The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN KEBERKESANAN RENANG TERHADAP KANAK-KANAK AUTISTIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakiahmdyusof, 2023-11-27 22:04:33

KAJIAN KES AUTISME

KAJIAN KEBERKESANAN RENANG TERHADAP KANAK-KANAK AUTISTIK

Keywords: RENANG AUTISTIK

38 Penggunaan kaedah TCK akan membantu murid autistik untuk meningkatkan kemampuan mereka menguasai tujuh sensori iaitu Tactile, Proprioceptive, Vestibular, Auditory, Gustatory, Visual dan Olfactory. Aktiviti yang dijalankan berdasarkan tujuh sensori di atas dapat membantu murid autistik untuk menjalani PdP dalam bilik darjah (Dana Nicholls,2011). Penggunaan kaedah sensori integrasi akan dapat meningkatkan lagi kefungsian sensori mereka agar murid autistik dapat mengikuti PdP dalam bilik darjah. Integrasi sensori memainkan peranan yang penting dalam sosial, emosi dan pembangunan kognitif kanakkanak. Norfishah Mat Rabi(20 15) juga telah mencadangkan terapi cara kerja sebagai salah satu terapi utama yang diperlukan oleh kanak-kanak autistik. Oleh yang demikian satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi. Ini membantu murid autistik dalam mengawal tingkah laku mereka seterusnya dapat membantu mereka untuk memberikan tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 2.2.4 Tingkah laku Murid Bermasalah Pembelajaran. Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2003), murid yang bermasalah tingkah laku tidak normal umumnya dapat dilihat daripada segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan perlakuan sosial. Menurut Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar dan Zainuddin Md. Isa (2010), masalah tingkah laku dalam kalangan murid ini adalah berkait rapat dengan perkembangan sosial. Tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam bilik darjah pasti menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (Choong,


39 2008). Menurut Henly (2006), HA problem behavior' is determined by three factors: the number of settings in which the behaviour is exhibit, the frequency of behaviour, and the intensity ofthe behaviour". Manakala menurut Saadah Sumrah, Salwan Sudirman dan Roslee Ahmad (2008), faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menilai sama ada tingkah laku normal atau sebaliknya berdasarkan kekerapan berlakunya tingkah laku, kekuatan, tempoh dan kesesuaian tingkah laku dengan umur. Tingkah laku bermasalah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Sesuatu tingkah laku dilakukan secara melampau dan berulangan kadarnya akan menjadi satu masalah walaupun tingkah laku itu pada asasnya adalah positif. Hal ini kerana tingkah laku itu akan menimbulkan masalah pada dirinya dan juga orang lain. Antara contoh murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah yang positf ialah sifat ingin tahu yang tinggi, pintar cerdas, kadar belajar yang cepat daripada murid-murid lain dan bersikap proaktif yang berkadar luar biasa. Tingkah laku bermasalah pula terbahagi kepada tiga ciri utama iaitu tingkah laku yang menghalang, tingkah laku yang mengganggu dan tingkah laku antisosial (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Bagi tingkah laku yang menghalang ialah tingkah laku yang membahayakan diri, kebimbangan, pergantungan berlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri (Mok, 2009).


40 Tingkah laku jenis ini lebih kepada dirinya sendiri. Tingkah laku yang mengganggu ialah tingkah laku yang menghalang perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, kadang kala tingkah laku itu membahayakan murid lain seperti contoh murid yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan akibatnya, membuat bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat, agresif secara lisan atau fizikal dan berkelakuan nakal (Mok, 2009). Tingkah laku mengganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah dan di rumah. Tingkah laku ini lebih kepada kerugian untuk diri sendiri dan juga orang lain (Mok, 2009). Tingkah laku anti sosial pula bersifat merosakkan atau perlakuan yang suka merosakkan harta benda, anti sosial yang melampaui batas sehingga mampu terlibat dalam aktiviti jenayah dan ini sudah tentu mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan awam (Mok, 2009). Sehubungan itu, ketiga-tiga tingkah laku bermasalah adalah bersifat memusnahkan, merosakkan, menjahanamkan dan perbezaannya terletak pada kadar ringan, sederhana atau berat yang ditanggung oleh seseorang. Dalam konteks pendidikan khas, murid bermasalah pembelajaran juga berhadapan dengan masalah tingkah laku adaptif. Menurut Greenspan (1997 ) tingkah laku adaptif ialah kemampuan seseorang murid yang mengalami kerencatan akal menggunakan segala pengetahuan mereka untuk menyesuaikan diri dan persekitarannya semasa bersosial, menjaga diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya. Menurut Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), kelemahan dalam tingkah laku adaptif menggugat seseorang menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. Tingkah laku


41 adaptif merangkumi tiga kemahiran iaitu kemahiran praktikal, kemahiran sosial dan kemahiran konseptual. Kemahiran praktikal ialah kemahiran asas seperti makan, minum, memakai baju, menggunakan tandas, bergerak ke sana sini, menggunakan telefon, mengambil ubat, menaiki kereta, mengemas diri dan menjaga kebersihan. Aktiviti-aktiviti ini umumnya dilakukan oleh diri sendiri. Kemahiran sosial ialah kebolehan bergaul dengan orang lain, mematuhi undangundang, bermain dengan murid lain, menghormati pendapat orang lain, menunggu giliran dan mempunyai tanggungjawab sama seperti rakan sebaya. Kemahiran konseptual merangkumi kemahiran menulis, membaca, mengira, memahami konsep wang dan masa jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang lain. Terdapat murid bermasalah pembelajaran yang mengalami tingkah laku berasaskan emosi dan tingkah laku berasaskan neurologi. Gangguan emosi boleh diklasifikasikan kepada duajenis iaitu luaran dan dalaman (Henly, 2006). Menurut Henly (2006), masalah tingkah laku yang bersifat luaran lebih jelas kerana murid bertindak untuk menarik perhatian guru kepada dirinya sebagai contoh perangai marah, agresif secara fizikal dan ingkar pada arahan. Emosi melibatkan gangguan dalaman yang mengandungi banyak nada perasaan atau pelbagai darjah kepuasan atau gangguan (Kamarudin Husin, 2010). Emosi akan mendorong untuk melakukan tingkah laku yang bercanggah dengan norma-norma biasa (Kamarudin Husin, 2010). Kehadiran murid ini memang memberi cabaran kepada guru di dalam bilik darjah (Choong, 2009).


42 Menurut Kirk (2011) memang sukar untuk mendefinisikan masalah emosi dan tingkah laku murid ini kerana tidak ada pembahagian yang jelas boleh menentukan punca-puncanya seperti ujian IQ ataujenis ketidakupayaan yang dialaminya. Murid yang bermasalah emosi dan tingkah laku berbeza dengan murid biasa kerana mereka bertingkah laku ganjil atau mempamerkan tingkah laku semula jadi yang berpanjangan. Menurut Kirk (2011), setiap orang boleh beremosi sedih atau marah dari semasa ke semasa tetapi bukan pada setiap hari atau dalam keadaan yang berbeza. 2.2.5 Permasalahan Tingkah Laku Kanak-Kanak Autistik Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bilik darjah. Menurut Mok (2002), tingkah laku bermasalah diklasifikasikan kepada dua kategori yang utama iaitu tingkah laku bermasalah negaif dan tingkah laku bermasalah positif. Tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala tingkah laku bermasalah merangkumi tingkah laku distruktif, pergantungan berlebihan, kebimbangan, pengunduran diri dan pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah akan menjadi berbahaya sekiranya melibatkan kumpulan kecil yang mana akhimya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung lebih awal. Tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian murid serta memberi kesan yang terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah bukan sahaja melibatkan aspek-aspek keganasan tetapi


43 turut melibatkan permasalahan dalam pembentukan kendiri murid yang akan menentukan corak peribadi mereka pada usia dewasa. Tumpuan sering diberikan kepada tingkah laku distruktif berbanding tingkah laku bermasalah seperti kebimbangan, pengunduran diri dan pengasingan diri. Permasalahan tingkah laku kanak-kanak autistik lazimnya berkaitan dengan ketidakupayaan untuk berkelakuan normal dan sikap yang ditunjukkan kadang-kadang keterlaluan. Bagi insan normal yang tidak memahami sifat-sifat lazim kanak-kanak autistik mungkin mengganggap mereka ganjil atau kurang waras namun hakikatnya sebenarnya itulah watak sebenar mereka. Tingkah laku kanak-kanak-kanak ini juga berbeza antara satu sama lain. Menurut Norfishah (2015), tingkah laku kanak-kanak autistik adalah seperti berikut: I. Tingkah laku sensori Tingkah laku ini merujuk kepada fungsi deria mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, kulit untuk sentuhan, hidung untuk bauan, lidah untuk merasa. Kanak-kanak autistik lazimnya kurang menyedari rangsangan yang diterima oleh deria dan akibatnya mereka kurang memberi tindak balas pada perlakuan atau tindakan yang berkaitan dengan sensori.


