The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dayang Zalena Awang Aemeran, 2023-08-13 21:35:52

Koleksi Kajian Tindakan SMK Seri Patiambun 2022 - 2023

KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN SEPAL 2022 -2023. New pdf

SMK SERI PATIAMBUN LIMBANG SITI KHADIJAH BINTI ABDULLAH PANITIA RBT TAJUK KAJIAN PENGGUNAAN TEKNIK “Apakah Fungsi Pada Setiap Bahagian Saya?” DALAM TAJUK ANALISIS FUNGSI TINGKATAN DUA 28 OKTBER 2022


1.0 REFLEKSI PDPC / ISU PDP LALU Saya mengajar di SMK Seri Patiambun Limbang. Pelajar saya terdiri daripada pelajar yang sederhana dan lemah dalam aktiviti Pdpc. Pengalaman saya sebagai guru RBT tingkatan Dua 5 bulan lepas, saya telah membuat pemerhatian kepada pelajar saya terutama tajuk bab 1 iaitu Analisis Fungsi. Pelajar saya masih gagal menguasai konsep analisis fungsi apabila membuat sesi ulangkaji. Kegagalan Pelajar menguasai dan memahami topik tersebut adalah disebabkan : i. Sikap sambal lewa pelajar sendiri ii. Kurang memberi fokus kepada sesi Pdpc Saya juga turut menyenaraikan faktor yang mungkin berpunca dari saya sendiri iaitu : i. Saya mengajar tanpa mempedulikan tahap pemahaman Pelajar ii. Saya beranggapan mereka telah memahami isi Pdpc yang diajar selepas sesi Pdpc dilaksanakan Berdasarkan masalah tersebut, saya telah cuba mengatasi dengan membentuk kumpulan didalam kelas dan cuba membantu menarik perhatian mereka untuk melaksanakan aktiviti analisis fungsi bersama guru. Saya mengubah sedikit cara pengajaran agar kesemua pelajar memahami apa yang akan disampaikan dan dapat memahami topik tersebut. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya telah cuba meminta Pelajar dan memberikan objek persekitaran untuk dijadikan sebagai bahan atau peralatan dalam topik analisis fungsi. 2.0 FOKUS KAJIAN Daripada hasil pemerhatian diatas, pelajar masih kurang memahami analisis fungsi kerana : i. Pelajar tidak memahami Langkah – Langkah yang terdapat di dalam buku teks. ii. Pelajar takut untuk membuat latihan kerana khuatir salah Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, dari 4 kelas yang diajar hanya 20% Pelajar iaitu 15 pelajar dari 75 pelajar yang menguasai konsep analisis fungsi.


Jika masalah ini tidak ditangani segera, maka pelajar akan terus mengamalkan sikap sambal lewa dan tidak akan menunjukkan minat terhadap topik ini dan berkemungkinan pada topik seterusnya nanti. Pelajar juga tidak akan mengetahui kepentingan dan akan ketinggalan tajuk ini sehingga ke Tingkatan 3. Saya cuba menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan Teknik kumpulan yang dinamakan “Apakah Fungsi Pada Setiap Bahagian Saya?”. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Meningkatkan kemahiran dalam menganalisis fungsi bahan/objek/peralatan dalam kalangan Pelajar RBT Tingkatan 2. 4.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar yang terlibat ialah Pelajar tingkatan 2P/A, 2T dan 2B dan Pelajar – Pelajar ini mengambil subjek RBT. 5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN Seelum langkah – langkah seterusnya diambil dalam kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan menggunakan kaedah i. Pemerhatian di dalam kelas Pelajar diedarkan satu keeping nota untuk menulis pemahaman mereka pada setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. ii. Latihan dalam kelas Pelajar juga melaksanakan latihan didalam kelas. Latihan disiapkan dan hasil Pelajar dinilai dan diberikan tunjukcara yang betul. iii. Kuiz topik analisis fungsi Pelajar dinilai dengan kuiz 15 minit untuk memlakar analisis fungsi satu perlatan/bahan/objek.


Hasil tinjaun mendapati : i. Pemerhatian Ada Pelajar yang sudah menguasai dan ada segelintie Pelajar yang masih memerlukan bimbingan dan tunjukcara yang betul. ii. Latihan dalam kelas Latihan dan tugasan yang diberikan disiapkan dengan baik tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. iii. Kuiz topik analisis fungsi Keputusan kuiz menunjukkan tahap pemahaman pelajar yang sebenar. Berikut adalah pencapaian pelajar melalui kuiz tersebut : MARKAH (15 MARKAH) PENCAPAIAN PELAJAR BIL % 15 2 3 12-14 5 8 9-11 13 17 6-8 27 36 3-5 22 30 0-2 4 6 JUMLAH 75 PELAJAR 100% Tindakan yang dilaksanakan atau yang diambil ialah : i. Pelajar diagihkan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 2-3 orang pelajar setiap kumpulan. Pelajar kemudian diedarkan gambar bahan / peralatan / objek untuk dianalisis fungsi. Guru meminta mereka menyenaraikan apa yang mereka lihat pada gambar dan menyenaraikan setiap fungsi yang ada pada setiap badan gambar objek tersebut. ii. Pelajar dikehendaki berbincang dan merujuk buku teks untuk melaksanakan aktiviti analisis fungsi. iii. Pelajar kemudian diminta untuk bertukar-tukar gambar dengan kumpulan yang lain. Setiap kumpulan perlu mempunyai satu atau dua objek yang dianalisis. iv. Guru dan pelajar merumuskan aktiviti.


6.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN Alatulis seperti pensel, pembaris dan pemadam beserta kertas A4 kosong. Bahan edaran bergambar yang terdiri daripada kerusi, meja, almari, katil, meja solek, kabinet tv, tong sampah, dan baldi. 7.0 JADUAL PERLAKSANAAN BIL. AKTIVITI BULAN OGOS BULAN SEPTEMBER BULAN OKTOBER 1 Mengenalpasti masalah X X 2 Menulis kajian tindakan X 3 Merancang tindakan X X 4 Melaksanakan tindakan (1) X X 5 Menganalisis hasil tindakan (1) X X 6 Melaksanakan tindakan (2) X X 7 Menganalisis tindakan (2) X X X 8 Mengulangi latih tubi sebagai pengukuhan X X 9 Refleksi kajian X 10 Penghantaran kajian tindakan X 8.0 PENUTUP Kajian saya ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman Pelajar Reka Bentuk Teknologi terhadap topik analisis fungsi. Ini juga membantu untuk meningkatkan pencapaian Pelajar dalam tahap penguasaan PBD.


Selain itu juga, teknik ini boleh dijadikan sebagai aktiviti Pdpc yang boleh menarik minat pelajar sekaligus pelajar terus memahami topik analisis fungsi secara tidak langsung.


MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN PENUKARAN SISTEM NOMBOR PERENAMBELASAN KEPADA NOMBOR PERPULUHAN DAN SEBALIKNYA MENGGUNAKAN ‘PALET HEKSA’ Disediakan oleh: Norhani Binti Haji Ismail SMK SERI PATIAMBUN, LIMBANG Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penukaran sistem nombor perenambelasan yang merupakan satu subtopik dalam mata pelajaran Asas Sains Komputer. Sampel kajian melibatkan 12 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini berkaitan penukaran nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid lemah terhadap penukaran sistem nombor perenambelasan. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati murid menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajran dan pembelajaran formal dalam kelas. Justeru, pembinaan alat pembelajaran ini diperkenalkan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam membuat penukaran sistem nombor. Penguasaan murid dalam penukaran sistem nombor menunjukkan peningkatan dan berkeyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran Asas Sains Komputer. 1.0 PENDAHULUAN Perubahan era globalisasi membawa kepada perkembangan ekologi pembelajaran. Mutu pendidikan berkualiti dituntut sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Perkembangan teknologi maklumat memberikan cabaran kepada sektor pendidikan. Justeru, kaedah pembelajaran yang berkesan perlu difikirkan bagi mencapai kualiti pembelajaran yang sewajarnya bagi meningkatkan pencapaian murid untuk bersaing di peringkat dunia amnya.


