The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hasil kerja pelajar-pelajar BBAE UKM-PKP Sem 2 sesi 2019/2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdhasimi, 2020-06-19 11:04:11

Faktor-Faktor Mempengaruhi Harga Saham

Hasil kerja pelajar-pelajar BBAE UKM-PKP Sem 2 sesi 2019/2020

Keywords: Pelaburan,Harga Saham,Saham,Stok

langsung menimbulkan kekeliruan di medan pasaran antarabangsa dan dunia. Dalam pada itu,
pasaran saham tidak lagi stabil lebih-lebih lagi apabila khabar angin itu dibuktikan benar harga
saham terpaksa dinaikkan tetapi bayangkan jikalau khabar angin itu hanyalah permainan semata-
mata dan tidak benar sama sekali, maka merundunglah harga saham tersebut. Kini, kesukaran
yang dihadapi oleh kebanyakkan pelabur adalah masalah kepercayaan informasi daripada
sumber-sumber yang sah. Oleh itu, disarankan agar pelabur merujuk kepada saluran yang diiktiraf
oleh kerajaan seperti berita sebelum membuat pelaburan. Lanjutan itu, seseorang pelabur juga
perlu sedar mengenai isu khabar angin yang dikongsikan lebih pantas daripada berita. Oleh hal
yang demikian, pelabur perlulah mengamalkan sikap proaftif, sabar dan juga berani menempuh
cabaran dalam mengambil keputusan mengenai pelaburan saham supaya tidak terjunam ke arah
yang salah.
Selain itu, desas desus yang hangat diperkatakan di media sosial, laman web persorangan dan juga
forum-forum atau komuniti sosial mengenai sesuatu isu saham atau syarikatnya mampu
menyebabkan harga saham tidak stabil malah membuatkan pelabur-pelabur, pemegang syer dan
juga ahli-ahli kewangan mengalami tekanan, bankrupt, syarikat kehilangan pelabur dan juga
kerugian yang sangat tinggi akibat spekulasi yang disebarkan. Hal ini disebabkan kerana tindakan
panik seseorang pelabur tanpa analisis selanjutnya akan mengundang kerugian. Sebagai contoh,
suatu khabar angin yang telah tular di internet menyatakan bahawa Bank Negara akan menurunkan
Kadar Dasar Semalaman (OPR) atau lebih dikenali sebagai Interest Rate. Berdasarkan berita dari
akhbar Berita Harian. 2018. 26 Januari segen Bisness, dikatakan kadar faedah rendah yang
dibiarkan untuk tempoh lama ketika ekonomi sedang berkembang akan mengundang kegiatan
spekulasi berlebihan bagi mencari pulangan pelaburan tinggi.30 Ketika isu ini menjadi viral, harga
saham yang berkaitan dengan syarikat pemaju hartanah melambung tinggi disebabkan pelabur
akan merebut untuk membelinya dan menguntungkan syarikat. Namun, kesan sebaliknya adalah
isu itu hanyalah spekulasi semata-mata.
Seterusnya, spekulasi unsur politik juga mampu mempengaruhi harga saham. Sebagi contoh,
merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Hafidzul Hilmi. 2020. 24 Februari. MyMetro. Politik Tidak
Stabil Jejas Ekonomi Negara di mana ketika itu pelbagai spekulasi mengenai pertukaran kerajaan
baharu di Malaysia membimbangkan ahli-ahli ekonomi kerana hal ini akan mengurangkan
keyakinan pelabur terhadap potensi pertumbuhan di negara kita.31 Pelabur akan berhati-hati dalam

30 Mahanum Abdul Aziz, (26 Januari 2018) Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/01/380948/kenaikan-opr-elak-risiko-spekulasi-

berlebihan
31 Hafidzul Hilmi Mohd Noor, (24 Februari 2020) MyMetro Online.

101

mengambil langkah untuk melabur di Malaysia dan ini akan semestinya menjejaskan nilai saham di
Malaysia. Di samping itu, spekulasi juga berlaku di negara-negara lain di barat seperti dalam journal
yang ditulis oleh Nor Fahimah Mohd Razif, Noor Sakinah Samsulkamal dan Shamsiah Mohamad.
2017. Spekulasi Menurut Pemikiran Sarjana Ekonomi dan Sarjana Islam yang mengatakan
kebanyakkan krisis kewangan yang disangka berpunca daripada aktiviti spekulasi yang begitu
melampau tanpa kawalan seperti krisis New York Stock Exchange (NYSE) atau lebih dikenali
sebagai Wall Street Crash 1929, krisis kewangan serantau 1997-1998 dan krisis subprime Amerika
Syarikat 2007-2008. Spekulasi ini juga merupakan antara punca utama kenaikkan harga komoditi
dalam bidang pertanian dan minyak sawit (Frankel, 2014). Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa
spekulasi yang keterlaluan ini mampu menggugat kestabilan pasaran kewangan (Zaharuddin, 2011)
dan sekaligus menjejaskan kestabilan ekonomi yang seterusnya menjurus kepada harga pasaran
saham.32
Secara kesimpulannya, tujuan utama berurus niaga saham adalah untuk mendapatkan keuntungan
dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Bagi para pelabur jangka
panjang, pembelian saham berdasarkan faktor-faktor asas syarikat adalah amat penting, yakin
mereka perlu mengetahui latar belakang syarikat yang bakal dilaburkan. Mereka mesti membaca
dan memahami prospektus, laporan kewangan dan pengumuman korporat yang diedarkan oleh
syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan orang awam. Pasaran saham merupakan suatu
platform untuk sesebuah negara membangunkan tahap ekonomi dengan menyediakan modal
kepada syarikat demi memperkembangkan aktiviti urus niaga mereka. Saham ini telah menjadi
suntikan utama kepada syarikat untuk menarik pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam
perusahaan mereka untuk mengaut keuntungan yang tinggi dengan menggunakan medium yang
disediakan oleh kerajaan seperti di Bursa Malaysia dan Bursa Market Place. Menurut Journal M.
Roem Syibly. 2007. Spekulasi dalam pasaran. 1(1): 1-4 berkata dengan memasukkan sesuatu saham
di Bursa Saham telah memberi kesempatan untuk memiliki modal dalam skala besar dan menanam
sifat keyakinan untuk bertanding di platform investor saham. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
kekeliruan dan kepanikan yang timbul akibat spekulasi dan khabar angin yang direka mengenai
harga saham akan menggegarkan dunia ekonomi terutamanya arena saham di mana para pelabur
akan musykil dengan pelaburan mereka. Ketika harga saham jatuh, mereka terpaksa melepaskan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/547811/politik-tidak-stabil-jejas-ekonomi-negara-
metrotv
32 Nor Fahimah Mohd Razif1 Noor Sakinah Samsulkamal 2 dan Shamsiah Mohamad3 Jabatan Fiqh
dan Usul,

Akademi Pengajian Islam, 2017. Spekulasi Menurut Pemikiran Sarjana Ekonomi dan Sarjana Islam
Universiti

Malaya.

102

saham yang dipegang ke pasaran lain agar kerugian dapat dielakkan dan situasi ini sudah tentunya
telah melahirkan individu-individu yang berkepentingan untuk meraih capital gain yang tinggi
sebalik penyebaran spekulasi ini.33 Oleh hal yang demikian, dinasihatkan kepada para pelabur
untuk meneliti beberapa faktor seperti latar belakang syarikat, cara pengurusan, kekuatan kewangan
syarikat, nisbah harga perolehan, hasil dividen, prospek pertumbuhan perolehan dan kebolehan
syarikat untuk bersaing sebelum membuat pilihan untuk membeli saham. Pelabur yang bijak akan
meneliti faktor-faktor tersebut sebelum melaburkan wang kerana ia boleh mempengaruhi harga
saham.

RUJUKAN:
1. Sulaiman, A.A. and Mohd, N.A. and Mohamad, M.T. (2012) Analisis pulangan saham terhadap

keuntungan perbankan Islam Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
(PERKEM) 2012, 04-06 June 2012, Ipoh, Perak.
http://eprints.um.edu.my/13954/1/PKEM2012_5B3.pdf
2. Andy Porman Tambunan. 2007. Menilai Harga Wajar Saham (Stock Valuation). Indonesia.
Penerbit: PT Elex Media Komputindo.
3. Mahanum Abdul Aziz, (26 Januari 2018) Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/01/380948/kenaikan-opr-elak-risiko-spekulasi-
berlebihan.
4. Hafidzul Hilmi Mohd Noor, (24 Februari 2020) MyMetro Online.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/547811/politik-tidak-stabil-jejas-ekonomi-negara-
metrotv
5. Nor Fahimah Mohd Razif1 Noor Sakinah Samsulkamal 2 dan Shamsiah Mohamad3 Jabatan Fiqh
dan Usul, Akademi Pengajian Islam, 2017. Spekulasi Menurut Pemikiran Sarjana Ekonomi dan
Sarjana Islam Universiti Malaya.
http://eprints.um.edu.my/18037/1/IMEC4_paper10_Spekulasi_menurut_Pemikiran_Sarjana_Ekon
omi_dan_Sarjana_Islam.pdf
6. M. Roem Syibly. 2007. Spekulasi dalam pasaran. 1(1): 1-4
https://media.neliti.com/media/publications/87673-ID-spekulasi-dalam-pasar-saham.pdf

33 M. Roem Syibly. 2007. Spekulasi dalam pasaran. 1(1): 1-4

103

16. Fundamental Ekonomi Makro? Inflasi

GA03270 GA04124
MOHAMAD FIRDAUS B ABD KHAHAR SANAWIA BT SUNUSI

Fundamental ekonomi makro merupakan elemen penting atau dasar dalam aktiviti ekonomi. Istilah
makroekomi itu sendiri menjelaskan aktiviti ekonomi dalam ruang lingkup secara holistik
(agregat). Antara aktiviti ekonomi tersebut iaitu mengkaji aktiviti dan interaksi sektor isi rumah,
firma, kerajaan dan negara asing yang menentukan tingkat pencapaian sesuatu ekonomi. Hal ini
penting untuk mengukur tingkat pencapaian ekonomi sesebuah negara agar pertumbuhan ekonomi
negara sentiasa dalam keadaan stabil dan terkawal. Menurut Sandono (2000) konsep
makroekonomi, kajian mengenai ekonomi sesebuah negara secara menyeluruh iaitu dalam
peringkat dalam dan luar negara. Kebiasaanya para pengalisis ekonomi akan mencari tahu
mengenai persoalan yang biasa berlaku sebab dan faktor ketidakstabilan pertumbuhan ekonomi dan
sebab berlakunya peningkatan pengangguran serta cara mengatasinya. Selain itu persoalan yang
sering timbul berkaitan makro ekonomi juga ialah sebab dan punca berlakunya kenaikan harga
dalam pasaran. Oleh yang demikian, terdapat empat skop kajian dalam makroekonomi ini. Pertama
berkaitan kajian mengenai pengeluaran dan pendapatan negara yang saling berkait rapat, seterusnya
permintaan dan penawaran agregat dalam pasaran. Kemudian apabila berlaku permintaan dan
penawaran maka berlaku pergerakan tingkat harga umum. Akhirnya sekali, skop bidang kajian
makroekomi ialah berlakunya masalah pengangguran dan wujudnya inflasi dalam sesebuah negara.
Manakala untuk kajian ini saya tertumpu kepada fundamental makroekonomi iaitu pembolehubah
inflasi.

Apakah perkaitan antara fundamental makro ekonomi,inflasi dengan prestasi turun naik saham?
Adakah kedua-duanya berkaitan antara satu sama lain? Jawapannya adalah ya kedua-duanya saling
berkaitan antara satu sama lain. Penurunan kadar inflasi dalam negara merupakan pemangkin
(catalyst) untuk pertumbuhan ekonomi negara yang lebih stabil, sekali gus memberi memberi
impak positif kepada pasaran saham. Secara umumnya, inflasi bermaksud kenaikan harga paras
umum terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan pada suatu tempoh masa yang lama. Hal
ini berlaku kerana wujudnya inflasi tarikan permintaan iaitu ketidakseimbangan antara jumlah
permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada
sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan

104

jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan
berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah
ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat
pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini,
sama ada oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan. Selain itu inflasi juga berlaku akibat
inflasi tolakan kos disebabkan oleh kos pengeluaran yang tinggi.

Gambar 1: Menunjukkan Tarikan Permintaan dan Inflasi Tolakan Kos

105

Gambar 2: Menunjukkan contoh kesan inflasi

Bagaimana inflasi mempengaruhi harga saham dalam pasaran? Umum mengetahui, terdapat
banyak faktor yang mempengaruhi harga saham. Antaranya ialah permintaan pasaran saham. Kata
mudah, semakin ramai pelabur membeli saham tersebut maka semakin meningkat saham tersebut
dan begitu juga sebaliknya. Perkaitannya di sini, inflasi juga juga dipengaruhi oleh jangkaan
pengguna. Sebagai contoh pada waktu ini penularan Covid 19, berlaku peningkatan pembelian
terhadap sektor pembuatan topeng muka dan hand sanitizer. Oleh itu pengguna membuat jangkaan
yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah
jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada
pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga. Maka inflasi akan berlaku
sekiranya permintaan yang terlalu tinggi berbanding penawaran.