44 II. Tingkah laku agresif Kebanyakan kanak-kanak autistik di dapati mempunyai tingkah laku yang boleh mencederakan diri sendiri seperti selalu menampar muka berulang kali hingga meninggal kesan atau tanda, memukul atau menghantukkan kepala dan juga mengerakkan tangan tanpa henti. Mereka juga mudah hilang kawalan diri, terutamanya apabila berada dalam situasi yang berbeza atau asing. Perlakuan ini akan menyebabkan mereka akan bertindak agresif seperti menghantukan kepala, menarik rambut dan menggigit tangan. Biasanya kanak-kanak autistik ini akan menunjukkan kekecewaan kepada seseorang melalui tindak balas seperti mengamuk, marah-marah atau perlakuan yang merosakkan benda atau mencederakan diri sendiri. III. Tingkah laku hiperaktif Kanak-kanak autistik mempunyai tingkah laku hiperaktif atau lasak iaitu sering memanjat, menyelongkar almari, memanjat kerusi dan meja dan tidak suka duduk diam. Tingkah laku hiperaktif tersebut memberi kesan terhadap kemampuan berinteraksi kerana apabila sibuk dengan aktiviti lasak. Mereka juga sukar memberikan tumpuan pada pertuturan dan mewujudkan interaksi dengan orang lain kerana kurang kemahiran memberikan tumpuan. Akibatnya proses interaksi terhalang dan kanak-kanak autistik gemar melakukan aktiviti bersendirian.


45 2.3 Teori Asas Kajian 2.3.1. Teori Tingkah Laku Skinner Teori ini merupakan salah satu teori daripada teori pembelajaran behavioris. Antara tokoh yang terkenal dalam mazhab behavioris ialah Pavlov, Thorndike dan BF Skinnner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori pembelajaran dan implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori Tingkah Laku Skinner juga dikenali sebagai Teori Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh BF Skinnner. Ia merupakan teori rangkaian yang berasaskan rangsangan dan gerak balas. Kaitan teori ini dengan motivasi amat jelas. Jika sesuatu tingkah laku murid adalah diingini, ia hendaklah diberikan ganjaran. Tanpa ganjaran lama-kelamaan tingkah laku itu akan berulang kembali. Skinner menjelaskan bahawa peneguhan boleh bersifat positif dan negatif. Sebagai contohnya, apabila seseorang murid menghasilkan suatu perkara baik,guru akan memberikan pujian. Pujian ini akan mendorong murid itu menghasilkan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan. Pujian yang diberikan ini dikenali sebagai peneguhan positif (EeAh Meng,1993:33). Peristiwa-peristiwa yang memalukan, menakutkan, menyakitkan atau menyusahkan akan bertindak sebagai peneguhan negatif. Contohnya seorang murid yang sering tidak dapat menjawab soalan guru akan berasa malu dihadapan rakan-rakan yang lain. Perasaan malu itu merupakan suatu pengalaman yang menyakitkan. Bagi mengelakkan pengalaman itu, dia sentiasa akan menundukkan kepala apabila guru mengemukakan soalan. Amalan seperti ini berlaku kerana ingin mengelakkan perasaan


46 malu apabila tidak dapat menjawab soalan. Amalan menundukkan kepala akan terus meningkat setiap kali soalan dikemukakan. Ini jelas merupakan satu contoh peneguhan negatif (Ee Ah Meng,1993:33). Contoh lain ialah apabila murid autistik kerap dimarahi oleh gurunya, mereka akan sentiasa dibelenggu perasaan takut sehingga menyebabkan tahap perkembangannya tidak dapat dijana sebaik mungkin. Mok Soon Sang (2002) menjelaskan bahawa implikasi teori Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan yang membawa kesakitan. Kadang kala peneguhan sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingin, misalnya menarik balik pemberian masa rehat jika murid tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah. 2.3.2 Teori Pemodelan Bandura Mazhab behavioris menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan aliran behavioris dengan aliran kognitif. Tokoh yang terkenal dengan teori ini ialah Albert Bandura. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan. Merujuk kepada teori ini, dapat dirumuskan bahawa pelbagai tingkah laku seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain ( Mok Soon


47 Sang,2002). Teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung ia akan mempelajari tingkah laku tersebut. Orang diperhatikan adalah sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku dikenali sebagai permodelan ( modeling). Peniruan boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti meniru secara langsung iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gamabar foto. Kedua, peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B. Kedua, peniruan melalui elisitasi iaitu individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain, sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang lain ( Ee Ah Meng,1993). Peniruan hanya akan berlaku jika perhatian yang teliti diberikan kepada gerak balas yang hendak dicontohi sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria atau peniruan hasil daripada pemerhatian yang disimpan dalam ingatan. Ketiga, gerak balas yang ditimbulkan adalah berdasarkan apa yang dilihat, didengar atau dirasai. Keempat, ganjaran diberi bagi meneguhkan gerak balas itu.


48 2.3.3 Aplikasi teori dalam kajian Berdasarkan teori Skinner, ia boleh diaplikasikan semasa intervensi dijalankan iaitu, penyelidik perlu berhati-hati memberikan peneguhan positif agar ia selari dengan tingkah laku yang dikehendaki dan diberikan serta merta. Di samping itu juga ganjaran yang diberikan perlulah bersesuaian dengan sampel. Setiap sampel mempunyai ciri-ciri tersendiri. Maka setiap sampel akan menerima ganjaran yang berbeza. Gerak balas yang diperolehi hasil daripada ransangan, penyelidik perlulah mengukuhkannya untuk membentuk pelaziman. Dalam kajian ini teori Bandura ini boleh diaplikasikan semasa intervensi diberikan kepada sampel. Sesi intervensi yang berkesan dapat dicapai melalui bebarapa cara iaitu penyampai penyelidik hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model yang boleh diikuti oleh sampel. Demontrasi penyelidik perlu jelas serta menarik agar membolehkan responden menirunya dengan mudah seperti melakukan aktiviti IS. 2.4 Kajian lalu Hanson & Lynch (1989) menyatakan intervensi terdiri daripada usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan keluarga dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti. Manakala, menurut Radziewicz & Antonellis (1993) pula menyatakan bahawa intervensi bermakna satu tindakan atau strategi yang dijalankan pada peringkat awal bagi menghalang sesuatu perkara berlarutan atau sukar diperbaiki. Menurut Sigel's (1972) intervensi kanak-kanak autistik adalah merujuk


49 kepada perkhidmatan yang disediakan kepada kanak-kanak bermula sejak lahir hingga berumur lima tahun ke bawah berasaskan Individual with Disabilities Act (IDEA 2004). Kanak-kanak autistik mempunyai permasalahan yang kompleks seperti kemahiran motor, sensori, kognitif, intra personal dan sibuk dengan diri sendiri (Reed, 2001). Kanakkanak yang mengalami autistik juga boleh dirujuk sebagai kanak-kanak yang terasing dan menarik kerana mereka kelihatan tidak berminat dengan persekitaran mereka dan juga kurang keinginan menjadi seperti kanak-kanak normal seperti mahukan perhatian atau hadiah (Kate Wall,2004) . Satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Liew Ping Yee dan Manisah Mohd Ali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2008) berkaitan dengan intervensi kepada kanak-kanak autistik yang berusia dua hingga enam tahun telah mendapati keberkesanan intervensi dalam meningkatkan perkembangan kefungsian sesuatu kemahiran. Walau bagaimanapun keberkesanan ini banyak bergantung kepada ibu bapa yang positif. Dapatan kajian ini juga telah menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam perlaksanaan program intervensi sangat berkesan berbanding dengan ibu bapa yang langsung tidak melibatkan diri dalam program intervensi dan hanya mengharapkan kepada guru-guru di pusat latihan sahaja. Dalam kajian Armstrong (2012), mendapati kebanyakkan kajian terdahulu tidak menilai tahap keberkesanan sesuatu intervensi terapi cara kerja menggunakan penilaian yang berfokus kepada kemahiran sensori. Kajian beliau juga mendapat bahawa intervensi terapi cara kerja yang melibat aktiviti harian kanak-kanak dengan memasukan elemen sensori adalah


50 yang terbaik untuk meningkatkan tahap kemahiran motor. Manakala menurut Beth (2011), keputusan telah dikenal pasti wujud perbezaan antara dua kumpulan kanak-kanak auitstik yang menerima kaedah IS dan satu kumpulan yang tidak menerima kaedah IS. Kumpulan yang menerima kaedah IS ini mudah untuk bertindak balas dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada 1996 satu model pembelajaran berkaitan dengan IS telah diperkenalkan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah sensori integrasi (Wiliiam & Shellenberger, 1996). Menurut Butler dan Siliman (2002), menyatakan bahawa murid autistik perlu menjalani ujian bagi menentukan tahap kefungsian yang boleh dicapai oleh murid tersebut. Ujian yang dicadangkan mereka merupakan sebahagian daripada IS. Antara ujian yang perlu dijalankan ialah: 1. Ujian penglihatan iaitu pemeriksaan mata menggunakan optomoskop 11. Ujian bau kerana bau merupakan petunjuk bagi kecederaan lobus frontal, tetapi ini sering diabaikan. iii. Ujian deria rasa untuk menentukan setakat mana kebolehan kanak-kanak untuk membezakan rasa manis, masam, pahit, masin dan kelat. IV. Ujian pendengaran iaitu menguji aspek telinga untuk menentukan setakat mana kemampuan kanak-kanak mendengar. v. Ujian fizikal iaitu dengan melakukan gerakan tangan dan lengan untuk mengenal pasti kelemahan pergerakan, menilai koordinasi mata dan tangan, dan fungsi deria. VI. Ujian tahap kecerdasan untuk menguji aspek intelektual atau kecerdasan kanak-kanak


