9. Faktor-Faktor Luaran: Pasaran Saham Negara Asing
GA04113 GA04274
MUHAMMAD IKMAL B AHMAD ZAKI ALIFF ADRIAN B NOR RAZIF
Baru-baru ini gempar satu dunia ekoran harga minyak dunia jatuh sepanjang sejarah dunia iaitu
berada dibawah paras 0 USD .hal ini menyebabkan kemelesatan ekonomi dunia sekali gus
menjejaskan pasaran saham seluruh negara untuk beberapa minggu terutama bagi negara pengeluar
minyak termasuk negara malaysia. Tambahan pula seluruh duni dilanda wabak penyakit iaitu
corona virus 2019, COVID 19 turut memberi kesan kepada pasaran saham negara asing.
Antara faktor luar yang mempengaruhi pasaran saham negara asing adalah berlakunya pandemik
wabak penyakit iaitu covid-19 keseluruh dunia telah menukar keadaan yang agak ketara terhadap
semua sektor industri sama ada semakin bertambah baik atau sebaliknya . sebagai contoh industri
yang bertambah baik adalah sektor kesihatan dan farmasi kerana mereka telah berada pada tahap
yang maksimum untuk mengeluarkan produk bagi kegunaan negara keseluruh dunia ataupon
kegunaan domestik. Ini menyebabkan syarikat-syarikat yang terenarai di bursa saham bagi negar
masing-masing akan melonjak naik pada harga yang meningkat setiap masa. Antara industri nya
adalah syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan dan kelengkpan alat perlindungan diri seperti
topeng muka dan sarung tangan , sebagai contoh bagi negara malaysia adalah syaikat pharmaniaga
, top glove , kossan rubber dan lain-lain .
Graf merujuk kepada harga saham untuk syarikat kossan rubber
Walaubagaimanapon terdapat juga banyak industri yang terjejas teruk akibat daripada pandemik
covid-19 yang memberi kesan yang teruk terhadap pasaran saham bagi industri tersebut .antara
51
sektor yang terjejas adalah sektor pelancongan yang mana terdapat banyak industri terlibat iaitu
penerbangan , perhotelan dan ‘travel and tour’. syarikat-syarikat yang terlibat palinng terkesan
terhadap faktor ini kerana dasar kerajaan yang terpaksa menutup pintu kemasukan dan
melaksanakan kawalan pergerakan bagi setipa rakyat di bukan sahaja di negara malaysia malahan
seluruh negara di dunia telah melakukan perkara yang sama. Oleh itu , boleh dikatakan sektor ini
dtutup secara keseluruhan bagi menjamin keselamatan rakyat di negara masing-masing. Sebagai
akibatnya ia amat memberi kesan yang buruk terhadap pasaran saham bagi sektor tersebut . harga
saham bagi syarikat- syarikat yang terlibat adalah menjunam . oleh itu faktor luaran ini amat
memberi kesan yang teruk kepada pasaran saham negara asing bagi sektor pelancongan. Dinegara
malaysia juga terdapat syarikat penerbangan yang terjejas teruk saya juga yakin seperti dinegara
asing seperti syarikat Emirates Airlines , Singapore Airline , dan lain-lain syarikat penerbangan
amat terkesan teruk akibat pandemik ini . ini menyebabkan syarikat-syarikat tersebut mengalami
pasaran saham yang teruk. Sebagai contoh di malaysia terdapat syarikat penerbangan iaitu Air asia
, boleh dilihat bermula bulan mac 2020 harga saham mulai jatuh ini juga pasti berlaku kepada
pasaran saham untuk negara asing kerana sektor pelancongan adalah antara industri ynag popular
dan menjadi sistem perhubungan antarabangsa yang penting.
Graf merujuk kepada harga saham untuk syarikat Air Asia
Selain itu, faedah antarabangsa adalah wang yang masuk, dan keluar, negara menjejaskan pasaran
saham dengan sama ada meningkatkan atau mengurangkan wang yang digunakan untuk membeli
saham. Wang yang meninggalkan negara ini untuk pasaran global yang lain melemahkan ekonomi
dan mata wang, dan menghalang prestasi saham dalam negara. Peningkatan modal ke negara ini
mempunyai kesan yang bertentangan terhadap Imbangan Pembayaran dan Posisi Pelaburan
52
Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi menunjukkan trend dalam pelaburan
asing yang menyerlahkan wang yang berpindah ke pasaran luar Amerika Syarikat.
Akhirulkalam , faktor-faktor luar mempengaruhi pasaran saham negara asing akan menjejaskan
pasaran saham tersebut . oleh itu amatlah penting bagi setiap pelabur untuk melabur dalam atau
pon luar negara dalam menganalisis negara , sektor dan syarikat yang baik untuk menjamin
pulangan yang terbaik bagi seseorang pelabur yang bijak .
RUJUKAN
1. http://laburniaga.blogspot.com/2015/01/5-faktor-yang-mempengaruhi-ekonomi-
dan.html?m=1
2. https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2020/03/663409/pasaran-asia-menjunam-
susulan-covid-19-kejatuhan-harga-minyak
53
Pengenalan
Saham atau pelaburan saham adalah merupakan pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.
Secara lebih mudah untuk difahami adalah apabila seseorang individu membeli saham syarikat tertentu, maka
secara langsung individu tersebut telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Jumlah saham sama
ada kecil atau besar adalah bergantung kepada jumlah wang yang individu tersebut perolehi. Di Malaysia,
pembentukan organisasi rasmi bagi urusniaga saham adalah pada tahun 1930 dan dikenali sebagai Kesatuan
Broker Saham Singapura namun telah didaftarkan semula sebagai Kesatuan Broker Saham Malaya pada
tahun 1937. Pada tahun 1960 Bursa Saham Malaya telah ditubuhkan dan dagangan saham awam telah
bermula. Sistem papan catatan mempunyai bilik dagangan di Singapura dan Kuala Lumpur yang telah
disambungkan menerusi talian secara terus. Apabila sebut tentang saham, tentu sahaja akan timbul persoalan
tentang harga saham dan juga prestasi kaunter-kaunter dagangan. Secara umumnya, harga saham mempunyai
hubung kait yang rapat dengan prestasi sesuatu kaunter itu dan terdapat beberapa faktor yang menentukan
harga atau nilai sesuatu saham tersebut. Faktor ini juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman
dan faktor luaran. Di dalam kedua-dua faktor ini juga terdapat beberapa faktor lain. Walau bagaimanapun,
isu yang ingin dikupas disini adalah faktor luaran iaitu pasaran saham negara asing yang mempengaruhi harga
saham.
Hubungan antara pasaran saham dan kadar pertukaran asing sering mendapat perhatian di kalangan ahli-ahli
ekomoni dan kewangan. Perhatian ini adalah kerana kedua-dua pembolehubah kewangan ini penting
terutama dalam mempengaruhi sektor ekonomi sesebuah negara (Nieh&Lee 2001). Oleh itu, dapat
digambarkan bahawa sememangnya pasaran saham negara asing amat mempengaruhi harga saham. Sebagai
contoh yang jelas adalah pada tahun 1997-1998 dimana berlakunya krisis kewangan Asia yang telah
memberikan impak terhadap kedua-dua pasaran saham dan kadar pertukaran di Malaysia dengan nilai
kejatuhan ringgit Malaysia sebanyak 51.6% dan kejatuhan sebanyak 45% dalam harga saham (Pan, Fok &
Liu 2007). Sebelum itu, pelbagai faktor juga menjadi penentu kepada prestasi pasaran saham negara asing
antaranya faktor politik dan ekomoni sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh, sesuatu negara mengalami
ketidakstabilan politik dan menyebabkan berlakunya peralihan kerajaan maka polisi dan ideologi yang
baharu akan diperkenalkan. Oleh sebab itu, pelabur asing akan berwaspada untuk melabur di dalam negara
tersebut dan secara tidak langsung peristiwa tersebut menyebabkan pasaran saham negara tersebut terjejas.
Di sebabkan pasaran saham negara asing tersebut terjejas, maka ia telah mempengaruhi harga saham
terutamanya di negara lain yang mempunyai hubungan perdagangan dengan negara tersebut. Begitu juga
dengan kedudukan ekonomi sesuatu negara tersebut di mana negara yang mempunyai ekonomi yang stabil
dapat menarik lebih ramai para pelabur asing untuk melabur dalam pasaran saham. Pelabur asing berminat
54
untuk memulakan perniagaan baharu di negara tersebut sekaligus akan meningkatkan pengeluaran, jualan
dan harga saham tempatan. Sekali lagi ini membuktikan bahawa pasaran saham negara asing telah
mempengaruhi harga saham. Seperti yang diketahui, pada awal tahun 2020 satu wabak telah dikesan menular
bermula di negara China iaitu wabak Covid-19. Menurut sumber daripada Berita Harian Online pada 3
Februari 2020, selepas sahaja cuti perayaan Tahun Baharu Cina, para peniaga mula bimbang akan penularan
wabak tersebut dan telah mengakibatkan pasaran saham China menjunam sebanyak 9.0% berikutan
penjualan besar-besaran di seluruh asia kerana pasaran global berdepan dengan situasi yang tidak baik akibat
Covid-19 tersebut sekaligus mengakibatkan harga saham turut terjejas seperti yang digambarkan pada rajah
1 di bawah :
Rajah 1 - Sumber rujukan : https://www.tradingview.com/
Kejatuhan harga saham pada SSE Composite iaitu pasaran saham negara asing (Negara China) bagi
Malaysia, menyebabkan harga saham tempatan juga turut terjejas. Ini juga berlaku kerana Malaysia
mempunyai hubungan dagangan dengan Negara China. Pada ketika hebohnya penularan wabak tersebut di
China, ia masih tidak berlaku penularan di Malaysia, tetapi akibat kejatuhan harga pasaran saham di China
pada ketika itu, maka harga saham di Malaysia juga turut terkena tempiasnya.
Apa yang dapat disimpulkan disini adalah, para pelabur memberikan perhatian terhadap pasaran saham
negara asing bagi menjangkakan harga saham tempatan. Ini kerana terbukti dengan jelas bahawa pasaran
saham negara asing merupakan faktor luaran yang mempengaruhi harga saham. Apa sahaja yang berlaku
terhadap pasaran saham negara asing, ia merupakan satu pentanda terhadap harga saham tempatan sama ada
positif atau sebaliknya. Jadi, bagi memastikan pasaran saham sesebuah negara itu adalah baik, pelbagai faktor
perlu dilihat dan diambil langkah yang sebaiknya untuk menjadikan prestasi ekomoni sesebuah negara itu
kukuh, seterusnya mengukuhkan pasaran saham sesebuah negara tersebut. Begitu juga di Malaysia, perlu
mengambil langkah yang proaktif kerana pasaran saham Malaysia, merupakan pasaran saham negara asing
bagi negara-negara yang lain dan menjadi penentu bagi harga sesuatu saham.
55
Rujukan
Abu Hassan Shaari Mohd Nor, Mori Kogid, Tamat Sarmidi & Zaidi Isa. 2012. Kesan Kemeruapan
Kadar Pertukaran ke atas Pasaran Saham di Malaysia. hlm. 141-143. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Anon. 2020. Coronavirus- pasaran saham China menjunam 9.0 peratus. Berita Harian-online. 3
Februari.
https://www.tra
56
10. Faktor-Faktor luaran: Kestabilan Ekonomi
GA04115 GA04271
MUHAMMAD RIDHWAN B FAUZI SITI ASMAH BT ABDUL RAHMAN
Pengenalan
Malaysia ialah negara membangun di dunia dan mengamalkan pemasaran berorientasikan negara
dan terbuka. Walaupun ia sebuah negara yang kecil, Malaysia mempunyai darjah kebergantungan
ekonomi yang tinggi terhadap perdagangan antarabangsa. Minyak mentah, getah dan petroleum
adalah komuditi utama negara. Harga minyak mentah dunia dipengaruhi oleh permintaan dan
penawaran global. Ketidaktentuan harga minyak mentah menjejaskan prestasi sektor ekonomi
negara. Kestabilan ekonomi adalah peningkatan per kapita keluaran dalam negara (KDNK) atau
pertumbuhan pendapatan dalam agregat yang biasa ditunjukkan sebagai peningkatan tahunan.
Pertumbuhan ekonomi selalunya berlaku disebabkan peningkatan produktiviti yang melibatkan
banyak barang dan perkhidmatan melibatkan input tenaga kerja, modal, tenaga dan sumber atau
bahan yang sama. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertumbuhan jangka pendek dan
pertumbuhan jangka panjang. Pertumbuhan jangka pendek diistilahkan sebagai kitaran perniagaan.
Manakala jangka panjang lebih melibatkan dalam pertumbuhan ekonomi yang sering
dibincangkan. Kestabilan ekonomi memamainkan peranan yang sangat penting didalam pelaburan
di sesebuah negara. Analisis faktor luaran adalah sangat mustahak kerana ia dapat mengenalpasti
peluang dan ancaman pada waktu yang dekat dan masa yang akan datang. Dengan cara ini,
perancangan untuk mengetahui kedudukan, perkembangan dan keadaan dimasa akan datang supaya
strategik yang dirancang dapat digunakan dengan jayanya. Setiap organisasi seharusnya
menggunakan peluang dalam faktor luaran yang menguntungkan dan mengelakkan ancaman yang
akan merugikan.
Keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara menjadi bonus untuk negara tersebut
mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kerana kewujudan kesamarataan sejagat,
kestabilan ekonomi, politik dan keamanan di seseuah negara menjadi agenda penting kepada
pelabur besar yang datang dari luar negara. Faktor-faktor luaran yang melibatkan ancaman atau
peluang yang menjadi kesan kepada kestabilan ekonomi tersebut.
57
Perubahan yang kecil ataupon besar dalam persekitaran ekonomi memberi kesan kepada
perniagaan. Faktor boleh dianalisa melalui SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman. Antara faktor-faktor luaran dalam kestabilan ekonomi adalah:
1) Politik
Persekitaran politik memainkan peranan yang amat penting dalam ekonomi sesebuah negara. Hal
ini kerana ia adalah suatu tarikan besar kepada seluruh pelabur yang datang dari luar mengharapkan
keadaan perniagaan mereka aman dan pertumbuhan ekonomi mereka juga mendapat potensi yang
baik dalam menjalankan segala perniagaan. Segala urusan di luar negara haruslah peka dalam
keadaan sekeliling, keraba kestabilan politik tidaklah kekal terlalu lama. Perlu senantiasa bersedia
dan berwaspada. Selain itu juga, menajadi suaru syarat dalam perniagaan untuk setiap negara
adalah lumrah perdagangan bagi setiap barang atau produk yang memasuki negara itu. Tiada
gangguan pasaran tempatan menjadi faktor utama untuk memastikan barang yang dimasuk
dikenakan taarif (cukai) pada barangan atau produk import.
2) Ekonomi
Kemajuan negara menjadi kayu ukur kepada kepesatan ekonominya. Malaysia mempunya
kemajuan ekonomi dalam pengeluaran getah, Minyak dan sebagainya. Sistem ekonomi yang baik
yang dapat dipraktikan didalam negara membuatkan minat kepada negara luar dalam urus
perdagangan dan melabur di negara Malaysia. Mempunyai keunikan tersendriri dan kawala politik
yang aman menjadi faktor utama dalam mengukur kestabilan ekonomi yang berlaku di Malaysia.
Mempunyai sumber yang asli merupakan suatu kelebihan kepada negara untuk terus menarik
syarikat luar dalam membuat pengeluaran barang di Malaysia.
3) Persekitaran Sosiobudaya
Faktor persikitaran sosial juga amat penting dalam menentukan kestabilan ekonomi sesebuah
negara tersebut. Negara Malaysia sahaja merupakan masyarakat majmuk, seperti pelbagai bangsa,
kaum etnik, dan agama. Perkara terjerumus dalam kepada persekitaran budaya yang boleh
mempengaruhi oleh nilai-nilai asas, persepsi, kegemaran dan gelagat atau tabiat pengguna.
4) Persekitaran Teknologi
Faktor persekitaran teknologi juga mempunyai kesan yang amat penting dalam menjaga kestabilan
ekonomi. Hal ini dapat simpulkan kemajuan ekonomi juga bergantung kepada kestabilan ekonomi,
kerana tiada negara yang maju dalam menstabilkan ekonomi negara mereka. Teknologi yang pesat
dan pantas dapat membantu dalam meningkatkan perjalanan perniagaan di sebuah negara menajdi
lebih baik. Penggunaan internet dapat membantu perniagaan dalam pertumbuhan ekonomi dan
keuntungan. Penggunaan teknolgi seperti telepon dan computer merupakan satu inovasi baru dalam
58
teknologi yang senantiasa menajadi baru. Mesin yang berteknologi tinggi dang canggih juga
memainkan peranan yang penting dalam peningkatan pengeluara sesuatu produk atau barang
tersebut.
5) Penerbitan Undang-undang
Setiap negara mempunyai undang-undang tersendiri yang perlu dilalui kesemua pelabur yang datang
dari luar. Hal ini menjelaskan bahawa undang-undang negara juga memainkan peranan yang penting
dalam menggalakkan pelabur luar untuk turus membuat pelaburan di dalam negara Malaysia.
Perniagaan dari luar tidak merasa selesa dengan setiap perubahan undang-undang yang berlaku
didalam sesebuah negara yang menjadi halangan kepada mereka untuk turus memperoleh
keuntungan yang besar. Undang-undang juga boleg terkait dalam isu politik yang bergolak, jika
politik didalam negara aman, maka undang-undang yang diterbitkan juga adalah adil dan lebih bijak
kepada pelabur luar dalam urusniaga mereka di Malaysia.
Kesimpulan
Faktor-faktor luaran merupakan suatu agenda penting dalam menjaga kestabilan ekonomi di
sesebuah negara seperti Malaysia. Keamanan dan keharmonian dalam negara menjadi ukuran
kepada negara luar dalam mengukur kestabilan ekonomi. Tidak ada negara yang senantiasa
terancam menjadikan kestabilan negara lebih baik daripada negara yang mempunyai keamanan dan
keharmonian. Faktor luaran seperti persekitana politik dan undang-undang mempunyai kepentingan
yang besar dalam menjaga ekonomi dan negaranya. Tidak lupa juga kemajuan teknologi dan
persekitaran sosiobudaya yang baik memainkan peranan dalam membentuk keharmonian dan
kemajuan dalam sesebuah negara. Dengan mempunyai kecanggihan dan kepantasan internet
merupakan perubahan yang pesat dan kemajuan yang lebih pantas dalam meningkatkan kemajuan
perdagangan diseluruh negara, kemudahan yang baik menjadikan potensi besar kepada pelabur luar
dalam pelabuara dan perdagangan bagi meningkatkan ekonomi negara tersebut.
59
Rujukan
1- https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia
2- jurnal wancana sarjana volume 4(2) march :1-14; e-ISSN 2600-9501 The impact of external
shocks on the sub-sector of economy in Malaysia: A structural VAR Analysis (SVAR) – yusri
yahya dan zulkefly abdul karim –https://www.slideshare.net/zulijahh/faktor-39531775
3- http://noteform12345.blogspot.com/2018/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html
4- Jurnal ekonomi Malaysia 49(2)2015 121-133, Nor Ernawati Hussain dan Norehan Abdullah dan
Hussin Abdullah, Hubungan Migrasi Dalaman Dengan Faktor-Faktor Penarik: Kajian Kes di
Malaysia.
60
PENGENALAN
Kestabilan merujuk kepada turun atau naik yang normal dan tidak berlebihan. Kestabilan ekonomi
ialah gambaran kepada sistem kewangan negara (Business Dictionary). Menurut Bank Negara
Malaysia, kestabilan kewangan bermaksud keadaan apabila proses pengantaraan kewangan
berfungsi dengan lancar dan wujud keyakinan terhadap operasi institusi kewangan utama dan
pasaran dalam ekonomi untuk menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan ekonomi. Sistem
kewangan memainkan peranan penting dalam ekonomi.
Selain itu, kestabilan ekonomi menunjukkan pertumbuhan output yang berterusan dan kadar inflasi
secara konsisten yang rendah. Manakala, ekonomi yang tidak stabil berlaku apabila kitaran boom
atau bust yang kerap serta inflasi harga yang sering berubah – ubah. Secara ringkas, tahap harga
yang stabil adalah kestabilan ekonomi. Kestabilan ekonomi adalah didorong oleh dasar – dasar
ekonomi daripada kerajaan pemerintah iaitu mengenai apa yang diinginkan untuk kemajuan negara.
Dasar – dasar ekonomi ini dapat mempengaruhi harga saham. Selain itu, tindakannya diambil oleh
bank pusat negara terbabit.
ISI UTAMA
Perkara yang berlaku dalam ekonomi memberi gambaran kepada turun naik harga saham. Sebagai
contoh, kemelesetan dan kelembapan ekonomi boleh menyebabkan harga saham jatuh. Namun
begitu, pasaran saham dapat terhindar dari penurunan dengan langkah ekonomi yang lain (Tejvan
Pettinger, 2020). Dalam faktor kemelesetan yang sama ada situasi yang berbeza. Hal ini dimana,
harga saham mungkin meningkat apabila pelabur mengharapkan peningkatan di tahun – tahun akan
datang.
Keadaan ekonomi sering mempengaruhi pasaran saham, dimana dipengaruhi oleh harga saham yang
akan mempengaruhi ekonomi keseluruhan (Chirantan Basu, 2019). Sekiranya ekonomi
berkembang, harga saham mungkin akan meningkat. Pelabur mungkin membeli lebih banyak saham
dengan berfikir bahawa mereka akan melihat keuntungan masa depan dan harga saham yang lebih
tinggi. Sekiranya prospek ekonomi tidak menentu, pelabur boleh mengurangkan pembelian atau
mula menjual. Hal ini akan mempengaruhi harga saham dan menyebabkan harga saham menurun.
Ekonomi sesebuah negara yang diuruskan dengan baik dan berkesan merupakan petanda yang
memberansangkan dalam kejayaan mewujudkan kestabilan pasaran saham (Mustapha, 2006).
Pertumbuhan ekonomi didorong oleh perbelanjaan pengguna. Pengguna yang berbelanja lebih
banyak akan mempengaruhi peningkatan nilai portfolio. Namun sebaliknya, penurunan nilai
61
portfolio akan menyebabkan pengguna mengurangkan perbelanjaan dia atas faktor ketidakpastian
mengenai keadaan masa depan ekonomi (Chirantan Basu, 2019). Penahanan perbelanjaan
pengguna akan melambatkan pertumbuhan ekonomi. Sebarang faktor yang boleh memberi
ancaman kepada kestabilan ekonomi dan pertumbuhan masa depan boleh memberi kesan kepada
pasaran saham yang akan mempengaruhi harga saham.
Pergerakan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) digunakan untuk mengukur keadaan ekonomi.
KDNK meningkat lebih tinggi, output ekonomi juga akan meningkat dan cenderung membantu
harga saham (Miranda Marquit, 2019). Ekonomi yang berkembang dan KDNK terus berkembang
akan mempengaruhi harga saham untuk naik. KDNK yang lebih rendah daripada yang dijangkakan
boleh mengakibatkan kejatuhan harga saham. Hal ini adalah kitaran berulang, di mana pasaran
saham yang lebih rendah mendorong tindakan yang seterusnya mempengaruhi KDNK.
Menurut Majalah Labur, negara yang mempunyai ekonomi yang stabil dapat menarik lebih ramai
para pelabur asing untuk melabur dalam pasaran saham. Selain itu, para pelabur asing juga akan
berminat memulakan perniagaan baru di negara yang mempunyai kestabilan ekonomi yang
memberansangkan. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran dan jualan, malahan
turut dapat meningkatkan harga saham tempatan. Selain itu, menurut Sadono Sukirno, et al dalam
buku Pengantar Bisnis mengatakan bahawa keadaan ekonomi negara yang berkembang serta
pertumbuhan yang pesat akan menyebabkan harga – harga saham cenderung meningkat.
Turun serta naik ekonomi adalah sebagai ledakan dan kemurungan. Menurut laporan Wall Street
dalam keadaan ekonomi yang baik, harga saham berada di puncaknya dan sebaliknya harga saham
terendah dialami semasa kejatuhan ekonomi. Harga saham secara beransur-ansur meningkat
semasa pemulihan dan jatuh semasa kemelesetan. Ketidakstabilan ekonomi boleh mengancam
harga saham (Geri Terzo). Namun begitu, ransangan ekonomi untuk merancakkan aktiviti ekonomi
boleh memberi keyakinan kepada para pelabur terhadap pasaran dan dapat meningkatkan harga
saham.
KESIMPULAN
Pasaran saham adalah salah satu faktor yang mempengaruhi ekonomi. Keputusan dasar fiskal juga
boleh mempengaruhi ekonomi. Sebagai contoh, kekurangan anggaran yang besar dapat
mengurangkan pelaburan dan pembelian kerajaan, yang dapat memperlambat ekonomi. Pelabur
perlu menyedari faktor ekonomi yang akan mempengaruhi pasaran saham, bila dan di mana
perubahan faktor ini diumumkan, dan bagaimana untuk memperdagangkannya.
