The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA PEPERIKSAAN 2021 & 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyah.abidah, 2024-02-05 02:39:38

LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA PEPERIKSAAN 2021 & 2022

LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA PEPERIKSAAN 2021 & 2022

Keywords: LAPORAN TAHUNAN LP 2021 2022

LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Melahirkan Insan Berpotensi


© Lembaga Peperiksaan 2023 Cetakan Pertama 2023 Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku Laporan Tahunan Lembaga Peperiksaan 2021 & 2022 ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diterbitkan oleh: LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, 2, 5 -13, BLOK E11 ARAS 3, BLOK E14, K0MPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA +03-8884 3785 / 3787 [email protected] LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50605 KUALA LUMPUR, MALAYSIA


KANDUNGAN 5 KATA ALU-ALUAN PENGARAH PEPERIKSAAN 7 RUKUN NEGARA 8 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 9 PROFIL LEMBAGA PEPERIKSAAN 10 Logo Lembaga Peperiksaan 11 Visi 11 Misi 12 Objektif Lembaga Peperiksaan 13 Piagam Pelanggan Lembaga Peperiksaan 14 Ikrar Lembaga Peperiksaan 14 Lagu Lembaga Peperiksaan 15 Fungsi Lembaga Peperiksaan 15 Fungsi Pengarah Peperiksaan 16 Tanggungjawab Lembaga Peperiksaan 17 Peruntukan Kuasa Lembaga Peperiksaan 19 Sejarah Dan Perkembangan Lembaga Peperiksaan 20 Kronologi Dan Perkembangan Pentaksiran Lembaga Peperiksaan 25 Premis Lembaga Peperiksaan 26 Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan 28 Carta Organisasi 29 Pengurusan Tertinggi Lembaga Peperiksaan 45 PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN 46 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 47 Aspirasi Murid 48 Kemahiran Berfikir 49 Definisi Pentaksiran 50 Prinsip Pentaksiran 51 Rukun Pentaksiran 52 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 58 Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Dan Pentaksiran Tingkatan Tiga 59 Pindaan Perjanjian Persefahaman Akademik Dan Kebudayaan Antara Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan Al-Azhar Al-Sharif 61 PENGURUSAN PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN 62 SPM 2020 64 SPM 2021 66 STAM 2020 68 STAM 2021 70 Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 73 LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 74 SPM 2020 92 SPM 2021 110 STAM 2020 118 STAM 2021


127 PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 128 Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2020 130 Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021 133 Lawatan YB Menteri Kanan Pendidikan 135 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2021 DAN 2022 136 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 140 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 145 PROGRAM LEMBAGA PEPERIKSAAN 146 Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Tahun 2021 157 Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Tahun 2022 167 P5 172 Majlis Penyampaian Sijil Alternatif Sekolah Menengah Tahun 2021 173 Perbincangan Meja Bulat Antarabangsa Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 175 Lawatan Ke Sekolah Rakan PASM 176 Majlis Persaraan Perdana Lembaga Peperiksaan Tahun 2022 181 Program Pembudayaan Al-Quran Dan Taklimat Profesional Pengarah Peperiksaan 183 Pelan Komunikasi Lembaga Peperiksaan 187 Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 191 Lokasi JAKM 2022 193 Perpindahan Lokasi Perpustakaan Dato’ Hj Pkharuddin Bin Hj Ghazali 195 Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Kementerian Pendidikan Malaysia 196 Khidmat Bakti Warga Lembaga Peperiksaan 199 SOROTAN AKTIVITI 2021 & 2022 200 Peningkatan Profesionalisme 208 Lawatan Kerja Dan Pemantauan 212 Sanjungan Budi Lambaian Kasih 214 Pemulihan Dan Penyelenggaraan 216 SIDANG REDAKSI LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA PEPERIKSAAN 2021 & 2022 LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 4


5 KATA ALU-ALUAN PENGARAH PEPERIKSAAN Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Salam Lembaga Peperiksaan Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Melahirkan Insan Berpotensi. Syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya, Laporan Tahunan Lembaga Peperiksaan Tahun 2021 dan 2022 dapat diterbitkan. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada barisan sidang redaksi dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyediakan Laporan Tahunan Lembaga Peperiksaan Tahun 2021 dan 2022. Sesungguhnya penyediaan laporan ini memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi. Secara umumnya, pendokumentasian Laporan Tahunan Lembaga Peperiksaan Tahun 2021 dan 2022 dapat memberi gambaran yang jelas dan lengkap dalam penyampaian maklumat berkaitan tanggungjawab, dasar, kajian dan pencapaian Lembaga Peperiksaan (LP) untuk dikongsikan bersama seluruh warga LP. LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 5