51 bagi mengetahui perkembangan kognitif sama normal atau abnormal. Saadah, Salwani dan Roslee (2008), antara kriteria untuk mengenal pasti murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah adalah ketidakbolehan dan ketidakupayaan murid yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor deria, kesihatan dan intelek, suasana yang kurang gembira dan penuh kerisauan, tingkah laku dan perasaan yang kurang sesuai dalam keadaan normal, sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi. Manakala faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menilai sama ada tingkah laku itu normal atau sebaliknya adalah kekerapan berlakunya tingkah laku, kekuatan, tempoh dan kesesuaian dengan umur murid. Menurut Ahmad Tarmizi (2011), tingkah laku merujuk kepada respons perbuatan, persembahan dan prestasi seseorang yang boleh diukur dan dilihat apabila individu berkenaan menerima rangsangan. Murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah mempunyai sikap yang tidak boleh diduga kerana mungkin terlalu aktif, suka mengusik orang lain, mudah marah, merajuk, tidak boleh menerima kegagalan dan tidak boleh memberi tumpuan. Tingkah laku kebimbangan merupakan salah satu daripada tingkah laku bermasalah yang berkait rapat dengan emosi ketakutan. Tingkah laku kebimbangan terjadi disebabkan oleh percanggahan motif, konflik diri antara tingkah laku dan nilai sebenar, penyesuaian diri dalam menghadapi sesuatu keadaan yang baharu, menghadapi sesuatu keadaan yang sukar diramal dan kehilangan tempat bergantung. Menurut Cook (2009), dalam kajiannya tentang tingkah laku berasaskan neurologi pula menghadapi tingkah laku yang lebih serius berbanding dengan mereka yang mengalami


52 tingkah laku berasaskan emosi. Menurut Cook (2009) tingkah laku berasaskan neurologi disebabkan pendawaian otak yang telah dipasang berlainan dan mengakibatkan tingkah laku menjadi tidak terkawal. Terdapat komen-komen yang menyatakan mungkin sekolah dibentuk bukan untuk semua orang dan murid bermasalah tingkah laku berasaskan neurologi tidak harus bersekolah (Cook, 2009). Sungguhpun murid autistik bermasalah tingkah laku ini paling memerlukan pendidikan tetapi mereka merupakan golongan yang sukar mendapat tempat dalam pendidikan. Kehadiran mereka mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru, pendidikan tidak semestinya berlaku di sekolah-sekolah khas tetapi di rumah dan pusat-pusat terapi untuk memenuhi keperluan setia individu. 2.5 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, bab ini membincangkan tentang peranan guru dalam meningkatkan aspek sensori kepada murid autistik. Dalam bab ini juga turut terdapat teori-teori perkembangan yang boleh diaplikasi dalam proses intervensi. Di samping itu juga bab ini turut membincangkan tentang hasil kajian-kajian terdahulu berkaitan dengan intervensi integrasi sensori kepada murid autistik. Selain itu, penyelidik akan menggunakan dapatan dalam bab ini sebagai rujukan ketika menjalankan kajian yang sebenamya.


BAB3 METADOLOGI 3.1 Pengenalan Bab ini penyelidik akan membincangkan mengenai beberapa kaedah kajian tentang intervensi integrasi sensod murid autistik prasekolah. Ia turut membincangkan berkaitan dengan rekabentuk, prosedur, instrumen, sampel, lokasi kajian, prosedur pengumpulan dan menganalisis data. Selain itu, dalam bab ini turut membincangkan berkaitan dengan kajian rintis yang telah dijalankan oleh penyelidik. 3.2 Rekabentuk kajian Kajian ini berbentuk kualitatif kajian kes. Rekabentuk bentuk kajian kes merupakan satu strategi untuk mengendalikan sesuatu penyelidikan ( Wiersma & Jurs 2005). Kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik dan mendalam mengenai tingkah


55 laku individu tertentu, keadaan atau peristiwa khusus untuk mengetahui bagaimana tingkah laku atau perubahan keadaan berlaku. Kajian kes mungkin memfokuskan seseorang individu, sekumpulan atau seluruh komuniti dan mungkin akan menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data (Chua Yan Piaw,2014). Pendekatan kajian kualitatif dipilih dalam kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang terdapat dalam bab satu. Menurut Denzin dan Lincoln (2000) pendekatan kualitatif dapat memberikan maklumat yang boleh menambah baik inovasi dalam pendidikan dan keputusan penilaian kualitatif lazimnya dilaporkan dalam bentuk pengkisahan naratif atau deskriptif. Ini memberi peluang pembaca untuk memahami kesan implementasi dan hasil inovasi pendidikan yang dilaksanakan. Selain itu, pendekatan kualitatif membolehkan penyelidik meneroka pandangan responden yang terdiri daripada murid dan guru khas terhadap intervensi masalah tingkah laku. Menurut Merchant (1997) pendekatan kualitatif sesuai dalam mengkaji pengalaman dan perasaan individu. Selain itu kajian kes juga memfokuskan kepada penghuraian secara melakukan penjelasan kepada peristiwa yang berlaku. Menurut Gall & Gall ( 1998), semua fenomena dalam dunia ini boleh dikaji melalui kajian kes.


56 Kemahiran yang perlu dikuasai pengkaji untuk menjalankan kajian kes Keinginan untuk mengetahui sebab Rajah 3.1 Enam kemahiran yang perlu dikuasai oleh penyelidik kajian kes (Gall & Gall, 1998). Selain dari itu Creswell (1998) menyatakan iaitu pendekatan kualitatif merupakan satu proses eksplorasi berdasarkan maklumat dipilih secara sistematik dengan meninjau masalah atau kemanusiaan. Manakala Taylor, Beck dan Ainsworth (200 1) antara ciri pendekatan kualitatif ialah (i) perspektif yang berhubung fenomena yang dikaji, (ii) menggunakan sampel yang bertujuan, (iii) pengkaji merupakan instrumen yang utama mengutip data, (iv) menggunakan analisis yang induktif dan data deskriptif, dan (v) melaporkan data dalam bentuk teks naratif. Disebabkan pandangan seseorang individu itu adalah subjektif dan tidak dapat diukur dengan kuantitatif, pendekatan secara kualitatif ini dapat memberi ruang yang lebih luas untuk subjek menghuraikan pandangan masing-masing berkaitan dengan intervensi


57 terhadap masalah tingkah laku. Menurut Yin (1994) kajian kes boleh dijalankan secara gabungan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif bagi menerangkan, menjelaskan, menggambarkan, eksplorasi dan meta-penilaian. Kesimpulannya, sesuatu kajian yang mantap bukan dari pendekatan kuantitatif sahaja tetapi pendekatan kualitatif juga menyokong dapatan kajian. Oleh itu, penyelidik mengharapkan kajian ini dapat menunjukkan dapatan yang kukuh daripada sumber data yang diperolehi. 3.3 Sampel Menurut Chua Yan Piaw (2006 ), menyatakan bahawa jumlah sampel atau responden adalah ditentukan olah soalan kajiannya dan keadaan semulajadi masalah kajian di bawah permerhatian. Biasanya pemilihan sampel dalam penyelidikan kualitatif adalah kecil dan mempunyai tujuan tertentu. Kajian ini menggunakan prosedur persampelan bertujuan. Menurut Fraenkel & Wallen (2000), sampel kajian dalam kajian kes mungkin melibatkan seorang individu, sebuah kelas atau sebuah sekolah dalam daerah dan ia dapat memberikan banyak maklumat. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan tiga murid autistik prasekolah Program Pendidikan Khas Integrasi Bermalasah Pembelajaran ( PPKIBP) yang dikodkan sebagai RMl,RM2 dan RM3 iaitu sebagai sampel primier. Sampel ini berusia enam tahun. Manakala sampel sekunder pula, penyelidik menggunakan seorang guru pendidikan khas (RG ).