Sumber: Jabatan Statistik Malaysia
Gambar 3: Menunjukkan graf nilai inflasi negara sehingga 2019

Inflasi Malaysia masih ditahap yang stabil iaitu diantara 2% dan 3%. Kegiatan ekonomi yang
berterusan akan menyebabkan inflasi, dengan harga umum barang dan perkhidmatan meningkat.
Akan tetapi tidak bermakna inflasi hanya memberikan kesan buruk kepada ekonomi. Inflasi juga
diperlukan untuk kestabilan ekonomi namun harus dikawal agar peningkatannya tidak terlalu tinggi.
Hal ini kerana, kadar peningkatan inflasi yang terlalu tinggi boleh membahayakan ekonomi. Apabila

106

perkara tersebut berlaku, untuk mengimbangi pasaran, bank pusat dalam dasar moneteri akan
berusaha menstabilkan dengan menaikkan kadar faedah. Apabila kadar faedah tinggi dipasaran.
Ianya akan meransang pelabur untuk mengalihan pilihan mereka untuk melabur kepada pelaburan
yang berisiko rendah seperti melabur dalam sekuriti. Natijahnya berlaku turun naik pasaran
kewanngan menyebabkan permintaan menurun. Hal ini menyebabkan harga saham akan menurun.
Sekiranya inflasi terus meningkat, maka pulangan minimum pelaburan saham juga akan meningkat
dan mendorong penilaian pasaran yang lebih rendah. Pada ketika itu, harga saham akan jatuh ke
tahap yang minimum untuk mengimbangi inflasi. Untuk pengetahuan, inflasi sebenarnya boleh
sahaja berpengaruh positif dan juga negatif terhadap saham. Banyak faktor yang mempengaruhi,
diantaranya adalah kemampuan pelabur melakukan lindungan nilai aset dan peranan kerajaan
mengambil langkah untuk mengimbangi pasaran saham.

Konklusinya, seperti yang dinyatakan, tidak semua keadaan inflasi itu memberikan impak negatif
kepada pasaran saham jangka pendek dan tidak bermakna membuat pelaburan pada saat tersebut
adalah waktu terburuk. Kebarangkalian, ianya masa yang terbaik untuk melabur saham pada harga
yang baik. Akan tetapi pelabur harus berhati-hati, inflasi yang berterusan, semakin tinggi kerugiaan
yang akan dialami. Perlu diingat, inflasi akan menjejaskan daya beli kita, sekiranya ingin melabur
saham adalah lebih baik meneliti komposisi saham tersebut terlebih dahulu untuk melindunginya
dari inflasi. Sebagai pelabur, harus bijak memilih saham dari syarikat yang terbukti berprestasi baik
dalam menghadapi inflasi.

RUJUKAN

Apakah itu Fundemental Ekonomi, https://www.simulasikredit.com/apa-itu-fundamental-
ekonomi/
Umi Kalsum, “Pengaruh Pengangguran dan Inflasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi di Sumetera
Barat” dalam Jurnal Ekonomikawan, 2017

Apa Itu Inflasi dan Bagaimana ia Boleh Berlaku yang Menyebabkan Kelumpuhan Ekonomi,
https://iluminasi.com/bm/apa-itu-inflasi-dan-bagaimana-ia-boleh-terjadi-yang-menyebabkan-
kelumpuhan-ekonomi.html

Pengaruh Inflasi Terhadap Saham, https://www.simulasikredit.com/pengaruh-inflasi-terhadap-
saham/

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Harga Saham, https://ms.spazziodecor.com/factors-that-affect-
stock-market-17556

7 Perkara yang Mempengaruhi Harga Saham di Bursa Malaysia,
https://www.majalahlabur.com/saham/perkara-yang-mempengaruhi-harga-saham/

Bagaimana harga saham ditetapkan, https://ms.brictly.com/bagaimana-harga-saham-ditetapkan/

107

PENGENALAN
Ekonomi menerangkan inflasi yang membawa bermaksud kenaikan harga umum barangan atau
perkhidmatan yang berterusan dalam keseluruhan aktiviti ekonomi. Jika kenaikan tersebut bersifat
sementara, seperti hanya berlaku pada musim perayaan, ianya tidak termasuk di dalam ketegori
inflasi. Ia bermaksud kepada perubahan harga relatif berlaku apabila melihat harga telah
meningkat, tetapi hakikatnya harga tersebut telah turun. Kenaikan harga dalam model permintaan
dan penawaran adalah mewakili peralihan dari keseimbangan sebelumnya ke peruahan titik yang
baru. Kebanyakkan negara membangun dan menggunakan wang fiat pasti akan terkesan dengan
inflasi. Inflasi sangat penting dalam perkembagan ekonomi. Walaubagaimanapun, inflasi yang
tidak terkawal boleh menyebabkan kemelesetan yang teruk serta terkesan dalam peranan sektor
pemberi pinjaman dan peminjam, pembayar cukai, pedagang saham, dan pengguna.

Inflasi Tarikan Permintaan (Demand-pull inflation)

Berlaku di sebabkan oleh permintaan melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam masa
yang singkat.

Pada graf Price Level (PL) vs year (y) diatas, pergerakan agregat permintaan (AD) pada agregate
penawaran (LRAS) menyebabkan kenaikan harga.
Faktor penyebab pergerakan agregat di antaranya iailah faktor perkembangan globalisasi ekonomi
yang pesat di luar negara dan pasaran domestik sesebuah negara antara punca
meningkatkan aggregate demand (AD) terhadap produk dan barangan negara itu. Faktor kedua
iailah peningkatan perbelanjaan negara yang akan mula melonjak tinggi selepas sesuatu program
bagi menjana ekonomi. Peningkatan ini adalah kearah perkembangan ekonomi yang lebih pesat
yang akan mengakibatkan bilangan pekerjaan bertambah dan negara berpendapatan tinggi. Faktor
ketiga ialah peningkatan penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh
meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal oleh bank
pusat, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan

108

meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang dan kuasa membeli,
teatpi barangan dan perkhidmatan sedikit, maka inflasi akan wujud.

Inflasi Tolakan Kos (Cost-push inflation)
Berlaku di sebabkan oleh peningkatan kos operasi, harga turut meningkat.

Pada graf di atas, pergerakan aggregate supply (SRAS) ke kiri, meningkatkan harga pada tahun
berikutnya.
Faktor penyebab pergerakan (SRAS) di antaranya adalah peningkatan terhadap harga tenaga.
Contohnya kesan kenaikan harga minyak pada pasaran domestik yang mendadak di sebabkan oleh
kenaikan pasaran minyak dunia yang berterusan. Walaupun tekanan harga minyak di sesebuah
negara masih terkawal, namun harga barangan lain turut meningkat di sebakan kos operasi
bertambah. Faktor kedua adalah peningkatan gaji minimum akan menyebabkan majikan atau
syarikat menaikkan kos barangan atau perkhidmatan mereka. Dan hal ini juga akan menyebabkan
peningkatan terhadap perbelanjaan negara. Faktor ketiga ialah peningkatan cukai sesebuah negara
adalah satu pendapatan negara itu sendiri. Namun begitu, cukai yang meningkat turut menyebabkan
kenaikan pada kos operasi dan barangan sekaligus menyebabkan inflasi. Faktor penyebab keempat
adalah peningkatan harga import dan penurunan kadar pertukaran wang. Antara faktor kenaikan
inflasi adalah nilai tukaran matawang yang rendah iaitu nilai wang banyak di perlukan untuk tukar
dengan matawang lain dan harga barangan import yang meningkat.
1.0 KESIMPULAN
Kesimpulanya, meningkatnya inflasi secara relatif adalah suatu tanda negatif bagi pelabur
saham. Jika dilihat dari pandangan pengguna atau pelabur terutamanya, inflasi yang tinggi akan
mengakibatkan tarikan pembeli pelabur saham yang akan menurun. Jika dilihat dari sektor syarikat

109

terbitan saham, inflasi dapat meningkatkan pendapatan bagi pelbagai kos perbelanjaan sesebuah
syarikat. Jika peningkatan perbelanjaan faktor produk lebih tinggi dari peningkatan harga yang dapat
dijalankan oleh syarikat, keuntungan syarikat akan menurun. Inflasi akan memberi impak kepada
meningkatkan tingkat harga kadar faedah atau pulangan sesebuah unit saham yang telah di terbitkan
oleh syarikat kepada pelabur.
2.0 RUJUKAN
Dua Faktor Utama Inflasi Dan Kesannya Di Malaysia
Harimaumintgold, 16 Ogos 2017
https://www.harimaumintgold.my/portal/wp/dua-faktor-utama-inflasi-dan-kesannya-di-malaysia/
Bank Negara Malaysia Kongsi Laporan Sorotan Bulanan Jun 2019
Liyana, 25 Mei 2019
https://rnggt.com/2019528/
Inflasi Diimport
Nurkilanku asmah hashim, 7 November 2017
https://pnasmahhashim.blogspot.com/2017/11/9-inflasi-diimport-cikgu-norlizah-yassin.html
Top 20 Countries With The Highest Inflation Rate of the year 1980 to 2020
Animated Stats, 13 Feb 2020
https://www.youtube.com/watch?v=HN58RfEp_PM

110

3.0 LAMPIRAN
4.0

Lampiran 1 : Peningkatan bagi inflasi bagi negara Malaysia

Lampiran 2 : Pertumbuhan eksport pada bulan mei 2019 bagi negara Malaysia

Lampiran 3 : Aktiviti ekonomi pembiayaan bersih bagi negara Malaysia
111

Lampiran 4 : Kesan inflasi terhadap nilai ekonomi makro
112

17. Fundamental Ekonomi Makro: Kadar Faedah

GA04126 GA03315
SHALINI A/P MURUGAN SITI FATIMAH BT AHMAD THALITH
A

Pengenalan

Ini termasuk faktor ekonomi dalam konteks permintaan dan penawaran yang digunakan untuk
menerangkan pergerakan harga saham dalam kajian ini.Bagi faktor ekonomi pula,ia terbahagi
kepada permintaan dan penawaran,kadar faedah,pertumbuhan syarikat dan industri,pasaran
asing,prestasi syarikat dan isu politik.Selain itu,teori konvensional dan teori keyakinan harga saham
juga digunakan untuk menerangkan tentang pergerakan harga saham.Pada bahagian akhir ini
pula,kajian-kajian lepas khususnya tentang pergerakan indeks akan dikemukakan.Akhir
sekali,berdasarkan perbincangan yang dilakukan kesimpulan akan dikemukakan.

Faktor Kadar Faedah

Perubahan kadar faedah pengaruh yang mendalam terhadap harga saham.Ini disebabkan kadar
faedah biasanya meninggalkan kesan yang tertentu melalui pengaruhnya terhadap pulangan dan
dividen firma,jumlah dagangan margin dan pasaran bon.Perubahan kadar faedah mempengaruhi
pulangan firma kerana faedah merupakan sebahagian daripada kos,iaitu pinjaman dilakukan oleh
firma semasa menjalankan perniagaan.Semakin besar sesuatu modal pelaburan bagi sesebuah
firma,semakin besar nisbah hutang-ekuitinya.Firma biasanya menggunakan pinjaman untuk
membiayai perbelanjaan modalnya yang besar.Di samping itu,firma juga dikehendaki membayar
faedah terhadap pinjamannya. Sekiranya kadar faedah meningkat maka kadar pulangan akan
merosot dan dividen yang dipengaruhi oleh faktor kadar pulangan firma juga akan
berkurangan.Oleh itu,permintaan terhadap saham firma itu juga akan berkurangan memandangkan
dividen yang kurang yang tidak menguntungkan pemegang saham.Permintaan saham firma yang
kurang juga akan mengakibatkan penurunan harga saham.

Selain itu,kadar faedah juga memberi kesan kepada harga saham melalui pengaruhnya terhadap
perniagaan margin.Sekiranya,kadat faedah meningkat,mereka yang meminjam wang daripada bank
untuk membeli saham akan menahan diri untuk meminjam wang lagi.Ini disebabkan oleh kos
faedahnya akan melebihi pulangan yang diterima daripada pembelian saham.Tambahan
pula,mereka akan menjual saham untuk membiayai pinjaman mereka untuk mengelak daripada kos
faedah melebihi pulangan saham.Jika bahagian besar pelaburan dalam pasaran saham merupakan
perniagaan margin,maka harga saham akan jatuh akibat peningkatan dalam kadar faedah.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya,seperti mana yang dijelaskan melalui teori permintaan,peningkatan kadar
faedah akan menyebabkan permintaan saham firma menjadi berkurangan dan ini akan
mengakibatkan kejatuhan harga saham.

Rujukan

 http://successdragon.50megs.com/bab23.htm
 https://ilabur.com/pengaruh-pasaran-saham/
 https://ms.talkingofmoney.com/how-do-interest-rates-affect-stock-market

113

PENGENALAN
Faedah adalah yuran yang dibayar oleh peminjam kepada pemberi pinjaman sebagai satu bentuk
pampasan bagi penggunaan asset dan biasanya harga yang dibayar bagi penggunaan wang yang
dipinjamkan atau wang yang diperolehi oleh dana akan didepositkan. Apabila wang yang
dipinjamkan, faedah biasanya dibayar kepada pemberi pinjaman sebagai peratusan principal.
Peratusan wang pokok yang dibayar sebagai bayaran dalam tempoh tertentu masa (biasanya satu
bulan atau tahun) dipanggil kadar faedah. Deposit bank akan mendapat faedah kerana bank
membayar untuk penggunaan dana yang disimpan. Aset yang kadang-kadang dipinjamkan dengan
faedah termasuk wang, saham, barangan pengguna melalui sewa beli, aset utama seperti pesawat,
malah seluruh kilang-kilang di pengaturan pajakan kewangan. Faedah dikira atas nilai aset dalam
cara yang sama seperti wang.

