The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzamansor57, 2023-12-08 08:24:29

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 95 Analysis according to the level achievement rubric shows that 56 people have achieved level 1, 208 people have achieved level 2 and 54 people have achieved level 3. The study also shows that there is no significant difference in all four aspects tested between SK and SRJK (C) students. On the other hand, there is a significant difference between students of the stream (SRJK (T)) and students of the stream SRJK(C). This shows a significant difference in speaking ability only involving SRJK (T) stream schools. In addition, SK stream schools and SRJK stream schools (C ) do not show significant differences. Keywords: Malay, Speaking Skills, Malay Standard Framework PENDAHULUAN Kemahiran mendengar dan bertutur adalah salah satu unsur komunikasi yang tertua dan terpenting dalam kehidupan seharian. Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran pertama dan utama yang harus dikuasai oleh murid-murid. Perkara ini disebabkan oleh, seseorang itu akan dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dalam proses pemerolehan bahasa umumnya didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar daripada mulut bayi, bayi itu telah terdedah terlebih dahulu kepada bunyi bahasa. Hal ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran yang paling asas dalam berbahasa. Selain itu, menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur secara automatik akan menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi dan semantic yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan aktiviti bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa. Menurut Asmah Hj Omar (2004), beliau berpendapat mengikut rantaian kronologi kanak-kanak akan mendengar terlebih dahulu sebelum bertutur lebih dahulu daripada kemahiran menulis. Kemahiran bertutur boleh didefinisikan dengan merujuk kepada keupayaan murid mengajukan pertanyaan dan menyampaikan maklumat, meluahkan pendapat, perasaan dan idea secara lisan dengan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul. Aspek utama yang seharusnya diberi penekanan ialah bagaimana kesantunan berbahasa dalam pengucapaan dan penggunaan tatabahasa yang betul. Hal ini membolehkan pengajaran bahasa Melayu di sekolah berlangsung secara efektif dan dinamik. Dalam buku Asas Pembangunan Kerangka Standard Bahasa Melayu (2018) menakrifkan kemahiran bertutur sebagai satu proses komunikasi yang kompleks yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai. Bagi Nor Aina Dani (2007), pertuturan ialah gabungan bunyibunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Proses ini berlaku setelah penutur itu dapat memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya. Menurut Roselan Baki (2006), manusia bercakap atau bertutur untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan, tujuan memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah. Hal ini membuktikan bahawa kemahiran bertutur adalah kemahiran lisan yang amat penting sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Setiap pertuturan yang berlaku kebiasaannya mempunyai maksud tertentu. Manakala bagi Ahmad (2006), kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu digunakan sama ada secara formal mahupun tidak formal. Keadaan ini sudah tentu membuka kemungkinan yang seluasluasnya kepada penggunaan Bahasa Melayu dengan pelbagai corak dan ragam, termasuk penyalahgunaan sebutan. Antara bentuk masalah lain yang berkaitan dengan kosa kata


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 96 termasuklah penggunaan kosa kata yang kurang tepat dalam pertuturan, penggunaan kosa kata yang sepatutnya ada dalam struktur ayat tersebut. Pertuturan adalah sesuatu yang sinonim dalam kehidupan seharian. Keupayaan menuturkan sesuatu akan mempercepatkan kefahaman murid-murid terutamanya berkaitan dengan komunikasi secara interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai mengikut kreativiti para guru. Hal yang demikian, guru haruslah memikirkan sesuatu aktiviti yang kreatif bagi menerapkan kemahiran bertutur secara berkesan. Raminah Sabran (1991), pula mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu hendak meluaskan ilmu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap mebaca. Murid-murid di sekolah rendah khususnya perlulah diserapkan dengan kemahiran bertutur sebaiknya agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan baik. Oleh yang demikian kemahiran lisan yang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur adalah penting secara intensif terutamanya murid-murid sekolah rendah semua aliran. Perkara ini telah termaktub dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah yang sekarang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan ianya adalah satu transformasi yang akan menggantikan kurikulum yang sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa semasa. Transformasi kurikulum sekolah rendah ini merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011). Melalui kemahiran yang diterapkan, murid-murid akan lebih cekap memahami aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dapat dijelaskan kedua-dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan bertutur adalah saling melengkapi dan diajarkan kepada murid-murid sekolah rendah agar mereka dapat memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi dan seterusnya bertindak balas memalui pertuturan yang gramatis. Dalam konteks kajian ini kemahiran yang difokus ialah bertutur. Berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM), aspek yang dinilai dalam kemahiran bertutur ialah sebutan, tekanan, jeda, intonasi, bahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa. Mohd Hilmy Haji Ismail (1982), menjelaskan penekanan betapa peri pentingnya pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah sebagaimana menurut beliau, pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan adalah menjadi asas kepada hamper semua pembelajaran Bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturan sebelum ia membuat latihan bertulkis. Gerak kerja lisan memang ada dilakukan oleh guru pada setiap pelajaran Bahasa. Namun demikian, ada juga guru yang melangkau aspek penting ini. PENYATAAN MASALAH Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) dibangunkan bertujuan untuk menjadi piawai bagi penilaian standard bahasa dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Kewujudan KSBM secara asasnya lahir selepas pengguna bahasa Melayu, khususnya murid sekolah yang telah melalui proses pendidikan dalam kurikulum dan sistem penilaian sedia ada. KSBM yang terbahagi kepada 6 tahap pencapaian dan setiap tahap pula dipecahkan kepada 6


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 97 aras. Setiap aras diperingkatkan berdasarkan pemeringkatan hierarki menaik dalam Taksonomi Bloom (kemas kini oleh Anderson dan Krathwohl, 2001) seharusnya bersesuaian dengan pelbagai kebolehan dan pengalaman berbahasa pengguna bahasa Melayu. Isu yang berlaku dalam KSBM ialah sejauh mana deskriptor yang diletakkan dalam setiap tahap khususnya dalam kategori pendidikan bersesuaian dengan kebolehan murid yang telah melalui sistem pendidikan sedia ada iaitu di peringkat rendah,menengah dan pengajian tinggi. Masalah yang diberikan fokus dalam kajian ini ialah kesesuaian deskriptor kemahiran bertutur berasaskan KSBM dalam kalangan murid-murid sekolah rendah pelbagai aliran. Kemahiran bertutur merupakan aspek yang terkandung dalam KSBM. Kemampuan dan kecekapan pengguna bahasa untuk berbicara, berkata-kata atau bercakap dapat mementukan tahap penguasaan seseorang pengguna bahasa dalam kemahiran bertutur. OBJEKTIF KAJIAN Objektif penyelidikan yang akan dijalankan adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan; dan 2. Mengenal pasti perbezaan pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran. SOALAN KAJIAN Bagi mencapai objektif kajian 1, berikut adalah persoalan kajian yang dikemukakan: 1.1 Apakah pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan ? 1.2 Apakah pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan ? 1.3 Apakah pencapaian kebolehan bertutur dari segi sebutan dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan ? 1.4 Apakah pencapaian kebolehan bertutur dari segi kelancaran dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan ? 1.5 Apakah pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan ? Bagi mencapai objektif kajian 2, berikut adalah persoalan kajian: 2.1 Apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan? 2.2 Apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan?


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 98 2.3 Apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dari segi sebutan dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan? 2.4 Apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dari segi kelancaran dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan? 2.5 Apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan ? SOROTAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membuat analisis tentang kesesuaian deskriptor Kemahiran Bertutur Tahap KSBM dengan keupayaan murid yang telah melalui pendidikan dalam sistem yang sedia ada iaitu KSSR. Analisis ini penting untuk membantu pembangunan KSBM yang akan dijadikan sebagai dokumen rujukan piawai penguasaan pengguna bahasa Melayu. Oleh itu kajian ini akan menganalisis kemahiran menulis murid berdasarkan instrumen yang dibina berasaskan 6 aras dalam KSBM. Kajian Nora’azian Nahar dan Fadzilah Abd. Rahman (2018) bagi tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid penutur natif menunjukkan sebanyak 55.7% murid Tahun 4 tidak fasih dalam kemahiran bertutur. Secara keseluruhan analisis menunjukkan tahap kemahiran bertutur murid di SRJK daerah Kuantan adalah tahap sederhana. Kajian ini dijalankan dengan seramai 414 orang sampel kajian daripada 5 buah sekolah SRJK (C) dan SRJK (T) di Daerah Kuantan. Pengkaji mencadangkan usaha untuk melahirkan murid yang profesion bertutur dalam bahasa Melayu perlu dipergiat. Murid bukan Melayu wajib mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan secara berterusan untuk melahirkan warganegera Malaysia yang berketrampilan dalam berbahasa terutama kemahiran bertutur. Berbeza dengan kajian Helmeleya Mohd Jamil (2019) yang melakukan kajian pengajaran bagi meningkatkan kemahiran bertutur bagi murid sekolah rendah di Sekolah Rendah Huamin, Singapura. Kajian ini meneliti kelakonan murid dan membantu mereka supaya dapat menerangkan gambar yang diberikan dengan ringkas tanpa struktur yang tersusun. Struktur ini dinamakan SMC-Story, Moral and Comment Strategi Modelling dan ianya dilaksanakan melalui klip video telah dipilih untuk menunjukkan contoh struktur yang dikehendaki. Sampel dipilih seramai 21 orang murid dari sebuah sekolah rendah. Setelah aktiviti-aktiviti pelajaran intervensi dijalankan 71.4% murid telah memperoleh sekurangkurangnya 75% markah atau lebih bagi peperiksaan akhir tahun berbanding dengan 47.6% murid bagi peperiksaan pertengahan tahun. Keputusan kajian menunjukkan strategi yang telah digunakan keberkesanannya dalam membantu murid meningkatkan bertutur berdasarkan gambar. Manakala Kajian Habibah@Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad dan Saifulazry Mokhtar (2020) bertujuan meneroka kandungan kemahiran bahasa Melayu kurikulum prasekolah di Malaysia khususnya dalam aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran membaca serta Kemahiran Menulis. Dapatan kajian menunjukkan dokumen berkenaan memenuhi keperluan kurikulum Pendidikan prasekolah yang bertujuan supaya murid menguasai kemahiran bahasa secara berkesan. Justeru kajian mencadangkan guru melakukan persediaan pengajaran dengan efektif agar murid memperoleh pembelajaran menyeronokkan. Hal ini akan meningkatkan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 99 kreativiti guru dalam menghasilkan bahan pengajaran serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian murid berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan semakan 2017. Kajian yang dilakukan oleh Nor Zulaiqha Rosli, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Norfaizah Abdul Jobar dan Norazimah Zakaria (2021), berdasarkan teori analisis kontrastif untuk melihar kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina.Kajian mendapati penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sama ada dalam aspek lisan mahupun bukan lisan masih belum dapat dikuasai secara efektif khususnya dalam kalangan murid bukan Melayu. Kajian menunjukkan masih terdapat masalah pertuturan dan sebutan dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Hasil kajian mendapati terdapat empat kesilapan sebutan terhadap bunyi konsonan yang dilakukan responden iaitu kesilapan penggantian bunti, penambahan bunyi, pengguguran bunyi dan kesilapan gramatikal. Hasil kajian juga menunjukkan kesilapan yang berlaku berpunca daripada pengaruh bahas ibunda responden, iaitu Bahasa Mandarin dan disebabkan oleh factor interlingual responden yang mempunyai tahap penguasaan bahasa Melayu yang lemah.Kesan kajian membuktikan tentang kepentingan penguasaan ujaran lisan bahasa Melayu secara fasih dan gramatis, terutama dalam kalangan penutur bahasa kedua. Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman (2018), melakukan kajian berkaitan kemahiran mendengar dan bertutut dalam bilik darjah di Sekolah Menengah dalam aspek punca, masalah dan kesannya di Malaysia. Mengikut kajian tersebut kemahiran mendengar dan bertutur di peringkat sekolah menengah langsung diabaikan akibat sistem pendidikan negara Malaysia yang berorinetasikan peperiksaan. Peperiksaan awam yang hanya menitikberatkan kemahiran penulisan menyebabkan guru-guru terus mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Keadaan tersebut meninggalkan kesan yang mendalam dari jangka masa panjang di mana generasi yang dilahirkan tidak mampu menyampaikan idea, pendapat atau pandangan yang bernas, kreatif dan kritis dengan memuaskan. Kusteru kesedaran dan Kerjasama semua pihak sangat penting untuk memandu arah Pendidikan negara kita ke landasan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. KAEDAH KAJIAN Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan (Creswell, 2012). Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data - data kuantitatif adalah dengan menggunakan soalan dan berdasarkan rubrik serta penskoran markah ujian bertutur yang dilaksanakan mengikut kesesuaian Deskriptor Kemahiran Menulis Berasaskan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) kepada murid-murid sekolah rendah semua aliran . Analisis Data Analisis data-data kuantitatif dilakukan menggunakan Perisian SPSS versi 23. Analisis Skor Min digunakan untuk menentukan pencapaian kebolehan bertutur dan Analisis Anova Satu Hala digunakan bagi menentukan kesignifikanan perbezaan dari segi kebolehan bertutur antara murid pelbagai aliran.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 100 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Tajuk ini akan membincangkan tentang dapatan kajian bagi menjelaskan persoalan tentang kesesuaian pencapaian kebolehan bertutur berasaskan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran. Terdapat dua objektif kajian dengan lima persoalan kajian bagi setiap objektif akan dijelaskan dalam tajuk ini berdasarkan analisis kuantitatif dan kualitatif sebagaimana yang diterangkan dalam tajuk terdahulu kaedah kajian. Analisis kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dipaparakan seperti dalam jadual 1. Jadual 1 : Analisis Kebolehpercayaan - Skala (Alfa Cronbach) Item Mean Standard Deviation I - T Correlation Alpha if item deleted Tatabahasa 5.02 2.069 .957 .937 Sebutan 5.64 1.745 .825 .976 Kelancaran 4.96 2.050 .956 .937 Idea 4.77 2.174 .914 .951 Reliabiliy Coefficients N of Cases = 315 N of Items = 4 Alpha = 0.96 Jadual menunjukkan keempat-empat item tatabahasa, sebutan, kelancaran dan idea yang digunakan dalam instrumen pengujian menunjukkan min yang tinggi melebihi 4.5. Berdasarkan sampel kajian sebanyak 315 sampel yang memperoleh purata alpha 0.96 menunjukkan tahap kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi. Hal ini membuktikan instrumen yang digunakan amat sesuai dalam kajian ini. Analisis Item-item Soalan Kajian Berdasarkan soalan-soalan kajian beberapa dapatan berdasarkan data jadual menunjukkan hasil kajian tersebut. Soalan kajian pertama bagi objektif kajian 1 iaitu apakah pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan? Jadual 2 menunjukkan dapatan tersebut. Jadual 2: Pencapaian Kebolehan Bertutur Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pelbagai Aliran Persekolahan Jenis Sekolah Bilangan (n) Min Sisihan Piawai Sekolah Kebangsaan 138 19.80 9.16 SRJK (C) 150 20.24 6.49 SRJK (T) 30 23.67 3.36 Jumlah 318 20.37 7.63 Berdasarkan jadual 2, pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran menunjukkan SRJK (T) mencapai min tertinggi iaitu 23.67 kemudian SRJK (C) dengan min 20.24 dan akhirnya SK iaitu 19.80. Manakala soalan kajian 2 bagi pencapaian objektif kajian 1 ialah apakah pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan?


