The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzamansor57, 2023-12-08 08:24:29

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

i JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27, 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA AKADEMIK JURNAL Jilid 27, November 2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka ISSN 1394 – 3499 TAHAP KEHARMONIAN DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON SELATAN Masitah Mohammad Yusof, PhD. Kartini Abdul Mutalib, PhD. Mazlan Aris, PhD. Ahamad Rahim, PhD. Abang Ismail Abang Julhi, PhD. Suhaili Mohd Yusoff, PhD. IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor; IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka; IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan; IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu; IPG Kampus Rajang, Sarawak HUBUNGAN KESEDIAAN DAN PELAKSANAAN PRAKTIKUM BAGI FASA 1 DAN FASA 2 GURU PELATIH PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) DI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA Mohd Nasri Abdullah, PhD. Salinah Pit, PhD. Sholehah Ismail, PhD. & Norazmira Muhamad IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK: KESEDIAAN GURU DALAM ASPEK PENTAKSIRAN Halimatussaadiah Salleh, PhD. Shahril Affandi Daud, PhD. Siti Aishah Mohamad, Suzielah Tahir, & Rozaili Mohd Ali IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka PERSEPSI PELAJAR PPISMP TENTANG PPPB SEMASA PANDEMIK: SATU TINJAUAN Zalela Abd Aziz, PhD. Zaimawati Abdul Kadir, Hashim Kalil, & Mohd Adnan Broh IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka KEINOVATIFAN STRATEGI MENINGKATKAN KEBOLEHPASARAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU (KSBM) DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM Abdul Hadi Mat Dawi,PhD. Khairulanuar Ismail, Shamsudin Abu Bakar, & Hasnah Awang, PhD. IPG Kampus Ipoh DORONGAN DAN KEKANGAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING Zaiton Sharif, EdD. Chua Lay Nee, PhD. Bong Kai Sin, Noraini Mohd, & Rana Hamzah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka; IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan INTERVENSI ‘MYLOCO’ DALAM MENINGKATKAN PERGERAKAN ASAS MURID TAHAP SATU SEKOLAH RENDAH Mazlina Mahmood, PhD. Rosemini Abdul Salam, & Siti Sarah Yakcob IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu; SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur PENCAPAIAN KEBOLEHAN BERTUTUR BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH PELBAGAI ALIRAN PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA Abdul Hadi Mat Dawi, PhD. Shamsudin Abu Bakar, Khairulanuar Ismail, & Abdul Rani Hassan IPG Kampus Ipoh TAHAP PENGUASAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENULISAN RPH Sapiyah Md Rangga IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka PENERAPAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH Syed Lamsah Syed Chear, Norsyahida Mat Nazir, Muhamad Shafiq Shapian, Nor Syamila Syahira Mohd Nor, & Sareena Hanim Hamzah Universiti Selangor (UNISEL); Universiti Malaya(UM) PERUBAHAN SIKAP MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS TERHADAP MATA PELAJARAN ENGLISH FOR COMMUNICATION DENGAN PENGGUNAAN KAEDAH “I-PICK” Norizan Saed Ahmad, Norshidah Abu Husin, PhD. & Fatimah Mustaffa, PhD. SMK Jalan Paya Besar, Kulim, Kedah; IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka USING PREZI TO ENHANCE PRIMARY STUDENTS’ SPEAKING SKILLS AND REDUCE LANGUAGE ANXIETY Zai Qurratu’ Ainie Zainal Abbidin, Daarshini Paneerselvam SK Putrajaya Presint 14(1) KESAN KAEDAH HISTORICAL MULTIPLE DOCUMENT BASED LESSONS TERHADAP MOTIVASI BELAJAR SEJARAH M. Kaviza SMK Tengku Suleiman KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH DALAM HOSPITAL : ISU DAN CABARAN Ismie Hajar Mohd Iskandar, Anuar Ahmad,PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH : IMPAK DAN CABARAN Nurul Solahah Samsuri, Anuar Ahmad, PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


i Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka JURNAL AKADEMIK Diselenggara oleh: Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka Diterbitkan oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (Pembiaya dan pemegang hak cipta) 2023


Jurnal Akademik IPGK PM Jilid. 27 (2023) – Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka ISSN 1394 – 3499 1. Educational – Research – Malaysia IPGK PM © 2023. Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka Jurnal Akademik IPGK PM diterbitkan oleh Institut Pendidkan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Melaka dan diselenggara oleh Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk menyebar luaskan hasil- hasil dapatan kajian dan penyelidikan para pensyarah dan individu yang terlibat dengan isu- isu pendidikan semasa. Semua penulisan yang terdapat dalam jurnal ini ialah hasil penyelidikan penulis-penulis sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pandangan IPGK Perempuan Melayu, Melaka. Jurnal ini diterbitkan setahun sekali. Sidang Editor mengalu-alukan para penyelidik untuk menyumbangkan hasil-hasil kajian dalam terbitan yang akan datang. Sumbangan tersebut hendaklah dihantar kepada Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka Laman Web: ipgkpm.edu.my E-mel: [email protected] ii


iii JAWATANKUASA PENILAIAN DAN KAWALAN MUTU PENERBITAN JURNAL AKADEMIK 2023 Penasihat I Dr. Hajah Kartini binti Abdul Mutalib. Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Penasihat II Dr. Datin Hajah Norshidah binti Abu Husin Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Penyelaras Dr. Mohd Mernan bin Talling Ketua Jabatan Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Ketua Editor Dr. Shahrir Affandi bin Daud @ Mohamed Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi Editor Dr. Zaiton binti Sharif Dr. Mohd Mernan bin Talling Dr. Fatimah binti Mustaffa Dr. Salinah binti Pit Dr. Sholehah binti Ismail Dr. Noryani binti Md.Yusof En. Aimee Shahrin Bin Jais Panel Penilai Dalam Dr. Fauziah Binti Yahya Datin Dr. Halimatussa’adiah Binti Salleh Dr. Robiah Binti Mohamad Dr. Najiha Binti Shuib Dr. Zahiroh Binti Awang Dr. Amran Bin Aris Dr. Mohd Syakerul Haniz Mohd Sabri Panel Penilai Luar Prof. Madya Dr. Mohamad Nazri bin Abdul Rahman (Universiti Malaya) Dr. Muhd Zulhilmi bin Haron (Institut Aminuddin Baki) Dr. Mohd Ashraf bin Ibrahim (IPG Kampus Raja Melewar) Dr. Fairuzzah Binti Harun (IPG Kampus Raja Melewar) Dr. Mohd Muslim bin Md Zalli (Universiti Perguruan Sultan Idris) Dr. Norazlin binti Mohd Rusdin (Universiti Perguruan Sultan Idris)


iv PEMBERITAHUAN urnal Akademik IPG Kampus Perempuan Melayu adalah penerbitan berkala Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPGK PM) yang dikelolakan oleh Unit Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI). Jurnal ini menampung karya ilmiah yang berkaitan dengan teori dan amalan dalam dunia pendidikan dan penyelidikan di Malaysia. Pihak Sidang Editor mengalu-alukan sumbangan karya tentang pelbagai disiplin ilmu yang bersangkutan dengan pendidikan. Bagi memudahkan urusan penerbitan karya, syarat-syarat yang berikut perlu dipatuhi: 1. Karya hendaklah menggunakan kertas bersaiz B5, Font jenis Arial saiz 11, jadual / rajah 10, dan berpaparankemas (justify) di sebelah kanan. 2. Karya hendaklah dikemukakan dalam bentuk naskhah bercetak (hard copy). Kandungan artikel ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau 1.15 (1.15 spacing). Panjang artikel diantara 3000 – 5000 patah perkataan atau 10-15 halaman termasuk rujukan dan disertai disket (soft copy) untuk memudahkan urusan penyemakan. 3. Karya hendaklah berupa karya asli mengikut format, gaya dan etika penulisan akademik yang diiktiraf, termasuk cara pemaparan data, petikan pendapat, dan bibliografi. Laras bahasa yang sesuai dengan bidang ilmu amat dititikberatkan. Bentuk bahasa yang betul mengikut tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka adalah suatu kelebihan kepada penulis dan penerbit. 4. Jika karya berupa hasil kajian / penyelidikan, sila kemukakan penulisan abstrak tidak melebihi 200 patah perkataan dengan menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan justified. Abstrak disediakan dalam 2 bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 5. Setiap karya hendaklah disertai dengan surat litup yang mengandungi butiran seperti nama penuh penulis dan alamat lengkap untuk memudahkan urusan yang berkaitan. Karya yang memenuhi syarat boleh dikemukakan kepada: Ketua Editor Jurnal Akademik IPG KPM Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia e-mel : [email protected] Tel: 06-2824827 Faks: 06-2818467 © Hak Cipta Terpelihara IPGM KPM Mana-mana bahagian daripada jurnal ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran daripada IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. J


v SOROTAN KETUA EDITOR Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Jurnal Akademik Jilid 27 tahun 2023 telah dapat diterbitkan seperti yang dirancangkan. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi atas usaha yang murni ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pengkaji yang telah berjaya menghasilkan bahan ilmiah mewakili jabatan masingmasing untuk rujukan. Semua artikel telah disemak dan dinilai oleh panel penilai yang telah dilantik bagi menjamin kawalan mutu jurnal. Penerbitan Jurnal Akademik yang berbentuk ilmiah ini merupakan pemangkin kepada warga IPG Kampus Perempuan Melayu, khususnya pensyarah akademik untuk melaksanakan penyelidikan secara berterusan. Sesungguhnya, kejayaan panel-panel penulis dalam menghasilkan penyelidikan amatlah dihargai. Hasil penyelidikan akan menjadi sumber rujukan yang amat bermanfaat kepada siswa guru, pensyarah dan semua warga pendidik. Penerbitan Jurnal Akademik Jilid 27 tahun 2023 juga adalah seiring dengan hasrat IPGK PM sebagai pusat pembudayaan penyelidikan. Semoga usaha murni ini akan terus dimartabatkan demi membina wacana dan wahana dalam dunia penyelidikan pendidikan. Dr. Shahrir Affandi bin Daud @ Mohamed Ketua Editor Jurnal Akademik IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 1 JURNAL AKADEMIK ACADEMIC JOURNAL (JOURNAL OF RESEARCH IN TEACHER EDUCATION) ISSN 1394 – 3499 JILID 27, 2023 ISI KANDUNGAN HALAMAN TAHAP KEHARMONIAN DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON SELATAN Masitah Mohammad Yusof, PhD. Kartini Abdul Mutalib, PhD. Mazlan Aris, PhD. Ahamad Rahim, PhD. Abang Ismail Abang Julhi, PhD. & Suhaili Mohd Yusoff, PhD. IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor; IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka; IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan; IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu; IPG Kampus Rajang, Sarawak 3 -13 HUBUNGAN KESEDIAAN DAN PELAKSANAAN PRAKTIKUM BAGI FASA 1 DAN FASA 2 GURU PELATIH PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) DI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA Mohd Nasri Abdullah, PhD. Salinah Pit, PhD. Sholehah Ismail, PhD. & Norazmira Muhamad IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka 14-25 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK: KESEDIAAN GURU DALAM ASPEK PENTAKSIRAN Halimatussaadiah Salleh, PhD. Shahril Affandi Daud, PhD. Siti Aishah Mohamad, Suzielah Tahir, & Rozaili Mohd Ali IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka 26-40 PERSEPSI PELAJAR PPISMP TENTANG PPPB SEMASA PANDEMIK: SATU TINJAUAN Zalela Abd Aziz, PhD. Zaimawati Abdul Kadir, Hashim Kalil, & Mohd Adnan Broh IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka 41-49 KEINOVATIFAN STRATEGI MENINGKATKAN KEBOLEHPASARAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU (KSBM) DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM Abdul Hadi Mat Dawi,PhD. Khairulanuar Ismail, Shamsudin Abu Bakar, & Hasnah Awang, PhD. IPG Kampus Ipoh 50-65 DORONGAN DAN KEKANGAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING Zaiton Sharif, EdD. Chua Lay Nee, PhD. Bong Kai Sin, Noraini Mohd, & Rana Hamzah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka; IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan 66-80 INTERVENSI ‘MYLOCO’ DALAM MENINGKATKAN PERGERAKAN ASAS MURID TAHAP SATU SEKOLAH RENDAH Mazlina Mahmood, PhD. Rosemini Abdul Salam, & Siti Sarah Yakcob IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu; SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur 81-93 PENCAPAIAN KEBOLEHAN BERTUTUR BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH PELBAGAI ALIRAN PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA Abdul Hadi Mat Dawi, PhD. Shamsudin Abu Bakar, Khairulanuar Ismail, & Abdul Rani Hassan IPG Kampus Ipoh 94-107 TAHAP PENGUASAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENULISAN RPH Sapiyah Md Rangga IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka 108-119


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 2 PENERAPAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH Syed Lamsah Syed Chear, Norsyahida Mat Nazir, Muhamad Shafiq Shapian, Nor Syamila Syahira Mohd Nor, & Sareena Hanim Hamzah Universiti Selangor (UNISEL); Universiti Malaya(UM) PERUBAHAN SIKAP MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS TERHADAP MATA PELAJARAN ENGLISH FOR COMMUNICATION DENGAN PENGGUNAAN KAEDAH “IPICK” Norizan Saed Ahmad, Norshidah Abu Husin, PhD. & Fatimah Mustaffa, PhD. SMK Jalan Paya Besar, Kulim, Kedah; IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka 120-128 129-141 USING PREZI TO ENHANCE PRIMARY STUDENTS’ SPEAKING SKILLS AND REDUCE LANGUAGE ANXIETY Zai Qurratu’ Ainie Zainal Abbidin, Daarshini Paneerselvam SK Putrajaya Presint 14(1) 142-151 KESAN KAEDAH HISTORICAL MULTIPLE DOCUMENT BASED LESSONS TERHADAP MOTIVASI BELAJAR SEJARAH M. Kaviza SMK Tengku Suleiman 152-165 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH DALAM HOSPITAL : ISU DAN CABARAN Ismie Hajar Mohd Iskandar, Anuar Ahmad, PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 166-177 PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH: IMPAK DAN CABARAN Nurul Solahah Samsuri, Anuar Ahmad, PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 178-189


