FAKTOR-FAKTOR
MEMPENGARUHI
HARGA SAHAM
EPPM3654
PENGURUSAN
PELABURAN & PORTFOLIO
DR. MOHD HASIMI YAACOB
Jun 2020
Dikemaskini oleh Hazila Haril GA03261
KANDUNGAN
1#
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN SYARIKAT: PROFIL/FUNDAMENTAL SYARIKAT #
2#
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN SYARIKAT:PEMBERIAN DIVIDEN ATAU BONUS
3 #
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN SYARIKAT:KEMAMPUAN SYARIKAT
MENGHASILKAN ALIRAN WANG TUNAI PADA MASA KINI DAN PADA MASA
AKAN DATANG
4#
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN SYARIKAT: PROFIL/FUNDAMENTAL SYARIKAT #
5#
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN SYARIKAT:PEMBERIAN DIVIDEN ATAU BONUS
6 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: PERMINTAAN DAN PENAWARAN
7 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: PERSEPSI PASARAN #
8 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: PERTUMBUHAN INDUSTRI
9 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: PASARAN SAHAM NEGARA ASING
10 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: KESTABILAN EKONOMI #
11 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: FAKTOR POLITIK
12 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: DASAR KERAJAAN/UNDANG-UNDANG
13 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: TEKNOLOGI #
14 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: SOSIAL/MASYARAKAT
15 #
FAKTOR-FAKTOR LUARAN: KHABAR ANGIN/SPEKULASI
KANDUNGAN
16 #
FUNDAMENTAL EKONOMI MAKRO: INFLASI #
2
17 #
FUNDAMENTAL EKONOMI MAKRO: KADAR FAEDAH
#
18
FUNDAMENTAL EKONOMI MAKRO: NILAI PERTUKARAN MATAWANG #
#
19 #
FUNDAMENTAL EKONOMI MAKRO: KADAR PENGANGGURAN
#
20
TEORI KEYAKINAN (CONFIDENCE) HARGA SAHAM
21
SCAM/TRAGEDI/PERISTIWA TIDAK DIJANGKA
3
1.Faktor-Faktor Dalaman Syarikat: Profil/Fundamental Syarikat
GA04102 GA04371
FATIMAH BT SHAHUDIN MUHAMAD ZIKRI B ROSLI
1. PENGENALAN
Faktor-faktor dalaman syarikat termasuklah merupakan unsur yang paling dekat dengan syarikat
dan mampu untuk mempengaruhi secara langsung aktiviti saham syarikat naik turun harga serta
pemintaan dan penawaran harga saham dalam syarikat tersebut bagi menarik lebih banyak pelabur
untuk melabur didalam syarikt.
Persekitaran syarikat seperti profil syarikat sesebuah organisasi syarikat yang mempunyai nama
baik untuk mempromosikan reputasi syarikat. Faktor dalaman syarikat diliputi oleh elemen-elemen
persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah laku
perjalanan aktiviti syarikat.
Justeru itu, Sebelum syarikat mula merancang strategi untuk menaik lebih ramai pelabur untuk
melabur didalam syarikat, syarikat perlu untuk mempersembahkan dengan baik akan image
syarikat atau reputasi, pelabur yang bakal melabur didalam syarikat perlu mengenali, menganalis
dan memahami keadaan faktor dalaman syarikat dalam pengalaman dalam pengurusan laporan
yang baik terlebih dahulu. (Zulhan Bin Matlin & Mohamad Haniz Bin Osman)Namun, faktor
dalaman tersebut boleh dinilai berdasarkan laporan pngurusan yang lepas.
2. FAKTOR-FAKTOR DALAMAN SYARIKAT
2.1 PROFIL SYARIKAT
Maksud profil syarikat adalah merujuk kepada reputasi syarikat atau nama baik syarikat itu sendiri
apabila syarikat mempunyai nama baik membantu menaikkan peluang ramai pelabur untuk
melabur dalam syarikat kerana mempunyai reputasi yang baik. (Buletin Ekonomi Suku Tahunan,
1982) Tambahan pula, Profil syarikat merupakan sebuah dokumen yang mengandungi maklumat-
maklumat penting bagi sesebuah perniagaan dan syarikat cara pengurusan syarikat yang tersusun
dengan kemas dan formal.
Oleh itu, Kelebihan memiliki profil syarikat yang baik jika mempunyai profil syarikat dalam bentuk
bercetak itu lebih menarik. Ianya boleh dibawa ke mana-mana untuk tujuan pemasaran dan
memperkenalkan syarikat. Syarikat akan kelihatan serius dan tersusun kerana Nampak teratur
mengikut prosedur Syarikat akan dipandang satu syarikat yang boleh dipercayai dan tiada apa perlu
didiamkan kepada pelabur.
4
Selain itu, banyak Maklumat boleh diperolehi dengan mudah. Oleh itu, mana-mana Syarikat yang
mempunyai reputasi atau nama baik syarikat, dalam pengurusan syarikat atau saham sudah
semestinya akan dapat menarik minat atau hati para pelabur untuk membeli saham mereka pada
syarikat tersebut.
2.2 PENGALAMAN SERTA REKOD PENGURUSAN YANG BAIK
Apabila syarikat mempunyai pengalaman dalam pengurusan saham yang baik pada rekod sebelum-
sebelum ini membantu syarikat untuk menarik hati pelanggan dengan lebih ramai pelabur untuk
melabur bagi menaikkan lagi peluang syarikat untuk lebih mengembangkan lebih tinggi prestasi
syarikat pada masa akan datang lebih tertumpu kepada skop syarikat yang lebih meluas dengan
adanya pemegang saham yang mempercayai prestasi syarikat itu sendiri.
Seterusnya, dengan penyediaan rekod pengurusan yang baik dapat membantu penyediaan laporan
yang dapat menaikkan prestasi untuk menyakinkan pemegang saham untuk terus melabur
membantu untuk mempengaruhi bagi menaikkan lebih tinggi harga saham syarikat apabila berlaku
permintaan dan penawaran yang betul kerana harga saham syarikat boleh berubah merujuk kepada
saham syarikat yang menunjukkan prestasi, (Chong, 2008) pengalaman serta rekod pengurusan
yang baik demi untuk meningkatkan prestasi syarikat
Oleh itu, faktor dalam syarikat ini banyak membantu perubahan harga saham pada masa akan
datang serta syarikat bersedia untuk penyediaan rekod yang baik kepada pemegang saham.
3. KESIMPULAN
Faktor perubahan harga saham sesebuah syarikat samada turun atau naik dapat disimpulkan
dengan melibatkan kepada keadaan prestasi syarikat yang mempunyai nama baik yang mana
menarik minat pelabur untuk melabur serta dari peluang syarikat mempunyai lebih ramai pelabur
yang mempercayai syarikat itu mampu untuk mengkekalkan prestasi yang baik pada masa akan
datang yang memberi keuntungan kepada pelabur itu sendiri. Hal ini, dapat dilihat profil syarikat
yang baik antara faktor dalaman syarikat yang membantu untuk menaikkan pemegang saham yang
baru dan lebih ramai.
4. LAMPIRAN
5
Rajah diatas merujuk kepada prestasi saham syarikat top glove Semasa pandemik covid-19 syarikat
pembekal penjagaan kesihatan seperti saham top glove meningkat naik berbanding saham jenis
syarikat lain yang juga membekalkan penjagaan kesihatan kerana prestasi serta nama baik top glove
yang diutamakan berbanding saham syarikat lain.
5. RUJUKAN
I. Buletin Ekonomi Suku Tahunan. (1982). the University of Wisconsin - Madison: Bank Negara
Malaysia.
II. Chong, D. (2008). Pengajian Am Kertas1. malaysia: Arah Pendidikan Sdn Bhd.
III. Zulhan Bin Matlin & Mohamad Haniz Bin Osman. (n.d.). kesan-kesan dividen, perolehan, aliran
tunai dan saiz firma terhadap pulangan saham bagi syarikat senaraian awam di sarawak. Politeknik
Kuching Sarawak, 3.
PENGENALAN
Faktor-Faktor Dalaman Syarikat merupakan faktor yang mengakibatkan kenaikkan dan penurunan
harga sesaham melalui dalam syarikat itu sendiri termasuklah profil tentang syarikat tokoh yang
terlibat dengan syarikat, ia merangkumi kesemua yang terlibat didalam syarikat itu sendiri daripada
pemilik pekerja mahupon orang bawahan yang berkhidmat dengan syarikat itu sendiri dan juga
pekara tidak hidup iaitu produk itu sendiri.
6
TOKOH
Tokoh merupakan salah satu penyebab dalam peningkatan harga saham seperti kita sedia maklum,
apabila tokoh dalam sesebuah syarikat merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang
pengurusan semestinya harga saham akan meningkat dan sebaliknya jika sebuah syarikat
meletakkan seseorang yang tidak berpengalaman dalam bidang pengurusan dan ekonomi semasa
harga akan menurun berikutan risiko yang boleh diakibatkan daripada suatu pekara yang baru.
Disini penulis ingin sebutkan satu tokoh sebagai contoh dalam faktor dalaman syarikat iaitu tak
lain tak bukan Tan Sri Abdul Wahid Omar, apa yang berlaku sepanjang perlantikkan beliau sebagai
pengurusi baharu bursa saham, harga bursa saham meningkat sebanyak 7 sen menjadikan harga
bursa saham pada 17 april 2020 meningkat daripada RM5.85 kepada RM5.92 sesaham disini kita
dapat perhatikan antara salah satu faktor dalaman dalam kenaikkan harga saham adalah tokoh itu
sendiri. Seterusnya ialah pengalaman tokoh dalam mencari idea atau strategi bagi meningkatkan
harga saham. Disebabkan kita Tan Sri Abdul Wahid Omar merupakan salah seorang tokoh koperat
yang terkemuka di Malaysia ini suka untuk penulis rungkaikan pengalaman beliau telah berkhidmat
selama 17 tahun dengan syarikat berkaitan kerajaan bermula dengan UEM Renong group pada
2001 sehingga 2004 kemudian Telekom Malaysia daripada 2004 hingga 2008 dan akhir sekali
Malayan Banking BHD dari 2008 hingga 2013 dengan pengalaman beliau dalam sector kerajaan
ini memungkinkan beliau untuk khatam segala selok belok dalam bidang ekonomi dan pengurusan
jadi tidak hairanlah dengan perlantikkan pengurusi baharu bursa Malaysia beliau Berjaya
meningkatkan harga saham dalam tempoh yang amat singkat.
2.0 JENIS BISNES
Seterusnya adalah jenis bisnes yang dijalankan. Pada era yang semakin canggih ini jenis bisnes
amatlah penting tambahan pula rata-rata memiliki telefon pintar yang akhirnya akan mengetahui
keberadaan setiap produk. Jadi bagi memastikan saham terus meningkat kemampuan bisnes itu
sendiri mestilah mampu berdiri sendiri tanpa mengharapkan apa-apa daripada faktor yang lain.
Sebagai contoh saya ambil TNB. TNB merupakan sebuah syarikat elektrik yang memonopoli
didalam Negara ini. Jadi keberadaannya amatlah penting, hal ini membuatkan saham TNB tidak
akan hilang dari bursa Malaysia berikutan kehendak dalam memiliki sesuatu produk. Jadi
pemilihan sesuatu produk dalam meningkatkan harga saham amatlah penting. Suka juga saya
jadikan contoh saham top glove yang meningkat pada tempoh epedamik ini. Pemilihan sesuatu
produk amat penting dalam situasi ini kita menggunakan faktor luaran bagi merubah faktor dalaman
sesuatu syarikat. Saham Top glove terusk meningkat dari masa ke semasa. Jadi dapat penulis
7
rumuskan pemilihan produk amat penting bagi meningkatkan harga saham termasuklah semua
aspek yang terlibat seperti keberkesanan dan design produk itu sendiri.
KESIMPULAN
Dalam mencari idea luar untuk meningkatkan harga unit sesaham perlu kita perhatikkan faktor
dalam yang terkadang hanya kecil tapi mampu merubah pada skala yang besar, seperti contoh yang
telah diberikan akibat daripada pelantikkan orang yang salah dalam sesuatu syarikat hal ini akan
mengakibatkan kerugian yang besar dan juga sebalikknya akan meningkatkan keuntungan jika
Berjaya diambil alih oleh individu yang sepatutnya. Dan akhir sekali faktor produk itu sendiri yang
terkadang kebanyakkan syarikat mengambil enteng pekara ini yang sememangnya merupakan
faktor terbesar dalam peningkatan harga saham.
RUJUKAN
1. http://www.astroawani.com/berita-bisnes/saham-bursa-malaysia-naik-berikutan-kemungkinan-
pelantikan-wahid-omar-238793
8
2.Faktor-Faktor Dalaman Syarikat: Pemberian Dividen Atau Bonus
GA04103 GA04368
HAMIMAH BT MOKERAM NURANIS HANINA BT ABDULLAH
APA ITU BONUS ?
Bonus bermaksud satu pemberian gaji tambahan ataupun ganjaran daripada pihak atasan diatas
kesungguhan dan prestasi para pekerja melakukan sesuatu pekerjaan ataupun kerja yang berkaitan
bidang masing masing. Sebagai pekerja yang dapat mengukuhkan matlamat dan objektif organisasi
dalam syarikat serta dapat memastikan bahawa kelakuan atau sikap pekerja adalah sehaluan dengan
apa yang dikehendaki amatlah disegani oleh pihak atasan. Mereka akan menilai setiap pekerja
pekerja mereka dengan senarai yang telah di sebut tadi. Penilaian akan dibuat dari awal tahun
sehingga ke penghujung tahun. Dan akan di beri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Selain itu
pekerja yang dapat memberikan mesej yang jelas tentang budaya dan nilai didalam organisasi ,
terutamanya dari segi kelakuan mereka akan dinilai juga. Ini bermakna mereka telah menyebarkan
aura positif dalam kalangan pekerja sekaligus dapat menunjukkan sikap dan prestasi yang baik.
