The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengandungi semua nota yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk ulang kaji.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 291-21-syamil, 2021-10-07 00:09:02

Set Nota BMMB1074 BM2

Buku ini mengandungi semua nota yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk ulang kaji.

TUJUAN PENUBUHAN :-

§ Mengembangkan Bahasa dan kesusateraan
Melayu

§ Menjaga kebajikan dan kepentingan para
penulis

§ Memperkenalkan pembaharuan dalam
sastera tanpa mengesampingkan yang lama.

ASAS 5O

● April 1952, ASAS 50 telah berjaya
menghimpunkan 20 buah persatuan
bahasa, sastera, dan budaya sehingga
berjaya menganjurkan Kongres
Bahasa Melayu sebagai Bahasa
kebangsaan.

● Kongres Bahasa Dan Persuratan
Melayu Kedua pula menyusul pada
tahun 1954.

● Pada tahun ini, usul Kesatuan Guru-
guru Melayu Singapura supaya tulisan
rumi dijadikan sebagai tulisan rasmi
untuk memudahkan Bahasa melayu
menjadi bahasa kebangsaan telah
diterima oleh pihak kongres.

CADANGAN ASAS 50 PADA
DUA TAHUN KEMUDIANNYA.

PERTAM KEDUA :- KETIGA :-
A :-
Bahasa Melayu
Penubuhan Balai Penyatuan Bahasa dijadikan sebagai
Pustaka (kini Dewan Melayu dan Bahasa bahasa pengantar di
Bahasa dan Pustaka)
Indonesia. sekolah.

PERANAN
Ø ABeSrpAerSana5n0d.alam

mengembangkan Bahasa
Melayu termasuklah aspek
ejaan dan peristilahan
hingga mengangkat taraf
Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan.
Ø Sumbangannya dalam
bidang bahasa dan
persuratan amat penting
ketika negara kita sedang
menuju kemerdekaan.

KEGIATA
N ASAS
50v Mengadakan syarahan dan

perdebatan tentang sastera dan
bahasa.
v Karangan ahli diberikan bayaran
dan dilindungi dari segi undang-
undang.
v Perjuangan dalam bidang
kesusasteraan melalui konsep
“SENI UNTUK MASYARAKAT”.
v Menganjurkan 3 kongres Bahasa
dan kesusateraan Melayu (1952,

SEKIAN TERIMA
KASIH ! Sumber Rujukan

● Dr. Mohd Haidi Bin Mohd Kasran dan Dr. Azman Bin Rahmat (2020).

Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Global Mediastreet Sdn. Bhd.

● Choo Say Tee, Goay Teck Chong, dan Zainuddin Ahmad. Teks Pra-U

STPM BAHASA MELAYU Semester 1. Selangor. Sasbadi Sdn.
Bhd.

● Haji Muhammad Ariff Ahmad (1992). Pertumbuhan Dan

Perkembangan Bahasa Melayu halaman 166/167. Singapura. Anjuran
Badan Kesenian Melayu dan Taman Bacaan Pemuda Pemudi
Melayu Slngapura.

● https://docplayer.info/77239419-Bahasa-melayu-moden-

sumbangan-tokoh-pertubuhan.html

BMMB1074

NAMA AHLI:
1. DAYANG NUR HUMAIRA BINTI HUT
2. MARCELLA ANAK ASOI

KUMPULAN: 6
KELAS: PPRBMM1-2

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
• LAPORAN BARNES (1951)
• LAPORAN FENN-WU (1951)

• ORDINAN PELAJARAN (1952)
• LAPORAN RAZAK (1956)

PENGENALAN

• Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa
pemerintahan Inggeris.

• Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran
kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900.

• Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman yang
berikut:
- zaman pramerdeka (sebelum tahun 1957)
- zaman pascamerdeka (tahun 1957 sehingga tahun 1970)
- zaman dasar ekonomi baharu (tahun 1971 sehingga tahun 1990)

LAPORAN BARNES (1951)

Disediakan oleh L.J. Laporan Barnes ditentang
Barnes (Pengarah hebat oleh kaum Cina dan
Latihan Sosial di India dan terbentuklah
Universiti Oxford) Laporan Fenn-Wu 1951

Tujuan:
• Menyiasat kedudukan

dan memperbaiki
pendidikan orang
Melayu.

• Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar.

• Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa
yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua.

• Jawatankuasa Barnes telah menggariskan Sekolah Melayu bertujuan untuk memupuk
perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan
kemahiran, menggalak, merangsang serta membolehkan komuniti Melayu mencapai
kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan
membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi
semua kaum.