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 3 TAHAP KEHARMONIAN DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON SELATAN Masitah Mohammad Yusof, PhD1 , Kartini Abdul Mutalib, PhD2 , Mazlan Aris, PhD3 , Ahamad Rahim, PhD4 , Abang Ismail Abang Julhi, PhD5 dan Suhaili Mohd Yusoff, PhD6 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar 4, 6Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 5 Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Emel : [email protected] ABSTRAK Keharmonian dan keseronokan di tempat kerja berupaya memberi pengaruh positif terhadap komitmen, produktiviti kerja dan kesetiaan terhadap organisasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keharmonian yang terdiri daripada dimensi motivasi kendiri, motivasi luaran, persekitaran fizikal, psikososial dan kesihatan kendiri dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap keharmonian berdasarkan faktor demografi (jantina, umur, kelayakan akademik dan tempoh perkhidmatan) dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. Data dikumpulkan secara tinjauan keratan rentas melalui borang soal selidik Teacher Institution’s Well-Being Questionnaire (TIWEQ) yang dibina oleh pengkaji. Kesemua alat ukur yang dibina juga telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan. Sampel kajian melibatkan seramai 328 orang pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. Kajian menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi iaitu ujian-t dan ujian ANOVA satu hala dengan menggunakan perisian SPSS versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keharmonian dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan berada di tahap tinggi (M= 3.27, SP= 0.40). Berdasarkan dimensi pula, didapati bahawa nilai min tertinggi ialah dimensi motivasi kendiri (M = 3.73, SP = 0.33) manakala nilai min terendah ialah dimensi persekitaran fizikal (M = 2.88, SP = 0.69). Dapatan ini menyumbang kepada bidang ilmu bahawa pentingnya keseimbangan antara keharmonian luaran dan dalaman untuk kelestarian sistem pendidikan. Di samping itu, perlu juga diwujudkan profil keharmonian bagi setiap IPG. Kata kunci: Keharmonian, motivasi luaran, motivasi dalaman, persekitaran psikososial, kesihatan kendiri PENDAHULUAN Persekitaran kerja memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Tahap produktiviti tenaga kerja dapat ditingkatkan melalui persekitaran kerja yang kondusif. Namun begitu kebanyakan masalah dalam organisasi timbul berpunca daripada persekitaran kerja yang dihadapi oleh para pekerja. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pensyarah yang mengajar di institusi pendidikan tinggi, sememangnya pensyarah tidak sunyi dari berhadapan dengan masalah berkaitan tekanan kerja, beban tugas, hubungan rakan sekerja, karenah pelajar dan juga pelbagai keadaan kemudahan IPG yang pelbagai bentuk. Ini kerana kajian terdahulu mendapati aspek-aspek yang


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 4 dinyatakan tersebut amat berkait rapat dengan kepuasan dan keseronokan bekerja. Antara kajian-kajian tersebut sebagai contohnya ialah kajain mengenai sikap ketua yang sentiasa memberi sokongan (Bibi et al., 2019; Gordon, 2018; Morris et al., 2020), kajian mengenai pengurusan sumber manusia yang baik (Abid et al., 2019; Hendrawijaya, 2020; Nawaz et al., 2020; Tensay & Singh, 2020), amalan kerja berkolaboratif dan saling hormat menghormati (Gordon, 2018; Sankey, 2017) merupakan antara contoh kajian yang sangat diperlukan dalam membicarakan keharmonian dan keseronokan dalam bekerja. Jelasnya, aspek-aspek ini memberi impak yang signifikan terhadap beberapa pembolehubah yang lain seperti produktiviti kerja dan komitmen kerja. Warga IPG KPM tidak terkecuali juga dari berhadapan dengan pelbagai tahap kepuasan kerja yang boleh dikaitkan dengan prestasi kerja mereka. Walaupun pelbagai kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti kajian empirikal (Bibi et al., 2019; Gordon, 2018; Hendrawijaya, 2020; Morris et al., 2020; Nawaz et al., 2020; Tensay & Singh, 2020), namun didapati bahawa tahap kesedaran tentang pentingnya kesihatan mental kalangan profesional pendidikan sudah menjadi isu global masih lemah (Ohadomere & Ogamba, 2020) apabila ramai dalam kalangan profesional pendidikan dilaporkan menghadapi masalah kesihatan mental (Education Support, 2018) sedangkan ia boleh menjadi prediktor penting terhadap rendahnya produktiviti dan ketidak kepuasan bekerja dalam kalangan tenaga pengajar pendidikan rendah mahupun pendidikan tinggi. Ia mungkin berpunca daripada faktor peribadi dan juga tempat kerja (Berebitsky et al., 2018; Morrish & Priaulx, 2020). Sebagai contoh dapatan Teacher Wellbeing Index 2018 (Education Support, 2019) mendapati lebih daripada tiga perempat guru-guru telah dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal akibat daripada kerja malah lebih daripada 50% dilaporkan meninggalkan profesion oleh kerana berhadapan masalah depresi. Di Malaysia, isu-isu sedemikian juga dihadapi oleh segelintir golongan profesional pendidikan. Kajian profesion perguruan kini, pensyarah tidak dapat lari daripada menghadapi tekanan kerja. Kajian terkini oleh Ilah et al., (2022) mendapati tahap letih melampau (burnout) pensyarah Institut Pendidikan Guru Zon Timur adalah pada tahap sederhana rendah dan ianya mempunyai perkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di kampus. Hal demikian tidak boleh dipandang remeh dan sekiranya ianya tidak ditangani dengan baik dan berkesan, dibimbangi keadaan ini akan berlarutan malah tahap letih melampau pensyarah akan semakin meningkat. Bagi pakar psikiatri, Dr. Rosnizam dalam Utusan Metro hasil penulisan Ismail (2021, Februari, 11), ia berlaku apabila tiada kemampuan lagi untuk menampung tekanan apabila sumber kekuatan dalam menghadapi tekanan itu semakin menyusut. Justeru, adalah menjadi satu keperluan dalam meningkatkan keharmonian dan keseronokan dalam bekerja dalam kalangan pensyarah akademik dan staf profesional supaya keseronokan bekerja dan prestasi kerja akan terus terpelihara. Maka, kajian ini adalah bertujuan bagi membina satu kerangka konsep yang lebih komprehensif dalam konteks Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) iaitu dengan mengintegrasikan teori dan model untuk meneroka bagaimana elemen-elemen yang terkandung dalam teori dan model terdahulu ini dapat memberi keharmonian dalam bekerja.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 5 PENYATAAN MASALAH Kajian ini adalah mengenai tahap keharmonian bekerja dalam kalangan pensyarah IPG Kampus di Zon Selatan. Terdapat lima IPG di Zon Selatan iaitu IPG Kampus Raja Melewar (IPGK RM) dan IPG Kampus Pendidikan Teknik (IPGK PT) yang terletak di Negeri Sembilan, IPGK Perempuan Melayu Melaka (IPGK PM) yang terletak di negeri Melaka, IPGK Tun Hussein Onn (IPGK THO) dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim (IPGK TI) yang terletak di negeri Johor Darul Takzim. Isu berkaitan ketidak keseronokan bekerja dan beban kerja dalam kalangan pensyarah IPG di Zon Selatan turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Berdasarkan Healthy Workplace Model (WHO, 2010) dengan Teori Dua Faktor (Herzberg, 1959), faktor yang telah dikenal pasti ialah motivasi kendiri, motivasi luaran, faktor persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial serta kesihatan kendiri. Permasalahan timbul yang menyebabkan kajian ini dilaksanakan adalah memandangkan terdapatnya isu bilangan pensyarah yang ingin bersara awal dan bersara pilihan telah meningkat kepada 60% setiap tahun (Transformasi IPG 2016–2025). Isu ini telah menyebabkan bilangan sumber manusia berkurangan dan pihak IPGK menghadapi kesukaran untuk memilih, melantik dan merekrut pensyarah baharu kerana proses ini mengambil masa untuk melatih supaya pensyarah baharu ini mampu menguasai kemahiran dan menimba pengalaman sebelum menjadi pensyarah IPG yang cemerlang. TINJAUAN LITERATUR Kajian ini adalah berdasarkan Teori Dua Faktor oleh Herzberg (1959) yang banyak digunakan oleh pengkaji terdahulu bagi menyokong kajian mereka. Kebanyakan kajiankajian ini telah bertunjangkan kepada teori ini bagi mengukur tahap keseronokan bekerja dan tahap kepuasan kerja. Kajian ini juga berfokuskan kepada melihat tahap keseronokan bekerja mahupun kepuasan bekerja berdasarkan faktor demografi seperti jantina. Sebagai contohnya, kajian keharmonian guru di tempat kerja mula mendapat perhatian penyelidik dalam bidang pendidikan berikutan impak yang positif terhadap proses pengajaran dan pencapaian murid (Education Support, 2019; Schleicher, 2018; Turner & Thielking, 2019). Dalam dunia pendidikan yang berhadapan dengan pemegang taruh, pentadbir seharusnya memainkan peranan penting bagi memastikan pekerja bawahan berada dalam suasana yang sejahtera semasa bekerja. Faktor intrinsik (motivasi) dan ekstrinsik (persekitaran kerja) perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan supaya kedua-dua faktor ini dapat memotivasikan pekerja untuk lebih komited dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan seterusnya melestari pendidikan (Baroudi et al., 2020; Schleicher, 2018). Kebiasaannya, dalam pendidikan sekolah, guru akan merasa kecewa jika tuntutan dan keperluan seperti tugas yang diberikan, gaji yang diterima, pengiktirafan yang diberikan dan hubungan dengan pentadbir tidak dipenuhi. Keadaan ini akan mempengaruhi tahap keharmonian mereka di tempat kerja (Baroudi et al., 2020). Oleh yang demikian, keharmonian dan kepuasan di tempat kerja adalah penting kerana ia dapat membentuk kawalan minda seseorang ke arah memaksimumkan prestasi kerja dan mencapai potensi diri (Pryce-Jones, 2010). Sementara itu, Ouchi (1981) juga mengandaikan bahawa pengurusan organisasi dan sumber manusia yang bercirikan kemanusiaan akan dapat meningkatkan keharmonian pekerja. Oleh itu, ia memberi maksud bahawa tahap keharmonian di tempat kerja berkait rapat dengan persekitaran kerja yang positif dan faktor personal iaitu kawalan minda seseorang yang memotivasi diri sendiri sehingga mencapai potensi diri.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 6 Tidak dapat dinafikan bahawa keharmonian di tempat kerja juga berkait rapat dengan kepuasan kerja (Kappelman, 2016). Ini bermakna konstruk keharmonian di tempat kerja dan kepuasan kerja mempunyai beberapa persamaan. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa ini adalah benar. Kajian oleh Kappelman (2016) yang mendefinisikan kepuasan kerja sebagai kebahagiaan di tempat kerja didapati mempunyai persamaan tafsiran konstruk keharmonian guru di tempat kerja oleh Page (2005), Yusof et al. (2015) serta Yusoff dan Tengku-Ariffin (2020). Selain itu, terdapat beberapa definisi lain untuk kepuasan kerja yang juga berkait rapat dengan keharmonian di tempat kerja iaitu persepsi pekerja tentang kerja mereka (Jordan et al., 2017; Luthans, 2002) dan perasaan positif terhadap pekerjaan (Batugal & Tindowen, 2019; Baroudi et al., 2020; Faragher et al., 2005). Di samping mempunyai persamaan dari segi definisi operasional, kedua-dua konstruk ini juga adalah berasaskan kepada Teori Dua Faktor oleh Herzberg (1959) dengan mengukur konstruk tersebut berdasarkan dua dimensi iaitu nilai dalaman (motivasi) dan nilai luaran (persekitaran kerja). Oleh yang demikian, kedua-dua konstruk ini mempunyai saling kaitan dari segi makna, konsep dan cara pengukuran. Maka dalam kajian ini, satu kajian empirikal berkaitan konstruk kesejahteraan dibina oleh pasukan penyelidik yang dikenali sebagai Kerangka Standard IPG Harmoni berasaskan kepada Teori Dua Faktor oleh Herzberg (1959) dan Healthy Workplace Model (WHO, 2010). Seterusnya kajian mengenai tahap keharmonian dalam kalangan pensyarah IPG Zon Selatan serta perbezaan tahap keharmonian dengan faktor demografi dijalankan adalah bagi menguji Kerangka Standard IPG Harmoni. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenal pasti tahap keharmonian dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. 2. Mengenal pasti tahap motivasi kendiri, motivasi luaran, persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan kesihatan kendiri dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan 3. Mengenal pasti perbezaan antara tahap keharmonian berdasarkan faktor demografi dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan PERSOALAN KAJIAN Terdapat tiga persoalan kajian iaitu: 1. Apakah tahap keharmonian dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan? 2. Apakah tahap motivasi kendiri, motivasi luaran, persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan kesihatan kendiri dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan? 3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keharmonian berdasarkan faktor demografi dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan?