Bukan Cuma itu, jika mereka membantu dalam memotivasikan para pekerja dan dapat menjadi
contoh diantara mereka adalah sesuatu perkara yang baik.menarik perhatian dan mengekalkan
pekerja yang berkaliber. menyediakan ganjaran untuk sesuatu usaha atau prestasi yang amat
memuaskan. menghantar atau menyalurkan mesej-mesej tentang prestasi yang tidak boleh
diterima.menggalakkan inovasi dan pemikiran strategik. menggalakkan pemfokusan ke atas isu-isu
yang membawa kepada kejayaan kepada perniagaan atau organisasi. menggalakkan keefisienan,
keefektifan dan produktiviti yang tinggi. Bonus juga termasuk dimana syarikat yang mempunyai
sistem motivasi yang mantap membayar bonus prestasi kepada kakitangan-kakitangan yang
mencapai rating yang memuaskan atau penilaian prestasi tahunan mereka adalah tinggi yang
membolehkan mereka mendapat ganjaran ataupun bonus.
APA ITU DIVIDEN SYARIKAT ?
Merupakan pengagihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan
saham yang dimilikinya. Jumlah yang akan diterima pemegang saham tertakluk kepada jumlah
saham yang dimiliki di dalam syarikat tersebut. Antara syarat penerimaan dividen adalah ianya
akan dibayar kepada pemegang saham yang mempunyai keuntungan . Dibayar kepada pemegang
saham jika syarikat mempunyai keuntungan sahaja. Segala bentuk pengagihan dividen adalah
dibenarkan oleh pengarah syarikat. Syarikat berupaya untuk membayar hutang 12 bulan selepas
9
pengagihan dividen dibuat.Selain itu ianya boleh dibuat bila-bila masa sahaja mengikut apa- apa
jumlah yang telah dipersetujui oleh pengarah syarikat.Pihak yang terlibat adalah Bursa Saham
dimana semua dividen diisytiharkan kepada Bursa Malaysia. Dan segala jenis bentuk dividen akan
dibayar selepas jumlah cukai syarikat ditolak.
Antara Kelebihan Membayar Dividen adalah dapat :-
Ianya menunjukkan kestabilan sesebuah syarikat dimana syarikat yang berupaya membayar
dividen dengan lebih kerap amat disukai oleh para pelabur kerana dapat menunjukkan prestasi
syarikat tersebut. Selain itu dapat menarik lebih ramai pelabur untuk melabur didalam suatu
syarikat. Bukan itu saja , kita juga boleh berkongsi rezeki yang diterima dengan pelabur. Dan dapat
menjalinkan hubungan baik antara pelabur dan syarikat. Keuntungan yang didapati adalah
berdasarkan peratusan mengikut kiraan tahunan.
Contoh cara pengiraan dividen :
Formula: Unit Saham yang dipegang (Unit) X Nilai Dividen (RM/per saham)
Contoh: Unit yang dipegang = 500 unit, Nilai dividen (RM) = RM 0.50
Jawapan: 500 unit x RM 0.50 = RM 250
Disini menunjukkan bahawa jumlah dividen yang akan diterima pemegang saham tersebut ialah
sebanyak RM 250.
PERBEZAAN DIANTARA BONUS DAN DIVIDEN:-
Bonus adalah pemberian ganjaran Dividen adalah pengagihan
disetiap hujung tahun kepada pekerja yang keuntungan syarikat berpandukan
bertungkus lumus dalam mengendalikan peratusan yang diterima pada tahun
sesuatu kerja tersebut.
Pemberian bonus akan dinilai oleh Pemberian dividen akan dipersetujui
majikan oleh pihak majikan.
Bonus akan diberikan mengikut bulan. Pemberian dividen akan dikira selepas
Contohnya pemberian bonus akan diberikan hujung bulan 12 dan akan diberi pada awal
mengikut gaji selama 5 bulan . tahun.
Sumber Rujukan
https://fbsmy.com/glossary/bonus-25
https://www.imoney.my/articles/apakah-dividen-bm
http://b-naimem.tripod.com/buku.htm
http://www.amacc.com.my/2019/09/19/dividen-syarikat/
10
3. Faktor-Faktor Dalaman Syarikat: Kemampuan Syarikat Menghasilkan Aliran
Wang Tunai Pada masa Kini Dan Pada Masa Akan Datang
GA04106 GA04338
MALARVILI A/P M KANASIN MOHD SHUKRI B RAZALI
Penularan COVID-19 bukan hanya berisiko kepada kesihatan orang awam tetapi mengundang
bahaya yang lebih buruk kepada ekonomi. Kemelesetan ekonomi 2020 menjangkakan lebih ramai
akan diisytihar muflis. Daripada petikan dari Astro Awani, MIDF Research meramalkan bahawa
tahun 2020 bakal membawa pelbagai cabaran ekonomi yang akan memberi impak yang besar
kepada pelbagai sektor. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kemampuan syarikat dalam memastikan
alir tunai yang stabil dan pengurusan kewangan yang cekap memainkan peranan penting dalam
memastikan operasi syarikat berjalan lancar sepanjang krisis serta masa hadapan.
Dalam krisis yang melanda dunia kini, faktor-faktor dalaman sesebuah syarikat yang
mempengaruhi kemampuan syarikat menghasilkan aliran wang tunai pada masa kini dan pada masa
akan datang harus dititikberatkan. Pokoknya, rancangan perniagaan adalah elemen yang penting
dalam menentukan hala tuju sesebuah syarikat serta dijadikan panduan dalam menerajui perniagaan
dalam masa akan datang. Pengurusan kewangan merupakan salah satu elemen terpenting dalam
memastikan aliran tunai sesebuah syarikat stabil dan berterusan.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan Kewangan?
Sebagai contohnya, dalam permainan bola sepak, matlamat pemain adalah untuk menjaringkan gol
dan memenangi perlawanan. Namun, setiap pemain mempunyai kedudukan serta kepentingan
masing-masing dalam mengorak langkah serta menggunakan pelbagai teknik bagi mencapai
kemenangan, Tetapi apakah akan terjadi sekiranya setiap pemain tiada semangat kesukanan dan
berlari tanpa hala tujuan? Semestinya mereka akan gagal. Seperti permainana bola sepak, setiap
perniagaan atau syarikat perlu mempunyai matlamat dan hala tuju dalam memastikan operasi yang
berterusan.
Pada zaman dahulu, kewangan lebih bersifat kepada sistem barter. Kini dengan evolusi yang
semakin berleluasa, nilai mata wang juga telah digantikan dengan wang-wang virtual, kad pintar,
malah bon atau saham. Bagi memastikan dan meneruskan kehidupan yang selesa, kita memerlukan
wang. Oleh itu, pengurusan kewangan amatlah penting bagi memastikan kita dapat melalui fasa-
fasa kecemasan. Dalam keadaan pendemik kini, banyak syarikat terpaksa gulung tikar akibat
daripada masalah kewangan yang teruk.
Pengurusan kewangan melibatkan pelbagai teori ekonomi serta ilmu-ilmu perakaunan. Secara
amnya, pengurusan kewangan juga melibatkan pasaran modal dan pelaburan. Kepentingan
11
pengurusan kewangan bukan hanya terhad kepada akauntan dan pengurus kewangan malah setiap
individu. Dalam konteks perniagaan pula, ia adalah tanggungjawab setiap jabatan atau pengurusan.
Sebagai contohnya, jabatan pemasaran perlu mengetahui dan menganalisis pasaran sebelum
melakukan sebarang promosi bagi mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian.
Dalam memastikan aliran tunai syarikat stabil, pengurus kewangan serta kakitangannya
mempunyai tanggungjawab dalam tiga bidang yang penting iaitu :
Keputusan pelaburan
Keputusan pembiayaan dan
Keputusan dividen.
Keputusan pelaburan amat berkait rapat dengan asset di dalam penyata kunci kira-kira. Pasukam
kewangan perlu menilai setiap peluang dalam pelaburan serta memilih alternatif pelaburan yang
dapat menguntungkan syarikat.
Keputusan pembiayaan pula melibatkan bahagian akaun liabiliti dan ekuiti dalam penyata kira-kira.
Mereka perlu menentukan bentuk sumber pembiayaan terbaik bagi jangka masa pendek serta
jangka panjang bagi memastikan modal syarikat berterusan. Dalam kes ini juga, mereka perlu
memastikan para pelabur tidak menentang serta syarikat tidak terjerumus ke dalam kancah krisi
kewangan.
Dividen ialah keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham dalam syarikat. Ia merupakan
keputusan yang penting agar tidak memberi impak negatif kepada pemegang saham serta harga
saham.
Matlamat setiap syarikat adalah memastikan mereka tidak diisytihar muflis selain daripada
mengaut keutungan yang maksimum, pengurangan kos serta memaksimumkan nilai saham syarikat
dalam pasaran. Keuntungan yang diukur dari nisbah margin setelah memdapat jumlah hasil jualan.
Terdapat tiga margin yang digunakan iaitu : margin untung kasar, margin operasi dan margin
untung bersih. Bagi memaksimumkan keuntungan, syarikat perlu memaksimumkan kawalan
pengurangan kos. Nilai saham syarikat perlu tinggi bagi memastikan pelabur berpuas hati dan
meneruskan pelaburan bagi memastikan aliran tunai syarikat yang stabil. Harga saham syarikat
boleh dijadikan sebagai indicator kemajuan syarikat, yang juga dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti :
Pendapatan dijangka sesaham – pendapatan yang dijangka oleh para pelabur apabila melabur
Masa aliran perolehan – tempoh masa yang diambil bagi peminjam mendapatkan keuntungan
Risiko pendapatan dijangka – keberangkalian dalam menerima keuntungan atau mengalami
kerugian dalam pelaburan
12
Polisi dividen – Peratusan pengagihan dividen saham syarikat.
Dasarnya bagi memastikan aliran tunai dalam syarikat berpanjangan serta stabil, pengurusan
kewangan memainkan peranan penting. Pasukan pengurusan kewangan perlu menilai setiap aspek
serta peluang secara teliti dan melakukan perancangan yang teratur dalam memastikan stabiliti
sesebuah syarikat. Perubahan serta penambahbaikan perlu selalu dipertingkatkan bagi memastikan
syarikat dapat bersaing dalam era ini. Bagi memastikan stabiliti kewangan syarikat yang berterusan,
syarikat juga mengambil inisiatif dalam melatih perkerja serta memberi mereka manfaat.
RUJUKAN
1. Kamaruddin Mahmood.2017.Pengenalan kepada Pengurusan Kewangan.
http://www.balohpedia.com/2017/10/pengenalan-kepada-pengurusan-kewangan.html
2. Sumaiyah Mat Desa. November 2019.Apa Itu Pengurusan Kewangan. Academia edu.
https://www.academia.edu/5752812/Apa_Itu_Pengurusan_Kewangan.
3. Astro Awani.December 17,2019.Tahun 2020 bakal membawa pelbagai cabaran ekonomi – MIDF
Research.
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tahun-2020-bakal-membawa-pelbagai-cabaran-
ekonomi-midf-research-225569.
4. Haikal Raman.Astro Awani.April28,2020.Langkah pemulihan PKS pasca pandemic COVID-19.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/langkah-pemulihan-pks-pasca-pandemik-covid-19-
240620
13
Pendahuluan
Penyata kewanagn (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan
sesebuah perniagaan,orang perseorangan,aatu entiti-entiti yang lain.Penyata kewangan
memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi
sesuatu perniagaan atau orang poerseorangan.Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan
yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai
penyata kewangan.Terdapat empat penyata kewangan yang asas:-
1. kunci kira-kira : Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan.Ia juga
melaporkan aset,liabiliti dan equiti pemilik syarikat pada suatu masa.
2. Penyata pendapatan : juga dirujuk sebagai penyata untung rugi (atau P & L),ia juga melaporkan
pendapatan,belanja dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan.Ini termasuk jualan dan
pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.
3. Penyata untung tertahan : Menerangkan perubahan dalam untung tertahan syarikat pada
sepanjang tempoh laporan.
4. Penyata aliran tunai : Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat,khususnya kegiatan
operasi,pelaburan dan kewangan.Bagi perbadanan besar,penyata-penyata itu sering sangat
kompleks dan boleh mernagkumi nota penyata kewangan serta perbincangan analisis
pengurusan yang meluas.Nota itu biasanya menghuraikan setiap item dalam kunci kira-
kira,penyata pendapatan dan penyata aliran tunai dengan lebih terperinci.Ia dianggap sebagai
sebahagian penyata kewangan yang penting.Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada
kumpulan pengguna dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut.
Antara faktor-faktor dalaman yang membuatkan kemampuan syarikat bagi menghasilkan aliran
tunai pada masa kini dan akan datang:-
1.Faktor Perancangan
Perancangan adalah satu proses membuat keputusan untuk faedah jangka masa panjang dan pendek
berdasarkan satu-satu pendekatan.Perancangan bileh disandarkan kepada pusingan hayat
produk,struktur pemasaran atau berdasarkan kitaran perkembangan perniagaan.Pertimbangan
kepada material produk,khalayak pasaran,stretegi pasaran,jangkaan pasaran dan ramalan untung
rugi juga boleh menentukan bentuk perancangan perniagaan.Perancang haruslah mematuhi objektif
penubuhannya ketika menyusun strategi terutamanya sejauh mana kemampuan modal dan
kedudukan pasaran dalam memenuhi perancangan yang dirangka.Beberapa kelebihan atau
14
kelainan,kelemahan ,peluang dan batasan atau ancaman terhadap operasi perniagaan itu turut
diambil kira.Malahan pengurus dapat meramalkan pencapaian masa depan dan bersedia untuk
melakukan penyesuaian sekiranya berlaku sesuatu masalah dalam pengurusan syarikat.
