The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzamansor57, 2023-12-08 08:24:29

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

JURNAL AKADEMIK IPGK PM JILID 27 NOVEMBER 2023

JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 45 Jadual 3: Skor min berdasarkan konstruk bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 Jadual 4: Skor min berdasarkan konstruk bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 DAPATAN KAJIAN Pelaksanaan MPPPB bagi kumpulan pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 dan PPISMP Ambilan Jun 2021 telah dilaksanakan seperti yang dirancang dengan jayanya. Jadual 3 menunjukkan konstruk yang diambil untuk penilaian MPPPB PPISMP Ambilan Jun 2020. Purata keseluruhan skor min berdasarkan konstuk ini adalah 4.32. Jadual 4 menunjukkan konstruk yang berbeza dan lebih menekankan kepada ilmu dan pengetahuan berkaitan IPG dan persediaan pelajar untuk melalui kehidupan sepanjang mereka berada di kampus. Skor min yang diperolehi adalah 4.73. Rajah 1 menunjukkan keputusan dalam bentuk carta bar bagi sebelas konstruk yang terdapat dalam borang LAM-PT-03-01b bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 manakala Bil Item Min Skor 1 Kelancaran proses pendaftaran pelajar secara dalam talian 4.55 2 Taklimat & Penerangan Tentang: 3 2.1 Taklimat PPPB & Budaya IPG 4.75 4 2.2 Sesi Bersama Kaunselor 4.74 5 2.3 Taklimat Kurikulum 4.72 6 2.4 Taklimat Peperiksaan 4.75 7 2.5 Taklimat Kokurikulum 4.70 8 2.6 Taklimat Disiplin 4.76 9 2.7 Taklimat Pusat Sumber 4.71 10 2.8 Taklimat Integriti 4.69 11 2.9 Sesi Bersama Mentor 4.82 12 2.10 Taklimat Kebajikan 4.85 13 2.11 Taklimat MySMP 4.75 14 Pada keseluruhannya PPPB ini… 4.73 Purata keseluruhan 4.73 Bil Item Min Skor 1 Banner / bunting di IPG 4.23 2 Tempat letak kereta 4.33 3 Penyambut tetamu 4.11 4 Tempat pendaftaran MPPPB 4.27 5 Tunjuk arah ke tempat pendaftaran MPPPB 4.53 6 Kaunter kewangan 4.16 7 Kaunter asrama 4.52 8 Kaunter semakan dokumen 4.39 9 Taklimat dan ceramah 4.50 10 Riadah 4.37 11 Aktiviti suai kenal dan aktiviti simulasi latihan dalam kumpulan (LDK) 4.13 Purata keseluruhan 4.32


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 46 Rajah 2 menunjukkan keputusan dalam bentuk carta bar bagi tiga belas konstruk yang terdapat dalam borang LAM-PT-07-01b bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021. Terdapat perbezaan konstruk yang ditambahbaik untuk pengurusan pelajar baharu PPISMP Ambilan Jun 2021 bagi memudahkan urusan pelajar yang berada di IPGK dan secara dalam talian. Rajah 1: Skor min keberkesanan MPPPB PPISMP Ambilan Jun 2020 Rajah 2: Skor min keberkesanan PPPB PPISMP Ambilan Jun 2021


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 47 PERBINCANGAN Sejumlah lima dari sebelas konstruk bagi Rajah 1 menunjukkan pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 tidak mencapai nilai skor min (4.3) yang dikehendaki. Walaupun demikian terdapat enam daripada sebelas konstruk melepasi nilai skor min 4.3. Perkara yang dipertikaikan antaranya adalah kurangnya bilangan pegawai yang bertugas di kaunter. Pihak pengurusan PPPB terpaksa mengehadkan bilangan pegawai yang berada di semua kaunter termasuk kaunter kewangan dan pegawai penyambut tetamu bagi mematuhi SOP. Oleh kerana itu penambahan masa diperlukan ketika berada di kaunter kewangan bagi memastikan segala pembayaran mengikut prosedur dan dapat diselesaikan sepanjang proses pendaftaran. Aktiviti suai kenal dan aktiviti simulasi latihan dalam kumpulan (LDK) juga tidak dijalankan seperti kebiasaan kerana pematuhan SOP dan menyebabkan pengurangan nilai skor min. Rajah 2 menunjukkan kesemua tiga belas konstruk melebihi skor min 4.3 dan menjadikan PPPB PPISMP Ambilan Jun 2021 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kesemua proses pendaftaran & pengurusan dilaksanakan secara dalam talian. Pelajar telah pun mendapat pendedahan awal terhadap norma baharu yang telah mula dipraktikkan oleh kebanyakan pelajar di sekolah. Keupayaan pelajar untuk kekal berdisiplin dan bermotivasi dalam pembelajaran norma baharu amatlah penting dalam melancarkan proses pembelajaran (Nuraisyah & Faridah, 2021). Kajian Nurhazirah & Aishah (2021) menunjukkan faktor-faktor persekitaran keluarga, penggunaan teknologi ketika pembelajaran dan penggunaan masa mempengaruhi tahap kesihatan mental pelajar universiti. Kesemua faktor yang boleh mempengaruhi mental dan fizikal pelajar haruslah diberikan perhatian agar pelajar dapat belajar dengan optimum dan berkesan. KESIMPULAN Analisis dapatan daripada LAM-PT-03-01b menunjukkan pelajar berpuashati secara minima terhadap PPPB yang dijalankan. Ini adalah rentetan daripada pandemik COVID-19 dan pelajar belum beradaptasi dengan situasi normal baharu yang diperkenalkan. Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 adalah berlainan dari keadaan normal sebelum ini. Min skor bagi MPPPB sentiasa tinggi dan melebihi nilai 4.3 bagi tahun-tahun sebelum ini bagi pelajar PPISMP. Walaupun begitu min skor masih dalam julat yang dibenarkan. Analisis dapatan daripada LAM-PT-07-01b menunjukkan pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 sangat berpuashati dengan aktiviti yang dilaksanakan dengan skor min bagi setiap konstruk melebihi 4.3. Purata keseluruhan tiga belas konstruk menunjukkan min skor 4.73 dicapai bagi PPPB PPISMP Ambilan Jun 2021. Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang besar terhadap sektor pendidikan dan sekali gus mendorong ke arah sesi pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian melibatkan pelaksanaan kemajuan dalam teknologi untuk mengarahkan, merancang dan menyampaikan kandungan pembelajaran serta menyelaras program kepada semua pelajar. Kajian Abdul Rashid et, al. (2021) boleh dijadikan sebagai garis panduan terutamanya kepada institusi pendidikan dalam mengatur strategi bagi membantu dalam meningkatkan dan mengekalkan kegembiraan pelajar. Kajian ini mendapati bahawa seramai 340 pelajar (85%) mengalami tekanan pada tahap sederhana. Kajian Siti Khadijah & Norzaini (2021) memberikan implikasi kepada pensyarah dan pihak pengurusan kolej komuniti untuk memastikan keperluan asas pembelajaran pelajar diberikan perhatian bagi memastikan proses pembelajaran secara dalam talian dapat dilaksanakan dengan berkesan.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 48 Pelajar kini telah menunjukkan adaptasi terhadap SOP norma baharu. JHEP akan merancang aktiviti bagi membantu pelajar mengekalkan kefahaman dan ketahanan diri dalam menghadapi COVID-19 dan hidup serta bermotivasi dengan normal baharu serta SOP institusi. Moga cabaran yang datang menjadikan kita lebih tabah dalam menghadapi kemungkinan dan cabaran yang mendatang. Jawatankuasa pelaksana PPPB telah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dengan penuh komited dan dedikasi bagi memenuhi kepuasan pelanggan yang merupakan Key Performance Indicator (KPI) bagi JHEP. Pandemik mungkin berakhir tetapi kehidupan bersama COVID-19 adalah selamanya. Setiap yang ditakdirkan Ilahi adalah yang terbaik untuk kita sebagai manusia untuk melaluinya dengan sabar dan redha. Rujukan Abdul Rashid Abdul Aziz, Nathratul Ayeshah Zulkifli, Mohd Zaini Othman dan Nurun Najihah Musa. (2021). Tinjauan terhadap tahap tekanan pelajar Universiti semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (10): 15 - 24. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1123 Haizvanie Muhamed Ganasan dan Norzaini Azman. (2021). Kesihatan mental dan motivasi pelajar semasa pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (10): 25 - 40. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1100 Nurhazirah Mohamad Yunos dan Aishah Mahat. (2021). COVID-19: Faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental di kalangan pelajar Universiti. Jurnal Dunia Pendidikan. 3 (3): 265-272. e-ISSN: 2682-826X. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd IPGM KPM (2018). Prosedur kualiti teras. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar. IPGM-PPK-PT 03. IPGM KPM Pusat Hal Ehwal Pelajar (2020). Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). IPGM KPM IPGK Perempuan Melayu (2020). Prosedur Operasi Standard Pengurusan dan Pencegahan Pasca COVID-19 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia (2020). Prosedur kerja selamat pencegahan COVID-19 di tempat kerja. Diakses pada 6 Ogos 2020 daripada https://www.dosh.gov.my/index.php/prosedur-kerja-selamatpencegahan-COVID-19-di-tempat-kerja/file Kementerian Kesihatan Malaysia (2020). Annex 26-COVID-19: social distancing guidelines for workplace, homes and individuals. Diakses pada 5 Ogos 2020 daripada https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/COVID19/An nex_26_COVID_guide_for_Social_Distancing_24032020.pdf Majlis Keselamatan Negara (2020). Arahan ketua pengarah peraturan 11 p.u.(a) 136/2020 prosedur operasi standard pembukaan semula ekonomi. Diakses pada 3 Ogos 2020


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 49 daripada https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/05/SOPPKPB-.pdf. Nuraisyah Muhammad dan Faridah Mydin Kutty. (2021). Hubungan antara pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 6 (9): 215 - 229. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1006 Salleh Sulieman (2020). COVID-19: Penyesuaian diri dengan norma baru di Institusi Pengajian Tinggi. Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Khadijah Mohd Razali dan Norzaini Azman. (2021). Pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik Covid-19: Faktor akses internet dan sosioekonomi terhadap motivasi pelajar Kolej Komuniti. Malaysian. Journal of Social Sciences and Humanities. 6 (11): 1 - 14. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1162 World Health Organisation (2020). Modes of transmission of virus causing COVID-19: implications for IPC precaution recommendations. Diakses pada 4 Ogos 2020 daripada https://www.who.int/publications-detail/modes-of-transmission-of-viruscausing-COVID-19-implications-for-ipc-precaution-recommendations.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 50 KEINOVATIFAN STRATEGI MENINGKATKAN KEBOLEHPASARAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU (KSBM) DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM 1 Dr. Abdul Hadi Mat Dawi , 2 Khairulanuar Ismail, 3 Shamsudin Abu Bakar dan 4 Dr. Hasnah binti Awang 1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Emel : [email protected] ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti keinovatifan strategi meningkatkan kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) dalam kalangan penjawat awam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah gabungan urutan penjelasan iaitu dimulakan dengan pendekatan kajian kuantitatif dan kemudiannya diikuti dengan kajian kualitatif. Sampel kajian terdiri daripada 84 orang pegawai kerajaan yang sentiasa berinteraksi dengan orang ramai menggunakan Bahasa Melayu iaitu Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan di Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Kampar, dan Majlis Perbandaran Taiping, Perak. Instrumen kajian terdiri daripada templat analisis SWOT dan TOWS, borang soal selidik dan borang protokol temu bual semi berstruktur. Data-data kuantitatif telah dikumpul menggunakan kaedah tinjauan deskriptif. Data-data kualitatif daripada peserta kajian dikumpul dan dibuat transkripsi. Data-data kajian dianalisis menggunakan Perisian SPSS dan Perisian Nvivo. Dapatan kajian menunjukkan strategi daripada Dimensi Kekuatan-Peluang (SO) merupakan strategi yang paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Ini diikuti oleh strategi daripada Dimensi KekuatanAncaman (ST), Dimensi Kelemahan-Peluang (WO), dan Dimensi Kelemahan-Ancaman (WT). Dapatan juga mengenal pasti faktor paling inovatif dalam penyebaran maklumat KSBM yang dapat menyerlahkan identiti KSBM dan mempengaruhi kebolehpasaran KSBM. Oleh itu, dicadangkan strategi yang paling inovatif dalam menonjolkan identiti KSBM dilaksanakan dengan lebih meluas dalam meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Kata kunci : Kebolehpasaran KSBM, keinovatifan, kerangka standard Bahasa Melayu STRATEGIC INNOVATION INCREASES MARKETABILITY MALAY LANGUAGE STANDARD FRAMEWORK (KSBM) IN CIVIL SERVANTS ABSTRACT This study aims to identify the innovativeness of the strategy to increase the marketability of the Malay Language Standard Framework (KSBM) among civil servants. This study uses the design of the combined method of explanatory sequence which is started with a quantitative study approach and then followed by a qualitative study. The study sample consists of 84 government officials who always interact with the public using Malay, namely Local Authority Officers in the Ipoh City Council, Kampar District Council, and Taiping Municipal Council, Perak. The research instrument consists of a SWOT and TOWS analysis template, a questionnaire and a semi-structured interview protocol form. Quantitative data was collected using a descriptive survey method. Qualitative data from study participants were collected


