LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 150
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 151 SESI FORUM “PENDIGITALAN MEMACU PENTAKSIRAN PENDIDIKAN” Tarikh : 13 Oktober 2021 Tajuk : “Pendigitalan Memacu Pentaksiran Pendidikan” Moderator : Hj. Rohesan Bin Muhamad Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dasar Ahli Panel : Pn. Dr Fariza Khalid Pn. Nor Qaily Sa’ari Pn. Zaidah Mahadi
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 152
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 153 MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN UCAP TAMA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Majis Perasmian Pembukaan Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Tahun 2021 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datin Seri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid.. Beliau turut menyampaikan ucap tama yang menyentuh tentang kepimpinan dalam pentaksiran di era baharu.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 154 AKTIVITI KEROHANIAN DAN RIADAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 155 RESOLUSI PERSIDANGAN MALAM APRESIASI Malam Apresiasi diadakan sebagai tanda penghargaan Lembaga Peperiksan kepada pegawai Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atas gerak kerja cemerlang dalam memastikan pengendalian peperiksaan awam sepanjang tahun 2021 berlangsung dengan lancar dan teratur. Malam Apresiasi tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan YBhg. Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh SPP, JPN bagi meraikan pegawai yang bakal bersara.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 156 1. meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam kalangan pegawai kanan peperiksaan sesuai dengan perkembangan teknologi terkini serta mengamalkan integriti dalam setiap tindakan pada setiap peringkat; 2. memanfaatkan teknologi dalam penghasilan, pengumpulan dan pemasangan item dengan mengekalkan aspek kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan kepada calon; 3. mengaplikasi teknologi digital dalam pengoperasian peperiksaan dan pentaksiran sesuai dengan norma baharu; 4. mempertingkatkan pengautomasian pengurusan dan pendigitalan Lembaga Peperiksaan; 5. menggunakan teknologi digital dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan; 6. membangun dan melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran sesuai dengan keperluan semua murid bagi mewujudkan ekuiti dalam pendidikan; 7. menyediakan platform pembangunan profesionalisme secara teradun untuk meningkatkan kompetensi pentaksiran dalam kalangan guru; 8. membudayakan amalan terbaik dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran di semua peringkat; 9. memperluas dan memperkukuh jaringan dan jalinan kerjasama antara Lembaga Peperiksaan dengan pihak berkepentingan dalam dan luar negara. RESOLUSI PERSIDANGAN Selaras dengan tema Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Tahun 2021 iaitu "Pendigitalan Memacu Pentaksiran Pendidikan", bagi melahirkan generasi fasih digital yang berpotensi melalui pentaksiran berkualiti dan membudayakan penggunaan teknologi digital yang berdaya saing, maka ahli persidangan telah bersetuju dengan ketetapan yang berikut:
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 157 PERSIDANGAN PEGAWAI KANAN PEPERIKSAAN TAHUN 2022 Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Tahun 2022 yang membawa tema “Pentaksiran Berkualiti Insan Berpotensi” anjuran bersama Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Hotel Mercure, Tanjung Bungah, Pulau Pinang bermula pada 20 hingga 23 September 2022. Persidangan ini dihadiri oleh barisan Timbalan Pengarah Peperiksaan, Ketua-ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan para pegawai dari Lembaga Peperiksaan dan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN). Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Pengarah Peperiksaan, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad pada 22 September 2022. Persidangan yang diadakan selama empat hari ini merupakan wadah perbincangan dalam memperhalusi serta memperkemas gerak kerja berkaitan pentaksiran dan peperiksaan antara LP dan SPP, JPN. Antara objektif persidangan ini adalah untuk: berkongsi maklumat tentang perkembangan terkini pentaksiran bagi menambahbaik pengurusan dan pengendalian peperiksaan; merangka pelan strategik Lembaga Peperiksaan selaras dengan perkembangan pentaksiran peringkat antarabangsa; dan merapatkan jurang komunikasi antara Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Persidangan berlangsung dengan lancar dan pada akhir persidangan sebanyak sembilan (9) resolusi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh LP dan SPP, JPN bagi memantapkan lagi pentadbiran pengurusan pentaksiran dan peperiksaan.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 158 SESI PLENO
