Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 9 10. Kos Kajian Bil Perkara/item Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) 1 BANNER 2’X5’ 1 set 45.00 45.00 2 GLOSSY PAPER A4 1 set 29.00 29.00 3 MOUNTING BOARD (black) 1 set 6.00 6.00 4 Bayaran Hotel 1 malam 250.00 250.00 5 Minyak kereta 1 100.00 100.00 6 MAKANAN TENGAH HARI 8 set 10.00 80.00 7 MINUM PAGI 8 set 5.00 40.00 8 AIR MINUMAN 1 kotak 12.00 12.00 JUMLAH RM562.00
Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 10 RUJUKAN Abu Hassan bin Kassim. 2001. Pendidikan Amali . UTM, Skudai. Abu Hassan bin Kassim dan Rohana bte Hussin. 2003. Tahap penguasaan kemahiran proses dan hubungannya dengan pencapaian di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru. Kertas Kerja dibentang dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan 2003, anjuran Fakulti Pendidikan, UTM, di Hotel Puteri Pan Pacifik, pada 19 hingga 21 Oktober 2003. Germann, P.J., Aram, R. dan Burke, G. 1996 . Identifying patterns and relationship among the response of seventh-grade students to the science process skills of designing experiments. Journal of Research in Science Teaching. 33, 79-99. Germann, P.J., Aram, R. dan Burke, G. 1996. Students performance in asking questions identifying variables and formulating hypotheses. School Science and Mathematics. 96, 190-201. Hani Ismail. 2001. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar menengah rendah dalam mata pelajar. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamisah Osman, Zanaton Hj Iksan dan Lailia Halim. 2007. Sikap terhadap sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32.pp.39-60. ISSN 0126-6020/2180-0782 Morton, T. 2011. Classroom talk, conceptual change and teacher reflection in bilingual science teaching, Teaching and Teacher Education. 1-10 Piaget, J. 1964. Cognitive development in children: Development and learning. Journal of Research in Science Teaching. 2:176-186.
Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 11 Rasyidah bte Sulong. 2002. Pembelajaran Berpusatkan Mata Pelajaran senireka Fesyen Bagi Kursus Seni Reka Fesyen Di Politeknik Johor Bahru. KUiTTHO: Tesis sarjana Pendidikan. Roadrangka, V., Muhd Nor bin Ahmad dan Said Manap. 1996. Science process skills performance among students in Malaysia, the Philippines and Thailand. Penang: SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics. Sayibo,K. 2000. An analysis of Jamaican high school students integrated science process skills performance. Kertas kerja dibentang dalam mesyuarat tahunan National Association for Research in Science in Science Teaching. New Orleans. Tan, L.T. 1991. Menyiasat Tahap Kemahiran-Kemahiran Proses Sains Bersepadu Di Kalangan Pelajar Tahun 1 UTM dan Kesan Kursus Amali Yang Diikuti. UTM: Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Tobin, K.G. dan Capie, W.1982. Relationship between formal reasoning ability, focus of control, academic engagement and integrated process skills achievement. Journal of Research Teaching. 19, 113-121 Wellington, M. (1989). " Skills and Processes Education: A Critical Analysis. London and New Year: Routledge.
1 KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK TAMBAHAN TAJUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MINAT MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ’KAD SAYA’ DISEDIAKAN OLEH MIRA ASYIKIN BT ABDUL KADIR
2 Isi Kandungan Tajuk Muka Surat 1 Abstrak 3 2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 3 3 Fokus kajian 3 4 Objektif Kajian 4 5 Kumpulan Sasaran 4 6 Pelaksanaan 4 7 Refleksi Kajian 6 8 Cadangan Kajian Seterusnya 6 8 Bibliografi 6
3 MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ’KAD SAYA’ OLEH: MIRA ASYIKIN BT ABDUL KADIR ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar terhadap penyelesaian masalah dalam Matematik Tambahan. Seramai 3 orang murid dalam Tingkatan 5S dan seorang guru terlibat secara langsung dalam kajian ini. Tinjauan awal yang melibatkan temubual, semakan kerja latihan dan peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4S menunjukkan murid tidak dapat mengingati dan menguasai konsep dan formula Matematik Tambahan dengan tepat. Masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat menjelaskan hubung kait antara konsep dan formula dalam penyelesaian masalah Matematik Tambahan. Satu kaedah kad konsep dan formula serta contoh penyelesaian mudah ditugaskan kepada setiap murid mengikut tajuk yang berbeza diberikan diikuti dengan sesi pengukuhan dan perbincangan dengan murid. Kajian diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Kemudian satu ujian pos dijalankan dan keputusan menunjukkan lebih 50% murid dapat menjawab soalan dangan lebih baik dan prestasi semakin meningkat. