PENTAKSIRAN AUTENTIK Pentaksiran autentik merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan (ongoing) sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini berlaku pada: Masa yang sebenar Suasana yang sebenar Hasil kerja murid yang sebenar
PENTAKSIRAN AUTENTIK ❑ Realistik ❑ Melibatkan penyelesaian masalah kompleks dan bukan rutin ❑ Pemikiran kritis murid dicetuskan ❑ Peluang untuk menambah baik tugasan ❑ Bukti penguasaan murid melalui tugasan ❑ Penggunaan rubrik pemarkahan dan pentaksiran kendiri dicadangkan ❑ Penilaian kendiri berkaitan status dan proses pencapaian dalam mata pelajaran tertentu (Wiggin, 1989)
PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBL STEM BERSEPADU • Pentaksiran autentik sesuai dengan pembelajaran yang melibatkan pengalaman dunia sebenar dalam PBL STEM Bersepadu. • Pentaksiran autentik ini berlaku sepanjang proses PdP dalam pelaksanaan PBL STEM Bersepadu. Memerhati Merekod Menyediakan maklum balas Mentaksir tahap penguasaan Bimbingan Tindakan susulan
CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK
TIGA KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK: Pemerhatian Bertulis Lisan
PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBL STEM BERSEPADU SECARA PEMERHATIAN ❑ Guru dapat mengenal pasti kriteria murid. ❑ Murid dapat memberikan maklum balas pembelajaran kendiri dan rakan sebaya. ❑ Kemahiran murid dapat dikesan seperti kemahiran manipulatif, perlakuan, amalan, kemahiran mereka cipta dan kemahiran bersosial
CONTOH INSTRUMEN PENTAKSIRAN AUTENTIK
PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBL STEM BERSEPADU SECARA LISAN ❑ Pentaksiran boleh berlaku secara lisan melalui komunikasi antara - guru dan murid - murid dan murid - murid dan bahan ❑ Antara aspek yang boleh ditaksir ialah kefahaman konsep, pengetahuan fakta, penggunaan bahasa yang tepat, pertuturan, sikap dan nilai murid.
CONTOH INSTRUMEN PENTAKSIRAN AUTENTIK
PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBL STEM BERSEPADU SECARA BERTULIS ❖ Perkembangan intelek dan kemahiran murid dapat dikesan melalui tugasan secara bertulis. ❖ Contoh tugasan secara bertulis: ▪ Latihan bertulis ▪ Karangan ▪ Laporan projek ▪ Laporan eksperimen ▪ Jurnal ▪ Portfolio
CONTOH INSTRUMEN PENTAKSIRAN AUTENTIK
RUBRIK PENTAKSIRAN ❑ Alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti penyelesaian masalah dunia sebenar. ❑ Menilai kriteria yang kompleks dan subjektif. ❑ Fleksibel untuk semua fasa PdP. ❑ Merangkumi satu set skala dengan kriteria penilaian dan deskriptor.
MENGAPA GUNAKAN RUBRIK?
Senaraikan kriteria pencapaian yang ditaksir dan hasil pembelajaran Tentukan tahap pencapaian Tulis pernyataan bagi setiap tahap pencapaian Guna, nilai dan tambah baik rubrik PANDUAN MEMBINA RUBRIK Tips: • Ringkas dan mudah difahami. • Setiap rubrik fokus kepada kemahiran berlainan. • Fokus kepada perkembangan yang ditunjukkan murid dalam pembelajaran. • Menilai kriteria yang boleh diukur. • Fokus kepada objektif yang ingin dicapai.