Perlaksanaan Perancangan
2.Faktor Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi
perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi
pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan,
mereka perlu mengenali, menganalis dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih
dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran
perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.
3. Faktor teknologi.
Berkait rapat dengan kemajuan sains, perkembangan produk baru, pemprosesan dan bahan -
bahan.Meningkatkan penggunaan teknologi - menentukan sejauhmana keupayaan barang dan
perkhidmatan akan dihasilkan, peralatan digunakan dan bagaimana operasi perniagaan di
jalankan.persaingan antara syarikat perniagaan menyebabkan usahawan menggunakan teknologi
lebih canggih untuk mengeluar barangan yang lebih bermutu, cepat, banyak dan lebih
efisien.Pembayaran menggunakan Online payment juga amatlah dialu-alukan.kurangkan birokrasi
dan tingkatkan keselamatan pembayaran online banking akan dapat meningkatkan aliran tunai
syarikat.
4.Aktiviti Peruncitan.
Banyak juga faktor yang perlu diambil kira oleh peruncit bagi membolehkan perniagaan bertahan
dan berkembang .Ia juga satu pernigaan yang mempunyai aliran tunai yang baik jiga diurustadbir
dengan baik.Antara faktor seoerti keupayaan modal,lokasi premis,bentuk produk yang
ditawarkan,aliran pemasaran,promosiyang perlu dijalankan,perancangan jangka masa panjang dan
pendek,pengurusan stok,pengurusan kewangan dan pelbagai lagi perkara daripada soal overhead
hinggalah kepada mengurus pekerja dan pelanggan.Penyelidikan pemasaran pada peringkat awal
perancangan perniagaan akan memberi gambaran kepada bakal peruncit tentang prospek
pernigaan yang bakal diusahakan selain dapat membantu,menyusun,mengatur dan menguruskan
perancangan perniagaan yang dirancang serta bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
15
Kesimpulan
Strategi pemasaran pada masa sekarang amatlah penting .Perlu mengambil kira elemen-elemen 4P
yang bersesuaiandengan faktor-faktor persekitaran,perlakuan pengguna,kemampuan kewangan
dan keupayaan organisasi.Pemilihan produk dan promosi produk hendaklah bersesuaian dengan
masa dan keadaan terkini.Dalam peringkat perlaksanaan perubahan dan penyesuaian mungkin
perlu dilakukan akibat perubahan citarasa,perubahan gaya hidup,wujud persaingan baru,ekonomi
merosot atau keadaan politik yang tidak stabil.Perancangan jangka pendek boleh disesuaikan tanpa
perlu mengubah perancangan awal.Faktor-faktor yang telah dinyatakan boleh diambil kira bagi
meningkatkan perniagaan dan seterusnya meningkatkan aliran tunai syarikat dalam jangka masa
pendek dan panjang
Rujukan:-
http://evanmiki123.blogspot.com/2015/04/faktor-dalaman-dan-luaran-dalam.html
https://www.scribd.com/doc/169945717/Assignment-Analisis-Kewangan
https://www.utusanborneo.com.my/2018/02/25/kuasa-daripada-wang-anda
https://www.slideshare.net/arhima/rancangan-perniagaan-68779801
16
4. Faktor-Faktor Dalaman Syarikat: Set Peluang Pelaburan/Pertumbuhan
GA04107 GA04334
MANIYARASU A/L PERUMAL MARIAM BT MOHD YUSUP
PENGENALAN
Kebanyakan saham dalam pasaran kini telah jatuh akibat pertarungan dengan wabak Covid-19 ini.
Maka, sekarang ni dikatakan waktu yang sesuai untuk melabur sebab harga saham sudah menjadi
murah. Cara untuk membiasakan dengan pasaran ni adalah dengan melabur. Dengan ini, anda boleh
rasa bagaimana permainan perasaan dan gelora jiwa ketika harga saham bergerak. Bila dah biasa,
mungkin anda akan lebih yakin dan emosi semakin kental bila melabur.
MEMAHAMI PELABURAN PERTUMBUHAN
Biasanya, pelabur pertumbuhan akan mencari peluang pelaburan dalam pasaran atau industri yang
sedia untuk menunjukkan perkembangan yang pesat. Pelaburan pertumbuhuan ini menyasarkan
untuk memanfaatkan keuntungan pendapatan yang muncul ini dan menjana tambah nilai modal
dalam proses ini. Secara ringkasnya, “tambah nilai modal” merujuk kepada pendapatan yang akan
diterima oleh pelabur selepas nilai saham meningkat dan kedudukan ekuiti dijual.
Pelaburan pertumbuhan adalah strategi pasaran kewangan untuk membina kekayaan modal dengan
memberi tumpuan pada aset yang mampu mencapai pengembangan melebihi purata pada masa
hadapan. Set peluang pelaburan memainkan peranan penting dalam kewangan syarikat.Gabungan
aktiviti dalam nilai aset sedia ada dan peluang pelaburan akan mempengaruhi struktur modal
syarikat, dan perjanjian struktur kontrak hutang, dasar dividen, kontrak pampasan dan dasar
kewangan. Kebolehan untuk membeli syarikat kecil di peringkat pertumbuhan terawal adalah
kemahiran yang boleh menjana pulangan yang lumayan sekiranya perniagaan tersebut dapat
menunjukkan prestasi yang dijangkakan.
MENILAI POTENSI UNTUK PERTUMBUHAN SAHAM
Semasa menilai potensi syarikat untuk pertumbuhan saham, terlebih dahulu, pelabur mungkin perlu
melihat pada pasaran atau industri yang berkaitan secara langsung dengan prestasinya. Semua
kemungkinan pengiraan memerlukan tahap tafsiran yang tertentu, tetapi taksiran berdasarkan
faktor-faktor objektif dan penilaian subjektif biasanya boleh membawa hasil yang baik.
17
Syarikat yang mempunyai pilihan tumbuh yang rendah, jarang melakukan pengeluaran ekuiti yang
baru sekiranya syarikat tersebut melakukan pembayaran dividen yang sedikit. Kedua, perjanjian
dividen yang menetapkan jumlah maksimum pembayaran dividen secara efektif memaksa syarat
pelaburan yang minimum dan dengan demikian, akan mengurangkan masalah pelaburan yang
rendah. Syarikat yang mempunyai peluang pelaburan yang menguntungkan syarikat, memerlukan
wang tunai yang lebih besar. Oleh itu syarikat yang mempunyai pilihan tumbuh yang lebih banyak
diharapkan akan membayar dividen yang lebih rendah
KESIMPULAN
Pelabur pertumbuhan biasanya mempertimbangkan lima faktor penting dalam analisis asas saham:
prestasi harga syer, pulangan ekuiti, sejarah pertumbuhan pendapatan dan margin keuntungan .
Akhir serkali , pelaburan pertumbuhan adalah strategi pasaran kewangan untuk membina kekayaan
modal dengan menumpukan pada aset yang boleh mencapai pengembangan melebihi purata pada
masa hadapan..
RUJUKAN
1. ( SBIN MAMAT,2012) Set peluang pelaburan, polisi syarikat serta pengaruhnya
http://eprints.utm.my/id/eprint/40611/1/SulaimanMamatMFPPSM2012.pdf
2. Memastikan pertumbuhan menerusi pelaburan berkualiti
https://www.bnm.gov.my/ar2019/files/emr2019_bm_box1.pdf
3. Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan .
http://www.fama.gov.my/documents/20143/64027/6_bab3-
Mewujudkan_persekitaran_untuk_menjayakan_Pertumbuhan_ekonomi.pdf/fe43e90f-f40c-495e-
a4f8-54ea5d9c93df
4. Stok Pertumbuhan Dividen ini telah mengambil langkah-langkah
https://may.paceinvestmentclub.com/this-dividend-growth-stock-has-taken-steps-seize-bigger-
slice-this-800-billion-opportunity-596533
5. Pelaburan Langsung Asing, Pertumbuhan Ekonomi . – UKM
http://www.ukm.my/fep/jem/pdf/2015-49(1)/jeko_49(1)-5.pdf
Pengenalan
Pelaburan dalaman syarikat amatlah penting, pelbagai faktor yang mampu memberikan sumbangan
terhadap pelaburan saham bagi sesebuah syarikat. Jenis perniagaan, latar belakang kewangan
syarikat memainkan peranan penting dalam memastikan pasaran saham sesebuah syarikat mampu
18
mencapai pada tahap yang tinggi. Di samping itu, syarikat perlu mengambil peluang yang berkesan
dalam mendapat pulangan keuntungan saham dari pelabur-pelabur, kepercayaan pelabur terhadap
syarikat memberikan prestasi kaunter syarikat semakin meningkat baik. Merujuk pada Myers (1977)
set peluang diperkenalkan dan membahagikan nilai syarikat kepada dua bahagian iaitu, nilai kini
daripada ase sedia ada dan nilai kini daripada peluang elaburan dan peluang pertumbuhan pada masa
akan datang. Bedasarkan Myers, nilai daripada peluang pertumbuhan bergantung pada pelaburan
masa akan datang sedangkan nilai aset sedia ada tiada kaitan dengan nilai di masa akan datang.
Set peluang pelaburan mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembiayaan syarikat,
Gabungan antara aset sedia ada dan peluang pelaburan mempengaruhi struktur modal syarikat Gaver
(1993). Struktur organisasi yang digunapakai bagi sesebuah syarikat memainkan peranan penting
dalam peluang pelaburan bagi syarikat. Pertumbuhan saham syarikat juga bergantung pada aset
sesebuah syarikat. Jenis perniagaan serta pelaburan terhadap mana-mana agensi juga memainkan
peranan penting dalam memastikan sesebuah syarikat dapat mencapai pertumbuhan dalam
pelaburan.
DAPATAN KAJIAN FAKTOR-FAKTOR DALAMAN SYARIKAT: SET PELUANG
PELABURAN/PERTUMBUHAN
Dalam dunia perniagaan tidak lari dari penawaran dan permintaan, justeru syarikat juga bergantung
pada penawaran dan permintaan pelabur-pelabur yang menentukan harga per keuntungan sesaham.
Secara spesifik, kita boleh membandingkan harga saham Cincinnati Gas & Electric dengan harga
saham teknologi American Online. Saham Cincinnati Gas & Electric diniagakan pada nisbah P/E
(P/E Ratio) 9.8. Manakala pada masa yang sama American Online diniagakan pada nisbah P/E 98.7
(Matthew, S. dan Steven L., 1996). Penulis mendapati jika pelabur menggunakan kaedah analisis
teknikal atau jangkaan sesuatu harga saham syarikat, ini akan mempengaruhi peluang pelaburan dan
pertumbuhan sesebuah syarikat.
Pihak pelabur sudah semestinya menginginkan keuntungan yang maksimum terhadap pelaburan
mereka kepada sesebuah syarikat. Set peluang pelaburan yang diwakili oleh beberapa proksi
menjadi petunjuk kepada para pelabur untuk membuat keputusan pembelian saham dalam syarikat
(Kallapur dan Trombley, 1999). Memaksimumkan keuntungan pemegang saham melalui harga
saham adalah sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi kadar pulangan terhadap pelaburan
yang dilakukan (Erlina, 2007; Jeffrey dan Richard 1997). Penulis mendapat sumber yang
menyatakan bahawa menjaga keuntungan terhadap pelabur akan menimbulkan lagi keyakinan, ini
19
akan memberikan kesan positif pada masa akan datang, apabila pelabur sudah mula selesa dengan
pelaburan yang dibuat terhadap sesebuah syarikat, keuntungan ini dapat diteruskan oleh syarikat.
Hutang syarikat memberikan impak terhadap prestasi syarikat, aliran kewangan syarikat akan
terjejas dengan adanya hutang yang tidak dapat dikawal oleh sesebuah syarikat. Struktur modal
yang optimum merupakan struktur modal yang meningkatkan kesinambungan antara risiko dan
pulangan sehingga mampu memaksimumkan harga saham (Gujarati dan Damator 1995).
Keseimbangan dalam struktur modal akan tercapai sekiranya konflik agensi antara pengurusan,
pemegang saham dan pemiutang dapat diselesaikan (Levy 1990; Yuhasril 2006). Bagi info yang
berkesan dan kemudahan dalam memahami, struktur modal dan nilai sesebuah syarikat itu adalah
saling berhubung rapat dalam pertumbuhan saham sesebuah syarikat.
Permasalahan agensi atau syarikat paling kerap berlaku di antara pemegang saham dan pihak
pengurusan disebabkan beberapa perkara iaitu, kegagalan pihak pengurusan mencapai matlamat
utama syarikat dalam memastikan kekayaan pemegang saham, seterusnya keinginan pihak
pengurusan untuk meningkatkan jaminan pekerjaan mereka dan pemberiaan ganjaran sejajar
dengan usaha yang diberikan oleh pihak pengurusan kepada syarikat (Setiawan 2014). Pihak
pengurusan perlulah membantu dalam prestasi syarikat dan meningkatkan pertumbuhan syarikat.