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 51 and transcribed. The research data was analyzed using SPSS Software and Nvivo Software. The findings of the study show that the strategy from the Strength-Opportunity Dimension (SO) is the most innovative strategy to increase the marketability of KSBM. This is followed by strategies from the Strength-Threat (ST) Dimension, the Weakness-Opportunity (WO) Dimension, and the Weakness-Threat (WT) Dimension. Findings also identify the most innovative factors in the dissemination of KSBM information that can highlight KSBM's identity and influence KSBM's marketability. Therefore, it is suggested that the most innovative strategy in highlighting KSBM's identity is implemented more widely in increasing KSBM's marketability. Keywords: Marketability of KSBM, Innovation, Malay language standard framework PENDAHULUAN Potensi penggunaan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) adalah tinggi dan meluas. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Lokman et al., (2017), KSBM mampu menjadi sandaran penyetaraan pemerolehan dan kompentensi berbahasa Melayu dalam kalangan penutur di Malaysia serta di luar Malaysia terutamanya dalam kalangan orang awam, warga asing, pendidikan profesional dan malim bahasa. Sehubungan itu, Karim (2017) menjelaskan KSBM meliputi aspek penguasaan dan pemerolehan bahasa serta kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa adalah meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, kerangka ini boleh dijadikan rujukan bagi menentukan standard bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu, membina kurikulum pendidikan dan membina instrumen penguasaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penggunaan KSBM sebagai rujukan dan penyetaraan berbahasa Melayu adalah masih lagi terbatas. Ringkasnya, kebolehpasaran KSBM masih lagi terhad dan perlu ditingkatkan melalui pelaksanaan strategi pemasaran yang paling inovatif. Dalam pada itu, kajian khusus berkaitan kebolehpasaran KBSM belum lagi diadakan. Kebanyakan kajian kebolehpasaran di Malaysia adalah tertumpu kepada kajian kebolehpasaran graduan universiti awam (Lubna et al., 2017). Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh Sharifah Azizah dan Haslinawati (2018) adalah lebih tertumpu kepada kebolehpasaran produk yang berkaitan dengan sumber manusia. Oleh itu, kajian berkaitan keinovatifan strategi bagi meningkatkan kebolehpasaran KBSM adalah perlu dilakukan bagi mengenal pasti strategi yang paling inovatif dalam meningkatkan kebolehpasaran KSBM. PENYATAAN MASALAH Penggunaan bahasa Melayu berasaskan KSBM perlu dikuasai oleh penjawat awam terutamanya apabila berurusan dengan orang ramai. Walau bagaimanapun, sehingga kini standard khusus bahasa Melayu yang dipraktikkan dan tahap penembusan pasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam adalah belum lagi dapat dipastikan dengan jelas. Menurut Borges. et al., (2015), penembusan pasaran merujuk kepada perkongsian pasaran sedia ada menggunakan produk semasa. Oleh itu, pendekatan strategik berpotensi digunakan bagi membangunkan strategi kebolehpasaran KSBM. Menurut Burrell dan Grizzel (2008), pendekatan strategik dilaksanakan dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan dalaman bagi sesebuah oragnisasi serta cabaran-cabaran harian. Sehubungan itu, teknik SWOT berpotensi digunakan dalam mengenal pasti strategi-strategi yang paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Walau bagaimanapun, kajian berkaitan strategi berasaskan keinovatifan pendekatan strategik terhadap kebolehpasaran KSBM belum lagi


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 52 dilakukan. Oleh itu, kajian ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik yang dapat meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Kebanyakan kajian kebolehpasaran adalah berasaskan kepada strategi pertumbuhan seperti penembusan pasaran, pembangunan pasaran dan pembangunan produk (Borges et al., 2015). Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti dimensi berasaskan kekuatan, peluang, kelemahan dan ancaman yang ada pada KSBM. Dimensi yang mempunyai tahap keinovatifan yang paling tinggi bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM mestilah disokong dengan kerangka teoretikal yang kukuh. Sehubungan itu, terdapat beberapa pendekatan teoretikal berkaitan teori pemasaran yang mencadangkan aktivitiaktiviti secara khusus. Sebagai contoh adalah Teori Pemasaran Hubungan (Bhattacharya & Sen, 2003) dan Teori Kelebihan Sumber (Hunt, 2011). Sehubungan itu, kajian keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dengan berasaskan pendekatan teoretikal perlu dilakukan. Kajian ini adalah signifikan bagi mendapatkan bukti empirik aktiviti-aktiviti yang paling inovatif dalam meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Perkembangan teori pemasaran telah mula dikaitkan dengan interaksi antara disiplin lain. Interaksi seperti itu telah menjadikan pemasaran menjadi semakin kuat dan berbezabeza topik dapat dikembangkan dan dikaji dengan lebih mendalam. Ini membuka jalan kepada kajian kebolehpasaran KSBM secara lebih khusus dan terperinci. Walau bagaimanapun, dengan sekadar melihat interaksi sahaja adalah tidak memadai bagi meneroka faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran KSBM. Menurut Nasierowski dan Arcelus (2016), keinovatifan adalah berkaitan dengan pelaksanaan penyelesaian baru di tempat atau untuk tujuan tersebut dan belum digunakan sebelumnya. Oleh itu, tinjauan secara kualitatif bagi meneroka faktor yang mempengaruhi keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategi yang dapat meningkatkan kebolehpasaran KSBM terutamanya dalam kalangan penjawat awam perlu dilakukan. OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah bertujuan mengenal pasti keinovatifan strategi-strategi berasaskan pendekatan strategik terhadap kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenal pasti keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam; 2. Mengenal pasti aktiviti dalam strategi berasaskan pendekatan strategik yang paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam; 3. Meneroka faktor utama keinovatifan dalam Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 53 SOALAN KAJIAN Berdasarkan kepada tujuan dan objektif kajian serta sorotan kajian maka kajian ini cuba mencari jawapan bagi persoalan-persoalan kajian berikut: 1. Apakah keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam? 2. Apakah aktiviti dalam strategi berasaskan pendekatan strategik yang paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam? dan 3. Bagaimanakah faktor utama keinovatifan dalam strategi berasaskan pendekatan strategik paling inovatif dapat meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam? SOROTAN KAJIAN Karim, et al., (2018) telah membincangkan bentuk dan asas kepada pembinaan KSBM yang akhirnya dibahagikan kepada dua dimensi. Pertama, pemerolehan dan penguasaan bahasa, dan kedua kemahiran bahasa yang meliputi empat kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pemerolehan dan penguasaan bahasa yang dibincangkan adalah amat diperlukan dalam kalangan mereka yang menjalankan aktiviti melibatkan perhubungan langsung dengan orang ramai. Walau bagaimanapun pemerolehan dan penguasaan bahasa berasaskan KSBM adalah terbatas dan perlu diperluaskan. Perluasan ini pula memerlukan strategi pemasaran yang sesuai bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran KSBM. Oleh itu, strategi bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM perlu dikenal pasti melalui pendekatan yang lebih spesfik. Kajian-kajian berkaitan kebolehpasaran adalah lebih banyak berkaitan produk yang berasaskan sumber manusia. Antaranya kajian berkaitan kebolehpasaran dilakukan oleh Lubna Abd. Rahman et al., (2017), berkaitan dengan kebolehpasaran siswazah yang telah menjadi isu global kerana melibatkan isu pendidikan yang menjadi tonggak hidup masyarakat sesebuah negara. Dapatan kajian menghasilkan suatu gambaran yang menyeluruh berkaitan corak kajian kebolehpasaran siswazah di Malaysia dalam tempoh tersebut. Kajian mendapati bahawa terdapat dua corak kajian yang paling ketara mengenai kebolehpasaran iaitu pertama kajian mengenai kemahiran, ciri dan nilai yang menjadi faktor kebolehpasaran siswazah. Kedua, ialah kajian mengenai persepsi dan tahap kesedaran pelajar terhadap isu kerjaya. Dari segi pemasaran produk pula, Teori Pemasaran Hubungan oleh Bhattacharya dan Sen (2003) yang berasaskan komunikator identiti syarikat merupakan strategi pemasaran yang inovatif. Menurut Nasierowski dan Arcelus (2016), keinovatifan adalah berkaitan dengan pelaksanaan penyelesaian baru di tempat atau untuk tujuan tersebut dan belum digunakan sebelumnya. Sehubungan itu, keinovatifan strategi yang digunakan dalam meningkatkan kebolehpasaran sesuatu produk adalah strategi penembusan identiti syarikat atau produk. Antara strategi inovatif ini adalah komunikator identiti iaitu media, pengiklanan, penjenamaan (Peranginangin, 2015)


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 54 KERANGKA TEORI KAJIAN Kerangka teori kajian ini adalah berasaskan Teori Pemasaran Hubungan (Bhattacharya & Sen, 2003) dan Teori Kelebihan Sumber (Hunt, 2011). Berdasarkan kepada kerja Bhattacharya dan Sen (2003), Teori Pemasaran Hubungan melibatkan strategi pemasaran yang berasaskan Komunikator Identiti Syarikat sepertimana ditunjukkan pada Rajah 1. Rajah 1: Komunikator Identiti Syarikat (Ubahsuai daripada Bhattacharya dan Sen (2003) Berdasarkan Rajah 1, Komunikator identiti terdiri daripada elemen pengiklanan, perhubungan awam, & penjenamaan, Tawaran Produk, Pekerja, Penyumbang syarikat, Saluran Keahlian, Pemegang Saham, dan Media, pelanggan & kumpulan pemantau. Kesemua elemen komunikator identiti akan menyumbang kepada pembinaan identiti syarikat. Manakala Hunt dan Madhavaram (2012) pula mencadangkan Teori Kelebihan Sumber yang menjelaskan strategi penting dalam organisasi, termasuk strategi berasaskan sumber, strategi berdasarkan kompetensi, strategi berasaskan industri, strategi berorientasi pasaran, strategi ekuiti jenama, pasaran strategi segmentasi, dan strategi pemasaran. Menurut Hunt dan Madhavaram (2012), sumber yang dimaksudkan dalam kelebihan sumber adalah sumber yang ada, sama ada ketara atau tidak ketara yang dihasilkan dengan berkesan serta cekap untuk ditawarkan kepada segmen pasaran tertentu METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan penyelidikan kaedah gabungan dengan menggunakan reka bentuk Urutan Penjelasan (Sequential Explanatory Design) (Creswell, 2012). Pengkaji memulakan kajian kuantitatif dahulu dan diikuti dengan kajian kualitatif. Kutipan data dan analisis data kuantitatif dan kualitatif dilakukan secara terpisah tetapi disatukan semasa membuat interpretasi data-data kajian sebelum membuat laporan kajian. Sampel kajian terdiri daripada penjawat awam daripada Majlis Daerah Kampar, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Perbandaran Taiping. Bilangan peserta kajian yang dipilih berasaskan teknik persampelan bertujuan adalah seramai 84 orang daripada ketiga-tiga buah pihak berkuasa tempatan yang terlibat.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 55 Instrumen Kajian Instrumen kajian dibangunkan sendiri oleh pasukan penyelidik. Instrumen kajian terdiri daripada templat analisis Strength. Weakness, Opportunity. Threat (SWOT), templat analisis Threat, Opportunity, Weakness, Strength (TOWS), Borang Soal Selidik Tinjauan Terhadap Keinovatifan Strategi-Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik Bagi Meningkatkan Kebolehpasaran KSBM dan Set Soalan Temu bual Semi Berstruktur. Item-item soal selidik keinovatifan dibangunkan berdasarkan kepada Inventori Adaptasi-Inovasi oleh Kirton (2013) dan disesuaikan mengikut SWOT dan TOWS bagi KSBM sepertimana ditunjukkan pada Rajah 2 dan Rajah 3. Kekuatan (S) S1- Kerangka penyetaraan penguasaan bahasa Melayu yang pertama dihasilkan S2- Dapat digunakan oleh semua penutur di seluruh negara S3- Gandingan kepakaran bahasa Melayu daripada IPG,Bahagian KPM, UA dan US S4- Peruntukan yang disediakan oleh pihak KPM S5- Kepakaran penasihat dalam kalangan pakar linguistik, dan pentaksiran terkenal di Malaysia S6- Sokongan daripada pihak KPM S7- Komitmen panel Kelemahan (W) W1- Masih kurang mantap W2- Terdapat kesilapan terutama penggunaan terma yang bertindan W3- Kurang bahan rujukan W4- Panel sukar memberi komitmen kerana pertembungan tugasan lain W5- Panel menarik diri atau telah bersara S W Peluang (O) O1- Dapat digunakan oleh semua negara yang menawarkan pengajian bahasa Melayu O2 - Sumber pendapatan sekiranya digunakan oleh pelbagai agensi O3- Dapat meningkatkan kualiti dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan O4 - Akan dijadikan kayu pengukur untuk kenaikan pangkat dan kelayakan sektor pekerjaan O T Ancaman (T) T1- Saingan dengan negara pengguna bahasa Melayu yang besar seperti Indonesia T2- Kurang galakan dan rangsangan daripada pimpinan yang tiada jati diri bahasa Melayu T3- Persaingan daripada CEFR yang juga menawarkan kerangka standard untuk semua bahasa T4 - Tidak mendapat pengikhtirafan daripada negara pengguna T5 - tidak mendapat pengikhtirafan daripada universiti disebabkan keperluan sumber kewangan pihak universiti Rajah 2: Jadual Matrik SWOT bagi KSBM


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 56 Rajah 3: Jadual Matrik TOWS bagi KSBM Berdasarkan kepada Rajah 3, item-item Soal Selidik dikelompokkan kepada 4 Dimensi Keinovatifan Strategi iaitu (1) Dimensi Kekuatan - Peluang (SO); (2) Dimensi Kelemahan - Peluang (WO); (3) Dimensi Kekuatan - Ancaman (ST); dan (4) Dimensi Kelemahan - Ancaman (WT) dengan bantuan analisis faktor menggunakan perisian SPSS. Setiap item disediakan 5 skala gerak balas iaitu (1) Sangat Tidak Setuju; (2) Tidak Setuju; (3) Kurang Setuju; (4) Setuju; dan (5) Sangat Setuju. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pasukan penyelidik telah merujuk kepada pensyarah yang pakar dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh bagi memastikan kesahan instrumen. Sebarang cadangan penambahbaikan diambilkira dan dibuat penambahbaikan. Teknik analisis statistik Alfa Cronbach digunakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan instrumen. Berdasarkan kepada hasil ujian rintis, didapati kebolehpercayaan Borang Soal Selidik Tinjauan Terhadap Keinovatifan StrategiStrategi Berasaskan Pendekatan Strategik Bagi Meningkatkan Kebolehpasaran KSBM adalah 0.95 (Alfa Cronbach = 0.95). Kebolehpercayaan bagi Dimensi Kekuatan - Peluang