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Dalam keputusan Peperiksaan Akhir tahun Tingkatan 4S peratus kelulusan Matematik tambahan ialah 57.14%. Saya merasa amat kecewa, marah, sedih serta rasa bersalah kerana saya mengajar murid ini semenjak Tingkatan 4 lagi untuk Matematik Tambahan. Semasa pengajaran dan pembelajaran saya telah berusaha mengajar sebaik mungkin, menyediakan modul, memberi pendedahan format peperiksaan SPM dan memberi pinjaman pelbagai buku rujukan dan modul soalan SPM. Saya juga telah memaksa murid membuat pembetulan semua soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun iaitu kertas 2 dan memperbanyakkan kerja rumah dengan harapan murid dapat membaiki kelemahan masing-masing. Namun menghampakan saya. Daripada pemerhatian dan analisis yang dibuat kelemahan murid ialah tidak mengingati formula, tidak memahami konsep, kurang bertanya guru serta tidak tahu apa kehendak soalan. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid terhadap Matematik Tambahan termasuk formula, konsep dan penyelesaian soalan dengan menggunakan kaedah kad. Tajuk yang dipilih ialah ’Fungsi Kuadratik’ . Tajuk ini merupakan tajuk yang amat penting dalam kertas 1 dan kertas 2. Murid perlu mengingati banyak konsep dan formula dalam bab ini seperti persamaan dan ketaksamaan, jenis-jenis punca persamaan kuadratik dan fungsi kuadratik yang mana jawapan berbeza jika data tidak terkumpul atau data terkumpul. Konsep dan formula yang banyak ini menyebabkan murid keliru dan sukar mengingati. Oleh itu, kajian ini dapat membantu murid untuk menjawab soalan Matematik Tambahan dengan baik dan mereka dapat memberikan kaedah penyelesaian dengan tepat dan betul.
4 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Matematik Tambahan dalam Peperiksaan SPM. 3.2 Objektif khas 3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid mengingati konsep dan formula 3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan formula dan konsep untuk menjawab soalan kertas 1 dan 2. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 3 orang murid Tingkatan 5S yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Analisis Tinjauan masalah 5.1.1 Pemerhatian Dari hasil pemerhatian latihan murid dan ujian sebelum ini, didapati murid amat lemah mengingati konsep dan formula. Ini menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan soalan terutama kertas 2 dengan baik. 5.1.2 Temubual Sesi temubual dibuat dengan murid untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan murid menyatakan mereka sukar mengingati konsep dalam Matematik tambahan yang sangat banyak. Setelah meneliti markah Peperiksaan Akhir tahun Tingkatan 4 yang dibuat didapati ramai murid amat lemah menjawab soalan dan seterusnya satu ujian pra dilakukan untuk menentukan tahap pemahaman murid. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah Markah Bilangan Pelajar Peratus 50 - 60 40 – 49 1 30 – 39 20 – 29 1 10 – 19 1 0 – 9
5 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN AKTIVITI 1 Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 1 orang murid. Setiap kumpulan diberikan sub tajuk dan setiap kumpulan dilantik ketua. Ketua kumpulan akan membuat kad konsep ,kad formula berbeza dan kad contoh penyelesaian mudah. Kumpulan 1 : persamaan dan ketaksamaan kuadratik Kumpulan 2 : jenis-jenis punca persamaan kuadratik Kumpulan 3 : fungsi kuadratik AKTIVITI 2 Setiap kumpulan perlu menulis satu kad formula, satu kad konsep dan satu kad contoh penyelesaian soalan. AKTIVITI 3 Kertas warna disediakan kepada setiap murid untuk menulis konsep , formula dan contoh mengikut kreativiti masing-masing supaya jelas dan menarik. Sampul plastik berpin disediakan untuk meletakkan maklumat tersebut. Murid diberi masa 1 minggu untuk menyiapkannya. AKTIVITI 4 Apabila kad-kad bagi setiap kumpulan telah siap kad tersebut dipakai pada pakaian masing-masing selama 2 minggu. Mereka akan saling mengingati matlumat-maklumat pada kad-kad yang dipakai oleh kumpulan 1,2 dan 3. Guru sentiasa mamantau perkembangan ini. Pemerhatian : Murid dapat mengingati konsep, formula dan mengingati kaedah penyelesaian yang dipakai dan ia berkesan untuk menjawab soalan. 5.4 DAPATAN AKTIVITI ( POST TEST )- UJIAN TOV Setelah aktiviti di atas dijalankan, satu ujian pos telah dijalankan untuk menilai kefahaman pelajar. Berikut adalah keputusan yang diperolehi : -
