The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN KEBERKESANAN RENANG TERHADAP KANAK-KANAK AUTISTIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakiahmdyusof, 2023-11-27 22:04:33

KAJIAN KES AUTISME

KAJIAN KEBERKESANAN RENANG TERHADAP KANAK-KANAK AUTISTIK

Keywords: RENANG AUTISTIK

INTERVENSI INTEGRASI SENSORI UNTUK MURID AUTISTIK BERMASALAH TINGKAH LAKU DI PRA SEKOLAH MOHD ZAIDI BIN HASSAN @ OTHMAN .. DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) (MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS) FAKULTIPEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2019


v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah integrasi sensori sebagai intervensi untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid autistik. Objektifkajian adalah untuk mengenal pasti masalah tingkah laku, jenis aktiviti integrasi sensori yang berkesan dan kesan intervensi terhadap tingkah laku murid autistik. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan tiga orang murid autistik dan seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah rendah yang mempunyai kelas prasekolah Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Butterworth, Pulau Pinang. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu senarai semak tingkah laku sensori, protokol temu bual dan laporan sesi intervensi. Data pemerhatian, temu bual dan dokumen rasmi dianalisis secara tematik menggunakan pendekatan Kahn dan Cannell. Dapatan pemerhatian telah menunjukkan empat masalah utama tingkah laku sensori yang dihadapi murid autistik iaitu tidak suka dipegang, sukar mengekalkan tumpuan, tidak dapat bersosial dan tiada hubungan mata ketika bercakap. Dapatan temu bual pula menunjukkan responden dapat bertingkah laku positif selepas enam kali sesi intervensi dijalankan. Seterusnya dapatan dokumen pula telah menunjukkan bahawa aktiviti melompat atas trampoline merupakan aktiviti yang dapat membantu murid autistik bertingkah laku positif. Kesimpulan daripada kajian telah menunjukkan penggunaan kaedah integrasi sensori sebagai intervensi dapat mengurangkan masalah tingkah laku telah membantu murid autistik untuk bertingkah laku positif. Implikasi kajian ini menunjukkan aktiviti integrasi sensori adalah sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid autistik bagi menggalakkan murid autistik bertingkah laku positif.


vi SENSORY INTEGRATION INTERVENTION FOR PROBLEMATIC BEHAVIOR AUTISTIC STUDENT IN PRE SCHOOL ABSTRACT This study aims to investigate the use of sensory integration methods as interventions to reduce the behavioral behavior of autistic pupils. The objectives of the study were to identify behavioral problems, the types of effective sensory integration activities and the effect of intervention on the behavior of autistic pupils. Qualitative approaches with case study designs have been used in this study. The selection of respondents was conducted by sampling aimed at involving three autistic students and a special education teacher in a primary school with Pre-school Special Education Special Programs in Butterworth, Penang. Three types of research instruments are used as a checklist of sensory behavior, interview protocol and intervention session reports. Observation data, interviews and official documents are analyzed by thematic using approach Kahn and Cannell. Observation findings have shown four major problems of sensory behavior faced by autistic pupils that they do not like to hold, difficult to maintain, not socialize and have no eye contact when speaking. While interview findings show that respondents can behave positively after six intervening sessions. Furthermore, document findings have shown that jumping on trampoline is an activity that can help autistic students behave positively. The conclusions from the study have shown that the use of sensory integration methods as an intervention to reduce behavioral problems has helped autistic students to behave positively. The implication of this study shows that sensory integration activity is appropriate in the teaching and learning process of autistic pupils to encourage autistic students to· behave positively.


vii KANDUNGAN Muka Surat PERAKUAN KEASLIAN ii PENGESAHAN PENYERAHAN TESIS iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiv SENARAI·SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi BABI PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 6 1 ..2. l Diagnostik Autisme Berdasarkan 6 American Psyshiatric Association 1.2.2 Diagnostik Autisme Berdasarkan 7 Kementerian Kesihatan Malaysia 1.2.3 Statistik Kes Autisme Dalam dan Luar 7 Negara 1.2.4 Program Intervensi Untuk Murid Autistik 8 1.2.5 Murid Autistik dan Sensori 10


BAB2 viii 1.2.6 Program Pendidikan Murid Autistik 11 1.3 Pernyataan Masalah IJ 1.4 Tujuan Kajian 15 1.5 ObjektifKaj ian 15 1.6 Persoalan Kaj ian 16 1.7 Kepentingan Kajian 16 1. 7. 1 Kepentingan Kajian Kepada Murid 17 Autistik Prasekolah 1. 7. 2 Kepentingan Kajian Kepada Guru 17 1. 7. 3 Kepentingan Kajian Kepada Ibubapa 17 1. 7. 4 Kepentingan Kajian Kepada Kementerian 18 Pendidikan Malaysia 1.8 Batasan Kajian 18 1.9 Kerangka Konseptual 18 1.10 Definisi Operasional 22 1. 10. 1 Intervensi Integrasi Sensori 22 1. 10.2 Murid Autistik Pra Sekolah 22 1. 10.3 Bermasalah Tingkah Laku 23 1.11 Kesimpulan 23 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 25 2.2 Kefahaman Konsep 27 Etiologidan Ciri-ciriAutisme 27 2.2.2 Intervensi Kepada Murid Autistik 31 2.2.3 Permasalahan Integrasi Sensori 35


ix 2.2.4 Tingkah Laku Murid Bermasalah 38 Pembelajaran 2.2.5 Permasalahan Tingkah Laku Murid 42 Autistik 2.3 Teori Asas Kajian 45 2.. 3.1 Teori Tingkah Laku Skinner 45 2.3.2 Teori Pemodelan Bandura 46 2.3.3 Aplikasi Teori Dalam Kajian 48 2.4 Kajian Lalu 48 2.5 Kesimpulan 52 BAB3 METADOLOGIKAJIAN 3.1 Pengenalan 54 3.2 Reka BentukKajian 54 3.3 Sampel 57 3. 3. 1 Responden Murid 58 3.3.2 Responden Guru 60 3.4 Lokasi Kajian 61 3.5 Kaedah Pengumpulan Data 61 3.6 Kaedah Analisis Data 64 3.7 Instrumen Kajian 69 3.8 Kajian Rintis 76 3.9 Kesimpulan 78 BAB4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 79


x 4.2 Analisis Dapatan Kajian 79 4.2.1 Soalan Kajian 1: Apakah Masalah Tingkah 80 Laku Yang Dihadapi Dalam Kalangan Murid Autistik 4.2.2 Soalan Kajian 2: Apakah Jenis Aktiviti Intergrasi 100 Sensori Berkesan Boleh Membantu Murid Autistik Bermasalah Tingkah Laku 4.2.3 Soalan Kajian 3: Apakah Kesan Intervensi 108 Berasaskan Aktiviti Integrasi Sensori Untuk Membantu Murid Autistik Bermasalah Tingkah Laku 4.3 Kesimpulan 135 BAB5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 138 . 5.2 Perbincangan Dapatan Kaj ian 138 5.2.1 Masalah Tingkah Laku Yang Dihadapi Dalam 138 Kalangan Murid Autistik 5.2.2 Jenis Aktivti Integrasi Sensori Yang Berkesan 141 Untuk Membantu Murid Autistik Bermasalah Tingkah Laku 5.2.3 Kesan Intervensi Berasaskan Aktiviti 145 Integrasi Sensori Untuk Membantu Murid Autistik Bermasalah Tingkah Laku 5.3 Implikasi Dapatan Kajian 148 5.3.1 Implikasi Kepada Guru Pendidikan Khas 148 5.2.3 Implikasi Kepada Murid Autistik 149 5.3.3 Implikasi Kepada Ibu Bapa 149 5.3.4 Implikasi Kepada Pusat Perkhidmatan 150 Pendidikan Khas 5.3.5 Implikasi Kepada Jabatan Pendidikan 151 Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia


xi 5.4 5.5 Batasan Kajian dan Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan 151 151 RUJUKAN LAMPIRAN 156