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 101 Jadual 3 : Pencapaian Kebolehan Bertutur Dari Segi Tatabahasa Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pelbagai Aliran Persekolahan Jenis Sekolah Bilangan (N) Min Sisihan Piawai Sekolah Kebangsaan 138 4.83 2.48 SRJK (C) 150 5.06 1.77 SRJK (T) 30 5.90 1.00 Jumlah 318 5.04 2.07 Berdasarkan jadual 3 menunjukkan pencapaian keboleh bertutur dari segi tatabahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan iaitu SRJK (T) menunjukkan min yang tertinggi iaitu 5.90, kemudian SRJK (C) iaitu 5.06 dan SK 4.83. Bagi soalan kajian 3 bagi objektif kajian 1 iaitu apakah pencapaian kebolehan bertutur dari segi sebutan dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan. Jadual 4 di bawah menunjukkan keputusan pencapaian tersebut. Jadual 4 : Pencapaian Kebolehan Bertutur Dari Segi Sebutan, Intonasi, Tekanan, Jeda dan Nada Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pelbagai Aliran Persekolahan Jenis Sekolah Bilangan (N) Min Sisihan Piawai Sekolah Kebangsaan 138 5.74 2.07 SRJK (C) 150 5.47 1.53 SRJK (T) 30 6.27 .83 Jumlah 318 5.66 1.75 Berdasarkan jadual 4 di atas menunjukkan SRJK SRJK (T) mencapai min tertinggi iaitu 6.27, diikuti oleh SK iaitu 5.74 dan seterusnya SRJK (C) dengan pencapaian min 5.47. Bagi soalan kajian 4 bagi objektif kajian 1 iaitu apakah pencapaian kebolehan bertutur dari segi kelancaran dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan keputusan ditunjukkan dalam jadual 5 di bawah: Jadual 5 : Pencapaian Kebolehan Bertutur Dari Segi Kelancaran Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pelbagai Aliran Persekolahan Jenis Sekolah Bilangan (N) Min Sisihan Piawai Sekolah Kebangsaan 138 4.82 2.46 SRJK (C) 150 4.91 1.72 SRJK (T) 30 5.93 1.14 Jumlah 318 4.97 2.05 Berdasarkan jadual 5 menunjukkan pencapaian kebolehan bertuur dari segi kelancaran murid sekolah rendah pelbagai aliran dengan min tertinggi diperoleh SRJK (T) dengan min 5.93, diikuti oleh SRJK (C) dengan min 4..91 dan seterusnya SK dengan min 4.82. Bagi soalan kajian 5 iaitu soalan terakhir bagi objektif kajian 1 iaitu apakah pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan dipaparkan dalam jadual 6 di bawah.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 102 Jadual 6 : Pencapaian Kebolehan Bertutur Dari Segi Idea Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pelbagai Aliran Persekolahan Jenis Sekolah Bilangan (N) Min Sisihan Piawai Sekolah Kebangsaan 138 4.51 2.66 SRJK (C) 150 4.85 1.78 SRJK (T) 30 5.57 1.04 Jumlah 318 4.77 2.17 Jadual 6 menunjukkan dapatan bagi pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan dengan pencapaian tertinggi diperoleh oleh SRJK (T) dengan min 5.57, kemudian diikuti oleh SRJK (C) dengan min 4.85 dan diakhiri oleh SK dengan min 4.51. Manakala objektif kajian kedua bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran. Bagi kajian untuk mencapai objektif kedua, lima soalan kajian difokuskan terhadap analisis perbezaan tersebut. Soalan kajian pertama bagi objektif kajian 2 adalah apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan. Jadual 7 di bawah menunjukkan keputusan tersebut. Jadual 7: Anova Satu Hala pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan Sumber Jumlah Kuasa Dua Df Mean Square F Sig Antara Kumpulan 372.72 2 186.36 3.24 .04 Dalam Kumpulan 18105.74 315 57.48 Jumlah 150483.00 318 Terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan [F(2, 315) = 3.24, p = 0.04]. Jadual 8 di bawah menunjukkan perbezaan pencapaian tersebut Jadual 8 : Analisis Pos Hoc Bagi pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan (I) 3. Jenis sekolah (J) 3. Jenis sekolah Mean Difference (I-J) Std. Error Sig.b Sek Kebangsaan SR JK (C) -.436 .894 .63 SR JK (T) -3.862* 1.527 .01 SRJK (C) Sek Kebangsaan .436 .894 .63 SRJK (T) -3.427* 1.516 .03 SRJK (T) Sek Kebangsaan 3.862* 1.527 .01 SRJK (C) 3.427* 1.516 .03 Perbandingan Pos Hoc menggunakan Ujian Tukey HSD menunjukkan terdapat pebezaan yang signifikan (p = 0.01) antara Min pencapaian kebolehan bertutur antara murid Sekolah Kebangsaan (Min = 19.80, S.P. = 9.16) dan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Min = 23.67, S.P. = 3.36). Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0.03) antara Min pencapaian kebolehan bertutur antara Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 103 (Min = 23.67, S.P. = 3.36) dan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (Min = 20.24, S.P. = 6.49). Sebaliknya, tiada terdapat perbezaan yang signifikan (p =0.63) antara min pencapaian kebolehan bertutur antara murid Sekolah Kebangsaan dan murid sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Bagi soalan kajian 2, objektif kajian 2 iaitu apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan dan jadual 9 menunjukkan perbandingan tersebut. Jadual 9: Anova Satu Hala pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan Sumber Jumlah Kuasa Dua df Mean Square F Sig Antara Kumpulan 28.142 2 14.071 3.327 .037 Dalam Kumpulan 1332.327 315 4.230 Jumlah 9441.000 318 Berdasarkan Jadual 9, didapati terdapat perbezaan yang signifikan kebolehan bertutur dari segi tatabahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan [F(2,315) = 3.33, p = 0.04]. Ujian Pos Hoc dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara jenis sekolah yang terlibat sepertimana ditunjukkan pada Jadual 10. Jadual 10 : Analisis Pos Hoc Bagi pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan (I) 3. Jenis sekolah (J) 3. Jenis sekolah Mean Difference (I-J) Std. Error Sig.b Sek Kebangsaan SRJK (T) -.227 .894 .35 SRJK (C) -1.067* 1.527 .01 SRJK (C) Sek Kebangsaan .227 .894 .35 SRJK (T) -840* 1.516 .04 SRJK (T) Sek Kebangsaan 1.067* 1.527 .01 SRJK (C) .840* 1.516 .04 Perbandingan Pos Hoc menggunakan Ujian Tukey HSD menunjukkan terdapat pebezaan yang signifikan (p = 0.01) antara Min pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa antara murid Sekolah Kebangsaan (Min = 4.83, S.P. = 2.48) dan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Min = 5.90, S.P. = 1.00). Selain itu, terdapat pebezaan yang signifikan (p = 0.04) antara Min pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa antara Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Min = 5.90, S.P. = 1.00) dan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (Min = 5.06, S.P. = 1.77). Sebaliknya, tiada terdapat perbezaan yang signifikan (p =0.35) antara min pencapaian kebolehan bertutur dari segi tatabahasa antara murid Sekolah Kebangsaan dan murid sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Bagi soalan kajian tiga, objektif kajian 2 iaitu apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dari segi sebutan dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan dan jadual 11 menunjukkan keputusan tersebut.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 104 Jadual 11: Anova Satu Hala pencapaian kebolehan bertutur dari segi sebutan dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan Sumber Jumlah Kuasa Dua df Mean Square F Sig Antara Kumpulan 17.128 2 8.564 2.822 .061 Dalam Kumpulan 955.869 315 3.035 Jumlah 11173.000 318 Berdasarkan Jadual 11, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan kebolehan bertutur dari segi sebutan dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan [F(2,315) = 2.82, p = 0.06]. Ringkasnya, tidak terpadat perbezaan yang signifikan dari segi kebolehan bertutur antara ketiga-tiga jenis aliran persekolahan. Bagi soalan kajian 4, objektif kajian 2 iaitu apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dari segi kelancaran dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan dan jadual 12 menunjukkan perbandingan tersebut. Jadual 12: Anova Satu Hala pencapaian kebolehan bertutur dari segi kelancaran dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan Sumber Jumlah Kuasa Dua df Mean Square F Sig Antara Kumpulan 31.209 2 15.604 3.765 .024 Dalam Kumpulan 1301.536 314 4.145 Jumlah 9168.000 317 Berdasarkan Jadual 12, didapati terdapat perbezaan yang signifikan kebolehan bertutur dari segi kelancaran dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan [F(2,314) = 3.77, p = 0.02]. Ujian Pos Hoc dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara jenis sekolah yang terlibat sepertimana ditunjukkan pada Jadual 13. Jadual 13 : Analisis Pos Hoc Bagi pencapaian kebolehan bertutur dari segi kelancaran dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan (I) 3. Jenis sekolah (J) 3. Jenis sekolah Mean Difference (I-J) Std. Error Sig.b Sek Kebangsaan SRJK (C) -.089 .241 .71 SRJK (T) -1.109* .419 .01 SRJK (C) Sek Kebangsaan .089 .241 .71 SRJK (T) -1.020* .407 .01 SRJK (T) Sek Kebangsaan 1.109* .410 .01 SRJK (C) 1.020* .407 .01 Perbandingan Pos Hoc menggunakan Ujian Tukey HSD menunjukkan terdapat pebezaan yang signifikan (p = 0.01) antara Min pencapaian kebolehan bertutur dari segi kelancaran antara murid Sekolah Kebangsaan (Min = 4.82, S.P. = 2.46) dan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Min = 5.93, S.P. = 1.14). Selain itu, tiada terdapat pebezaan yang signifikan (p = 0.01) antara Min pencapaian kebolehan bertutur dari segu kelancaran antara Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Min = 5.93, S.P. = 1.14) dan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (Min = 4.91, S.P. = 1.72). Sebaliknya, tiada terdapat perbezaan yang signifikan (p =0.71) antara min pencapaian kebolehan bertutur dari


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 105 segi kelancaran antara murid Sekolah Kebangsaan dan murid sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Bagi analisis terakhir untuk memenuhi fokus soalan kajian lima, objektif kajian 2 iaitu apakah terdapat perbezaan signifikan pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan dan jadual 14 menunjukkan keputusan perbandingan tersebut. Jadual 14: Anova Satu Hala pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan Sumber Jumlah Kuasa Dua df Mean Square F Sig Antara Kumpulan 29.274 2 14.637 3.139 .045 Dalam Kumpulan 1454.809 312 4.663 Jumlah 8646.000 315 Berdasarkan Jadual 14, didapati terdapat perbezaan yang signifikan kebolehan bertutur dari segi idea dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan [F(2,312) = 3.14, p = 0.045]. Ujian Pos Hoc dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara jenis sekolah yang terlibat sepertimana ditunjukkan pada Jadual 15. Jadual 15: Analisis Pos Hoc Bagi pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan (I) 3. Jenis sekolah (J) 3. Jenis sekolah Mean Difference (I-J) Std. Error Sig.b Sek Kebangsaan SRJK (C) -.338 .256 .19 SRJK (T) -1.059* .436 .02 SRJK (C) Sek Kebangsaan .338 .256 .19 SRJK (T) -.721* .432 .10 SRJK (T) Sek Kebangsaan 1.059* .436 .02 SRJK (C) -.721 .432 .10 Perbandingan Pos Hoc menggunakan Ujian Tukey HSD menunjukkan terdapat pebezaan yang signifikan (p = 0.02) antara Min pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea antara murid Sekolah Kebangsaan (Min = 4.51, S.P. = 2.66) dan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Min = 5.57, S.P. = 1.04). Selain itu, terdapat pebezaan yang signifikan (p = 10) antara Min pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea antara Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Min = 5.57, S.P. = 1.04) dan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (Min = 4.85, S.P. = 1.78). Sebaliknya, tiada terdapat perbezaan yang signifikan (p =0.19) antara min pencapaian kebolehan bertutur dari segi idea antara murid Sekolah Kebangsaan dan murid sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. KESIMPULAN Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menganalisis kesesuaian deskriptor kemahiran bertutur berasaskan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) dalam kalangan murid sekolah rendah zon utara dalam pelbagai aliran persekolahan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 106 Bagi objektif pertama untuk mengenal pasti kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah dari pelbagai aliran menunjukkan SR JKT menunjukkan pencapaian min yang tinggi bagi keempat-empat aspek iaitu tatabahasa, sebutan, kelancaran dan idea dalam kemahiran bertutur, kemudian SR JKC dan SK. Cuma bagi aspek sebutan SK memperoleh min kedua tertinggi dan SR JKC memperoleh min yang ketiga. Bagi objektif kedua untuk melihat perbezaan siginifikan pencapaian kebolehan bertutur dalam kalangan murid sekolag rendah pelbagai aliran. Bagi keempat-empat aspek yang dinilai dalam kemahiran bertutur iaitu tatabahasa, sebutan, kelancaran idea tiada perbezaan yang siginifikan antara SK dan SR JKC Cuma perbezaan dilihat dengan SR JKT. Namun bagi aspek kelancaran tiada perbezaan siginifikan antara SR JKC dan SR JKT. Rujukan Abdul Aziz Abdul Talib.(1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad, Zaharani.(2006). Kepelbagaian Dialek dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat. Kekangan. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 1(1) .26 e-Bangi. Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, Pengajaran, dan Pemupukan Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman (2018). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia. Sosiohumanika, 1 (1) Creswell, J. W. (2012). Researh Design Quantitative and Mixed Methods Approaches. London: Sage Publications. Habibah @ Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, dan Saifulazry Mokhtar. 2020. Analisis Kandungan Kemahiran Bahasa Melayu Dalam Kurikulum Prasekolah Di Malaysia. Journal of Malay Languange, Education and Literature, Jilid 11 No.1, 46-67 Helmeleya Mohd Jamil (2019). Kajian Pengajaran: Meningkatkan Kemahiran Bertutur bagi Murid Sekolah Rendah. Sekolah Rendah Humin. Pusat Bahasa Melayu: Singapura. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu: Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kerangka Standard Bahasa Melayu.2018. Panduan Kerangka Standard Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Bahasa Melayu. Mohd. Hilmi Haji Ismail. (1982). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Aina Dani. (2007). Pengantar Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 107 Nor Zulaiqha Rosli, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Norfaizah Abdul Jobar, dan Norazimah Zakaria. (2021). Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu oleh Murid Cina: Teori Analisis Kontrastif. LSP International Journal, Vol.8 Issu1, 35-55 Nora’azian Nahar dan Fadzilah Abd Rahman. 2018. Tahap Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.8, Bil. 1 Mei 2018 Hal. 74-83. Raminah Sabran.(1991). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Roselan Baki.(2006). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu, Shah Alam: Karisma.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 108 TAHAP PENGUASAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENULISAN RPH Sapiyah binti Md Rangga1 1 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Emel : [email protected] ABSTRAK Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang baik mestilah mengandungi objektif, cara untuk mencapai objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai (refleksi). Aktiviti mestilah menepati kehendak standard pembelajaran (SP) yang dipilih, menunjukkan cara objektif yang dirancang dicapai, penulisan mesti bermula dengan perkataan murid, harus sesuai dengan kaedah serta mengandungi elemen PAK21 dan elemen KBAT. Berdasarkan dapatan tugasan pentaksiran dan penyeliaan praktikum di sekolah, ramai guru pelatih yang menulis rancangan pengajaran harian secara ringkas dan tidak menggambarkan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan sebenar guru pelatih dalam menghasilkan RPH yang bermutu dan mencari punca sebenar yang mempengaruhinya. Peserta kajian ialah guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Pendidikan Islam ambilan Jun 2020 yang ditempatkan di negeri Melaka. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dan data dianalisis menggunakan SPSS-22. Dapatan kajian ini akan dapat membantu para pensyarah khususnya dalam mempertingkatkan usaha membimbing guru pelatih menghasilkan penulisan RPH yang mencapai standard dan objektif pembelajaran. Kata kunci: Penulisan RPH, guru pelatih Pendidikan Islam, tahap penguasaan THE MASTERY LEVEL OF ISLAMIC EDUCATION TRAINING TEACHERS IN RPH WRITING ABSTRACT A good Daily Lesson Plan (RPH) must contain objectives, ways to achieve objectives (activities) and statements to what extent the objectives have been achieved (reflection). The activity must meet the requirements of the chosen learning standard (SP), show how the planned objectives are achieved, the writing must start with the student's words, must be in accordance with the method and contain PAK21 elements and KBAT elements. Based on the findings of assessment assignments and practicum supervision at school, many trainee teachers write brief daily lesson plans and do not describe the actual teaching and learning process. Thus, this study aims to identify the actual level of mastery of trainee teachers in producing high-quality RPH and find the real cause that affects it. Study participants are trainee teachers of the Islamic Education Bachelor's Degree Program for the June 2020 intake who are placed in the state of Melaka. This study is a survey study using a questionnaire instrument and the data is analyzed using SPSS-22. The findings of this study will be able to help lecturers especially in improving efforts to guide trainee teachers to produce RPH writing that is truly capable of achieving the desired learning standards and objectives. Keywords: RPH Writing, Islamic Education Trainee Teacher, Mastery Level.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 109 PENDAHULUAN Kemahiran dari sudut perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap persediaan proses pengajaran dapat memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Perubahan dalam sistem pendidikan era globalisasi pada masa kini memerlukan kaedah penyampaian yang berbeza dan bersesuaian dengan pelajar seiring dengan perkembangan psikologi pembelajaran pelajar. Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip iaitu; a. Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif. b. Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid. c. Penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Perkara ini juga telah dinyatakan dalam kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dijelmakan menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran dalam KSSR. DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, para guru perlu lebih kreatif serta berkemahiran dalam membuat inovasi pengajaran dan pembelajaran yang efisien sesuai dengan kemajuan pendidikan masa kini. Penguasaan pengetahuan kandungan mata pelajaran juga merupakan faktor penentu kepada kejayaan atau kegagalan proses pengajaran dan keterampilan pedagogi abad ke-21 yang dilaksanakan oleh guru (Naquiah Nahar dan Jimaain Safar, 2017). Ini kerana pengetahuan kandungan (content knowledge) dalam mata pelajaran yang diajar adalah amat penting dan dianggap kunci kepada proses pemindahan ilmu dan penyampaian kemahiran kepada pelajar. Menurut Jahidih (2015) aktiviti mengajar secara umumnya diterjemahkan sebagai suatu proses memindahkan ilmu dan kemahiran dari seorang guru kepada individu atau kelompok murid yang mengikuti sesuatu pembelajaran. Selain itu, pengetahuan isi kandungan juga merupakan konstruk yang mewakili elemen yang menghuraikan tentang aspek kefahaman seseorang guru dalam subjek yang diajarnya sebelum diterjemahkan sebagai aktiviti atau proses pengajaran dan pembelajaran di kelas (Muhammad Hafizan & Anuar, 2017). Oleh itu, guru perlu menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi tentang topik yang akan diajar sebelum memikirkan metod untuk menyampaikannya kepada pelajar (Hlas & Hildebrandf, 2010) bagi memastikan ketepatan fakta serta kejelasan isi pelajaran yang disampaikan berdasarkan objektif pembelajaran yang dibina. Namun, pengajaran guru yang berkesan bukan sahaja meliputi aspek penguasaan kurikulum dan kemahiran pedagogi guru semasa di dalam kelas, malah ia lebih luas termasuklah perancangan dan persediaan rapi sebelum hadir ke kelas, penyertaan pelajar secara aktif serta sokongan bahan bantu pembelajaran yang menarik.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 110 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan penyeliaan praktikum di sekolah, ramai dalam kalangan guru pelatih pengkhususan Pendidikan Islam yang menulis rancangan pengajaran harian secara ringkas dan tidak menggambarkan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan sebenar guru pelatih dalam menghasilkan RPH yang bermutu dan mencari faktor sebenar yang mempengaruhinya. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019), Rancangan Pelajaran Harian (RPH) merupakan terjemahan daripada Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Penyediaan rancangan pengajaran harian merupakan tugas yang wajib dilakukan oleh setiap guru dan ianya boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Pembinaan RPH adalah berasaskan kepada tiga sumber iaitu; i) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR); ii) Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT); dan iii) rubrik pembinaan RPH format Praktikum IPGM. RPH yang lengkap akan lebih berupaya membantu guru dalam melaksanakan pengajarannya. Keupayaan merancang pengajaran yang baik merupakan kunci kejayaan seseorang guru dan ianya merupakan kemahiran khusus yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh seseorang guru (Akhiar Pardi dan Shamsinah Samsudin, 2016). RPH Format Praktikum IPGM RPH mengikut format praktikum yang dikeluarkan oleh IPGM merupakan satu panduan kepada para guru pelatih dalam merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara terperinci. Ianya mengandungi 19 butiran am dan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bermula daripada set induksi hingga langkah penutup. Selain itu IPGM juga telah menyediakan rubrik yang sangat jelas dan terperinci bagi setiap aspek perancangan, pentaksiran dan juga refleksi. Oleh itu, seorang guru pelatih perlu bijak dalam menyusun kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar semua murid dapat mengikuti dan menguasai pelajaran yang disampaikan sesuai dengan tahap kecerdasan mereka. OBJEKTIF KAJIAN Pengkaji telah merumuskan tiga objektif kajian, iaitu: 1. Meninjau aras pengetahuan dan kefahaman guru pelatih terhadap penulisan Rancangan Pengajaran Harian. 2. Menentukan tahap penguasaan guru pelatih dalam menghasilkan RPH yang lengkap dan berkesan. 3. Mengenalpasti halangan yang mempengaruhi guru pelatih dalam menulis RPH yang baik dan lengkap?