58 1.3.1 Responden Murid Pemilihan responden murid dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria pemilihan yang telah ditentukan oleh penyelidik. Antara ciri-ciri yang telah memenuhi kriteria representative, stability dan availability (Bailey dan Burch, 2002). Ciri representative bermakna responden releven dengan permasalahan yang diukur dalam kajian ini. Ciri stability dicirikan dengan responden dapat berkerjasama dalam kelas dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan kajian dijalankan. Ciri availability bermakna responden dapat ditemui pada waktu yang telah ditetapkan dan tidak mempunyai agenda untuk keluar dari kawasan kajian semasa kajian dijalankan. Antara kriteria lain adalah seperti berikut: i. Murid yang telah disahkan pegawai perubatan bahawa murid tersebut merupakan seorang murid autistik. ii. Murid yang berumur 6 tahun iii. Murid yang mempunyai masalah tingkah laku IV. Murid yang mempunyai rekod kehadiran ke sekolah yang baik v. Mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga vi. 1.3.1.1 Profil Responden Murid (RM1) Ahmad ( bukan nama sebenar) merupakan anak pertama daripada tiga orang adik beradik. Dia mula disahkan mengalami autisme ketika berumur dua tahun setengah. Memandangkan ibu bapa Ahmad berpendapatan agak tinggi dan berpendidikan, Ahmad telah dihantar ke The National Autisme Society Malaysia ( NASOM) untuk mendapatkan intervensi setelah didiagnos oleh pegawai perubatan. Setelah berumur lima tahun barulah


59 Ahmad dimasukkan ke sekolah ini. Walau bagaimanapun Ahmad masih lagi menjalani terapi di NASOM selepas sesi persekolahan. 1.3.1.2 Profil Responden Murid (RM2) Aminah ( bukan nama sebenar) merupakan anak kedua daripada dua adik beradik. Mula disahkan autisme ketika berumur dua tahun oleh pegawai perubatan. Bapa Aminah bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang dan ibunya tidak bekerja. Aminah dihantar ke pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk intervensi. Setelah berumur empat tahun pihak PDK mencadangkan Aminah ditempatkan di sekolah yang mempunyai prasekolah pendidikan khas. Aminah mendapatkan terapi Pusat Perkhidmatan Pendidikan Pulau Pinang (3PK). 1.3.1.3 Profil Responden Murid (RM 3) Ali ( bukan nama sebenar) merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik.Ibu dan bapanya merupakan guru sekolah menengah di Kepala Batas. Ali mula dikesan mengalami ciri-ciri autisme ketika berumur tiga tahun. Setelah disahkan oleh pegawai perubatan, Ali telah dihantar ke NASOM untuk intervensi. Di samping itu juga Ali mendapatkan terapi di beberapa buat pusat terapi swasta.


60 Jadual3.1 Maklumat Responden Murid Responden Jantina Umur Bangsa Terapi Anak Dalam Keluarga RM 1 Lelaki 6 Melayu NASOM Pertama RM2 Perempuan 6 Melayu 3 PK Kedua RM3 Lelaki 6 Melayu NASOM Pertama 3.3.2 Responden Guru (RG) Manakala sampel guru, penyelidik menetapkan bahawa guru tersebut telah mengajar di pra sekolah pendidikan khas sekurang-kurangnya lima tahun. Guru tersebut perlu mempunyai ijazah pendidikan dalam pendidikan khas. Puan Komathy ( bukan nama sebenar) merupakan seorang guru pendidikan khas prasekolah selama lapan tahun.Sebelum ini beliau mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) selama lapan tahun. Beliau mempunyai banyak pengalaman berkaitan murid pra sekolah aliran biasa dan juga pendidkan khas. Ini adalah kerana beliau berpengalaman mengajar di prasekolah aliran biasa. Beliau juga merupakan seorang lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pendidikan khas. Jadual3.2 Maklumat Responden Guru Responden Jantina Umur Bangsa .. Pengalaman Mengajar RG Perempuan 47 India 16 tahun


61 3.4 Lokasi Kajian Lokasi kajian ini dilaksanan disebuah sekolah dalam daerah Seberang Perai Utara. Sekolah ini dipilh berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara. Di daerah ini terdapat dua buah sekolah yang menawarkan prasekolah pendidikan khas. Sekolah ini dipilih kerana prasekolah pendidikan khasnya telah beroperasi selama dua belas tahun. Penyelidik berpendapat bahawa guru yang mengajar mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang banyak untuk mendidik murid berkeperluan khas. Di samping itu juga sekolah ini mempunyai kelengkapan yang lengkap dan pelbagai untuk mengajar mereka. 3.5 Kaedah Pengumpulan Data Dalam kajian ini data dikumpul berdasarkan aktiviti dan pemerhatian IS yang dijalankan kepada murid. Penyelidik selalunya menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data dalam kajian kualitatif seperti pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen (Cresswell,2009) yang dikenali sebagai kaedah triangulasi data. Ini adalah disebabkan penggunaan satu sumber maklumat adalah tidak mencukupi untuk membuat interpretasi menyeluruh. Kaedah triangulasi data ini amat penting bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Pemerhatian merupakan metod utama yang sangat penting dalam penyelidikan kualitatif. Compte (1958), pengasas sosiologi, mengatakan dalam bidang sains kemasyarakatan, pemerhatian merupakan salah satu metod teras di samping kajian perbandingan, analisis pensejarahan dan eksperimen. Pemerhatian merupakan perkara yang


62 dilakukan setiap hari sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Ia merupakan satu rutin dalam kehidupan manusia memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Menurut Kidder (1981), menyatakan pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian, dirancang dengan rapi dan kebolehpercayaannya. Kajian Effectiveness ofSensory Integration Interventions in Children With Autism Spectrum Disorders: A Pilot Study (Beth, 2011), yang dijalankan oleh sekumpulan pakar terapi carakerja telah mengambil hanya enam kali sesi terapi sahaja. Hasil dapatan kajian tersebut telah menunjukkan peningkatan dan kemajuan hasil daripada intervensi yang diberikan. Sehubungan itu, penyelidik juga akan menjalankan enam kali sesi terapi sebagaimana yang dicadangkan. Setiap sesi akan mengambil masa selama empat puluh lima minit hingga sejam. Manakala untuk data daripada guru pula akan dijalankan temubual selepas aktiviti IS yang dijalankan. Ini bertujuan untuk melihat kesan daripada aktiviti yang telah dijalankan kepada murid tersebut.


Memohon kebenaran menjalankan kajian daripada Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan Idris Memohon kebenaran menjalankan kajian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Perancangan dan Penyeldidikan Dasar Pendidikan Memohon kebenaran menjalankan kaj ian daripada Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pendidikan Malaysia li Memohon kebenaran menjalankan kajian daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang � Memohon kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sebagai responden Menjalankan penyelidikan berdasarkan persetujuan sekolah, guru dan ibu bapa �t Melakukan analisis terhadap dapatan kajian Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 63


64 3.6 Kaedah Analisis Data Proses menganalisis data kualitatif merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai sumber data, pengkelasan data mengikut kategori atau tema, dan menginterpretasi data yang diperolehi ( Othman Lebar, 2014). Maka dengan itu data yang diperolehi bagi kajian ini telah dianalisis secara teratur dan sistematik mengikut topik tertentu. Daripada data yang diperolehi, hanya data-data yang berkaitan dengan objektif dan persoalan kajian sahaja yang telah dipilih, manakala data yang tidak berkaitan telah ditapis dan diasingkan. Bagi kajian ini, penyelidik telah menganalisis data secara manual. Proses analisis data dalam kajian ini telah dilakukan serentak sejurus selepas data dikumpulkan iaitu selepas tamat setiap sesi temu bual dengan responden kajian, setiap kali selepas pemerhatian dijalankan bagi memastikan penyelidik berada di landasan yang betul dan setiap kali selepas laporan sesi intervensi ditulis. Mengikut Othman Lebar (2014), keperluan untuk mengumpul dan menganalisis data secara serentak adalah untuk memastikan interpretasi data yang koheran dapat dibina. 3.6.1 Pemerhatian Salah satu bentuk lain kajian deskriptif adalah kajian pemerhatian. Menurut Kaul (1984), kaedah pemerhatian merupakan kaedah penting dalam penyelidikan deskriptif pendidikan. Secara istilahnya, pemerhatian merujuk kepada proses mendapatkan maklumat menerusi deria iaitu visual, auditori dan sebagainya (Salvia & Ysseldyke, 2004).


65 Pemerhatian adalah proses pengumpulan maklumat secara langsung dan terbuka dengan memerhatikan orang dan tempat di lapangan penyelidikan (Creswell, 2012). Ini menjelaskan bahawa kaedah pemerhatian adalah proses mengumpul maklumat sebenar dengan memerhati tingkah laku manusia di lapangan sebenar dan pada latar masa yang sebenar. Dalam kajian pemerhatian, sesuatu status fenomena tidak diperolehi menerusi pertanyaan, tinjauan atau menerusi temubual tetapi menerusi kaedah memerhati. Bagi menjawab sesetengah persoalan, pemerhatian merupakan pendekatan yang lebih sesuai (Gay & Airasian, 2003). Pemerhatian digunakan untuk mengukur ciri tentang individu, acara, atau tempat (Chambliss & Schutt, 2006). Pemerhatian mungkin boleh menjadi bentuk utama untuk mengukur dalam kajian atau boleh sebagai pengukuran tambahan menerusi penyoalan (tinjauan). Bagi kajian ini ia bertujuan mengenal pasti aplikasi intervensi menggunakan kaedah integrasi sensori bagi murid autistik yang bermasalah tingkah laku. penyelidik telah memilih kaedah pemerhatian berstruktur dan dilaksanakan dalam latar yang sebenar dengan melibatkan latar tempat dan latar masa. Chambliss dan Schutt (2006), menjelaskan bahawa pemerhatian turut serta adalah satu kaedah yang sesuai untuk mengukur tingkah laku dalam latar sebenar, selama mana untuk melaksanakan kaedah pemerhatian diperlukan. Kaedah ini menyelesaikan masalah kelemahan mengingat dan self-serving distortion yang boleh terdapat dalamjawapan bagi setiap soalan kajian soal selidik.


