The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dayang Zalena Awang Aemeran, 2023-08-13 21:35:52

Koleksi Kajian Tindakan SMK Seri Patiambun 2022 - 2023

KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN SEPAL 2022 -2023. New pdf

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca BIL NAMA PELAJAR AR 1 (UJIAN PRA) AR 2 (UJIAN PASCA) /40 % GRED /40 % GRED 1 ACHANG FITZGERALD BUMBURING BIN ZIEM 23 58 C+ 25 63 B 2 ALFONSO TAN SRI 20 50 C 22 55 C+ 3 ANIQ HAZIQ BIN SULAIMAN 22 55 C+ 26 65 B+ 4 AWANG MUHAMMAD SYAKIR BIN AWANG OSMAN 15 38 G 20 50 C 5 CHRISTIAN CHABU ANAK AMPALING 24 60 B 29 73 A6 DEFFANNY NATHELEE ANAK MINUN 21 53 C 32 80 A 7 DIANA ELDA BETI 22 55 C+ 24 60 B 8 ERICK CHRISPO ELIAS @ BOB 28 70 A- 32 80 A 9 FAZRIN EZAN DARWISH BIN HAMZAH 26 65 B+ 29 73 A10 FERNANDEZ RUGU 16 40 E 20 50 C 11 JACKKLE ANAK ROMA 21 53 C 23 58 C+ 12 JAVIER WALTER ANAK NICHOLAS 22 55 C+ 27 68 B+ 13 MAISARAH BINTI WASLEE 18 45 D 25 63 B 14 MOHAMAD ERDY SURADY BIN MOHAMAD ZAIDEE 23 58 C+ 33 83 A 15 MUHAMMAD IRFAN ZULFIQAR BIN GAPAR 23 58 C+ 26 65 B+ 16 NOR HUZAIMY HANAFIE BIN SHAMSUL AZMI 23 58 C+ 25 63 B 17 NURUL WAHIDAH BINTI IRWAN 19 48 D 22 55 C+ 18 NURUL'EIN SYAZWANI BINTI NIZAM 21 53 C 24 60 B 19 RAFIDAH SYAHIRAH BINTI RIZAL 24 60 B 30 75 A20 SITI NURBAHIYAH BINTI ZAINI 22 55 C+ 25 63 B 21 YUSNIZAH BINTI JEFLI 27 68 B+ 31 78 A22 ZULMAJDI BIN SUFERI 17 43 E 20 50 C


MARKAH GRED BILANGAN UJIAN PRA BILANGAN UJIAN PASCA JUMLAH PENINGKATAN GRED 90-100 A+ 0 0 0 80-89 A 0 3 3 70-79 A- 1 4 5 65-69 B+ 2 3 5 60-64 B 1 5 6 55-59 C+ 8 3 11 50-54 C 3 3 6 45-49 D 2 0 2 40-44 E 3 0 3 0-39 G 1 0 1 Penilaian pencapaian murid dapat dikenalpastikan berdasarkan kepada perbandingan ujian pra dan ujian pasca. Peningkatan prestasi murid dapat dilihat apadbila terdapat peningkatan bilangan gred A daripada tiada kepada 1 orang muridkepada 6 orang. Peningkatan gred A menyebabkan penurunan gred B, C dan D. 1. Pemerhatian sikap murid Pemerhatian I Murid didapati semakin berminat menjawab soalan objektif yang disediakan. Mereka saling bertanya antara satu sama lain tentang isi atau pun fakta dan muka surat. Ada yang berlumba-lumba untuk mendapatkan jawapan terlebih dahulu. Guru tidak perlu memberi arahan berulang kali kerana murid sibuk mencari jawapan dalam buku teks. Pemerhatian II Tidak kurang juga ada yang berbalah dengan mengatakan jawapan yang dipilih adalah betul berbanding rakannya. Situasi nin tentunya menunjukkan murid telah mula meminati mata pelajaran Sejarah. Dengan ini, fakta Sejarah dapat terpahat dalam ingatan. Pemerhatian III Prinsip mementingkan diri sendiri diketepikan dan kemahiran interaksi sosial telah berjaya dipupuk dalam diri mereka semasa bertukar-tukar jawapan. Pemerhatian IV Satu situasi yang saya dapati ialah murid dapat membuat latihan kendiri. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa murid secara tidak langsung menguji kemampuan diri sendiri. Bukti murid membuat latihan kendiri ialah guru tidak memberi jawapan tetapi murid boleh menjawab soalan dengan betul.


CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Kaedah ini didapati dapat menarik minat murid untuk mempelajari Sejarah. Murid juga didapati lebih aktif dan bersemangat tinggi menghadapi proses pengajaan dan pembelajaran. Hasil keputusan ujian pasca mendapati terdapat penimgkatan prestasi murid. Namun begitu apa yang berlaku ialah pembelajaran kendiri dan peningkatan penguasaan fakta dalam kalangan murid. Cadangan kaedah ini bolehlah diperluaskan lagi bagi murid kategori lemah. Seterusnya diperluaskan lalgi bagi semua kelas tingkatan 1, 2, 3 dan 4 untuk mengiatkan keberkesanannya.


KAJIAN TINDAKAN ‘ACE THE QUE’: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN KBAT DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN 3 SITI NUR FATMA AZAHARAH BINTI ZAWADI SMK SERI PATIAMBUN, LIMBANG, SARAWAK ABSTRAK Murid tingkatan tiga di SMK Seri Patiambun menghadapi masalah dalam memahami dan menjawab soalan berkaitan konsep dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang terdapat pada soalan 6 hingga sebelas iaitu yang berada pada bahagian C. Hal ini kerana soalan-soalan di bahagian ini menghendaki pelajar untuk menjawab soalan dan huraian yang memerlukan pengetahuan mengenaikan konsep yang kukuh serta kemahiran berfikir aras tinggi yang baik. Sebenarnya soalan yang terdapat pada bahagian ini merupakan soalan yang mudah untuk dijawab sekiranya pelajar mempunyai pengetahuan dan konsep yang kukuh mengenai sesuatu tajuk itu. Latihan serta pendedahan jawapan yang betul kepada murid merupakan satu langkah untuk melatih murid agar dapat menguasai soalan yang diberikan. Murid tingkatan 3 yang belum mahir menjawab soalan-soalan peperikasaan ini memerlukan banyak latihan dan pendedahan mengenai soalan-soalan berkaitan konsep aplikasi dan juga KBAT. Hal ini kerana pelajar hanya menjawab soalan tanpa mempunyai asas yang baik dan hanya menjawab tanpa mengira konsep dan tajuk yang terlibat dalam soalan yang diberikan. Jawapan yang diberikan sering tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang diajarkan di dalam kelas.


1.0 PENGENALAN Sains merupakan subjek yang wajib untuk diambil oleh kesemua pelajar. Penguasaan mata pelajaran Sains dalam kalangan murid bukan hanya dari segi pengetahuan sahaja malah mereka perlu memahirkan diri dengan kemahiran saintifik dan membudayakan diri dengan nilai- nilai sains dalam setiap kehidupan untuk mencapai tahap literasi sains (Kamisah, Zanaton & Lilia 2007). Selain penguasaan kemahiran saintifik, murid juga perlu menguasai kemahiran berfikir bagi menguasai mata pelajaran sains (KPM 2014). Menurut Hasmaliza (2016), kebolehan berfikir dengan berkesan adalah perkara yang amat penting dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar pada hari ini. Ini selaras dengan saranan KPM di mana guru-guru perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan yang baru terutamanya KBAT bagi menyokong dalam mencapai hasrat negara (KPM 2015). Tinjauan awal telah dilaksanakan kepada guru-guru yang mengajar pelajar tingkatan 3 melalui perbualan dan mendapati bahawa berdasarkan keputusan peperiksaan yang lepas didapati bahawa murid amat lemah dalam subjek Sains. Dalam kajian ini lebih berfokuskan kepada bagaimanakan cara untuk menjawab soalan bahagian C iaitu dari soalan bernombor 6 sehingga 11 yang merupakan soalan wajib dijawab dan mempunyai keberatan markah yang tinggi iaitu sebanyak 60 markah. Perbandingan dapatan ujian pra dan pasca telah menggambar bahawa kaedah pendedahan pelajar kepada soalan aplikasi dan KBAT yang sebenar dapat membantu murid untuk menguasai soalan dan menjawab soalan dengan betul berdasarkan konsep yang betul. Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang menjalankan kajian ini kerana kebanyakan murid adalah lemah saya sudah berpuas hati kerana murid sudah menunjukkan minat dan keinginan yang lebih baik untuk mempelajari dan mempraktikkan perkara yang telah mereka pelajari. Hal ini adalah kerana KBAT adalah sebagai pencetus kepada penggunaan minda yang berkembang untuk menghadapi cabaran baru yang mana perkembangan minda itu digunakan ketika seseorang itu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah (Onosko & Newmann 1994). Menurut Wan Yusof (2003), seseorang individu yang mempunyai pengetahuan dan pemikiran aras tinggi mampu untuk menjana idea yang membawa kepada penghasilan produk baru dalam industri teknologi seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara.