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 111 PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif di atas, maka persoalan kajian ialah: 1. Apakah aras pengetahuan dan kefahaman guru pelatih terhadap penulisan RPH? 2. Apakah tahap penguasaan guru pelatih dalam penulisan dalam RPH yang lengkap dan berkesan? 3. Apakah halangan-halangan yang mempengaruhi guru pelatih dalam menghasilkan penulisan RPH yang baik dan lengkap? METODOLOGI Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan bagi mengenal pasti tahap penguasaan guru pelatih dalam menulis perancangan pengajaran harian. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk memperoleh maklumat dan data kuantitatif yang diperlukan. Rasional menggunakan kaedah soal selidik adalah mudah mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat yang diperlukan berdasarkan item soalan kajian. Ia juga memudahkan responden menjawab soal selidik berbanding soalan jenis terbuka. Malah responden dapat menjawab dengan lebih selesa di mana mereka bebas memilih dan menjawab tanpa rasa segan dan malu berbanding kaedah temu duga. Rahsia tentang diri seseorang responden adalah terjamin sepenuhnya. Soal selidik ini distrukturkan kepada 3 bahagian. Bahagian A : Pengetahuan dan kefahaman guru pelatih terhadap penulisan Rancangan Pengajaran Harian. Bahagian B : Penguasaan Guru Pelatih dalam menulis RPH. Bahagian C: Halanganhalangan yang mempengaruhi penulisan RPH yang baik dan lengkap. Terdapat juga ruang untuk jawapan terbuka mengenai cadangan guru pelatih untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam menulis RPH. Responden kajian terdiri daripada 100 orang guru pelatih PISMP unit Pendidikan Islam ambilan Jun 2020 yang sedang menjalani latihan mengajar di sekolah menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) bagi menjawab soal selidik. Justeru, hasil dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar ijazah sarjana muda pendidikan daripada institut pendidikan guru yang lain. Dapatan kajian juga tidak boleh digeneralisaikan kepada guru pelatih yang belum menjalani sesi latihan praktikum di sekolah. Dalam aspek kaedah pemungutan data, penyelidik memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua penyataan yang digunakan dalam instrumen kajian. Kesemua soalan-soalan yang diutarakan mempunyai lima skala Likert (1= Sangat Tidak Setuju, 2= Tidak Setuju 3=Kurang Setuju, 4=Setuju, 5= Sangat Setuju) yang telah ditetapkan. Analisis data soal selidik adalah menggunakan SPSS 22 dan respons dibentangkan dalam mean dan sisihan piawai. Interpretasi min skala lima Likert adalah seperti Jadual 1:


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 112 Jadual 1 : Interpretasi min skala lima Likert Nilai Min Interpretasi 1.00 - 1.80 Sangat Rendah 1.81 - 2.60 Rendah 2.61 - 3.40 Sederhana 3.41 - 4.20 Tinggi 4.20 - 5.00 Sangat Tinggi Sumber: Ghazali Darussalam dan Sufean Husin, (2021). DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini dilaporkan dalam bentuk laporan deskriptif iaitu min, sisihan piawai, dan interpretasi. Jadual 2 Taburan Responden Kajian Apakah aras pengetahuan dan kefahaman guru pelatih terhadap penulisan RPH? Jadual 3 : Pengetahuan dan kefahaman mengenai penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Pengetahuan dan kefahaman saya mengenai penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Min Sisihan Piawai Interpretasi Objektif pembelajaran komponen terpenting yang memberi impak besar kepada pdp guru 4.64 .612 Sangat Tinggi RPH perlu sesuai dengan tahap pelajar 4.60 .620 Sangat Tinggi RPH membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran 4.59 .605 Sangat Tinggi Penulisan RPH kewajiban guru dalam menentukan keberkesanan pdp 4.59 .605 Sangat Tinggi Strategi pdp yang pelbagai serta aktiviti berpusatkan murid memberi impak kepada pembelajaran bermakna 4.58 .622 Sangat Tinggi Pendekatan, kaedah dan teknik pdp guru perlu disesuaikan dengan kehendak murid 4.57 .624 Sangat Tinggi RPH yang tersusun membantu murid memahami pelajaran dengan baik 4.56 .608 Sangat Tinggi RPH adalah dokumen lengkap pelaksanaan pdp guru 4.55 .672 Sangat Tinggi Penyediaan BBM yang jelas menarik dan sesuai kunci kepada keberkesanan pengajaran guru. 4.53 .559 Sangat Tinggi Unit Frekunsi Peratus Peratus Pengesahan Peratus kumulatif Pengesahan PI1 18 18.0 18.0 18.0 PI2 19 19.0 19.0 37.0 PI3 17 17.0 17.0 54.0 PI4 13 13.0 13.0 67.0 PI5 17 17.0 17.0 84.0 PI6 16 16.0 16.0 100.0 Total 100 100.0 100.0


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 113 RPH memberi idea jelas kepada guru tentang isi pelajaran 4.52 .627 Sangat Tinggi Penulisan RPH membolehkan guru mengetahui semua aspek berkaitan pelaksanaan pdp di kelas 4.48 .674 Sangat Tinggi KBAT merupakan elemen utama dan sangat penting dalam proses pdp 4.40 .651 Sangat Tinggi Valid N (listwise) = 100 4.63 .625 Sangat Tinggi Berdasarkan Jadual 3, dapatan menunjukkan guru pelatih bersetuju bahawa objektif pembelajaran merupakan komponen terpenting yang memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran guru dengan nilai min tertinggi 4.64 dan sisihan piawainya 0.612. Selanjutnya guru pelatih mengetahui dan memahami bahawa RPH yang dibina perlu sesuai dengan tahap pelajar (M=4.60). Penulisan RPH juga merupakan kewajiban kepada setiap guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta dapat membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran murid (M=4.59). Elemen lain yang perlu diberi perhatian juga ialah mempelbagaikan strategi serta aktiviti berpusatkan murid (M=4.58), pendekatan, kaedah dan teknik PdP guru perlu sesuai dengan kehendak murid (M=4.57) serta tersusun (m=4.56) dan lengkap (M=4.55). Guru pelatih juga bersetuju bahawa bahan bantu mengajar (BBM) yang jelas dan menarik dan sesuai membantu keberkesanan pengajaran guru (M=4.53) selain elemen KBAT (M=4.40). Interpretasi bagi konstruk ini secara keseluruhannya adalah tinggi. Apakah tahap penguasaan guru pelatih dalam penulisan dalam RPH yang lengkap dan berkesan? Jadual 4 Penguasaan guru pelatih dalam penulisan dalam RPH Penguasaan saya dalam menulis RPH Min Sisihan Piawai Interpretasi Saya dapat mengenal pasti isi pelajaran yang akan diajar melalui SP dalam DSKP. 4.28 .637 Tinggi Saya merancang strategi pengajaran berpusatkan murid melalui aktiviti perbincangan kumpulan. 4.20 .586 Tinggi Saya mengaplikasikan kemahiran PdP Abad ke 21 melalui pembelajaran kooperatif dan kolaboratif. 4.18 .593 Tinggi Saya mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam langkah pengajaran. 4.13 .597 Tinggi Saya memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai secara berperingkat mengikut langkah dan isi pelajaran 4.10 .595 Tinggi Kaedah pentaksiran yang saya lakukan sesuai dengan tahap kebolehan murid. 4.06 .547 Tinggi Saya menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan isi pelajaran yang ditetapkan. 4.06 .600 Tinggi Saya menulis objektif pembelajaran dengan kata kerja yang selaras dengan SP 4.05 .642 Tinggi Saya juga selalu menggunakan BBM elektronik seperti audio-visual, wordwall, quizziz dan lain-lain. 4.04 .751 Tinggi Saya merancang meningkatkan kemahiran berfikir murid menggunakan soalan aras tinggi. 4.00 .711 Tinggi Objektif yang saya tetapkan adalah sesuai dengan tahap kognitif murid. 3.99 .595 Tinggi


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 114 Saya dapat memilih strategi dan pendekatan yang sesuai untuk mengajar tajuk yang berlainan. 3.99 .559 Tinggi Saya dapat menulis objektif pembelajaran dengan baik dan tepat berdasarkan SP yang dipilih. 3.98 .603 Tinggi Saya dapat merancang aktiviti yang sesuai untuk mencapai setiap objektif pembelajaran. 3.97 .540 Tinggi Saya boleh merancang RPH dengan amat baik 3.92 .545 Tinggi Valid N (listwise) = 100 4.06 .607 Tinggi Dapatan kajian dalam Jadual 4 menunjukkan min tertinggi iaitu 4.28 (dari 93 orang responden) menyatakan mereka dapat mengenal pasti isi pelajaran yang akan diajar melalui standard pembelajaran (SP) dalam DSKP. Selanjutnya mereka bersetuju telah merancang strategi pengajaran berpusatkan murid melalui aktiviti perbincangan kumpulan (M=4.20), mengaplikasikan kemahiran PdP abad ke 21 melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif (M=4.18) dan mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam langkah pengajaran (M=4.13). Guru pelatih juga bersetuju memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai secara berperingkat mengikut langkah isi pelajaran (M=4.10), kaedah pentaksiran sesuai dengan tahap kebolehan murid (M=4.06), menyediakan bahan bantu yang sesuai dengan isi pelajaran (M=4.06), menulis objektif pembelajaran selaras dengan standard pembelajaran yang dipilih (M=4.05), selalu menggunakan bahan bantu mengajar elektronik seperti audiovideo, wordwall, quizziz dan lain-lain (M=4.04) serta merancang meningkatkan kemahiran berfikir murid menggunakan soalan aras tinggi (M=4.00). Namun begitu, bagi item objektif yang ditetapkan adalah sesuai dengan tahap kognitif murid, dapat memilih strategi dan pendekatan yang sesuai untuk tajuk yang berlainan, dapat menulis objektif pembelajaran dengan baik dan tepat, dapat merancang aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran serta kebolehan merancang RPH dengan amat baik hanya memperoleh min bawah daripada 4.0. Interpretasi bagi konstruk ini juga pada tahap yang tinggi. Apakah halangan-halangan yang mempengaruhi guru pelatih dalam menghasilkan penulisan RPH yang baik dan lengkap? Jadual 5 : Halangan-halangan yang mempengaruhi guru pelatih dalam menghasilkan penulisan RPH Halangan yang menyebabkan perancangan pengajaran saya kurang berkesan dan kurang mencapai objektif pembelajaran Min Sisihan Piawai Interpretasi Saya kurang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. 3.04 .953 Sederhana Saya tiada idea untuk melakukan aktiviti yang luar biasa atau yang memberi kepuasan kepada diri sendiri. 3.02 .974 Sederhana Saya tidak kreatif dalam menyediakan BBM yang sesuai dan menarik. 2.90 1.010 Sederhana Saya kurang melakukan perancangan dan persediaan yang rapi dan tersusun ketika menulis RPH. 2.88 .902 Sederhana Saya tidak tahu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. 2.86 .921 Sederhana Saya tidak dapat menyesuaikan SP yang dipilih dengan tempoh masa pengajaran. 2.83 .922 Sederhana