66 Kaedah pemerhatian juga dapat mengukur dalam konteks yang lebih natural berbanding temu bual. Ini menjelaskan tingkah laku pembelajaran murid tingkah laku diperhati dan direkodkan ketika sesi terapi dijalankan. Penyelidik berkeyakinan pelaksanaan kaedah pemerhatian sebagai kaedah untuk mengumpul data bagi kajian ini adalah kerana murid autistik bermasalah tingkah laku mempunyai kesukaran untuk menzahirkan perasaan atau kesukaan mereka menerusi lisan. Antara kelebihan kaedah pemerhatian adalah peluang untuk merekod maklumat dalam suasana sebenar, untuk mengkaji tingkah laku sebenar, dan untuk mengkaji individu yang mempunyai kesukaran verbalisasi idea-idea mereka (Creswell, 2012). Ini menjelaskan kaedah pengumpulan data secara kaedah pemerhatian adalah bersesuaian dengan ciri subjek kajian ini iaitu murid yang bermasalah tingkah laku . Barkley (1998), menjelaskan bahawa lawatan ke kelas dan pemerhatian turut serta dan merekod tingkah laku kanak-kanak menjadi bukti berguna dan segera. Selain itu, kaedah pemerhatian boleh menjadi kaedah yang sangat berguna kerana manifestasi tingkah laku tentang kurang upaya ADHD/ADD adalah berkaitan situasi (Wicks-Nelson & Israel, 2006). Manakala, Salvia dan ysseldyke (2004) menegaskan bahawa maklumat yang diperoleh menerusi kaedah pemerhatian dapat digunakan bagi merancang atau membuat keputusan dalam pengajaran akademik dan sosial. 3.6.2 Temubual Manakala bagi responden guru, kaedah temubual atau soal selidik akan digunakan. Temubual boleh didefinisikan sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian.


67 Ia merupakan interaksi antara penyelidik dan responden dan mendapat maklumat secara lisan. Menurut Denzin (200 l), temu bual haruslah lebih daripada hanya sebagai alat pengumpulan maklumat, ia haruslah bersifat relatif dan dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena. Temu bual terbahagi tiga jenis iaitu temu bual berstruktur, semi berstruktur dan tidak berstruktur.( Hall, Ward, & Corner, 1998). Dalam kajian ini penyelidik memilih untuk menggunakan temu bual semi struktur. Ini adalah kerana penyelidik akan menyediakan soalan temu bual terlebih dahulu. Di samping itu mungkin akan ada soalan daripada penyelidik yang timbul semasa sesi temu bual dijalankan. Ini akan memberikan ruang kepada sampel untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan kajian. Temu bual dalam kajian merupakan salah satu teknik pengumpulan data secara kualitatif dalam kajian ini. Antara kelebihan adalah bahawa peserta kajian memberi maklumat yang berguna apabila penyelidik tidak boleh terus memerhatikan peserta kajian, dan penyelidik membenarkan peserta kajian untuk menggambarkan maklumat dengan terperinci (Creswell, 2012). Kaedah temu bual terbahagi kepada beberapa variasi antaranya adalah perbezaan dibuat sepanjang kontinum iaitu daripada berstruktur untuk tidak berstruktur atau dari formal untuk informal (Salvia & Ysseldyke, 2004). Dalam proses melaksanakan temu bual, penyelidik perlu memberi perhatian kepada perbualan dengan para peserta kajian, pengendalian ledakan emosi, dan menggunakan "icebreaker" untuk menggalakkan individu bercakap (Craswell, 2012). Dalam konteks


68 kajian, penyelidik bertindak memberi penekanan dan tumpuan kepada emosi yang ditunjukkan oleh peserta kajian. Proses temu bual juga dijalankan dengan memastikan wujud keselesaan atau "rapport" yang baik antara sampel kajian dan penyelidik. Temu bual dilaksanakan bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan intervensi kaedah integrasi sensori murid autistik. Seterusnya temu bual ditadbirkan berdasarkan protokol temu bual yang dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan kajian literature dan diubahsuai berdasarkan item-item daripada inventori model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978). Berikut adalah langkah melaksanakan sesi temu bual mengikut cadangan oleh Creswell (2012): (a) Kenal pasti individu yang akan ditemu bual. (b) Tentukan jenis temu bual yang akan digunakan (c) Rakam soalan-soalan danjawapan (d) Ambil nota ringkas sepanjang temu bual (e) Cari tempat yang tenang, sesuai bagi menjalankan temu duga (t) Dapatkan persetujuan daripada peserta kajian untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. (g) Adakan rancangan lebih awal tetapi fleksibel (h) Gunakan probas untuk mendapatkan maklumat tambahan. Probas adalah soalan tambahan bagi setiap soalan utama yang penyelidik tentukan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Gunakan soalan tambahan untuk menjelaskan maklumat atau memberi peluang kepada peserta kajian mengembangkan idea. (i) Berbudi bahasa dan professional apabila mengakhiri temu bual.


69 Menurut Lim (2007), penyelidikan kualitatif kerap menghasilkan data yang banyak terutamanya daripada nota lapangan, dokumen dan temubual. Data-data tersebut perlu disaring, dipilih, diringkaskan, dikodkan, dikelompokkan dan dihubungkaitkan sebelum diinterpretasi. Proses penganalisis data kualitatif merupakan satu proses mencari dan menyusun secara sistematik data-data yang diperlukan oleh penyelidik untuk membuat kajiannya. 3.7 Instrumen Kajian Merujuk kepada Creswell (2013), dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi alat kajian utama dalam pengumpulan dan analisis data, di mana penyelidik mendapatkan maklumat secara terus daripada responden kajian dan sumber-sumber lain. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan tiga intrumen kajian bagi mendapatkan data iaitu: i. Senarai semak masalah tingkah laku sensori autistik ii. Soalan temubual guru iii. Laporan sesi intervensi. 3.7.1 Senarai semak masalah tingkah laku sensori murid autistik Senarai semak masalah tingkah laku sensori ini adalah diadaptasi dan diubahsuai daripada Norfishah Mat Rabi (2015). Senarai semak ini merupakan kaedah pemerhatian separa berstruktur di mana penyelidik telah mengetahui aspek-aspek yang ingin dilihat terlebih dahulu (Noraini Idris, 2010).


70 Senarai semak ini mengandungi dua puluh satu aspek tingkah laku sensori yang berkaitan dengan tactile, vestabular, proprioseptif auditori, oral, olfaktori, dan visual Senarai semak yang dihasilkan ini adalah untuk mengesan masalah tingkah laku sensori yang dihadapi oleh murid autistik. Aktiviti yang berkesan akan dapat membantu murid autistik mengurangkan tingkah laku yang mereka alami. Bagi menentukan akitiviti yang berkesan untuk membantu murid autistik mengurangkan masalah tingkah laku dan kesan daripada intervensi, guru telah dilatih oleh penyelidik untuk membuat pemerhatian dan menanda pada senarai semak sepanjang penyelidik menjalankan sesi intervensi kepada murid autistik. 3.7.1.1 Pengesahan Pakar Bagi memastikan kesahan instrumen senarai semak masalah tingkah laku sensori murid autistik, penyelidik telah mendapatkan pengesahan pakar daripada tiga seorang pakar dalam bidang autisme dan integrasi sensori. Seorang orang Penolong Pengarah ( Psikologi Klinikal) BPKhas, KPM telah mengesahkan berkaitan dengan senarai semak tingkah laku sensori. Manakala untuk soalan temubual, penyelidik telah mendapat pengesahan daripada seorang Penolong Pengarah (Terapi Carakerja) 3PK dan seorang lagi dari Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) di KKM.