2.0 PERNYATAAN MASALAH Murid tingkatan tiga di SMK Seri Patiambun menghadapi masalah menjawab soalan nombor 6 hingga 11 bahagian c kertas 2 sains teras PT3 yang wajib dijawab. Murid tidak memahami kehendak soalan dan takut untuk mencuba. Soalan pada bahagian ini kebanyakannnya berkehendakan murid untuk menulis pandangan mereka serta inferens berdasarkan soalan yang diberikan. Sebenarnya soalan ini merupakan soalan yang mudah untuk dijawab seandainya murid menguasai konsep dan mampu mengaplikasikkannya dengan cara memperbanyakkan membuat latihan menjawab soalan-soalan KBAT khususnya. Hal ini dapat diteruskan jika murid itu mempunyai semangat minat dan kerajinan yang tinggi. Jika hal ini gagal untuk diterapkan maka walau apapun cara yang dilakukan oleh seseorang guru itu memberikan ilmu kepada mereka tidak akan mempu mengubah muird tersebut. Murid tingkatan tiga masih belum mampu untuk menjawab soalan struktur bahagian C pada kertas 2 yang memerlukan banyak pengetahuan tentang konsep dan aplikasi. Murid-murid ini masih kekurangan latihan menjawab soalan dan konsep itu sendiri yang amat penting dalam menjawab soalan. Berdasarkan ujian yang lepas kebanyakan murid yang mengambil matapelajaran ini mendapat mencapaian yang rendah. 3.0 FOKUS KAJIAN Saya menfokuskan kajian saya terhadap usaha untuk mengukuhkan pengetahuan murid untuk menjawab soalan 6 hingga 11 Bahagian C Kertas 2 Sains PT3. Seterusnya mengukuhkan keupayaan murid untuk menjawab soalan di bahagian ini dengan mendedahkan murid dengan banyak soalan-soalan yang terdapat pada bahagian C ini dengan pengukuhan konsep dan cara menjawab soalan. Hal ini kerana jika masalah ini tidak diatasi dari peringkat awal hal ini pasti akan menjejaskan keputusan murid dalam peperiksaan awam.


4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum: Meningkatkan pengetahuan murid untuk menjawab soalan 6 hingga 11 bahagian C PT3. Seterusnya meningkatkan kefahaman murid terhadap kehendak soalan no 6 hingga no 11 bahagian C kertas 2 Sains tingkatan 3 seterusnya menggalakkan murid untuk cuba menjawab soalan tersebut dengan betul. Mengukuhkan keupayaan murid untuk menjawab soalan di bahagian ini dengan mendedahkan murid dengan banyak soalan-soalan yang terdapat pada bahagian C ini dengan pengukuhan konsep dan cara menjawab soalan. Objektif khusus: i. Membolehkan para murid mengenalpasti konsep-konsep yang berkaitan dengan soalan terlibat. ii. Membolehkan murid menguasai soalan dengan mengenalpasti kata kunci yang ada pada setiap soalan. iii. Membolehkan murid mengaplikasikan konsep yang dipelajari dengan menjawab soalan-soalan aplikasi dan KBAT dengan betul. 5.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan daripada kelas 3 Amanah. 6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan Masalah Berdasarkan perbualan dengan guru matapelajaran dan semakan kerta speperiksaan yang lepas ramai murid gagal menjawab soalan 6 hingga 11 pada bahagian C dengan betul kerana tidak


memahami soalan dan gagal untuk mengenalpasti kata kunci dan konsep yang terlibat. Murid gagal untuk memberikan inferens yang relevan dengan soalan yang diberikan. Memberikan jawapan dan sebab kepada jawapan tersebut memberikan markah 3 dan keatas.namun begitu oleh kerana murid tidak menguasai konsep yang betul terhadap sesuatu tajuk itu membuatkan pelajar gagal untuk memberikan jawapan yang betul dan mengikut kehendak soalan. Selain itu sikap murid untuk takut menjawab soalan aplikasi dan KBAT juga menjadikan mereka tidak dapat menguasai soalan. Hal ini kerana soalan aplikasi dan KBAT yang diajukan biasanya mempunyai kaitan dengan kehidupan mereka yang sebenar. Namun begitu ketakutan mereka untuk menjawab soalan ini menjadikan kebanyakan mereka hanya meninggalkan soalan itu kosong tanpa jawapan. Oleh itu saya membuat kajian dan penyelidikan ii untuk membantu murid untuk mendapat gred yang lebih baik dengan mengatasi masalah ini. Kajian ini difokuskan kepada murid tingkatan 3 dengan harapan dapat memberi ruang yang luas bagi mereka untuk membuat persediaan untuk peperiksaan tahunan pada masa akan datang. Ujian Pra dilaksanakan bagi mendapat maklumat awal kajian. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan skor bagi soalan 6 hingga 11 dalam kertas 2 saya hanya memilih soalan 6 bagi ujian ini bagi mewakili nombor-nombor soalan yang lain kerana corak soalannya adalah lebih kurang sama. Sasaran adalah terdiri daripada mereka yang tidak menjawab atau mendapat markah kurang dari 3 markah bagi jawapan untuk menulis inferens dan aplikasi serta beberapa soalan konsep.


7.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Contoh Soalan yang Diberikan Aktiviti 1: Que It Out Yourself Murid diberikan beberapa soalan subjektif bahagian C untuk dijawab tanpa diberikan sebarang petunjuk para murid mencari kata kunci yang sesuai bagi menjadi panduan untuk menjawab


soalan. Para murid diagihkan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 2-3 orang satu kumpulan untuk membuat perbincangan untuk menjawab soalan yang diberikan. Setiap kumpulan diberikan kertas soalan dan highlighter untuk mengeluarkan kata kunci yang telah dikesan dalam soalan yang diberikan. Murid membuat perbincangan untuk menjawab soalan. Buku rujukan dibekalkan untuk menjadi bahan rujukan bagi menjawab soalan. Pemerhatian Murid mempunyai kesukaran untuk memahami soalan walaupun sudah diberikan buku rujukan. Murid tidak mengetahui cara untuk merujuk buku rujukan untuk mencari jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Soalan yang diberikan adalah soalan KBAT dan tidak berbentuk direct question. Murid kelihatan takut untuk menjawab soalan KBAT walaupun kata kunci telah dijumpai. Kebanyakan mereka tidak mengingati konsep mengenai perkara yang telah dipelajari. Refleksi Saya mendapati bahawa murid mempunyai kesukaran untuk memperoleh jawapan walaupun sudah diberikan buku sebagai rujukan untuk mencari jawapan. Hal ini kerana soalan yang diberikan adalah soalan KBAT dan bukan soalan yang terus jawapannya boleh didapati di dalam buku. Soalan yang diajukan mestilah dijawab berdasarkan ilmu yang telah dipelajari, dianalisis dan diaplikasi dalam soalan. Oleh itu, murid hendaklah menjawab soalan berdasarkan perkara yang telah mereka pelajari dan kaitkan dengan soalan yang diajukan iaitu soalan aplikasi. Kemahiran menghubungkan konsep dan aplikasi amat penting dalam menjawab soalan KBAT. Oleh itu, pelajar sememangnya memerlukan pendedahan kepada soalan KBAT dengan lebih banyak lagi untuk membiasakan diri untuk menjawab soalan KBAT serta menguasai cara untuk menjawab soalan KBAT serta konsep-konsep berkaitan. Aktiviti 2: ‘Tip Answering’ Guru memberikan bimbingan dengan menggunakan bahan edaran berdasarkan soalan yang diberikan. Buku rujukan dibekalkan kepada murid. Guru membincangkan soalan dan kata kunci