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 115 Saya tidak melakukan semakan beberapa kali bagi memastikan ketepatan idea, aktiviti dan kaedah yang sesuai. 2.77 .973 Sederhana Aktiviti-aktiviti yang saya rancang kurang menarik dan merangsang minat murid. 2.76 .830 Sederhana Saya masih keliru/ tidak mahir mengaplikasikan kaedahkaedah pengajaran yang betul. 2.69 1.002 Sederhana Strategi, pendekatan dan kaedah yang saya gunakan tidak dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan. 2.64 .835 Sederhana Penerapan nilai-nilai murni ada yang tiada kaitan dengan tajuk pelajaran dan tidak diterapkan dalam langkah pengajaran. 2.61 .994 Sederhana Saya kurang berusaha melihat contoh-contoh RPH yang berkesan atau membaca bahan ilmiah berkaitan pdp terkini. 2.52 1.010 Rendah Saya tidak mahir mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran yang betul. 2.48 .847 Rendah Saya tidak tahu menulis objektif pembelajaran dengan jelas dan eksplisit. 2.48 .870 Rendah Saya tidak mendapat pendedahan yang secukupnya dalam penulisan RPH daripada pensyarah yang mengajar. 2.26 .939 Rendah Valid N (listwise) = 100 2.72 .932 Sederhana Dapatan kajian bagi konstruk halangan-halangan yang mempengaruhi guru pelatih dalam menghasilkan RPH yang baik dan berkesan serta kurang mencapai objektif pembelajaran murid menunjukkan faktor-faktor yang disenaraikan bukan merupakan merupakan halangan utama mereka dengan skor persetujuan yang sederhana (purata min 2.72). Namun begitu, kurang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi mendapat skor tertinggi (M=3.04), diikuti dengan tiada idea untuk melakukan aktiviti yang luar biasa atau yang memberi kepuasan kepada diri sendiri (M=3.02), tidak kreatif dalam menyediakan BBM yang sesuai dan menarik (M=2.90), kurang melakukan perancangan dan persediaan yang rapi dan tersusun ketika menulis RPH (M=2.88), tidak tahu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran (M=2.86), tidak dapat menyesuaikan standard pembelajaran yang dipilih dengan tempoh masa pengajaran (M=2.83). Skor persetujuan terendah dengan min=2.72 menunjukkan guru pelatih telah mendapat pendedahan yang secukupnya dalam penulisan RPH daripada pensyarahn yang mengajar. Interpretasi bagi konstruk ini hanyalah pada tahap sederhana. PERBINCANGAN Seorang guru yang cemerlang dan melaksanakan pengajarannya secara berkesan memerlukan kesedaran dan penghayatan terhadap Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan penguasaan terhadap Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang sedang digunapakai. Kejelasan terhadap matlamat dan tanggungjawab seorang pendidik membawa kepada keinginan untuk menghasilkan rancangan pengajaran yang baik dan berkesan ke arah terhasilnya pembelajaran yang bermakna.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 116 Oleh itu, merancang pengajaran dengan baik merupakan kunci kejayaan seseorang guru dan ianya memerlukan satu kemahiran yang khusus (Akhiar Pardi & Shamsina Samsuddin, 2016). Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti guru pelatih mengetahui dan memahami mengenai aspek-aspek penulisan RPH yang baik dan kepentingannya dengan memperoleh skor min yang sangat tinggi iaitu 4.63. Untuk membolehkan seseorang guru merancang dengan baik beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti reka bentuk pengajaran, asas teori pembelajaran serta keperluan-keperluan lain yang diperlukan (Akhiar & Shamsinah, 2016). Dalam hal ini guru pelatih PISMP PI telah dilatih mengaplikasikan Model ADDIE (Analysis Design Development Implementation Evaluation) dalam merancang pengajaran mereka. Dari aspek pelaksanaannya pula menunjukkan tahap penguasaan guru pelatih dalam penulisan dalam RPH yang lengkap dan berkesan berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.06. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih PISMP Pendidikan Islam dapat mengenal pasti isi pelajaran yang akan diajar melalui standard pembelajaran (SP) dalam DSKP dengan skor min tertinggi iaitu 4.28. Dapatan ini disokong oleh kajian Norhisham, Nur Haiza, Muhammad Zulazizi (2022) yang menyatakan bahawa guru SRA-JAWI merujuk sukatan pelajaran untuk menyediakan rancangan pengajaran dengan skor yang tertinggi (4.53). Dapatan selanjutnya menunjukkan guru pelatih telah merancang strategi pengajaran berpusatkan murid melalui aktiviti perbincangan kumpulan, mengaplikasikan kemahiran PdP abad ke 21 melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif dan mampu menerapkan nilainilai murni dalam langkah pengajaran. Guru pelatih juga bersetuju telah memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai secara berperingkat mengikut langkah isi pelajaran, kaedah pentaksiran sesuai dengan tahap kebolehan murid, menyediakan bahan bantu yang sesuai dengan isi pelajaran, menulis objektif pembelajaran selaras dengan standard pembelajaran yang dipilih, selalu menggunakan bahan bantu mengajar elektronik seperti audio-video, wordwall, quizziz dan lain-lain serta merancang meningkatkan kemahiran berfikir murid menggunakan soalan aras tinggi. Dapatan ini disokong dengan kajian oleh Norhisham, Nur Haiza, Muhammad Zulazizi (2022), Nor Asniza (2017) yang menunjukkan bahawa dapatan kajian berkaitan dengan amalan perancangan sangat positif iaitu guru mengamalkan pelbagai jenis pendekatan perancangan pengajaran agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Kajian Norshafinaz & Faridah (2018) juga menunjukkan bahawa secara keseluruhan dapatan kajian berdasarkan aspek amalan perancangan pengajaran menunjukkan sangat baik iaitu majoriti guru mengamalkan aspek perancangan dengan baik. Jelaslah bahawa seorang guru haruslah mempunyai kebolehan dalam menyesuaikan aras pengajaran dengan tahap kebolehan para pelajar. Oleh itu, seorang guru haruslah bijak menyusun atur kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar semua murid dapat mengikuti pengajaran guru (Mohd Aderi, Khadijah, Ahmad Yunus, 2015). Walaupun guru pelatih dapat menulis rancangan pengajaran dengan baik, namun mereka mengakui masih belum boleh merancang RPH dengan amat baik. Ini terbukti dengan dapatan kajian menunjukkan terdapat berbagai halangan bagi guru pelatih dalam merancang RPH yang baik dan berkesan. Antaranya kurang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi, tiada idea untuk melakukan aktiviti yang luar biasa, tidak kreatif dalam menyediakan BBM yang sesuai dan menarik, tidak tahu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran, tidak mahir mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran yang betul, tidak mahir mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran yang betul. Semua ini sebenarnya bermula dengan tidak tahu menulis objektif pembelajaran dengan jelas dan eksplisit (min


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 117 2.48). Menurut Akhiar Pardi, Shamsinah Samsudin (2016), ini merupakan kesalahan umum penulisan RPH yang mana penilaian pelajaran tidak dikaitkan dengan perubahan tingkah laku yang tercatat dalam objektif pembelajaran. Ibnu Khaldun (2000) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik secara bertahap-tahap (tadrij), beransur-ansur atau sedikit demi di samping itu mengambil kira tahap kemampuan murid. Pendidikan ini berdasarkan kepada kaedah al-Qur’an iaitu saranan dari Allah S.W.T sendiri yang menekankan tentang pentingnya potensi yang sedia ada dalam diri murid dapat di kembangkan dan dibangunkan dengan maksimum secara sedikit demi sedikit (tadarruj). Ini menunjukkan bahawa seorang guru perlu mempunyai maklumat tentang pengetahuan sedia ada muridnya dan tahap keupayaan mereka dan ianya perlu dinyatakan dengan jelas agar aktiviti dapat disusun ke arah pencapaian objektif pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang lancar dan berkesan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN RPH Hasil kajian membuktikan terdapat beberapa halangan dan cabaran dalam kalangan guru pelatih pengkhususan Pendidikan Islam terhadap penguasaan penulisan Rancangan Pengajaran Harian. Halangan dan cabaran ini perlu diatasi dengan cara yang efektif agar guru pelatih berupaya mengembangkan intelek mereka dalam kemahiran menulis RPH Pendidikan Islam. Antaranya adalah seperti berikut: a) Pensyarah perlu membimbing guru pelatih meningkatkan penguasaan mereka terhadap kandungan kurikulum Pendidikan Islam yang terdiri daripada tujuh bidang utama iaitu Akidah, Ibadah, Sirah, Al-Quran, al-Hadith, Akhlak dan Jawi. Penguasaan isi kandungan dapat mengatasi ketandusan idea untuk mengembangkan isi pelajaran. b) Pensyarah perlu memperbanyakkan latih tubi menulis objektif yang selaras dengan standard pembelajaran agar guru pelatih dapat meningkatkan keupayaan menulis objektif pembelajaran yang eksplisit, menepati standard pembelajaran yang ditetapkan, sesuai dengan aras kebolehan murid dan peruntukan masa. Penulisan objektif pembelajaran yang baik dan eksplisit perlu mempunyai lima elemen yang mudah diingat dengan akronim SMART (Akhiar Pardi dan Shamsinar Samsudin, 2016) iaitu Spesific (jelas dan tepat perkara yang perlu dilakukan), Measureable (boleh diukur) – perlu nyatakan cara untuk mengukur, Achievable (boleh dicapai) – boleh dilakukan dalam tempoh yang disediakan, Relevan / Realistic (dapat dicapai dalam lingkungan keupayaan murid), Time-frame / Time-bound / Time-limited (tempoh masa) – limit masa untuk membolehkan objektif tercapai. Heinich, Molenda, Russel, dan Smaldino (2001) merujuk kepada akronim ABCD untuk menulis objektif pembelajaran iaitu Audience (sasaran), Behaviour (kata kerja yang murid akan lakuakan), Condition (keadaan yang menunjukkan murid dapat menunjukkan tingkah laku, contoh: menggunakan peta), Degree (pencapaian minimum tingkah laku pembelajaran yang dapat diterima). c) Pensyarah juga perlu meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran yang betul agar objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya melalui simulasi.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 118 d) Pensyarah perlu guru selalu membimbing dan menasihati guru pelatih untuk membina dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan kreatif bagi menarik minat murid dan cepat menguasai isi pelajaran. e) Peningkatan sahsiah dan penampilan guru pelatih dari semasa ke semasa dalam memastikan profesion keguruan dihormati. KESIMPULAN Dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21, guru dan bakal guru perlu sentiasa cakna dengan perubahan arus semasa, tangkas dalam mendaptasi semua perubahan, memiliki motivasi kendiri yang tinggi serta perancangan yang terancang, sistematik dan ke hadapan. Guru dan bakal guru juga perlu menangani keperluan murid dengan sebaik mungkin, memanfaatkan teknologi semasa, mengubah cara pengajaran mengikut kehendak semasa, mengubah cara pentaksiran mengikut perubahan semasa dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kompetensi profesional mereka agar dapat berdaya saing dan relevan mengikut perubahan masa. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Berdasarkan dapatan kajian maka saya mencadangkan kajian selanjutnya perlu diperluaskan kepada IPGK lain untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai keupayaan guru pelatih IPG selain pengkhususan Pendidikan Islam dalam penulisan RPH. Untuk tujuan itu juga saya bercadang untuk membina format RPH Praktikum yang lebih fleksibel yang boleh membantu guru pelatih menghasilkan RPH yang bermutu dan meminimumkan kesalahan dan kelemahan semasa menulis RPH. Rujukan Akhiar Pardi dan Shamsina Samsuddin. (2016). Rancangan Pengajaran Harian. Sasbadi Sdn.Bhd. Hlas, A. & Hildebrandf, S. (2010). Demonstrations of pedagogical content knowledge: Spanish Liberal Arts and Spanish Education majors’writing. L2 Journal, 2 (2010), 1- 22. Ibn Khaldun. 2000. Muqadimah Ibn Khaldun. Terj.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ghazali Darusalam, Sufean Hussin. (2021). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Edisi Ketiga. Penerbit Universiti Malaya. Jahidih Saili. (2015). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran tajwid alQuran dalam kalangan guru Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz alQuran (KKQ) di Lembah Klang. Tesis Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 119 Mohd Aderi, Khadijah Abdul Razak, Ahmad Yunus Kasim. (2015). Pendidikan Dan Pengajaran: Kajian Amalan Guru Pendidikan Islam. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, November 5-7, 2015. Vol.1 Muhamad Hafizan Mohd Suhairi dan Anuar Ahmad. (2017). Pengaruh pengetahuan isi kandungan terhadap aplikasi pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru Sejarah. International Conference on Global Education V “Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”, 2457-2473. Naquiah Nahar dan Jimaain Safar. (2017). Penguasaan Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge): Pemangkin Keterampilan Pedagogi Jawi Berkesan Abad Ke-21. Jurnal Teknikal dan dan Sains Sosial, Bil.1, Jilid 1, Dis.2017. Nor Asniza Binti Ishak (2017). Perancangan Pengajaran Guru Prauniversiti Tingkatan Enam Dalam Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 12. IPG Kampus Ipoh. Noor Shamshinar Zakaria et al. (2017). Kompetensi Guru Pelatih Dalam Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Norhisham Muhamad, Nur Haiza Izhar, Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. (2022). Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 6, No. 1 (2022), 24-36. Norshafinaz Abdul Sani & Faridah Yunus (2018). Amalan Perancangan, Pelaksanaan dan Pentaksiran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pranumerasi di Tadika Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(2)(2018): 101-110 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 120 PENERAPAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH Syed Lamsah Syed Chear 1*, Norsyahida Mat Nazir 2 , Muhamad Shafiq Shapian 3 , Nor Syamila Syahira Mohd Nor 4 dan Sareena Hanim Hamzah 5 1,2,3,4 Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor 5 Fakulti Sains Sukan dan Eksesais, Universiti Malaya Emel : [email protected] ABSTRAK Kanak-kanak aktif fizikal secara semula jadi, namun kemahiran pergerakan fizikal mereka tidak berkembang secara spontan. Langkah-langkah bersifat intervensi adalah perlu untuk membolehkan kanak-kanak yang tidak aktif mempunyai tahap aktif fizikal yang sama seperti kanak-kanak cergas lain. Peranan guru prasekolah amat penting untuk memastikan kanakkanak aktif fizikal dan meneruskan tabiat tersebut pada masa akan hadapan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap penglibatan dan kefahaman guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti fizikal serta kemampuan mereka untuk menerapkan aktiviti fizikal dalam pengajaran. Pengumpulan data kajian menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada guru prasekolah di daerah Kuala Selangor, Selangor. Borang soal selidik terdiri dari dua bahagian iaitu 8 item maklumat guru dan 32 item kesediaan menerapkan kemahiran aktiviti fizikal dalam pengajaran. Ukuran kesediaan guru menerapkan kemahiran aktiviti fizikal dalam pengajaran diukur berdasarkan 8 domain iaitu ekspresi diri, minat, pengaruh rakan sekerja dan institusi, persekitaran di tadika, pendekatan pengajaran bermain, kemahiran mengajar, dan kesinambungan PdP. Maklum balas diperoleh daripada 50 orang guru daripada prasekolah Sekolah Kebangsaan, Tabika Kemas dan tadika-tadika swasta. Amnya majoriti guru mempunyai latar belakang aktif bersukan serta menyedari kepentingan menerapkan aktiviti fizikal dalam pengajaran. Tahap kesediaan guru prasekolah untuk menerapkan aktiviti fizikal adalah baik. Skor tertinggi dicatatkan untuk domain persekitaran organisasi, kesinambungan PdP dan kesedaran terhadap kepentingan menerapkan aktiviti fizikal dalam PdP. Skor yang lebih rendah adalah bagi domain pengaruh rakan dan minat. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan bagi pembuat dasar, institusi latihan dan pendidikan, serta para pengusaha tadika untuk merangka program latihan yang diperlukan oleh guru-guru. Kata kunci: Prasekolah, aktiviti fizikal, strategi pengajaran, latihan guru APPLICATION OF PHYSICAL ACTIVITY IN TEACHING AND LEARNING IN PRESCHOOL ABSTRACT Children are physically active by nature, but their physical movement skills do not develop spontaneously. Interventional measures are necessary to enable inactive children to have the same level of physical activity as other active children. The role of preschool teachers is very important to ensure that children are physically active and continue those habits in the future. The objective of this study is to assess the level of involvement and understanding of preschool teachers regarding the importance of physical activity as well as their ability to apply physical activity in teaching. Research data collection using questionnaires distributed