No. Jadual 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 4.1 4.2 4.3 4.4 SENARAI JADUAL Maklumat Responden Murid Maklumat Responden Guru Kadar Peratusan Pengesahan Pakar Untuk Instrumen Senarai Semak Tingkah Laku Sensori Rumusan Pakar Bagi Instrumen Senarai Semak Tingkah Laku Sensori Kadar Peratusan Pengesahan Pakar Untuk Instrumen Soalan Temu Bual Rumusan Pakar Bagi Instrumen Soalan Temu Bual Rumusan Pakar Bagi Instrumen Senarai Semak Tingkah Laku Sensori Kaj ian Rintis Rumusan Pakar Bagi Instrumen Soalan Temu Bual Guru Kajian Rintis Masalah Tingkah Laku Sensori Yang Ditunjukkan Oleh Responden Kajian Rumusan Masalah Tingkah Laku Sensori Responden RM 1 Berasaskan Senarai Semak Tingkah Laku Sensori, Temu Bual Guru dan Sesi Intervensi Rumusan Masalah Tingkah Laku Sensori Responden RM 2 Berasaskan Senarai Semak Tingkah Laku Sensori, Temu Bual Guru dan Sesi Intervensi Rumusan Masalah Tingkah Laku Sensori Responden RM 3 Berasaskan Senarai Semak Muka Surat 60 60 71 72 74 75 77 78 81 94 96 98 xii


4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 Tingkah Laku Sensori, Temu Bual Guru dan Sesi Intervensi Kekerapan Responden Kajian Bertingkah Laku Positif Semasa Enam Sesi Intervensi Dijalankan Rumusan Jenis Aktiviti Yang Berkesan Untuk Membantu Responden Kajian Bertingkah Laku PositifTingkah Laku Berdasarkan Senarai Semak Kesan Sesi Intervensi Berasaskan Aktiviti Integrasi Sensori Untuk Membantu Mengurangkan Murid Yang MasalahTingkah Laku Rumusan Kesan Intervensi Berasaskan Kaedah Integrasi Sensori Untuk Membantu Responden Kaj ian Murid Autistik Bermasalah Tingkah Laku Berdasarkan Temu Bual Responden Guru dan Laporan Sesi Terapi Responden RM 1 Rumusan Kesan Intervensi Berasaskan Kaedah Integrasi Sensori Untuk Membantu Responden Kaj ian Murid Autistik Bermasalah Tingkah Laku Berdasarkan Temu Bual Responden Guru dan Laporan Sesi Terapi Responden RM 2 Rumusan Kesan Intervensi Berasaskan Kaedah Integrasi Sensori Untuk Membantu Responden Kaj ian Murid Autistik Bermasalah Tingkah Laku Berdasarkan Temu Bual Responden Guru dan Laporan Sesi Terapi Responden RM 3 101 108 110 130 132 134 xiii


No. Rajah 1.1 3.1 3.2 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 SENARAI RAJAH Kerangka Konseptual Kajian Enam Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Penyelidik Kajian Kes Carta Alir Prosedur Kajian Masalah Tingkah Laku Sensori Responden Kajian Secara Keseluruhan Masalah Tingkah Laku Sensori Responden Kajian Berdasarkan Aspek Integrasi Sensori Pengurangan Kekerapan Masalah Tingkah Laku Sensori Responden RM 1 Pengurangan Kekerapan Masalah Tingkah Laku Sensori Responden RM 2 Pengurangan Kekerapan Masalah Tingkah Laku Sensori Responden RM 3 Peratus Pengurangan Masalah Tingkah Laku Responden Secara Keseluruhan Muka Surat 20 56 63 83 .83 116 122 117 118 xiv


3PK APA ADHD APA BPKhas DBP DSM IDEA IS KKM KSSR M-CHART NASOM OKU PdP PPKIBP PDK RPI TCK SENARAI SINGKATAN Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas American Psyschiatric Association Attention Deficit Hyperactive Disoder Autistic Spectrum Disoder Bahagian Pendidikan Khas Dewan Bahasa dan Pustaka Diagnostic and Statistical Manual ofMental Health Individual With Disabilities Education Integrasi Sensori Kementerian Kesihatan Malaysia Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modified Checklistfor Autism in Toddlers The NationalAutism Society Malaysia Orang Kurang Upaya Pengajaran dan Pembelajaran Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Rancangan Pendidikan Individu Terapi Cara Kerja xv


xvi SENARAI LAMPIRAN A Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Daripada Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia C Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Daripada Jabatan Pendidikan Negeri pulau Pinang D Surat Perlantikan Sebagai Pakar Penilai Kesahan Instrumen E Borang Kebenaran Ibu bapa / Penjaga Responden F Borang Kebenaran Guru Pendidikan Khas G Borang Laporan Sesi Intervensi H Soalan Temu Bual Guru I Senarai Semak Tingkah Laku Sensori


'BABl PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Intervensi merupakan satu perkhidmatan dan sokongan yang disediakan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah perkembangan dari segi mental dan fizikal. Menurut Norfishah (2015), intervensi didefinisikan sebagai usaha yang tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat. Intervensi bertujuan untuk mengurangkan kesan kepada kelewatan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut. Di samping itu juga ia akan menyediakan sokongan kepada kanakkanak dan keluarga dalam pencegahan pertambahan masalah atau keterukan kecacatan yang dialami (Kaiser,2003).


2 Komponen intervensi adalah dalam bentuk terapi, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, sokongan moral, informasi, kewangan dan juga kaunseling ( Allen-Meares & Frase 2004). Intervensi boleh diberikan seawal usia kanak-kanak selepas lahir hingga berusia 5 tahun. Antara individu yang boleh menjalankan intevensi ialah ahli fisioterapi, pakar perubatan, audiologis, pakar ortopedik, terapis dan guru pendidikan khas (Hallahan & Kauffman,2006; Kuder 2003). Ini bertujuan membantu ibu bapa mengawal dan menangani masalah anak mereka. Menurut Hallahan & Kauffman (2006), lebih awal kecacatan seseorang kanak-kanak dikenal pasti dan diberikan intervensi yang bersesuaian maka lebih cepat proses pemulihan berhasil. Ia juga dapat menghalang kecacatan itu menjadi lebih teruk. Intervensi juga merupakan kaedah yang paling berkesan untuk mewujudkan kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin. Intervensi memainkan peranan penting dalam melengkapkan murid kurang upaya dengan kemahiran asas seperti bertutur, menulis, dan membaca ( Molly,2007). Intervensi juga dapat mengurangkan kesan kelewatan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas termasuklah autistik. Di Malaysia, intervensi disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang bermasalah penglihatan, pendengaran, dan pembelajaran. Terdapat empat tujuan utama intervensi disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas iaitu membekalkan sokongan kepada keluarga, meningkatkan perkembangan kanak-kanak khas dalam bidang komunikasi dan mobiliti, meningkatkan keyakinan, dan persediaan menghadapi masalah pada masa hadapan (Norfishah, 2015). Sehubungan itu intervensi amatlah perlu untuk dipraktikkan kepada kanak-kanak auttistik demi kelangsungan hidup mereka. Sehubungan itu pelbagai program dan aktiviti yang boleh


3 disediakan kepada kanak-kanak tersebut. Setelah dikenal pasti ketidakupayaan kanak-kanak itu, intervensi akan dilaksanakan berdasarkan keperluan yang yang melibatkan gabungan usaha pendidikan, pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial, dan juga sokongan kepada keluarga (Hanson&Lynch,2001). Bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga, beberapa program boleh disediakan antaranya program yang melibatkan bidang perkembangan fizikal, kognitif, dan emosi. Bagi menjayakan program itu, khidmat terapi atau perkhidmatan melalui terapi cara kerja, terapi pertuturan, fisio terapi, dan perkhidmatan sokongan keluarga boleh disediakan (Strock,2004). Terdapat beberapa personal yang boleh memberikan intervensi kepada kanakkanak ini seperti ahli terapis, doktor, jururawat, guru pendidikan khas, dan juga individu yang berkemahiran dalam sesuatu bidang. Ini bertujuan untuk meningkatkan kefungsian ketidakupayaan kanak-kanak itu pada tahap yang maksimum. Sehubungan itu guru pendidikan khas perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan dengan bacaan dan juga menghadiri bengkel atau seminar dalam bidang tertentu. Guru perlu berganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru juga perlu bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebabsebab dan hubungan sebab musabab melaksanakan tugas ini. Ini bertepatan dengan (Robiah, 1998) menyatakan guru yang profesional ialah guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan, dan pembentukan sahsiah.