Pasaran modal mempunyai peranan penting dalam ekonomi negara.Peranan pasaran modal lebih
daripada sekadar tempat pertemuan antara pemberi pinjaman dan peminjam atau tempat untuk
berdagang sekuriti, tetapi juga berperanan dalam mendorong pembentukan dan pemeliharaan
modal perkembangan ekonomi. Khan (2012) menyatakan bahawa pasaran modal dijangka
meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan memberi dorongan kepada simpanan domestik dan
meningkatkan kuantiti dan kualiti pelaburan. Makroekonomi adalah kajian mengenai tingkah laku
ekonomi keseluruhan. Reksoprayitno (1979) mendefinisikan ekonomi sebagai sains yang belajar
bagaimana manusia dalam usaha mereka untuk memenuhi keperluan.

ISI UTAMA

Saham adalah salah satu instrumen pelaburan yang paling banyak dipilih pelabur. Sundjaja dan
Barlian (2003) mendefinisikan stok sebagai tanda kemasukan atau pemilikan seseorang atau entiti
dalam syarikat. Mengeluarkan stok adalah salah satu pilihan syarikat ketika membuat keputusan
untuk pembiayaan korporat. Saham adalah banyak instrumen pelaburan pelabur dipilih kerana
mereka mampu memberikan pulangan yang menarik. Sebelum membuat pelaburan, setiap pelabur
memerlukan maklumat relevan untuk membuat keputusan pelaburan yang menguntungkan
termasuk maklumat mengenai faktor makroekonomi yang boleh mempengaruhi prestasi stok.
Menurut Kurihara (2006, p.376) “Many factor such as enterprise performance , dividends, stock
prices of other countries, gross domestic product, exchange rates, interest rates, money supply,
employment, their information etc. have an impact on daily stock prices.” Kumar dan Puja (2012)
menyatakan “Stock market of emerging economies are likely to be sensitive to factors such as

114

changes in the level of economic activities, changes in the political and international economic
environment and al so related to the changes in other macroeconomic factors.”

Malaysia adalah antara sebilangan kecil negara yang mempunyai perbankan Islam yang
maju dan wujud secara bersama dengan perbankan konvensional dalam satu sistem perbankan.
Sehingga kini, perbankan Islam di Malaysia terdiri daripada 12 buah bank Islam sepenuhnya, dan
8 buah bank subsidiari. Peranan kadar bunga terhadap wang telah dimulakan dengan ahli ekonomi
Cambridge dan diperkembangkan lagi oleh teori permintaan wang Keynes (1936) yang
menjelaskan tiga motif utama permintaan wang iaitu tujuan spekulasi, urusniaga dan awasan.
Tujuan spekulasi pemegangan wang ini lebih dikenali sebagai awasan. Tujuan spekulasi
pemegangan wang ini lebih dikenali sebagai keutamaan kecairan. Semenjak itu, peranan kadar
bunga terhadap permintaan wang telah dikaji secara mendalam dalam era pasca Keynes. Ini
termasuk teori permintaan wang pendekatan inventori oleh Baumol (1952) dan Tobin (1956),
pendekatan permintaan wang sebagai tujuan awasan (Whalen,1966), pendekatan wang sebagai aset
dan pendekatan teori permintaan pengguna (Friedman,1956) dan Bernett (1980). Kesemua teori ini
telah menjurus kepada kesimpulan akhir yang sama iaitu permintaan wang benar berhubungan
secara songsang dengan pulangan ke atas aset iaitu kadar bunga, dan berhubungan secara positif
dengan pendapatan benar. Dengan perkataan lain, permintaan wang akan meningkat jika kadar
pulangan alternatif kepada wang atau kadar bunga menurun, dan pendapatan benar meningkat.
Sebaliknya dalam ekonomi Islam, kadar bunga atau riba adalah haram dan umat Islam ditegah
daripada melaksanakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya.
Kadar pulangan deposit perbankan Islam ditentukan berdasarkan untung yang direalisasikan oleh
bank. Pada suatu nisbah perkongsian untung yang telah ditetapkan, kadar pulangan akan
berubahubah selari dengan perubahan untung yang diperoleh oleh bank. Oleh itu, adalah
dijangkakan yang kadar pulangan deposit perbankan Islam bersifat pro-kitaran. Ini kerana untung
sektor perbankan termasuk perbankan Islam lazimnya berhubungan positif dengan tahap aktiviti
ekonomi. Untung dijangka meningkat semasa ekonomi bertumbuh dan sebaliknya. Kadar bunga
deposit perbankan konvensional tidak diikat kepada bank. Sebaliknya bank menetapkan kadar
bunga deposit untuk memaksimumkan keuntungan dan bukan untuk menguasai pasaran deposit
(Rose, 1991). Kadar bunga deposit adalah kos (deposit adalah liabiliti) bagi bank manakala kadar
bunga pinjaman adalah hasil pinjaman aset kepada bank. Dengan melakukan peletakan harga
semula (repricing) aset (pinjaman) dan liabiliti (deposit) bank boleh meningkatkan keuntungan
tanpa bergantung kepada sama ada kadar bunga meningkat ataupun menurun (Amir Kia & Darrat,
2007). Mengikut Flannery (1982), keuntungan operasi bank, terutama bagi bank bersaing besar,

115

boleh dilindungi daripada turun naik kadar bunga dengan menyelaraskan struktur kos dan hasil.
Dapatan kajian empirikal beliau menunjukkan yang perubahan kadar bunga hanya mempengaruhi
untung jangka pendek tetapi tidak menjejaskan untung jangka panjang.

Perubahan kadar faedah juga berlaku disebabkan politik jangka pendek keuntungan iaitu
menurunkan kadar faedah boleh memberi ekonomi rangsangan jangka pendek. Di bawah keadaan
biasa, kebanyakan ahli ekonomi berfikir pemotongan kadar faedah hanya akan memberi
keuntungan jangka pendek dalam aktiviti ekonomi yang tidak lama lagi akan diimbangi oleh inflasi.
Rangsangan yang cepat boleh mempengaruhi pilihan raya. Kebanyakan pakar ekonomi menyokong
bank-bank pusat bebas untuk menghadkan pengaruh politik atas kadar faedah. Seterusnya,
penggunaan tertunda iaitu apabila wang dipinjamkan kelewatan pemberi pinjaman yang
membelanjakan wang pada barangan penggunaan. Sejak mengikut masa teori keutamaan rakyat
lebih suka barangan sekarang dengan barang-barang kemudian, dalam pasaran bebas akan menjadi
kadar faedah yang positif.

Kesan jangkaan inflasi iaitu kebanyakan ekonomi secara amnya menunjukkan inflasi, bermakna
jumlah yang diberikan wang membeli barang-barang yang kurang pada masa akan datang daripada
ia akan. Peminjam perlu untuk memberi pampasan kepada pemberi pinjaman untuk ini. Pelaburan
alternatif iaitu pemberi pinjaman mempunyai pilihan di antara menggunakan wang dalam
pelaburan yang berbeza. Jika dia memilih satu, beliau forgoes pulangan daripada semua yang lain.
Pelaburan yang berbeza bersaing untuk dana. Risiko pelaburan iaitu terdapat risiko bahawa
peminjam akan bankrap, melarikan diri, mati, atau sebaliknya lalai atas pinjaman. Ini bermakna
bahawa pemberi pinjaman yang secara umumnya boleh mengenakan premium risiko untuk
memastikan bahawa, di seluruh pelaburan beliau, beliau pampasan bagi orang-orang yang gagal.
Keutamaan kecairan Orang ramai lebih suka mempunyai sumber-sumber mereka terdapat dalam
bentuk yang segera boleh ditukar, bukannya satu bentuk yang mengambil masa atau wang untuk
merealisasikan. Cukai. Hal ini kerana beberapa keuntungan daripada kepentingan mungkin
tertakluk kepada cukai, pemberi pinjaman boleh bertegas pada kadar yang lebih tinggi untuk
membuat untuk kehilangan ini.

Kadar faedah Sebenar "Kadar faedah sebenar" adalah kadar faedah pelabur menjangka untuk
menerima selepas membenarkan untuk inflasi. Ia boleh diterangkan dengan lebih secara rasmi oleh
persamaan Fisher, yang menyatakan bahawa kadar faedah sebenar adalah kira-kira kadar faedah
nominal tolak kadar inflasi. Sekiranya, sebagai contoh, pelabur dapat mengunci kadar faedah 5%
bagi tahun yang akan datang dan menjangkakan peningkatan 2% dalam harga, dia akan

116

mengharapkan untuk mendapatkan kadar faedah sebenar 3%. Ini bukan satu nombor, kerana
pelabur yang berbeza mempunyai harapan yang berbeza inflasi masa depan. Sejak kadar inflasi
sepanjang pinjaman tidak diketahui mulanya, turun naik inflasi mewakili risiko kepada kedua-dua
pemberi pinjaman dan peminjam.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini mencapai objektif yang digariskan pada peringkat awal kajian
iaitu meninjau kesan perubahan dalam kadar bunga ke atas tiga indikator perbankan Islam dan
perbankan konvensional. Kajian ini mengenal pasti pengaruh kadar bunga dalam sistem perbankan
Islam khusus dalam menentukan kadar pulangan deposit di perbankan Islam. Hasil kajian telah
menunjukkan bahawa wujud hubungan antara kadar pulangan deposit perbankan Islam, dan kadar
bunga deposit tabungan bank konvensional. Tidak dinafikan bahawa kadar OPR mempengaruhi
kadar pulangan deposit perbankan Islam walaupun sistem perbankan Islam mengharamkan „riba‟.
Ini mungkin disebabkan penanda aras bagi kadar pulangan perbankan Islam masih berlandaskan
kepada kadar pulangan semalaman antara bank. Namun begitu, kadar pulangan deposit perbankan
Islam masih juga didorong oleh faktor keuntungan, iaitu kadar pulangan deposit permintaan
perbankan Islam. Oleh kerana kadar bunga mempengaruhi dalam sistem perbankan Islam, maka
perbankan Islam perlu mengambil inisiatif menggunakan altenatif lain dalam menentukan kadar
pembiayaan dan kadar pulangannya.

117

RUJUKAN

Bank Negara Malaysia. (2006). Laporan Tahunan BNM 2006 : Pergerakan kadar pulangan dan
kadar faedah konvensional. Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia
Akseptori, R., 2011, Pengaruh Ekonomi Makro terhadap Pasar Modal Indonesia pada Periode
2002-2009 Sebelum dan Saat Krisis Global, Tesis, Universitas Surabaya.
Darrat, A.F. (1988). The Islamic interest free banking system : some empirical evidence. Applied
Economics 20:417 – 425.
Hassan, M. Kabir. (1999). Islamic banking theory and practice : The experience of Bangladesh.
Managerial Finance 25(5) : 60 – 114.
Kaleem, Ahmad & Mansor Md. Isa. (2002). Causal relationship between Islamic dan conventional
banking instruments in Malaysia. International Journal of Islamic Financial Services. 4 (4) : 1 – 8.
Liza Marwati. Disha Norazlan Alias. (2001). Interest rate and loan supply : Islamic versus
Conventional Banking System. Jurnal Ekonomi Malaysia. 35 : 61 – 68.
Mansor Jusoh. Antoni & Norain Mod Asri. (2010). Integrasi kadar pulangan dan kebolehgantian
deposit perbankan Islam dengan deposit perbankan konvensional. Jurnal Ekonomi Malaysia. 44 :
11 – 21.
Metwally. M.M. (1997). Differences between the financial characteristics of interest-free and
conventional Bank‟s. European Business Review 97(2) : 92 – 98 .
Raditya, S. & Salina, H.K. (2010). Role of the Islamic bank in the monetory transmission process
in Malaysia. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management. 7 – 19.
Rosamiza Meor Razak. Zulkefly Abdul Karim. Mohd Azlan Shah Zaidi.(2012). Dasar Kewangan
dalam dwi sistem perbankan : Suatu kajian VAR berstruktur di Malaysia. Prosiding PERKEM VII,
(1) : 111 – 125.
Salina, H.K. & M. Sabri, A.M. (2009). The role of bank loans and deposit in the monetory
transmission mechanisme in Malaysia. International Journal of Banking and Finance. 6 : 37 – 59
Anoraga P., dan Piji Pakarti, 2006, Pengantar Pasar Modal (Edisi Revisi), Cetakan Kelima, PT.
Rineka Cipta: Jakarta. Boediono, 2000, Ekonomi Moneter, Edisi 3, BPFE: Yogyakarta.