Selari dengan visi LP sebagai Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Melahirkan Insan Berpotensi, LP telah melakukan beberapa transformasi untuk memastikan sistem pentaksiran nasional selaras dengan inisiatif yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang bersepadu, seimbang, berakhlak mulia, kritis, kreatif, dan inovatif bersesuaian dengan konsep karamah insaniah yang menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembangunan pendidikan kebangsaan. Bagi memenuhi hasrat KPM dalam melahirkan modal insan yang holistik, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan 3 telah dimansuhkan mulai tahun 2022. Pemansuhan tersebut adalah selaras dengan hasrat KPM untuk beralih daripada pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan murid secara holistik.Susulan pemansuhan tersebut, Pentaksiran Berasaskan Sekolah diperkasakan dan ujian akhir sesi akademik dilaksanakan mulai kalendar akademik sesi 2022/2023. Tahun 2021 dan 2022 turut menyaksikan perih jerih LP berhadapan dengan cabaran besar sepanjang berlangsungnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) iaitu penularan pandemik COVID-19 dan bencana banjir. Namun, berbekalkan kekuatan strategi dan perancangan yang sistematik serta kerjasama dan komunikasi yang cekap antara LP dengan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan peperiksaan termasuk pejabat pendidikan negeri, jabatan pendidikan negeri, agensi kerajaan, pihak sekolah, Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta serta ibu bapa, peperiksaan SPM dan STAM telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Besar harapan saya agar semua warga LP sentiasa berazam untuk terus berusaha lebih gigih dalam merealisasikan aspirasi dan matlamat pendidikan negara dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip adil, sahih dan amanah. Pada masa hadapan, diharapkan lebih banyak jaringan dan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan dengan pentaksiran dapat dilaksanakan pemantapan dan kelestarian sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga LP yang telah sama-sama menggembeleng tenaga membantu pihak pengurusan tertinggi LP melalui kepakaran masing-masing bagi memastikan kecemerlangan LP. Ingin ditegaskan di sini, komitmen tinggi barisan kepimpinan yang berwibawa dan kakitangan LP yang berdedikasi adalah kunci kepada kejayaan LP. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang menjayakan penerbitan Buku Laporan Tahunan Lembaga Peperiksaan Tahun 2021 dan 2022. Syabas dan terima kasih. Sekian. Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 6


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 7


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 8


PROFIL LEMBAGA PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 9


LOGO LEMBAGA PEPERIKSAAN Warna HIJAU: agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Warna EMAS: warna ketulenan emas yang disifatkan sebagai satu kebanggaan, kecemerlangan dan dedikasi terhadap bidang pentaksiran pendidikan Dua OGIF SIMETRI yang menyerupai dua ekor burung dengan sayap berbentuk seperti buku melambangkan keseimbangan dan keadilan dan selari dengan moto LP; Adil; Sahih, dan; Amanah. Bentuk OGIF: teori moden pengujian Bentuk LENGKUNG NORMAL: teori klasik pengukuran Analogi burung pada logo menggambarkan semangat untuk terbang tinggi dalam pencarian ilmu pengetahuan yang luas. Logo ini pertama kali dilakar oleh Tuan Syed Abu Bakar bin Syed Salim pada awal tahun 1980-an LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 10


VISI Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Melahirkan Insan Berpotensi MISI Meningkatkan Kualiti Sistem Pentaksiran Pendidikan Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Kesejahteraan Hidup LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 11


Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Memberikan khidmat nasihat dan rundingan kepada sekolah dan pengurusan mana-mana badan tentang pengujian pendidikan Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan sekolah, peperiksaan awam dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara OBJEKTIF LEMBAGA PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 12


PIAGAM PELANGGAN LEMBAGA PEPERIKSAAN Menilai prestasi calon dengan adil, sahih melalui alat pengujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai berdasarkan kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Menyediakan kemudahan peperiksaan yang sempurna dan saksama untuk semua calon Memberi peluang kepada calon membuat rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan dan memberi keputusan dalam tempoh tiga bulan Meningkatkan pengurusan peperiksaan yang selamat, cekap, berkesan, canggih, dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan Membekalkan kertas soalan dengan cukup dan selamat mengikut jadual peperiksaan Mengeluarkan keputusan peperiksaan yang sah dalam tempoh empat bulan dan sijil dalam tempoh enam bulan selepas keputusan peperiksaan Memberi perkhidmatan yang mesra dan bersedia untuk memberi bantuan yang berkaitan dengan peperiksaan LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 13


IKRAR LEMBAGA PEPERIKSAAN LAGU LEMBAGA PEPERIKSAAN Bahawasanya kami, Kakitangan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Berikrar; Melaksanakan tugas dan fungsi institusi kami, Selaras dengan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kami sentiasa, Menepati masa dan waktu, Menambah ilmu, Mempertingkatkan amalan dan memurnikan akhlak. Kami Bertekad, Meninggikan mutu Mengekalkan kesahihan, Hasil kerja kami, Demi mencapai kecemerlangan. Kami Sentiasa, Menjunjung perlembagaan Negara, dan Mengamalkan Prinsin Rukun Negara. Lembaga Peperiksaan Malaysia Berkhidmat penuh dedikasi Mengekal kesahihan Adil dan saksama Kepada semua Bersama menghindar keraguan Bersama elak kesilapan Teliti setiap segi Bersemangat tinggi, berbakti Rahsia tetap rahsia Amanah sentiasa Demi untuk negara Waspada setiap masa Tingkatkan taat setia Menempuh cabaran Penuh kejujuran Khidmat yang cemerlang Berpanjangan Pencipta Lagu: EN. RAZAK HASSAN Pencipta Lirik: EN. RAZAK HASSAN Gubahan oleh : TN. HAJI HASNUL HADI BIN AHMAD LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 14


FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN FUNGSI PENGARAH PEPERIKSAAN Fungsi Lembaga Peperiksaan seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian II, Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 adalah: untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan. Fungsi Pengarah Peperiksaan adalah: untuk mengelolakan apa-apa peperiksaan bagi pihak mana-mana badan atau institusi sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia yang difikirkan perlu oleh Pengarah Peperiksaan demi kepentingan awam dan yang tidak bercanggah dengan dasar pendidikan negara; untuk mengeluarkan kertas peperiksaan, untuk menyediakan bahan peperiksaan dan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan termasuk markah-markah yang diperoleh oleh calon-calon; untuk menentukan standard dan peringkat pencapaian calon-calon; untuk mengeluarkan keputusan peperiksaan dan pernyataan keputusan; untuk menganugerahkan sijil peperiksaan; untuk melantik mana-mana orang yang berkelayakan atau mana-mana badan yang sesuai untuk menggubal dan menilai kertas peperiksaan, memeriksa dan menilai skrip jawapan peperiksaan calon-calon dan untuk memberikan nasihat tentang standard kandungan atau disiplin kertas peperiksaan; dan untuk melantik mana-mana orang untuk menyelia dan menguruskan peperiksaan. LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 15


TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PEPERIKSAAN Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta matlamat Kurikulum Kebangsaan. Menggubal spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbiran, bentuk pelaporan dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran. Menggubal alat pengujian dan pengukuran serta kaedah penskoran bagi menilai murid berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Menghasil dan menguruskan percetakan serta pengedaran alat pengukuran. Mengawal dan mengendalikan semua peperiksaan pusat, pentaksiran pusat dan peperiksaan luar negeri. Memproses pendaftaran calon, pengumpulan data, pengeluaran keputusan dan sijil serta penganalisisan (analisis) statistik keputusan. Menjalankan penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan serta pengesahan standard. Mengurus khidmat bantu, nasihat dan perundingan berkaitan peperiksaan dan pentaksiran. Memberi kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan atau mengendalikan peperiksaan. Menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan serta arahan peperiksaan. LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 16


PERUNTUKAN KUASA LEMBAGA PEPERIKSAAN Penilaian murid a. Menteri boleh menetapkan cara murid di institusi pendidikan hendaklah dinilai dan taraf yang perlu dicapai oleh murid itu. b. Penilaian yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) adalah tambahan kepada mana-mana peperiksaan yang ditetapkan. Peperiksaan Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi: a. peperiksaan yang hendaklah diadakan bagi maksud Akta ini, b. masa dan tempat peperiksaan akan diadakan, dan kelayakan serta syarat untuk mengambil peperiksaan c. fi yang hendaklah dibayar bagi mengambil peperiksaan: d. sukatan pelajaran dan bahasa pengantar bagi peperiksaan: e. pengendalian peperiksaan termasuklah penubuhan badan atau lembaga untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan; dan f. kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah Peperiksaan. (Pind. Akta SEKSYEN A1341) 67 SEKSYEN 68 LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 17


Larangan tentang pengendalian peperiksaan 1. Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada seorang pun atau tiada suatu institusi pendidikan pun boleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkan diadakan atau dikendalikan. atau dengan apaapa cara terlibat dalam pengadaan atau pengendalian, apa-apa peperiksaan bagi mana-mana murid institusi pendidikan atau bagi mana-mana calon persendirian tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu. 2. Dalam memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), Pengarah Peperiksaan boleh mengenakan apa-apa sekatan. terma dan syarat yang difikirkannya patut. 3. Sebutan dalam seksyen ini mengenai pengadaan atau pengendalian peperiksaan hendaklah disifatkan termasuk perbuatan: a. mempelawa calon untuk mengambil peperiksaan: b. memungut atau menerima apa-apa fi atau bayaran atau apa-apa derma atau hadiah berkenaan dengan sesuatu peperiksaan, c. menyediakan apa-apa sukatan pelajaran, kursus atau skim pengajian berkenaan dengan sesuatu peperiksaan, d. memeriksa atau menggred jawapan atau respons kepada soalan atau ujian dalam sesuatu peperiksaan; e. mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa diploma atau dokumen lain atau pengiktirafan dalam bentuk lain berkenaan dengan sesuatu peperiksaan, dan apa-apa perbuatan lain yang berhubungan dengan pengadaan atau pengendalian sesuatu peperiksaan, tidak kira sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum atau selepas peperiksaan. 4. Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi: a. badan atau lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan di bawah perenggan 68(e); b. Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980; dan c. sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan peperiksaan, ujian atau dalam bentuk penilaian lain bagi maksud menilai muridnya sendiri. 5. Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. SEKSYEN 69 LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 18