62
RUJUKAN
Apakah kestabilan kewangan? Bank Negara Malaysia
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=fs_ovr&pg=fs_ovr_what&ac=381&lang=bm [24 Mei
2020]
ASri Ayu Kartika Amri. Bursa saham bukan pengukur ekonomi. Mymetro. Isnin, 2 Mac 2020
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/03/550213/bursa-saham-bukan-pengukur-ekonomi [26
Mei 2020]
Chirantan Basu. 2019. What Is a Stock and How Do Stocks Affect the Economy?
https://finance.zacks.com/stock-stocks-affect-economy-2233.html [27 Mei 2020]
Economic stability. BusinessDictionary.com.
http://www.businessdictionary.com/definition/economic-stability.html [24 Mei 2020]
Geri Terzo. Factors That Influence Stock Prices. https://finance.zacks.com/factors-influence-stock-
prices-4178.html [26 Mei 2020]
Majalah Labur. 7 Perkara yang Mempengaruhi Harga Saham di Bursa Malaysia.
https://www.majalahlabur.com/saham/perkara-yang-mempengaruhi-harga-saham/ [28 Mei 2020]
Miranda Marquit. 2019. 5 Economic Factors That Influence Stocks.
https://money.usnews.com/money/blogs/thesmartermutualfundinvestor/slideshows/economic-
factors-that-influence-stocks?slide=4 [28 Mei 2020]
Sadono Sukirno, et al. Pengantar Bisnis Sadono Sukirno. 2017. Mukasurat 74.
https://books.google.com.my/books?id=2DW2DwAAQBAJ&lpg=PA75&dq=maksud%20kestabi
lan%20ekonomi&pg=PA74#v=onepage&q=maksud%20kestabilan%20ekonomi&f=false [25 Mei
2020]
Tejvan Pettinger. 2020. How does the stock market affect the economy?
https://www.economicshelp.org/blog/221/stock-market/how-does-the-stock-market-effect-the-
economy-2/ [25 Mei 2020]
Wall Street. 2018. TRADING BASICS- FACTORS THAT INFLUENCE SHARE PRICES
https://wall-street.com/trading-basics-factors-influence-share-prices/ [27 Mei 2020]
YBhg Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan. 2006. Pentingnya Sektor Kewangan Dan Pasaran
Saham. Institut Kefahaman Islam Malaysia.
http://www.ikim.gov.my/index.php/2006/10/04/pentingnyasektorkewangandanpasaransaham/ [27
Mei 2020]
63
11. Faktor-Faktor Luaran: Faktor Politik
GA01793 GA04118
NORHANA BT MOHD MADANI NOR NADHIRAH BT ZOLKARNAIN
Pengenalan
Pada awal tahun 2020, Malaysia berhadapan dengan masalah kemelut politik di kalangan parti
politik dalam membentuk kerajaan seterusnya. Majoriti parti politik sebelum ini mendesak supaya
dilakukan pembubaran Parlimen berikutan isu perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia
ketujuh, Tun Mahathir Mohamad. Ini secara langsung memberi kesan kepada pelabur terutama di
kalangan pelabur asing dalam membuat keputusan untuk melabur dalam masa dua bulan akan
datang.10Bagaimanapun,tindakan pembubaran Parlimen seharusnya menjadi langkah terakhir
dalam menangani kemelut isu kestabilan politik Malaysia kerana ianya bukan sahaja menelan
belanja yang besar oleh kerajaan, malah ianya meningkatkan lagi risiko penularan wabak Covid-
19 di Malaysia. Ketidakstabilan politik bukan sahaja menyebabkan negara kehilangan peluang
pelaburan bernilai berbillion ringgit, malah pasaran saham dan nilai matawang ringgit akan menjadi
semakin merudum berikutan dari krisis politik berkenaan.11 Menurut TA Securities Holdings
Berhad, indeks pada minggu lalu menyaksikan FBM KLCI jatuh 48.56 mata atau 3.17 peratus
kepada 1,482.64. Ini kerana ramai pelabur tempatan dan asing yang terdiri daripada pelabur jangka
panjang dan portfolio memilih untuk menangguhkan pelaburan mereka sehingga keadaan politik
negara reda.
Pertukaran parti politik adalah satu peristiwa yang penting dalam sesebuah negara. Ianya secara
tidak langsung memberi petunjuk kepada masa hadapan negara. Sekiranya para pelabur melihat
pertukaran ini sebagai perkara yang positif atau negatif, maka implikasinya akan terkesan kepada
harga saham di sekitar tarikh pengumuman pertukaran.12 Secara umumnya terdapat kajian peristiwa
yang melihat kesan perubahan politik ke atas prestasi pasaran, iaitu harga pasaran. (contohnya
Huson et al. 2004, Rhim et al. 2006;Setiawan 2008; Setiawan, Phua & Chee 2013; Ishak & Abdul
Latif, 2012) Bagaimanapun, dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan secara umum
terutamanya di kalangan negara yang sedang membangun terutama di Malaysia kerana masih
terhad.
10 Alzahrin Alias, Berita Harian, 2020
11 Irwan Shah, Berita Harian,2020
12 Huson, Malatesta & Parrino, 2004; Dahyaa & McConnel 2005 ; Setiawan, 2008
64
Malaysia merupakan negara yang mempunyai skala ekonomi yang kecil dan terbuka dimana ianya
terdedah kepada sentimen pasaran yang tidak konsisten (Jarita & Salina,2009), kadar kecairan yang
tinggi, volum dagangan yang kecil, kekurangan pelabur berinformasi serta capaian maklumat tidak
tepat. (Balkiz,2003). Kekangan yang berlaku ini menyebabkan para pelabur bertindak mengikut
khabar angin ataupun dipengaruhi oleh tingkah laku pelabur lain (herding behavior) yang mungkin
dipengaruhi oleh maklumat persendirian (Banerjee 1992; Fauzias 1992 ; Kaminsky & Schulmulker,
1999; Brahmana, Chee & Ahmad, 2012) Bagaimanapun sehingga tahun 2011, kajian yang
dijalankan oleh Malaysia tidak dapat menunjukkan sebarang bukti hubungan antara maklumat
pengumuman pengganti politik dengan pasaran pada tarikh pengumuman dilakukan.13
Bagaimanapun terdapat kajian dilakukan untuk menilai kesan pertukaran pengurusan tertinggi ke
atas harga saham syarikat berkaitan (GLC) dan bukan berkaitan dengan kerajaan (NGLC). Hasil
kajian mendapati pasaran modal bertindak positif yang signifikan sebelum, semasa dan selepas
pengumuman pertukaran pengurusan tertinggi . Selain itu , kajian mendapati bahawa asal usul
pengganti bagi pengurusan tertinggi berhubungan positif dengan harga saham.14
Berbanding dengan negara jiran, Indonesia, kajian pengaruh peristiwa politik terhadap perubahan
harga saham dilakukan semasa pemilihan Presiden Republik berkenaan sebanyak dua kali iaitu
pada 21 September 2004 dan 9 Julai 2009. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kadar pulangan
tidak normal kumulatif saham berlaku ketika sebelum dan selepas peristiwa pemilihan Presiden
Indonesia pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2009, dapatan kajian mendapati wujud perbezaan
kadar pulangan tidak normal saham ketika berlaku peristiwa pemilihan Presiden Republik
Indonesia pada ketika itu.15 Terdapat kajian semula (review paper) dilakukan ke atas negara
Pakistan berhubung dengan implikasi pengaruh politik ke atas pulangan saham . Para penyelidik
berpendapat bahawa keadaan politik yang berlaku samada di peringkat antarabangsa mahupun
tempatan memberi impak kepada pasaran saham di negara Pakistan. Wujud hubungan ketara di
antara kadar pulangan saham dengan perubahan politik semasa di negara Pakistan dalam pelbagai
sektor sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang.16 Berdasarkan Jadual 1
menunjukkan pergerakan pasaran saham Karachi Stock Exchange (KSE) dari tahun 1996 sehingga
2004. Sebelum peristiwa serangan 11 September 2001 di World Trade Center (WTC),Amerika
Syarikat pergerakan saham di KSE adalah mendatar. Bagaimanapun berlaku peningkatan
berterusan di pasaran KSE dalam tempoh 4 tahun berturut-turut kerana para pelabur tempatan lebih
13 Ishak & Abdul Latif, 2012
14 M. Sabri Hassan,Romlah & Anwary, 2016
15 Fenny Trisnawati,2011
16 Waseem, Nadeem & Umair, 2018
65
memilih untuk melabur di pasaran tempatan kerana bimbang dengan persepsi Barat yang menjadi
ancaman kepada prospek pelaburan mereka. (Masood, 2008).
Jadual 1 : Pergerakan pasaran saham Karachi Stok Exchange (KSE) sebelum dan selepas
peristiwa 11 September 2001.17
Kesimpulan berdasarkan dari sumber kertas kajian dan jurnal yang diperolehi untuk tujuan
penulisan ini, didapati bahawa terdapat perbezaan hasil kajian mengenai faktor keadaan politik
semasa mempengaruhi harga saham sama ada yang berlaku di peringkat antarabangsa mahupun di
dalam negara. Ini memberi gambaran kepada para pelabur dalam membuat keputusan untuk
membuat pelaburan dalam jangka masa panjang. Hasil kajian faktor politik ke atas harga saham di
Malaysia masih lagi terhad berbanding dengan negara Republik Indonesia. Dapatan kajian dari
negara republik berkenaan mendapati bahawa peristiwa pemilihan Presiden Indonesia tidak
memberi kesan kepada harga saham di negara berkenaan kerana para pelabur mengambil sikap
tunggu dan lihat untuk menganalisa keadaan sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Sumber Rujukan :
1. M. Sabri Hassan,Romlah & Anwary, (2016) Kesan Pertukaran Pengurusan Tertinggi Ke Atas
Harga Saham Syarikat Berkaitan Dan Bukan Berkaitan Dengan Kerajaaan, Jurnal Pengurusan 47
(29-41)
17 Clark,E. A, Masood & Tunaru, 2008, The effect of political events on Pakistan stock exchange
1947-2001
66
2. Fenny Trisnawati, (2011) Pengaruh Peristiwa Politik Terhadap Perubahan Harga Saham, Pekbis
Jurnal, Vol. 3,No. 3 (528-535)
3. Waseem, Nadeem & Umair, (2018) Impact Of Political Influences On Stock Returns,
International Journal Of Multidisciplinary Scientific Publication, Volume 1, Issue 1
4. Clark, E. A., Masood, O., & Tunaru, R. (2008). The effect of political events on the Pakistan stock
exchange 1947- 2001. Investment management and financial innovations, 5(3)
5. Alzahrin Alias, Berita Harian, 2020
6. Irwan Shah, Berita Harian,2020
7. Huson, Malatesta & Parrino, 2004; Dahyaa & McConnel 2005 ; Setiawan, 2008
8. Ishak & Abdul Latif, 2012
9. Clark,E. A, Masood & Tunaru, 2008, The Effect Of Political Events On Pakistan Stock Exchange
1947-2001
67
Pengenalan
Saham ialah satu bentuk modal yang dimiliki dalam sesuatu perniagaan di mana pemegang saham
ialah pemilik sesebuah perniagaan tersebut. Kegagalan atau kejayaan dalam saham tersebut akan
dikongsi di dalam perniagaan di mana prestasi sesebuah syarikat tersebut ditentukan dengan
melihat keuntungan atau kerugian yang di alami dalam bentuk dividen serta melihat kadar
perbezaan pulangan bagi pesaing lain yang juga turut tersenarai di dalam Bursa Malaysia. 18
Terdapat dua bentuk saham yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia iaitu saham biasa dan saham
keutamaan. Saham biasa ialah saham ekuiti atau modal risiko syarikat. Ianya merupakan saham
yang mempunyai keutamaan yang lebih rendah di dalam syarikat. Sekiranya syarikat terpaksa
dibubar atas kegagalan atau kerugian yang di alami, semua liabiliti lain dahulu, barulah saham
biasa. Pemegang saham mempunyai hak pemilikan di dalam syarikat tersebut dan dividen juga
diberikan berdasarkan budi bicara pengurusan korporat. Bagi saham keutamaan atau dikenali
dengan saham pilihan pula, ianya mempunyai kadar dividen yang selalunya tetap.19 Ianya tidak
memberi hak mengundi, tetapi jika berlaku kegagalan untuk membayar dividen ke atas saham ini
dalam sesuatu tempoh, hak mengundi boleh dibuat. Terdapat beberapa faktor yang boleh
mempengaruhi harga sesuatu saham itu sama ada tinggi mahupun rendah termasuklah faktor
politik.
Faktor politik merupakan bidang kuasa kerajaan di mana ianya boleh mempengaruhi harga saham.
Tiada bukti yang menunjukkan ketat atau longgar undang-undang yang boleh membawa kesan
positif atau negatif dalam harga saham. Namun, kerajaan boleh mengambil tindakan untuk
mengetatkan atau melonggarkan undang-undang serta kuasa pengawalan ke atas industri
ditingkatkan. Keuntungan syarikat dan industri boleh dipengaruhi dengan kedua-dua keputusan
kerajaan ini. Terdapat undang-undang yang boleh membebankan tidak terkecuali pemansuhan
undang-undang boleh mengakibatkan persaingan yang sengit antara peniaga. 20
Pelantikan ahli politik bertanggungjawab terhadap harga saham dalam sesuatu tempoh. Secara
umum, semakin stabil keadaan politik sesuatu negara, semakin baik keadaan bagi pasaran saham.
Sebagai contoh, ramai ahli ekonomi bersetuju bahawa pilihanraya Amerika Syarikat semasa
18 Bursa Malaysia. (n.d.). Saham: Bursa Malaysia. Retrieved from Bursa Malaysia:
https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/our_products_services/equities/shares
19 Talkingofmoney.com. (2020). what-is-difference-between-preference-and-ordinary-shares:Talkingofmoney.com. Retrieved from Talkingofmoney.com:
https://ms.talkingofmoney.com/what-is-difference-between-preference-and-ordinary-shares
20 Ghee, L. J. (n.d.). Bab II - Kajian Literatur: Successdragon. Retrieved from Successdragon: http://successdragon.50megs.com/bab23.htm
68
pelantikan Barack Obama sebagai presiden memberi kesan kepada ekonomi saham negara itu. Pada
mulanya pasaran saham mula merosot kerana pelabur takut akan kebijakan beliau. Ini dapat dilihat
bahawa politik memainkan peranan yang penting dalam pasaran saham sesuatu negara di mana
pelabur luar akan lebih berjaga-jaga ataupun mempunyai analisis mereka sendiri akan
kebarangkalian yang mungkin berlaku akan datang. Namun begitu berlaku peningkatan pada 2009
kerana pemilihan Obama tidak ada kaitan kebijakannya dengan penjualan para pelabur. Menurut
sejarah, presiden demokratik mampu mempengaruhi pasaran secara positif. 21
Begitu juga dengan perlantikan Tan Sri Wahid Omar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa
Malaysia berkuatkuasa 1 Mei 2020. Beliau telah berkhidmat selama 17 tahun dengan syarikat yang
berkaitan kerajaan. Dilaporkan oleh Astro Awani pada 17 April 2020 (Jumaat) di mana harga
saham Bursa Malaysia pada pagi itu meningkat. Merujuk kepada berita tersebut, sehingga jam
9.34pagi, pengurus bursa saham itu naik tujuh sen kepada RM5.92 selepas 155,200 saham bertukar
tangan. Dengan perlantikan ini juga, AmInvestment Bank meningkatkan ‘beli’ daripada ‘simpan’
ke atas Bursa Malaysia dengan nilai saksama RM6.40 berbanding RM6.05 sebelum ini.22
Begitu juga dengan berita yang dikeluarkan oleh Astro Awani berkaitan kehilangan MH370 pada
16 Mac 2014 dengan harga saham di Bursa Malaysia. Menurut berita ini, faktor luaran yang
menyebabkan penurunan harga saham di Bursa Malaysia dan bukanlah kehilangan pesawat MAS
ini. Faktor luaran yang dimaksudkan termasuklah ketidakpastian pertumbuhan ekonomi China dan
masalah politik yang berterusan di Ukraine. "Walaupun berita tertumpu kepada pesawat yang
hilang itu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) hanya susut 1.5 peratus, sedangkan pasaran
Asia lain sebenarnya yang mencatatkan kemerosotan ketara," katanya.23
Sebagai kesimpulan, harga saham boleh dipengaruhi daripada faktor politik yang melibatkan
pertukaran sistem pentadbiran, pemimpin, masalah ataupun isu-isu yang melanda sesebuah negara.