71 Jadual3.3 Kadar Peratusan Pengesahan Pakar untuk Instrumen Senarai Semak Tingkah Laku Sensori No Item Sensori Sub Item Pengesahan Kadar Peratusan Pakar PI P2 P3 1 Taktil 1.1 Tidak suka di pegang 4 4 4 100% sesuai 1.2 Mencederakan diri sendiri 4 4 4 100% sesuai 1.3 Ingin menyentuh barang disekeliling 4 4 4 100% sesuai 2 Vestabular 2.1 Berjengket ketika berjalan 4 5 4 66 % sesuai, 2.2 Takut kepada tempat tinggi 33% sangat sesuai 2.3 Mudah hilang kawalan 4 4 4 100% sesuai 3.1 Sukar mengekalkan tumpuan 3 Proprioceptive pada aktiviti 4 4 4 100% sesuai 3.2 Gemar melompat 4 4 4 66 % sesuai 3.3 Menjatuhkan diri dengan sengaja 4 3 4 33% sangat sesuai 4 Auditori 4.1 Menutup telinga 4 5 5 66 % sesuai, 4.2 Keliru arah bunyi 4 4 5 66 % sesuai, 4.3 Tidak dapat bersosial 4 4 4 100% sesuai 5 Oral 5.1 Menggigit kuku 5 4 4 66 % sesuai, 5.2 Suka memasukan sesuatu ke 4 4 4 33% sangat sesuai dalammulut 5.3 Menjilat barang yang di 4 5 5 100% sesuai pegang 6 Olfaktori 6.1 Menghidu barang yang di 4 4 4 66 % sesuai, pegang 6.2 Membaling barang yang 4 3 4 33% sangat sesuai mempunyai bau yang kurang menyenangkan 6.3 Menutup hidung 5 5 5 100% sangat sesuai (bersambung)


72 Jadual3.3 (sambungan) No Item Sensori Sub Item 7 Visual 7.1 Merenung sesuatu dalam tempoh yang lama 7.2 Tiada hubungan mata ketika bercakap 7.3 Menjeling ketika melihat sesuatu Pengesahan Kadar Peratusan Pakar PI P2 P3 4 4 4 66 % sesuai, 5 4 4 33% sangat sesuai 4 4 4 100% sesuai Jumlah Keseluruhan 87 88 88 Nota.Pl=Penolong Pengarah Klinikal Psikologis 3PK Perak, P2= Penolong Pengarah Terapis Carakerja 3PK Putrajaya, P3= PegawaiPemulihan Perubatan ( Cara Kerja) Hospital Alor Setar. Berdasarkan Jadual 3.3, sebanyak sebelas sub item telah mendapat 100% sangat sesuai dari ketiga-tiga pakar. Manakala dua belas sub item sesuai digunakan dalam kajian ini. Jadual 3.4 menunjukkan rumusan pakar secara keseluruhan instrumen senarai semak tingkah laku sensori yang digunakan dalam kajian ini. Jadual3.4 Rumusan Pakar Bagi Instrumen Senarai Semak Tingkah Laku Sensari Pakar Peratusan Rumusan Pakar PI 32.77% P2 34.67% P3 33.33% Nota.Pl=Penolong Pengarah Klinikal Psikologis 3PK Perak, P2= Penolong Pengarah Terapis Carakerja 3PK Putrajaya, P3= PegawaiPemulihan Perubatan ( Cara Kerja) Hospital Alor Setar.


73 3.7.2 Soalan Temu Bual Guru Penyelidik turut menggunakan soalan temu bual untuk mendapatkan data secara kualitatif. Soalan temu hual ini mengandungi soalan-soalan yang telah disusun mengikut susunan bagi memudahkan proses temu bual dijalankan. Berdasarkan Chua (2006), temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang melibatkan perbualan dua hala di antara penyelidik dan responden kajian dengan tujuan untuk mengumpulkan maklumat kajian. Soalan temu bual yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual separa berstruktur di mana penyelidik menggunakan sebahagian soalan yang telah di bina dalam soalan temu bual sebelum sesi temu bual dijalankan. Namun penyelidik bebas untuk menyoal dan menjelajah lebih mendalam terhadap jawapan yang diberikan. 3.7.2.1 Pengesahan Pakar Soalan Temu Bual Guru Bagi memastikan kesahan instrumen soalan temu bual guru, penyelidik sekali lagi telah mendapat khidmat pengesahan pakar daripada tiga orang pakar dalam bidang autisme iaitu seorang Penolong Pengarah (Terapi Carakerja) 3PK, seorang Penolong Pengarah (Klinikal Psikologis) 3PK dan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) di KKM. Jadual 3.5 berikut menunjukkan kadar peratusan pengesahan pakar untuk instrumen solan temu bual guru.


Jadual3.5 74 Kadar Peratusan Pengesahan Pakar untuk Instrumen Soalan Temu Bual Guru No Soalan Temu Bual Pengesahan Pakar PI P2 P3 Kadar Peratusan (%) Adakah puan tahu apakah itu integrasi sensori? Adakah murid autistik mempunyai masalah tingkah laku sensori ? Apakah masalah tingkah laku sensori yang ditunjukkan oleh murid autistik? Apakah masalah tingkah laku sensori yang sering dialami oleh murid autistik sama ada di dalam dan di luar bilik darjah? Mengapakah masalah dalam tingkah laku ini dalam kalangan murid autistik boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran? Bagaimanakah aktiviti integrasi sensori boleh membantu mengurangkan tingkah laku sensori dalam kalangan murid autistik ? Aktiviti apakah yang sesuai untuk mengurangkan tingkah laku sensori dalam kalangan murid autistik ? Bagaimanakah puan melakukan aktiviti integrasi sensori sebelum ini ? Apakah perubahan dari segi tingkah laku sebelum InI telah berubah setelah mendapat intevensi kaedah integrasi sensori ? Bagaimanakah perubahan positif dari segi tingkah laku yang ditunjukkan 10 oleh murid autistik puan setelah mendapat intervensi menggunakan aktiviti kaedah integrasi sensori ? 1 2 3 4 5 6 7 8 9 4 5 4 66.6% sesuai, 33.3% sangat sesuai 66.6% sesuai, 33.3% sangat sesuai 66.6% sesuai, 33.3% sangat sesuai 5 4 4 100% sesuai 4 5 4 66.6% sesuai, 33.3% sangat sesuai 4 5 5 66.6% sesuai, 33.3% sangat sesuai 4 4 4 66.6% sesuai, 33.3% sangat sesuai 4 5 4 66.6% sesuai, 33.3% sangat sesuai 4 5 5 66.6% sesuai, 33.3% sangat sesuai 4 5 4 66.6% sesuai, 33.3% kurang sesuai 4 5 Jumlah Keseluruhan 4 5 43 4 3 Nota,PI =Penolong Pengarah Klinikal Psikologis 3PK Perak, P2= Penolong Pengarah Terapis Carakerja 3PK Putrajaya, P3= PegawaiPemulihan Perubatan ( Cara Kerja) Hospital Alor Setar. 40 47


75 Berdasarkan Jadual 3.5, 66% daripada pakar telah menyatakan bahawa lima soalan temu bual iaitu nombor satu, tiga, lima, tujuh dan lapan adalah sesuai dan 33% lagi menyatakan ianya sangat sesuai. Untuk soalan dua, enam dan Sembilan pula, 66% daripada pakar telah menyatakan bahawa ketiga-tiga soalan temu bual tersebut adalah sesuai, manakala 33% lagi menyatakan ianya kurang sesuai . Bagi soalan lOpula, 66% daripada pakar telah menyatakan bahawa ianya sesuai dan selebihnya menyatakan ianya kurang sesuai. Daripada 10 soalan temu bual tersebut, hanya satu soalan iaitu soalan nombor empat di mana kesemua pakar menyatakan ianya sesuai. Berdasarkan jawapan pengesahan pakar ini, maka instrumen soalan temu bual adalah sesuai untuk digunakan bagi mengumpul data dalam kajian ini. Jadual 3.6 berikut adalah rumusan pakar secara keseluruhan bagi instrumen soalan temu bual guru. Jadual3.6 Rumusan Pakar Bagi Instrumen Soalan Temu bual Guru Pakar Peratusan Rumusan Pakar PI P2 P3 30.77% 36.15% 33.08% Nota,Pl=Penolong Pengarah Klinikal Psikologis 3PK Perak, P2= Penolong Pengarah Terapis Carakerja 3PK Putrajaya, P3= PegawaiPemulihan Perubatan (Cara Kerja) Hospital Alor Setar. 3.7.3 Laporan Sesi Intervensi Laporan sesi merupakan catatan yang dilakukan selepas tamat satu sesi intervensi kerana ia merupakan satu bentuk formaliti yang disediakan oleh setiap pegawai yang menjalankan intervensi bagi membantu mereka merancang untuk membantu dan melihat kemajuan yang


76 ditunjukkan oleh klien. Format laporan sesi intervensi yang digunakan adalah berdasarkan format laporan yang telah ditetapkan oleh 3PK, BPKhas, KPM. Laporan intervensi merupakan analisis dokumen yang dirujuk bagi memberi maklumat yang boleh digunakan untuk melihat tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid autistik. 3.8 Kajian Rintis Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah dijalankan. Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan atau instrumen yang perlu diubah suai atau dikekalkan (Mohamad Najib, 1999). Kajian rintis juga dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan iaitu menguj i kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam temubual ini di samping meninjau masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar dijalankan. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberikan keputusan yang tekal atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi yang setara (Azizi Hj Yahaya,Ahmad Zairi Hj Alias dan Isyanuddin Husin,2003). Dalam kajian ini penyelidik telah menjalankan kajian rintis kepada dua orang kanak-kanak autistik yang berumur enam tahun di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Sampel yang dipilih dalam kajian rintis ini mempunyai persamaan dengn responden dalam kajian sebenar. Kajian rintis ini dijalankan dengan tujuan untuk: 1. Mengenal pasti sama ada tujuan dan objektifkajian boleh dicapai 2. Mengenal pasti kesesuaian aktiviti yang akan diberikan kepada murid autistik 3. Mengenal pasti kesesuaian bahan yang digunakan dalam aktiviti 4. Mengenal pasti kesesuaian senarai semak tingkah laku sensori


77 5. Mengenal pasti masalah yang mungkin timbul dalam kajian sebenar 6. Melatih penyelidik untuk mengurus kajian sebenar dengan lancar dan berkesan Berdasarkan Yin (2014), kajian rintis yang dijalankan berkemungkinan menunjukkan kekurangan dari segi reka bentuk awal. Maka, segala kekurangan dan kelemahan yang timbul selepas peringkat permulaan kajian boleh diubah dan disemak semula untuk kajian utama. Dapatan kajian rintis yang telah dijalankan oleh penyelidik menunjukkan bahawa murid autistik mempunyai masalah tingkah laku. Disamping itu juga, penyelidik mendapati beberapa aktiviti integrasi sensori perlu diubah. Ini bertujuan agar responden dapat melakukan atau memberikan perhatian kepada intervensi yang dijalankan. Jadual3.7 Rumusan Pakar Bagi Instrumen Senarai Semak Tingkah Laku Sensori Kajian Rintis Pakar Peratusan Rumusan Pakar PI 27.70% P2 28.67% P3 29.38% Nota,PI=Penolong Pengarah Klinikal Psikologis 3PK Perak, P2= Penolong Pengarah Terapis Carakerja 3PK Putrajaya, P3= PegawaiPemulihan Perubatan (Cara Kerja) Hospital Alor Setar.


