apakah ada sanad yang bersambung kepada kitab itu.Tambah lagi sekarang bermudah-mudahan dijemput sebagai pengijazah, tetapi pengijazah itu sendiri tidak membuat semakan sama ada mereka mempunyai isnad yang bersambung kepada kitab itu dan melepaskan tanggungjawab untuk telus dengan pengijazahan ʿāmmah sahaja. Yang lebih teruk lagi adalah kẖoṣṣoh sahaja sebelum benar-benar pasti dan tidak pernah pula berkongsi sanadnya.Selama ini mereka sebut \"dengan syarat yang muktabar di sisi ahli hadis\" pada sesi pengijazahan tidak tahu apa yang terkandung dan peringatan padanya?
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Apapun alasan untuk tidak diketahui masyayikh periwayatan, bagi saya tidak ada alasan yang munasabah untuk tidak mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikannya. Zaman sekarang sudah ada penyelesaian cukup banyak.Tidak kira dari pihak pengijazah atau murid, masing-masing tidak ada alasan. Maaf jika ini kata-kata yang pahit dan dilihat ofensif.Jika saya tidak berlebihan untuk berkata sebegini, saya akan berkata pihak pengijazah kalau tidak membuat apa-apa langkah, mereka adalah culas dan tiada tekad untuk warisan periwayatan mereka dan membiarkan diri sendiri mandul kerana para penerima ijazah tidak tahu siapakah yang dia meriwayatkan daripadanya.Manakala dari pihak murid yang memberi bakti dalam mengadakan majlis, mereka telah derhaka kepada pengijazahnya kerana tidak menyediakan warisan peninggalan kepada generasi seterusnya.Saya boleh bersetuju dengan kenyataan ašh-Šhaykẖ Ḥātim Šhalabiyy tentang melengahkan perekodan periwayatan masyayikh adalah perbuatan yang derhaka terhadap gurunya.Saya pula ingin tambah poin dari ašh-Šhaykẖ Ḥātim Šhalabiyy, jika dari masyayikh.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال العاشر Ada admin mempertikaikan kenapa dibacakan muqaddimah Tafsīr Ibn ʿĀšhūr kepada ašh-Šhaykẖ Muḥammad Nūruddīn al-Kẖoṭīb, sedangkan beliau tidak memiliki apaapa riwayat pun daripadanya.Namun, dalam masa yang sama, dia juga membaca apa sahaja kitab yang dia jumpa, kemudian apabila ada orang meminta sanad periwayatan bagi kitab tersebut, dia berlepas diri dengan mendakwa bahawa setiap kitab yang dibacakan ada sanad yang bersambung melalui para masyayikh dan masing-masing perlu takhrij sendiri.Paling melucukan adalah sebahagian kitab yang dibacakan apabila kita membaca muqaddimah pentahqiq, sebahagiannya menyebutkan dengan eksplisit bahawa murid penulis tidak dapat ditemukan atau ada, tetapi tidak dipastikan ijazahnya. Namun, dia tetap membacanya seakan-akan ia adalah riwayat.Admin tersebut sebenarnya mengata diri sendiri tanpa dia sedar.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال الحادي عشرKalau tidak mahu beri ijazah riwayat ʿāmmah pun, tidak perlu tempik pada orang yang meminta. Tolak sahaja dengan cara yang baik.Saya lihat senarai masyayikh ijazah kamu dan semuanya adalah mereka yang amat bermurah hati untuk memberikan ijazah ʿāmmah. Bahkan, kamu juga meriwayatkan isnad kitab yang dijadikan daurah atau majlis dengan ijazah semata-mata atas takhrij dari ijazah āmmah pun. Tiada sama sekali bahagian samāʿ yang khusus untuknya.Kamu sendiri mencari dan mengharapkan pengijazahan ʿāmmah dari kehadiran kamu ke majlis masyayikh, lebih-lebih lagi yang sepuh dan memegang isnad yang tinggi. Tambah lagi jika majlis itu diadakan dengan panjang, bersiri dan yang kamu bersusah payah untuk mendapatkan masa lapang untuk menghadirinya. Mengapa orang lain tidak boleh pula sepanjang menuntut ijazah yang mungkin sama-sama situasi dengan kamu?Tidak perlu seolah-olah menampakkan ijazah riwayat kamu terlalu berharga sehingga orang lain perlu tunduk merayu-rayu dan mendapatkannya dengan susah payah.Tidak memberi itu adalah hak bagi pengijazah, tetapi menolak cara yang baik adalah adab kepada sesama muslim.