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 7 HIPOTESIS KAJIAN Terdapat empat hipotesis kajian melibatkan persoalan yang ketiga iaitu: H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keharmonian dengan faktor jantina dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keharmonian dengan faktor umur dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan H03: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keharmonian dengan faktor kelayakan akademik dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. H04: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keharmonian dengan faktor tempoh berkhidmat dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan METODOLOGI KAJIAN Kajian ini hanya menggunakan kaedah kuantitatif dengan borang soal selidik diedar secara dalam talian menggunakan google form sebagai medium untuk mendapatkan data kajian yang bertujuan untuk meninjau tahap keharmonian bekerja dalam kalangan pensyarah IPG Zon Selatan. Sebanyak 328 responden telah mengisi borang google form yang telah diedar. Semua data yang dikumpulkan terlebih dahulu, sebelum dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 25.0. Sepanjang tempoh kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik Teacher Institution’s Well-being Questionnaire (TIWEQ) yang telah dibangunkan oleh pasukan penyelidik. Terdapat 37 item yang dibangunkan berdasarkan lima pemboleh ubah yang telah dikenal pasti berdasarkan Healthy Workplace Model (WHO, 2010) dan Teori Dua Faktor (Herzberg, 1959) iaitu motivasi kendiri, motivasi luaran, persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan kesihatan kendiri. Soal selidik menggunakan 4 skala likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Manakala Jadual 1 menunjukkan skala pengelasan tahap yang dibahagikan kepada 4 peringkat sebagaimana saranan Best (1977). Jadual 1 : Pengelasan tahap keharmonian pensyarah IPG Zon Selatan Skala Tahap 1 – 1.75 Rendah 1.76 – 2.65 Sederhana Rendah 2.66 – 3.25 Sederhana Tinggi 3.26 – 4.00 Tinggi DAPATAN KAJIAN Tahap keharmonian dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan Jadual 2 menunjukkan analisis data dapatan kajian tentang tahap keharmonian pensyarah IPG Kampus Zon selatan secara keseluruhan.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 8 Jadual 2 : Tahap keharmonian pensyarah IPG Kampus Zon Selatan Bil Tahap N Peratus 1 Rendah 0 0 2 Sederhana Rendah 16 4.90 3 Sederhana Tinggi 115 35.1 4 Tinggi 197 60.0 Jumlah 328 100 Hasil analisis mendapati tahap keharmonian berada pada tahap tinggi yang mendominasi bilangan pensyarah di IPG Zon Selatan dengan jumlah bilangan pensyarah seramai 197 orang (60 peratus). Manakala tiada dapatan yang menunjukkan bahawa tahap keharmonian pensyarah di Zon Selatan yang berada di tahap rendah. Tahap motivasi kendiri, motivasi luaran, persekitaran fizikal, psikososial dan kesihatan kendiri dalam kalangan pensyarah Tahap keharmonian pensyarah IPG Kampus Zon Selatan ditunjukkan dalam Jadual 3. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap dimensi yang tertinggi ialah motivasi kendiri (M = 3.73, SP = 0.33), diikuti dengan motivasi luaran (M = 3.67, SP = 0.40), persekitaran psikososial (M = 3.38, SP = 0.53), kesihatan kendiri (M = 3.08, SP = 0.57) dan yang terendah ialah persekitaran fizikal (M = 2.88, SP = 0.69). Jadual 3 : Tahap keharmonian pensyarah IPG Kampus Zon Selatan berdasarkan dimensi Dimensi Tahap Min SP Pangkatan Motivasi kendiri Tinggi 3.73 0.33 1 Motivasi luaran Tinggi 3.67 0.40 2 Persekitaran fizikal Sederhana Tinggi 2.88 0.69 5 Persekitaran psikososial Tinggi 3.38 0.53 3 Kesihatan kendiri Tinggi 3.08 0.57 4 Perbezaan tahap keharmonian dengan faktor demografi dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan Faktor jantina Ujian-t tidak bersandar digunakan untuk menganalisis perbezaan tahap keharmonian berdasarkan jantina. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap keharmonian berdasarkan jantina [t(326, 317) = 1.04, p=.30]. Oleh itu H01 diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap keharmonian berdasarkan faktor demografi (jantina) dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 9 Jadual 4 : Perbezaan tahap keharmonian berdasarkan faktor jantina Jantina N M SP Nilai-t df Lelaki 144 3.59 0.56 1.048 326 Perempuan 184 3.52 0.61 Faktor umur Dapatan ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap keharmonian berdasarkan faktor kelayakan akademik [F(3, 324) = 1.38, p=.007]. Oleh itu H02 diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap keharmonian dengan faktor umur dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. Jadual 5 : Perbezaan tahap keharmonian berdasarkan faktor umur Umur SS df MS F Sig Antara kumpulan 4.164 3 1.388 4.128 .007 Dalam kumpulan 108.954 324 .336 Jumlah 113.119 327 Faktor kelayakan akademik Jadual 6 menunjukkan bahawa terdapat tidak perbezaan tahap keharmonian berdasarkan kelayakan akademik dalam kalangan pensyarah IPG Zon Selatan. Dapatan ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap keharmonian berdasarkan kelayakan akademik [F(3, 324) = 1.30, p=.27]. Oleh itu H03 diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keharmonian berdasarkan faktor kelayakan akademik dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. Jadual 6: Perbezaan tahap keharmonian berdasarkan faktor kelayakan akademik Kelayakan Akademik SS df MS F Sig Antara kumpulan 1.347 3 .449 1.302 .274 Dalam kumpulan 111.771 324 .345 Jumlah 113.119 327 Faktor tempoh perkhidmatan Untuk menguji perbezaan tahap keharmonian berdasarkan kumpulan tempoh perkhidmatan, ujian ANOVA sehala telah digunakan. Didapati bahawa Ujian kehomogenan Levene adalah signifikan (p=.00). Oleh itu ujian selanjutnya iaitu Welch perlu dijalankan. Keputusan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 10 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap keharmonian berdasarkan kumpulan tempoh perkhidmatan mereka [F(4, 323,)= 3.94, p=.04]. Oleh itu, hipotesis H04 tidak disokong. Berdasarkan Jadual 7 di bawah, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan tahap keharmonian berdasarkan tempoh perkhidmatan pensyarah IPG zon selatan. Jadual 7 : Perbezaan tahap keharmonian berdasarkan tempoh perkhidmatan Tempoh Perkhidmatan SS df MS F Sig Antara kumpulan 5.264 4 1.316 3.941 .004 Dalam kumpulan 107.855 323 .334 Jumlah 113.119 327 PERBINCANGAN Kajian ini secara umumnya adalah bagi mendapatkan tahap keharmonian bagi pensyarah IPG Kampus di Zon Selatan iaitu merangkumi IPGK Perempuan Melayu, IPGK Raja Melewar, IPGK Tun Hussien Onn, IPGK Temenggung Ibrahim dan IPGK Pedidikan Teknik. Berdasarkan kajian, didapati tahap keharmonian pensyarah-pensyarah yang berada di Zon Selatan adalah tinggi. Keharmonian yang tinggi ini telah disumbang oleh beberapa faktor iaitu motivasi kendiri, motivasi luaran, persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan kesihatan kendiri. Namun, motivasi kendiri dalam kalangan pensyarah merupakan faktor utama yang menyumbang kepada tahap keharmonian mereka. Dapatan ini didapati menyokong pandangan Teori Dua-Faktor oleh Herzberg (1959) iaitu keadaan keseronokan mahupun kesejahteraan bekerja dapat dipengaruhi oleh faktor motivasi iaitu sejauh mana kita merasakan seronok bekerja, faktor kerja itu sendiri, pengiktirafan yang diterima, serta pencapaian yang diterima. Faktor kepimpinan yang berkesan, persekitaran kerja yang positif juga merupakan antara beberapa faktor yang dapat menyumbang kepada tahap keharmonian yang tinggi di IPG Kampus Zon Selatan. Dapatan ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keharmonian dengan faktor jantina dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. Tiada perbezaan yang signifikan juga ditemui antara tahap keharmonian dengan faktor umur dan juga antara tahap keharmonian dengan faktor kelayakan akademik dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan tahap keharmonian berdasarkan tempoh perkhidmatan dalam kalangan pensyarah IPG Zon Selatan. Kajian ini disokong oleh beberapa kajian terdahulu (Contoh; Gordon, 2018; Sankey, 2017) yang juga mengaitkan faktor kepimpinan dalam membicarakan keharmonian dan keseronokan dalam bekerja. Walau bagaimanapun, kajian ini agak berbeza dengan kajian oleh Ilah et al. (2022) yang mendapati bahawa tahap letih melampau (burnout) pensyarah Institut Pendidikan Guru Zon Timur adalah pada tahap sederhana rendah dan ianya mempunyai perkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di kampus


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 11 Dapatan yang diperoleh tidak dapat dibuat generalisasi terhadap tahap keharmonian bagi seluruh IPG Kampus di Malaysia kerana kajian ini hanya melibatkan lima kampus yang berada di Zon Selatan. CADANGAN DAN KESIMPULAN Dicadangkan kajian diperluaskan kepada beberapa zon lain bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan tahap keharmonian warga kampus. Rujukan Abid, G., Contreras, F., Ahmed, S., & Qazi, T. (2019). Contextual factors and organizational commitment: Examining the mediating role of thriving at work. Sustainability, 11(17), 1-18. https://doi.org/10.3390/su11174686 Alia Yashak, Mohamad Syafiq Ya Shak, Mohd Haniff Mohd Tahir, Dianna Suzieanna Mohamad Shah & Mohd Faisal Mohamed (2020). Faktor Motivasi Teori Dua Faktor Herzberg dan Tahap Motivasi Guru Pendidikan Islam. Sains Insani, 5(2), 65- 74 Berebitsky, D., & Ellis, M. K. (2018). Influences on Personal and Professional Stress on Higher Education Faculty. Journal of the Professoriate, 9(2). http://caarpweb.org/wp-content/uploads/2019/03/Influences-on-PersonalBerebitsky-and-Ellis-9_2.pdf Bibi, A., Khalid, M. A., & Hussain, A. (2019). Perceived organizational support and organizational commitment among special education teachers in Pakistan. International Journal of Educational Management. https://doi.org/10.1108/IJEM-12-2017-0365 Budie, B., Appel-Meulenbroek, R., Kemperman, A., & Weijs-Perree, M. (2019). Employee satisfaction with the physical work environment: the importance of a need based approach. International Journal of Strategic Property Management, 23(1), 36-49. Education Support. (2019). Looking after teacher well-being. https://www.educationsupport.org.uk/looking-after-teacher-well-being / Gordon, S. D. (2018). Leadership's Role in Teachers’ Commitment and Retention: A Case Study Analysis. (Doctoral Dissertation, Delaware State University). https://desu.dspacedirect.org/bitstream/handle/20.500.12090/46/Gordon_desu _1824E_10087.pdf?sequence=1&isAllowed=y Hendrawijaya, A. T. (2020). Human resource management in improving students' academic achievement mediated by teacher's performance. Problems and Perspectives in Management, 18(1), 242 Kalaivani, K, & Karuppiah. M. (2021). Gaya kepimpinan kolaboratif pengetua dan tahap kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan. MJSSH Online: 5 (2), 191- 207.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 12 Mlangeni, N. G. (2016). Psychosocial factors influencing psychological wellbeing of South African state security forces: An exploratory study (Doctoral dissertation, Stellenbosch: Stellenbosch University). Morris, J. E., Lummis, G. W., Lock, G., Ferguson, C., Hill, S., & Nykiel, A. (2020). The role of leadership in establishing a positive staff culture in a secondary school. Educational Management Administration & Leadership, 48(5), 802- 820. https://doi.org/10.1177%2F1741143219864937 Morales-Rodríguez, F. M., Espigares-López, I., Brown, T., & Pérez-Mármol, J. M. (2020). The relationship between psychological well-being and psychosocial factors in university students. International journal of environmental research and public health, 17(13), 4778. https://doi.org/10.3390/ijerph17134778 Morrish, L., & Priaulx, N. (2020). Pressure vessels II: An update on mental health among higher education staff in the UK. Nawaz, M., Abid, G., Arya, B., Bhatti, G. A., & Farooqi, S. (2020). Understanding employee thriving: The role of workplace context, personality and individual resources. Total Quality Management & Business Excellence, 31(11-12), 1345- 1362. https://doi.org/10.1080/14783363.2018.1482209 Ohadomere, O., & Ogamba, I. K. (2020). Management-led interventions for workplace stress and mental health of academic staff in higher education: a systematic review. The Journal of Mental Health Training, Education and Practice. https://www.emerald.com/insight/content/doi/10.1108/JMHTEP-07-2020- 0048/full/html Herzberg, F., Mausner, B., & Snyderman, B. (1959). The motivation to work (2nd ed.). New York John Wiley. Herzberg, F. (1968). One more time: how do you motivate employees?. Harvard Business Review, 46(1), 53-62 Lubis, T. U., Dalimunthe, R. F., & Sinulingga, S. (2020). Effect of Psychological Well-Being, Compensation, and Physical Work Environment towards Employee Satisfaction at PT. Gracia Multi Moda Medan. International Journal of Research and Review, 7(6), 212-213. https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/ Schleicher, A (2018b), "Teachers' well-being, confidence and efficacy", in Valuing our Teachers and Raising their Status: How Communities Can Help. OECD Publishing, Paris. https://doi.org/10.1787/9789264292697-6-en Singh-Manoux, A. (2003). Psychosocial factors and public health. Journal of Epidemiology & Community Health, 57(8), 553-556. Siti Faridzah, Nor Pazil, Sheerad Sahid, & Norasmah Othman. (2021). Kesan faktor motivasi dan faktor hygiene terhadap kepuasan pekerja dalam kalangan pekerja usahawan MADA. Jurnal Dunia Pendidikan. 3(2), 54-71.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 13 Sutrisno, E. (2010). Manajemen Sumber Daya Manusia, Jakarta. Kencana Prenada Media Group Tensay, A. T., & Singh, M. (2020). The nexus between HRM, employee engagement and organizational performance of federal public service organizations in Ethiopia. Heliyon, 6(6), e04094. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2020.e04094 Vasilenko, E. A., Vorozheykina, A. V., Gnatyshina, E. V., Zhabakova, T. V., & Salavatulina, L. R. (2020). Psychological factors influencing social adaptation of first-years students to the conditions of university. J. Environ. Treat. Tech, 8, 241-247. World Health Organization. (2010). WHO healthy workplace framework and model: background and supporting literature and practices. Geneva, Switzerland: WHO Press. Yusoff, S. M., & Tengku-Ariffin, T. F. (2020). Looking after teacher wellbeing: Does teacher empowerment matter?. MOJEM: Malaysian Online Journal of Educational Management,8(4),43-56. https://mojc.um.edu.my/index.php/MOJEM/article/view/26381