2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ASK ini mempunyai empat bidang utama mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), iaitu, Konsep Asas Pemikiran Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan. Fokus utama kajian ini adalah pada bidang perwakilan data iaitu penukaran sistem nombor perenambelasan. Kemahiran penukaran asas nombor ini perlu dititikberatkan kerana sistem asas nombor ini sangat penting dalam penggunaan teknologi dalam kehidupan harian. Antara kepentingannya ialah sistem nombor perenambelasan ini mewakili nombor lain dalam bentuk yang lebih pendek, penyimpanan data yang lebih efisien dan membolehkan manusia berinteraksi dengan sebuah peranti komputer dengan lebih mudah berbanding menggunakan nilai binari. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid ASK dalam penukaran sistem nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya. Antara masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan penukaran asas nombor adalah:- i. Asas nombor yang baharu dan murid menjadi keliru. ii. Kurang mahir dalam melakukan proses bahagi. iii. Salah meletakkan digit pada nilai tempat yang sepatutnya. 3.0 ISU DAN FOKUS KAJIAN Topik pembelajaran ini berada di dalam silibus ASK Tingkatan 2 dan saling berkaitan antara setiap topik di dalam mata pelajaran ASK. Namun, berdasarkan ujian PKS 1 pada bulan Jun, kelas Tingkatan 3 Penyayang didapati mengalami masalah dalam penukaran sistem nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya. Sebilangan murid tidak menjawab soalan yang berkaitan dengan penukaran asas nombor tersebut. Justeru, kajian tindakan ini perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran asas nombor dengan kaedah terancang dan sistematik.


Fokus kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid dalam :- i. Penukaran sistem asas nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya. ii. Pembinaan dan mengaplikasikan penggunaan pembaris supaya tidak keliru, mengingat, memahami dan mahir dalam penukaran asas nombor. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Meningkatkan kemahiran murid dalam penukaran asas nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya. ii. Meningkatkan kemahiran murid meletakkan digit pada nilai tempat yang betul. 5.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seorang guru dan 12 orang murid Tingkatan 3 Penyayang. Secara keseluruhan kebolehan murid ini adalah pada tahap penguasaan lemah dan sederhana. Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam mengatasi masalah tersebut. 6.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian yang digunakan ialah: ❖ Pemerhatian Sikap murid dilihat secara langsung di dalam kelas sewaktu sesi PdPC berlangsung. ❖ Ujian Pra Ujian ini diberikan kepada murid untuk mengukur tahap pencapaian murid dalam penukaran asas nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya sebelum pembinaan bahan bantu mengajar.


❖ Ujian Pos Ujian pos diberikan untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam penukaran asas nombor pada akhir kajian. 7.0 PELAKSANAAN KAJIAN 7.1 Tinjauan Masalah Tinjauan awal terhadap masalah kajian berkaitan mengenal pasti punca murid kurang mahir dalam penukaran asas nombor. Pemerhatian dilihat terhadap tingkah laku pembelajaran murid dalam aspek sikap dan kesediaan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas. Sikap murid yang kurang memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi kemahiran murid dalam penukaran asas nombor. 7.2 Tindakan yang Dijalankan Berpandukan pemerhatian yang dijalankan, satu tindakan telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah: Langkah 1: Pembinaan ‘Palet Heksa’. ‘Palet Heksa’ ini adalah satu bahan bantu mengajar untuk murid menguasai sistem nombor perenambelasan. Langkah 2: Mengaplikasikan pennggunaan ‘Palet Heksa’ berpandukan soalan yang diberi. Pembinaan bahan bantu ini memudahkan murid yang kurang mahir dalam proses membahagi iaitu penukaran sistem nombor perpuluhan kepada nombor perenambelasan dan sebaliknya. Di samping itu juga, penggunaan ‘Palet Heksa’ menarik minat murid dalam membuat pengiraan malahan murid dapat membuat eksplorasi kendiri penggunaan palet. Langkah 3: Murid membuat tambah baik dengan menggunakan kertas berwarna.


8.0 DAPATAN KAJIAN Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan penukaran asas nombor perenambelasan dalam kalangan murid Tingkatan 3 Penyayang. Murid menjalankan eksplorasi kendiri berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru. Murid juga lebih positif apabila melakukan pengiraan terutamanya proses bahagi. PENCAPAIAN MURID (ORANG) Markah Ujian Pra Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4 Ujian Pos 16 - 20 0 0 0 1 3 5 11 - 15 0 0 1 5 6 6 6 - 10 4 5 6 4 3 1 0 - 5 8 7 5 2 0 0 Jadual 1: Pencapaian Murid dalam Ujian Pra, Latihan dan Ujian Pos Berpandukan Jadual 1, pencapaian murid dalam ujian pra adalah kurang menggalakkan, iaitu hanya 4 orang yang mendapat markah di antara 6 hingga 10 markah dan 8 orang murid mendapat markah di antara 0 hingga 5 markah. Walau bagaimanapun, peningkatan pencapaian dapat dilihat menerusi latihan 1 hingga 4 yang menunjukkan peningkatan. Seterusnya, dapatan kajian melalui ujian pra menunjukkan peningkatan yang baik. Pelaksanaan ‘Palet Heksa’ yang digunakan dalam PdPc di kelas memberikan kesan baik terhadap penguasaan murid dalam kemahiran penukaran asas nombor perenambelasan khususnya. 9.0 REFLEKSI KAJIAN Langkah-langkah pengajaran yang dirancang telah dilaksanakan dan berjalan dengan baik. Keyakinan murid untuk menjawab soalan penukaran asas nombor perenambelasan khususnya meningkat. Murid telah membuat eksplorasi kendiri di samping meningkatkan kemahiran kognitif dan psikomotor murid-murid.


Penguasaan murid dalam kefahaman dan kemahiran dapat ditingkatkan dalam penukaran sistem asas nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya. Di samping itu juga, ‘Palet Heksa’ ini dapat membantu murid meletakkan digit pada nilai tempat yang betul. Hal ini membantu meminumkan kesalahan murid-murid yang keliru dalam meletakkan nilai digit tersebut ketika menjawab soalan yang diberikan. Isu kurang minat dalam pengiraan juga dapat dikurangkan. Hal ini kerana murid semakin mahir dalam proses pembahagian dan pendaraban. Selain itu, murid-murid juga memberikan respon yang baik pada pelaksanaan ‘Palet Heksa’ ini. Penambahbaikan yang murid lakukan adalah dari segi penggunaan kertas, daripada hanya menggunakan kertas putih, murid telah bertukar menggunakan kertas berwarna supaya nampak lebih menarik. 10.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Aktiviti yang dijalankan membantu meningkatkan kemahiran murid dalam penukaran sistem nombor perenambelasan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, kajian ini masih perlu ditambahbaik lagi untuk masa akan datang. Oleh itu, dicadangkan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penukaran sistem nombor perenambelasan kepada sistem nombor perduaan dan sebaliknya. 11.0 PENUTUP Pembelajaran murid perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi kesan terhadap penguasaan kemahiran yang berterusan di masa akan datang. Guru perlu lebih peka dan berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajran yang berkesan. Justeru, kajian tindakan ini dijalankan bagi mengurangkan masalah tahap penguasaan murid dalam penukaran asas nombor terutamanya sistem nombor perenambelasan.