4 Keyakinan dan pengetahuan guru pendidikan khas dalam mengajar murid autistik amat diperlukan dalam memastikan mereka dapat meningkatkan tahap kefungsian yang maksimum. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Hasnah Toran (2010) menunjukkan responden kurang pengetahuan mengenai autisme. Sebagai seorang guru pendidikan khas perlu mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti kemahiran terapi untuk diaplikasikan kepada murid-murid. Penyataan ini berdasarkan hasil temuramah dengan penyelia dan guru-guru dari tujuh pusat pendidikan khas di kawasan pusat bandar raya di Malaysia berkaitan dengan penggunaannya terapi intergrasi sensori ( Leong, Han Ming; Stephenson, Jennifer; Carter, 2011). Di samping itu juga kelakuan murid autistik ini juga akan mengganggu murid-murid lain dalam kelas. Guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada murid autistik dan mengabaikan murid lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menyebabkan guru tidak dapat memberikan tumpuan kepada murid autistik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan atau pemulihan kemahiran sensori merupakan intevensi yang paling sesuai dan kerap digunakan kepada kanak-kanak autistic (Lynn Plimley & Maggie Bowen, 2006). Latihan pemulihan ini akan membantu kanak-kanak autistik supaya lebih tenang, peka terhadap persekitaran, dan melakukan aktiviti harian dengan sebaik mungkin.


5 Tingkah laku hiperaktif sering dikaitkan dengan murid autistik. Tingkah laku hiperaktif yang dimaksudkan ialah tidak duduk diam, mengganggu murid lain dalam bilik darjah, dan juga tidak dapat memberikan tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Jamila, 2005). Ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan akan memberikan kesan kepada prestasi akademik. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta alatan amatlah membantu murid-murid pendidikan khas pra sekolah dalam memenuhi keperluan mereka. Guru perlu mempunyai pengetahuan dan ilmu dalam membimbing murid-murid pendidikan khas (Culatta dan Tompkins, 1999). Dalam kajian ini penyelidik berpendapat bahawa murid autistik perlu didedahkan dengan intervensi menggunakan kaedah integrasi sensori agar mereka dapat bertindak balas dengan persekitaran. Vrinda Murphy (2009), menyatakan bahawa integrasi sensori merupakan satu salah satu pilihan terapi yang sesuai kepada individu autistik. Kaedah ini amat sesuai untuk membantu individu yang mempunyai masalah tingkah laku. Ini bertujuan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Justeru itu, satu keperluan untuk menilai kaedah integrasi sensori dalam kalangan murid autistik sebagai persediaan untuk memahami persekitaran mereka. Menurut Sakinah Idris, Nor Azizah Nurdin dan Muhammad Hibatullah Romli (2014), terapis cara kerja memberi tumpuan kepada kerja praktikal dan bantuan kemahiran diri yang akan membantu kanak-kanak autistik dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu terapis akan membantu menggunakan integrasi deria (sensory integration), koordinasi pergerakan,


6 dan kemahiran motor halus. Bagi memastikan intervensi ini berkesan dan berjaya dalam sistem pendidikan di . > Malaysia, guru pendidikan khas khususnya perlulah dibekalkan dengan kemahiran khas dalam integrasi sensori. 1.2 Latar Belakang Kajian 1.2.1 Diagnostik Autisme Berdasarkan American PsyshiatricAssociation Berdasarkan Diagnostic and Statistical Manuan of Mental Disoder 4th Edition ( DSM-IV), dalam American Psyshiatric Association,( 2013), autisme itu dibahagikan kepada empat diagnosis berbeza iaitu autistic disorder ( autism), Asperger disorder, childhood disintegrative dan gangguan perkembangan pervasive atau pervasive developmental disorder. Namun, memandangkan keempat-empat jenis diagnosis berbeza itu tidak digunakan secara konsisten di klinik dan pusat rawatan, maka DSM-IV telah dikemas kini kepada DSM-V ( American Psyshiatric Association, 2013). Berdasarkan DSM-V ( American Psyshiatric Association, 2013) ini, tiada lagi empat diagnosis yang berbeza, sebaliknya, kesemuanya diletakkan di bawah satu kategori sahaja iaitu Autism Spectrum Disoder (ASD) dengan dua masalah utama iaitu kekurangan dari aspek kemahiran komunikasi dan interaksi sosial, dan kecenderungan untuk melakukan tingkah laku berulang yang stereotaip dan terhad, dan minat atau obsess pada sesuatu benda atau aktiviti. Oleh itu, berdasarkan DSM-V, diagnosis ASD hanya diberikan jika kedua-dua masalah tersebut wujud.


7 Perubahan daripada DSM-IV kepada DSM-V telah membolehkan pengesanan kanakkanak yang mengalami autisme pada peringkat yang lebih awal kerana berdasarkan kriteria dalam DSM-V, individu yang mengalami autisme perlu menunjukkan simptom-simptom autisme dari peringkat awal kanak-kanak ( American Psyshiatric Association, 2013). Maka, dengan merujuk kepada DSM-V dalam American Psyshiatric Association (2013), autisme merupakan satu kecelaruan perkembangan yang memberi kesan teruk kepada kebolehan mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain disamping melakukan tindakan stereotaip dan berulang, serta mempunyai minat atau obsess pada sesuatu benda yang didapati pada kanak-kanak sebelum berumur tiga tahun. 1.2.2 Diagnostik Autisme Berdasarkan Kementerian Kesihatan MaJaysia Kementerian Kesihatan Malaysia (2014) telah mendefinisikan autisme sebagai satu kecelaruan perkembangan yang boleh dilihat melalui masalah komunikasi, tingkiah laku dan kemahiran sosial yang, lazimnya hadir ketika zaman kanak-kanak. Kementerian Kesihatan Malaysia (2014) menggunakan instrumen Modified Checklist/or Autism in Toddlers (M-CHART) untuk mengesan kes autisme dalam kalangan kalangan kanak-kanak yang berumur 18 hingga 24 bulan. 1.2.3 Statistik Kes Autisme DaJam dan Luar Negara Berdasarkan Fombonne (2009), kadar kebarangkalian kanak-kanak autistik telah meningkat iaitu dalam lingkungan satu dalam 150 individu kepada satu dalam 88 individu. Terkini, data


8 daripada Centres for Disease Control and Prevention (2015) telah menunjukkan bahawa sebanyak satu dalam 68 orang kanak-kanak berkemungkinan mengalami autisme. Berdasarkan Kogan et al (2009) lebih ramai kanak-kanak lelaki yang mengalami autisme berbanding kanakkanak perempuan dan nisbah 4:1. Walau bagaimanapun, masih belum ada statistik rasmi tentang kadar nisbah kes autisme di Malaysia. Namun, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan M-CHART dalam kalangan bayi yang berusia 18 hingga 36 bulan, didapati nisbah kes autisme di Malaysia adalah lebih kurang 16 dalam 1000 ( Kementerian Kesihatan Malaysia,20 14). Merujuk kepada perangkaan tahun 2008 pula, terdapat 16,000 orang kanak-kanak autistik yang berumur kurang daripada 15 tahun di Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015). Berdasarkan Bhat, Landa, dan Galloway (2011), autisme merupakan kes paling banyak didiagnos oleh pakar kanak-kanak di Amerika Syarikat, di mana sebanyak 36,500 kes baru dicatatkan pada setiap tahun dan kini sudah mencapai 730,000 kes. Maka, dapatlah dilihat di sisni, bahawa kes autisme ternyata semakin meningkat setiap tahun. 1.2.4 Program Intervensi untuk Murid Autistik Prasekolah Program intervensi merupakan satu perancangan pendidikan untuk kanak-kanak yang dikenal pasti dan disahkan mempunyai ketidakupayaan sama ada dalam aspek pendengaran,