Pada umumnya pihak pengurusan akan merancang sesuatu bagi memastikan harga saham syarikat
berada pada tahap tertinggi. Merujuk pada Legatum Prosperity IndexTM (2010) terhadap tadbir urus
korporat daripada 110 buah Negara termasuk negara Malaysia dalam bidang terutamanya
kedudukan tabir-urus korporat. Legatum Prosperity IndexTM (2010) telah menunjukan negara
Malaysia berada pada tangga ke-44 bagi keseluruhan dan tangga ke-34 bagi tadbir-urus, dengan
data ini menunjukan Malaysia perlu lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan yang
memberikan keuntungan syarikat serta pemegang saham pada tahap maksimum.
20
KESIMPULAN
Secara amnya faktor utama dalaman syarikat terhadap pertumbuhan harga saham bagi sesebuah
syarikat adalah bergantung pada prestasi pengurusan syarikat, pihak pengurusan perlulah merangka
satu idea atau polisi syarikat yang memberikan impak terhadap perniagaan mereka. Pemegang
saham juga perlu berganding bahu dalam memastikan prestasi syarikat berada pada tahap yang
sangat memuaskan, Struktur modal dan nilai syarikat diberikan perhatian oleh pengkaji dan
penyilidik pada masa dahulu. Menjauhi hutang lebihan dapat membantu pihak syarikat bagi
mengekalkan keuntungan maksimum harga saham syarikat.
RUJUKAN
Erlina dan Mulyuni (2004). Hubungan antara set peluang pelaburan dengan kebijaksanaan dividen dan
Struktur modal dengan pemilikan pengurusan sebagai pembolehubah moderator. Jurnal Ekonomi. 23-25.
Erlina (2007). Set Peluang Pelaburan, Polisi Dividen dan Struktur Modal dan Pengaruhnya terhadap nilai
syarikat. PhD Thesis. Sumber link:
http://eprints.utm.my/id/eprint/40611/1/SulaimanMamatMFPPSM2012.pdf
Kallapur, Sanjay dan Mark Trombley (1999). The association between investment opportunity set proxies
and realizes growth. Journal of Business Accounting. 26:505-219. Sumber link:
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/1468-5957.00265
Sulaiman Mamat (April 2012). Set Peluang Pelaburan, Polisi Syarikat serta Pengaruhnya terhadap Nilai
Syarikat. Sumber link: http://eprints.utm.my/id/eprint/40611/1/SulaimanMamatMFPPSM2012.pdf
Legatum Prosperity IndexTM (2020). Legatum Prosperity Index 2010. Sumber link:
https://www.prosperity.com/download_file/view_inline/2849
21
5. Faktor-Faktor Dalaman Syarikat: Kualiti Pengurusan Syarikat
G0A4108 GA04327
MOHAMAD AZRI HADI B MOHAMED NAZLEE MOHD FAIZUDDIN B
ISMAIL
Dalam alaf baru ini, cara kita mengendalikan perniagaan atau urusan organisasi sentiasa mengalami
perubahan. Dengan wujudnya konsep globalisasi, perniagaan hari ini menghadapi persaingan yang
sengit lagi hebat. Untuk memastikan setiap cabaran yang dihadapi dapat diharungi dan seterusnya
dapat dikekalkan daya persaingan, sesebuah organisasi itu perlu mempunyai daya kreativiti, inovatif
dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan. Akibat perubahan ini, maka wujudlah
pelbagai falsafah dan cara pengurusan yang baru dari masa ke semasa. Istilah seperti pengurusan
rantai pembekal, pengurusan produktiviti menyeluruh, "dock to stock", dan sebagainya bukanlah
sesuatu yang luar biasa lagi bagi industri hari ini.
Sejak selepas perang dunia kedua, organisasi mulai memberi perhatian dan fokus kepada konsep
kualiti. Pada masa tersebut, kualiti berkait rapat dengan kegiatan memeriksa barangan yang telah
siap dihasilkan. Tujuan utama pemeriksaan ialah untuk mengelakkan barangan yang tidak
memenuhi piawaian dihantar kepada pelanggan. Aktiviti sebegini disebut sebagai " Kawalan Kualiti
".
Dengan berlalunya masa, konsep kualiti telah mengalami revolusi dan perubahan yang banyak.
Pemeriksaan ke atas semua barangan yang dihasilkan yang dilakukan secara tradisional telah
menjadi ungkapan sejarah. Perubahan ini adalah sejajar dengan perkembangan dan haluan
perniagaan masa kini.
Pada sekitar tahun 1980an, konsep Pengurusan Kualiti telah menjadi konsep utama dalam industri,
menggantikan konsep Kawalan Kualiti. Tujuan utama pengurusan kualiti ini ialah untuk
menghasilkan barangan yang berkualiti, dengan memastikan kualiti diserap dalam barangan
berbanding menguji kualiti dalam produk. Pengurusan kualiti bertujuan memastikan tiada sebarang
kesalahan berlaku walaupun di peringkat awal penghasilan produk. Sistem pengurusan kualiti
digunakan untuk membangunkan produk baru. Sistem ini direka untuk memastikan kualiti telah
direka dan dibina dalam produk.
Berdasarkan idea-idea dan konsep-konsep yang disebut di atas, pelbagai sistem pengurusan kualiti
telah dibangunkan, dengan tujuan untuk membolehkan barangan berkualiti dihasilkan. Selain
daripada itu, terdapat berbagai-bagai teknik dan perkakas kualiti telah dicipta untuk
22
menambahbaikkan lagi sistem. Contohnya, tujuh perkakas kawalan kualiti, carta kawalan dan
statistik kawalan proses, reka bentuk uji kaji dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN SYARIKAT
Kualiti Pengurusan Syarikat
Pendekatan yang digunakan untuk mencapai kualiti telah berkembang dan berubah dari
penggunaan kaedah pemeriksaan produk (kerapkali disalah anggap sebagai pengawalan kualiti)
sekitar tahun 1950. Seterusnya diikuti dengan penumpuaan kepada kaedah peningkatan kualiti
melalui penyelesaian masalah pada tahun 1980an, dan berubah kini kearah pendekatan pengurusan
kualiti secara lebih menyeluruh. Pendekatan masakini adalah hasil dari pemikiran, pendapat dan
pengalaman ramai pakar pakar kualiti dalam industri pembuatan dan juga perkhidmatan seluruh
dunia.
Joseph Juran, seorang pakar kualiti Amerika yang lama berkhidmat di negeri Jepun, telah
mengutarakan konsep Tiga Rangkaian Kualiti ia-itu Perancangan Kualiti, Pengawasan Kualiti dan
Penambahbaikan Kualiti (Juran’s Quality Trilogy®). Pendekatan ini memberi tumpuan kepada
setiap langkah dalam penghasilan produk yang boleh menentukan kualiti dan merupakan suatu
pendekatan yang melihat kualiti dari pelbagai sudut dan dari kacamata seorang pengurus.
Prinsip yang sama juga dianjurkan oleh Armand Feigenbaum, seorang lagi pakar kualiti dari
Amerika. Ia telah menulis bahawa “…prinsip asas fahaman kualiti menyeluruh ia-lah: untuk betul
betul berkesan, kawalan hendaklah bermula dari peringkat rekabentuk produk dan hanya berakhir
apabila produk itu berada ditangan pengguna yang berpuas hati, ..prinsip utama yang harus
ditekankan ia-lah kualiti merupakan tanggung jawab setiap orang yang terlibat.”
Deming, seorang lagi pakar kualiti yang lama bertugas di negeri Jepun, menyarankan supaya
perhatian utama diberi kepada budaya, kepimpinan, latihan dan kecermelangan peribadi dalam
usaha mencapai kualiti. Crosby pula mempelopori prinsip memasukkan ciri ciri kualiti dari awal
(quaility is built in) dan pentingnya kerja berpasukan. Ia juga memperkenalkan konsep kos kualiti.
Donabedian, seorang pelopor kualiti dalam bidang kesihatan, mengetengahkan penggunaan Teori
Sistem ia-itu hasil yang baik adalah akibat tindakbalas anatra input, proses dan suasana yang baik.
Model Penjaminan Kualiti (Quality Assurance) yang dianjurkan beliau memaparkan suatu sistem
pengurusan kualiti yang menyeluruh.
Betapa perlunya aktiviti pengurusan kualiti telah disebut oleh Oakland, “ kualiti perlu diurus – ia
tidak akan terjadi dengan sendirinya” (Oakland). Siri Standad ISO 9000 dan juga Kriteria Anugerah
23
Malcom Baldridge juga dibentuk berasaskan prinsip pengurusan kualiti bersepadu yang memberi
perhatian kepada semua peringkat penghasilan produk.
Sumbangan berharga daripada guru guru kualiti ini boleh diadun menjadi satu rangkaian yang
berkesan untuk membentuk satu sistem pengurusan kualiti. Namun begitu wujudnya pelbagai
bahan bacaan mengenai “kualiti” dipasaran telah menimbulkan kekeliruan dikalangan ramai
pembaca. Sehingga kini perdebatan mengenai pendekatan terbaik kearah pencapaian kualiti masih
berterusan.
Adalah dicadangkan disini bahawa pengurusan kualiti perlu:
I. Berpandukan suatu falsafah dan rangkaian prinsip
II. Mempunyai suatu pendekatan yang jelas
III. Menggunakan teknik dan alat yang berkesan.
PENGURUSAN KUALITI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI PENGURUSAN AM
Pengurusan kualiti adalah suatu aspek pengurusan yang bertujuan untuk mencapai, mengekalkan
dan menambahbaik kualiti produk atau perkhidmatan. Kesemua aktiviti sesebuah organisasi,
sedikit sebanyak, memberi kesan kepada kualiti. Dengan itu pengurusan kualiti harus melibatkan
semua fungsi tradisi pengurusan ia-itu Perancangan, Kepimpinan, Penorganisasian dan
Pengawasan. Fungsi Kualiti perlu diambilkira sebagai sebahagian hakiki pengurusan umum.
Keyakinan kepada falsafah ini membawa kepada prinsip prinsip berikut:
1. Kualiti perlu disepadukan dengan fungsi fungsi lain
2. Semua usaha yang menjurus kepada kualiti perlu dikelolakan, diselaraskan dan mempunyai fokus
yang jelas.
3. Wujud suatu komitmen pada keseluruhan organisasi terhadap kualiti melalui penghayatan budaya
kualiti yang dizahirkan sebagai matlamat, objektif dan polisi.
4. Pembahagian tugas dan tanggungjawab yang jelas bagi segala aspek pengurusan kualiti berteraskan
kefahaman bahawa kualiti adalah tugas semua orang.
5. Semua polisi dan prosedur diselaraskan dengan matlamat kualiti yang hendak dicapai.
6. Semua usaha yang menjurus kepada pencapaian, pengekalan dan penambahbaikan kualiti perlu
disepadukan.
24
PRINSIP PANDUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI YANG BERSEPADU
Pelbagai pendapat dan pendekatan yang wujud kini boleh digunakan sebagai prinsip panduan
untuk mengadunkan suatu sistem pengurusan kualiti yang berkesan.
Prinsip prinsip terasnya ia-lah:
a. Kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan bergantung kepada reka bentuk dan perancangan yang
baik.
b. Kualiti perlu diukur dan dikawal
c. Sebarang kecelaan perlu dibaiki dan sebarang masaalah perlu diselesaikan
d. Tahap kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan perlu sentiasa ditingkatkan
Untuk menjayakan sistem ini asas asas sokongan berikut diperlukan:
i. Penghayatan budaya kualiti diseluruh organisasi
ii. Suatu struktur organisasi yang berkesan untuk mengelola kualiti
iii. Sumber bahan dan sumber manusia yang mencukupi untuk mengurus kualiti
iv. Kebolehan dan kepakaran mengenai pendekatan dan alat yang digunakan dalam pengurusan kualiti.
Suatu sistem pengurusan kualiti perlu berpandukan serangkai prinsip teras dan dipupuk oleh unsur
unsur sokongan.
25
Pengenalan
Kesan Makroekomi Inflasi
Inflasi adalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat setiap masa. Dengan nilai
wang yang sama pengguna dapat membeli lebih sedikit barang semakin tinggi kenaikan harga
barangan dan perkhidmatan. Degan kata lain, kuasa membeli pengguna menurun sekiranya inflasi
meningkat. Ukuran inflasi yang biasa adalah kadar inflasi, perubahan peratusan tahunan dalam
indeks harga umum, biasanya indeks harga pengguna, dari masa ke masa
Kesan Inflasi terhadap harga saham
Harga saham dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti permintaan pasaran, factor politik, kestabilan
politik, dan pemberian bonus atau dividen oleh syarikat tersebut. Permintaan pasaran dan pemberian
bonus atau dividen boleh dipengaruhi oleh kadar inflasi.
Kadar inflasi akan menjejaskan kuasa membeli oleh pengunna yang akan menyebabkan
pengurangan permintaan terhadap pembelian saham. Pemilik saham akan mula menjual saham
mereka yang akan menurunkan harga saham tersebut di pasaran. Kadar pemberian bonus atau
dividen pula dipengaruhi oleh pendapatan syarikat dan kadar inflasi memberi kesan negative kepada
syarikat kerana ianya akan meningkatkan kos pengeluaran atau perkhidmatan yang disediakan oleh
syarikat tersebut yang mempengaruhi keuntungan syarikat. Selain itu, penurunan kadar bonus atau
dividen yang diberikan kepada pemilik saham juga akan menjejaskan permintaan terhadap saham
tersebut yang mana akan menjejaskan harga saham.
26
Pengenalan
Diantara salah satu masalah yang sangat penting dalam pengursan pelaburan ialah penilaian saham.