Ini kerana perkara sebegini mampu mempengaruhi para pelabur untuk melabur dan yakin dengan
sistem yang digunakan di mana ianya boleh mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat akan
datang. Politik yang tidak stabil mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai kegagalan.
21 KvD. (20 May, 2018). ow Do Political Conditions Affect The Stock Market?: Kinfo Social Trading. Retrieved from Kinfo Social Trading:
https://kinfo.com/how-do-political-conditions-affect-the-stock-market/
22 Astro Awani. (17 April, 2020). Saham Bursa Malaysia naik berikutan kemungkinan pelantikan Wahid Omar: Astro Awani. Retrieved from Astro Awani:
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/saham-bursa-malaysia-naik-berikutan-kemungkinan-pelantikan-wahid-omar-238793
23 Astro Awani. (16 Mac, 2014). Kehilangan MH370 bukan faktor pengaruhi harga saham turun di Bursa Malaysia: Astro Awani. Retrieved from Astro Awani:
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kehilangan-mh370-bukan-faktor-pengaruhi-harga-saham-turun-di-bursa-malaysia-31939
69
RUJUKAN
Bursa Malaysia. (n.d.). Saham: Bursa Malaysia. Retrieved from Bursa Malaysia:
https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/our_products_services/equities/shares
Ghee, L. J. (n.d.). Bab II - Kajian Literatur: Successdragon. Retrieved from Successdragon:
http://successdragon.50megs.com/bab23.htm
KvD. (2018, May 20). How Do Political Conditions Affect The Stock Market?: Kinfo Social Trading.
Retrieved from Kinfo Social Trading: https://kinfo.com/how-do-political-conditions-affect-the-
stock-market/
Talkingofmoney.com. (2020). what-is-difference-between-preference-and-ordinary-
shares:Talkingofmoney.com. Retrieved from Talkingofmoney.com:
https://ms.talkingofmoney.com/what-is-difference-between-preference-and-ordinary-shares
Astro Awani. (2014, Mac 16). Kehilangan MH370 bukan faktor pengaruhi harga saham turun di Bursa
Malaysia: Astro Awani. Retrieved from Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-
bisnes/kehilangan-mh370-bukan-faktor-pengaruhi-harga-saham-turun-di-bursa-malaysia-31939
Astro Awani. (2020, April 17). Saham Bursa Malaysia naik berikutan kemungkinan pelantikan Wahid
Omar: Astro Awani. Retrieved from Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-
bisnes/saham-bursa-malaysia-naik-berikutan-kemungkinan-pelantikan-wahid-omar-238793
70
12. Faktor-Faktor Luaran: Dassar Kerajaan/Undang-Undang
GA02619 GA04120
ARIOLI A/P NARAISIAH NUR BASIRAH BT MOHAMAD MOKHTAR
GA04260
CHUA KIM FOONG
1.0 PENGENALAN
Pasaran saham dan indeks perwakilan saham merupakan cara yang paling ketara dalam mengukur
kesihatan ekonomi moden sesebuah negara. Penilitian reaksi indeks pasaran saham merupakan
langkah wajar untuk memulihkan atau memperkukuhkan ekonomi negara dimana kerajaan memberi
kesan besar terhadap prestasi dan pulangan pasaran saham. Dasar kerajaan dan undang-undang
adalah antara faktor yang memberi kesan besar terhadap pulangan pasaran saham dan ini telah
menarik minat ramai penyelidik untuk membuat penyeledikkan yang mendalam dan menjadi
peramal yang mahir dalam perubahan harga saham. Justeru itu, hubungan antara dasar kerajaan dan
pulangan saham adalah sesuatu yang nyata dan ini dapat dilihat di negara maju seperti di Amerika
Syarikat, namun ia tidak dikenali di negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Pengajian
ini akan membincangkan faktor-faktor luaran iaitu: iaitu dasar kerajaan yang mempengaruhi harga
saham.
2.0 ISI UTAMA
Bursa Saham Malaysia adalah salah satu pusat perdagangan saham terbesar di pasaran Asia. Seperti
yang telah dinyatakan pada pendahuluan di atas dasar kerajaan adalah salah satu faktor luaran yang
amat penting untuk dipertikaikan dalam mempengaruhi harga saham. Ini dapat dilihat dengan jelas
dalam pilihan raya umum ke-13 di Malaysia di mana harga pasaran di Malaysia menjadi tidak
konsisten. Sebab utamanya ialah ketidaktentuan perubahan di kerajaan Malaysia. Bursa Saham
Malaysia adalah salah satu pusat perdagangan saham terbesar pasaran di Asia. (Bialkowski,
J,Gottschalk, K & Wisniewski, T. P 2008). Selepas pilihanraya ke 13 harga saham tidak
menunjukkan apa-apa perubahan oleh kerana itu kerajaan Malaysia, meningkat tarif elektrik dan
barang keperluan lain di Malaysia. Ia merupakan impak yang amat ketara disebabkan keadaan
saham negara yang tidak menentu pada masa itu disebabkan dasar kerajaan baru.
71
Selain politik, dasar belanjawan kerajaan adalah faktor kedua yang mempengaruhi harga saham,
Contohnyaapabila kerajaan ingin mengubah negara untuk menjadi seperti negara yang maju,
kerajaan menumpukan pembangunan dari segi infrastruktur domestik, kemudahan dan ini juga
penting untuk menarik perhatian pelabur di negara maju untuk datang melabur di negara kita.
Faktor ketiga adalah inflasi, banyak kajian yang dijalankan untuk mengenal kesan kadar inflasi dan
prestasi saham. Berikut adalah contoh-contoh penyedikkan dan kesan yang diketahui. ebagai
contoh, Ali dan James (2001) telah menjalankan ujian untuk mengetahui hubungan antara kadar
inflasi dan prestasi saham dalam beberapa negara maju, seperti AS, UK, Jerman, Jepun, Perancis
dan Kanada. Tetapi, hanya ada sebilangan penyelidik yang membuat penyelidikan berdasarkan
perspektif Malaysia. Bagaimana kadar inflasi dapat mempengaruhi pulangan saham di Malaysia.
Robert dan Richard (1983) telah menemui hubungan positif antara kadar inflasi dan pulangan stok.
Hasil ini sesuai dengan Kaul (1987). Walau bagaimanapun, terdapat banyak penyelidik yang
membuktikan bahawa harus ada hubungan negatif antara kadar inflasi dan pulangan saham. (Ali &
James, 2001; Crosby, 2001).
Faktor yang keempat adalah kadar faedah, Secara umum, kadar faedah yang ditakrifkan sebagai
kos modal, menunjukkan bahawa pulangannya yang perlu dibayar balik untuk menggunakan wang
yang dipinjam untuk jangka masa. Apabila terdapat kenaikan kadar faedah, orang akan menukar
modal mereka dari pasaran saham ke simpanan bank, menyebabkan harga saham jatuh dan
seterusnya penurunan stok pulangan (Zafar et. al, 2008). Selain itu, Maysami, Lee dan Hamzah
(2004) mencadangkan bahawa apabila kenaikan kadar faedah, kos pinjaman akan lebih tinggi
sementara nilai aliran tunai selepas potongan cenderung menurun, menjadikan pelaburan kurang
menarik. Oleh itu, kenaikan kadar faedah boleh memberi kesan buruk kepada pasaran saham indeks
kerana aktiviti ekonomi yang berkurangan.
Dari perspektif ekonomi Malaysia, turun naik kadar faedah adalah dijangka mempengaruhi
permintaan ekuiti di pasaran kewangan. Kadar faedah akan disesuaikan oleh bank pusat agar sesuai
dengan keadaan ekonomi.Apabila inflasi dilihat tinggi, bank pusat akan melaksanakan
penguncupan dasar monetari dengan menaikkan kadar faedah untuk mengurangkan penawaran
wang di pasaran. Oleh itu, untuk lebih memahami mekanisme kadar faedah, pemboleh ubahnya
kadar faedah bermaksud untuk mengkaji kesannya terhadap prestasi pasaran saham.
3.0 KESIMPULAN
Sebenarnya, satu-satunya tindakan dasar yang mempengaruhi harga niaga hadapan indeks secara
signifikan adalah penciptaan atau penyesuaian pertukaran. Oleh itu, cara yang paling berkesan
untuk campur tangan dalam ekonomi sehingga pasaran saham bereaksi positif adalah dengan
72
mengubah jangkaan, usaha yang agak sukar. Penurunan kadar dana persekutuan nampaknya
merupakan kaedah yang paling praktikal bagi kerajaan untuk mengubah jangkaan dan dengan itu
meningkatkan harga saham.
4.0 RUJUKAN
Gultekin,N.B. (1983). Stock market returns and inflation:
Evidence from other countries. The Journal of Finance, XXXVIII(1), 49-65.
Malaysia inflation rate, retrieved 5 July, 2013, from
http://www.tradingeconomics.com/malaysia/inflation-cpi.
Malaysia money supply M3. (2013, August 9). Retrieved September 14,
2013,fromTradingEconomics website:
http://www.tradingeconomics.com/malaysia/money-supply-m3
Zukarnain, Z., & Shamsuddin, S. (2012).Empirical evidence on the relationship between stock
market volatility and macroeconomics volatility in Malaysia.
Journal of Business Studies Quarterly, 4(2), 61-71.
73
PENGENALAN
Setiap saat pasaran saham terbuka, beribu pelabur membeli dan menjual stok, transaksi aktif ini
boleh menyebabkan harga berubah dan ianya berpotensi membuat wang ataupun kehilangan wang
pada para pelabur. Terdapat banyak ramalan atau lebih tepat lagi dipanggil faktor yang boleh
mempengaruhi harga saham dalaman mahupun luaran. Antaranya adalah faktor-faktor luaran yang
disebabkan oleh dasar kerajaan / undang-undang. Dasar kerajaan memainkan peranan penting
terhadap harga saham semasa. Pelabur hendaklah bijak dan cakna terhadap ekonomi negara dan
aktiviti perniagaan agar tidak berhadapan dengan kerugian. Saham bukanlah seperti jual beli biasa
yang kita lihat di kedai-kedai, peniaga memperolehi keuntungan sekiranya berlakunya proses
pembelian oleh pelanggan. Saham dengan difinisi mudahnya adalah pegangan hak milik sesuatu
syarikat dalam bentuk ekuiti. Sekiranya, pelabur memilih syarikat yang betul untuk melabur
sejumlah unit, maka keuntungan yang dimilikinya adalah tinggi. Berbalik kepada dasar yang
mempengaruhi harga saham, ini juga adalah penting untuk dikaji oleh seorang pelabur kerana
faktor ini mempengaruhi turun naik harga saham tersebut. Seorang pelabur yang bagus akan
menilai prestasi syarikat terbabit untukmemudahkan mereka meramal kenaikan dan penurunan
saham yang hendak dilabur.
Dasar Kerajaan / Undang - undang
Faktor ini memainkan peranan penting bagi seorang pelabur untuk melabur. Negara yang
mempunyai ekonomi yang stabil lebih cenderung untuk memancing minat pelabur asing untuk
melabur di dalam pasaran saham tempatan. Sekaligus dapat meningkatkan harga saham tempatan.
Bukan itu sahaja, hubungan kerajaan sesasama kerajaan yang lain juga memainkan peranan
terhadap perubahan harga saham tempatan seperti turun naik harga minyak mentah dunia yang
berlaku baru-baru ini. Selain itu, dasar politik sesebuah negara boleh mempengaruhi kestabilan
ekonomi negara tersebut. Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan, ini boleh mempengaruhi
kestabilan ekonomi kerana ideologi dan polisi yang diperkenalkan adalah berlainan. Lain orang
lain corak perintahnya.
Bagaimana dasar kerajaan boleh memberi kesan terhadap perubahan ekonomi dan pasaran saham.
Sebagai contoh, kerajaan mengenakan larangan untuk menjual semasa kemalangan pasaran dalam
cubaan untuk menghentikan peniaga dari meletakan harga yang terlalu rendah. Mengharapkan
harga stok meningkat dan pelabur jangka pendek menjual stok terlebih dahulu dan kemudian
membelinya semula pada harga yang terlalu rendah.