9 penglihatan, pertuturan, fizikal atau masalah pembelajaran. Kompenen intevensi adalah dalam bentuk terapi, pendidikan, perkhidmatan kesihatan. Sokongan moral, informasi, kewangan, dan kaunseling (Allen-Meares & Fraser,2004). Intervensi boleh diberikan seawal usia kanakkanak selepas dilahirkan hingga berusia enam tahun. Antara individu yang boleh menjalankan intervensi ialah fisioterapi, pakar perubatan, audiologis, pakar ortopedik, terapis dan guru pendidikan khas ( Hallahan & Kauffman 2006; Kuder,2003 ). Tujuan intervensi dijalankan adalah untuk membantu ibu bapa mengawal dan menangani masalah anak mereka. Menurut Hallahan & Kauffman 2006) lebih awal kecacatan seseorang kanak-kanak dikenal pasti dan diberikan program intervensi yang bersesuaian, maka lebih cepat proses pemulihan berhasil. Intervensi boleh menghalang kecacatan yang dialami menjadi lebih teruk. Program intervensi juga merupakan kaedah yang paling berkesan untuk mewujudkan kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin. Intervensi memainkan peranan penting dalam melengkapkan murid kurang upaya dengan kemahiran asas seperti bertutur, menulis, dan membaca ( Molly,2007). Yang menjadi isunya, intervensi selalunya dianggap sebagai tugas guru di sekolah. Terdapat kanak-kanak yang berada dalam persekolahan tidak didiagnosis lebih awal. Setelah memasuki alam persekolahan di peringkat pra sekolah. Pihak guru mendapati kanak-kanak tersebut mempunyai ciri-ciri kurang upaya. Maka proses untuk memberi intevensi mengambil masa yang lebih lama kerana perlu melalui beberapa prosedur. Akibatnya kanak-kanak tersebut lambat mengikuti program intevensi. Hal ini menjejaskan proses pembelajaran murid dan memberi kesan terhadap pelan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


10 1.2.5 Murid Autistik dan Sensori Mengenal pasti individu kurang upaya khususnya pada peringkat kanak-kanak bermakna . membuat klasifikasi tentang kategori kurang upaya. Mengklasifikasikan ciri kurang upaya haruslah bermula dengan kefahaman tentang konsep kurang upaya dan definisi terma mengenai kurang upaya. Hubungan antara klasifikasi, kategori dan ciri menghubungkaitkan konsep dan definisi yang berkaitan dengan kurang upaya. Secara umumnya kurang upaya dikaitkan dengan bermasalah penglihatan dan pendengaran tetapi dalam konteks yang lebih akademik, kurang upaya juga melibatkan aspek kognitif, emosi, sensori, fizikal dan psikomotor ( Garguilo,& Kilgo,2005; Hallahan & Kauffman,2006). Bagi murid autistik, masalah sensori adalah berkaitan dengan ketidakupayaan sensori untuk berfungsi dengan sempuma untuk mereka menyesuaikan diri dengan alam persekitaran. Menurut Kem (2000) semakin usia meningkat, pemprosesan sensori pendengaran, penglihatan, dan rasa turut meningkat tetapi sensori sentuhan tidak berkembang bagi murid autistik. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memproses sensori berbanding murid yang seusia dengan mereka. Masalah ini akan mengganggu mereka untuk berinteraksi dengan persekitaran. Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, dan Zainddin Mohd Isa (2014) menjelaskan bahawa perkara ini berlaku disebabkan oleh masalah sensori yang menyebabkan mereka


11 berasa tidak selesa. Malah, ketika berusia lima tahun, murid autistik sudah mula menunjukkan tanda tiada hubungan mata bila berinteraksi. 1.2.6 Program Pendidikan Murid Autistik Norfishah Mat Rabi (2015) menjelaskan bahawa semua kanak-kanak berkeperluan khas boleh mengurus diri wajib mendapat pendidikan formal. Oleh itu, bagi membolehkan setiap kanakkanak berkeperluan khas berpeluang mendapat pendidikan formal, KPM telah mewujudkan Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Penubuhan PPKIBP adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran khususnya kanak-kanak autistik untuk berkongsi kemudahan pendidikan formal seperti mana murid normal. Seterusnya , membolehkan perkongsian persekitaran dan sosial, di mana ia boleh memberikan pengalaman minda, emosi, jasmani, rohani dan bahasa yang berguna kepada kanak-kanak autistik. Selain itu, penglibatan kanakkanak autistik dalam pergaulan dan secara tidak langsung turut membantu mereka untuk menzahirkan tingkah laku yang positif(Norfisah Mat Rabi, 2015). Pada tahun 2014, KPM telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk pendidikan khas dengan memasukkan elemen yang berkaitan dengan deria atau sensori dalam sukatan pelajaran. Dokumen Kurikulum standart Sekolah Rendah Pendidikan Khas disediakan bagi merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan khas. Keberkesanan pelaksanaan KSSR ini memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat


12 pendidikan khas sebagaimana seperti yang tersurat dalam dokumen KSSR. Berdasarkan Norfishah Mat Rabi (2015), kurikulum yang digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah menggunakan kurikulum khas yang telah mengambil kira kepelbagaian keupayaan kanakkanak autistik selaras dengan Akta Pendidikan 1996. Maka kurikulum yang telah digubal pada 2014 oleh KPM telah menyediakan satu pendekatan proses PdP yang fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PPKIBP. Kanak-kanak autistik sering bertingkah laku hiperaktif. Mereka sering tidak boleh duduk diam dan gemar bergerak dari satu tempat ke satu tempat ( Razhiyah,2008 ). Kadang kala murid-murid autistik akan melakukan perkara yang berulang ulang seperti mengganggukkan kepala, menepuk tangan, dan menggoyangkan badan. Ini merupakan tingkah laku yang bersifat semula jadi bagi kanak-kanak autistik. Mereka sendiri tidak sedar akan tingkah laku yang mereka lakukan. Sehubungan itu intervensi salah satu perkhidmatan yang boleh diberikan kepada murid-murid autistik. Intervensi mempunyai perspektif yang holistik untuk memulihkan individu yang mengalami kelambatan agar dapat menyesuaikan dengan persekitaran. Menurut Demchak & Alden(1995), Terapi Cara Kerja(TCK) amat bersesuaian untuk dipraktikan sebagai intervensi kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah lewat perkembangan seperti disleksia, autisme, masalah motor dan sensori. Ini bertujuan agar kanakkanak itu boleh bersedia untuk berhadapan dengan keadaan sekeliling.TCK ini terbahagi kepada lima elemen iaitu postur tubuh badan, kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, integrasi sensori dan pengurusan kehidupan seharian. Sebagai intevensi, integrasi sensori ini


13 diaplikasikan dengan tujuan untuk membantu murid autistik ini menjadi lebih tenang dan fokus kepada pengajaran guru dalam kelas. Intervensi terhadap murid autistik melalui pelbagai kaedah yang dipraktikan dapat membantu mengurangkan masalah yang mereka alami. Di samping itu ,program intervensi ini amat menitik beratkan penglibatan dan sokongan daripada ibu bapa supaya mereka lebih faham tentang masalah anak mereka. Dengan adanya program intervensi seperti ini kanakkanak autistik boleh meningkatkan lagi tahap kefungsian kemahiran sensori, kemahiran motor halus, koordinasi mata tangan dan juga kemahiran kognitif. 1.3 Pernyataan Masalah Hasil daripada kajian terdahulu yang telah dilaksanakan, kebanyakan dasar negara lain telah mempraktikan perkhidmatan sokongan seperti terapi IS untuk murid autistik dalam pelbagai aspek seperti kemahiran motor, kemahiran sensori dan juga pengurusan kehidupan seharian. Di negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, kolaborasi antara guru pendidikan khas dengan profesional terlatih dalam memberi intervensi telah dimaktubkan dalam polisi dasar pendidikan mereka (Strogilos et al 2011). Sehingga kini, perkhidmatan intervensi telah dijalankan di sekolah-sekolah awam di kebanyakan di negara maju untuk murid berkeperluan khas seperti autistik dan ia telah terbukti keberkesanannya (Farrel, 2000).