12.0 LAMPIRAN Hasil murid – ‘Palet Heksa’


KAD NILAI 8K 4B 3H RPT (MENINGKATKAN KRBERKESANAN MENGINGAT) PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5 ROSWANEE BINTI MOHAMED SMK Seri Patiambun 1.0 PENDAHULUAN Pengenalan nilai Kurikulum Standard Sekolah Malaysia (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) baharu diperkenalkan pada tahun 2017 dengan tambah baik kandungan yang disemak semula pada tahun 2018 dan 2019. Berlaku perubahan besar terhadap kandungan nilai yang perlu dikuasai oleh murid. Malangnya tahun 2019, tidak sampai setengah tahun ianya diperkenalkan (selepas tambah baik kandungan) berlakulah pandemik yang melanda dunia. Namun belum ada sebarang modul atau pendekatan di lapangan yang memperkenalkan modul khusus berkenaan aspek hafalan nilai moral ini. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid mengetahui 18 nilai universal Pendidikan Moral dan mengingati kesemua 18 nilai universal Pendidikan Moral. Kajian Tindakan ini menjelaskan strategi pengajaran yang telah diuji dalam kelas. Kajian Tindakan ini juga disiapkan bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Moral para pelajar Tingkatan 5. Kajian Tindakan ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Moral untuk membimbing para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengingati 18 nilai universal Pendidikan Moral. Kajian Tindakan ini menggunakan Penggunaan Mnemonik yang sudah lama dipraktikkan dalam kelas oleh pendidik. Seramai 15 orang murid dari 2 buah kelas iaitu 5 Gamma dan 5 Omega (kelas hujung) dijadikan responden dalam kajian ini selama satu bulan. Data dipungut melalui temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan murid telah dapat mengetahui dan mengingati 18 nilai universal Pendidikan Moral dengan baik. Menurut Bakken dan Simpson (2011), mnemonik adalah pendekatan yang tersusun untuk meningkatkan daya ingatan dan menjadikan pengetahuan lebih bermakna. Maka dengan itu, mnemonik juga didefinisikan sebagai formula fakta untuk memudahkan. Sebelum perancangan untuk tindakan dilakukan, markah Peperiksaan Setara bahagian Limbang pelajar telah direkod. Seterusnya, kertas jawapan pelajar dianalisis. Hasil analisis


itu, pelajar didapati gagal memberikan nilai universal secara tepat kerana tidak berupaya mengingat 18 nilai universal tertentu dengan baik. Setelah strategi pengajaran Kaedah Mnemonik ini dijalankan kepada pelajar terlibat, pelajar dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam Ujian Kendiri. Minat dan kesungguhan pelajar juga meningkat. Kajian ini diharapkan dapat membantu saya dan guru-guru Pendidikan Moral lain untuk membimbing para pelajar untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. 2.0 ISU Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran , saya telah membuat pemerhatian pada murid Tingkatan 5 Omega dan 5 Gamma (kelas hujung) dengan bertanya soalan secara rawak berkaitan 18 nilai universal. Semasa menjalankan pemerhatian, saya mendapati pelajar mengalami masalah untuk mengingat , menghafal dan menyebut nilai secara spontan. Pelajar hanya meneka nilai semasa mereka ditanya tentang nilai universal yang sepatutnya dihafal dan di ingat untuk memudahkan mereka menjawab soalan berkaitan nilai dalam peperiksaan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum 3.1.1 Meningkatkan pencapaian lulus dalam peperiksaan SPM bagi pelajar kelas lemah. 3.1.2 Mewujudkan rasa seronok untuk belajar dalam proses mengingat dalam Pendidikan Moral kerana mampu menjawab soalan yang disoal dengan pendekatan yang betul. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Membantu para pelajar menjawab soalan Bahagian B (Esei) dan Bahagian C (Esei) dalam kertas soalan Pendidikan Moral yang memperuntukkan sebanyak 3 markah bagi setiap soalan yang minta nilai universal. 3.2.2 meningkatkan pencapaian para pelajar dalam ujian atau peperiksaan SPM supaya sekurang-kurangnya mampu lulus dengan gred yang tinggi.


4.0 KUMPULAN SASARAN (RESPONDEN) Kajian ini melibatkan para pelajar dari kelas gabungan 5 Omega dan 5 Gamma SMK Seri Patiambun, Limbang Sarawak. Terdiri daripada 15 orang pelajar kelas Pendidikan Moral. 5.0 LANGKAH -LANGKAH PERLAKSANAAN 5.1 Langkah 1 ● Langkah perlaksanaan Kad NILAI 8K 4B 3H RPT ialah pelajar diberi kertas warna untuk menghasilkan kad yang menarik. ● Kemudian pelajar di minta untuk menyenaraikan kesemua 18 nilai universal Pendidikan Moral di atas kertas. ● Pelajar diminta untuk mengkelaskan Huruf depan bagi setiap Nilai Universal dalam kelompok huruf yang sama ( pendekatan mnemonik) dalam kertas berwarna tadi. 5.2 Langkah 2 ● Seorang pelajar dipanggil untuk menyebut nilai berdasarkan Huruf depan yang sama. ● Pelajar tersebut dapat menyebut nilai dengan lebih tersusun dan mudah untuk diingat oleh mereka berbanding sebelum ini yang memerlukan menghafal nilai secara rawak. 6.0 IMPAK INTERVENSI 6.1 Kesan selepas aktiviti menghasilkan kad NILAI 8K 4B 3H RPT pelajar dapat mengingat nilai dengan lebih cepat dan tepat.


6.2 Terdapat kenaikan markah dalam pencapaian murid walaupun beberapa pelajar Grednya tidak berubah dalam Ujian Kendiri dalam kelas. 6.3 Perbandingan markah AR1 dan Ujian Kendiri. (Sila rujuk Jadual 1). 7.0 KESIMPULAN 7.1 Aktiviti membina Kad NILAI 8K 4B 3H RPT merupakan aktiviti yang banyak membantu pelajar dalam mengingat 18 nilai universal Pendidikan moral dengan cepat. 7.2 Ia amat membantu pelajar yang agak lemah dalam proses mengingat dan menghafal. 7.0 LAMPIRAN BIL NAMA KELAS MARKAH AR 1 GRED MARKAH UJIAN KENDIRI GRED 1. DOROMIROL PIREN PARANG 5G TH TH 25 G 2 FERNANDA NATIE AK DIANA 5G 27 G 40 E 3 JESSICA JAMIE AK JAIN 5G 11 G 35 G 4 MAYLVI PRINSHIELLY SWAY MARKURY 5G 2 G 25 G 5 MICHAEL ROGER AK MORNI 5G 5 G 27 G 6 SHANE FEROZ AK NINGKAN 5G 5 G 23 G 7 SIA WENG CHEN 5G 18 G 42 E 8 ADLINE ANAK KANAK 5O 49 E 58 D 9 CRISTIYANO MELENDRIE ANAK MANGOI 5O 7 G 22 G 10 FELIXES NATANIEL BETAL 5O 21 G 38 G 11 LEON STEYVIS RYINNO ANAK ROBIN 5O 25 G 40 E


12 MIKETERREN DONNY 5O 27 G 46 E 13 RACHAEL GRACE BINTI JOAKIM 5O 34 G 50 D 14 RENTAP AK LILY 5O 13 G 34 G 15 LAWRENCE LIEU SIEU CHIEU 5O 33 G 46 E JADUAL 1 Aktiviti menghasilkan Kad NILAI 8K 4B 3H RPT (kelas pelajar lemah)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN LIMBANG, SARAWAK. KAJIAN TINDAKAN TAJUK : COLOR WHEEL MATCHING GAME SUBJEK/ KELAS : PENDIDIKAN SENI VISUAL / 1 PENYAYANG NAMA PENULIS : NOROLHANI BINTI JIFRIDIN SEKOLAH : SMK SERI PATIAMBUN, LIMBANG


Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid mempertingkatkan kemahiran murid mengenal kumpulan warna dengan menggunakan roda warna. Peserta kajian terdiri daripada pelajar 1 Penyayang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang. Saya memfokuskan kajian saya terhadap masalah mengenal dan mengingat dalam kalangan murid berkaitan warna. Data dikumpul melalui pemerhatian dan penilaian kuiz. Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, didapati sebahagian murid 1 Penyayang lemah dalam mengenal warna asas, warna sekunder dan warna tertier dengan betul mengikut warna yang terdapat dalam roda warna. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU “COLOR WHEEL MATCHING GAME” merupakan satu kaedah yang dicipta untuk membantu memudahkan murid untuk lebih mengenali dan mengingat kumpulan warna dengan betul. Kemahiran mengenal warna merupakan asas yang penting bagi memudahkan seseorang murid itu dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Sewaktu saya mengajar kelas 1 Penyayang, saya dapati masih ada murid yang lemah dalam mengenal kumpulan warna yang penting yang terdapat pada roda warna. Terdapat beberapa orang murid 1 Penyayang yang masih tidak mengetahui tiga warna asas. Selain itu, mereka juga tidak mahir untuk mencampurkan warna asas itu untuk menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Saya telah mengenal pasti punca utama kegagalan murid dalam menguasai kumpulan warna dan teknik mencampur warna ialah teknk mengajar yang kurang menekankan aplikasi dan mesra warna melalui persekitaran murid itu sendiri, tambahan lagi murid-murid ini mempunyai latar belakang yang kurang motivasi untuk membaca dan membuat eksplorasi sendiri. Hal ini merupakan dapatan pemerhatian saya terhadap murid di kelas 1 Penyayang.


2.0 PENDAHULUAN Setiap individu yang dilahirkan mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Perbezaan individu ialah konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan. Menurut Azizi Yahya & Zainuddin Abu Bakar (2010), Perkembangan adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Dalam kajian ini, kita akan dapat melihat bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa hal yang perlu kita disedari bahawa murid terdiri daripada individu-individu yang berbeza dari aspek kognitif, fizikal, sosial dan gaya pembelajaran dalam budaya murid. Oleh itu, sebagai seorang guru, pentingnya kita untuk memahami perkara tersebut dalam kalangan murid supaya dapat membimbing murid dengan baik semasa di dalam kelas. 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang telah dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran Abad ke-21 dan kemahiran Berfikir aras tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Seni Visual (PSV) telah digubal semula sejajar dengan transformasi Kurikulum sekolah rendah. Standard kandungannya pula, mencakupi Persepsi Seni, Eksplorasi Seni, Ekspresi Seni dan Apreasiasi Seni. Kandungan standard kurikulum PSV ini melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang saling berhubungan dalam proses pembelajaran. Transformasi kurikulum ini diharapkan dapat melahirkan murid yang berupaya mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta secara kreatif dan inovatif seiring dengan Kemahiran Abad Ke-21.


4.0 ISU DAN FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap kumpulan warna yang merupakan perkara asas dalam teori dan penghasilan karya seni visual. Kaedah ini juga hanya tertumpu kepada kaedah mengenal warna asas, warna sekunder, dan warna tertier dengan menggunakan roda warna. Hal ini dikenal pasti melalui pemerhatian sebelum ini yang mana ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung kelemahan murid amat ketara ketika mengenal warna asas, warna sekunder dan warna tertier ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran yang dilaksanakan sebelum ini kurang berkesan. Permasalahan seperti ini menyukarkan mereka untuk belajar terutama dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, melalui kajian tindakan ini, saya ingin meningkatkan daya ingatan murid dengan menggunakan roda warna dengan baik. Tindakan yang dilaksanakan adalah menggunakan pendekatan berfokus dan kaedah Mix N Match dalam “COLOR WHEEL MATCHING GAME. Melalui pemerhatian dan penilaian kuiz tersebut, beberapa orang murid telah dikenal pasti dan menjadi responden dalam kajian tindakan ini. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif yang berikut: a) Membantu murid memahami konsep warna dengan lebih tepat. b) Membantu murid mengingati istilah warna dengan mudah c) Membantu murid merujuk konsep warna melalui roda warna.


6.0 KUMPULAN SASARAN 15 Orang murid Tingkatan 1 Penyayang di SMK Seri Patiambun, Limbang 7.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian yang digunakan ialah: Pemerhatian Saya meminta murid untuk mengisi latihan isi tempat kosong bagi roda warna yang di sediakan. Kuiz Penilaian Kuiz penilaian diberi kepada murid untuk mengenal pasti tahap kelemahan mereka dalam tajuk Warna. 8.0 TINJAUAN MASALAH Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: 8.1 Pemerhatian Saya akan menguji murid dengan meminta murid mengkategorikan kumpulan warna bagi beberapa kad warna yang dipamerkan. 8.2 Kuiz Penilaian Kuiz dibuat untuk menguji daya ingatan murid kepada warna.


9.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 9.1 Analisis Pemerhatian Sebilangan murid masih samar-samar semasa mengkategorikan kumpulan warna pada roda warna yang disediakan. 9.2 Analisis Kuiz Penilaian Sebilangan murid masih keliru dengan kumpulan warna primer atau asas, sekunder dan tertier. Rajah 1: Markah Kuiz Warna 10.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 10.1 Kaedah Mix N Match dalam “COLOR WHEEL MATCHING GAME Kaedah ini dipilih kerana dapat membantu murid meningkatkan daya ingat sesuatu warna apabila murid dapat mengkategorikan kumpulan warna dengan betul. 11.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN Fasa pelaksanaan tindakan ini melibatkan perjumpaan bersama murid ketika pembelajaran secara bersemuka. Kaedah Mix N Match pula ialah kaedah yang meminta murid untuk mengkategorikan kumpulan warna dengan betul melalui “COLOR WHEEL MATCHING GAME.


Tujuan kaedah ini adalah untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan terhadap kumpulan warna. Selain itu, memudahkan murid untuk mengingat istilah dan konsep warna dengan baik. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran murid dalam mencampurkan warna. Rajah 2: Perbandingan Markah Kuiz Warna 12.0 HASIL PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Dengan penggunaan kaedah ““COLOR WHEEL MATCHING GAME” dalam pdp, ditambah pula dengan kombinasi pelbagai aktiviti seperti kaedah pembelajaran PAK 21 iaitu kaedah Mix N Match, belajar sambil bermain dapat menarik perhatian muri d. Melalui aktiviti ini, murid begitu menunjukkan minat dan tidak mengantuk atau bosan lagi ketika mempelajari warna. Penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) juga amat baik. Tumpuan murid dalam aktiviti pdp berada ditahap cemerlang sehingga murid yang merasakan waktu pdp dua masa adalah terlalu singkat. Selain itu, kaedah ini juga dapat menggalakkan murid untuk menjadiseorang yang berani untuk mencuba untuk tampil menjawab soalan.


13.0 REFLEKSI KESELURUHAN Kaedah Mix N Match dalam “COLOR WHEEL MATCHING GAME pula dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran murid dalam mencampurkan warna. Tambahan pula, kaedah pembelajaran PAK 21 iaitu kaedah Mix N Match, belajar sambil bermain dapat menarik perhatian dan tumpuan murid. 14.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Pendekatan p&p dengan menggunakan Kaedah Mix N Match ini boleh diterapkan ke dalam tajuk lain seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan dan lain-lain. Hal ini demikian kerana, pdp akan menjadi lebih efektif dan menyeronokkan. Disamping itu, murid juga akan menjadi lebih ceria dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. 15.0 RUJUKAN Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 Azizi Yahaya dan Zainuddin Abu Bakar, 2010, Teori Perkembangan https://www.academia.edu/6680901/KAEDAH_MESRA_WARNA?\


LAMPIRAN


KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN TEKNIK SLOT MASA BAGI KOMPONEN TEKAN TUBI DAN RINGKUK TUBI SEPARA BAGI UJIAN SEGAK TINGKATAN 4 SMK SERI PATIAMBUN TAHUN 2022 PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