CONTOH RUBRIK UNTUK LAPORAN DAN PEMBENTANGAN
CONTOH RUBRIK UNTUK LAPORAN DAN PEMBENTANGAN
CONTOH RUBRIK UNTUK PENILAIAN RAKAN SEBAYA DAN KENDIRI
CONTOH RUBRIK UNTUK PENILAIAN RAKAN SEBAYA DAN KENDIRI
SEKIAN, TERIMA KASIH Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Kurikulum Penulis Modul: Video dibangunkan dengan Video PowerPoint 1. Norfadhillah binti Yusoff (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 2. Noraida binti Md Idrus (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 3. Zamhari bin Azman (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 4. Siti Aisyah binti Sahdan (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 5. Anidah binti Abd Rahman (SISC+ PPDD Petaling Perdana, Selangor) 6. Wan Hamiza binti Wan Ismail (SISC+ PPD Jasin, Melaka)
MODUL 6: PENTAKSIRAN AUTENTIK Submodul 6.3: Pentaksiran Bilik Darjah melalui PBL STEM Bersepadu
“Kerja projek boleh dilaksanakan oleh semua murid Tahun 1 di sekolah rendah sehingga Tingkatan 5 di sekolah menengah. Murid digalakkan untuk melaksanakan kerja projek yang menggambarkan kemenjadian mereka.” (Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi 2, BPK, 2019)
PELAKSANAAN PBD BERASASKAN PROJEK Jangka masa menyempurnakan Projek 3 Perbincangan antara guru dan murid diadakan. 2 Etika pelaksanaan Projek Murid mematuhi etika semasa menjalankan projek dan menggalakkan nilai murni. Peranan Pentadbir/ Setiausaha PBD 5 Perbincangan dan penyelarasan oleh pihak pentadbir, setiausaha PBD dan guru penyelia projek perlu dijalankan. 4 Peranan Murid dalam Projek Murid menerima taklimat dan diberikan bimbingan pelaksanaan projek. Rubrik Pentaksiran berasaskan Projek Guru mentaksir berdasarkan enam tahap penguasaan, guru menetapkan tahap penguasaan keseluruhan berdasarkan pertimbangan profesional guru. 1
DIMENSI RUBRIK PENTAKSIRAN BERASASKAN PROJEK 02 03 05 04 06 07 01 Dimensi Mengumpul Maklumat Menggunakan pemikiran kritis dan kreatif, Kolaborasi Dimensi Merancang Menggunakan pemikiran kritis dan kreatif, Kolaborasi Dimensi Mengaplikasi Menggunakan pemikiran kritis dan kreatif, Kolaborasi Dimensi Membuat Refleksi Penilaian Kendiri Dimensi Etika dan Kerohanian Jati diri, Sosio-ekonomi, Etika dan Kerohanian Tahap 1 hingga 6 mengikut pertimbangan professional keseluruhan Dimensi Berkomunikasi Bahasa lisan dan bukan lisan
CONTOH RUBRIK: DIMENSI MENGUMPUL MAKLUMAT Tahap Penguasaan Huraian 1 (Sangat terhad) Murid boleh ∙ mengumpul maklumat dari sumber yang sangat terhad dan tidak berkaitan dengan konteks projek. 2 (Terhad) Murid boleh ∙ mengumpul maklumat dari sumber yang terhad dan kurang bersesuaian dengan konteks projek. 3 (Memuaskan) Murid boleh ∙ mengumpul dan mengurus (menyusun/mengkategori/menyimpan) maklumat daripada sumber yang terhad dan bersesuaian dengan konteks projek. 4 (Baik) Murid boleh ∙ mengumpul dan mengurus (menyusun/mengkategori/menyimpan) maklumat daripada pelbagai sumber dan bersesuaian dengan konteks projek. 5 (Sangat baik) Murid boleh ∙ mengumpul dan mengurus (menyusun/mengkategori/menyimpan) maklumat daripada pelbagai sumber, boleh dipercayai dan bersesuaian dengan konteks projek. 6 (Cemerlang) Murid boleh ∙ mengumpul dan mengurus (menyusun/mengkategori/menyimpan) maklumat daripada pelbagai sumber, sahih dan boleh dipercayai serta bersesuaian dengan konteks projek.