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 121 to preschool teachers in the district of Kuala Selangor, Selangor. The questionnaire consists of two parts, namely 8 items of teacher information and 32 items of willingness to apply physical activity skills in teaching. The measure of teachers' willingness to apply physical activity skills in teaching is measured based on 8 domains, namely self-expression, interest, influence of colleagues and institutions, environment in kindergarten, play teaching approach, teaching skills, and continuity of PdP. Feedback was obtained from 50 teachers from Sekolah Kebangsaan preschools, Tabika Kemas and private kindergartens. Generally, the majority of teachers have an active background in sports and are aware of the importance of incorporating physical activity into teaching. The level of readiness of preschool teachers to implement physical activities is good. The highest scores were recorded for the domains of organizational environment, continuity of PdP and awareness of the importance of incorporating physical activity in PdP. Lower scores were for the domains of friends' influence and interests. The results of this study can be used as a guide for policy makers, training and education institutions, as well as kindergarten operators to design training programs needed by teachers. Keywords: preschool, physical activity, teaching strategies, teacher training PENDAHULUAN Aktiviti fizikal (PA) adalah penting untuk kanak-kanak dalam mencapai hasil kesihatan yang positif dan terdapat bukti yang semakin meningkat menunjukkan bahawa PA dan kecergasan memainkan peranan penting dalam perkembangan otak kanak-kanak dan prestasi akademik (Chow et al., 2015) termasuk kemahiran sosial (Ozyurek et al., 2015). Walau pun terdapat ramai kanak-kanak menghadiri prasekolah di seluruh dunia, tetapi sedikit yang diketahui tentang penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal di prasekolah atau faktor-faktor yang mempengaruhinya, terutamanya semasa sesi pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Hinkley et al. (2008), kanak-kanak lelaki lebih aktif daripada kanak-kanak perempuan, kanak-kanak dengan ibu bapa yang aktif cenderung menjadi lebih aktif, dan kanak-kanak yang menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah lebih aktif daripada kanak-kanak yang menghabiskan lebih sedikit masa di luar rumah. Manakala umur dan BMI (Body Mass Index) ditunjukkan secara konsisten tidak mempunyai pertalian dengan aktiviti fizikal kanak-kanak prasekolah. Kebanyakan pusat pendidikan awal kanak-kanak memberi tanggungjawab kepada guru untuk melaksanakan aktiviti kemahiran motor kasar bagi memastikan kanak-kanak berpeluang untuk terlibat dengan aktiviti fizikal di prasekolah (Brian et al., 2018). Namun kebanyakan guru beranggapan bahawa tahap kemahiran mereka adalah di bawah purata kecekapan. Rumusan yang dilakukan oleh Brian et al. adalah berbeza dengan dapatan kajian yang lebih terkini oleh Senol (2021) dan Chin et al., (2019). Kajian oleh Senol (2021) terhadap guru-guru prasekolah di Turkeye mendapati bahawa kebanyakan guru prasekolah mempunyai pendapat positif mengenai aktiviti fizikal, menyedari kepentingan aktiviti fizikal dalam aktiviti bilik darjah, dan kalangan mereka mampu melaksanakan aktiviti fizikal secara teratur dan dalam pelan sistematik. Manakala Chin et al. yang melakukan kajian terhadap guru-guru pelatih di prasekolah di Sarawak, Malaysia mendapati bahawa guru pelatih prasekolah dapat merancang dan mengajar aktiviti fizikal yang selaras dengan salah satu daripada enam bidang pembelajaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu pembangunan fizikal yang berlandaskan kepada kemahiran psikomotor, kognitif dan sosial kanak-kanak. Ini disebabkan oleh pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum, dan praktikum yang disediakan oleh


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 122 Institut Pendidikan Guru dan sekolah-sekolah. Namun demikian, Chin et al., (2019) tetap menyarankan bahawa program PA perlu dimasukkan dan diutamakan di semua tadika dan pusat jagaan harian dan pendidik awal kanak-kanak juga perlu diberi latihan mengenai kepentingan aktiviti fizikal dan peranannya dalam pembangunan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat untuk membantu mengurangkan kadar obesiti kanak-kanak di Malaysia. Berdasarkan kepada Buku Panduan Guru, Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016), guru prasekolah perlu merancang dan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi melaksanakan aktiviti luar yang terdiri daripada aktiviti fizikal dan main bebas. Peruntukan masa untuk aktiviti fizikal ialah 30 minit bagi setiap sesi dan dilaksanakan 2 kali seminggu, manakala main bebas ialah 20 minit bagi setiap sesi dan dilaksanakan 3 kali seminggu. Pelaksanaan aktiviti fizikal adalah berdasarkan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika meliputi kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, kemahiran manipulatif dan pergerakan berirama. Main bebas memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas tentang apa, bila dan bagaimana untuk bermain. Mereka juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan semasa bermain. PENYATAAN MASALAH Permasalahan kajian ini berkait dengan isu perubahan gaya hidup masa kini yang menyebabkan kanak-kanak semakin kurang melakukan aktiviti fizikal. Kanak-kanak melalui sebahagian besar masa sehariannya di prasekolah. Oleh yang demikian persekitaran di prasekolah menjadi penting bagi menyokong tabiat aktif fizikal dan perkembangan tingkah laku sihat kalangan kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak aktif fizikal secara semula jadi, namun kemahiran pergerakan fizikal mereka tidak berkembang secara spontan. Pergerakan fizikal kanak-kanak perlu diajar, diamalkan dan diperkukuhkan secara teratur dan sistematik. Langkah-langkah bersifat intervensi adalah perlu untuk membolehkan kanak-kanak yang tidak aktif mempunyai tahap aktif fizikal yang sama seperti kanak-kanak cergas lain. Maka peranan guru prasekolah amat penting untuk memastikan kanak-kanak aktif fizikal dan meneruskan tabiat tersebut pada masa akan hadapan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kesedaran guru terhadap kepentingan aktiviti fizikal serta kemampuan mereka untuk menerapkan aktiviti fizikal dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). SOALAN KAJIAN Soalan kajian adalah: 1. Bagaimanakah tahap keaktifan dan minat guru melakukan aktiviti fizikal? 2. Bagaimanakah tahap kesediaan guru menerapkan aktiviti fizikal dalam pengajaran? Kajian ini berlandaskan teori Self-Determination Theory (SDT) (Ryan et al., 2009; Ryan & Deci, 2000; Van den Broeck et al., 2016). Teori ini memberi penekanan kepada aspek kualiti motivasi berbanding kuantiti motivasi untuk guru-guru menerapkan aktiviti fizikal dalam PDP. Kuantiti motivasi dikaitkan kepada desakan luaran seperti arahan pengurusan, manakala


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 123 kualiti motivasi merupakan keinginan dalaman atau kesedaran diri sendiri. Desakan luaran dikatakan memberi kesan jangka pendek berbanding kesedaran dalaman yang akan mempengaruhi guru bagi tempoh jangka panjang. KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan cara mendapatkan maklum balas daripada kalangan guru di institusi-institusi prasekolah yang berbeza latar belakang iaitu Sekolah Kebangsaan, Tabika Kemas dan Tadika Swasta. Instrumen Kajian Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A adalah untuk mendapatkan latar belakang responden mencakupi lapan item iaitu (i) kategori institusi, (ii) tahap kelayakan/kelulusan, (iii) bidang pengajian, (iv) tempoh perkhidmatan, (v) minat terhadap aktiviti fizikal (sebelum berkhidmat),, (vi) minat terhadap aktiviti fiziikal (semasa berkhidmat), (vii) sukan/aktiviti fizikal yang diminati dan (viii) Kekerapan melakukan aktiviti fizikal dan terapan dalam PdP. Bahagian B borang soal selidik adalah untuk mengukur tahap kesediaan guru menerapkan aktiviti fizikal dalam PdP berdasarkan lapan domain iaitu (i) ekspresi diri, (ii) minat, (iii) pengaruh rakan, (iv) persekitaran organisasi, (v) kesedaran diri, (vi) pendekatan PdP, (vii) kesinambungan pengajaran dan (viii) kemahiran mengajar. Setiap domain terdiri daripada empat item soalan. Lapan domain ini dianggap sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan guru untuk menerapkan aktiviti fizikal dalam PdP. Rajah 1. Kerangka konsep kajian Maklum balas responden adalah berdasarkan lima skala persetujuan iaitu (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) setuju, (4) sangat setuju dan (5) sangat sangat setuju. Penyusunan sebegini mematuhi prinsip skala Likert (Boone & Boone, 2012). Bentuk dan skop soalan telah mempertimbangkan keperluan maklumat yang diinginkan, latar belakang responden, kesediaan responden untuk memberikan maklumbalas dan ketepatan jawapan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 124 yang diinginkan dan pengaruh persekitaran (Farooq, 2018; Roopa & Rani, 2012; Sreejesh et al., 2014). Pekali Alpha Cronbach digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan borang soal selidik seperti disarankan oleh Wadkar et al., (2016) kerana ia dikatakan sesuai untuk bidang sains sosial. Analisis dibuat secara berasingan berdasarkan domain setiap kajian kerana ia dianggap lebih tepat dan memberi lebih makna berbanding jika dinilai secara keseluruhan (Gliem & Gliem, 2003). Nilai pekali Alpha Cronbach bagi setiap domain adalah seperti di Jadual 1. Didapati nilai pekali alpha bagi setiap domain adalah tinggi kecuali untuk domain ekspresi diri. Jadual 1. Nilai pekali Alpha Cronbach bagi setiap domain soal selidik Domain Item Nilai Alpha Ekspresi diri 1, 2, 3, 4 0.472 Minat 5, 6, 7, 8 0.790 Pengaruh rakan sekerja dan institusi 9, 10, 11, 12 0.923 Persekitaran di prasekolah 13, 14, 15, 16 0.900 Kesedaran diri terhadap PdP 17, 18, 19, 20 0.957 Kemahiran mengajar guru 21, 22, 23, 24 0.957 Pendekatan pengajaran bermain 25, 26, 27, 28 0.955 Kesinambungan pendekatan pengajaran bermain 29, 30, 31, 32 0.924 Analisis Data Analisis maklumat latar belakang responden di Bahagian A borang soal selidik amnya menggunakan statistik mudah iaitu nilai kekerapan dan peratusan. Maklum balas responden di Bahagian B borang soal selidik memfokus kepada nilai mean setiap domain iaitu berdasarkan nilai purata bagi setiap empat item yang terdapat dalam setiap domain. DAPATAN KAJIAN Seramai 50 orang guru telah mengembalikan borang soal selidik iaitu 5 daripada Sekolah Kebangsaan (10%), 2 Tabika Kemas (4%) dan 43 daripada tadika-tadika swasta (86%). Amnya sebilangan besar responden memiliki kelayakan diploma (22, 44%) dan sarjana muda (17, 34%). Kelayakan lain adalah Sijil Pelajaran Malaysia (6, 12%), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (4, 8%) dan sarjana/doktor falsafah (1, 2%). Bidang kelayakan ini didapati berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak (37, 74%). Responden juga didapati berpengalaman iaitu 2 – 5 tahun (18, 36%), 5 – 10 tahun (12, 24%) dan lebih 10 tahun (9, 18%). Soalan Kajian 1. Minat guru terhadap aktiviti fizikal Berdasarkan nilai mean, minat responden terhadap aktiviti fizikal didapati meningkat daripada 5.92 sebelum berkhidmat kepada 8.4 semasa berkhidmat sebagai guru prasekolah. Responden lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan aktiviti fizikal secara berkumpulan berbanding aktiviti yang dilakukan secara berseorangan. Nilai kekerapan mingguan bagi responden melakukan aktiviti fizikal adalah bersenam (2.76), larian riadah (2.24), berbasikal (1.98), bersukan (2.2) dan bertanding (1.4). Ini menunjukkan bahawa kalangan responden hanya melakukan aktiviti fizikal intensiti rendah iaitu bersenam dan larian riadah dan jarang-jarang terlibat dengan aktiviti fizikal intensiti tinggi seperti bersukan dan bertanding.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 125 Soalan Kajian 2. Penerapan aktiviti fizikal dalam PdP Hampir separuh daripada responden menerapkan aktiviti fizikal dalam 5-8 slot pengajaran (40%), 1-4 slot (22%) dan 9-12 slot (20%). Amnya responden mencatatkan skor yang baik bagi setiap domain iaitu melebihi nilai 3.55 daripada skor 5 skala seperti ditunjukkan di Rajah 2. Skor tertinggi adalah domain persekitaran organisasi (4.47), kesinambungan PdP (4.41) dan kesedaran terhadap kepentingan menerapkan aktiviti fizikal dalam PdP (4.33). Skor yang lebih rendah adalah kemahiran mengajar (3.91), pengaruh rakan dan institusi (3.7) dan minat (3.55). Rajah 2. Skor lapan domain tahap kesediaan guru menerapkan aktiviti fizikal dalam PdP berdasarkan skala 1 – 5 PERBINCANGAN Aktiviti fizikal di prasekolah secara umumnya dapat dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu secara langsung dan terapan. Kaedah secara langsung bermaksud ia telah dijadualkan selaras dengan sukatan kurikulum yang lazimnya berlaku di luar bilik darjah. Kaedah secara terapan pula merujuk kepada perlaksanaan aktiviti fizikal yang seiring dengan hasil pembelajaran dan strategi PdP bagi sesuatu mata pelajaran dan terjadi di dalam bilik darjah. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sememangnya telah menyediakan peruntukan masa bagi sesebuah prasekolah menganjurkan aktiviti fizikal untuk kanak-kanak (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Namun demikian objektif yang diharapkan hanya akan tercapai sekiranya institusi prasekolah mampu menyediakan persekitaran yang memberangsangkan untuk kanak-kanak untuk aktif melakukan aktiviti fizikal. Menurut Chear et al., (2021), kemampuan prasekolah khususnya tadika-tadika swasta untuk mengurus peralatan dan taman permainan adalah pada tahap pertengahan dan situasi sebegini sedikit-sebanyak akan membataskan keinginan dan kebebasan kanakkanak untuk melakukan aktiviti fizikal di prasekolah. Munurut Hardiyanti dan Ilham (2019),