118

18. Fundamental Ekonomi Makro: Nilai Pertukaran Matawang

GA04127 GA
SITI NOOR HAFIZAH BINTI SAMAN AINA NADZIRAH BT SAMAN

Pengenalan
Pertukaran matawang adalah merupakan matawang sesebuah negara yang disebut(ditukar) kepada
matawang negara lain. Sebagai contoh, matawang Ringgit Malaysia ditukar kepada kepada Dolar
Amerika Syarikar, Rupiah Indonesia dan lain-lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan dari hasil
aktiviti jual beli antarabangsa seperti saham, bon dan lain-lain aset di antara negara yang melibatkan
pasaran matawang utama di dunia yang berlangsung setiap hari pada waktu bekerja secara
berterusan. Pada zaman dahulu, matawang di seluruh dunia disokong dengan emas yang juga
dikenali sebagai ‘Standard emas’. Ia bermaksud setiap matawang mewakili nilai emas yang dimiliki
oleh sesebuah negara. Walaubagaimanapun disebabkan bekalan emas yang tidak mencukupi,
Amerika syarikat(AS) telah menukar kepada nilai dolar. Kini AS telah mendominasi banyak
pasaran kewangan dunia kerana kadar pertukaran matawang sering dinyatakan dalam bentuk dolar.
Nilai matawang sesebuah negara adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran matawang bagi
negara tersebut sendiri. Sekiranya permintaan kurang daripada penawaran yang ada, nilai
matawang akan menurun tetapi tidak bermakna orang tidak memerlukan wang sebaliknya mungkin
mereka lebih rela menyimpan duit mereka dalam suatu bentuk lain seperti emas. Dan juga
sebaliknya iaitu nilai matawang akan meningkat sekiranya permintaan meningkat.
Nilai pertukaran matawang mempengaruhi harga saham
Hubungan antara matawang dan harga saham adalah saling berkait rapat.Contohnya jika Ringgit
Malaysia lebih kukuh berbanding US Dolar, harga saham yang berorientasi eksport akan melemah.
Walaupun eksport negara akan meningkatkan ekonomi, nilai dagangan akan menurun kerana
kelemahan USD. Jadi keuntungan syarikat eksport akan menurun dan akan memberi kesan kepada
pendapatan dan keuntungan bersih syarikat. Sebaliknya jika Ringgit melemah berbanding USD,
harga saham berorientasikan import akan menurun. Ini disebabkan kos bahan yang diimport akan
meningkat sekaligus akan menyebabkan keuntungan syarikat menurun. Dalam pasaran saham,
keuntungan didapati daripada belian matawang ketika nilainya rendah dan menjualnya semula
ketika nilainya meningkat. Walau bagaimanapun, nilai matawang adalah relatif iaitu sentiasa
berubah-ubah dan tidak sama mengikut negara. Pelabur perlu meneliti peningkatan nilai matawang
sesebuah negara sebelum membuat pembelian. Contohnya, matawang dolar digunakan oleh 2

119

negara iaitu Singapura dan AS. Nilai matawang mungkin akan berbeza mengikut negara yang mana
Singapura mungkin lebih rendah berbanding AS.
Keyakinan para pelabur adalah penting kerana apabila mereka kurang yakin dengan kekukuhan
sesuatu matawang, mereka akan menjual saham dan membeli saham yang mempunyai nilai
matawang yang lebih kukuh. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi ramalan mereka
yang terlibat dalam spekulasi matawang. Di antaranya ialah anggapan bahawa matawang sesebuah
negara terlebih nilai, menyebabkan mereka melepaskan pegangan matawang yang terlebih nilai
tersebut, seterusnya menjatuhkan nilai matawang itu. Seterusnya sistem perbankkan sesebuah
negara, ketelusan dan kecekapan sistem kewangan dan anggapan mengenai kesilapan atau
kelemahan kerajaan dalam menguruskan dasar ekonomi juga mempengaruhi spekulasi terhadap
nilai matawang sesebuah negara sekaligus memberi kesan kepada harga sesuatu saham.Jika dilihat
pada Ringgit Malaysia, beberapa faktor yang terkini juga mempengaruhi pergerakan nilai
matawang iaitu antaranya harga minyak mentah dunia yang jatuh merundum disebabkan kawalan
pergerakan di seluruh dunia bagi mengawal penularan virus Covid-19 telah mengakibatkan nilai
matawang Ringgit juga menyusut. Selain itu, landskap politik Malaysia yang tidak menentu baru-
baru ini iaitu perubahan kerajaan mengejut juga menyebabkan pergerakan nilai matawang tidak
menentu kerana pelabur bimbang terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kedudukan fiskal
negara. Dan akhir sekali, kadar faedah. Kadar faedah yang tinggi boleh membantu dalam
peningkatan matawang sesebuah negara.
Kesimpulan
Pada masa kini nilai matawang dunia telah menyusut dengan mendadak sehingga hampir mencapai
kepada kadar sifar disebabkan jumlah kes dan kematian covid-19 semakin meningkat di samping
kelembapan ekonomi yang tidak diketahui penghujungnya. Jelas sekali menunjukkan bahawa nilai
pertukaran matawang memberikan impak besar kepada harga saham. Kesan kejatuhan harga saham
dan matawang memberikan impak yang besar dan berisiko tinggi kepada syarikat yang
menjalankan perniagaan secara international berbanding syarikat domestik. Tetapi, keuntungan
yang diterima pula lebih berbaloi kepada syarikat multinasional sekiranya terdapat peningkatan
kepada saham. Oleh itu, pelabur perlulah bijak dalam mengambil tahu isu semasa lebih-lebih lagi
dalam pergerakan nilai matawang sebelum melabur bagi mengelakkan kerugian sekaligus
mendapat keuntungan yang tinggi.

120

Rujukan
http://jamal7478.blogspot.com/2013/09/kadar-pertukaran-matawang-asing-malaysia.html, Prof.Dr
Jamal Ali, 2018.
https://iluminasi.com/bm/ini-cara-kadar-tukaran-mata-wang-ditentukan.html , Kay Suhami, 2018.
https://www.majalahlabur.com/saham/catalyst/4-faktor-yang-mempengaruhi-pergerakan-ringgit/,
Nadeyya Rahmat, 2018.
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_5B2.pdf, UKM, 2012.
file:///C:/Users/FAMA/Downloads/JEM.pdf, UKM, 2012.
https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/panduan-kepada-pelabur-muda-bagaimanakah-
forex-berfungsi, Loanstreet, 2018

121

PENGENALAN

Fundamental ekonomi makro adalah secara umumnya bermaksud asas ekonomi makro yang
mempengaruhi harga sesebuah saham. Dimana melibatkan pelbagai pemboleh ubah tehadap inflasi,
kadar bunga, nilai pasaran, dividen atau melihat keseluruhan prestasi ekonomi negara tersebut.
Fundamental ini juga digunakan untuk meramal atau membuat analisis nilai matawang dimasa
hadapan.

Seperti yang diketahui umum, pertukaran nilai matawang itu melibatkan transaksi jual beli eksport
dan import antara Negara dan nilai matawang tersebut bergantung kepada permintaan rakyat asing
terhadap barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Kadar pertukaran mata wang memberi kesan
terhadap Indeks Harga Pengguna seperti mengukur kadar inflasi, anggaran hutang serta cukai tidak
langsung dan ia juga turut mempengaruhi harga pasaran saham. Pertukaran matawang juga
merupakan sperdagangan dalam jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasar-pasar
mata wang utama di dunia sepanjang 24 jam secara berterusan. Malahan. merupakan pasaran
terbesar dunia yang melibatkan transaksi wang berjumlah besar pada hari pasaran dibuka setiap
hari.

HARGA SAHAM DIPENGARUHI NILAI PERTUKARAN MATAWANG

Nilai pertukaran matawang tidak tetap dan sentiasa berubah mengikut prestasi dan keadaan
ekonomi negara pada masa itu. Dimana ia melibatkan jumlah permintaan dan penawaran semasa
dalam pasaran saham serta penukaran matawang asing. Terdapat beberapa elemen harga saham
yang dipengaruhi oleh Nilai Pertukaran Matawang. Antaranya adalah apabila permintaan negara
asing terhadap eksport Malaysia & permintaan Malaysia terhadap import meningkat. Sekiranya
nilai matawang Ringgit Malaysia lebih rendah dari nilai Dollar Amerika Syarikat keadaan yang
akan berlaku adalah pelabur luar akan melabur lebih banyak di Malaysia kerana nilai matawang
yang rendah dari nilai Negara mereka. Permintaan akan tinggi dalam pelaburan seperti hartanah,
bon dan sektor kewangan. Sebaliknya pula sekirannya nilai Ringgit Malaysia lebih mahal dari
Dollar Amerika Syarikat ini akan menyebabkan permintaan rakyat Malaysia terhadap barangan
import meningkat dan kurang dari permintaan luar Negara secara tidak langsung meningkatkan
nilai Ringgit Malaysia.

Seterusnya, elemen jangkaan nilai matawang Ringgit Malaysia dalam sebutan matawang asing.
Dalam pelaburan nilai matawang akan diramal dari masa ke semasa bergantung kepada ekonomi
Negara tersebut. Ini dapat dilihat seperti fenomena yang melanda dunia ketika ini iaitu berlaku

122

penularan wabak Covid-19 dimana telah menyebabkan penurunan nilai matawang setiap Negara
termasuklah penurunan-penurunan dari segi pasaran minyak dan sebagainya. Nilai matawang kini
dijangka akan pulih atau lebih sekiranya penularan wabak Covid-19 ini dapat diatasi. Pada masa
ini Ringgit Malaysia kadangkala dibuka tinggi dari Dollar akibat dari penularan wabak Covid-19
yang masih belum diatasi dengan baik oleh Amerika Syarikat. Harga saham dapat dilihat meningkat
dalam industri-industri penting seperti kesihatan dan makanan dan merosot bagi industri yang tidak
berkepentingan semasa wabak ini berlaku. Akhir sekali adalah kadar bunga atau faedah di Malaysia
berbanding dengan negara lain. Kadar faedah yang lebih tinggi akan mendorong pelabur untuk
melabur di Malaysia dan akan meningkatkan kadar penukaran wang asing dan ini sekaligus
meningkatkan nilai Ringgit Malaysia dan memberi kesan yang positif terhadap harga pasaran
saham. Pelabur akan menilai harga pasaran berdasarkan keadaan semasa di sesbuah Negara yang
ingin dilaburkan kerana pasaran ekonomi bertindak balas dengan faktor semasa yang berlaku di
persekitaran Negara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, nilai matawang memainkan peranan yang penting dimana akan memberi impak
yang besar terhadap harga pasaran saham sekiranya nilai Ringgit Malaysia merosot. Walaupun
sejak beberapa tahun kebelakangan Ringgit Malaysia semakin menurun, ekonomi masih kukuh dan
tidak cendenrung kepada kadar inflasi yang tinggi. Tambahan lagi, faktor penularan wabak Covid-
19 berlaku ketika nilai Ringgit Malaysia dalam fasa pemulihan turut menjejaskan lagi nilai
matawang. Bagi memulihkan keadaan ekonomi dari segi nilai matawang, kerajaan perlu lebih peka
dengan barangan import yang jauh lebih murah dari barangan tempatan.Negara Malaysia perlu
lebih berdaya saing dengan mengeluarkan barangan buatan Negara berbanding mempromosikan
barangan import. Ini akan lebih menstabilkan nilai matawang dan harga pasaran saham akan
menjadi lebih baik dan kukuh sekaligus memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur luar
bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang baik dan berkesan untuk melakukan pelaburan dan
jual beli.

123

RUJUKAN
i. Prof. Dr. Jamal Ali - Kadar pertukaran matawang asing Malaysia. Diperolehi pada 18 september

2013 daripada,
http://jamal7478.blogspot.com/2013/09/kadar-pertukaran-matawang-asing malaysia.html
ii. Wikipedia Ensiklopedia Bebas, https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasaran_pertukaran_asing
Berita Harian Online. diperolehi pada 2 November 2018,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/493708/kadar-pertukaran-mata-wang-
mempunyai-impak-ter

124

19. Fundamental Ekonomi Makro: Kadar Pengangguran

GA04128 GA04097
SONG SOON EONG AMY SHARMIZAH BT MOHD AYUB

Apa itu kadar pengangguran? Pengangguran boleh dikaitkan dengan bilangan orang dalam tenaga
buruh yang tidak bekerja tetapi masih mencari pekerjaan. Kadar pengangguran adalah petunjuk
yang mengambarkan sesuatu keadaan secara umumnya naik atau turun berikutan perubahan dalam
sesebuah ekonomi. Bila ekonomi dalam keadaan meleset dimana pekerjaan merosot, kadar
pengangguran akan meningkat. Disebaliknya, bila ekonomi berkembang pada tahap yang sihat dan
pekerjaan menambah dalam pasaran buruh, kadar pengangguran dijangka akan menurun. Keadaan
ini berlaku pada masa ekonomi menghadapi keadaan inflasi. Menurut Shahida Shahimi, Norain
Mod Asri dll (2012), kadar pengangguran dapat membayangkan keadaan sebenar sesebuah
ekonomi. Ini kerana kadar pengangguran merupakam kayu ukur kepada tingkat kegiatan ekonomi
dan mempunyai hubungan rapat dengan pendapatan negara, guna tenaga dan inflasi. Kadar
pengangguran boleh dihitungkan dengan menggunakan formula berikut:

Kadar Pengangguran = Jumlah pengangguran x 100
Jumlah tenaga buruh

Sebagaimana yang dijelaskan, kadar pengangguran telah dipengaruhi oleh keadaan ekonomi pada
masa peningkatan atau penurunan permintaan agregat dengan penawaran dalam negara. Menurut
ahli ahli pakar ekonomi, setiap kitaran ekonomi akan berlaku dalam jangkamasa 10 tahun daripada
inflasi kepada kemelesetan. Hubungan antara permintaan agregat dengan penawaran boleh
diterangkan dengan Keluk Philipps Jangka Pendek yang diperkenalkan oleh seorang pakar ekonomi
Australia bernama Prof. A.W. Philipps. Menurut Philipps, hubungan antara kadar pengangguran
dengan inflasi adalah bertentangan atau negatif dan sebaliknya. Prof. Philipps mengemukakan
teorinya pada masa pandangan Keynesian sedang diterima secara meluasnya tentang aktiviti
ekonomi pada ketika itu. Keluk Philipps boleh diterangkan seperti berikut:

Berdasarkan gambar rajah dibawah, apabila kadar inflasi semakin tinggi pada titik B iaitu 5%, kadar
pengangguran akan menjadi semakin rendah pada 3%. Ini menunjukkan keperluan guna tenaga yang
tinggi bila peningkatan permintaan agregat pada masa inflasi. Dengan menambahkan guna tenaga
oleh firma-firma, pendapatan negara dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) akan meningkat
menyebabkan pertumbuhan ekonomi meningkat juga. Dari sudut yang lain, apabila kadar inflasi

125

berada pada titik A iaitu 2%, kadar pengangguran akan meningkat ke 6%. Keadaan ekonomi pada
masa ini disebut pada tahap kemelesetan dimana permintaan agregat jatuh menyebabkan firma-firma
mengurangkan output. Dengan pengeluaran yang kurang, guna tenaga telah dikurangkan
menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

Di Malaysia, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan pada
18 Mac 2020 untuk membendung rangkaian jangkitan COVID-19, tindakan ini telah memberi
kesan yang negatif keatas pasaran buruh dan kadar pengangguran. Kadar pengangguran pada bulan
Mac 2020 telah meningkat kepada 3.9 peratus daripada 3.3 peratus pada bulan Feb 2020. Ini adalah
kadar pengangguran tertinggi sejak Mac 2009 kerana jumlah pengangguran melonjak 17.1 peratus
dari tahun sebelumnya menjadi 610,500 orang penganggur. Bilangan tenaga buruh menurun 0.2
peratus kepada 15.84 juta orang berbanding Feb 2020 dengan penduduk bekerja merosot 0.7
peratus kepada 15.23 juta orang. Kategori penganggur bagi kumpulan umur belia 15 hingga 30
tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu 6.9 peratus diikuti 31 hingga 45 tahun (1.4
peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus). Sebelum ini, kadar pengangguran yang paling tinggi
pernah dicatatkan oleh Negara ialah 7.4 peratus pada tahun 1986 (DOSM Mar 2020).
Dalam satu laporan daripada Edge Market Report pada Mei 13, 2020, Bank Negara Malaysia
governor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus mengatakan kadar pengangguran pada bulan Mei
2020 berkemungkinan akan menjejas Bank jangkaan 4% pada bulan April susulan penutupan
perniagaan dan kelemahan permintaan (Edge Market report Mei 13, 2020).
Berikut adalah statistik dan gambahrajah graf yang menunjukkan tentang kadar pengangguran
Malaysia pada bulan Mac 2020 berbanding dengan tahun yang lepas. (DOSM Mac 2020).

126

Pada kesimpulannya, kitaran ekonomi dan pertumbuhan negara perlu diuruskan dengan mengambil
perhatian terhadap kadar pengangguran melalui dasar fiskal dan kewangan secara gabungannya
oleh kerajaan dalam aliran pusingan (suntikan) pendapatan dan perbelanjaran. Keadaan ekonomi
juga mempengaruhi harga saham dalam Bursa Saham dimana prestasi perniagaan dipengaruhi oleh
permintaan agregat pengguna. Pada masa kemelesetan seperti jangkitan COVID-19 dimana PKP
telah membuat sekatan terhadap perniagaan, pertumbuhan ekonomi telah merosot lalu memberi
impak yang tinggi terhadap harga saham saham Syarikat di Bursa Malaysia. Pengesahan ini boleh
ditentukan dengan mengimbas balik pada hari 18/3/2020 dimana Indeks penunjuk FBM KLCI

127

menjunam ke paras yang terendah sekali. Dengan permintaan agregat yang menurun dan
pengeluaran tersekat, banyak syarikat syarikat menghadapi masalah aliran kewangan ketara dan
mula memecat pekerja-pekerja mereka, mengurangkan gaji pekerja atau menyuruh pekerja
mengambil cuti tanpa gaji. Antaranya syarikat syarikat yang mengalami paling teruk sekali adalah
perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dimana kebanyakkan mengalami kerugian yang
tinggi sampai ketahap penutupan. Harga saham dalam kaunter industri pelancungan, penerbangan,
hotel, minyak mentah adalah antara kaunter-kaunter yang mengalami impak tertinggi dengan
harganya merosok ketahap yang terendah sekali.

Rujukan:
Department of Statistics Malaysia: Siaran Bulanan Perangkaan Tenaga Buruh Mac 2020
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/1_Articles_By_Themes/Labour_Force/Statistik%20T
enaga%20Buruh%2C%20Malaysia%2C%20Mac%202020%20
Shahida Shahimi, Norain Mod Asri, Mohd Adib Ismail, Norlida Hanim Mohd Salleh, Wook Endut,
Md. Zyadi Md. Tahir, Noreha Hamid (2012). Makroekonomi, Pg 8
Edge Market Report Mei 13, 2020 https://www.theedgemarkets.com/article/unemployment-rate-
likely-surpass-forecast-amid-severe-covid19-impact-malaysia-%E2%80%94-bnm-governor

128

Pengenalan

Fundamental ialah pengukuran nilai aset kewangan yang berkaitan dengan proses ekonomi, politik
dan peristiwa dalam sesebuah negara. Hubungan antara ekonomi kewangan, politik, dan peristiwa
boleh dikaji dengan menggunakan Analisa Fundamental. Namun menganalisis fundamental adalah
bahagian yang paling sukar kerana keadaannya yang berbeza-beza faktor dan ia memerlukan
pengalaman praktikal untuk menganalisis. Analisis Fundamental dipertimbangkan mengikut dasar-
dasar yang dilakukan sebagai contoh kadar pengangguran dalam sesebuah negara. Sebagai trader
kecil sudah pasti akan menggunakan Analisa Fundamental kerana kurangnya pemahaman secara
menyeluruh tentang keadaan ekonomi suatu negara, sumber dan bahan analisa yang diperolehi
sangat terbatas. Laporan berita mengenai ekonomi makro, data ekonomi dan peristiwa politik
sangat penting dari suatu negara agar dapat menggerakkan nilai tukar mata wang. Melalui bursa
saham juga secara tidak langsung dapat mendorong nilai tukar mata wang.

Dalam forex34, fundamental mencerminkan prospek ekonomi negara yang mengeluarkan mata
wang di masa hadapan. Data yang diperolehi disebut sebagai indikator ekonomi dimana data-data
yang dikeluarkan adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Indikator utama adalah sangat
penting bagi analisa fundamental seperti inflasi,35 GDP36, pasar tenaga dan banyak lagi. Analisis
fundamental tidak akan memberikan jawapan secara langsung tetapi ia lebih kepada memberikan
pandangan ataupun matlamat wawasan bagaimana pergerakkan ekonomi pada masa hadapan
dimana angkah tersebut merupakan prediksi atau perkirakan pasar dan data dari tempoh
sebelumnya.

Seperti yang kita ketahui kadar pengangguran di Malaysia semakin hari semakin meningkat, lagi
pada musim Covid-19 ini sudah pasti akan menambah bilangan pengangguran di Malaysia. Setakat
bulan Mac sahaja pada tahun ini (2020) bilangan pengangguran meningkat kepada 17.1% kepada
610,500 orang berbanding 521,300 orang pada bulan yang sama tahun lalu (2019). Pengangguran
ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu mereka yang cuba mencari pekerjaan secara aktif tetapi
gagal mendapatkan pekerjaan, dan mereka yang tidak cuba mencari pekerjaan yang mungkin ingin
berehat atau sedang menyambung pelajaran. Keadaan yang berterusan sebegini akan menjejaskan
ekonomi negara Malaysia.

Penurunan kadar pengangguran merupakan petanda baik dalam ekonomi kerana firma
menambahkan peluang pekerjaan sebagai tindakbalas terhadap peningkatan jualan dan keluaran.
Manakala, peningkatan kadar pengangguran pula menunjukkan petanda yang tidak baik dalam
ekonomi dimana prestasi firma akan jatuh sehingga menyebabkan firma terpaksa berhenti untuk
mengambil pekerja baru ataupun memberhentikan pekerja yang sedia ada. Menurut Okun’s Law
(1970), bagi setiap 1% peningkatan kadar pengangguran akan membawa kejatuhan ke atas potensi
KDNK Negara sebanyak 2%. Kajian yang dilakukan oleh Dutt, Mitra dan Ranjan (2007) mengkaji

34 Forex adalah singkatan untuk ‘foreign exchange’. Melakukan aktiviti memperdagangkan matawang
suatu negara dengan matawang negara lain. Membantu pelaburan dan perdagangan antarabangsa
melalui transaksi pertukaran asing.
35 Inflasi bermaksud kenaikan harga terhadap barang dan perkhidmatan.
36 GDP (GROSS DOMESTIC PRODUCT) bermaksud jumlah pengeluaran barangan dan
perkhidmatan untuk tempoh setahun dalam negara. Keuntungan dan pendapatan penduduk negara
dan bukan penduduk negara dan negara asing dalam negara.

129

model perdagangan terhadap pengangguran dengan menggunakan data keratan rentas bagi polisi
perdagangan, pengangguran dan keterbukaan ekonomi (eksport + import)/GDP mempunyai
hubungan yang negatif. Selain itu juga, pembolehubah yang sering digunakan dalam kajian ini ialah
pelaburan langsung asing (FDI). FDI ialah sumber penting modal, pelengkap kepada pelaburan
domestic swasta, menjana lebih banyak peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan ini akan
merancakkan pertumbuhan ekonomi.
Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa kadar
pengangguran pada Mac meningkat kepada 3.9%. Bilangan tenaga buruh pada Mac turun 0.2%
kepada 15.84 juta orang berbanding Febuari 2020, dengan penduduk bekerja turut merosot 0.7%
kepada 15.23 juta orang. Daripada jumlah itu, seramai 2.81 juta adalah bekerja sendiri seperti
peniaga atau pengusaha kecil-kecilan yang menerima pendapatan harian.
Prestasi tenaga buruh pada suku pertama, kadar pengangguran meningkat kepada 3.5% berbanding
3.2% pada suku keempat 2019. Kadar pengangguran meningkat pada Mac 2020 dan ini merupakan
kadar pengangguran tertinggi yang pernah dicatatkan sejak suku kedua 2017. Jumlah pengangguran
itu membabitkan golongan siswazah. Mereka telah menyumbang sebanyak 29.3%, bagi kumpulan
umur belia 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu 6.9%, manakala 31
hingga 45 tahun (1.49%) dan 46 hingga 64 tahun (1.1%).
Peluang Pekerjaan
Malaysia terus mencatat guna tenaga penuh, namun beberapa isu masih perlu ditangani. Antara isu
tersebut ialah termasuk ketakpadanan antara permintaan dan penawaran buruh, pengangguran
berterusan dalam kalangan belia dan graduan yang baru tamat pengajian.
Pasaran Buruh
Kadar pengangguran merekodkan 3.3%, ini disokong oleh keadaan pasaran buruh yang
mengalakkan termasuk pewujudan peluang pekerjaan baharu. Bilangan pekerja yang diberhentikan
kekal rendah iaitu 20,521 (0.1%) daripada jumlah penduduk bekerja selaras dengan keadaan
pasaran buruh yang mengalakkan. Pasaran buruh dijangka terus stabil pada 2019 dan 2020. Kadar
pengangguran juga kekal 3.3% dengan lebih banyak peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi.

Secara analoginya, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2019 dan 2020 dijangka kekal kukuh, ini
disokong oleh asas ekonomi yang teguh dan kepelbagaian struktur ekonomi meskipun

130

ketidaktentuan persekitaran luaran semakin meningkat. Oleh yang demikian, untuk mengurangkan
kadar pengangguran pihak yang bertangunggjawab haruslah lebih peka lagi dalam menangani
masalah pengangguran ini dengan membuat kajian terhadap pasaran buruh yang diperlukan
dipasaran dan membuka peluang pekerjaan untuk para graduan. Selain itu juga, pihak pendidikan
juga boleh membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang hendak menyambung pelajaran dengan
hanya membuka bidang yang bersesuai dengan pasaran buruh yang diperlukan. Hal ini kerana,
kebanyakkan graduan tidak mendapat peluang pekerjaan adalah disebabkan pengambilan aliran
yang berbeza semasa belajar yang tidak sama dengan dunia realiti bekerja.
RUJUKAN
https://www.liteforex.my/tutorial/fundamental-analysis/
https://journal.uii.ac.id/Snati/article/viewFile/1670/1452
https://fbsmy.com/analytics/guidebooks/what-is-forex-10
https://forexstarmoon.com/edukasi/fundamental/pengenalan-analisis-fundamental-bagian-2/26222/
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/686536/jumlah-penganggur-meningkat-171-peratus
https://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2019-10-11/CMD%2026.2019%20BM..pdf

131

20. Teori Keyakinan (Confidence) Harga Saham

GA04098 GA04129
AZIZUL B MUSAUDDIN THINESHA A/P VADIVELL

GA04264
MUHAMMAD FADHIL B MOHD YUSOF

PENDAHULUAN
Kajian tugasan ini berdasarkan daripada permahaman saya terhadap pembelajaran subjek
Pengurusan Pelaburan dan Portfolio (EPPM 3654) Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai
pasaran saham serta penglibatan sementara dalam permainan Bursa Marketplace selama sembilan
(9) minggu bermula pada 01 April 2020 di bawah selian Doktor Mohd Hasimi bin Yaacob. Tajuk
kajian yang diberi untuk menerangkan tentang pergerakan harga saham adalah Teori Keyakinan
(Confidence) Harga Saham.