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 159
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 160 Tarikh : 21 September 2022 Tajuk : Amalan Terbaik Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah Penyampai : Pn. Nurshafiqqah binti Shahrudin Guru Pendidikan Khas SMK Sungai Nibong SESI PERKONGSIAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 161 Tarikh : 21 September 2022 Tajuk : Pentaksiran Berkualiti Insan Berpotensi Moderator : Tn. Hj. Turin bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Kanan, SPP JPN Kedah Ahli Panel : Tn. Hj. Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan En. Zakaria bin Kamaludin Dr. Alla Baksh bin Mohamed Ayub Khan FORUM PENTAKSIRAN BERKUALITI INSAN BERPOTENSI
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 162
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN 163 UCAP TAMA PENGARAH PEPERIKSAAN Majis Perasmian Pembukaan Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Tahun 2022 telah disempurnakan oleh Pengarah Peperiksaan, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad. Beliau turut menyampaikan ucap tama yang menyentuh tentang kepimpinan dalam pentaksiran di era baharu. Usai ucap tama, beliau menyantuni Murid Berkeperluan Pendidikan Khas yang mengadakan pameran dan demonstrasi hasil seni serta pembuatan pastri sebagai sebahagian daripada Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 164 AKTIVITI KEROHANIAN DAN RIADAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 165 MALAM APRESIASI Malam Apresiasi diadakan sebagai tanda penghargaan Lembaga Peperiksan kepada pegawai Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atas gerak kerja cemerlang dalam memastikan pengendalian peperiksaan awam sepanjang tahun 2022 berlangsung dengan lancar dan teratur. Malam Apresiasi tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh kumpulan Boria Putera Wawasan dari SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang. YBhg. Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali turut menyampaikan cenderamata kepada pegawai SPP, JPN yang bersara bagi tahun 2022 dan pemenang aktiviti pertandingan boling.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 166 RESOLUSI PERSIDANGAN Selaras dengan tema Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Tahun 2022 iaitu “Pentaksiran Berkualiti Insan Berpotensi”, bagi melahirkan generasi berpotensi melalui pentaksiran berkualiti, maka ahli persidangan telah bersetuju dengan ketetapan yang berikut: 1. meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam kalangan pegawai kanan peperiksaan dari semasa ke semasa serta mengamalkan sikap jujur, kreatif, yakin, bersemangat memacu perubahan dan berani; 2. membangunkan pelbagai bentuk instrumen pentaksiran yang berkualiti tinggi serta mengendalikan pentaksiran dan peperiksaan secara sistematik mengikut keperluan semasa; 3. meningkatkan kecekapan dalam tadbir urus kewangan dan mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa; 4. mempertingkatkan pelan komunikasi melalui jaringan dan jalinan dengan pihak berkepentingan bagi membolehkan semua inisiatif baharu dilaksanakan dengan jayanya; 5. bersedia mendepani isu dan cabaran secara berpasukan dalam melaksanakan transformasi pentaksiran pendidikan; 6. mengurus dan mengendali pentaksiran dan peperiksaan secara kreatif dan inovatif sesuai dengan tuntutan semasa; 7. melaksanakan fungsi Lembaga Peperiksaan dengan berkesan khususnya dalam Pengurusan Penguatkuasaan Peperiksaan; 8. memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melalui pentaksiran sumatif ke arah meningkatkan potensi, kemajuan dan pencapaian murid; dan 9. meningkatkan kadar kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas melalui pensijilan pentaksiran alternatif.