6 Pencapaian Post Test atau Pencapaian Ujian Tov BIL. NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN AKHIR 1 JUEN RAMON 10 18 2 LIU KIM SIONG 11 19 3 ALYNSSA 4 9 Jadual : Analisis Pencapaian Ujian Pra dan ujian akhir mengikut Markah Markah Ujian Pra Bilangan Peratusan Ujian Akhir Bilangan Peratusan 80 - 90 - - - - 70 - 79 - - - - 60 - 69 - - - - 50 - 59 - - - - 40 - 49 - - - - 30 - 39 - - - - 20 - 29 - - - - 10 - 19 2 2 0 - 9 1 1 6.0 REFLEKSI KAJIAN Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian akhir menunjukkan ada peningkatan. Terdapat 2 orang murid mendapat markah meningkat (18 dan 19). Kaedah ‘kad saya’ banyak membantu murid untuk cepat memahami dan mengingati konsep dan formula yang mana ini membantu murid semasa menjawab soalan Matematik Tambahan kertas 1 dan kertas 2 dalam peperiksaan SPM terutamanya dalam tajuk fungsi kuadratik. Kaedah kad juga menjadikan menambahkan keakraban sesama pelajar. Saya berasa sangat gembira kerana pencapaian pelajar telah meningkat dan P&P juga telah berjalan dengan lebih seronok dan berkesan. 7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Oleh kerana kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman pelajar, maka saya akan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran tajuk yang lain. BIBLIOGRAFI 1. Mok Soon Sang, Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd 2009
7 2. Contoh-contoh Kajian Tindakan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
KERTAS KAJIAN TINDAKAN Tajuk : Teknik “RABAPASURI” Dalam Meningkatkan Penguasaan Menilai Ciri Puisi Dan Menghasilkan Puisi. 1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu Komunikatif telah dilahirkan bermula tahun 2021. Falsafah Kesusasteraan Melayu Komunikatif bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing kea rah pembinaan insan bestari. Kesusasteraan Melayu Komunikatif ialah satu mata pelajaran elektif yang ditawarkan di peringkat sekolah menengah atas bagi tingkatan empat dan lima. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen yang utama dalam sesebuah institusi. Kebanyakan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran masih lagi menggunakan penyampaian secara tradisional. Namun pelajar kini lebih menyukai pembelajaran yang diterapkan dengan unsur-unsur hiburan dan permainan. Oleh itu, kajian tindakan ini lebih berfokuskan kepada teknik dan cara pembelajaran yang berkesan. 2.0 Isu Kajian Kajian ini dijalankan selepas saya mendapati pelajar-pelajar Tingkatan 5 Beta sukar untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan ciri puisi. Pelajar tidak dapat membezakan bentuk soalan yang diajukan dalam bentuk umum, persamaan dan perbandingan. Oleh hal yang demikian, saya mengambil langkah yang proaktif dengan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini disebabkan pelajar gagal untuk menulis jawapan mengikut kehendak soalan. Mereka gagal dalam mengutarakan ciri puisi dan menghasilkan puisi yang dikehendaki. Selain itu, kajian ini juga dijadikan panduan kepada pelajar untuk menghasilkan puisi dalam Kertas 1 dan Kertas 2 Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Saya telah mengatur satu teknik iaitu singkatan perkataan atau akronim aspek yang dikaji dalam puisi iaitu “RABAPASURI”. 3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar tentang cara menjawab soalan berkaitan dengan ciri dan bentuk puisi dalam peperiksaan. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menganalisis bentuk puisi. 3.2.2. Membantu pelajar untuk menghasilkan puisi. 3.2.3. Memudahkan pelajar untuk menulis jawapan berdasarkan urutan analisis puisi. 4.0 Pengumpulan Data Awal Sebelum langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat dengan tujuan untuk memahami masalah ini dengan lebih mendalam. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data melalui cara yang berikut : 4.1 Kaedah Analisis Peperiksaan. Tidak membuat perbandingan. Tidak mengikut arahan soalan. Tidak menjawab soalan.
Tidak ada ciri-ciri pembinaan puisi yang tepat. 5.0 Pelaksanaan Kajian Bil Aktiviti Tarikh 1 Membuat Tinjauan Awal / Keputusan Peperiksaan AR1 Bulan Jun 2 Membuat Penerangan Dan Penjelasan Bulan Julai 3 Merancang Tindakan Bulan Julai - Bulan Oktober 4 Mengumpul data Bulan November 5 Menulis Laporan Bulan Disember 5.1 Membuat Tinjauan Awal / Keputusan Peperiksaan AR1. Keputusan peperiksan tidak memberansangkan. Hanya 4 orang sahaja pelajar yang lulus manakala 23 orang pelajar gagal. Hanya 14.8% peratus pelajar yang lulus.