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 57 (SO) adalah (Alfa Cronbach= 0.85), Dimensi Kelemahan - Peluang (WO) adalah (Alfa Cronbach = 0.70), Dimensi Kekuatan - Ancaman (ST) adalah (Alfa Cronbach = 0.82), dan Dimensi Kelematan - Ancaman (WT) adalah (Alfa Cronbach = 0.75). Berdasarkan kepada Creswell (2012), kebolehpercayaan instrumen ini adalah tinggi. Oleh itu, instrumen adalah sesuai digunakan untuk tujuan kajian ini. Prosedur Pengumpulan Data Borang Soal Selidik Tinjauan Terhadap Strategi-Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik Bagi Meningkatkan Kebolehpasaran KSBM digunakan bagi mengumpul data kuantitatif. Manakala protokol temu bual dengan penjawat awam yang dipilih secara rawak mudah daripada sampel kajian digunakan untuk mengumpul data kualitatif. Temu bual dengan penjawat awam ini dijalankan secara bersemuka dan dalam bentuk semi struktur. Temu bual diadakan sebagai trangulasi bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahihan data kajian (Johnson & Christensen, 2004) Analisis Data Analisis data kuantitatif dan data kualitatif dilakukan secara terpisah tetapi disatukan semasa membuat interpretasi data-data kajian secara keseluruhan sebelum membuat laporan kajian. Data-data kuantitatif dianalisis menggunakan Perisian SPSS Versi 23. Setelah penyelidik mengumpul data kualitatif, penyelidik membuat transkripsi nota-nota lapangan. Seterusnya, penyelidik membuat interpretasi terhadap keseluruhan data bagi mendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pengekodan ke atas data dilakukan bagi melihat deskripsi dan tema-tema yang boleh digunakan dalam laporan kajian. Analisis data kualitatif dilakukan dengan Perisian NVivo 10 for Windows. Proses menentukan lapisan tema-tema dan saling perkaitan antara tema-tema atau kategori turut dilakukan. Penganalisisan ini adalah berdasarkan kepada persoalan-persoalan kajian yang telah disediakan oleh pengkaji DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dalam kajian ini, teknik analisis statistik bagi data-data kuantitatif kajian dilakukan dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for The Social Science (SPSS) for Windows versi 23. Manakala teknik analisis deskriptif digunakan bagi menganalisis datadata kuantitatif. Keinovatifan Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik bagi Meningkatkan Kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) dalam Kalangan Penjawat Awam Keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM ditentukan menggunakan Borang Soal Selidik Tinjauan Terhadap Keinovatifan Strategi-strategi Berasaskan Pendekatan Strategik Bagi Meningkatkan Kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) seperti mana ditunjukkan pada Rajah 4.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 58 Keinovatifan Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik Rajah 4 : Keinovatifan Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik bagi Meningkatkan Kebolehpasaran KSBM dalam Kalangan Penjawat Awam Berdasarkan Rajah 3, Min keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik bagi Dimensi Kekuatan - Peluang adalah paling tinggi (Min = 4.45, sisihan piawai = 0.41). Ini diikuti oleh Min keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik bagi Dimensi Kekuatan Kekuatan - Ancaman (Min = 4.42, Sisihan piawai = 0.40), Min keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik bagi Dimensi Kelemahan - Peluang (Min = 4.34, sisihan piawai = 0.33 ), dan Min keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik bagi Dimensi Kelemahan - Ancaman (Min = 4.19, sisihan piawai = 0.36). Secara keseluruhannya, keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik yang paling menonjol dalam meningkatkan kebolehpasaran KSBM adalah strategi dalam Dimensi Kekuatan - Peluang. Dapatan berasaskan data kuantitatif ini turut disokong oleh dapatan kualitatif yang diperoleh melalui temu bual semi berstruktur. Dapatan ini sejajar dengan Hunt (2011) melalui teori kelebihan sumber untuk kelebihan daya saing. Sehubungan Hunt dan Madhavaram (2012) menjelaskan kelebihan sumber merupakan strategi penting termasuk strategi ekuiti jenama, pasaran strategi segmentasi, dan strategi pemasaran. Aktiviti Di Bawah Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik Paling Inovatif Bagi Meningkatkan Kebolehpasaran KSBM Dalam Kalangan Penjawat Awam Aktiviti-aktiviti di bawah strategi berasaskan pendekatan strategik yang paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam dilakukan berdasarkan dimensi pendekatan strategik iaitu Dimensi Kekuatan- Peluang (SO). Moti vasi luara n Moti vasi dala man Ek sp re si dir i Penga ruh rakan Perse kitara n organi sasi Kesedar an diri terhada p PdP Kemahi ran mengaja r Kesin ambu ngan PdP Penerapa n aktiviti fizikal dalam PdP


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 59 i) Aktiviti promosi di media massa boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Jadual 1 : Aktiviti promosi di media massa boleh meningkatkankebolehpasaran KSBM Tahap Frekuensi Peratus Min Sisihan Piawai Kurang Setuju 1 1.2 4.46 0.53 Setuju 43 51.2 Sangat Setuju 40 47.6 Jumlah 84 100.0 Berdasarkan jadual 1, Min aktiviti promosi di media massa boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM didapati tinggi iaitu 4.46 dan Sisihan Piawai 0.53 (Nunally, 1978). Manakala 47.6% (40) Sangat Setuju, 51.2% (43) Setuju, dan 1.2% (1) Kurang Setuju bahawa aktiviti promosi di media massa boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam. ii) Aktiviti promosi di media sosial boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM Jadual 2 : Aktiviti promosi di media sosial boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM Tahap Frekuensi Peratus Min Sisihan Piawai Kurang Setuju 1 1.2 4.58 0.52 Setuju 33 39.3 Sangat Setuju 50 59.5 Jumlah 84 100.0 Berdasarkan jadual 2, Min aktiviti promosi di media sosial boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM didapati tinggi iaitu 4.58 dan Sisihan Piawai 0.52 (Nunally, 1978). Manakala 59.5% (50) Sangat Setuju, 39.3% (33) Setuju dan 1.2% (1) Kurang Setuju bahawa aktiviti promosi di media sosial boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam. iii) Aktiviti promosi di laman web boleh meningkatkan KSBM Jadual 3 : Aktiviti promosi di laman web boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM Tahap Frekuensi Peratus Min Sisihan Piawai Kurang Setuju 3 3.6 4.45 0.57 Setuju 40 47.6 Sangat Setuju 41 48.8 Jumlah 84 100.0 Berdasarkan jadual 3, Min aktiviti promosi di laman web boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM adalah 4.45 dan Sisihan Piawai 0.57. Manakala 48.8% (41) Sangat Setuju, 47.6% (40) Setuju dan 3.6% (3) Kurang Setuju bahawa aktiviti promosi di laman web boleh meningkatkan KSBM dalam kalangan penjawat awam.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 60 iv) Aktiviti pengiklanan boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM Jadual 4 : Aktiviti pengiklanan boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM Tahap Frekuensi Peratus Min Sisihan Piawai Kurang Setuju 1 1.2 4.52 0.53 Setuju 38 45.2 Sangat Setuju 45 53.6 Jumlah 84 100.0 Berdasarkan jadual 4, Min aktiviti pengiklanan boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM adalah 4.52 dan Sisihan Piawai 0.53. Manakala 53.6% (45) Sangat Setuju, 45.2% (38) Setuju dan 1.2 % (1) Kurang Setuju bahawa aktiviti pengiklanan boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam. v) Penyediaan ganjaran terhadap pengguna bahasa Melayu standard boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM Jadual 5 : Penyediaan ganjaran terhadap pengguna bahasa Melayu standard boleh meningkatkan KSBM Tahap Frekuensi Peratus Min Sisihan Piawai Tidak Setuju 1 1.2 4.27 0.67 Kurang Setuju 7 8.3 Setuju 44 52.4 Sangat Setuju 32 38.1 Jumlah 84 100.0 Berdasarkan jadual 5, Min penyediaan ganjaran terhadap pengguna bahasa Melayu standard boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM adalah 4.27 dan Sisihan Piawai 0.67. Manakala 38.1% (32) Sangat Setuju, 52.4% (44) Setuju 8.3% (3) Kurang Setuju, dan 1.2% (1) Tidak Setuju bahawa penyediaan ganjaran terhadap pengguna bahasa Melayu standard boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam. vi) Aktiviti kempen kesedaran penggunaan bahasa Melayu standard boleh meningkatkan kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Jadual 6 : Aktiviti kempen kesedaran penggunaan bahasa Melayu standard boleh meningkatkan KSBM Tahap Frekuensi Peratus Min Sisihan Piawai Kurang Setuju 1 1.2 4.44 0.52 Setuju 45 53.6 Sangat Setuju 38 45.2 Jumlah 84 100.0 Berdasarkan jadual 6, Min aktiviti kempen kesedaran penggunaan bahasa Melayu standard boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM adalah 4.52 dan Sisihan Piawai 0.53. Manakala 45.2% (38) Sangat Setuju, 53.6% (45) Setuju dan 1.2 % (1) Kurang Setuju bahawa aktiviti kempen kesedaran penggunaan bahasa Melayu standard boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 61 vii) Aktiviti penjenamaan boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM Jadual 7 : Aktiviti penjenamaan boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM Tahap Frekuensi Peratus Min Sisihan Piawai Kurang Setuju 1 1.2 4.40 0.60 Setuju 45 53.6 Sangat Setuju 38 45.2 Jumlah 84 100.0 Berdasarkan jadual 7, Min aktiviti penjenamaan boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM adalah 4.40 dan Sisihan Piawai 0.60. Manakala 45.2% (38) Sangat Setuju,51.2 % (43) Setuju, 2.4 % (3) Kurang Setuju dan 1.2% (1) Tidak Setuju bahawa aktiviti penjenamaan boleh meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam. Ringkasnya, dapatan kajian menunjukkan aktiviti yang paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran adalah sejajar dengan Teori Pemasaran Hubungan (Bhattacharya & Sen, 2003). Aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti dapat berperanan sebagai komunikator identiti bagi menonjolkan identiti KSBM dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Dapatan ini sejajar dengan penemuan oleh Peranginangin (2015). Berdasarkan Peranginangin (2015), keinovatifan strategi yang digunakan dalam meningkatkan kebolehpasaran sesuatu produk adalah strategi penembusan identiti syarikat atau produk. Antara strategi inovatif ini adalah komunikator identiti iaitu media, pengiklanan, dan penjenamaan. Faktor Utama Keinovatifan Dalam Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik Paling Inovatif Bagi Meningkatkan Kebolehpasaran KSBM Dalam Kalangan Penjawat Awam Faktor peningkatan kebolehpasaran dikenal pasti melalui temu bual dan dapatan temu bual dijelaskan pada Jadual 8. Jadual 8 : Faktor utama bagi keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik yang paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam Peserta Kajian (pseudonyms) Tema Utama Penyebaran maklumat KSBM secara lebih meluas dapat meningkatkan kebolehpasaran KSBM Sub-Tema/ Kategori 1: Penembusan maklumat KSBM Sub-Tema/ Kategori 2: Perkongsian maklumat KSBM Sub-Tema/ Kategori 3: Pengekalan maklumat KSBM Sub-Tema/ Kategori 4: Perluasan maklumat KSBM P07 “Promosi melalui media sosial adalah platform yang cepat dan berkesan”


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 62 P69 “Media sosial dapat membantu penembusan maklumat berkaitan bahasa Melayu memandangkan standard ini masih baru dan tidak seperti bahasa Inggeris yang lebih ramai digunakan oleh orang di seluruoh dunia” P71 “Kempen penggunaan akan dapat memperluaskan maklumat berkaitan kerangka standard ini” P75 “… perkongsian pautan serta maklumat KSBM memandangka n media sosial telah menjadi satu platform yang penting untuk penjawat awam” P82 “maklumat di media sosial secara meluas boleh digunakan berulang ulang dan dapat dikekalkan maklumatnya serta mempengaruhi kebolehpasaran KSBM”


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 63 Berdasarkan Jadual 8, didapati faktor utama bagi keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik yang paling inovatif bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam adalah Penyebaran maklumat KSBM secara lebih meluas. Terdapat empat elemen yang menyumbang kepada faktor Penyebaran Maklumat KSBM iaitu (1) Penembusan maklumat KSBM; (2) Perkongsian maklumat KSBM; (3) Pengekalan maklumat KSBM; dan (4) Perluasan maklumat KSBM. Dapatan ini menyokong Teori Pemasaran Hubungan oleh Bhattacharya dan Sen (2003) apabila aktiviti penyebaran maklumat menjadi faktor yang dikenal pasti berperanan sebagai komunikator identiti bagi menonjolkan identiti KSBM. Keinovatifan strategi bergantung kepada keupayaan menonjolkan identiti KSBM. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti promosi melalui media sosial, promosi melalui media massa, pengiklanan, kempen kesedaran terhadap KSBM, dan penjenamaan KSBM dapat menonjolkan identiti KSBM. Dapatan ini adalah sejajar dengan Peranginangin (2015). Menurut beliau, keinovatifan strategi yang digunakan dalam meningkatkan kebolehpasaran sesuatu produk adalah strategi penembusan identiti syarikat atau produk. Antara strategi inovatif ini adalah komunikator identiti iaitu media, pengiklanan, dan penjenamaan. KESIMPULAN DAN CADANGAN Dapatan kajian menunjukkan keinovatifan dalam pendekatan strategik yang menonjolkan identiti KSBM dapat meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Berasaskan Teori Hubungan Pemasaran, penonjolan identiti KSBM dalam kajian ini berlaku melalui komunikator identiti iaitu mengadakan promosi melalui media sosial, promosi melalui media massa, pengiklanan, kempen kesedaran terhadap KSBM, dan penjenamaan KSBM. Manakala promosi melalui media sosial merupakan platform yang paling berkesan dalam menonjolkan identiti KSBM. Dapatan kajian menunjukkan keinovatifan strategi berasaskan pendekatan strategik kebolehpasaran KSBM bagi Dimensi Kekuatan-Peluang (SO) merupakan yang paling tinggi berbanding dimensi-dimensi lain. Dapatan juga mengenal pasti aktiviti penyebaran maklumat KSBM secara lebih meluas dapat meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Oleh itu, penonjolan identiti KSBM adalah sangat mustahak dalam meningkatkan kebolehpasaran (Bhattacharya & Sen, 2003). Kebolehpasaran KSBM boleh ditingkatkan dengan menggunakan strategi inovatif yang berasaskan kepada kekuatan dan peluang yang ada pada KSBM. Berasaskan dapatan kajian ini, dicadangkan supaya fokus yang lebih diberikan kepada pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah strategi dimensi kekuatan dan peluang KSBM kerana lebih inovatif dalam meningkatkan kebolehpasaran KSBM (Hunt & Madhavaram, 2012). Selain itu, promosi melalui media sosial dan penjenamaan dilakukan bagi meningkatkan identiti KSBM supaya KSBM kelihatan lebih terserlah dan dapat meningkatkan kebolehpasaran KSBM dalam kalangan penjawat awam.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 64 Rujukan Bhattacharya, C. B., & Sen, S. (2003). Consumer-company identification: A framework for understanding consumers’ relationships with companies. Journal of Marketing, 67(2), 76-88. doi:10.1509/jmkg.67.2.76.18609 Borges, W. G., Lee Sai Leong, Nagiah Ramasamy, Shishi Kumar Piaralal, Mohd Nazari, Koon Vui Yee, Shahrrol Aman, Ang Eng Sieng, Raja Nerina, Sreenivasan, Jayashree, & Risidarhinni Kumarusamy. (2015). Principles of management. Kuala Lumpur: SJ Learning. Burrell, D., & Grizzell, B. (2008). Competitive Marketing and Planning Strategy in Higher Education. Academic Leadership: The Online Journal, 6(7). Diperolehi daripada https://scholars.fhsu.edu/alj/vol6/iss1/7 Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston, MA: Pearson. Hunt, S. (2011). Sustainable marketing, equity, and economic growth: a resource advantage, economic freedom approach. Journal of the Academy of Marketing Science, 39(1) 7- 20. doi:10.1007/s11747-010-0196-3 Hunt, S. D., & Madhavaram, S. (2012). Managerial action and resource-advantage theory: onceptual frameworks emanating from a positive theory of competition. The Journal of Business & Industrial Marketing, 27(7), 582-591. doi:10.1108/08858621211257356 Johnson, R. B., & Christensen, L. B. (2004). Educational research: Quantitative, qualitative, and mixed approaches. Boston, MA: Allyn and Bacon. Karim Harun. (2017). Membangun kerangka standard bahasa Melayu/Indonesia. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, Medan, Indonesia, 29 – 30 November 2017. Kirton, M. J. (2003). Adaption-innovation: In the context of diversity and change. New York, NY: Routledge. Lokman Abd. Wahid, Mardiah Alias, Wan Norlidza Wan Mohd Zain, Zanariah Ibrahim, Khairulanuar Ismal & Isham Ishak. (2017). Kerangka Standard Bahasa Melayu dan Penguasaan Standard Bahasa: Kesesuaian dan Ketepatan Dimensi dengan Deskriptor. Prosiding Seminar Kerangka Standard Bahasa Melayu 2017, Kuching, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Lubna Abd Rahman, Wan Moharani Mohammad, Zulkipli Md. Isa, & Hishomudin Ahmad. (2017). Corak Kajian Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Sorotan antara Tahun 2010-2015. Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah, 4(2), 31 - 43. Nasierowski, W., & Arcelus, F. J. (2016). What is innovativeness: Literature review. Foundation of Management. 4(1). DOI: 10.2478/v10238-012-0004-0 63