Rizab persekutuan adalah sebuah organisasi yang dilantik oleh kerajaan yang boleh menyesuaikan
kadar faedah dan wang. Peningkatan penawaran wang sering memberi kesan kepada kenaikan
74
harga saham kerana ia meletakkan lebih banyak wang di tangan pengguna, dan ini menjadikannya
lebih kaya dan lebih mudah dibelanjakan. Dengan menurunkan kadar faedah, ianya dapat
menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meransang aktiviti para peniaga. Sebaliknya, dengan
meningkatkan kadar faedah, ini akan menyebabkan lebih mahal untuk meminjam wang atau
membuat pinjaman, sekaligus meredakan aktiviti ekonomi dan mengawal inflasi. Perubahan kadar
faedah mempunyai kesan yang mendalam terhadap aliran wang pelaburan antara negara,
perdagangan antarabangsa, nilai mata wang dan aktiviti perniagaan.
Seperti yang kita maklum dengan impak daripada pendemik Covid 19 yang melanda negara. Pakar
ekonomi berkata pada masa ini, langkah untuk menerapkan keyakinan dalam kalangan pelabur
amatlah penting. Kerajaan memberi peranan penting dengan melaksanakan pakej ransangan fiskal,
ianya supaya pemintaan dalaman akan terus berkembang dan sekaligus mengimbangi kelemahan
dari luar negara. Dengan menjangkakan permintaan terhadap instrumen selamat seperti bon atau
sukuk menjadikan pelaburan yang dicari walaupun hasilnya rendah.[1]
KESIMPULAN
Sebagai pelabur yang bagus, ilmu pelaburan itu adalah amat penting supaya setiap pelabur tahu
waktu yang sesuai untuk membeli atau menjual stok mereka. Selain itu juga, ianya dapat membuka
mata terhadap pergerakan ekonomi semasa atau perniagaan yang sedang dijalankan di sekeliling
kita. Pelaburan saham merupakan alternatif lain yang boleh di cuba untuk membebaskan diri dari
masalah kewangan. Sekaligus dapat menjana kestabilan ekonomi negara dengan wujudnya aktiviti
perniagaan yang aktif.
RUJUKAN
Berita Harian Online – 14 Mac 2020, Sabtu, 1:45pm [1]
Tajuk Artikel - Pelabur Nantikan Butiran Langkah Selamatkan Ekonomi Negara
Majalah Labur – Pengarang : Pak Teh, 24 Disember 2016, 7:19pm
Tajuk Artikel – 7 Perkara Yang Mempengaruhi Harga Saham Di Bursa Malaysia
Spazzio Décor – Pengarang : Miranda Mason, Februari 2020
Tajuk Artikel – Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pasaran Saham
Pengenalan
Kerajaan negara membentuk suasana perniagaan untuk syarikat-syarikat melalui dasar-dasar dan
undang-undang seperti perubahan peraturan, kadar cukai, kadar faedah dan rancangan perbelanjaan
dapat memberikan pengaruh yang besar terhadap prestasi syarikat dan harga saham.
75
Kerajaan bertanggungjawab untuk memantau beberapa jenis industri tertentu seperti perbankan,
insurans, telekomunikasi dan lain-lain. Apabila kerajaan menukar peraturan atau undang-undang
terhadap industri tersebut akan mempengaruhi harga saham syarikat-syarikat yang berada di dalam
industri tersebut. Contohnya, kita merujuk siaran akhbar BNM pada 19hb Mac 2020, Bank Negara
Malaysia mengumumkan penurunan nisbah keperluan rizab berkanun (SRR). Apabila nisbah
keperluan rizab berkanun berkurang, ini bermaksub bank mempunyai lebih wang untuk orang
ramai membuat pinjaman untuk perlaburan masing-masing. Ini akan memberi kesan yang positive
kepada harga saham di pasaran seperti di gambarrajah berikut:
19 Mac
2020
Sumber dari investing.com : Graf FTSE KLCI tahun 2020
Selepas pengumum penurunan nisbah keperluan rizab berkanun (SRR), pasaran saham Malaysia
meningkat secara mendadak.
Dasar cukai juga memberi pengaruh kepada harga pasaran saham. Kerajaan akan membuat
keputusan untuk meningkatkan atau menurunkan kadar cukai untuk mencapai keseimbangan
ekonomi. Apabila kadar cukai dinaikkan, syarikat perlu membayar cukai yang lebih tinggi dan
pendapat bersih yang sebahagian diguna untuk berkembangan perniagaan akan berkurang. Apabila
projek berkurang, maka harga saham akan jatuh juga. Contohnya, apabila cukai GST dikenakan
bermulai 1hb April 2015, pasaran saham Malaysia mengalami kejatuhan secara mendadak.
Namum, apabila cukai GST diubah jadi 0% mulai 1hb Jun 2018, pasaran saham Malaysia naik. Ini
telah ditunjukkan dalam graf seperti berikut:-
76
Sumber dari investing.com : Graf FTSE KLCI di antara Apri 2015 hingga Jun2018
2020
Kadar faedah juga merupakan salah satu faktor yang dapat mempengaruhi pasaran saham. Seperti
kadar cukai, apabila BNM menaikkan kadar faedah, pelabur akan mengurangkan perlaburan dan
disebaliknya apabila BNM menurun kadar faedah, pelabur-pelabur sanggup meminjam untuk
perlaburan. Syarikat-syarikat akan lebih berminat membuat pinjaman untuk perkembangan
perniagaan pada masa kadar faedah yang rendah. Merujuk kepada Berita Harian Online pada 5
Mei 2020, BNM menurunkan kadar faedah 0.50 peratus, ini telah mendorong kenaikkan pasaran
saham secara mendadak selepas itu.
Sumber dari investing.com : Graf FTSE KLCI Mei 2020
Rancangan perbelanjaan kerajaan juga memberi kesan kepada pasaran saham. Apabila
mengeluarkan plan merangsang ekonomi, industri yang terlibat akan mendapat manfaatnya dan
77
turut mendapat peningkatan harga saham syarikatnya. Contohnya, kerajaan mengeluarkan pelan
rumah mampu milik, industri seperti achitechive akan menikmati manfaat. Selain itu, semakin
banyak projek dikeluarkan oleh kerajaan, semakin menyakinkan pelabur-pelabur melaburkan di
dalam negara tersebut.
Rujukan:
1. Alzahrin Alias, Bisnes BH Online, 5 Mei 2020, 3:09pm
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/685475/bnm-turunkan-kadar-faedah-050-
peratus
2. Investing.com
https://www.investing.com/indices/ftse-malaysia-klci
3. BNM, siaran akhbar, 19hb Mac 2020
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=5015&lang=bm
78
13. Faktor-Faktor Luaran: Teknologi
GA02773 GA04121
SITI MARIAM BT AJUS NUR IZZATI BINTI AZMAN
Pengenalan
Saham memainkan peranan penting untuk menentukan bahagian dalam sesebuah
perusahaan.Pemberian dividen dalam saham juga bergantung pada jumlah yang disalurkan dalam
saham tersebut.Jumlah dividend juga berbeza setiap tahun,mengikut prestasi yang dilaburkan oleh
perusahaan itu.
Antara faktor yang mempengaruhi pemberian dividen ini adalah kedudukan liquidity perusahaan
tersebut.Liquidity adalah kemampuan sesebuah sarikat dalam menyelesaikan masalah dalam
tempoh panjang dan pendek.Semakin berkesan kemampuan syarikat dalam mengendalikan
hutang,semakin cerahlah kadar dividen yang tinggi akan diberi.
Seterusnya adalah,kemampuan keuntungan syarikat.Penghasilan keuntungan di setiap “period”
mampu memprediksi jumlah keuntungan yang akan datang,hanya dengan merujuk sumber
keuntungan yang sebelumnya.Rancangan pembangunan usaha,jadual pembayaran hutang dan
anggaran pengeluaran boleh disusuan sebaiknya.
Selain itu,tingkat laba juga menentukan pembahagian untung untuk dalam bentuk dividen yang
dapat digunakan untuk pemegang saham,sama ada untuk dilaburkan semula di syarikat yang sama
atau syarikat lain.
79
Dan yang terakhir sekali,faktor ini adalah faktor yang membuktikan kepercayaan sesebuah
syarikat itu mendapat modal dari pembiayaan luar yang dikenali sebagai pasar modal.Kebiasaanya
syarikat yang besar,kukuh dan profibilitasi yang tinggi dan keuntungan yang teratur mampu
menempa nama dalam pasar modal ini.Suntikan modal yang diberikan mampu mengembangkan
perusahaan syarikat tersebut.
Sebagai kesimpulannya,banyak faktor yang boleh di ambil kira dalam memainkan peranan penting
akan pemberian dividend dalam sesebuah saham.Kecekapan pengendali dan pemegang saham
memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan syarikat tersebut.Saham juga
pemangkin dan penarik para pelabur untuk melabur dalam sesebuah syarikat.
Faktor-faktor dalam pemberian dividen perlu di ambil kira dalam memprediksi kestabilan
pemberian dividend pada pelabur,pada masa yang sama,sesebuah syarikat yang teguh biasanya
akan menunjukkan tanda-tanda kewangan mereka melalui kestabilan dalam bursa saham tersebut.
80
Pengenalan
Teknologi mempunyai banyak tafsiran mengikut pemahaman seseorang individu. Pada saya
teknologi lebih kepada gadget (alat teknologi) dan pengetahuan yang lebih tinggi atau ilmu yang
baru pada setiap tahun. Teknologi juga dapat membantu menyesaikan masalah manusia dengan
lebih cepat dan pantas. Tetapi sesetengah teknologi mempunyai harga yang sangat tinggi
bersesuaian dengan manafaat yang diberikan kepada manusia. Teknologi memberi kesan kepada
harga saham sesuatu kaunter atau syarikat. Dimana sekiranya syarikat mengeluarkan gadget (alat
teknologi) yang canggih dan baru, kaunter saham mereka menjadi laris dan secara tidak langsung
harga saham syarikat mereka akan meningkat. Sekiranya teknologi yang digunakan tidak memberi
kesan yang baik kepada manusia, permintaannya di pasaran akan kurang mendapat sambutan.
Seterusnya harga saham syarikat tersebut tidak akan meningkat dan kurang pelabur yang membeli
saham tersebut.
Pada Mei 2019 Syarikat Huawei Technologies Co. daripada Negara China telah disenarai hitam
oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana Amerika Syarikat telah mempercayai bahawa Negara
China menggunakan telefon pintar Huawei sebagai alat untuk mengintip rakyat amerika syarikat.
Susulan daripada tindakan itu, beberapa firma teknologi utama di Malaysia yang mempunyai
hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Huawei telah terjejas seperti jadual berikut:-
Nama Syarikat Harga Saham Harga Saham Nilai Kerugian
Semasa
Sebelum RM9.32 RM0.18 (1.89%)
RM4.18 RM0.16 (3.69%)
Malaysian Pacific Industries Bhd RM9.50 RM1.65 RM0.04 (2.37%)
RM1.44
Pentamaster Corp Bhd RM4.34 RM7.01 RM0.06 (4%)
RM0.07 (0.99%)
Globetronics Technology Bhd RM1.69
Inari Amertron Bhd RM1.50
Vitrox Corp Bhd RM7.08
Jadual : Petikan Berita Harian - 21 Mei 2019
(Saham Firma teknologi Malaysia terima tempias sekatan Huawei)
Selain itu, Syarikat automotif Tesla Inc telah mendapat perhatian meluas apabila mengeluarkan
kereta elektrik dan komponen rangkaian kuasa kenderaan elektrik di pasaran. Berbeza dengan
kereta yang sedia ada, Tesla telah menggunakan tenaga lestari, dimana kereta elektrik tidak perlu
menggunakan petrol. Pengguna kereta elektrik Tesla dapat menjimatan dari segi wang ringgit
81
kerana tidak perlu membeli petrol untuk kegunaan kereta mereka. Setiap tahun, Tesla
mengeluarkan bebrapa jenis kenderaan dan kenderaan tersebut menjadi kenderaan terlaris di
Amerika Syarikat. Secara tidak langsung, saham syarikat Tesla menjadi saham yang popular di
pasaran saham Malaysia. Saham Tesla juga pernah berada di tangga keempat dalam senarai kaunter
saham yang tertinggi di Malaysia. Saham Tesla juga melonjak dengan hasil pendapatan sebanyak
$5.99 bilion pada April 2020.
Kesimpulannya, teknologi sesuatu syarikat akan mempengaruhi harga saham kerana apabila
teknologi yang digunakan membantu dalam menyelesaikan masalah manusia, syarikat tersebut
akan lebih dikenali dan mengakibatkan saham syarikat mendapat permintaan tinggi daripada
pelabur dan seterusnya harga saham tersebut akan meningkat.