SEJARAH DAN PERKEMBANGAN LEMBAGA PEPERIKSAAN Lembaga Peperiksaan merupakan antara Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengendalikan peperiksaan serta pentaksiran berlandaskan Kurikulum Kebangsaan bagi semua calon di seluruh negara. Pada amnya, peranan Lembaga Peperiksaan adalah sebagai pelengkap dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada awal penubuhannya iaitu 3 Mei 1956, Lembaga Peperiksaan dikenali sebagai Unit Peperiksaan di Kementerian Pelajaran. Namun, setahun selepas itu, nama Unit Peperiksaan telah ditukar kepada Lembaga Peperiksaan. Penubuhan Lembaga Peperiksaan adalah untuk mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah di negara ini selari dengan hasrat Penyata Razak 1956. Pada masa itu, Lembaga Peperiksaan merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan awam/pusat, iaitu peperiksaan yang berlandaskan Kurikulum Kebangsaan dan ditadbir ke atas 1.5 juta calon secara serentak. Sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1967, Lembaga Peperiksaan telah menjadi badan peperiksaan pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi berkomputer dalam urusan pemprosesan data peperiksaan. Sejak ditubuhkan sehingga kini, Lembaga Peperiksaan telah melalui fasa perkembangan yang sangat pesat sesuai dengan evolusi dunia pendidikan dan pentaksiran. Lembaga Peperiksaan masih berdiri teguh sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap peperiksaan pusat yang ditadbir di Malaysia. Antara peperiksaan pusat yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan ialah Penilaian Menengah Rendah (sehingga tahun 2013), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (sehingga tahun 2021), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA). Lembaga Peperiksaan turut berperanan dalam menerajui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 selaras dengan Sistem Pentaksiran Kebangsaan. Lembaga Peperiksaan juga diberi kepercayaan menguruskan peperiksaan bagi badan profesional luar negara sejak tahun 1950-an seperti The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), University of London (UOL), The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) dan Diplôme D’ētudes En Langue Française Scolaire (DELF). Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan mendapat pengiktirafan antarabangsa, khidmat pakar pentaksiran luar negara dan jaringan profesional antarabangsa diwujudkan. Kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES) telah bermula sejak UCLES terlibat dalam menasihati Lembaga Peperiksaan berkenaan standard peperiksaan SPM selepas pengendalian peperiksaan tersebut diambil alih daripada UCLES mulai tahun 1978. Usaha sama Lembaga Peperiksaan dengan Cambridge Assessment International Education (CAIE) secara khususnya membawa kepada pengiktirafan kertas peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris (1119) melalui dwipensijilan. Calon SPM yang menduduki mata pelajaran Bahasa Inggeris berpeluang untuk mendapat sijil GCE O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Dwipensijilan ini akhirnya ditamatkan pada tahun 2020. Namun, kerjasama dengan CAIE masih diteruskan seiring dengan penjajaran kurikulum serta pentaksiran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM kepada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) mulai tahun 2021. Selain itu, calon yang menduduki Prinsip Perakaunan SPM berpeluang mendapat sijil London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) Level 2 Book-keeping and Account daripada PEARSON, United Kingdom yang dahulunya dikendalikan oleh Education Development International (EDI). Lembaga Peperiksaan turut bekerjasama dengan New Zealand Qualifications Authority (NZQA), New Zealand, Educational Testing Services (ETS), the United States of America dan Cito, The Netherlands. Bagi peperiksaan STAM pula, sijil yang dikeluarkan adalah melalui kerjasama dengan Al-Azhar Al-Sharif, Republik Arab Mesir seperti yang termeterai dalam Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada tahun 1999 serta pindaan perjanjian tersebut pada tahun 2002 dan 2022. LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 19


1982 o UDT dimansuhkan 1983 o Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi LCE dan Ujian Lisan Bahasa Inggeris bagi SRP dimansuhkan 1981 o Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) menggantikan peperiksaan Malaysia Certificate of Vocational Education (MCVE) 1969 o Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)/ Malaysia Certificate of Vocational Education diperkenalkan (MCVE) o Kertas Bahasa Melayu/Malay Language ditukar kepada Bahasa Malaysia dalam peperiksaan SRP/ LCE 1970 o Nama kertas Bahasa Melayu/Malay Language dalam peperiksaan SPM/MCE diganti dengan Bahasa Malaysia o Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi peperiksaan LCE diperkenalkan o Ujian Lisan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan SRP diperkenalkan o Peperiksaan Sijil Perdagangan Malaysia (SPDM)/Malaysian Commercial Certificate Examination (MCCE) diperkenalkan 1956 1968 1957 1967 o Unit Peperiksaan ditubuhkan o Peperiksaan Overseas Senior Cambridge dimansuhkan o Kertas Tunggal Bahasa Melayu/ Malay Language diperkenalkan dalam peperiksaan SRP/LCE dan SPM/MCE o Malaysian Secondary School Entrance Examination (MSSEE) diperkenalkan Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) diperkenalkan Peperiksaan School Certificate (SC)/Federation of Malaya Certificate o o (FMC) diperkenalkan o Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PDL) diperkenalkan o Kertas peperiksaan bentuk objektif digunakan dalam peperiksaan SRP/LCE dan PDL o Pemprosesan data menggunakan komputer 1960 o Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diperkenalkan 1962 o Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (SPPTM) diperkenalkan 1963 o Malaysia Secondary School Entrance Examination (MSSEE) dimansuhkan 1964 o peperiksaan FMC Peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) menggantikan o Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menggantikan peperiksaan (SPPTM) 1973 o Ujian Darjah Tiga (UDT) dan Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi SPM/MCE diperkenalkan 1976 o Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Julai) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia diperkenalkan 1978 o Tanggungjawab mengendalikan MCE diambil alih oleh Lembaga Peperiksaan daripada University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES) o Semua murid Tingkatan 3 di sekolah menengah di Semenanjung dan Sabah mengambil peperiksaan SRP sahaja 1980 o Peperiksaan SPM menggantikan MCE di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah KRONOLOGI DAN PERKEMBANGAN PENTAKSIRAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 20