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 14 HUBUNGAN KESEDIAAN DAN PELAKSANAAN PRAKTIKUM BAGI FASA 1 DAN FASA 2 GURU PELATIH PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA Mohd Nasri Abdullah1 , Ph.D* , Salinah binti Pit, Ph.D 2 , Sholehah binti Ismail 3 , Ph.D dan Norazmira binti Muhamad 4 IPG Kampus Perempuan Melayu Emel: [email protected] ABSTRAK Proses pelaksanaan praktikum telah berlaku perubahan akibat daripada Pandemik Covid-19 melanda dunia. Sepanjang temph pandemik tersebut pelaksanaan praktikum dijalankan secara dalam talian. Namun kesediaan guru pelatih dalam melaksanakan pengajaran secara dalam talian ini masih rendah kerana ia merupakan pendekatan baharu . Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih Program Diploma Perguruan Malaysia di IPG Kampus Perempuan Melayu terhadap kesediaan dan pelaksanaan guru pelatih semasa menjalani praktikum bagi fasa 1 dan fasa 2 secara dalam talian. Rekabentuk kajian menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan sampel seramai 89 orang guru pelatih PDPM Pendidikan Islam dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di IPGK PM secara rawak. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 26.0. Nilai alpha Cronbach bagi keseluruhan konstruk menunjukkan tahap kebolehpercayaan adalah 0.98. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan guru pelatih melaksanakan praktikum adalah berada pada tahap tinggi min=4.56 pada fasa 1 dan min=4.65 pada fasa 2. Implikasi kajian ini dapat memberikan panduan kepada guru pelatih untuk mempersiapkan diri sebelum dan semasa menjalani praktikum. Selain itu pensyarah juga mampu meningkat strategi penyeliaan dan bimbingan mereka terhadap guru pelatih agar lebih bersedia berada di lapangan sebenar dengan lebih sistematik dan berkesan. Kata kunci: Kesediaan, pelaksanaan, latihan praktikum, guru pelatih, program Diploma Perguruan Malaysia, profesionalisme. RELATIONSHIP OF PREPARATION AND IMPLEMENTATION OF PRACTICUM FOR PHASE 1 AND PHASE 2 AMONG PDPM TEACHER TRAINING IN TEACHER EDUCATION INSTITUTE MALACCA CAMPUS ABSTRACT The practicum implementation process has changed as a result of the Covid-19 Pandemic hitting the world. During the pandemic, the implementation of the practicum was conducted online. However, the willingness of trainee teachers to implement online teaching is still low because it is a new approach. Therefore, this article aims to review the perception of trainee teachers of the Malaysian Teaching Diploma Program at IPG Malay Girls Campus towards the readiness and implementation of trainee teachers during the practicum for phase 1 and phase 2 online. The research design uses a quantitative approach. This survey study uses a questionnaire that involves a random sample of 89 PDPM Islamic Education and Early Childhood Education trainee teachers at IPGK PM. Data were analyzed using SPSS 26.0 software. Cronbach's alpha value for the entire construct shows the level of reliability is 0.98.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 15 The results of the study found that the level of readiness of trainee teachers to carry out the practicum was at a high level, min=4.56 in phase 1 and min=4.65 in phase 2. The implications of this study can provide guidance to trainee teachers to prepare themselves before and during the practicum. In addition, lecturers are also able to improve their supervision and guidance strategies for trainee teachers in order to be more prepared to be in the real field more systematically and effectively. Keywords: Readiness, Implementation, Practicum Training, Trainee Teacher, Malaysian Teacher Diploma Program, Professionalism PENDAHULUAN Pelaksanaan praktikum di sekolah bertujuan menyediakan guru pelatih pengalaman yang sebenar untuk mengajar di dalam bilik darjah. Melalui praktikum, akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Semasa pandemik covid-19 melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, ia telah memberi kesan yang besar kepada seluruh sistem kehidupan manusia termasuk sistem pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan seperti mana sebelum pandemik covid-19 melanda. Keseluruhan institusi pendidikan di Malaysia telah ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengawal penyebaran virus covid-19 dalam kalangan masyarakat. Fenomena pandemik Covid-19 telah membuka minda dan memberi perspektif baharu terhadap pelaksanaan pendidikan menerusi internet. Kebanyakan pensyarah dan guru mula mencuba dan menggunakan pelbagai teknologi untuk berkomunikasi dengan pelajar dari seluruh tanah air. Ramai masyarakat baharu sedar kaedah pembelajaran secara dalam talian adalah alternatif berkesan sebenarnya. Ilmu masih boleh disampaikan kepada pelajar walaupun tanpa bersemuka. Antara hikmah PKP adalah golongan guru yang sedikit sebanyak dapat melihat betapa perlunya memanfaatkan teknologi untuk mendidik anak murid dalam tempoh waktu ini. Sepanjang tempoh PKP juga telah berlaku kepada proses pelaksanaan praktikum oleh Institut Pendidikan Guru. Kajian ini telah dijalankan kepada guru pelatih Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) di IPGK Kampus Perempuan Melayu Melaka. Mereka menjalani praktikum semasa fasa 1 dan fasa 2 secara dalam talian. Walaupun dijalankan secara dalam talian, guru pelatih masih perlu melaksanakan praktikum secara sistematik bagi membina dan mengukuhkan ilmu keguruan mereka. Justeru, kajian ini telah meneroka aspek kesediaan guru pelatih dan cabaran pelaksanaan praktikum bagi kedua-dua fasa tersebut. PENYATAAN MASALAH Menurut Pauzi et al., (2020) dalam kajian mereka telah mencadangkan beberapa strategi untuk menghadapi pembelajaran dan pengajaran secara maya ini dan antaranya pengurusan ruang yang kondusif, pengurusan masa yang berkesan, teknik yang kreatif, perbincangan secara maya dengan rakan, penjagaan kesihatan mental dan pemakanan sihat, seimbang dan teratur.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 16 Manakala menurut Ishak & Talaat et al., (2020) yang meninjau kesediaan dan motivasi 312 orang pelajar Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang terhadap pembelajaran secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan dan motivasi pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai purata 3.14 dan 2.91. Menurut Zaidah et al., (2022) menjelaskan bahawa tumpuan pelaksanaan pratikum perlu berfokus kepada merancang dan melaksanakan pendekatan dan amalan pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Penyampaian PdP secara tradisional di bilik darjah perlu beralih kepada cara baharu iaitu secara dalam talian selaras dengan kehendak sistem pendidikan negara semasa waktu pandemik. Bimbingan praktikum oleh pensyarah penyelia semasa praktikum secara dasarnya menjadi pelaksana dasar lebih memberikan kesan kepada pembentukan kualiti siswa guru, khususnya dalam aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran (Hasriani, 2007). Melalui program mentoran praktikum, pensyarah pembimbing dapat menggunakan segala sumber yang ada untuk membimbing siswa guru ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. Persekitaran yang kondusif ini dapat menyerlahkan potensi para siswa guru terutamanya dalam aspek amalan pengajaran dan pembelajaran (Nordin & Syed Ismail, 2019). Pensyarah yang bertugas di semua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu memiliki kemampuan dan kebijaksanaan dalam memberi bimbingan praktikum kepada guru pelatih semasa mereka menjalani praktikum. Bimbingan praktikum yang mantap mampu memberikan impak yang positif kepada bakal guru yang dilatih, diasuh dan dididik di IPGM. Melalui bimbingan yang cemerlang mampu menyediakan guru baharu yang bakal memulakan tugas mereka sebagai guru permulaan yang mampu mempamerkan sahsiah yang baik, cemerlang, berkeyakinan dan kreatif dalam pengajaran semasa di sekolah nanti (Mat Nor, 2012; Syed Mustapa, 2012 dan Zakaria, Puteh, Mohd Salleh, Mahmud, & Awang, 2014) Nordin Abu Bakar & Syed Ismail Syed Mustapa (2019) telah mengkaji pelaksanaan transformasi praktikum di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan menggunakan kaedah gabungan dengan menjadikan pendekatan kuantitatif sebagai data utama. Kajian ini melibatkan jumlah sampel yang terdiri daripada guru pelatih dan pensyarah semasa menjalani praktikum di semester lima dan semester tujuh yang terdapat di 27 buah IPG di seluruh Malaysia. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa tahap amalan bimbingan pensyarah penyelia berada pada tahap tinggi dengan catatan min 4.26 (sp=.47). Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa guru pelatih turut mencadangkan supaya pihak IPGK dapat menaiktaraf capaian internet agar mereka tidak menghadapi masalah ketika menggunakan sistem MYPOROMS serta mempelbagaikan mekanisme maya kerana ini akan lebih memudahkan guru pelatih untuk berhubung dengan pensyarah penyelia. Dapatan kajian juga menyatakan hasrat guru pelatih agar setiap pensyarah penyelia mempunyai masa yang lebih dan dapat memberikan bimbingan dengan lebih berfokus lagi. Program Latihan Mengajar atau praktikum merupakan platform yang disediakan kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilken teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri (Mohamad Fuad Ishak et al., 2015). Berdasarkan dapatan kajian di atas, pengkaji mendapati bahawa sangat siginfikan satu kajian tinjauan pelaksanaan praktikum guru pelatih Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka bagi meninjau sejauhmana tahap kesediaan guru pelatih untuk menjalani praktikum pada fasa 1 dan fasa 2 yang dilaksanakan secara dalam talian semasa waktu pandemik covid-19.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 17 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan dan pelaksanaan praktikum guru pelatih Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Tumpuan kajian difokuskan kepada aspek kesediaan, tahap pelaksanaan dan hubungan antara kesdiaan dan pelaksanaan praktikum bagi fasa 1 dan fasa 2. Objektif khusus kajian ini adalah untuk; 1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih PDPM IPGK PM dalam melaksanakan program praktikum bagi fasa 1 dan fasa 2. 2. Mengenal pasti tahap pelaksanaan praktikum guru pelatih PDPM IPGK PM bagi fasa 1 dan fasa 2. 3. Menganalisis hubungan antara kesediaan dan pelaksanaan praktikum guru pelatih PDPM IPGK PM bagi fasa 1 dan fasa 2. PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap kesediaan guru pelatih PDPM IPGK PM dalam melaksanakan program praktikum bagi fasa 1 dan fasa 2? 2. Apakah tahap pelaksanaan praktikum guru pelatih PDPM IPGK PM bagi fasa 1 dan fasa 2? 3. Adakah terdapat hubungan antara kesediaan dan pelaksanaan praktikum guru pelatih PDPM IPGK PM bagi fasa 1 dan fasa 2? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya yang menggunakan reka bentuk kajian kaedah kajian tinjauan kerana pengkaji ingin mengetahui tentang fenomena yang berlaku serta membuat generalisasi ke atas keseluruhan populasi (Noraini, 2010). Seramai 89 orang responden yang terdiri dari guru pelatih PDPM kursus Pendidikan Islam dan Pendidikan Awal Kanan-kanak. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak mudah untuk memberi peluang yang sama kepada responden untuk terpilih dalam menjalani kajian serta mengelakkan berlakunya bias dalam pemilihan sampel (Othman, 2013). Bagi mencapai objektif kajian, satu set soal selidik sebagai instrumen telah digunakan. Instrumen tersebut mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A mengandungi demografi guru pelatih, bahagian B berkaitan kesediaan guru pelatih menjalani praktikum dan bahagian C pula berkaitan pelaksanaan guru pelatih menjalani praktikum. Instrumen ini mengandungi 108 item secara keseluruhan. Skala Likert lima mata digunakan bagi mengukur tahap kesediaan dan pelaksanaan praktikum guru pelatih bermula dari skala yang rendah (sangat tidak setuju) sehingga ke skala yang tinggi (sangat setuju).


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 18 Manakala dalam aspek kesahan dan kebolehpercayaan pula, sebelum menjalankan kajian, instrumen yang dibina oleh pengkaji telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan setiap item yang diuji. Bagi tujuan kesahan, pengkaji telah menjalankan kesahan kandungan dengan merujuk instrumen tersebut kepada Ketua Unit Praktikum yang terlibat secara langsung dengan pengurusan praktikum. Pakar telah membuat pemurnian dari segi penggunaan bahasa, kejelasan maksud dan isi kandungan setiap item yang dibina. Soal selidik ini telah melalui ujian rintis bagi menguji kebolehpercayaan item soal selidik melalui ujian Alpha Cronbach iaitu 0.98. Pengkaji mendapati bahawa item yang dibina boleh digunakan untuk tujuan kajian dan mampu mengukur setiap konstruk yang terdapat dalam kajian ini. Seterusnya data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 26.0 bagi menganalisis data-data yang diperolehi. Skor min dalam kajian ini diinterpretasikan berdasarkan Nunnally dan Bernstein (1994) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, dengan mengintepretasikan skala min pencapaian matlamat praktikum dalam kajian ini seperti yang berikut: Jadual 1 Skala interpretasi min NILAI MIN ARAS 4.01 hingga 5.00 Tinggi 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi 2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah 1.00 hingga 2.00 Rendah Sumber: Nunnally & Bernstein (1994) Manakala bagi menjawab objektif ketiga kajian, pengkaji menjalankan analisis ujian pekali korelasi Pearson untuk menentukan hubungan kedua pemboleh ubah. Bagi menentukan interpretasi kekuatan pekali korelasi, jadual 2 yang diadaptasi dari Alias (1997) digunakan. Jadual 2 Interpretasi kekuatan bagi nilai r Interpretasi Kekuatan Nilai r Sangat Lemah 0.00 – 0.20 Lemah 0.21 – 0.40 Sederhana 0.41 – 0.60 Kuat 0.61 – 0.80 Sangat Kuat 0.81 – 1.00 Sumber: Alias (1997) DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu profil sampel kajian, tahap kesediaan dan pelaksanaan praktikum kepada guru pelatih PDPM IPGK PM bagi fasa 1 dan fasa 2 serta hubungan di antara kedua pemboleh ubah kajian. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari nilai min dan sisihan piawai bagi menjawab objektif kajian yang berkaitan dengan tahap kesediaan dan cabaran pelaksanaan program praktikum kepada guru pelatih PDPM IPGK PM bagi fasa 1 dan fasa 2. Manakala analisis inferensi iaitu ujian


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 19 korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan di antara kesediaan dan cabaran pelaksanaan guru pelatih PDPM menjalani program praktikum. A. Profil Sampel Kajian Kajian ini melibatkan 89 orang guru pelatih PDPM yang belajar di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Mereka terdiri dariapda guru pelatih pengkhususan Pendidikan Awal KanakKanak dan pengkhususan Pendidikan Islam. ini. Semua sampel dalam kajian ini merupakan guru pelatih perempuan. B. Tahap kesediaan guru pelatih semasa melaksanakan program praktikum kepada guru pelatih PDPM IPGK PM bagi fasa 1 dan fasa 2 Berdasarkan analisis deskriptif yang dijalankan, kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru pelatih PDPM IPGK PM melaksanakan praktikum fasa 2 adalah lebih tinggi berbanding dengan fasa 1 dengan peningkatan sebanyak 0.09. Bagi tahap kesediaan fasa 1 dengan nilai min adalah tinggi iaitu dengan skor min = 4.56 dan sisihan piawai 0.54 dan fasa 2 dengan skor min 4.65 dan sisihan piawai 0.54 yang juga menunjukkan tahap yang tinggi. Interpretasi skor min ini adalah berdasarkan Nunally dan Bernstein (1994) yang mengatakan nilai skor min yang berada di antara nilai 4.01 hingga 5.00 adalah tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru pelatih bersedia untuk melaksanakan latihan praktikum dengan membuat persediaan yang rapi termasuk persediaan fizikal dan mental. Ilmu pedagogi yang dipelajari di dalam kuliah dapat dipraktikkan di lapangan sebenar walau pun mereka terlibat dalam proses pengajaran secara atas talian semasa praktikum fasa 1 dan 2. Selain itu, kesediaan guru pelatih di fasa 2 adalah lebih baik berbanding di fasa 1 di mana pada masa ini guru pelatih masih cuba belajar mengadaptasi norma baharu dalam menjalani latihan praktikum. Justeru, apabila guru pelatih sudah mula terbiasa dengan rutin pengajaran secara atas talian, tahap kesediaan guru pelatih semakin bertambah baik dan memberi kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini memberikan kesan yang baik kepada murid-murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih seronok dan bermakna. Jadual 3 menunjukkan rumusan tahap kesediaan guru pelatih untuk menjalani praktikum bagi kedua-dua fasa. Jadual 3 Min Keseluruhan Tahap Kesediaan Guru Pelatih Melaksanakan Praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Tahap Kesediaan Fasa 1 4.56 0.54 Tinggi Fasa 2 4.65 0.54 Tinggi Seterusnya, kupasan kajian berfokus kepada item yang menunjukkan peningkatan yang agak ketara dalam kesediaan guru pelatih melaksanakan program praktikum semasa fasa 1 dan fasa 2 berdasarkan dapatan kajian. Rumusan peningkatan nilai min bagi item-item kesediaan menjalani latihan praktikum ditunjukkan dalam jadual 4. Berdasarkan jadual, kajian mendapati bahawa kemahiran set induksi guru pelatih lebih menyerlah pada fasa 2 berbanding fasa 1. Ini dapat dilihat melalui perbezaan nilai min bagi item “bersedia dari segi


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 20 kemahiran set induksi untuk pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum.” untuk fasa 2 dengan nilai = 4.72, sisihan piawai = 0.62, berbanding nilai min bagi fasa 1 dengan min = 4.58, sisihan piawai = 0.49. Secara rumusannya, guru lebih bersedia dengan bahan pengajaran serta aktiviti yang mampu merangsang daya imaginasi murid untuk dikaitkan dengan pengajaran guru. Kajian juga mendapati, item berkaitan kemahiran variasi rangsangan pelbagai juga menunjukkan peningkatan dari fasa 1 ke fasa 2. Ini dapat dilihat dari item “Bersedia dari segi kemahiran variasi rangsangan untuk pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum” yang menunjukkan peningkatan nilai min bagi fasa 2 iaitu min = 4,62 dan sisihan piawai = 0.58, manakala bagi fasa 1 ialah min =4.51 dan sisihan piawa i= 0.61. Dapatan kemahiran variasi rangsangan dan set induksi ini amat berkait rapat di mana guru pelatih mampu memilih aktiviti dan bahan mengikut keupayaan murid yang berbeza. Kemahiran guru bertambah baik setelah menjalani latihan praktikum pada kali kedua sekali gus membantu guru pelatih menyerlahkan potensi diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Jika dilihat dari dapatan kajian, terdapat peningkatan yang agak ketara bagi item “kesediaan guru pelatih dalam menggunakan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum” dengan nilai min = 4.64 dan sisihan piawai = 0.56 di fasa 2, manakala di fasa 1 nilai min =4.51 dan sisihan piawai = 0.64. Peningkatan kesediaan mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran guru adalah dibantu dengan penggunaan teknologi yang meluas semasa musim pandemik. Terdapat banyak perkongsian bahan pengajaran yang telah tersedia di medium internet dan input dari webinar pendidikan yang boleh membantu guru pelatih meningkatkan kemahiran terutamanya dalam pengajaran secara atas talian. Justeru, secara tidak langsung guru pelatih lebih bersedia menggunakan alat peranti teknologi yang berkait rapat dengan pengajaran atas talian. Hal ini dapat dilihat dari dapatan kajian berdasarkan item “Bersedia dari segi peralatan peranti yang sesuai untuk menjalani praktikum” yang menunjukkan peningkatan nilai min di fasa 2 iaitu dengan nilai min = 4.65 dan sisihan piawai = 0.56, manakala di fasa 1 dengan nilai min = 4.55 dan sisihan piawai = 0.63. Antara penggunaan alat peranti yang digunakan untuk pengajaran guru termasuk komputer riba, tablet dan telefon bimbit yang digunakan secara optimum oleh guru pelatih semasa menjalankan latihan praktikum di musim pandemik. Jadual 4 Min Item Tahap Kesediaan Guru Pelatih Melaksanakan Praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 Item Fasa Min Sisihan Piawai Interpretasi Bersedia dari segi kemahiran set induksi untuk pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum. Fasa 1 Fasa 2 4.58 4.72 0.62 0.49 Tinggi Tinggi Bersedia dari segi kemahiran variasi rangsangan untuk pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum. Fasa 1 Fasa 2 4.51 4.62 0.61 0.54 Tinggi Tinggi Bersedia dari segi kemahiran penggunaan teknologi maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum Fasa 1 Fasa 2 4.51 4.64 0.64 0.56 Tinggi Tinggi