yang terlibat bagi setiap soalan yang terlibat. Para murid diajarkan untuk mengaitkan tajuk yang telah dipelajari serta konsep-konsep yang ada dalam tajuk tersebut. Guru mendedahkan contoh soalan aplikasi yang lain yang boleh disoal dalam peperiksaan serta membuka minda pelajar untuk menjawab soalan aplikasi dan KBAT. Guru memberikan cara untuk mengaitkan kaa kunci dengan konsep yang telah dipelajari serta cara untuk menggunakan konsep yang telah mereka ketahui untuk menjawab soalan KBAT. Pemerhatian: Murid mempunyai idea sedia ada bagaimana untuk menjawab soalan KBAT. Setelah menjelaskan bagaimana untuk menjawab soalan menggunakan kata kunci dan konsep yang berkaitan mengenai soalan yang telah diajukan. Murid mengaitkan kata kunci dan konsep yang terlibat sebelum menjawab soalan dan menjawab soalan aplikasi KBAT berdasarkan konsep yang telah dipelajari. Refleksi: Murid memerlukan satu bimbingan bertulis bagaimana untuk menjawab soalan yang diajukan. Murid merujuk edaran yang diberikan dari semasa ke semasa sebelum mahir dalam menjawab soalan. Aktiviti 3: ‘Ace the Cue’ Murid diedarkan bahan edaran yang menerangkan cara menjawab soalan yang terdiri daripada konsep-konsep terlibat dengan tajuk yang ditanyakan dalam soalan terpilih serta cara menjawab yang betul mengikut kehendak soalan. Murid menggunakan bahan edaran itu sebagai rujukan untuk menjawab soalan-soalan bahagian C pada masa hadapan terutamanya untuk menjawab soalan aplikasi terhadap konsep yang telah dipelajari dan KBAT.


Pemerhatian: Murid mendapat helaian modul cara menjawab soalan dengan betul serta soalan-soalan mengenai tajuk akan diedar dari semasa ke semasa setelah setiap tajuk telah habis dipelajari. Hal ini kerana, pemahaman konsep amatlah penting dalam menjawab soalan-soalan KBAT untuk mengaplikasikannya dalam soalan. Murid merujuk nota yang diberikan untuk menjawab soalan dengan merujuk buku nota, buku teks dan buku rujukan untuk mencari jawapan. Hal ini untuk melatih mereka menggunakan pelbagai sumber yang ada untuk mencari jawapan sebelum menghafalkan dan mengaplikasikan konsep yang dipelajari tanpa menggunakan mana-mana buku. Selain memupuk mereka untuk membaca untuk menguatkan lagi pemahaman dan konsep mereka. Refleksi: Murid diberikan tips seperti cara untuk memahami soalan mengikut arahan. Soalan berbentuk seperti ‘Wajarkan’, ‘Beri penjelasan’, ‘Jelaskan’, ‘Huraikan’ dan ‘Terangkan’ menghendaki pelajar memberikan jawapan beserta penerangan bagi memberi lebih banyak maklumat yang boleh menyokong jawapan. Soalan berbentuk seperti ‘Nyatakan’, ‘Labelkan’ dan ‘Padankan’ pula merupakan soalan yang berbetuk lebih direct dan menghendaki peljar untuk memberikan jawapan yang tepat dan terus menjawab persoalan berdasarkan konsep soalan yang terlibat. Manakala soalan berbentuk seperti ‘Cadangkan’, ‘Ramalkan’, adalah soalan yang menghendaki pelajar untuk memberi idea baru berdasarkan kepada perkara yang sudah ada, atau perkara yang mungkin berlaku berdasarkan pengetahuan mereka sama ada yang telah dipelajari mahupun yang terkait dengan kehidupan sebenar asalkan jawapan yang diberikan adalah mengikut hukum alam dan logik. Soalan tekaan rambang seperti cadangkan dan ramalkan ini perlu munasabah dan diterima akal serta disertakan dengan hujah bernas. Guru juga menerangkan kepada murid mengenai cara untuk menjawab soalan yang berbentuk KBAT, yang mana pelajar perlulah


membaca petikan atau esei yang diberikan berulang kali. Murid hendaklah memahami soalan sebelum menjawab soalan merujuk kepada petikan soalan itu tadi. Pelajar hendaklah bijak mengenal pasti soalan yang biasanya terdapat jawapan tersembunyi yang mesti diterjemah oleh pelajar semasa menjawab soalan. Jawapan berunsur KBAT biasanya menitikberatkan kepada pemikiran di luar konteks kebiasaan. Maka selagi jawapan yang diberikan adalah logik, munasabah dan bertepatan dengan hukum alam, maka jawapan tersebut boleh dikira betul. Jika bertepatan dengan soalan yang ditanyakan, dengan fenmena yang berlaku sehaian yang dialami oleh pelajar, pelajar boleh mengaitkannya selagi bertepatan dengan konsep sains yang diminta. 8.0 PENILAIAN Data dikumpulkan daripada ujian pra dan ujian pasca. Majoriti murid mempunyai peningkatan dalam skor dalam bahagian C manakala sebagahian murid tidak mempunyai peningkatan dan sebahagian murid mempunyai penurunan markah. 8.1 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca. BIL PELAJAR MARKAH UJIAN PRA BAHAGIAN C (60) MARKAH UJIAN PASCA BAHAGIAN C (60) PERBEZAAN MARKAH 1 12 16 4 2 4 5 1 3 5 9 4 4 7 5 -4 6 11 19 8 7 8 20 12 8 10 22 12 9 14 27 13 10 12 25 13


11 16 27 11 12 16 20 4 13 20 23 3 14 23 29 6 15 5 4 -1 16 7 9 2 17 3 2 -1 18 5 7 2 19 7 9 2 20 11 14 3 21 19 24 -5 22 15 20 -5 23 12 23 11 24 9 14 5 25 10 16 6 8.2 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Berdasarkan analisis ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan. Saya mendapati bahawa hanya majority pelajar mempunyai peningkatan manakala segelintir pelajar sahaja yang mempunyai peningkatan yang baik dalam menjawab soalan KBAT. Hal ini kerana ramai murid- murid yang lain yang masih belum menguasai konsep yang telah dipelajari lalu tidak dapat untuk menggunakannya untuk menjawab soalan KBAT. Murid yang mempunyai peningkatan dalam ujian pasca kebanyakannya adalah pelajar yang mempunyai konsep yang baik mengenai tajuk yang yang terlibat. Selain itu, ada segelintir murid yang mempunyai pengetahuan asal dan sedikit konsep mengenai tajuk, namun tidak mengetahui cara untuk mengaitkan konsep yang diketahui dengan soalan KBAT yang hendak dijawab. Akhir sekali adalah terdapat pelaar yang tidak mengetahui konsep mengenai tajuk ataupun lupa serta tidak mengetahui cara untuk menjawab soalan KBAT yang memerlukan untuk dikaitkan dengan konsep yang tela dipelajari. Oleh itu,


lebih banyak latihan dan pendedahan murid terhadap soalan-soalan KBAT serta konsep yang perlu diberkan kepada pelajar untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dan penguasan mereka terhadap konsep tajuk yang telah dipelajari. Murid juga takut untuk mengaitkan persekitaran mereka dan pengalaman mereka dalam kehidupan sebenar ketika menjawab soalan KBAT. Hal ini kerana, terdapat soalan KBAT yang perlu mengaitkan kehidupan sebenar mereka dan konsep yang telah dipelajari untuk memberikan pendapat dalam sesuatu soalan KBAT itu. Pendapat yang diberikan hendaklah bertepatan dengan konsep yang telah dipelajari dan boleh diterima sebagai jawapan. 9.0 KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, strategi-strategi ‘Ace the Cue’ perlu dijalankan dengan berulang kali kepada murid-murid untuk membiasakan murid terhadap soalan dan konsep yang terlibat dan dapat mengaplikasikannya semasa menjawab soalan KBAT.Selain itu, melakukan aktiviti secara berkumpulan akan memberikan lebih banyak interaksi dan input antara murid yang positif untuk mengumpulakan maklumat dan menjawab soalan. Dengan teknik yang telah diberikan ini, murid-murid diharapkan akan berfikir secara aktif dan kritis untuk memahami apa yang dibaca serta mampu menjawab soalan KBAT dengan lebih teliti dan logic serata bertepatan dengan konsep yang telah dipelajari. Selain itu, murid-murid juga diharapkan terangsang untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran kefahaman yang dapat menambahkan keyakinan murid semasa menjawab soalan-soalan kefahaman subjektif di Bahagaian C dan KBAT terutamanya. Oleh itu, beberapa langkah peningkatan juga akan dijalankan pada masa hadapan secara bertahap-tahap untuk mengenalkan beberapa jenis soalan KBAT yang lain dengan menggunakan strategi yang sama.