5.2 Sesi Penerangan Dan Penjelasan 5.1.1 Guru membuat penerangan dan penjelasan di dalam kelas. Guru memneri penerangan dan penjelasan kepada pelajar. Setelah sesi ini, pelajar akan dipratikkan dengan sesi melaksanakan aktiviti dan menjawab soalan berkaitan dengan bentuk puisi. 5.3 Merancang Tindakan. 5.3.1 Guru menggunakan Roda RA BA PA SU RI 5.3.2 Guru meragcang bengkel cara menjawab soalan. Guru pratikkan semua teknik cara mudah jawab
5.4 Mengumpul Data ANALISIS ITEM KERTAS KMK KERTAS 1 SPM AR2 BIL NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1 5 16 BA BB JUM LAH 1 ABANG DANISH MUHD. BIN ABANG ZAKARIA 0 2 0 0 0 0 4 1 2 0 8 20 2 9 14 23 2 ALICESIA ANAK KELLY 4 4 4 4 4 0 4 0 4 2 15 6 7 30 28 58 3 ALICIA KELLY ANAK KATIT 1 4 4 1 1 0 2 4 2 0 9 8 20 12 32 4 ALLYNSA MMYIANA ANAK JIMMY 4 4 4 4 4 0 4 2 2 2 14 6 9 30 29 59 5 AMILY NATASHA ANAK ADRIANA 2 4 0 4 4 6 3 1 2 2 2 2 2 24 6 30 6 ASMERA JOVENNA ANAK AWANG 4 4 4 4 4 0 4 0 2 0 14 8 7 26 29 55 7 BRANDON MATZLER ANAK GARRY NADING 3 4 0 4 4 0 4 0 0 2 11 8 1 21 20 41 8 BRINLEY MARIA WILSON 2 0 2 4 4 0 4 1 2 0 4 3 19 7 26 9 ELVIRENCE ANEIL ELLUARAN 4 4 4 4 4 0 4 4 3 1 16 4 3 32 23 55 10 EMANUEL ANAK JOSEPH LEE 4 4 4 4 3 0 4 4 0 4 10 6 0 31 16 47 11 EVIUA NEYA ANAK ENCHANA 2 4 4 2 2 0 4 0 0 0 8 18 8 26 12 FAVINCE FELLIS ANAK JOSEPH 3 4 0 2 0 0 4 4 2 0 8 1 2 15 11 26 13 GRACIE ANN ANAK ANTHONY LIBAU 4 4 4 4 4 0 4 4 4 0 20 10 2 32 30 62 14 HELEK HRITHIK ANAK HENRY 4 4 4 2 0 0 4 0 2 1 2 5 2 21 9 30 15 JOECYE LILY RURAN MIKE 3 3 4 4 0 4 4 4 2 1 5 11 3 29 19 48 16 KATELINA ANAK KENNEDY 3 4 4 4 4 0 4 4 3 0 12 9 14 30 33 63 17 MARRY ANN ANAK RIPIN 4 4 4 4 4 0 2 1 0 0 10 6 23 16 39 18 MATHILDA ANGEL REKIN RONNIE 2 4 4 4 1 0 4 4 3 1 14 2 6 27 22 49 19 NOR SUZANIZA BIN SUHAILI 4 4 4 4 4 0 4 2 0 0 12 2 26 14 20 NUR SYAFIQAH BINTI MUHD. JEFFRI IMAN 4 4 4 2 1 0 4 4 4 1 4 4 4 28 12 40 21 PAMELYA DANIEL 4 2 0 4 4 0 0 0 0 0 7 6 6 14 19 33 33 PRISCILLA ANAK PENDY 4 4 0 0 4 9 4 4 0 0 8 2 20 10 30 23 RAVENOLL GEO 4 4 2 4 4 0 4 0 0 0 12 6 4 21 24 45 24 REDICKSON DICKY ANAK ROSELAN 3 4 2 2 0 0 4 3 4 2 13 13 8 27 34 61 25 SHERRY ANGEL ANAK CHRISTOPER ENGGOL 3 4 2 4 2 0 2 2 2 2 4 11 23 24 47 26 VICTORIA LUNGI ANAK NGELAMBAI 2 3 4 4 4 0 4 4 0 0 13 4 3 25 20 45 27 ZARINA ANAK JUNNA 2 4 0 0 4 0 0 4 4 4 3 1 0 22 4 26 JUMLAH Bahagian A Soalan Struktur Soalan 1 Jumlah markah Jumlah Pelajar 0 1 1 1 2 6 3 6 4 13
5.5 Menulis Laporan. Merujuk kepada data yang telah dikumpul melalui keputusan peperiksaan oleh guru, peningkatan peratusan lulus adalah sangat ketara. Bilangan pelajar yang dapat menjawab puisi menggunakan teknik mudah jawab RA BA PA SU RI adalah 26 orang berbanding 2 orang sahaja pada awal peperiksaan. Oleh itu teknik mudah jawab RA BA PA SU RI dalam meningkatkan penguasaan menilai bentuk puisi dan menghasilkan puisi adalah 100% berjaya kerana hanya 1 orang pelajar sahaja yang belum menjawab soalan dengan betul berbanding 26 orang yang telah berjaya. 6.0 Kesimpulan Kajian in penting untuk membantu dan membimbing pelajar dalam menguasai aspek kajian sastera terutama dalam menganalisis bentuk puisi dan menghasilkan puisi serta membimbing pelajar dalam menguasai pembangunan insan, masyarakat dan negara berasaskan sukatan Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang akan diuji dalam Kertas 2 KMK. Pelajar akan lebih seronok untuk belajar jika mereka menggunakan teknik pembelajaran yang mudah dan seronok. Selain itu, kajian ini dapat membantu meningkatkan markah pelajar dalam peperiksaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif dalam SPM nanti.