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال الثاني عشر Yang mencemarkan suasana di saluran majlis riwayat dan ijazah adalah para pengkomen yang datang bergaduh antara Ašhāʿirah-sufi dan salafi. Adakalanya, notifikasi komen yang muncul dalam masa beberapa minit mencecah ratusan sehingga ia pada asalnya tempat berkumpul untuk orang mendapatkan makluman majlis riwayat dari masyayikh dijemput menjadi medan perang bagi orang yang gemar bergaduh dan kemaruk menjadi wira pejuang ahli sunnah.Bahkan, menjadi tempat terbukanya untuk para pengutuk mengutuk masyayikh atau musnid yang dijemput bersama pengacara majlis kerana menjemput orang yang dibenci sehingga lupa kedudukan mulia masyayikh atau musnid yang dijemput itu jauh lebih mengungguli berbanding bara pengutuk ini.Bacalah kitab Nuzḥah an-Naẓor Fī Tawḍīḥ Nukẖbah al-Fikar Fī Muṣṭolaḥ Ahl al-Aṯsar karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy tentang penerimaan hadis dari pembidaah. Ada perincian tentangnya dan boleh diringkaskan seperti berikut.Yang pertama adalah tidak ditolak hadis dari setiap yang dikafirkan dengan sebab bidaahnya kerana setiap kelompok mendakwa bahawa para penyelisihnya adalah pembidaah dan kadangkala kelompok itu berlebihan, lalu mereka mengkafirkan penyelisihnya. Lantas, kalaulah diambil prinsip ini secara mutlak, pasti mengimplikasikan untuk pengkafiran setiap kelompok.Ini adalah poin yang paling mahal kerana tidak semua setiap yang dianggap pembidaah akan diletakkan sebakul sama. Ini jelas dalam mana-mana kitab yang bertemakan perbandingan sekte dan fikrah dalam memperincikan setiap kelompok mengikut tahap dan perbezaan masing-masing. Murjiʾah tidak semuanya sama, Muktazilah tidak semuanya satu kelompok yang sama dan begitulah seterusnya.Ambil juga Ašhāʿirah-sufi dan salafi. Bukan setiap semua orang daripadanya adalah sama. Dari pihak salafi sebagai contoh, sudah tentu ašh-Šhaykh Saʿīd al-Kamāliyy pastinya tidak seperti ašh-Šhaykẖ Ibn ʿUṯsaymīn. Sudah tentu lagi kedua-duanya tidak setahap dengan ašh-Šhaykẖ Robīʿ al-Madkẖoliyy. Begitulah seterusnya. Sebegitu juga dari pihak Ašhāʿirah-sufi. Sudah tentu ašh-Šhaykẖ Saʿīd Fawdah tidak sama dengan ašh-Šhaykẖ ʿAbdullāh al-Haroriyy. Begitulah seterusnya.Membakulkan semuanya dalam kelompok yang sama adalah pengamatan yang tidak cermat dan mengabaikan maqasid yang ingin dicapai pada kitab bertemakan perbandingan sekte dan firqah dalam menimbang setiap satu secara adil.Jika kita ingin membuat penapisan pun dalam meriwayatkan dari seseorang, adili setiap invididu dengan betul dan itupun jika anda memang berkebolehan untuk menilai dengan berdasarkan keluasan ilmu yang ada untuk menilai prinsip dan ajaran bagi sesuatu kelompok.Sekarang, apakah kita mampu untuk menilai setiap seorang individu yang menjadi masyayikh ijazah atau musnid yang kita ingin ambil riwayat? Jika tidak mampu, maka aplikasikanlah apa yang disentuh oleh al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy ini.