78 ladual3.8 Rumusan Pakar Bagi Instrumen Soalan Temu bual Guru Kajian Rintis Pakar Peratusan Rumusan Pakar PI P2 P3 24.75% 26.15% 28.08% Nota,Pl=Penolong Pengarah Klinikal Psikologis 3PK Perak, P2= Penolong Pengarah Terapis Carakerja 3PK Putrajaya, P3= PegawaiPemulihan Perubatan ( Cara Kerja) Hospital Alor Setar. 3.9 Kesimpulan Bab ini telah membincangkan secara terperinci metadologi penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini di samping menghuraikan dapatan kajian rintis yang telah dilaksanakan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan intervensi menggunakan kaedah integrasi sensori terhadap murid autistik. Penyelidik akan menyediakan aktiviti berkaitan dengan integrasi sensori yang perlu dilakukan oleh responden. Maka, penyelidik menggunakan kajian kes dengan mengambil tiga orang murid autistik dan seorang guru pendidikan khas sebagai responden kajian. Bagi menjawab persoalan kajian, data dikumpul menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kesemua data kualitatif yang diperoleh akan dianalisis secara manual, dipadankan mengikut item dalam senarai semak masalah tingkah laku sensori dan disusun secara teratur bagi menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh penyelidik


BAB4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab ini, penyelidik akan melaporkan hasil dapatan kajian yang diperoleh secara terperinci. Hasil dapatan kajian adalah berdasarkan instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu senarai semak tingkah laku sensori temu bual guru dan laporan sesi intervensi. 4.2 Analisis Dapatan Kajian Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji penggunaan kaedah integrasi sensori sebagai intervensi untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid autistik di PPKIBP di sekolah kebangsaan. Berdasarkan tujuan kajian tersebut, tiga soalan kajian telah dibina pada awal kajian iaitu:


80 i. Apakah masalah tingkah laku sensori yang dihadapi dalam kalangan murid autistik? ii. Apakah jenis aktiviti integrasi sensori yang boleh membantu murid autistik bermasalah tingkah laku disediakan ? iii. Apakah kesan penggunaan kaedah integrasi sensori sebagai intervensi untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid autistik? Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan dapatan kajian dilaporkan secara terperinci dan mendalam dalam bab ini berdasarkan soalan kajian yang telah ditetapkan oleh penyelidik. 4.2.1 Soalan Kajian 1: Apakah Masalah Tingkah Laku Yang dihadapi Dalam Kalangan Murid Autistik ? Soalan kajian ini ingin mengenal pasti masalah tingkah laku yang wujud dalam kalangan murid autistik di sekolah. Bagi menjawab soalan ini, penyelidik telah membina instrumen senarai semak tingkah laku sensori yang telah diadaptasi dan diubahsuai daripada Norfishah Mat Rabi (2015) untuk ditanda oleh penyelidik semasa membuat pemerhatian di dalam kelas, membina soalan temu bual guru untuk dijawab oleh responden guru sebelum sesi intervensi berasaskan aktiviti IS dijalankan kepada responden kajian dan merujuk kepada laporan sesi terapi yang telah ditulis. Bagi menjawab soalan kajian pertama ini, laporan dapatan kajian dibentangkan mengikut analisis dapatan pemerhatian, temu bual (TB) dan laporan sesi intervensi (LT).


81 4.2.1.1 Analisis Dapatan Pemerhatian Bagi laporan dapatan pemerhatian, sebanyak 6 pemerhatian sepanjang sesi intervensi berasaskan akitiviti IS telah dijalankan untuk melihat masalah tingkah laku dalam kalangan responden kajian. Oleh itu, terdapat sebanyak 6 set data dikumpul bagi setiap responden kajian. Jadual 4.1 berikut menunjukkan masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden kajian berdasarkan pemerhatian. Jadual4.l Masalah Tingkah Laku Sensori yang ditunjukkan oleh Responden Kajian Bil Item sensori KekeraEan RM 1 RM2 RM3 1 Taktil 1.1 Tidak suka di pegang 5 6 5 1.2 Mencederakan diri sendiri 4 5 6 1.3 Ingin menyentuh barang 4 6 6 disekeliling 2 Vestabular 2.1 Berjengket ketika berjalan O O O 2.2 Takut kepada tempat tinggi 3 4 3 2.3 Mudah hilang kawalan O O O 3 Proprioceptive 3.1 Sukar mengekalkan tumpuan 6 6 6 pada aktiviti 3.2 Gemar melompat 3 4 3 3.3 Menjatuhkan diri dengan 2 1 3 sengaja 4 Auditori 4.1 Menutup telinga 2 2 3 4.2 Keliru arah bunyi 2 3 4 4.3 Tidak dapat bersosial 4 5 5 5 Oral 5.1 Menggigit kuku 3 5 4 5.2 Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut 6 6 4 5.3 Menjilat barang yang dipegang 2 3 2 (Bersambung)


82 Jadual 4.1 (sambungan) Bil Item sensori KekeraEan RM l RM2 RM3 5.3 Menjilat barang yang dipegang 2 3 2 6 Olfaktori 6;1 Menghidu barang yang dipegang 5 6 6 6.2 Membaling barang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan 2 3 5 6.3 Menutup hidung 2 3 4 7 Visual 7.1 Merenung sesuatu dalam tempoh 5 3 4 yang lama 7.2 Tiada hubungan mata ketika 6 6 6 bercakap 3 4 5 7.3 Menjeling ketika melihat sesuatu Jumlah kekerapan tingkah laku sensori 69 81 84 Peratus kekerapan tingkah laku sensori 54.7 64.3 66.7 Berdasarkan JaduaI4.1, daripada 6 pemerhatian yang telah dijalankan, RMI hanya menunjukkan sebanyak 54.7% masalah tingkah laku sensori. RM2 pula menunjukkan sebanyak 64.3% masalah tingkah laku sensori. Manakala RM3 pula menunjukkan sebanyak 66.7% dan masalah tingkah laku sensori. Data ini menunjukkan bahawa RM 3 mempunyai masalah tingkah laku sensori. paling banyak diikuti dengan RM3 dan RM 1. Masalah masalah tingkah laku sensori. yang ditunjukkan oleh setiap responden kajian secara keseluruhan ditunjukkan dalam Rajah 4.1 berikut:


• RM1 • RM2 RM3 Rajah 4.1 Masalah Tingkah Laku Sensori Responden Kajian Secara Keseluruhan Rajah 4.2 pula menunjukkan masalah tingkah laku sensori yang ditunjukkan oleh responden kajian berdasarkan integrasi sensori. 83 17 18 17 16 14 12 10 8 6 4 2 o RM 1 RM 2 RM 3 • Taktil • Vestabular • Propioseptif •Auditori • Oral .Olfaktori •Visual Rajah 4.2 Masalah Tingkah Laku Sensori Responden Kajian Berdasarkan Aspek Integrasi Sensori. Berdasarkan Rajah 4.2, RM 1 mempunyai masalah tingkah laku paling tinggi pada aspek visual iaitu sebanyak 14 kali, diikuti dengan aspek taktil sebanyak 13 kali kekerapan.