14 Integrasi Sensori amat berkait rapat dengan perkembangan seseorang individu (Killen & Coplan, 2011) kerana ia membolehkan seseorang individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Menurut The American Occupatinal Therapy (2000), integrasi sensori amat perlu dimiliki oleh setiap individu kerana ia akan membolehkan seseorang itu untuk terlibat secara aktifdalam pelbagai aktiviti. Tinjauan awal penyelidik mendapati guru pendidikan khas pra sekolah kurang berkemahiran dan pengetahuan dalam mengendalikan murid autistik. Ini akan menyebabkan tahap kefungsian sensori murid autistik tidak akan meningkat pada tahap yang sepatutnya. Tiada aktiviti atau garis panduan yang khusus dalam PdP murid autistik. Maka menjadi satu keperluan penyelidik untuk menyediakan aktiviti kepada murid autistik dengan menggunakan kaedah integrasi sensori. Kajian Jackman dan Stagniti (2007), menyatakan tahap pengetahuan guru yang rendah berkaitan terapi cara kerja menyebabkan murid kurang mendapat perkhidmatan ini. Guru pendidikan khas kurang didedahkan tentang teknik-teknik TCK yang boleh dilakukan kepada murid berkeperluan khas bagi meningkatkan tahap kefungsian sensori ( Freeman,MacKinnon & Miller 2004:Kirby,Davies & Bryant 2005). IS adalah gabungan aspek sains dan seni yang membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan secara lebih bermakna melalui akitviti yang bermakna Case - Smith (2010) menyatakan bahawa sekolah adalah tempat murid atau kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti kehidupan. Banyak kaji telah membuktikan bahawa intevensi ini memberi kesan positif terhadap tahap kefungsian sensori murid autistik (Whalen 2002).


15 1.4. Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan kaedah integrasi sensori sebagai intevensi untuk murid autistik pra sekolah yang bermasalah tingkah laku. Ini bertujuan untuk membantu guru pendidikan khas agar dapat meningkatkan kefungsian sensori dalam kalangan murid autistik. Kajian yang dijalankan ini turut bersesuaian dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025 ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) yang menggalaknan perluasan khidmat sokongan kepada murid berkeperluan khas. Penyelidik juga akan mengkaji apakah jenis aktiviti yang bersesuaian dengan murid autistik yang menghadapi masalah tingkah laku. Ini bertujuan supaya murid autistik ini akan dapat memberikan tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 1.5 Objektif Kajian 1.5.1 Mengenal pasti masalah tingkah laku sensori yang dihadapi dalam kalangan murid autistik. 1.5.2 Mengenal pasti aktiviti intergrasi sensori yang berkesan bagi membantu murid autistik bermasalah tingkah laku. 1.5.3 Mengenal pasti kesan penggunaan kaedah integrasi sensori sebagai intervensi untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid autistik


16 1.6 Persoalan Kajian 1.6.1 Apakah masalah tingkah laku sensori yang dihadapi dalam kalangan murid autistik? 1.6.2 Apakahjenis aktiviti intergrasi sensoriyang boleh membantu murid autistik? 1.6.3 Apakah kesan penggunaan kaedah integrasi sensori sebagai intervensi untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid autistik? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk melihat kesan intervensi yang menggunakan elemen intergrasi sensori terhadap tingkah laku murid autistik. Pentingnya kajian ini dijalankan kerana ia akan memberikan impak yang positif kepada beberapa pihak. 1.7.1 Kepentingan kajian kepada murid autistik pra sekolah Kajian ini penting kepada murid autistik kerana ia boleh memberi ruang kepada murid-murid autistik agar lebih terangsang atau aktif dengan alam sekeliling. Di samping itu juga ia boleh meningkatkan produktiviti dan keselesaan kanak-kanak autistik dalam menerima ransangan yang diterima. Ini dapat membantu mereka dalam mengawal diri sendiri dalam menghadapi sesuatu situasi. Akitviti sensori yang dirancang akan dapat membantu murid autistik dalam memberikan penumpuan dan perhatian yang berkualiti ketika belajar.


17 1.7.2 Kepentingan kajian kepada guru Kajian ini adalah menggalakan proses perpindahan dan perkongsian ilmu dan kemahiran antara penyelidik dengan guru khususnya guru pendidikan khas pra sekolah dalam mengawal tingkah laku hiperaktif murid autistik. Maka dengan itu guru akan dapat menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada sebarang gangguan. Di samping itu juga, kajian ini akan meningkatkan kemahiran dan teknik pengajaran guru untuk murid autistik berdasarkan aktiviti sensori yang telah dirancang. 1.7.3 Kepentingan kajian ibu kepada bapa Kajian ini dapat membantu ibu bapa dari aspek menjalankan aktiviti integrasi sensori di rumah. Peningkatan kefungsian sensori tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya guru sahaja yang memainkan peranan. Jika ibu bapa turut serta dalam memastikan anak mereka latihan di rumah. Aktiviti yang dirancang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja. 1.7.4 Kepentingan kajian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia Kajian ini berkepentingan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan Khas dalam menyediakan kursus yang berkaitan dengan intervensi kepada guruguru pendidikan khas. 1.8. Batasan Kajian


18 Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada aspek-aspek tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan kajian ini merangkumi aspek tempat, sampel kajian, elemen dalam integrasi sensori dan juga masa kajian. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kerajaan dalam daerah Butterworth yang mempunyai kelas pra sekolah pendidikan khas. Jumlah sampel dalam kajian ini adalah seramai tiga orang murid dan seorang guru pendidikan khas. Memandangkan sampel yang kecil, maka secara jelasnya hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada populasi sebenar murid autistik dan murid bermasalah pembelajaran di seluruh Malaysia. 1.9 Kerangka Konseptual Kajian ini dijalankan berdasarkan teori pembelajaran Skinner iaitu Pelaziman Operan. Tingkah laku murid autistik boleh bentuk melalui aktiviti integrasi sensori yang dijalankan secara berulang kali. Ini bersesuaian dengan Teori Skinner yang menekankan proses pembelajaran memerlukan pembiasaan dan juga pelaziman. Menurut Skinner(1953), peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang penting dalam proses pembelajaran untuk mendapatkan respond dan mengubah tingkah laku daripada murid.


19 Berdasarkan perkembangan usia kanak-kanak rangsangan perlu diberikan agar mereka dapat menguasai peringkat perkembangan seterusnya. Jika kanak-kanak ini tidak bertindak balas dengan rangsangan yang diberikan, bermakna kanak-kanak itu mengalami masalah sensori(Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000). Teori pembelajaran yang diperkenalkan bukan sahaja memberi implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran muridmurid normal, namun ia turut mencakupi murid berkeperluan khas. Guru perlu arif tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kognitif dan tahap keupayaan murid- murid.


20 Masalah tingkah laku yang dihadapi murid autistik dikenalpasti Sesi intervensi berasaskan aktiviti ingtegrasi sensori dijalankan kepada murid autitstik Teori Tingkah Laku Skinner (1953) Teori Pemodelan Sosial Bandura ( 1963) Sensori Proprioseptif Hasil intervensi berasaskan aktiviti ingtegrasi sensori dijalankan kepada murid untuk membantu murid autistik bermasalah tingkah laku Sensori Olfaktori Sensori Vestabular Rajah 1.1. Kerangka Konseptual Kajian Sensori Oral Sensori Auditori Sensori Visual