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 21 Bersedia dari segi peralatan peranti yang sesuai untuk menjalani praktikum Fasa 1 Fasa 2 4.55 4.65 0.63 0.56 Tinggi Tinggi C. Tahap pelaksanaan guru pelatih semasa melaksanakan program praktikum kepada guru pelatih PDPM IPGK PM bagi fasa 1 dan fasa 2 Berdasarkan analisis deskriptif dalam Jadual 5, menunjukkan tahap pelaksanaan praktikum berada pada tahap sederhana tinggi di fasa 1 dengan nilai min = 3.78 dan sisihan piawai 0.62. Manakala di fasa 2 tahap pelaksanaan praktikum menunjukkan peningkatan yang ketara dengan nilai min = 4.01 dan sisihan piawai 0.51. Kajian ini mendapati, guru pelatih PDPM dapat melaksanakan latihan praktikum dengan baik walaupun pada awalnya di fasa 1 mereka menghadapi cabaran dan masalah, namun ia dapat diatasi pada fasa 2. Pengalaman guru pelatih melaksanakan latihan praktikum secara atas talian pada fasa 1 membantu mereka menambah baik mutu pengajaran pada fasa 2. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan nilai min tahap pelaksanaan pada fasa 2 berbanding pada fasa 1. Jadual 5 menunjukkan rumusan tahap pelaksanaan praktikum guru pelatih bagi kedua-dua fasa. Jadual 5 Min Tahap Pelaksanaan Praktikum Guru Pelatih PDPM Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Tahap Pelaksanaan Fasa 1 3.78 0.62 Sederhana Tinggi Fasa 2 4.01 0.51 Tinggi Peningkatan tahap pelaksanaan praktikum pada fasa 2 ini dapat dilihat dalam jadual 6 melalui item yang berkaitan tahap stress guru pelatih menjalani latihan praktikum iaitu “sangat stres semasa menjalani praktikum” dengan nilai min = 2.50, sisihan piawai = 1.44, manakala di fasa 2 tahap stress guru pelatih dilihat semakin berkurang dengan nilai skor min = 2.44, sisihan piawai = 1.50. Kajian mendapati apabila tahap stress guru pelatih dapat dikawal dengan baik, mereka dapat melaksanakan latihan praktikum dengan lebih efisien. Di samping itu juga item “menghadapi banyak masalah sepanjang menjalani praktikum” juga menunjukkan guru pelatih agak kurang menghadapi masalah atau berjaya mengatasi masalah dengan lebih baik di fasa 2 berbanding di fasa 1 di mana nilai skor min fasa 1 ialah min = 2.84, sisihan piawai = 1.45, manakala nilai skor min fasa 2 menunjukkan penurunan kepada nilai min = 2.70, sisihan piawai = 2.43. Sehubungan dengan itu, kajian mendapati guru pelatih dapat melaksanakan latihan praktikum dengan jayanya serta dapat meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah dengan lebih berkesan. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan nilai skor min pada fasa 2 berbanding pada fasa 1. Item-item ini menunjukkan peningkatan seperti “Melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan baik semasa menjalani praktikum” dengan nilai min = 4.61, sisihan piawai = 0.53 pada fasa 2 berbanding nilai min = 4.65, sisihan piawai = 0.61 pada fasa 1. Begitu juga item “Menerapkan elemen nilai kepada murid semasa menjalanani praktikum” menunjukkan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 22 peningkatan dengan nilai min = 4.65, sisihan piawai = 0.56 pada fasa 2 dan nilai min = 4.54, sisihan piawai = 0.63 pada fasa 1. Selain dari itu, guru pelatih juga dapat melaksanakan pentaksiran dengan lebih baik setelah menjalani latihan praktikum pada kali kedua. Ini dapat dilihat dari item “Membuat pentaksiran dengan baik semasa menjalani praktikum” yang menunjukkan nilai min pada fasa 2 lebih tinggi iaitu min =4.57, sisihan piawai=0.59 berbanding min = 4.49, sisihan piawai=0.64. Rumusannya, pengalaman menjalani latihan praktikum pada kali pertama dapat mematangkan guru pelatih untuk lebih bersedia melaksanakan tanggungjawab dan tugasan pada sesi yang seterusnya. Kawalan diri dalam menangani stress dan bijak menyelesaikan masalah dapat meningkatkan profesionalisme guru pelatih di dalam dan di luar bilik darjah. Jadual 6 Min Item Tahap Pelaksanaan Praktikum Guru Pelatih PDPM Item Fasa Min Sisihan Piawai Interpretasi Melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan baik semasa menjalani praktikum Fasa 1 Fasa 2 4.57 4.61 0.61 0.53 Tinggi Tinggi Sangat stres semasa menjalani praktikum Fasa 1 Fasa 2 2.50 2.44 1.44 1.50 Sederhana Rendah Sederhana Rendah Menghadapi banyak masalah sepanjang menjalani praktikum Fasa 1 Fasa 2 2.84 2.70 1.45 1.43 Sederhana Rendah Sederhana Rendah Menerapkan elemen nilai kepada murid semasa menjalanani praktikum Fasa 1 Fasa 2 4.54 4.65 0.63 0.56 Tinggi Tinggi Membuat pentaksiran dengan baik semasa menjalani praktikum Fasa 1 Fasa 2 4.49 4.57 0.64 0.59 Tinggi Tinggi D. Hubungan Kesediaan & Pelaksanaan Praktikum Analisis Korelasi Pearson telah dijalankan bagi mengenal pasti hubungan kedua pemboleh ubah iaitu tahap kesediaan dan tahap pelaksanaan praktikum guru pelatih bagi program PDPM IPGKPM bagi fasa 1 dan 2. Jadual 7 menunjukkan nilai pekali korelasi yang diperoleh dari hasil analisis yang telah dijalankan. Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson antara tahap kesediaan dan pelaksanaan praktikum bagi fasa 1 adalah r = 0.43, P = 0.00 (p<0.05). Manakala bagi fasa 2 adalah r = 0.57, P = 0.00 (p<0.05). Ini menunjukkan kedua pemboleh ubah berhubung secara positif dengan kekuatan perhubungan pada tahap yang sederhana bagi kedua-dua fasa. Maka hipotesis nol kajian adalah ditolak. Berikut adalah perincian berkaitan dapatan analisis korelasi kajian.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 23 Jadual 7 Hubungan Kesediaan & Pelaksanaan Praktikum Fasa Nil Sig Pekali Korelasi Kekuatan Hubungan kesediaan & pelaksanaan praktikum PDPM Fasa 1 0.00 0.43 Sederhana Fasa 2 0.00 0.57 Sederhana Secara rumusannya, dapatan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesediaan dan pelaksanaan praktikum guru pelatih program PDPM di IPGKPM bagi fasa 1 dan 2. Walaupun nilai kekuatan korelasi berada tahap yang sederhana, namun kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dapat meningkatkan tahap pelaksanaan guru pelatih menjalani praktikum. Guru pelatih yang lebih bersedia dari aspek fizikal, mental dan kemahiran pedagogi akan lebih mudah melaksanakan latihan praktikum dengan jayanya. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesediaan guru pelatih dalam melaksanakan praktikum adalah tercapai seperti mana yang dihasratkan dalam buku Garis Panduan Amalan Profesional. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar guru pelatih bersetuju bahawa tahap kesediaan mereka yang tinggi walaupun menjalani praktikum semasa pandemik covid 19 dapat membantu mereka meningkatkan kompetensi diri sebagai seorang pendidik ke arah yang lebih baik terutamanya berkaitan kemahiran dalam pengajaran. Hal ini bertepatan dengan pandangan Khairul Anwar Abu Bakar (2014) dan Mahaya Salleh (2016) bahawa guru pelatih yang mempunyai kesediaan yang cukup semasa menjalani praktikum mampu meningkatkan kemahiran mengajar mereka di dalam kelas. Guru pelatih perlu kreatif dalam membuat persediaan yang rapi supaya pelaksanaan praktikum dapat dijalankan dengan baik walau dalam apa pun situasi sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian. Persediaan yang rapi akan membantu guru menyelesaikan pelbagai cabaran yang di hadapi oleh guru dan murid. Hal ini bertepatan bagi memastikan cabaran yang dikemukakan oleh Zaidah, Lee dan Roha (2022) bahawa pembelajaran secara dalam talian telah mengurangkan masa bersemuka antara guru dan murid, urusan menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan, kekangan komunikasi, pemahaman terhadap isi pelajaran yang dipelajari dan sebagainya. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan yang tinggi semasa pelaksanaan praktikum yang telah dilalui oleh guru pelatih dalam kedua-dua fasa telah berjaya membentuk mereka menjadi seorang guru yang kompeten selaras dengan matlamat yang ingin dicapai dalam program praktikum. Implikasi tahap kesediaan yang tinggi ini memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, implikasi kajian ini juga dapat memberikan panduan kepada pensyarah untuk memperkayakan strategi penyeliaan dan bimbingan terhadap guru pelatih agar mereka lebih bersedia mempersiapkan diri untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di bilik kuliah ke lapangan sebenar di sekolah dengan lebih sistematik dan berkesan.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 24 Rujukan Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat. (2020). Pembelajaran atas talian: tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar Diploma logistik dan pengurusan rantaian bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 68–82. Hasriani Adjeng. (2007). Faktor Yang Mempengaruhi Keyakinan Guru Pelatih Matematik Semasa Latihan Mengajar. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. IPGM. (2007). Garis Panduan Amalan Profesional Latihan Perguruan Praperkhidmatan. Institut Pendidikan Guru Malaysia. Khairul Anwar Abu Bakar. (2014). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Dalam Latihan Mengajar. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Tun Hussein Onn. Mahaya Salleh. (2016). Keberkesanan latihan praktikum berasaskan kepada perkembangan identiti profesional guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). http://eprints.usm.my/31730/1/ f. Mohd Faeiz Pauzi, Siti Norazlina Juhari, Salman Amiruddin & Nurulhuda Mat Hassan (2020). Covid-19: Pengajaran dan pembelajaran sewaktu krisis pandemik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, Jilid III. Mohamad Fuad Ishak, Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Zetty Nurzuliana Rashed, & Suziana Hanini Sulaiman. (2015). Persepsi Guru Pelatih Terhadap Konteks & Proses Latihan Mengajar/Praktikum Program Diploma Perguruan, Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Jurnal Pendidikan, 3(3), 12–27. Mohd Zarawi Mat Nor. (2012). Pola Penyeliaan Praktikum Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Rendah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya: Tesis Doktor Falsafah. Othman Talib (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik. Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang. Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education. Nordin Abu Bakar & Syed Ismail Syed Mustapa. (2019). Kajian Pemantauan Terhadap Aktiviti Transformasi Praktikum Di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK) 2019, di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, 27-29 Ogos 2019. Nunnally, J.,C., &Bernstein, I., H., (1994). Psychometric theory. New York: McGraw-Hill. Nurhijrah Zakaria, Sharifah Nor Puteh, Amla Mohd Salleh, Zuria Mahmud, & Mohd Mahzan Awang. (2014). Belajar Untuk Hidup Bersama : Pengalaman Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru Di Malaysia. Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014) 9-10 April 2014, April, 19–38. Syed Ismail Syed Mustapa. (2012). Amalan Bimbingan Pengajaran Pensyarah dan Guru Pembimbing Dalam Program Mentoring Praktikum Serta Impaknya Terhadap Kualiti


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 25 Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(1), 71–78. Zaidah Muhaini, Lee Saat & Roha binti Tamit. (2022). Praktikum Ketika Pandemik Covid-19: Cabaran Siswa Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Pengajaran Secara Dalam Talian. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol.11 (1), 2022 (124-138).


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 26 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK: KESEDIAAN GURU DALAM ASPEK PENTAKSIRAN Halimatussaadiah binti Salleh1*, Siti Aishah binti Mohamad 2 , Shahrir Affandi bin Daud 3, Suziela binti Md Tahir 4 dan Rozaili bin Mohd Ali 5 1 2 3 4 5 IPGK Perempuan Melayu Melaka Emel : [email protected] ABSTRAK Pembelajaran berasaskan projek (PBL) terbukti berguna dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, berkomunikasi dan pemikiran kritis murid. Kemahiran 4K+1N murid dalam melaksanakan projek dapat diukur berdasarkan proses dan produk yang dihasilkan melalui kaedah pentaksiran secara holistik. Namun begitu terdapat kelemahan dalam aspek pentaksiran PBL secara merentas disiplin oleh guru-guru. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam aspek pentaksiran bagi PBL. Reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan. Responden kajian terdiri daripada kumpulan guru yang telah melaksanakan PBL sebagai satu pendekatan pengajaran mereka. Instrumen kajian merupakan item soal selidik untuk meninjau aspek pentaksiran dalam PBL. Data dianalisis secara kuantitatif dengan menentukan kekerapan dan peratus. Pelaporan dilaksanakan secara diskriptif berdasarkan nilai peratus yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan lebih 50% responden bersedia dalam aspek merancang pentaksiran. Walau bagaimanapun lebih 50% responden juga masih belum bersedia dalam aspek moderasi semasa pentaksiran PBL. Adalah dicadangkan agar latihan dalam aspek moderasi pentaksiran dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti pentaksiran PBL. Kajian ini penting bagi memastikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan PBL sebagai pendekatan pembelajaran masa kini dapat direalisasikan. Kata kunci: Pembelajaran berasaskan projek; pentaksiran; kesediaan guru PROJECT-BASED LEARNING: TEACHER'S PREPARATION IN ASSESSMENT ASPECTS ABSTRACT Project-based learning (PBL) has proven to be useful in improving students' problemsolving, communication and critical thinking skills. 4K+1N students' skills in implementing projects can be measured based on the process and products produced through a holistic assessment method. However, there are weaknesses in the aspect of PBL assessment across disciplines by teachers. The objective of this study is to identify the level of teacher readiness in the assessment aspect of PBL. A survey research design was used. The study respondents consisted of a group of teachers who had implemented PBL as one of their teaching approaches. The research instrument is a questionnaire item to review aspects of assessment in PBL. The data was analyzed quantitatively by determining the frequency and percentage. Reporting is carried out descriptively based on the percentage value obtained. The results of the study show that more than 50% of respondents are ready in terms of planning the assessment. However, more than 50% of respondents are still not ready in the aspect of moderation during PBL assessment. It is suggested that training in the assessment