Di bawah ini adalah penerangan maksud kepada pendekatan sepanjang kajian dilakukan iaitu:-
a) Saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham

merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi
perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan
harga saham, disebut harga di pasaran saham. (https://www.bursamalaysia.com/)
b) Teori adalah merujuk kepada pendapat atau bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan
kukuhnya kepada perkara yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. (Kamus Dewan
BP Edisi Keempat)
c) Keyakinan adalah kepercayaan yang sungguh-sungguh. (Kamus Dewan BP Edisi Keempat)

PENGENALAN
Di dalam rangka perancangan menyusun semula sektor-sektor pendapatan ekonomi bagi sesebuah
negara seperti negara Malaysia susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin
membimbangkan dan kemelesetan ekonomi dari segi permintaan dan penawaran, kadar faedah,
pertumbuhan syarikat dan industri, pasaran asing, prestasi syarikat dan isu politik, pendekatan teori-
teori pengerakan harga saham juga boleh membantu dalam menstabilkan semula ekonomi dalam
konteks faktor-faktor menjana pertumbuhan dan perolehan ekonomi.

132

Terdapat dua (2) teori yang digunapakai iaitu Teori Konversional harga saham dan Teori
Kepercayaan (Confidence) harga saham. Teori-teori ini merupakan perolehan dikhaskan untuk
ekuiti, bon, dan dividen.

1) Teori Konvensional Harga Saham - Teori ini mengatakan bahawa dividen merupakan faktor utama
di dalam pergerakan harga saham. Walau bagaimanapun, dividen mestilah selaras dengan
perubahan perolehan untuk meningkatkan atau menjana pendapatan dan pertumbuhan ekonomi.
Secara kesimpulannya, sebarang keadaan atau situasi yang boleh membawa kepada perubahan di
dalam perolehan syarikat, industri atau ekonomi akan mempengaruhi harga saham sebelum
perubahan sebenar berlaku dalam perolehan dan dividen (TJ Richard, BS Edward, TM Ted, 1992),
The Stock Market.

2) Teori Keyakinan (Confidence) Harga Saham - Teori ini mengatakan sekiranya terdapat beberapa
pelabur yang optimis (selalu mempunyai harapan yang baik dalam menghadapi sesuatu hal.-Kamus
Pelajar Dewan BP Edisi Kedua) dengan perkara penting atau prospek sesebuah syarikat, mereka
akan membeli saham tersebut. Jika mereka terlalu yakin, mereka akan membeli saham tersebut
sehingga harganya mencecah tahap yang tidak wajar mengikut perkiraan yang normal. Walau
bagaimanapun, sekiranya mereka pesimis, (bersikap mudah putus asa atau mudah kecewa. -Kamus
Pelajar Dewan BP Edisi Kedua) saham-saham akan dijual hingga ke satu tahap di mana harga-
harga saham ini jatuh ke paras yang tidak realistik mengikut piawaian biasa. Teori ini mengatakan
bahawa penjual dan pembeli mempunyai tahap keyakinan tertentu daripada terlalu optimis kepada
terlalu pesimis yang boleh mempengaruhi pergerakan harga saham (TJ Richard, BS Edward, TM
Ted, 1992), The Stock Market.

TEORI KEYAKINAN (CONFIDENCE) HARGA SAHAM
Wabak Covid-19 yang tengah melanda di Malaysia ini memberi impak besar kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan menguncup di antara 0.1 peratus hingga
4.6 peratus tahun ini. Kesan pandemik covid-19 terhadap ekonomi Malaysia ini dijangka besar
berdasarkan kesan negatif COVID-19 ke atas pelaburan langsung asing (FDI), komoditi dan
pelancongan selain kejutan domestik susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh yang
demikian, saya merasakan ideologi Eugene Fama (Fama 1970) mengenai konsep Hipotesis Pasaran
Efisien, yang dikenali sebagai EMH (Efficient Market Hypothesis) untuk golongan pelabur, adalah
salah satu sebab utama para pelabur boleh memilih strategi pelaburan pasif dan dikaitkan dengan

133

teori keyakinan ini. Pengukuhan harga saham yang meningkat disebabkan pergerakan prestasi
perolehan syarikat dan kebergantungan strategi kestabilan kewangan sesebuah negara atau
pelaburan diluar negara adalah penentu kepercayaan kepada pelabur-pelabur mengenai harga
saham pada masa-masa tertentu.

Konsep EMH di dalam Teori Keyakinan (confidence) harga saham diterjemahkan melalui tiga (3)
peringkat penyusunan kepecayaan kepada pelabur. Iaitu:-
1) Peringkat EMH Lemah (Weak Form)
Bentuk EMH yang lemah mengatakan bahawa pelabur tidak dapat meramalkan pergerakan harga
saham masa depan berdasarkan sejarah pergerakan harga saham masa lalu dan memberi gambaran
yang ditujukan secara langsung pada analisis teknikal dan kepercayaan.

2) Peringkat EMH Separuh Kuat (Semi-Strong Form)
Bentuk separuh kuat EMH mengatakan bahawa pelabur tidak boleh menggunakan mana-mana
maklumat yang diterbitkan atau dipengaruhi isu-isu yang berbangkit untuk meramalkan pergerakan
harga masa depan dan memberi gambaran yang bertujuan untuk analisis fundamental dan
kepercayaan.

3) Peringkat EMH Kuat (Strong Form)
Bentuk EMH yang kuat mengandaikan bahawa pergerakan harga saham semasa dapat
menggambarkan semua maklumat telah diterbitkan oleh pelabur. Pelabur berpendapat bahawa
maklumat pergerakan harga pasaran, bukan pasaran dan dalaman pasaran, semuanya dinilai dalam
pergerakan harga saham dan tidak ada yang memiliki akses monopoli ke maklumat yang relevan.
Pelabur mengandaikan pasaran yang sempurna dan menyimpulkan bahawa lebihan pulangan
mustahil dicapai secara konsisten.

Menurut Teori Keyakinan (confidence) harga saham, sekiranya sejumlah pelabur menjadi optimis
mengenai keadaan asas untuk pasaran saham atau untuk struktur kewangan syarikat, pelabur akan
membeli saham tersebut dan pelabur akan menaikkan harga saham ke tingkat yang tidak wajar,
seperti yang diukur dengan tingkat harga, perolehan pendapatan, dan dividen yang lebih normal.

134

CONTOH-CONTOH SITUASI DALAM PELABURAN YANG BOLEH DIKAITKAN
DENGAN TEORI KEPERCAYAAN HARGA SAHAM.

Peristiwa sejarah global
Saya membuat hubung kait Teori Keyakinan (confidence) harga saham dengan “Sell in May and Go
Away” iaitu "Jual pada bulan Mei dan pergi" adalah pepatah pelaburan yang memperingatkan para
pelabur untuk melepaskan pegangan saham mereka pada bulan Mei dan menunggu untuk melabur
semula pada bulan November. Sejarah pelaburan pernah dibukti pada tahun 1950, Dow Jones
Industrial Average mencatatkan pulangan yang lebih rendah dalam tempoh Mei hingga Oktober,
berbanding dengan tempoh November hingga April. Namun sejak tahun 2013, statistik
menunjukkan corak bermusim ini mungkin tidak lagi berlaku, dan pelabur yang mengikutinya
mungkin kehilangan keuntungan pasaran saham yang ketara disebabkan pelabur Amerika cenderung
menghabiskan lebih banyak masa untuk bercuti antara Hari Peringatan dan Hari Buruh.

Peristiwa Malaysia 2020
17 April 2020 (Jumaat) Rumusan pasaran saham menunjukkan Harga saham Bursa Malaysia Bhd
meningkat pagi ini berikutan berita bahawa syarikat itu akan menyaksikan tokoh korporat
terkemuka, Tan Sri Abdul Wahid Omar, sebagai pengerusi baharunya. – Sumber dari: Astro Awani

21 April 2020 (Selasa)
Rumusan pasaran saham menunjukkan Bursa Malaysia turun dengan yang jauh lebih besar setelah
harga niaga hadapan minyak mentah AS jatuh di bawah sifar untuk pertama kalinya dalam sejarah.
Semalam, dilaporkan bahawa pelabur yang sudah putus asa telah menukar trend atau bidang
pelaburan pasaran yang lain pada hari Isnin. – Sumber dari: Bloomberg, M+ Online

28 April 2020 (Selasa)
Rumusan pasaran saham menunjukkan Bursa Malaysia naik setelah menghapus kerugian dalam
sehari kerana kejatuhan harga minyak mentah mendorong ketidakpastian di pasaran dunia yang
sudah sarat dengan masalah pandemi Covid-19. Indeks tenaga Bursa Malaysia, yang mengesan
saham syarikat minyak dan gas, jatuh paling banyak di antara indeks bursa. Berita harga minyak
merosot lagi hari ini didalam suasana kebimbangan mengenai penurunan keupayaan untuk

135

menyimpan minyak mentah di seluruh dunia, menyebabkan berlaku peningkatan kebimbangan
bahawa permintaan bahan bakar mungkin lambat untuk pulih apabila negara-negara pengeluar
menumpukan untuk memerangi wabak Covid-19. – Sumber dari : Bloomberg, M+ Online

06 Mei 2020 (Rabu)
Rumusan pasaran saham menunjukkan FBM KLCI turun hari ini, setelah penurunan pada jam
terakhir mendarat indeks pada paras terendah harian. Penganalisis dan penasihat mengatakan
bahawa pelabur mengambil untung hari ini, menjelang percutian di Malaysia esok. Ianya sebagai
langkah berhati-hati oleh Pelabur yang akan menunggu keputusan kerajaan mengenai status tempoh
PKP Bersyarat semasa, yang berakhir pada 12 Mei ini. Pasaran juga akan memerhati kedudukan
suasana persidangan Parlimen, yang akan bersidang semula selama satu hari (bukannya 15 hari)
kerana Covid- 19, untuk pertama kalinya berikutan selepas perubahan kerajaan pada bulan Februari
tempoh hari. Juga membuat pelabur akan mengesan aliran berita mengenai wabak Covid-19 dan
(Presiden AS) Donald Trump yang mengancam untuk menghidupkan kembali perang perdagangan
AS-China atas coronavirus, – Sumber dari : The Edge

19 Mei 2020 (Selasa)
Rumusan pasaran saham menunjukkan Bursa Malaysia KLCI hari ini ditutup lebih tinggi ketika
ekuiti dunia bersorak perkembangan positif dalam ujikaji percubaan untuk mendapatkan vaksin
Covid-19 dan spekulasi bahawa pembeli India telah kembali membeli minyak sawit mentah
Malaysia (MSM) selepas selang empat bulan kerana bertentangan dengan diplomatik. Melihat
permainan putaran beralih dari stok penjagaan kesihatan ke stok perladangan dalam jangka masa
terdekat berikutan pemulihan harga CPO.

20 Mei 2020 (Rabu)
Rumusan pasaran saham menunjukkan FBM KLCI ditutup naik pada paras tertinggi pada hari ini
selepas lonjakan jam terakhir kerana keraguan mengenai pengembangan vaksin Covid-19
menyebabkan pembelian saham berkaitan penjagaan kesihatan di Bursa Malaysia. Indeks
penjagaan kesihatan ditutup naik 4.22% ketika pasaran dunia mengambil petunjuk dari laporan
STAT laman web berita perubatan, yang menimbulkan keraguan untuk mendorong hasil awal
percubaan vaksin Moderna Inc Covid-19. Sumber dari : The Edge

136

KESIMPULAN
Saya berpendapat Teori Keyakinan (confidence) harga saham ini adalah untuk menyatakan bahawa
pergerakan harga saham dipengaruhi oleh kenaikan atau penurunan keyakinan pelabur terhadap
trend ekonomi sesebuah negara. Teori ini bukan bergantung kepada pendapatan harga saham
namun pada asasnya berbeza kerana menjelaskan harga saham berdasarkan psikologi pasaran dan
bukannya berdasarkan statistik. Nilai keberkesannya adalah bahawa teori ini dapat digunakan untuk
menjelaskan banyak kelainan pergerakan harga saham yang tidak dijelaskan oleh Teori
Konvensional. Secara ringkasnya: -

a) Teori ini boleh diformalkan dalam istilah faktor asas pergerakan harga saham iaitu kenaikan dan
kejatuhan terhadap keyakinan kepada pelabur terhadap masa depan harga saham, perolehan
pendapatan, dan dividen.

b) Teori ini boleh digunakan untuk menjelaskan pasaran bull and bear yang kelihatan tidak dapat
dijelaskan oleh Teori Konvensional.