KAJIAN TINDAKAN PERNIAGAAN PENGGUNAAN TEKNIK MNEMONIK UNTUK MENGHAFAL FAKTA Disediakan oleh BELINDA AUDREY PATRICK
Abstrak Kajian ini telah dijalankan untuk meninjau keberkesanan teknik mnemonik dalam mengingati fakta-fakta penting yang difokuskan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima bagi mata pelajaran perdagangan. Teknik mnemonik ini telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan bermatlamatkan kepada peningkatan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Perniagaan. Perbezaan individu dari sudut kognitif dan afektif menyebabkan guru harus bijak dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Sampel kajian tindakan ini terdiri daripada 15 orang pelajar dari tingkatan 5 Sigma yang mengambil subjek Perniagaan. Instrument Kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian, temubual dan juga menerusi ujian pra dan. Setelah beberapa aktiviti dibuat terhadap responden, pencapaian mereka dalam tajuk ini menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Responden juga menunjukkan reaksi dan minat yang positif selepas kajian ini dijalankan.
1.0 Pengenalan Subjek Perniagaan merupakan subjek elektif yang dipilih oleh pelajar. Subjek Perniagaan juga dianggap sebagai subjek yang sukar oleh sesetengah pelajar dan subjek ini juga diambil oleh pelajar yang terdiri daripada aliran sastera yang mendapat keputusan yang agak minima dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Subjek Perniagaan memerlukan pelajar untuk menghafal fakta-fakta penting untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk subjektif. Kebanyakkan pelajar mempunyai daya ingatan yang lemah dalam menghafal fakta yang berbentuk akademik. Ini menyebabkan para pelajar bersikap sambil lewa dan malas dalam mempelajari dan mengulang kaji pelajaran subjek ini. Sikap-sikap negatif ini mencipta suasana pembelajaran yang tidak aktif, lalu menyumbang kepada pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam matapelajaran ini. Bagi meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di dalam mata pelajaran ini, teknik mnemonik telah diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Mnemonik adalah teknik untuk memudahkan kita untuk mengingati sesuatu perkara. Secara lebih khusus, mnemonic bererti rumusan atau ungkapan untuk membantu mengingat-ingat sesuatu (Kamus Besar Bahasa Indonesia). Berdasarkan definisi tersebut dapat dikatakan bahawa mnemonic adalah teknik yang mudah untuk mengingat sesuatu yang mana ia boleh dilakukan dengan membuat rumusan atau ungkapan, atau menghubungkan kata, idea, dan khayalan. Dengan kata lain mnemonik bererti teknik untuk mendayagunakan daya ingat dengan cara-cara tertentu. Penggunaan mnemonik dalam pembelajaran boleh mendatangkan banyak manfaat, kerana melalui teknik ini, ia secara tidak lansung boleh membantu dalam memudahkan pelajar- pelajar mengingat sesuatu fakta dan tentunya juga ia akan memudahkan mereka untuk belajar.
Hambatan belajar akan hilang., ini akan membangkitkan motivasi pelajar untuk lebih giat belajar, sehingga akhirnya dapat mencapai hasil belajar yang optimal. Jadi, capaian akhir penggunaan teknik mnemonik dalam pembelajaran adalah hasil belajar optimal dengan cara yang cepat dan mudah. Oleh krerana itu, teknik ini perlu diajar kepada pelajar agar mereka dapat menguasai subjek perdagangan dengan lebih baik. 2.0 Pernyataan Masalah Seperti yang tersedia maklum, mata pelajaran Perniagaan merupakan salah satu subjek elektif yang diambil oleh pelajar menengah atas. Pengkaji mendapati kebanyakkan kelas yang menawarkan subjek ini terdiri daripada pelajar kelas sederhana dan lemah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah, pengkaji mendapati pelajar-pelajar kurang menunjukkan minat dan hilang tumpuan ketika belajar. Bertitik tolak daripada masalah yang wujud di sekolah ini, Kajian dilakukan sebagai kaedah yang mudah dan boleh diguna pakai dalam menghafal fakta fakta penting dalam matapelajaran Perniagaan ini. 3.0 Tujuan Kajian Subjek Perniagaan merupakan salah satu subjek yang sering mengalami masalah kerana pencapaian pelajar di dalam subjek ini kurang memberansangkan. Perkara ini terjadi di atas faktor-faktor pembelajaran yang kurang menarik lantas memberi kesan yang negatif pada pembelajaran subjek Perniagaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Perniagaan dengan menggunakan kaedah mnemonik yang juga merupakan cara alternatif bagi membantu pelajar menghafal dan memahami topik-topik di dalam subjek ini.