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 27 moderation aspect be improved to improve the quality of PBL assessment. This study is important to ensure that the goal of the Malaysian Ministry of Education (KPM) in implementing PBL as a modern learning approach can be realized. Keywords: Project-based learning; assessment; teacher readiness PENDAHULUAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah perubahan dalam sistem pentaksiran berpusatkan peperiksaan kepada sistem peperiksaan yang berfokus kepada pembangunan modal insan secara holistik. PBS perlu difahami bukan semata-mata pentaksiran akademik, tetapi merangkumi komponen bukan akademik, iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Atas asas itu, kejayaan PBS bergantung kepada sejauh mana guru memahami konsep PBS sebenarnya (Berita harian, 7 Jun 2022). Melalui PBD (KPM 2018), guru dapat membuat pentaksiran secara menyeluruh dalam aspek kognitif, psikomotor, afektif dan sosial melalui pentaksiran formatif dan sumatif. Salah satu alat pentaksiran yang boleh digunakan untuk mentaksir murid secara autentik dalam pentaksiran secara formatif adalah melalui Pembelajaran berasaskan projek (PBL). Pada dasarnya, PBL ini adalah berkaitan dengan teori konstruktivisma di mana kanak-kanak membina pengetahuan melalui pengalaman secara langsung (Olson, 2014). PBL merujuk kepada kaedah pengajaran berasaskan inkuiri yang membantu murid untuk membina pengetahuan melalui penglibatan dalam projek yang bermakna berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan. 6 tatacara dalam PBL termasuklah soalan yang dapat meransang murid, fokus terhadap matlamat pembelajaran, penglibatan dalam aktiviti Pendidikan, kolaborasi antara sesama murid, bantuan oleh alat teknologi dan penciptaan artifak yang berkaitan. Penghasilan artifak atau produk ini membezakan PBL dengan pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Proses penghasilan produk memerlukan murid untuk bekerjasama mencari penyelesaian kepada masalah autentik dalam proses integrasi, aplikasi dan pembinaan ilmu (Nor Hafizah dan Lilia, 2018). Guru bertindak sebagai fasilitator yang memberikan maklum balas dan sokongan kepada murid (Pengyue, et al., 2020). PBL dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek sikap, pengetahuan dan kemahiran jika guru bersedia dalam aspek perancangan dan pemantauan agar pembelajaran dapat terlaksana dengan berkesan (Trisdiono, 2014). PENYATAAN MASALAH Dalam PBL, peranan guru berbeza dengan peranan guru tradisional. Guru bertindak sebagai fasilitator, menggalakkan pemikiran kritikal dan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid (Nsabayezu, et al., 2019). Oleh itu, guru sering menghadapi kesukaran menggunakan PBL sebagai kaedah alternatif kepada pentaksiran tradisional. Proses pentaksiran melibatkan PBL adalah mencabar kerana proses pentaksirannya adalah berbeza dengan proses pentaksiran tradisional seperti ujian atau kuiz (Cummings, 2016). Pentaksiran PBL melibatkan pemerhatian semasa proses pembelajaran itu berlaku dan bukan hanya berfokus kepada produk akhir projek yang dilaksanakan oleh murid tersebut (Trisdiono, 2014). Guru masih kabur mengenai cara untuk membuat petaksiran yang bersifat subjektif (Halimah & Rozita, 2019, Siti Hauzimah Wan Omar, 2019). Ketidakfahaman terhadap cara pentaksiran ini boleh menyebabkan ketidakadilan berlaku semasa guru memberi penilaian kepada setiap pelajar (Norazilawati et al., 2015). Terdapat


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 28 kesukaran dalam kalangan guru untuk memastikan kesahan dalam pemberian markah kepada murid yang berlainan. Tambahan lagi penilai yang berlainan mentaksir secara berlainan. Perbezaan pemarkahan dalam kalangan penilai yang berbeza mempengaruhi pencapaian murid. Penggunaan rubrik mampu untuk mengurangkan perbezaan dalam pemarkahan (Nsabayezu, et al., 2019). Oleh itu guru perlu mempunyai kemahiran dalam melaksanakan pentaksiran dalam PBL terutama dalam aspek perancangan pentaksiran sebelum PBL dan aspek pemoderasian selepas pentaksiran PBL. Kajian mengenai strategi berkesan untuk mentaksir PBL adalah diperlukan (Dare et al., 2014). Strategi ini sangat diperlukan terutama dalam membimbing guru untuk membezakan pelbagai tahap kemajuan murid dalam bilik darjah (Margot & Kettler, 2019). Program pembangunan profesionalisme berterusan diperlukan agar guru dapat menyediakan diri untuk berubah daripada pentaksiran tradisional kepada pentaksiran berfokuskan murid seperti dalam PBL (Jernigan, 2020). Pentaksiran boleh menjadi halangan kepada guru dalam melaksanakan PBL disebabkan penyelesaian terhadap masalah yang diterokai melalui PBL itu adalah pelbagai dan boleh diperoleh dalam pelbagai kaedah (Clark, 2017). Kajian ini meninjau kesediaan guru dalam aspek pentaksiran PBL yang melibatkan dua komponen iaitu perancangan pentaksiran dan moderasi semasa pentaksiran PBL. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran PBL. PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran PBL? KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini memberi gambaran awal terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran PBL Hal ini memberi data kepada pihak berkepentingan untuk merancang dan menambahbaik pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pentaksiran bilik darjah. TINJAUN LITERATUR PBL adalah pembelajaran yang menggunakan bahan bersifat asli, berkaitan dengan keadaan dunia sebenar, menggalakkan tahap motivasi yang tinggi serta penglibatan soalan, tugasan atau masalah bagi mengajar pelajar tentang kandungan akademik dalam konteks bekerjasama secara koperatif bagi menyelesaikan masalah.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 29 Rajah 1 Pentaksiran Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek Menerusi PBL guru dapat merancang sepenuhnya dalam menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan dan memilih sumber pembelajaran yang bersesuaian terutamanya bagi projek yang dilaksanakan secara merentas kurikulum. PBL memberi ruang kepada murid melaksanakan pembelajaran bersifat ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan hala tuju proses pembelajaran (Mohamed Ali Haniffa et al., 2019). Guru hanya menetapkan idea utama yang dibangunkan selepas melalui proses merungkai dan merangkai kurikulum bagi menyediakan soalan tugasan yang bersesuaian. Seterusnya soalan tugasan tersebut disambut oleh murid yang menggerakkannya secara kumpulan kolaboratif dengan mencetuskan soalan bagi penerokaan ilmu secara lanjutan. Pelaksanaan PBL juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama serta peningkatan murid melalui persembahan projek dan kemahiran dalam menjalankan penyelidikan (Sheryl, 2017, Andriani et al., 2021). PBL juga melibatkan penghasilan artifak yang relevan dengan keperluan semasa (Chanpet et al., 2020). Guru hanya memberikan soalan tugasan dan menjelaskan berkaitan projek yang perlu dibuat oleh murid sebelum menyatakan tempoh akhir penghantaran hasil projek tersebut. Proses penilaian hanya melibatkan produk akhir yang dihasilkan dengan tidak memberi penekanan kepada aspek proses. Melalui pelaksanaan PBD secara sistematik dan berkesan membolehkan guru mengumpulkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid secara sistematik dan proses peneguhan terhadap pembelajaran mereka dapat ditingkatkan. Secara tidak langsung penguasaan tahap penguasaan mereka dapat ditingkatkan melalui proses pemantauan yang dilaksanakan secara berterusan. Sebagai salah satu alat pentaksiran yang boleh digunakan untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), penekanan kepada kualiti pentaksiran perlu bagi memastikan pentaksiran proses pembelajaran murid dapat ditaksir dengan tepat dan penentuan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dapat direalisasikan. Guru perlu menyediakan rubrik pentaksiran yang mudah dan berkesan dalam membuat pentaksiran terhadap hasil kerja projek murid. Melalui penggunaan rubrik yang


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 30 mantap maka tahap penguasaan murid dapat ditaksir dan proses pertimbangan profesional dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Pentaksiran yang dilaksanakan bukan sahaja memberi fokus terhadap produk akhir tetapi lebih bertumpu kepada proses penghasilan projek secara lebih tersusun dan sistematik. Pembangunan rubrik pentaksiran untuk PBL memberi penekanan kepada elemen psikomotor, kognitif dan afektif yang diberikan tumpuan seperti mana yang disarankan dalam buku Pentaksiran Bilik Darjah (BPK, 2018). Dalam proses pentaksiran PBD yang dilaksanakan melalui PBL, guru juga perlu memberi fokus kepada elemen kreatif, komunikasi, kritis, kolaborasi dan nilai (4K + 1N). Perkara ini akan ditaksir oleh penilai semasa proses pembentangan projek pelajar. Penguasaan fakta berkaitan dengan mata pelajaran akan ditentukan oleh guru sepanjang proses pelaksanaan projek. Pentaksiran dilakukan secara holistik berdasarkan pembentangan pelajar dan ini dikawal oleh penjelasan rubrik yang telah disediakan. Dalam penyediaan rubrik pentaksiran elemen-elemen boleh dinyatakan secara analitik tetapi pendekatan holistik juga digunakan secara menyeluruh semasa proses pentaksiran dibuat. Selain daripada penyediaan rubrik bagi membantu meningkatkan kebolehpercayaan dalam pentaksiran bagi projek yang dilaksanakan oleh murid, pertimbangan professional secara berkesan perlu diambil kira. Proses pemoderasian melibatkan guru-guru yang melaksanakan pentaksiran secara holistik perlu dilaksanakan juga perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpercayaan dalam pentaksiran yang dilaksanakan. Namun, terdapat beberapa perkara yang menjadi halangan kepada guru untuk melaksanakan PBL sebagai alat pentaksiran dalam PBD. Pentaksiran PBL melibatkan pemerhatian semasa proses pembelajaran itu berlaku dan bukan hanya berfokus kepada produk akhir projek yang dilaksanakan oleh murid tersebut (Trisdiono, 2014). Walau bagaimanapun aspek kolaborasi dan nilai sebagai hasil pembelajaran yang dijangkakan melalui PBL sering tidak ditaksir secara eksplisit oleh guru (Reynders et al., 2020). Oleh itu guru perlu mempunyai kemahiran merancang pentaksiran terutamanya dalam pembinaan rubrik yang dapat membantu penjajaran berlaku antara hasrat yang ingin dicapai oleh guru dengan kefahaman murid terhadap tugasan yang diberikan. Rubrik juga membolehkan guru untuk membuat refleksi terhadap pengajaran mereka dalam membina kemahiran yang diharapkan dapat dicapai oleh murid. (Reynders et al., 2020). Di samping itu guru juga perlu menguasai kemahiran melaksanakan proses moderasi dalam pentaksiran melibatkan PBL. Antara masalah dalam pelaksanaan pentaksiran menggunakan PBL adalah kurangnya keadilan guru, tahap kesahan kebolehpercayaan yang rendah (Rahman et al., 2021). Dalam hal ini kemahiran menyediakan rubrik dapat membantu meningkatkan kebolehpercayaan pentaksiran guruguru terhadap aktiviti murid. Rubrik membantu guru untuk membuat pertimbangan professional bersama rakan-rakan guru dalam PBL secara merentas disiplin dan dalam menetapkan pentaksiran terhadap pencapaian murid supaya lebih mudah, realistik dan kebolehpercayaan yang tinggi (Nsabayezu et al., 2022). Rubrik yang dihasilkan sebelum pelaksanaan pedagogi membolehkan penetapan matlamat pembelajaran dikenal pasti dan pentaksiran dilakukan secara lebih berfokus bagi memastikan setiap murid dapat dicerap melalui penguasaan kemahiran 6C seperti yang dihasratkan.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 31 METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk dan pendekatan kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan terhadap persepsi guru dalam melaksanakan pentaksiran untuk PBL di sekolah. Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata daripada semua sekolah TS25 yang menjalankan PBL di Negeri Melaka seperti yang ditunjukkan pada rajah 2 di bawah. Rajah 2 Sekolah TS25 yang menjalankan PBL di Negeri Melaka Populasi dan sampel kajian Populasi kajian terdiri daripada guru-guru dari sekolah TS25 Negeri Melaka. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang telahpun melalui mempunyai pengalaman dalam melaksanakan PBL menerusi Modul 6 Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KMR). Terdapat seramai 672 orang guru yang telibat dalam tinjauan yang dilaksanakan. Instrumen kajian Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang menggunakan skala Likert 5 mata dibangunkan oleh pengkaji berkaitan dengan kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran PBL. Item yang dibangunkan menerusi soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu (1) demografi, (2) kemahiran mentaksir yang melibatkan proses pembinaan rubrik dan (3) kemahiran membuat moderasi. Soal selidik ini ditadbirkan secara dalam talian menerusi google form. Ujian Rintis bagi mengukur kebolehpercayaan instrumen bagi kajian ini ialah pada Cronbach alpha = 0.846. dapatan menunjukkan nilai yang tinggi dan soal selidik boleh diterima sebagai alat pengumpulan data kajian. Kaedah analisis data Data primer yang dikumpul daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 21.0. Data kuantitatif secara peratusan digunakan dalam mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan kecenderungan responden terhadap sesuatu item yang dikemukan. Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk jadual dan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 32 dihuraikan. Dengan kebanyakan item soal selidik menggunakan skala likert, nilai skor yang diperolehi akan dijumlahkan dalam bentuk peratusan. Penganalisisan data kajian ini dilakukan secara deskriptif manakala pemaparan data dibentangkan dalam bentuk deskriptif menggunakan peratusan. DAPATAN KAJIAN Demografi responden Demografi responden dalam kajian ini merujuk kepada latar belakang responden iaitu jantina, umur, lokasi sekolah, kelayakan akademik dan iktisas serta bidang kepakaran mengajar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 : Demografi responden (N=671) Jantina Kekerapan Peratus (%) Perempuan 504 75 Lelaki 168 25 Umur Kekerapan Peratus (%) 25-30 46 6.9 31-35 93 13.7 36-40 143 21.3 40-60 390 58.1 Lokasi Sekolah Kekerapan Peratus (%) Bandar 197 29.3% Luar Bandar 475 70.7% Kelayakan Akademik kekerapan Peratus (%) SPM/STPM 19 2.8 Diploma 17 2.5 Ijazah Sarjana Muda 593 88.2 Ijazah Sarjana 39 5.8 Ijazah Kedoktoran 4 0.6 Kelayakan Ikhtisas Kekerapan Peratus (%) Sijil Perguruan Asas 130 19.3 Diploma Pendidikan 296 44 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 246 36.6 Pengalaman Mengajar Kekerapan Peratus(%) 1-5 48 7.1 6- 10 110 16.4 11-15 173 25.7 16 tahun ke atas 341 50.7 Bidang Pengkhususan Kekerapan Peratus Matematik 80 11.9