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 126 guru-guru juga akan terkesan sekiranya persekitaran dan peralatan yang diperlukan tidak disediakan. Namun demikian guru-guru masih berpeluang menganjurkan aktiviti fizikal secara tersusun di dalam bilik darjah khususnya semasa tempoh pertukaran mata pelajaran seperti disarankan oleh Chow et al., (2015) dan Van Cauwenberghe et al., (2013). Tindakan ini sangat penting kerana menurut Chow et al., tingkah laku dan pergerakan kanak-kanak prasekolah 76% adalah duduk, 13% berdiri dan hanya 11% melakukan aktiviti fizikal yang lazimnya berintensiti rendah. Van Cauwenberghe et al., (2013) pula menjelaskan aktiviti fizikal secara terancang yang dilakukan oleh guru terlatih bersama kanak-kanak di prasekolah akan mempengaruhi tahap keaktifan kanak-kanak di luar waktu persekolahan. KESIMPULAN Responden guru menunjukkan peningkatan minat untuk terlibat dengan aktiviti fizikal selepas menceburi kerjaya sebagai guru prasekolah. Namun penglibatan mereka adalah terhad kepada aktiviti fizikal berintensiti rendah iaitu bersenam dan larian riadah. Hampir separuh daripada responden menerapkan aktiviti fizikal dalam 5-8 slot pengajaran (40%), 1- 4 slot (22%), dan 9-12 slot (20%). Tahap kesediaan guru prasekolah untuk menerapkan aktiviti fizikal adalah baik. Skor tertinggi dicatatkan untuk domain persekitaran organisasi, kesinambungan PdP dan kesedaran terhadap kepentingan menerapkan aktiviti fizikal dalam PdP. Skor yang lebih rendah adalah bagi domain pengaruh rakan dan minat. Pentadbir prasekolah dan pembuat dasar disaran untuk mengambil langkah lebih pro aktif untuk meningkatkan minat dan sikap ambil berat guru prasekolah terhadap inisiatif untuk menerapkan aktiviti fizikal dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Rujukan Boone, H. N., & Boone, D. A. (2012). Analyzing Likert data. Journal of Extension, 50(2). https://www.joe.org/joe/2012april/pdf/JOE_v50_2tt2.pdf Brian, A., Pennell, A., Sacko, R., & Schenkelburg, M. (2018). Preschool teachers’ preparedness for knowing, enabling, and meeting the active start guidelines for physical activity. Journal of Motor Learning and Development, 6(2), 333–344. https://doi.org/10.1123/jmld.2017-0033 Chear, S. L. S., Hamzah, S. H., Yusof, N. M., & Nordin, N. (2021). Permuafakatan ibu bapa dan kejiranan untuk meningkatkan kualiti penyelenggaraan dan tahap keselamatan taman permainan di tadika swasta. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 10(1), 1–15. Chin, N. S., Nicholaus, J. A. G., Wee, E. H., & Kuan, G. (2019). Teaching physical activity in Pre-school education: A case study in the state of Sarawak, Malaysia. FÉDÉRATION INTERNATIONALE D ´ É DUCATION PHYSIQUE Physical Education in Early Childhood Education and Care Researches – Best Practices, November, 377–386. Chow, B. C., McKenzie, T. L., & Louie, L. (2015). Physical activity and its contexts during preschool classroom sessions. Advances in Physical Education, 05(03), 194–203. https://doi.org/10.4236/ape.2015.53024 Farooq, R. (2018). How to design and frame a questionnaire. Innovations in Measuring and Evaluating Scientific Information, September, 50–60. https://doi.org/10.4018/978-1- 5225-3457-0.ch004


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 127 Gliem, J. A., & Gliem, R. R. (2003). Calculating, Interpreting, and Reporting Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert-Type Scales. Midwest Research to Practice Conference in Adult, Continuing, and Community Education. Hardiyanti, W. E., & Ilham, M. (2019). A qualitative study of teachers’ perceptions of children’s physical activity and learning in preschool. Al-Izzah: Jurnal Hasil-Hasil Penelitian, 14(2), 141–151. https://doi.org/10.31332/ai.v14i2.1524 Hinkley, T., Crawford, D., Salmon, J., Okely, A. D., & Hesketh, K. (2008). Preschool children and physical activity. A review of correlates. American Journal of Preventive Medicine, 34(5). https://doi.org/10.1016/j.amepre.2008.02.001 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku Panduan Guru: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). In Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/02/DSKP-KSSRSEMAKAN-2017-MATEMATIK-TAHUN-4.pdf Ozyurek, A., Ozkan, I., Begde, Z., & Yavuz, N. F. (2015). Effects of physical training on social skill levels of preschool children. Journal of Sports Science, 3(6), 282–289. https://doi.org/10.17265/2332-7839/2015.06.003 Roopa, S., & Rani, M. (2012). Questionnaire designing for a survey. The Journal of Indian Orthodontic Society, 46(4), 273–277. https://doi.org/10.5005/jp-journals-10021-1104 Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Self-determination theory and the facilitation of intrinsic motivation, social development and well-being. American Psychologist, 55(1), 68–78. https://doi.org/10.4324/9780429052675-23 Ryan, R. M., Williams, G. C., Patrick, H., & Deci, E. L. (2009). Self-determination theory and physical activity: The dynamics of motivation in development and wellness. Hellenic Journal of Psychology, 6, 107–124. Senol, F. B. (2021). Physical activity and preschool children: Preschool teachers’ perceptions. Southeast Asia Early Childhood Journal, 10(2), 132–146. http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ Sreejesh, S., Mohapatra, S., & Anusree, M. R. (2014). Questionnaire Design. In Business Research Methods (pp. 143–159). Springer International Publishing. https://doi.org/10.1007/978-3-319-00539-3_5 Van Cauwenberghe, E., De Craemer, M., De Decker, E., De Bourdeaudhuij, I., & Cardon, G. (2013). The impact of a teacher-led structured physical activity session on preschoolers’ sedentary and physical activity levels. Journal of Science and Medicine in Sport, 16(5), 422–426. https://doi.org/10.1016/j.jsams.2012.11.883 Van den Broeck, A., Ferris, D. L., Chang, C. H., & Rosen, C. C. (2016). A review of selfdetermination theory’s basic psychological needs at work. Journal of Management, 42(5), 1195–1229. https://doi.org/10.1177/0149206316632058


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 128 Wadkar, S. K., Singh, K., Chakravarty, R., & Argade, S. D. (2016). Assessing the reliability of attitude scale by Cronbach’s Alpha. Journal of Global Communication, 9(2), 113. https://doi.org/10.5958/0976-2442.2016.00019.7


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 129 PERUBAHAN SIKAP MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS TERHADAP MATA PELAJARAN ENGLISH FOR COMMUNICATION DENGAN PENGGUNAAN KAEDAH “I-PICK” Norizan Saed Ahmad1*, Norshidah Abu Husin2 PhD dan Fatimah binti Mustaffa3 PhD 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya Besar, Kulim, Kedah 2,3 Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka Emel : [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) terhadap pembelajaran berasaskan kaedah I-pick dalam matapelajaran English for Communication. Ilustrasi Piktorial (I-pick) merupakan satu kaedah pengajaran inovatif yang digunakan dalam kajian ini untuk meningkatkan tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif kaedah kajian tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan Ujian t-test digunakan untuk mengukuhkan data kajian. Sampel bertujuan digunakan dalam kajian ini. Seramai enam orang MBPK kategori slow learner yang mengikuti kelas KSSMPK Tingkatan 1 di SMK Jalan Paya Besar dipiih sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan sikap MBPK dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan I-pick adalah positif dengan (min= 4.02, S.D.= 0.909). Ini membuktikan kaedah I-pick berjaya meningkatkan tahap minat MBPK untuk mempelajari English for Communication dengan lebih baik. Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa sikap yang positif terhadap pembelajaran English for Communication berasaskan I-pick berjaya meningkatkan minat dan memperbaiki keupayaan berbahasa Inggeris dalam kalangan MBPK. Kata Kunci: Perubahan, sikap, murid berkeperluan Pendidikan Khas, english for communication, I-pick CHANGE IN THE ATTITUDE OF STUDENTS IN NEED OF SPECIAL EDUCATION TOWARDS THE COURSE OF ENGLISH FOR COMMUNICATION USING THE "I-PICK" METHOD ABSTRACT This study aims to identify the attitude of students with special educational needs (SED) towards learning based on the I-pick method in the English for Communication subject. Pictorial Illustration (I-pick) is an innovative teaching method used in this study to improve the level of English vocabulary mastery of students with special educational needs (SE). This study uses a quantitative survey research method design using a questionnaire as a research instrument. The data was analyzed descriptively and the t-test was used to strengthen the study data. A purposive sample was used in this study. A total of six MBPK students in the slow learner category who attended the KSSMPK Form 1 class at SMK Jalan Paya Besar were selected as study respondents. The findings of the study show that MBPK's attitude in the implementation of I-pick based learning is positive with (mean= 4.02, S.D.= 0.909). This proves that the I-pick method has successfully increased MBPK's level of


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 130 interest in learning English for Communication better. Finally, it can be concluded that a positive attitude towards learning English for Communication based on I-pick successfully increases interest and improves English speaking ability among MBPK. Keywords: Change, Attitude, Pupils with Special Educational Needs, English for Communication, I-pick PENDAHULUAN Penekanan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua merupakan matlamat utama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan tenaga kerja mahir setanding dunia. Malah Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang diperkenalkan pada tahun 2017 turut memberi tumpuan dalam meningkatkan keupayaan MBPK untuk menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris menerusi kurikulum English for Communication. Keupayaan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris memerlukan seseorang untuk menguasai kosa kata dan seterusnya faham kegunaan kosa kata tersebut mengikut konteks. Dalam hal ini, MBPK sememangnya menghadapi masalah dalam aspek pemerolehan bahasa. Pemahaman yang lemah terhadap kosa kata Bahasa Inggeris menghalang MBPK untuk berkomunikasi dengan baik. Kajian Gorard & Siddiqui (2018) mendapati penguasaan dan pemahaman kosa kata Bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan MBPK menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik malah mempengaruhi keupayaan untuk berkomunikasi dan mempengaruhi pencapaian mereka dalam akademik. Menurut Asrifan et al., (2020), sikap MBPK terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris menjadi punca utama kegagalan penguasaan Bahasa Inggeris. Mereka tiada minat langsung untuk belajar dan menguasai Bahasa Inggeris kerana bagi mereka Bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang susah, berbelit-belit dan memeningkan kepala. Mereka juga tidak nampak akan kepentingan Bahasa Inggeris yang mengakibatkan mereka tidak ingin belajar Bahasa Inggeris. Selain itu, mind-set dan cara belajar yang salah turut mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan MBPK (Bai et al., 2021). Hal ini kerana MBPK tidak didedahkan dengan kaedah atau teknik pdpc penguasaan Bahasa Inggeris yang menarik, mudah dan menyeronokkan mengikut tahap keupayaan mereka (Ramdania et al., 2021). Akibatnya MBPK hilang minat dan mereka mengambil langkah mudah untuk mengabaikan bahasa ini selamanya (As-Maskari et al., 2018). Tiadanya kemahiran menggunakan kamus turut menjadi salah satu punca penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan MBPK (Wilson et al., 2018). Penekanan penggunaan kamus semakin hilang dalam kalangan murid sekolah khasnya MBPK. Bahkan ada yang tidak tahu apa itu kamus. Keadaan ini menyebabkan MBPK memiliki daftar kata yang terhad (O’Connor et al., 2019). Pengaruh persekitaran juga turut mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan MBPK (Maruf et al. 2020). Tiadanya suasana persekitaran yang menyokong pembelajaran Bahasa Inggeris menyebabkan MBPK kian hanyut dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Menurut Maruf et al (2020), taraf pendidikan ibu bapa dan tiadanya penekanan kepentingan belajar Bahasa Inggeris dari ahli keluarga turut menyebabkan MBPK tidak dapat menguasai kemahiran asas berbahasa Inggeris.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 131 Kurangnya atau tiadanya penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian turut menyebabkan MBPK sukar untuk menguasai Bahasa Inggeris (Vaughn et al., 2019). Maka, stigma “belajar tetapi tidak guna” Bahasa Inggeris perlu dikikis dari minda MBPK agar mereka dapat menguasai asas bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, Smith (2012) mendapati elemen motivasi merupakan faktor yang sangat penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan dalam pembelajaran bahasa kedua. Menurut Xuan et al., (2018), motivasi secara tidak langsung mempengaruhi minat dan kecenderungan seseorang murid untuk menguasai strategi pembelajaran. Di samping itu, motivasi akan menjadi kuasa pembelajaran, penetapan matlamat dan kegigihan dalam pembelajaran (Rahardjo & Pertiwi 2020). Kajian McCormick dan James (1989) pula telah mengenal pasti beberapa keperluan utama yang dapat membantu membina motivasi pelajar dalam Bahasa Inggeris iaitu:- a. keperluan rangsangan persekitaran, idea, fikiran dan perasaan dari orang lain; b. keperluan pengetahuan untuk pencapaian; c. keperluan memproses dan menginternalisasi hasil penerokaan, manipulasi, aktiviti, dan rangsangan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah dan sistem pengetetahun; d. keperluan peningkatan egi untuk diri dikenali dan diterima orang lain. Konklusinya dapat disimpulkan bahawa penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris MBPK berkait rapat dengan esteem kendiri. Oleh yang demikian, elemen motivasi dijadikan agen penggerak agar MBPK ini tidak terus hanyut dalam mentaliti ketidakupayaan mereka sendiri tentang Bahasa Inggeris. PENYATAAN MASALAH Sepanjang pengalaman pengkaji mengajar MBPK, pengkaji mendapati bahawa MBPK menghadapi masalah untuk menguasai kosa kata Bahasa Inggeris berikutan mereka tidak faham dan tidak tahu menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan. Malah tiadanya minat untuk menguasai komunikasi mudah dalam Bahasa Inggeris dan “mind-set” subjek Bahasa Inggeris adalah susah juga menjadi salah satu sebab mengapa MBPK ini sering gagal dalam peperiksaan. Keadaan ini semakin lama menjadi teruk apabila tiada pengukuhan pengajaran di rumah dengan bimbingan ibu bapa. Lebih merunsingkan pengkaji apabila Pengajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) dilaksanakan pada tahun 2017. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (English for Communication) ini memerlukan murid berkeperluan khas ini menguasai kemahiran asas berkomunikasi. Kurikulum ini bukan sahaja menjadi beban kepada murid ini malah menjadi satu cabaran kepada pengkaji untuk mencari satu kaedah yang dapat membantu mereka menguasai Bahasa Inggeris secara mudah tanpa tekanan. Malah semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan, MBPK tidak dapat memberi jawapan secara lisan mahupun bertulis untuk kosa kata Bahasa Inggeris yang mudah. Lebih membimbangkan apabila MBPK yang mengikuti KSSMPK Tingkatan 1 ini tidak dapat memahami serta menjawab soalan mudah dalam Bahasa Inggeris. Mereka menganggap Bahasa Inggeris sesuatu yang sukar dan menyusahkan. Mereka hanya menjawab soalan berbentuk ilustrasi atau piktorial. Kekangan ini mendorong pengkaji mencari satu kaedah pengajaran alternatif yang berlandaskan minat murid pada ilustrasi atau gambar untuk menarik minat mereka kepada subjek Bahasa Inggeris.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 132 Oleh itu, pengkaji menjalankan intervensi modul yang diberi nama “I-pick” bagi MBPK yang mengalami kesukaran untuk menguasai kosa kata Bahasa Inggeris. Pendekatan “I-pick” diaplikasikan untuk menarik minat dan seterusnya membantu MBPK dalam menguasai kosa kata Bahasa Inggeris dengan mudah dan menyeronokkan secara tidak langsung. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perubahan sikap MBPK (kefungsian sederhana) terhadap matapelajaran English for Communication (EFC) Tingkatan 1 selepas penggunaan kaedah I-pick. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:- 1. mengenal pasti perubahan sikap MBPK yang mengikuti kaedah pembelajaran I-pick berdasarkan jantina. 2. mengenal pasti perubahan sikap MBPK yang mengikuti kaedah pembelajaran I-pck berdasarkan kaum. 3. mengenal pasti perubahan sikap MBPK yang mengikuti kaedah pembelajaran I-pick berdasarkan peruntukan masa belajar Bahasa Inggeris di rumah. PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah terdapat perbezaan perubahan sikap MBPK terhadap EFC menggunakan I-pick berdasarkan jantina? 2. Adakah terdapat perbezaan perubahan sikap MBPK terhadap EFC menggunakan I-pick berdasarkan kaum? 3. Adakah terdapat perbezaan perubahan sikap MBPK terhadap EFC menggunakan I-pick berdasarkan masa mengulamgkaji di rumah? HIPOTESIS KAJIAN H01 - Tidak terdapat perbezaan perubahan sikap MBPK terhadap EFC menggunakan Ipick berdasarkan jantina. Hₒ₂ - Tidak terdapat perbezaan perubahan sikap MBPK terhadap EFC menggunakan Ipick berdasarkan kaum. Hₒ₃ - Tidak terdapat perbezaan perubahan sikap MBPK terhadap EFC menggunakan Ipick berdasarkan masa mengulangkaji Bahasa Inggeris di rumah.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 133 KAEDAH KAJIAN Kajian ini ialah kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen kajian soal selidik. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang mencari satu jalan penyelesaian bagi masalah pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Sampel bertujuan digunakan dalam kajian ini kerana MBPK yang mengikuti KSSMPK sahaja dipilih menjadi sampel kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada enam orang MBPK yang mengikuti English for Communication KSSMPK Tingkatan 1 di SMK Jalan Paya Besar. Sampel terdiri daripada kategori murid berkeperluan pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang dapat menerima pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan guru dalam bilik darjah secara tertib. Pengkaji menguji keberkesanan “I-pick” setiap kali kelas English for Communication dijalankan. Konsep 4C (creativity, critical thinking, collaboration and communication) diaplikasikan dalam kaedah pengajaran English for Communication agar kaedah kajian ini memenuhi kriteria pembelajaran Abad-21. Rajah 1 menunjukkan model 4C yang diterapkan dalam kajian ini. Rajah 1: Model 4C (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) Tempoh pemerhatian adalah selama sejam setiap seminggu dan dijalankan selama 3 bulan. Kajian tindakan ini dijalankan dari 15 Mac 2022 hingga 15 Jun 2022. Kajian ini juga melibatkan kerjasama ibu bapa, guru-guru kelas serta MBPK yang berkeupayaan tinggi untuk membimbing MBPK (kefungsian sederhana) dalam menguasai kosa kata dan komunikasi yang mudah dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti pengukuhan dirancang agar kaedah yang diaplikasikan dapat membantu MBPK berkeupayaan sederhana ini menguasai kosa kata Bahasa Inggeris dengan baik tanpa masalah dan dapat membantu mereka memahami komunikasi mudah dalam Bahasa Inggeris. DAPATAN KAJIAN Kajian ini menunjukkan beberapa hasil dapatan kajian berkaitan dengan demografi responden, tahap sikap dan minat MBPK terhadap pembelajaran berasaskan kaedah “Ipick” yang dilaksanakan semasa kelas English for Communication. Data kuantitatif dianalisis