Pelabur dan pemegang saham dapat menilai saham mereka sendiri berdasarkan model penilaian
saham dan membuat keputusan mengenai perdagangan saham dengan sewajarnya. Kajian ini adalah
hubungan antara penilaian saham dan pengurusan syarikat. Hasil kajian ini juga menunjukkan
bahawa kejayaan pengurus dalam penilaian saham terutamanya bergantung pada pemahaman yang
tepat dan disarankan agar pengurus syarikat meningkatkan nilai saham syarikat mereka dengan
menjaga kualiti pengurusan dan kombinasi faktor yang berkesan dalam penilaian saham mengikut
maklumat syarikat. Pada alaf baru ini, cara kita mengendalikan perniagaan atau urusan organisasi
sentiasa mengalami perubahan. Dengan wujudnya konsep globalisasi, perniagaan hari ini
menghadapi persaingan yang sengit lagi hebat. Untuk memastikan setiap cabaran yang dihadapi
dapat diharungi dan seterusnya dapat dikekalkan daya persaingan, sesebuah organisasi itu perlu
mempunyai daya kreativiti, inovatif dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan.
Akibat perubahan ini, maka wujudlah pelbagai falsafah dan cara pengursan yang baru dari masa ke
semasa. Istilah seperti pengurusan rantai pembekal, pengurusan produktiviti menyeluruh, dan
sebagainya bukan sesuatu yang luar biasa lagi bagi industri pada hari ini. Setiap organisasi mulai
memberi perhatian dan fokus kepada konsep kualiti. Pada masa tersebut, kualiti berkait rapat dengan
kegiatan memeriksa barangan yang telah siap dihasilkan. Tujuan utama pemeriksaan ialah untuk
mengelakkan barangan yang tidak memenuhi piawaian dihatnar kepada pelanggan. Aktiviti sebagai
disebut sebagai ‘Kawalan kualiti’. Maka sentiasa berubah, dimana konsep kualaiti telah mengalami
revolusi dan perubahan yang banyak. Pemeriksaan ke atas semua barangan yang dihasilkan yang
dilakukan secara tradisional telah menjadi sejarah. Perubahan ini adalah sejajar dengan
perkembangan dan haluan perniagaan masa kini. Faktor Pengurusan Kualaiti telah menjadi konsep
utama dalam industri, menggantikan konsep Kawalan Kualiti.
Tujuan utama pengurusan kualiti ini ialah untuk menghasilkan barangan yang berkualiti, dengan
memastikan kualiti diserap dalam barangan berbanding menguji kualiti dalam produk. Pengurusan
kualiti bertujuan memastikan tiada sebarang kesalahan berlaku walaupun di peringkat awal
penghasilan produk. Sistem pengurusan kualiti digunakan untuk membangunkan produk baru.
Sistem ini direka untuk memastikan kualiti telah telah direka dan dibina dalam produk. Berdasarkan
idea-idea dan konsep-konsep yang disebut di atas, pelbagai sistem pengurusan kualiti telah
dibangunkan, dengan tujuan untuk membolehkan barangan berkualiti dihasilkan. Penganalisis
menilai harga saham untuk mengukur kesihatan umum syarikat. Mereka juga bergantung pada
sejarah pendapatan, dan nisbah harga pendapatan, yang menandakan sama ada harga saham syarikat
27
mencerminakan pendapatannya dengan secukupnya. Semua data ini emmbantu penganalisis dan
pelabur dalam menentukan daya maju jangka panjang syarikat. Harga saham syarikat
mencerminkan persepsi pelabur mengenai kemampuannya untuk memperoleh dan meningkatkan
keuntungannya di masa hadapan. Sekiranya pemegang saham gembira, dan syarikat berjalan lancar,
seperti yang ditunjukkan oleh harga sahamnya, pihak pengurusan mungkin akan kekal dan
menerima kenaikan pampasan. Pencegahan pengambilalihan adalah alasan lain bahawa syarikat
mungin prihatin dengan harga sahamnya. Sekiranya harga saham syarikat dengan syarikat tersebut
bekeadaan baik, syarikat tersebut kemungkinan akan mendapat perkhabaran yang baik daripada
penganilisis dan media.
Pendekatan yagn digunakan untuk mencapai kualiti telah berkembang dan berubah dari penggunaan
kaedah pemeriksaan produk (kerapkali disalah anggap sebagai pengawalan kualiti) sekitar tahun
1950. Seterusnya diikuti dengan penumpuaan kepada kaedah peningkatan kualiti melalui
penyelesaian masalah pada tahun 1980an, dan berubah kini ke arah pendekatan pengursan kualiti
secara lebih menyeluruh. Pendekatan masakini adalah hasil dari pemikiran, pendapat dan
pengalaman ramai pakar-pakar kualiti dalam industri pembuatan dan juga perkhidmatan seluruh
dunia, Joseph Juran, seorang pakar kualiti Amerika yang lama berkhidmat di negara Jepun, telah
mengutarakan konsep Tiga Rangkaitan Kualiti iaitu Perancangan Kualiti, Pengawasan Kualiti dan
Penambahbaikan Kualiti (Juran’s Quality Trilogy). Pendekatan ini memberi tumpuan kepada setiap
langkah dalam penghasilan produk yang boleh menentukan kualiti dan merupakan suatu pendekatan
yang melihat kualiti dari pelbagai sudut dan daripada pemerhatian seorang pengurus syarikat.
Prinsip yang sama juga dianjurkan oleh Armand Feigenbaum, seorang lagi pakar kualiti dari
Amerika. Ia telah menulis bahawa “prinsip asas fahaman kualiti menyeluruh ialah untuk betul-betul
berkesan, kawalan hendaklah bermula dari peringkat rekabentuk produk dan hanya berakhir apabila
produk itu berada ditangan pengguna yang berpuas hati, prinsip utama yang harus ditekankan ialah
kualiti merupakan tanggung-jawab setiap orang yang terlibat. “Deming, seorang lagi pakar
kualitiyang lama bertugas di negeri Jepun, menyarankan supaya perhatian utama diberi kepada
budaya, kepimpinan, latihan dan kecemerlangan peribadai dalam usaha mencapai kualiti. Crosby
pula mempelopori prinsip memasukkan ciri-ciri kualiti dari awal (qualiti is built in) dan petingnya
kerja berpasukan. Ia juga memperkenalkan konsep kos kualiti. Donabedian, seorang pelopor kualiti
dalam bidang kesihatan, mengetengahkan penggunaan Teori Sistem iaitu hasil yang baik adalah
akibat tindakbalas antara input, proses dan suasana yang baik. Model Penjaminan Kualiti (Quality
Assurance) yang dianjurkan beliau memaparkan suatu sistem pengurusan kualiti yang menyeluruh.
28
Anugerah Malcom Baldridge juga dibentuk berasaskan prinsip pengurusan kualiti bersepadu yang
memberi perhatian kepada semua peringkat penghasilan produk. Sumbangan berharga daripada
guru-guru kualiti ini boleh di adunmenjadi satu rangkaian yang berkesan untuk membentuk satu
sistem pengurusan kualiti. Namun begitu wujudnya pelbagai bahan bacaan mengenai “kualiti”
dipasaran telah menimbulkan kekeliruan dikalangan ramai pembaca. Sehingga kini perdebatan
mengenai pendekatan terbaik ke arah pencapaian kualiti masih berterusan. Perngurusan kualiti
adalah suatu aspek pengurusan yang bergujuan untuk mencapai, mengekalkan dan menambah baik
kualiti produk atau perkhidmatan. Kesemua aktiviti sesebuah organisasi, sedikit sebanyak memberi
kesan keapda kualiti. Dengan itu pengurusan kualiti harus melibatkan semua fungsi tradisi
pengurusan iaitu Perancangan, kepimpinan, penorganisasian dan Pengawasan. Fungsi Kualiti perlu
diambil kira sebagai sebahagian hakiki pengurusan umum. Keyakinan kepada falsafah ini
membawa kepada prinsip-prinsip seperti kualiti perlu disepadukan dengan fungsi-fungsi lain dan
semua usaha yang menjurus kepada kualiti perlu dikelolakan, diselaraskan dan mempunyai fokus
yang jelas. Wujud suatu komitmen pada keseluruhan organisasi terhadap kualiti melalui
penghayatan budaya kualiti yang dizahirkan sebagai matlamat, objektif dan polisi. Pembahagian
tugas dan tanggungjawab yang jelas bagi segala aspek pengurusan kualiti berteraskan kefahaman
bahawa kualiti adalah tugas semua orang. Selain itu, semua polisi dan prosedur diselaraskan dengan
matlamat kualiti yang hendak dicapai. Seterusnya, semua usaha yang menjurus kepada pencapaian
dan penambahbaikan kualiti perlu disepadukan.
RUJUKAN
Bursa Malaysia. (n.d.). Securities: Bursa Malaysia. Retrieved from Bursa Malaysia Web site:
https://www.bursamalaysia.com/trade/market/securities_market/main_market
Gets Smarter About Money. (2018, February 6). Factors that can affect stock prices: Gets Smarter
About Money. Retrieved from Gets Smarter About Money Web site:
https://www.getsmarteraboutmoney.ca/invest/investment-products/stocks/factors-that-can-affect-
stock-prices/
Killian, A. (n.d.). What causes share prices to change?: IG. Retrieved from IG Web site:
https://www.ig.com/en/trading-strategies/what-causes-share-prices-to-change--190128
Murphy, C. B. (2019, November 22). Why Do Companies Care About Their Stock Prices?:
Investopedia. Retrieved from Investopedia Web site: https://www.investopedia.com/investing/why-
do-companies-care-about-their-stock-prices/
29
Wall Street. (2018, July 24). trading basics factors influence share prices: Wall Street. Retrieved
from Wall Street Web site: https://wall-street.com/trading-basics-factors-influence-share-prices
30
6. Faktor-Faktor Luaran: Permintaan Dan Penawaran
GA04109 GA04304
MOHAMMAD FAMI B MOHD RADZI ZULHISHAM B MOHD NASIR
Pengenalan
Saham adalah suatu pegangan sekuriti yang mewakili ekuiti terhadap sesebuah syarikat. Dengan
kata lain, pembeli saham syarikat adalah pemilik kepada syarikat dan bersedia menanggung
keuntungan dan kerugian berdasarkan jumlah unit saham yang telah mereka beli terhadap syarikat
tersebut.1
Secara prinsipnya, saham akan dijual beli di pasaran bursa saham sesebuah negara. Menurut Dr.
Mohamad Sabri Haron, pasaran bursa adalah lokasi atau suatu tempat khusus yang menguruskan
jual beli secara profesional berkaitan instrumen kewangan dan barangan berkuantiti besar antara
pihak penjual dengan pihak pembeli melalui perantaraan broker.2 Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa para pembeli saham atau pelabur akan berkumpul di kaunter bursa pada masa-masa tertentu
untuk membeli saham syarikat yang diingini.
Namun begitu, adalah sukar untuk menentukan ketepatan dan kejituan masa untuk membeli saham.
Hal ini kerana sifat nilai saham adalah tidak tetap kerana bergantung kepada kekuatan syarikat itu
sendiri. Terdapat syarikat yang mempunyai nilai saham yang tinggi dan memberikan keuntungan
yang tinggi tetapi terdapat juga syarikat yang memiliki saham yang tinggi namun pulangan terhadap
pelabur adalah rendah. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga saham di
dalam pasaran. Anataranya ialah faktor permintaan dan penawaran.
Isi Utama
Kebiasaannya, faktor permintaan dan penawaran ini adalah faktor yang paling biasa digunakan oleh
pengkaji mahupun penganalisis pasaran saham untuk mereka menerangkan tentang pergerakan
sesebuah saham. Secara asasnya, faktor ini sangat berkaitan dengan unit dan harga saham itu
sendiri. Menurut Pindyck, Rubinfeld dan Daniel (1998) di dalam bukunya Econometric models and
economic forecasts mengatakan bahawa teori permintaan menyatakan bahawa permintaan tinggi
apabila harga rendah dan sebaliknya manakala teori penawaran pula menyatakan penawaran tinggi
1 Adam Hayes, Stock, Investopedia.com, 19 February 2020
2 Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron, Saham : Isu dan Permasalahnnya Dalam Konteks Malaysia,
Kertas Persidangan Seminar Pasaran Modal Islam, 25 Mei 2009
31
apabila harga tinggi dan sebaliknya.3 Manakala keseimbangan pasaran hanya akan berlaku apabila
harga belian sesebuah saham adalah sama dengan harga jualan saham pada kuantiti yang sama.
Secara amalamnya, mana-mana saham yang mendapat permintaan yang tinggi akan melonjakkan
harga saham tersebut di pasaran dan penawaran saham secara berlebihan pula akan
menjustifikasikan nilai saham yang rendah. Oleh itu, realitinya adalah sukar untuk mendapat satu
titik temu keseimbangan pasaran saham kerana sifat pelabur adalah sentiasa memperdagangkan
saham mereka untuk menjana keuntungan. Pelaburan juga tidak akan lari daripada permainan
persepsi. Sebagai contoh, jika persepsi pelabur menjangkakan bahawa pertumbuhan industri A
akan merudum, mereka akan mengelak malah menuai kesemua saham mereka di dalam industri
tersebut bagi mengelakkan kerugian yang besar.