2007 o Yuran peperiksaan awam bagi UPSR, PMR, SPM atau setaraf dengannya dimansuhkan di semua sekolah kerajaan o Mata pelajaran Matematik, Sains dan Teknikal bagi SPM ditaksir dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris o Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) yang ditaksir melalui pentaksiran kompetensi diperkenalkan dalam peperiksaan SPM di sekolah menengah vokasional 2008 o Mata pelajaran Matematik dan Sains bagi UPSR ditaksir dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu/ Bahasa Cina/Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris 1985 o SRP menggantikan LCE sepenuhnya 1986 o Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PDL) dimansuhkan o Peperiksaan SPM menggantikan peperiksaan MCE sepenuhnya 1988 o Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperkenalkan o Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) 1992 o Kertas Bahasa Malaysia ditukar semula kepada Bahasa Melayu dalam peperiksaan SRP dan SPM 1993 o Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menggantikan SRP sepenuhnya 1995 o Peperiksaan SPM (Julai) bagi mata pelajaran Matematik diperkenalkan o Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) diperkenalkan 1997 1996 2000 o Kertas Sains Bertulis dan Penilaian Kerja Amali (PEKA) dalam UPSR diperkenalkan o Penilaian Tahap Satu (PTS) dimansuhkan o Peperiksaan SPM (Julai) ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) o Sistem Pensijilan Terbuka diperkenalkan di peringkat SPM o Peperiksaan STAM diperkenalkan dengan menawarkan 13 mata pelajaran 1998 o Penilai Kerja Amali (PEKA) menggantikan peperiksaan amali bagi mata pelajaran Sains Tulen dalam peperiksaan SPM 1999 o Peperiksaan SPMV dimansuhkan o Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan dengan Al-Azhar Al-Sharif, Republik Arab Mesir bagi pelaksanaan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2001 2002 o Pindaan Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan dengan Al-Azhar Al-Sharif, Republik Arab Mesir - 13 mata pelajaran STAM digabungkan menjadi 10 mata pelajaran o Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) diperkenalkan dan dimulakan di Tingkatan 4 2003 o Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang ditaksir melalui pentaksiran kompetensi diperkenalkan dalam peperiksaan SPM di sekolah harian 2005 2004 o Mata pelajaran Matematik, Sains dan Teknikal bagi PMR ditaksir dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 21


2009 o Ujian Aptitud Tahun 6 (UAT6) mula dilaksanakan kepada calon UPSR (semak ujian aptitud sekolah rendah o Rintis Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di 500 sekolah rendah dilaksanakan o Pengiktirafan sijil STAM setaraf dengan STPM dan Diploma oleh Jabatan Perkhidmatan Awam diperoleh dan berkuat kuasa mulai tahun 2000 2011 o Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula diperkenalkan kepada murid Tahun 1 merangkumi komponen Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) o Pentaksiran Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) mula diperkenalkan kepada calon yang mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan dibenarkan mendaftar dua mata pelajaran (Bahasa Melayu dan Sejarah) dalam peperiksaan SPM 2012 o Pentaksiran Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 1 dan 2 diperkenalkan kepada calon di 12 Kolej Vokasional (KV) o Pentaksiran Pendidikan Aliran Vokasional (PAV) mula dilaksanakan kepada murid Tingkatan 1 melalui PS o Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mula dilaksanakan kepada murid Tingkatan 1 melalui PS dan PAJSK 2013 o Mata pelajaran Sejarah diperkenalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk memperoleh sijil SPM o Pentaksiran SVM bagi Semester 1, 2, 3 dan 4 diperkenalkan di semua KV, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang menawarkan program KV o Tahun terakhir pelaksanaan PMR o Penyetaraan Bahasa Melayu 1104 SVM dengan Bahasa Melayu 1103 SPM yang diiktiraf oleh JPA o Inventori Tret Personaliti (ITP) dan Inventori Minat Kerjaya (IMK) mula dilaksanakan kepada murid Tingkatan 1 dan 2 o Pengagihan kustodian komponen PBS dengan Lembaga Peperiksaan sebagai peneraju adalah seperti berikut: » Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) – PS » Lembaga Peperiksaan – PP » Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) – PAJSK » Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) – PPsi o MPAV dalam peperiksaan SPM dijumudkan o Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mula dilaksanakan di peringkat menengah rendah o o Pentaksiran Pendidikan Aliran Vokasional (PAV) mula dilaksanakan kepada murid Tingkatan 3 yang mengikuti program PAV Pelaksanaan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Science, Physics, Chemistry, Biology dan Additional Science bagi peperiksaan SPM mulai tahun 2006 o Inventori Minat Kerjaya (IMK) dan Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP) mula dilaksanakan kepada murid Tingkatan 3 o Ujian Aptitud Am Tahun 3 (UAAT3) mula dilaksanakan 2015 2014 o Tahun terakhir pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 6 (UAT6) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 22


2018 o Pentaksiran bagi mata pelajaran KBT diperkenalkan dalam peperiksaan SPM Sijil Tahfiz Kementerian Pelajaran Malaysia dikeluarkan dengan kerjasama Darul Quran, JAKIM Penawaran mata pelajaran elektif tambahan Cambridge IGCSE Literature English (0486) mulai 2018 sehingga 2020 kepada 7 buah sekolah terpilih Penawaran bahasa Ibunda sebagai mata pelajaran elektif tambahan dalam peperiksaan SPM kepada calon Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Kertas Bahasa Perancis SPM (9303) dijumudkan Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) diperkenalkan dalam peperiksaan SPMv o o o o o 2016 o Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diperluaskan ke negara Kemboja melalui MoA Pembukaan Pusat Peperiksaan STAM dengan Mufti Kemboja o Pelaksanaan pentaksiran PAV ditambah baik o Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas diperkenalkan o Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dikeluarkan o Penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM o Peperiksaan bagi PAV dijumudkan o Pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus peperiksaan SPM ditangguhkan o Ujian Komunikasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PT3 bagi Murid Berkeperluan Khas (Kurang Upaya Pendengaran) diperkenalkan o UPSR berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula dilaksanakan o Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) mula dilaksanakan kepada calon UPSR o Penggunaan dwibahasa dalam kertas peperiksaan Sains dan Matematik UPSR diteruskan bagi memenuhi keperluan Dual-Language Programme (DLP) o Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan bagi peperiksaan SPM mulai tahun 2016 ditangguhkan o o Pernyataan Prestasi Hafazan Tingkatan Tiga dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pentaksiran bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) mula dilaksanakan dalam PT3 o Penawaran tiga mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah) berbanding enam mata pelajaran dalam peperiksaan SPM kepada calon yang mengikuti Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) 2017 o Pelaporan baharu Sijil Vokasional (SVM) mulai kohort tahun 2017 diperkenalkan o Syarat Kelayakan Pendaftaran Calon Peperiksaan dan Pentaksiran mulai tahun 2017 ditambah baik o Kertas Sejarah 1251 SVM yang disetarakan dengan Lulus Sejarah 1249 SPM dilaksanakan o Pentaksiran bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) diperkenalkan dalam PT3 LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 23