Namun, bagi pelabur yang sudah merasa khuatir dengan penilaian dan pergerakan harga saham
yang agak tinggi dan risiko penurunan dari kesan wabak pandemik COVID-19 yang masih sukar
dibendung dan dijangkakan akan terus berpanjangan akibat belu menemui vaksin serta keadaan
pasaran saham dirumuskan lebih banyak hasil bercampur-campur adalah digalakan untuk
mempertimbangkan mengambil beberapa risiko terutamanya jika pelabur mempunyai pelaburan
lain yang menarik dan berpotensi yang memberikan pulangan melebihi perolehan pendapatan, saya
cadangkan untuk menggunakan teori ini.

RUJUKAN
1. TJ Richard, BS Edward, TM Ted, 1992, The Stock Market.
2. Investopedia (April 2020), Sell in May and Go Away Definition. Sumber Link dari:

https://www.investopedia.com/terms/s/sell-in-may-and-go-away.asp
3. Richard J. Teweles, Edward S. Bradley, 1998, The Stock Market Seventh Edition. Sumber Link

dari https://books.google.com.my/books
4. Investopedia (April 2020), The Weak, Strong, and Semi-Strong Efficient Market Hypotheses.

Sumber Link dari: https://www.investopedia.com/ask/answers/032615/what-are-differences-
between-weak-strong-and-semistrong-versions-efficient-market-hypothesis.asp

137

PENGENALAN
Saham adalah hak milik atas sesuatu syarikat ataupun perusahaan. Jika anda pembeli saham sesuatu
perusahaan is bererti anda memiliki sebahagian pemilikan atas perusahaan tersebut. FDan apabila
anda atelam pembeli saham daripada sesuatu perusahaan maka anda berhak untuk menerima
keuntungan. Harga saham di bursaKesan harga saham di bursa akan ditentukan mengikut
permintaan dan penawaran. Ketika permintaan meningkat maka harga saham akan meningkat dan
sebaliknya jika lebih banyak saham dijual berbanding yang pembeli maka harga saham Akan
menurun. Faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan harga saham dapat berasal dari internal
ataupun external sesebuah pengurusan.

TEORI KEYAKINAN (CONFIDENCE) HARGA SAHAM

pelabur bersedia untuk terlibat dalam pelaburan peluang dan saluran perantaraan yang berkaitan
tersedia untuk mereka berdasarkan persepsi mereka terhadap risiko dan pulangan. Teori keyakinan
ini boleh dibahagi kapada dua komponen. Pertama adalah pelabur optimis. bermaksud persepsi
pelabur mengenai risiko asas dan jangkaan pulangan. Contohnya, risiko dan pulangan yang wujud
bagi sekuriti yang dikeluarkan oleh syarikat dan entiti lain. Ini boleh merangkumi risiko pembayaran
balik yang berkaitan dengan pengantara dan entiti penerbit. Definisi pelabur ini optimisme juga
merangkumi kemampuan pelabur dan penasihat mereka untuk membuat keputusan pelaburan yang
rasional. Contohnya, yang menghasilkan faedah optimum kepada pelabur. Kedua adalah
kepercayaan pelabur. persepsi pelabur terhadap risiko dan kemungkinan kerugian daripada
kemungkinan perampasan oleh peserta pasaran lain. Khususnya kepercayaan pelabur mencerminkan
persepsi pendedahan kepada bahaya akibat kecurian, penipuan, dan pelanggaran undang-undang
lain perlindungan oleh penerbit dan perantara.sebagai contoh, manipulasi perakaunan, perdagangan
orang dalam, harga keselamatan manipulasi.

Kepercayaan dibentuk oleh pengalaman individu dan merupakan faktor yang mempengaruhi
pengguna keputusan dalam hubungan dengan pelbagai jenis penyedia perkhidmatan Beberapa
kajian penyelidikan mendapati bahawa kepercayaan yang lebih besar baik pada peringkat individu
dan nasional berkaitan dengan tahap pelaburan dan penyertaan yang lebih tinggi dalam pasaran
saham. keyakinan pelabur didasarkan pada persepsi pelabur terhadap daya tarikan peluang
pelaburan mereka dari segi risiko yang dirasakan dan jangkaan pulangan yang berkaitan dengan

prospek penerbit dan prospek pengambilalihan oleh peserta pasaran lain. Persepsi ini mungkin atau
mungkin tidak mencerminkan risiko sebenar dan pulangan pilihan mereka pelaburan atau pasaran
kewangan secara keseluruhan. Catatan ini merujuk kepada penyimpangan antara pengembalian /

138

risiko pelaburan yang dirasakan dan sebenarnya sebagai "penyimpangan" dalam keyakinan
pelabur, yang mungkin berpunca dari
gangguan optimisme pelabur, kepercayaan, atau kedua-duanya.
KESIMPULAN
Kepercayaan "dan" optimisme "dapat digunakan untuk membimbing penyelidikan berusaha
meningkatkan pemahaman mengenai keyakinan pelabur. Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat
sebilangan terbuka soalan yang berkaitan dengan keyakinan dan kepercayaan pelabur.
RUJUKAN
1. http://successdragon.50megs.com/bab23.htm
2. https://scholar.google.com.my/scholar?q=faktor+mempengaruhi+harga+saham+teori+keyakinan&
hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&u=%23p%3DnJxE_kiRtHcJ
3. https://scholar.google.com.my/scholar?q=faktor+mempengaruhi+harga+saham+teori+keyakinan&
hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&u=%23p%3DBwyKJ-cedjsJ

139

PENGENALAN TEORI KEYAKINAN HARGA SAHAM
Teori Keyakinan terhadap harga saham membawa maksud kepada keyakinan yang dapat diikuti
pada tingkat harga saham tersebut, pelabur akan merasa yakin dengan harga saham yang kukuh
mengikut pelbagai aspek. Penulis mendapati harga saham bergantung pada prestasi syarikat dan
kewangan semasa sesebuah negara atau dagangan antara dunia. Tambahan lagi, teori keyakinan
yang dimaksudkan membawa kepada kepercayaan pelabur-pelabur mengenai harga saham pada
masa-masa tertentu. Seterusnya, penulis akan membahagikan kepada tiga bahagian kepercyaan
terhadap teori keyakinan pada harga saham dengan yang pertamanya adalah Weak Form, kedua
Semi-Strong Form dan terakhir Strong Form. Di samping itu, teori keyakinan harga saham
mempunyai hubungan rapat dengan hipotesis harga sesaham bagi sesebuah syarikat.

Weak Form membawa maksud mengkaji dan menilai kembali sejarah pelaburan sesebuah syarikat,
melihat semua harga saham yang lepas serta pengaruh terhadap harga saham, teori pertama ini tidak
menggunakan pakar analisis untuk mempunyai kepercayaan terhadap keyakinan pada harga saham,
teori ini juga menggunakan kaedah paling asas dalam menilai harga saham. Seterusnya, Semi-
Strong Form teori kedua pula lebih tertumpu pada isu semasa, pelabur akan mempercayai harga
saham akan dipengaruhi isu-isu yang berbangkit dan masih tidak menggunakan kaedah asas seperti
teknikal analisis serta tidak menggunakan kaedah kajian lepas pada harga saham. Teori ketiga,
Strong Form menggunakan kaedah Hipotesis Pasaran Cekap (EMH), yang meliputi teknikal
analisis dan pengaruh perniagaan syarikat terhadap harga saham sesebuah syarikat.

Seterusnya, Teori Kepercyaan Harga Saham telah mendapat perhatian pada tahun 1950 yang
dibuktikan melalui Dow Jones Industrial Average (1950), perbezaan harga saham menjunam lebih
selepas bulan Mei dan berbeza harga saham yang sesuai dibeli pada bulan April, menunjukan
kelebihan pada bulan Mei bagi menjual kesemua saham yang ada pada pelabur, dan kemudian
berhenti untuk bermain saham dalam masa seketika. Teori ini di panggil “Sell in May and Go Away”
dapat menimbulkan kehairanan terhadap pelabur-pelabur kerana harga saham itu sudah semestinya
tidak dapat dijangka namun dengan adanya teori ini ramai pelabur di eropah telah mempercayainya
dengan mengikut pendapat teori ini.

1.

140

2. DAPATAN KAJIAN MENGENAI TEORI KEYAKINAN HARGA SAHAM
3.

Asal usul lahirnya teori “Sell in May and Go Away” adalah bermula pada tahun 1950, perkataan
“Sell in May and Go Away” adalah perkataan dari Bahasa English, merujuk kepada laman
sesawang Investopedia (2020) menjelaskan maksud sebenar adalah menjual pada bulan Mei
kemudian kembalilah menjadi pelabur pada hari St. Leger, ungkapan ini merujuk kepada golongan
bangsawan perdagang dan kepada bank pada tahun itu pihak-pihak golongan bangsawan,
perdagang akan berlumba datang ke sesebuah negara di eropah bagi menyambut hari lumba kuda
pada bulan September. Di samping itu, pelabur yakin bahawa terdapat kelemahan harga saham
ketika musim panas yang melanda kerana pada bulan Mei adalah bulan musim panas, bagi eropah
musim panas adalah musim bercuti membuatkan saham akan mula menunjukan penurunan yang
mendadak, sesetengah pelabur pula berangapan bahawa musim panas adalah titik untuk menjual
saham kerana mereka tidak mahu untuk memegang saham terlalu lama.
Bagi pelabur Negara Amerika mereka sangat mempercyai teori ini sehingga berabad kepercayaan
ini, hal ini kerana kajian terhadap Dow Jones Industrial Average telah membuktikan bahawa teori
ini adalah benar dan mampu mempengaruhi pelabur di eropah, mengikut pemerhatian penulis
mendapati teori ini sudah menjadi pepatah dalam pelaburan eropah.
Tambahan lagi, satu teori keyakinan harga saham pada hari Halloween yang merujuk Gordon Scott
(2019) diantara 1 May hingga 31 Oktober adalah waktu sesuai untuk bergiat aktif dalam pelaburan
kerana menunjukan harga saham meningkat. Teori Kepercayaan hari Halloween adalah terbaik
bagi pelabur saham adalah hampir sama dengan pendapat teori dari “Sell in May and Go Away”,
ini memberikan lagi impak kepercayaan dan keyakinan pelabur-pelabur eropah sehinga berabad
lamanya.

141

Gambar Rajah 1 Teori Keyakinan Harga Saham: Contoh peratusan pulangan pada teori hari
Halloween.
2.1 KAJIAN SEBENAR SELL IN MAY AND GO AWAY
Merujuk sumber dari LPL Research (2010) mendapati teori “Sell in May and Go Away” sangat
memberikan kesan yang hebat kepada pelabur, seterusnya kajian dibuat selama 10 tahun dan
mendapati teori ini memberikan keyakinan dalam harga saham.

142

Gambar Rajah 2 Teori Keyakinan Harga Saham: Contoh peratusan pulangan pada bulan Mei.
Pada tahun 1950 sehingga tahun 2013 Dow Jones Industrial menunjukan pulangan rata hanya 0.3%
dalam tempoh bulan Mei hingga Oktober manakala kenaikan pulangan sebanyak 7.5% dari
November sehingga April menunjukan graf lajur di Fobes. Disebabkan itu, pelabur-pelabur eropah
memegang teori ini sebagai satu kepercayaan dan keyakinan dalam melabur. Merujuk kepada
laman sesawang Investopedia (2020) juga menyatakan jumlah pelabur berkurang pada musim-
musim percutian.
Fakta ringkas mengenai teori ini yang dirujuk pada laman sesawang Investopedia (2020), “Sell in
May and Go Away” sasaran saham adalah bermula pada 1 Mei dan hari sambutan Halloween.
Seterusnya penulis menemukan sumber yang menyatakan teori ini tidak berguna lagi pada tahun
2013 kerana menujukan perbezaan harga saham pada bulan Jun, namun sehingga kini tidak dapat
dibuktikan bahawa teori “Sell in May and Go Away” ini adalah tidak benar.
Bagi sesetengah pelabur sumber dari Troy Segal (2020), mereka mengolah pendapat teori ini
dengan memilih saham yang tidak dipengaruhi dengan percutian sebagai contoh syarikat
melatarbelakangkan perniagaan Teknologi dan Kesihatan, dengan ideologi ini pelabur masih boleh
bergiat aktif dalam pasaran saham.
Pada peringkat Asia, teori ini juga telah mendapat sambutan dan pengaruh yang tinggi terhadap
pelabur-pelabur asia merujuk pada kajian Sven Bouman (2013). Penulis mendapati kajian yang
dilakukan ini masih terbukti dan menunjukan pelabur Asia sememangnya percaya dan yakin
dengan teori ini.

143

Gambar Rajah 3 Teori Keyakinan Harga Saham: Contoh menunjukan pelaburan pada bulan Mei
mencatatkan peningkatan.