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 65 Nunally, J. C. (1978). Psychometric theory. New York: McGraw-Hill. Peranginangin, J. (2015). A Conceptual Mapping Resource Advantage Theory, Competitive Advantage Theory, and Transient Competitive Advantage. Expert Journal of Business and Management, 3(2), 140-149. Sharifah Azizah Syed Shahil, & Haslinawati Hassan. (2018). Kearah Kebolehpasaran Graduan: Pertalian Antara Pendekatan Pembelajaran dengan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar IPT Berteraskan Islam, Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2), 81-90.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 66 DORONGAN DAN KEKANGAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (GBK) Zaiton Binti Sharif, Ed.D1 , Chua Lay Nee, Ph.D2 , Bong Kai Sin3, , Noraini Binti Mohd4, dan Rana Binti Hamzah5 1,3,4,5 Institut Pedidikan Guru Kampus Perempuan Melayu 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Emel : [email protected] Abstrak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperlukan oleh pelajar yang berhadapan dengan pelbagai isu khususnya pelajar yang berisiko terlibat dalam penyalahgunaan bahan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor dorongan dan kekangan dalam pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan melibatkan seramai enam (6) orang peserta kajian yang terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling(GBK) yang berkhidmat di Zon Tengah Negeri Selangor. Peserta kajian kes daripada kalangan GBK ini dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan teknik perbandingan berterusan (constant comparative analysis) dengan menggunakan perisian Nvivo 7 bagi mengurus dan menjana kod bagi tema. Tiga tema utama ditemui bagi dorongan manakala kekangan dalam pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan menemukan lima tema. Kata Kunci : Penyalahgunaan bahan, pelajar berisiko, pencegahan ENCOURAGEMENT AND CONSTRAINTS OF THE IMPLEMENTATION OF SUBSTANCE ABUSE PREVENTION AMONG GUIDANCE AND COUNSELING TEACHERS ABSTRACT Guidance and Counseling services are needed by students who are dealing with various issues, especially students who are at risk of being involved in substance abuse. In this regard, this study was conducted to identify the encouragement factors and constraints in the implementation of substance abuse prevention in schools. This study uses a case study design involving a total of six (6) study participants consisting of Guidance and Counseling Teachers who serve in the Central Zone of Selangor State. The case study participants from among the GBK were selected by purposive sampling. Data was collected using interview methods and document analysis. Data was analyzed using the constant comparative analysis technique using Nvivo 7 software to manage and generate codes for themes. Three main themes were found for encouragement while constraints in the implementation of substance abuse prevention found five themes. Keywords: substance abuse, students at risk, prevention


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 67 PENDAHULUAN Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) atau kaunselor adalah individu yang bertanggungjawab memberi bimbingan dan kaunseling sebagai sebahagian daripada proses menolong klien ke arah perkembangan diri agar berupaya memperoleh celik akal dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang dihadapi (Othman Mohamed et al., 2000). Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bimbingan dan kaunseling diberi bagi penentuan kebajikan dan perkembangan diri klien yang dibantu. Penglibatan GBK dalam program-program pencegahan penyalahgunaan bahan khususnya dadah tidak boleh dinafikan. Pencegahan dalam penyalahgunaan dadah merupakan salah satu strategi Dasar Dadah Negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara bebas dadah. Pencegahan juga merupakan satu-satunya harapan yang dapat merealisasikan usaha-usaha pengurangan permintaan dengan menyediakan komuniti berpengetahuan dan mempunyai kefahaman tentang bahaya penyalahgunaan bahan. Pendidikan pencegahan dalam penyalahgunaan bahan merupakan komponen pembangunan modal insan yang dapat membina sebuah komuniti yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam menangani isu-isu penyalahgunaan bahan. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti pencegahan dalam penyalahgunaan bahan perlulah dilaksanakan berasaskan prinsip-prinsip pencegahan yang boleh menjadi panduan kepada keberkesanan pelaksanaannya. Pencegahan penyalahgunaan bahan merupakan salah satu usaha dalam mendidik masyarakat bagi melaksanakan program pencegahan dalam penyalahgunaan bahan berdasarkan pembuktian (evidence-based programs). Usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh GBK di sekolah juga akan menjadi lebih efektif dengan adanya kolaborasi dan kerjasama erat yang bersepadu dalam kalangan ahli masyarakat, agensi awam dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan. PENYATAAN MASALAH Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mempunyai peranan yang penting dalam merealisasikan kejayaan pelajar di sekolah (Lapan et al., 2007; Stone & Dahir, 2006). Guru Bimbingan dan Kaunseling membantu mencorakkan kejayaan pelajar di sekolah dengan menyediakan program kaunseling yang mencakupi bidang akademik, kerjaya dan psikososial. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (B&K) yang efektif yang disediakan oleh pihak sekolah dapat merangsang perkembangan positif pelajar dalam pelbagai bidang. Kajian-kajian lalu oleh Brigman & Campbell (2003); Lapan et al., (2007); Sink & Stroh (2003) mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah yang mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang komprehensif daripada GBK telah berjaya menunjukkan peningkatan dalam keputusan peperiksaan, kurang terlibat dalam gangguan kelas serta menunjukkan perkembangan positif dalam tingkah laku dengan rakan sebaya. Berdasarkan tuntutan etika dan tugas profesional GBK, perkhidmatan B&K di sekolah seharusnya bersifat holistik. Perkhidmatan ini perlu melibatkan setiap pelajar yang berada dalam sistem persekolahan. Tambahan pula pelbagai isu pelencongan sosial yang melanda dunia pendidikan termasuk masalah penyalahgunaan bahan di sekolah telah menarik perhatian pelbagai pihak. Penularan dan peningkatan jumlah penyalahgunaan bahan khususnya dadah dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 68 Berdasarkan kepada maklumat Dadah 2022 oleh AADK menunjukkan bilangan penagih yang dikategori sebagai kanak-kanak dan remaja pada tahun 2022 adalah seramai 1,592 orang. Peningkatan bilangan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah berusia muda amat merunsingkan. Ini juga menunjukkan bahawa remaja di Malaysia telah mula mencuba dan berjinak dengan dadah pada usia muda seperti yang direkodkan dalam Jadual 1. Jadual 1 : Statistik penyalahgunaan dan penagih dadah serta bahan bagi Januari – September 2022 Kategori Umur Kanak-kanak 0 - 12 tahun 0.002% 3 orang Remaja 13 - 18 tahun 1.2% 1,589 orang Belia 19 - 39 tahun 63.6% 82,04 9 orang Dewasa Lebih daripada 40 tahun 35.1% 45,325 orang Tiada maklumat - 0.1% 126 orang Sumber : AADK, 2022 Pelajar-pelajar yang dikenal pasti berisiko di sekolah secara umumnya menghadapi isu-isu yang memerlukan bantuan GBK melalui perkhidmatan B&K. Semua pelajar yang berada dalam sistem persekolahan mempunyai keperluan unik akademik, peribadi-sosial dan kerjaya (Baumberger & Harper, 2007; Lockhart, 2003) dan mereka menghadapi pelbagai kesukaran yang berkaitan dengan ketidakupayaan dalam kehidupan seperti tekanan dan kebimbangan yang tinggi, kemahiran sosial yang lemah, penghargaan diri dan konsep kendiri yang rendah, pengalaman persekolahan yang negatif dan penggunaan strategi pengurusan kemarahan yang tidak efektif. Kajian-kajian menunjukkan bahawa pelajar memerlukan perkhidmatan B&K untuk membantu mereka memenuhi keperluan unik berkaitan dengan permasalahan yang mereka hadapi (Azharizah, Sabariah & Salleh, 2010; Bowen & Glenn, 1998; Frye, 2005; Manisah, Ramlee & Zalizan, 2006; Mizan Adiliah, 2001; Suradi, 2004). Dalam berurusan dan mengendalikan program pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah, GBK perlu bersedia dan memiliki latihan serta kemahiran yang bersesuaian bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang bermasalah dan dikenal pasti berisiko. Pelajar yang dikenalpasti berisiko memerlukan perkhidmatan B&K untuk membantu mereka menangani pelbagai isu yang dihadapi. Seperti lain-lain pelajar di sekolah, kelompok pelajar berisiko atau high risk yang berada dalam sistem persekolahan juga mempunyai keperluan unik akademik, peribadi-sosial dan kerjaya (Abdul Halim, 2010). Aplikasi intervensi yang mantap oleh kaunselor atau GBK yang terlatih akan dapat menyerlahkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Menurut kajian oleh Drug Policy Research Center, penganalisis Jonathan Culkins dan rakan-rakan pada tahun 2002 (dalam L. Roleff, Tamara, 2005) telah mengenal pasti program pencegahan dadah memberi manfaat dalam mengurangkan pengambilan dadah, minuman keras dan merokok. Menurutnya lagi, program pencegahan tersebut dianggarkan berjaya mengurangkan penggunaan tembakau sebanyak 2.3 peratus, pengambilan alkohol sebanyak 2.2 peratus dan kokain sebanyak 3.0 peratus seumur hidup. Bagaimanapun kesan keseluruhan daripada program pencegahan dianggarkan hanya berjaya mencapai 15 peratus untuk seumur hidup berbanding peratusan kesedaran yang lebih tinggi selepas tamatnya intervensi.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 69 Isu utama yang sering disentuh oleh penyelidik dadah ialah kadar peningkatan penyalahgunaan bahan dikalangan kelompok belia dan remaja. Pendekatan terhadap program-program pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah yang dijalankan seringkali diperdebatkan dan dibuat perbandingan akan keberkesanannya. Namun tiada pihak yang boleh membuktikan secara statistik yang menyakinkan, satu bentuk program pencegahan yang benar-benar berjaya membantu mencegah keterlibatan atau menghulurkan bantuan kepada pihak sekolah dalam mempastikan wabak penularan penyalahgunaan bahan dikalangan pelajar sekolah dapat dibanteras sepenuhnya. Yang pasti kebanyakan penyelidik membuat keputusan dikotomi. Segolongan yang percaya bahawa kejayaan programprogram pencegahan dikalangan kelompok masyarakat, komuniti , serta program rawatan di institusi boleh dicapai dengan baik, sementara satu golongan lagi menyatakan tidak. Sudah pastinya golongan pendidik khususnya GBK yang bertindak sebagai penyalur maklumat pencegahan dadah di sekolah turut diperkatakan berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam usaha-usaha pembasmian penyalahgunaan bahan khususnya dadah (Zaiton, 2021). Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dorongan dan kekangan kepada pelaksanaan perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan bahan dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti faktor-faktor dorongan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan dari persepsi Guru Bimbingan & Kaunseling. 2. Mengenal pasti faktor-faktor kekangan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan dari persepsi Guru Bimbingan & Kaunseling. SOALAN KAJIAN 1. Apakah faktor-faktor yang memberi dorongan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan yang dipersepsikan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling? 2. Apakah faktor-faktor kekangan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan yang dipersepsikan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling? SOROTAN LITERATUR Dorongan dan Kekangan Kajian-kajian yang disorot berkaitan dengan dorongan dan kekangan kepada perkhidmatan yang dilaksanakan oleh GBK kepada pelajar menunjukkan bahawa faktor-faktor dorongan adalah terdiri daripada kesedaran GBK yang tinggi untuk melibatkan pelajar sebagai klien dalam perkhidmatan (Pattison, 2010); advokasi GBK kepada pelajar (Clark & Breman, 2009; Pattison, 2010) dan kolaborasi GBK dengan personalia lain (Pattison, 2010). Manakala bagi faktor-faktor kekangan kepada perkhidmatan pula terdiri daripada kurangnya kesedaran, pengetahuan dan kemahiran GBK dan perkhidmatan kaunseling (Milsom,2002; Nichter & Edmonson, 2005; Pattison, 2010); jurang yang wujud antara GBK dalam perkhidmatan (Milsom, 2007; Pattison, 2010); persepsi bahawa kaunseling tidak diperlukan (Milsom, 2007; Pattison, 2010) dan bebanan kerja GBK (Wood-Dunn & Baker, 2002).