Rujukan
1) https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/05/566353/saham-firma-teknologi-malaysia-
terima-tempias-sekatan-huawei
- 21 Mei 2019
2) https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2019/11/631118/tesla-perkenalkan-pikap-elektrik-
pertama
- 22 November 2019
3) https://intraday.my/saham-tesla-paling-popular-dalam-kalangan-pelabur-malaysia/
4) -5 Mei 2020
82
14. Faktor-Faktor Luaran: Sosial/Masyarakat
GA03255 GA04122
FARAH NUR DINI BT AHMAD NUR SYAKILA SUHADA BINTI ABU
ZULKIFLI BAKAR
GA04262
MOHD FITRI B AZIZAN
PENGENALAN
Dewasa ini, pelaburan dalam saham merupakan salah satu isu penting yang sering diperbual dan
dibincangkan di kalangan ahli masyarakat. Malahan isu ini turut mendapat perhatian utama
daripada pihak pihak kerajaan dan juga pihak swasta. Namun, apa yang menjadi persoalan sehingga
kini ialah penglibatan masyarakat tani dalam pelaburan berkenaan masih berada pada tahap yang
rendah. Penglibatan masyarakat tani dalam saham amanah adalah penting bagi memastikan
pemilikan saham terus berada di tangan Bumiputera dan menggalakkan penyertaan pelaburan di
kalangan mereka. Usaha menggalakkan penyertaan dalam pelaburan saham amanah penting
terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah memandangkan mereka ini mewakili
sebahagian besar daripada penduduk negara.
Hakikatnya hingga kini, kita sering diperdengar dan dipertontonkan tentang kemiskinan dan taraf
hidup yang rendah di kalangan masyakarakat tani khususnya pesawah padi. Lantaran itu, satu
kajian yang bertujuan khusus untuk melihat sejauhmana ketersampaian saham amanah di kalangan
penduduk desa telah dilaksanakan. Secara amnya dapatan kajian menunjukkan bahawa, meskipun
kebanyakan masyarakat tani mempunyai pengetahuan asas mengenai saham amanah, tetapi
penglibatan mereka secara langsung dalam pelaburan tersebut adalah agak rendah.
Bertitik-tolak daripada dapatan tersebut, kita akan cuba membincangkan beberapa aspek penting
berkaitan penglibatan masyarakat tani dalam industri saham amanah seperti kefahaman konsep
pelaburan, darjah ketersampaian maklumat mengenai saham kepada mereka dan sejauhmana tingkat
pendapatan mereka mampu menyumbang kepada penglibatan dalam saham amanah. Selain itu,
tahap kesedaran dan minat untuk melabur yang wujud dalam diri masayarakat ini juga akan
diperjelaskan. Setelah itu, faktor-faktor pendorong dan penghalang yang berkaitan langsung dengan
penglibatan mereka dalam saham amanah akan diperhalusi.
ISI UTAMA
83
Pelaburan adalah suatu bentuk penggunaan wang atau dana bagi aktiviti tertentu yang diharapkan
akan menghasilkan pulangan yang lebih pada masa depan. Pelaburan melalui unit amanah adalah
pelaburan yang dilindungi bagi memberi kesempatan kepada orang yang kurang kemampuan dan
kurang pengetahuan tentang pelaburan untuk berkongsi pasaran dengan pelabur-pelabur besar dan
profesional lain di pasaran saham (Barjoyai & Mohd. Fairuz 1998: 112). Ismail (1994) pula
mentakrifkan pelaburan yang telah dilihat daripada dua sudut, iaitu sosial dan ekonomi. Pelaburan
daripada sudut sosial bermaksud sumber kekayaan dengan merujuk kepada pertambahan pelaburan
sebagai menunjukkan kekayaan. Manakala daripada sudut ekonomi pula, pelaburan bermaksud
penglibatan dana pada masa sekarang bagi memperolehi pendapatan pada masa hadapan. Daripada
takrifan tersebut, konsep pelaburan yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan
wang yang dimiliki oleh seseorang individu untuk membiayai aktiviti seperti pembelian saham
yang diharapkan nanti memberi pulangan yang sewajarnya.
Pada asasnya saham amanah adalah satu bentuk portfolio pelaburan secara tabungan yang
mengumpulkan modal melalui sumber-sumber kewangan daripada pelabur-pelabur individu dan
institusi. Dalam kata lain, saham amanah merupakan tabung pelaburan yang diuruskan oleh
syarikat atau institusi pelaburan yang membolehkan para pelabur melabur dalam syarikat-syarikat
yang tersenarai di bursa saham secara tidak langsung, iaitu melalui pembelian saham-saham
syarikat tadi oleh pihak pengurusan amanah saham tersebut. Tambahan pula, dorongan dan galakan
daripada kerajaan yang tidak henti-henti telah berupaya menarik lebih ramai masyarakat
Bumiputera menyertai saham amanah.
Merujuk kepada beberapa pengkajian di Malaysia pula mendapati faktor pendapatan menjadi
pendorong atau penghalang kepada penglibatan dan peningkatan seseorang atau masyarakat dalam
pelaburan (Mahinder 1983 & Kamarul 1983). Manakala kajian Citibank dengan kerjasama
Universiti Malaya (UM) mendapati hanya 50 peratus rakyat Malaysia benar-benar memahami
perancangan kewangan. Malahan ramai yang mempunyai tanggapan bahawa perancangan
kewangan hanyalah untuk orang-orang kaya sahaja. Pastinya penemuan kajian ini menggambarkan
suatu keadaan yang kurang menggalakkan, baik daripada segi ekonomi individu mahupun keluarga,
apatah lagi ekonomi negara (Utusan Malaysia: 9 Januari 2003). Ringkasnya terdapat dua faktor
utama yang penting dalam mempengaruhi seseorang melakukan pelaburan, iaitu pendapatan dan
ketersampaian maklumat. Namun tanpa kesedaran diri sendiri, lebihan pendapatan dan
ketersediaan maklumat juga tidak akan membolehkan seseorang itu melakukan pelaburan ataupun
menabung.
84
Hakikatnya masalah yang selalu dialami oleh sebilangan besar individu atau keluarga ialah masalah
kewangan. Hal-hal berkaitan kewangan boleh membuatkan kerunsingan dan perpecahan dalam
keluarga serta masyarakat. Maka seseorang individu perlu menguruskan kewangan diri mahupun
keluarga dengan sebaik dan secekap yang mungkin. Menurut Jariah (1987), terdapat empat aspek
dalam pengurusan kewangan keluarga. Pertama, pengurusan kewangan mesti diasaskan kepada
perancangan kewangan yang menyeluruh. Kedua, pendapatan mestilah cukup untuk menampung
perbelanjaan keluarga. Ketiga, perbelanjaan mesti dikawal, dan keempat, pengurusan kewangan
mesti dapat menyelesaikan masalah kewangan. Perancangan kewangan ialah penganalisaan
masalah, mencari pilihan penyelesaian, dan mencari cara mengatasi masalah. Perancangan yang
menyeluruh seharusnya dapat menghubungkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka
panjang.
KESIMPULAN
Hasil daripada perbincangan dan penelitian terhadap cabaran pelaburan saham amanah di kalangan
masyarakat dengan fokus utama kepada faktor-faktor dorongan dan halangan, beberapa kesimpulan
diketengahkan. Masyarakat mempunyai pengetahuan atau tahu secara asas mengenai saham
amanah. Ini menjelaskan betapa berperanannya faktor pendidikan dalam menyumbang
pengetahuan dan kefahaman konsep saham amanah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketersampaian maklumat yang jelas mengenai saham amanah
di kalangan masyarakat adalah agak terbatas, maka peranan media massa dalam menyalurkan
maklumat berkaitan saham amanah di kalangan masyarakat amat penting. Dalam pada itu,
keupayaan penjanaan pendapatan yang lebih baik (tinggi) harus ditingkatkan dalam usaha
menggalakkan tabiat menabung dan melabur di kalangan masyarakat Bumiputera khususnya
masyarakat tani. Ternyata, wujud kesedaran akan kepentingan pelaburan demi masa hadapan tetapi
halangan seperti kekurangan pendapatan dan pendedahan atau maklumat lebih mendominasi.
Realitinya, faktor halangan lebih mendominasi masyarakat tani berbanding faktor dorongan.
Kesannya masyarakat kebanyakannya hanya melabur pada tahap pelaburan pokok. Jika dilihat
kepada faktor dorongan, tiga daripadanya adalah di bawah tindakan dan pengaruh individu itu
sendiri iaitu kesedaran demi kepentingan masa depan, mempunyai lebihan pendapatan dan
pengaruh kawan. Manakala tarikan promosi dan dividen yang tinggi adalah di bawah tindakan
pihak pengurusan saham amanah, dan selebihnya adalah di bawah tindakan pihak kerajaan.
Berbeza dengan faktor halangan, keempat-empat faktor tersebut adalah di bawah kawalan individu.
Namun pihak pengurusan dan kerajaan dirasakan mampu bertindak dan membantu daripada segi
85
bantuan kewangan melalui skim bantuan keluarga miskin, memberikan pendedahan yang lebih
meluas serta mengadakan promosi atau secara berterusan bagi menanam dan meningkatkan minat
masyarakat ke arah menabung/melabur dalam industri saham amanah.
RUJUKAN
Ajetomobi, J. O. & Olagunju, F. I. 2000. Focus on informal system of saving – mobolization among
small-scale farmers in Nigeria: survey findings. Journal of Financial Management & Analysis. Vol.
13 (2):49-53.
Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh. 1998. Strategi pelaburan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Davis, E.P. & Gilberth, J.G. 1995. Life course variables and financial satisfaction. Family
economics and Resource Management Biennial, pg:161.
Feldman, F.L. 1976. The family in today’s money world. New York: Family Service Association
of America.
Hogarth, J.M., Beverly, S. G. & Hilgert, M. 2003. Pattern of financial behaviour: implications for
community educators and policymakers discussion draft-Feb.2003. Federal Reserve System
Community Affairs Research Conference. (Atas talian: 25 Februari 2006). http://www.
chicagoted.org/cedric/files/2003 conf_paper_session1_ hogarth.pdf
Ismail Ibrahim. 1994. Pelaburan dalam pasaran sekuriti, hadapan dan opsyen. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarul Arifin. 1983. Matlamat penyertaan Bumiputera di dalam perniagaan dan perusahaan di
dalam DEB: satu tafsiran semula. Dalam Jaafar Muhamad & Abd. Shukur Arifin (pnyt.). Kumpulan
kertas kerja 3 UKM: Masalah dan Prospek Ekonomi Bumiputera, hlm. 75-95. UKM.
Mahinder Santokh Singh. 1983. Peranan isirumah dalam pengumpulan modal: pengalaman
Malaysia dengan ASN. Journal of Malaysia Studies, USM. Jilid 1 (2): 49-68.
Pengenalan
Pasaran saham boleh berubah-ubah, dan sebab kenaikan dan kejatuhan saham tertentu boleh
menjadi rumit. Lebih kerap daripada tidak, harga saham dipengaruhi oleh beberapa faktor dan
peristiwa, beberapa di antaranya mempengaruhi harga saham secara langsung dan yang lain secara
tidak langsung. Ada sejumlah faktor -faktor yang dapat mengakibatkan harga saham naik ataupun
turun. Secara umum, faktor-faktor tersebut diklasifikasikan menjadi faktor dalaman dan faktor
luaran. Faktor dalaman adalah faktor yang timbul dari dalam sesebuah syarikat atau perusahaan.
Sementara faktor luaran adalah faktor yang bersumber dari luar syarikat atau perusahaan. Faktor
86
luaran ini agak sukar untuk diatasi. Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang salah
satu faktor luaran yang mempengaruhi harga saham iaitu faktor sosial/masyarakat. Masyarakat
yang menggunakan platform media sosial untuk bersosial. Ini adalah satu faktor besar yang perlu
diambil kira kerana pada masa kini masyarakat berkomunikasi melalui media sosial secara aktif
dan berleluasa. Hal ini amat membuat harga pasaran saham terkesan kerana kebanyakan interaksi
manusia di media sosial mempengaruhi kelakuan pelabur untuk melabur di dalam dunia saham.
Kebanyakan firma telah menggunakan media sosial sebagai satu platform untuk menyampaikan
berita kepada pelanggan dan pelabur mereka. Dengan munculnya media sosial, sifat pendedahan
korporat telah berubah. Firma kini dapat mengakses pelabur dan pengguna secara langsung melalui
laman web seperti Twitter, Facebook, LinkedIn, Instagram, dan lain-lain lagi. Pengikut akaun
media sosial mendapat pemberitahuan mengenai berita. Mereka dapat berkongsi berita menarik
dengan keluarga dan rakan-rakan. Kajian oleh Blankespoor, Miller, dan White (2014)
menunjukkan bahawa Twitter dan bentuk media sosial yang lain membantu mengurangkan asimetri
maklumat di kalangan pelabur dan memungkinkan kecairan pasaran yang lebih tinggi sebagai hasil
penyebaran yang luas. Mereka mengukur “spread bid-ask” sebagai proksi untuk kecairan dan
mendapati bahawa Twitter menghasilkan “spread bid-ask” yang lebih sempit. Walau
bagaimanapun, hubungan antara kecairan dan kecekapan pasaran sangat diperdebatkan dalam
penyelidikan.
Teori menunjukkan bahawa apabila kecairan meningkat, pedagang yang berpengetahuan dapat
berdagang dengan peniaga yang tidak berpengetahuan dengan kos transaksi yang lebih rendah. Ini
mendorong pedagang yang berpengetahuan untuk mencari maklumat bagi memanfaatkan peluang
arbitraj ini, menjadikan pasaran lebih efisien dan mengurangkan asimetri maklumat. Sebaliknya,
kecairan sebenarnya dapat menurunkan kecekapan pasaran. Ini berdasarkan anggapan bahawa
peningkatan kecairan sebenarnya adalah proksi untuk perdagangan yang tidak canggih, yang dapat
menjauhkan harga sekuriti dari nilai asalnya.