Yang terakhir, faktor permintaan dan penawaran ini sangat dipengaruhi oleh suasana persekitaran
pasaran seperti kadar faedah yang dikenakan oleh pengendali bursa, pendapatan per syer daripada
pelaburan mereka, isu-isu semasa semisal Pandemik Covid-19 dan kekukuhan ekonomi pasaran
asing seperti Wall-Street, London Stock Exchange (LSE) dan Hong Kong Stock Exchange (HKSE)
. Perkara ini sangat dititikberatkan oleh pelabur dan mereka sangat berhati-hati dengan perubahan
yang mungkin berlaku di indeks pasaran saham asing kerana ianya akan mempengaruhi pasaran
saham di Malaysia. Sebagai contoh, laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1998 telah
menyaksikan bahawa indeks Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) telah menjunam 13.3 %
kepada 262.70 mata pada 1 September 1998, penurunan sebanyak 55.8% berbanding tahun 1997.4
3 Pindyck, Rubinfeld dan Daniel, Econometric Models and EconomicForecasts, Berita Publisher Sdn
Bhd, 1998
4 Bank Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia Annual Report 1998, 31 March 1999,
www.bnm.gov.my
32
Sumber : Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, 19985
Kesimpulannya, faktor permintaan dan penawaran adalah indikasi asas yang digunakan oleh
pelabur bagi menduga pasaran saham. Pasaran akan menjadi baik dan bagus seandainya berlaku
keseimbangan dalam permintaan dan penawaran dari segi unit saham dan harga saham seunit.
Sememangnya pasaran saham Malaysia adalah kecil jika dibandingkan dengan negara-negara maju
yang lain. Namun itu bukan lah halangan kepada pelabur untuk melebarkan sayap pelaburan
mereka di Malaysia kerana keyakinan terhadap dasar-dasar kerajaan dan sistem urustadbir yang
baik mampu menjamin kestabilan pasaran saham Malaysia secara keseluruhannya. Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Mac 19936 bertindak sebagai pengawal selia dan
bertanggungjawab dalam membangunkan pasaran modal di Malaysia telah memainkan peranan
yang sangat penting bagi menstabilkan dan mengawal selia bursa Malaysia dan menjamin amalan
tadbir urus korporat yang kukuh dan baik.
5 Ibid
6 Securities Commission Malaysia, SC Regulatory Functions, www.sc.com.my
33
Rujukan
Adam, H. (19 February 2020). Stock Definition. Investopedia.com.
Haron, P. M. (25 Mei 2009). Saham : Isu dan Permasalahnnya Dalam Konteks Malaysia. Kertas
Persidangan Seminar Pasaran Modal Islam.
Malaysia, B. N. (31 March 1999). Bank Negara Malaysia Annual Report 1998. Malaysia.
Malaysia, S. C. (2020). SC Regulatory Functions. From Securities Commission Malaysia:
www.sc.gov.my
Pindyck, R. a. (1998). Econometric Models and Economic Forecasts. Berita Publisher Sdn Bhd.
34
Definasi Penawaran dan Permintaan
Definasi Tawaran dan Permintaan dalam mempengaruhi harga saham ini ialah ianya merupakan
salah satu strategi teras yang digunakan oleh para pelabur dalam perdagangan saham. Asas kepada
strategi dalam mempengaruhi harga saham ini dipengaruhi oleh jumlah instrumen yang tersedia dan
kehendak pelabur di mana permintaan mengatasi tawaran (zon permintaan) akan mempengaruhi
harga saham untuk naik ke atas, atau apabila tawaran mengatasi permintaan (zon tawaran) akan
mempengaruhi harga saham untuk turun ke bawah. Pelabur yang menggunakan strategi tawaran dan
permintaan ini menunggu harga yang kompetatif sebelum melabur sehingga aktiviti pembelian yang
besar sebelum memasuki pegangan saham untuk jangkamasa panjang atau pendek bagi mengaut
keuntungan. Kaedah yang digunakan ini adalah dengan membuat belian semasa di zon permintaan
dan untuk membuat jualan di zon tawaran.
Bagaimana Penawaran dan Permintaan mempengaruhi harga saham
Sepertimana yang para pelabur sedia ketahui, harga saham sentiasa berubah setiap hari sejurus
transaksi kaunter bursa saham dibuka. Perubahan pergerakan harga saham ini dipengaruhi dan
ditentukan oleh tarik-menarik antara kekuatan pembeli dan penjual, dalam kata lain iaitu
dari sudut permintaan dan penawaran terhadap saham tersebut. Apabila permintaan
meningkat, maka harga saham akan cenderung naik. Sebaliknya, apabila penawaran meningkat
maka harga saham cenderung untuk turun. Pergerakan harga saham melalui peningkatan permintaan
dan penawaran ini dipengaruhi oleh lima faktor berikut:
Faktor Prestasi Syarikat
Harga saham biasanya mencerminkan prestasi sesebuah syarikat. Bila prestasi perniagaannya
kurang baik, kebiasaannya harga saham syarikat tersebut juga akan turut sama terjejas dan
merundum. Namun sebaliknya jika prestasi perniagaanya baik, harga saham syarikat tersebut juga
akan mengalami peningkatan. Permintaan yang tinggi terhadap penawaran saham syarikat yang
berprestasi tinggi pasti menjadi asas penting para pelabur dalam menganalisa prstasi syarikat bagi
membuat keputusan untuk melabur dalam saham syarikat tersebut. Definisi prestasi syarikat di sini
amat luas yang mana ianya meliputi dari segi prestasi penyata kewangan, penjualan syarikat,
pelancaran produk baru, berita mengenai syarikat, kesan peraturan yang berkaitan dengan syarikat,
masalah dalam syarikat, tindakan syarikat seperti pembahagian dividen, penggabungan,
pengambilalihan dan sebagainya.
35
Faktor Prestasi Industri
Harga saham turut dipengaruhi oleh kekuatan prestasi sektor industrinya masing-masing.
Kebiasanya sektor industri yang pesat dari segi peningkatan permintaan terhadap industri tersebut
juga memberi kesan kepada prestasi perusahaan industri di dalam sektor tersebut. Ianya boleh
mempengaruhi harga saham di sektor tersebut yang kebanyakkannya lebih tinggi dari saham sektor
lain. Sebagai contoh semasa penularan tinggi pendemik virus Covid-19, saham-saham pembuatan
alatan kelengkapan kesihatan telah melonjak tinggi akibat daripada permintaan tinggi secara drastik
dipasaran.
Faktor Ekonomi Makro
Keadaan ekonomi sesebuah negara dan hubungannya dengan negara lain juga mempengaruhi
pertukaran saham negara tersebut. Apabila keadaan ekonomi negara tersebut baik, daya beli
meningkat, pasaran saham juga meningkat, dan harga saham rata-rata cenderung meningkat.
Sebaliknya, ketika ekonomi negara jatuh, kebiasaanya juga terpalit pada harga saham yang akan
menjadi lebih lemah. Oleh itu, pengumuman dasar dan petunjuk ekonomi negara seperti kadar
faedah, inflasi, keseimbangan perdagangan akan diperhalusi dan diperhatikan oleh para pelabur
saham.
Faktor Sentimen Pasaran
Sentimen para pelabur terhadap bursa saham juga mempengaruhi pergerakan harga saham. Sikap
para pelabur di bursa saham yang optimis dan penuh semangat biasanya akan menaikkan harga
saham. Sebaliknya, pelabur yang bersikap panik dan penjualan terburu-buru di bursa saham akan
mendorong harga saham untuk jatuh merudum.
Faktor-faktor lain
Terdapat pelbagai faktor lain yang tidak berkaitan langsung dengan bursa saham atau prestasi
ekonomi, tetapi juga boleh mempengaruhi pergerakan harga saham. Contohnya keadaan politik,
perang, konflik, keganasan, bencana alam, penularan wabak berjangkit dan sebagainya.
Kesimpulan
Faktor-faktor yang mempengaruhi turun naik harga saham ini boleh kita lihat melalui sudut dalaman
dan luaran. Harga saham yang berlaku di bursa saham sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Justeru, turun naik harga saham akan ditentukan oleh kekuatan penawaran dan permintaan terhadap
36
saham tersebut di pasaran bursa saham. Sekiranya jumlah tawaran lebih besar daripada jumlah
permintaan, secara amnya harga saham akan turun. Sebaliknya, jika jumlah permintaan lebih besar
daripada jumlah tawaran, harga saham akan cenderung meningkat. Faktor-faktor yang
mempengaruhi turun naik harga saham ini boleh datang dari faktor dalaman dan luaran sesebuah
syarikat. Dapat disimpulkan di sini bahawa faktor yang mempengaruhi pergerakan harga saham
terbahagi kepada dua iaitu:
1. Faktor Dalaman
Pengumuman mengenai pemasaran- iklan, perincian kontrak, perubahan harga, penarikan produk
baru, laporan produksi, laporan keselamatan produk, dan laporan penjualan.
Pengumuman pembiayaan- pengumuman yang berkaitan dengan ekuiti dan liabiliti.
Pengumuman lembaga pengarah -perubahan pengarah, pengurusan, dan struktur organisasi.
Pengumuman pengambilalihan yang pelbagai- laporan penggabungan, pelaburan ekuiti, laporan
pengambilalihan dengan pemerolehan dan pengambilalihan.
Pengumuman pelaburan- memperluas kilang, mengembangkan penyelidikan dan menutup
perniagaan lain.
Pengumuman buruh- rundingan baru, kontrak baru, mogok dan sebagainya.
Pengumuman penyata kewangan syarikat- anggaran pendapatan sebelum akhir tahun fiskal dan
setelah akhir tahun fiskal, Pendapatan Per Saham (EPS), Dividen Per Saham (DPS), nisbah
pendapatan harga, margin keuntungan bersih, pulangan aset (ROA) dan sebagainya.
2. Faktor Luaran
Pengumuman dari kerajaan - perubahan suku bunga simpanan dan simpanan, nilai tukaran asing,
inflasi, dan berbagai peraturan ekonomi dan polisi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Pengumuman undang-undang- tuntutan pekerja terhadap syarikat atau sebaliknya.
Pengumuman industri sekuriti (pengumuman sekuriti)- laporan mesyuarat tahunan,
perdagangan domestik, jumlah dagangan atau harga saham, sekatan / kelewatan perdagangan.
Pergolakan politik domestik dan turun naik kadar pertukaran wang juga merupakan faktor
yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap berlakunya pergerakan harga saham di bursa
saham sesebuah negara.
Pelbagai masalah dari dalam dan luar negara-wabak penyakit berjangkit, bencana alam,
peperangan, kegawatan ekonomi dan sebagainya.
37
Rujukan
1) http://www.juruscuan.com/investasi/868-faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pergerakan-harga-
saham
2) https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-matematik/sains-sosial/how-stock-prices-are-
determined-1147932/
3) https://ms.spazziodecor.com/factors-that-affect-stock-market-17556
4) https://my.tradingview.com/ideas/supplyanddemand/
5) Sinergitas Quadruple Helix: e-Business dan Fintech sebagai Daya Dorong Pertumbuhan Ekonomi
Lokal FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA SAHAM Irene Oktavia,
Kevin Genjar S.N. Universitas Jember
6) Rich Dad’s: Guide to Investing (Edisi Bahasa Melayu)
38
7. Faktor-Faktor Luaran: Persepsi Pasaran
GA04110 GA04302
MUHAMAD ARIFF B YAHAYA HARMAN B MOHD MOKHTAR
Pengenalan
Saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham
merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi
perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan
harga saham, disebut harga di pasaran saham. (Amanah juga sering dirujuk sebagai saham). Saham
biasanya merujuk kepada perkongsian hak milik dalam syarikat. Pemilik dan penyokong pembiaya
sesuatu syarikat mungkin membuat keputusan untuk menjual syarikat untuk mendapat wang.
Bagaimanapun ini biasanya mengakibatkan kehilangan kawalan ke atas syarikat tersebut.
Faktor luaran yang kurang memuaskan mendorong pasaran saham tempatan. Antara Faktor Yang
Mempengaruhi Nilai Pasar Saham ialah persepsi pasaran. Menurut sumber pelaburan dalam talian
Forex Care, bagaimana pasaran saham melihat maklumat dapat mempengaruhi nilai saham sebuah
syarikat atau seluruh industri. Penyelidik kelakuan Daniel Kahneman memenangi Hadiah Nobel
Memorial dalam Ekonomi pada tahun 2002 atas bantuannya dalam menubuhkan satu jenis
penyelidikan ekonomi yang dikenali sebagai kewangan tingkah laku. Penyelidikan Kahneman
menentukan bahawa para pelabur cenderung untuk memikirkan perkara-perkara negatif daripada
mencari aspek baik syarikat. Pada asasnya, pelabur akan kembali kepada maklumat yang paling
umum mengenai syarikat ketika memutuskan sama ada untuk melabur. Jika tanggapan popular
positif, maka nilai pasaran bagi syarikat itu boleh naik. Sekiranya persepsi itu buruk, nilai pasaran
mungkin menurun. Keadaan ekonomi dalam industri tertentu boleh menjejaskan seluruh industri,
menurut Bursa Saham New York. Sebagai contoh, syarikat gaji mungkin menguntungkan untuk
dirinya sendiri, tetapi jika keseluruhan industri gaji turun, yang boleh menyebabkan nilai pasaran
syarikat jatuh kerana kebimbangan pelabur mengenai kesihatan industri gaji. Bursa Saham New
York menunjukkan bahawa berita tentang peristiwa dunia boleh memberi kesan kepada nilai saham
juga. Sekiranya syarikat mengumumkan penutupan bahagian atau pemberhentian pekerja, yang
mungkin menyebabkan harga saham syarikat jatuh. Di sisi lain, berita buruk tentang syarikat boleh
menyebabkan nilai saham persaingannya meningkat.