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Poin yang kedua adalah jika bidaah itu tidak memestikan pengkafiran sama sekali bagi pengamalnya, al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy menganggap bahawa penolakan hadis secara mutlak adalah jauh dari yang tepat.Kalaupun di pihak salafi atau pihak Ašhāʿirah-sufi bukan termasuk golongan bidaah yang dimestikan pengkafiran, jika dalam penerimaan hadis pun tidak ketat sehingga adanya penerimaan hadis secara mutlak, kenapa tiba-tiba dalam periwayatan yang sekadar meneruskan legasi para pendahulu ingin menjadi lebih ketat?Poin yang ketiga adalah jika hadis itu kelihatan untuk menyokong prinsip, pegangan dan kepercayaan bidaah mereka, maka ia tertolak. Akan tetapi, pada zaman ini, praktik ini tidak ada lagi kerana hadis sudah selesai dikodifikasi dan telah jelas ke mana ia berpihak. Yang tinggal hanyalah menyambungkan diri seseorang dengan pengarang atau perawi dalam jalur sanad.Yang penting adalah saya sudah menjelaskan tentang realiti berlakunya silang periwayatan antara dua kelompok yang berlawanan antara satu sama lain atas sebab isu periwayatan adalah tidak seketat isu ikutan dan manhaj.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المقال الثالث عشرBeberapa hari lepas, ada seseorang menuduh ašh-Šhaykẖ Qoys bin Muḥammad bin ʿAbdul Laṭīf Āli ašh-Šhaykẖ Mubārok sebagai musyrik jahmiyy kerana dia menyebut bahawa dia pernah membaca sebahagian daripada qasidah al-Burdah karya alBūṣīriyy.Ramai yang memberi tekanan sehingga sebahagian salafi pun menegur orang ini kerana terlalu melampau menuduh sedemikian. Bahkan, ada saluran dari salafi menyebutkan mereka yang memanggilnya sebagai musyrik jahmiyy sebagai golongan Ḥaddādī.Hakikatnya, periwayatan qasidah ini sudah menjadi tradisi para ulama.Al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam al-Muʿjam al-Mufahros menyebutkan bahawa beliau membaca qasidah ini kepada Šhamsuddīn Muḥammad bin ʿAliyy alĠhumāriyy an-Naḥwiyy dan menyebutkan sanad yang bersambung kepadanya.Justeru, adakah al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy seorang musyrik jahmiyy kerana membaca qasidah ini? Ini sudah cukup untuk membenamkan pelampau ini.Begitu juga al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah merekodkan beberapa ulama yang meriwayatkan qasidah ini dengan samāʿ (dengar). Antaranya adalah Šhihābuddīn Muḥammad bin Aḥmad bin ʿAbdul Wahhāb bin Kẖolaf bin Badr al-ʿAlāʾiyy, Abū al-Barokāt Jamāluddīn Muḥamamd bin ʿUṯsmān bin Muḥammad bin ʿUtṣmān at-Tawzariyy dan Taqiyyuddīn Yūsuf bin Muḥammad bin ʿUmar bin Sālim al-Mašhadiyy.Al-Ḥāfiz as-Sakẖōwiyy dalam aḍ-Ḍowʾ al-Lāmiʿ Li Ahl al-Qorn at-Tāsiʿ juga merekodkan beberapa nama yang meriwayatkan qasidah ini dengan dengar. Antaranya adalah al-Burhān Ibrōhīm bin ʿAliyy bin Muḥammad bin Muḥammad bin Ḥusayn al-Qurōšhiyy al-Makẖzūmiyy al-Makkiyy ašh-Šhāfiʿiyy, Abū Zakariyyā Yaḥyā bin ʿUmar bin Muḥammad bin Aḥmad al-Ḥamawiyy dan Aḥmad bin ʿAbdul Wahhāb bin Dāwud bin ʿAliyy al-Ḥusayniyy.Menariknya adalah kedua-dua mereka ini dalam kitab tersebut apabila berbicara tentang al-Fuṣūṣ dan al-Futuḥāt karya Ibn ʿArobiyy, naratif penceritaan mereka menampakkan sisi negatif. Ini sekurang-kurangnya penunjukan bahawa qasidah ini langsung tiada apa-apa isu akidah yang berbangkit pada zaman mereka dan diriwayatkan tanpa ada apa-apa masalah. Sangat berat sekali untuk mengatakan bahawa masing-masing terlepas pandang, apatah lagi tidak tahu tentang isu akidah yang dijadikan polemik pada hari ini. Tidak seperti kitab Ibn ʿArobiyy yang sememangnya sudah ada perhatian para ulama terhadap mengingatkan kebahayaan kandungannya.