CADANGAN LAPORAN BARNES 1951

Menubuhkan sekolah Pelajaran Bahasa Cina Bahasa Melayu Pada peringkat
dwibahasa dimana dan Bahasa Tamil wajib diajar sekolah menengah
Bahasa Melayu dan akan disediakan jika di Sekolah dan peringkat yang
Bahasa Inggeris terdapat 15 orang Inggeris lebih tinggi bahasa
menjadi bahasa murid atau lebih yang dan Bahasa pengantar ialah
pengantar. ingin mempelajari Inggeris wajib Bahasa Inggeris.
bahasa ibunda diajar di Sekolah
mereka. Melayu.

Sekolah vernakular Satu jenis sekolah Pada peringkat
Melayu, Cina dan menggunakan sekolah rendah
Tamil dibubarkan bahasa Melavu bahasa pengantar
dan digantikan sebagai bahasa ialah Bahasa Melayu.
dengan Sekolah pengantar.
Kebangsaan.

LAPORAN FENN-WU (1951)

Laporan pendidikan Cina di • Diadakan sebagai reaksi tidak
Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn puas hati masyarakat Cina
(Setiausaha Kerja Bersekutu - terhadap Laporan Barnes 1950.
Negara China) dan Profesor Dr. Wu
Teh Yao yang bekerja dengan • Masyarakat Cina pada ketika itu
(Pertubuhan Bangsa-Bangsa menganggap laporan tersebut
Bersatu). bertujuan menghapuskan bahasa
Cina dan kebudayaan Cina.

Tujuan: Pandangan dan kajian
laporan ini kemudian
• Mengkaji dan menilai diserap dalam Ordinan
semula kewajaran Pelajaran 1952.
Laporan Barnes 1950

• Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan
dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada
pendidikan yang tidak bercorak perkauman.

• Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar
manakala bahasa lain sebagai pilihan.

CADANGAN LAPORAN FENN-WU 1951

Sekolah vernakular Sekolah-sekolah Sekolah-sekolah
iaitu Sekolah Cina, aliran jenis vokasional terus
Sekolah Tamil dan kebangsaan dikembangkan untuk
Sekolah Melayu (Sekolah Inggeris) menampung keperluan
dibenarkan beroperasi dikekalkan. tenaga pekerja mahir yang
dan menggunakan diperlukan untuk
tiga bahasa, iaitu pembangunan negara
Bahasa Melayu, Persekutuan Tanah Melayu
Bahasa Cina dan / Malaysia.
Bahasa Tamil serta
bahasa kebangsaan
juga diadakan.

ORDINAN PELAJARAN 1952

q Ordinan Ordinan Pelajaran q Pada 21 November Dalam perbahasan untuk
Pelajaran 1952 merupakan 1952, Ordinan meluluskan Penyata
1952 juga laporan sebuah Pelajaran 1952 telah Pelajaran 1952:
dikenali jawatankuasa yang diluluskan oleh Majlis
sebagai telah ditubuhkan Perundangan Datuk E.E.C. Thuraisingam
Penyata oleh kerajaan Persekutuan dengan menyatakan penyata pelajaran
Pelajaran British di Tanah sebulat suara. itu bertujuan untuk
1952 Melayu / Malaya mengukuhkan asas perpaduan
untuk mengkaji negara serta menggambarkan
Laporan Barnes sistem pendidikan
(1950) dan Fenn- "vernacular" moden dan
Wu (1951). membentuk kurikulum
pelajaran mengikut keperluan
dan keadaan ketika itu.

Matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah:

1) Untuk 2) Untuk 3) Untuk
membekalkan dan menggalakkan dan berusaha
mengekalkan membolehkan membentuk
pengetahuan, sesuatu kaum warganegara
kemahiran dan menyesuaikan diri yang bersatu di
perwatakan yang dalam masyarakat seluruh negara
baik untuk tiap-tiap berbilang bangsa di yang terdiri dari
individu. negara ini. berbagai kaum.

Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini, satu
dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan, iaitu:

1) Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis;
Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib
manakala, sekolah aliran Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.

2) Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu
(Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah
satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.

3) Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-
tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di
peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.

CADANGAN ORDINAN PELAJARAN 1952

v Sekolah Kebangsaan v Sementara sekolah v Bahasa Tamil dan
sebagai corak sistem vernakular iaitu Sekolah Cina Bahasa Cina cuma
persekolahan kebangsaan. dan Sekolah Tamil tidak diajar sebagai Bahasa
diterima sebagai sistem ketiga.

persekolahan kebangsaan.

Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya darurat dan
juga disebabkan masalah kekurangan wang.

LAPORAN RAZAK 1956

q 6 Mei 1956, Dato’ Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan
merangkap (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran) mengumumkan cadangan-cadangan
yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956.

q Selain itu, mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini
dikenali sebagai Penyata Razak (1956).

q Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956
sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

q Matlamatnya adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.

q Laporan Razak merupakan tolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang
Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India)

q Antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah
iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK.

ANTARA BIDANG TUGAS JAWATANKUASA TERSEBUT IALAH:

a) Membentuk satu d) Mengkaji
sistem pendidikan
kebangsaan yang Ordinan Pelajaran
bersesuaian dengan 1952 dan membuat
aspirasi pindaan yang perlu.
menyatupadukan
penduduk berbilang b) Menjadikan c) Menjaga
bangsa bahasa Melayu perkembangan
sebagai bahasa bahasa dan
kebangsaan kebudayaan kaum
lain

CADANGAN (PENYATA RAZAK 1956)

1) Sekolah-sekolah Rendah 2) Mengadakan sukatan 3) Guru-guru sekolah
dengan Bahasa Melayu pelajaran yang sama bagi rendah dan menengah
sebagai bahasa pengantar semua sekolah, dan juga adalah bekelayakan.
akan ditubuhkan untuk untuk menyusun semula
memberi peluang kepada sistem pengajaran di Tanah 4) Sistem pendidikan sekolah
sekolah-sekolah rendah yang Melayu.
menggunakan Bahasa menengah adalah Sekolah
Inggeris, Tamil dan Cina agar 5) Semua guru diletakkan Menengah Rendah (SMR),
terus maju. di bawah satu Sekolah Menengah Atas
perkhidmatan profesional (SMA) dan Pra Universiti.
6) Penubuhan satu jenis dan Jemaah Nazir
sekolah sahaja yang Persekutuan yang akan
terbuka kepada semua ditubuhkan.
kaum.

SEKIAN, TERIMA KASIH…

PENGENALAN BAHASA MELAYU
MODEN

BMMB1074

Nama Ahli Kumpulan:
Valerie Anak Prinky
Demica Irene anak Jepriten

PERANAN DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA (DBP)

PENGENALAN KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

üKerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa (DBP) pada
tanggal 22 Jun 1956

ü Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ) adalah bertujuan
untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan
bahasa kebangsaan ketika itu.

ü Pada tahun 1959, DBP telah dinaik taraf sebagai sebuah badan
berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959

3

PERANAN DBP:

1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk
sains dan teknologi
• Dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa

Inggeris yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau
penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan.
• Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan
memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkayakan bahasa kebangsaan
kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu

4

2. Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan
dalam bahasa kebangsaan.

• Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang penting dalam industry
pencetakaan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus ,
serta pelbagai bentuk ilmiaah kerana iya nya merupakan salah sebuah
organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia

• DBP bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa
Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang
diamainkan oleh DBP adalah sangat penting kerana memberi DBP
memberi impak yang baik dalam bidang kesusteraan, pendidikan dan
juga industri percetakan Negara

5

3. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah

yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

• Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan
hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan
kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).

• Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan
kerjasaama institut pengajian tinggi awam untuk mengumpul,
membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam
bidang sains asas dan sains gunaan.

6

4. Untuk menggalakkan penggunaa bahasa kebangsaan yang betul
• Tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan

Bahasa Melayu dengan Betul . Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu
yang tidak betul
Contoh: Rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan

harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian , malah notis-
notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak
menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun
poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks
• Oleh hal yang dikatakan demikian, pihak DBP mewujudkan buku-buku, risalah-risalah
dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa
Melayu yang tidak beyul dalam kalangan rakyat.

7

5. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan
digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang
yang sedang berkuat kuasa

• Pihak DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan
dasar bahasa kebangsaan, pemantaun, pemupukan, penataran,
perkhidmatan dan penyebaran bagi memperkembangkan bahasa Melayu

• DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industry kreatif, media sosial
dan elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan
menghasilkan proma, iklan, drama dan sitcom televisyen dan radio yang
bersangkutan dengan bahasa Melayu bagi memperluaskan penggunaan
bahasa Melayu

8

KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN

PENGENALAN :
• Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
dunia atau bahasa antarabangsa memang telah ada dalam sejarah
perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu, sejak zaman Sriwijaya
pada abad ke-7 Masihi dan memuncak dalam zaman Kesultanan Melayu,
dalam tempoh beberapa ratus tahun
• Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi buana secara langsung

berkaitandengan bidang pendidikan bahasa, khususnya strategi
pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing.
• kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa benar-benar
menyerlah dalam zaman bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15
dan beberapa abad berikutnya walaupun tidak dominan seperti bahasa
inggeris yang menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda.

USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU DI BEBERAPA BENUA NEGARA

• Peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan
pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) Malaysia semasa
pimpinan Dato’ Haji A. Aziz Deraman, DBPBrunei di bawah pimpinan Dato
Paduka Haji Alidin bin Haji Othman dan PusatBahasa Indonesia yang diketuai
oleh Dr Hassan Alwi
• Pusat pengajian Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Leiden, Belanda
pada tahun 1876, dan sehingga kini pusat itu telah diiktiraf sebagai pusat
utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat antarabangsa.

USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU DI BEBERAPA BENUA NEGARA

• Malaysia telah memulakan langkah penubuhan Kursi Pengajian Melayu di
Eropah dengan ditempatkan seseorang yang bertaraf Profesor di Universiti
Leiden. Penubuhan Kursi itu bukan sahaja diharap akan mempertingkatkan
kajian sastera Melayu di Eropah, bahkan turut mengembangkan bahasa,
budaya Melayu dan promosi pengetahuan pelbagai bidang tentang Malaysia
khasnya dan Dunia Melayuatau rantau itu amnya.
• Pada tahun 1995, Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan diUniversiti
Victoria, Wellington, New Zealand
• Malaysia telah juga menubuhkan Kursi PengajianMelayu di di Universiti
Pengajian Asing Beijing (BFSU), China. Seorang Profesortelah ditempatkan di
sana pada awal tahun 2008 yang lalu

KEPENTINGAN PENUBUHAN KURSI - KURSI

menjalin dan melestarikan merangsangkan minat para pengkaji,
persefahaman budaya serta sarjana, pakar dan cendekiawan yang
mengakrabkan kerjasama antara berminat dalam bidang sosiologi,
Dunia Melayu denganrantau Eropah. antropologi, bahasa, sastera dan
budaya Melayu atau Dunia Melayu
secara keseluruhannya

Senario ini akan turut mencetuskan Perkembangan bahasa, sastera dan
iklim sosioekonomi dansosiopolitik yang budaya Melayuke peringkat
lebih kondusif. antarabangsa akan lebih jelas
arahnya

USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU MELALUI KERJASAMA
NEGARA

1) Rangkaian kerja institusional antara negara memang sangat munasabah dan forum-forum kerjasama
yang diwujudkan misalnya Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis
Sastera Asia Tenggara (MASTERA), MajlisAntarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dan Forum Kerjasama
Penerbitan Serantau(FOKEPS), Mesyuarat Kerjasama Kebahasaan dan Persuratan (MEKKAP)
kawasansegi tiga Asia Tenggara .

2) Usaha-usaha memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa telah
pun dipergiatkan atau disokong oleh pelbagai institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Malaysia dan Brunei,Pusat Bahasa Indonesia dan beberapa institusi pengajian tinggi serantau melalui
program seminar, pertemuan, dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi,disamping program
sastera atau Minggu Sastera Melayu di luar negara.

• BAHAN RUJUKAN:
1.PERKONGSIAN NOTA-NOTA PISMP: PERANAN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (NOTA-BUDAK-
IPG.BLOGSPOT.COM)
2. PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU .
ACADEMIA .COM

SLIDESMANIA.COM CABARAN &
MASA DEPAN

BAHASA
MELAYU

EUGENIA JEE CHAI LING
VIVIAN MICHELLE ANAK PETRUS EMPAM

ISI KANDUNGAN

01 02

Cabaran dan masa depan Pendidikan
Bahasa Melayu
04
03
Pentadbiran kerajaan
Ekonomi

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Cabaran & masa depan Bahasa Melayu

• Perkembangan zaman kemerdekaan dan zaman moden
telah memberi cabaran kepada perkembagan Bahasa
Melayu.

• Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa Bahasa
Melayu pada suatu ketika dahulu menjadi bahasa
antarabangsa sejak zaman empayar Sriwijaya pada
abad ke-7 masihi sehinggalah abad ke-19 masihi, iaitu
apabila Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di
rantau ini.