Faktor Mempengaruhi Turun Naik Harga Pasaran
39
Bagaimana operasi mata wang dilakukan oleh bank pusat, pengurus dana hedging yang besar,
pelaburan dan syarikat insurans yang besar. Mereka adalah mereka yang menyokong liquidity
instrumen perdagangan pada tahap yang tinggi melalui jumlah perdagangan yang besar. Selain itu,
spekulator besar menggunakan operasi penukaran untuk peruntukan kredit, penerbitan bon dan
tarikan deposit, dan oleh itu kedudukan mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap
pergerakan pasaran. Kebiasaannya, spekulator besar sentiasa beberapa langkah di hadapan peniaga
biasa. Mereka lebih baik dimaklumkan dan itulah cara kebanyakan peserta pasaran mengikuti
tindakan mereka dengan teliti. Oleh itu, adalah penting bahawa kebanyakan peserta pasaran
memasuki pasaran dalam arah yang sama spekulator besar lakukan untuk dapat keuntungan dari
arah ini. Oleh itu, point kemasukkan yang berpotensi menguntungkan bagi peniaga biasa adalah
masa apabila pesanan pedagang penting dilaksanakan di pasaran.
Prinsip-Prinsip Spekulasi Besar Memasuki Pasaran
Alasan utama adalah kaedah ini kebanyakannya digunakan oleh spekulator besar dan mereka tidak
mempunyai masa atau keinginan untuk menetapkannya di internet. Walau bagaimanapun, kaedah
ini telah disebut dalam kesusasteraan lama mengenai pergerakkan di pasaran kewangan, di pasaran
saham, khususnya. Sebagai contoh, anda benar-benar mula mempelajari teori ini dari 'Security
analysis' oleh Benjamin Graham.Intipati teori ini adalah bahawa spekulator besar tidak pernah
masuk di pasaran dengan jumlah keseluruhannya yang diingini. Mereka sentiasa mengambil sedikit
masa untuk memasuki pasaran. Ia berlaku kerana spekulator baru tidak tahu berapa banyak wang
di pasaran pada saat tertentu. Jika pasaran "kecil", memasuki walaupun beberapa berpuluh-puluh
juta boleh menggerakkan harga dengan mendadak di mana-mana arah. Sudah tentu, tiada siapa
yang berminat dengan itu. Mengejar ikan besar selepas ikan besar dan ikan kecil (kita) berpuas hati
dengan cuba meneka rancangan spekulasi besar. Sekiranya anda memasuki pasaran ke mana-mana
arah dengan wang anda, selalu ada orang yang mempunyai wallet yang lebih besar yang akan
mengatasiwang anda. Dan mereka akan melakukannya. Itulah sebabnya untuk "bersembunyi"
operasi perdagangan anda dari pemburu lain. Dalam kebanyakan kes, kedudukan dibina tanpa
disedari, tetapi spekulator kadang-kadang membuat kesilapan kecil disebabkan oleh ini atau faktor-
faktor tersebut dan kemudian kita dapat mengesan memasuki kedudukan
40
Pada masa ini apabila volume belian dikeluarkan, pasaran akan tergesa-gesa dan permainan
sepatutnya berakhir. Tetapi akhirnya, pasaran mula melambung lagi dan membuang semua penjual.
Macam mana boleh jadi? Pembeli tidak menutup kedudukan lagi! Tidak tepat. Pembeli
mengeluarkan sebahagian daripada kedudukan dan menunggu sehingga kedudukan penjual
ditetapkan pada retracement. Kemudian, pembeli melakukan jual belinya ke pasaran sekali lagi dan
harga melambung kerana tidak ada jumlah jual yang cukup untuk memegang pembeli kembali
sekarang. Kami melihat bahawa banyak kali di pasaran. Sekarang anda tahu mengapa ia berlaku.
Kesimpulan, saya ingin menambah bahawa prinsip ini bukan satu-satunya kaedah di bursa saham.
Tetapi, sebaik sahaja anda sudah mengenalinya, anda boleh dengan mudah menjana pendapatan
dengan strategi helah mereka atau melawan mereka. Pilihannya adalah milik anda, tetapi ingat ia
lebih baik untuk memasuki pasaran selari dengan arah spekulasi besar.
Rujukan
https://ms.halvescoinsmoney.com/three-factors-that-affect-market-value-stock
https://www.liteforex.my/blog/for-beginners/bagaimana-spekulator-besar-mempengaruhi-pasaran/
Pengenalan
Persepsi Pasaran bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang pasaran
saham yang membuat kita akan membuat pandangan, tanggapan serta pertimbangan seterusnya
41
memacu kita untuk membuat keputusan samada memasuki pasaran saham sebagai
pelabur/pedagang atau terus menganggap pasaran saham adalah tempat yang akan membankrapkan
kita. Pemikiran negatif ini akan sentiasa menjadi penanda aras untuk kita tidak menyertai urusniaga
di pasaran saham walaupun ianya adalah satu platform sumber kekayaan yang telah tersedia. Apa
yang diperlukan hanyalah menyediakan modal, memahami kelakuan pasaran dengan tumpuan
kepada risiko pulangan, keselamatan dan peningkatan modal, faedah cukai, tempoh matang dan
seterusnya menyertai kerancakan permintaan dan penawaran perdagangan di bursa saham yang
‘bullish’ dan ‘bearish’.
Pasaran saham di Malaysia di kenali sebagai Bursa Malaysia (dahulu dikenali sebagai Bursa Saham
Kuala Lumpur) dan ditubuhkan pada tahun 1964. Persepsi pasaran di Bursa Malaysia pada tahun
2019 adalah menakutkan kerana telah ditakrif sebagai bursa dengan prestasi paling lemah di Asia.
Menurut portal ekonomi antarabangsa, Bloomberg, kira-kira RM2 billion telah dikeluarkan dari
Bursa Malaysia pada tahun 2019 dan menggelarkan pasaran saham Malaysia sebagai ‘World;s
Worst Major Stock Market 2019’. Penarafan ini telah memberi kesan kepada harga saham yang
telah jatuh lebih teruk daripada yang sepatutnya. Pada tahun 2020 ini pula tercetusnya wabak
COVID-19 dan kejatuhan harga minyak mentah melemahkan lagi harga saham di pasaran. Persepsi
pasaran memberi isyarat negatif dan ketidakyakinan pelabur-pelabur terutamanya pelabur luar
menjadi semakin meningkat terhadap Bursa Malaysia.
Persepsi Pasaran ini melibatkan pelabur-pelabur dari Institusi Tempatan yang dikenali sebagai
pelabur “jerung”, Syarikat Asing dan Runcit Tempatan. Pasaran saham Bursa Malaysia telah
merosot sebanyak 14 peratus sejak Mei 2018 dan 3.5 peratus pada 2019. Kemerosotan ketara ini
sudah tentu tidak baik terhadap Bursa Malaysia serta ekonomi dan ia memberi kesan langsung
kepada pelabur “jerung” iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang membuat pelaburan aktif di
Bursa Malaysia seperti KWSP, Khazanah, Tabung Haji dan PNB. Kemerosotan ini mengakibatkan
kejatuhan teruk harga saham dan menjejaskan pulangan dividen kepada pencarum dan rakyat
keseluruhan yang menabung wang dengan pelabur “jerung” tersebut. Kejatuhan indeks harian
bursa saham utama dunia seperti Dow Jones dan Nasdaq juga sangat terkesan kepada harga kaunter-
kaunter saham di Bursa.
Bagi pelabur dari Syarikat Asing yang dipanggil pelabur asing pula ketidakyakinan mereka
terhadap keteguhan ekonomi negara selepas berlakunya pertukaran kerajaan pada PRU 14 yang
lepas lebih-lebih lagi kenyataan-kenyataan dari barisan Kabinet yang dilantik memberi persepsi
pasaran yang buruk kepada mereka. Akibatnya menyebabkan berlakunya penjualan secara besar-
besaran saham Malaysia oleh mereka. Kenyataan Samsung Asset Management Co sebagai berkata
bahawa pasaran Malaysia adalah ‘membosankan’ juga telah mengakibatkan Penanda Aras Indeks
FTSE Bursa Malaysia KLCI menyusut kepada 1,592.96 pada 2019 daripada rekod 1,852.27 pada
Mei 2018. Wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini juga telah
mengakibatkan dagangan menyusut di seluruh papan di Bursa Malaysia kerana prestasi rendah
yang dicatatkan bursa serantau berikutan kebimbangan dan ketidakpastian yang wujud akibat
penularan COVID-19. Implikasi ini menyebabkan harga-harga saham tidak dapat menerjah ke
paras yang tertinggi seperti yang dijangkakan.
Persepsi pasaran bagi pelabur-pelabur runcit tempatan pula adalah sedikit berbeza pada masa kini
kerana pelaburan dengan menggunakan modal yang kecil membolehkan mereka menjadikan
aktiviti memburu saham murah yang mempunyai prospek cerah menjadi keutamaan, Kaunter-
kaunter waran yang juga murah pula dapat diteroka bersandarkan kepada prestasi kaunter induk
42
dalam pasaran saham harian. Persekitaran kadar faedah yang rendah juga meningkatkan penyertaan
mereka dan membantu menstabilkan pasaran saham tempatan di tengah-tengah pengaliran keluar
dana asing. Berbeza dengan pelabur ‘jerung’ yang memberi tumpuan kepada kaunter ‘blue chip’
keaktifan pelabur runcit dalam pasaran saham ketika ini menjadikan harga saham murah meningkat
mencecah paras tertinggi dalam tempoh masa 6 bulan sebelum ini bahkan kaunter ‘super penny’
pun mencatatkan volum yang tinggi dalam dagangan harian dan menghasilkan kenaikan harga yang
memberi keuntungan yang besar kerana pembelian kaunter ini melibatkan unit yang banyak.
Kejatuhan harga minyak mentah mempengaruhi persepsi pasaran terhadap Bursa Malaysia kerana
Malaysia mengimport lebih banyak produk berasaskan minyak berbanding jumlah minyak mentah
yang dieksport tetapi ia hanya melibatkan kaunter tenaga yang menjalankan aktiviti carigali minyak
mentah dan pemprosesan petroluem. Tindakan kerajaan yang menjalankan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan seterusnya mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN) yang melibatkan moratorium memberi manfaat perkukuh upaya tunai peribadi
mengalih persepsi rakyat kepada pasaran saham sebagai tempat untuk menjana pendapatan.
Penyertaan mereka sebagai pelabur runcit adalah sangat ketara seterusnya menyokong pasaran
saham tempatan meningkatkan dagangan dan harga-harga saham kaunter murah melonjak tinggi
dan mengekalkan harga di pasaran disebabkan volum saham yang diniagakan adalah besar. Di
bawah disertakan jadual peningkatan dalam peratusan pelabur peruncit tempatan dari tahun 2019
sehingga pada 21 May 2020.
Sumber : Majalah Labur, Saham ‘Market outlook’ Dan 5 Saham Pilihan Rakuten Trade, Oleh :
Eza, May 21, 2020 9.52 am
Kesimpulannya, persepsi pasaran merupakan faktor-faktor luaran yang sangat mempengaruhi
harga saham kerana isyarat yang diterima oleh pelabur-pelabur yang terdiri dari Institusi Tempatan,
Syarikat Asing dan Runcit Tempatan akan menentukan kemasukan dana atau pengeluaran dana
dari pasaran seterusnya mempengaruhi kecergasan atau kelembapan dagangan di Bursa. Persepsi
pasaran sangat berkait rapat dengan kestabilan, tindakan dan keputusan kerajaan pemerintah, isu-
isu utama dalam negara dan juga dunia, indeks saham utama dunia, penarafan dari portal ekonomi
antarabangsa dan seterusnya kelakuan naik turun harga saham itu sendiri yang akan menghasilkan
tanggapan positif atau negatif kepada pelabur-pelabur untuk melabur. Peningkatan dana akan
meningkatkan volum dagangan di Bursa. Dagangan cergas dan tinggi dengan titik persilangan
permintaan dan penawaran saham yang aktif sangat mempengaruhi naik turunnya harga saham.
Isyarat positif ini mencetuskan persepsi pasaran ‘bullish’ sekaligus menghambat keterujaan
pelabur-pelabur untuk memburu kekayaan.
Rujukan :-
43
Sinar Harian, Khamis | 21 Mei 2020
Kerajaan perlu tangani persepsi negatif pelabur
NORHASPIDA YATIM | | 17 April 2019
Majalah Labur
Saham ‘Market Outlook’ Dan 5 Saham Pilihan Rakuten Trade
Oleh Eza, May 21. 2020 9.52 am
BH ONLINE
Pelabur runcit sokong pasaran saham tempatan
RABU, 20 MEI 2020 @ 1.41 PM
BH ONLINE
Pelabur Bursa Malaysia terus pantau kes baharu COVID-19
SABTU, 11 APRIL 2020 @ 10.41 AM
ASTRO AWANI
BERITA | BISNES
Pelabur asing masih ‘takut’ dengan Bursa Malaysia
_______________________________________________________
Luqman Hariz, Astro Awani | November 21, 2019 14:21 +08
FACEBOOK
Suara Hati Skudai
April 18, 2019 at 1.28PM
The Star
The world’s worst major stock market is really, really boring
BUSINESS
Tuesday, 16 Apr 2019 6.54 AM MYT
EKLIK
Pelabur runcit banjiri pasaran
Author(s) : Oleh Sofyan Rizal Ishak
Copyright : NSTP
Published on : 11 April 2018
Publication : Berita Harian
SSRN
Investors Perception Towards Stock Market : An Exploratory Approach
International Journal of Scientific & Technology Research, December, 2019
Vol. 8, No. 12, pp.2567-2574
44
8. Faktor-Faktor Luaran: Pertumbuhan Industri
GA04111 G04277
MUHAMAD SAZELI B MOHD NAZIR AZNIDA IRMA BT MUSAA
Pengenalan
Umum mengetahui bahawa harga saham dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan. Ini adalah
suatu konsep asas dalam pelajaran ekonomi yang kita sedia maklum. Selain itu, ia juga dipengaruhi
oleh beberapa faktor yang boleh kita klasifikasikan sebagai faktor dalaman dan luaran.