CONTOH RUBRIK: DIMENSI MERANCANG Tahap Penguasaan Huraian 1 (Sangat terhad) Murid boleh ∙ merancang projek yang lebih mirip kepada tugasan sekolah tanpa mengambil kira konteks dunia sebenar dan matlamat yang tidak jelas. ∙ tidak mengemukakan pelan perancangan. 2 (Terhad) Murid boleh ∙ merancang projek yang mempunyai ciri-ciri konteks dunia sebenar yang sangat terhad dan matlamat yang kurang jelas. ∙ merancang aktiviti projek dengan mengemukakan pelan perancangan (penjadualan/struktur organisasi/pembahagian tugas) yang kurang lengkap. 3 (Memuaskan) Murid boleh ∙ merancang projek yang mempunyai ciri-ciri konteks dunia sebenar yang sangat terhad dan matlamat yang jelas. ∙ merancang aktiviti projek dengan mengemukakan pelan perancangan (penjadualan/struktur organisasi/pembahagian tugas) yang lengkap. 4 (Baik) Murid boleh ∙ merancang projek yang mempunyai konteks dunia sebenar, melibatkan tugasan dunia sebenar yang terhad (real world task) dan mempunyai matlamat yang jelas. ∙ merancang aktiviti projek dengan mengemukakan pelan perancangan (penjadualan/struktur Organisasi/pembahagian tugas) yang jelas dan lengkap. 5 (Sangat baik) Murid boleh ∙ merancang projek yang mempunyai konteks dunia sebenar, melibatkan tugasan dunia sebenar (real world task) dan matlamat yang sangat jelas. ∙ merancang aktiviti projek dengan mengemukakan pelan perancangan (penjadualan/struktur organisasi/pembahagian tugas) yang jelas, lengkap dan boleh dicapai. 6 (Cemerlang) Murid boleh ∙ merancang projek yang mempunyai konteks dunia sebenar, melibatkan tugasan dunia sebenar (real world task), matlamat yang sangat jelas serta boleh dicontohi. ∙ merancang aktiviti projek dengan mengemukakan pelan perancangan (penjadualan/struktur organisasi/pembahagian tugas) yang jelas, lengkap, boleh dicapai, teratur, dan boleh dicontohi.
CONTOH RUBRIK: DIMENSI MENGAPLIKASI Tahap Penguasaan Huraian 1 (Sangat terhad) Murid boleh ∙ melaksanakan projek tidak mengikut tempoh masa. ∙ melaksanakan projek tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah mengurus situasi semasa. ∙ menghasilkan projek yang tidak lengkap. 2 (Terhad) Murid boleh ∙ melaksanakan projek dengan kurang mengikut tempoh masa dan kurang mengikut prosedur. ∙ menyelesaikan masalah mengurus situasi tetapi secara terhad. ∙ menghasilkan projek yang lengkap tetapi kurang kemas. 3 (Memuaskan) Murid boleh ∙ melaksanakan projek dengan mengikut tempoh masa tetapi kurang mengikut prosedur. ∙ menyelesaikan masalah/mengurus situasi tetapi secara memuaskan. ∙ menghasilkan projek yang lengkap dan kemas. 4 (Baik) Murid boleh ∙ melaksanakan projek dengan mengikut tempoh masa dan mengikuti prosedur secara betul. ∙ menyelesaikan masalah/mengurus situasi dengan baik ∙ menghasilkan projek yang lengkap dan kreatif. 5 (Sangat baik) Murid boleh ∙ melaksanakan projek dengan mengikut tempoh masa dan mengikut prosedur yang tepat dan betul. ∙ menyelesaikan masalah dan mengurus situasi dengan tersusun dan baik. ∙ menghasilkan projek yang lengkap, menarik, kreatif dan memberi impak yang munasabah. 6 (Cemerlang) Murid boleh ∙ melaksanakan projek dengan mengikut tempoh masa dan mengikut prosedur dengan tepat dan betul, sistematik dan boleh dicontohi. ∙ menyelesaikan masalah dan mengurus situasi dengan sangat tersusun dan cekap. ∙ menghasilkan projek yang lengkap, menarik, kreatif dan memberi impak yang tinggi serta boleh dicontohi.
CONTOH RUBRIK: DIMENSI MEMBUAT REFLEKSI Tahap Penguasaan Huraian 1 (sangat terhad) Murid ∙ jarang membuat penilaian kendiri semasa atau selepas projek. 2 (terhad) Murid ∙ kurang membuat penilaian kendiri semasa atau selepas projek tentang sesuatu perkara dan bagaimana mereka belajar. 3 (memuaskan) Murid ∙ kadang kala membuat penilaian kendiri semasa dan selepas projek tentang sesuatu perkara dan bagaimana mereka belajar dengan memuaskan. 4 (baik) Murid boleh ∙ membuat penilaian kendiri semasa dan selepas projek tentang sesuatu perkara dan bagaimana mereka belajar dengan baik. 5 (sangat baik) Murid boleh ∙ membuat penilaian kendiri semasa dan selepas projek tentang sesuatu perkara dan bagaimana mereka belajar dengan menyeluruh. 6 (cemerlang) Murid boleh ∙ membuat penilaian kendiri semasa dan selepas projek tentang sesuatu perkara dan bagaimana mereka belajar dengan menyeluruh, mendalam dan boleh dicontohi.