10.0 RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:BPK, KPM. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004 Raflee, S. S. M., & Halim, L. (2021). Keberkesanan Pemikiran Kritis dalam Meningkatkan Kemahiran dalam Penyelesaian Masalah KBAT. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(1), 60-76. Hassan, M. N., Mustapha, R., Yusuff, N. A. N., & Mansor, R. (2017). Pembangunan modul kemahiran berfikir aras tinggi di dalam mata pelajaran sains sekolah rendah: analisis keperluan guru. Sains Humanika, 9(1-5). Arshad, A. Y. M., & Yasin, R. M. (2015). Kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam konteks penyelesaian masalah bagi mata pelajaran sains. Asian Education Action Research Journal (AEARJ), 4, 81-96. Osman, S. M. Z. K. (2017). Pengetahuan dan Kemahiran Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) dalam Pembelajaran.


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, SARAWAK. KAJIAN TINDAKAN TAJUK : KAEDAH“KOTAK AJAIB” MATEMATIK DISEDIAKANOLEH: NAMA : JENNY LAYUN PADIN NO.KAD PENGENALAN : 850908-13-5230 GURU MENTOR : MADAM WONG E-MANN


I 1.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG LALU Kertas peperiksaan PT3 bagi Mata pelajaran Matematik terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian C memerlukan murid untuk menyatakan jalan pengiraan dengan tepat untuk mendapatkan markah. Saya telah mengajar matapelajaran Matematik sejak saya bermula berkhidmat sebagai guru interim pada 3 September 2017. Tahun pertama saya berkhidmat, saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Matematik untuk Tingkatan 4K5, Tingkatan 1 Bijak, 1 Mesra dan 1 I Iltizam. Masalah yang saya hadapi dalam mengajar mata pelajaran ini adalah murid sangat lemah dalam pengiraan operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor negatif. Walaupun sudah diajar berulang kali mengira konsep pengiraan tersebut, murid masih gagal menguasai konsep tersebut dengan baik. Berdasarkan refleksi dan pemerhatian guru, Saya dapati punca murid-murid tidak dapat menguasai konsep dalam operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor negatif adalah kerana murid kurang memahami konsep asas bagi pengiraan operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor negatif dan sangat bergantung kepada kalkulator apabila diminta untuk membuat latihan dalam kelas.


I 2.0 FOKUS KAJIAN Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi pembelajaran dan pengajaran yang lalu, kajian ini difokuskan kepada teknik menyelesaikan soalan operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor-nombor negatif. Isu yang timbul ialah murid boleh menyelesaikan soalan operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor-nombor negative apabila menggunakan kalkulator namun gagal menunjukkan jalan pengiraan yang betul apabila diminta untuk berbuat demikian. Jalan pengiraan bagi operasi penambahan dan penolakan dalam Ujian pada Bahagian C adalah penting kerana markah akan dikira melalui jalan pengiraan dan bukannya semata-mata jawapan yang tepat. Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapat meningkatkan kemahiran muridmurid ini adalah dengan menggunakan kaedah yang saya namakan sebagai “Kotak Ajaib” untuk memudahkan pelajar menjawab soalan dengan menunjukkan jalan pengiraan yang betul sekaligus mendapatkan jawapan yang tepat. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam pengiraan operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor negative seterusnya menyatakan jalan pengiraan yang betul di Bahagian C pada kertas ujian. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid Tingkatan 1 Mesra dipilih iaitu seramai 27 orang telah terlibat tanpa mengambil kira pencapaian murid dalam peperiksaan atau latihan.


I 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH Dalam pelaksanaan kajian ini, punca masalah dikenapasti berdasarkan ujian pra dan latihan yang dilakukan di dalam kelas dalam proses PdP berlangsung. Murid sering cuai apabila membuat penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor – nombor negatif dan bergantung sepenuhnya dengan kalkulator untuk membuat pengiraan. Oleh demikian, impaknya murid tidak dapat membuat jalan pengiraan yang betul untuk mendapatkan markah dalam Bahagian C dalam Ujian. 5.1.1 Ujian Pra i. Murid diberi ujian Pra bagi soalan yang melibatkan operasi gabungan nombor nisbah. Aras soalan adalah aras sederhana. Ujian pra diberi masa 30 minit dan murid bebas menggunakan teknik yang biasa digunakan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja. Markah murid diambil. ii. Selepas 2 minggu Kaedah “Kotak Ajaib” diperkenalkan, Ujian Pasca dilakukan dan markah murid diambil untuk membuat perbandingan markah.


I 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH ABDUL MUAIS BIN… ADEK AIM AN… DESSY IESTY ANAK… ELLARRY RICEL G AIKH M ANUEL… JERRYMIAFEDRECK… JUSTINE IMBA… M ACSPENZER… M ARIATIKA… M OHA M AD… M OHAMMAD ZUL… M OHD AZZIQ… M OSES RAZLAN… MUHAMM AD… MUHAMM AD… NOR FARHAN… NUR AFIQAH… NUR SYAFIQAH… NUR SYAHIRAH… NURUL NUR AIN … PA MELYA DANIEL RACHAEL GRACE… RAZIQ SY AHMI BIN… SHERRY ANGEL… SIA W ANG CHEN SITI NUR AINA… SYLVEECONNIE… 5.2.2 Analisis Ujian Pra Hasil Ujian Pra pada 23 April 2022 menunjukkan seramai 22 orang daripada 27 orang murid mendapat markah 30 dan ke bawah daripada markah penuh 50 markah. Kebanyakan murid ini melakukan kesalahan dalam membuat penambahan dan penolakkan yang melibatkan nombor negatif serta tidak menunjukkan jalan pengiraan yang betul. MARKAH PRA-UJIAN 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 Rajah 1: Keputusan Ujian Pra 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Selepas murid menjalani pra-ujian, langkah berikut telah dilaksanakan. 5.3.1 Memperkenalkan Kaedah ‘Kotak Ajaib” Setiap hari selama 2 minggu, guru akan mengambil masa sebanyak 5 minit sebelum memulakan PdP untuk melakukan dua latihan operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor negatif.. Murid perlu menghafal dan memahami langkah-langkah yang diajar.


5.3.2 Langkah Pelaksanaan Teknik Soalan: - 2 + 3 Langkah 1: Bina kotak untuk memisahkan 2 nombor tersebut, termasuk simbol nombor itu dengan menggunakan pensil. - 2 + 3 Langkah 2: Perhatikan simbol – atau + pada nombor yang telah dimasukkan ke dalam kotak. Murid perlu menghafal bahawa simbol -ve mewakili lelaki, simbol +ve mewakili perempuan. Sekiranya kedua jantina dalam kotak tersebut adalah sama, maka nombor pada simbol harus di tambah. - 2 + 3 Sekiranya kedua jantina di dalam kotak tersebut adalah tidak sama, maka nombor pada simbol harus di tolak. Nombor yang besar tolak nombor yang kecil. SIMBOL Negatif ( - ) = Lelaki Positif (+) = Perempuan Syarat Efek Jantina sama Nombor di dalam kotak harus ditambah Jantina tidak sama Nombor yang besar tolak nombor yang kecil


Langkah 3: Maka, merujuk soalan di atas, simbol adalah berlainan maka nombor di dalam kotak haruslah ditolak 3 – 2 = 1 Langkah 4: Untuk mendapatkan jawapan terakhir, lihat kepada nombor yang besar. Simbol pada nombor yang besar sentiasa menjadi jawapan akhir. Simbol pada nombor 3 adalah Simbol "+". Maka jawapan akhir adalah = +1 - 2 + 3 = 1 5.4 UJIAN PASCA Ujian pasca dilakukan setelah 2 minggu Kaedah “Kotak Ajaib” diperkenalkan iaitu pada Tarikh 7 May 2022. Semasa ujian pasca dijalankan, guru hanya memantau murid tanpa memberi bantuan atau bimbingan kerana guru ingin melihat keberkesanan Kaedah “Kotak Ajaib”. Masa yang diberikan untuk menyiapkan ujian pasca adalah sama seperti ujian pra iaitu 5 soalan selama 30 minit. Soalan yang digunakan adalah berbeza tetapi pada aras yang sama iaitu tahap sederhana. Keputusan ujian pasca adalah seperti rajah di bawah.