1.0 PENDAHULUAN Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya kepada pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi komponen kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah. Terdapat lima komponen ujian kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang terdapat dalam SEGAK. Antara komponen yang terlibat ialah Indeks Jisim atau Body Mass Index – BMI, Naik turun bangku (3 minit). Tekan Tubi, Ringkuk tubi separa dan Jangkauan melunjur. Dalam usaha untuk menjalankan ujian SEGAK ini supaya berjalan dengan baik dan jayanya, peranan semua pihak yang dipertanggungjawabkan adalah amat diperlukan. Pengetua sekolah, Guru Penolong Kanan, Ketua Panitia, guru-guru dan pelajar-pelajar adalah antara golongan yang terlibat dalam melaksanakan dan menjayakan program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini. 2.0 ISU YANG DIPILIH Berdasarkan laporan ujian kecergasan Segak penggal 1 bagi pelajar tingkatan 4 SMK Seri Patiambun. Terdapat pelajar yang mempunyai status kecergasan kurang cergas bagi tingkatan 4. Peratus kurang cergas bagi lelaki adalah sebanyak 26.74% dan bagi perempuan adalah 32.29%. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pelajar-pelajar ini mendapat markah yang kurang bagi komponen tekan tubi dan ringkuk tubi separa. Hal ini menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah secara keseluruhan bagi ujian Segak. Oleh itu, teknik Slot Masa digunakan bagi meningkatkan tahap kecergasan Ujian Segak pelajar dan secara tidak langsung, markah ujian segak pelajar dapat ditingkatkan.


3.0 INTERVENSI Menggunakan teknik Slot Masa bagi kompenen Tekan tubi dan ringkuk tubi separa. Slot Masa ( 1 Slot = 10 Saat) Lakuan Tekan Tubi Ringkuk Tubi Separa 1 4 – 5 4 – 5 2 4 – 5 4 – 5 3 4 – 5 4 – 5 4 4 – 5 4 – 5 5 4 – 5 4 – 5 6 4 – 5 4 – 5 Jumlah 24 – 30 24 – 30 LELAKI 16 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 70 ke bawah 76 - 91 92 – 112 113 – 133 134 ke bawah Tekan Tubi 31 ke atas 26 – 30 19 – 25 14 – 18 13 ke bawah Ringkuk Tubi Separa 23 ke atas 19 – 22 14 – 18 10 – 13 9 ke bawah Jangkauan Melunjur 48 ke atas 38 - 47 27 – 37 17 – 26 16 ke bawah PEREMPUAN 16 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 75 ke bawah 76 – 97 98 – 120 121 – 142 143 ke bawah Tekan Tubi 24 ke atas 20 – 23 15 – 19 10 – 14 9 ke bawah Ringkuk Tubi Separa 19 ke atas 16 – 18 12 – 15 8 – 11 7 ke bawah Jangkauan Melunjur 41 ke atas 35 – 40 28 – 34 22 – 27 21 ke bawah KEPUTUSAN KESELURUHAN Bil JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN 1 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG 2 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK 3 10 HINGGA 15 MARKAH C BAIK 4 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA 5 5 HINGGA 6 MARKAH E PERLU USAHA LAGI


4.0 OBJEKTIF Meningkatkan markah komponen tekan tubi dan ringkuk tubi separa menggunakan teknik Slot Masa. 5.0 LANGKAH Kompenen Tekan Tubi ● Pelajar diberi taklimat ringkas berkaitan teknik slot masa. ● Pelajar ditunjukkan demo lakuan tekan tubi yang betul. ● Teknik slot masa dibahagi kepada 6 slot di mana satu slot bersamaan dengan 10 saat. ● Pada Slot Masa 1 atau 10 saat yang pertama, pelajar akan membuat tekan tubi sebanyak 4 ke 5 kali sahaja. ● Kemudian rehat seketika. ● Pada Slot Masa 2 atau 10 saat yang kedua, pelajar sekali lagi akan membuat tekan tubi sebanyak 4 ke 5 kali. ● Kemudian rehat seketika. ● Slot Masa ini diulang sehingga ke Slot Masa ke 6. ● Jika pelajar dapat melakukan lakuan sebanyak 4 hingga 5 kali lakuan pada setiap slot masa, maka pelajar akan memperoleh jumlah lakuan sebanyak 24 hingga 30 untuk komponen tekan tubi ini. Kompenen Ringkuk Tubi Separa ● Pelajar diberi taklimat ringkas berkaitan teknik slot masa ● Pelajar ditunjukkan demo lakuan Ringkuk Tubi Separa yang betul ● Teknik slot masa dibahagi kepada 6 slot di mana satu slot bersamaan dengan 10 saat ● Pada Slot Masa 1 atau 10 saat yang pertama, pelajar akan membuat lakuan ringkuk tubi separa sebanyak 4 ke 5 kali sahaja ● Kemudian rehat seketika ● Pada Slot Masa 2 atau 10 saat yang kedua, pelajar sekali lagi akan membuat lakuan ringkuk tubi separa sebanyak 4 ke 5 kali ● Kemudian rehat seketika. ● Slot Masa ini diulang sehingga ke Slot Masa ke 6. ● Jika pelajar dapat melakukan lakuan sebanyak 4 hingga 5 kali lakuan pada setiap slot masa, maka pelajar akan memperoleh jumlah lakuan sebanyak 24 hingga 30 untuk komponen ringkuk tubi separa. 6.0 IMPAK


Markah tahap kecergasan pelajar bagi ujian segak dapat ditingkatkan dengan berlakunya peningkatan markah bagi kedua komponen segak ini. Secara tidak langsung, status tahap kecergasan pelajar akan dapat ditingkatkan. 7.0 KONKLUSI Secara kesimpulannya, komponen tekan tubi dan ringkuk tubi separa dapat menyumbang kepada peningkatan markah bagi ujian segak. Penggunaan teknik Slot Masa dapat membantu pelajar untuk melakukan lakuan tekan tubi dan ringkuk tubi separa dengan baik.Kesannya, markah bagi kedua dua komponen ini dapat ditingkatkan. Tahap kecergasan pelajar juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan teknik Slot Masa ini.


LAMPIRAN TEKAN TUBI RINGKUK TUBI SEPARA


Meningkatkan Penguasaan Memahami Kesan Larutan Hipotonik, Hipertonik dan Isotonik Bagi Pelajar 4 Sigma dengan Menggunakan Pendekatan Eksperimen. Siti Khalida binti Halim Panitia Sains Tulen 1.0 Pengenalan Kurikulum Sains di Malaysia menekankan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Penekanan aspek-aspek ini digariskan secara eksplisit dalam dokumen kurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Kemahiran saintifik merupakan pembelajaran melibatkan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini membri tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses Sains dan kemahiran manipulatif di samping penguasaan terhadap pengetahuan. Kemahiran proses Sains ialah kemahiran intelek yang digunakan untuk merancang dan menjalankan penyiasatan Sains. Kemahiran proses Sains adalah berfaedah kepada pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian serta dapat menambahkan pengetahuan mengenai konsep sesuatu tajuk pembelajaran. Teknik pembelajaran yang berkesan wujud apabila pelajar memperoleh kemahiran-kemahiran yang tertentu serta mampu menggabungkannya dengan pengetahuan dan sikap. 2.0 Penyataan Masalah Mata pelajaran Biologi adalah mata pelajaran yang membosankan kerana kaedah hafalan sebagai pendekatan utama dalam mengingati pelbagai istilah dan fakta yang boleh membebankan pelajar (O’Leonard, 2014). Sehubungan dengan itu terdapat kajian yang menyatakan mata pelajaran Biologi tidak mencabar minda kerana fokus pembelajaran lebih berbentuk hafalan (B. Barron, 2000). Laporan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan mendapati secara keseluruhannya pelajar hanya menggunakan teknik hafalan dalam mata pelajaran Biologi dan hasilnya pelajar tidak menjawab soalan yang berbentuk aplikasi kepada teori tersebut. Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada kefahaman pelajar 4 Sigma dalam meningkatkan penguasaan memahami kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik melalui pendekatan eksperimen.