4.0 Objektif Kajian 4.1 Objektif Am Meningkatkan tahap kefafahaman pelajar untuk menguasai subtopik-subtopik di dalam subjek Perniagaan. 4.2 Objektif Khusus Kajian ini diharapkan dapat mencapai beberapa objektif khusus seperti berikut: 4.2.1 Mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu pelajar mengingat dengan mudah. 4.2.2 Memperbaiki kemahiran dan langkah-langkah pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 4.2.3 Meningkatkan peratus lulus dalam peperiksaan. 5.0 Kepentingan Kajian 5.1 Meningkatkan peratus pencapaian pelajar dalam subjek Perniagaan. 5.2 Membantu pelajar menanam minat dan sikap yang positif dalam mempelajari subjek Perniagaan. 5.3 Membantu pengkaji dan para pendidik dalam mendapatkan kaedah yang paling bekesan dalam yang lebih efektif dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang.
6.0 Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan dalam kajian ini 6.1 Kajian ini hanya dijalankan kepada sebuah sekolah menengah luar bandar di daerah Limbang,Sarawak. 6.2 Kajian ini hanya di jalankan kepada pelajar tingkatan 5 Sigma sahaja 6.4 Kajian ini dijalankan dalam tempoh yang singkat iaitu dalam masa 2 bulan. 7.0 Metodologi Kajian Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kaedah yang digunakan. Antara kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat pelajar ini ialah melalui pra ujian dan pasca ujian. Kaedah lain yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan kaedah temubual secara rambang. 7.1 Maksud Kajian Tindakan Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru.Masalah ini akan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya,bertindak mengikut strategi yang dirancang,mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan refleksi daripada hasil tindakan tersebut.Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan,kitaran kajian tindakan ini iaitu merancang,bertindak,memerhati dan refleksi akan diulang sehingga objektif tercapai.
7.2 Latar Belakang Kajian Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun,Limbang telah ditubuhkan pada 1976. Sekolah ini menawarkan dua kelas beraliran sains dan lima kelas beraliran sastera bagi tingkatan empat dan lima. Terdapat 2 buah kelas yang mengambil subjek Perniagaan iaitu 1 buah kelas dari tingkatan empat dan 1 buah kelas lagi dari tingkatan lima. 7.3 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 15 orang pelajar dari kelas 5 Sigma yang terdiri daripada 8 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar perempuan. Kelas 5 Sigma merupakan kelas kedua selepas kelas jurusan Sains.Kelas ini merupakan satu-satunya kelas yang mengambil subjek Perniagaan sebagai subjek elektif. 7.4 Pelaksanaan Kajian 7.4.1 Pelaksanaan Kaedah Pra Ujian Pra ujian dilaksanakan dengan mengemukakan satu soalan subjektif mengenai Model Hierarki Keperluan Maslow. Soalan ini meminta pelajar untuk menghuraikan keperluan - keperluan yang terdapat di dalam Model Hierarki Keperluan Maslow tersebut mengikut tahap yang telah dinyatakan iaitu fisiologi,sosial dan rohani.Markah untuk soalan ini ialah 10 markah.Ujian dilaksanakan pada 27 September 2022 dan semua pelajar yang menjadi kumpulan sasaran hadir semasa pra ujian tersebut dijalankan..Berdasarkan pra ujian tersebut,hanya 2 orang daripada 18 orang pelajar sahaja yang berjaya mendapat 5 markah ke atas manakala 16 orang pelajar yang lain tidak berjaya menghuraikan semua keperluan – keperluan tersebut dan memperolehi markah di bawah 5 markah.
7.4.2 Pelaksanaan Kaedah mnemonik Seperti yang telah diterangkan di awal kajian ini, kaedah mnemonik adalah teknik untuk memudahkan kita untuk mengingati sesuatu perkara. Secara lebih khusus,mnemonik bererti rumusan atau ungkapan untuk membantu mengingat sesuatu. Selepas kaedah ini digunakan,pelajar dapat menghuraikan semua keperluan – keperluan di dalam Model Keperluan Hierarki Maslow kerana mereka telah diajar dengan menggunakan mnemonik jenis akronim supaya mereka dapat mengingat setiap keperluan tersebut mengikut tahap di dalam Model Keperluan Hierarki Maslow.Terdapat 5 keperluan iaitu keperluan asas,keselamatan,kasih sayang, penghargaan dan keperluan sempurna kendiri yang berada ditahap paling atas dalam Model Keperluan Hierarki Maslow. Oleh itu melalui mnemonik jenis akronim,pengkaji telah mencipta akronim berikut bagi memudahkan pelajar untuk mengingati: Asas – Andi Keselamatan – Kata Kasih Sayang – Kalau Solat Penghargaan – Pergi Sempurna Kendiri - Surau
7.4.3 Pelaksanaan Pasca Ujian Setelah melaksanakan kaedah mnemonik,pengkaji menjalankan pasca ujian pada 20 October 2022 dengan mengemukakan soalan subjektif yang sama kepada pelajar.Sekali lagi pelajar diminta untuk menghuraikan keperluan - keperluan yang terdapat di dalam Model Hierarki Keperluan Maslow tersebut mengikut tahap yang telah dinyatakan iaitu fisiologi,sosial dan rohani.Semua pelajar yang menjadi kumpulan sasaran hadir semasa ujian tersebut dijalankan.Keputusan ujian menunjukkan peningkatan iaitu pelajar telah berjaya mengingat dan menghuraikan semua keperluan –keperluan tersebut.Seramai 14 orang pelajar mendapat markah penuh iaitu 10 markah dan hanya 1 orang pelajar sahaja yang tidak berjaya dalam menghuraikan keperluan – keperluan tersebut.