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 134 secara deskriptif dan inferensi serta dilaporkan menggunakan min dan sisihan piawai (SP). Jadual 1 menunjukan nilai interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini. Jadual 1: Skala Interpretasi Skor Purata Min Sikap MBPK Julat Skor Min Tahap 1.00 - 2.34 Rendah 2.35 - 3.67 Sederhana 3.68 – 5.00 Tinggi (Sumber: Nur Adibah Abdullah et al., 2020) Jadual 2 di bawah membincangkan maklumat demografi responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan responden perempuan adalah lebih ramai iaitu 4 orang (66.7%) berbanding responden lelaki hanya seramai 2 orang (33.3%) sahaja. Dapatan ini juga menunjukkan bilangan sampel hanya terdiri daripada kaum Melayu (66.7%) dan India (33.3%) sahaja. Selain itu, peruntukkan masa belajar Bahasa Inggeris dirumah kurang dari 1 jam seminggu menunjukkan peratus yang tinggi (50.0%), berbanding peruntukan belajar Bahasa Inggeris 1-3 jam seminggu (33.3%) dan lebih 3 jam seminggu (16.7%). Jadual 2 : Taburan Responden Berdasarkan Jantina, Kaum dan Peruntukkan Masa Belajar Bahasa Inggeris di Rumah Demografi Responden N % Jantina Lelaki 2 33.3 Perempuan 4 66.7 Kaum Melayu 4 66.7 India 2 33.3 Peruntukan Masa Ulang Kaji di Rumah Kurang dari 1 jam seminggu 3 50.0 1-3 jam seminggu 2 33.3 Lebih 3 jam seminggu 1 16.7 Perubahan Sikap MBPK Terhadap Matapelajaran English For Communication Dengan Penggunaan Kaedah I-Pick Jadual 3 : Tahap Sikap MBPK Terhadap Kaedah I-pick Item Min S.P. Interpretasi Saya suka belajar Bahasa Inggeris. 4.18 0.806 Tinggi Belajar Bahasa Inggeris adalah penting. 4.13 0.800 Tinggi Saya sangat fokus pada Bahasa Inggeris semasa guru mengajar. 4.11 0.773 Tinggi Saya memerlukan bahasa Inggeris dalam pekerjaan masa depan. 4.00 0.899 Tinggi Saya meluangkan sebanyak mungkin masa untuk belajar Bahasa Inggeris. 4.20 0.830 Tinggi Belajar Bahasa Inggeris adalah bermanfaat. 4.21 0.819 Tinggi Saya akan menggunakan Bahasa Inggeris pada masa hadapan. 4.21 0.751 Tinggi Bahasa Inggeris penting untuk dipelajari kerana bahasa antarabangsa. 4.21 0.760 Tinggi Saya rasa bahasa Inggeris perlu untuk berkomunikasi 4.24 0.814 Tinggi


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 135 dengan orang. Saya rasa belajar Bahasa Inggeris menarik. 4.28 0.825 Tinggi Saya rasa belajar Bahasa Inggeris menyeronokkan. 4.29 0.803 Tinggi Saya tahu cara untuk belajar Bahasa Inggeris dengan baik. 4.38 0.804 Tinggi Saya faham perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris. 4.38 0.820 Tinggi Saya mahir menggunakan Bahasa Inggeris. 2.01 1.371 Rendah Saya rasa pengetahuan Bahasa Inggeris saya meningkat setiap hari. 2.66 1.272 Sederhana Saya rasa gembira apabila boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris. 4.16 0.949 Tinggi Saya selalu berlatih untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. 2.01 1.371 Rendah Saya percaya saya boleh belajar Bahasa Inggeris dengan baik. 4.31 0.863 Tinggi Saya berani bercakap dalam Bahasa Inggeris. 2.66 1.272 Sederhana Saya bersungguh siapkan kerja sekolah Bahasa Inggeris. 4.76 0.867 Tinggi Saya selalu bertanya dengan guru semasa kelas Bahasa Inggeris. 4.75 0.832 Tinggi Saya belajar Bahasa Inggeris dengan rakan saya yang mahir. 4.80 0.814 Tinggi Saya berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. 4.77 0.829 Sederhana Saya suka belajar Bahasa Inggeris dengan kaedah I-pick 4.51 1.023 Tinggi Min Keseluruhan 4.02 0.909 Tinggi Jadual 3 secara keseluruhannya menunjukkan sikap MBPK yang tinggi (min=4.02) terhadap pembelajaran English for Communication berasaskan kaedah I-pick. Peningkatan pengetahuan Bahasa Inggeris (min=2.66), keberanian untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris (min=2.01) dan usaha untuk bercakap Bahasa Inggeris (min=2.66) masing-masing masih dalam tahap sederhana selepas kaedah I-pick diaplikasikan dalam PdPc. Manakala MBPK menunjukkan sikap yang rendah untuk kemahiran menggunakan Bahasa Inggeris dan latihan bercakap dalam Bahasa Inggeris (min=2.01). Kajian Ujunwa et al. (2019) menyokong dapatan kajian ini bahawa kaedah pengajaran yang menarik dapat meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Malah sikap yang positif terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris turut dipengaruhi oleh minat dan kesungguhan MBPK untuk menguasai subjek ini (Omar Al Noursi, 2013). H0 1: Tidak Terdapat Perbezaan Perubahan Sikap MBPK Terhadap EFC Selepas Menggunakan I-Pick Berdasarkan Jantina Jadual 4 : Ujian-T – Perbezaan Perubahan Sikap MBPK Terhadap EFC Selepas Menggunakan I-Pick Berdasarkan Jantina Jantina Bilangan Min Sisihan Piawai Nilai t Signifikan Lelaki 2 4.07 0.809 -1.239 0.217 Perempuan 4 4.20 0.484 Signifikan pada aras 0.05 Berdasarkan Jadual 4, didapati nilai-t bagi perbezaan sikap MBPK lelaki dan perempuan terhadap EFC selepas menggunakan I-pick ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Hₒ1) gagal ditolak kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan perubahan sikap MBPK terhadap


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 136 EFC selepas menggunakan I-pick berdasarkan jantina. Skor min perubahan sikap MBPK lelaki (min=4.07) adalah lebih kecil daripada MBPK perempuan (min=4.20). Dapatan kajian ini merumuskan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi sikap MBPK terhadap EFC selepas menggunakan kaedah I-pick. H0 2: Tidak Terdapat Perbezaan Perubahan Sikap MBPK Terhadap EFC Selepas Menggunakan I-Pick Berdasarkan Kaum Jadual 5: Ujian-T – Perbezaan Perubahan Sikap MBPK Terhadap EFC Selepas Menggunakan I-Pick Berdasarkan Kaum Kaum Bilangan Min Sisihan Piawai Nilai t Signifikan Melayu 4 77.81 7.22 -2.419 0.039 India 2 87.24 5.88 Signifikan pada aras 0.05 Seterusnya, Jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan perbezaan sikap MBPK terhadap EFC selepas meggunakan I-pick berdasarkan kaum (Melayu & India) dengan nilai t = -2.419 dan sig. = 0.039 (p<0.05). Dapatan kajian ini merumuskan bahawa terdapat perubahan sikap MBPK terhadap EFC selepas menggunakan I-pick mengikut kaum. Oleh yang demikian, Hₒ₂ berjaya ditolak. Kajian Pyae & Scifleet (2018) mengukuhkan dapatan kajian ini bahawa budaya kaum yang mempraktikkan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mempengaruhi perubahan sikap terhadap penguasaan Bahasa Inggeris berbanding dengan kaum yang tidak mempraktikkannya. H0 3: Tidak Terdapat Perbezaan Perubahan Sikap MBPK Terhadap EFC Selepas Menggunakan I-Pick Berdasarkan Masa Ulang Kaji Di Rumah. Jadual 6: Anova Satu Hala - Perbezaan Perubahan Sikap MBPK terhadap EFC Selepas Menggunakan I-Pick berdasarkan Masa Ulang Kaji di Rumah. Jumlah kuasa dua df Min kuasa dua F Sig Masa Ulangkaji Antara kumpulan 50.443 2 25.222 63.27 0.000 Dalam kumpulan 46.641 117 0.399 Jumlah 97.084 119 Signifikan pada aras 0.05 Akhir sekali, Jadual 5 menunjukkan perbezaan yang signifikan perubahan sikap MBPK terhadap EFC selepas menggunakan I-pick berdasarkan masa ulang kaji di rumah dengan nilai F masa ulangkaji = 63.27 dan sig. = 0.00 (p<0.05). Dapatan kajian ini merumuskan perubahan sikap MBPK berdasarkan 3 julat masa ulangkaji di rumah (kurang 1 jam, 1-3 jam, lebih 3 jam) adalah berbeza sama sekali. Oleh yang demikian, Hₒ₃ adalah ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara masa ulangkaji di rumah dengan perubahan sikap MBPK terhadap EFC selepas menggunakan I-pick. Dapatan kajian Fisher et al. (2015) menyokong dapatan kajian ini bahawa masa ulangkaji di rumah mempengaruhi kejayaan pdpc di sekolah. Hal ini berikutan, peneguhan pembelajaran yang dipantau oleh ibu bapa di rumah membantu MBPK menguasai intipati pelajaran dengan baik (Saghir Ahmad et al. 2020).