3.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu Pada tahun ini, saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Biologi kelas 4 Sigma yang merupakan satu-satunya kelas aliran Sains Tulen di SMK Seri Patiambun untuk tingkatan 4. Untuk itu, mereka diwajibkan untuk mengambil 4 mata pelajaran elektif iaitu Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Sepanjang saya mengajar untuk penggal pertama, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah memahami kesan larutan hipertonik, hipotonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan. Walaupun telah diberikan penerangan secara lisan namun, pelajar masih kurang memahami isi pengajaran kerana mereka tidak dapat membuktikan kesan ketiga-tiga larutan tersebut secara grafik dan nyata. Maka, sebagai inisiatif untuk memahami topik tersebut, pendekatan secara eksperimen dijalankan untuk memahami kesan ketiga-tiga larutan tersebut ke atas sel tumbuhan dan memandangkan eksperimen tersebut merupakan eksperimen wajib bagi bab 3. 4.0 Fokus kajian Kajian ini berfokus kepada peningkatan kefahaman pelajar terhadap kesan larutan hipertonik, hipotonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan melalui perubahan bentuk sel tumbuhan yang dapat diperhatikan menggunakan mikroskop cahaya. 5.0 Objektif kajian Kumpulan sasaran kajian ialah 11 orang pelajar 4 Sigma yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 8 orang perempuan yang didapati mempunyai masalah untuk memahami isi pengajaran kajian. 6.0 Pelaksanaan kajian Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian di mana semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dijalankan, pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami maksud serta kesan larutan hipertonik, hipotonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan walaupun telah diberi penerangan berkali-kali serta guru terpaksa menggunakan contoh yang tidak berkaitan dengan teori pengajaran. 7.0 Analisis tinjauan masalah Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan, 60% pelajar dapat menyatakan perubahan yang berlaku kepada sel tumbuhan selepas dititiskan dengan tiga jenis larutan iaitu larutan hipertonik, hipotonik dan isotonik.


8.0 Rumusan pemerhatian dan penilaian Selepas eksperimen dijalankan, pelajar mampu menyatakan perubahan yang berlaku terhadap sel tumbuhan dari segi bentuk apabila dititiskan denga tiga jenis larutan tersebut. Malah, mereka juga dapat melihat dengan jelas melalui mikroskop cahaya perubahan sel tumbuhan sebelum dan selepas. Soalan perbincangan juga dapat dijawab dengan betul walaupun bantuan daripada guru masih diperlukan untuk memberikan penerangan. Semasa Eksperimen dijalankan


Grafik yang dapat dilihat melalui mikroskop cahaya perubahan bentuk sel tumbuhan apabila dititiskan dengan larutan hipertonik, hipotonik dan isotonik. Kesan Larutan Hipotonik Kesan Larutan Hipertonik


9.0 Cadangan untuk Meneruskan Kajian Kajian ini boleh dilanjutkan dengan menggunakan kaedah yang sama bagi topik-topik yang memerlukan pelajar untuk membuat pemerhatian secara grafik dan nyata. 10.0 Penutup Kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan guru yang lain khususnya yang mengajar mata pelajaran Biologi pada masa akan dating. Semoga dengan pelbagai pendekatan yang digunakan oleh para guru dapat memudahkan pelajar menjalani proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas dengan lebih berkesan. Kesan Larutan Isotonik


DIDIK HIBUR BERSAMA KIMIA KIMIA TINGKATAN 4 WAN AHMAD SAHID BIN W. MUDA SMK SERI PATIAMBUN, LIMBANG 1.0 PENDAHULUAN Didik Hibur Bersama Kimia adalah satu cara pengajaran dan pemudahcaraan yang digunakan untuk membantu murid Tingkatan 4 dalam menguasai matapelajaran Kimia dengan baik 2.0 ISU YANG DIPILIH Antara isu yang diketengahkan sebelum pelaksanaan Didik Hibur Bersama Kimia ialah murid menganggap Kimia merupakan subjek yang sangat berat dan susah. Bagi mereka Kimia merupakan subjek yang hanya penuh dengan konsep dan ilmu yang perlu difahami dan dihafal. Hal ini membuatkan mereka merasa tidak yakin dan tidak seronok untuk belajar. Pemikiran begini perlu perlu dibenteras dari peringkat awal bagi menyelamatkan mereka daripada mereka benci kepada subjek Kimia yang kelak akan merugikan diri mereka sendiri. Sebelum kita memastikan mereka menguasai subjek kimia, kita perlu pastikan mereka minat untuk belajar dahulu 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Didik Hibur Bersama Kimia mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah: 1. Menarik minat pelajar sewaktu PdPc. 2. Meningkatkan markah murid Tingkatan 4 dalam subjek Kimia. 3. Membantu murid mendapatkan pengetahuan dengan pelbagai kaedah yang menghiburkan. 4.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN Didik Hibur Bersama Kimia mempunyai beberapa langkah pelaksaan. Antaranya ialah, menjalankan aktiviti seperti persembahan lakonan, Question Flash Card, belajar menggunakan kaedah AKRONIM, dan Integrasi Teknologi.


4.1 LANGKAH 1- PERSEMBAHAN LAKONAN. Untuk aktiviti ini, pelajar ditugaskan untuk melakonkan watak atau situasi yang terdapat dalam konteks pembelajaran. Sebagai contoh pengunaan, pengurusan dan pengendalian radas serta bahan kimia. Pelajar melakonkan satu situasi dimana mereka perlu menjalankan sesuatu eksperimen. Apakah kelengkapan yang mereka perlu ada dan apakah yang mereka perlu lakukan sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Selain itu, mereka juga melakonkan watak-watak penting dalam bidang kimia seperti. Topik perkembangan model struktur atom merupakan topik yang sangat sesuai untuk persembahan lakonan. Mereka perlu memasukkan elemen jenaka tetapi dalam masa yang sama menyampaikan fakta-fakta yang ada. Gambar 1: Aktiviti Lakonan 4.2 LANGKAH 2- QUESTION FLASH CARDS Gambar 2: Aktiviti Question Flash Card Question Flash Card digunakan semasa proses PdPc berlangsung. Murid bersoal jawab menggunakan kad-kad yang telah disediakan oleh guru. Setiap kad telah tersedia markah atau poin tetapi markah-markah dan poin ini ditulis dibahagian belakang kad, Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dan pelajar bergilir gilir untuk menjawab kad-kad tersebut. Aktiviti ini dikuatkan lagi dengan konsep Reward and Punishment. Hadiah disediakan oleh guru untuk meningkatkan motivasi para pelajar. Sebelum aktiviti bermula, pelajar boleh mengulangkaji matapelajaran dan bertanya soalan kepada guru dahulu.


4.3 LANGKAH 3- AKRONIM Terdapat beberapa cara mudah yang digunakan untuk menghafal beberapa perkara yang berlainan dalam satu masa. Antaranya adalah seperti mengingat kata kunci, baca berulang kali dan membuat peta minda. Selain itu, satu lagi cara yang sangat mudah boleh digunakan untuk menghafal adalah dengan mencipta akronim. Sebagai contoh, bagaimana cara untuk mengingati satu senarai barangan runcit yang perlu dibeli iaitu bawang, agar-agar, cuka, dan asam jawa? Cara mudah untuk mengingatinya adalah cipta akronim dengan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan dan ia akan membentuk perkataan baru iaitu ‘BACA’. Kaedah ini sangat sesuai digunakan dalam subjek Kimia terutamanya dalam siri Elektrokimia. Untuk menambahkan lagi keseronokan pelajar, mereka boleh menggunakan nama-nama rakan mereka dan mencipta sendiri situasi yang mereka suka. Gambar 3: Aktiviti Akronim 4.4 LANGKAH 4- INTEGRASI TEKNOLOGI Dalam mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran, pelajar diajar menggunakan pelbagai sumber yang ada. Antaranya adalah menggunakan laman sesawang seperti Quizizz. Quizizz merupakan satu tempat dimana pelajar boleh belajar tetapi dalam bentuk permainan interaktif yang sangat menarik. Pelajar diwajibkan mencuba untuk menggunakan laman sesawang ini dan bertanding dengan rakan-rakan mereka. Selain itu, mereka juga diajar untuk mencari maklumat dengan menonton video-video pembelajaran di Youtube. Kaedah ini sangat membantu para pelajar dan guru-guru yang mempunyai masalah kekangan waktu disekolah. Dengan menggunakan Youtube meraka boleh belajar dimana mana dan bila-bila sahaja tidak terhad kepada waktu PdPc sahaja.