84 Manakala bagi aspekproprioseptive dan oral RMI melakukan kekerapan sebanyak 11 kali. Bagi kekerapan aspek olfaktori pula, RMI telah melakukan kekerapan sebanyak 9 kali. Ini diikuti pula dengan aspek auditori iaitu sebanyak 8 kali kekerapan telah dilakukan oleh responden. Manakala masalah tingkah laku paling rendah kekerapan yang dilakukan oleh RM 1 ialah aspek vestibular iaitu sebanyak 3 kali sahaja. Manakala bagi responden RM2 pula, telah melakukan kekerapan paling tinggi bagi aspek taktil iaitu sebanyak 17 kali. Ini diikuti dengan aspek oral iaitu sebanyak 14 kali kekerapan telah dilakukan oleh responden. Bagi aspek oral pula, RM2 telah melakukan kekerapan sebanyak 14 kali dan 13 kali kekerapan untuk aspek visual. Kekerapan ini diikuti pula dengan aspek olfaktori iaitu sebanyak 12 kali kekerapan telah dilakukan oleh responden dan 11 kali kekerapan bagi aspek propioseptive. Dalam kajian ini telah menunjukkan bahawa RM2 kurang menghadapi masalah tingkah laku sensori bagi aspek vestibular. Bagi aspek vestibular RM2 hanya melakukan kekerapan sebanyak 4 kali sahaja. Akhir sekali bagi responden RM3 masalah tingkah laku sensori paling tinggi yang dilakukannya ialah aspek taktil. RM3 telah melakukan kekerapan sebanyak 17 kali. Ini diikuti pula dengan aspek visual dan olfaktori. Bagi kedua aspek ini RM3 telah melakukan kekerapan sebanyak 15 kali. RM3 juga telah melakukan kekerapan sebanyak 13 kali bagi dua aspek sensori iaitu proprioseptif dan aspek auditori. Manakala bagi aspek oral pula, RM 3 hanya melakukan 10kali kekerapan sahaja dalam pemerhatian yang telah dijalankan. Paling rendah kekerapan nyang dilakukan oleh RM3 ialah aspek vestibular. Kekerapan yang ditunjukkan oleh RM3 ialah sebanyak 3 kali kekerapan sahaja.


85 4.2.1.2 Analisis Dapatan Temu Bual Bagi laporan dapatan temu bual, hasil temu bual yang telah dijalankan pada awal kajian bersama-sama responden guru telah ditranskripsikan dan hanya masalah tingkah laku sensori dalam kalangan murid autistik sahaja yang dipilih. Manakala perkara lain yang tidak berkaitan digugurkan. Laporan data temu bual tersebut dibentangkan mengikut responden kajian dan dimulakan dengan RM l. Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, RM 1 didapati telah menunjukkan masalah dalam beberapa aspek tingkah laku sensori. Dapatan pertama telah mendapati bahawa RMl menunjukkan masalah tingkah laku sensori bagi aspek propioseptive . Ketika berada dalam bilik darjah, RMl tidak dapat duduk diam dan gemar berjalan ke sana sini dan kurang memberikan tumpuan kepada arahan guru. Dia juga tidak mempedulikan arahan yang diberikan dan kurang memberikan respons kepada guru semasa aktiviti PdP berjalan kerana RM 1 lebih suka bergerak dan menyentuh barang yang berada dalam bilik darjah. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut: "RMI memang macam tu,setiap kali masuk kelas dia suka bergerak ke sana sini. Dia juga susah untuk beri perhatian kepada arahan yang saya berikan.Bila buat aktiviti, RM 1 sukar nak tumpu perhatian. Dia buat sekejap ja, lepas tu dia mula bergerak di sekeliling bilik darjah." (TB: RG: 20.07.2017) RM 1 juga didapati mempunyai masalah dari aspek bersosial iaitu tiada kemahiran untuk bergaul dengan rakan lain. RM I lebih suka bersendirian dan tidak berminat untuk


86 bergaul dengan rakan lain sama ada ketika menjalankan aktiviti di dalam atau di luar kelas. Walaupun begitu, RM 1 ada kalanya boleh melakukan aktiviti bersama-sama rakan untuk tempoh masa yang singkat, namun RM I kebiasaannya menolak pelawaan guru untuk melakukan aktiviti bersama-sama rakan dan guru. Di samping itu juga RM l tidak suka disentuh atau dipegang. Dia akan cuba melarikan diri jika dipegang dalam masa yang la,?a. Jika dilihat daripada masalah ini, RM 1 boleh dikategorikan berada dibawah masalah sensori auditori dan juga taktil. Contohnya dalam dialog seperti berikut: "Dia memang dok sendiri. Lagi satu kalau kita sentuh dia, memang dia tak suka. Dia cuba lari dari kita, tambah lagi kalau dia disentuh atau pegang lama.Nampak sangat dia tak suka. Kalau kat luar kelas, memang dia kalau turun pandang pun diajust aktiviti dia. Macam bila saya bagi bola untuk bermain dengan rakan lain kan, dia bawa lari bola tu main seorang diri.Walaupun dia buat macam tu, saya akan panggil dia untuk bermain bersama rakan lain."( TB:RG.20.07.2017) Seterusnya, RM ljuga mempunyai masalah tingkah laku dalam sensori oral. RM l kerapa kali suka menggigit kuku dan memasukkan benda yang dipegang ke dalam mulut. Selain itu, RM l akan menghidu terlebih dahulu barang tersebut sebelum memasukkan ke dalam mulut. RM 1 di dapati menghadapi masalah sensori oral dan juga olfaktori. Contohnya ditunjukkan dalam dialog seperti berikut: Contoh 1: "RMI suka sangat hidu benda yang dia pegang." (TB: RG: 20.07.2017) Contoh 2: "RMl ...saya rasa pelik bila dia pegang sesuatu benda, lepas itu dia cuba masukkan ke dalam mulut. Banyak kali saya tengok dia buat macam tu.. " (TB: RG: 20.07.2017)


87 RM l turut mempunyai masalah tingkah laku dalam aspek vestibular. RM l amat takut apabila berada di tempat yang tinggi. RM l akan menjerit j ika disuruh berdiri di atas kerusi. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut: "Apabila saya menjalankan aktiviti berjalan atas kerusi panjang, RMI akan menjerit ketakutan." (TB: RG: 20.07.2017) Laporan dapatan kajian yang diperoleh melalui temu bual diteruskan dengan laporan dapatan kajian bagi RM2. Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan dengan responden guru, RM2 menunjukkan masalah dalam beberapa aspek masalah tingkah laku sensori di mana RM2 tidak suka disentuh oleh orang lain. RM2 akan melarikan diri diri apabila disentuh atau dipegang. Di samping itu juga RM2 juga mencederakan diri dengan menampar pipinya sambil berjalan.Contohnya ditunjukkan dalam dialog di bawah: " Bila disentuh atau dipegang, dia akan cuba menepis tangan saya.. " TB: RG: 20.07.2017) " RM 2 gemar bergerak ke sana sini dalam kelas sambil menampar pipi." TB: RG:20.07.2017) Selain itujuga, RM2 sukar untuk memberikan tumpuan kepada PdP dalam bilik darjah. RM2 seringkali akan melompat-lompat aktiviti dijalankan. RM 2 juga sukar untuk bersosial bersama rakan-rakan lain dalam kelas. RM2 lebih suka menyendiri apabila membuat sesuatu. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut: Contoh 1: "RM2 kalau dalam bilik darjah agar kurang bergerak tetapi kalau di luar bilik darjah seperti waktu Pendidikan Jasmani, RM2 agak sukar dikawal. Dia suka membawa diri."(TB: RG: 20.07.2017)


88 Selain itu RM2 juga menghadapi masalah sensori visual iaitu tiada hubungan mata ketika bercakap. Apabila perlu sesuatu, RM2 hanya menarik tangan guru sahaja. Contohnya adalah seperti dalam dialog di bawah: Contoh 1: "Apabila saya bagi arahan, RM l tidak akan melihat saya. Dia akan memusing musingkan kepalanya sahaja. (TB: RG: 20.07.2017) Contoh 2: "Bila nak sesuatu RM 2 akan tarik tangan saya tetapi bila saya pegang tangan dia, RM2 akan menepis tangan saya." (TB: RG: 20.07.2017) Selain itu RM 2 juga gemar memasukkan sesuatu benda ke dalam mulut terutamanya barangan yang bersaiz kecil. Contohnya ditunjukkan dalam dialog seperti berikut: " Ketika saya menjalankan aktiviti,saya akan perhatikan RM2 kerana dia suka memasukan benda ke dalam mulut. Jika saya terlepas pandang sekejap, RM2 akan ambil peluang memasukkan barangan ke dalam mulut. Kalau barang besar saya tidak risau sangat. ," (TB: RG: 20.07.2017) Laporan dapatan kajian yang diperoleh melalui temu bual diteruskan dengan laporan dapatan kajian bagi RM 3. Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, RM 3 turut menunjukkan beberapa masalah tingkah laku sensori. Masalah tingkah laku sensori pertama yang ditunjukkan oleh RM 3 adalah aspek sensori taktil. RM 3 jelas mempuyai masalah sensori ini RM 3 tidak gemar langsung disentuh atau dipegang. RM 3 kerap kali mencederakan diri sendiri. RM 3 menggaru bahagian badannya sehinggaberdarah. Contohnya ditunjukkan dalam dialog seperti berikut: Contoh 1 :"Kerap kali saya melarang RM3 daripada mmenggaru bahagian badannya. Kalua saya biarkan, RM3 akan menggaru seluruh badannya." (TB: RG: 20.07.2017) Contoh 2: "Lagi satu yang RM3 yang saya perhatikan ialah, bila dia memakai baju yang dia tidak suka dia akan cuba membuka baju tersebut." (TB: RG: 20.07.2017).


Click to View FlipBook Version