144

4. KESIMPULAN
Secara amnya kita tahu bahawa harga saham adalah satu perkara yang tidak boleh dijangka, bagi
eropah berbeza namun teori ini dapat membuktikan saham Amerika adalah antara saham-saham
yang terbaik. Pelabur boleh memilih samaada untuk percaya mahupun tidak, tetapi setiap perkara
sudah semestinya ada cara terbaik untuk dilaksanakan. Penulis juga menasihatkan agar pelabur
terus menggunakan kaedah analisis dari pakar-pakar sebagai contoh Teknikal Analisis dan Alpha
Indicator bagi memudahkan jangkaan harga saham pada masa akan datang. Setiap pelaburan
mempunyai risiko namun sejauh mana besarnya risiko tersebut bergantung kepada kewangan
syarikat, isu semasa, teori kepercayaan, dan sumber-sumber rujukan yang boleh dipercayai,

RUJUKAN
Troy Segal, (April 2020), Sell in May and Go Away Definition. Sumber Link dari:
https://www.investopedia.com/terms/s/sell-in-may-and-go-away.asp
Stephanie Faris, (Mei 2020), The Theory of Stock Market Efficiency. Sumber Link dari:
https://finance.zacks.com/theory-stock-market-efficiency-6295.html
Investopedia (April 2020), Sell in May and Go Away Definition. Sumber Link dari:
https://www.investopedia.com/terms/s/sell-in-may-and-go-away.asp
Gordon Scott, (Oktober 2019), Halloween Strategy. Sumber Link dari:
https://www.investopedia.com/terms/h/halloween-strategy.asp
Sven Bouman, (2013), The Halloween Indicator, “Sell in May and Go Away”. Another Puzzle.
Sumber Link dari: https://pubs.aeaweb.org/doi/pdf/10.1257/000282802762024683

145

21. Scam/Tragedi/Peristiwa Tidak Dijangka

GA04267/ GA04100
Nora Bibi Bt Gulamdin Effa Shafrina Bt Harun

GA04161
Kursolleh B Ahmid

PENGENALAN
Bursa Malaysia ialah satu platform yang dijadikan tempat jual beli antara orang awam (pelabur)
dan syarikat (pemilik perniagaan). Setiap kali pasaran saham dibuka, beribu-ribu peniaga dan
pelabur membeli dan menjual stok. Oleh kerana, ada kelakuan aktiviti jual beli ini menyebabkan
harga berubah dan potensi untuk mengaut keuntungan serta mengalami kerugian juga tidak dapat
dijangka.
Pada tahap asasi, ahli ekonomi hanya menjangkakan harga saham ditentukan oleh penawaran dan
permintaan, dan harga saham menyesuaikan diri dengan menyimpan bekalan dan permintaan dalam
keseimbangan penawaran. Setelah mengkaji dengan lebih mendalam, kajian didapati, harga saham
ditetapkan oleh gabungan faktor-faktor yang lain juga. Pelabur tertarik kepada saham syarikat yang
mereka mengharapkan akan mendapat keuntungan yang besar pada masa hadapan; kerana ramai
orang ingin membeli saham syarikat-syarikat itu, harga saham ini cenderung untuk meningkat.
Sebaliknya, pelabur enggan membeli saham syarikat yang menghadapi prospek pendapatan rendah.
Peristiwa yang tidak dapat dijangka adalah kesihatan atau pertumbuhan ekonomi negara dan dunia
juga memainkan peranan dalam pergerakan harga saham. Jika ekonomi tidak bagus dan orang
kurang berbelanja, syarikat juga akan terkesan. Jika harga jatuh akibat ekonomi negara, sebaliknya
sering membawa kepada harga saham yang lebih tinggi, kedua-duanya kerana mereka
mencadangkan pinjaman lebih mudah dan pertumbuhan yang lebih cepat dan kerana mereka
membuat pelaburan faedah membayar baru kurang menarik kepada pelabur.
Negara yang mempunyai ekonomi yang stabil dapat menarik lebih ramai para pelabur asing untuk
melabur dalam pasaran saham. Pelabur asing juga akan berminat memulakan perniagaan baru di
negara tersebut, sekaligus akan meningkatkan pengeluaran, jualan dan harga saham tempatan.
Seterusnya, faedah antarabangsa juga adalah salah satu peristiwa kepada perubahan harga saham.
Bukan sahaja pelabur dalam negara, tetapi pelabur antarabangsa juga terlibat dalam pasaran saham
dunia. Wang masuk dan mengalir keluar jika tidak kawal dengan cara yang betul akibatnya pada
negara serta menjejaskan pasaran saham.

146

Sama ada meningkatkan atau mengurangkan kumpulan wang yang digunakan untuk membeli
saham atau akan meningalkan kesan pada pasaran global yang melemahkan ekonomi dan mata
wang, serta menghalang prestasi saham domestik. Peningkatan aliran modal ke negara ini
mempunyai kesan yang bertentangan. Imbangan pembayaran dan posisi pelaburan antarabangsa
yang tidak dapat dijangka jika tidak kawal dengan cara yang betul.
Di samping itu, seperti kita sedar akan wabak virus Covid19 yang sedang mengancam seluruh dunia
juga adalah salah satu peristiwa yang tidak dijangka oleh sesiapa. Ini juga telah memberi impak
kepada pasaran harga saham sedunia kerana pelabur ragu – ragu akan ketidakpastian harga turun
naik saham pada bila-bila masa sahaja.
Selanjutnya , dengan kewujudan scammer yang menyalahgunakan maklumat juga adalah salah satu
punca bagi perubahan harga saham. Ini memberi impak bergantung pada khabar angin yang disebar
oleh scammer dengan menyalahgunakan maklumat – maklumat di bursa saham. Pembolehubah
atau pengolahan yang dilakukan oleh scammer akan memberi kesan kepada taraf / nama syarikat
di pasaran.
Keseluruhanya , scam/ tragedi atau peristiwa yang berlaku di dunia atau bagi sesuatu negara ini
akan memberi kesan juga secara langsung serta tidak langsung bergantung pada peristiwa yang
berlaku.

RUJUKAN
1.https://books.google.com.my/books?id=vpeEDwAAQBAJ&lpg=PA91&ots=PqITSIIHhE&dq=
penawaran%20dan%20permintaan%20yang%20mempengaruhi%20harga%20saham&pg=PA119
#v=onepage&q=penawaran%20dan%20permintaan%20yang%20mempengaruhi%20harga%20sa
ham&f=false by Zulfikar , published on 2016 with 433 pages in E-book.
2. http://successdragon.50megs.com/bab23.htm
3. https://ms.spazziodecor.com/factors-that-affect-stock-market-17556 by Miranda Mason , Feb
2020.
4.https://ms.brictly.com/bagaimana-kadar-faedah-global-rising-impak-pasaran-saham-
antarabangsa/ by Justin Kuepper
5. http://journalarticle.ukm.my/10808/1/15331-48410-1-PB.pdf by Mohamat Sabri Hassan ,
Romlah Jaffar FEP UKM dan Anwary Syuhaily Rosly (Kolej Universiti Poly-Tech MARA) , pada
2016.

147

Banyak kajian telah dijalankan untuk menilai factor yang boleh mempengaruhi harga saham di
bursa saham Malaysia sejak beberapa dekat yang lepas. Factor-faktor ini diuji untuk menerangkan
gelagat pulangan saham yang sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, adalah amat sukar bagi penyelidik
untuk membuat kesimpulan yang benar-benar kukuh, tetapi sekurang-kurangnya kesan-kesan yang
dikaji telah dibuktikan melalui pendekatan kajian yang telah digunakan, Yin dan Lilian (1992).
Secara umumnya, salah satu sebab utama kajian yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk
memberikan gambaran bagaimana turun naik pulangan saham dari semasa ke semasa dipengaruhi
oleh banyak factor dan bagaimana factor ini boleh membantu para pelabur dalam membuat
keputusan pelaburan yang bijak dengan harapan agar pelaburan akan menguntungkan, Aroni
(2011), Manuela dan Julija (2006) dan Boardman dan Laurin (2000).
Di sini saya ingin kongsikan bagaina scam,tragedi dan peristiwa tidak dijangka boleh mempegaruhi
harga saham. Scam atau penipuan dalam pasaran saham boleh berlaku apabila undang-undang tidak
dipatuhi oleh syarikat mahupun mana-mana individu telibat yang menjual saham dan ini akan
mengakibatkan para pelabur hilang keyakinan lalu ramai akan menjual saham mereka kerana panik.
Kesalahan iini biasanya akan didakwa di bawah Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007.
Bagaimana scam, khabar angin atau jangkaan boleh mempengaruhi COP, ekuiti dan ekonomi
secara amnya dinyatakan seperti dibawah ini.

Rujukan Graf: https://dontrader.net/2018/08/laporan-sentimen-trend/
Dalam situasi graf diatas menunjukan kebarangkali COP jatuh dengan kebimbangan perjanjian
OPEC dan Non OPEC untuk tambah pengeluarann minyak ini dinyatakan dalam Top 5 Things To
Know In The Market On Tuesday dan Malaysia could extend tax breaks for key foreign investors
— Dr Mahathir pada 19 jun 2018. Harga mampu jatuh sehingg khamis dan jumaat akan tetapi
kejadian sebenar tidak belaku kerana harga terus meningkat setelah belakunya sedikit kejatuahan.

148

Bagaimana sesuatu berita atau khabar angin yang belum pasti kebenaran mampu mengubah trend
pembelian sesuatu saham dan keadaan ini akan belakunya panic selling/sell off semasa khabar
angin, cerita atau jangkaan. Bilamana sampai masa ia tidak berlaku, maka masa sell off itu lah harga
yang paling terendah. Secara tak langsung pelabur akan mengalami kerugian akibat telalu awal
membuat keputusan untuk menjual saham dalam pengangan mereka.
Selain itu Serangan dan penularan COVID-19 yang telahpun disahkan sebagai sebuah pandemik
oleh WHO juga dilihat mewujudkan ketidak tentuan pasaran saham seluruh dunia. Tidak perlu lihat
terlalu jauh, jika dilihat di Malaysia, prestsi pasaran saham di Malaysia sahaja sudah menampakkan
kesannya. Dalam sejarah, kita sudah menyaksikan banyak siri keruntuhan pasaran saham yang
disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya Lehman Crisis (November 2008), Perang Dunia (Mei
1940), Dot Com Bubble (July 2002) dan sebagainya.

Rujukan graf: CNBC
Graf diatas yang diambil daripada laman CNBC menyaksikan COVID-19 mempunyai impak yang
besar dalam ekonomi dunia. Perbandingan yang dibuat terhadap penguncupan ekonomi dalam
tempoh 16 hari menyaksikan faktor COVID-19 berada di bawah faktor Perang Dunia Kedua
dengan perbezaan hanya 3.9%. Akibat dari penularan pandemic COVID-19 harga minyak global
menjunam ke paras negetif ditambah dengan (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan memberi kesan

149

yang amat ketara kepada pasaran saham negara. Penganalisis ekonomi daripada Putra Business
School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menyatakan pasaran saham
Malaysia menjunam teruk sejak 11 tahun yang lalu dan satu pertiga syarikat yang tesenarai di Bursa
Malaysia telah jatuh nilainya melebihi 70 peratus semejak pandemic CONVID -19 ini beralaku.

Di sini boleh disimpulkan bahawa scam,tragedi dan peristiwa tidak dijangka boleh mempegaruhi
harga saham secara langsung, oleh demikian pelabur dinasihatkan haruslah bijak menilai situasi
serta sentiasa peka dengan isu semasa dan sentiasa mendaptkan faktar yang sebenar sebelum
membuat pembelian saham-saham yang tesenarai dalam bursa saham Malaysia.

RUJUKAN:
1. Jurnal Pengurusan 47(2016) 29 – 41 Kesan Pertukaran Pengurusan Tertinggi ke atas Harga Saham

Syarikat Berkaitan dan Bukan Berkaitan Kerajaan Mohamat Sabri Hassan Romlah Jaffar (Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia) Anwary Syuhaily Rosly (Kolej
Universiti Poly-Tech MARA)
2. KESAN-KESAN DIVIDEN, PEROLEHAN, ALIRAN TUNAI DAN SAIZ FIRMA TERHADAP
PULANGAN SAHAM BAGI SYARIKAT SENARAIAN AWAM DI SARAWAK Zulhan Bin
Matlin [email protected] Politeknik Kuching Sarawak Mohamad Haniz Bin Osman
[email protected] Politeknik Kuching Sarawak
3. Jurnal Ekonomi Malaysia 46(2) 2012 141 - 157 Kesan Kemeruapan Kadar Pertukaran ke atas
Pasaran Saham di Malaysia (The Impact of Exchange Rate Volatility on the Stock Market in
Malaysia) Abu Hassan Shaari Mohd Nor Mori Kogid Tamat Sarmidi Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Zaidi Isa Fakulti Sains dan Teknologi Universiti
Kebangsaan Malaysia
4. https://dontrader.net/2018/08/laporan-sentimen-trend/
5. https://www.sinarharian.com.my/article/75241/KHAS/Koronavirus/Bersedia-hadapi-
kemelesetan-besar-akibat-Covid-19
6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/687157/covid-19-pkpd-kelapan-di-sekitar-
pasar-jalan-othman-pj
7. https://www.investing.com/news/economy-news/top-5-things-to-know-in-the-market-on-tuesday-
1498038
8. https://iluminasi.com/bm/covid-19-kini-merupakan-antara-penyebab-utama-keruntuhan-pasaran-
ekonomi-dalam-sejarah.html
9. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/669454/krisis-covid-19-buka-ruang-
reformasi-ekonomi

150


Click to View FlipBook Version