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 137 PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan MBPK yang mengikuti pembelajaran EFC melalui kaedah Ipick mempamerkan perubahan sikap positif atau tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris. Perubahan sikap positif murid terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris berkait rapat dengan kaedah pengacaraan dan pemudahcaraan yang digunakan oleh guru di dalam kelas (. Kaedah yang mudah dan menarik mempengaruhi minat murid terhadap Bahasa Inggeris. Kajian Zulfikar et al. (2019) mendapati perubahan positif sikap murid terhadap Bahasa Inggeris dipengaruhi oleh empat faktor utama iaitu (1) minat murid untuk belajar Bahasa Inggeris; (2) emosi atau perasaan murid semasa mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris; (3) keutamaan yang diberi murid semasa pembelajaran Bahasa Inggeris dan (4) keseronokan murid semasa pembelajaran Bahasa Inggeris. Secara umumnya, kajian lepas banyak membuat perbandingan untuk melihat perbezaan perubahan sikap murid lelaki dan perempuan terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris (Paradewari & Mbato 2018; As Sabiq et al. 2021; Pirmoradian & Chalak 2022). Perkembangan mental dan fizikal yang berbeza antara lelaki dan perempuan memberikan kesan kepada penguasaan Bahasa Inggeris bagi kedua-dua kumpulan jantina ini. Dalam isu ini, kajian Jim Yee Him Chan (2018) membuktikan bahawa murid perempuan lebih cenderung untuk belajar belajar Bahasa Inggeris dan mempraktikkan pembelajaran berbanding murid lelaki kerana mereka lebih yakin untuk menggunakan bahasa dan kosa kata Bahasa Inggeris dengan baik tanpa malu. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Ladas et al. (2015) mendapati tiada perubahan sikap antara MBPK lelaki dan perempuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris berikutan mereka mengalami gangguan dari aspek pemerolehan bahasa sejak lahir. Dalam hal ini,faktor biologi (kadar kematangan yang berbeza), neuropsikologi (perbezaan strategi kognitif dalam menyelesaikan tugasan), dan faktor budaya yang berbeza (hubungan sosial ibu bapa dengan anak lelaki dan perempuan) didapati mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan MBPK (Rinali et al., 2022). Selain itu, faktor kaum juga mempengaruhi perubahan sikap MBPK terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Kajian Flores & Rosa (2019) mendapati latarbelakang keluarga yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama memainkan peranan penting dalam pembentukan sikap positif murid terhadap Bahasa Inggerisa walaupun mereka bukan penutur asli. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai rutin harian dalam kehidupan seharian menjadikan murid ini lebih yakin dan berani untuk bercakap mahupun berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kajian Haida Umiera Hashim & Melor Md Yunus, 2018) membuktikan bahawa rutin harian penggunaan Bahasa Inggeris dan kaedah pdpc di sekolah saling berkaitrapat dalam membentuk sikap murid yang positif terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Seterusnya, peranan ibu bapa dalam memastikan MBPK mengulangkaji pelajaran yang disampaikan oleh guru di rumah sangat penting untuk membentuk sikap, minat dan motivasi murid yang positif terhadap Bahasa Inggeris. Peruntukkan masa yang diberikan untuk belajar Bahasa Inggeris mempengaruhi pencapaian dan kebolehan memahami dan menguasai Bahasa dengan baik dalam kalangan MBPK. Kajian Sumanti dan Muljani (2021) membuktikan komitmen yang ditunjukkan ibu bapa di rumah dapat membantu murid menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Keadaan ini turut membantu meningkatkan efikasi kendiri murid melalui Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 138 Akhir sekali Pembelajaran penggunaan I-PICK ini sangat membantu MBPK dalam menyusun, mengorganisasi maklumat penggunaan kota kasa Bahasa Inggeris dengan lebih teratur dan sistematik semasa pdpc serta juga meningkatkan sikap positif MBPK dalam English for Communication. Seterusnya dapat membentuk pengetahuan lebih bermakna dan kekal lama dalam memori kognitif jangka panjang MBPK. KESIMPULAN MBPK tiada pengetahuan asas tentang perkataan Bahasa Inggeris. Tanpa bantuan gambar, MBPK tidak dapat memahami maksud tertulis dalam buku teks, tidak dapat menyebut perkataan Bahasa Inggeris serta juga tidak dapat membaca frasa. Guru perlu menterjemahkan maksud dalam Bahasa Melayu setiap sesi kelas, konfilk timbul terhadap murid india dan cina kerana murid ini pula tiada pengetahuan Bahasa Melayu. MBPK kaum ini langsung tidak faham pengajaran dalam Bahasa Melayu. Jesteru gambar adalah penting dan merupakan salah satu cara untuk membantu MBPK semua kaum agar dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Dengan kata lain “ Biar gambar bercerita”. Kesimpulannya, MBPK menunjukkan sikap yang positif terhadap matapelajaran English For Communication dengan penggunaan kaedah I-pick. Kaedah I-pick ini berjaya membantu MBPK berkefungsian sederhana menguasai proses pembelajaran Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Selain itu, hasil kajian mendapati faktor latarbelakang kaum dan tempoh masa mengulangkaji di rumah mempengaruhi sikap MBPK terhadap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Justeru, disimpulkan bahawa pendekatan I-pick berjaya membentuk sikap yang positif MBPK terhadap matapelajaran English for Communication. CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Kesemua aktivitiI-pick yang dijalankan membantu MBPK (berkefungsian sederhana) dalam menguasai kosa kata Bahasa Inggeris dengan baik. Malah sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kaedah ini sesuai diaplikasikan dalam semua mata pelajaran dalam kelas pendidikan khas. Oleh yang demikian, pengkaji bercadang untuk berkongsi modul pengajaran dan pembelajaran “I-Pick” yang menarik ini bersama rakan guru pendidikan khas yang lain untuk membina modul pembelajaran yang lebih menarik bagi semua mata pelajaran pendidikan khas. Usaha ini merupakan satu langkah pro aktif dalam memanifestasikan persekitaran pembelajaran abad ke-21 dalam kelas pendidikan khas seperti mana yang dihasratkan oleh KPM.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 139 Rujukan Abdul Kader; Wan Mohd Noor & Wan Shakiah. (2015). Students’ awareness of the importance of English language proficiency with regard to future employment. World Review of Business Research, 5(3), 259-272. Al-Maskari T.S.; Melville, M.A. Willis, D.S. (2018). Systematic review: cultural adaptation and feasibility of screening for autism in non-English speaking countries. International Journal of Mental Health System, 12(22), 1-19. As Sabiq, A.H.; Arwi, S.H.; Khusna, A.; Adifia, D.U.S. & Nada, D.Z.Q. (2021). Investigating gender differences on the students’ attitudes and motivation toward english learning. ENGLISH FRANCA, 5(2), 235-257. Bai, B.; Wang, J. & Nie, Y. (2021). Self-efficacy, task values and growth mindset: what has the most predictive power for primary school students’ self-regulated learning in English writing and writing competence in an Asian Confucian cultural context? Cambridge Journal of Education, 65-84. Asrifan, A.; Zita, C.T.; Vargheese K.J.; Syamsu, T. & Muhammad Amir. (2020). The effects of call (computer assisted language learning) toward the students’ english achievement and attitude. Journal of Advanced English Studies, 3(2), 94-106. Farideg Bavi. (2018). The effect of using fun activities on learning vocabulary at the elementary level. Journal of Teaching & Research, 9(3), 629-239. Fisher, C.; Berliner, D.; Filby, N.; Marliave, R.; Cahen, L. & Dishaw, M. (2015). Teaching behaviours, academic learning time and student achievement: an overview. Journal of Classroom Interaction, 50(1), 6-24. The Modern Language Journal, 103, 145-151. Flores, N. & Rosa, J. (2021). Bringing race into second language acquisition. Gorard, S. & Nadia Siddiqui. (2018). Grammar schools in England: a new analysis of social segregation and academic outcomes. British Journal of Sociology of Education, 39(7), 909-924. Haida Umiera Hashim & Melor Md Yunus. (2018). English as a second language (esl) learning: setting the right environment for second language acquisition. Jurnal Keguruan dan Ilmu Tarbiyah, 3(2), 207-215. Jim Yee Him Chan. (2018). Gender and attitudes towards english varieties: implications for teaching english as a global language. International Journal of Educational Technology and Applied Linguistics, 76, 62-79. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Ladas, A.I., Caroll, D.J. & Vivas, A.B. (2015). Attentional processes in low-socioeconomic status bilingual children: are they modulated by the amount of bilingual experience? Child Development, 18, 1-22.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 140 Maruf, Z.; Rahmawati, A.s.; Siswantara, E. & Murwantono, D. (2020). Long walk to quality improvement: investigating factors causing low english proficiency amonindonesian efl students. International Journal of Scientific & Technology Research, 9(3), 7260-7265. Nurul Adibah Abdullah; Nur E’zzatul Hamizah Mukhtar & Nurzarina Othman. (2020). Students' Perceptions towards Mathematical Softwares Based Learning Persepsi Pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Perisian Matematik. HUMANIKA, 12(3), 1- 8. Nurul Aminah Basharuddin & Hasnah Mohamad. (2015). Kamus dan Peranannya dalam Meningkatkan Minat Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa. International Journal of the Malay World and Civilisation, 3(1), 79-89. O’ Connor, R.E.; Beach, K.D.; Sanchez, V.M.; Kim, J. J.; Knight-Teague, K.; Orozco, G. & & Jones, B.T. (2019). Teaching academic vocabulary to sixth-grade students with disabilities. Learning Disability Quarterly, 42(4), 231–243. Omar Al Noursi. (2013). Attitude towards learning English: The case of the UAE technological high school. Educational Research, 4(1), 21-30. Paradewari, D.S. & Mbato. C.L. (2018). Language attitudes of indonesians as efl learners. gender, and socio-economic status. Language and Language Teaching Journal, 21(1), 114-123. Nadia Pirmoradian, N. & Chalak, A. (2022). Iranian students’ attitudes towards english loanwords in persian with a focus on gender differences. International Journal of Language and Translation Research, 22(1), 23-38. Pyae, A. & Scifleet, P. (2018). Investigating differences between native english and nonnative english speakers in interacting with a voice user interface: a case of google home. Proceedings of the 30th Australian Conference on Computer-Human Interaction, 548-553. Rahardjo, A. & Pertiwi, S. (2020). Learning motivation and students’ achievement in learning english: a case study at secondary school students in the Covid-19 pandemic situation. Journal of English Language Teaching and Literature, 1(2), 56-64. Ramdania, D.R.; Mohamad Irfan; Habsah, S.N.; SLamet, C.; Uriawan, W. & Kaerul Manaf. (2020). Fisher-Yates and fuzzy Sugeno in game for children with special needs. TELKOMNIKA, 18(2), 879-889. Rinaldi, P.; Pasqualetti, P.; Volterra, V. & Caselli, M.S. (2021). Gender differences in early stages of language development. Some evidence and possible explanations. Journal of Neuroscience Research, 1-11. Saghir Ahmad; Ayesha Batool & Abid Hussain. (2019). Path relationship of time management and academic achievement of students in distance learning institutions. Pakistan Journal of Distance and Online Learning, 5(2): 191-208. Smith, R. C. (2012). Situational language teaching. ELT Journal, 2(4), 71-79. Sumanti, C.T. & Muljani, R. (2021). Parents’ involvement and its effects onEnglish young learners’ self- efficacy. A Journal of Culture, English Language Teaching, Literature and Linguistics, 8(1), 78-89.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 141 Ujunwa, C.J.; Vero, M. & Chukwuemeka, O.A. (2019). Appraisal of competency improvement needs of english language educators in teaching reading and writing skills with multimedia aids. Research on Humanities and Social Sciences, 9(18), 35- 39. Vaughn; Martinez, S.; Leticia, R.; Williams; Kelly, J.; Miciak; Jeremy; Fall; Anna-Mária; Roberts & Greg. (2019). Efficacy of a high school extensive reading intervention for English learners with reading difficulties. Journal of Educational Psychology, 111(3), 373-386. Xuan, L.Y.; razali, A.B. & Abd Samad, A. (2018). Self-directed learning readiness (sdlr) among foundation students from high and low proficiency levels to learn english language. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(2), 55-81. Zulfikar, T.; Dahliana, S. & Sari, R.A. (2019). An exploration of english students’ attitude towards english learning. English Language Teaching Educational Journal (ELTEJ), 2(1), 1-12.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 142 USING PREZI TO ENHANCE PRIMARY STUDENTS’ SPEAKING SKILLS AND REDUCE LANGUAGE ANXIETY Zai Qurratu’ Ainie Zainal Abbidin1,, Daarshini Paneerselvam 2 1,2, SK Putrajaya Presint 14(1) Emel : [email protected] ABSTRACT Many English language teachers are familiar with governing problems being faced by their students in speaking classes. Several studies concur that the use of online presentation can positively enhance learning in the second language classroom and that using online presentation can help reduce students’ anxiety. The Ministry of Education (MOE) Malaysia, in the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 also stressed on the importance of incorporating Information and Communication Technology (ICT) in education. This paper therefore presents the results of a research project which was undertaken to investigate 30 students of Year 4 in SK Putrajaya Presint 14(1), Putrajaya. Data were collected using survey questionnaire related to their experience on the implementation of online presentation via Prezi to teach speaking skills. Results suggested that the participants had lower anxiety presenting using Prezi compared to presentation in classroom and they believed that online presentation was an effective tool in encouraging them to speak in English, helped them lower their anxiety and improve their speaking skills. Several implications for this research include that teachers should realise that language learning, and particularly oral production, is potentially a stressful situation for some students and teachers should help to promote a safer environment for the students to develop using the language in line with the aspiration of the Ministry of Education. Keywords: Prezi, English language learning , anxiety, learning method, speaking tool PENGGUNAAN PREZI BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENGURANGKAN KEBIMBANGAN BERBAHASA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH ABSTRAK Ramai guru bahasa Inggeris berhadapan dengan masalah pertuturan dalam kalangan pelajar. Beberapa kajian mendapati bahawa penggunaan pembentangan dalam talian boleh meningkatkan pembelajaran dalam bilik darjah untuk bahasa kedua secara positif dan penggunaan pembentangan dalam talian juga boleh membantu mengurangkan kebimbangan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Malaysia, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 turut menekankan tentang kepentingan penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Maka kertas ini membentangkan hasil projek penyelidikan yang telah dijalankan terhadap 30 orang murid Tahun 4 di SK Putrajaya Presint 14(1), Putrajaya. Data dikumpul menggunakan soal selidik untuk tinjauan berkaitan pengalaman mereka terhadap pelaksanaan pembentangan dalam talian melalui Prezi untuk mengajar kemahiran bertutur. Keputusan menunjukkan bahawa para peserta mempunyai kebimbangan yang lebih rendah untuk menyampaikan pembentangan menggunakan Prezi berbanding dengan pembentangan dalam bilik darjah dan mereka percaya bahawa pembentangan dalam talian adalah alat yang berkesan dalam menggalakkan mereka bercakap dalam bahasa Inggeris, membantu mereka mengurangkan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 143 kebimbangan mereka dan meningkatkan kemahiran bertutur mereka. Beberapa implikasi untuk penyelidikan ini termasuk guru harus menyedari bahawa pembelajaran bahasa, terutamanya penyampaian lisan, berpotensi menjadi situasi yang tertekan bagi sesetengah pelajar dan guru harus membantu untuk menggalakkan persekitaran yang lebih selamat untuk pelajar berkembang menggunakan bahasa itu selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan. Kata kunci: Prezi, pembelajaran bahasa Inggeris, kebimbangan, kaedah pembelajaran, alat pertuturan INTRODUCTION Overview Information and communication technologies (ICTs) have had remarkable impact on all aspects of our lives, and education is not an exception. With the rapid development in society, computer technology and network now plays a more prominent role in facilitating language learning. The Ministry of Education (MOE) Malaysia, launched the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 recently and ICT in education is one of the agendas stated in the blueprint. Education Minister Datuk Dr Radzi Jidin in his speech in Dewan Negara stated that the digital education policy is designed to cultivate knowledgeable, skilled and ethical digital talents. (The Sun, 2021) He further stated that under the digital education policy framework, the focus would be on enhancing students’ mastery of digital technology, enriching quality digital content, enhancing teacher competencies, and cultivating the use of digital technology among education leaders. Through the use of new technologies in the teaching process of English, students’ performance might be enhanced, as ICTs allow people to make use of the language, even if they have different learning styles. Nevertheless, even when ICTs are highly used for many purposes, their inclusion in second language classrooms is still limited. The Ministry of Education (MOE) Malaysia has created programs for using ICTs for educative purposes, such as the digital educational learning initiative Malaysia (DELIMa) for e-learning. Elearning is a diverse range of technological tools and systems that can be utilized by capable and creative teachers to enhance teaching and learning situations. Frog VLE is used in schools throughout Malaysian schools in the effort of making virtual learning more interesting, motivating, stimulating and meaningful to the students. The Use of Information and Communication Technologies (ICTs) ICTs refer to technological tools and resources which are employed to communicate, create, disseminate and manage information (Thierer, 2001; Nordin, Embi & Yunus, 2010; Nordin et al., 2010). ICT helps to improve teaching and learning quality. Cited from Lowther et al., in Fu (2013), there are three important characteristics needed to develop good quality teaching and learning with ICT. The three characteristics are autonomy, capability and creativity. The first character implies that students will be in control of their own learning via the use of ICT. This means that they are able to work on their own or with others. Tinio (2002) states that electronic learning and blended learning are the most relevant to students’ learning because of their contributions and their use in classrooms. Hence, ICTs have been the basis of new ways of learning as the use of technology reduces


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 144 the geographical barriers, making learning more contextualized. In second language classrooms, the inclusion of technology plays an important role at the moment of contextualizing the contents of the lessons, which is something essential if teachers want to promote foreign language acquisition instead of only language teaching (Johnson, 2008). Speaking skills According to Keith Johnson (1996), the speaking skill is a “combinatorial skill which involves a high element of doing various things at the same time” (p.155). The speaking skill, then, entails mastering multiple abilities that will help the learner be competent in the language. In order to assess speaking skills, teacher must create different activities which ask learners to use the language according to their levels of language and speaking purposes. Lyle Bachman and Adrian Palmer (1996) pose that speaking tasks “can be seen as activities that involve speakers in using language for the purpose of achieving a particular goal or objective in a particular speaking situation” (p.44). Brown (2010) identifies five speaking tasks: Imitative, intensive, responsive, interactive, and extensive (as it has been previously mentioned). Imitative tasks do not require interaction or conveying a message; these activities mainly focus on pronunciation through the imitation of words or phrases. Intensive tasks are those activities such as reading aloud, dialogue completion, and direct response, in which interaction with other interlocutors is minimal; however, learners must show competence in terms of grammar, lexical, phrases, and phonetics. This research focus on developing lower primary second language learners’ speaking skills through imitative tasks. Anxiety Anxiety plays an important role in foreign language acquisition. There are various aspects related to this topic, which, according to Krashen (1982), can create a mental barrier that affects language production positively or negatively. Charles Spielberger (1966) defines anxiety as “subjective, consciously perceived feelings of apprehension and tension, accompanied by or associated with activation or arousal of the autonomic nervous system” (p. 15). In this regard, anxiety can affect considerably the quality of oral performance as it appears to be a stressful situation (Hee Jung Lee, 1991). In contrast, Krashen (1982) adds that “low anxiety appears to be conducive to second language acquisition, whether measured as personal or classroom anxiety” (p.30); hence, anxiety might be a facilitative or debilitative factor for second language acquisition, depending on its level. The former encourages students to develop tasks, giving them the confidence to use the foreign language, while the latter makes them feel nervous and insecure, and makes them adopt an attitude of avoidance towards the task and unwillingness to speak (Spielberger, 1966). Anxiety is a negative way to present human feelings. When we are anxious, we feel nervous, worried, and fearful. We struggle, tremble, perspire, and our hearts beat quickly. In general, anxiety can be defined as a complex concept dependent upon not only on one’s feelings of self-efficacy but also appraisals concerning the potential and perceived threats inherent in certain situations (Tobias & Everson, 1997). In plain words, anxiety is usually associated with unpleasant feelings and is similar to fear (Lader, 1975). Anxiety in communicating in a second language, especially when that language is English can have a debilitating effect and can influence students’ adaptation to the target environment and ultimately their educational goals.


Click to View FlipBook Version