PENDIDIKAN EKONOMI

cabaran

PENTADBIRAN
KERAJAAN

SLIDESMANIA.COM

PENDIDIKAN

v Pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu

v Bahasa Melayu dalam Akta
Pendidikan Tinggi Swasta

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU

Kajian oleh Juriah Long et al. (2002) mendapati beberapa kekangan
ditemui dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya :

q Tidak semua guru yang mengajar Bahasa Melayu mendapat latihan
khusus dalam bidang bahasa. Ini akan menjejaskan kualiti
pengajaran dan hasil pembelajaran murid.

q Guru bergantung pada buku teks.
q Kemahiran lisan, bacaan dan menulis diajar secara terpisah dan

bukannya secara penggabungjalinan atau penyerapan.
q Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza.
q Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT yang berbeza.
q Murid yang bersikap negatif terhadap mata pelajaran Bahasa

Melayu berbanding Bahasa Inggeris.

SLIDESMANIA.COM BAHASA MELAYU DALAM AKTA PENDIDIKAN
TINGGI SWASTA

§ Apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka
semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.

§ Oleh sebab Institu Pendidikan Swasta (IPS) merupakan sebahagian
daripada sistem Pendidikan Kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan
dalam hal penggunaan bahasa pengantar sama ada untuk mengikut
amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau
memohon pengecualian mengikut Seksyen 17 Akta berkenaan.

§ Kelonggaran IPS memilih bahasa pengantar mereka sendiri telah
merendahkan martabat Bahasa Melayu sekali gus melemahkan
pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan.

EKONOMI

v Bahasa Melayu dalam urusan
perniagaan

v Bahasa Melayu dalam peluang
kerjaya

SLIDESMANIA.COM

BAHASA MELAYU DALAM URUSAN
PERNIAGAAN

● Dokumen perniagaan syarikat swasta masih
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
utama dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

● Bahasa Inggeris mendominasi 100% industri
perhotelan, syarikat jualan kereta, barangan
elektrik dan komputer.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM BAHASA MELAYU DALAM PELUANG
PEKERJAAN

• Graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang
perguruan atau pendidikan sebagai guru Bahasa
Melayu dengan mengikuti kursus-kursus iktisas
seperti PISMP / DPLI, Bachelor Pendidikan dan
sebagainya.

• Graduan Bahasa Melayu boleh memilih bidang
penulisan kreatif, pengacaraan, editor, dan
penterjemah.

PENTADBIRAN KERAJAAN

a) Urusan Rasmi Dalam Negara
b) Urusan rasmi antarabangsa
c) Pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.
d) Perkhidmatan kaunter
e) Maklum balas aduan di akhbar dan isu media massa

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Urusan Rasmi Dalam Negara

§ Surat Rasmi
- Surat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan Bahasa kebangsaan.
- Jika terima suarat selain daripada Bahasa kebangsaan,hendaklah dibalas beserta dengan
dokumen lampiran dalam Bahasa kebangsaan.

§ Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia
- Urusan surat menyurat,minit mesyuarat,nota pembentangan dalam Bahasa Kebangsaan.

§ Dokumen Perjanjian
- Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan Bahasa
Kebangsaan.
- Dokumen tambahan boleh dilampirkan dalam Bahasa Inggeris.

§ Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran warganegara Malaysia
- Urusan surat mesyuarat,minit mesyuarat,nota pembentangan dalam Bahasa Kebangsaan.

SLIDESMANIA.COM Urusan rasmi antarabangsa

● Surat rasmi antarabangsa
- Surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan menggunakan
bahasa kebangsaan bersertakan dengan lampiran dalam Bahasa Inggeris.

● Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia
- Urusan surat mesyuarat,minit mesyuarat,nota pembentangan dalam Bahasa Kebangsaan atau
Bahasa Inggeris.

● Dokumen perjanjian antarabangsa
- Semua dokumen perjanjian antarabangsa oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa
Inggeris.
- Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan diperlukan bagi tujuan rekod dan semakan.

● Pengajuran majlis rasmi melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia
- Urusan surat menyurat,minit mesyuarat,nota pembentangan dalam Bahasa Kebangsaan dan
Bahasa Inggeris.

Pengiklanan kekosongan jawatan dalam
perkhidmatan awam

• Hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan

Perkhidmatan kaunter

• Menggunakan Bahasa kebangsaan
• Boleh menggunakan Bahasa lain yang difahami oleh pelanggan

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version