8.0 Dapatan Kajian Jadual 1 : Keputusan ujian pelajar Pelajar Markah ujian Pra Ujian Pasca Ujian A 1/10 4/10 B 3/10 10/10 C 3/10 10/10 D 2/10 10/10 E 2/10 10/10 F 1/10 10/10 G 1/10 10/10 H 6/10 10/10 I 5/10 10/10 J 2/10 10/10 K 1/10 10/10 L 3/10 10/10 M 2/10 10/10 N 1/10 10/10 O 4/10 10/10
Carta palang : Perbandingan Pencapaian Pelajar Dalam Pra dan Pasca Ujian Berdasarkan carta palang,analisis data menunjukkan di dalam pra ujian,terdapat 13 orang pelajar yang mendapat markah kurang daripada 5 markah.Setelah menggunakan kaedah mnemonik,peningkatan yang sangat ketara iaitu 14 orang pelajar dapat mendapat 10 markah iaitu markah penuh di dalam pasca ujian.
9.0 Cadangan Seperti yang sedia maklum, bab satu bagi subjek Perniagaan tingkatan empat iaitu tujuan perniagaan merupakan topik wajib yang akan keluar peperiksan pada setiap tahun. Justeru dari itu, pengkaji mencadangkan supaya guru-guru Perniagaan menggunakan sebaiknya teknik mnemonik ini dalam mengajar bab tersebut. 10.0 Kesimpulan Hasil daripada dapatan kajian, teknik mnemonik yang dilaksanakan dalam pembelajaran subjek perdagangan sangat membantu pelajar dalam mengingati dan memahami fakta yang diterangkan. Di dalam kajian ini, pengakaji memilih untuk mengajar subtopik Model Hierarki Keperluan Maslow dengan menggunakan teknik mnemonik. Sebelum ini pelajar sering tertukar susunan fakta yang terdapat di dalam model kepeluan ini. Akan tetapi selepas pengkaji melaksanakan teknik ini, 90% pelajar mampu memberikan jawapan yang tepat. Teknik ini sebaiknya dimanfaatkan kerana ia mampu membantu pelajar dalam mengingati sesuatu fakta. Teknik ini merupakan satu alternatif guru untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar –pelajar dalam subtopik yang tardapat di dalam subjek Perniagaan. Semoga usaha memcari inisiatif ini boleh membantu sekolah dalam meningkatkan pencapaian pelajar di dalam subjek Perniagaan
1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN LIMBANG, SARAWAK. KAJIAN TINDAKAN TAJUK : MEMBANTU PELAJAR TINGKATAN 3 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ASAS DENGAN KAEDAH “ SCRABBLE WORD SEARCH” SUBJEK/ KELAS : RBT / 3 UNGGUL NAMA PENULIS : NURSHAHIDA BINTI MASKUP SEKOLAH : SMK SERI PATIAMBUN, LIMBANG
2 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam kemahiran untuk mengingat fakta terutama dalam matapelajaran RBT. Sampel kajian ini melibatkan 3 murid tingkatan tiga. Kajian ini berfokus kepada kemahiran mengingat. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian dan ujian penilaian yang diberikan kepada murid. Oleh itu, melalui tinjauan awal ini, didapati murid menghadapi masalah dalam mengingati kata kunci. Oleh itu, pendekatan berfokus dan kaedah “SCRABBLE WORD SEARCH” telah diguna pakai dan mendapati kemahiran murid dalam mengingat dan memahami fakta sejarah semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut menunjukkan keyakinan terutama dalam matapelajaran RBT yang dapat dilihat melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
3 1.0 PENDAHULUAN Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Dictionary of Psychology (1973), mengatakan bahawa perbezaan individu dapat dilihat melalui variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma, kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam individu kalangan sesuatu kumpulan. Dalam kajian ini, kita akan dapat melihat bahawa di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perlu disedari bahawa murid terdiri daripada individu-individu yang berbeza dari aspek kognitif, fizikal, sosial dan gaya pembelajaran dalam budaya pelajar. Oleh itu, sebagai guru, adalah penting untuk memahami perkara tersebut di kalangan murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Saya telah mengajar mata pelajaran RBT bermula tahun 2010 hingga sekarang di sekolah menengah. Pada tahun ini, saya mempunyai beberapa murid yang mempunyai tingkah laku yang berlainan. Oleh itu, saya mengalami kesukaran untuk mengajar terutama dalam mata pelajaran RBT kerana seperti yang kita sedia maklum, RBT adalah melibatkan kata kunci, nama-nama komponen dan fakta.. Selain itu, murid sukar memahami topik yang diajar. 2.0 ISU YANG DIKAJI Dari awal tahun, saya telah mendapati terdapat ramai murid yang mempunyai masalah untuk mengingati terutama ketika menjawab soalan peperiksaan. Hal ini menyukarkan saya untuk mengajar . Sebagai contoh, apabila saya memberikan soalan yang mudah berkaitan kata kunci komponen dan topik, mereka akan mengalami kesukaran untuk menulis dan akan menjawab dan mengenali dengan memberikan jawapan yang tidak tepat. Justeru, melalui kajian tindakan ini, saya ingin menggalakkan murid untuk mengingat menggunakan kaedah bermain sambil mengenali kata kunci untuk memahami sesuatu fakta disamping dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam mata pelajaran RBT. Saya memilih tiga murid Tingkatan 3 Unggul .