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 70 Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah Finn dan Willer, (2006) dalam Haskin (2012) menyatakan bahawa para kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang penting dalam usaha mencegah penyalahgunaan bahan khususnya dadah di peringkat sekolah. Kerjasama antara kaunselor, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan para guru sekolah sangat penting dalam pencegahan untuk membantu para pelajar yang berpotensi terlibat dalam penyalahgunaan bahan ini. Peranan kaunselor bukan sahaja penting buat pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan, tetapi pelajar yang sedih atau trauma disebabkan ibu bapa mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk melahirkan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berkualiti dan kompeten terutamanya dalam membendung penularan penyalahgunaan bahan di sekolah merupakan cabaran yang hebat bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian oleh Baird et al., (2011), mendapati kaunselor sekolah berkebolehan dan mempunyai status membantu pelajar yang terlibat dengan multidisciplinary group dan dalam masa yang sama berkebolehan untuk mendiagnos pelbagai kategori pelajar untuk membantu pelajar sekolah yang turut mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan pelbagai ketidakupayaan. Pandangan beliau disokong oleh Cooker, (2001) yang juga menyatakan bahawa kaunselor sekolah rendah ialah kaunselor yang sesuai dalam mengimplementasi program pencegahan dengan membantu meningkatkan daya membuat keputusan para pelajar dengan perkara yang berkaitan dengan dadah dan alkohol. METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini bagi mencapai objektif untuk mengenal pasti dorongan dan kekangan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan dari persepsi Guru Bimbingan & Kaunseling. Kajian kes ini merupakan kajian yang dijalankan melalui pengumpulan data yang dapat memberi penjelasan kepada sesuatu fenomena (Cresswell, 2010). Kajian kes juga memberi fokus kepada penghuraian secara menyeluruh atau holistik dan memberikan penjelasan secara mendalam kepada sesuatu peristiwa yang berlaku (Yin, 2009). Pemilihan reka bentuk kajian kes ini sesuai bagi kajian ini kerana pemerihalan terperinci dan mendalam tentang dorongan dan kekangan dalam pelaksanaan perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan bahan kepada pelajar dapat dilakukan. Secara ringkasnya keseluruhan prosedur pelaksanaan proses kajian dapat digambarkan seperti Rajah 1.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 71 Rajah 1 : Prosedur pelaksanaan proses kajian Populasi Dan Lokasi Kajian Kajian ini menggunakan populasi guru bimbingan dan kaunseling (GBK) yang menjalankan tugas sebagai pegawai kaunseling. Lokasi kajian ini pula adalah tempat bertugas populasi kajian iaitu di sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah di Selangor. Pemilihan sekolah-sekolah di Daerah Hulu Langat, Daerah Klang dan Daerah Petaling Perdana dilakukan dengan mengambil kira bahawa tidak terdapat ciri-ciri perbezaan yang ketara di antara sekolah-sekolah di Daerah Hulu Langat, Daerah Klang dan Daerah Petaling Perdana dengan sekolah-sekolah di daerah yang lain. Selain daripada amalan sistem pendidikan yang berpusat (centralised system) dari aspek kurikulum, buku teks, peperiksaan awam dan garis panduan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, latihan guru dan penentuan latihan dan kelayakan GBK untuk berkhidmat adalah juga perlu mematuhi garis panduan Lembaga Kaunselor. Pesertapeserta kajian kes melibatkan 6 peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Jumlah ini memadai kerana penekanan kajian kes adalah kepada aplikasi spesifikasi ciri amalan yang dilakukan oleh peserta kajian dalam organisasi dan bukan kepada bilangan peserta kajian (Mohd Izham & Noraini, 2007). Jadual 2 di bawah menunjukkan maklumat peserta kajian Jadual 2 : Maklumat peserta kajian Kod peserta Umur Jantina Pengalaman Kaunseling KS 1 54 Lelaki melebihi 10 tahun KS 2 49 Lelaki melebihi 10 tahun KS 3 52 Perempuan melebihi 10 tahun KS 4 49 Perempuan kurang 1 tahun (lantikan sekolah) KS 5 31 Perempuan melebihi 4 tahun KS 6 37 Perempuan melebihi 10 tahun Kaedah Kajian Pendekatan Kualitatif : Rekabentuk - Kajian Kes Prosedur Pemilihan Peserta Kajian Persampelan Bertujuan Pengumpulan Data Temubual dan Analisis Dokumen Penganalisan Data Analisis Perbandingan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 72 Kaedah Pengumpulan Data Bagi kajian kes ini, pengkaji merupakan instrumen kajian dan data dikumpulkan menggunakan temu bual sebagai teknik pengumpulan data utama. Sumber utama data temu bual ialah guru bimbingan dan kaunseling (GBK) manakala analisis dokumen pula digunakan sebagai teknik pengumpulan data sokongan. Temu bual digunakan kerana ia membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat tentang fakta, perasaan, kehendak, kepercayaan dan sebagainya daripada peserta kajian dan juga maklumat mengapa mereka berpendapat sedemikian. Temu bual membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat yang mendalam dan lebih terperinci daripada peserta kajian (Chua, 2006; Creswell, 2005; Mohd Majid, 1998). DAPATAN KAJIAN Dalam kajian ini, data kualitatif daripada kajian kes dianalisis dengan menggunakan teknik analisis perbandingan berterusan (constant comparative analysis) (Lincoln & Guba, 1985). Data yang didapati daripada temu bual dan analisis dokumen ini menjalani proses analisis yang terdiri daripada proses mereduksi data, memaparkan data dan membuat verifikasi data serta merumus data bagi menjawab soalan kajian. Proses analisis data kualitatif ini bermula apabila proses pengumpulan data melalui temu bual dengan peserta kajian pertama selesai dan berterusan setelah berakhirnya aktiviti pengumpulan data. Ini selaras dengan pandangan Cresswell, (2010) bahawa pengumpulan data dan penganalisisan data kualitatif perlu dijalankan serentak bagi mengelakkan berlakunya lambakan data dan maklumat. Analisis menggunakan teknik perbandingan berterusan (constant comparative analysis) ini melibatkan perbandingan semua data sepanjang proses analisis dijalankan bagi menentukan kategori yang paling sesuai dengan konstruk yang ada dalam objektif kajian. Dalam kajian ini, data antara peserta kajian dan data daripada pelbagai sumber dibandingkan bagi menentukan kategori dan tema yang sesuai. Proses analisis ini dilakukan dengan menggunakan perisian Nvivo 7 bagi mengurus dan menjana kod bagi tema. Proses analisis ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu (a) mereduksi data (b) memaparkan data (c) verifikasi data dan membuat kesimpulan. Dapatan kepada soalan kajian mengemukakan dorongan dan kekangan dalam pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah. Perbincangan tentang dorongan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah ini menumpukan kepada faktor-faktor yang mendorong kepada tahap pelaksanaan perkhidmatan yang tinggi di mana perkhidmatan yang lebih banyak diberikan kepada pelajar khususnya pelajar yang dikategorikan berisiko tinggi Kekangan pula dibincangkan dengan memberi fokus kepada faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan bahan dalam mencapai tahap penyediaan perkhidmatan yang tinggi di mana perkhidmatan yang sangat terhad diberikan kepada pelajar. i. Apakah faktor-faktor yang memberi dorongan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan yang dipersepsikan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling? Faktor dorongan merupakan pemangkin atau faktor yang menggalakkan kepada keterlibatan para pelajar dalam perkhidmatan BK yang dilaksanakan oleh GBK. Kajian ini mendapati bahawa dorongan kepada penyediaan perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan bahan oleh GBK dalam perkhidmatan bimbingan kaunseling dapat dilihat melalui tiga tema utama


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 73 iaitu dorongan instrinsik iaitu daripada pihak GBK sendiri, dorongan daripada pihak Guru Penolong Kanan (GPK) khususnya GPK Hal Ehwal Murid (HEM) dan dorongan daripada pihak pentadbir. Dorongan intrinsik daripada pihak GBK terdiri daripada lima sub tema iaitu kesedaran kendiri, inisiatif, prihatin dengan pelajar, keakraban dengan guru-guru dan hubungan baik dengan pentadbir. Tema dorongan daripada pihak GPK pula ialah pengiktirafan GPK terhadap kepakaran GBK. Tema dorongan daripada pihak pentadbir ialah cakna dengan pelajar khususnya pelajar “high risk” dan sokongan. Paparan tema dan subtema bagi dorongan adalah seperti Rajah 2. Rajah 2 Paparan tema dan sub-tema bagi kategori dorongan ii. Apakah faktor-faktor kekangan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan yang dipersepsikan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling? Kekangan dalam pelaksanaan perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan bahan ini merujuk kepada cabaran atau halangan yang membuatkan perkhidmatan BK kepada pelajar tidak dijalankan atau kurang dijalankan oleh GBK. Terdapat lima tema yang muncul daripada kategori kekangan ini iaitu (1) GBK kurang kompetensi, (2) jurang dengan pelajar, (3) persepsi bahawa pelajar tidak terlibat dalam penyalahgunaan bahan, (4) beban tugas GBK dan (5) tiada inisiatif GBK. Paparan tema bagi kategori kekangan adalah seperti Rajah 3.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 74 Rajah 3 : Paparan tema bagi kategori kekangan PERBINCANGAN Kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga tema utama bagi dorongan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan yang dapat dipecahkan kepada lapan sub tema. Bagi kekangan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan pula kajian ini menemukan lima tema. Rumusan bagi dorongan dan kekangan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah adalah digambarkan seperti Rajah 4. Rajah 4 : Paparan rumusan dorongan dan kekangan dalam pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan Dorongan yang membuatkan GBK melibatkan pelajar dalam perkhidmatan BK dengan melaksanakan program-program seperti pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah adalah kesedaran intrinsik iaitu kesedaran kendiri GBK, dorongan oleh GPK HEM dan dorongan pentadbir sekolah. Kesediaan melaksanakan pencegahan penyalahgunaan Pelaksanaan Pencegahan Penyalahgunaan Bahan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 75 bahan adalah disebabkan GBK mempunyai kesedaran dalaman bahawa mereka tidak mahu pelajar berisiko terpinggir daripada perkhidmatan. Apabila ditanya kenapa mereka melaksanakan perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah, GBK menyatakan: .....Sedar sendiri. Lebih kurang macam tu la. Intrinsik kaunselor kena kuat...Saya rasa lebih kepada self awareness (T KS1:1149) Selain itu, GBK merasakan bahawa semua pelajar sebagai tanggungjawab mereka. GBK juga didorong rasa kemanusiaan dan rasa keibuan kerana timbul rasa kasihan apabila membayangkan sekiranya anak mereka berada di tempat pelajar. …Sebab saya rasa kesian, kalau la itu anak aku macam mana? Saya ada rasa macam tu (T KS3:618) Selain itu, hubungan yang baik dengan pentadbir sekolah iaitu pengetua, dan penolong kanan juga merupakan satu faktor pendorong. …jangan ada konflik dengan boss, kalau kita tak pegang pentadbir, anak buah payah. Ha, pegang pentadbir. Pentadbir sebelum they attend the meeting they know kita buat kerja kat mana, apa kekangan kita. Kalau kita tak boleh buat tahun lepas kenapa tak boleh buat. So we do the post mortem, kita bagi tau apa we plan to do, so we expect support dari dia dan apa yang dia boleh bantu dari mana-mana la (T KS3:1060) Dorongan terhadap pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan dadah yang melibatkan pelajar turut melibatkan GPK HEM. Tema yang menggambarkan dorongan dari GPK adalah melalui pengiktirafan GPK terhadap kepakaran GBK. Rujukan pelajar khasnya yang terlibat dalam permasalahan sosial sering dilakukan oleh unit HEM berpandu kepada rekod salah laku pelajar. …..dalam perhimpunan setiap minggu, boss akan pastikan kaunselor ada slot khas, boss selalu kata, budak-budak suka dengar cakap kaunselor dari mereka... (T KS1:1375). Persetujuan dan sokongan pentadbir membantu kelancaran pelaksanaan aktiviti bimbingan kaunseling dan memudahkan GBK mendapatkan kerjasama dan penglibatan guru-guru lain dalam mengemudi permasalahan penyalahgunaan bahan di sekolah. Kekangan yang dihadapi oleh GBK yang menyebabkan pelaksanaan perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan bahan berada pada tahap rendah adalah kerana GBK kurang kompetensi tentang penyalahgunan bahan. GBK kurang kompetensi tentang penyalahgunaan bahan khususnya kekurangan kompetensi daripada tiga aspek iaitu ketiadaan latihan, batasan pengetahuan dan batasan kemahiran. Ini dinyatakan dengan jelas oleh KS4: “kita ni nak kata memang kurang la tentang macam mana nak handle budak-budak yang terlibat dadah ni,.....Kita mana ada latihan. Kita hanya dapat latihan dengan budak biasa je.” (T KS4:163).


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 76 KS5, dan KS6 juga berpandangan serupa dalam menyatakan mereka tidak didedahkan dengan latihan tentang pendidikan penyalahgunaan dadah. …..Saya guru kaunseling lantikan sekolah...rasa kan kena bagi latihan kat kami juga....berkaitan karakter dia orang yang ambil dadah... maksudnya pihak macam JPN ke mesti ada maklumat sikit. ---Latihan, dia (bagi) maklumat dengan cikgu-cikgu mengajar, buat program sehari kan untuk cikgu kan. Macam ni kami nak redah tak berani, perlu beri perkhidmatan ke tak perlu ke kan ..lagi pun tak de budak terlibat di sekolah ini (T KS5:407). Jurang antara GBK dan pelajar wujud bukan sahaja dalam bentuk kurangnya interaksi antara mereka, tetapi jurang itu juga wujud dalam bentuk kurangnya perhatian GBK terhadap pelajar yang dikategorikan berisiko. Selain itu, persepsi GBK bahawa para pelajar di sekolah mereka tidak terlibat dalam penyalahgunaan bahan yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diberikan merupakan salah satu kekangan yang menyebabkan pelaksanaan perkhidmatan penyalahgunaan bahan tidak diperluaskan kepada pelajar yang dikenal pasti berisiko di sekolah. Keadaan ini berlaku kerana para pelajar dianggap tidak bermasalah dan hanya menghadapi masalah ringan yang mudah dibantu oleh guru-guru yang lain. ……..“Nampak susah nak dekat budak-budak yang agak nakal...coz mereka macam nak larikan diri, tak selesa nak bincang agaknya. Tapi seperti yang saya beritahu..kat sekolah ini tak de laporan macam kes hisap rokok...lagi pun guru disiplin lelaki yang handle” (T K5:423). Seterusnya, kekangan lain yang dihadapi ialah beban tugas yang membataskan GBK untuk memberi perhatian kepada pelajar berisiko melalui perkhidmatan BK kerana kesibukan tugas GBK yang rencam dan fokus GBK kepada lain-lain pelajar yang memerlukan perkhidmatan kaunseling untuk kecemerlangan akademik, motivasi dan lainlain program perkembangan diri. Kesemua peserta kajian berpandangan bahawa kesibukan tugas mereka yang rencam merupakan kekangan kepada mereka untuk melaksanakan program pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah. Tugas-tugas hakiki GBK serta lain-lain tugasan sedia ada dan tugasan yang diterima secara ad hoc sama ada dari pihak JPN, PPD dan sekolah tempat mereka bertugas menyebabkan mereka sentiasa kesibukan masa. ....walau pun ada dua kaunselor tapi sibuk kami agak melampau..pelajar pun ramai...parents nak anak cemerlang akademik..(T KS5:1403) GBK memberikan fokus yang lebih kepada perkhidmatan perkembangan kepada pelajar manakala tugas-tugas pencegahan banyak diambil alih oleh setiausaha penyalahgunaan dadah di sekolah atau guru disiplin sekolah. ………“Murid yg ambil dadah bukan lagi kategori normal...perlu program khas...Golongan ini juga minoriti sahaja. Usah buang masa fokus pada perkara kecil dan kita terlepas pandang pada sahsiah dan masalah murid yg lebih utama ..lebih baik fokus pada murid yang nak berjaya....” (T KS6:420).