Gambar 4: Aktiviti Quizizz 5.0 IMPAK INTERVENSI Impak intervensi boleh dilihat daripada markah yang mereka perolehi dalam quiz yang dilakukan sebelum dan selepas aktiviti lakonan perkembangan struktur model atom. No Nama Murid Markah pre-test Markah post-test 1 Alwina Janice Anak Alias 4/20 16/20 2 Dyohanes Novdaniel Anak Dewan 5/20 14/20 3 Jade Raquelle Jimmy Rano 4/20 20/20 4 Jecksika Anak Jimmy 9/20 19/20 5 Jeova Maria John Adu 3/20 15/20 6 Mohamad Shahmezi Bin Azizan 0/20 12/20 7 Mohammad Rizal Bin Roslan 11/20 20/20 8 Nur Putri Surianie Binti Bazlan 2/20 15/20 9 Pinky Ngian Bakir 8/20 15/20 10 Siti Nur Ain Binti Frizal 5/20 1820 11 Wyennie Nabuo 11/20 18/20 6.0 KESIMPULAN Didik Hibur Bersama Kimia merupakan satu cara yang telah banyak membantu dalam peningkatan kefahaman dan markah pelajar. Lebih penting daripada itu, kaedah ini telah menimbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk lebih gemar mempelajari subjek Kimia. Kaedah mendidik dalam keadaan menghibur ini adalah kaedah yang sangat universal dan boleh digunakan untuk membantu pelajar dalam subjek-subjek lain.


Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 1 KERTAS KAJIAN TINDAKAN TAJUK: "PENDEKATAN PROGRAM PAMERAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA (PVMA) DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN MINAT BIDANG KEMAHIRAN MENJAHIT MURID SEKOLAH MENENGAH. OLEH: MARIAM BIN UNTONG SEKOLAH: SMK SERI PATIAMBUN, KM 7, JALAN BUANGSIOL, 98700 LIMBANG, SARAWAK. KELOLAAN: PANITIA PPW PVMA SMK SERI PATIAMBUN


Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 2 1. Tajuk Program: Pendekatan Program Pameran Pembuaan Pakaian Wanita PVMA dalam meningkatkan pemahaman dan minat dalam bidang kemahiran jahitan murid sekolah menengah. 2. Nama Penyelidik: Mariam binti Untong 3. Nama Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang. 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran: Selama tempoh pelaksanan kursus Pembuatan Pakaian Wanita di bawah Program Vokasional Menengah Atas diwujudkan di sekolah ini yang telah bermula sejak tahun 2016 sehingga kini terdapat penurunan yang sangat ketara bagi pengambilan pelatih yang ditawarkan secara sukarela pada setiap tahun. Terdapat seorang dua sahaja dari bilangan pelajar tingkatan 4 yang berminat semasa pihak UBDK sekolah menjalankan ujian psikometrik bagi mendapatkan data pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran. Data itu juga tidak menunjukkan secara spesifik bidang kemahiran yang menjurus kepada bidang jahitan. Pelbagai cara telah dilaksanakan dalam membuat promosi pengambilan pelatih antaranya taklimat kepada pelajar lepasan tingkatan 3, taklimat khusus kelas target, edaran brosur, info mata pelajaran papan notis sekolah dan pertandingan kemahiran jahitan. Bidang kemahiran merupakan bidang yang memerlukan minat yang boleh dipupuk melalui apa yang pernah dilihat atau pernah dialami oleh seseorang itu. Masalah mungkin akan timbul jika sesuatu yang dibuat bukan berdasarkan minat seseorang itu. Masalah ini turut dikongsi dan dibuktikan dalam dapatan kajian seperti yang dilakukan oleh German et al. (1996) di mana responden tidak berminat. Dalam kajian Abu Hassan dan Rohana Hussin (2003) pula mendapati tahap minat kemahiran responden adalah sederhana, sebagaimana dapatan kajian yang dijalankan oleh Tan (1991), Roadrangka (1996) dan Soyibo (2000). Apabila saya bertanya kepada beberapa murid, mereka memberi alasan yang mereka tidak meminati kemahiran ini dan mereka menginginkan untuk


Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 3 menyambung ke peringkat lebih tinggi selepas tamat tingkatan 5. Memandangkan kursus ini tidak dapat meyambung pelajaran ke tingkatan 6 dengan berbekalkan 3 mata pelajaran teras sahaja yang diambil jika mengikuti aliran kemahiran di bawah Prpgram Vokasional Menengah atas ini. Untuk menjayakan kemahiran ini, pelajar perlu ada minat serta sedikit kemahiran berteraskan kepada belajar melalui pengalaman. Saya juga mendapati ada dalam kalangan murid yang meminati bidang ini setelah melihat ada kalangan ibu atau kakak mereka yang ada kemahiran menjahit di rumah. Sedangkan umum mengetahui bahawa kemahiran asas jahitan adalah asas yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pembuatan pakaian. Ini turut disokong oleh Abu Hassan (2001), yang menyatakan kemahiran asas jahitan adalah merupakan asas penting dalam proses pengajaran-pembelajaran yang berteraskan 'belajar melalui pengalaman' sebagaimana yang dituntut dalam silibus mata pelajaran ini. Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek kemahiran asas jahitan, pelajar tidak dapat menyiapkan pakaian mengikut modul yang telah ditetapkan dalam silibus yang diajar. Dengan ini, saya mendapati bahawa tarikan untuk minat bidang Kemahiran Jahitan murid -murid di sekolah ini sangat rendah. Murid-murid melihat kemahiran ini sukar untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran seperti di kelas aliran perdana. Sebenarnya laluan untuk ke tahap melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi itu ada tetapi kurang diketahui umum. Justeru, pelajar perlu mempelajari bukan setakat fakta tetapi menguasai kemahiran demi mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka secara analitik dan lebih berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Tobin dan Capie, 1982). Menurut Kajian yang dijalankan oleh Wellington (1989) mendapati penguasaan kemahiran asas adalah lebih tinggi dari segi intelek berbanding dengan penguasaan fakta dan prinsip. Apabila pelajar telah menguasai kemahiran asas, mereka boleh mencari penyelesaian serta membentuk idea atau konsep sendiri mengenai kemahiran dalam jahitan. Ini turut disokong oleh dapatan Kamisah Osman, Zanaton Hj Iksan dan Lilia Halim (2007), yang mendapati terdapat peningkatan penguasaan kemahiran asas


Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 4 di kalangan pelajar. Ini juga telah diaplikasikan sama dalam bidang kemahiran jahitan ini sama seperti apa yang terdapat dalam program yang sedang dilaksanakan iaitu Program Pameran Pembuatan Pakaian Wanita PVMA. Dalam pameran ini murid diberi peluang mengalami sendiri menggunakan mesin dan mengetahui asas jahitan. Hasil perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah juga menyokong sepenuhnya untuk mengadakan seberapa banyak pameran di sepanjang tahun ini sebelum sesi pengambilan pada tahun hadapan bermula. Saya berpendapat masalah ini timbul disebabkan murid tidak faham apa keperluan kemahiran ini dalam peluang pekerjaan dan sumber pendapatan. Selain itu, kehendak ibu bapa murid yang hanya memandang kejayaan akademik sematamata sehingga tidak memandang bidang kemahiran ini. Ini disokong oleh Norjoharudeen (1996), menyatakan bahawa amalan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan tidak menyediakan persekitaran yang kondusif ke arah pembudayaan bidang kursus kemahiran seperti mana yang diharapkan. Seperti yang banyak dilaporkan, penekanan diberikan kepada mata pelajaran aliran perdana. Dalam pada itu, guru turut tertekan kerana perlu menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dalam kerangka masa persekolahan. Kursus kemahiran ini masih mengekalkan pemindahan fakta tanpa berusaha untuk mengamalkan kaedah inkuiri serta lainlain pendekatan pengajaran yang melibatkan pelajar aktif dalam pembelajaran dan dapat menyiapkan modul mengikut tempoh masa meskipun kaedah tersebut telah dibuktikan boleh memupuk minat pelajar untuk mempelajari bidang kursus ini sekaligus menanam sikap yang positif dalam diri mereka yang seterusnya membawa peningkatan pencapaian pelajar (Chiappetta, Koballa dan Collette, 1998). Terdapat juga kajian menyatakan bahawa 'talk with a teacher' memberi peluang timbul pemahaman murid ataupun membolehkan pemahaman itu gagal. Tidak cukup dengan hanya guru menukar kaedah mengajar dari 'transmissvie' kepada Konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran, tanpa mengambil kira kesan komunikasi terhadap minat murid ( Morton, 2011). Ini menunjukkan bahawa teknik komunikasi guru dalam bilik darjah juga memainkan peranan yang penting dalam pemahaman pengajaran dan pembelajaran lebih lagi dalam bidang


Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 5 kemahiran kepada murid-murid. Jika masalah ini masih berterusan sekolah perlu mempertingkatkan lagi promosi pengambilan murid untuk mengikuti kursus ini. 5. Isu Keperihatinan / Fokus Kajian Selepas mengesan kekurangan dan masalah yang dihadapi berkenaan dengan kurang minat murid mengambil kursus ini, maka saya fokuskan kajian ini kepada masalah kurang minat murid memohon kursus ini. Di antara kekurangan tersebut ialah: Murid tidak tahu dan tidak melihat peluang kerjaya bagi kursus ini Murid tidak dapat maklumat yang lebih jelas akan bidang dan program ini. Murid tidak didedahkan dengan silibus bidang kursus ini Murid tidak ada kemahiran asas jahitan Dengan membantu murid-murid memahami keperluan mengenalpasti setiap keperluan bagi bidang kursus ini, diharap murid-murid khususnya murid lepasan tingkatan 3 akan dapat mengambil kursus kemahiran ini seterusnya dapat mengaplikasi pengetahuan mereka ke dalam kehidupan seharian mereka. Ini selaras dengan perkembangan kognitif (Piaget,1964) yang menyatakan bahawa pelajar yang berada dalam operasi formal dapat menguasai pemikiran abstrak dalam kemahiran amali dengan syarat pelajar tersebut telah menguasai sepenuhnya kemahiran asas. Saya juga berharap kajian ini dapat meningkatkan jumlah murid yang memohon untuk mengikuti kursus di bidang jahitan ini sekaligus dapat meneruskan kemahiran mereka setelah tamat tingkatan 5 atau memperolehi tahap 2 Sijil Kemahiran Malaysia ke peringkat lebih tinggi serta mempunyai kerjaya dalam bidang yang sama. 6. Objektif Tindakan Selepas tindakan ini selesai dijalankan, diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif umum Meningkatkan jumlah murid yang memilih aliran PVMA khususnya kursus Pembuatan Pakaian Wanita.


Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 6 ii. Objektif khusus • Murid dapat mengenal asas jahitan • Murid dapat menyiapkan semua modul jahitan mengikut tempoh masa diberi. • Murid dapat menyatakan jenis pakaian dan jenis jahitan • Murid dapat menyatakan jenis-jenis mesin jahit • Murid dapat menggunakan mesin jahit khas • Murid dapat dan lulus tahap 2 SKM 7. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah sekitar Daerah Limbang dan Lawas iaitu khusus untuk pelajar lepasan tingkatan 3. 8. Tindakan Yang Dicadangkan i. Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seeprti yang berikut: • Membuat rujukan daripada kutipan data sejarah permohonan murid untuk mengambil kursus ini dari tahun 2016 sehingga kini. • Menemubual beberapa orang murid dan ibu bapa murid sekolah ini bagi mengetahui pendapat mereka tentang kursus kemahiran ini. ii. Program Pameran PPW PVMA SMK SePaL • Daripada perspektif pedagogi, sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan guru mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif seperti membenarkan pelajar membuat aktiviti secara hands-on, membuat amali dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri. Merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran di Malaysia, pendekatan ikuiri merupakan pendekatan yang ditekankan yang mana melalui


Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 7 pendekatan ini pelajar dikehendaki mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Menurut Harlen (1996), dalam Kamisah et al. (2007), pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri memerlukan pelajar yang mempunyai sikap saintifik tertentu seperti ingin tahu (curiosity), jujur dan tepat dalam merekodkan dan mengesahkan data (respect evidence), berfikiran terbuka (willingness to change ideas) dan berfikiran kritikal (critical reflection). • Antara aktiviti yang diadakan ialah seperti mengadakan pameran untuk memupuk kesedaran dan minat dalam bidang kemahiran khususnya jahitan., memperkenalkan mata pelajaran kemahiran ini kepada pelajar yang sedang di menengah rendah. Pameran PPW PVMA ini merupakan satu program yang melibatkan aktiviti hands-on seperti menggunakan mesin jahit khas dan sulaman tangan. Murid diminta menjalankan sendiri amali dan mengenalpasti penguasaan yang terlibat. Ini turut disokong oleh Prof Felder dalam Amiza et al. (2011) menekankan strategi-strategi yang beliau gunakan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang diantaranya adalah penglibatan pelajar secara aktif semasa kuliah dan keperluan bekerja secara berkumpulan di dalam suasana yang selesa semasa kuliah. Hasil kajian beliau menunjukkan kebanyakan pelajar adalah "sensing learners" iaitu mereka suka kepada perkara-perkara yang benar-benar berlaku disekeliling mereka dan tidak menunjukkan minat sekiranya pengajar tidak mengaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan sebenar. • Cara Pelaksanaan ➢ Guru-guru PVMA sekolah ini membuat pameran (Showcase) di sekitar daerah Limbang dan Lawas.


Kajian Tindakan Program Pameran PVMA 8 ➢ Meminta murid-murid dan ibu bapa yang mengunjungi pameran untuk mengisi Google Form borang cadangan dan maklum balas serta kadar minat terhadap kursus ini. ➢ Guru menganalisis data yang diperoleh daripada pautan Google Form yang telah diisi. iii. Maklum balas • Guru meminta maklum balas murid dan ibu bapa yang mengunjungi Program Pameran ini bagi mengetahui kadar minat pendapat mereka mengenai program tersebut dan apakah cadangan penambahbaikan untuk kursus kemahiran ini. 9. Jadual Pelaksanaan Kajian BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 01 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data. 21 Januari - 20 April 2022 02 Menulis kertas cadangan / proposal kajian. 21 April 2022 03 Merancang Tindakan (Panitia PPW PVMA) 25 April 2022 04 Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 3 Julai 2022 05 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (JK PVMA Sekolah) 5 Julai 2022 06 Perancangan dan persediaan pelaksanaan program dan pengumpulan data dari semasa ke semasa 6 Julai 2022 – Februari 2023 07 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 17 Ogos 2022 08 Melaksanakan tindakan - aktiviti 3 2 September 2022 09 Melaksanakan tindakan- aktiviti 4 Januari – Mac 2023 10 Refleksi kajian 11 Menulis laporan kajian


Click to View FlipBook Version