2019 o Pentaksiran Bahasa Inggeris PT3 yang dijajarkan dengan Common European Framework of Reference for Language (CEFR) dilaksanakan UAAT3 tidak dapat dilaksanakan berikutan arahan Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan Dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 Pentaksira bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) diperkenalkan dalam peperiksaan SPM Pentaksiran bagi mata pelajaran Syahadah Ulya Ulul Albab diperkenalkan dalam peperiksaan SPM Pemeriksaan kertas SPMU dan STAM secara dalam talian (LPSkor) mula dilaksanakan o o o o 2020 o Peperiksaan UPSR tahun 2020 dan PT3 tahun 2020 dibatalkan akibat pandemik COVID-19 o Pelaksanaan Pemerkasaan PT3 mulai tahun 2020 ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 o Peperiksaan STAM di negara Kemboja ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 o Perkhidmatan Patching sijil SPM diperkenalkan 2021 o Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan o Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas dimansuhkan o Pemeriksaan kertas SPM, SPMU dan STAM 2020 secara dalam talian (LPSkor) dilaksanakan sepenuhnya kecuali bagi kertas 2 pendidikan Seni Visual Pelaksanaan Ujian Amali Sains secara bersepadu bagi peperiksaan SPM mulai tahun 2021 Peperiksaan SPM menggunakan format baharu KSSM dilaksanakan PT3 dibatalkan akibat pandemik COVID-19 Peperiksaan SPM tahun 2020 dilaksanakan dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19 Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) diperkenalkan Sijil digiital PASM diperkenalkan Pentaksiran Bahasa Melayu yang dijajarkan dengan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) mula dilaksanakan dalam peperiksaan SPM 2021 Pentaksiran mata pelajaran Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan CEFR mula dilaksanakan dalam peperiksaan SPM tahun 2021 Pentaksiran Ulangan Sijil Tahfiz KPM diperkenalkan o o o o o o o o o 2022 o PT3 dimansuhkan mulai tahun 2022 o Pindaan Perjanjian Akademik dan Kebudayaan Antara Lembaga Peperiksaan dan Al-Azhar AlSharif bagi pelaksanaan peperiksaan STAM dimeterai (dengan menamatkan pindaan penjanjian 2002) o Pemerkasaan PBS dilaksanakan mulai tahun 2022 o Ujian akhir sesi akademik sebagai sebahagian daripada PBD mula diperkenalkan dalam Pemerkasaan PBS untuk murid menengah rendah dan Tahap Dua sekolah rendah o Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) mula digunakan bagi ujian akhir sesi akademik LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 24


PREMIS LEMBAGA PEPERIKSAAN Tahun 1956 Bangunan Persekutuan Jalan Hishamuddin Tahun 1959 Jalan Davidson Jalan Hang Tuah Tahun 1974 - sekarang Jalan Duta (1974) Jalan Tuanku Abdul Halim (2014) Tahun 2005 - sekarang Blok E14 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 1967 Jalan Sulaiman Tahun 2005 - sekarang Blok E11 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Wilayah Persekutuan Putrajaya LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 25


Dr. Mohd Azam bin Ahmad 2022 – 2023 Dato’ Hj. Adzman Talib 2018- 2019 Datin Nawal Salleh 2015- 2017 Dr. ‘Aliah Ahmad Shah 2017- 2018 Dr. Na’imah Ishak 2011- 2014 Dato’ Hj. Sufa’at Tumin 2010- 2011 Dato’ Dr. Salbiah Ismail 2008- 2010 Tan Sri Dr. Haili Dolhan 2008 Brig. Jen. (B) Dato’ Ir. Mohammed Zakaria Mohd Noor 2007 - 2008 Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah 2006- 2007 Tn. Hj. Mohd Nordin Awang Mat 1998 - 2001 Datuk Hj. Ya’akop Ederis @ Idris 2001 - 2004 Dato’ Dr. Salleh Hassan 2005- 2006 Dato’ Hj. Pkharuddin Hj. Ghazali 2020 – 2021 PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 26


Datin Hjh Badiah Abd Rahman 1990 - 1992 Dato' Hj Mohd Ghazali Mohd Hanafiah 1988 - 1990 Datuk Hj Mohd Diah Hj Nordin 1984 - 1988 Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim 1997 - 1998 Dato' Hj Abdul Rahim Abd. Hamid 1995 - 1997 Tn Hj Abdul Rahman Mohd Ali 1992 - 1995 Dato’ Hj. Omar Mohd Hashim 1976 - 1984 Dato’ Abdul Aziz Ismail 1974 - 1976 Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad 1970 - 1974 Tan Sri Murad Mohd Nor 1966 - 1970 Tun Dr. Hj. Sheikh Hamdan Sheikh Tahir 1963 - 1966 Chong Seck Chin 1960 - 1963 G. F. Daniels 1959 Arianayagan 1958 - 1959 G. D. Muir 1956- 1958 LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 27