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 167 Pembangunan Pakar Perunding Pentaksiran Pendidikan atau akronimnya P5 adalah program ke arah pembangunan profesionalisme dan kepakaran pegawai Lembaga Peperiksaan (LP) secara berterusan. P5 bertindak sebagai satu program untuk membangunkan kepakaran pentaksiran pendidikan terutamanya pegawai LP melalui program dan aktiviti yang telah dirancang seterusnya membangunkan personel pentaksiran yang kompeten melalui beberapa siri latihan, pementoran dan penilaian berterusan dalam bidang pentaksiran pendidikan. P5 juga bertindak untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan pihak yang terlibat secara langsung dengan pentaksiran pendidikan khususnya guru melalui modul pentaksiran daripada LP. Objektif program P5 adalah untuk: ¬ Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai LP seiring dengan perkembangan pentaksiran pendidikan semasa supaya dapat meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran berkualiti dan menjadi pakar rujuk pentaksiran pendidikan. ¬ Membangunkan modul khidmat pakar perunding pentaksiran pendidikan seperti modul berkaitan literasi pentaksiran pendidikan, reka bentuk dan pembangunan pentaksiran berskala besar, prinsip pentaksiran, pembinaan item dan instrumen, pengurusan dan pengendalian peperiksaan, keselamatan dalam peperiksaan, kaedah psikometrik dan analisis item serta penetapan standard melalui beberapa siri kajian bagi memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul berkenaan untuk meningkatkan kecekapan semua pihak yang terlibat dengan pentaksiran khususnya pihak pelaksana yang mentaksir pembelajaran pelajar. ¬ Menyediakan platform untuk perbincangan berkaitan idea dan isu yang menjadi perhatian pembina ujian dan penggubal dasar serta menawarkan khidmat pakar perunding pentaksiran pendidikan kepada pihak berkepentingan dan pelaksana pentaksiran pendidikan berkaitan kaedah dan pentaksiran terkini dan memenuhi keperluan semasa seperti pentaksiran alternatif dan instrumen integrasi. TIGA FOKUS UTAMA P5 Fokus 1: Pembangunan Kompetensi Pentaksiran Latihan, kursus atau bengkel berkaitan pentaksiran yang wajib dikuasai oleh semua pegawai LP dari semasa ke semasa. Fokus 2: Pembangunan Kepakaran Pentaksiran Latihan, kursus atau bengkel untuk memperlengkapkan pegawai LP dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan sebagai pakar pentaksiran yang boleh memberi sumbangan kepakaran dan khidmat nasihat dalam bidang pentaksiran pendidikan. PEMBANGUNAN PAKAR PERUNDING PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 168 STRATEGI PELAKSANAAN P5 ¬ Membangunkan personel pentaksiran pendidikan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pentaksiran dan kepimpinan pendidikan. ¬ Merancang latihan kepakaran pentaksiran dalaman berbentuk one-off/ berstruktur/bersiri. ¬ Menyediakan platform untuk perbincangan berkaitan idea dan isu pentaksiran pendidikan dalam kalangan warga LP. ¬ Mewujudkan Subject Matter Expert (SME) yang berkepakaran dalam pentaksiran pendidikan. ¬ Merancang latihan kepakaran berstruktur dan intensif kepada pegawai sasaran untuk SME. ¬ Membangunkan modul latihan pentaksiran intensif untuk SME. ¬ Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan pihak yang terlibat secara langsung dengan pentaksiran pendidikan khususnya guru dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran berkualiti. ¬ Menawarkan khidmat pakar perunding pentaksiran pendidikan kepada pihak luar. ¬ Membangunkan modul pentaksiran kepada pihak luar khususnya guru melalui e-KomPeG. Fokus 3: Pembangunan Pentaksiran Pendidikan Bengkel bagi membincangkan perkembangan terkini dan penambahbaikan pentaksiran pendidikan yang sesuai, seiring dengan perkembangan dan memenuhi keperluan semasa. Dalam usaha membangunkan kompetensi dan kepakaran pegawai LP seperti dalam Fokus 1 dan 2, beberapa modul pentaksiran pendidikan telah dibangunkan secara dalam talian menggunakan platform DELIMa KPM. Modul-modul tersebut adalah berkaitan: i. literasi pentaksiran pendidikan; ii. reka bentuk dan pembangunan pentaksiran berskala besar; iii. prinsip pentaksiran, pembinaan item dan instrumen; iv. pengurusan dan pengendalian peperiksaan; v. keselamatan dalam peperiksaan; vi. kaedah psikometrik dan analisis item; dan vii. pelbagai modul yang difikirkan relevan mengikut perkembangan pentaksiran semasa.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 169 LENSA AKTIVITI P5 Penataran e-KomPeG Bengkel Penyediaan Dokumen Kompetensi Fungsi Lembaga Peperiksaan Perkongsian Dapatan Kajian Item KBAT Bengkel Menghasilkan Format Pentaksiran KBAT Penataran KBAT di Sabah, Sarawak dan Labuan