CONTOH RUBRIK: DIMENSI BERKOMUNIKASI Tahap Penguasaan Huraian 1 (sangat terhad) Murid boleh ∙ berkomunikasi dengan bahasa lisan atau bukan lisan dengan terhad. ∙ menggunakan kaedah penyampaian yang kurang sesuai. 2 (terhad) Murid boleh ∙ berkomunikasi dengan bahasa lisan atau bukan lisan kurang berkesan. ∙ mengunakan kaedah penyampaian yang terhad dan kurang sesuai 3 (memuaskan) Murid boleh ∙ berkomunikasi dengan bahasa lisan dan bukan lisan dengan betul. ∙ menggunakan kaedah penyampaian yang terhad dengan memuaskan 4 (baik) Murid boleh ∙ berkomunikasi dengan bahasa lisan dan bukan lisan dengan betul dan berkesan. ∙ menggunakan beberapa kaedah penyampaian dengan baik. 5 (sangat baik) Murid boleh ∙ berkomunikasi dengan bahasa lisan dan bukan lisan dengan betul, berkesan dan beradab. ∙ menggunakan pelbagai kaedah penyampaian dengan menarik dan berkesan 6 (cemerlang) Murid boleh ∙ berkomunikasi dengan bahasa lisan dan bukan lisan dengan mantap, berkesan, beradab dan boleh dicontohi. ∙ menggunakan pelbagai kaedah penyampaian dengan menarik, berkesan dan penuh keyakinan serta boleh dicontoh.
CONTOH RUBRIK: DIMENSI ETIKA & KEROHANIAN Tahap Penguasaan Huraian 1 (Sangat terhad) Murid boleh ∙ mempamerkan nilai etika dan kerohanian yang terhad melalui perlakuan harian. 2 (Terhad) Murid boleh ∙ mempamerkan nilai etika dan kerohanian yang kurang memuaskan melalui perlakuan harian. 3 (Memuaskan) Murid boleh ∙ mempamerkan nilai etika dan kerohanian dengan memuaskan melalui perlakuan harian. 4 (Baik) Murid boleh ∙ mempamerkan nilai etika dan kerohanian dengan bersungguh sungguh dalam situasi tertentu. 5 (Sangat baik) Murid boleh ∙ mempamerkan nilai etika dan kerohanian dengan baik dalam pelbagai situasi. 6 (Cemerlang) Murid boleh ∙ mempamerkan nilai etika dan kerohanian secara tekal dan cemerlang dalam kehidupan harian dan boleh dicontohi.