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 33 Sains / Sains Tulen 86 12.6 Bahasa Melayu / Pengajian Melayu 90 14.8 Bahasa Inggeris 49 7.2 Pendidikan Khas 48 7.1 Prasekolah 19 2.8 Sejarah 20 2.9 Bahasa Arab 90 14.8 Reka Bentuk dan Teknologi 15 2.2 Bahasa Cina 15 2.0 PJPK 17 2.5 Teknologi Maklumat 6 0.8 Pendidikan Seni Visual 12 1.7 Muzik 3 0.4 Geografi 7 1.0 Pengajian Am 2 0.2 Perniagaan 7 1.0 Analisis data pada Jadual 1 menunjukkan seramai 504 atau 75% adalah terdiri daripada guru perempuan, manakala seramai 168 orang atau 25% lagi terdiri daripada guru lelaki. Ini menunjukkan bahawa jumlah responden dalam kalangan guru perempuan melebihi jumlah guru lelaki dalam kajian ini. Dapatan kajian untuk demografi responden mengikut umur menunjukkan seramai 46 orang responden atau 6.9% berumur antara 25 hingga 30 tahun, 93 orang responden atau 13.7% berumur antara 31 hingga 35 tahun, dan 143 orang responden atau 21.3% berumur antara 36 hingga 40 tahun, 390 orang responden atau 58.1% berumur antara 40 hingga 60 tahun. Hal ini menunjukkan bahawa jumlah responden dalam kalangan responden yang paling ramai berumur antara 40 hingga 60 tahun. Berdasarkan lokasi sekolah seramai 197 orang responden atau 29.3% mengajar di bandar dan seramai 475 orang responden atau 70.7% mengajar sekolah dalam kawasan luar bandar. Hal ini menunjukkan lebih ramai responden mengajar dalam kawasan luar bandar. Apabila ditinjau dari segi tahap pendidikan tertinggi yang dimiliki responden seramai 19 orang atau 2.8% mempunyai SPM/STPM, 17 orang atau 2.5% mempunyai diploma, 593 atau 88.2% mempunyai Ijazah Sarjana Muda, 39 orang atau 5.8% mempunyai ijazah sarjana, 4 orang atau 0.6% mempunyai Ijazah Kedoktoran. Hal ini menunjukkan responden yang memiliki Ijazah Sarjana Muda adalah lebih ramai berbanding dengan kelulusan yang lain. Berdasarkan kelayakan ikhtisas, seramai 130 orang responden atau 19.3% mempunyai sijil perguruan asas, seramai 296 orang responden atau 44% mempunyai diploma Pendidikan, 246 orang responden atau 36.6% mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Ini menunjukkan responden yang mempunyai Diploma Pendidikan paling ramai berbanding yang mempunyai Sijil Perguruan Asas dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Berdasarkan pengalaman mengajar responden, seramai 48 orang responden atau 7.1% telah mengajar di antara 1 hingga 5 tahun dan merupakan golongan guru yang masih muda berkhidmat dalam dunia Pendidikan. Seramai 110 orang responden atau 16.4% telah mempunyai pengalaman mengajar antara 6 tahun hingga 10 tahun. Seramai 173 orang responden atau 25.7% telah mempunyai pengalaman mengajar selama 11 hingga 15 tahun.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 34 Seramai 341 orang responden atau 50.7% telah mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 16 tahun. Hal ini bermakna bahawa kebanyakan responden merupakan terdiri daripada guru yang berpengalaman dalam dunia pendidikan. Berdasarkan bidang pengkhususan pula, responden kajian tersebar dalam pelbagai bidang dan tertinggi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu iaitu seramai 90 orang atau 14.8%. Tahap kesediaan guru dalam aspek kemahiran merancang pentaksiran PBL Kesediaan guru melaksanakan aspek kemahiran pentaksiran PBL diukur berdasarkan dapatan deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratusan yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah. Secara keseluruhannya lebih 50% responden bersetuju dengan itemitem berkaitan dengan aspek kemahiran pentaksiran PBL. Dalam aspek menentukan elemen yang mewakili psikomotor, kognitif dan afektif, item yang mempunyai peratus sangat bersetuju paling tinggi adalah untuk item ke 2 iaitu kemahiran menentukan elemen yang mewakili aspek psikomotor dalam projek/ tugasan murid. 15.9% atau 107 orang responden sangat bersetuju bahawa mereka boleh menentukan elemen yang mewakil aspek psikomotor dalam projek/ tugasan murid. Keseluruhannya dalam aspek menggunakan rubrik untuk mentaksir aspek kognitif, psikomotor dan afektif murid, responden bersetuju bahawa mereka boleh menggunakan rubrik untuk mentaksir aspek kognitif murid 53.9% atau 362 orang responden , aspek psikomotor 55.2% atau 371 orang dan aspek afektif 56.5% atau 380 orang responden. Selanjutnya, dapatan menunjukkan 53.4% atau 359 orang respon bersetuju bahawa mereka boleh menentukan rubrik yang bersesuaian untuk mentaksir standard prestasi murid berdasarkan keperluan subjek secara merentas disiplin. Manakala 12.4% atau 83 orang responden sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Begitu juga dalam aspek menyediakan rubrik pentaksiran sebelum pelaksanaan tugasan dijalankan 53.7 % atau 361 orang responden setuju manakala 12.2 % atau 82 orang sangat bersetuju. 50% atau 336 responden bersetuju dan 11% atau 74 orang sangat bersetuju bahawa rubrik pentaksiran mengukur kemahiran 4K + 1N murid dalam melaksanakan projek. 54% atau 363 orang responden bersetuju dengan kenyataan mereka menyediakan rubrik yang berfokus kepada proses pelaksanaan berbanding dengan produk akhir tugasan. Namun secara keseluruhannya dalam semua item terdapat juga responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan item-item berkaitan dengan pentaksiran PBL ini. Dapatan menunjukkan 1.5% atau 10 orang responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka boleh menentukan elemen-elemen yang mewakili aspek kognitif yang boleh dinilai melalui projek murid, 1.8% atau 12 orang responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka boleh menentukan elemen yang mewakil aspek psikomotor dalam projek murid dan 2.2% atau 15 orang responden pula tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka boleh menentukan elemen yang mewakil aspek afektif murid dalam projek murid Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat sebilangan responden yang tidak bersetuju bahawa mereka boleh menggunakan rubrik untuk mentaksir aspek kognitif, aspek psikomotor dan aspek afektif murid iaitu 1.5% atau 10 orang tidak bersetuju dalam aspek


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 35 kognitif, 1.8% atau 12 orang responden dalam aspek psikomotor dan 1.7% atau 12 orang responden dalam aspek afektif. Dalam aspek penyediaan rubrik pentaksiran sebelum pelaksanaan tugasan juga terdapat terdapat 3% atau 20 orang responden tidak bersetuju bahawa mereka menyediakan rubrik pentaksiran sebelum pelaksanaan tugasan dijalankan. Begitu juga 3.4% atau 23 orang responden tidak bersetuju bahawa rubrik pentaksiran mengukur kemahiran 4K + 1N murid dalam melaksanakan projek. Sebanyak 3.1% atau 21 orang responden pula tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa rubrik yang disediakan berfokus kepada proses pelaksanaan berbanding dengan produk akhir tugasan. Jadual 2 : Kemahiran Merancang Pentaksiran PBL PENTAKSIRAN Bil . Perkara STS TS TP S SS 1 Saya boleh menentukan elemen-elemen yang mewakili aspek kognitif yang boleh dinilai melalui projek / tugasan murid 0.4% 1.5% 28.3% 56.1% 13.7% 3 10 190 377 92 2 Saya boleh menentukan elemen yang mewakil aspek psikomotor dalam projek/ tugasan murid 0.3% 1.8% 25.6% 56.4% 15.9% 2 12 172 379 107 3 Saya boleh menentukan elemen yang mewakil aspek afektif murid dalam projek/ tugasan murid 0.3% 2.2% 27.1% 56.8% 13.5% 2 15 182 382 91 4 Saya boleh menggunakan rubrik untuk mentaksir aspek kognitif murid 0.3% 1.5% 32.1% 53.9% 12.2% 2 10 216 362 82 5 Saya boleh menggunakan rubrik untuk mentaksir aspek psikomotor murid 0.3% 1.8% 31% 55.2% 11.8% 2 12 208 371 79 6 Saya boleh menggunakan rubrik untuk mentaksir aspek afektif murid 0.3% 1.8% 30.1% 56.5% 11.3% 2 12 202 380 76 7 Saya boleh menentukan rubrik yang bersesuaian untuk mentaksir standard prestasi murid berdasarkan keperluan subjek secara merentas disiplin 0.7% 1.9% 31.5% 53.4% 12.4% 5 13 212 359 83 8 Saya menyediakan rubrik pentaksiran sebelum pelaksanaan tugasan dijalankan 0.4% 3% 30.7% 53.7% 12.2% 3 20 206 361 82 9 Rubrik pentaksiran mengukur kemahiran 4K + 1N murid dalam melaksanakan projek 0.4% 3.4% 35.1% 50% 11% 3 23 236 336 74 10 Rubrik yang disediakan berfokus kepada proses pelaksanaan berbanding dengan produk akhir tugasan 0.4% 3.1% 30.1% 54% 12.4% 3 21 202 363 83 Tahap kesediaan guru dalam aspek kemahiran moderasi PBL Jadual 3 menunjukkan persetujuan responden kepada aspek moderasi pentaksiran PBL. Secara keseluruhannya didapati bagi semua item lebih daripada 50% responden tidak pasti dengan kemahiran moderasi untuk PBL. Ketidakpastian tertinggi adalah dalam item 12 iaitu saya memastikan berlakunya perbincangan sesama guru semasa pentaksiran projek murid


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 36 secara merentas disiplin, item 13 iaitu saya memastikan berlaku pelarasan dalam deskripsi untuk menilai projek murid dan item 15 iaitu saya membuat pertimbangan professional bersama rakan sejawat sebelum menentukan tahap penguasaan murid. Ini menunjukkan responden tidak bersedia dalam aspek kemahiran moderasi PBL terutamanya dalam perbincangan sesama guru semasa pentaksiran PBL secara merentas disiplin, pelarasan deskripsi untuk menilai PBL dan membuat pertimbangan professional bersama rakan sejawat. Berbanding dengan aspek lain, peratus responden bersetuju dan sangat bersetuju dengan item 16 adalah paling tinggi iaitu 28% atau 188 orang bersetuju dan 11.6% atau 78 orang responden sangat bersetuju dalam aspek moderasi markah dibuat berdasarkan persembahan kumpulan semasa proses pembentangan. Ini menunjukkan responden bersedia dalam aspek membuat moderasi markah untuk PBL semasa berlakunya proses pembentangan. Jadual : 3 Kemahiran Moderasi PBL MODERASI Bil. Perkara STS TS TP S SS 11 Saya memastikan kebolehpercayaan yang tinggi dalam pentaksiran terhadap projek / tugasan murid 0.6% 1.3% 57.1% 24.6% 16.4% 4 9 384 165 110 12 Saya memastikan berlakunya perbincangan sesama guru semasa pentaksiran projek / tugasan murid secara merentas disiplin 0.3% 1.3% 58.3% 19.8% 20.2% 2 9 392 133 136 13 Saya memastikan berlaku pelarasan dalam deskripsi untuk menilai projek/ tugasan murid 0.4% 1% 58.3% 23.1% 17.1% 3 7 392 155 115 14 Saya memastikan berlaku pelarasan sesama pemeriksa/ penilai projek / tugasan murid 0.4% 1.5% 57.7% 21.7% 18.6% 3 10 388 146 125 15 Saya membuat pertimbangan profesional bersama rakan sejawat sebelum menentukan tahap penguasaan murid 0.3% 1.2% 58.3% 19% 21.1% 2 8 392 128 142 16 Moderasi markah dibuat berdasarkan persembahan kumpulan semasa proses pembentangan sahaja 1.9% 6.5% 51.9% 28% 11.6% 13 44 349 188 78 PERBINCANGAN PBL membolehkan pentaksiran secara autentik dapat dilaksanakan. Melalui projek yang dilaksanakan oleh murid pentaksiran menyeluruh dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor dapat dilaksanakan sesuai dengan hasrat transformasi pendidikan yang berfokus kepada pentaksiran secara holistik. Dalam kajian ini didapati guru dalam kajian bersedia dengan kemahiran menentukan elemen untuk mewakili aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang perlu dicapai dan menggunakan rubrik untuk mentaksir aspek kognitif, psikomotor, afektif murid dalam PBL. Pembinaan rubrik membantu penjajaran berlaku antara hasrat yang ingin dicapai oleh guru dengan kefahaman murid terhadap tugasan yang diberikan. Rubrik juga membolehkan guru untuk membuat refleksi terhadap pengajaran


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 37 mereka dalam membina kemahiran yang diharapkan dapat dicapai oleh murid. (Reynders et al., 2020). Guru dalam kajian juga didapat bersedia untuk menentukan rubrik yang bersesuaian untuk mentaksir standard prestasi murid berdasarkan keperluan subjek secara merentas disiplin. Menerusi PBL guru dapat merancang sepenuhnya dalam menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan dan memilih sumber pembelajaran yang bersesuaian terutamanya bagi projek yang dilaksanakan secara merentas kurikulum. PBL memberi ruang kepada murid melaksanakan pembelajaran bersifat ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan hala tuju proses pembelajaran (Mohamed Ali Haniffa et al., 2019). Guru hanya menetapkan idea utama yang dibangunkan selepas melalui proses merungkai dan merangkai kurikulum bagi menyediakan soalan tugasan yang bersesuaian. Seterusnya soalan tugasan tersebut disambut oleh murid yang menggerakkannya secara kumpulan kolaboratif dengan mencetuskan soalan bagi penerokaan ilmu secara lanjutan. Guru dalam kajian didapati bersedia untuk menyediakan rubrik pentaksiran untuk mengukur kemahiran 4K + 1N. Kemahiran 4K dan 1N iaitu kemahiran Kritis, Kreatif, Komunikasi, Kolaborasi dan Nilai adalah hasil pembelajaran yang dijangkakan melalui PBL namun kemahiran ini sering tidak ditaksir secara eksplisit oleh guru (Reynders et al., 2020). Kemahiran ini boleh dikuasai oleh murid jika terdapat penjajaran konstruktif antara objektif pembelajaran, tugasan, pelaksanaan tugasan oleh murid dan alat pentaksiran yang digunakan oleh guru. Dapatan kajian ini juga menunjukkan guru bersedia untuk menyediakan rubrik pentaksiran sebelum pelaksanaan tugasan dijalankan dan memastikan rubrik yang disediakan berfokus kepada proses pelaksanaan berbanding dengan produk akhir tugasan. Proses pentaksiran melibatkan PBL adalah mencabar kerana proses pentaksirannya adalah berbeza dengan proses pentaksiran tradisional seperti ujian atau kuiz (Cunningham, 2016). Pentaksiran PBL melibatkan pemerhatian semasa proses pembelajaran itu berlaku dan bukan hanya berfokus kepada produk akhir projek yang dilaksanakan oleh murid tersebut (Trisdiono, 2014). Antara masalah dalam pelaksanaan pentaksiran menggunakan PBL adalah kurangnya keadilan guru, tahap kesahan kebolehpercayaan yang rendah (Rahman et al., 2021). Dapatan kajian ini juga mendapati guru dalam kajian mempunyai masalah dalam aspek memastikan kebolehpercayaan dalam pentaksiran menggunakan PBL terutamanya dalam aspek membuat pertimbangan professional bersama guru-guru dalam pentaksiran menggunakan PBL. Dalam hal ini kemahiran menyediakan rubrik dapat membantu meningkatkan kebolehpercayaan pentaksiran guru-guru terhadap aktiviti murid. Rubrik membantu guru untuk membuat pertimbangan professional bersama rakan-rakan guru dalam PBL secara merentas disiplin dan dalam menetapkan pentaksiran terhadap pencapaian murid supaya lebih mudah, realistic dan kebolehpercayaan yang tinggi (Nsabayezu et al., 2022 ) Penerimaan kaedah PBL sebagai satu cari pentaksiran bersesuaian dengan PBS memerlukan keselesaan guru untuk melaksanakannya (Fullan, 1991). Keberhasilan sesuatu pembaharuan dalam pendidikan bergantung kepada faktor guru yang menjalankan pentaksiran. Perubahan tidak akan berlaku jika guru tidak yakin tentang keperluan untuk