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 77 ……….“Mungkin masalah belajar biasa la tu kot. Masalah yang ringan-ringan kan. Tak semesti kita dengar kan. Tak ada pulak disiplin cakap ada kes-kes apa. Tak ada” (T KS6:402). Ini merupakan satu kekangan untuk perkhidmatan mereka dalam pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan dadah. Kekangan terakhir yang merupakan cabaran dalam pelaksanaan perkhidmatan penyalahgunaan dadah dikalangan GBK ialah ketiadaan inisiatif oleh GBK dalam pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan dadah. ……..Paling penting kena ada inisiatif. Saya baru di sini, tak banyak yang dapat saya lakukan....saya mengajar lagi.....bilik kaunseling pun jarang-jarang saya masuk, kena ni (ada inisiatif) lah. Sepatutnya macam tu la kan (T KS4:1010) Dorongan dan kekangan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah dirumuskan seperti Rajah 5. Rajah 5 : Dorongan dan kekangan kepada pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah Cadangan Daripada Hasil Kajian Kajian ini ingin mencadangkan agar GBK mengikuti latihan-latihan lanjutan bagi meningkatkan pengetahuan profesionalisme, kemahiran profesionalisme dan nilai profesionalisme khususnya dalam pengkhususan kepakaran (specialisation) dalam bidang penyalahgunaan bahan khususnya dadah. Selain itu, saranan turut dikemukakan agar GBK berinisiatif menjalinkan hubungan mesra dengan para pelajar dan mendekati pelajar khususnya yang berisiko terlibat dalam penyalahgunaan bahan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang mendorong perkhidmatan BK khususnya pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan dadah diberikan kepada pelajar ialah peribadi GBK yang ada kesedaran kendiri, berinisiatif, akrab dengan guru-guru di sekolah dan prihatin terhadap pelajar. GBK juga perlu menunjukkan inisiatif mendekati pelajar dengan sering terlibat dalam aktiviti akademik dan kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. GBK juga dicadangkan sering mengunjungi kelas dan ini memberi ruang kepada GBK sebagai figura yang tidak asing kepada seluruh pelajar di sekolah tempat GBK bertugas. Adalah juga disarankan agar GBK perlu lebih mendekati pelajar dengan cara masuk ke kelas bagi


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 78 mengendalikan slot kelas bimbingan dengan pelajar. Apabila GBK menjadikan diri mereka sentiasa ada dan mudah didekati oleh pelajar, perkhidmatan B&K untuk perkembangan, pencegahan dan pemulihan akan lebih mudah diberikan kepada pelajar. Cadangan Kajian Lanjutan Berdasarkan dapatan dan perbincangan dapatan kajian terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang dapat dikemukakan. Cadangan kajian lanjutan berfokuskan kepada peningkatan perkhidmatan B&K oleh GBK khususnya dalam pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan di sekolah. Selain kajian tentang latihan praperkhidmatan, kajian tentang latihan dalam perkhidmatan boleh dijalankan untuk mengenal pasti sebanyak mana kursus tentang penyalahgunaan bahan dan jenis kursus tentang penyalahgunaan bahan dalam perkhidmatan yang diterima oleh GBK dan kaunselor yang sedang berkhidmat. Kajian tentang keberkesanan kursus-kursus dalam perkhidmatan tersebut ke atas kesediaan GBK memberikan perkhidmatan kepada kumpulan pelajar berisiko tinggi juga boleh dijalankan. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kajian ini telah mengenalpasti tiga tema utama bagi dorongan manakala kekangan dalam pelaksanaan pencegahan penyalahgunaan bahan menemukan lima tema berasaskan persepsi GBK dari sekolah yang dipilih. Cabaran dan dorongan yang dikenalpasti adalah menerusi hasil analisis temu bual mendalam. Walaubagaimanapun, terdapat limitasi dalam kajian ini. Limitasi pertama adalah berkaitan saiz sampel. Pengkaji telah menemubual 6 peserta kajian yang terdiri dari GBK yang berkhidmat di sekolah dan berpengalaman. Jumlah sampel yang kecil ini berkemungkinan menghadkan tema cabaran dan kekangan yang dikenalpasti menerusi kajian ini. Kajian pada masa hadapan perlu mempertimbangkan agar bilangan sampel diperluaskan. Limitasi kajian turut terkait dengan lokasi kajian yang hanya bertumpu di zon tengah negeri Selangor. Justeru itu, kajian boleh diperluaskan ke lain-lain negeri agar keputusan kajian dapat digeneralisasi. Rujukan Abdul Halim Mohd Hussin (2010). Counselor competency, self-efficacy, and inmates’ readiness to change in drug abuse treatment and rehabilitation centers in Malaysia. Doctor of Philosophy’s Dissertation, UiTM: Unpublished work Azharizah Saimi, Sabariah Mohamad & Salleh Amat. (2010). Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Persatuan Kaunseling Malaysia. Anjuran Persatuan Kaunseling Malaysia. Kuala Terengganu, 13 – 15 Jun. Baird Baird G, Douglas HR, Murphy MS. (2011), Recognising and diagnosing autism in children and young people: summary of NICE guidance. United States. Baumberger, J.P. & Harper, R.E. (2007). Assisting Students with Disabilities: A Handbook for School Counselors. Edisi ke-2. California: Corwin Press. Bowen, M. L. & Glenn, E.E.(1998). Counseling Interventions For Students Who Have Mild Disabilities. Professional School Counseling 2 (1):16. Brigman, G., & Campbell, C. (2003). Helping Students Improve Academic Achievement And School Success Behavior. Professional School Counseling, 7, 91-98.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 79 Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill. Clark, M. A.,& Breman, J. C. (2009). School counselor inclusion: A collaborative model to provide academic and social-emotional support in the classroom setting. Journal of Counseling and Development, 87, 6-11. Coker, J.K. (2001). Four-Fold Prevention: Strategies To Prevent Substance Abuse Among Elementary School-Aged Children. Professional School Counseling, 5(1), 70-74. Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (3rd Ed.) New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall Creswell, J. W. (2010). Educational Research - Planning, Conducting, And Evaluating Quantitative And Qualitative Research (4th Ed.). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall. Frye, H.N. (2005). How Elementary School Counselors Can Meet The Needs Of Students. Professional School Counseling 8(5): 442-450. Haskins, N.H. (2012). School Counselor’s Role With Students At-Risk For Substance Abuse. VISTAS: Retrieved from http://www.counselingoutfitters.com/vistas/vi stas12/ Article_59.pdf. American Counseling Association Lapan, R. T., Gysbers, N. C., & Kayson, K. (2007). How Implementing Comprehensive Guidance Programs Improves Academic Achievement for All Missouri Students. Jefferson City, MO: Missouri Department of Elementary and Secondary Education, Division of Career Education. Lincoln,Y.S & Guba, E.G. (1985). Naturalistic Inquiry, 2nd edn. Newbury Park, CA:Sage Lockhart, E. J. (2003). Students with disabilities. Dlm. B. T. Erford. (pnyt.). Transforming The School Counseling Profession, hlm. 357 – 409. Upper Saddle River, NJ: Merril/Prentice Hall. Manisah Mohd Ali, Ramlee Mustapha, & Zalizan Mohd Jelas. (2006). An Empirical Study On Teachers‟ Perception Towards Inclusive Education In Malaysia. International Journal of Special Education 21(3): 36-44. Milsom, A. S. (2002). Students With Disabilities: School Counselor Involvement And Preparation. Professional School Counseling 5(5): 331-338 Milsom, A. (2007). Interventions To Assist Student With Disabilities Through School Transitions. Professional School Counseling. 5(5), 331-338. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. (2001). Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid. Shah Alam: Cerdik Publications. Mohd Izham & Noraini. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 46(E) : Universiti Teknologi Malaysia


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 80 Mohd Majid Konting.(1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nichter, M., & Edmonson, S.L. (2005). Counseling Services For Special Education Students. Journal Of Professional Counseling Practice Theory And Research 33(2): 50-62. Othman, A. H., Che Din, M. S., & Sipon, S. (2000). Latihan Kaunseling Di Malaysia: Satu Ulasan Dan Cadangan [Counselling training in Malaysia: A review and suggestion]. Jurnal PERKAMA, 8, 137-151. Pattison, S. (2010). Reaching Out: A Proactive Process To Include Young People With Learning Disabilities In Counseling In Secondary Schools In The UK. British Journal of Guidance & Counselling 38(3): 301-311. Sink, C.A. & Stroh H.R. (2003). ‘Raising Achievement Test Scores of Early Elementary School Students Through Comprehensive School Counseling Programs’ dlm. Journal of Professional School Counseling, Bil. 6, No. 5, Hal. 352-364. Stone, C. B. & Dahir, C. A. (2006). The Transformed School Counselor. Boston: Houghton Mifflin Company. Suradi Salim. (2004). Perkhidmatan Kaunseling Di Malaysia : Perkembangan, Cabaran Dan Halangan (Counselling Services In Malaysia : Developments, Challenges And Barriers). Paper presented at the Inaugural Speech on 19 January 2004, UM:Kuala Lumpur. Tamara L.Roleff. (2005). Drug Abuse: Opposing Viewpoints. Greenhaven Press Amazon : MPH Wood-Dunn, N.A. & Baker, S.B. (2002). Readiness To Serve Students With Disabilities: A Survey Of Elementary School Counselors. Professional School Counseling 5 (4): 277-284. Yin, R.K. (2009). Case Study Research : Design And Methods (4th Ed.). Thousand Oaks, CA:Sage Zaiton Sharif(2021). Faktor Demografi, Kesediaan, Pengetahuan, Kemahiran Dan Nilai Profesionalisme Dan Kaitannya Dengan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Doctor of Education Dissertation, UNISEL: Unpublished work


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 81 INTERVENSI ‘MYLOCO’ DALAM MENINGKATKAN PERGERAKAN ASAS MURID TAHAP SATU SEKOLAH RENDAH Mazlina binti Mahmood, PhD1 , Rosemini binti Abdul Salam2 , Siti Sarah binti Yakcob3 1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 3SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur Emel : [email protected] Abstrak Situasi pandemik dan ledakan teknologi menyebabkan kanak-kanak kurang bergerak. Pergerakan asas dan tahap kecergasan fizikal telah menjadi aspek yang kritikal dan membimbangkan. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meningkat kemahiran pergerakan asas murid dan daya tahan kardiovaskular melalui aktiviti fizikal dengan menggunakan intervensi aplikasi ‘MyLoco’. Dua puluh lima orang murid Tahun 1 (8 orang lelaki 17 orang perempuan) dari SK Bukit Damansara terlibat dalam kajian ini. Kajian menggunakan reka bentuk siri masa dengan satu subjek. Pengukuran dijalankan secara tiga peringkat pemerhatian (fasa baseline dan intervensi) selama empat minggu setiap fasa. Instrumen Test of Gross Motor Development 2 (TGMD-2) digunakan untuk menilai enam pergerakan pergerakan asas dan Modified 6-minute Cooper Test untuk mengukur daya tahan kardiovaskular peserta. Analisis data pengukuran berulang menunjukkan terdapat peningkatan kemahiran pergerakan asas yang signifikan pada fasa intervensi [F(5,14.3) = 105.5, p < 0.05] berbanding fasa baseline. Terdapat peningkatan daya tahan kardiovaskular peserta kajian pada fasa intervensi, t = 6.75 dan signifikan (p < 0.001) berbanding baseline. Lanjutan kajian perlu dijalankan untuk mengesan faktor pemboleh ubah yang lain boleh diaplikasi untuk meningkatkan kemahiran asas pergerakan murid sekolah rendah. Kata kunci: Kanak-kanak, pergerakan asas, lokomotor, daya tahan kardiovasular, subjek tunggal Abstract Pandemic situations and technological explosions cause children to be less mobile. Fundamental movement and level of physical fitness have become critical and worrisome aspects. The purpose of this study was conducted to improve students fundamental skills and cardiovascular endurance through physical activity by using ‘MyLoco’ intervention. Twenty -five Year 1 students (8 males, 17 females) from SK Bukit Damansara were involved in this study. The study used a time series design with one subject. Measurements were performed in three observations (baseline and intervention phases) over four weeks of each phase. The Test of Gross Motor Development 2 (TGMD-2) instrument (Ulrich, 2000) to assess six fundamental movements and the Modified 6-minute Cooper Test to measure participants cardiovascular endurance. Data analysis repeated measures showed that there was a significant improvement in locomotor skills in the intervention phase [F (5,14.3) = 105.5, p <0.05] compared to the baseline phase. There was an increase in cardiovascular endurance of participants in the intervention phase, t = 6.75 and significant (p <0.001) compared to baseline. Further studies need to be conducted to detect other variable factors that can be applied to improve the basic movement skills of primary school students.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 82 PENDAHULUAN Masa kanak-kanak adalah tempoh pertumbuhan yang kritikal. Pada peringkat ini pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak perlu dibangunkan dengan berkesan. Penglibatan kendiri dalam aktiviti fizikal yang mencukupi telah terbukti memberi manafaat kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, seperti mengurangkan risiko kesihatan, mencegah obesiti, dan membangunkan fungsi kognitif (Lucy et al., 2021; Morrow et al., 2013 ). Untuk mencapai faedah kesihatan melalui aktiviti fizikal, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan bahawa kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana hingga intensiti tinggi melebihi 60 minit sehari (de Waal, 2019). Walau bagaimanapun, peningkatan gaya hidup sedentari dan kurang aktif semakin membimbangkan dan dipandang serius di seluruh dunia. Di peringkat global, kira-kira 70% kanak-kanak tidak memenuhi cadangan aktiviti fizikal yang disyorkan. Kajian Kesihatan Remaja 2017 menunjukkan 81.2 peratus kanak-kanak dan remaja adalah tidak aktif manakala 50.1 peratus remaja gemar duduk sehingga tiga jam tanpa sebarang aktiviti fizikal (Brown, & Cairney, 2020). Kemahiran pergerakan asas dianggap sebagai blok bangunan untuk pergerakan. Ianya menyediakan asas untuk kemahiran pergerakan khusus dan khusus sukan yang diperlukan untuk penyertaan dalam pelbagai aktiviti fizikal. Pergerakan asas ini boleh dikategorikan sebagai lokomotor (contoh, lari, lompat, galop), manipulasi alatan (contoh., lempar, tangkap, tendang, pukulan), dan kestabilan kemahiran atau bukan lokomotor (contoh, imbangan statik) (Eddy, et. al., 2020). Penguasaan pergerakan asas adalah rendah dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah akibat situasi pandemik dan situasi ini menghalang kanak-kanak bergerak aktif dan secara tidak langsung memberi kesan tahap kemahiran yang rendah (Bolger et. al., 2020) Tahap kemahiran pergerakan asas yang lebih tinggi akan memberikan peluang yang lebih besar kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai jenis fizikal aktiviti, permainan dan sukan. Sebaliknya, kanak-kanak yang lebih mahir akan memilih tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi, manakala kanak-kanak yang kurang mahir akan memilih peringkat yang lebih rendah aktiviti fizikal (Farmer et. al., 2017). Pergerakan asas yang juga dipanggil "celik fizikal" membantu kanak-kanak belajar bergerak dengan yakin dan terkawal. Terdapat banyak faedah untuk mempelajari kemahiran pergerakan. Pergerakan asas ini membantu kanak-kanak meningkatkan kekuatan, postur dan tidur mereka, serta meningkatkan keyakinan, kemahiran sosial dan rasa pencapaian mereka. Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi berkait rapat dengan obesiti, penyakit jantung koronari, dan masalah kesihatan lain (Farmer et. al., 2017). Oleh itu, adalah amat penting untuk mempromosikan dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dengan selamat dan berkesan semasa tempoh kritikal ini. Sebagai tindak balas kepada situasi sukar ini, penyelidik telah menjalankan beberapa siri kajian intervensi terhadap penglibatan aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, banyak strategi intervensi bukan sahaja mengalami kos yang tinggi, tetapi juga sukar untuk dikekalkan dan dilaksanakan secara besar-besaran (Eddy, et. al., 2020). Oleh itu, cara menggunakan strategi intervensi kos efektif dan inovatif untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal kanak-kanak secara berkesan kekal sebagai masalah kesihatan awam yang utama. Pendidikan Jasmani memberikan pengalaman yang penting bagi murid untuk perkembangan diri seumur hidup. Bukan hanya mengembangkan kecekapan fizikal dan kecergasan kesihatan murid, tetapi juga menyediakan persekitaran pembelajaran dan