SEKIAN, TERIMA KASIH Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Kurikulum Penulis Modul: Video dibangunkan dengan Video PowerPoint 1. Norfadhillah binti Yusoff (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 2. Noraida binti Md Idrus (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 3. Zamhari bin Azman (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 4. Siti Aisyah binti Sahdan (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 5. Anidah binti Abd Rahman (SISC+ PPDD Petaling Perdana, Selangor) 6. Wan Hamiza binti Wan Ismail (SISC+ PPD Jasin, Melaka)
CONTOH PELAKSANAAN PBL STEM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
LAPORAN PELAKSANAAN PBL STEM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014). Kemahiran berfikir aras tinggi aplikasi di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Buku panduan pelaksanaan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2018). Kurikulum standard sekolah menengah matematik tambahan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tingkatan 4 dan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2019). Buku panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Profesionalisme Guru (2018). Kefahaman melalui reka bentuk: Toolkit modul 6. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (2006). Project based learning handbook: Educating millennial learner. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Burrows, A. & Slater, T. (2015). A proposed integrated STEM framework for contemporary teacher preparation. Teacher Education and Practice, 28, 318-330. Guzey, S. S., Moore, T. J., & Harwell, M. (2016). Building up STEM: An analysis of teacher-developed engineering design-based STEM integration curricular materials. Journal of Pre-College Engineering Education Research (J- PEER), 6(1). 11-29. Honey, M., Pearson, G., & Schweingruber, H. (2014). STEM integration in K12 education: Status, prospects, and an agenda for research. The National Academies Press. https://doi.org/10.17226/18612 Johnson, C. C., Peters-Burton, E. E., & Moore, T. J. (2015). STEM road map: A framework for integrated STEM education. Routledge. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kelley, T. R., & Knowles, J. G. (2016). A conceptual framework for integrated STEM education. International Journal of STEM Education, 3(11). https://doi.org/10.1186/s40594-016-0046-z
Larmer, J., & Mergendoller, J. R. (2010). 7 Essentials for Project-Based Learning. Educational Leadership, 68(1). 34-37. Meng, C. C., Idris, N., & Eu, L. K. (2014). Secondary students’ perceptions of assessments in science, technology, engineering, and mathematics (STEM). EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 10(3), 219-227. https://doi.org/10.12973/eurasia.2014.1070a Moore, T., Stohlmann, M., Wang, H., Tank, K., Glancy, A., & Roehrig, G. (2014). Implementation and integration of engineering in K-12 STEM education. In J. S. Purzer & M. Cardella (Eds.), Engineering in Pre-College Settings: Synthesizing Research, Policy, and Practices (pp. 35–60). Purdue University Press. Sanders, M. (2009). STEM, STEM education, STEMmania. The Technology Teacher, 68(4), 20-26. Spencer, J. (2018). Students need to solve real world problem. https://spencerauthor.com/pblproblems/ Purzer, S. (2017). Engineering approaches to problem solving and design in secondary school science: Teachers as design coaches. A paper commissioned by the national academies of sciences, engineering, and medicine science investigations and engineering design for grades 6-12.
Wiggins, G. P., & McTighe, J. (2011). The understanding by design guide to creating high-quality units. ASCD. Wiggins, G. (1989). A true test: toward more authentic and equitable assessment. The Phi Delta Kappan, 70(9), 703–713. http://www.jstor.org/stable/20404004 Yusof@Jusoh, M. H., & Othman, N. (2019). Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam sistem penilaian di Malaysia. e-prosiding PersidanganAntarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. 337-350.