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 170 Tarikh : 23 – 26 Ogos 2022 Tempat : Days Hotel & Suites, Kuala Lumpur Tema : The Syndicate Man Objektif Kursus 1. Mewujudkan rasa cinta dan sayang kepada Lembaga Peperiksaan. 2. Mengetahui peranan, fungsi dan hubungkait setiap sektor di Lembaga Peperiksaan. KURSUS INDUKSI LEMBAGA PEPERIKSAAN Bengkel Penulisan Laporan Akhir Kajian Kesan Penutupan Sekolah Ke Atas Pembelajaran Murid Sekolah Rendah KPM
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 171 Bengkel Kerja Pembangunan Pelan 3-Kaki Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Bagi Tahun 2022
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 172 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) mulai tahun 2021 bagi mentaksir kebolehan dan membangunkan potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. PASM merupakan pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk MBPK pada peringkat sekolah menengah. Pentaksiran ini mengaplikasi model ERRA (Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement) dan mempunyai ciri-ciri pentaksiran yang holistik, bersepadu dan berpusatkan murid. PASM dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan dan pensijilan bagi MBPK pada peringkat sekolah menengah mengikut kesediaan dan kemampuan sebenar mereka. Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) yang dianugerahkan kepada MBPK boleh digunakan untuk menceburi bidang latihan dan kerjaya bagi meneruskan kehidupan bermasyarakat dan berdikari. Pelaksanaan PASM bagi tahun 2021 telah memberi manfaat kepada 3,028 orang MBPK di 776 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia. Seramai 2,028 orang calon PASM tahun 2021 layak dianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM). Majlis Penyampaian Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) Tahun 2021 telah diadakan di Dewan Muzaffar Shah, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah pada 18 Julai 2022. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahamad, Pengarah Peperiksaan, Lembaga Pepeperiksaan, Pengarah-pengarah bahagian di KPM, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai kanan KPM, JPN, PPD, para pengetua, guru-guru, ibu bapa dan MBPK yang menerima SASM.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 173 PERBINCANGAN MEJA BULAT ANTARABANGSA PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH Perbincangan Meja Bulat Antarabangsa Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) telah diadakan pada 22 hingga 24 November 2022 bertempat di Hotel Mercure, Kuala Lumpur. Program ini diadakan bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman melaksanakan PASM kepada pakar-pakar pentaksiran dan pendidikan khas luar negara. Perbincangan Meja Bulat Antarabangsa PASM dilaksanakan sebagai platform menyebar luas pelaksanaan PASM dengan berkongsi maklumat berkaitan PASM dan membina jaringan bersama dengan pakar pentaksiran luar negara dari Indonesia, Thailand dan Singapura. Perbincangan ini turut melibatkan wakil daripada KNK Total Assessment, Yayasan Hasanah, universiti yang menawarkan kursus Pendidikan Khas, SEAMEO SEN, wakil Sekolah Rakan PASM serta pegawai Bahagian KPM. Terdapat lima(5) slot perkongsian sepanjang perbincangan berlangsung, iaitu: ¬ Pengenalan kepada PASM; ¬ Dasar dan Pelaksanaan PASM di Sekolah; ¬ PASM: How It Works in School?; ¬ MyPASM: Integration of Technology in PASM, Feedback& Feedforward; dan ¬ Lawatan ke sekolah Rakan PASM Hasil perkongsian dan diskusi daripada perbincangan tersebut memberikan informasi yang lebih luas dan mendalam berkaitan dengan pentaksiran MBPK dan seterusnya membantu MBPK dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat. Program ini berjaya mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pakar pentaksiran dan pendidikan khas luar negara berkaitan PASM. Selain itu, hasrat untuk membina jaringan kerjasama strategik bersama-sama pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara juga dapat dicapai. Peserta Persidangan Meja Bulat bersama-sama Pengarah Peperiksaan