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة Sebagai tambahan, al-Imām ašh-Šhawkāniyy juga merekodkan sanad periwayatan qasidah ini dalam Itḥāf al-Akābir Bi Isnād ad-Dafātir.Kemudian, setelah kecoh pada ini, diadakan majlis pembacaan qasidah ini bersama ramai masyayikh pada jam 4.30 pagi waktu Malaysia. Segala puji bagi Allah kerana saya terbangun lebih awal dan dapat mengikuti majlis ini sehingga memperoleh dengar qasidah secara penuh.Qasidah ini antara yang memang saya sangat berharap dapat riwayat secara dengar kerana ia sentiasa didendangkan dan dialunkan, lebih-lebih lagi ketika musim maulid. Namun, sayangnya qasidah ini langsung tidak menjadi perhatian untuk pengijazahan sekalipun ia adalah popular.Saya tidak tahu kenapa rata-rata warga kita amat mengabaikan aspek riwayat, sedangkan ia adalah warisan yang besar dan keistimewaan bagi umat ini. Selagimana ada sanad yang boleh dihubungkan, selagi itu kita menghubungkan dan menyebarkannya. Amat hairan kadangkala ada sebahagian kelompok membanggakan pihak mereka dengan memiliki sanad walau sekurang-kurangnya periwayatan, tetapi merekalah yang paling alpa terhadapnya.Saya bersyukur majlis ini diadakan yang entah kenapa kebetulan pada beberapa hari yang kecoh dengan seseorang yang menuduh musyik jahmiyy. Barangkali ini cara soladiriti untuk membantah pelampau ini.Bahkan, selepas majlis ini terlaksana, ada sahaja suara negatif yang cuba untuk memburukkan majlis ini kerana dipandang adanya masalah aqidah padanya walaupun ia sebenarnya tuduhan yang melulu.Majlis ini juga ditambah dengan pembacaan al-Ḥizb an-Nawawiyy. Sebahagian orang juga merasa tidak senang dengan ini, padahal a-Ḥāfiz as-Sakẖōwiyy dalam kitab tadi juga merekodkan pembacaan Muḥammad bin Abū Bakr bin ʿAliyy bin Ḥusayn alḤasaniyy as-Suyūṭiyy akan hizb ini kepada Yaḥyā bin Muḥammad ašh-Šhāḏzuliyy. Apapun, saya berharap bahawa selepas ini untuk beberapa tahun akan datang, saya akan mengadakan majlis dendangan qasidah ini bersama pengijazahan. Riwayat yang saya mengijazahkan adalah riwayat dengan dengar, bukan semata-mata ijazah.Kemudian, saya akan menambah pembacaaan kitab Naqd Qōsīdah al-Burdah karya alḤāfiẓ ʿAbdullāh bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy dan saya akan mewajibkan sesiapa yang ingin meriwayatkan qasidah ini secara dengar daripada saya mestilah membaca kitab ini. Kitab ini tidaklah tebal, tetapi mengandungi kandungan yang amat penting dan bermakna untuk dibaca dan diambil perhatian.Ini kerana saya berharap bahawa kritikan yang positif adalah antara tradisi para ulama dan pembaharu supaya kita sentiasa terbuka akal untuk menapis dan membina semangat yang padu dalam menjadi kritikal terhadap perkara yang berkaitan dengan agama tanpa dogma taklid.Jangan hanya memandang wahabi sahaja yang menggiatkan tradisi ini. Ia juga dari permata ahli sunnah dari keluarga ahli bait al-Ġhumāriyy yang menjadi teladan dan penghormatan yang besar dalam bakti mereka.
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة
الأثبات والفهارس المحتوى مشايخي بالأجازة عامة وما صحت مرويات شيخ نوع المسلسلات نوع بعض مسموعات لي تخريج بعض الأسانيد النادرة المحتوى إجازة عامةنصيحة خاصة لمن يفسد مجالس السماع عبر البث المباشر ويبتدع بدعة قبيحة منكرة ذم إعالن المجلس في اللحظة األخيرة وتأخر اإلعالن وعقد المجلس المفاجئاختر أجود المجلس الذي تريد متابعته مقدمة الثبت مشايخي باإلجازة العامةاألثبات والفهارس وما صحت مرويات شيخ فصل: ما أروي بواسطة • إتحاف اإلخوان باختصار مطمح الوجدان في أسانيد الشيخ عمر حمدان لمحمد ياسين الفاداني وإتحاف ذوي العرفان ببعض أسانيد عمر حمدان لعمر بن حمدان المرحسي• إتحاف طلبة العلوم الشرعية بأسانيد بعض الكتب الحديثية والفقهية واألصولية لحسن بن محمد مقبولي األهدل• إتحاف العباد بعلم اإلسناد ثبت العالمة المحدث األستاذ الدكتور عبد الكريم السيد البدوي أحمد سليمان الشهير بمصطفى أبي سليمان الندوي الحسيني األشعري الشافعي النقشبندي رضي اهلل عنه • إتحاف العدول الثقات بإجازة كتب الحديث واألثبات لسليمان بن عبد الرحمن بن محمد الحمدان الحنبلي• إتحاف القاصي والداني بإجازة الشيخ المقرئ عبيد اهلل األفغاني ألبي يونس صالح أحمد بن محمد إدريس األركاني المكي وفضل الرحمن في إجازة يوسف بن عبد الرحمن المرعشلي له أيضا• أثبات صبحي بن جاسم البدري السامرائي ومروياته • أثبات محمد ياسين بن محمد عيسى الفاداني ومروياته