ABDUL MUAIS… ABDUL MUAIS BIN… ADEK AIM AN… ADEK AIMAN SHAH… DESSY IESTY … DESSY IESTY ANAK… ELLARRY RICEL ELLARRY RICEL G AIKH M ANUEL… G AIKH M ANUEL… JERRYMIAFEDREC… JERRYMIAFEDRECK… JUSTINE IMBA… JUSTINE IMBA… M ACSPENZER… M ACSPENZER… M ARIATIKA … M ARIATIKA … M OHA M AD… M OHA M AD… M OHAMMAD ZUL… M OHAMMAD ZUL… M OHD AZZIQ … M OHD AZZIQ … M OSES RAZLAN… M OSES RAZLAN… MUHAMM AD… MUHAMM AD… MUHAMM AD… MUHAMM AD… NOR FARHAN… NOR FARHAN… NUR AFIQAH… NUR AFIQAH… NUR SYAFIQAH… NUR SYAFIQAH… NUR SYAHIR AH… NUR SYAHIR AH… NURUL NUR AIN … NURUL NUR AIN … PA MELYA DANIEL PA MELYA DANIEL RACHAEL GRACE… RACHAEL GRACE… RAZIQ SY AHMI BIN … RAZIQ SY AHMI… SHERRY ANGEL… SHERRY ANGEL… SIA W ANG CHEN SIA W ANG CHEN SITI NUR AINA… SITI NUR AINA… SYLVEECONNIE… SYLVEECONNIE… MARKAH UJIAN PASCA 5045 40 35 30 25 20 15 10 5 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 Rajah 2: Keputusan ujian pasca PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA 50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 PRA PASCA Rajah 3: Perbandingan pencapaian keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Hasil analisis kajian menunjukkan 14 murid menunjukkan peningkatan markah yang ketara iaitu lebih daripada 30% daripada markah Pra-Ujian. Hanya 3 orang murid menunjukkan tiada peningkatan markah iaitu murid yamg sememangnya agak lemah dan mungkin belum memahami kaedah yang diajar.


5.5.2 REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KESELURUHAN Murid-murid yang terlibat menunjukkan kesungguhan untuk menguasai kaedah ini. Kerjasama dan kesungguhan murid dibuktikan dengan pencapaian dalam ujian post. Hasil pemeriksaan guru pada kertas jawapan, 80% murid boleh menggunakan kaedah “Kotak Ajaib” dengan baik dan ini terbukti telah memberi kesan kepada markah. Kaedah ini boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang mempunyai kelemahan yang sama di masa hadapan.


KAJIANTINDAKAN 1 BERASASKANSEKOLAH NamaPengkaji :CikguBibunbintiSidop NamaPanitia :Matematik TajukKajian :OperasiAsasAritmetikYangMelibatkan Integer A.MEREFLEK Sayamengajar di kelas 1Tekun tahun 2022inibagimata pelajaranMatematik. Masalah utamabagi3 pelajarsaya iniialahtidakberkeupayaanmenyelesaikanmasalah operasi asas aritmetik secara tepat.2 pelajarlagi adalahmurid arassederhana.Saya gunakan2 pelajarini(Alexender danRowena) sebagai pembantu saya semasa bimbingan diberikankerana seorang dari pelajarini(HendryPaderi) tidak pandaimembaca danmenulissendiri kecualidiberimaklumat untukdisalain.Halini dapat dibuktikan daripada pemerhatian /semakan latihanmurid /keputusanujian/temubualbersamamereka .(Sekurangkurangnyadaripada2 sumberdata) dalamkelassemasa proses pengajaran pembelajarandijalankan. Apa yangsaya dapati muridinisangatlemahpenguasaandalamkemahiranpengiraanasasMatematik. (RujukLampiran1) Pre-test(Pencapaianmurid sebelumbimbingankhusus) Bagimengatasimasalah ini,saya cubamelaksanakankajian inisecara khusus kepada 5muridsaya ini: 1. HILLARYCALVINTUAN 2. ALEXZENDERCARLOS 3. ROWENAMARIAANAKJUSTIN 4. HENDRYPADERI 5. OLEYCIASHANSAANAKTIMBAN B.MERANCANG 1.Penyediaanbahan/modul/BBM a)Garis nombor b)Lembarankerja /Latihanlatihtubi c)Penggunaan kalkulator C.PELAKSANAAN 1. a)Pre-test(sebelumbimbingan khusus) – diberilembaran latihan (Lampiran1) b)Semasa bimbingan/Tarikh Aktiviti Aktiviti 1 PRE-TEST Aktiviti 2 LATIHTUBI (Menggunakan garis nombor) Aktiviti 3 LATIHTUBI (Menggunakan hukumoperasi asas aritmetik) Aktiviti 4 LATIHTUBI (Menggunakan kalkulator) Aktiviti 5 POST-TEST Tarikh 8/8/2022 11/8/2022 5/9/2022 15/9/2022 20/10/2022 Bilanganbimbingan aktivitibergantung kepadamasalah dan keupayaanpembelajaranmurid. c)Post-test(RujukLampiran 1 :Pencapaianselepas bimbingandiberikan) Muriddiberi ujiansekalilagidalamdua situasi(menggunakan ujian bertulis danujian secara lisan ) bagi menguji danmemastikanmurid telahmenguasai kemahiran ini.


D.REFLEKSI Kajianinimungkinmelibatkan beberapamasaPDPbiasa.Namun pelaksanaannya sangat perludanianya telah dijalankandidalamdanjugadiluarwaktu pembelajaran yangdijadualkan oleh pihak pengurusan sekolah. Berdasarkan kajianyangtelah dijalankan, dapatlahdirumuskan bahawa : 1. Bimbinganmenggunakan kaedah garis nomborsangatsesuaidigunakanuntukmuriyang sangatlemah penguasaanoperasitambah dan tolak integer.Namunbegitu kaedahini amatterhadkerana ianya tidak sesuai jikamelibatkanoperasitambah dantolakbaginombor-nombor duadigitdan seterusnya. Pembinaan garis nomborini akanmengambilmasa dan akanwujudpembaziranmasapembelajaranmurid.Ini bermakna ianya hanya sesuai bagimemperkenalkankonsep tambah dan tolak integer baginomboryang kecil atauyang mempunyaisatudigitsahaja. 2. Bimbinganmenggunakankonsepsimbol positif(+) dan negatif(-) dalamtambah,tolak, darabdan bahagi suatuintegerlebihsesuaidigunakan sebagai kaedahpembelajaran padamasa akan datang.Ini adalah kerana penggunaannya yangmempunyai peraturan khusussesuaidigunakan untuksemua tahapnombor bermula dari nomborsatudigit, duadigitdan seterusnya. Contohnya : (+) tambah (+) = (+) (+) tambah (-) = (+/-tertaklukkepada nombor yang lebih besar) (+)darab ataubahagi (+) =(+) (-) darab atau bahagi (-) =(+) (+)darab ataubahagi (-) = (-) 3. Bimbinganmenggunakankalkulator sesuai digunakanpada bila-bilamasadan padasemua tahap nombor bermuladarisatudigit,dua digitdan seterusnya.Namun begitukaedahinitidakmemberijaminan bahawa muridmemahamikonsep operasi asas aritmetik inikeranamuridkurangberfikirtentangpenyelesaian masalahyangmereka buat.Murid hanyaperlupandaimenggunakankalkulator untukmenyelesaikan sebarang operasi asasini. SekianTerimaKasih. E.Catatan: 1. Lampiran1 : a) Lembaran tugasan b) Gambar pelaksanaan semasabimbingan dijalankan. c) Perbandingan pencapaianmurid sebelumdanselepasbimbingandijalankan.