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 174 Perkongsian maklumat oleh Profesor Madya Dr. Muhamatsakree Manyunu dari Fakulti Pendidikan, Universiti Fatoni, Thailand Penerangan konsep PASM oleh Dr. Khodori bin Ahmad dari KNK Total Asessment Sdn. Bhd. Pelibatan pakar pentaksiran dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 175 LAWATAN KE SEKOLAH RAKAN PASM
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 176 MAJLIS PERSARAAN PERDANA LEMBAGA PEPERIKSAAN TAHUN 2022 Sanjungan Budi Lambaian Kasih Majlis Persaraan Perdana Lembaga Peperiksaan Tahun 2022 telah diadakan pada 17 Oktober 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Blok E12, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis ini diadakan khas bagi meraikan warga Lembaga Peperiksaan (LP) yang bersara sepanjang tahun 2022 setelah mencurahkan khidmat bakti dan sumbangan kepada LP dan KPM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Hj Pkharuddin bin Hj Ghazali, Pengarah Peperiksaan, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, barisan Timbalan Pengarah Peperiksaan dan seluruh warga Lembaga Peperiksaan. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pesara yang diraikan atas sumbangan ikhlas dan curahan bakti selama berkhidmat di LP. Semoga majlis istimewa ini kekal sebagai memori terindah dalam lipatan kenangan pesara LP yang diraikan.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 177 SEKITAR MAJLIS PERSARAAN PERDANA LEMBAGA PEPERIKSAAN TAHUN 2022
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 178
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 179 SEKALUNG PENGHARGAAN DAN SELAMAT BERSARA
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 180
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 181 PROGRAM PEMBUDAYAAN AL-QURAN DAN TAKLIMAT PROFESIONAL PENGARAH PEPERIKSAAN Program Pembudayaan Al-Quran merupakan program mingguan Lembaga Peperiksaan (LP) yang dilaksanakan pada setiap hari Jumaat. Program ini merupakan cetusan minda Pengarah Peperiksaan, YBrs. Dr. Mohd Azam Ahmad dengan hasrat untuk: ◊ membina jati diri mulia dalam kalangan warga Lembaga Peperiksaan berteraskan nilai-nilai murni agama melalui penghayatan Al-Quran. ◊ mempraktiskan ibadah membaca Al-Quran, menghayati kandungannya dan membudayakan Al-Quran dalam kehidupan. ◊ mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga Lembaga Peperiksaan. Taklimat Profesional turut diadakan setiap minggu usai bacaan Al-Quran di mana Pengarah Peperiksaan dan Timbalan Pengarah Peperiksaan LP menitipkan pesanan dan amanat mengenai tanggungjawab setiap warga LP serta nasihat agar semua tanggungjawab yang diamanahkan digalas dengan penuh amanah dan adil. Semoga program pembudayaan Al-Quran dan taklimat profesional ini diberkati dan mendatangkan manfaat kepada seluruh warga LP agar kehidupan seharian dirahmati.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 182
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 183 PELAN KOMUNIKASI LEMBAGA PEPERIKSAAN Sepanjang tahun 2021 dan 2022, Lembaga Peperiksaan telah melaksanakan pelan komunikasi komprehensif bagi menyampaikan informasi terkini berkaitan pentaksiran dan peperiksaan kendalian Lembaga Peperiksaan kepada seluruh warga pendidikan dan masyarakat umum. Susulan penularan wabak COVID-19 pada Mac 2020, program bual bicara diadakan di saluran radio dan televisyen bagi membincangkan hal berkaitan pengendalian peperiksaan awam dalam norma baharu merangkumi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Di samping itu, penerangan berkaitan, Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah, Ujian Akhir Sesi Akademik, Format Pentaksiran bagi peringkat rendah dan menengah rendah serta maklumat terkini berkaitan peperiksaan awam turut disampaikan melalui siaran DidikTV KPM bagi memberi penjelasan serta kefahaman yang jelas kepada pihak berkepentingan dan masyarakat umum.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 184
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 185
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 186