4 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Matapelajaran RBT sangat penting. Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif yang berikut: 1. Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid agar memahami kata kunci. 2. Selain itu, kajian ini turut membantu murid untuk meningkatkan kemahiran mengingati kata kunci dengan kaedah Scrabble Word Search. 3. Kajian ini juga bertujuan membantu murid untuk meminati dan seronok untuk belajar matapelajaran RBT. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan pengajaran seorang guru dan 3 orang murid (lelaki) yang terdiri daripada murid kelas 3 Unggul. Keseluruhan kebolehan untuk seorang murid ini adalah pada tahap yang sederana lemah dan lemah. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah kajian tersebut. 5.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN/ INTERVENSI 5.1 Aktiviti “SCRABBLE WORD SEARCH” Antara langkah-langkah pelaksanaan atau intervensi yang saya laksanakan untuk menyelesaikan masalah ini ialah saya menggunakan aktiviti ““SCRABBLE WORD SEARCH”” iaitu murid mengingati sesuatu kata kunci . Tujuan pelaksanaan aktiviti adalah membantu meningkatkan keseronokan murid untuk belajar RBT. Dalam aktiviti ini juga, guru akan memberikan peralatan permainan Scrabble yang sesuai untuk mengingati sesuatu bab dalam RBT. Hal ini bertujuan untuk membantu murid mengingati dan memahami kata kunci tersebut. Selain itu, saya akan melakukan soalan kuiz untuk membantu pelajar mengingati kata kunci yang melibatkan permainan tersebut. Gambar di bawah adalah merujuk kepada contoh pelaksanaan kajian tindakan.
5 Tujuan aktiviti ini adalah membantu murid untuk mudah mengingat kata kunci bagi komponwn dan tajuk erta fakta. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga mampu membantu meningkatkan daya kemahiran berfikir. Guru menyediakan soalan mudah yang sesuai dijadikan susunan perkataan untuk membantu murid mengingat. Setakat satu hari pelaksanaan, saya dapat melihat bahawa pelajar murid dapat melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini juga adalah merupakan sebagai aktiviti pengukuhan untuk guru bagi menguji kefahaman murid berkenaan. 6.0 IMPAK KAJIAN/ INTERVENSI Impak kepada diri saya sendiri ialah saya dapat mengajar dengan penuh yakin untuk mengembangkan bakat murid saya. Selain itu, impak kepada murid saya pula, masalah mengingat dalam kalangan murid tersebut dapat lebih membantu dengan kaedah ini. Punca masalah ini dapat diselesaikan jika guru lebih banyakkan aktiviti pada masa akan datang, Oleh itu, di peringkat awal ini, murid dapat memberikan kerjasama yang baik dan dapat menjawab dengan tepat berdasarkan buku teks.
6 7.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, aktiviti “Scrabble word search” merupakan aktiviti yang sesuai untuk membantu murid yang lemah dalam mengingati tajuk-tajuk dan komponen di samping meningkatkan kefahaman dalam diri murid. Secara tidak langsung, kaedah ini sekurang- kurangnya dapat membantu murid lebih mengingati sesuatu fakta terutama ketika menjawab soalan peperiksaan. 8.0 RUJUKAN Azizi Yahaya dan Zainuddin Abu Bakar, 2010, Teori Perkembangan http://deriakacamata.blogspot.com/2015/04/contoh-kajian-tindakan.html. Akses pada 20 Jun 2022 http://adzidane.blogspot.com/2012/06/perbezaan-individu-dalam-pengajaran-dan.html. Akses pada 20 Jun 2022