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 83 pengajaran campuran untuk mewujudkan konsep Sains Teknologi, Engerineering dan Matematik (STEM) melalui pelbagai aktiviti fizikal dan sukan. Murid akan didorong untuk mengukuhkan integrasi dan penerapan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk memupuk rasa ingin tahu dalam pembelajaran, kreativiti dan inovasi, dan mengembangkan pemikiran kritikal, kolaborasi dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah, yang merupakan kemahiran dan kualiti penting yang diperlukan pada abad ke-21. Aktiviti fizikal dan sukan melibatkan teknik yang memerlukan koordinasi pergerakan yang dilakukan oleh pelbagai bahagian badan. Penyelarasan pergerakan badan dan kecekapan kemahiran dapat ditingkatkan dengan gabungan pengetahuan saintifik, teknologi dan matematik. Untuk menilai status prestasi dan intensiti latihan dalam kalangan murid, alat seperti monitor denyutan jantung dapat digunakan dengan sokongan aplikasi yang berbeza. Semasa melakukan pergerakan lokomotor sebagai contohnya, lari galop secara silang atau zig zag, murid perlu memikirkan arah pergerakan, daya yang digunakan, stabiliti aras dan postur badan yang tepat untuk mendapat gerakan yang licin dan lancar (Jarvis et. al., 2018). Seorang guru Pendidikan Jasmani perlu merangka aktiviti-aktiviti yang boleh menggabungkan STEM dan ini bukanlah suatu perkara yang "mudah". Tetapi kesan apabila dapat mengintegrasikan STEM ini boleh memberi bermanfaat kepada murid. Kajian lepas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari memberi kesan kepada terhadap kesihatan mereka. Guru Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur STEM dalam Pendidikan Jasmani dengan murid melakukan pergerakan fizikal memberi kesan terhadap pengekalan melakukan aktiviti fizikal dan pemahaman tentang kepentingan konsep sains dan matematik. Literasi fizikal adalah pengembangan kemahiran asas pergerakan dan sukan. Ini membolehkan kanak-kanak bergerak dengan yakin dan kompeten dalam pelbagai aktiviti fizikal dan situasi sukan. Literasi fizikal juga merangkumi kemampuan untuk 'membaca' apa yang berlaku dalam situasi tertentu dan bertindak balas dengan tepat. Kemahiran motor merujuk kepada pergerakan dan koordinasi otot dan badan seseorang. Kemahiran motor kasar memerlukan koordinasi lengan, kaki, dan bahagian badan besar lainnya untuk tindakan seperti berlari, melompat, dan melempar. Kemahiran pergerakan asas yang diperlukan oleh semua kanak-kanak, seperti berlari, melompat, melempar, menangkap dan melompat. Kemahiran pergerakan ini seterusnya memberi keyakinan kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, sukan, dan permainan yang berbeza. Mempunyai literasi fizikal yang baik dapat menolong seseorang menjaga kesihatan mereka dan membuat penyesuaian fizikal ketika menghadapi sebarang cabaran yang datang selaras dengan proses penuaan. Mengembangkan dan mengekalkan literasi fizikal sepanjang tahun akan membantu individu untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan memperoleh pelbagai faedah kesihatan yang berkaitan. PENYATAAN MASALAH Gaya hidup sedentari, penggunaan gajet yang tinggi dan situasi pandemik menyebabkan kanak-kanak terkurung di dalam rumah dan menjadi kurang aktif. Ibu bapa di rumah lebih suka anak-anak bermain gajet dan menonton televisyen daripada berlari dan bermain ketika di rumah. Secara tidak langsung risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat akibat daya tahan kardiovaskular yang rendah.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 84 Kemahiran pergerakan asas dianggap sebagai bahan binaan untuk pergerakan dan menyediakan asas untuk kemahiran pergerakan khusus dan juga untuk sukan khusus yang diperlukan dalam melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Namun begitu penguasaan pergerakan asas adalah rendah di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Kanak-kanak juga kurang kreatif dalam dalam menstruktur aktiviti dalam mempelbagaikan formasi pergerakan. Tahap pergerakan asas yang lebih tinggi akan memberi peluang yang lebih besar kepada kanakkanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti fizikal, permainan dan sukan. Daya tahan kardiovaskular dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat penting. Daya tahan berkembang apabila kanak-kanak kerap mendapat aktiviti aerobik. Semasa latihan aerobik, otot besar bergerak, jantung berdegup lebih cepat, dan seseorang bernafas lebih kuat. Aktiviti aerobik menguatkan jantung dan meningkatkan keupayaan badan untuk menghantar oksigen ke semua selnya. Tetapi realitinya kanak-kanak lebih suka bermain gajet dan masa skrin yang lama berbanding keluar bermain. Ini secara langsung memberi kesan kepada tahap kecergasan kanak-kanak. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pergerakan asas murid Tahun 1 sekolah rendah melalui intervensi aplikasi ‘MyLoco’. Intervensi aplikasi ‘MyLoco’ dengan memfokuskan enam jenis kemahiran pergerakan iaitu berlari, galop, melonjak, lari skip, mengelongsor dan melompat. Di samping itu juga kajian ini untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular melalui intervensi yang dijalankan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk : 1. Meningkatkan kemahiran pergerakan asas peserta kajian (berlari, galop, melonjak, lari skip, mengelongsor, melompat) melalui intervensi aplikasi ‘MyLoco’. 2. Meningkatkan kecergasan fizikal (daya tahan kardiovaskular) peserta kajian melalui intervensi aplikasi ‘MyLoco’. 3. Membina semangat bekerjasama dan kepekaan semasa melakukan aktiviti melalui intervensi aplikasi ‘MyLoco’. SOALAN KAJIAN 1. Adakah terdapat peningkatan kemahiran pergerakan asas peserta kajian (berlari, galop, melonjak, lari skip, mengelongsor, melompat) melalui intervensi aplikasi ‘MyLoco’?. 2. Adakah terdapat peningkatan daya tahan kardiovaskular peserta kajian melalui intervensi aplikasi ‘MyLoco’?.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 85 METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk Kajian Kajian intervensi ini menggunakan reka bentuk siri masa satu subjek (subjek menjadi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan). Reka bentuk ini digunakan untuk menilai perubahan tingkah laku individu hasil daripada intervensi yang telah diberikan kepada peserta kajian (Shadish et al., 2002). Setiap peserta kajian sendiri menjadi ‘kawalan’ di mana peserta kajian didedahkan kepada fasa sebelum intervensi, semasa menerima intervensi dan selepas intervensi diberikan (Gay & Airasian, 2012). Beberapa pengukuran yang dijalankan boleh menentukan sama ada tingkah laku peserta kajian adalah stabil sebelum intervensi diberikan atau berlaku perubahan pada satu masa pengukuran selepas intervensi diberikan (Jackson, 2006). Peserta kajian akan menjalani pengukuran pada tiga pemerhatian pada fasa baseline (Pemerhatian 1 – Pemerhatian 2) dan fasa intervensi (Pemerhatian 2 – Pemerhatian 3). Pengukuran yang sama digunakan semasa pemerhatian baseline dan pemerhatian intervensi. Tempoh masa fasa baseline dan intervensi adalah 4 minggu. Peserta Kajian Peserta kajian terdiri daripada dua puluh lima orang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Peserta kajian terdiri daripada 17 orang perempuan dan 8 orang lelaki. Umur peserta semua dalam purata 7 tahun. Pemilihan kelayakan peserta kajian berdasarkan kriteria sihat, kurang aktif dan tidak minat aktiviti fizikal. Kriteria pengecualian adalah mempunyai risiko penyakit jantung, asma yang teruk , penyakit pediatrik yang teruk. PAR-Q dijalankan untuk saringan kesihatan. Persetujuan daripada ibu bapa diperolehi. Peserta kajian secara sukarela dan bersetuju untuk terlibat sepanjang kajian. Pengukuran i. Pemerhatian Pergerakan asas Aktiviti fizikal peserta kajian dinilai dengan menggunakan Test Of Gross Motor Development (TGMD-2) (Ulrich, 2000) yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan pada kanakkanak. TGMD-2 merangkumi enam kemahiran pergerakan asas (iaitu, berlari, galop, melonjak, lari skip, mengelongsor, melompat). Setiap kemahiran merangkumi beberapa komponen tingkah laku. Norma kriteria digunakan di mana pemberian markah berdasarkan skala Likert-3 poin (poin 3 – cemerlang, poin 2 – sederhana dan poin 1 – lemah). Prosedur ini telah dilengkapkan untuk setiap dua percubaan, dan markah telah dijumlahkan untuk mendapatkan jumlah skor kemahiran mentah. Skor kemahiran mentah kemudiannya ditambah untuk mendapatkan skor sub pemerhatian lokomotor mentah. Ini adalah 0.97 untuk kebolehpercayaan antara penilai dan berjulat dari 0.94 hingga 0.98 untuk kebolehpercayaan dalam penilai.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 86 ii. Daya tahan Kardiovaskular Manakala untuk mengukur kecergasan fizikal (daya tahan kardiovaskular) peserta kajian, bateri Pemerhatian berlari/berjalan Ubahsuai Cooper 6-minit. Peserta kajian berlari/berjalan di sekeliling gelanggang bola jaring selama 6 minit. Gelanggang bola jaring ditandakan dengan skitel setiap jarak 10 meter untuk penguji melihat jarak yang dibuat oleh peserta kajian. Apabila masa tamat wisel dibunyikan. Jarak terakhir direkodkan dan dicatatkan dalam borang pemarkahan. iii. Intervensi Strategi intervensi menggunakan aplikasi ‘MyLoco’ yang dimuat turun dari play store dan pertemuan bersemuka. Peserta kajian menerima intervensi selama 4 minggu. Pertemuan bersemuka dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani sebanyak dua masa seminggu. Peserta kajian melakukan pelbagai aktiviti lokomotor yang melibatkan larian, galop, melonjak, lari skip, mengelongsor dan melompat dengan penggunaan aplikasi ‘MyLoco’. Peserta kajian memuat turun aplikasi ini melalui persetujuan dan kerjasama ibu bapa peserta kajian. Di luar waktu sesi persekolahan, peserta kajian bebas menggunakan aplikasi ‘MyLoco’ untuk bergerak aktif dan bermain. Mereka boleh memilih aktiviti-aktiviti pergerakan asas yang terdapat dalam aplikasi ‘MyLoco’ untuk bergerak dan bermain. Aktiviti-aktiviti pergerakan asas seperti pelbagai larian, galop, melonjak, lari skip, mengelongsor dan melompat. Formasi aktiviti ada yang berlari lurus, berlengkok, bentuk zig zag dan spiral. Murid bebas melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa mereka. DAPATAN KAJIAN Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan perisian pangaturcaraan Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 22. Penganalisisan data menggunakan statistik deskriptif (min, sisihan piawai) dan statistik inferensi (Ujian-t dan Repeated Measures). a. Profil Peserta Peserta kajian terdiri daripada dua puluh lima orang (n = 25) murid Tahun Satu Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Seramai lapan orang murid lelaki (n = 8) dan tujuh belas murid perempuan (n = 17) yang berumur purata tujuh tahun. Huraian seperti di Jadual 1. Rajah 1 : Profil Peserta Kajian berdasarkan jantina