LAMPIRAN1 : 1.PENCAPAIANMURID NAMAMURID PENCAPAIAN MURID (PRE-TEST) NAMAMURID PENCAPAIAN SELEPASBIMBINGAN (POST-TEST) 1. ALEXZENDERCARLOS 16/40 1. ALEXZENDERCARLOS 38/40 2. HENDRYPADERI 5/40 2. HENDRYPADERI 18/40 3. HILLARYCALVINTUAN 7/40 3. HILLARYCALVIN TUAN 21/40 4. OLEYCIASHANSA TIMBAN 4/40 4. OLEYCIASHANSA TIMBAN 18/40 5. ROWENAMARIAANAK JUSTIN 12/40 5. ROWENAMARIAANAK JUSTIN 33/40 2. LembaranujianPre-testdanPost-test TUGASAN KAJIAN TINDAKAN 1: OPERASI ASAS ARITMETIK YANG MELIBATKAN INTEGER Nama : Kelas :


3. Gambar semasa aktiviti dijalankan i) Ujian Pre-Test (8/8/2022): Diberikan kepada semua murid 1Tekun bagi mengesan pelajar yang perlu bimbingan OLEYCIASHANSA HENDRYPADERI HILLARYCALVINTUAN ALEXZENDER CARLOS ROWENA MARIA


1 KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN TEKNIK ‘SLIP PETA’ MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KUALITI JAWAPAN PELAJAR DALAM SOALAN BAHAGIAN PENTAFSIRAN PETA TOPOGRAFI, MATAPELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN LIMA Oleh : En. Fareez Balang Ugat SMK Seri Patiambun Limbang


2 PENGGUNAAN TEKNIK ‘SLIP PETA’ MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KUALITI JAWAPAN PELAJAR DALAM SOALAN BAHAGIAN PENTAFSIRAN PETA TOPOGRAFI, MATAPELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN LIMA Oleh : En. Fareez Balang Ugat SMK Seri Patiambun Limbang ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah penulisan jawapan pelajar dalam soalan bahagian pentafsiran peta topografi bagi matapelajaran Geografi tingkatan lima. Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar dari kelas 5 Sigma tahun 2022. Kajian ini berfokus membantu pelajar menulis dan menghasilkan kualiti jawapan yang mencapai tahap penguasaan cemerlang dan membantu melonjakkan markah keseluruhan mereka dalam ujian kertas dua . Hasil daripada pemerhatian berterusan, semakan latihan dan penilaian ujian, terdapat beberapa kelemahan dan kesalahan mudah seringkali dilakukan oleh pelajar sehingga menjejaskan markah keseluruhan dalam bahagian ini. Kesalahan dan penguasaan yang rendah dalam soalan ini turut menjejaskan peluang pelajar untuk mendapatkan gred terbaik dalam peperiksaan dalaman . Pekara ini dikhuatiri berlanjutan dalam peperiksaan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang bakal berlangsung. Sesetengah pelajar menunjukkan penguasaan soalan yang amat rendah terhadap tema-tema yang disoal dan gagal mengaplikasikan kandungan nota pembelajaran yang dibekalkan oleh guru. Pelajar juga seringkali gagal menghubungkait pelbagai maklumat dalam peta topografi hingga memberikan jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan. Oleh yang demikian, saya telah menghasilkan teknik ‘Slip Peta’ untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan pelajar dalam mentafsir soalan berkaitan peta topografi. Aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas setiap kali waktu pembelajaran . Perlaksanaan teknik ini jelas menghasilkan perkembangan yang positif terhadap prestasi keseluruhan pelajar dalam bahagian ini.


3 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN: Kertas dua bagi matapelajar geografi peringkat SPM terbahagi kepada tiga bahagian utama. Bahagian A merupakan peta topografi, bahagian B ialah soalan struktur dan bahagian C pula merangkumi soalan esei. Kajian tindakan saya berfokus kepada bahagian A iaitu pentafsiran peta topografi. Soalan bahagian peta topografi ini merupakan komponen wajib dijawab oleh pelajar dalam ujian SPM. Antara aspek yang seringkali disoal dalam bahagian ini meliputi kemahiran geografi, tema petempatan dan pembandaran, potensi bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi penduduk dan soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi. Kelemahan utama yang melingkari hamper keseluruhan pelajar ini adalah penulisan jawapan yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum untuk mendapatkan markah. Struktur pembinaan jawapan tergantung, ayat bersifat umum dan tidak menepati kehendak soalan. Keadaan menjadi semakin rumit, sehingga terdapat pelajar yang buntu mentafsir peta topografi hingga gagal memberikan sebarangkan jawapan untuk soalan berkaitan. Kualiti jawapan yang dikemukakan oleh pelajar dalam sesi latihan dan ujian amat mengecewakan hingga mempengaruhi jumlah markah dan gred pencapaian peribadi masing-masing. Pekara ini amat merisaukan saya kerana bahagian ini sepatutnya menjadi lubuk kepada pelajar untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam ujian. Keadaan ini mungkin didorong oleh minat dan persepsi negatif mereka dalam bidang pentafsiran peta ini. Konsep asas hubungkait antara ciri fizikal dan ciri budaya yang dipelajari sejak tingkatan satu juga gagal membantu mengubah scenario ini. Bersandarkan pengalaman dan analisis terhadap skop penyoalan soalan SPM , saya telah mencuba kaedah yang berteraskan latihan dan amalan berterusan untuk membina keyakinan, menguatkan daya hafalan sekaligus menghasilkan mutu jawapan yang berkualiti tinggi. Kaedah ini saya nama sebagai Slip Peta yang mengandungi satu kawasan grid tertentu soalan ringkas dari pelbagai tema yang selari dengan konsep soalan sebenar dalam SPM.


4 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Saya memberi penekanan terhadap isu ini kerana ia merupakan bahagian soalan telah menjejaskan markah keseluruhan 18 orang pelajar dalam peperiksaan. Bahagian pentafsiran peta ini merupakan soalan wajib dan menawarkan 15 markah penuh. Pelajar ini mempunyai asas yang baik dalam kemahiran dan pentafsiran peta. Malangnya mereka tidak menguasai soalan dengan baik serta kurang berkeyakinan mentafsir keseluruhan unsur-unsur yang penting dalam peta topografi. Selain itu penulisan jawapan pelajar juga agak lemah hingga menjejaskan peluang mereka untuk mendapatkan markah tertinggi. Oleh itu, saya telah berusaha membantu 18 pelajar tersebut untuk memperbaiki penguasaan dan mutu jawapan masing-masing sekaligus melonjakkan skor mereka dalam peperiksaan sebenar. 3 .0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian tindakan ini djalankan untuk mencapai beberapa objektif yang teah ditetapkan. 3.1 : Objektif Am Meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan berkaitan peta topografi. 3.2 : Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid kemahiran dan hafalan murid sewaktu mentafsir peta topografi. 3.2.2 Mencadangkan idea yang bernas berdasarkan potensi bentuk muka yang terdapat dalam peta. 3.2.3 Murid boleh menghubungkait unsur-unsur fizikal dan budaya dalam peta topografi . 3.2.4 Murid dapat menghasilkan penulisan jawapan yang berkualiti berdasarkan ketetapan format sebenar SPM 3.2.5 Murid dapat memperbaiki skor mereka dalam Bahagian A ( Peta ) sewaktu peperiksaan


5 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini melibatakn 18 orang pelajar aliran geografi Tingkatan 5 Sigma. Mereka terdiri daripada 10 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Awal Masalah Beberapa langkah awal telah diambil untuk mengenalpasti masalah pelajar terbabit dalam bahagian ini. Antara langkah-langkah yang saya gunakan termasuklah menjalankan soal selidik, pemerhatian dan pemeriksaan buku latihan atau ujian dalaman. i ) Soal selidik Saya telah menjalankan satu soal selidik ringkas kepada 18 orag pelajar terbabit. Soal selidik ini mengandungi 12 soalan khusus yang merangkumi aspek keyakinan, persepsi, penguasaan dan kefahaman terhadap soalan berfikir. Mereka diminta menjawab soalan tinjauan kendiri dengan jujur dan menilai kemampuan masing-masing mereka terhadap tema-tema yang sering disoal dalam bahagian peta topografi. i ) Pemerhatian Berdasarkan proses pembelajaran dalam kelas, saya telah mendapati murid mempunyai kecenderungan menulis jawapan yang sangat ringkas, dan seringkali terpesong daripada konteks soalan. Pekara ini seakan menjadi tabiat setiap kali sesi Latihan atau soal jawab lisan di dalam kelas. Beberapa pelajar turut dikesan mempunyai daya tafsiran yang sempit serta ingatan jangka pendek tentang tajuk ini. Situasi ini menyukarkan mereka mendapatkan markah maksima dalam bahagian peta topografi.