Pertumbuhan ekonomi bagi sesuatu syarikat pula akan mengukuhkan lagi harga saham syarikat
tersebut. Semakin banyak keuntungan yang dapat dijana oleh syarikat akan memberi lebih nilai
pada saham dan juga pembayaran dividen.
Setelah mempelajari kursus ini, sedikit sebanyak mengukuhkan pemahaman saya bagaimana
pergerakan harga saham bergerak dan memahami indikator dapat membantu untuk meramalkan
pergerakan harga. Disitu kita dapat menentukan pada tingkat harga berapa kita akan beli dan jual
serta bila masa yang sesuai untuk diniagakan. Dalam pada itu, beberapa sumber maklumat perlu
digabung dan dianalisis bagi membantu pembacaan pergerakan sesuatu kaunter supaya tindakan
yang dilakukan benar-benar tepat dan menguntungkan.
Pertumbuhan Industri Yang Mempengaruhi Harga Saham
Dunia dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19 dimana sektor industri terkena tempias yang
sangat besar adalah sektor perlancongan dan yang berkaitan dengannya seperti industri
penerbangan. Mengikut laporan The Edge Markets bertarikh 13 Mac 2020, harga saham AirAsia
Group Bhd turun sebanyak 11.23% ke paras terendah sepanjang masa kepada 79 sen manakala
Malaysia Airports Holdings Bhd turut turun sebanyak 8% kepada RM5.42 pada hari yang sama.
Bagi pasaran Amerika, saham American Airlines Group Inc turun sebanyak 18% atau AS $ 2.93,
United Airlines Holdings menjunam sebanyak AS $ 12.33 atau 36% untuk menetap pada AS $
37.01, sementara Delta Airlines jatuh sebanyak AS $ 9,21 atau 21.58% kepada AS $ 33.46 setelah
kerajaan Amerika memperkenalkan sekatan perjalanan bagi pelawat Eropah.7
Sebuah syarikat penerbangan telah jatuh muflis kesan dari kejatuhan ekonomi akibat penularan
wabak ini. Virgin Airlines, sebuah syarikat yang berpengkalan di Australia dan kini diberitakan
7 Justin Lim, AirAsia, AAX and MAHB stocks down on Covid-19 fears, The Edge Markets, Kuala
Lumpur, 2020, hlm. 1.
45
South African Airways juga bakal menghadapi nasib yang sama. Apa yang diharapkan oleh pelabur
agar penularan pandemik ini akan dapat dibendung secepat mungkin. Malaysia dilaporkan sedang
berada dilandasan yang tepat dimana beberapa sektor industri telah mula dibuka secara
berperingkat. Saya sendiri turut melabur (Permainan BursaMKTPlace) didalam kaunter Lion
Industry dimana pada hari ini mula mencatatkan peningkatan harga saham pada nilai RM0.275 (19
Mei 2020). Mengikut perbandingan dengan menggunakan indikator Fisher Transform dan MACD,
kaunter ini akan terus menaik ekoran langkah kerajaan mula membenarkan industri pembinaan
memulakan operasi dengan prosedur pencegahan ketat.
Lion Industry merupakan pengeluar besi utama di negara ini dimana memegang pasaran terbesar
pembuatan besi negara. Dijangkakan pengeluaran besar-besaran akan dilakukan bagi memenuhi
permintaan industri pembinaan yang sedang dijalankan. Kita mengetahui beberapa projek mega
bakal disiapkan tidak lama lagi seperti bangunan ketiga tertinggi di dunia Merdeka PNB 118, Tun
Razak Exchange (TRX) serta Landasaran Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR). Kerancakan sektor
pembinaan ini sudah pasti akan memberikan keuntungan yang lebih kepada syarikat seterusnya
melonjak harga saham Lion Industry.
Pertumbuhan industri penjagaan kesihatan juga mendorong perubahan harga saham. Pengeluar
sarung tangan getah negara, Kossan Rubber melaporkan pengeluaran sarung getah ditingkatkan tiga
kali ganda bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan mengehadkan penjualan ke luar negara.
Pada awal 19 Februari 2020, saham Kossan Rubber diniagakan pada RM4.60. Setelah peningkatan
pengeluaran yang berpanjangan, harga saham tersebut kini bernilai RM7.73 (19 Mei 2020). Trend
peningkatan harga saham ini dijangka berterusan kerana permintaan dari luar terus meningkat
ekoran penularan wabak Covid-19 yang masih tiada penghujung.
Bagi industri minyak dan gas negara, berlaku penurunan permintaan bagi sektor ini dimana 57%
permintaan minyak adalah untuk pengangkutan.8 Harga saham Hibiscus Petroleum pada 13 Mac
2020 bernilai RM0.38 sesaham. Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1, harganya
menjunam ke RM0.26 sesaham. Menyedari hakikat ini, Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar
minyak telah membuat beberapa rangsangan dan sokongan bagi menyelamatkan sumber
pendapatan negara9. Lantaran itu saham Hibiscus Petroleum juga telah melonjak kepada RM0.62
8 Dr Renato Lima de Oliveira, (19 Mei 2020), In Webinar of Oil Economics in Times of Crisis and
Energy Transition, Pusat Pendidikan Pasaran. Kuala Lumpur.
9 Mohd Zaky Zainuddin, (13 April 2020) Berita Harian Online. Dari laman sesawang
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/676559/kerajaan-dijangka-bantu-industri-
penerbangan-minyak
46
sesaham pada 19 Mei 2020. Kenaikan ini adalah signifikan hasil kerjasama strategik Petronas
Carigali dimana sama-sama terlibat dalam eksplorasi kawasan baru plot North Sabah EOR PSC.
Penutup
Pergerakan pasaran saham boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya pertumbuhan industri
dan prestasi syarikat itu sendiri. Ia saling berkait dan menyumbang perubahan yang besar.
Pertumbuhan industri dapat mengukuhkan harga saham disamping menjana lebih keuntungan.
Prestasi yang positif akan menjana minat pelabur baru dan merangsang syarikat untuk meneroka
bidang baru yang berpotensi.
Didalam konsep mikroekonomi, permintaan melebihi penawaran menjanjikan keuntungan. Bagi
syarikat yang kukuh modal perniagaan dapat merebut peluang ini kerana mempunyai kekuatan
kewangan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Di samping itu, situasi Malaysia yang berada di
antara negara yang cepat membendung penularan wabak Covid-19 dilihat akan mengalami
perkembangan ekonomi yang pesat ditambah pula langkah kerajaan yang menyediakan pakej
ransangan dilihat dapat membantu sektor industri terus rancak bagi memenuhi permintaan pasaran
domestik dan antarabangsa sekaligus turut mempengaruhi harga saham syarikat di Malaysia.
Rujukan
Bisnes. (2020, April 13). Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-
lain/2020/04/676559/kerajaan-dijangka-bantu-industri-penerbangan-minyak
Hamzah, S. R. (2020, April 16). Berita. Retrieved from Bernama:
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1832744
Lim, J. (2020, March 13). Article. Retrieved from The Edge Market:
https://www.theedgemarkets.com/article/airasia-aax-and-mahb-stocks-down-covid19-fears
Pengenalan
Malaysia merupakan negara yang mempunyai matlamat untuk mencapai kadar pertumbuhan
ekonomi yang mantan dari segi pertumbuhan industri. Oleh itu, faktor-faktor yang memberi kesan
terhadap pertumbuhan industri adalah perlu diambilkira bagi perancang dan pembuat dasar
ekonomi sesebuah negara untuk melihat punca sebenar yang mempengaruhi peningkatan
pertumbuhan industri dan bagaimana ia memberi kesan kepada peningkatan atau penurunan harga
saham. Menurut Fahmi (2012, h.86), dengan membeli dan memiliki saham pelabur akan
47
memperoleh beberapa keuntungan modal, memperolehi dividen dan lain-lain. Sebagai pelabur
sebelum membeli saham, pelabur akan melakukan penilaian terlebih dengan melakukan analisis
terhadap faktor luaran dalam pertumbuhan industri. Hasil daripada kajian, terdapat beberapa faktor
luaran terhadap pertumbuhan industri yang mempengaruhi harga saham. Antaranya adalah politik,
ekonomi, sosialbudaya,dan teknologi.
a) Politik
Semua negara mempunyai sistem politiknya yang tersendiri. Politik bermaksud pertukaran dari
memberikan kesetiaan kepada kaun etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiasaan yang
berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah negara (Rabushka, 1968). Di Malaysia, satu
kaedah mewujudkan integrasi politik ialah dengan mengadakan pilihanraya setiap 5 tahun dimana
rakyat diberi kuasa untuk memilih pemimpin mereka sendiri. Ketidskstabilan politik akan
menjadikan huru hara dalam negara. Oleh itu ia akan memberi kesan dalam pasaran harga saham
dengan mengalami turun naik harga. Spekulasi politik ini akan memberi impak besar kepada
pasaran saham kerana para pelabur tidak berkeyakinann untuk terus melabur sebaliknya ia
mengambil langkah tunggu dan lihat sahaja berbeza dengan kestabilan politik, para pelabur dengan
yakin melabur tanpa ada rasa ragu-ragu. Oleh itu ia akan memberi impak dalan pertumbuhan
industri apabila mempunyai sistem politik yang baik.
b) Ekonomi
Abraham Maslow menyatakan Ekonomi adalah salah satu bidang ilmiah yang cuba menyelesaikan
masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui pengerakan segala sumber ekonomi yang ada
dengan berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang dianggap efektif
dan efisien. Ini boleh dilihat dari sudut teori makroekonomi, ekonomi dan pasaran saham yang
mempunyai hubungan yang positif iaitu kenaikan dalam sektor ekonomi akan membawa
peningkatan kepada pendapatan eksport dan secara tidak langsung merangsang peningkatan dalam
industri persaingan import. Ini akhirnya akan menyebabkan kenaikan dalam harga saham (Wu
2000). Ekonomi yang baik akan meningkatkan harga saham manakala ekonomi yang merudum
juga bakal menjadikan harga saham itu jatuh. Apabila ia jatuh menjadikan pelabur luar tidak
berkeyakinan untuk melabur di Malaysia.
c) Sosiabudaya
Sosiabudaya yang diamalkan oleh masyarakat mempengaruhi pemintaan barang dan perkhidmatan.
Contohnya dengan amalan gaya hidup sihat maka banyak keperluan barangan kesihatan akan
mengalami permintaan yang tinggi. Permintaan dan perkhidmatan yang tinggi ini akan
48
meningkatkan pasaran harga saham. Harga akan meningkat dan menarik pelabur untuk melabur di
Malaysia.
d) Teknologi
Dari sudut teknologi, kecanggihan teknologi dalam dunia moden hari ini banyak memberi pengaruh
kepada pelabur dalam aktiviti urusniaga pasaran saham mereka. Pelbagai perisian teknikal analisis
seperti RHB Trade Smart dan ChartNexus mampu mengeluarkan isyarat yang objektif dengan
kepantasan menghampiri tahap tanpa sebarang lat. Ketika penemuan kajian Lim, Tan dan Law
(2007) dan Lee (2004) menunjukkan analisis teknikal tidak mempunyai nilai kepada pelabur dalam
menentukan masa pembelian dan penjualan sesuatu saham, kemunasabahan penemuan ini
dipertikaikan dalam realiti dunia pelaburan saham semasa yang menyaksikan penggunaan analisis
teknikal masih sangat meluas, malah meningkat. Hal ini dilaporkan oleh Oberlencher (2001), dan
ia konsisten dengan kemampuan pelabur yang menggunakan teknikal analisis mengaut keuntungan
yang positif dan tinggi (Lai, Balachandher & Fauzias 2003).
Kesimpulan
Kesimpulannya, faktor-faktor luaran seperti politik, ekonomi, sosiobudaya, dan teknologi amat
mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung terhadap perubahan pertumbuhan industri dan
harga pasaran di Malaysia.
Rujukan
1) Fahmi, Irham 2012, Pengantar Pasar Modal, edisi 1, Alfabeta, Bandung
2) Rabushka, Alvin. (1968). Ethnic Components of Political Integration in Two Malayan Cities.
Michigan: University Microfilm, Inc., Ann Arbor.
3) Iskandar Putong, Economics Pengantar mikro dan Makro, (Jakarta,Mitra Wacana Media,2010)
h.
4) https://citrawulani.wordpress.com/mata-pelajaran/ekonomi/pengertian-ekonomi-secara
umum/
5) Nieh, C. C. & Lee, C. F. 2001. Dynamic relationship between stock prices and exchange rates
for G-7 countries. The Quarterly Review of Economics and Finance 41: 477-490
49
6) Lim, K.P., Habibullah, M.S. & Lee, H.A. 2004. Do Asian stock market prices follow random
walk? A revisit. International Journal of Management Studies 11: 101-126.
7) Lim, K.P., Tan, H.B. & Law, S.H. 2007. Returns predictability of Malaysian bank stocks:
Evidence and implications. International Journal of Management Studies 14(1): 89108.
8) Lim, K.P., Habibullah, M.S. & Lee, H.A. 2004. Do Asian stock market prices follow random
walk? A revisit. International Journal of Management Studies
11) Ling, P.S. & Abdul-Rahim, R. 2016. Efficiency of Malaysian stock market: A revisit based
on analysts’ recommendations. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space
12) Mills, T.C. 1998. Technical analysis and the London Exchange: testing trading rules using the
FT30. International Journal of Finance and Economics
14) Oberlechner, T. 2001. Importance of technical and fundamental analysis in the European
foreign exchange market. International Journal of Finance and Economics 6(1): 81-93.
50