21 Berdasarkan Rajah 1.1, kajian ini bermula dengan mengenalpasti masalah tingkah laku yang dihadapi oleh murid autistik di sekolah lokasi kajian. Sampel ini dipilih berdasarkan saranan guru pendidikan pra sekolah tersebut. Setelah dikenalpasti sampel, penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian dengan murid. Terdapat lima aktiviti yang disediakan yang berkaitan dengan integrasi sensori. Antara aktiviti yang disediakan ialah aktiviti meramas bola dan membentuk doh menggunakan acuan untuk elemen sensori tactile. Akitivti menggunakan gym ball dan melompat atas trampoline untuk elemen Priopioseptif Akitivti berdiri dan berjalan atas balancing board untuk elemen Vestabular. Ketika menjalankan intervensi berasaskan integrasi, aktiviti yang dipilih untuk digunakan dalam kajian ini perlu menggunakan bahan yang menarik, bagi menarik minat murid autistik untuk melakukan aktiviti tersebut. Bahan dan aktiviti yang menarik ini bertindak sebagai rangsangan bagi menggalakkan murid autistik terus melakukan aktiviti yang disediakan. Ini bertepatan dengan Teori Tingkah Laku Skinner (1953, dalam Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010), yang menyatakan bahawa perubahan pada tingkah laku individu itu adalah hasil daripada tindak balas kepada rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran mereka. Selain itu, dalam menjalankan sesi intervensi ini, penyelidik atau guru akan menggunakan guru lain sebagai model utnuk menunjukkan terlebih dahulu cara melaksanakan sesuatu kemahiran. Seterusnya responden akan meniru semula perlakuan yang telah ditunjukkan oleh guru tersebut. Kaedah ini adalah selari dengan Teori Permodelan Sosial Bandura (1963, dalam Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010), yang menyatakan proses pembelajaran berlaku apabila seseorang individu melakukan sesuatu atau belajar melalui


22 pemerhatian. Kesemua aktiviti ini adalah berdasarkan teori yang dipilih iaitu Teori Pelaziman Tingkah Laku Skinner (1953) dan Teori Pemodelan Sosial Bandura(1963). Adalah menjadi harapan penyelidik agar dengan aktiviti yang disediakan akan memberikan perubahan tingkah laku murid autistik yang dikaji. 1.10 Definisi operasional kajian Definisi operasional kajian ini akan menerangkan dengan jelas berkaitan dengan pemboleh ubah yang dikaj i. 1.10.1 Intervensi Integrasi Sensori Dalam konteks kaj ian ini intervensi awal integrasi sensori bermaksud satu perkhidmatan yang dijalankan kepada murid autistik dalam meningkatkan kefungsian sensori supaya dapat memberikan tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Intervensi ini diberikan kepada murid autistik yang berumur enam tahun. 1.10.2 Murid Autistik Pra Sekolah Murid autistik ialah murid yang telah disahkan mengidap autisme oleh pegawai perubatan. Murid ini belajar dalam pra sekolah yang berumur enam tahun. Dalam kajian ini murid autistik kategori sederhana berdasarkan laporan perubatan pegawai perubatan yang dipilih sebagai


sampel. Autistik ditakrifkan sebagai ketidakupayaan perkembangan yang secara signifikannya memberi kesan terhadap komunikasi lisan dan bukan lisan, sensori dan interaksi sosial, lazimnya sebelum usia tiga tahun, yang mana mempengaruhi pencapaian pembelajaran. Dalam konteks kajian ini merujuk kepada ciri-ciri autistik termasuklah ketidaklaziman dan kecelaruan dalam komunikasi, melakukan aktiviti berulang-ulang, dan pergerakan yang sama, sukar menerima perubahan persekitaran atau rutin harian, dan interaksi sosial. Autistik bukanlah penyakit tetapi keadaan yang memperlihatkan kepelbagaian tingkah laku, interaksi, dan komunikasi. Kelainan atau keluarbiasaan perwatakan menyebabkan individu autistik berbeza dengan individu biasa. 1.10.3 Bermasalah tingkah laku Dalam kajian ini ia merujuk kepada tingkah laku murid 'autistik yang sukar untuk duduk diam, mempunyai gerakan impulsif dan mempunyai daya tumpuan yang pendek. Tingkah laku hiperaktif juga merupakan salah satu ciri atau simptom yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autistik. 1.11 Kesimpulan Dalam bab ini telah menjelaskan berkaitan dengan latar belakang,pernyataan masalah serta tujuan kajian dijalankan.Begitu juga dengan objektif dan persoalan telah diterangkan dengan jelas bagi memudahkan perjalanan kajian ini. Manakala kepentingan kajian dinyatakan secara terperinci dan kerangka konsep telah menjelaskan proses kajian ini akan dijalankan.


24 Sebagai kesimpulan, penyelidik berpendapat bahawa intervensi terhadap murid autistik dapat memberikan impak yang positif. Sehubungan itu murid autistik akan dapat memberikan perhatian dan penumpuan ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Di samping itu juga, penyelidik akan melihat sejauh manakah aktiviti integrasi sensori yang dijalankan dapat meningkatkan kefungsian sensori mereka.


BAB2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kanak-kanak autistik adalah insan yang lahir dengan ketidakseimbangan perkembangan neuropsikologikal atau psikologi otak (Norfisah,2015). Hal ini menyebabkan kanak-kanak autistik mengalami pelbagai gangguan dan kesukaran dalam aspek kognitif, emosi, afektiff dan psikolsosial. Hasil daripada kelainan perwatakan tersebut akan menyebabkan mereka akan bersendirian atau berada dalam situasi tersendiri. Mereka akan bertingkah laku berbeza dengan kanak-kanak normal. Mereka akan menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.


26 Pada dasarnya, perkembangan kanak-kanak berlaku secara kronologis dan berperingkat. Semakin usia meningkat semakin berkembang aspek fizikal, mental, emosi dan juga tingkah laku. Menurut Arnold Lucas Gesel ( 1880-1961), seorang ahli psikologi melalui bukunya An Atlas of Infant Behaviour (1934) dan Infant and Children the Culture of Today (1943) menyatakan bahawa perkembangan berlaku secara dalaman. Hal ini bermakna, ciri-ciri yang tertentu akan muncul apabila tiba pada peringkat kematangan yang bersesuian. Sekiranya otot, saraf otak dan tulang tidak bersedia atau tidak matang, peluang-peluang yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil. Tetapi hal ini tidak berlaku kepada kanak-kanak autistik kerana perkembangan mereka tidak berlaku secara kronologis atau mengikut urutan masa. Perkembangan yang berbeza inilah menjadikan mereka insan yang istimewa. Berdasarkan pengalaman penyelidik sebagai guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran, memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai guru pendidikan khas tidak mengetahui bagaimana cara untuk memberikan intervensi kepada murid-murid pendidikan khas khususnya murid autistik. Terdapat sekolah yang mempunyai bilik multisensori tetapi guru tidak dapat menggunakannya sebaik mungkin kerana kekurangan ilmu. Menurut Piaget ( 2009), penggunaan deria yang berkesan amat penting bagi kita terutamanya bayi dan kanak-kanak. Piaget juga menyatakan bahawa dalam perkembangan kognitif kanak-kanak terdapat empat peringkat. Pertamanya ialah peringkat sensori motor dari lahir melalui umur 18 hingga 24 bulan. Manakala peringkat praoperasi dari umur 24 hingga 7 tahun. Peringkat Operasi Konkrit bermula dari umur 7 hingga 12 tahun dan peringkat operasi formal berlaku di zaman remaja melalui alam dewasa. Walaupun begitu, ia boleh terjadi pada


27 kanak-kanak yang mengalami lebih daripada satu peringkat. Sepanjang peringkat ini bayi dan kanak-kanak memperolehi pengetahuan melalui pengalaman deria dan memanipulasi objek. Kefahaman kanak-kanak melibatkan alam sekitar iaitu persepsi dan objek secara langsung. Mereka akan menumpukan perhatian kepada apa yang mereka lihat,sentuh, bau.dengar,rasa dan berinteraksi dengan persekitaran yang terdekat. 2.2 Kefahaman konsep Bahagian ini akan menerangkan konsep utama yang telah diguna pakai dalam kajian ini iaitu definisi dan ciri-ciri autisme, hubungan antara autisme dan masalah tingkah laku, dan intevensi untuk murid autistik. 2.2.1 Etiologi dan Ciri- ciri Autisme Sebelum Leo Kanner menjelaskan keadaan gangguan autisme pada 1943, kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri autisme ini dianggap mengalami gangguan psikosis yang bermula dalam usia yang muda sebagai sejenis gangguan skizofrenia (Kasmini Kassim,1992). Namun begitu DSM-III-R yang diterbitkan pada 1987(Jackson,2002) telah mentakrifkan autisme sebagai " gangguan perkembangan pervasif' yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: i.Tindak balas interaksi sosial yang terjejas dari segi kualitinya ii. Aktiviti imaginasi dan komunikasi yang terjejas iii. Aktiviti dan minat yang dilakukan berulang atau terlalu terhad Menurut Dawson & Castelloe (2007) pada 1943, istilah autisme telah pertama kali digunakan oleh Leo Kanner. Beliau merupakan seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang


28 berasal dari Austria telah mendiagnos dan mentakrifkan autisme ini sebagai gangguan dan ketidakmampuan uttuk berinteraksi, gangguan bahasa yang tertunda, ekolalia, daya ingatan yang kuat, bermain secara berulang dan keinginan untuk mendapatkan sesuatu dalam ruang lingkupnya. Asalnya perkataan autisme ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu terdiri daripada dua perkataan.Yang pertamanya ' aut' bermaksud diri sendiri dan yang keduanya 'isme' bermaksud suatu aliran sehingga dapat ditakrifkan sebagai suatu fahaman yang tertarik pada dunianya sendiri (Suryana, 2004). Ia juga dapat didifinisikan sebagai suatu keadaan yang luar biasa asyik dengan dirinya sendiri (Reber, 1985). Autisme ialah kerencatan perkembangan yang biasanya wujud sepanjang tiga tahun pertama kanak-kanak. Walaupun mereka didiagnos sebagai autistik, dipertimbangkan tahap kerencatan untuk mempunyai kerencatan yang sangat teruk danjulat dalam tahap kebolehan di dalam kumpulan ini adalah berbeza (Powers, 2004). Kerencatan perkembangan biasanya melibatkan komunikasi verbal dan non verbal serta interaksi sosial. Ini dapat dilihat sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun lagi. Kerencatan ini akan memberikan kesan buruk terhadap pencapaian kanak-kanak tersebut dalam bersosial. Lain-lain sifat atau ciri yang biasa berkait dengan autisme adalah penggunaan atau melakukan aktiviti yang berulang dan pergerakan yang stereotaip serta perubahan rutin kehidupan. Kanak-kanak autisme juga mengalami masalah sensori (Whitaker, 2001). Autisme juga merupakan gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak yang menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan,komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa.( Raziyah.2008)


29 Menurut Individuals with Disabilities Education (IDEA) mentakrifkan autisme sebagai ketidakupayaan perkembangan yang secara signifikannya memberi kesan terhadap komunikasi lisan dan bukan lisan, dan interaksi social. Lazimnya sebelum usia tiga tahun yang mana ini akan mempengaruhi pencapaian pembelajaran. Individu yang autisme akan mempunyai kondisi kecelaruan perkembangan, bermasalah interaksi, komunikasi, tingkah laku yang berulang dan gangguan emosi yang sangat teruk.( American Psychiatric Association dalam buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder Fourth Edition Text Revision (DSM IVTR, 2004). Manakala menurut Sutadi (2002) pula mentakrifkan bahawa autisme merupakan satu gangguan perkembangan neorobiologis berat yang akan mempengaruhi cara seseorang individu untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak lelaki lebih sering mengalami masalah autisme jika dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan dengan nisbah 3: 1 tetapi masalah autisme yang lebih berat didapati di kalangan kanak-kanak perempuan ( Kasmini Kassim,1990). Manakala menurut The National Institute of Child Health and Development (2003) menyatakan autisme merupakan satu masalah biologikal yang kompleks dan dihadapi oleh individu sepanjang hayatnya. Mereka ini akan menghadapi gangguan dalam interaksi sosial dan juga komunikasi. Gangguan dalam pertuturanjuga menjadi halangan untuk berkomunikasi dan masalah memberi tumpuan kepada sesuatu perkara (Walker,2009).


30 Pada Mac 2013, Diagnostic and Statistical Manual ofMental Disorders (DSM-5) telah diterbitkan dan ia menjadi rujukan terkini berkaitan dengan masalah gangguan mental. Manual ini telah mentakrifkan dan mendiagnos autisme sebagai satu defisit atau kekurangan yang berterusan dalam komunikasi sosial dan interaksi merentasi pelbagai konteks. Ia boleh dikategorikan kepada 3 iaitu: 1. Defisit dalam sosial emosi hubungan timbal balik antara contohnya dari pendekatan sosial yang tidak normal dan kegagalan dalam perbualan yang normal seperti berulang dan sebagainya. Kekurangan dalam perkongsian kepentingan emosi dan kegagalan untuk memulakan atau bertindak balas terhadap interaksi sosial. 11. Defisit dalam tingkah laku komunikasi bukan lisan digunakan untuk interaksi sosial, contohnya hubungan mata, bahasa badan dan juga kekurangan dalam pemahaman gerak isyarat, air muka dan juga komunikasi bukan lisan 111. Defisit dalam membangunkan, memelihara dan memahami antara hubungan sebagai contohnya kesukaran menyesuaikan tingkah laku dalam pelbagai konteks sosial, kesukaran dalam perkongsian keinginan dan juga ketiadaan kepentingan untuk mencari teman. Kanak-kanak autisme turut mengalami masalah sensori. Menurut William,1992 kanakkanak autisme mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang disebabkan masalah sensori yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu juga Lawson, 2000 menyatakan bahawa individu autisme mengalami gangguan sensori adalah berbeza dengan


31 kanak-kanak normal. Pengalaman kanak-kanak autisme amat berbeza bila berada dalam satu majlis sebagai contohnya majlis hari lahir. Jika kanak-kanak lain sibuk dengan rangsangan yang sedia ada ketika majlis tersebut seperti mendengar muzik atau bermain belon tetapi kanak-kanak autistik tidak dapat memproses ransangan tersebut untuk bertindak balas. 2.2.2 Intervensi Kepada Murid Autistik Intervensi juga boleh dirujuk kepada perkhidmatan pendidikan atau perkhidmatan teraputik (therapeutic services) yang diberikan kepada kanak-kanak yang berada di bawah umur lapan tahun (Brunder, 2006). Usia ini sangat penting dalam perkembangan seorang kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan. Impak daripada intervensi ialah dapat mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak itu (Majnemer, 1998). Intervensi disediakan kepada kanak-kanak yang berisiko dalam ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0-6 tahun(US. Department ofEducation,2004). Di negara kita perkhidmatan ini juga diberikan kepada kanak-kanak yang berusia dari lahir hingga 6 tahun.(Pelan Stategik 2011-2015 Kementerian Kesihatan Malaysia (2011). Intervensi ini akan dapat memaksimumkan potensi kanak-kanak itu mengikut kemampuannya untuk berhadapan dengan masyarakat. Ini boleh mengurangkan bebanan masyarakat terhadap kanak kanak itu. Di samping itu juga perkembangan kanak-kanak tersebut pada tahap tertentu boleh mengelakkan kebergantungan kepada keluarga dan masyarakat dalam berhadapan dengan persekitaran (Addison,2003).


32 Intervensi juga boleh didefinisikan sebagai usaha yang tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat. Program intervensi merupakan satu usaha menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak, ibu bapa, dan juga keluarga semasa kehamilan, bayi atau peringkat awal kanak-kanak (Norfishah,2015). Program intervensi bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang itu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu maka lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Selain itu juga, program intervensi memberi latihan kemahiran kepada ibu bapa mengikut keperluan anak untuk mengendalikan anak-anak autistik di rumah dan membantu keluarga mengenal pasti khidmat sokongan tambahan yang bersesuian seperti kaunseling, pembantu perubatan atau peruntukan kewangan. Intervensi juga merupakan satu kaedah paling baik untuk mewujudkan kalaborasi antara ibu bapa dangan kumpulan pelbagai disiplin dan komuniti ( Cook,Tessier & Klien, 1992). Intervensi yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanakkanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Lenner, 1992).