Internet bukan sahaja menyediakan cara untuk perdagangan elektronik tetapi juga memudahkan
perkongsian maklumat dan pengetahuan dengan orang lain. Ini terdapat dalam bentuk ruang
sembang dan bilik perbincangan di mana individu boleh berkongsi pendapat mereka mengenai
perkara yang mereka minati. Sekiranya sebilangan pelabur di pasaran saham mula membeli saham
di sektor syarikat atau industri tertentu, pelabur lain mungkin mengikutinya dan membeli saham
yang sama. Fenomena ini dikenali sebagai “pengembalaan”. Ia adalah kecenderungan pelabur
untuk mengikuti satu sama lain dalam membeli dan menjual saham yang sama. Penggembalaan
wujud bagi pelabur individu dan institusi.
87
Pengaruh sosial adalah sebagai faktor biasa didalam pengaruh harga saham. Empat penyebab utama
pengaruh sosial tidak langsung telah diusulkan dalam penyelidikan sebelum ini. Antaranya adalah
pengetahuan umum, tren, strategi pelaburan biasa, dan skema pampasan yang serupa. Pengetahuan
umum mempunyai pengaruh apabila pelabur, yang tidak bergantung antara satu sama lain
menggunakan maklumat yang sama. Bukti bagi tren adalah apabila pelabur-pelabur membeli stok
saham yang popular. Ramai pelabur juga boleh mengikuti strategi pelaburan yang sama secara
sistematik.
Sumber: Social Influence in Stock markets: Research by Anders Biel, Maria Andersson, Martin
Hedesström, Magnus Jansson, Eva-Lotta Sundblad and Tommy Gärling, Department of
Psychology University of Gothenburg
Dari Jadual 3, dapat disimpulkan bahawa faktor sosial menyumbang 79.8% dari perbezaan sikap
terhadap perdagangan. Di antara faktor sosial, interaksi sosial didapati mempunyai pengaruh besar
terhadap sikap terhadap perdagangan diikuti oleh media. Internet didapati mempunyai kesan
88
negatif yang signifikan terhadap sikap terhadap perdagangan. Hasil model regresi telah diuji
menggunakan ANOVA. Nilai nisbah F sama dengan 3245.666 (p <0.05) yang menunjukkan
bahawa modelnya sesuai. Ini juga menunjukkan bahawa R² yang disesuaikan adalah sama dengan
0,779 yang bermaksud bahawa bila-bila masa pemboleh ubah bebas lain ditambahkan ke model
ini, R² akan berubah sedikit.
Rujukan
1. The Effect of Social Media on Trading Behaviour: Research by Tanya Paul, University of
Pennsylvania
url:https://www.researchgate.net/publication/257744819_Impact_of_Social_Factors_on_Individu
al_Investors'_Trading_Behaviour
2. Social Influence in Stock markets: Research by Anders Biel, Maria Andersson, Martin
Hedesström, Magnus Jansson, Eva-Lotta Sundblad and Tommy Gärling, Department of
Psychology University of Gothenburg
url:https://repository.upenn.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1134&context=wharton_research_sc
holars
89
PENGENALAN
Harga saham kebiasaanya bersifat tidak kekal, di mana pergerakan harga adakalanya ianya boleh
naik pada kadar yang sanga tinggi dan turun pada kadar yang sangat rendah, ini kerana ianya
dipengaruhi oleh beberapa factor . seperti yang terdapat dalam teori ekonomi, kenaikan dan
penurunan harga saham adalah merupakan perkara yang biasa/lumrah dan boleh terjadi pada bila-
bila masa sahaja. Ini kerana Kenaikan dan penurunan harga saham terjadi sama seperti apa yang
berlaku dalam urusan jual beli yang lain, di mana ianya perlu mempunyai penawaran dan
permintaan (Supply and Demand). 24Jika permintaan harga saham itu tinggi, harga akan naik, tetapi
sebaliknya jika penawaran tinggi, harga akan turun. Selain itu terdapat juga beberapa factor lain
yang boleh mempengaruhi harga saham, sama ada secara luaran atau dalaman.
Untuk topik ini saya lebih bertumpukan kepada factor luaran di mana berlakunya perubahan harga
saham yang berpunca dari perubah sosial dalam masyarakat. Umum mengetahaui semenjak
kebelakangai ini negara kita Malaysia dilanda beberapa situasi yang agak tegang dia mana ianya
mampu memberi kesan kepada harga pasaran saham. Saya akan cuba merungkaikan beberapa
kejadian yang telah berlaku dan setiap yang berlaku ada hubung kait dengan saham. Dengan
kejutan dari Pendamik CONVID-19 yang melanda dunia, dapat dilihat suasana dalam kehidupan
sesebuah sosial masyarakat telah berubah, dan diikuti dengan beberapa siri boikot produk atau
sesebuah sayarikat yang belaku. 25Ini semua merupakan penanda awal kepada berlakunya
perubahan dalam harga saham.
Faktor pendamik Convid-19 dan BOIKOT COLA/MC DONAL
Dengan berlakunya serangan Convid-19 diseluruh dunia, dapat dilihat bagaimana ianya telah
memberi kesan kepada perubahan harga sesebuah saham dari aspek sosial/masyarakat. Hampir
seluruh dunia telah dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya tidak
menjalankan sebarang aktivit sama ada sosial atau ekonomi. Dengan arahan PKP ini kebanyakan
masyarakat tidak dapat menjalankan urusan seperti biasa, secara tidak langsung telah memberi
kesan kepada syarikat-syarikat yang tersenarai dalam bursa saham26. Masyarakat mengambil
pendekatan berjimat cermat, dan banyak kilang-kilang tidak dapat beroperasi, selain itu masyarakat
mula hidup dalam keadaan panik bagi menghadapi Pendamik ini menyebabkan, berlakunya
24 https://www.youtube.com/watch?v=uyZFLgnfOaY
25 D Anggraini Oktavika, F Kusumastuti… - Jurnal Ilmu …, 2012 - repository.upnyk.ac.id
26 https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2020/03/665310/covid-19-cetus-mimpi-ngeri-pasaran-
saham-global
90
penjualan panik bagi setiap pasran saham. Kesan perubahan sosial/masyarakat memang akan
memberi kesan kepada kenaikan atau penurunan harga saham.27
Isu boikot dikalangan sosial/masyarakat juga mampu memberi kesan yang agak ketara kepada
pasaran saham, sebagai contoh apa yang berlaku kepada Coca-cola dan MCdonal. Dapat dilihat
apabila masyarakat tidak lagi membeli porduk mereka, kesan ini jelas menunjukan kejatuhan harga
saham yang diluar jangkaan mereka. Kuasa membeli produk keluaran cola dan mcdonal turun
dengan mendadak.
index saham mcdonal yang menjunam secara drastik pada timeframe daily
kesimpulan yang dapat dibuat adalah, pengaruh sosial/masyarakat mampu memberi kesan kepada
kenaikan dan penurunan harga sesebuah pasaran saham.
RUJUKAN
1. Journal of Al-Tamaddun . 2016, Vol. 11 Issue 2, p39-48. 10p. Author(s): Mohd Nor, Mohd
Roslan; Mohd Rozi, Ruzanah.
27 https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/7_Publication/Articles/20200406-
Isu_dan_Berita_Bil_15_2020.pdf
91
2. Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya
Badriyah, Badriyah (2009) Tinjauan hukum Islam terhadap boikot yang dilakukan Organisasi
Kemasyarakatan Islam terhadap produk-produk Amerika. Undergraduate thesis, IAIN Sunan
Ampel Surabaya.
3. D Anggraini Oktavika, F Kusumastuti… - Jurnal Ilmu …, 2012 - repository.upnyk.ac.id
4. https://www.youtube.com/watch?v=uyZFLgnfOaY
5. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/7_Publication/Articles/20200406-
Isu_dan_Berita_Bil_15_2020.pdf
6. https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2020/03/665310/covid-19-cetus-mimpi-ngeri-
pasaran-saham-global
92
15. Faktor-Faktor Luaran: Khabar Angin/Spekulasi
GA03261 GA04123
HAZILA HARIL NURLIANA IDAYA BT ZAINAL ABIDIN
GA04258
GA0 AASHMINY DEVI A/P MAGENDIRAN GA04123
NURLIANA IDAYA BT ZAINAL ABIDIN
Definasi saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti, ia merupakan
modal syarikat yang mana pelaburan tersebut boleh mengakibatkan keuntungan atau kerugian. Jika
dilihat fenomena perniagaan di Malaysia operasinya berlandaskan pada syarikat dan juga di atas
nama individu-individu itu sendiri. Pemilikan saham di Malaysia boleh diklasifikasikan sebagai
private ataupun public. Syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia boleh
dimiliki oleh public atau orang ramai dan syarikat-syarikat ini adalah dari jenis Berhad.
Untuk menjana keuntungan di pasaran saham Bursa Malaysia, ia akan diperdagangkan maka
nilainya akan berubah-ubah dari nilai asal kerana faktor utamanya terdapat permintaan dan
penawaran bagi saham tersebut. Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi harga saham
di pasaran:-
Keadaan Keadaan politik Aktiviti Kualiti Dasar
Ekonomi Spekulasi Pengurusan & Kewangan &
Negara Kadar Faedah
Prospek
Syarikat oleh BNM
Definisi: Spekulasi melibatkan perdagangan instrumen kewangan yang berisiko tinggi, dengan
jangkaan pulangan yang signifikan. Motifnya adalah untuk mengambil keuntungan maksimum dari
turun naik pasaran. Penerangan: Spekulator berlaku di pasaran di mana pergerakan harga sekuriti
sangat kerap dan tidak stabil. Perkataan spekulasi umumnya memberi makna satu jangkaan,
tanggapan, agakan, taakulan dan pemikiran. Berdasarkan makna umum inilah, spekulasi dari sudut
bahasa membawa pengertian amalan atau perbuatan membentuk satu tanggapan atau andaian yang
kebiasaannya dilakukan tanpa berdasarkan fakta kukuh (Allen, The Concise Oxford Dictionary of
Current English, Oxford, 1990/entri 'speculation'). Daripada pengertian ini tidak hairanlah kalau
ada yang menyamakan pengertian umum spekulasi sebagai pertaruhan dan perjudian (Urdang, The
Oxford Thesaurus, Oxford, 1993/entri 'speculation').
93
Pelaburan merupakan tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan
untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan, manakala speculator pula membeli dan menjual
syer akan mepengaruhi turun naik harga saham.
Berikut merupakan perbezaan di antara Pelabur dan juga Spekulator
Membeli syer untuk mendapatkan Beli syer untuk disimpan dlm
pulangan dalam bentuk jangkamasa panjang dengan
dividen/syer bonus harapan prestasi syarikat
berkembang dan harga syernya
naik
Pelabur
Penglibatan pelabur mencergaskan Pelabur sentiasa berhati-hati
pasaran saham dan mengukuhkan melakukan analisis kewangan dan
harga pasaran. memperolehi maklumat prestasi
syarikat sebelum membeli saham
syarikat
Membeli syer pada harga rendah dan Membeli dan menjual syer dalam
jual pada harga yang tinggi untuk jangka masa singkat untuk
mendapatkan keuntungan mendapatkan keuntungan daripada
perbezaan harga
Spekulator
Penglibatan spekulator melemahkan Spekulator sentiasa membuat
pasaran saham kerana harga ramalan sesuatu harga syer.
saham turun dan naik dengan tidak Tindakannya dipengaruh khabar
menentu. angin, sikapnya keterlaluan boleh
menjejaskan pasaran saham.
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa khabar angin atau spekulasi memainkan
peranan utama di dalam penentuan harga pasaran di Bursa Saham Malaysia. Pembelian syer oleh
speckulator boleh mengakibatkan harga turun naik, ini adalah kerana niat speculator ini adalah
untuk meraih keuntungan di dalam jangamasa yang singkat. Tindakan mereka ini dipengaruhi oleh
khabar angin yang tidak pasti kesahihannya serta membeli dengan harga yang rendah dan menjual
94
pada harga yang tinggi, tanpa disedari mereka sebenarnya boleh mengakibatkan ketidaktentuan
pasaran saham dan menjejaskan ekonomi negara secara lansung. Menurut ramai ahli ekonomi,
permainan spekulasi di pasaran saham adalah faktor utama menyebabkan kemelesetan ekonomi
paling dashyat pernah melanda dunia bermula pada tahun 1929 (Galbraith, The Great Crash 1929,
Middlesex, 1969, ms.26; Born, International Banking, Warwickshire, 1983/256; Yass, The Great
Depression, London, 1970/21; Rees, The Great Slump: Capitalism in Crisis, London, 1970/21).
Ketika berdepan krisis kesihatan disebabkan ancaman Covid-19, sekali lagi dunia tidak dapat
mengelak daripada krisis ekonomi. Kali ini banyak pakar menyatakan ekonomi dunia akan
merudum. Malah, keadaannya mungkin lebih teruk daripada kemelesetan besar ekonomi dunia pada
1930-an. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa kemesetan kali ini
adalah paling teruk sejak Kemelesetan Ekonomi Dunia yang bermula pada 1929 dan berlarutan
hingga 1935. Satu daripada faktor yang dikenal pasti berlakunya kemelesetan teruk itu ialah
spekulasi saham di pusat kewangan antarabangsa, terutama di Wall Street, New York dan bursa
saham di London. Sebagai akibat daripada kegiatan spekulasi itu menyebabkan saham New York
jatuh merudum pada 24 Oktober 1929.