6 Foto 1 : Contoh penulisan jawapan pelajar yang tidak menepati kehendak format SPM Foto 2 : Contoh jawapan yang menggambarkan kegagalan pelajar untuk mentafsir dan menghubungkait unsur dalam peta


7 ii ) Pemeriksaan buku kerja Sewaktu membuat semakaan terhadap buku Latihan atau buku kerja pelajar, saya mendapati pelajar mempunyai kualiti jawapan yang berada pada aras rendah . Pekara ini berlaku secara berulang kali walaupun telah ditegur di dalam kelas. Pertukaran peta yang digunakan dalam sesi latihan turut memerangkap pelajar dengan tafsiran yang sempit serta membuktikan bahawa mereka gagal menggunakan asas pentafsiran peta dengan betul. iii) Markah ujian pelajar Semua pelajar telah mengalami beberapa siri ujian dalam tahun semasa. Pencapaian skor mereka dalam bahagian peta topografi setiap kali ujian menunjukkan angka yang kurang memberansangkan dan agak statik. Pekara ini menyaksikan semangat mereka agak luntur untuk mendapatkan gred tertinggi dalam matapelajaran Geografi. Majoriti skor pelajar adalah sekitar 7 hingga 10 markah sahaja daripada 15 markah penuh. Unjuran markah yang disarankan dalam bahagian peta adalah 11 hingga 13 bagi memudahkan mereka mendapat gred A dalam keseluruhan kertas. 6.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Bagi memudahkan perlaksanaan kajian tindakan ini, saya telah menjalankan tinjauan awal untuk mengetahui minat, persepsi, keyakinan dan penguasaan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk soalan bahagian peta topografi dalam SPM. Pecahan soalan soal selidik adalah seperti berikut ; Nombor soalan Aspek tinjauan 1a hingga 1e minat dan persepsi 2a hingga 2e keyakinan dan penguasaan diri 3a hingga 3b aspek soalan KBAT Jadual 1 : Pecahan Soalan Tinjauan / Soal Selidik


8 Hasil daripada jawapan soal selidik yang telah dijalankan, saya telah merumuskan terhadap 18 orang pelajar ini, data yang telah diperolehi adalah seperti berikut ; Bil Item YA ( jumlah orang ) TIDAK ( jumlah orang ) 1a Saya meminati tajuk pembelajaran berkaitan peta topografi. 5 13 1b Bahagian ini adalah bahagian yang senang bagi saya. 3 15 1c Saya boleh menjawab semua soalan peta topografi dengan baik dalam masa 30 minit 5 13 1d Saya berkeyakinan bahawa bahagian peta topografi mampu membantu saya mendapatkan markah keseluruhan yang tinggi dalam subjek ini 5 13 1e Saya memerlukan ulangkaji berterusan untuk mengingat dan menguasai tajuk ini. 18 0 2a Saya menguasai dengan baik semua tajuk berkaitan kemahiran geografi yang disoal dalam peta topografi. ( Bearing, koordinat dan jarak ) 9 9 2b Saya mampu mentafsir serta menghubungkait unsur-unsur fizikal dan unsur-unsur budaya di dalam peta topografi. 8 10 2c Saya boleh menganalisis dan menjalankan tafsiran secara tersirat terhadap pelbagai bentuk muka bumi di dalam peta. 2 16 2d Saya berkeyakinan menjawab soalan berkaitan tema sosial ( petempatan dan pembandaran, pendidikan dan perkembangan infrastruktur ). 10 8 2e Saya mampu menilai dan mencadangkan sesuatu kegiatan ekonomi mengikut bentuk muka bumi dalam peta. 12 6 3a Saya boleh menganalisis dan menghubungkait keseluruhan maklumat dalam peta bersesuaian dengan tingkah laku sebenar manusia di permukaan bumi. 4 14 3b Saya mahir dalam menjawab soalan-soalan KBAT yang dikemukan dalam peta topografi . 3 15 Jadual 2 : Senarai soalan dan rumusan jawapan soal selidik daripada pelajar Berdasarkan data tinjauan diatas, pelajar yang terlibat mempunyai tahap minat dan persepsi yang agak rendah terhadah terhadap bahagian ini. Pekara ini seakan selari skor mereka dalam bahagian peta pada ujian AR 1 dan AR 2. Penilaian terhadap keyakinan dan penguasaan diri turut menunjukkan angka sederhana. Purata sekitar 11 daripada 18 orang pelajar merasakan diri mereka mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan setiap bahagian soalan yang di uji. Manakala hampir 90 % pelajar mempunyai anggapan yang negatif terhadap soalan-soalan berbentuk KBAT.


9 Data markah ujian semasa 18 orang pelajar ini dalam ujian AR 1 dan AR 2 turut menunjukkan skor yang rendah pada bahagian peta. Data berikut diambil sebelum perlaksanaan kajian tindakan ini . Bil NAMA PELAJAR AR 1 ( 15 % ) AR 2 ( 15 % ) 1 ALFONSO TAN SRI 8 10 2 ANIQ HAZIQ BIN SULAIMAN 9 9 3 CHRISTIAN CHABU ANAK AMPALING 8 10 4 DEFFANNY NATHELEE ANAK MINUN 11 9 5 DIANA ELDA BETI 8 9 6 ERICK CHRISPO ELIAS @ BOB 8 8 7 JACKKLE ANAK ROMA 9 7 8 JAVIER WALTER ANAK NICHOLAS 9 8 9 MAISARAH BINTI WASLEE 8 8 10 MOHAMAD ERDY SURADY BIN MOHAMAD ZAIDEE 10 10 11 MUHAMMAD IRFAN ZULFIQAR BIN GAPAR 9 9 12 NOR HUZAIMY HANAFIE BIN SHAMSUL AZMI 8 9 13 NURUL WAHIDAH BINTI IRWAN 11 9 14 NURUL'EIN SYAZWANI BINTI NIZAM 9 9 15 RAFIDAH SYAHIRAH BINTI RIZAL 9 8 16 SITI NURBAHIYAH BINTI ZAINI 8 7 17 YUSNIZAH BINTI JEFLI 11 10 18 ZULMAJDI BIN SUFERI 7 9 Jadual 3 : Senarai skor pelajar dalam bahagian peta topografi pada ujian AR1 dan AR2


10 7.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu pembelajaran di dalam kelas. Secara umunya saya akan masuk mengajar ke kelas ini selama dua hari dalam seminggu. Setiap sesi keseluruhan pembelajaran melibatakan masa berjumlah 60 minit. Saya hanya menggunakan masa setiap 15 minit sahaja untuk setiap perlaksanaan slip soalan. Ia dijalankan seolah seperti ‘pembuka selera’ setiap 15 minit pertama setiap waktu pembelajaran Geografi dua hari dalam seminggu. Kajian ini melibatkan semua 18 orang pelajar dari Kelas 5 Sigma yang bakal menduduki ujian SPM pada tahun semasa. Saya telah menjadikan teori pembelajaran kognitif sebagai asas utama untuk melaksanakan kajian ini, Berdasarkan prinsip teori ini setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Perlaksanaan aktiviti setiap kali waktu geografi akan membantu dalam murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Mereka akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Fahaman ini amat sesuai dengan konteks soalan peta topografi yang banyak menggunakan kaedah menganalisis dan mengaplikasi dalam menjawab soalan. Bersandarkan prinsip diatas, saya telah menghasilkan satu inovasi berbentuk satu kepingan kertas kecil atau slip yang mengandungi soalan peta topografi. Soalan ini saya reka selari dengan mana-mana soalan sebenar SPM . Manakala bahagian peta yang digunakan dalam slip ini pula dipilih secara rawak daripada koleksi peta sebenar. Saiz bahagian atau kawasan peta yang diambil akan terus menjurus kepada kehendak soalan. Setiap soalan SLIP PETA ini menyediakan 3 hingga 4 markah. Teknik lebih mudah, berfokus dan menarik minat pelajar berbanding menggunakan peta sebenar bersaiz besar. Memandangkan perasaan dan tanggapan yang tidak menentu daripada pelajar terhadap bahagian ini, maka saya telah Menyusun beberapa strategi bagi menanam minat dan mengukuhkan fokus mereka . Penyusunan strategi dan aktiviti saya adalah seperti berikut ; Langkah Minggu Perlaksanaan Aktiviti Masa perlaksanaan Fasa Satu : Bimbingan nota Minggu 1 I. Guru memberikan nota seragam peta topografi dan penerangan ringkas kepada setiap pelajar II. Nota ini disusun mengikut kesesuaian tahap pelajar dan rumusan daripada bidang soalan popular. 30 minit waktu pembelajaran dalam kelas.