CARTA ORGANISASI LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN KANAN KLUSTER PRODUKSI TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK UNIT BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS UNIT BAHASA-BAHASA LAIN UNIT SAINS UNIT MATEMATIK UNIT PENGAJIAN ISLAM LANJUTAN UNIT PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNIT KEMANUSIAAN UNIT PENYUNTINGAN UNIT SOKONGAN TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN UNIT PENGURUSAN DASAR UNIT PENGURUSAN DATA DAN PENENTUAN STANDARD UNIT PENYELIDIKAN, PERKEMBANGAN DAN KEPAKARAN UNIT SOKONGAN TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIT KEJURUTERAAN UNIT TEKNOLOGI ASAS DAN PERKHIDMATAN UNIT TEKNOLOGI PEMBUATAN UNIT PENJAMINAN KUALITI UNIT PENYUNTINGAN UNIT SOKONGAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN ALTERNATIF UNIT PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK DAN PINTAR PELBAGAI UNIT PENTAKSIRAN ALTERNATIF UNIT SOKONGAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SEKTOR PENERBITAN INSTRUMEN UNIT PENGHANTARAN DAN PERCETAKAN INSTRUMEN AKADEMIK UNIT PENGHANTARAN DAN PERCETAKAN INSTRUMEN TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIT PENGHANTARAN & PERCETAKAN INSTRUMEN BRAILLE, MODERASI & BUKAN KONVENSIONAL UNIT SOKONGAN TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN UNIT PEMBANGUNAN TEKNOLOGI UNIT BAHAN AM PEPERIKSAAN UNIT PEMBEKALAN DAN PENGEDARAN UNIT MAKLUMAT DAN PEMPROSESAN KEPUTUSAN UNIT PENGURUSAN ICT DAN MULTIMEDIA UNIT INSPEKTORAT DAN PENGUATKUASAAN PEPERIKSAAN UNIT SOKONGAN TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN SEKTOR OPERASI UNIT MENENGAH ATAS UNIT MENENGAH RENDAH UNIT RENDAH UNIT EKSTERNAL UNIT PRA UNIVERSITI UNIT VOKASIONAL UNIT SOKONGAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN UNIT PENTADBIRAN DAN KESELAMATAN AM UNIT KEWANGAN DAN AKAUN UNIT PEROLEHAN DAN PEMBANGUNAN UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 28


PENGURUSAN TERTINGGI LEMBAGA PEPERIKSAAN DR. MOHD AZAM BIN AHMAD PENGARAH PEPERIKSAAN DR. IBRAHIM BIN MOHD ZAIN TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN KANAN (KLUSTER PRODUKSI) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 29


NOR SAIDATUL IHSHAN BINTI MUSTAPHA TIMBALAN PENGARAH (SEKTOR PENGURUSAN) MOHD ZAMRI BIN HJ. ABDUL AZIZ TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN (SEKTOR OPERASI) BASRI BIN HASSAN TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN (SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN ) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 30


HAJAH JURAIDA BINTI UMAT@BIDIN TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN (SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN) MOHD KHIDZIR BIN AHMAD TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN TEKNIKAL & VOKASIONAL) TIMBALAN PENGARAH PEPERIKSAAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) MD SOM BIN JELON BERKUAT KUASA 11 OKTOBER 2022 SUHAIMI BIN ABDUL MAJID BERSARA PADA 10 OKTOBER 2022 LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 31


KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN LEMBAGA PEPERIKSAAN DR. HABIBAH BINTI MAT REJAB KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN UNIT PENGURUSAN DASAR (SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN) HABIDAH @ ABIDAH BINTI IBRAHIM KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN UNIT MENENGAH ATAS (SEKTOR OPERASI) NASARUDIN BIN MUSA KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN UNIT PENGURUSAN DATA DAN PENENTUAN STANDARD (SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 32


MAZELAN BIN ZAMIDI KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN (SEKTOR PENERBITAN INSTRUMEN) SITI AMNAH BINTI SAHRAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN ALTERNATIF) ABD AZIZ BIN MOHD HASSAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN UNIT BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 33


AB AZIZ BIN MOHD YUSOFF BERKUAT KUASA PADA SEPTEMBER 2022 ZAHARI BIN MOHD ZAIN BERSARA PADA 30 OGOS 2022 NORI SHAM BIN SABIL KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN UNIT PEMBANGUNAN TEKNOLOGI (SEKTOR INSPEKORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN) KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN UNIT KEJURUTERAAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMENTEKNIK VOKASIONAL) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 34


NORAIDA BINTI ALIAS KETUA AKAUNTAN UNIT KEWANGAN DAN AKAUN (SEKTOR PENGURUSAN) AIDA SHAZLEEN BINTI MOHD SOHAIMI KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENTADBIRAN DAN KESELAMATAN AM (SEKTOR PENGURUSAN) FAIZATUL AZNAH BINTI MD NORMAN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (SEKTOR PENGURUSAN) LIYANA BINTI MOHD RAFEK KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PEROLEHAN DAN PEMBANGUNAN (SEKTOR PENGURUSAN) KETUA PENOLONG PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 35