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 38 berubah dan bersedia untuk berubah paradigma. Ini adalah kerana PBS adalah satu pentaksiran yang lebih bermakna, sahih dan tekal. KESIMPULAN PBL adalah merupakan alternatif baharu yang mampu membantu meneruskan proses pembelajaran murid. Pendekatan ini diyakini bukan sahaja dalam melatih murid menjadi seorang pencipta, penginovasi dan penyelidik muda, malahan guru dapat merealisasikan pendidikan berkualiti sepanjang masa. Secara tidak langsung PBL dapat menghasilkan murid yang kreatif, inovatif dan berpemikiran kritikal terhadap projek yang dijalankan. Bagi memastikan PBL dapat mencapai keberkesanan yang dijangkakan maka adalah penting untuk memastikan guru-guru mendalami proses pentaksiran yang terlibat dalam PBL terutamanya dalam aspek menentukan elemen pentaksiran secara holistik melibatkan kemahiran kogntif, psikomotor dan afektif, membina rubrik yang berkaitan dan pelaksanaan moderasi bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam penggunaan PBL sebagai pentaksiran sebagai pembelajaran. Rujukan Chanpet, P., Chomsuwan, K., & Murphy, E. (2020). Online Project-Based Learning and Formative Assessment. Technology, Knowledge and Learning, 25(3), 685–705. https://doi.org/10.1007/s10758-018-9363-2 Clark, Bethany A., "Project Based Learning: Assessing and Measuring Student Participation" (2017). Research and Evaluation in Literacy and Technology. 39. http://digitalcommons.unl.edu/cehsgpirw/39 Cunningham, K. (2016). Variables that impact the implementation of project-based learning in high school science (Order No. 10105045). Available from ProQuest Dissertations & Theses Global. (1790625249). Retrieved from https://www.proquest.com/dissertations-theses/variables-that-impact-implementationproject/docview/1790625249/se-2?accountid=27932 Fullan, M. (1991). The New Meaning of Educational Change. Toronto: Teachers College Press. Halimah J., Rozita. R., (2019). Pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan Bahasa Melayu dalam pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal -MyLEJ). Vol 9, Bil. 2 (Nov. 2019):25-36 Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Kit Pembelajaran PAK-21. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Kuala Lumpur. Mohamed Ali Haniffa, Mohan Rathakrishnan, Salmah Omar dan Nor Hanani Ismail. (2019). Problem Based Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4 (32), 351-366. DOI: 10.35631/IJEPC.4320030


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 39 Nor Hafizah Harun dan Lilia Halim. (2018). Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Mata Pelajaran Sains. https://icge.unespadang.ac.id/asset/file/files/icge%20VI/vol%201/1.%20PROCEEDING %20VOLUME%201_1_16.pdf Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yusof, & Rosnidar Mansor. (2012). Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2 (1): 78-91. Noviyanti, A., Paristiowati, M., & Moersilah. (2021). Online project-based learning on surface tension during covid-19 pandemic. THE 2ND SCIENCE AND MATHEMATICS INTERNATIONAL CONFERENCE (SMIC 2020): Transforming Research and Education of Science and Mathematics in the Digital Age. https://doi.org/10.1063/5.0041802 Nsabayezu, E., Iyamuremye, A., Nahimana, J. P., Mukiza, J., Kampire, E., & Nsengimana, T. (2022). The progress in the application of rubric materials in chemistry teaching and students’ learning enhancement during 21st century: a systematic review. Discover Education, 1(1). https://doi.org/10.1007/s44217-022-00005-y Olson, E. B. (2014). Back to the drawing board: Utilizing project-based learning and portfolio assessments across the curriculum (Order No. 1565853). Available from ProQuest Dissertations & Theses Global. (1618227596). Retrieved from https://www.proquest.com/dissertations-theses/back-drawing-board-utilizing-projectbased/docview/1618227596/se-2?accountid=27932 Rahman, Kh. A., Hasan, Md. K., Namaziandost, E., & Ibna Seraj, P. M. (2021). Implementing a formative assessment model at the secondary schools: attitudes and challenges. Language Testing in Asia, 11(1). https://doi.org/10.1186/s40468-021- 00136-3 Reynders, G., Lantz, J., Ruder, S. M., Stanford, C. L., & Cole, R. S. (2020). Rubrics to assess critical thinking and information processing in undergraduate STEM courses. International Journal of STEM Education, 7(1). https://doi.org/10.1186/s40594-020-00208-5 Sa, B., Ezenwaka, C., Singh, K., Vuma, S., & Majumder, Md. A. A. (2019). Tutor assessment of PBL process: does tutor variability affect objectivity and reliability? BMC Medical Education, 19(1). https://doi.org/10.1186/s12909-019-1508-z Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, kemahiran, sikap, dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 (1): 56-67 Sheryl. M., Awneet S. & Vandy B. (2017). Teacher perceptions of project based learning in the secondary classroom. Alberta Journal of Educational Research, Vol. 63.2, Summer 2017, 175-192.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 40 Trisdiono, H., Siswandari, S., Suryani, N., & Joyoatmojo, S. (2019). Multidisciplinary integrated project-based learning to improve critical thinking skills and collaboration. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 18(1), 16-30. https://doi.org/10.26803/ijlter.18.1.2 g Saham Saluran Keahlian Penyumb ang syarikat Pekerja Tawaran Produk Komunik asi Korporat seperti pengikla nan, perhubun gan awam, & penjena maan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 41 PERSEPSI PELAJAR PPISMP TENTANG PPPB SEMASA PANDEMIK: SATU TINJAUAN Dr. Zalela binti Abd Aziz 1 , Zaimawati binti Abdul Kadir 2 , Hashim bin Kalil 3 , dan Mohd Adnan bin Broh 4 1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka Emel : [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan penilaian Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu (PPPB) yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPGK PM). Seramai 129 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2020 dan 276 orang pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 terlibat dalam kajian ini. Kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang LAMPT-03-01b dan LAM-PT-07-01b. Kajian ini menggunakan sebelas konstruk bagi PPISMP Ambilan Jun 2020 manakala tiga belas konstruk digunakan bagi PPISMP Ambilan Jun 2021. Analisis dapatan menunjukkan keputusan skor min bagi kumpulan PPISMP Ambilan Jun 2020 adalah 4.32 manakala bagi PPISMP Ambilan Jun 2021 adalah 4.73. Rumusan PPPB menunjukkan kedua-dua kumpulan PPISMP yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian dan secara bersemuka berpuashati dengan pengurusan yang dijalankan. Program MPPPB kumpulan PPISMP Ambilan Jun 2020 menunjukkan skor min diterima walaupun tidak cemerlang berbanding PPISMP Ambilan Jun 2021. Kesimpulannya, PPPB lebih berjaya berdasarkan persepi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 berbanding PPISMP Ambilan Jun 2020. Hal ini menunjukkan program secara dalam talian telah mula diterima dan diadaptasi berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP) norma baharu. PPPB PPISMP Ambilan Jun 2021 telah diperkemaskan dan mengikut pindaan Educational Organisations Management System (EOMS) sebagai alternatif bagi memastikan pelajar baharu mendapat maklumat terkini berkaitan pengurusan IPGK. Kata kunci: Minggu PPPB, PPISMP Ambilan Jun 2020 dan Ambilan Jun 2021 PPISMP STUDENTS’ PERCEPTION ABOUT PPPB DURING THE PANDEMIC: A SURVEY Abstract This study aims to view the effectiveness of the programme evaluation named as the New Student Registration and Management Programme (PPPB) implemented at Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPGK PM). A total of 129 PPISMP students from the 2020 intake and 276 PPISMP students from the 2021 intake are involved in this study. This survey study uses the LAM-PT-03-01b and LAM-PT-07-01b forms for assessment. This study consists of eleven assessment constructs for the PPISMP 2020 group while thirteen constructs are used for the PPISMP 2021 group. The analysis of the findings showed that the mean score of the PPISMP 2020 group is 4.32 while for the PPISMP 2021 is 4.73. The PPPB result shows that both PPISMP groups that are operated entirely online and face to face are satisfied with the carried-out management. The MPPPB


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 42 management of the PISMP 2020 group shows an accepted mean score. However, it does not show an excellent performance as compared to the PPISMP 2021 group. In conclusion, the PPPB is more successful based on the PPISMP 2021 group's perceptions as compared to the PPISMP 2020 group. This shows that the online programmes have begun to be accepted and adapted based on the new norm of Standard Operational Procedure (SOP). The PPPB 2021 intake has been streamlined and in accordance with the amendment of EOMS as an alternative to ensure that new students get the latest information related to the IPGK PM management. Key words: PPPB Week, PPISMP June 2020 Intake and June 2021 Intake PENDAHULUAN Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu (MPPPB) ialah satu program suai kenal yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi memberi pendedahan kepada pelajar baharu tentang program yang diikuti dan penyesuaian diri sebagai pelajar di IPG (IPGM KPM 2018). Mulai 2021, terdapat pindaan berdasarkan EOMS yang melibatkan konstruk yang lebih mementingkan pengetahuan berkaitan institusi berbanding penilaian terhadap pengurusan yang dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu telah disediakan sebagai garis panduan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPGK PM) untuk melaksanakan prosedur pendaftaran pelajar baharu secara seragam (IPGM KPM Pusat Hal Ehwal Pelajar 2020). Dengan ini sebarang masalah dan percanggahan tafsiran akan dapat dielakkan. Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) perlu mematuhi prosedur pendaftaran yang disediakan begitu juga mengikuti sebarang pindaan yang dikemukakan. Program MPPPB PPISMP Ambilan Jun 2020 telah dijalankan secara bersemuka dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan oleh IPGK PM atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). SOP ini perlu dipatuhi oleh semua pelajar baharu dan ibu bapa yang menghantar pelajar ke IPGK PM. SOP merupakan tatacara, panduan dan rujukan pensyarah, staf sokongan dan pelajar IPGK PM bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua (IPGM KPM IPGK PM 2020; KKM 2020; MKN 2020; WHO 2020; KSM 2020). Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu (PPPB) PPISMP Ambilan Jun 2021, telah dijalankan sepenuhnya secara dalam talian berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh IPGM mengikut pindaan EOMS. Kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menggunakan pembelajaran dalam talian sebagai satu-satunya platform untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi membantu pelajar menghadapi cabaran belajar tanpa bersemuka (Haizvanie & Norzaini, 2021). Mengikut Prosedur Kualiti Teras IPGM-KPM-PT-03-03 di bawah JHEP, keberkesanan penilaian Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu yang dilaksanakan di IPGK perlu dianalisis dalam tempoh satu bulan selepas pelaksanaan untuk memastikan skor min 4.3 dapat dicapai. Sekiranya skor min ini tidak dicapai maka penambahbaikan perlu dijalankan untuk memastikan kepuasan pelanggan dipenuhi. Mengikut EOMS Prosedur Teras Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu (PT-07) yang telah ditambahbaik, penilaian dilaksanakan menggunakan borang baru LAM-PT-07-01b secara dalam talian.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 43 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada tiga objektif berikut semasa pandemik COVID-19. 1. Mengenalpasti persepsi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 terhadap PPPB yang dikendalikan secara sepenuhnya dalam talian. 2. Mengenal pasti persepsi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 terhadap MPPPB yang dikendalikan secara bersemuka. 3. Mengenal pasti perbezaan persepsi terhadap PPPB bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 (secara dalam talian) berbanding MPPPB pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 (secara bersemuka). PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 berpuashati dengan pengurusan PPPB yang dijalankan secara dalam talian semasa pandemik COVID-19? 2. Adakah pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 berpuashati dengan pengurusan MPPPB yang dijalankan secara bersemuka semasa pandemik COVID-19? 3. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap PPPB PPISMP Ambilan Jun 2021 berbanding MPPPB PPISMP Ambilan Jun 2020 semasa pandemik COVID-19? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan borang LAM-PT-03-01b dan LAMPT-07-01b. Tarikh MPPPB bagi kumpulan pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 adalah pada 01-03 September 2020 (Selasa-Khamis) manakala PPPB PPISMP Ambilan Jun 2021 dijalankan pada 06-09 September 2021 (Isnin-Khamis). Jadual 1 menunjukkan aktiviti pelajar bagi MPPPB PPISMP Ambilan Jun 2020 manakala Jadual 2 menunjukkan aktiviti pelajar bagi PPPB PPISMP Ambilan Jun 2021. Data dikumpulkan melalui Google Form yang diedarkan secara dalam talian. Soal selidik PPISMP Ambilan Jun 2020 yang diedarkan adalah berkait dengan persediaan banner / bunting di IPG, kawasan tempat letak kereta, penyambut tetamu, tempat pendaftaran MPPPB, tunjuk arah ke tempat pendaftaran MPPPB, kaunter kewangan, kaunter asrama, kaunter semakan dokumen, taklimat dan ceramah, riadah, serta aktiviti suai kenal dan aktiviti simulasi latihan dalam kumpulan (LDK) berdasarkan Jadual 3. Terdapat pindaan berdasarkan EOMS 2021 dan soal selidik bagi PPISMP Ambilan Jun 2021 ini berkait dengan kelancaran proses pendaftaran pelajar secara dalam talian, taklimat PPPB & budaya IPG, sesi bersama kaunselor, taklimat kurikulum, taklimat peperiksaan, taklimat kokurikulum, taklimat disiplin, taklimat pusat sumber, taklimat integriti, sesi bersama mentor, taklimat kebajikan, taklimat Sistem Maklumat Pelajar (MySMP) dan penilaian keseluruhan PPPB (Jadual 4). Responden kajian terdiri daripada 129 orang pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 dan 276 orang pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021. Data penilaian melibatkan data min skor. Data berbentuk terbuka dianalisis dengan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 44 mengkategorikan skor min berdasarkan aspek konstruk yang dibincangkan. Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan analisis Penilaian Keberkesanan Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP Ambilan Jun 2020 dan Ambilan Jun 2021. Jadual 1: Jadual MPPPB PPISMP Ambilan Jun 2020 Jadual 2: Jadual PPPB PPISMP Ambilan Jun 2021 MASA TARIKH 8.30 pg 9.30 pg 9.30 pg 10.30 pg 1030 pg 11.00 pg 11.00 pg 12.00 tgh 12.00 tgh 1.00 ptg 1.00 ptg 2.30 ptg 2.30 ptg 3.30 ptg 3.30 ptg 4.30 ptg 6 Sept 2021 (Isnin) Pendaftaran Pelajar Baharu Dalam Talian (JHEP) REHAT Taklimat PPPB / Penerapan Budaya IPG (JHEP / Mentor) Sesi Bersama Kaunselor (KU Psikologi & Kaunseling) REHAT Solat Zohor / Tazkirah / Moral (JaPIM) Taklimat Peperiksaan (KU UPP) Amanat Pengarah (Pengarah) 7 Sept 2021 (Selasa) Taklimat Kurikulum (KJ Kecemerlangan Akademik) Taklimat Kokurikulum & SOP (KU Kokurikulum) Taklimat Disiplin (Peraturan Pelajar IPG / Akta174 / Pecah Kontrak) (JHEP) 8 Sept 2021 (Rabu) Taklimat Pusat Sumber (KU Pusat Sumber Taklimat Integriti (JK Integriti & Anti Rasuah) Taklimat Kebajikan (Lawatan ke Luar Negara / Kahwin / Insurans) (JHEP) Taklimat Kolej Kediaman (KU Kolej Kediaman) 9 Sept 2021 (Khamis) Taklimat Sistem Maklumat Pelajar (SMP) & Aduan Pelajar (JHEP) Mentee bersama-sama Mentor (Mentor & Mentee)


Click to View FlipBook Version