The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hasil kerja pelajar-pelajar BBAE UKM-PKP Sem 2 sesi 2019/2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdhasimi, 2020-06-19 11:04:11

Faktor-Faktor Mempengaruhi Harga Saham

Hasil kerja pelajar-pelajar BBAE UKM-PKP Sem 2 sesi 2019/2020

Keywords: Pelaburan,Harga Saham,Saham,Stok

PENGENALAN
Saya mendapat tajuk tugasan individu bagi faktor yang mempengaruhi harga saham ; scam/tragedi
& peristiwa yang tidak dijangka. Bagi saya faktor ini sangat penting bagi pelabur membuat analisa
dan kajian sebelum melabur.
Banyak pelabur melabur tanpa membuat kajian membuat kan mereka rugi atas kurang kefahaman
dan kurang pengalaman dalam membuat pelaburan. Seperti saya, saya dalam permainan Bursa
Saham yang di ajar, banyak kaedah dalaman seperti mengukur kekukuhan sesebuah syarikat
mengunakan kaedah melihat “chart” dan “indicator” selain dari itu, saya juga mengunakan apps
KLSE bagi mendapatkan “Stock Alert” untuk saham yang saya “aim” untuk dibeli/dijual.
Bantuan dari rakan-rakan sekelas juga sangat membantu bagi saya belajar lebih lagi cara untuk
membeli dan menjual saham, sebelum ini saya hanya membeli stok saham mengikut syarikat yang
terkenal seperti, Pharmaniaga, Sapura dan lain-lain, ternyata harga saham tidak hanya mengikut
kepada kepopularan sesebuah syarikat tetapi ianya bergantung kepada banyak faktor contohnya
pemberian harga dividen, permintaan dan penawaran, pertumbuhan industri, faktor luaran, politik
dan sebagainya.
Setiap pemain saham perlu menyelidik, mengakaji dan sekurang-kurangnya membuat analisis
tentang cara pelaburan yang betul. Dan strategi pelaburan haruslah mantap sebelum membuat
pelaburan.

SCAM, TRAGEDI & PERISTIWA TIDAK DIJANGKA
Bagi faktor yang mempengaruhi harga pasaran seperti scam atau penipuan sangat popular
sebenarnya. Ianya sangat mempengaruhi pasaran saham serta pelabur untuk membuat pelaburan.
Ianya berlaku apabila undang-undang yang dikenakan tapi tidak dipatuhi dan mengakibatkan
pembeli/penjual hilang keyakinan dan membuatkan saham syarikat merundum dan mengakitbatkan
kerugian.Kesalahan seperti ini boleh didakwa di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan
2007*
Sebagai contoh penipuan saham:
Syarikat ABC mengalami masalah prestasi kewangan, dan tidak melaporkan pada masa yang
ditetapkan. Membuatkan Datuk A yang ada maklumat tentang syarikat itu bersikap tamak dan
membuat/memaklumkan maklumat palsu yang membuatkan ramai pelabur lain membeli. Apabila
harga naik Datuk A itu ataupun pemegang saham yang terbesar menjual ianya menyebabkan
pelabur lain panik dan mula menjual saham mereka menjadikan saham Syarikat ABC merundum.
Contoh Tragedi pengumuman RHB Islamic Bank untuk menamatkan perjanjian bancatakaful
dengan STM ini menjadikan saham Syarikat Takaful Malaysia (STM) jatuh teruk.

151

Peristiwa yang tidak dijangka juga menjadi faktor yang mempengaruhi harga saham. Sebagai
contoh peristiwa COVID-19 ini membuatkan impak yang besar bagi semua sektor ekonomi
termasuklah harga saham. Ini menjadikan pelabur panik, kurang aktif dan lebih berhati-hati semasa
membuat pelaburan.

152

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan bagi faktor yang mempengaruhi harga saham ini. Semua pelabur perlu
mempunyai asas ilmu tentang pelaburan. Selain dari itu, pelabur perlu peka akan peristiwa,
penipuan dan tragedi yang berlaku di negara dan luar negara. Faktor ini penting bagi semua pelabur
sebelum melabur duit mereka.
Ternyata faktor ini sangat mempengaruhi akan naik dan turun harga saham. Sebagai contoh besar
isu pandamik Covid- 19 ini menjadi bualan hebat satu dunia. Dan pelabur perlu lebih meniliti lagi
tentang syarikat yang ingin mereka labur. Kegawatan ekonomi kali ini 3 kali ganda merundum
akibat wabak ini. Ini menjadikan banyak syarikat hampir lumpuh. Ekonomi negara tidak dapat
berjalan dengan lancar.
Banyak pelabur yang mula melabur kepada syarikat penting seperti dalam sektor kesihatan akibat
dari peristiwa wabak ini. Syarikat lain menjadi agak perlahan dan menyebabkan pelabur lain lari
dan keluar.Ini adalah tempoh yang paling serius dan terus dijangka berterusan hingga ke hujung
tahun dan boleh mengakibatkan kegusaran para pelabur.
Banyak juga syarikat yang mula gulung tikar akibat wabak ini. Menjadikan lagi pelabur lebih panik
dan berhati-hati dalam memilih.Pembelian/penjualan saham menjadi perlahan dan kurang aktif dari
sebelumnya.

153

RUJUKAN
Sumber internet
https://www.sinarharian.com.my/article/75241/KHAS/Koronavirus/Bersedia-hadapi-
kemelesetan-besar-akibat-Covid-19
https://www.majalahlabur.com/saham/perkara-yang-mempengaruhi-harga-saham/
https://rencanaringgit.com/2020/01/20/kejatuhan-pantas-syarikat-takaful-paparkan-risiko-
pelaburan-saham/
https://www.sc.com.my/regulation/acts/capital-markets-and-services-act-2007
Sumber rujukan :
https://www.majalahlabur.com/saham/perkara-yang-mempengaruhi-harga-saham/
https://www.sinarharian.com.my/article/75241/KHAS/Koronavirus/Bersedia-hadapi-
kemelesetan-besar-akibat-Covid-19
https://rencanaringgit.com/2020/01/20/kejatuhan-pantas-syarikat-takaful-paparkan-risiko-
pelaburan-saham/

154


Click to View FlipBook Version