33 Apabila seorang kanak-kanak itu didiagnos sebagai autisme oleh pegawai perubatan maka bermulalah intervensi. Kajian telah menunjukkan bahawa autisme boleh dikesan terhadap kanak-kanak ketika berumur dua tahun (Lord 2005). Terdapat juga kajian bahawa intervensi sebelum usia kanak-kanak 48 bulan akan menunjukkan kemajuan yang lebih tinggi berbanding dengan intervensi yang diberikan kepada kanak-kanak yang berumur selepas 48 bulan (Harris & Goodall, 2008) Menurut Norfishah (2015), intervensi boleh dibahagikan kepada tigajenis iaitu: 1. Intervensi berasaskan pusat Kanak-kanak yang menenma perkhidmatan intervensi berasaskan pusat mungkin melaksanakan intervensi di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Intervensi yang dilaksanakan di dalam bilik darjah memerlukan satu kaedah yang direka khas mengikut keperluan atau ketidakupayaan kanak-kanak. Aktiviti yang sering diadakan dalam konteks bilik darjah adalah seperti terapi carakerja, fisio terapi, aktiviti bermain, simulasi dan interaksi komunikasi. Perkhidmatan intervensi berpusat ini dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih. Namun begitu, penglibatan ibu bapa sangat digalakkan untuk menyokong program intervensi yang dilaksanakan. Penglibatan ibu bapa dalam program berpusat ini memperlihatkan kewujudan konsep kolaborasi yang mesra dan berkesan. 2. Intervensi berasaskan hospital Selain itu, intervensi juga disediakan oleh pihak hospital. Jenis-jenis intervensi yang terdapat di hospital adalah seperti terapi fisio, terapi carakerja dan terapi pertuturan. Intervensi yang


34 dilaksanakan di hospital dikendalikan oleh ahli-ahli terapi yang terlatih. 3. Intervensi berasaskan rumah Bagi sesetengah kes, khidmat intervensi berasaskan rumah juga disediakan. Keadaan Ini khususnya bagi kes kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua tahun. Program ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada kanak-kanak bersama-sama dengan ahli keluarga dan komuniti setempat perkhidmatan dalam persekitaran utamanya iaitu rumah. Situasi ini menjadi fokus kekuatan dan keutamaan kepada ibubapa dan komuniti sebagai penyedia perkhidmatan utama. Kebanyakan perkihdmatan intervensi berasaskan rumah menekankan kepada lawatan kakitangan profesional untuk memberikan tunjuk ajar cara terbaik mengikut keperluan anak tersebut. Terdapat tiga sebab utama intervensi dijalankan kepada kanak-kanak iaitu untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak itu, memberi sokongan dan bantuan kepada keluarga dan memaksimumkan kefungsian dan manfaat anak dan keluarga kepada masyarakat. Menurut Karnes dan Lee (1978), hanya melalui pengesanan dan intervensi yang sesuai membolehkan kanak-kanak mengembangkan potensi mereka. Perkembangan kanak-kanak pesat berlaku ketika kanak-kanak berada di tahun pra sekolah. Kajian telah menujukkan bahawa intervensi telah memberikan kesan yang positif terhadap kanak-kanak, keluarga dan juga masyarakat. Kajian kuantitatif iaitu berasaskan data dan juga kualitatif iaitu berdasarkan laporan ibu bapa dan guru menunjukkan berlaku peningkatan perkembangan dan pendidikan kanak-kanak. Di samping meningkatkan


35 kefungsian keluarga dan masyarakat ( Berueta et al, 1984). Program intervensi juga merupakan satu kaedah yang paling berkesan akan memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan murid kurang upaya dengan kemahiran asas seperti bertutur, menulis dan membaca ( Molly,2007). 2.2.3 Permasalahan Integrasi Sensori Dengan Murid Autistik Integrasi Sensori dalam bahasa Malaysia membawa maksud penyepaduan deria antara deria yang terdapat pada manusia (DBP,2013). Deria manusia terdiri daripada lima bahagian iaitu sentuhan (tactile), penglihatan (visual), pendengaran (auditory),menghidu bau-bauan (olfactory) dan merasa (gustatory). Juga terdapat dua deria tambahan iaitu pergerakan otot dan sendi (proprioceptive) dan juga keseimbangan badan ( vestibular) (Sakinah ,2014). Menurut Schaaf,R.C and Miller(2005), integrasi sensori bermaksud ransangan yang datang dari dalam atau luar tubuh badan. Rangsangan tersebut akan masuk ke tubuh badan yang diterima melalui organ sensori. Semua ransangan tersebut akan saling bekerjasama untuk menghasilkan satu tidak balas. IS merujuk kepada keupayaan otak untuk menenma maklumat,menyusun dan kemudian menggunakannya dalam kehidupan seharian. Semua orang akan menerima mesej berkaitan dengan IS secara berterusan daripada deria dan akan menggunakannya untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka (Roleyet al., 2007). IS adalah proses neurologikal di mana individu terbabit dapat mengorganisasikan sensasi dari dalam diri dan dari lingkungan sekitar untuk digunakan secara efektif dalam lingkungannya. Keupayaan otak memproses dan


36 menterjemahkan maklumat sensori daripada organ-organ deria kepada output yang berguna Ayres (1972) . Parham (2007), menyatakan bahawa integrasi sensori menekankan rangsangan pada tiga deria utama, iaitu sentuhan, vestibular, dan proprioseptif. Ketiga sistem sensori ini memang tidak terlalu sinonim berbanding deria penglihatan dan pendengaran, namun sistem sensori ini sangat penting kerana membantu interpretasi dan respons kanak-kanak autistik terhadap alam sekitar. Menurut Stewart (2007), setiap deria atau sensori ml mempunyai fungsi tersendiri iaitu: 1. Kulit merupakan deria untuk menyentuh sesuatu. Ia merupakan kawasan deria yang terbesar pada tubuh manusia. Ia akan memberi sesuatu maklumat berkaitan dengan objek atau benda di persekitaran kita seperti sejuk, panas, halus, kasar, lembut dan sebagainya. 2. Mata merupakan deria untuk melihat. Ia akan memberi maklumat berkaitan dengan objek, manusia dan juga cahaya. Sebagai contohnya melihat cahaya ( gelap atau terang) dan juga persekitaran. 3. Telinga deria untuk mendengar. Ia akan memberi maklumat berkaitan dengan bunyi kuat, perlahan, dekat, jauh dan sebagainya. 4. Hidung deria untuk menghidu. Maklumat berkaitan dengan jenis bauan di persekitaran seperti wangi,busuk, bahan beracun dan sebagainya. 5. Lidah deria untuk merasa. Ia akan memberikan maklumat berkaitan dengan sesuatu rasa seperti masam, pedas, pahit, tawar dan sebagainya. 6. Otot dan sendi adalah deria untuk proprioceptive. Ia akan memberikan maklumat


37 berkaitan dengan bahagian tubuh badan kita dan bagaimana sesuatu pergerakan. Sebagai contohnya pergerakan laju, perlahan dan tekanan semasa pergerakannya. 7. Manakala untuk keseimbangan pula ianya terletak pada bahagian dalam telinga. Bahagian dalam telinga inilah yang akan memberikan maklumat berkaitan dengan keseimbangan badan yang membolehkan kita mengawal setiap pergerakan seperti berjalan, berpusing dan juga meniti. Menurut kajian yang telah dijalankan, kaedah IS ini dapat membantu murid-murid autistik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Mackenzie Lee yang bertajuk Sensory Integration: Helping Students with Au/ism Incorporate Sensory Integration Techniques ( Fisher Digital Publications at St. John Fisher College,2013) telah menunjukkan keberkesanan penggunaan kaedah IS ini dalam kalangan kanak-kanak autistik. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa IS boleh membantu murid autistik tetapi guru atau profesional perlu menentukan strategi yang terbaik untuk memberikan sokongan kepada setiap murid autisme. Justeru itu kajian ini memberi kesan kepada guru pendidikan khas, ibu bapa, juru terapi cara kerja dan juga kepada murid autistik. Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa pengalaman awal yang terhad akan menyebabkan murid autistik gagal merangsangkan sistem sensorinya dan mungkin merosakkan sistem sensori. Edelson (1999), menyatakan bahawa sistem sensori seperti penglihatan bukan sahaja merosot akibat kurang atau tidak ada persekitaran yang memberangsangkan pada peringkat awal tetapi juga menjejaskan sensori lain seperti pendengaran.


Click to View FlipBook Version