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 87 Analisis data pengukuran berulang (repeated measures) pergerakan pergerakan asas peserta kajian, ujian Tests of Within-Subjects Contrasts dijalankan untuk menentukan peringkat pemerhatian yang menyumbang kepada kesignifikan kajian. Hasil analisis data menunjukkan bahawa terdapat perbandingan antara peringkat pemerhatian yang signifikan dalam tiap peringkat pemerhatian di mana pada peringkat pemerhatian (Pemerhatian 1 – Pemerhatian 2) adalah [F(5,14.3) = 75.5, p < 0.05]. Manakala bagi peringkat pemerhatian (Pemerhatian 2 – Pemerhatian 3) adalah [F(5,14.3) = 105.5, p < 0.05]. Kesimpulannya, ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pergerakan lokomotor yang signifikan bagi tiap peringkat pemerhatian. Huraian secara terperinci seperti di Jadual 2. Jadual 1 : Analisis ujian Tests of Within-Subjects Contrasts pada pasangan peringkat pemerhatian Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min pada pemerhatian baseline dan pemerhatian intervensi bagi meningkatkan kemahiran pergerakan asas peserta kajian setelah menjalani intervensi melalui aplikasi ‘MyLoco’. Analisis data menunjukkan bahawa bagi kemahiran pergerakan asas berlari, menunjukkan terdapat peningkatan nilai skor min pada Pemerhatian 3 (min = 2.7, SP = .46) berbanding Pemerhatian 2 (min = 1.3, SP = .48). Bagi kemahiran pergerakan asas galop, dapatan data menunjukkan peningkatan nilai skor min pada Pemerhatian 3 (min = 2.7, SP = .48) berbanding pemerhatian 2 (min = 1.2, SP = .37). Manakala bagi kemahiran pergerakan asas melonjak, dapatan data juga peningkatan kemahiran lokomotor di mana nilai skor min pada Pemerhatian 3 (min = 2.8, SP = .50) berbanding Pemerhatian 2 (min = 1.4, SP = .49). Begitu juga bagi kemahiran pergerakan asas skip. Analisis data menunjukkan bahawa bagi kemahiran pergerakan asas skip, menunjukkan terdapat peningkatan nilai skor min pada Pemerhatian 3 (min = 2.8, SP = .41) berbanding Pemerhatian 2 (min = 1.3, SP = .46). Analisis data bagi kemahiran pergerakan asas mengelongsor, menunjukkan terdapat peningkatan nilai skor min pada Pemerhatian 3 (min = 2.8, SP = .37) berbanding Pemerhatian 3 (min = 1.4, SP = .51). Analisis data menunjukkan bahawa bagi kemahiran pergerakan asas melompat menunjukkan terdapat peningkatan nilai skor min pada Pemerhatian 3 (min = 2.8, SP = .37) berbanding Pemerhatian 2 (min = 1.3, SP = .48). Ini menunjukkan bahawa dengan intervensi ‘MyLoco’ yang diberikan kepada peserta kajian memberi kesan yang positif dalam meningkatkan kemahiran pergerakan asas peserta kajian. Huraian secara terperinci seperti di Jadual 2 dan Rajah 2.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 88 Jadual 2 : Analisis deskriptif kemahiran pergerakan asas peserta kajian pada Pemerhatian 1, Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3 (N=25) Rajah 2 : Plot graf Min Kemahiran Pergerakan asas


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 89 Analisis data pengukuran berulang Ujian-t daya tahan kardiovaskular menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap fasa baseline – fasa intervensi (Pemerhatian 1, Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3) di mana t = 6.75 dan signifikan (p < 0.001). Huraian terperinci seperti Jadual 3. Jadual 3: Analisis inferensi daya tahan kardiovaskular peserta kajian pada pemerhatian baseline dan pemerhatian intervensi (n=25) Analisis deskriptif menunjukkan terdapat perbezaan skor min pada Pemerhatian 3 berbanding Pemerhatian (1-2) bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular peserta kajian setelah menjalani intervensi dengan menggunakan aplikasi ‘MyLoco’. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat peningkatan nilai skor min daya tahan kardiovaskular pada Pemerhatian 3 (min = 194.8 meter, SP = 16.89) berbanding Pemerhatian 2 (min = 120.52 meter, SP = 17.36). Analisis data juga menunjukkan peserta kajian lelaki menunjukan peningkatan daya tahan kardiovaskular dengan nilai skor min yang tinggi (min = 205.8 meter, SP = 8.3) jika dibandingkan peserta kajian perempuan (min = 189.6 meter, SP = 13.4) berbanding Pemerhatian 2. Huraian terperinci seperti di Jadual 4 dan Rajah 3. Jadual 4 : Analisis deskriptif daya tahan kardiovaskular peserta kajian pada Pemerhatian 1, Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3 (n=25)


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 90 Rajah 3 : Plot Graf Daya tahan Kardiovaskular KESIMPULAN Hasil dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan kemahiran pergerakan asas, daya tahan kardiovaslar dan pemikiran konstruktional kanak-kanak dengan penggunaan aplikasi ‘MyLoco’. Kanak-kanak memasuki alam persekolahan serta cuti yang panjang akibat pandemik Covid 19 menyebabkan murid kurang kemahiran pergerakan pergerakan asas, kurang cergas dan kurang melakukan aktiviti dan bersosial bersama rakan. Ini menyebabkan kawalan kemahiran pergerakan asas yang lemah, tidak memahami arahan dengan tepat, takut serta kurang berkeyakinan pada awal pemerhatian. Kemahiran pergerakan asas perlu diterapkan dan dikuasai dalam diri murid sejak dari pra sekolah hingga Tahun Tiga sekolah rendah lagi untuk memberikan pengalaman dan memantapkan kemahiran murid. Di samping itu juga bertujuan untuk meningkatkan aspek prestasi fizikal pergerakan yang memungkinkan tujuan tertentu dapat dicapai, atau elemen pergerakan yang memerlukan perhatian khusus (Logan et al., 2015). Dapatan kajian juga menunjukkan kecekapan kemahiran pergerakan asas berkait secara signifikan dengan daya tahan kardiovaskular kanak-kanak semasa kanak-kanak berada di sekolah dan rumah. Kanak-kanak yang lebih banyak melakukan kemahiran pergerakan asas menunjukkan lebih aktif dan seronok di dalam kelas dan selepas sekolah. Di luar waktu kurikulum, memberikan peluang penting kepada kanak-kanak untuk aktif dalam persekitaran sekolah (Lucy et al., 2021). Dapatan ini mungkin menunjukkan permainan dan peralatan yang disediakan kepada kanak-kanak dalam tempoh masa ini. Aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak menerusi aplikasi ‘MyLoco’secara tidak langsung memberi idea kepada kanak-kanak melakukan pelbagai formasi aktiviti berlari, galop, melonjak, lari skip mengelongsor dan melompat. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi peserta, penglibatan peserta secara menyeluruh


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 91 dan keyakinan diri untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Secara tidak langsung akan meningkatkan daya tahan kardiovskular kanak-kanak. Justeru itu, elemen STEM dalam aktiviti dapat diaplikasikan di mana kanak-kanak dapat menerangkan konsep sains bagaimana untuk melakukan aktiviti. Hayunan tangan, lutut dibengkokkan dan jatuh tumit dulu dalam kemahiran berlari bermakna dalam sains memerlukan daya dan teknik larian yang betul supaya mendapat postur badan baik dan keseimbangan. Begitu juga dengan konsep teknologi. Memandang zaman sekarang adalah zaman digital dan gajet, murid berupaya menggunakan aplikasi ‘MyLoco’ untuk menyelesaikan masalah tugasan dalam aktiviti. Walaupun usia yang muda didapati murid dapat menguasai teknologi dengan baik dengan bimbingan guru. Konsep konstruktional juga dapat ditingkatkan di mana murid dapat melakukan pelbagai formasi dalam ‘MyLoco’. Konsep menyusun pergerakan pergerakan asas yang licin, lancar dan berkoordinasi bersifat engineering kerana kanak-kanak perlu pandai menyusun corak pergerakan dalam otak untuk kelancaran pergerakan. Cadangan Penambahbaikan Hasil kajian ini menunjukkan keberkesanan STEM dengan menjalankan intervensi dalam tempoh empat minggu dapat meningkatkan pergerakan pergerakan asas dan kemahiran konstruktional murid. Pergerakan pergerakan asas murid hanya difokuskan pada berlari, galop, melonjak, lari skip mengelongsor dan melompat. Cadangan penambahbaikan adalah dengan meluaskan lagi kemahiran pergerakan asas yang lain yang boleh diaplikasikan dengan STEM. Di samping itu penggunaan teknologi jua boleh dipelbagaikan mengikut masa terkini bagi menarik minat murid untuk bermain dan meningkatkan kemahiran penyelesaian. Kepelbagai konsep engineering boleh diterapkan pada murid pra sekolah lagi. Di samping itu guru juga perlu lebih kreatif dalam menerapkan konsep STEM dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu lebih kreatif dan berdaya maju dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan seronok. Kajian Lanjutan Kajian yang dijalankan ini telah membuktikan keberkesanan intervensi yang dijalankan. Oleh itu untuk kajian lanjutan kemahiran pergerakan asas boleh diperluaskan lagi di mana kemahiran pergerakan asas dengan manipusi alat boleh yang digunakan dan dibuat penilaian sesuai dengan pengaplikasian STEM. Di samping itu juga penggunaan aktiviti fizikal, permainan kecil, sukan tradisional boleh diperkenalkan kepada murid-murid terutama seawal murid pra sekolah dan murid Tahap Satu untuk meningkatkan kemahiran pergerakan asas kanak-kanak. Ini selaras dengan kajian lepas bahawa murid-murid akan belajar melalui pengalaman melakukan aktiviti fizikal. Kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif perlu ditingkatkan dan dibangunkan secara menyeluruh.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 92 Rujukan Brown, D. M. Y., & Cairney, J. (2020). The synergistic effect of poor motor coordination, gender and age on self-concept in children: A longitudinal analysis. Research in Developmental Disabilities, 98, 103576. https://doi.org/10.1016/j.ridd.2020.103576 Bolger, L. E., Bolger, L. A., O’Neill, C., Coughlan, E., O’Brien, W., Lacey, S., Burns, C., & Bardid, F. (2020). Global levels of fundamental motor skills in children: A systematic review. Journal of Sports Sciences, 39(7), 717–753. https://doi.org/10.1080/02640414.2020.1841405 de Waal, E. (2019). Fundamental movement skills and academic performance of 5- to 6- year-old preschoolers. Early Childhood Education Journal, 47(4), 455–464. https://doi.org/10.1007/s10643-019-00936-6 Eddy, L. H., Preston, N., Mon-Williams, M., Bingham, D. D., Atkinson, J. M., EllinghamKhan, M., Otteslev, A., & Hill, L. J. (2021). Developing and validating a school-based screening tool of Fundamental Movement Skills (FUNMOVES) using Rasch analysis. PLOS ONE, 16(4). https://doi.org/10.1371/journal.pone.0250002 Eddy, L., Hill, L. J. B., Mon-Williams, M., Preston, N., Daly-Smith, A., Medd, G., & Bingham, D. D. (2021). Fundamental movement skills and their assessment in primary schools from the perspective of teachers. Measurement in Physical Education and Exercise Science, 25(3), 236–249. https://doi.org/10.1080/1091367x.2021.1874955 Farmer, O., Belton, S., & O’Brien, W. (2017). The relationship between actual fundamental motor skill proficiency, perceived motor skill confidence and competence, and physical activity in 8–12-year-old irish female youth. Sports, 5(4), 74. https://doi.org/10.3390/sports5040074 Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2011). Educational research: Competencies for analysis and applications. Pearson Education. Jackson, S.L. 2006. Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach (edi. ke 2). USA : Thomson Wadsworth Jarvis, S., Williams, M., Rainer, P., Jones, E. S., Saunders, J., & Mullen, R. (2017). Interpreting measures of fundamental movement skills and their relationship with health-related physical activity and self-concept. Measurement in Physical Education and Exercise Science, 22(1), 88–100. https://doi.org/10.1080/1091367x.2017.1391816 Logan, S. W., Kipling Webster, E., Getchell, N., Pfeiffer, K. A., & Robinson, L. E. (2015). Relationship between fundamental motor skill competence and physical activity during childhood and adolescence: A systematic review. Kinesiology Review, 4(4), 416–426. https://doi.org/10.1123/kr.2013-0012


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 93 Shadish, W. R., Cook, T. D., & Campbell, D. T. (2002). Experimental and quasi-experimental designs for generalized causal inference. Wadsworth Publishing Company. Ulrich. (2000). Test of gross motor development.


JURNAL AKADEMIK Jilid 27 Tahun 2023 ISSN 1394 – 3499 _________________________________________________________________________________________________________________ 94 PENCAPAIAN KEBOLEHAN BERTUTUR BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH PELBAGAI ALIRAN PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi 1 , Shamsudin bin Abu Bakar 2 , Khairulanuar bin Ismail 3 dan Haji Abdul Rani bin Hassan 4 1, 2, 3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Emel : [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pencapaian kebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan perbezaan pencapaian dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran persekolahan di Malaysia. Kemahiran bertutur merupakan aspek yang terkandung dalam Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Kemampuan dan kecekapan penggunaan bahasa dalam kalangan murid-murid sekolah untuk berbicara, berkata-kata atau bercakap dapat menentukan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran bertutur. Dalam kajian ini murid-murid diuji dalam aspek tata bahasa, sebutan, kelancaran dan idea dalam mengujarkan sesuatu isu yang ditetapkan. Seramai 318 murid sekolah rendah telah dipilih iaitu 138 murid aliran sekolah kebangsaan (SK), 150 orang murid aliran jenis kebangsaan Cina (SRJK (C )) dan 30 murid daripada aliran jenis kebangsaan Tamil (SRJK (T)) sebagai responden untuk sampel Zon Utara Malaysia. Dapatan menunjukkan aspek tatabahasa dan sebutan melebihi skor min 5.0. Manakala, kelancaran dan idea melebihi skor min 4.5. Analisis mengikut rubrik pencapaian tahap menunjukkan pencapaian tahap 1 seramai 56 orang, Tahap 2 pula 208 orang dan Tahap 3 seramai 54 orang. Kajian juga menunjukkan tiada terdapat perbezaan yang signifikan dalam keempat-empat aspek yang diuji antara murid SK dan SRJK(C). Sebaliknya, terdapat jurang perbezaan yang signifikan antara murid aliran (SRJK (T)) dan murid aliran SRJK (C). Ini menunjukkan perbezaan kebolehan bertutur yang ketara hanya melibatkan sekolah aliran SRJK (T). Selain itu, sekolah aliran SK dan sekolah aliran SRJK(C) tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Kata kunci: Bahasa Melayu, kemahiran bertutur, kerangka standard Bahasa Melayu ACHIEVEMENT OF MALAY SPEAKING ABILITY AMONG PRIMARY SCHOOL STUDENTS OF VARIOUS SCHOOL STREAMS IN MALAYSIA ABSTRACT This study was conducted to identify the achievement of speaking ability in Bahasa Melayu and the difference in achievement among primary school students of various schools in Malaysia. Speaking skills are an aspect contained in the Malay Language Standard Framework (KSBM). The ability and efficiency of language use among school students to speak, say or speak can determine their level of mastery in speaking skills. In this study, the students were tested in terms of grammar, pronunciation, fluency and ideas in expressing a set issue. A total of 318 primary school students were selected, namely 138 students from the national school stream (SK), 150 students from the Chinese national type stream (SRJK (C ) ) and 30 students from the Tamil national type stream (SRJK(T)) as respondents for the North Zone sample Malaysia. Findings show aspects of grammar and pronunciation above the mean score of 5.0. Meanwhile, fluency and ideas exceed the mean score of 4.5.


Click to View FlipBook Version