PENASIHAT DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum PENGERUSI HAJAH NOR’AIDAH BINTI NORDIN Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik PANEL PENULIS/ EDITOR DR. INTAN BAIZURA BINTI A GHANI Bahagian Pembangunan Kurikulum ZAMHARI BIN AZMAN Bahagian Pembangunan Kurikulum SITI AISYAH BINTI SAHDAN Bahagian Pembangunan Kurikulum SORAYA BINTI ISHAK Bahagian Pembangunan Kurikulum DR. CHIANG KOK WEI Bahagian Pembangunan Kurikulum AHMAD FAUZI BIN SABIKIS PPD Kluang, Johor ANIDAH BINTI ABD RAHMAN PPD Petaling Perdana, Selangor ARNI SAMIRATY BINTI ABDOL SAMAT PPD Kuala Pilah, Negeri Sembilan
DR. LENA BINTI NUAR @ ANUAR PPD Tawau, Sabah NIK ZULHAZRI BIN NIK SIN PPD Bachok, Kelantan SITI HAMIDAH BINTI ABDUL HAMID PPD Kuala Muda, Kedah WAN HAMIZA BINTI WAN ISMAIL PPD Jasin, Melaka MOHAMAD KHAIRUL ASHRAF BIN MOHAMAD SAID SK Telok Kemang, Negeri Sembilan NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI SK Singkir, Kedah NIK AIDA BINTI NIK YUSUF SMK Putrajaya Presint 16 (1), WP Putrajaya NURUL HUDA BINTI KASIM SMK Syeikh Abdul Ghani, Perak NORLIZA BINTI MOHAMED SK Seksyen 19, Selangor ROZILAH BINTI YUNUS SMK Simpang Bekoh, Melaka SOFFEATUL RAUNIQIAH BINTI MD RAHIM SK Putrajaya Presint 16 (1), WP Putrajaya VALARMATHI A/P VALOO SJK (T) Tun Sambanthan, Perak NORFADHILLAH BINTI YUSOF Pelajar Pasca Siswazah, KPM NORAIDA BINTI MD. IDRUS Pelajar Pasca Siswazah, KPM
DR. LIEW YON FOI Institut Aminuddin Baki ABD. MAJID BIN MD. NOH Jabatan Pendidikan Negeri Perlis HASLIZA BINTI ABDULLAH JPN WP Putrajaya, WP Putrajaya FAEZIA BINTI SALLEH PPD Port Dickson, Negeri Sembilan FAUZI BIN SALLEH PPD Kuala Terengganu, Terengganu LIM YONG SOON PPD Miri, Sarawak MOHD PEKRI BIN MAT ZIN PPD Bachok, Kelantan SHUHAIMI BIN SHARIFF PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang TENGKU NOOR ASIAH BINTI RAJA IBRAHIM PPD Bangsar / Pudu, Kuala Lumpur ABDUL HALIM BIN SAHLAN SK Batu 3, Johor CHUNG CHOING KIUN SMK Dato’ Permaisuri, Sarawak ELWA LISA ITAM WALI SMK Dato’ Kailan, Pulau Pinang FARIDAH BINTI LIASMAT SK Sungai Bedaun, Labuan HABIBAH BINTI JA’AFAR SMK Bentong, Pahang IVAN LAI SMK Taman Perumahan Bedaun, WP Labuan PENULIS BERSAMA
JEEVAREANI A/L SAMIKANU SK Sungai Bedaun, WP Labuan MOHD SHUKRI BIN CHE GHANI SK Tawang, Kelantan MOHD. NAZRI BIN ALI SK Pokok Tampang, Pulau Pinang MONO BINTI ANJUH SMK Tawau, Sabah NAEMAN BIN MAT YATIM SK Sulaiman, Pahang NORAINI BINTI ABDULLAH SK Sempang, Melaka NORLIZA BINTI ABDUL KADIR SK Losong, Terengganu NORMILA BINTI KHALID SMK Seri Badong, Kedah RAHIMAH BINTI ISMAIL SMK Datuk Haji Abdul Samad, Negeri Sembilan RAHAYU BINTI RAMLI SMK Abi, Perlis ROHANI BINTI MOHD SALIM SMK Convent Jalan Peel, WP Kuala Lumpur ROZITA BINTI MOHD ZAIN SMK Sultan Ahmad, Terengganu SITI MARWIAH BINTI MOHALI SMK Seksyen 18, Shah Alam Selangor SITI SARA BINTI YUSOF SK Anchi, Sarawak YAPP NYUK CHU SJKC Kung Ming, Sabah ZARIPAH BINTI ALSHAARI SK Padang Melangit, Perlis ZURAINA BINTI SAHARUM SMK Tengku Aris Bendahara, Johor
PASUKAN TEKNIKAL ABDUL RAZAK BIN ABDUL WAHAB Bahagian Pembangunan Kurikulum HII LU KONG PPD Subis, Sarawak ABDULLAH YASER BIN MOHD ZAIN SMK Kepong Baru, Kl ASMAIZHA BIN AHMAD SMK Yaacob Latif, Kuala Lumpur ASMAFITRI BINTI ZANILABDIN SK Ampang Campuran, Selangor KHAIRUL EFENDDY BIN HAMID SMK Pokok Sena, Kedah MOHD AZHAR BIN MD SAAD SMK Simpang Beluru, Perak MOHD NORUL SYAWAL BIN IBRAHIM SMK Sungai Retang, Pahang MOHD FAKRUL HAKIMI BIN ZAINAL ABIDIN Kolej Vokasional Kulim, Kedah MOHD LOQMANUL HAKIM BIN KAMARULDZAMAN SMK Pendeta Za’ba, Negeri Sembilan MUHAMMAD AIEZAD BIN ASNI SMA Al-Ehya El-karim, Melaka NURAINNA BINTI MAZLAN @ SAMAD SMK Tunku Putra, Johor NORHALINA BINTI ABDULLAH SK Tenaga Setia, Johor NUR HUDHA BINTI MAZLAN SMK Seremban Jaya 2, Negeri Sembilan