11 Fasa Dua : Pendedahan analisis Minggu 2 I. Pelajar didedahkan dengan analisis soalan dan sub tajuk yang popular dalam bahagian peta topografi. II. Pelajar turut didedahkan dengan beberapa koleksi peta sebenar SPM sebagai gambaran asas III. Pelajar turut diberi ingatan awal tentang perlaksanaan aktiviti SLIP PETA pada minggu seterusnya 30 minit waktu pembelajaran dalam kelas. Langkah 3 : Percubaan Kendiri Minggu 3 Sesi menjawab dan perbincangan jawapan SLIP PETA 1 dan PETA 2 15 setiap waktu pembelajaran dalam kelas. ( Dua kali perjumpaan ) Minggu 4 Sesi menjawab dan perbincangan jawapan SLIP PETA 3 dan PETA 4 15 setiap waktu pembelajaran dalam kelas. ( Dua kali perjumpaan ) Minggu 5 Sesi menjawab dan perbincangan jawapan SLIP PETA 5 dan PETA 6 15 setiap waktu pembelajaran dalam kelas. ( Dua kali perjumpaan ) Minggu 6 Sesi menjawab dan perbincangan jawapan SLIP PETA 7 dan PETA 8 15 setiap waktu pembelajaran dalam kelas. ( Dua kali perjumpaan ) Minggu 7 Sesi menjawab dan perbincangan jawapan SLIP PETA 9 dan PETA 10 15 setiap waktu pembelajaran dalam kelas. ( Dua kali perjumpaan ) Berdasarkan perancangan diatas, pelajar akan meneliti keseluruhan peta topografi yang disediakan dan bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan. Pekara ini mendedahkan mereka dengan pelbagai sub tajuk atau bidang yang sering disoal dalam soalan sebenar SPM.


12 Perlaksanaan percubaan kendiri sebanyak sepuluh kali turut membantu mengukuhkan keyakinan dan ingatan pelajar terhadap fakta dan jawapan untuk soalan-soalan tertentu sebelum peperiksaan. Sesi perbincangan terus selepas mencuba setiap slip turut membantu mereka mengenalpasti kehendak dan prinsip soalan. Bimbingan guru akan lebih berfokus kepada satu sub tajuk sahaja dalam satu slip. Perkembangan kognitif yang sihat ini seterusnya menyakinkan mereka untuk berhadapan dengan soalan sebenar dalam ujian SPM. Foto 3 & 4 : Contoh SLIP PETA yang digunakan


13 Gambar contoh perlaksanaan SLIP PETA didalam kelas.


14 8.0 DAPATAN KAJIAN Setelah sepuluh siri SLIP PETA dilaksanakan di dalam kelas, saya telah mendapati perubahan jawapan dan corak penulisan calon amat positif. Mereka telah mampu mengolah jawapan dengan baik dan menjalankan pentafsiran peta secara menyakinkan. Pekara ini bukan sahaja berlaku sewaktu sesi Latihan dalam kelas, malah ketika Ujian Percubaan SPM . Gambar contoh penulisan jawapan pelajar selepas beberapa siri perlaksanaan SLIP PETA


15 Gambar contoh penulisan jawapan pelajar dalam UJIAN PERCUBAAN SPM


16 Selepas perlaksanaan kajian tindakan ini, saya membandingkan rekod skor pelajar berikut dalam bahagian peta topografi dalam tiga siri ujian yang berkaitan. Bil NAMA PELAJAR Sebelum aktiviti Selepas aktiviti AR 1 ( 15 % ) AR 2 ( 15 % ) Percubaan SPM ( 15 % ) 1 ALFONSO TAN SRI 8 10 10 2 ANIQ HAZIQ BIN SULAIMAN 9 9 11 3 CHRISTIAN CHABU ANAK AMPALING 8 10 11 4 DEFFANNY NATHELEE ANAK MINUN 11 9 10 5 DIANA ELDA BETI 8 8 11 6 ERICK CHRISPO ELIAS @ BOB 8 8 10 7 JACKKLE ANAK ROMA 7 7 9 8 JAVIER WALTER ANAK NICHOLAS 9 8 9 9 MAISARAH BINTI WASLEE 8 8 10 10 MOHAMAD ERDY SURADY BIN MOHAMAD ZAIDEE 10 10 12 11 MUHAMMAD IRFAN ZULFIQAR BIN GAPAR 9 9 11 12 NOR HUZAIMY HANAFIE BIN SHAMSUL AZMI 7 8 10 13 NURUL WAHIDAH BINTI IRWAN 10 9 12 14 NURUL'EIN SYAZWANI BINTI NIZAM 9 9 8 15 RAFIDAH SYAHIRAH BINTI RIZAL 9 8 10 16 SITI NURBAHIYAH BINTI ZAINI 8 7 8 17 YUSNIZAH BINTI JEFLI 10 10 11 18 ZULMAJDI BIN SUFERI 7 9 8 Jadual 4 : Perbandingan skor pelajar dalam bahagian peta topografi pada sebelum dan selepas perlaksanaan aktiviti.


17 Berdasarkan jadual skor diatas seramai, 14 orang atau 78% pelajar telah menunjukkan impak positif melalui peningkatan skor untuk bahagian ini dalam ujian percubaan SPM. Peningkatan 1 hingga 3 markah ini mambantu membantu mereka melonjakkan keputusan dan gred keseluruhan dalam matapelajaran ini. Selain itu, pekara yang lebih membanggakan lagi seramai 7 orang pelajar telah mencapai sasaran unjuran markah untuk bahagian ini iaitu 11 markah keatas. Catatan ini amat memberansangankan, kerana skor ujian pertama dan kedua menyaksikan hanya seorang pelajar sahaja pernah mencatat skor sedemikian. Bagaimanapun masih terdapat empat orang atau 22 % pelajar yang gagal menunjukkan peningkatan markah selepas dua ujian pertama. Skor pelajar ini bagaimanapun kelihatan statik dan mendatar berbanding selepas perlaksanaan kajian tindakan ini. 9.0 REFLEKSI KAJIAN Sebagai guru matapelajaran, saya mendapati kaedah yang telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan dengan persekitaran pembelajaran. Murid semakin yakin untuk mentafsir peta topografi dan memberikan jawapan yang berkualiti. Pekara ini juga menyumbang perubahan markah keseluruhan yang amat ketara kepada pelajar. 0 2 4 6 8 10 12 14 Perbandingan Skor Pelajar Sebelum (AR2 ) Dan Selepas ( Ujian Percubaan ) AR2 Ujian PERCUBAAN


18 Selain itu, sebagai seorang guru , saya rasa berbangga kerana dapat membantu para pelajar ini meningkatkan kualiti jawapan dan pemahaman mereka dalam aspek peta topografi. Perlaksanaan kajian ini turut membantu saya memperbaiki kelemahan diri dari aspek pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 10.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA Secara keseluruhannya kaedah ini amat membantu memperbaiiki pemahaman, penulisan dan daya ingatan pelajar terhadap jawapan-jawapan berkaitan soalan peta. Justeru itu, saya berharap dapat melaksanakan kaedah ini lebih giat lagi dimasa hadapan demi membantu meningkatkan prestasi pelajar. Saya juga berharap agar kaedah ini dapat membantu rakan-rakan guru yang lain dalam sama-sama meningkatkan pretasi matapelajaran Geografi secara khususnya.


19 RUJUKAN Dr. Khairuddin Bin Isa, Normah Binti Dali, Nurizzati Binti Alias et al ( 2019 ) KSSM Geografi Tingkatan Empat , Selangor , Kubu Publications Lembaga Peperiksaan Malaysia KPM ( 2019 ) Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM 2010- 2018, Selangor , Pustaka Yakin Pelajar Sdn Bhd Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version