DR. JAIN BIN CHEE KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGURUSAN DASAR (SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN) ROHESAN BIN MUHAMAD KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGURUSAN DATA & PENENTUAN STANDARD (SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN) NOOR FADZILAH BINTI MD RADZI KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGURUSAN DASAR (SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN) NURUL IDZWATY BINTI MOHD NAZIR KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGURUSAN DATA & PENENTUAN STANDARD (SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 36


DR. FARIDAH BINTI JURAIME KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENYELIDIKAN, PERKEMBANGAN DAN KEPAKARAN (SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN) JUITA BINTI RAMLI KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT MENENGAH ATAS (SEKTOR OPERASI) DR. SURINA BINTI HAMED KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT MENENGAH ATAS (SEKTOR OPERASI) NIK MASLIZA BINTI NIK MUHAMAD KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT MENENGAH RENDAH (SEKTOR OPERASI) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 37


NOR KANIDZA BINTI HUSSAIN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT RENDAH (SEKTOR OPERASI) MOHD AZMI BIN ISMAIL KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PRA UNIVERSITI (SEKTOR OPERASI) SURIA MARLINA BINTI MD ZAKARIA KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT EKSTERNAL (SEKTOR OPERASI) AZHAR BIN AHMAD KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT VOKASIONAL (SEKTOR OPERASI) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 38


MAZITA BINTI MOHD KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN TEKNOLOGI (SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN) ROSLIZA BINTI MOHD ROSLI KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PEMBEKALAN DAN PENGEDARAN (SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN) MAHZAN BIN MIAN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT BAHAN AM PEPERIKSAAN (SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN) NOOR AZMAN BIN DAHLAN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN TEKNOLOGI (SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 39


Ts. NORDZIAH BINTI NORDIN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGURUSAN ICT DAN MULTIMEDIA (SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN) SHAIRI BIN HARUN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT KEJURUTERAAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL) NORMALA BINTI ALWI KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT INSPEKTORAT DAN PENGUATKUASAAN PEPERIKSAAN (SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN) MOHD AZAM SHAH BIN OSMAN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT MAKLUMAT DAN PEMPROSESAN KEPUTUSAN (SEKTOR INSPEKTORAT, TEKNOLOGI DAN SISTEM PEPERIKSAAN) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 40


MOHAMAD ROSIDIN BIN NOH KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT TEKNOLOGI ASAS DAN PERKHIDMATAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL) HASNUL HADI BIN AHMAD KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENJAMINAN KUALITI (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL) KAMARUDIN BIN DAUD KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT TEKNOLOGI PEMBUATAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL) WAN HANISAH BINTI WAN YUSOFF KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENYUNTINGAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL) NOR ZIHA BINTI OMAR KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT KEJURUTERAAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 41


ALAWIAH BINTI MOHD HUSSAIN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) LEE CHYE HONG KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT BAHASA-BAHASA LAIN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) SHAFIRON BIN HASHIM KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) MOHD TAAM BIN SOBRI KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT SAINS (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 42


ROMZI BIN ANWAR KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT MATEMATIK (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) LATIP BIN ABDUL RANI KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENDIDIKAN AGAMA ISLAM (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) RUSMIN BINTI YUNUS KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT KEMANUSIAAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) SOFINAZ BINTI DATO’ ABU BAKAR KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGAJIAN ISLAM LANJUTAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) RAFIDI BIN MOHAMED KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENYUNTINGAN (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN AKADEMIK) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 43


AB AZIZ BIN MOHD YUSOFF BERKUAT KUASA SEHINGGA OGOS 2022 NG KAR PEK BERKUAT KUASA PADA SEPTEMBER 2022 KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGHANTARAN & PERCETAKAN INSTRUMENTEKNIK DAN VOKASIONAL (SEKTOR PENERBITAN INSTRUMEN) HAJI KHIRUDDIN BIH AHMAD KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGHANTARAN & PERCETAKAN INSTRUMEN AKADEMIK (SEKTOR PENERBITAN INSTRUMEN) DR RUBIAH BIN DALAIL KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK DAN PINTAR PELBAGAI (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN ALTERNATIF) HAJI SHAMSULAMRI BIN MUSTAPA KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENTAKSIRAN ALTERNATIF (SEKTOR PEMBINAAN INSTRUMEN ALTERNATIF) BERKUAT KUASA PADA JANUARI 2022 HAJI SHAMSULAMRI BIN MUSTAPA BERKUAT KUASA SEHINGGA DISEMBER 2021 ZAMRI BIN AB. KADIR BERKUAT KUASA PADA FEBRUARI 2022 KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENGHANTARAN & PERCETAKAN INSTRUMEN BRAILLE, MODERASI & BUKAN KONVENSIONAL (SEKTOR PENERBITAN INSTRUMEN) LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 44


PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 45


ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 46


ASPIRASI MURID Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 mensasarkan setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam kemahiran pada abad ke-21. LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 47


KEMAHIRAN BERFIKIR (Bab 2: Visi dan Aspirasi, halaman 5, PPPM 2013-2025) Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu. amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting. Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu dan mencipta idea atau pengetahuan baharu. Pemikiran Kritis dan Penaakulan : keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati secara kritis, logik, induktif dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 48


DEFINISI PENTAKSIRAN Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan tidak formal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan eviden yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk proses pendidikan. Proses ialah langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat ialah eviden tentang prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian/prestasi pendidikan murid. Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi murid setelah melalui proses pendidikan. LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 49


Click to View FlipBook Version