Kerajaan perlu memastikan bahawa kegiatan ekonomi tumbuh dan berkembanbang sejajar untuk
mengekalkan nilai ringgit kukuh di pasaran. Ini adalah untuk mengelakkan syarikat menjadi muflis
dan lebih ramai lagi pekerja yang diberhentikan atas faktor syarikat tidak mampu bertahan dan
rakyat hilang punca pendapatan. Pandemik ini akan terus mengakibatkan beban yang akan
mencetuskan krisis sosiopolitik kepada negara Malaysia.
Rujukan:-
http://perdaganganting4.blogspot.com/2008/10/bab-7-pelaburan.html
BAB 7 : PELABURAN
http://journalarticle.ukm.my/11932/1/22608-67928-1-PB.pdf
ISLAMIYYAT 39(2) 2017: 103 - 111 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2017-3902-02) Isu
Spekulasi dan Perjudian dalam Urus Niaga Saham Secara Kontra Speculation dan Gambling
Issues in Contra Trading
95
https://www.facebook.com/150336865710303/posts/pengertian-spekulasi-menurut-para-ahlierti-
spekulasi-adalah-pengertian-spekulasi/289176685159653/
Negaraku Pertiwi
20 Julai 2018 ·
Pengertian Spekulasi Menurut Para Ahli
http://spmsureskor.com/tutorials/perdagangan/pdf/perdagangan_form4chap7.pdf
Tingkatan 4 Bab 7: Pelaburan
https://sarawakvoice.com/2020/04/18/ekonomi-anda-terancam-ekonomi-dunia-juga-terancam-
angkara-covid-19/
Ekonomi anda terancam, ekonomi dunia juga terancam angkara Covid-19
96
Pengenalan
Pasaran saham ialah satu tempat yang membolehkan manusia menyalurkan harta atau kewangan
bagi menjalankan kegiatan ekonomi.Ia adalah suatu organisasi yang menyediakan tempat atau
kemudahan membeli dan menjual saham yang disenaraikan di bursa saham.Urusniaga saham
adalah diharuskan dalam Islam memandangkan ulama bersependapat jual beli saham ialah sama
seperti jual beli barangan lain dan ia perluk memenuhi syarat sah jual beli. (al-Qurrah Daghi 2002)
Tujuan utama berurus niaga saham adalah untuk mendapatkan keuntungan dengan membeli pada
harga rendah dan menjual pada harga tinggi.Bagi pelabur jangka panjang,memilih saham
berdasarkan faktor-faktor asas syarikat,prestasi syarikat dan latar belakang syarikat. (Suruhanjaya
Sekuriti 2000).
Kadang kala khabar angina atau spekulasi kepada syarikat suka mempengaruhi harga saham
syarikat akibat ketidak percayaan para pelabur kepada syarikat .Bagaimanapun di dalam Islam
urusniaga saham tidak dibenarkan melibatkan unsur spekulasi atau khabar angina kerana ianya
diibaratkan seperti perjudian gharar dan memanipulasi pasaran saham.
Kebanyakan pelabur di pasaran saham terbuka tidak memahami atau dengan sengaja tidak ambil
peduli.Mereka secara melulu bergantung kepada khabar angina atau spekulasi dan seterusnya
menjangka pelaburan mereka akan menepati jangkaan dan memberi pulangan yang besar.
Spekulasi Atau Khabar Angin
Spekulasi merupakan istilah kontemporari dalam dunia kewangan moden dan pasaran saham
kerana impaknya pada pasaran saham tidak boleh dipandang remeh oleh para pelabur.Kewujudan
elemen spekulasi dalam pelaburan dan perniagaan sebenarnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan
dan dalam semua bentuk perniagaan.Faktor spekulasi dalam pasaran saham memang telah terbukti
berlaku dan seterusnya menjejaskan kewangan dunia.Antara contoh spekulasi melampau tanpa
kawalan seperti krisis NYSE (New York Stock Excchange) atau Wall Street Crash 1929.Contoh
lain juga akibat spekulasi krisis kewangan subprime Amerika pada tahun 2007-2008.Spekulasi
memang adalah antara faktor yang penting dalam menyediakan kecairan dalam pasaran.
Antara spekulasi yang terkenal dalam pasaran saham juga spekulasi pasaran Souk Al-Manakh.Souk
Al-Manakh merupakan sebuah pasaran saham yang diwujudkan pada penghujung tahun 1970-an.
Pasaran ini ditubuhkan sebagai pasaran altenatif untuk rakyat Negara Kuwait melakukan pelaburan
saham terhadap syarikat luar yang menjalankan perniagaan di Kuwait.
Di antara faktor utama penubuhan pasaran altenatif ini adalah untuk memberi peluang kepada
rakyat Kuwait untuk melakukan pelaburan saham yang mana pada ketika itu, pasaran minyak
mentah dunia telah berada pada paras yang tinggi dan merancakan lagi ekonomi Kuwait.
97
Peperangan Israel dengan dunia Arab yang dikenali sebagai Yom Kippur melibatkan Negara Mesir
yang bergabung dengan Syria menentang Israel telah mencetuskan ketidaktentuan harga mentah
dunia.
[HTML] The Souk al-Manakh Crash
BR Craig - Economic Commentary, 2019 - clevelandfed.org
From 1978 to 1981, Kuwait's two stock markets, one the conservatively regulated “official” market
and the other the unregulated Souk al-Manakh, exploded in size, growing to the point where the
amount of capital actively traded exceeded that of every other country in the … The role of the
international gold standard in commodity price deflation: Evidence from the 1929 stock
market crash
S Sumner - Explorations in Economic History, 1992 - Elsevier
Recent studies have suggested that excessive increases in the monetary demand for gold may have
contributed to the worldwide deflation and depression of the early 1930s. These increases have
been attributed to currency hoarding as well as a lack of coordination among …
"Operasi pelaburan adalah satu yang, apabila analisis menyeluruh menjanjikan keselamatan
prinsipal dan pulangan yang mencukupi. Operasi yang tidak memenuhi keperluan ini adalah
spekulatif. " -Benjamin Graham.
Menurut Benjamin Graham, terdapat tiga elemen yang sama penting yang harus saling wujud dalam
pelaburan.Elemen-eleman yang diberikan kepada pelabur iaitu mesti dengan teliti menganalisis
syarikat, dan keteguhan perniagaannya sebelum anda membeli stoknya. Anda harus sengaja
melindungi diri anda dari kerugian yang serius, dan anda harus mengharapkan pulangan yang
mencukupi, bukan prestasi yang luar biasa.
Sebaliknya, spekulasi adalah yang tidak melalui analisa yang betul, tidak menganggap keselamatan
prinsip dan menjangka pulangan tidak mencukupi.
Perbezaan utama antara spekulasi dan pelaburan ialah jumlah risiko yang dilakukan dalam
perdagangan. Biasanya, perdagangan berisiko tinggi yang hampir serupa dengan kejatuhan
perjudian di bawah payung spekulasi, sedangkan pelaburan berisiko rendah berdasarkan asas dan
analisis jatuh ke dalam kategori pelaburan.
Para pelabur berusaha untuk menghasilkan pulangan yang memuaskan terhadap modal mereka
dengan mengambil risiko purata rata-rata atau di bawah purata bagi setiap syarikat penasihat
kewangan di India. Sebaliknya, spekulator berusaha untuk membuat pulangan yang luar biasa tinggi
dari pertaruhan yang boleh pergi satu cara atau yang lain. Perlu diingatkan bahawa spekulasi tidak
sama seperti perjudian kerana spekulator berusaha membuat keputusan yang berpendidikan
98
mengenai arah perdagangan, tetapi risiko yang ada dalam perdagangan cenderung jauh di atas rata-
rata.
The Intelligent investor –Book by Benjamin Graham 1949
Kesimpulan
Spekulasi mempunyai fungsi penting dalam pasaran. Tiada perniagaan yang bebas daripada unsur
spekulasi kerana keputusan yang dibuat berkaitan aktiviti ekonomi adalah berdasarkan spekulasi.
Keuntungan biasanya bergantung kepada perubahan harga pada masa hadapan sedangkan masa
hadapan merupakan sesuatu yang tidak pasti. Oleh yang demikian, operasi dan cara aktiviti
spekulasi dilakukan adalah berbeza dengan pelaburan namun masih memberikan manfaat dan
secara tidak langsung dalam membantu aktiviti pelaburan berlaku. Spekulasi juga tidak boleh
disamakan dengan perjudian kerana perbezaannya yang ketara daripada sudut fungsi.
Rujukan
1.Abu Ghuddah, ‘Abd al-Sattar. 2006. Buhuth fi al-Mu‘amalatwa al-Asalib al-Masrafiyyah al-
Islamiyyah. Jiddah:Dallah al-Barakah.
2.Asyraf Wajdi Dusuki. 2013. Risiko, spekulasi dan judi dalam aktiviti pelaburan.
http://www.asyrafwajdi.
com/v25/index.php/component/k2/item/15-risikospekulasi-dan-judi-dalam-aktiviti-pelaburan
3.https://www.majalahlabur.com/saham/spekulasi-yang-menyebabkan-pasaran-saham-ketiga-
terbesar-dunia-musnah-sekelip-mata/
4.https://presmarymethuen.org/ms/dictionary/what-is-the-difference-between-speculative-market-
and-stock-market/
5.https://m.facebook.com/hj.mohdasriahmad/posts/663105913833136:0
6.https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=289176685159653&id=150336865710303
7.The Intelligent investor –Book by Benjamin Graham 1949
Pendahuluan
Pada era globalisasi ini, dunia perniagaan di persada dunia semakin berkembang luas dengan arus
teknologi yang begitu canggih dan maju untuk terus meneraju kekayaan dan sekaligus
meningkatkan taraf ekonomi ke peringkat yang lebih tinggi demi kesejahteraan rakyat jelata.
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa rahsia utama kejayaan sesebuah perniagaan adalah
menerusi pembelian saham pada waktu dan masa yang dijangka mengaut keuntungan. Situasi ini
persis seperti yang dikatakan oleh Ahmad Azam Sulaiman et al. (2012) dalam kajiannya yang
99
bertajuk Analisis Pulangan Saham Terhadap Keuntungan Perbankan Islam Malaysia di mana
sistem kewangan dan perbankan di Malaysia bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi
pada ketika ini.28 Oleh itu, pihak bank yang berani memilih saham yang berisiko tinggi akan
mampu menikmati pulangan yang setimpal dan optimum supaya kestabilan syarikat dapat dijamin.
Persoalan yang lazim adalah apakah itu saham sebenarnya? Bagaimana saham ini menjadi
pengukur utama kepada sesetengah pertumbuhan perniagaan? Menurut buku yang dikarang oleh
Andy Porman Tambunan. 2007. Menilai Harga Wajar Saham (Stock Valuation). Indonesia.
Penerbit: PT Elex Media Komputindo, dinyatakan dengan jelas bahawa saham merupakan sejenis
bukti penyertaan modal ke atas sesebuah syarikat dan meliputi transaksi jual beli yang akan
menentukan tahap prestasi perusahaan syarikat berkenaan.29 Setiap saham ini dinyatakan dengan
sesuatu nilai yang akan menentukan kerugian atau keuntungan kepada syarikat yang telah dilabur.
Saham ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu saham keutamaan di mana saham ini mendapat
keutamaan untuk mendapatkan dividen terlebih dahulu manakala saham biasa yang dipanggil
sebagai syer dan equiti memberi hak pemilikan kepada pemegang-pemegang saham sesebuah
syarikat itu. Seperti yang diketahui umum, nilai saham tidak akan sentiasa statik, meningkat,
ataupun berkurangan sepanjang masa di pasaran. Adakalanya saham akan mengalami kerugian
dan terdapat juga tempoh masa saham itu akan meningkat dengan ketara. Oleh hal yang demikian,
sesorang pelabur yang arif akal dalam aktiviti pelaburan ini akan melaksanakan kajian secara
menyeluruh menerusi kaedah-kaedah analisis seperti Fibonacci Retracement, Moving Average,
Candle Stick dan stochastic oscillator yang mampu menentukan masa atau waktu yang tepat bagi
sesuatu urusan jual beli supaya elemen kemuflisan dapat dielakkan.
Terdapat juga beberapa faktor luaran yang tidak dapat dielakkan daripada mempengaruhi harga
sesuatu saham syarikat. Salah satu faktor luaran yang tidak dapat dielakkan daripada
mempengaruhi harga sesuatu saham syarikat adalah khabar angin dan spekulasi. Secara kasarnya,
khabar angin atau dalam kata lain spekulasi ini bermaksud berita, isu atau pendapat yang belum
sahih dan sah untuk disebarkan. Setiap berita yang dilihat dan didengari perlu mempunyai
informasi yang berkredibiliti daripada sumber yang betul dan sah. Jika disingkap dari sudut yang
lain, terdapat kemungkinan bagi sesuatu khabar angin yang disebarkan adalah benar, namun
perkara tersebut tertakluk kepada medium dan cara sesuatu informasi itu disalurkan. Situasi akan
menjadi lebih genting apabila komuniti mulai percaya dengan khabar angin dan secara tidak
28 Sulaiman, A.A. and Mohd, N.A. and Mohamad, M.T. (2012) Analisis pulangan saham terhadap
keuntungan perbankan Islam Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM)
2012, 04-06 June 2012, Ipoh, Perak.
29 Andy Porman Tambunan. 2007. Menilai Harga Wajar Saham (Stock Valuation). Indonesia. Penerbit:
PT Elex Media Komputindo.
100