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 187 PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA 2022 Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) 2022 merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat di semua peringkat dapat memahami dan menghayati aspirasi, manifestasi, usaha dan komitmen kerajaan. JAKM 2022 juga berperanan sebagai medium untuk menyampaikan perancangan dan kejayaan pelaksanaan inisiatif kerajaan bagi tahun 2021 dan 2022 semua kementerian. Penganjuran program JAKM 2022 adalah berteraskan kepada perkhidmatan kepada rakyat dan dilaksanakan di 13 buah negeri seluruh Malaysia.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 188 JAKM 2022 disertai oleh semua Kementerian, badan berkanun dan juga pelbagai agensi swasta. Sebagai salah satu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan, Lembaga Peperiksaan turut terlibat dalam JAKM 2022 di 11 buah negeri dimulai dengan negeri Perlis pada 25-27 Mac 2022 dan diakhiri di negeri Pahang pada 28-30 Oktober 2022.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 189 Perkhidmatan yang ditawarkan oleh reruai LP adalah permohonan salinan keputusan peperiksaan, terjemahan sijil dan Patching Sijil SPM. LP turut memberikan khidmat nasihat berkaitan pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan dan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi calon persendirian. Pegawai LP juga memberikan penerangan berkaitan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) dan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas turut menunjukan demonstrasi pembuatan roti dan pastri kepada pengunjung.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 190 Perkhidmatan yang ditawarkan oleh LP mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pengunjung yang terdiri daripada remaja lepasan SPM, kakitangan kerajaan dan swasta serta ibu bapa. Reruai LP turut dikunjungi oleh barisan Menteri, Ketua Setiausaha dan Pengurusan Tertinggi dari pelbagai kementerian serta kerajaan negeri.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 191 PERLIS 25-27 Mac 2022 KELANTAN 22-24 Julai 2022 NEGERI SEMBILAN 7-10 2022 SABAH 20-22 Mei 2022 SARAWAK 5-7 Ogos 2022 MELAKA 14-16 Oktober 2022 TERENGGANU 2-4 Jun 2022 SELANGOR 19-21 Ogos 2022 PAHANG 28-30 Oktober 2022 PERAK 1-3 Julai 2022 KEDAH 2-4 September2022 01 05 09 02 06 10 03 07 11 04 08 LOKASI JAKM 2022
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 192
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 193 PERPINDAHAN LOKASI PERPUSTAKAAN DATO’ HJ PKHARUDDIN BIN HJ GHAZALI Pada bulan Disember 2022, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memohon jasa baik Lembaga Peperiksaan (LP) untuk memberikan satu ruang pejabat kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) memandangkan ruang pejabat BPM .sedia ada tidak mencukupi untuk menampung pertambahan kakitangan. LP bersetuju agar perpustakaan Dato’ Hj Pkharuddin bin Hj Ghazali yang terletak di Aras 2, Blok E11, LP dikosongkan dan diserahkan kepada BPM. Lokasi baharu perpustakaan adalah di Aras 7, Blok E11. Proses pemindahan lokasi perpustakaan tersebut mengambil masa anggaran sebulan melibatkan pegawai dan kakitangan Sektor Dasar Pentaksiran dan Sektor Pengurusan.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 194
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 195 PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Lembaga Peperiksaan (LP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontinjen LP yang telah beroleh kejayaan dalam Karnival Sukan MESCA 2022. ◊ Naib Johan Bola Sepak 9 Sebelah (Veteran) ◊ Naib Johan Ping Pong Semoga kontinjen LP terus bersemangat dan menempa kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 196 KHIDMAT BAKTI WARGA LEMBAGA PEPERIKSAAN Lembaga Peperiksaan (LP) dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda daerah Sepang dan Hulu Langat pada 21 Disember 2021. Musibah tersebut turut melibatkan beberapa orang warga LP yang berhadapan dengan kemusnahan dan kerosakan kediaman dan harta benda. Berpegang kepada pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, seluruh warga LP termasuk Pengurusan Tertinggi menziarah dan menyantuni mereka yang ditimpa musibah dan sama-sama berganding bahu membantu membersihkan kediaman dan harta benda yang masih boleh diselamatkan. Sumbangan bekalan makanan dan kewangan turut dihulurkan bagi meringankan beban yang ditanggung. Sesungguhnya kita semua adalah KELUARGA BESAR LP yang sarat dengan kasih sayang dan tiada siapa dipinggirkan.
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 197
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 198 TERIMA KASIH WARGA LEMBAGA PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 & 2022 199 SOROTAN AKTIVITI 2021 & 2022